SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Transformasi

Transformasi  Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat
Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri
Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu usaha penambahbaikan
dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat
sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum
persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa
serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan
mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan
transformasi kurikulum sekolah rendah.
Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan
penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi
adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21.
Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran
membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran
penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta
elemen keusahawanan.

Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah melakukan
penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan
kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan
pendidikan global. Di samping itu, KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai
pihak berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan
                    ibu bapa. Berdasarkan kepada input-input tersebut maka
                    konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan standard
                    dibangunkan.

                    Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah
                    mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat
                    Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009. KPM membangunkan
                    Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan prinsip-
                    prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum yang dibangunkan turut
melibatkan kurikulum Pendidikan Khas. Bagi memastikan kurikulum tersebut
mantap, pelaksanaan rintis telah dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruh
negara.
Hasrat KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang
seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang
komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan
diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21,
Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna
pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning
to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama
(learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).

Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:
- Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial
- Warganegara yang bertanggungjawab
- Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)
- Pekerja berilmu
Prinsip KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini
dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang
dan holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:




Pendekatan Bersepadu
Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur
pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi
intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.

Perkembangan Individu Secara Menyeluruh
KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi
keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi murid
dikembangkan secara bersepadu.

Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid
KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang.

Pendidikan Seumur Hidup
KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid
sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan
sepanjang hayat.
Bentuk Kurikulum


Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk
pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada
pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial.

Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang
menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan
inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit
bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang saling
berhubung kait dan bersepadu.




Tunjang Komunikasi

Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalin
kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi.
Tunjang ini memberi fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan
bertutur, membaca dan menulis, serta nilai tambah menaakul.

Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka dalam proses
pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang
lain. Penguasaan kemahiran berbahasa menyediakan murid untuk membuat
pemilihan bahasa yang bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial.


Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa
Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai.
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi penekanan kepada
perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan
daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi. Disiplin ilmu yang membangunkan
aspek fizikal ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakat
dan apresiasi dipupuk melalui Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.


Tunjang Kemanusiaan

Tunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan amalan
tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global, serta
penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu yang terdapat
dalam Tunjang Kemanusiaan ialah Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap II
persekolahan.


Tunjang Keterampilan Diri

Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan
sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid diberi peluang
menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah
dan mengamalkannya dalam kegiatan kokurikulum. Penglibatan dalam kegiatan
kokurikulum seperti persatuan, badan beruniform dan sukan memberi peluang
kepada murid meningkatkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, rakan
sebaya, keluarga dan masyarakat.


Tunjang Sains dan Teknologi

Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan:

     •   pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
     •   pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik
     •   pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi


Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains dan Teknologi ialah Sains,
Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK).


Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidang
pembelajaran yang berfokus kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan,
sikap dan nilai. Disiplin ilmu dalam tunjang ini merangkumi Pendidikan Islam bagi
murid Islam dan Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam.
Fokus KSSR

KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR
memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan
menaakul. Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan
penilaian dengan menggunakan akal atau logik.




Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M.
Penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid
menguasai kemahiran tersebut. Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai
tambah iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK.

Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M
di samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks,
pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan sahsiah.

Organisasi Kurikulum

KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan mata
pelajaran dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai modul. Mata pelajaran
juga diorganisasikan secara modular iaitu kandungan mata pelajaran disediakan
dalam bentuk modul yang kendiri-lengkap (self-contained). Setiap modul
mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk
dikuasai oleh murid.

Organisasi Tahap I

Pada Tahap I kurikulum diorganisasikan dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema
dan Modul Elektif. Komposisi KSSR Tahap I adalah seperti jadual di bawah.
Organisasi Tahap II
Pada Tahap II, kurikulum diorganisasikan secara modular dalam Mata Pelajaran
Teras dan Mata Pelajaran Elektif. Kandungan mata pelajaran disediakan dalam
bentuk modul. Komposisi KSSR Tahap 2 adalah seperti jadual di bawah.
Kurikulum Berasaskan Standard
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri
daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh
murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan.



                 Standard Kandungan             Standard
                                              Pembelajaran
                  Penyataan spesifik      Satu penetapan kriteria
                tentang perkara yang           atau petunjuk
               murid patut ketahui dan       (indicator) kualiti
                 boleh lakukan dalam         pembelajaran dan
                    suatu tempoh          pencapaian yang boleh
                     persekolahan            diukur bagi setiap
                  merangkumi aspek         standard kandungan.
               pengetahuan, kemahiran
                       dan nilai.


Elemen Merentas Kurikulum

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan.
Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan
keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa
dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah
seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai
Murni dan Patriotisme.

Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan
Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti
sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.

Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan
secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan
yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam
pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.
PERBEZAAN KSSR DAN KBSR
Bentuk kurikulum

More Related Content

What's hot

Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumXiaoling Lew
 
009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssmgirlfrida
 
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan NegaraBab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan NegaraJessika Denis
 
Unit 8 penterjemahan kurikulum
Unit 8 penterjemahan kurikulumUnit 8 penterjemahan kurikulum
Unit 8 penterjemahan kurikulumamranmj
 
Buku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanBuku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanAng Xiao Yean
 
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-502347941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023Nurul Cahaya Mata
 
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruBab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruVince Here
 
Kurikulum bersepadu sekolah rendah
Kurikulum bersepadu sekolah rendahKurikulum bersepadu sekolah rendah
Kurikulum bersepadu sekolah rendahKam Loh
 
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan 2017
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan 2017Kurikulum standard prasekolah kebangsaan 2017
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan 2017Siti Noraszreen Bt Sazali
 
Beza kbsr & kssr dlm pj
Beza kbsr & kssr dlm pjBeza kbsr & kssr dlm pj
Beza kbsr & kssr dlm pjSalina Saad
 
Struktur kurikulum pendidikan di malaysia
Struktur kurikulum pendidikan di malaysiaStruktur kurikulum pendidikan di malaysia
Struktur kurikulum pendidikan di malaysiaiedazi91
 
Kspk & kssr
Kspk & kssrKspk & kssr
Kspk & kssrGb Wong
 
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan
Kurikulum standard prasekolah kebangsaanKurikulum standard prasekolah kebangsaan
Kurikulum standard prasekolah kebangsaanNur Natasya Umira
 
Peranan guru dalam pentafsiran kurikulum (EDUP3013) - Falsafah pendidikan sek...
Peranan guru dalam pentafsiran kurikulum (EDUP3013) - Falsafah pendidikan sek...Peranan guru dalam pentafsiran kurikulum (EDUP3013) - Falsafah pendidikan sek...
Peranan guru dalam pentafsiran kurikulum (EDUP3013) - Falsafah pendidikan sek...FaFai S.
 
Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...
Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...
Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...KaNa RaJan
 

What's hot (20)

Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
Kurikulum KBSR dan KSSR
Kurikulum KBSR dan KSSRKurikulum KBSR dan KSSR
Kurikulum KBSR dan KSSR
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
 
009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm
 
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan NegaraBab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
 
KSSR & KSPK
KSSR & KSPKKSSR & KSPK
KSSR & KSPK
 
Unit 8 penterjemahan kurikulum
Unit 8 penterjemahan kurikulumUnit 8 penterjemahan kurikulum
Unit 8 penterjemahan kurikulum
 
Unit 8 (1)
Unit 8 (1)Unit 8 (1)
Unit 8 (1)
 
Transformasi kurikulum (KSSR)
Transformasi kurikulum (KSSR)Transformasi kurikulum (KSSR)
Transformasi kurikulum (KSSR)
 
Buku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanBuku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaan
 
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-502347941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
 
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruBab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
 
Kurikulum bersepadu sekolah rendah
Kurikulum bersepadu sekolah rendahKurikulum bersepadu sekolah rendah
Kurikulum bersepadu sekolah rendah
 
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan 2017
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan 2017Kurikulum standard prasekolah kebangsaan 2017
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan 2017
 
Beza kbsr & kssr dlm pj
Beza kbsr & kssr dlm pjBeza kbsr & kssr dlm pj
Beza kbsr & kssr dlm pj
 
Struktur kurikulum pendidikan di malaysia
Struktur kurikulum pendidikan di malaysiaStruktur kurikulum pendidikan di malaysia
Struktur kurikulum pendidikan di malaysia
 
Kspk & kssr
Kspk & kssrKspk & kssr
Kspk & kssr
 
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan
Kurikulum standard prasekolah kebangsaanKurikulum standard prasekolah kebangsaan
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan
 
Peranan guru dalam pentafsiran kurikulum (EDUP3013) - Falsafah pendidikan sek...
Peranan guru dalam pentafsiran kurikulum (EDUP3013) - Falsafah pendidikan sek...Peranan guru dalam pentafsiran kurikulum (EDUP3013) - Falsafah pendidikan sek...
Peranan guru dalam pentafsiran kurikulum (EDUP3013) - Falsafah pendidikan sek...
 
Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...
Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...
Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...
 

Viewers also liked

SkyJacks -Suspended Platforms new
SkyJacks -Suspended Platforms newSkyJacks -Suspended Platforms new
SkyJacks -Suspended Platforms newStephan Naude
 
Buku panduan elemen keusahawanan
Buku panduan elemen keusahawananBuku panduan elemen keusahawanan
Buku panduan elemen keusahawananashamville
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)ikhwankmk92
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKcwanrzzwt
 
03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr
03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr
03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssrالمدرسة
 

Viewers also liked (9)

12 unit 8
12 unit 812 unit 8
12 unit 8
 
SkyJacks -Suspended Platforms new
SkyJacks -Suspended Platforms newSkyJacks -Suspended Platforms new
SkyJacks -Suspended Platforms new
 
Peta minda
Peta mindaPeta minda
Peta minda
 
Buku panduan elemen keusahawanan
Buku panduan elemen keusahawananBuku panduan elemen keusahawanan
Buku panduan elemen keusahawanan
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMK
 
03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr
03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr
03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr
 
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
 
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKK
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKKKemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKK
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKK
 

Similar to Bentuk kurikulum

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanNur Syafira
 
nota SPP Bab 9
nota SPP Bab 9nota SPP Bab 9
nota SPP Bab 9Rainne Lee
 
6 perlaksanaan kurikulum khsr
6  perlaksanaan kurikulum khsr6  perlaksanaan kurikulum khsr
6 perlaksanaan kurikulum khsrHerney Aqilah Kay
 
Kurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahenab dan kesum
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmamirSKKT
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmikashafiqah
 
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdf
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdfTOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdf
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdfssuser24ab8d
 
Kpf 4013 kuliah 6
Kpf 4013   kuliah 6Kpf 4013   kuliah 6
Kpf 4013 kuliah 6zuramole
 
Kssr2011 110521112300-phpapp02
Kssr2011 110521112300-phpapp02Kssr2011 110521112300-phpapp02
Kssr2011 110521112300-phpapp02zuhaipgm
 
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulumKepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulumSiti Kamaruddin
 
Kssr2011 110521112300-phpapp02
Kssr2011 110521112300-phpapp02Kssr2011 110521112300-phpapp02
Kssr2011 110521112300-phpapp02aipeng83
 
Perlaksanaan kurikilum khsr
 Perlaksanaan kurikilum khsr Perlaksanaan kurikilum khsr
Perlaksanaan kurikilum khsrMohd Ridzuan
 
Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)
Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)
Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)Pieja Hanhae
 

Similar to Bentuk kurikulum (20)

Kssr 130507213236-phpapp01
Kssr 130507213236-phpapp01Kssr 130507213236-phpapp01
Kssr 130507213236-phpapp01
 
Info
InfoInfo
Info
 
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
 
nota SPP Bab 9
nota SPP Bab 9nota SPP Bab 9
nota SPP Bab 9
 
6 perlaksanaan kurikulum khsr
6  perlaksanaan kurikulum khsr6  perlaksanaan kurikulum khsr
6 perlaksanaan kurikulum khsr
 
Kurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendah
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
 
KBSR
KBSRKBSR
KBSR
 
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdf
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdfTOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdf
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdf
 
Presentation Unit 8
Presentation Unit 8Presentation Unit 8
Presentation Unit 8
 
Kpf 4013 kuliah 6
Kpf 4013   kuliah 6Kpf 4013   kuliah 6
Kpf 4013 kuliah 6
 
Kssr2011 110521112300-phpapp02
Kssr2011 110521112300-phpapp02Kssr2011 110521112300-phpapp02
Kssr2011 110521112300-phpapp02
 
Perkembangan pendidikan di Malaysia
Perkembangan pendidikan di MalaysiaPerkembangan pendidikan di Malaysia
Perkembangan pendidikan di Malaysia
 
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulumKepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
 
Kssr2011 110521112300-phpapp02
Kssr2011 110521112300-phpapp02Kssr2011 110521112300-phpapp02
Kssr2011 110521112300-phpapp02
 
Kbsr kssr
Kbsr kssrKbsr kssr
Kbsr kssr
 
Perlaksanaan kurikilum khsr
 Perlaksanaan kurikilum khsr Perlaksanaan kurikilum khsr
Perlaksanaan kurikilum khsr
 
Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)
Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)
Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)
 
Nota 2
Nota 2Nota 2
Nota 2
 

More from Kementerian Pelajaran Malaysia (17)

Rph seni,,,,2015
Rph seni,,,,2015Rph seni,,,,2015
Rph seni,,,,2015
 
Minit mesyuarat pengurusan hal ehwal murid kali ke 1
Minit mesyuarat pengurusan hal ehwal murid kali ke 1Minit mesyuarat pengurusan hal ehwal murid kali ke 1
Minit mesyuarat pengurusan hal ehwal murid kali ke 1
 
Resepi
ResepiResepi
Resepi
 
Apom balik
Apom balikApom balik
Apom balik
 
Tugas harian2
Tugas harian2Tugas harian2
Tugas harian2
 
Jadual tugas
Jadual tugasJadual tugas
Jadual tugas
 
26499208 contoh-karangan-1
26499208 contoh-karangan-126499208 contoh-karangan-1
26499208 contoh-karangan-1
 
Laporan orientasi program pembangunan guru baharu
Laporan orientasi program pembangunan guru baharuLaporan orientasi program pembangunan guru baharu
Laporan orientasi program pembangunan guru baharu
 
06 pengenalan
06 pengenalan06 pengenalan
06 pengenalan
 
Resepi
ResepiResepi
Resepi
 
Resepi
ResepiResepi
Resepi
 
51657850 amali-1
51657850 amali-151657850 amali-1
51657850 amali-1
 
Gambar rantai makanan
Gambar rantai makananGambar rantai makanan
Gambar rantai makanan
 
Resepi
ResepiResepi
Resepi
 
Lembarankerjasainstahun5 110623194736-phpapp01
Lembarankerjasainstahun5 110623194736-phpapp01Lembarankerjasainstahun5 110623194736-phpapp01
Lembarankerjasainstahun5 110623194736-phpapp01
 
Gambar rantai makanan
Gambar rantai makananGambar rantai makanan
Gambar rantai makanan
 
Jenis jenis stok dan buku rekod
Jenis jenis stok dan buku rekodJenis jenis stok dan buku rekod
Jenis jenis stok dan buku rekod
 

Bentuk kurikulum

  • 1. Transformasi Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah. Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan. Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global. Di samping itu, KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa. Berdasarkan kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan standard dibangunkan. Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009. KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan prinsip- prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum yang dibangunkan turut melibatkan kurikulum Pendidikan Khas. Bagi memastikan kurikulum tersebut mantap, pelaksanaan rintis telah dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruh negara.
  • 2. Hasrat KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be). Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut: - Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial - Warganegara yang bertanggungjawab - Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player) - Pekerja berilmu
  • 3. Prinsip KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut: Pendekatan Bersepadu Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Perkembangan Individu Secara Menyeluruh KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu. Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang. Pendidikan Seumur Hidup KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.
  • 4. Bentuk Kurikulum Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu. Tunjang Komunikasi Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalin kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini memberi fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, serta nilai tambah menaakul. Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Penguasaan kemahiran berbahasa menyediakan murid untuk membuat pemilihan bahasa yang bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial. Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai.
  • 5. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi. Disiplin ilmu yang membangunkan aspek fizikal ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakat dan apresiasi dipupuk melalui Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik. Tunjang Kemanusiaan Tunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global, serta penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Kemanusiaan ialah Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan. Tunjang Keterampilan Diri Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid diberi peluang menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam kegiatan kokurikulum. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum seperti persatuan, badan beruniform dan sukan memberi peluang kepada murid meningkatkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, rakan sebaya, keluarga dan masyarakat. Tunjang Sains dan Teknologi Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan: • pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik • pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik • pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains dan Teknologi ialah Sains, Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang berfokus kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Disiplin ilmu dalam tunjang ini merangkumi Pendidikan Islam bagi murid Islam dan Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam.
  • 6. Fokus KSSR KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik. Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M. Penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut. Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK. Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan sahsiah. Organisasi Kurikulum KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan mata pelajaran dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai modul. Mata pelajaran juga diorganisasikan secara modular iaitu kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul yang kendiri-lengkap (self-contained). Setiap modul mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid. Organisasi Tahap I Pada Tahap I kurikulum diorganisasikan dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Komposisi KSSR Tahap I adalah seperti jadual di bawah.
  • 7. Organisasi Tahap II Pada Tahap II, kurikulum diorganisasikan secara modular dalam Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif. Kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul. Komposisi KSSR Tahap 2 adalah seperti jadual di bawah.
  • 8. Kurikulum Berasaskan Standard KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan Standard Pembelajaran Penyataan spesifik Satu penetapan kriteria tentang perkara yang atau petunjuk murid patut ketahui dan (indicator) kualiti boleh lakukan dalam pembelajaran dan suatu tempoh pencapaian yang boleh persekolahan diukur bagi setiap merangkumi aspek standard kandungan. pengetahuan, kemahiran dan nilai. Elemen Merentas Kurikulum Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme. Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR. Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.