3. Pelaksanaan dan Panduan Mentadbir Ujian Diagnostik
Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru mengenal
pasti murid-murid yang dipilih mengikuti program pemulihan Bahasa
Melayu dan Matematik.
Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian
diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi
empat orang dalam satu masa.
Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang
paling rendah kepada yang paling tinggi – pengetahuan, pemahaman,
penggunaan, maka hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan di
ikuti dengan ujian bertulis.
Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang yang di uji
itu didapati gagal menjawab semua item dengan betul dalam 3
kemahiran berturut-turut.
4. Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan.
Keputusan ujian diagnostik dapat memberi panduan kepada guru
untuk menyusun satu program pengajaran kepada murid tersebut.
Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan
supaya mereka dapat menjawab dengan tenang dan selesa.
Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah
keterangan-keterangan atau data-data yang diberi cara mana murid
belajar.
Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa
yang murid tidak tahu dan di mana kesilapan mereka.
Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk
menjadi panduan kepada guru pada satu masa yang lain.
5. Analisa Ujian Diagnostik
Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid
hendaklah direkodkan dalam borang analisis.
Hasil analisis ujian diagnostik menjadi asas kepada guru untuk
merancang pengajaran sama ada secara kumpulan atau pun
individu.
Tindakan Susulan
Murid yang berjaya menguasai kemahiran akan ditempatkan ke
kelas biasa dan sentiasa dipantau oleh guru pemulihan dengan
kerjasama guru kelas dan guru mata pelajaran untuk mengetahui
perkembangan murid.
Guru kelas dan guru mata pelajaran perlu mengenal pasti
strategi, kaedah dan pendekatan yang sesuai dengan tahap
kebolehan murid yang baru dipulihkan.