3. Bersepadu dan kesepaduan bermaksud
bersatu, bercantum dan bersama, bukannya
terpisah, terasing, tercerai atau terpencil.
Menurut kamus dewan Edisi ke-4, kesepaduan
merupakan keadaan bersepadu, perihal
bersepadu menjadi kesatuan yang utuh.
4. Kesepaduan merupakan kaedah pengajaran
dan pembelajaran di mana konsepnya
bersepadu dengan mata pelajara yang lain.
Kesepaduan juga merupakan perjalinan dan
pengadunan unsur-unsur ilmu pengetahuan
kemahiran, bahasa serta nilai-nilai dalam
semua matapelajaran secara integrasi dan
menyeluruh.
5. Contohnya, mendedahkan konsep
pergerakan, sistem otot, sistem tulang dan
fungsi tubuh manusia yang terdapat dalam
mata pelajaran Sains dapat diserahkan
secara bersepadu dalam PJ secara langsung.
Guru mestilah menekan aspek kesepaduan
dalam merancang strategi pembelajaran agar
membantu murid menguasai kemahiran atau
ilmu yang lain.
6. Jika unsur kekerapan nilai-nilai murni
atau bahasa Melayu merentas
kurikulum tidak dimasukkan, PdP ini
tidak ada kesepaduan.
Kaedah pelaksanaannya boleh
melibatkan kesepaduan dari segi
bahan PdP, kesepaduan komponen
utama dalam PJ sendiri (Intra) serta
kesepaduan dua ilmu pengetahuan
yang berbeza mata pelajaran (Inter).
7. Penggabungjalinan bermaksud menggabungkan
pelbagai kemahiran dalam satu masa.
Contohnya, menggabungkan kemahiran lisan
dengan membaca dan kemahiran
menulis, penggabungan aktiviti dalam
kelas, secara berkumpulan atau individu serta
penggunaa alat dan bahan bantu mengajar yang
pelbagai bersesuaian dengan proses PdP.
8. Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan
dalam PdP dibahagikan kepada dua iaiu
penggabungjalinan kemahiran-kemahiran
dalam satu mata pelajaran dan
penggabungjalinan kemahiran daripada
beberapa mata pelajaran.
Ciri-ciri penggabungjalinan : berasaskan
kepada konsep mengintegrasikan beberapa
kemahiran.
Kemahiran utama menjadi fokus kepadanya.
9. Contohnya, kemahiran lisan digabungkan
dengan kemahiran membaca.
Kaedah penggabungjalinan bersandarkan
kepada perkara pokok seperti mengenalpasti
kemahiran utama dan kemahiran sampingan.
Di mana kemahiran utama yang menjadi fokus
pembelajaran perlulah disusuli dan dikuasai
dengan kemahiran-kemahiran sampingan
untuk kukuhkan kemahiran utama.
10. Kemahiran utama digunakan di peringkat
perkembangan pelajaran.
Strategi penggabungjalinan kemahiran
hendaklah dirancangkan berdasarkan
objektif pelajaran, kebolehan dan pencapaian
murid.
11. Integrasi adalah merupakan penggabungan, dua
atau beberapa kaum (unsur, hubungan dll)
menjadi satu kesatuan.
Integrasi dalam PJ dapat dilaksanakan dengan
menggabungkan unsur-unsur seperti kaum dan
sebagainya.
12. Ia menjadi satu integrasi Malaysia yang
saling menghormati kepelbagaian dalam
meraikan ciri-ciri budaya kaum masingmasing.
Integrasi juga mampu memupuk dan
mengembangkan budaya nasional.
Dalam Penyata Razak (1956), menyatakan
berkenaan integrasi yang perlu bermula
daripada murid-murid di sekolah.
Antara tumpuan utama ialah memastikan
bahasa dan kebudayaan lain dipelihara.
13.
14. Daya tahan
kardiovaskular
Daya tahan otot
Kekuatan
Kelenturan
Komposisi badan
Koordinasi
Imbangan
Ketangkasan
Kuasa
Masa tindakbalas
Kepantasan
15. Tunjang kemahiran meliputi aspek-aspek yang
memberi pendedahan kepada murid-murid untuk
menonjol dan mengembangkan kemahiran mereka
ke tahap yang lebih baik khususnya bakat
terpendam.
Kebiasaannya, proses PdP tunjang kemahiran
mendedahkan murid-murid untuk berfikir dan
bermain dengan keseronokan.
17. Tunjang kesukanan memberi tumpuan kepada
amalan pendidikan yang perlu diketahui oleh
murid-murid di sekolah sebagai persediaan
untuk mereka melibatkan diri dalam kegiatan
kesukanan.
20. Band ialah satu label yang digunakan untuk
menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun
secara hieraki digunakan bagi tujuan pelaporan
individu.
21.
22. Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu
domain merujuk kepada tanda aras dan bersifat
generik bagi memberi gambaran holistik tentang
individu.
23.
24. Standard prestasi ialah pernyataan tentang tahap
perkembangan pembelajaran murid yang diukur
berdasarkan standard dan menunjukkan di mana
kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan
pembelajarannya.
25. Perkembangan dalam standard itu terbahagi
kepada dua iaitu perkembangan mendatar
(konstruk) dan perkembangan menegak (band).
Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau
lebih “qualifier” menggunakan perkataan atau
rangai kata yang betul menggambarkan standard
dalam bentuk hasil pembelajaran.
26.
27. Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan
apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan
standard di mana kualiti boleh ditafsir dan
dicapai.
28. Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang
bagaimana murid melaksanakan apa yang dia
tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor.
Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti
yang dapat ditunjukkan oleh murid yang
melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk
produk atau proses seperti
foto, grafik, artifak, laporan dll.
29. Instrumen ialah alat yang digunakan untuk
menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi
sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian
secara lisan, demonstrasi, ujian amali.