Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Cara cara mengatasi masalah beg berat

3,530 views

Published on

Cara cara mengatasi masalah beg berat

  1. 1. Page |7 3.1 Cara-cara Mengatasi Masalah Beg Berat Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Terasa amat kasihan melihat pelajar sekolah terutamanya sekolah rendahmengendong beg seumpama hendak balik kampung bercuti raya. Keadaanmenjadi lebih teruk apabila mereka terpaksa menaiki bas sekolah dan awamdengan beban yang berat dipikul. Pelajar ini akan terpaksa menarik nafas dahuluserta berehat untuk menghilangkan kepenatan sebelum menumpukan perhatiankepada pelajarannya pada permulaan kelas. Langkah-langkah bijak harus diambil untuk menangani isu ini dengansegera sebelum terjadi pelajar-pelajar sekolah mengalami sakit pinggang danmenjadi bongkok kemudian hari akibat terpaksa memikul beban buku yang beratke sekolah setiap hari. Perkara ini jangan dipandang remeh kerana secara tidaklangsung ia boleh merosakkan pertumbuhan ketinggian pelajar tersebut. Malahboleh merosakkan suasana hati pelajar untuk belajar akibat keletihan. Ia jugaboleh menjejaskan kualiti modal insan generasi muda kita.Usaha pasti akanmembuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukansegera untuk mengatasi isu beg berat yang sudah bersarang lama di negara kitaini. Penggunaan beg sekolah yang beroda dan ditarik boleh mengatasimasalah ini dengan cara alternatif menggunakan beg sekolah yang digalas.Keadaan ini mungkin boleh membantu seseorang pelajar untuk meringankanbeban memikul beg yang berat setiap hari walaupun tidak berkesan secarakeseluruhannya. Walaupun ramai ibu bapa membelikan beg sekolah yangberoda ini untuk menggantikan beg yang digalas demi meringankan beban anak-anak mereka, malahan ada segelintir ibu bapa mengadu bahawa hanya
  2. 2. Page |8beberapa hari sahaja anak-anak mereka menggunakannya. Apabila hal inidibincangkan, pelajar enggan membawa beg beroda kerana beg beroda ini lebihmenyeksakan mereka. Hal ini demikian kerana, kawasan sekolahnya yang tidaksama rata keseluruhannya. Apabila memasuki pintu pagar sekolah memangselesa untuk menyeret beg tersebut. Tetapi yang menjadi masalah di sini apabilaterpaksa mengangkat beg tersebut untuk menuruni tangga dan kembalimenyeretkan begnya apabila melalui kaki lima kemudian sekali lagi beg tersebutdi angkat untuk menaiki tangga menuju ke kelasnya yang terletak di tingkat 3.Ternyata langkah memperkenalkan beg beroda belum berjaya mengatasimasalah ini sepenuhnya. Untuk sekolah yang dibina sama rata atau tidakbertingkat mungkin ini adalah pilihan yang terbaik tetapi bagi yang sekolahnyabertangga banyak pastinya mereka menolak untuk menggunakan beg beroda inikerana ia lebih menyusahkan kepada mereka. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, antaralangkah yang boleh diperkenalkan ialah kaedah pembelajaran melaluipenggunaan komputer atau komputer riba untuk pelajar di sekolah. Keadaan iniakan menggantikan buku latihan dan buku teks yang begitu banyak untukdibawa ke sekolah dalam sebuah komputer sahaja. Hal ini akan lebihmenyenangkan seseorang pelajar itu untuk belajar dengan lebih selesa tanparasa lesu dan letih. Perkara ini juga akan menjimatkan kos perbelanjaankementerian untuk mencetak buku teks serta dapat mengurangkan penebanganpokok untuk dibuat kertas. Memandangkan sekarang ini, harga komputermahupun komputer riba semakin murah dan beratnya semakin ringan sertasaiznya yang semakin kecil dan nipis lebih sesuai di mana murid-murid tidakperlu lagi membawa buku yang banyak untuk ke sekolah. Hal ini akan menjadilebih hangat dalam kalangan pelajar sekolah kerana pada zaman sekarangbudak berusia 3 tahun pun boleh mengendalikan komputer, ini lagilah sudahbersekolah. Apabila komputer atau komputer riba diperkenalkan makapenggunaan buku teks boleh dimansuhkan dan subsidi untuk buku teks boleh
  3. 3. Page |9digunakan untuk membeli komputer. Komputer ini juga boleh digunakansehingga murid tersebut tamat bersekolah sekurang-kurangnya sehingga darjah6 sebelum digantikan komputer baru apabila mereka memasuki sekolahmenengah. Walaubagaimanapun, pihak kementerian pelajaran selaku pihakyang berkuasa boleh memainkan peranan yang penting seperti menyekat laman-laman web tertentu yang tidak berkaitan dengan kandungan akademik mereka.Selain itu, semua latihan dan pembelajaran boleh disimpan dalam kunci-kunciUSB yang boleh dibawa ke rumah. Perkara ini akan membantu murid-muridboleh belajar dan membuat latihan hanya dengan satu klik tanpa menyelek-nyelek halaman buku. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa jugaharus memainkan peranan penting dalam mengatasi isu beg berat ini. Merekaharus memainkan peranan sebagai pemantau dengan meneliti apa yangterkandung dalam beg sekolah dan pastikan anak-anak membawa hanya bukuyang diperlukan sahaja. Selain itu, pada masa ini juga ibu bapa perlu menyemakjadual kelas yang diberikan oleh guru supaya ruang beg anak-anak hanyamemenuhi buku-buku yang akan digunakan keesokan harinya sahaja. Lebihpenting lagi, ibu bapa juga harus mengambil langkah untuk mendidik anak-anakmereka cara mengikuti jadual waktu sekolah yang diberikan sekaligus mengatursusunan buku-buku dalam beg. Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakandi atas,pemilihan beg sekolah perlu dilakukan dengan betul dan bijak oleh ibubapa berdasarkan kehendak anak-anak.Dengan adanya pelbagai pilihan koleksidi pasaran, ibu bapa boleh mendapatkan beg yang lebih ringan mahupun berodayang memudahkan anak-anak mereka untuk dipikul. Sesungguhnya, pihak sekolah boleh menyediakan kemudahan laci disekolah untuk memuatkan buku-buku teks yang berat. Laci-laci tersebuthendaklah dikunci menggunakan kad magnetik yang diintegrasikan dalamlencana atau tanda nama murid-murid supaya mereka tidak lupa untuk
  4. 4. P a g e | 10membawanya ke sekolah. Lantaran, guru-guru boleh menyimpan kunci utamasekiranya murid terlupa membawa kunci. Hal ini akan mengurangkan bebanmurid-murid dengan membawa buku-buku yang diperlukan untuk membuat kerjarumah dan buku latihan sahaja. Pada masa yang sama, permuafakatan antaraguru dengan murid memainkan peranan penting dalam hal mengurangkan begberat ini. Mereka boleh sentiasa mengingatkan murid mengenai buku yangdiperlukan bagi pelajaran berikutnya. Masalah sedemikian diharapkan dapatberansur pulih dan memudahkan semua pihak dengan adanya persefahamanantara dua pihak ini. Sementara itu, setiap matapelajaran yang diajar dalam 1jam per subjek boleh ditambah secara 2 jam per subjek. Dengan ini bilangansubjek yang dipelajari setiap hari akan kurang. Dengan kata lain, katakan sejambelajar Matematik pada hari Isnin, dan sejam lagi pada hari Selasa, bolehjadikannya dua jam Matematik pada hari Selasa sahaja. Untuk hari Isnin,gantikan dua jam Matematik dengan dua jam subjek lain yang perlu diajar padahari itu. Kaedah ini digunakan di Perancis, jadi kenapa tidak di Malaysia. Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit,sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah iniboleh dibasmi hingga ke akar umbi.Semua pihak harus berganding bahu untukmenyelesaikan masalah beg berat ini untuk kanak-kanak berasa lebih selesa.Mereka berhak mendapat masa depan yang sihat tanpa risau kepada tulangbelakang mereka. Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa adalah sama pentingdengan peranan yang perlu dimainkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Bersamalah kita menjamin masa depan anak-anak kita.

×