Refleksi

11,466 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
5 Likes
Statistics
Notes
• Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
11,466
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
7
Actions
Shares
0
Downloads
218
Comments
0
Likes
5
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Refleksi

1. 1. Perbezaan Pencapaian Matematik Sekolah Bandar dengan Sekolah Luar Bandar
5 point:
Dasar PPSMI diperkenal pada tahun 2003 oleh Dato Seri Tun Dr Mahathir. Pada tahun 2005, kertas soalan sains dan matematik PMR adalah dalam dwibahasa dan pada tahun 2007, dasar ini mula berkuatkuasa secara keseluruhan dalam SPM. Pada tahun 2008 pula, kertas soalan sains dan matematik UPSR adalah dalam Bahasa Inggeris.
Dasar PPSMI bukannya faktor utama yang menyebabkan wujudnya jurang perbezaan kerana jurang perbezaan antara sekolah bandar dengan sekolah luar bandar sudah wujud sebelum dasar ini diwujudkan. Dasar ini hanya berperanan memperdalam lagi jurang perbezaan.
Walaupun minat terhadap matematik adalah motivasi pelajar sendiri, tetapi pelajar tidak boleh disalahkan sepenuhnya jika tidak berminat dalam matematik. Guru yang seharusnya bertaggungjawab kerana ini menunjukkan kegagalan guru untuk menjadikan matematik sebagai subjek yang diminati oleh pelajar.
Prestasi pelajar dalam pencapaian matematik juga dipengaruhi oleh pertukaran guru. Kebanyakan guru tidak ingin mengajar di sekolah luar bandar dan ini menyebabkan mereka tidak bermotivasi mengajar. Jadi, mereka akan memohon bertukar ke sekolah bandar sekiranya ada peluang. Pertukaran guru yang kerap sebenarnya memberi impak negatif kepada pelajar kerana teknik pengajaran setiap guru tidak sama dan pelajar memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.
Pendidikan seorang pelajar merupakan tanggungjawab ibu bapa dengan guru. Pendidikan awal bermula di rumah. Jadi, ibu bapa juga berperanan membentuk asas pendidikan anak-anak mereka. Apabila anak-anak sudah bersekolah, tidak bermakna ibu bapa tidak lagi bertanggungjawab dan menyerah tugas mendidik kepada guru semata-matanya. Guru memerlukan kerjasama daripada ibu bapa.
5 soalan:
Bagaimanakah KPM mengklasifikasi sebuah sekolah sebagai sekolah di bandar dan sekolah di luar bandar?
Laporan Jawatankuasa Pemandu Peningkatan Prestasi dalam Matematik (PPK) mengatakan bahawa terdapat sebilangan sekolah mendapat pencapaian yang kurang baik. Apakah bukti yang menunjukkan pencapaian sekolah tersebut kurang baik dan bagaimana mereka menilai pencapaian sekolah tersebut?
Isu pelajar Melayu luar bandar kurang berminat dengan matematik. Adakah ini hanya berlaku pada pelajar Melayu dan bagaimana pula dengan pelajar bukan Melayu?
Bagaimanakah teknik dan kemudahan terkini membantu meningkatkan pencapaian matematik pelajar luar bandar?
Salah satu langkah yang dibentangkan adalah lebih banyak guru matematik yang berkebolehan perlu dihantar ke sekolah luar bandar. Bagaimanakah kebolehan seseorang guru matematik dinilai?
Perbezaan Pencapaian Matematik Lelaki dan Perempuan
5 point:
Jurang perbezaan pencapaian matematik mengikut jantina semakin ketara apabila umur pelajar semakin matang. Perbezaan pencapaian matematik lelaki dan perempuan dalam UPSR adalah tidak ketara iaitu perbezaannya hanya 1-2% sahaja. Namun, peratusan perbezaan menjadi 5-6% dalam PMR dan 6-9% dalam SPM.
Sikap pelajar mempengaruhi kecemerlangan pencapaian matematik mereka. Sikap seseorang pelajar penting untuk membantunya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Pelajar yang rajin dan berperspektif positif terhadap subjek matematik akan mendapat keputusan yang lebih baik.
Sikap pelajar terhadap matematik dilihat daripada pada beberapa kriteria iaitu minat, keyakinan, kegelisahan, persepsi terhadap guru dan juga persepsi terhadap matematik. Pelajar yang bersikap positif terhadap subjek matematik mempunyai min skor yang lebih tinggi untuk pembolehubah tersebut.
Gaya pembelajaran pelajar perempuan adalah berbeza daripada gaya pembelajaran pelajar lelaki. Pelajar lelaki lebih suka pembelajaran kinestetik berbanding dengan pelajar perempuan. Jadi, guru harus mengambil kira faktor ini dan merancangkan strategi pengajaran yang menarik minat semua pelajar.
Dahulu, perbezaan pencapaian matematik antara jantina wujud kerana wanita tidak dibenarkan atau tidak digalakkan untuk mendapat pendidikan. Oleh itu, pencapaian matematik lelaki lebih baik. Jadi, lelaki dikatakan lebih pandai dalam matematik pada hal sebenarnya adalah kerana hak pendidikan lelaki dan perempuan tidak sama. Setelah perempuan berpeluang mendapat pendidikan seperti lelaki, pencapaian perempuan dalam matematik turut meningkat. Oleh itu, pencapaian matematik tidak dipengaruhi oleh jantina.
5 soalan:
Berdasarkan statistik UPSR, PMR dan SPM 1996-2000, mengapakah jurang perbezaan pencapaian matematik mengikut jantina semakin ketara apabila umur semakin matang?
Statistik menunjukkan pelajar perempuan Malaysia mempunyai pencapaian yang lebih baik dalam matematik berbanding dengan pelajar lelaki. Bagaimanakah pula dengan pelajar di luar negara?
Adakah sikap pelajar perempuan yang lebih berteliti menyumbang kepada prestasi yang lebih baik dalam subjek matematik?
Adakah faktor gaya pembelajaran lelaki dan perempuan mempengaruhi perbezaan pencapaian matematik mereka?
Apakah langkah-langkah yang sesuai untuk merapatkan jurang pencapaian lelaki dan perempuan dalam akademik terutamanya dalam SPM?
Perbezaan Pencapaian Matematik antara SK dan SJKC
5 poin:
Pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan jika melibatkan lima pancaindera pelajar. SJKC mempraktikkan konsep ini dengan menggunakan sempoa sebagai alat bantu mengajar. Sempoa sesuai diguna untuk mengajar matematik kerana penggunaannya melibatkan tiga pancaindera murid iaitu dari segi bunyi, penglihatan dan sentuhan. Jadi, murid-murid lebih berminat untuk belajar matematik.
Selain itu, SJKC juga mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berdisiplin dan mempunyai peraturan yang ketat. Contohnya, murid SJKC akan dirotan jika mereka tidak menyiapkan kerja rumah. Ibu bapa membenarkan guru merotan anak mereka disebabkan budaya orang Cina yang amat mementingkan pendidikan dan ingin anak mereka mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.
Mengikut pembentangan kumpulan tiga, guru-guru di SJKC juga memberi latihan matematik yang lebih banyak berbanding dengan guru di SK. Tujuan latih tubi adalah supaya murid-murid mengetahui dan biasa dengan format peperiksaan. Oleh itu, prestasi matemati SJKC lebih baik. Hal ini telah membuktikan bahawa prestasi pencapaian dalam peperiksaan sebenarnya juga bergantung kepada kebiasaan dengan format peperiksaan.
Walaupun statistik menunjukkan waktu pengajaran dan pembelajaran matematik di SJKC lebih lama berbanding dengan waktu pengajaran dan pembelajaran SK, tetapi ini bukan faktor utama yang mempengaruhi perbezaan pencapaian dalam matematik antara SK dan SJKC. Faktor utama adalah penggunaan masa yang berkesan. Kita tidak harus memberi penekanan terhadap berapa lama waktu untuk matematik tetapi harus menekankan cara menggunakan masa untuk memaksimumkan pembelajaran matematik murid-murid.
Kebanyakan SJKC menggunakan buku teks dan mewajibkan murid-murid mereka membeli buku latihan tambahan manakala guru di SK yang hanya menyuruh murid-muridnya membuat latihan dalam buku teks. Menurut pemerhatian Prof Datuk Dr Ishak Haron, guru di SK terpaksa membuat lembaran kerja sebagai ganti buku kerja. Banyak masa telah dibazirkan untuk membuat lembaran kerja tersebut. Oleh itu, guru-guru SK dicadangkan mengguna buku kerja tambahan untuk mengukuhkan kemahiran matematik murid.
5 soalan:
Statistik menunjukkan SJKC mempunyai pencapaian yang lebih tinggi daripada SK dalam subjek matematik. Adakah ini juga benar bagi SJKC di luar bandar atau pun hanya mewakili SJKC di bandar?
Mengapakah waktu pembelajaran matematik di SK dan SJK adalah berbeza?
Bagaimankah cara untuk mengurus masa dengan baik supaya pembelajaran murid dalam matematik boleh dimaksimumkan?
Oragnisasi sekolah berperanan penting dalam menentukan prestasi akademik murid-muridnya. Pentadbiran SJKC adalah berasaskan kepada disiplin dan peraturan yang ketat. Apakah punca yang menyebabkan SK tidak dapat mentadbir seperti SJKC?
Pihak PIBG SJKC dikatakan lebih prihatin terhadap perkembangan akademik pelajar berbanding dengan PIBG SK kerana mereka akan sentiasa membantu dan memastikan keperluan pendidikan murid mencukupi. Adakah keadaan ini berlaku kerana SJKC bukan sekolah bantuan kerajaan?

Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran Matematik: Konstruktivisme VS Latih Tubi
5 poin:

Definisi pembelajaran ialah perubahan tingkah laku yang agak kekal. Perubahan tingkah laku bermaksud pelajar boleh buat sesuatu yang dia tidak boleh buat sebelum ini. Contohnya, pelajar boleh menyelesaikan persamaan kuadratik selepas pengajaran oleh guru. Perubahan tingkah laku boleh dilihat dari segi psikomotor, afektif atau kognitf. Pembelajaran terbahagi kepada dua aras, iaitu aras tinggi dan aras rendah.
2. 2. Kebanyakan kami mendefinisikan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses guru memberi ilmu dan pelajar terima ilmu. Sebenarnya, pelajar tidak terima ilmu tetapi mereka memproses ilmu dengan memberi makna kepada ilmu yang diterima berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Oleh sebab pengalaman sedia ada pelajar berbeza mengikut individu, maka makna yang diberi kepada ilmu tersebut juga berbeza. Oleh itu, guru perlu mengenalpasti sama ada pelajar memproses ilmu dengan betul atau tidak. Teknik penyoalan merupakan teknik yang penting untuk mengenalpasti kefahaman pelajar.
3. 3. Dalam konteks konstruktivisme, pelajar memberi makna kepada ilmu yang dia terima berdasarkan pengalamannya. Oleh itu, pelajar perlu memainkan peranan aktif jika konstruktivsme dilaksanakan. Aktiviti haruslah berpusatkan pelajar di mana pelajar haruslah berbincang dengan rakan-rakannya dan menyemak sesama diri. Daripada aktiviti-aktiviti tersebut, pelajar mendapat ilmu baru dan guru boleh menyemak kefahaman pelajarnya.
4. 4. Latih tubi tidak sama dengan latihan. Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta dalam meningkatkan kecekapan tentang apa yang telah diajar untuk mencapai tahap kemahiran atau untuk melekatkan sesuatu perkaitan supaya ia menjadi lebih kekal dalam ingatan. Latih tubi tidak bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman terhadap sesuatu konsep tetapi mengukuhkan kemahiran. Contohnya, pelajar yang diberi banyak latih tubi operasi darab boleh jawab soalan yang melibatkan operasi darab dengan lebih cepat tetapi dia mungkin tidak faham konsep darab.
5. 5. Walaupun pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme adalah berpusatkan pelajar, namun peranan guru juga amat penting. Kaedah konstruktivisme memerlukan pelajar membina pengetahuan baru melalui interaksi dan juga berdasarkan pengalaman. Guru hanya sebagai fasilitator tetapi guru bertanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pelajar bertanya dan juga menimbulkan permasalahan yang berkaitan dengan pembelajaran pelajar. Tujuannya adalah untuk menggalakkan pelajar menerangkan kefahaman mereka supaya guru dapat mengesan kesilapan.

5 soalan:

Selain teknik penyoalan, apakah cara lain yang sesuai digunakan untuk mengenalpasti sama ada pelajar memproses ilmu dengan betul atau tidak?
6. 6. Bagaimanakah guru mewujudkan suasana atau persekitaran yang menggalakkan pelajar bertanya?
7. 7. Pengalaman sedia ada setiap individu adalah berbeza disebabkan banyak faktor seperti persekitaran dan sebagainya. Kaedah konstruktivisme memerlukan pelajar membina ilmu berdasarkan pengalaman sedia ada mereka Jadi, adakah kaedah ini sesuai digunakan untuk semua pelajar?
8. 8. Bagaimanakah kita memastikan kaedah konstruktivisme dapat dijalankan dengan berkesan dan betul-betul memberi faedah kepada pelajar?
9. 9. Adakah kombinasi latih tubi dan konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran matematik lebih baik daripada menggunakan kaedah konstruktivisme sahaja?

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
5 poin:

KSSR mementingkan 4M iaitu menulis, mengira, membaca dan menaakul. Elemen penaakulan ditambah dalam kurikulum baru ini kerana penaakulan penting untuk membantu pelajar membuat pertimbangan dan juga mengembangkan kapasiti pemikiran. Penaakulan dalam matematik tidak hanya memerlukan pelajar menguasai konsep matematik, tetapi mereka perlu berfikir secara mendalam terhadap sesuatu konsep tersebut.
10. 10. Dalam kurikulum baru ini, pentaksiran formatif berasakan sekolah dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Terdapat tiga jenis pentaksiran iaitu pentaksiran kendiri, rakan sebaya dan kumpulan. Pentaksiran dijalankan oleh pelbagai pihak dan dari sudut yang berbeza.
11. 11. Trends pendidikan di sekolah pada zaman ini adalah mengaplikasi amalan industri atau perniagaan di sekolah. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kecekapan pengurusan. Namun, amalan ini tidak sesuai kerana setiap individu beremosi dan mempunyai kemahiran dan tahap pemahaman yang berbeza.
12. 12. Kurikulum baru tidak semestinya lebih baik daripada kurikulum lama. Transformasi pendidikan perlu mengambil kira punca masalah di bilik darjah seperti saiz kelas. Jika masalah tersebut tidak diselesaikan, kurikulum baru tidak akan dilaksanakan dengan efektif kerana punca masalah tidak diselesaikan.
13. 13. Kurikulum bukan faktor terpenting dalam membentuk pendidikan yang berkualiti. Tidak kira bagaiamana sesuatu kurikulum berubah, faktor utama yang mempengaruhi kualiti pendidikan ialah guru. Perkara yang penting sekali di bilik darjah adalah bagaimana seseorang guru mengajar. Guru yang baik akan terus belajar cara untuk memperbaiki kelemahannya mengajar, cara berinteraksi dengan pelajar dan cara memahami mereka.

5 soalan:

Adakah pendidikan lebih berkualiti dan pencapaian pelajar akan meningkat dengan pelaksanaan KSSR?
14. 14. Sebab yang diberi untuk pelaksanaan KSSR adalah kerana terdapat banyak kelemahan pada KBSR. Apakah kelemahan yang ada pada KBSR yang menyebabkan keperluan untuk mengubah kurikulum kepada KSSR?
15. 15. Adakah kelemahan yang wujud disebabkan kurikulum tidak baik?
16. 16. Bagaimana menjamin bahawa KSSR boleh dilaksanakan dengan efektif dan kelemahan yang wujud semasa pelaksanaan KBSR tidak akan berulang?
17. 17. Adakah semua pelajar boleh melepasi standard KSSR yang ditetapkan dalam masa yang singkat sedangkan tahap pemahaman dan pembelajaran setiap pelajar adalah berbeza?

Penggunaan ICT dalam Mengajar Matematik
5 poin:

Penggunaan ICT disertai dengan cara pengajaran yang betul boleh menggalakkan pelajar berfikir secara optimum. Contohnya, geometer’s sketchpad hanya menunjukkan graf tetapi jika guru pandai bertanya soalan, pengajaran dan pembelajar akan lebih efektif.
18. 18. Antara kelebihan menggunakan komputer dalam pengajaran ialah pelajar mendapat maklum balas dengan cepat. Mereka boleh menguji kefahaman sendiri dengan membuat latihan secara online dan mengesan kesilapan yang dibuat dengan serta-merta. Ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan.
19. 19. Namun, penggunaan ICT tidak sesuai untuk semua topik. Kadang-kala, kaedah pengajaran tradisional iaitu penggunaan papan hitam adalah lebih sesuai daripada penggunaan ICT kerana guru boleh menunjukkan setiap langkah penyelesaian. Oleh itu, guru haruslah pandai memilih kaedah yang sesuai.
20. 20. Penggunaan ICT menyebabkan sesetengah guru terlalu bergantung kepada courseware. Didapti sesetengah guru tidak mengajar dan hanya menunjukkan courseware sahaja. ICT hanya sebagai alat bantu mengajar dan bukannya untuk ganti guru.
21. 21. Secara realitinya, guru tidak dapat menggunakan pelbagai kaedah pengajaran mengikut kesesuaian setiap pelajar tetapi guru dapa menggunakan kaedah yang berbeza tuntuk kelas yang berbeza.
22. 22. 5 soalan:
23. 23. Bagaimanakah guru menjadikan pembelajaran lebih seronok untuk menarik minat pelajar dalam sesuatu subjek?
24. 24. Mengapakan guru disarankan menggunakan ICT dalam pengajaran semasa pelaksanaan dasar PPSMI sedangkan kebanyakan pelajar lebih suka pengajaran tradisional?
25. 25. Adakah penggunaan ICT boleh meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam Matematik?
26. 26. Bagaimanakah guru mempelbagaikan kaedah pengajaran mengikut kesesuaian pelajar?
27. 27. Apakah langkah untuk mengatasi masalah teknikal dalam pengendalian perkakasan ICT yang sering berlaku?

Pensijilan Guru Matematik
5 poin:

Kriteria profesion ialah memerlukan pelajaran tinggi dan latihan khas, kemahiran diiktiraf, lulus peperiksaan profesional, mengutamakan dan bertanggungjawab terhadap pelanggan, mematuhi kod etika dan mempunyai satu badan bebas yang mengawal kualiti.
28. 28. Urusan bimbingan, latihan dan teladan melalui proses pengajaran dan pembelajaran merupakan ukuran utama hasil kerja seorang guru.
29. 29. Antara perbezaan IPG dengan IPTA ialah kebanyakan pensyarah IPG merupakan bekas guru, suasana pembelajaran di IPG serupa suasana di sekolah, tempoh latihan mengajar yang lebih panjang, sukatan yang digunakan di IPG sama seperti di sekolah dan terdapat kerjasama rapat antara IPG dengan sekolah.
30. 30. Latihan perguruan bertujuan untuk membolehkan guru pelatih menyesuaikan diri dengan suasana sekolah, mendapat pengalaman dan mencari kaedah pengajaran yang sesuai.
31. 31. Seorang guru matematik bukan sekadar mempunyai pengetahuan matematik sahaja, tetapi juga perlu mengetahui teori pengajaran dan pembelajaran dan teknik-teknik pengajaran yang betul.
32. 32. 5 soalan:
33. 33. Mengapakah guru tidak diiktiraf sebagai profesion?
34. 34. Adakah guru matematik terlatih mengajar dengan lebih berkesan daripada guru matematik yang tidak terlatih?
35. 35. Bagaimanakah dengan menghadiri kursus perguruan boleh menjadikan seseorang guru lebih berkualiti dalam pengajarannya?
36. 36. Apakah ciri-ciri penting yang perlu pada seseorang untuk membolehkannya menjadi seorang guru yang baik?
37. 37. Bagaimanakah guru mengaplikasikan ilmu yang diterima semasa menghadiri kursus perguruan?