SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
1
1.0 Pengenalan
Menurut Noresah Bt Baharom (2010), sukan boleh ditakrifkan sebagai segala jenis
latihan gerakan badan dan permainan yang memerlukan tenaga dan ketangkasan. Di
Malaysia, pihak kerajaan telah membuka banyak peluang kepada kaum wanita bagi
melibatkan diri dalam sukan terutama bagi penuntut wanita di universiti. Contohnya, di
peringkat universiti turut menggalakkan pelajar yang aktif bersukan untuk mewakili
universiti ke kejohanan sukan seperti Kejohana Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia
(MASUM). Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memperkenalkan
Sukan Wanita Kebangsaan pada tahun 2005 yang bertujuan untuk memupuk semangat
motivasi dan menggalakkan penyertaan wanita dalam aktiviti sukan. Penubuhan Sukan
Wanita Kebangsaan ini dilancarkan bagi menangani masalah kekurangan penglibatan
wanita dalam aktiviti kesukanan. Oleh itu, dengan adanya Sukan Wanita Kebangsaan
dan juga MASUM ianya dapat meningkatkan penyertaan wanita dalam aktiviti sukan.
Terdapat pelbagai jenis aktivti sukan yang boleh diceburi oleh golongan wanita
seperti berenang, olahraga, futsal, tenis dan juga badminton. Aktiviti- aktiviti sukan
tersebut menberi banyak manfaat kepada setiap individu dari pelbagai aspek terutamanya
kesihatan fizikal dan juga mental. Malahan, sukan dijadikan sebagai instrumen untuk
mencapai pelbagai tujuan khususnya kepada diri seseorang individu. Berdasarkan jurnal
yang saya kaji, terdapat beberapa faktor yang mendorong penglibatan siswi di dalam
sukan seperti minat dan sikap ingin mencuba sukan baru, menonjolkan bakat dan potensi,
kewangan dan ganjaran, meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran, dan mengisi
masa lapang dan menyihatkan tubuh badan. Selain itu, saya juga mengulas mengenai
faedah- faedah yang diperoleh apabila menyertai aktivti sukan seperti meningkatkan
displin diri, pengurusan masa yang baik, membentuk fikiran yang positif dan memupuk
perasaan perpaduan dan juga langkah bagi menggalakkan penglibatan siswi dalam sukan
seperti dasar kerajaan, peranan ibu bapa, penyediaan kemudahan sukan dan mengadakan
kempen.
2
2.0 Faktor- faktor penglibatan siswi di dalam sukan wanita
Penglibatan siswi di dalam sukan wanita adalah disebabkan oleh faktor minat dan sikap
ingin mencuba sesuatu sukan baru. Ia menjadi pendorong kepada individu untuk
bersukan. Berdasarkan kajian jurnal ini, seramai 26% mengakui bahawa penglibatan
wanita dalam sukan wanita adalah kerana minat yang mendalam terhadap sukan. Selain
itu, kepelbagaian yang ada dalam sukan itu sendiri telah menjadi penarik kepada wanita
untuk mengaktifkan diri dengan mencuba sukan baru. Dengan itu, mereka akan berasa
seronok dan juga dapat memenuhi kepuasan mereka. Menurut Yahya Buntat & Norervina
(2005), seseorang individu yang minat terhadap sesuatu perkara adalah daripada
dorongan secara intrinsik yang wujud dalam jiwa setiap individu itu sendiri. Malahan,
seseorang yang bermotivasikan intrinsik ini cenderung melibatkan diri dalam sesuatu
aktiviti tanpa mengharapkan sebarang hadiah dan juga paksaan daripada mana- mana
pihak.
Seterusnya,penglibatan siswi di dalam sukan wanita juga disebabkan oleh faktor
menonjolkan bakat dan potensi. Berdasarkan kajian ini, seramai 13% bersetuju dengan
faktor tersebut menyebabkan wanita menceburi diri dalam sukan. Seseorang individu
yang yakin akan kebolehan yang ada pada dirinya akan memngambil peluang untuk
menyertai aktiviti sukan. Tambahan, mereka ini mempunyai cita- cita yang tinggi bagi
meningkatkan prestasi ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, penglibatan ini juga
secara tidak langsung mampu menggilap bakat dan potensi yang ada bagi meningkatkan
lagi pencapaian diri individu dalam sukan yang diceburinya. Elemen ini juga penting
dalam melahirkan atlet wanita yang berkualiti dan seterusnya menggalakkan penyertaan
wanita dalam sukan.
3
Kewangan ataupun ganjaran juga menjadi faktor penarik kepada wanita
terutamanya bagi yang sedang belajar di universiti. Menurut Mohd Samri & Anizu
(2006), sukan boleh menjamin masa depan seperti mendapatkan pekerjaan, biasiswa, dan
kenaikan pangkat. Ganjaran yang diperolehi dalam bentuk wang mampu membantu
meringankan beban kewangan mereka. Selain itu, Ganjaran ini juga dapat membantu
membangunkan semangat mereka untuk terus giat aktif dalam aktiviti sukan.
Selain itu, penyertaan individu dalam sukan boleh meningkatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang ada ke tahap yang lebih baik. Menurut Noresah Bt
Baharom (2010), kemahiran boleh ditakrifkan sebagai kecekapan dan kepandaian
melakukan sesuatu. Dengan adanya ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang sukan, kita
dapat mengetahui dan menggunakan ilmu sukan dari segi teknik, kemahiran pergerakan
dan juga taktik. Selain itu, pengalaman yang diperolehi semasa pertandingan juga mampu
membantu kita dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kerana semasa
pertandingan kita akan melihat taktik, teknik dan kemahiran yang ada pada pihak lawan.
Melalui pengalaman tersebut, kita boleh meningkatkan pencapaian dalam bidang sukan
dengan melakukan penambahbaikan dalam setiap pergerakan untuk sesuatu permainan.
Faktor penglibatan siswi dalam sukan wanita adalah disebabkan mereka ingin
mengisi masa lapang dan menyihatkan tubuh badan. Bersukan merupakan satu aktiviti
yang boleh mengisi masa lapang mereka bersama- sama dengan rakan- rakan. Bagi
wanita, mengisi masa lapang dengan sukan dapat membantu mereka meningkatkan
kualiti kehidupan mereka secara sihat. Selain itu, penglibatan mereka dalam aktiviti
sukan dapat mengelakkan diri daripada membazir waktu daripada melakukan sebarang
aktiviti yang tidak memberi manfaat kepada diri dan juga menimbulkan masalah sosial
yang akan memberi kesan kepada keluarga, masyarakat dan Negara. Manakala,
penglibatan wanita dalam sukan adalah kerana ingin mengekalkan kesihatan badan dan
juga kecantikan tubuh badan. Dengan bersukan juga, badan akan sihat dan melahirkan
minda yang aktif, menghilangkan rasa malas, dan juga menghindarkan sebarang pesakit
dalam badan serta membawa kepada kecemerlangan bagi seseorang pelajar. Malahan,
berdasarkan kajian Zaini Arshad (2003), beliau memetik penyataan Byrd (1982), yang
menyatakan bahawa penyertaan sukan secara aktif dapat mengelak atau melewatkan
serangan pelbagai penyakit.
4
3.0 Faedah- faedah melibatkan diri dalam sukan
Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini demikian
kerana aktiviti sukan sangat berfaedah kepada pelajar. Mahasiswi yang melibatkan diri
dalam sukan akan mendapat manfaat iaitu sukan dapat meningkatkan disiplin diri
seseorang individu. Individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mempunyai disiplin
yang tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Contohnya, setiap pemain dalam sesebuah pasukan perlu mematuhi arahan, menepati
masa, dan sentiasa berlatih. Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turut membentuk
disiplin pelajar tersebut bukan sahaja dalam sukan tetapi dalam pelajaran.
Seterusnya, seseorang pelajar yang menyertai sukan juga dapat memperolehi
faedah dari segi pengurusan masa yang baik. Pelajar yang aktif dalam kegiatan sukan
akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan teratur. Hal ini dikatakan demikian kerana
murid tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk memberikan tumpuan terhadap
sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya, seseorang pelajar yang menyertai
pasukan universiti perlu mempunyai jadual latihan sukan dan jadual belajar yang
seimbang. Oleh itu, seseorang pelajar yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam
pelajaran.
Selain itu, sukan juga dapat membentuk pelajar yang berfikiran positif. Menurut
Yahaya Buntat & Norervina Jailani (2005), mengatakan bahawa melalui kegiatan dan
aktiviti bersukan sikap dan sifat sosial yang positif seseorang pelajar dan individu boleh
di lihat melalui latih tubi dan permainan. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif
bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi dan tidak
cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei tetap tidak berputus asa walaupun
gagal meraih pinggat emas dalam sukan Olimpik. Oleh itu, sukan penting dalam
melahirkan pelajar yang berfikiran positif.
5
Sukan juga dikatakan berupaya untuk memupuk perasaan perpaduan sesama
rakyat yang berbilang bangsa itu. Interaksi sesama individu akan berlaku kerana sukan
memerlukan setiap ahli untuk saling bekerjasama melaksanakan aktiviti tersebut.
Menurut Zaini Arshad (2003), sukan dapat membina dan mengukuhkan perhubungan
sosial dikalangan ahli komuniti kerana instrumen palling mudah dan berkesan untuk
berinteraksi dan berkomunikasi secara berterusan antara satu sama lain. Maka, perpaduan
antara kaum boleh dicapai menerusi penglibatan setiap ahli masyarakat kita dalam
aktiviti sukan,. Tambahan pula, kita akan dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tanpa
mengira umur, bangsa mahupun agama. Contohnya, ketika kita menyertai aktivti sukan di
pusat sukan, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini
akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.
6
4.0 Langkah menggalakkan penglibatan wanita dalam sukan
Penglibatan wanita dalam sukan dilihat kurang menyerlah. Oleh itu, bagi menggalakkan
penyertaan golongan wanita dalam sukan. Terdapat beberapa inisiatif yang boleh
digunakan bagi menarik wanita untuk menyertai sukan. Langkah- langkah untuk
menggalakkan penglibatan wanita dalam sukan ialah Dasar kerajaan iaitu dasar 1Murid
1Sukan. Berdasarkan petikan akhbar, Menteri Muda Sukan, Datuk Lee Kim Shin
menyatakan bahawa dasar ini perlu bagi memupuk minat terhadap bidang sukan tersebut
di kalangan kanak-kanak. Bak kata pepatah “meluntur buluh biarlah dari rebungnya” iaitu
kalau hendak mendidik seseorang hendaklah ketika ia masih muda supaya mudah diasuh.
Oleh itu, penglibatan awal kanak- kanak khususnya wanita, dalam bidang sukan amat di
digalakkan supaya mereka mengetahui jenis- jenis sukan yang ada dan memilih sukan
yang mereka gemari. Dasar ini juga dapat membantu untuk menerapkan semangat
kesukanan di kalangan mereka bagi menunjukkan bakat dan potensi masing- masing.
Selain itu, ibu bapa perlu memberi sokongan moral dengan menghantar anak-
anak mereka ke tempat latihan ataupun menemani mereka semasa sedang menjalankan
latihan di padang. Dengan cara tersebut, anak- anak mereka khususnya perempuan akan
lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan. Di samping itu, Ibu bapa juga
boleh memberi galakkan dengan cara membelikan anak- anak mereka peralatan sukan.
Peralatan sukan yang lengkap dan sesuai dapat memberi semangat dan mengembangkan
minat mereka untuk menyertai bidang sukan tersebut. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan
ibu bapa penting bagi mengalakkan penyertaan anak- anak dalam bidang sukan.
Seterusnya, penyediaan kemudahan sukan yang lengkap juga memainkan peranan
yang penting dalam menarik minat wanita untuk menyertai sukan. Contohnya,
kemudahan- kemudahan sukan seperti swimming pool, gelanggang tennis dan gelangang
bola jaring. Dengan adanya kemudahan- kemudahan tersebut di tempat- tempat yang
mudah dikunjungi membolehkan golongan wanita menggunakannya pada bila- bila masa.
Tambahan pula, prasarana yang lengkap membantu mereka untuk berlatih dalam keadaan
yang selesa dan efektif.
7
Langkah seterusnya yang boleh diambil bagi menggalakan penglibatan wanita
dalam sukan adalah dengan mengadakan kempen. Kempen mengenai kepentingan sukan
dan faedah sukan boleh didedahkan khususnya kepada golongan wanita bagi
menyedarkan mereka bahawa sukan mampu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan
dan juga mental. Sehubungan itu, pihak media perlu memberi kerjasama dengan
menyiarkan program televisyen mengenai sukan wanita. Hal ini secara tidak langsung
boeleh menarik minat mereka untuk mencuba sukan tersebut.
5.0 Penutup
Kesimpulannya, sukan merupakan aktiviti yang memberi manfaat kepada semua
golongan sama ada wanita mahupun lelaki. Dengan bersukan, kita dapat menyihatkan
tubuh badan, mengunakan masa dengan baik dan juga berkenalan dengan semua kaum.
Selain itu, pelbagai pihak seperti pihak kerajaan, swasta dan juga badan NGO boleh
berkerjasama dalam membantu menyediakan lebih banyak lagi kemudahan bersukan
untuk kegunaan awam. Dalam masa yang sama, pihak media massa juga turut
memainkan peranan penting dalam menarik lebih ramai wanita untuk menyertai aktivti
sukan. Contohnya dengan mengadakan kempen. Selain itu, pihak Kementerian Belia dan
Sukan juga boleh menawarkan lebih banyak peluang kepada mereka yang berminat
dalam sesuatu aktiviti sukan untuk menceburinya sehingga ke peringkat yang lebih tinggi
bagi menyerlahkan bakat mereka seperti atlit puteri renang iaitu Nurul Huda dan Sylvia
Ng iaitu atlit sukan badminton.

More Related Content

What's hot

What's hot (20)

Bab 4 Pemakanan Sukan
Bab 4   Pemakanan SukanBab 4   Pemakanan Sukan
Bab 4 Pemakanan Sukan
 
Bab 1 Sosiologi Sukan
Bab 1   Sosiologi SukanBab 1   Sosiologi Sukan
Bab 1 Sosiologi Sukan
 
2.1 psikologi sukan
2.1 psikologi sukan 2.1 psikologi sukan
2.1 psikologi sukan
 
Faktor kecederaan sukan
Faktor kecederaan sukanFaktor kecederaan sukan
Faktor kecederaan sukan
 
5.6 kepantasan
5.6 kepantasan5.6 kepantasan
5.6 kepantasan
 
3.4 sukan dan ekonomi
3.4 sukan dan ekonomi3.4 sukan dan ekonomi
3.4 sukan dan ekonomi
 
Sains Sukan - MPP
Sains Sukan - MPPSains Sukan - MPP
Sains Sukan - MPP
 
Bab 3 Kesenggangan dan Rekreasi
Bab 3   Kesenggangan dan RekreasiBab 3   Kesenggangan dan Rekreasi
Bab 3 Kesenggangan dan Rekreasi
 
3 sistem-otot-tingkatan-4
3 sistem-otot-tingkatan-43 sistem-otot-tingkatan-4
3 sistem-otot-tingkatan-4
 
4 pemakanan-sukan-tingkatan-4
4 pemakanan-sukan-tingkatan-44 pemakanan-sukan-tingkatan-4
4 pemakanan-sukan-tingkatan-4
 
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 4
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 4Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 4
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 4
 
1 asas-kawalan-motor
1 asas-kawalan-motor1 asas-kawalan-motor
1 asas-kawalan-motor
 
5.5 keagresifan dalam_sukan
5.5 keagresifan dalam_sukan5.5 keagresifan dalam_sukan
5.5 keagresifan dalam_sukan
 
Pemakanan sukan
Pemakanan sukanPemakanan sukan
Pemakanan sukan
 
Sistem Kardiovaskular Jantung - 5.1 Keluaran Jantung
Sistem Kardiovaskular Jantung - 5.1 Keluaran JantungSistem Kardiovaskular Jantung - 5.1 Keluaran Jantung
Sistem Kardiovaskular Jantung - 5.1 Keluaran Jantung
 
Dasar sukan negara
Dasar sukan negaraDasar sukan negara
Dasar sukan negara
 
Sukan dan integrasi kaum
Sukan dan integrasi kaumSukan dan integrasi kaum
Sukan dan integrasi kaum
 
Bab 6 - Anatomi & Fisiologi (1).pdf
Bab 6 - Anatomi & Fisiologi (1).pdfBab 6 - Anatomi & Fisiologi (1).pdf
Bab 6 - Anatomi & Fisiologi (1).pdf
 
Bab 4 kecergasan kardiovaskular
Bab 4   kecergasan kardiovaskularBab 4   kecergasan kardiovaskular
Bab 4 kecergasan kardiovaskular
 
BAB 4 PEMAKANAN SUKAN 2021.pptx
BAB 4 PEMAKANAN SUKAN 2021.pptxBAB 4 PEMAKANAN SUKAN 2021.pptx
BAB 4 PEMAKANAN SUKAN 2021.pptx
 

Similar to Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita

223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan
223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan
223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukanNoor Remy Ariffin
 
6103420043_Yahya Nur Permana_Sport Of History.pptx
6103420043_Yahya Nur Permana_Sport Of History.pptx6103420043_Yahya Nur Permana_Sport Of History.pptx
6103420043_Yahya Nur Permana_Sport Of History.pptxyahyapermana1
 
Bs ssukan t4_4
Bs ssukan t4_4Bs ssukan t4_4
Bs ssukan t4_4zimi fren
 
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murniSukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murnimurni mohamat
 
Petikan faedah bersukan
Petikan faedah bersukanPetikan faedah bersukan
Petikan faedah bersukanalfianmansor
 
FAEDAH BERSUKAN
FAEDAH BERSUKANFAEDAH BERSUKAN
FAEDAH BERSUKANmnznasir
 
Buku sumber ss form4
Buku sumber ss form4Buku sumber ss form4
Buku sumber ss form4YiLin Cheah
 
Pendidikan jasmani
Pendidikan jasmaniPendidikan jasmani
Pendidikan jasmaniramli ahmad
 
087_2020C_timothy silva darsono_review jurnal
087_2020C_timothy silva darsono_review jurnal087_2020C_timothy silva darsono_review jurnal
087_2020C_timothy silva darsono_review jurnalTimothySilvaDarsono
 

Similar to Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita (20)

Konsep sukan rekreasi
Konsep sukan rekreasiKonsep sukan rekreasi
Konsep sukan rekreasi
 
Proposal penelitian
Proposal penelitianProposal penelitian
Proposal penelitian
 
Review jurnal
Review jurnalReview jurnal
Review jurnal
 
223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan
223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan
223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan
 
6103420043_Yahya Nur Permana_Sport Of History.pptx
6103420043_Yahya Nur Permana_Sport Of History.pptx6103420043_Yahya Nur Permana_Sport Of History.pptx
6103420043_Yahya Nur Permana_Sport Of History.pptx
 
Nota PJM 3112
Nota PJM 3112Nota PJM 3112
Nota PJM 3112
 
ISU DALAM PJ DAN SUKAN.pptx
ISU DALAM PJ DAN SUKAN.pptxISU DALAM PJ DAN SUKAN.pptx
ISU DALAM PJ DAN SUKAN.pptx
 
Bs ssukan t4_4
Bs ssukan t4_4Bs ssukan t4_4
Bs ssukan t4_4
 
Kebaikan sukan
Kebaikan sukanKebaikan sukan
Kebaikan sukan
 
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murniSukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
 
Sukan
SukanSukan
Sukan
 
Petikan faedah bersukan
Petikan faedah bersukanPetikan faedah bersukan
Petikan faedah bersukan
 
FAEDAH BERSUKAN
FAEDAH BERSUKANFAEDAH BERSUKAN
FAEDAH BERSUKAN
 
Buku sumber ss form4
Buku sumber ss form4Buku sumber ss form4
Buku sumber ss form4
 
Uas sosiologi
Uas sosiologiUas sosiologi
Uas sosiologi
 
Potret penjasorkes di sekolah dasar
Potret penjasorkes di sekolah dasarPotret penjasorkes di sekolah dasar
Potret penjasorkes di sekolah dasar
 
Pendidikan jasmani
Pendidikan jasmaniPendidikan jasmani
Pendidikan jasmani
 
Hokism
HokismHokism
Hokism
 
Review jurnal 5
Review jurnal 5Review jurnal 5
Review jurnal 5
 
087_2020C_timothy silva darsono_review jurnal
087_2020C_timothy silva darsono_review jurnal087_2020C_timothy silva darsono_review jurnal
087_2020C_timothy silva darsono_review jurnal
 

More from UNie ONie

Penilaian Sosial Impak di Cameron Highlands
Penilaian Sosial Impak di Cameron HighlandsPenilaian Sosial Impak di Cameron Highlands
Penilaian Sosial Impak di Cameron HighlandsUNie ONie
 
Dasar Pembangunan Perumahan
Dasar Pembangunan PerumahanDasar Pembangunan Perumahan
Dasar Pembangunan PerumahanUNie ONie
 
Buku log Kesukarelawan SSWP1033
Buku log Kesukarelawan SSWP1033 Buku log Kesukarelawan SSWP1033
Buku log Kesukarelawan SSWP1033 UNie ONie
 
Teks pengacara dinner Art For All
Teks pengacara dinner Art For AllTeks pengacara dinner Art For All
Teks pengacara dinner Art For AllUNie ONie
 
Contoh Laporan Program
Contoh Laporan ProgramContoh Laporan Program
Contoh Laporan ProgramUNie ONie
 
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)UNie ONie
 
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAPEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAUNie ONie
 
Slide isu kenaikan harga minyak
Slide isu kenaikan harga minyakSlide isu kenaikan harga minyak
Slide isu kenaikan harga minyakUNie ONie
 
Isu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga MinyakIsu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga MinyakUNie ONie
 
Pengenalan pembangunan tanah
Pengenalan pembangunan tanahPengenalan pembangunan tanah
Pengenalan pembangunan tanahUNie ONie
 
Slide Mengenai Gangguan Seksual di Tempat Kerja
Slide Mengenai Gangguan Seksual di Tempat KerjaSlide Mengenai Gangguan Seksual di Tempat Kerja
Slide Mengenai Gangguan Seksual di Tempat KerjaUNie ONie
 
Kesan Gangguan Seksual
Kesan Gangguan SeksualKesan Gangguan Seksual
Kesan Gangguan SeksualUNie ONie
 
Kesan postif dan negatif pembandaran
Kesan postif dan negatif pembandaranKesan postif dan negatif pembandaran
Kesan postif dan negatif pembandaranUNie ONie
 

More from UNie ONie (13)

Penilaian Sosial Impak di Cameron Highlands
Penilaian Sosial Impak di Cameron HighlandsPenilaian Sosial Impak di Cameron Highlands
Penilaian Sosial Impak di Cameron Highlands
 
Dasar Pembangunan Perumahan
Dasar Pembangunan PerumahanDasar Pembangunan Perumahan
Dasar Pembangunan Perumahan
 
Buku log Kesukarelawan SSWP1033
Buku log Kesukarelawan SSWP1033 Buku log Kesukarelawan SSWP1033
Buku log Kesukarelawan SSWP1033
 
Teks pengacara dinner Art For All
Teks pengacara dinner Art For AllTeks pengacara dinner Art For All
Teks pengacara dinner Art For All
 
Contoh Laporan Program
Contoh Laporan ProgramContoh Laporan Program
Contoh Laporan Program
 
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
 
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAPEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
 
Slide isu kenaikan harga minyak
Slide isu kenaikan harga minyakSlide isu kenaikan harga minyak
Slide isu kenaikan harga minyak
 
Isu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga MinyakIsu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga Minyak
 
Pengenalan pembangunan tanah
Pengenalan pembangunan tanahPengenalan pembangunan tanah
Pengenalan pembangunan tanah
 
Slide Mengenai Gangguan Seksual di Tempat Kerja
Slide Mengenai Gangguan Seksual di Tempat KerjaSlide Mengenai Gangguan Seksual di Tempat Kerja
Slide Mengenai Gangguan Seksual di Tempat Kerja
 
Kesan Gangguan Seksual
Kesan Gangguan SeksualKesan Gangguan Seksual
Kesan Gangguan Seksual
 
Kesan postif dan negatif pembandaran
Kesan postif dan negatif pembandaranKesan postif dan negatif pembandaran
Kesan postif dan negatif pembandaran
 

Recently uploaded

AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanNiKomangRaiVerawati
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaSABDA
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfcicovendra
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 

Recently uploaded (20)

AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 

Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita

  • 1. 1 1.0 Pengenalan Menurut Noresah Bt Baharom (2010), sukan boleh ditakrifkan sebagai segala jenis latihan gerakan badan dan permainan yang memerlukan tenaga dan ketangkasan. Di Malaysia, pihak kerajaan telah membuka banyak peluang kepada kaum wanita bagi melibatkan diri dalam sukan terutama bagi penuntut wanita di universiti. Contohnya, di peringkat universiti turut menggalakkan pelajar yang aktif bersukan untuk mewakili universiti ke kejohanan sukan seperti Kejohana Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM). Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memperkenalkan Sukan Wanita Kebangsaan pada tahun 2005 yang bertujuan untuk memupuk semangat motivasi dan menggalakkan penyertaan wanita dalam aktiviti sukan. Penubuhan Sukan Wanita Kebangsaan ini dilancarkan bagi menangani masalah kekurangan penglibatan wanita dalam aktiviti kesukanan. Oleh itu, dengan adanya Sukan Wanita Kebangsaan dan juga MASUM ianya dapat meningkatkan penyertaan wanita dalam aktiviti sukan. Terdapat pelbagai jenis aktivti sukan yang boleh diceburi oleh golongan wanita seperti berenang, olahraga, futsal, tenis dan juga badminton. Aktiviti- aktiviti sukan tersebut menberi banyak manfaat kepada setiap individu dari pelbagai aspek terutamanya kesihatan fizikal dan juga mental. Malahan, sukan dijadikan sebagai instrumen untuk mencapai pelbagai tujuan khususnya kepada diri seseorang individu. Berdasarkan jurnal yang saya kaji, terdapat beberapa faktor yang mendorong penglibatan siswi di dalam sukan seperti minat dan sikap ingin mencuba sukan baru, menonjolkan bakat dan potensi, kewangan dan ganjaran, meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran, dan mengisi masa lapang dan menyihatkan tubuh badan. Selain itu, saya juga mengulas mengenai faedah- faedah yang diperoleh apabila menyertai aktivti sukan seperti meningkatkan displin diri, pengurusan masa yang baik, membentuk fikiran yang positif dan memupuk perasaan perpaduan dan juga langkah bagi menggalakkan penglibatan siswi dalam sukan seperti dasar kerajaan, peranan ibu bapa, penyediaan kemudahan sukan dan mengadakan kempen.
  • 2. 2 2.0 Faktor- faktor penglibatan siswi di dalam sukan wanita Penglibatan siswi di dalam sukan wanita adalah disebabkan oleh faktor minat dan sikap ingin mencuba sesuatu sukan baru. Ia menjadi pendorong kepada individu untuk bersukan. Berdasarkan kajian jurnal ini, seramai 26% mengakui bahawa penglibatan wanita dalam sukan wanita adalah kerana minat yang mendalam terhadap sukan. Selain itu, kepelbagaian yang ada dalam sukan itu sendiri telah menjadi penarik kepada wanita untuk mengaktifkan diri dengan mencuba sukan baru. Dengan itu, mereka akan berasa seronok dan juga dapat memenuhi kepuasan mereka. Menurut Yahya Buntat & Norervina (2005), seseorang individu yang minat terhadap sesuatu perkara adalah daripada dorongan secara intrinsik yang wujud dalam jiwa setiap individu itu sendiri. Malahan, seseorang yang bermotivasikan intrinsik ini cenderung melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti tanpa mengharapkan sebarang hadiah dan juga paksaan daripada mana- mana pihak. Seterusnya,penglibatan siswi di dalam sukan wanita juga disebabkan oleh faktor menonjolkan bakat dan potensi. Berdasarkan kajian ini, seramai 13% bersetuju dengan faktor tersebut menyebabkan wanita menceburi diri dalam sukan. Seseorang individu yang yakin akan kebolehan yang ada pada dirinya akan memngambil peluang untuk menyertai aktiviti sukan. Tambahan, mereka ini mempunyai cita- cita yang tinggi bagi meningkatkan prestasi ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, penglibatan ini juga secara tidak langsung mampu menggilap bakat dan potensi yang ada bagi meningkatkan lagi pencapaian diri individu dalam sukan yang diceburinya. Elemen ini juga penting dalam melahirkan atlet wanita yang berkualiti dan seterusnya menggalakkan penyertaan wanita dalam sukan.
  • 3. 3 Kewangan ataupun ganjaran juga menjadi faktor penarik kepada wanita terutamanya bagi yang sedang belajar di universiti. Menurut Mohd Samri & Anizu (2006), sukan boleh menjamin masa depan seperti mendapatkan pekerjaan, biasiswa, dan kenaikan pangkat. Ganjaran yang diperolehi dalam bentuk wang mampu membantu meringankan beban kewangan mereka. Selain itu, Ganjaran ini juga dapat membantu membangunkan semangat mereka untuk terus giat aktif dalam aktiviti sukan. Selain itu, penyertaan individu dalam sukan boleh meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ada ke tahap yang lebih baik. Menurut Noresah Bt Baharom (2010), kemahiran boleh ditakrifkan sebagai kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. Dengan adanya ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang sukan, kita dapat mengetahui dan menggunakan ilmu sukan dari segi teknik, kemahiran pergerakan dan juga taktik. Selain itu, pengalaman yang diperolehi semasa pertandingan juga mampu membantu kita dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kerana semasa pertandingan kita akan melihat taktik, teknik dan kemahiran yang ada pada pihak lawan. Melalui pengalaman tersebut, kita boleh meningkatkan pencapaian dalam bidang sukan dengan melakukan penambahbaikan dalam setiap pergerakan untuk sesuatu permainan. Faktor penglibatan siswi dalam sukan wanita adalah disebabkan mereka ingin mengisi masa lapang dan menyihatkan tubuh badan. Bersukan merupakan satu aktiviti yang boleh mengisi masa lapang mereka bersama- sama dengan rakan- rakan. Bagi wanita, mengisi masa lapang dengan sukan dapat membantu mereka meningkatkan kualiti kehidupan mereka secara sihat. Selain itu, penglibatan mereka dalam aktiviti sukan dapat mengelakkan diri daripada membazir waktu daripada melakukan sebarang aktiviti yang tidak memberi manfaat kepada diri dan juga menimbulkan masalah sosial yang akan memberi kesan kepada keluarga, masyarakat dan Negara. Manakala, penglibatan wanita dalam sukan adalah kerana ingin mengekalkan kesihatan badan dan juga kecantikan tubuh badan. Dengan bersukan juga, badan akan sihat dan melahirkan minda yang aktif, menghilangkan rasa malas, dan juga menghindarkan sebarang pesakit dalam badan serta membawa kepada kecemerlangan bagi seseorang pelajar. Malahan, berdasarkan kajian Zaini Arshad (2003), beliau memetik penyataan Byrd (1982), yang menyatakan bahawa penyertaan sukan secara aktif dapat mengelak atau melewatkan serangan pelbagai penyakit.
  • 4. 4 3.0 Faedah- faedah melibatkan diri dalam sukan Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini demikian kerana aktiviti sukan sangat berfaedah kepada pelajar. Mahasiswi yang melibatkan diri dalam sukan akan mendapat manfaat iaitu sukan dapat meningkatkan disiplin diri seseorang individu. Individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya, setiap pemain dalam sesebuah pasukan perlu mematuhi arahan, menepati masa, dan sentiasa berlatih. Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turut membentuk disiplin pelajar tersebut bukan sahaja dalam sukan tetapi dalam pelajaran. Seterusnya, seseorang pelajar yang menyertai sukan juga dapat memperolehi faedah dari segi pengurusan masa yang baik. Pelajar yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan teratur. Hal ini dikatakan demikian kerana murid tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya, seseorang pelajar yang menyertai pasukan universiti perlu mempunyai jadual latihan sukan dan jadual belajar yang seimbang. Oleh itu, seseorang pelajar yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran. Selain itu, sukan juga dapat membentuk pelajar yang berfikiran positif. Menurut Yahaya Buntat & Norervina Jailani (2005), mengatakan bahawa melalui kegiatan dan aktiviti bersukan sikap dan sifat sosial yang positif seseorang pelajar dan individu boleh di lihat melalui latih tubi dan permainan. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi dan tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih pinggat emas dalam sukan Olimpik. Oleh itu, sukan penting dalam melahirkan pelajar yang berfikiran positif.
  • 5. 5 Sukan juga dikatakan berupaya untuk memupuk perasaan perpaduan sesama rakyat yang berbilang bangsa itu. Interaksi sesama individu akan berlaku kerana sukan memerlukan setiap ahli untuk saling bekerjasama melaksanakan aktiviti tersebut. Menurut Zaini Arshad (2003), sukan dapat membina dan mengukuhkan perhubungan sosial dikalangan ahli komuniti kerana instrumen palling mudah dan berkesan untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara berterusan antara satu sama lain. Maka, perpaduan antara kaum boleh dicapai menerusi penglibatan setiap ahli masyarakat kita dalam aktiviti sukan,. Tambahan pula, kita akan dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira umur, bangsa mahupun agama. Contohnya, ketika kita menyertai aktivti sukan di pusat sukan, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.
  • 6. 6 4.0 Langkah menggalakkan penglibatan wanita dalam sukan Penglibatan wanita dalam sukan dilihat kurang menyerlah. Oleh itu, bagi menggalakkan penyertaan golongan wanita dalam sukan. Terdapat beberapa inisiatif yang boleh digunakan bagi menarik wanita untuk menyertai sukan. Langkah- langkah untuk menggalakkan penglibatan wanita dalam sukan ialah Dasar kerajaan iaitu dasar 1Murid 1Sukan. Berdasarkan petikan akhbar, Menteri Muda Sukan, Datuk Lee Kim Shin menyatakan bahawa dasar ini perlu bagi memupuk minat terhadap bidang sukan tersebut di kalangan kanak-kanak. Bak kata pepatah “meluntur buluh biarlah dari rebungnya” iaitu kalau hendak mendidik seseorang hendaklah ketika ia masih muda supaya mudah diasuh. Oleh itu, penglibatan awal kanak- kanak khususnya wanita, dalam bidang sukan amat di digalakkan supaya mereka mengetahui jenis- jenis sukan yang ada dan memilih sukan yang mereka gemari. Dasar ini juga dapat membantu untuk menerapkan semangat kesukanan di kalangan mereka bagi menunjukkan bakat dan potensi masing- masing. Selain itu, ibu bapa perlu memberi sokongan moral dengan menghantar anak- anak mereka ke tempat latihan ataupun menemani mereka semasa sedang menjalankan latihan di padang. Dengan cara tersebut, anak- anak mereka khususnya perempuan akan lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan. Di samping itu, Ibu bapa juga boleh memberi galakkan dengan cara membelikan anak- anak mereka peralatan sukan. Peralatan sukan yang lengkap dan sesuai dapat memberi semangat dan mengembangkan minat mereka untuk menyertai bidang sukan tersebut. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan ibu bapa penting bagi mengalakkan penyertaan anak- anak dalam bidang sukan. Seterusnya, penyediaan kemudahan sukan yang lengkap juga memainkan peranan yang penting dalam menarik minat wanita untuk menyertai sukan. Contohnya, kemudahan- kemudahan sukan seperti swimming pool, gelanggang tennis dan gelangang bola jaring. Dengan adanya kemudahan- kemudahan tersebut di tempat- tempat yang mudah dikunjungi membolehkan golongan wanita menggunakannya pada bila- bila masa. Tambahan pula, prasarana yang lengkap membantu mereka untuk berlatih dalam keadaan yang selesa dan efektif.
  • 7. 7 Langkah seterusnya yang boleh diambil bagi menggalakan penglibatan wanita dalam sukan adalah dengan mengadakan kempen. Kempen mengenai kepentingan sukan dan faedah sukan boleh didedahkan khususnya kepada golongan wanita bagi menyedarkan mereka bahawa sukan mampu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan dan juga mental. Sehubungan itu, pihak media perlu memberi kerjasama dengan menyiarkan program televisyen mengenai sukan wanita. Hal ini secara tidak langsung boeleh menarik minat mereka untuk mencuba sukan tersebut. 5.0 Penutup Kesimpulannya, sukan merupakan aktiviti yang memberi manfaat kepada semua golongan sama ada wanita mahupun lelaki. Dengan bersukan, kita dapat menyihatkan tubuh badan, mengunakan masa dengan baik dan juga berkenalan dengan semua kaum. Selain itu, pelbagai pihak seperti pihak kerajaan, swasta dan juga badan NGO boleh berkerjasama dalam membantu menyediakan lebih banyak lagi kemudahan bersukan untuk kegunaan awam. Dalam masa yang sama, pihak media massa juga turut memainkan peranan penting dalam menarik lebih ramai wanita untuk menyertai aktivti sukan. Contohnya dengan mengadakan kempen. Selain itu, pihak Kementerian Belia dan Sukan juga boleh menawarkan lebih banyak peluang kepada mereka yang berminat dalam sesuatu aktiviti sukan untuk menceburinya sehingga ke peringkat yang lebih tinggi bagi menyerlahkan bakat mereka seperti atlit puteri renang iaitu Nurul Huda dan Sylvia Ng iaitu atlit sukan badminton.