SlideShare a Scribd company logo
1 of 35
Download to read offline
1
KPD 4033
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
TAJUK TUGASAN
KUMPULAN C
DPLI UPSI YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK)
SEMESTER I 2018/2019
DISEDIAKAN OLEH
NAMA PENSYARAH: PROF. MADYA DR. MD. NASIR BIN MASRAN
NAMA NO. ID
ZAIHASSNI BINTI MAT YAMAN L20181010950
NOR’ ADILAH BINTI ZAINAL ABIDIN L20181010952
SITI ROKIAH BINTI AWANG TEH L20181011068
PEMARKAHAN
1 TUGASAN 2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
2
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1. PENGENALAN 3
2. KEPENTINGAN RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN
4
3. JADUAL PENENTU KANDUNGAN 6
4. RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN MENGIKUT
KECERDASAN PELBAGAI,
MOTIVASI, GAYA BELAJAR DAN
KONSEP KENDIRI
8
5. RUMUSAN 14
6. RUJUKAN 15
7. LAMPIRAN 16
3
1. PENGENALAN
Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk
dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka waktu yang telah
ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin
murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan di samping meningkatkan keyakinan guru
untuk mengajar. Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan berdasarkan
kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid. Setiap proses pembelajaran perlulah
melalui proses bimbingan dari pihak guru. Bimbingan penting untuk melayani keperluan murid
bagi memperkembangkan potensi dan kebolehan mereka ke tahap yang paling optimum.
Pengalaman di dalam pendidikan perlu dalam perubahan tingkah laku setiap individu. Oleh itu,
psikologi pembelajaran merupakan kajian tentang proses dan ciri-ciri pembelajaran yang
membawa kepada perubahan tingkah laku seseorang individu.
Psikologi pembelajaran akan mengkaji maksud sebenar pembelajaran. Bagi
seseorang yang biasa, pembelajaran hanya bermakna memperoleh kemahiran membaca,
mengeja atau mengira. Sebenarnya, pembelajaran adalah lebih daripada ini. Kanak-kanak
akan mempelajari nilai kebudayaan, peranan jantina yang sesuai, minat, kebolehan dan
perwatakan. Selain daripada itu, mereka belajar supaya mengasihi dan berkeyakinan.
Justeru, semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat keputusan mengenai
keperluan, matlamat dan objektif (yang perlu dicapai dan dikuasai murid), serta motivasi dan
strategi pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif. Ringkasnya, sesuatu persediaan
pengajaran perlu mengandungi dua jenis maklumat: Pertama, mengenai murid dan
perkara yang akan diajar, dan kedua, catatan mengenai langkah-langkah dan aktiviti guru-
murid dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Rancangan pengaran harian
yang berkesan perlu dirancang dan disediakan dengan lengkap. Persediaan mengajar yang
disediakan dengan jelas, teliti, lengkap dan teratur dapat membantu pelajar
meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaranterutamanya di kalangan murid bermasalah
pembelajaran.
4
2. KEPENTINGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
2.1 Meningkatkan Keyakinan Diri Guru Semasa Mengajar
Persedian sebelum memasuki kelas adalah sangat penting bagi seseorang guru agar proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Dengan adanya penyediaan
rancangan pengajaran harian yang lebih awal maka guru mempunyai panduan yang lebih
sistematik untuk mengendalikan kelas tersebut. Selain itu, isi kandungan mata pelajaran juga
lebih mudah disampaikan oleh pelajar tersebut kerana guru berkenaan mempunyai persiapan
yang rapi untuk mengendali kelas berkenaan. Perkara ini sekaligus akan meningkatkan
keyakinan guru semasa mengajar di kelas kerana guru telah mempunyai persiapan yang lebih
teratur sebelum memulakan kelas berkenaan.
2.2 Merancang Penggunaan Alat Bantu Mengajar yang sesuai
Aktiviti pengajaran yang telah disusun dalam RPH membantu guru menyampaikan isi kandunag
pelajaran dengan mudah. Penyusunan sub topik daripada mudah ke sukar membolehkan murid
menguasai pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan dengan mudah dan jelas.
Penggunaan teknologi pendidikan juga dapat dimanfaat dengan optimum apabila
perancangan dilakukan dengan baik. Guru boleh memikirkan apakah teknologi yang akan
diintegrasikan dalam pengajaran semasa mereka menyediakan RPH. Guru boleh memeriksa
sama ada media yang sesuai dapat diintegrasikan dalam pengajaran terdapat di Pusat Sumber
Sekolah
2.3 Memastikan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Tercapai
Objektif atau hasil pembelajaran yang telah dirancang dalam RPH menjadikan pengajaran
dan pembelajaran sentiasa tertumpu dan guru dapat melaksanakan penyampaian
maklumat dan isi kandungan dengan lebih tersusun dan berfokus. Pengurusan masa menjadi
faktor yang penting dalam aktiviti pengajaran sebab jadual waktu pengajaran bagi setiap mata
pelajaran adalah begitu terhad dan ketat. Oleh itu RPH akan membantu guru menguruskan
Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk
5
dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka waktu yang telah
ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin
murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru
untuk mengajar. Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan berdasarkan
kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid. Pendidikan akan menyediakan pengalaman
bagi seseorang individu. Dengan pengalaman ini, perubahan tingkah laku individu itu akan
berlaku. Oleh itu, psikologi pembelajaran merupakan kajian tentang proses dan ciri-ciri
pembelajaran yang membawa kepada perubahan tingkah laku seseorang individu. Psikologi
pembelajaran akan mengkaji maksud sebenar pembelajaran. Bagi seseorang yang
biasa, pembelajaran hanya bermakna memperoleh kemahiran
2.4 Menggelakkan Sebarang Penyelewengan atau Perkara yang Hendak diajar
Penyediaan RPH dalam kalangan guru akan dapat menggelakkan penyelewengan atau
terkeluar daripada topik atau sub topik semasa pengajaran dilakukan. Oleh kerana
pengalaman penguasaan isi kandungan guru adalah berbeza antara satu sama lain maka
dengan adanya penyediaan RPH, persamaan daripada segi maklumat yang disampaikan akan
dapat dilakukan. Guru dapat menggunakan kreativiti masing-masing semasa merancang
aktiviti pembelajaran yang akan dilaksanakan. Siri aktiviti yang dirancang ini akan
membolehkan perubahan tingkah laku dan penguasaan isi kandungan matapelajaran yang
disampaikan.
6
3. JADUAL PENENTU KANDUNGAN (JPK)
Jadual Penentu Kandungan merupakan sebuah jadual yang membantu guru dalam
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kumpulan kami telah
memilih subjek Sains Bab 2 bagi Tingkatan 1 sebagai JPK dan rancangan pengajaran dalam
tugasan ini.
Topik Rancangan
Pengajaran
Harian
Aras Taksonomi Bloom
Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian
2.1 Apakah
Sel?
RPH 1 X X X
2.2
Organisma
Unisel dan
Multisel
RPH 2 X X X X
2.3
Organisasi
Sel Dalam
Badan
Manusia
RPH 3 X X X
2.4
Manusia
ialah
Organisma
yang
Kompleks
RPH 4 X X X X
Jadual 1 Jadual Penentu Kandungan
7
Topik Rancangan
Pengajaran
Harian
Aras Taksonomi Bloom
Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian
2.1
Apakah
Sel?
RPH 1 Struktur Sel
Haiwan dan
Tumbuhan
Fungsi Struktur Sel
2.2
Organism
a Unisel
dan
Multisel
RPH 2 Ciri-ciri Organisma
Unisel dan Multisel
Perbandingan Antara
Unisel dan Multisel
2.3
Organisasi
Sel Dalam
Badan
Manusia
RPH 3 Urutan Organisasi
Sel
Cara
Sel
Membe
ntuk
Suatu
Organi
sma
2.4
Manusia
ialah
Organism
a yang
Kompleks
RPH 4 Sistem
dalam
Badan
Manusi
a
Membe
zakan
Fungsi-
fungsi
Sistem
dalam
Badan
Organisasi Sel
Membentuk
pelbagai
Organisma
Jadual 2 Jadual Penentu Kandungan
8
4. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MENGIKUT KEPELBAGAIAN
KECERDASAN, MOTIVASI, KONSEP KENDIRI DAN GAYA BELAJAR
Rancangan pengajaran yang dipilih adalah subjek Sains Bab 1 bagi tingkatan 1.
Rancangan pengajaran yang dibuat adalah berdasarkan 4 item pelajar iaitu berdasarkan aspek
kecerdasan. Motivasi, konsep kendiri dan gaya belajar. Rancangan Pengajaran Harian merujuk
pada LAMPIRAN 1 - 4
4.1 Kecerdasan
Pada tahun 1980-an, Howard Garner telah mengemukakan suatu teori iaitu Teori
Kecerdasan Pelbagai yang menyatakan bahawa kecerdasan manusia bukan hanya tertumpu oleh
suatu faktor sahaja malah kecerdasan itu boleh berkembang sama ada melalui persekitaran ,
pendidikan dan pengalaman. Setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung
kerana seseorang individu mungkin cemerlang dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi lemah
dalam bidang kecerdasan yang lain (rujukan)
Kecerdasan pelbagai merangkumi 9 jenis kecerdasan iaitu Naturalis, Eksistensial, Verbal-
Linguistik, Logik-Matematik, Visual-Ruang, Kinestatik, Muzik, Interpersonal dan Intrapersonal.
Kecerdasan Linguistik adalah kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif samada secara
lisan atau bertulis. Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk
perkataan. Kecerdasan logik matematik ialah kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini
membolehkan menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual.
Kecerdasan visual ruang pula bermaksud kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej,
bentuk dan corak dan kemudiannya mampu untuk mengaplikasikannya kepada dunia fizikal.
Kecerdasan kinestetik bermaksud kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota
tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.
9
Kecerdasan muzik/ritma bermaksud kebolehan manusia untuk berfikir dalam bentuk musikal,
mendengar dan mengecam paten, membezakan antara bunyi dan cipta musik. Sensitif dengan
bunyi di persekitaran. Kecerdasan interpersonal merupakan kemampuan individu dalam
mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi
dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut manakala kecerdasan intrapersonal
kebolehan untuk merefleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Kebolehan yang ada
ialah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara
berfikir. Kecerdasan naturalis mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan
persekitaran semulajadi. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat
menghubungkaitakan antara kehidupan flora dan fauna. Kecerdasan existensialis ialah kebolehan
untuk menjawab persoalan aras tinggi tentang kewujudan manusia seperti tujuan hidup, tujuan
mati dan bagaimana berada di bumi.
Rajah 1 Teori Kecerdasan Pelbagai menurut Howard Gardner
10
4.2 Motivasi
Menurut Suppiah, Ramlah dan Abdul Aziz (2008), motivasi ialah suatu kuasa dorongan
yang membantu setiap individu menjayakan tugasan, kerjaya dan aspirasi hidup. Dalam sistem
persekolahan, motivasi memainkan peranan yang penting dalam menentukan keberkesanan
pengajaran oleh guru dan pembelajaran oleh pelajar. Kuasa motivasi sentiasa memandu pelajar
menjayakan tugas-tugas harian di sekolah. Dalam suasana pengajaran dan pembelajaran, guru
perlu memasukkan unsur-unsur agar pelajar dapat memupuk kesungguhan dalam diri.
Motivasi terbahagi kepada dua iaitu motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Motivasi
ekstrinsik wujud daripada ransangan luaran dengan tujuan menggerakkan orang untuk
melakukan sesuatu ativiti yang akan membawa faedah kepadanya. Motivasi ekstrinsik ini dapat
diransang melalui peneguhan positif seperti pujian, insentif, gred, hadiah dan bentuk iklim alam
belajar yang kondusif untuk mendorong mereka belajar.
Motivasi intrinsik pula merujuk kepada motivasi yang wujud secara semulajadi daripada
ransangan dalaman. Ia terdiri daripada dorongan dan minat individu untuk melakukan sesuatu
aktiviti tanpa menharapkan balasan dan paksaan. Bagaimanapun, tidak semua motivasi intrinsik
wujud secara semulajadi. Terdapat juga motivasi intrinsik yang dibentuk daripada pembelajaran
dan pengalaman yang membawa kepuasan seperti tabiat membaca buku dan bermain alat muzik.
Biasanya motivasi ekstrinsik bercanggah dengan motivasi intrinsik.
11
Rajah 2 Motivasi Intriksik dan Motivasi Ekstrinsik
12
4.3 Gaya belajar
Kemampuan seseorang dalam memahami maklumat atau sesuatu pengetahuan adalah berbeza
antara satu sama lain. Untuk memperoleh ilmu pengetahuan, seseorang itu perlu belajar. Proses
pembelajaran atau proses untuk mendapatkan pengetahuan adalah berbeza mengikut gaya
pembelajaran tersendiri.
Menurut Dunn & Dunn (1981) gaya pembelajaran merujuk kepada keadaan di mana
murid belajar dengan cara yang paling optima. Gaya pembelajaran membawa maksud
pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu belajar dalam memperolehi pengetahuan menurut
(Dr Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012). Definisi pembelajaran pula merupakan kebolehan
seseorang mengambil maklumat, merekod dan failkan maklumat tersebut supaya ia menjadi
mudah untuk digunakan. Tambahan lagi, gaya pembelajaran juga merupakan cara seseorang
individu bertindak balas terhadap dunia sekitarnya dan menggunakan gaya pembelajarannya
berinteraksi dengan persekitarannya.
Dalam dunia pendidikan hari ini, tidak dinafikan kepandaian, kebolehan dan gaya belajar
setiap individu pelajar itu berbeza-beza. Terdapat tiga gaya pembelajaran yang utama iaitu gaya
pembelajaran visual, gaya pembelajaran auditori dan gaya pembelajaran kinestetik. Gaya belajar
visual dimiliki oleh mereka yang deria penglihatannya tajam dan teliti. Individu ini boleh
mengingat dengan cepat hasil daripada gambar atau visual yang dilihatnya. Individu yang
memiliki gaya pembelajaran auditori mempunyai deria pendengaran yang tajam dan lebih
terfokus. Manakala gaya belajar kinestatik ialah gaya belajar yang melibatkan banyak
pergerakan.
Kemampuan untuk menerima dan mempraktikkan ilmu pengetahuan tersebut perlu di
sesuaikan dengan para pelajar. Justeru, peranan guru dalam memilih kaedah dan aktiviti
pengajaran yang sesuai merupakan perkara yang penting untuk menjamin keberkesanan
pembelajaran.
13
4.4 Konsep Kendiri
Konsep kendiri boleh ditakrifkan sebagai persepsi tentang diri sendiri dan ia merangkumi
gambaran tentang rupa, kesihatan, kebolehan, kelemahan, kekuatan dan tingkah laku kendiri
seseorang individu. Ia dibentuk hasil daripada interaksi individu dengan orang lain dan
penyesuaian diri dengan alam sekitar. Penyesuaian yang berjaya akan menghasilkan konsep
kendiri positif dan kegagalan pula akan mengakibatkan konsep kendiri yang negatif. Antara cirri-
ciri murid yang mempunyai konsep kendiri postif ialah mengalami kejayaan lebih daripada
kegagalan, yakin dan percaya kepada diri sendiri, optimistik, terbuka dan sedia menerima
kritikan oran lain, menghadapi masalah dan cabaran dengan tabah dan sebagainya. Manakala
antara ciri-ciri murid yang mempunyai konsep kendiri yang negative ialah sentiasa mengalami
kegagalan akademik atau ko-kurikukum, selalu dikritik, emosi tidak stabil (mudah tersinggung
dan merajuk), berkeyakinan rendah, kurang diterima oleh rakan dan sebagainya.
Konsep kendiri dianggap sebagai pusat konsep utama dalam ilmu psikologi. Hasil kajian
daripada Siti Jamiaah et. al pada tahun 2017 mendapati bahawa terdapat tiga elemen yang
mempengaruhi konsep kendiri seseorang iaitu persepsi terhadap dirinya sendiri, penilaian orang
lain terhadap dirinya dan penilaiannya terhadap persepsi orang lain terhadap dirinya.
Walaubagaiamana pun, kajian menyatakan Islam mempunyai elemen tambahan iaitu penilaian
terhadap pandangan Pencipta (Allah s.w.t) terhadap dirinya.
Menurut Harter (1983) dalam buku Personaliti: “Becoming a Person”, konsep kendiri
ialah agen perkembangan diri individu terutamanya kanak-kanak. Kanak-kanak akan
berkembang sebagai objek iaitu merupakan sesuatu yang unik dan boleh diperhatikan tahap
perkembangannya. Oleh itu ini memerlukan kerjasama daripada banyak pihak supaya konsep
kendiri kanak-kanak subur secara positif. Rogers (1951) telah menyatakan bahawa manusia itu
mempunyai potensi untuk menuju ke arah kesempurnaan kendiri dengan syarat seseorang itu
harus mempunyai keyakinan terhadap dirinya. Hal ini perlu bagi membantu dirinya menuju ke
arah kesempurnaan kendiri bagi menjamin kehidupan yang lebih bermakna.
14
5. RUMUSAN
Berdasarkan perbincangan ringkas di atas jelas membuktikan bahawa penggunaan bahan konkrit
adalah penting kerana penggunaannya bukan sahaja pembelajaran menjadi menarik, malah
pemahaman konsep matematik pelajar dapat diperkembangkan lagi, kerana pelajar yang belajar
dan berintraksi dengan objek akanlebih memahami apa yang dipelajari dan pelajar-pelajar akan
membina konsep danpenyelesaian terhadap masalah yang diberi. Juga dapat menjimatkan masa
guru mengajar serta menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.
15
Rujukan
Dr. Ragbir Kaur A/P Joginder Singh. Buku Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah ( KPLI) Sekolah Rendah dan Menengah. 2010. Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Jamaludin Ramli. Bab 6: Pengertian Konsep Kendiri. Eprints.utm.my
Siti Jamiaah Abdul Jamil, Yusmini Md. Yusoff dan Rozmi Ismail. 2017. Pembinaan Konsep
Kendiri dari Perspektif Barat dan Islam. Jurnal Usuluddin 45 (11) 2017: 1-26.
16
LAMPIRAN 1
RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN MENGIKUT
KEPELBAGAIAN KECERDASAN
17
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran Sains Tingkatan : 1
Tarikh Minggu 1 Masa : 7.00 pagi – 8.10 pagi
Bil Pelajar 25 orang
Tema /Tajuk Sel Sebagai Unit Asas Kehidupan
Sub Topik 2.1 Apakah Sel?
Hasil
Pembelajaran
1. Pelajar dapat menyatakan definisi sel
2. Pelajar dapat mencirikan sel
Strategi /
Aktiviti
Gabungan pemusatan guru dan pemusatan pelajar
Pengetahuan
lalu
Pelajar telah mempelajari sikap saintifik dan nilai-nilai murni
Bahan Bantu Video, batu bata
Penerapan Nilai Kerjasama, dan kebersihan
1. Set Induksi
Guru meransang minda pelajar dengan menunjukkan gambar seketul bata
dan sebuah rumah yang mengandungi susunan batu bata.
Guru meminta pelajar mengaitkan gambar yang ditunjukkan dengan topik
yang akan diajar
Guru akan menerangkan kaitan gambar yang ditunjuk dengan topik yang
akan diajar.
2. Objektif
Pembelajara
1. Pelajar dapat menerangkan bahawa benda hidup dibina daripada sel
18
n
2. Pelajar dapat menyatakan struktur dan fungsi sel haiwan dan tumbuhan
3. Permodelan i) Kecerdasan
verbal linguistik
 Guru memberi
penerangan tentang
topik tersebut di
hadapan kelas
ii) Kecerdasan Visual
Ruang
 Guru akan
menunjukkan pada
pelajar video tentang
bagaimana sel
terbentuk. (BBM 1)
iii) Kecerdasan
kinestatik
 Guru akan
mengarahkan
pelajar untuk
melakukan aktiviti
amali dimana
penyusunan batu
bata di luar bilik
darjah. (BBM 2)
4. Semak
kefahaman
pelajar
Pelajar diminta untuk
menerangkan struktur
dan fungsi sel
sewaktu sesi soal
jawab di dalam kelas
Pelajar dikehendaki
membuat peta minda
lukisan bergambar
berkenaan topik ini
Guru meminta pelajar
mengaitkan antara
aktiviti penyusunan
batu bata yang
dilakukan di luar bilik
darjah oleh pelajar
dengan topik sel.
5. Pantau dan
ubahsuai
Guru memantau
pergerakan pelajar
dan menilai jawapan
yang diberikan oleh
pelajar agar tidak
tersasar
Guru memantau
pergerakan pelajar dan
memberikan panduan agar
dapatan mereka tidak
tersasar.
Guru memantau
pelajar dan
memberikan panduan
agar pemahaman
mereka tidak tersasar
6. Praktis 1. Pelajar diberikan 1. Pelajar diminta untuk 1. Guru
19
Tertempoh masa selama 15
minit untuk
persediaan. 10
minit
perbentangan
setiap kumpulan.
2. Guru akan
membuat
pengukuhan
selama 15 minit
dan 10 minit
untuk membuat
rumusan.
mempersembahkan
peta minda yang telah
dihasilkan dalam masa
10 minit
2. Guru akan membuat
pengukuhan selama 15
minit dan 10 minit
untuk membuat
rumusan
menerangkan
kepada pelajar
selama 15 minit,
seterusnya 20
minit soal jawab
antara pelajar dan
guru.
2. Guru akan
membuat
pengukuhan
selama 15 minit
untuk membuat
rumusan.
7. Penutup dan
Refleksi
1. Guru akan memberikan penjelasan lanjut bagi mengukuhkan maklumat
dibentangkan.
2. Guru akan memberikan respon terhadap jawapan yang diberikan oleh
pelajar dan seterusnya memberikan pengukuhan terhadap jawapan
tersebut.
20
BBM 1 –
Persembahan
video daripada
guru
BBM 2 –
Aktiviti
penyusunan
batu bata oleh
pelajar
21
LAMPIRAN 2
RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN MENGIKUT MOTIVASI
22
Mata Pelajaran Sains Tingkatan : 1
Tarikh Minggu 1 Masa : 7.00 pagi – 8.10 pagi
Bil Pelajar 25 orang
Tema /Tajuk Sel Sebagai Unit Asas Kehidupan
Sub Topik 2.1 Organisma Unisel dan Multisel
Hasil Pembelajaran
Di akhir pengajaran, pelajar dapat
1. Pelajar dapat menyatakan definisi organisma unisel dan
multisel
2. Pelajar dapat mencirikan organisma unisel dan multisel
3. Pelajar dapat membandingan antara organisma unisel dan
multisel dengan jelas
Strategi / Aktiviti Gabungan pemusatan guru dan pemusatan pelajar
Pengetahuan lalu Pelajar telah mempelajari dan memahami apakah sel?
Bahan Bantu Gambar, Slide Power Point
Penerapan Nilai Kerjasama, kesedaran dan saling menghormati serta penghargaan
1. Set Induksi
Guru menunjukkan beberapa gambar yang berkait dengan
organisma unisel dan multisel. Gambar tersebut menunjukkan
perbezaan dari segi rupa dan fungsi setiap organisma. (BBM 1)
Gambar meransang minda pelajar dengan bertanyakan soalan
mengenai gambar tersebut
2. Objektif
Pembelajaran
Pelajar mengetahui dan memahami ciri-ciri organisma unisel dan
multisel
3. Permodelan Motivasi Intrinsik
(Dalaman)
1. Guru membahagikan
para pelajar dalam 5
kumpulan. Setiap
kumpulan diberikan
gambar yang dipilih
oleh pelajar secara
Motivasi Ekstrinsik (Luaran)
1. Di dalam sebuah kelas, terdapat
pelajar yang mempunyai motivasi
yang rendah. Oleh yang demikian,
para pelajar ditunjukkan gambar
tokoh saintis yang terkenal iaitu
Robert Hooke yang pertama kali
menggunakan mikroskop untuk
23
rawak. Dan gambar
yang diperoleh akan
digunakan dalam isi
perbentangan yang
bakal mereka bentang
(BBM 2)
2. Setiap ahli kumpulan
perlu memberikan
sumbang saran dalam
perbincangan dan perlu
berkomunikasi
sewaktu perbentangan
kelas. Hal ini sedikit
sebanyak dapat
meningkatkan
interpersonal pelajar
akan mereka lebih
yakin pada diri sendiri
dan saling memahami
antara satu sama lain.
3. Guru menghuraikan
dan menambah
penjelasan kepada
pelajar setelah
pembentangan dibuat.
Guru akan memberikan
pujian kepada
kumpulan terbaik
dalam perbentangan.
mengkaji sel. Secara tidak lansung
bibliografi yang diceritakan ini
dapat memberi motivasi kepada
para pelajar. (BBM 3)
2. Guru menggunakan Power Point
(BBM 3) yang menerangkan ciri-
ciri organisma unisel dan multisel
3. Pembelajaran diteruskan lagi
dengan soalan berkaitan
perbandingan antara organisma
unisel dan multisel. Kuiz
dijalankan di dalam kelas dan
pelajar yang berjaya menjawab
akan diberikan hadiah.
4. Semak kefahaman
pelajar
Sesi soal jawab akan
diadakan selepas aktiviti
pembentangan
Guru bertanya secara lisan kepada
pelajar mengenai definisi organisma
unisel dan multisel dan ciri-ciri
organisma tersebut
5. Pantau dan
ubahsuai
Guru memantau
pergerakan pelajar dan
memberikan panduan agar
perbincangan mereka tidak
tersasar
Pelajar akan disoal mengikut kuiz
yang dijalankan. Hadiah akan
diberikan pada setiap ahli kumpulan
yang mendapat markah tertinggi.
6. Praktis Tertempoh 1 Pelajar diberikan masa
selama 20 minit untuk
persediaan. 5 minit
perbentangan setiap
1. Guru akan menerangkan slide
yang ditayangkan dalam 20 minit
2. Guru akan membuat pengukuhan
selama 15 minit dan 10 minit
24
kumpulan.
2 Guru akan membuat
pengukuhan selama 15
minit dan 10 minit
untuk membuat
rumusan.
untuk membuat rumusan
3 Penutup dan
Refleksi
1. Guru akan memberikan penjelasan lanjut bagi mengukuhkan
maklumat dibentangkan.
2. Guru akan memberikan respon terhadap jawapan yang diberikan
oleh pelajar dan seterusnya memberikan pengukuhan terhadap
jawapan tersebut.
BBM 1 – Gambar
perbandingan rupa
dan ciri organisma
unisel dan multisel
BBM 2 – Gambar
secara rawak dipilih
25
BBM 3 – Gambar
Tokoh Robert Hooke
Rajah 1Robert Hooke
26
Rajah 2Mikroskop
LAMPIRAN 3
RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN MENGIKUT GAYA
BELAJAR
27
Matapelajaran : Sains Tingkatan : Tingkatan 1
Tarikh : Minggu 2 (hari
pertama)
Masa: 80 minit
Bil. Pelajar : 25 orang
Tema/ tajuk : Bab 2: Sel Sebagai Unit Asas kehidupan
Sub Topik: 2.3 Organisasi Sel
Hasil pembelajaran : Di akhir pengajaran, pelajar dapat:
1. Pelajar dapat mengkonsepsikan pembentukan suatu organism
mengikut urutan tahap organisasi:
seltisuorgansistemorganisma
Strategi/ Aktiviti : Gabungan pemusatan guru dan pemusatan pelajar
Pengetahuan lalu : Pelajar telah mempelajari cirri-ciri sel haiwan dan sel tumbuhan
Bahan Bantu : Gambar, video, kertas mahjung, marker, pen warna dan edaran kertas
soalan.
Penerapan Nilai : Kerjasama, keberanian dan kesyukuran
1. Set Induksi :
(5 minit)
1.Guru menunjukkan gambar seorang manusia dan sebatang pokok.
2.Guru meransang minda pelajar dengan bertanyakan 2 soalan
berkaitan gambar yang ditunjukkan kepada mereka. Soalan: Sel
apakah yang membentuk dua organisma ini? Bagaimana organisma
tersebut boleh terbentuk daripada sel ?
2. Objektif
pembelajaran
Guru memaklumkan objektif pembelajaran adalah mengenai topik
organisasi sel
3. Permodelan
(20 minit)
Gaya Belajar
Visual
Gaya Belajar
Auditori
Gaya Belajar
Kinestatik
1.Guru menunjukkan
bahan bantu mengajar
iaitu gambar urutan
sel sehingga
membentuk
organism. (BBM 2)
2.Pelajar perlu
membincangkan
dalam kumpulan dan
membentangkan
definisi sel, tisu,
organ, sistem dan
organism serta
membuat urutan yang
betul bermula dari sel
sehingga organism
dalam kumpulan
1.Guru memberi
penerangan yang
jelas berkaitan
definisi sel sehingga
organisma dan
organisasi sel.
2.Pelajar diminta
duduk secara
berkumpulan. Pelajar
diberikan kertas
soalan edaran
berkaitan organisasi
sel sambil
mengadakan
perbincangan dan
membentangkan
jawapan kepada
1.Guru menunjukkan
bahan bantu mengajar
iaitu peta alir
berkaitan organisi sel.
2.Pelajar dibahagikan
kepada lima
kumpulan. Pelajar
akan melalui lima
check point untuk
mendapatkan soalan.
Satu soalan diberikan
di setiap check point.
3.Pelajar dikehendaki
menjawab kesemua
soalan . pelajar akan
mara ke check point
28
menggunakan kertas
mahjung dan pen
marker (BBM 5)
3.Guru memberikan
penerangan tambahan
kepada pelajar
mererusi tayangan
power point. (BBM3
)
4.Pelajar tersebut
perlu menerangkan
kepada pelajar-pelajar
lain di hadapan kelas.
5.Pelajar lain diberi
peluang untuk
bertanya soalan.
6.Guru membuat
rumusan tentang
aktiviti yang
dijalankan oleh
pelajar
7. Guru memberi
pujian kepada pelajar
yang berani dan dapat
menjelaskan
organisasi sel dengan
jelas dan tepat.
(Penerapan nilai:
kreatif dan kerjasama
dalam kumpulan)
pelajar lain.
(guru memilih secara
rawak).
3.Pelajar lain diberi
peluang untuk
bertanya soalan.
4.Guru membuat
penerangan tambahan
dan rumusan tentang
aktiviti yang
dijalankan oleh
pelajar.
5.Guru memberikan
pujian kepada pelajar
yang berani dan dapat
menjelaskan
organisasi sel dengan
jelas dan tepat.
(Penerapan nilai:
kerjasama,
berkeyakinan dan
berani)
seterusnya jika
berjaya menjawab
soalan. Pelajar akan
bergerak sekitar
kelas.
4.Guru akan
memeriksa dan
membetulkan
jawapan yang
dijawab oleh pelajar
5.Guru memberi
pujian kepada pelajar
yang berani dan dapat
menjawab soalan
dengan jelas dan
tepat.
(Penerapan nilai:
kerjasama, berusaha
dan berdaya saing)
4. Semak
kefahaman
pelajar (15
minit)
1.Pelajar diminta
untuk mengenalpasti
organisasi sel
menggunakan kertas
mahjung dengan
membuat peta minda.
1.Guru bertanya
secara lisan kepada
pelajar mengenai
pembentukan
organism mengikut
urutan yang betul.
1. Pelajar diminta
berkumpul di dalam
kelas dan
menyenaraikan lima
kata kunci yang
didapati daripada
setiap checkpoint dan
29
penerangan yang
jelas berkaitan
organisasi sel.
5. Pantau dan
ubahsuai (10
minit)
1.Guru memantau
pergerakan pelajar
dan memberi panduan
agar perbincangan
mereka tidak tersasar.
1.Guru memantau
pergerakan pelajar
dan memberi
panduan agar
perbincangan mereka
tidak tersasar
1.Guru memantau
pergerakan pelajar
dan memberi
panduan agar
perbincangan mereka
tidak tersasar
6. Praktis
Tertempoh
(15 minit)
1.Pelajar diberikan
masa 15 minit untuk
menyiapkan tugasan
aktiviti mereka
melalui perbicangan
kumpulan dan
mengaplikasikan
kemahiran mereka
untuk menjelaskan
urutan organisasi sel.
2.Guru memantau
aktiviti yang
diberikan
1.Pelajar diminta
membina peta alir
yang menunjukkan
organisasi sel
bermula daripada sel
sehingga organism.
2.Guru memantau
aktiviti yang
diberikan.
1. Pelajar membuat
simulasi dengan
lakonan seorang
pelajar adalah satu
sel, gabungan lebih
daripada satu pelajar
yang sama jantina
adalah tisu dan
seterusnya mereka
bergabung sehinga
membentuk sistem
yang lengkap
(gabungan
berdasarkan jantina
dan warna pakaian)
2.Guru memantau
aktiviti yang
diberikan.
7. Penutup dan
refleksi (15
minit)
1.Guru akan membuat penilain terhadap pelajar setiap kali selepas
tamat pembentangan dari kumpulan. Guru juga meminta pelajar lain
supaya memberi tumpuan ketika pembentangan sedang dilakukan.
(penerapan nilai: Menghormati orang lain)
2.Guru akan memberikan penjelasan lanjut bagi memgukuhkan
maklumat yang dibentangkan.
3.Guru akan memberikan respon terhadap jawapan yang diberikan
oleh pelajar dan seterusnya memberikan pengukuhan terhadap
jawapan tersebut.
30
Bahan Bantu Mengajar:
Bil. Jenis BBM
1 BBM 1- Gambar manusia dan pokok
2 BBM2- Gambar organisasi sel
3 BBM 3- power point
31
4 BBM 4- kertas soalan edaran
ORGANISASI SEL DALAM BADAN MANUSIA
Arahan : Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul
1 Terdapat pelbagai jenis sel khusus di dalam badan manusia.
2 Setiap jenis sel khusus mempunyai bentuk, struktur dan fungsi yang __________
daripada jenis sel yang lain.
3 Semua sel di dalam badan manusia dikelaskan kepada ____________________.
4 Sekumpulan sel dengan struktur dan fungsi yang ____ membentuk tisu. Contohnya tisu
otot, tisu epitelium, tisu lemak, tisu penghubung dan tisu saraf.
5 ___________ pelbagai jenis yang bekerjasama untuk menjalankan sesuatu fungsi
membentuk organ. Contohnya jantung, peparu, otak, perut, usus, ginjal, hati, pankreas,
ovari, testis, mata, telinga, hidung, lidah dan kulit.
6 Sekumpulan organ yang beker-jasama untuk menjalankan sesuatu fungsi
______________. Contoh-nya sistem peredaran darah, sistem respirasi dan
_________________ .
5 BBM 5- Kertas Mahjung dan marker pen
6 BBM 6- Peta Alir
32
LAMPIRAN 4
RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN MENGIKUT KONSEP
KENDIRI
Matapelajaran : Sains Tingkatan : Tingkatan 1
Tarikh : Minggu 2 (hari
kedua)
Masa: 60 minit
Bil. Pelajar : 25 orang
33
Tema/ tajuk : Bab 2: Sel Sebagai Unit Asas kehidupan
Sub Topik: 2.4 Manusia adalah Organisma yang Kompleks
Hasil pembelajaran : Di akhir pengajaran, pelajar dapat:
1. Pelajar dapat menganalisa sistem dalam badan
2. Pelajar dapat membezakan semua sistem dalam badan
3. Pelajar dapat mengagumi dan menghargai kewujudan pelbagai
organism.
Strategi/ Aktiviti : Gabungan pemusatan guru dan pemusatan pelajar
Pengetahuan lalu : Pelajar telah mempelajari organisasi sel
Bahan Bantu : Power point, lembaran kerja, kertas mahjung dan pen marker
Penerapan Nilai : Keyakinan, keberanian, kerjasama dan kesyukuran
Fasa Penglibatan/ Set
Induksi
(5 minit)
1. Guru menunjukkan gambar beberapa sistem kepada murid.(BBM1)
2. Guru bertanya soalan kepada murid.
Soalan :
1. Apakah yang anda tahu tentang sistem?
Fasa Penerokaan
(30 minit)
1. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.
2. Guru menayangkan video kepada murid. (BBM2)
3.Setiap kumpulan dikehendaki menyelesaikan tugasan yang diberi
iaitu mmebuat perbincangan berkenaan sistem dalam badan manusia
dan kepelbagaian organism yang kompleks(BBM3)
4. Wakil kumpulan membentangkan hasil tugasan. (galery walk )
Fasa Penerangan
(10 minit)
1. Guru menerangkan mengenai pelabagai sistem dalam badan dan
gabungan sistem membentuk organism yang kompleks.
Fasa Pengolahan
(10 minit)
1. Guru menunjukkan contoh –contoh yang lain berkaitan dengan topik
yang diajar menggunakan slaid power point.(BBM4)
Fasa Penilaian
(5 minit)
1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada pelajar.(BBM5)
Bahan Bantu Mengajar:
Bil. Jenis BBM
1 BBM1- Gambar beberapa sistem
34
2 BBM2- video
3 BBM3- kertas Mahjung dan pen marker
4 BBM4- Slaid Power Point
5 BBM5- Lembaran kerja
35
MANUSIA IALAH ORGANISMA YANG KOMPLEKS
Arahan : Bina peta minda berdasarkan maklumat di bawah.
1 Manusia ialah organisma yang kompleks.
2 Hal ini disebabkan manusia mem-punyai pelbagai jenis sel khusus
yang berbeza yang diorganisasikan kepada tisu, organ dan sistem.
3 Organisasi sel membolehkan fungsi-fungsi badan dijalankan secara berasingan dan
lebih berkesan.

More Related Content

What's hot

Compiled tajuk 3 perbezaan individu dan pembelajaran
Compiled tajuk 3 perbezaan individu dan pembelajaranCompiled tajuk 3 perbezaan individu dan pembelajaran
Compiled tajuk 3 perbezaan individu dan pembelajaranHashimah68
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaNorliza Ahmad
 
Kaedah dan teknik pengajaran ibadah
Kaedah dan teknik pengajaran ibadahKaedah dan teknik pengajaran ibadah
Kaedah dan teknik pengajaran ibadahNur Aliaa Mohd Ahwan
 
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyiPenerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyiSanitah Yusof
 
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajarHuraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajarZuzan Michael Japang
 
struktur pengetahuan
struktur pengetahuanstruktur pengetahuan
struktur pengetahuancik noorlyda
 
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANGURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANFazHani Faz
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesionalSella Yunik
 
EDUP3033 Tutorial Banding Beza Teori Pembelajaran.pdf
EDUP3033 Tutorial Banding Beza Teori Pembelajaran.pdfEDUP3033 Tutorial Banding Beza Teori Pembelajaran.pdf
EDUP3033 Tutorial Banding Beza Teori Pembelajaran.pdfBM10621SitiAishahBah
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulumKepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulumSiti Kamaruddin
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYSanta Barbara
 
Contoh rph - pendidikan islam
Contoh   rph - pendidikan islamContoh   rph - pendidikan islam
Contoh rph - pendidikan islamonesaf
 

What's hot (20)

Compiled tajuk 3 perbezaan individu dan pembelajaran
Compiled tajuk 3 perbezaan individu dan pembelajaranCompiled tajuk 3 perbezaan individu dan pembelajaran
Compiled tajuk 3 perbezaan individu dan pembelajaran
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
 
Kaedah dan teknik pengajaran ibadah
Kaedah dan teknik pengajaran ibadahKaedah dan teknik pengajaran ibadah
Kaedah dan teknik pengajaran ibadah
 
RPH WUDHUK
RPH WUDHUKRPH WUDHUK
RPH WUDHUK
 
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyiPenerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
 
Kemahiran penutup
Kemahiran penutupKemahiran penutup
Kemahiran penutup
 
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajarHuraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
 
Perancangan ujian
Perancangan ujianPerancangan ujian
Perancangan ujian
 
struktur pengetahuan
struktur pengetahuanstruktur pengetahuan
struktur pengetahuan
 
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANGURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
 
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
 
EDUP3033 Tutorial Banding Beza Teori Pembelajaran.pdf
EDUP3033 Tutorial Banding Beza Teori Pembelajaran.pdfEDUP3033 Tutorial Banding Beza Teori Pembelajaran.pdf
EDUP3033 Tutorial Banding Beza Teori Pembelajaran.pdf
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Refleksi BIG
Refleksi BIGRefleksi BIG
Refleksi BIG
 
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulumKepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
 
Contoh rph - pendidikan islam
Contoh   rph - pendidikan islamContoh   rph - pendidikan islam
Contoh rph - pendidikan islam
 
Teori kognitif
Teori kognitifTeori kognitif
Teori kognitif
 

Similar to KUMPULAN !0 jpk.rph.doc

Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmamirSKKT
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmikashafiqah
 
Modul pendekatan inkuiri melalui penguasaan kemahiran proses sains thn 5
Modul pendekatan inkuiri melalui penguasaan kemahiran proses sains thn 5Modul pendekatan inkuiri melalui penguasaan kemahiran proses sains thn 5
Modul pendekatan inkuiri melalui penguasaan kemahiran proses sains thn 5Mohamad Nazarudin
 
Modul pendekatan inkuiri melalui penguasaan kemahiran proses sains thn 5
Modul pendekatan inkuiri melalui penguasaan kemahiran proses sains thn 5Modul pendekatan inkuiri melalui penguasaan kemahiran proses sains thn 5
Modul pendekatan inkuiri melalui penguasaan kemahiran proses sains thn 5tunteja2008
 
KSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARI
KSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARIKSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARI
KSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARIvibila
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4iyatieku ayune
 
Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4
Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4
Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4Noraini Sahirin
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)Hemah Naidu
 
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3Rosell Roseliana Rusli
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Jebat Melayu
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4FREE FILE DOWNLOAD
 
Modul kemahiran-proses-sains-thn-4
Modul kemahiran-proses-sains-thn-4Modul kemahiran-proses-sains-thn-4
Modul kemahiran-proses-sains-thn-4Mie Rozaimi
 
Pengurusan bilik darjah (Bab 6)
Pengurusan bilik darjah (Bab 6)Pengurusan bilik darjah (Bab 6)
Pengurusan bilik darjah (Bab 6)NurSyaqina
 
02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf
02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf
02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdfAzalidaTajudin1
 
02 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp01
02 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp0102 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp01
02 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp01nahrul_khair
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Pensil Dan Pemadam
 
RPT GEOGRAFI TINGKATAN 1 2018
RPT GEOGRAFI TINGKATAN 1 2018RPT GEOGRAFI TINGKATAN 1 2018
RPT GEOGRAFI TINGKATAN 1 2018Fadhirul Fitri
 

Similar to KUMPULAN !0 jpk.rph.doc (20)

Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
 
Modul pendekatan inkuiri melalui penguasaan kemahiran proses sains thn 5
Modul pendekatan inkuiri melalui penguasaan kemahiran proses sains thn 5Modul pendekatan inkuiri melalui penguasaan kemahiran proses sains thn 5
Modul pendekatan inkuiri melalui penguasaan kemahiran proses sains thn 5
 
Modul pendekatan inkuiri melalui penguasaan kemahiran proses sains thn 5
Modul pendekatan inkuiri melalui penguasaan kemahiran proses sains thn 5Modul pendekatan inkuiri melalui penguasaan kemahiran proses sains thn 5
Modul pendekatan inkuiri melalui penguasaan kemahiran proses sains thn 5
 
KSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARI
KSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARIKSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARI
KSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARI
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4
 
Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4
Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4
Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
 
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4
 
Modul kemahiran-proses-sains-thn-4
Modul kemahiran-proses-sains-thn-4Modul kemahiran-proses-sains-thn-4
Modul kemahiran-proses-sains-thn-4
 
Modul dst t3
Modul dst t3Modul dst t3
Modul dst t3
 
Pengurusan bilik darjah (Bab 6)
Pengurusan bilik darjah (Bab 6)Pengurusan bilik darjah (Bab 6)
Pengurusan bilik darjah (Bab 6)
 
Dst thn 1 versi bm
Dst thn 1 versi bmDst thn 1 versi bm
Dst thn 1 versi bm
 
02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf
02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf
02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf
 
02 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp01
02 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp0102 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp01
02 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp01
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
 
RPT GEOGRAFI TINGKATAN 1 2018
RPT GEOGRAFI TINGKATAN 1 2018RPT GEOGRAFI TINGKATAN 1 2018
RPT GEOGRAFI TINGKATAN 1 2018
 
Boneka
BonekaBoneka
Boneka
 

Recently uploaded

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 

Recently uploaded (12)

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 

KUMPULAN !0 jpk.rph.doc

  • 1. 1 KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR TAJUK TUGASAN KUMPULAN C DPLI UPSI YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK) SEMESTER I 2018/2019 DISEDIAKAN OLEH NAMA PENSYARAH: PROF. MADYA DR. MD. NASIR BIN MASRAN NAMA NO. ID ZAIHASSNI BINTI MAT YAMAN L20181010950 NOR’ ADILAH BINTI ZAINAL ABIDIN L20181010952 SITI ROKIAH BINTI AWANG TEH L20181011068 PEMARKAHAN 1 TUGASAN 2 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
  • 2. 2 ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT 1. PENGENALAN 3 2. KEPENTINGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 4 3. JADUAL PENENTU KANDUNGAN 6 4. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MENGIKUT KECERDASAN PELBAGAI, MOTIVASI, GAYA BELAJAR DAN KONSEP KENDIRI 8 5. RUMUSAN 14 6. RUJUKAN 15 7. LAMPIRAN 16
  • 3. 3 1. PENGENALAN Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan di samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid. Setiap proses pembelajaran perlulah melalui proses bimbingan dari pihak guru. Bimbingan penting untuk melayani keperluan murid bagi memperkembangkan potensi dan kebolehan mereka ke tahap yang paling optimum. Pengalaman di dalam pendidikan perlu dalam perubahan tingkah laku setiap individu. Oleh itu, psikologi pembelajaran merupakan kajian tentang proses dan ciri-ciri pembelajaran yang membawa kepada perubahan tingkah laku seseorang individu. Psikologi pembelajaran akan mengkaji maksud sebenar pembelajaran. Bagi seseorang yang biasa, pembelajaran hanya bermakna memperoleh kemahiran membaca, mengeja atau mengira. Sebenarnya, pembelajaran adalah lebih daripada ini. Kanak-kanak akan mempelajari nilai kebudayaan, peranan jantina yang sesuai, minat, kebolehan dan perwatakan. Selain daripada itu, mereka belajar supaya mengasihi dan berkeyakinan. Justeru, semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif (yang perlu dicapai dan dikuasai murid), serta motivasi dan strategi pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif. Ringkasnya, sesuatu persediaan pengajaran perlu mengandungi dua jenis maklumat: Pertama, mengenai murid dan perkara yang akan diajar, dan kedua, catatan mengenai langkah-langkah dan aktiviti guru- murid dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Rancangan pengaran harian yang berkesan perlu dirancang dan disediakan dengan lengkap. Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas, teliti, lengkap dan teratur dapat membantu pelajar meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaranterutamanya di kalangan murid bermasalah pembelajaran.
  • 4. 4 2. KEPENTINGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2.1 Meningkatkan Keyakinan Diri Guru Semasa Mengajar Persedian sebelum memasuki kelas adalah sangat penting bagi seseorang guru agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Dengan adanya penyediaan rancangan pengajaran harian yang lebih awal maka guru mempunyai panduan yang lebih sistematik untuk mengendalikan kelas tersebut. Selain itu, isi kandungan mata pelajaran juga lebih mudah disampaikan oleh pelajar tersebut kerana guru berkenaan mempunyai persiapan yang rapi untuk mengendali kelas berkenaan. Perkara ini sekaligus akan meningkatkan keyakinan guru semasa mengajar di kelas kerana guru telah mempunyai persiapan yang lebih teratur sebelum memulakan kelas berkenaan. 2.2 Merancang Penggunaan Alat Bantu Mengajar yang sesuai Aktiviti pengajaran yang telah disusun dalam RPH membantu guru menyampaikan isi kandunag pelajaran dengan mudah. Penyusunan sub topik daripada mudah ke sukar membolehkan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan dengan mudah dan jelas. Penggunaan teknologi pendidikan juga dapat dimanfaat dengan optimum apabila perancangan dilakukan dengan baik. Guru boleh memikirkan apakah teknologi yang akan diintegrasikan dalam pengajaran semasa mereka menyediakan RPH. Guru boleh memeriksa sama ada media yang sesuai dapat diintegrasikan dalam pengajaran terdapat di Pusat Sumber Sekolah 2.3 Memastikan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Tercapai Objektif atau hasil pembelajaran yang telah dirancang dalam RPH menjadikan pengajaran dan pembelajaran sentiasa tertumpu dan guru dapat melaksanakan penyampaian maklumat dan isi kandungan dengan lebih tersusun dan berfokus. Pengurusan masa menjadi faktor yang penting dalam aktiviti pengajaran sebab jadual waktu pengajaran bagi setiap mata pelajaran adalah begitu terhad dan ketat. Oleh itu RPH akan membantu guru menguruskan Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk
  • 5. 5 dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid. Pendidikan akan menyediakan pengalaman bagi seseorang individu. Dengan pengalaman ini, perubahan tingkah laku individu itu akan berlaku. Oleh itu, psikologi pembelajaran merupakan kajian tentang proses dan ciri-ciri pembelajaran yang membawa kepada perubahan tingkah laku seseorang individu. Psikologi pembelajaran akan mengkaji maksud sebenar pembelajaran. Bagi seseorang yang biasa, pembelajaran hanya bermakna memperoleh kemahiran 2.4 Menggelakkan Sebarang Penyelewengan atau Perkara yang Hendak diajar Penyediaan RPH dalam kalangan guru akan dapat menggelakkan penyelewengan atau terkeluar daripada topik atau sub topik semasa pengajaran dilakukan. Oleh kerana pengalaman penguasaan isi kandungan guru adalah berbeza antara satu sama lain maka dengan adanya penyediaan RPH, persamaan daripada segi maklumat yang disampaikan akan dapat dilakukan. Guru dapat menggunakan kreativiti masing-masing semasa merancang aktiviti pembelajaran yang akan dilaksanakan. Siri aktiviti yang dirancang ini akan membolehkan perubahan tingkah laku dan penguasaan isi kandungan matapelajaran yang disampaikan.
  • 6. 6 3. JADUAL PENENTU KANDUNGAN (JPK) Jadual Penentu Kandungan merupakan sebuah jadual yang membantu guru dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kumpulan kami telah memilih subjek Sains Bab 2 bagi Tingkatan 1 sebagai JPK dan rancangan pengajaran dalam tugasan ini. Topik Rancangan Pengajaran Harian Aras Taksonomi Bloom Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian 2.1 Apakah Sel? RPH 1 X X X 2.2 Organisma Unisel dan Multisel RPH 2 X X X X 2.3 Organisasi Sel Dalam Badan Manusia RPH 3 X X X 2.4 Manusia ialah Organisma yang Kompleks RPH 4 X X X X Jadual 1 Jadual Penentu Kandungan
  • 7. 7 Topik Rancangan Pengajaran Harian Aras Taksonomi Bloom Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian 2.1 Apakah Sel? RPH 1 Struktur Sel Haiwan dan Tumbuhan Fungsi Struktur Sel 2.2 Organism a Unisel dan Multisel RPH 2 Ciri-ciri Organisma Unisel dan Multisel Perbandingan Antara Unisel dan Multisel 2.3 Organisasi Sel Dalam Badan Manusia RPH 3 Urutan Organisasi Sel Cara Sel Membe ntuk Suatu Organi sma 2.4 Manusia ialah Organism a yang Kompleks RPH 4 Sistem dalam Badan Manusi a Membe zakan Fungsi- fungsi Sistem dalam Badan Organisasi Sel Membentuk pelbagai Organisma Jadual 2 Jadual Penentu Kandungan
  • 8. 8 4. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MENGIKUT KEPELBAGAIAN KECERDASAN, MOTIVASI, KONSEP KENDIRI DAN GAYA BELAJAR Rancangan pengajaran yang dipilih adalah subjek Sains Bab 1 bagi tingkatan 1. Rancangan pengajaran yang dibuat adalah berdasarkan 4 item pelajar iaitu berdasarkan aspek kecerdasan. Motivasi, konsep kendiri dan gaya belajar. Rancangan Pengajaran Harian merujuk pada LAMPIRAN 1 - 4 4.1 Kecerdasan Pada tahun 1980-an, Howard Garner telah mengemukakan suatu teori iaitu Teori Kecerdasan Pelbagai yang menyatakan bahawa kecerdasan manusia bukan hanya tertumpu oleh suatu faktor sahaja malah kecerdasan itu boleh berkembang sama ada melalui persekitaran , pendidikan dan pengalaman. Setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung kerana seseorang individu mungkin cemerlang dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi lemah dalam bidang kecerdasan yang lain (rujukan) Kecerdasan pelbagai merangkumi 9 jenis kecerdasan iaitu Naturalis, Eksistensial, Verbal- Linguistik, Logik-Matematik, Visual-Ruang, Kinestatik, Muzik, Interpersonal dan Intrapersonal. Kecerdasan Linguistik adalah kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif samada secara lisan atau bertulis. Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kecerdasan logik matematik ialah kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual. Kecerdasan visual ruang pula bermaksud kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan corak dan kemudiannya mampu untuk mengaplikasikannya kepada dunia fizikal. Kecerdasan kinestetik bermaksud kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.
  • 9. 9 Kecerdasan muzik/ritma bermaksud kebolehan manusia untuk berfikir dalam bentuk musikal, mendengar dan mengecam paten, membezakan antara bunyi dan cipta musik. Sensitif dengan bunyi di persekitaran. Kecerdasan interpersonal merupakan kemampuan individu dalam mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut manakala kecerdasan intrapersonal kebolehan untuk merefleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Kebolehan yang ada ialah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir. Kecerdasan naturalis mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran semulajadi. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitakan antara kehidupan flora dan fauna. Kecerdasan existensialis ialah kebolehan untuk menjawab persoalan aras tinggi tentang kewujudan manusia seperti tujuan hidup, tujuan mati dan bagaimana berada di bumi. Rajah 1 Teori Kecerdasan Pelbagai menurut Howard Gardner
  • 10. 10 4.2 Motivasi Menurut Suppiah, Ramlah dan Abdul Aziz (2008), motivasi ialah suatu kuasa dorongan yang membantu setiap individu menjayakan tugasan, kerjaya dan aspirasi hidup. Dalam sistem persekolahan, motivasi memainkan peranan yang penting dalam menentukan keberkesanan pengajaran oleh guru dan pembelajaran oleh pelajar. Kuasa motivasi sentiasa memandu pelajar menjayakan tugas-tugas harian di sekolah. Dalam suasana pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memasukkan unsur-unsur agar pelajar dapat memupuk kesungguhan dalam diri. Motivasi terbahagi kepada dua iaitu motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Motivasi ekstrinsik wujud daripada ransangan luaran dengan tujuan menggerakkan orang untuk melakukan sesuatu ativiti yang akan membawa faedah kepadanya. Motivasi ekstrinsik ini dapat diransang melalui peneguhan positif seperti pujian, insentif, gred, hadiah dan bentuk iklim alam belajar yang kondusif untuk mendorong mereka belajar. Motivasi intrinsik pula merujuk kepada motivasi yang wujud secara semulajadi daripada ransangan dalaman. Ia terdiri daripada dorongan dan minat individu untuk melakukan sesuatu aktiviti tanpa menharapkan balasan dan paksaan. Bagaimanapun, tidak semua motivasi intrinsik wujud secara semulajadi. Terdapat juga motivasi intrinsik yang dibentuk daripada pembelajaran dan pengalaman yang membawa kepuasan seperti tabiat membaca buku dan bermain alat muzik. Biasanya motivasi ekstrinsik bercanggah dengan motivasi intrinsik.
  • 11. 11 Rajah 2 Motivasi Intriksik dan Motivasi Ekstrinsik
  • 12. 12 4.3 Gaya belajar Kemampuan seseorang dalam memahami maklumat atau sesuatu pengetahuan adalah berbeza antara satu sama lain. Untuk memperoleh ilmu pengetahuan, seseorang itu perlu belajar. Proses pembelajaran atau proses untuk mendapatkan pengetahuan adalah berbeza mengikut gaya pembelajaran tersendiri. Menurut Dunn & Dunn (1981) gaya pembelajaran merujuk kepada keadaan di mana murid belajar dengan cara yang paling optima. Gaya pembelajaran membawa maksud pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu belajar dalam memperolehi pengetahuan menurut (Dr Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012). Definisi pembelajaran pula merupakan kebolehan seseorang mengambil maklumat, merekod dan failkan maklumat tersebut supaya ia menjadi mudah untuk digunakan. Tambahan lagi, gaya pembelajaran juga merupakan cara seseorang individu bertindak balas terhadap dunia sekitarnya dan menggunakan gaya pembelajarannya berinteraksi dengan persekitarannya. Dalam dunia pendidikan hari ini, tidak dinafikan kepandaian, kebolehan dan gaya belajar setiap individu pelajar itu berbeza-beza. Terdapat tiga gaya pembelajaran yang utama iaitu gaya pembelajaran visual, gaya pembelajaran auditori dan gaya pembelajaran kinestetik. Gaya belajar visual dimiliki oleh mereka yang deria penglihatannya tajam dan teliti. Individu ini boleh mengingat dengan cepat hasil daripada gambar atau visual yang dilihatnya. Individu yang memiliki gaya pembelajaran auditori mempunyai deria pendengaran yang tajam dan lebih terfokus. Manakala gaya belajar kinestatik ialah gaya belajar yang melibatkan banyak pergerakan. Kemampuan untuk menerima dan mempraktikkan ilmu pengetahuan tersebut perlu di sesuaikan dengan para pelajar. Justeru, peranan guru dalam memilih kaedah dan aktiviti pengajaran yang sesuai merupakan perkara yang penting untuk menjamin keberkesanan pembelajaran.
  • 13. 13 4.4 Konsep Kendiri Konsep kendiri boleh ditakrifkan sebagai persepsi tentang diri sendiri dan ia merangkumi gambaran tentang rupa, kesihatan, kebolehan, kelemahan, kekuatan dan tingkah laku kendiri seseorang individu. Ia dibentuk hasil daripada interaksi individu dengan orang lain dan penyesuaian diri dengan alam sekitar. Penyesuaian yang berjaya akan menghasilkan konsep kendiri positif dan kegagalan pula akan mengakibatkan konsep kendiri yang negatif. Antara cirri- ciri murid yang mempunyai konsep kendiri postif ialah mengalami kejayaan lebih daripada kegagalan, yakin dan percaya kepada diri sendiri, optimistik, terbuka dan sedia menerima kritikan oran lain, menghadapi masalah dan cabaran dengan tabah dan sebagainya. Manakala antara ciri-ciri murid yang mempunyai konsep kendiri yang negative ialah sentiasa mengalami kegagalan akademik atau ko-kurikukum, selalu dikritik, emosi tidak stabil (mudah tersinggung dan merajuk), berkeyakinan rendah, kurang diterima oleh rakan dan sebagainya. Konsep kendiri dianggap sebagai pusat konsep utama dalam ilmu psikologi. Hasil kajian daripada Siti Jamiaah et. al pada tahun 2017 mendapati bahawa terdapat tiga elemen yang mempengaruhi konsep kendiri seseorang iaitu persepsi terhadap dirinya sendiri, penilaian orang lain terhadap dirinya dan penilaiannya terhadap persepsi orang lain terhadap dirinya. Walaubagaiamana pun, kajian menyatakan Islam mempunyai elemen tambahan iaitu penilaian terhadap pandangan Pencipta (Allah s.w.t) terhadap dirinya. Menurut Harter (1983) dalam buku Personaliti: “Becoming a Person”, konsep kendiri ialah agen perkembangan diri individu terutamanya kanak-kanak. Kanak-kanak akan berkembang sebagai objek iaitu merupakan sesuatu yang unik dan boleh diperhatikan tahap perkembangannya. Oleh itu ini memerlukan kerjasama daripada banyak pihak supaya konsep kendiri kanak-kanak subur secara positif. Rogers (1951) telah menyatakan bahawa manusia itu mempunyai potensi untuk menuju ke arah kesempurnaan kendiri dengan syarat seseorang itu harus mempunyai keyakinan terhadap dirinya. Hal ini perlu bagi membantu dirinya menuju ke arah kesempurnaan kendiri bagi menjamin kehidupan yang lebih bermakna.
  • 14. 14 5. RUMUSAN Berdasarkan perbincangan ringkas di atas jelas membuktikan bahawa penggunaan bahan konkrit adalah penting kerana penggunaannya bukan sahaja pembelajaran menjadi menarik, malah pemahaman konsep matematik pelajar dapat diperkembangkan lagi, kerana pelajar yang belajar dan berintraksi dengan objek akanlebih memahami apa yang dipelajari dan pelajar-pelajar akan membina konsep danpenyelesaian terhadap masalah yang diberi. Juga dapat menjimatkan masa guru mengajar serta menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.
  • 15. 15 Rujukan Dr. Ragbir Kaur A/P Joginder Singh. Buku Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ( KPLI) Sekolah Rendah dan Menengah. 2010. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Jamaludin Ramli. Bab 6: Pengertian Konsep Kendiri. Eprints.utm.my Siti Jamiaah Abdul Jamil, Yusmini Md. Yusoff dan Rozmi Ismail. 2017. Pembinaan Konsep Kendiri dari Perspektif Barat dan Islam. Jurnal Usuluddin 45 (11) 2017: 1-26.
  • 16. 16 LAMPIRAN 1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MENGIKUT KEPELBAGAIAN KECERDASAN
  • 17. 17 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran Sains Tingkatan : 1 Tarikh Minggu 1 Masa : 7.00 pagi – 8.10 pagi Bil Pelajar 25 orang Tema /Tajuk Sel Sebagai Unit Asas Kehidupan Sub Topik 2.1 Apakah Sel? Hasil Pembelajaran 1. Pelajar dapat menyatakan definisi sel 2. Pelajar dapat mencirikan sel Strategi / Aktiviti Gabungan pemusatan guru dan pemusatan pelajar Pengetahuan lalu Pelajar telah mempelajari sikap saintifik dan nilai-nilai murni Bahan Bantu Video, batu bata Penerapan Nilai Kerjasama, dan kebersihan 1. Set Induksi Guru meransang minda pelajar dengan menunjukkan gambar seketul bata dan sebuah rumah yang mengandungi susunan batu bata. Guru meminta pelajar mengaitkan gambar yang ditunjukkan dengan topik yang akan diajar Guru akan menerangkan kaitan gambar yang ditunjuk dengan topik yang akan diajar. 2. Objektif Pembelajara 1. Pelajar dapat menerangkan bahawa benda hidup dibina daripada sel
  • 18. 18 n 2. Pelajar dapat menyatakan struktur dan fungsi sel haiwan dan tumbuhan 3. Permodelan i) Kecerdasan verbal linguistik  Guru memberi penerangan tentang topik tersebut di hadapan kelas ii) Kecerdasan Visual Ruang  Guru akan menunjukkan pada pelajar video tentang bagaimana sel terbentuk. (BBM 1) iii) Kecerdasan kinestatik  Guru akan mengarahkan pelajar untuk melakukan aktiviti amali dimana penyusunan batu bata di luar bilik darjah. (BBM 2) 4. Semak kefahaman pelajar Pelajar diminta untuk menerangkan struktur dan fungsi sel sewaktu sesi soal jawab di dalam kelas Pelajar dikehendaki membuat peta minda lukisan bergambar berkenaan topik ini Guru meminta pelajar mengaitkan antara aktiviti penyusunan batu bata yang dilakukan di luar bilik darjah oleh pelajar dengan topik sel. 5. Pantau dan ubahsuai Guru memantau pergerakan pelajar dan menilai jawapan yang diberikan oleh pelajar agar tidak tersasar Guru memantau pergerakan pelajar dan memberikan panduan agar dapatan mereka tidak tersasar. Guru memantau pelajar dan memberikan panduan agar pemahaman mereka tidak tersasar 6. Praktis 1. Pelajar diberikan 1. Pelajar diminta untuk 1. Guru
  • 19. 19 Tertempoh masa selama 15 minit untuk persediaan. 10 minit perbentangan setiap kumpulan. 2. Guru akan membuat pengukuhan selama 15 minit dan 10 minit untuk membuat rumusan. mempersembahkan peta minda yang telah dihasilkan dalam masa 10 minit 2. Guru akan membuat pengukuhan selama 15 minit dan 10 minit untuk membuat rumusan menerangkan kepada pelajar selama 15 minit, seterusnya 20 minit soal jawab antara pelajar dan guru. 2. Guru akan membuat pengukuhan selama 15 minit untuk membuat rumusan. 7. Penutup dan Refleksi 1. Guru akan memberikan penjelasan lanjut bagi mengukuhkan maklumat dibentangkan. 2. Guru akan memberikan respon terhadap jawapan yang diberikan oleh pelajar dan seterusnya memberikan pengukuhan terhadap jawapan tersebut.
  • 20. 20 BBM 1 – Persembahan video daripada guru BBM 2 – Aktiviti penyusunan batu bata oleh pelajar
  • 22. 22 Mata Pelajaran Sains Tingkatan : 1 Tarikh Minggu 1 Masa : 7.00 pagi – 8.10 pagi Bil Pelajar 25 orang Tema /Tajuk Sel Sebagai Unit Asas Kehidupan Sub Topik 2.1 Organisma Unisel dan Multisel Hasil Pembelajaran Di akhir pengajaran, pelajar dapat 1. Pelajar dapat menyatakan definisi organisma unisel dan multisel 2. Pelajar dapat mencirikan organisma unisel dan multisel 3. Pelajar dapat membandingan antara organisma unisel dan multisel dengan jelas Strategi / Aktiviti Gabungan pemusatan guru dan pemusatan pelajar Pengetahuan lalu Pelajar telah mempelajari dan memahami apakah sel? Bahan Bantu Gambar, Slide Power Point Penerapan Nilai Kerjasama, kesedaran dan saling menghormati serta penghargaan 1. Set Induksi Guru menunjukkan beberapa gambar yang berkait dengan organisma unisel dan multisel. Gambar tersebut menunjukkan perbezaan dari segi rupa dan fungsi setiap organisma. (BBM 1) Gambar meransang minda pelajar dengan bertanyakan soalan mengenai gambar tersebut 2. Objektif Pembelajaran Pelajar mengetahui dan memahami ciri-ciri organisma unisel dan multisel 3. Permodelan Motivasi Intrinsik (Dalaman) 1. Guru membahagikan para pelajar dalam 5 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan gambar yang dipilih oleh pelajar secara Motivasi Ekstrinsik (Luaran) 1. Di dalam sebuah kelas, terdapat pelajar yang mempunyai motivasi yang rendah. Oleh yang demikian, para pelajar ditunjukkan gambar tokoh saintis yang terkenal iaitu Robert Hooke yang pertama kali menggunakan mikroskop untuk
  • 23. 23 rawak. Dan gambar yang diperoleh akan digunakan dalam isi perbentangan yang bakal mereka bentang (BBM 2) 2. Setiap ahli kumpulan perlu memberikan sumbang saran dalam perbincangan dan perlu berkomunikasi sewaktu perbentangan kelas. Hal ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan interpersonal pelajar akan mereka lebih yakin pada diri sendiri dan saling memahami antara satu sama lain. 3. Guru menghuraikan dan menambah penjelasan kepada pelajar setelah pembentangan dibuat. Guru akan memberikan pujian kepada kumpulan terbaik dalam perbentangan. mengkaji sel. Secara tidak lansung bibliografi yang diceritakan ini dapat memberi motivasi kepada para pelajar. (BBM 3) 2. Guru menggunakan Power Point (BBM 3) yang menerangkan ciri- ciri organisma unisel dan multisel 3. Pembelajaran diteruskan lagi dengan soalan berkaitan perbandingan antara organisma unisel dan multisel. Kuiz dijalankan di dalam kelas dan pelajar yang berjaya menjawab akan diberikan hadiah. 4. Semak kefahaman pelajar Sesi soal jawab akan diadakan selepas aktiviti pembentangan Guru bertanya secara lisan kepada pelajar mengenai definisi organisma unisel dan multisel dan ciri-ciri organisma tersebut 5. Pantau dan ubahsuai Guru memantau pergerakan pelajar dan memberikan panduan agar perbincangan mereka tidak tersasar Pelajar akan disoal mengikut kuiz yang dijalankan. Hadiah akan diberikan pada setiap ahli kumpulan yang mendapat markah tertinggi. 6. Praktis Tertempoh 1 Pelajar diberikan masa selama 20 minit untuk persediaan. 5 minit perbentangan setiap 1. Guru akan menerangkan slide yang ditayangkan dalam 20 minit 2. Guru akan membuat pengukuhan selama 15 minit dan 10 minit
  • 24. 24 kumpulan. 2 Guru akan membuat pengukuhan selama 15 minit dan 10 minit untuk membuat rumusan. untuk membuat rumusan 3 Penutup dan Refleksi 1. Guru akan memberikan penjelasan lanjut bagi mengukuhkan maklumat dibentangkan. 2. Guru akan memberikan respon terhadap jawapan yang diberikan oleh pelajar dan seterusnya memberikan pengukuhan terhadap jawapan tersebut. BBM 1 – Gambar perbandingan rupa dan ciri organisma unisel dan multisel BBM 2 – Gambar secara rawak dipilih
  • 25. 25 BBM 3 – Gambar Tokoh Robert Hooke Rajah 1Robert Hooke
  • 26. 26 Rajah 2Mikroskop LAMPIRAN 3 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MENGIKUT GAYA BELAJAR
  • 27. 27 Matapelajaran : Sains Tingkatan : Tingkatan 1 Tarikh : Minggu 2 (hari pertama) Masa: 80 minit Bil. Pelajar : 25 orang Tema/ tajuk : Bab 2: Sel Sebagai Unit Asas kehidupan Sub Topik: 2.3 Organisasi Sel Hasil pembelajaran : Di akhir pengajaran, pelajar dapat: 1. Pelajar dapat mengkonsepsikan pembentukan suatu organism mengikut urutan tahap organisasi: seltisuorgansistemorganisma Strategi/ Aktiviti : Gabungan pemusatan guru dan pemusatan pelajar Pengetahuan lalu : Pelajar telah mempelajari cirri-ciri sel haiwan dan sel tumbuhan Bahan Bantu : Gambar, video, kertas mahjung, marker, pen warna dan edaran kertas soalan. Penerapan Nilai : Kerjasama, keberanian dan kesyukuran 1. Set Induksi : (5 minit) 1.Guru menunjukkan gambar seorang manusia dan sebatang pokok. 2.Guru meransang minda pelajar dengan bertanyakan 2 soalan berkaitan gambar yang ditunjukkan kepada mereka. Soalan: Sel apakah yang membentuk dua organisma ini? Bagaimana organisma tersebut boleh terbentuk daripada sel ? 2. Objektif pembelajaran Guru memaklumkan objektif pembelajaran adalah mengenai topik organisasi sel 3. Permodelan (20 minit) Gaya Belajar Visual Gaya Belajar Auditori Gaya Belajar Kinestatik 1.Guru menunjukkan bahan bantu mengajar iaitu gambar urutan sel sehingga membentuk organism. (BBM 2) 2.Pelajar perlu membincangkan dalam kumpulan dan membentangkan definisi sel, tisu, organ, sistem dan organism serta membuat urutan yang betul bermula dari sel sehingga organism dalam kumpulan 1.Guru memberi penerangan yang jelas berkaitan definisi sel sehingga organisma dan organisasi sel. 2.Pelajar diminta duduk secara berkumpulan. Pelajar diberikan kertas soalan edaran berkaitan organisasi sel sambil mengadakan perbincangan dan membentangkan jawapan kepada 1.Guru menunjukkan bahan bantu mengajar iaitu peta alir berkaitan organisi sel. 2.Pelajar dibahagikan kepada lima kumpulan. Pelajar akan melalui lima check point untuk mendapatkan soalan. Satu soalan diberikan di setiap check point. 3.Pelajar dikehendaki menjawab kesemua soalan . pelajar akan mara ke check point
  • 28. 28 menggunakan kertas mahjung dan pen marker (BBM 5) 3.Guru memberikan penerangan tambahan kepada pelajar mererusi tayangan power point. (BBM3 ) 4.Pelajar tersebut perlu menerangkan kepada pelajar-pelajar lain di hadapan kelas. 5.Pelajar lain diberi peluang untuk bertanya soalan. 6.Guru membuat rumusan tentang aktiviti yang dijalankan oleh pelajar 7. Guru memberi pujian kepada pelajar yang berani dan dapat menjelaskan organisasi sel dengan jelas dan tepat. (Penerapan nilai: kreatif dan kerjasama dalam kumpulan) pelajar lain. (guru memilih secara rawak). 3.Pelajar lain diberi peluang untuk bertanya soalan. 4.Guru membuat penerangan tambahan dan rumusan tentang aktiviti yang dijalankan oleh pelajar. 5.Guru memberikan pujian kepada pelajar yang berani dan dapat menjelaskan organisasi sel dengan jelas dan tepat. (Penerapan nilai: kerjasama, berkeyakinan dan berani) seterusnya jika berjaya menjawab soalan. Pelajar akan bergerak sekitar kelas. 4.Guru akan memeriksa dan membetulkan jawapan yang dijawab oleh pelajar 5.Guru memberi pujian kepada pelajar yang berani dan dapat menjawab soalan dengan jelas dan tepat. (Penerapan nilai: kerjasama, berusaha dan berdaya saing) 4. Semak kefahaman pelajar (15 minit) 1.Pelajar diminta untuk mengenalpasti organisasi sel menggunakan kertas mahjung dengan membuat peta minda. 1.Guru bertanya secara lisan kepada pelajar mengenai pembentukan organism mengikut urutan yang betul. 1. Pelajar diminta berkumpul di dalam kelas dan menyenaraikan lima kata kunci yang didapati daripada setiap checkpoint dan
  • 29. 29 penerangan yang jelas berkaitan organisasi sel. 5. Pantau dan ubahsuai (10 minit) 1.Guru memantau pergerakan pelajar dan memberi panduan agar perbincangan mereka tidak tersasar. 1.Guru memantau pergerakan pelajar dan memberi panduan agar perbincangan mereka tidak tersasar 1.Guru memantau pergerakan pelajar dan memberi panduan agar perbincangan mereka tidak tersasar 6. Praktis Tertempoh (15 minit) 1.Pelajar diberikan masa 15 minit untuk menyiapkan tugasan aktiviti mereka melalui perbicangan kumpulan dan mengaplikasikan kemahiran mereka untuk menjelaskan urutan organisasi sel. 2.Guru memantau aktiviti yang diberikan 1.Pelajar diminta membina peta alir yang menunjukkan organisasi sel bermula daripada sel sehingga organism. 2.Guru memantau aktiviti yang diberikan. 1. Pelajar membuat simulasi dengan lakonan seorang pelajar adalah satu sel, gabungan lebih daripada satu pelajar yang sama jantina adalah tisu dan seterusnya mereka bergabung sehinga membentuk sistem yang lengkap (gabungan berdasarkan jantina dan warna pakaian) 2.Guru memantau aktiviti yang diberikan. 7. Penutup dan refleksi (15 minit) 1.Guru akan membuat penilain terhadap pelajar setiap kali selepas tamat pembentangan dari kumpulan. Guru juga meminta pelajar lain supaya memberi tumpuan ketika pembentangan sedang dilakukan. (penerapan nilai: Menghormati orang lain) 2.Guru akan memberikan penjelasan lanjut bagi memgukuhkan maklumat yang dibentangkan. 3.Guru akan memberikan respon terhadap jawapan yang diberikan oleh pelajar dan seterusnya memberikan pengukuhan terhadap jawapan tersebut.
  • 30. 30 Bahan Bantu Mengajar: Bil. Jenis BBM 1 BBM 1- Gambar manusia dan pokok 2 BBM2- Gambar organisasi sel 3 BBM 3- power point
  • 31. 31 4 BBM 4- kertas soalan edaran ORGANISASI SEL DALAM BADAN MANUSIA Arahan : Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul 1 Terdapat pelbagai jenis sel khusus di dalam badan manusia. 2 Setiap jenis sel khusus mempunyai bentuk, struktur dan fungsi yang __________ daripada jenis sel yang lain. 3 Semua sel di dalam badan manusia dikelaskan kepada ____________________. 4 Sekumpulan sel dengan struktur dan fungsi yang ____ membentuk tisu. Contohnya tisu otot, tisu epitelium, tisu lemak, tisu penghubung dan tisu saraf. 5 ___________ pelbagai jenis yang bekerjasama untuk menjalankan sesuatu fungsi membentuk organ. Contohnya jantung, peparu, otak, perut, usus, ginjal, hati, pankreas, ovari, testis, mata, telinga, hidung, lidah dan kulit. 6 Sekumpulan organ yang beker-jasama untuk menjalankan sesuatu fungsi ______________. Contoh-nya sistem peredaran darah, sistem respirasi dan _________________ . 5 BBM 5- Kertas Mahjung dan marker pen 6 BBM 6- Peta Alir
  • 32. 32 LAMPIRAN 4 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MENGIKUT KONSEP KENDIRI Matapelajaran : Sains Tingkatan : Tingkatan 1 Tarikh : Minggu 2 (hari kedua) Masa: 60 minit Bil. Pelajar : 25 orang
  • 33. 33 Tema/ tajuk : Bab 2: Sel Sebagai Unit Asas kehidupan Sub Topik: 2.4 Manusia adalah Organisma yang Kompleks Hasil pembelajaran : Di akhir pengajaran, pelajar dapat: 1. Pelajar dapat menganalisa sistem dalam badan 2. Pelajar dapat membezakan semua sistem dalam badan 3. Pelajar dapat mengagumi dan menghargai kewujudan pelbagai organism. Strategi/ Aktiviti : Gabungan pemusatan guru dan pemusatan pelajar Pengetahuan lalu : Pelajar telah mempelajari organisasi sel Bahan Bantu : Power point, lembaran kerja, kertas mahjung dan pen marker Penerapan Nilai : Keyakinan, keberanian, kerjasama dan kesyukuran Fasa Penglibatan/ Set Induksi (5 minit) 1. Guru menunjukkan gambar beberapa sistem kepada murid.(BBM1) 2. Guru bertanya soalan kepada murid. Soalan : 1. Apakah yang anda tahu tentang sistem? Fasa Penerokaan (30 minit) 1. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan. 2. Guru menayangkan video kepada murid. (BBM2) 3.Setiap kumpulan dikehendaki menyelesaikan tugasan yang diberi iaitu mmebuat perbincangan berkenaan sistem dalam badan manusia dan kepelbagaian organism yang kompleks(BBM3) 4. Wakil kumpulan membentangkan hasil tugasan. (galery walk ) Fasa Penerangan (10 minit) 1. Guru menerangkan mengenai pelabagai sistem dalam badan dan gabungan sistem membentuk organism yang kompleks. Fasa Pengolahan (10 minit) 1. Guru menunjukkan contoh –contoh yang lain berkaitan dengan topik yang diajar menggunakan slaid power point.(BBM4) Fasa Penilaian (5 minit) 1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada pelajar.(BBM5) Bahan Bantu Mengajar: Bil. Jenis BBM 1 BBM1- Gambar beberapa sistem
  • 34. 34 2 BBM2- video 3 BBM3- kertas Mahjung dan pen marker 4 BBM4- Slaid Power Point 5 BBM5- Lembaran kerja
  • 35. 35 MANUSIA IALAH ORGANISMA YANG KOMPLEKS Arahan : Bina peta minda berdasarkan maklumat di bawah. 1 Manusia ialah organisma yang kompleks. 2 Hal ini disebabkan manusia mem-punyai pelbagai jenis sel khusus yang berbeza yang diorganisasikan kepada tisu, organ dan sistem. 3 Organisasi sel membolehkan fungsi-fungsi badan dijalankan secara berasingan dan lebih berkesan.