SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
TAJUK: `USE DIFFERENT B R A TO FIX VALUE…` KAEDAH MENINGKATKAN
KEMAHIRAN PELAJAR MENGENDALIKAN PEMBOLEHUBAH.
Noraini Binti Samin
Sekolah Menengah Sains Muar
Tanjung Agas, 84009 Ledang, Johor.
E-mel : norainisamin@yahoo.com
Abstraks: Adalah menjadi kebanggaan dan kepuasan sekiranya dapat melahirkan pelajar yang
mencapai skor tinggi dalam peperiksaan Biologi yang merangkumi kertas 1,2 dan 3. Ujian
Pra menunjukkan kelemahan pelajar dalam mengenalpasti dan cara mengendalikan
pembolehubah pada kertas 3 yang merupakan kertas amali bertulis. Pelajar kabur dan keliru
dalam melengkapkan jadual berkaitan pembolehubah kerana stem soalan yang lebih kompleks
berbanding yang di sekolah rendah. Ini menyebabkan skor keseluruhan Biologi mereka
kurang cemerlang. Sekiranya masalah ini dapat diatasi, lebih ramai pelajar mampu
memperolehi keputusan peperiksaan yang lebih baik. Oleh itu kaedah berasaskan kata kunci
iaitu `Use Different B R A To Fix Value` diperkenalkan kepada pelajar semasa proses P&P
dan latihan pengkayaan untuk memudahkan mereka mengendalikan jadual pembolehubah
yang merupakan salah satu aspek yang ditaksir dalam soalan satu kertas tiga. `Use different…
` adalah kata kunci untuk mengendali pembolehubah manipulasi, manakala `….B R A…`
merupakan kata kunci untuk pembolehubah bergerakbalas dan `….to fix value…` pula adalah
kata kunci untuk pembolehubah yang dimalarkan. Pelajar-pelajar menduduki Ujian Pra ,
seterusnya diberi penerangan dan bimbingan menggunakan kaedah kata kunci ini dengan
menjawab soalan-soalan kertas tiga daripada koleksi peperiksaan percubaan, selepas suatu
tempoh yang ditetapkan mereka menduduki Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 dengan menjawab
soalan-soalan kertas 3 dari koleksi soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Analisis kedua-
dua ujian inimenunjukkan keputusan yang sangat positif. Peratus pelajar yang memperolehi
gred A melebihi 85%. Kesimpulannya, penggunaan kaedah kata kunci ini boleh meningkatkan
kemahiran mengenalpasti dan mengendalikan pembolehubah membantu pelajar meningkatkan
skor kertas 3 , seterusnya memungkinkan pelajar memperolehi gred terbaik dalam peperiksaan
SPM. Kemahiran ini memberi impak positif kepada pelajar kerana secara tidak langsung
mereka telah mempunyai asas kukuh untuk menjawab aspek-aspek lain dengan tepat.
BIODATA PENULIS
Noraini Binti Samin ialah Guru Cemerlang Biologi DG52 di Sekolah Menengah Sains Muar .
Memulakan kerjaya sebagai guru di SMK Matang Hulu Terengganu pada tahun 1985,
kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Sains Muar pada tahun 1989 hingga sekarang.
1
1.0 PENGENALAN
Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran Biologi merupakan hasrat
dan harapan semua guru Biologi di Malaysia. Peperiksaan untuk mata pelajaran ini
merangkumi kertas 1, kertas 2 dan kertas 3. Ini bererti pelajar perlu memperolehi markah yang
tinggi dalam ketiga-tiga kertas berkenaan untuk membolehkan mereka memperolehi keputusan
yang cemerlang. Kertas 3 adalah kertas amali bertulis yang mengandungi satu soalan struktur
dan satu soalan esei. Soalan berstruktur menaksir sebelas aspek kemahiran saintifik yang salah
satunya adalah kemahiran mengendalikan pembolehubah.
Guru yang mempunyai keazaman tinggi menjelmakan hasrat murni mereka untuk
melahirkan pelajar cemerlang pastinya akan menjalankan pelbagai kaedah untuk merealisasikan
hasrat mereka (Alis Puteh, 2007) Salah satu adalah kaedah pendekatan Pembelajaran dan
Pengajaran (P&P) yang dapat membentuk sikap positif serta boleh meningkatkan kemahiran
saintifik pelajar adalah kaedah kata kunci. Atkinson (1975) menyatakan kaedah kata kunci
adalah teknik mnemonik di mana perkataan baru dibentuk menyerupai bunyi perkataan asal
untuk memudahkan kefahaman dan mengingat sesuatu fakta. Atkinson menggunakan teknik ini
untuk mengajar pebendaharaan kata bahasa asing. Walau bagaimana pun kaedah ini boleh
disesuaikan untuk digunakan secara meluas dalam ruang yang lebih besar.
Justeru itu, kaedah kata kunci ini telah diperkenalkan kepada pelajar untuk membantu
mereka meningkatkan kemahiran mengendalikan pembolehubah iaitu pembolehubah
manipulasi, pembolehubah bergerakbalas dan pembolehubah dimalarkan.
2.0 REFLEKSI P&P YANG LALU.
Keputusan Biologi dalam peperiksaan diagnostik tingkatan 4 tahun 2010 sangat
merosot berbanding dengan peperiksaan yang sama tahun sebelumnya. Pencapaian untuk kertas
3 juga merosot. Keadaan ini tidak wajar berlaku kerana soalan kertas 3 adalah berkaitan
kemahiran saintifik yang sama dan pelajar telah didedahkan dengan kemahiran-kemahiran
berkenaan sejak di sekolah rendah lagi.
Pengkaji telah meneliti semua skrip jawapan kertas 3 pelajar dan mendapati
kebanyakkan pelajar menulis jawapan tidak lengkap atau salah. Mereka tidak dapat
menterjemah kehendak soalan serta tidak mahir dengan teknik menjawab. Kelemahan utama
mereka adalah tidak dapat mengenalpasti ketiga-tiga pembolehubah dari stem soalan. Retetan
daripada kelemahan ini menyebabkan pelajar tidak dapat menulis jawapan tepat untuk aspek-
aspek lain seperti membuat pemerhatian, mendefinisi secara operasi, membuat pernyataan
masalah, dan menyatakan hipotesis kerana semua aspek berkenaan berhubungkait dengan
pembolehubah. Keadaan ini perlu ditangani segera sebelum ianya menjadi masalah yang lebih
besar bila pelajar-pelajar ini menduduki peperiksaan-peperiksaan berikutnya di tingkatan lima.
Oleh itu, satu inovasi kaedah P&P perlu dicipta untuk membimbing pelajar mengatasi
kelemahan tersebut.
Menyedari hakikat dan masalah ini, pengkaji memperkenalkan kaedah kata kunci
mudah iaitu `use different B R A to fix value….`.Sekiranya pelajar dapat mengenalpasti
pembolehubah, mereka juga boleh memberi jawapan tepat untuk mengendalikan pembolehubah
2
dan aspek-aspek yang telah dinyatakan seterusnya meningkatkan prestasi Biologi mereka. Kata
kunci ini juga mudah dan mampu memberi pengalaman yang menyeronokan semasa proses
P&P dan peperiksaan.
3.0 FOKUS KAJIAN
Kebolehan pelajar untuk menguasai sesuatu kemahiran adalah berbeza-beza. Kumpulan
pelajar cemerlang tidak menghadapi masalah untuk mengenalpasti pembolehubah yang tersirat
di dalam stem soalan dengan pantas manakala kumpulan pelajar yang berprestasi rendah pula
memerlukan lebih banyak penerangan atau panduan dari guru dengan teknik yang mudah
diingat dan seronok digunakan.
Justeru itu, fokus kajian ini adalah untuk :
1. memberi panduan atau teknik kepada semua pelajar mengenalpasti
semua pembolehubah serta mengendalikannya
2. melihat keberkesanan kaedah kata kunci dalam proses P&P.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
4.1 OBJEKTIF UMUM
1. Meningkatkan kemahiran pelajar mengenalpasti dan mengendalikan
pembolehubah dengan menggunakan kaedah kata kunci.
2. Meningkatkan markah kertas 3
4.2 OBJEKTIF KHUSUS
1. Pelajar dapat menggunakan teknik mudah dan betul untuk menulis
jawapan bagi aspek cara mengendalikan pembolehubah.
2. Pelajar dapat memaksimumkan markah kepada tiga markah untuk
aspek cara mengendalikan pembolehubah
3. Guru dapat melaksanakan proses P&P berkaitan kemahiran saintifik
dengan lebih berkesan.
4. Guru dapat menarik minat pelajar untuk menjawab kertas 3 dengan
bersungguh-sungguh.
3
5.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan seorang guru Biologi dan 25 orang pelajar tingkatan 5 Arif yang
terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan.
6.0 METODOLOGI KAJIAN
6.1 REKA BENTUK KAJIAN
Kajian ini menggunakan Model Penyelidikan Kemmis dan Taggart (1992)
seperti berikut :
Sekiranya tindakan yang dilakukan gagal, perancangan mesti dibuat semula.
6.2 BATASAN KAJIAN
Kajian ini hanya tertumpu kepada mengenalpasti dan cara mengendalikan
pembolehubah untuk sesuatu eksperimen sains sahaja.
4
Membuat refleksi
keberkesanan tindakan yang
Mengumpul dan
menganalisis
data
Merancang teknik untk
meningkatkan keupayaan pelajar
menjawab soalan berkaitan
pembolehubah dan cara
mengendalikannya
Membuat tinjauan cara pelajar
menulis jenis pembolehubah
dan cara mengendalikannya
Melaksanakan tindakan
5
4
3
2
1
6.3 INSTRUMEN KAJIAN
1. Temu bual – bertujuan mengenalpasti punca masalah pelajar
2. Ujian Pra – bertujuan menentukan prestasi pelajar sebelum kajian dijalankan
3. Ujian Pos – bertujuan melihat keberkesanan tindakan
5.0 TINJAUAN AWAL
Langkah awal untuk mengenapasti dan memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar
adalah dengan mengadakan temu bual bersama mereka diikuti dengan Ujian Pra.
5.1 DAPATAN TEMU BUAL
16 orang pelajar (64 %) mengadu sukar untuk mengenalpasti ketiga-tiga jenis
pembolehubah berdasarkan penerangan mengenai sesuatu eksperimen kerana
banyak data yang disertakan. Mereka keliru dengan peranan setiap data
berkenaan.
8 orang pelajar (32%) menyatakan mereka tahu dan faham bagaimana
mengenalpasti dan cara mengendalikan pembolehubah tetapi tidak tekal.
Seorang pelajar (4%) mengaku dia tidak faham mengenai pembolehubah.
5.2 ANALISIS UJIAN PRA
25 orang pelajar sasaran menduduki ujian pra dengan pencapaian berikut :
Gred Bil Pelajar %
A 3 12
B 5 20
C 10 40
D 2 8
E 4 16
G 1 4
6.0 PERANCANGAN TINDAKAN
Tiga aktiviti dirancang untuk memenuhi objektif kajian ini.
Aktiviti 1
Proses P&P merangkumi penerangan dan bimbingan cara menggunakan kata kunci
`Use different B R A to fix value..` Bahan yang digunakan soalan kertas 3 peperiksaan
percubaan setara SBP tahun 2008 , 2009 dan 2010. Pelajar menjawab soalan untuk
aspek mengendalikan pembolehubah sahaja.
5
Kekunci :
Gred Markah
A 70 - 100
B 60 - 69
C 50 - 59
D 45 - 49
E 40 - 44
G 39 ke bawah
Aktiviti 2
Ujian pos 1. Pelajar menjawab soalan kertas 3 dari koleksi soalan SPM tahun 2004,
2005 dan 2006.
Pelajar menjawab soalan untuk aspek mengendalikan pembolehubah sahaja.
Aktiviti 2
Ujian pos 2. Pelajar menjawab soalan kertas 3 dari koleksi soalan SPM tahun 2007,
2008, 2009 dan 2010..
Pelajar menjawab soalan untuk aspek mengendalikan pembolehubah sahaja.
7.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
7.1 Kajian ini dijalankan dalam tempoh seperti ditunjukkan dalam jadual
berikut.
Bil Aktiviti Penerangan aktiviti Tarikh Masa
1 Aktiviti 1 Pelajar menduduki
Ujian Pra
13 Jan 2011
Khamis
3.30-4.30
petang
2 Aktiviti 2 Penerangan dan
bimbingan oleh guru
20 Jan 2011
Khamis
3.00– 4.30
petang
3 Aktiviti 3 Pelajar menduduki
Ujian Pos 1
27 Jan 2011
Khamis
3.30-4.30
petang
4 Aktiviti 4 Pelajar menduduki
Ujian Pos 2
10 Feb 2011
Khamis
3.30-4.30
petang
Contoh soalan
A group of students carried out an experiment to study the effect of light intensity on
the rate of the photosynthesis. Diagram 1 shows the apparatus set-up to collect the gas
produced when the aquatic plant received different intensities of light.
The aquatic plant was illuminated from a lighted bulb of 40 watts for periods of 5
minutes at five different distances, d, from the bulb. At the end of each 5 minute
period, a gas bubble was drawn into the capillary tube using a syringe. The length of
gas bubble was measured using a ruler and recorded.
The temperature in the water bath was maintained at 25°C throughout this experiment.
(c) Complete Table 2 based on this experiment.
Variable Method to handle the variable
Manipulated variable
Responding variable
Constant variable
Table 2
6
Langkah 1
Pengkaji menerangkan penggunaan kata kunci mengikut langkah berikut :
Use different B R A to fix value
Langkah 2
Tuliskan kata kunci mengikut ruang yang sepadan dengan menggunakan pensil untuk
merangka jawapan.
Variable Method to handle the variable
Manipulated variable (MV)
Use different
Responding variable (RV) B R A
Behaviour Apparatus
Record
Constant variable (CV)
to fix value
Jadual 2
7
Untuk
pembolehubah
manipulasi.
Cari perkataan :
different / repeat
Contoh :
five different
distances /
repeated using
lime and papaya
juices / different
concentration of
albumen
Untuk
pembolehubah
bergerakbalas.
Cari:
B = behaviour
contoh :
measure / observe
/ calculate / count
R = record
A = apparatus.
Contoh :
stopwatch /
ruler / electronic
balance
Untuk
pembolehubah
dimalarkan. Cari
dan pilih 1
maklumat yang
mempunyai nilai
(value)
Contoh :
temperature
25°C / lighted
bulb of 40 watts /
1% pepsin
Langkah 3
Pelajar mengenalpasti semua pembolehubah dari stem soalan berpandukan kata kunci
A group of students carried out an experiment to study the effect of light
intensity on the rate of the photosynthesis. Diagram 1 shows the apparatus set-up to
collect the gas produced when the aquatic plant received different intensities of light.
The aquatic plant was illuminated from a lighted bulb of 40 watts for periods of 5
minutes at five different distances, d, from the bulb. At the end of each 5 minute
period, a gas bubble was drawn into the capillary tube using a syringe. The length of
gas bubble was measured using a ruler and recorded.
The temperature in the water bath was maintained at 25°C throughout this
experiment.
Langkah 4
Pelajar kembali semula ke soalan (c) dan lengkapkan Jadual 2 dengan maklumat-
maklumat yang telah diperolehi. Terdapat 6 ruang yang perlu diisi.
(c) Complete Table 2 based on this experiment.
Variable Method to handle the variable
Manipulated variable
Distance from bulb.
Use different distance from the bulb
which is 50 cm, 40 cm, 30 cm, 20 cm and
10 cm.
Responding variable
Length of gas bubble
Measure and record the length of gas
bubble by using a ruler
Constant variable
Temperature
Fix the temperature to 25°C
8
MV
RV
CV
CV
7.2 ANALISIS UJIAN POS
Memenuhi harapan dan jangkaan keputusan ujian pos menunjukkan lonjakan positif.
Peratus pelajar yang memperolehi A melebihi 85%.
Ujian Pos 1 Ujian Pos 2
Gred Bil Pelajar Peratus, % Bil Pelajar Peratus, %
A 22 88 23 92
B 3 12 2 8
C 0 0 0 0
D 0 0 0 0
E 0 0 0 0
G 0 0 0 0
8.0 RUMUSAN
Rumusan daripada kajian ini adalah kaedah kata kunci
`Use different B R A to fix value..` merupakan kaedah yang berkesan untuk
meningkatkan kemahiran mengenalpasti dan mengendalikan pembolehubah untuk
sesuatu eksperimen. Pelajar dapat menggunakan teknik mudah dan betul untuk menulis
jawapan bagi aspek cara mengendalikan pembolehubah. Pelajar juga dapat
memaksimumkan markah kepada tiga markah untuk aspek ini.
Pihak guru juga dapat melaksanakan proses P&P berkaitan kemahiran saintifik dengan
lebih berkesan dan menyeronokan pelajar. Seterusnya guru dapat menarik minat
pelajar untuk menjawab kertas 3 dengan bersungguh-sungguh.
Kemahiran yang diperolehi ini perlu diaplikasi dalam peperiksaan peringkat sekolah
dan peperiksaan setara supaya lebih mantap apabila menjawab soalan SPM mereka
sendiri.
Cadangan untuk kajian seterusnya adalah mencipta kata kunci untuk aspek-aspek lain
dalam kemahiran saintifik kertas 3 terutamanya untuk soalan esei.
9.0 RUJUKAN
1. Alis Puteh (2007). Kajian tindakan di sekolah. Definisi, Proses dan Cabaran.
Universiti Utara Malaysia.
2. Atkinson R (1975). Mnemotechnics in Second Language Learning.
American Pyschologist .
3. Majlis Pengetua Sekolah Johor (2010). Jurnal Kajian Tindakan.
9
7.2 ANALISIS UJIAN POS
Memenuhi harapan dan jangkaan keputusan ujian pos menunjukkan lonjakan positif.
Peratus pelajar yang memperolehi A melebihi 85%.
Ujian Pos 1 Ujian Pos 2
Gred Bil Pelajar Peratus, % Bil Pelajar Peratus, %
A 22 88 23 92
B 3 12 2 8
C 0 0 0 0
D 0 0 0 0
E 0 0 0 0
G 0 0 0 0
8.0 RUMUSAN
Rumusan daripada kajian ini adalah kaedah kata kunci
`Use different B R A to fix value..` merupakan kaedah yang berkesan untuk
meningkatkan kemahiran mengenalpasti dan mengendalikan pembolehubah untuk
sesuatu eksperimen. Pelajar dapat menggunakan teknik mudah dan betul untuk menulis
jawapan bagi aspek cara mengendalikan pembolehubah. Pelajar juga dapat
memaksimumkan markah kepada tiga markah untuk aspek ini.
Pihak guru juga dapat melaksanakan proses P&P berkaitan kemahiran saintifik dengan
lebih berkesan dan menyeronokan pelajar. Seterusnya guru dapat menarik minat
pelajar untuk menjawab kertas 3 dengan bersungguh-sungguh.
Kemahiran yang diperolehi ini perlu diaplikasi dalam peperiksaan peringkat sekolah
dan peperiksaan setara supaya lebih mantap apabila menjawab soalan SPM mereka
sendiri.
Cadangan untuk kajian seterusnya adalah mencipta kata kunci untuk aspek-aspek lain
dalam kemahiran saintifik kertas 3 terutamanya untuk soalan esei.
9.0 RUJUKAN
1. Alis Puteh (2007). Kajian tindakan di sekolah. Definisi, Proses dan Cabaran.
Universiti Utara Malaysia.
2. Atkinson R (1975). Mnemotechnics in Second Language Learning.
American Pyschologist .
3. Majlis Pengetua Sekolah Johor (2010). Jurnal Kajian Tindakan.
9

More Related Content

What's hot

Powerpoint sidang proposal
Powerpoint sidang proposalPowerpoint sidang proposal
Powerpoint sidang proposalRomli Muhajir
 
Slide seminar proposal Matematika
Slide seminar proposal MatematikaSlide seminar proposal Matematika
Slide seminar proposal MatematikaNnoffie Khaa
 
Presentasi seminar proposal
Presentasi seminar proposalPresentasi seminar proposal
Presentasi seminar proposalNajmi Sari
 
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)Pensil Dan Pemadam
 
6 kumpul-abstrak-ing-s2-1
6 kumpul-abstrak-ing-s2-16 kumpul-abstrak-ing-s2-1
6 kumpul-abstrak-ing-s2-1Ubay Siernine
 
Contoh Powerpoint ppt PRESENTASI SIDANG UJIAN SKRIPSI
Contoh Powerpoint ppt PRESENTASI SIDANG UJIAN SKRIPSIContoh Powerpoint ppt PRESENTASI SIDANG UJIAN SKRIPSI
Contoh Powerpoint ppt PRESENTASI SIDANG UJIAN SKRIPSIAhmad Said
 
Power point proposal
Power point proposalPower point proposal
Power point proposalHisya Sundari
 
Edup3063 - Laporan pentaksiran ujian
Edup3063 -   Laporan pentaksiran ujianEdup3063 -   Laporan pentaksiran ujian
Edup3063 - Laporan pentaksiran ujianSakilah96
 
Template Presentasi Powerpoint - Seminar Proposal Skripsi Alvian
Template Presentasi Powerpoint - Seminar Proposal Skripsi AlvianTemplate Presentasi Powerpoint - Seminar Proposal Skripsi Alvian
Template Presentasi Powerpoint - Seminar Proposal Skripsi AlvianAlvian Alvian
 
6 kumpul abstrak ing-s2-2
6 kumpul abstrak ing-s2-26 kumpul abstrak ing-s2-2
6 kumpul abstrak ing-s2-2Fauzi Din
 
Penilaian pembelajaran ktsp
Penilaian pembelajaran ktspPenilaian pembelajaran ktsp
Penilaian pembelajaran ktspKhusnul Huda
 
Paper Sugama (Metode Penugasan Terbimbing)
Paper Sugama (Metode Penugasan Terbimbing)Paper Sugama (Metode Penugasan Terbimbing)
Paper Sugama (Metode Penugasan Terbimbing)Sugama Maskar
 
10 janting
10 janting10 janting
10 jantingsp k
 
POWERPOINT ELEGAN UNTUK SEMINAR SKRIPSI
POWERPOINT ELEGAN UNTUK SEMINAR SKRIPSIPOWERPOINT ELEGAN UNTUK SEMINAR SKRIPSI
POWERPOINT ELEGAN UNTUK SEMINAR SKRIPSIAmir Net
 
Seminar PPT Skripsi
Seminar PPT SkripsiSeminar PPT Skripsi
Seminar PPT Skripsihusnauun
 

What's hot (20)

Powerpoint sidang proposal
Powerpoint sidang proposalPowerpoint sidang proposal
Powerpoint sidang proposal
 
Contoh Proposal Kajian Tindakan
Contoh Proposal Kajian TindakanContoh Proposal Kajian Tindakan
Contoh Proposal Kajian Tindakan
 
Slide seminar proposal Matematika
Slide seminar proposal MatematikaSlide seminar proposal Matematika
Slide seminar proposal Matematika
 
JURNAL 2
JURNAL 2JURNAL 2
JURNAL 2
 
ABDB
ABDBABDB
ABDB
 
Presentasi seminar proposal
Presentasi seminar proposalPresentasi seminar proposal
Presentasi seminar proposal
 
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
 
6 kumpul-abstrak-ing-s2-1
6 kumpul-abstrak-ing-s2-16 kumpul-abstrak-ing-s2-1
6 kumpul-abstrak-ing-s2-1
 
Contoh Powerpoint ppt PRESENTASI SIDANG UJIAN SKRIPSI
Contoh Powerpoint ppt PRESENTASI SIDANG UJIAN SKRIPSIContoh Powerpoint ppt PRESENTASI SIDANG UJIAN SKRIPSI
Contoh Powerpoint ppt PRESENTASI SIDANG UJIAN SKRIPSI
 
Power point proposal
Power point proposalPower point proposal
Power point proposal
 
Edup3063 - Laporan pentaksiran ujian
Edup3063 -   Laporan pentaksiran ujianEdup3063 -   Laporan pentaksiran ujian
Edup3063 - Laporan pentaksiran ujian
 
Template Presentasi Powerpoint - Seminar Proposal Skripsi Alvian
Template Presentasi Powerpoint - Seminar Proposal Skripsi AlvianTemplate Presentasi Powerpoint - Seminar Proposal Skripsi Alvian
Template Presentasi Powerpoint - Seminar Proposal Skripsi Alvian
 
6 kumpul abstrak ing-s2-2
6 kumpul abstrak ing-s2-26 kumpul abstrak ing-s2-2
6 kumpul abstrak ing-s2-2
 
Penilaian pembelajaran ktsp
Penilaian pembelajaran ktspPenilaian pembelajaran ktsp
Penilaian pembelajaran ktsp
 
Paper Sugama (Metode Penugasan Terbimbing)
Paper Sugama (Metode Penugasan Terbimbing)Paper Sugama (Metode Penugasan Terbimbing)
Paper Sugama (Metode Penugasan Terbimbing)
 
Demostratos
DemostratosDemostratos
Demostratos
 
10 janting
10 janting10 janting
10 janting
 
POWERPOINT ELEGAN UNTUK SEMINAR SKRIPSI
POWERPOINT ELEGAN UNTUK SEMINAR SKRIPSIPOWERPOINT ELEGAN UNTUK SEMINAR SKRIPSI
POWERPOINT ELEGAN UNTUK SEMINAR SKRIPSI
 
Implementasi pbl
Implementasi pblImplementasi pbl
Implementasi pbl
 
Seminar PPT Skripsi
Seminar PPT SkripsiSeminar PPT Skripsi
Seminar PPT Skripsi
 

Similar to 2 noraini samin

Skripsi titin
Skripsi titinSkripsi titin
Skripsi titinAdi Moel
 
Isu pertama ialah melibatkan peperiksaan awam seperti upsr
Isu pertama ialah melibatkan peperiksaan awam seperti upsrIsu pertama ialah melibatkan peperiksaan awam seperti upsr
Isu pertama ialah melibatkan peperiksaan awam seperti upsryeasothabatumalai1
 
Laporan pts bakar
Laporan pts bakarLaporan pts bakar
Laporan pts bakarAnwar Sari
 
179100246 46594123-modul-bmm-3103-pentaksiran-bahasa-melayu-sek-rendah-pdf
179100246 46594123-modul-bmm-3103-pentaksiran-bahasa-melayu-sek-rendah-pdf179100246 46594123-modul-bmm-3103-pentaksiran-bahasa-melayu-sek-rendah-pdf
179100246 46594123-modul-bmm-3103-pentaksiran-bahasa-melayu-sek-rendah-pdfThilaka Muniyandi
 
Kpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiiKpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiikananasirin
 
2. Penerapan Strategi Pemb..pdf
2. Penerapan Strategi Pemb..pdf2. Penerapan Strategi Pemb..pdf
2. Penerapan Strategi Pemb..pdfAsriSiregar1
 
Evaluasi pendidikan tentang test standar dan buatan
Evaluasi pendidikan tentang test standar dan buatanEvaluasi pendidikan tentang test standar dan buatan
Evaluasi pendidikan tentang test standar dan buatanUHN
 
Kajian tindakan sifir
Kajian tindakan sifirKajian tindakan sifir
Kajian tindakan sifirIeta Yahya
 

Similar to 2 noraini samin (20)

Skripsi titin
Skripsi titinSkripsi titin
Skripsi titin
 
Isu pertama ialah melibatkan peperiksaan awam seperti upsr
Isu pertama ialah melibatkan peperiksaan awam seperti upsrIsu pertama ialah melibatkan peperiksaan awam seperti upsr
Isu pertama ialah melibatkan peperiksaan awam seperti upsr
 
widyaa.pdf
widyaa.pdfwidyaa.pdf
widyaa.pdf
 
karil revisi4.docx
karil revisi4.docxkaril revisi4.docx
karil revisi4.docx
 
Laporan pts bakar
Laporan pts bakarLaporan pts bakar
Laporan pts bakar
 
Ppt
PptPpt
Ppt
 
09 bahan bacaan
09 bahan bacaan09 bahan bacaan
09 bahan bacaan
 
09 bahan bacaan
09 bahan bacaan09 bahan bacaan
09 bahan bacaan
 
179100246 46594123-modul-bmm-3103-pentaksiran-bahasa-melayu-sek-rendah-pdf
179100246 46594123-modul-bmm-3103-pentaksiran-bahasa-melayu-sek-rendah-pdf179100246 46594123-modul-bmm-3103-pentaksiran-bahasa-melayu-sek-rendah-pdf
179100246 46594123-modul-bmm-3103-pentaksiran-bahasa-melayu-sek-rendah-pdf
 
Kpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiiKpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iii
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Proposal 2014
Proposal 2014Proposal 2014
Proposal 2014
 
2. Penerapan Strategi Pemb..pdf
2. Penerapan Strategi Pemb..pdf2. Penerapan Strategi Pemb..pdf
2. Penerapan Strategi Pemb..pdf
 
Modul.pentaksiran
Modul.pentaksiranModul.pentaksiran
Modul.pentaksiran
 
Thesis zamatun 2
Thesis zamatun 2Thesis zamatun 2
Thesis zamatun 2
 
Evaluasi pendidikan tentang test standar dan buatan
Evaluasi pendidikan tentang test standar dan buatanEvaluasi pendidikan tentang test standar dan buatan
Evaluasi pendidikan tentang test standar dan buatan
 
10 janting
10 janting10 janting
10 janting
 
Kajian tindakan sifir
Kajian tindakan sifirKajian tindakan sifir
Kajian tindakan sifir
 
Kk seminar utm 08
Kk seminar utm 08Kk seminar utm 08
Kk seminar utm 08
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 

2 noraini samin

  • 1. TAJUK: `USE DIFFERENT B R A TO FIX VALUE…` KAEDAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR MENGENDALIKAN PEMBOLEHUBAH. Noraini Binti Samin Sekolah Menengah Sains Muar Tanjung Agas, 84009 Ledang, Johor. E-mel : norainisamin@yahoo.com Abstraks: Adalah menjadi kebanggaan dan kepuasan sekiranya dapat melahirkan pelajar yang mencapai skor tinggi dalam peperiksaan Biologi yang merangkumi kertas 1,2 dan 3. Ujian Pra menunjukkan kelemahan pelajar dalam mengenalpasti dan cara mengendalikan pembolehubah pada kertas 3 yang merupakan kertas amali bertulis. Pelajar kabur dan keliru dalam melengkapkan jadual berkaitan pembolehubah kerana stem soalan yang lebih kompleks berbanding yang di sekolah rendah. Ini menyebabkan skor keseluruhan Biologi mereka kurang cemerlang. Sekiranya masalah ini dapat diatasi, lebih ramai pelajar mampu memperolehi keputusan peperiksaan yang lebih baik. Oleh itu kaedah berasaskan kata kunci iaitu `Use Different B R A To Fix Value` diperkenalkan kepada pelajar semasa proses P&P dan latihan pengkayaan untuk memudahkan mereka mengendalikan jadual pembolehubah yang merupakan salah satu aspek yang ditaksir dalam soalan satu kertas tiga. `Use different… ` adalah kata kunci untuk mengendali pembolehubah manipulasi, manakala `….B R A…` merupakan kata kunci untuk pembolehubah bergerakbalas dan `….to fix value…` pula adalah kata kunci untuk pembolehubah yang dimalarkan. Pelajar-pelajar menduduki Ujian Pra , seterusnya diberi penerangan dan bimbingan menggunakan kaedah kata kunci ini dengan menjawab soalan-soalan kertas tiga daripada koleksi peperiksaan percubaan, selepas suatu tempoh yang ditetapkan mereka menduduki Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 dengan menjawab soalan-soalan kertas 3 dari koleksi soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Analisis kedua- dua ujian inimenunjukkan keputusan yang sangat positif. Peratus pelajar yang memperolehi gred A melebihi 85%. Kesimpulannya, penggunaan kaedah kata kunci ini boleh meningkatkan kemahiran mengenalpasti dan mengendalikan pembolehubah membantu pelajar meningkatkan skor kertas 3 , seterusnya memungkinkan pelajar memperolehi gred terbaik dalam peperiksaan SPM. Kemahiran ini memberi impak positif kepada pelajar kerana secara tidak langsung mereka telah mempunyai asas kukuh untuk menjawab aspek-aspek lain dengan tepat. BIODATA PENULIS Noraini Binti Samin ialah Guru Cemerlang Biologi DG52 di Sekolah Menengah Sains Muar . Memulakan kerjaya sebagai guru di SMK Matang Hulu Terengganu pada tahun 1985, kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Sains Muar pada tahun 1989 hingga sekarang. 1
  • 2. 1.0 PENGENALAN Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran Biologi merupakan hasrat dan harapan semua guru Biologi di Malaysia. Peperiksaan untuk mata pelajaran ini merangkumi kertas 1, kertas 2 dan kertas 3. Ini bererti pelajar perlu memperolehi markah yang tinggi dalam ketiga-tiga kertas berkenaan untuk membolehkan mereka memperolehi keputusan yang cemerlang. Kertas 3 adalah kertas amali bertulis yang mengandungi satu soalan struktur dan satu soalan esei. Soalan berstruktur menaksir sebelas aspek kemahiran saintifik yang salah satunya adalah kemahiran mengendalikan pembolehubah. Guru yang mempunyai keazaman tinggi menjelmakan hasrat murni mereka untuk melahirkan pelajar cemerlang pastinya akan menjalankan pelbagai kaedah untuk merealisasikan hasrat mereka (Alis Puteh, 2007) Salah satu adalah kaedah pendekatan Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) yang dapat membentuk sikap positif serta boleh meningkatkan kemahiran saintifik pelajar adalah kaedah kata kunci. Atkinson (1975) menyatakan kaedah kata kunci adalah teknik mnemonik di mana perkataan baru dibentuk menyerupai bunyi perkataan asal untuk memudahkan kefahaman dan mengingat sesuatu fakta. Atkinson menggunakan teknik ini untuk mengajar pebendaharaan kata bahasa asing. Walau bagaimana pun kaedah ini boleh disesuaikan untuk digunakan secara meluas dalam ruang yang lebih besar. Justeru itu, kaedah kata kunci ini telah diperkenalkan kepada pelajar untuk membantu mereka meningkatkan kemahiran mengendalikan pembolehubah iaitu pembolehubah manipulasi, pembolehubah bergerakbalas dan pembolehubah dimalarkan. 2.0 REFLEKSI P&P YANG LALU. Keputusan Biologi dalam peperiksaan diagnostik tingkatan 4 tahun 2010 sangat merosot berbanding dengan peperiksaan yang sama tahun sebelumnya. Pencapaian untuk kertas 3 juga merosot. Keadaan ini tidak wajar berlaku kerana soalan kertas 3 adalah berkaitan kemahiran saintifik yang sama dan pelajar telah didedahkan dengan kemahiran-kemahiran berkenaan sejak di sekolah rendah lagi. Pengkaji telah meneliti semua skrip jawapan kertas 3 pelajar dan mendapati kebanyakkan pelajar menulis jawapan tidak lengkap atau salah. Mereka tidak dapat menterjemah kehendak soalan serta tidak mahir dengan teknik menjawab. Kelemahan utama mereka adalah tidak dapat mengenalpasti ketiga-tiga pembolehubah dari stem soalan. Retetan daripada kelemahan ini menyebabkan pelajar tidak dapat menulis jawapan tepat untuk aspek- aspek lain seperti membuat pemerhatian, mendefinisi secara operasi, membuat pernyataan masalah, dan menyatakan hipotesis kerana semua aspek berkenaan berhubungkait dengan pembolehubah. Keadaan ini perlu ditangani segera sebelum ianya menjadi masalah yang lebih besar bila pelajar-pelajar ini menduduki peperiksaan-peperiksaan berikutnya di tingkatan lima. Oleh itu, satu inovasi kaedah P&P perlu dicipta untuk membimbing pelajar mengatasi kelemahan tersebut. Menyedari hakikat dan masalah ini, pengkaji memperkenalkan kaedah kata kunci mudah iaitu `use different B R A to fix value….`.Sekiranya pelajar dapat mengenalpasti pembolehubah, mereka juga boleh memberi jawapan tepat untuk mengendalikan pembolehubah 2
  • 3. dan aspek-aspek yang telah dinyatakan seterusnya meningkatkan prestasi Biologi mereka. Kata kunci ini juga mudah dan mampu memberi pengalaman yang menyeronokan semasa proses P&P dan peperiksaan. 3.0 FOKUS KAJIAN Kebolehan pelajar untuk menguasai sesuatu kemahiran adalah berbeza-beza. Kumpulan pelajar cemerlang tidak menghadapi masalah untuk mengenalpasti pembolehubah yang tersirat di dalam stem soalan dengan pantas manakala kumpulan pelajar yang berprestasi rendah pula memerlukan lebih banyak penerangan atau panduan dari guru dengan teknik yang mudah diingat dan seronok digunakan. Justeru itu, fokus kajian ini adalah untuk : 1. memberi panduan atau teknik kepada semua pelajar mengenalpasti semua pembolehubah serta mengendalikannya 2. melihat keberkesanan kaedah kata kunci dalam proses P&P. 4.0 OBJEKTIF KAJIAN 4.1 OBJEKTIF UMUM 1. Meningkatkan kemahiran pelajar mengenalpasti dan mengendalikan pembolehubah dengan menggunakan kaedah kata kunci. 2. Meningkatkan markah kertas 3 4.2 OBJEKTIF KHUSUS 1. Pelajar dapat menggunakan teknik mudah dan betul untuk menulis jawapan bagi aspek cara mengendalikan pembolehubah. 2. Pelajar dapat memaksimumkan markah kepada tiga markah untuk aspek cara mengendalikan pembolehubah 3. Guru dapat melaksanakan proses P&P berkaitan kemahiran saintifik dengan lebih berkesan. 4. Guru dapat menarik minat pelajar untuk menjawab kertas 3 dengan bersungguh-sungguh. 3
  • 4. 5.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan seorang guru Biologi dan 25 orang pelajar tingkatan 5 Arif yang terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan. 6.0 METODOLOGI KAJIAN 6.1 REKA BENTUK KAJIAN Kajian ini menggunakan Model Penyelidikan Kemmis dan Taggart (1992) seperti berikut : Sekiranya tindakan yang dilakukan gagal, perancangan mesti dibuat semula. 6.2 BATASAN KAJIAN Kajian ini hanya tertumpu kepada mengenalpasti dan cara mengendalikan pembolehubah untuk sesuatu eksperimen sains sahaja. 4 Membuat refleksi keberkesanan tindakan yang Mengumpul dan menganalisis data Merancang teknik untk meningkatkan keupayaan pelajar menjawab soalan berkaitan pembolehubah dan cara mengendalikannya Membuat tinjauan cara pelajar menulis jenis pembolehubah dan cara mengendalikannya Melaksanakan tindakan 5 4 3 2 1
  • 5. 6.3 INSTRUMEN KAJIAN 1. Temu bual – bertujuan mengenalpasti punca masalah pelajar 2. Ujian Pra – bertujuan menentukan prestasi pelajar sebelum kajian dijalankan 3. Ujian Pos – bertujuan melihat keberkesanan tindakan 5.0 TINJAUAN AWAL Langkah awal untuk mengenapasti dan memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar adalah dengan mengadakan temu bual bersama mereka diikuti dengan Ujian Pra. 5.1 DAPATAN TEMU BUAL 16 orang pelajar (64 %) mengadu sukar untuk mengenalpasti ketiga-tiga jenis pembolehubah berdasarkan penerangan mengenai sesuatu eksperimen kerana banyak data yang disertakan. Mereka keliru dengan peranan setiap data berkenaan. 8 orang pelajar (32%) menyatakan mereka tahu dan faham bagaimana mengenalpasti dan cara mengendalikan pembolehubah tetapi tidak tekal. Seorang pelajar (4%) mengaku dia tidak faham mengenai pembolehubah. 5.2 ANALISIS UJIAN PRA 25 orang pelajar sasaran menduduki ujian pra dengan pencapaian berikut : Gred Bil Pelajar % A 3 12 B 5 20 C 10 40 D 2 8 E 4 16 G 1 4 6.0 PERANCANGAN TINDAKAN Tiga aktiviti dirancang untuk memenuhi objektif kajian ini. Aktiviti 1 Proses P&P merangkumi penerangan dan bimbingan cara menggunakan kata kunci `Use different B R A to fix value..` Bahan yang digunakan soalan kertas 3 peperiksaan percubaan setara SBP tahun 2008 , 2009 dan 2010. Pelajar menjawab soalan untuk aspek mengendalikan pembolehubah sahaja. 5 Kekunci : Gred Markah A 70 - 100 B 60 - 69 C 50 - 59 D 45 - 49 E 40 - 44 G 39 ke bawah
  • 6. Aktiviti 2 Ujian pos 1. Pelajar menjawab soalan kertas 3 dari koleksi soalan SPM tahun 2004, 2005 dan 2006. Pelajar menjawab soalan untuk aspek mengendalikan pembolehubah sahaja. Aktiviti 2 Ujian pos 2. Pelajar menjawab soalan kertas 3 dari koleksi soalan SPM tahun 2007, 2008, 2009 dan 2010.. Pelajar menjawab soalan untuk aspek mengendalikan pembolehubah sahaja. 7.0 PELAKSANAAN TINDAKAN 7.1 Kajian ini dijalankan dalam tempoh seperti ditunjukkan dalam jadual berikut. Bil Aktiviti Penerangan aktiviti Tarikh Masa 1 Aktiviti 1 Pelajar menduduki Ujian Pra 13 Jan 2011 Khamis 3.30-4.30 petang 2 Aktiviti 2 Penerangan dan bimbingan oleh guru 20 Jan 2011 Khamis 3.00– 4.30 petang 3 Aktiviti 3 Pelajar menduduki Ujian Pos 1 27 Jan 2011 Khamis 3.30-4.30 petang 4 Aktiviti 4 Pelajar menduduki Ujian Pos 2 10 Feb 2011 Khamis 3.30-4.30 petang Contoh soalan A group of students carried out an experiment to study the effect of light intensity on the rate of the photosynthesis. Diagram 1 shows the apparatus set-up to collect the gas produced when the aquatic plant received different intensities of light. The aquatic plant was illuminated from a lighted bulb of 40 watts for periods of 5 minutes at five different distances, d, from the bulb. At the end of each 5 minute period, a gas bubble was drawn into the capillary tube using a syringe. The length of gas bubble was measured using a ruler and recorded. The temperature in the water bath was maintained at 25°C throughout this experiment. (c) Complete Table 2 based on this experiment. Variable Method to handle the variable Manipulated variable Responding variable Constant variable Table 2 6
  • 7. Langkah 1 Pengkaji menerangkan penggunaan kata kunci mengikut langkah berikut : Use different B R A to fix value Langkah 2 Tuliskan kata kunci mengikut ruang yang sepadan dengan menggunakan pensil untuk merangka jawapan. Variable Method to handle the variable Manipulated variable (MV) Use different Responding variable (RV) B R A Behaviour Apparatus Record Constant variable (CV) to fix value Jadual 2 7 Untuk pembolehubah manipulasi. Cari perkataan : different / repeat Contoh : five different distances / repeated using lime and papaya juices / different concentration of albumen Untuk pembolehubah bergerakbalas. Cari: B = behaviour contoh : measure / observe / calculate / count R = record A = apparatus. Contoh : stopwatch / ruler / electronic balance Untuk pembolehubah dimalarkan. Cari dan pilih 1 maklumat yang mempunyai nilai (value) Contoh : temperature 25°C / lighted bulb of 40 watts / 1% pepsin
  • 8. Langkah 3 Pelajar mengenalpasti semua pembolehubah dari stem soalan berpandukan kata kunci A group of students carried out an experiment to study the effect of light intensity on the rate of the photosynthesis. Diagram 1 shows the apparatus set-up to collect the gas produced when the aquatic plant received different intensities of light. The aquatic plant was illuminated from a lighted bulb of 40 watts for periods of 5 minutes at five different distances, d, from the bulb. At the end of each 5 minute period, a gas bubble was drawn into the capillary tube using a syringe. The length of gas bubble was measured using a ruler and recorded. The temperature in the water bath was maintained at 25°C throughout this experiment. Langkah 4 Pelajar kembali semula ke soalan (c) dan lengkapkan Jadual 2 dengan maklumat- maklumat yang telah diperolehi. Terdapat 6 ruang yang perlu diisi. (c) Complete Table 2 based on this experiment. Variable Method to handle the variable Manipulated variable Distance from bulb. Use different distance from the bulb which is 50 cm, 40 cm, 30 cm, 20 cm and 10 cm. Responding variable Length of gas bubble Measure and record the length of gas bubble by using a ruler Constant variable Temperature Fix the temperature to 25°C 8 MV RV CV CV
  • 9. 7.2 ANALISIS UJIAN POS Memenuhi harapan dan jangkaan keputusan ujian pos menunjukkan lonjakan positif. Peratus pelajar yang memperolehi A melebihi 85%. Ujian Pos 1 Ujian Pos 2 Gred Bil Pelajar Peratus, % Bil Pelajar Peratus, % A 22 88 23 92 B 3 12 2 8 C 0 0 0 0 D 0 0 0 0 E 0 0 0 0 G 0 0 0 0 8.0 RUMUSAN Rumusan daripada kajian ini adalah kaedah kata kunci `Use different B R A to fix value..` merupakan kaedah yang berkesan untuk meningkatkan kemahiran mengenalpasti dan mengendalikan pembolehubah untuk sesuatu eksperimen. Pelajar dapat menggunakan teknik mudah dan betul untuk menulis jawapan bagi aspek cara mengendalikan pembolehubah. Pelajar juga dapat memaksimumkan markah kepada tiga markah untuk aspek ini. Pihak guru juga dapat melaksanakan proses P&P berkaitan kemahiran saintifik dengan lebih berkesan dan menyeronokan pelajar. Seterusnya guru dapat menarik minat pelajar untuk menjawab kertas 3 dengan bersungguh-sungguh. Kemahiran yang diperolehi ini perlu diaplikasi dalam peperiksaan peringkat sekolah dan peperiksaan setara supaya lebih mantap apabila menjawab soalan SPM mereka sendiri. Cadangan untuk kajian seterusnya adalah mencipta kata kunci untuk aspek-aspek lain dalam kemahiran saintifik kertas 3 terutamanya untuk soalan esei. 9.0 RUJUKAN 1. Alis Puteh (2007). Kajian tindakan di sekolah. Definisi, Proses dan Cabaran. Universiti Utara Malaysia. 2. Atkinson R (1975). Mnemotechnics in Second Language Learning. American Pyschologist . 3. Majlis Pengetua Sekolah Johor (2010). Jurnal Kajian Tindakan. 9
  • 10. 7.2 ANALISIS UJIAN POS Memenuhi harapan dan jangkaan keputusan ujian pos menunjukkan lonjakan positif. Peratus pelajar yang memperolehi A melebihi 85%. Ujian Pos 1 Ujian Pos 2 Gred Bil Pelajar Peratus, % Bil Pelajar Peratus, % A 22 88 23 92 B 3 12 2 8 C 0 0 0 0 D 0 0 0 0 E 0 0 0 0 G 0 0 0 0 8.0 RUMUSAN Rumusan daripada kajian ini adalah kaedah kata kunci `Use different B R A to fix value..` merupakan kaedah yang berkesan untuk meningkatkan kemahiran mengenalpasti dan mengendalikan pembolehubah untuk sesuatu eksperimen. Pelajar dapat menggunakan teknik mudah dan betul untuk menulis jawapan bagi aspek cara mengendalikan pembolehubah. Pelajar juga dapat memaksimumkan markah kepada tiga markah untuk aspek ini. Pihak guru juga dapat melaksanakan proses P&P berkaitan kemahiran saintifik dengan lebih berkesan dan menyeronokan pelajar. Seterusnya guru dapat menarik minat pelajar untuk menjawab kertas 3 dengan bersungguh-sungguh. Kemahiran yang diperolehi ini perlu diaplikasi dalam peperiksaan peringkat sekolah dan peperiksaan setara supaya lebih mantap apabila menjawab soalan SPM mereka sendiri. Cadangan untuk kajian seterusnya adalah mencipta kata kunci untuk aspek-aspek lain dalam kemahiran saintifik kertas 3 terutamanya untuk soalan esei. 9.0 RUJUKAN 1. Alis Puteh (2007). Kajian tindakan di sekolah. Definisi, Proses dan Cabaran. Universiti Utara Malaysia. 2. Atkinson R (1975). Mnemotechnics in Second Language Learning. American Pyschologist . 3. Majlis Pengetua Sekolah Johor (2010). Jurnal Kajian Tindakan. 9