SlideShare a Scribd company logo
1 of 113
Download to read offline
SAINS SUKAN TINGKATAN 6
( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
SAINS SUKAN STPM
PENGGAL 2
BAB 6 – ANATOMI
& FISIOLOGI
6.1 – Unit Struktur
BAB 6 – ANATOMI DAN FISIOLOGI
6.5 – Sistem Otot Rangka
6.3 – Kulit
6.2 – Sel, Tisu dan Membran
6.4 – Sistem Rangka
6.6 – Sistem Kardiovaskular
BAB 6 – ANATOMI DAN FISIOLOGI
6.10 – Sistem Reproduktif
6.8 – Sistem Urinari
6.7 – Sistem Respiratori
6.9 – Sistem Endokrina
6.1 – UNIT STRUKTUR
SAINS SUKAN TINGKATAN 6
( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
Objektif Pembelajaran
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Mengenal pasti aras organisasi organisma
hidup;
b) Memerihalkan bahagian serta kedudukan
tubuh menerusi penggunaan istilah
anatomi;
c) Menjelaskan kepentingan homeostasis dan
pengawalaturan homeostasis.
Definisi – Anatomi & Fisiologi
Anatomi
Anatomi ialah kajian tentang struktur tubuh
dan hubungan di antara bahagian –
bahagiannya. Perkataan “anatomi” berasal
daripada perkataan Greek “anatom” yang
bermakna “memotong”, maka anatomi boleh
dianggap sebagai kajian dengan memotong
(diseksi).
Definisi – Anatomi & Fisiologi
FISIOLOGI
Fisiologi pula boleh didefinisikan sebagai
kajian tubuh manusia dalam keadaan
normal. Kajian ini berkait rapat dengan
pengetahuan tentang semua makhluk hidup
yang terangkum dalam kajian biologi. Bidang
ini juga berkait rapat dengan kajian tindakan
fizikal dan pergerakan yang berlaku dalam
badan.
Jenis Anatomi & Pengenalan
Anatomi regional ialah kedudukan geografi
bahagian tubuh dan setiap region atau
daerah.
Contohnya kaki, dada, kepala dan lain-lain
anggota yang terdiri daripada struktur atau
susunan umum yang terdapat pada semua
bahagian tubuh badan.
Jenis Anatomi & Pengenalan
Anatomi fungsi pula
adalah kajian tentang
kedudukan dan hubungan
antara satu bahagian
tubuh dengan yang lain.
Ia juga menerangkan
tentang kegunaan setiap
struktur dan sistem
tisunya.
Jenis Anatomi & Pengenalan
Anatomi
makroskopik
adalah penglihatan
struktur-struktur
tertentu dengan
hanya
menggunakan
mata kasar.
Antara istilah – istilah anatomi
adalah berdasarkan:-
i. Satah
• Satah sagital
• Satah median (Midsagital)
• Satah koronal (frontal)
• Satah transvers
• Satah oblik
Istilah – Istilah dalam Anatomi
ii. Istilah Kedudukan
• Anterior (Ventral atau hadapan)
• Posterior (Dorsal atau belakang)
• Superior (Kranium atau atas)
• Interior (Kaudal atau bawah)
• Medial
• Lateral
Istilah – Istilah dalam Anatomi
iii. Istilah Perbandingan
a. Proksimal
b. Distal
c. Sempadan praaksial
d. Sempadan posaksial
e. Ipsilateral
f. Kontralateral
Istilah – Istilah dalam Anatomi
g. Superfisial
h. Profundus
i. Interior
j. Eksterior
k. Parietal
l. Viseral
iv. Istilah Pergerakan
 Fleksi
 Ekstensi
 Abduksi
 Adduksi
 Rotasi
 Sirkumduksi
Istilah – Istilah dalam Anatomi
Ilustrasi Pergerakan dalam Anatomi
Ilustrasi Pergerakan dalam Anatomi
Ilustrasi Pergerakan dalam Anatomi
Ilustrasi Pergerakan dalam Anatomi
PRONASI
INVERSI
EVERSI
SUPINASI
Ilustrasi Pergerakan dalam Anatomi
Homeostasis
Homeostasis adalah satu tindakan yang dilakukan oleh
organisma untuk mengekalkan kestabilan persekitaran dalaman
melalui pengawalan suhu badan, peredaran oksigen dan kandungan
garam (potasium, sodium dan klorida) di dalam sel badan.
Homeostasis dicapai melalui satu mekanisme yang dikenali
sebagai pengawalan tindak balas negatif. Apabila keadaan tidak stabil
dalam badan dikesan, maklumat ini akan dihantar kepada regulator
fisiologikal. Seterusnya, regulator fisiologikal akan menyebabkan
perubahan kepada fungsi badan bagi menentang atau mengatasi
keadaan tidak stabil tersebut.
Misalnya, apabila kita bersenam, otot akan bekerja keras dan
menyebabkan bahagian otot tertentu mengalami kekurangan oksigen.
Kesannya, ketegangan akan wujud dan mengakibatkan tindak balas
negatif berlaku, misalnya kadar denyutan nadi dan kadar pernafasan
akan meningkat. Perubahan ini akan menyebabkan oksigen dihantar
ke bahagian otot yang memerlukan oksigen dan seterusnya
menghapuskan ketegangan yang wujud.
Ganguan Homeostasis
Gangguan homeostasis berlaku apabila permintaan
terhadap sistem tubuh badan melebihi keupayaan sel tubuh
badan untuk bertindak balas bagi mengekalkan keadaan asal.
Namun, sistem tubuh badan akan bertindak untuk mewujudkan
keadaan yang stabil (homeostasis).
Contohnya, suhu badan meningkat semasa seseorang
bersenam selama 60 minit, tetapi gangguan (peningkatan suhu
badan) tersebut dapat diatasi selepas 40 minit, iaitu suhu badan
dikekalkan tanpa peningkatan (Power & Howley, 2001). Rajah
1.11 menunjukkan proses gangguan homeostasis.
6.2 – SEL, TISU DAN
MEMBRAN
SAINS SUKAN TINGKATAN 6
( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
Objektif Pembelajaran
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Mengenal pasti struktur sel;
b) Memerihalkan fungsi asas sel seperti
menyambung bahagian badan, menggerakkan
organ dan bahagian badan, menyimpan nutrien,
melawan penyakit, mengumpul dan menghantar
maklumat, dan pembiakan;
c) Memerihalkan jenis, fungsi, dan lokasi tisu seperti
tisu epitelial, tisu penghubung, tisu saraf, dan tisu
otot;
d) Memerihalkan fungsi asas membran.
Sel Haiwan & Sel Tumbuhan
Fungsi Asas Sel
a) Fungsi asas sel adalah seperti berikut:-
1) Menyambung bahagian badan -
2) Menggerakkan organ dan bahagian badan
3) Menyimpan nutrient
4) Melawan penyakit
5) Mengumpul dan menghantar maklumat
6) Pembiakan.
Tisu dalam badan manusia
Ada EMPAT jenis tisu dalam tubuh badan manusia :-
Tisu Epitelium
Terdapat tiga jenis tisu epitelium:
1. Epitelium turus
Epitelium turus terdiri daripada satu lapisan sel sahaja
dan berbentuk bulat. Hasil daripada tisu ini adalah kilang-
kilang bendalir seperti kilang tiroid, kilang air liur dan kilang
mamari (susu). Ianya terdapat juga di bahagian lapisan dalam
perut, usus dan setengah dari lapisan saluran pernafasan.
Fungsi tisu ini ialah untuk menghasilkan bendalir seperti
lendir, bendalir perut, bendalir usus dan lain-lain. Selain
daripada itu, tisu ini juga berfungsi untuk menyerap zat-zat
makanan di dalam saluran penghadaman.
Tisu Epitelium
2. Epitelium turus bersilia
Ianya menyerupai epitelium turus, hanya dibezakan dengan
bulubulu halus di hujung permukaan sel-sel yang dikenali sebagai silia.
Epitelium turus bersilia boleh didapati di bahagian-bahagian
seperti saluran pernafasan (berfungsi sebagai lapisan) dan rongga
hidung. Silia akan sentiasa bergerak seperti pokok lalang yang ditiup
angin. Pergerakkan ini akan menahan debu, kuman dan sebarang
bendasing dari memasuki salur darah. Selain dari itu silia juga akan
menyapu debu yang telah masuk keluar ke arah farinks (tekak).
Tisu ini juga boleh didapati di lapisan dalam saluran fallopian
dan disalur lengkar sperma. Fungsi tisu ini di saluran fallopian adalah
untuk membantu pergerakan ovum dari ovari ke rahim, manakala di
salur lengkar sperma pula ia membantu pergerakan sperma dari
tempat penghasilannya iaitu buah zakar ke arah zakar.
Tisu Epitelium
3. Epitelium leper ( Terdapat dua jenis epitelium leper):-
i. Epitelium leper biasa
Terdiri daripada satu lapisan sahaja dan dibentuk dari sel-sel leper dan
nipis seperti sisik ikan. Tisu ini membentuk struktur lapisan salur darah,
salur limfatika, selaput paru-paru, selaput selom dan selaput jantung.
Selain daripada itu, gelembung tenggorok di dalam paru-paru juga
dibentuk daripada tisu ini.
ii. Epitelium leper berlapisan
Tisu ini berlapisan di antara satu sama lain. Lapisan atasnya berbentuk
leper manakala lapisan bawahnya pula berbentuk bulat. Terdapat
sebanyak 12 lapisan atau lebih. Fungsi tisu ini adalah sebagai
perlindungan. Ianya boleh didapati pada lapisan kulit luar (epidermis),
selaput lapisan di mulut, farinks, kerongkong, faraj dan sesetengah
bahagian salur kencing.
Jenis – jenis Tisu Epitelium
1. Epitelium Turus
2. Epitelium Turus bersilia
3. Epitelium Leper
Fungsi Utama Tisu Epitelium
1. Perlindungan – Membentuk kulit luar, lapisan
dalam mulut, farinks, faraj, pundi kencing,
selaput paru-paru dan selaput selom.
2. Penghasilan bendalir – Lapisan dalam perut
dan usus.
3. Penyerapan – Lapisan dalam usus.
4. Pergerakan – Lapisan salur udara.
Tisu Otot
Terdapat tiga jenis tisu otot:
1. Tisu otot terkawal
Terlekat pada semua rangka
tulang di mana
pergerakannya boleh
dikawal dengan kuasa otak
(kemahuan).
Ia terbina daripada sel-sel
otot (gentian otot) yang
berbentuk silinder.
1. Tisu Otot Terkawal
Tisu Otot
2. Tisu otot tidak terkawal
• Dikenali juga sebagai otot tanpa jalur atau otot licin.
• Terdapat di dalam organ seperti perut, usus, salur darah,
pundi kencing, rahim dan lain-lain.
• Gerakannya tidak dapat dikawal oleh kemahuan (gerakan
pantulan).
• Berbentuk bujur telur dan tidak panjang seperti tisu otot
terkawal.
• Dalam setiap sel terdapat satu nukleus yang terletak di
tengah tengah sel.
2. Tisu Otot Tidak Terkawal
Tisu Otot
3. Tisu otot jantung
Terdiri daripada jenis otot luar kawal.
Terdapat hanya di jantung sahaja.
Mempunyai gentian yang bercabang dan
sarkoplasmanya menunjukkan jalur-jalur yang tidak
begitu nyata.
Mempunyai kuasa penguncupan berirama, berlaku
secara automatik, tanpa pengaliran utusan sarafnya.
3. Tisu Otot Jantung
Ciri – ciri Utama Tisu Otot
1. Penguncupan – Berlaku apabila tisu otot menjadi tebal
dan pendek.
2. Berelastik – Tisu otot berupaya diregangkan dan kembali
ke saiz asalnya.
3. Lesu – Tisu otot menjadi lesu setelah melakukan
penguncupan beberapa kali, ia perlu berehat seketika
sehingga bekalan oksigen dan glukos yang baru di bawa
oleh aliran darah kepadanya. Kemudian tisu otot boleh
menguncup semula.
4. Kesegaran otot – Tisu otot akan sentiasa berada dalam
keadaan separuh kuncup dalam keadaan rehat. Ini
membolehkannya menguncup dengan segera tanpa
membuang masa.
Tisu Saraf
Tisu saraf terbentuk oleh neuron. Neuron terdiri
daripada:
i. Badan sel; dan
ii. Fiber (gentian) terbahagi kepada dua iaitu dendrit dan
akson.
Sel saraf tidak boleh membiak seperti sel tubuh yang lain.
Jika sel tersebut rosak atau musnah, ia tidak dapat diperbaiki.
Walau bagaimanapun, jika ia rosak atau separuh musnah, sel
tersebut masih boleh dipulihkan.
Pada otak dan saraf tunjang, sel saraf berbentuk jirim kelabu,
manakala gentian saraf pula berbentuk jirim putih.
Tisu Saraf
Fungsi utama Neuron:
(i) Gerak balas terhadap
rangsangan (penggalak); dan
(ii) Pengaliran rangsang saraf
melalui fiber-fiber neuron kepada
struktur – struktur lain.
Sel neuroglia juga adalah jenis
tisu saraf. Berfungsi sebagai tisu
pengikat kepada sistem saraf
dan melindungi sel-sel neuron
daripada serangan bakteria.
Tisu Saraf @ Tisu Neuron
Tisu Pengikat
Terdapat 7 jenis tisu pengikat. Antara jenis tisu
pengikat adalah :-
a) Tisu Berfiber ( Fiber Elastik & Tidak Elastik )
b) Tisu Areolar
c) Tisu Adipos
d) Tisu Limfatika
e) Tisu Rawan
f) Tisu Tulang
g) Tisu Darah
Tisu Berfiber
Fiber elastik
Fiber ini boleh diregangkan.
Fiber ini boleh didapati pada
dinding salur darah
terutamanya pada salur nadi,
cabang tenggorok dan
gelembung tenggorok.
Fiber tak elastik
Terdapat pada tendon,
ligamen, dura mater yang
melitupi otak, fascia otot dan
penutup berfiber yang
melitupi pelbagai organ.
Tisu Areolar
Terdiri daripada fiber elastik
dan fiber tak elastik. Terdapat
banyak ruang halus pada tisu
ini. Tisu ini terdapat pada
seluruh tubuh badan
terutamanya di bawah kulit
tubuh, di sekeliling salur arah
dan urat saraf dan juga pada
semua selaput lendir
(mukosa).
Tendon – tisu penghubung
yang menghubungkan otot
dengan tulang dalam tubuh
manusia.
Ligamen – tisu penghubung
yang menghubungkan tulang
dengan tulang yang lain.
Tendon dan Ligamen
Tisu Adipos
Hampir serupa dengan tisu
areolar cuma tisu ini
dipenuhi oleh sel-sel lemak.
Tisu adipos ini terletak di
bawah kulit tubuh,
mengelilingi jantung dan
buah pinggang.
Fungsi tisu ini adalah
sebagai penyangga,
perlindungan, penebatan
dan juga sebagai stor
penyimpanan bahan
makanan kepada tubuh.
Tisu Limfatika
Terdiri daripada tisu fiber dan
tisu areolar. Di dalam tisu ini
terdapat berjuta-juta sel
limfatika.
Fungsi utamanya adalah untuk
menghasilkan sel limfatika, sel
plasma darah dan monosit
(sejenis sel darah putih).
Tisu ini juga memainkan
peranan penting dalam
serangan bakteria dalam tubuh.
Organ tubuh seperti kura, tonsil,
kilang limfatika dan tompok
Peyer pada usus kecil dibentuk
oleh tisu limfatika.
Tisu Tulang
Merupakan tisu perantara
yang paling kuat dalam
tubuh manusia.
Tisu tulang terbina daripada
bahan organan dan bahan
bukan organan.
Tisu Darah
Terdiri daripada sel darah dan
plasma yang mengandungi
bahan terlarut. Sel darah
menyumbang 45% daripada
isi padu darah, manakala
plasma pula menyumbangkan
55%.
Tisu Rawan / Cartilage Tissue
Tisu ini sangat liat dan kuat. Hampir kesemua tulang berasal dari rawan
dan kemudian diganti oleh tisu tulang.
Terdapat tiga jenis tisu rawan iaitu:
a) Rawan-fiber
Rawan ini membentuk piring rawan yang terletak di antara satu tulang ruas
belakang dengan yang lain. Selain itu, ia juga membentuk rawan separuh
bulat di sendi lutut dan sendi tulang ari-ari (simfisisis pubis).
b) Rawan elastik
Fiber-fiber elastik yang terdapat pada rawan ini membentuk rawan pinna
(cuping telinga) dan di tudung tenggorok.
c) Rawan hialin
Rupa bentuk rawan ini licin dan berkilat seperti kaca. Ianya melitupi hujung
tulang sendi. Selain itu, ia juga membentuk dinding rawan salur nafas dan
rawan rusuk.
Membran Sel ( Selaput sel )
a) Terdiri dari 2 lapisan fosfolipid iaitu kolestrol dan berbagai
protien terbenam.
b) Fosfolipid dan kolestrol merupakan asas struktur
membran.
c) Protien mempunyai tugas-tugas khusus.
d) Bahagian-bahagian dalaman mempunyai sistem
perhubungan antara satu sama lain melalui sistem
membran sel.
e) Tugas utamanya ialah membentuk sempadan luar sel.
Merupakan struktur yang kompleks. Tugasnya ialah
memisahkan sitoplasma daripada bahagian luar sel.
f) Ia juga membekalkan sistem pengangkutan supaya
bahan-bahan lain dapat masuk ke dalam sitoplasma.
Membran Sel ( Selaput sel )
6.3 – KULIT
( SISTEM INTEGUMENTARI )
SAINS SUKAN TINGKATAN 6
( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
Objektif Pembelajaran
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Mengenal pasti struktur kulit seperti
epidermis dan dermis;
b) Memerihalkan fungsi kulit;
c) Memerihalkan fungsi asas serta lokasi
kelenjar ekrin dan kelenjar apokrin.
Kulit Tubuh Manusia
Ia juga dikenali sebagai kutis. Salah satu fungsi
tubuh adalah sebagai pembuangan. Peluh adalah
bahan kumuh yang dikeluarkan oleh kulit.
Kulit mempunyai dua lapisan iaitu epidermis dan
dermis.
Epidermis Kulit
Epidermis adalah kulit luar. Ianya terdiri daripada tisu epitelium
yang terbahagi kepada dua lapisan:
a) Lapisan bersisik (Lapisan Horny)
Lapisan paling luar. Sel-sel di bahagian ini leper dan tertekan.
Kebanyakan sel-sel ini telah mati dan digantikan oleh sel baru dari
janasel.
b) Lapisan janasel
Sel di sini berbentuk bulat dan mempunyai nukleus. Sel di sini
sentiasa membiak, membentuk sel baru untuk menggantikan sel
yang terdapat pada lapisan bersisik. Ketebalan epidermis berbeza
mengikut bahagian tubuh. Tapak kaki merupakan kulit yang paling
tebal. Warna kulit manusia pula ditentukan oleh kandungan
melanin dalam pigmen.
Lapisan Dermis Kulit
Dermis adalah kulit dalam. Mempunyai ketebalan kira-kira 0.25 ke 2.5mm.
Ketebalan dermis juga berbeza mengikut kawasan tubuh, di mana ia sangat
tebal di tapak tangan dan kaki, manakala sangat nipis di kelopak mata,
penis dan skrotum.
Antara struktur yang terdapat pada dermis adalah kelenjar peluh.
Saiz kilang peluh adalah lebih besar di tapak tangan, tapak kaki, dahi dan
ketiak berbanding di kawasan lain.
Salur kilang peluh naik ke atas dan menembusi kulit di mana ia disebut
sebagai liang roma atau liang peluh. Peluh sentiasa terhasil, namun ia akan
menyejat dengan cepat pada masa rehat dan peluh menjadi tidak begitu
nyata.
Manakala, apabila peluh terhasil dengan banyak, seperti semasa
melakukan aktiviti, penyejatan akan terganggu dan peluh menjadi nyata
dan disebut sebagai perpeluhan nyata.
Kalenjar Peluh
Terdapat dua kelenjar peluh iaitu:
a) Kelenjar peluh ekrin (Merokrin)
Jumlah kelenjar peluh ekrin adalah banyak. Ia boleh didapati di
seluruh kulit terutamanya di tapak tangan dan tapak kaki. Ia
berfungsi sepanjang hidup dan menghasilkan rembesan yang lebih
berair.
b) Kelenjar peluh apokrin
Kelenjar apokrin terletak di ketiak, bahagian pubik dan kawasan
berpigmen buah dada (areola). Apabila manusia mencapai akil
baligh, maka kelenjar ini akan berfungsi dengan mengeluarkan
rembesan yang tidak berbau. Namun, rembesan akan terurai oleh
mikrob permukaan kulit dan mengeluarkan bau yang kurang
menyenangkan.
6.4 – SISTEM RANGKA
SAINS SUKAN TINGKATAN 6
( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
Objektif Pembelajaran
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Mengenal pasti komponen sistem rangka;
b) Memerihalkan fungsi sistem rangka;
c) Mengklasifikasikan tulang mengikut bentuk;
d) Menyatakan keperluan asas untuk pertumbuhan
dan kesihatan tulang;
e) Menjalankan aktiviti menentukan lokasi tulang;
f) Menjalankan aktiviti membezakan jenis sendi
berdasarkan fungsi dan struktur;
g) Menjalankan aktiviti membezakan jenis sendi
sinovial berdasarkan pergerakannya.
Pengenalan Sistem Rangka
Sistem rangka adalah amat penting bagi tubuh
manusia. Ia dibentuk oleh sel rawan dan sel tulang. Ia
merupakan rangkaian tulang yang berfungsi untuk
menyokong dan melindungi beberapa organ yang
lembut pada tubuh terutamanya yang terdapat pada
tengkorak dan pelvis.
Selain itu, sistem rangka juga bertugas sebagai alat
tuas pada pergerakan. Ia juga menyediakan
permukaan untuk penyambung otot-otot rangka. Pada
sesetengah tempat, rangka dilengkapi dengan tulang
rawan.
Fungsi Sistem Rangka
Terdapat beberapa fungsi yang dilakukan oleh sistem rangka.
Antara fungsi – fungsi itu adalah:
a) Perlindungan
Tulang adalah struktur yang keras dan padat. Oleh kerana itulah ia
sangat sesuai dijadikan perlindungan bagi tubuh manusia yang
terdiri daripada tisu dan organ-organ penting. Contohnya, tulang
tengkorak adalah satu perlindungan yang terbaik kepada otak
manusia. Begitu juga dengan tulang rusuk yang melindungi jantung
dan paru-paru dan lain-lain organ di bahagian toraks.
b) Penyokong
Tulang merupakan sokongan pada tubuh badan. Ia boleh
menampung berat badan seseorang. Namun begitu, terdapat
beberapa bahagian tulang yang mempunyai ligamen untuk
menetapkan kedudukannya.
Fungsi Sistem Rangka
Terdapat beberapa fungsi yang dilakukan oleh sistem rangka.
Antara fungsi – fungsi itu adalah:
c) Stor Penyimpanan
Peranan lain yang dilakukan oleh sistem rangka adalah sebagai stor
penyimpanan. Tulang berfungsi sebagai tempat menyimpan
beberapa mineral seperti kalsium, fosforus dan juga sedikit lemak.
d) Pergerakan
Kita dapat bergerak dengan adanya otot dan tulang. Otot
bersambung ke tulang melalui tendon dan beberapa sambungan
membolehkan pergerakan dilakukan.
e) Penghasilan Sel Darah
Sumsum merah yang terdapat pada beberapa tulang berkebolehan
menghasilkan sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Proses
ini dikenali sebagai hematopoiesis atau hemopoiesis.
Struktur Tulang
Struktur tulang boleh dilihat daripada dua aspek seperti berikut.
a) Struktur Tulang (Pandangan mata kasar)
Terdapat beberapa bahagian pada tulang. Bahagian-bahagian tersebut adalah:
i. Tulang keras;
ii. Tulang lempung;
iii. Sumsum; dan
iv. Selaput periosteum yang melitupi tulang keras.
b) Struktur tulang (Pandangan melalui mikroskop)
Tulang keras adalah terbina daripada unit-unit yang dinamakan sebagai sistem
Havers. Salur Havers terdapat pada setiap salur halus yang terdapat pada unit-unit
ini. Salur-salur Havers ini melintasi sepanjang tulang keras sejajar dengan
permukaannya. Di sekeliling salur Havers ini pula, terdapat lingkaran papan-papan
tulang atau lamellae yang tersusun di antara satu sama lain. Terdapat ruang-ruang
halus di antara lingkaran papan-papan ini yang dinamakan sebagai lakuna di mana
sel-sel tulang boleh didapati. Ruang-ruang halus ini pula bersambung di antara satu
sama lain melalui salur halus.
Zat-zat makanan disalurkan kepada tulang melalui saluran darah dan limfatika yang
terdapat di dalam salur Havers.
Struktur Tulang ( Pandangan Melalui Mikroskop )
Klasifikasi Tulang
Tulang – tulang pada sistem
rangka diklasifikasikan
mengikut bentuk dan
pembentukannya. Terdapat
enam jenis tulang iaitu:
a) Tulang Panjang
b) Tulang Pendek
c) Tulang Pipih
d) Tulang Tidak Teratur
e) Tulang Pneumatik
f) Tulang Sesamoid
1. Tulang Panjang
a)Panjangnya melebihi kelebaran
atau ketebalannya;
b)Mempunyai dua hujung
(epifisis) dan badan atau syaf
(diafisis);
c)Badan atau syaf dibentuk oleh
tulang padat dan dilapisi tulang
spongiosa dan terdapat rongga
di tengahnya. Di dalam rongga
ini terdapat sumsum;
d)Bahagian hujungnya lebih
besar daripada bahagian syaf;
2. Tulang Pendek
a) Mempunyai dimensi yang
lebih kurang sama;
b) Komponen tulang pendek
adalah tulang spongiosa,
sumsum dan diliputi oleh
lapisan tulang padat yang
nipis;
c) Berkembang daripada tisu
rawan; dan
d) Contoh bagi tulang pendek
ialah tulang karpus tangan
dan tulang karsus kaki.
3. Tulang Pipih
a) Terdiri daripada dua lapisan
tulang padat iaitu tulang
spongiosa dan sumsum;
b) Berkembang daripada tisu
mesenkima; dan
c) Contoh tulang pipih adalah
sternum, skapula dan
kebanyakan tulang
tengkorak.;
4. Tulang Tidak Teratur (Tidak Simetri)
a)Bentuk tulang ini tidak teratur atau
campuran;
b)Dibentuk oleh tulang spongiosa dan
sumsum serta diliputi lapisan nipis
tulang padat;
c) Sebahagian daripada tulang ini amat
nipis dan terdiri keseluruhannya
daripada tulang padat;
d)Berkembang daripada rawan; dan
e)Contoh tulang tidak teratur adalah
tulang vertebra, tulang pinggul dan
beberapa tulang tengkorak yang
mempunyai bentuk tidak teratur
seperti sfenoid dan maksila.
5. Tulang Pneumatik
a) Dibentuk oleh tulang
spongiosa dan dilitupi oleh
tulang padat;
b) Terdapat kaviti berongga
atau sel-sel udara pada
tulang spongiosa;
c) Ringan kerana terdapat
udara dalam kavitinya; dan
d) Contoh bagi tulang
pneumatik termasuklah
tulang frontal, etmoid dan
temporal.
6. Tulang Sesamoid
a) Sesamoid membawa
maksud biji;
b) Tulang sesamoid terbentuk
dalam beberapa tendon; dan
c) Contoh tulang sesamoid
adalah tulang patela di
hadapan lutut yang terletak
dalam tendon kuadriseps
femoris.
Keperluan dan Kesihatan Tulang
Tulang adalah tisu hidup yang bertindak pada senaman dan pemakanan
untuk menjadi lebih kuat. Anda tahu yang otot anda akan menjadi lebih
besar dan kuat apabila anda sering menggunakannya .
Begitu juga dengan tulang. Tulang anda akan menjadi lebih kuat dan
lebih padat apabila anda membuat ia bekerja dan membekalkan nutrien
tulang yang betul.
Bagi tulang, “bekerja” bermakna mengendali impak, berat badan anda
atau lebih banyak rintangan. Terdapat dua jenis senaman yang penting
untuk membina dan mengekalkan ketumpatan tulang.
Senaman-senaman itu adalah senaman menanggung berat dan
senaman menanggung berat impak tinggi atau rendah.
a) Senaman Menanggung Berat – impak tinggi
Contohnya – berlari, mendaki, menari, tenis dan bola sepak.
b) Senaman Menanggung Berat – impak rendah
Contohnya – berjalan, aerobik (rendah), berkayuh dan senaman ringan.
Keperluan dan Kesihatan Tulang
Kita semua ketahui bahawa Kalsium dan Vitamin D sangat penting untuk
pembinaan tulang yang kuat. Tetapi kebanyakan orang tidak ketahui
bahawa kita kehilangan kalsium setiap hari apabila kita berpeluh atau pergi
ke tandas. Bagaimanapun, badan kita tidak dapat menghasilkan kalsium.
Oleh itu, adalah penting bagi kita membekalkan nutrisi kepada tulang kita.
Antara sumber baik kalsium adalah makanan berkalsium tinggi seperti susu
dan hasil tenusu, beberapa jenis sayur-sayuran hijau, dan ikan.
Hasil tenusu –Susu Rendah Lemak yang berkalsium tinggi seperti Anlene,
yogurt dan keju adalah pilihan yang baik. Sekiranya anda suka jenis
makanan ini, ia merupakan cara yang mudah untuk anda memperolehi
kalsium yang mencukupi . Adalah penting anda mendapatkan kalsium yang
secukupnya daripada makanan yang anda makan. Apabila makanan anda
tidak mengandungi kalsium yang secukupnya untuk keperluan badan anda,
kalsium akan diambil dari tulang anda.
Keperluan dan Kesihatan Tulang
Ikan - Sardin dan salmon (dengan tulang) dalam tin merupakan cara baik untuk
mendapatkan kalsium. Anda juga boleh mendapat kalsium dengan memakan udang
dalam tin. Ikan berlemak seperti salmon, kembung , tuna dan sardin, ini adalah antara
cara-cara lain untuk mendapatkan Vitamin D.
Buah-buahan dan sayur-sayuran - Beberapa kajian telah mengaitkan pengambilan
buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak dengan kesihatan tulang yang lebih
baik. Sebab buah-buahan dan sayur-sayuran menggalakkan tulang yang sihat masih
belum jelas. Sesetengah saintis percaya buah-buahan dan sayur-sayuran
mengandungi nutrien tertentu yang penting untuk tulang.
Kurangkan pengambilan minuman beralkohol dan minuman mengandungi
kafein - Minum minuman beralkohol dengan terlalu banyak boleh mengakibatkan
kehilangan jisim tulang. Mereka yang minum terlalu banyak alkohol tidak mendapat
kalsium secukupnya dan ia mungkin juga akan mengurangkan bekalan kalsium
badannya. Kopi dan teh mengandungi kafein. Kafein juga akan mengurangkan sedikit
penyerapan kalsium. Jadi dengan minum lebih daripada tiga cawan kopi setiap hari
boleh membahayakan kesihatan tulang. Sekiranya anda gemar minum kopi dan teh,
anda boleh membantu dengan mengganti semula sebarang kehilangan kalsium
dengan mendapatkan kalsium secukupnya sebagai memenuhi keperluan badan anda.
Lokasi Tulang dalam tubuh
Lokasi Tulang dalam tubuh
Lokasi Tulang dalam tubuh
Lokasi Tulang dalam tubuh
Lokasi Tulang dalam tubuh
Lokasi Tulang dalam tubuh
Lokasi Tulang dalam tubuh
Lokasi Tulang dalam tubuh
Lokasi Tulang dalam tubuh
Sendi (Definisi & Konsep)
Seperti yang diketahui umum, tulang adalah struktur yang
begitu keras dan tidak boleh membengkok. Namun begitu, tulang
adalah berasingan di antara satu sama lain dan terikat di
antaranya dengan sendi melalui tisu perantara yang mudah
lentur (fleksibel).
Sendi bertanggungjawab terhadap semua pergerakan dan
perubahan kedudukan tubuh. Boleh dikatakan di sini bahawa
sendi adalah titik pertemuan antara tulang-tulang atau antara
rawan dengan tulang.
Dua fungsi asas sendi:
a) membenarkan pergerakan (mobiliti)
b) menyatukan tulang-tulang
Sendi (Definisi & Konsep)
Fungsi utama Sendi
Fungsi sendi yang utama adalah untuk membuat pergerakan. Pergerakan
pada sendi boleh dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu:
a) Gerakan Meluncur
Merupakan pergerakan geseran di antara dua permukaan pipih. Contohnya
adalah pergerakan antara tulang-tulang karpal dan tarsal.
b) Gerakan Bersudut
Adalah diterangkan sesuai dengan arah pergerakan berlaku seperti fleksi,
lenturan dan pelipatan.
c) Gerakan Putaran
Menerangkan tentang satu tulang yang bergerak mengitari tulang lain atau di
dalam tulang lain. Contohnya seperti putaran radius mengelilingi ulna. Antara
gerakan-gerakan lain yang berlaku adalah sirkumduksi iaitu kombinasi
gerakan putaran dan bersudut. Gerakan ini selalunya melibatkan putaran
dalam lingkaran. Contohnya pergerakan sirkumduksi adalah gerakan
membawa lengan ke depan, ke atas, ke belakang dan ke bawah
3 jenis sendi dan strukturnya…
(a) Sendi Berfiber
(Sinartrosis)
(b) Sendi Rawan (c) Sendi Sinovial
(a) Sendi Berfiber (Sinartrosis)
Sendi ini mempunyai tisu berfiber yang menghubungkan permukaan artikular
tulang. Tulang-tulang pada sendi ini terikat rapat antara satu sama lain dan
ianya tidak mempunyai kaviti di dalamnya. Oleh kerana tulang terikat amat
rapat di antara satu sama lain, maka pergerakan pada sendi ini amat sedikit
atau tiada sama sekali.
Sendi berfiber ini pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
a) Sendi sutur
Menghubungkan permukaan artikular tulang melalui lapisan nipis tisu berfiber.
Amat ketat dan tiada pergerakan pada sendi sutur. Sendi ini bercantum dan
menjadi tulang apabila dewasa. Contoh, perhubungan antara tulang leper
pada tengkorak.
b) Sendi sindesmosis
Menghubungkan permukaan artikular tulang dengan tisu berfiber yang agak
banyak. Boleh digerakkan dan tidak menjadi tulang apabila dewasa. Contoh,
sendi antara hujung bawah tibia dan fibula.
(a) Sendi Berfiber (Sinartrosis)
(b) Sendi Rawan
Sendi rawan adalah di mana tisu rawan menjadi penghubung sendi bagi
permukaan artikular tulang. Sendi ini juga mempunyai pergerakan yang sedikit
atau tiada sama sekali.
Sendi rawan terbahagi kepada dua:
a) Sendi rawan primer (Sinkondrosis)
Juga dikenali sebagai sendi rawan hialin kerana tulang dihubungkan melalui
rawan hialin. Sendi ini tidak bergerak dan menjadi tulang apabila dewasa.
Contoh, plat episifis pada tulang yang baru tumbuh.
b) Sendi rawan sekunder (Simfisis)
Permukaan artikular tulang diselaputi rawan hialan di mana rawan hialin
dihubungkan dengan tisu berfiber. Dikenali juga sebagai sendi rawan berfiber.
Sendi ini boleh bergerak kerana tisu berfiber yang mencantumkan tulang –
tulang di dalam sendi ini agak tebal. Contoh, sendi di antara badan vertebra.
(b) Sendi Rawan
(c) Sendi Sinovial
Sendi sinovial adalah sendi yang paling banyak berfungsi pada tubuh
badan. Sendi ini membolehkan pergerakan bebas berlaku antara
tulang – tulang yang terdapat di dalamnya. Terdapat pelbagai jenis
sendi sinovial dan mereka mempunyai ciri-ciri yang serupa. Ciri-ciri
tersebut adalah:
a) Rawan artikular atau hialin
Bahagian tulang yang bersentuhan diliputi oleh rawan hialin. Ini
membolehkan sendi dan tulang ini menampung berat tubuh seseorang.
b) Ligamen kapsul
Sendi sinovial dikelilingi dan diselaputi oleh sarung tisu berfiber yang
berfungsi memegang tulang. Keadaan tisu berfiber ini sangat longgar,
maka pergerakan bebas pada sendi ini boleh dilakukan. Ia juga
berfungsi melindungi sendi daripada mengalami kecederaan. Ligamen
kapsul ini biasanya melekat di sepanjang batas permukaan artikular.
(c) Sendi Sinovial
c) Kaviti sendi
Terletak di antara permukaan artikular tulang, khususnya di dalam
kapsul.
d) Membran sinovial
Merupakan lapisan epitelium skuamus ringkas yang menutupi
permukaan dalam kapsul termasuk permukaan tulang di dalam sendi
yang tidak diselaputi rawan hialin. Bendalir sinovial dirembeskan oleh
sendi sinovial. Tujuannya untuk membolehkan sendi sentiasa basah
dan membekalkan nutrien kepada rawan artikular. Setiap sendi
mempunyai kandungan bendalir sinovial yang berbeza. Tujuan utama
bendalir sinovial adalah untuk melicinkan pergerakan sendi.
Jenis Sendi Sinovial
Terdapat enam jenis sendi Sinovial :-
1) Sendi satah / sendi melongsor
2) Sendi engsel
3) Sendi pangsi / sendi putar
4) Sendi elipsoid
5) Sendi pelana
6) Sendi lesung / sendi soket
Sendi Satah /
Sendi Melongsor
Tidak mempunyai paksi,
maka dua permukaan datar
tulang saling melongsor di
antara satu sama lain.
Tidak boleh melakukan
pergerakan fleksi, ekstensi,
abduksi, aduksi atau
putaran.
Contoh, sendi karpus dan
tarsus.
Sendi Engsel
Mempunyai hanya satu paksi
transvers.
Pergerakan terbatas kepada
satu satah sahaja.
Pergerakan ini menyerupai
pergerakan pada engsel
pintu iaitu tutup (fleksi) dan
buka (ekstensi).
Contoh, sendi siku.
Sendi Satah /
Sendi Melongsor
Sendi Engsel
Sendi Pangsi /
Sendi Putar
Mempunyai satu paksi yang
membolehkan pergerakan
putaran tulang.
Contoh, putaran kepala
radius pada sendi radioulna
proksimal.
Sendi Elipsoid
Mempunyai dua paksi, iaitu
paksi transvers dan paksi
yang merentasi sendi
sepanjang anterior posterior.
Sendi ini boleh bergerak
dalam dua arah iaitu ke
belakang dan ke depan,
fleksi dan ekstensi pada
paksi transvers dan aduksi
dan abduksi pada paksi
anterior posterior.
Contoh, pergelangan tangan.
Sendi Pangsi /
Sendi Putar
Sendi Elipsoid
Sendi Pelana
Permukaan artikular kedua-
dua tulang berbentuk pelana.
Permukaan satu tulang
berbentuk cembung dan satu
lagi berbentuk cekung.
Merupakan sendi elipsoid
yang terubah suai dan boleh
bergerak dengan lebih
bebas.
Contoh, metakarpus ibu jari.
Sendi Lesung /
Sendi Soket
Permukaan artikular tulang
berbentuk bulat dan boleh
dimasukkan ke dalam soket
tulang lain yang berbentuk
seperti cawan.
Sendi ini boleh bergerak
dalam tiga satah: pergerakan
fleksi dan ekstensi; abduksi
dan aduksi; dan putaran dan
sirkumduksi.
Contoh, sendi bahu.
Sendi Lesung /
Sendi Soket
Sendi Pelana
Sendi dalam tubuh manusia
AMALI 6 – ANATOMI DAN
FISIOLOGI ( SISTEM RANGKA )
• Bilangan Waktu Amali = 3 Waktu
• Hari Jumaat
– 8.10 am – 9.55 am ( 105 minit )
a) Mengenalpasti tulang dan klasifikasi
tulang.
b) Mengenalpasti sendi dan lokasi sendi
tersebut.
c) Melaksanakan simulasi pergerakkan
dan menerangkan secara terperinci
pergerakkan tersebut.

More Related Content

What's hot

Sistem Kardiovaskular Jantung - 5.1 Keluaran Jantung
Sistem Kardiovaskular Jantung - 5.1 Keluaran JantungSistem Kardiovaskular Jantung - 5.1 Keluaran Jantung
Sistem Kardiovaskular Jantung - 5.1 Keluaran Jantung
kakapalapes
 
Anatomi dan fisiologi (sains sukan) unit berstruktur
Anatomi dan fisiologi (sains sukan) unit berstrukturAnatomi dan fisiologi (sains sukan) unit berstruktur
Anatomi dan fisiologi (sains sukan) unit berstruktur
Riina Richardson
 
Bab 3 penilaian kecerderaan sukan
Bab 3  penilaian kecerderaan sukanBab 3  penilaian kecerderaan sukan
Bab 3 penilaian kecerderaan sukan
khairul azlan taib
 
Daya tahan kardiovaskular
Daya tahan kardiovaskularDaya tahan kardiovaskular
Daya tahan kardiovaskular
Iris Ma
 
Skema soalan sains sukan p2 2019
Skema soalan sains sukan p2 2019Skema soalan sains sukan p2 2019
Skema soalan sains sukan p2 2019
Shahrul Ikhwan
 
1 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-4
1 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-41 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-4
1 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-4
Mohamad Ihtifazuddin
 
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukanPSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
Amin Upsi
 
Sistem integumentari(kulit)
Sistem integumentari(kulit)Sistem integumentari(kulit)
Sistem integumentari(kulit)
enab dan kesum
 
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Presley Marcel
 

What's hot (20)

Sistem Kardiovaskular Jantung - 5.1 Keluaran Jantung
Sistem Kardiovaskular Jantung - 5.1 Keluaran JantungSistem Kardiovaskular Jantung - 5.1 Keluaran Jantung
Sistem Kardiovaskular Jantung - 5.1 Keluaran Jantung
 
Anatomi dan fisiologi (sains sukan) unit berstruktur
Anatomi dan fisiologi (sains sukan) unit berstrukturAnatomi dan fisiologi (sains sukan) unit berstruktur
Anatomi dan fisiologi (sains sukan) unit berstruktur
 
Sistem Karidovaskular - MPP
Sistem Karidovaskular - MPPSistem Karidovaskular - MPP
Sistem Karidovaskular - MPP
 
Bab 3 penilaian kecerderaan sukan
Bab 3  penilaian kecerderaan sukanBab 3  penilaian kecerderaan sukan
Bab 3 penilaian kecerderaan sukan
 
sains sukan penggsal 14.5 & 4.6
sains sukan penggsal 14.5 & 4.6sains sukan penggsal 14.5 & 4.6
sains sukan penggsal 14.5 & 4.6
 
Daya tahan kardiovaskular
Daya tahan kardiovaskularDaya tahan kardiovaskular
Daya tahan kardiovaskular
 
Skema soalan sains sukan p2 2019
Skema soalan sains sukan p2 2019Skema soalan sains sukan p2 2019
Skema soalan sains sukan p2 2019
 
1 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-4
1 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-41 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-4
1 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-4
 
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukanPSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
 
Sistem integumentari(kulit)
Sistem integumentari(kulit)Sistem integumentari(kulit)
Sistem integumentari(kulit)
 
Komposisi tubuh badan
Komposisi tubuh badanKomposisi tubuh badan
Komposisi tubuh badan
 
Sains Sukan & Kejurulatihan : Sistem Otot
Sains Sukan & Kejurulatihan : Sistem OtotSains Sukan & Kejurulatihan : Sistem Otot
Sains Sukan & Kejurulatihan : Sistem Otot
 
Bab 1 Sosiologi Sukan
Bab 1   Sosiologi SukanBab 1   Sosiologi Sukan
Bab 1 Sosiologi Sukan
 
Pengenalan sosiologi sukan
Pengenalan sosiologi sukanPengenalan sosiologi sukan
Pengenalan sosiologi sukan
 
2.3 kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
2.3 kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan  2.3 kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
2.3 kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
 
Sistem rangka
Sistem rangkaSistem rangka
Sistem rangka
 
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
 
Bab 4 Pemakanan Sukan
Bab 4   Pemakanan SukanBab 4   Pemakanan Sukan
Bab 4 Pemakanan Sukan
 
Sains Sukan - MPP
Sains Sukan - MPPSains Sukan - MPP
Sains Sukan - MPP
 
5.4 motivasi
5.4 motivasi5.4 motivasi
5.4 motivasi
 

Similar to Bab 6 - Anatomi & Fisiologi (1).pdf

Anatomi & fisiologi p1 (2)
Anatomi & fisiologi p1 (2)Anatomi & fisiologi p1 (2)
Anatomi & fisiologi p1 (2)
Aeon BlackHeart
 
Folio sains sukan by leha
Folio sains sukan by lehaFolio sains sukan by leha
Folio sains sukan by leha
Miz Naleya
 
z Bab 6.1mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.pptx
z Bab 6.1mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.pptxz Bab 6.1mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.pptx
z Bab 6.1mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.pptx
samuraibiru
 
organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)
organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)
organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)
queenfalin
 
Kuliah 01 pengenalan anatomi & fisiologi
Kuliah 01   pengenalan anatomi & fisiologiKuliah 01   pengenalan anatomi & fisiologi
Kuliah 01 pengenalan anatomi & fisiologi
Khairul Aida
 
Organisasi Sel Haiwan (Siti Maizatul Fazlin)
Organisasi Sel Haiwan (Siti Maizatul Fazlin)Organisasi Sel Haiwan (Siti Maizatul Fazlin)
Organisasi Sel Haiwan (Siti Maizatul Fazlin)
queenfalin
 
Anatomy Musculoskeletal (pengenalan satah)
Anatomy Musculoskeletal (pengenalan satah)Anatomy Musculoskeletal (pengenalan satah)
Anatomy Musculoskeletal (pengenalan satah)
Jospher Joanes
 
17063143 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi
17063143 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi17063143 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi
17063143 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi
pisces2012
 
Struktur dan fungsi
Struktur dan fungsiStruktur dan fungsi
Struktur dan fungsi
Pari Mala
 
Manusia organisma kompleks bab2
Manusia organisma kompleks bab2Manusia organisma kompleks bab2
Manusia organisma kompleks bab2
Puteri Zasnim
 

Similar to Bab 6 - Anatomi & Fisiologi (1).pdf (20)

Anatomi & fisiologi p1 (2)
Anatomi & fisiologi p1 (2)Anatomi & fisiologi p1 (2)
Anatomi & fisiologi p1 (2)
 
Folio sains sukan by leha
Folio sains sukan by lehaFolio sains sukan by leha
Folio sains sukan by leha
 
z Bab 6.1mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.pptx
z Bab 6.1mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.pptxz Bab 6.1mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.pptx
z Bab 6.1mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.pptx
 
organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)
organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)
organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)
 
Phiravinraj
PhiravinrajPhiravinraj
Phiravinraj
 
Phiravinraj
PhiravinrajPhiravinraj
Phiravinraj
 
Kuliah 01 pengenalan anatomi & fisiologi
Kuliah 01   pengenalan anatomi & fisiologiKuliah 01   pengenalan anatomi & fisiologi
Kuliah 01 pengenalan anatomi & fisiologi
 
Organisasi Sel Haiwan (Siti Maizatul Fazlin)
Organisasi Sel Haiwan (Siti Maizatul Fazlin)Organisasi Sel Haiwan (Siti Maizatul Fazlin)
Organisasi Sel Haiwan (Siti Maizatul Fazlin)
 
Fungsi sel , tisu dan membran
Fungsi sel , tisu dan membranFungsi sel , tisu dan membran
Fungsi sel , tisu dan membran
 
Manusia sebagai organisma yang kompleks
Manusia sebagai organisma yang kompleks Manusia sebagai organisma yang kompleks
Manusia sebagai organisma yang kompleks
 
Manusia ialah Organisma Yang Kompleks
Manusia ialah Organisma Yang KompleksManusia ialah Organisma Yang Kompleks
Manusia ialah Organisma Yang Kompleks
 
New microsoft office power point presentation (3)
New microsoft office power point presentation (3)New microsoft office power point presentation (3)
New microsoft office power point presentation (3)
 
Anatomy Musculoskeletal (pengenalan satah)
Anatomy Musculoskeletal (pengenalan satah)Anatomy Musculoskeletal (pengenalan satah)
Anatomy Musculoskeletal (pengenalan satah)
 
Topik 2 struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)
Topik 2   struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)Topik 2   struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)
Topik 2 struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)
 
17063143 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi
17063143 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi17063143 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi
17063143 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi
 
Pengenalan kepada anatomi dan fisiologi peringkat kimia, selular dan tisu org...
Pengenalan kepada anatomi dan fisiologi peringkat kimia, selular dan tisu org...Pengenalan kepada anatomi dan fisiologi peringkat kimia, selular dan tisu org...
Pengenalan kepada anatomi dan fisiologi peringkat kimia, selular dan tisu org...
 
Topik 2 struktur dan organisasi sel
Topik 2   struktur dan organisasi selTopik 2   struktur dan organisasi sel
Topik 2 struktur dan organisasi sel
 
Sains Tingkatan 1 Bab 2
Sains Tingkatan 1 Bab 2 Sains Tingkatan 1 Bab 2
Sains Tingkatan 1 Bab 2
 
Struktur dan fungsi
Struktur dan fungsiStruktur dan fungsi
Struktur dan fungsi
 
Manusia organisma kompleks bab2
Manusia organisma kompleks bab2Manusia organisma kompleks bab2
Manusia organisma kompleks bab2
 

Recently uploaded (6)

PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxPERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 

Bab 6 - Anatomi & Fisiologi (1).pdf

  • 1. SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA ) SAINS SUKAN STPM PENGGAL 2 BAB 6 – ANATOMI & FISIOLOGI
  • 2. 6.1 – Unit Struktur BAB 6 – ANATOMI DAN FISIOLOGI 6.5 – Sistem Otot Rangka 6.3 – Kulit 6.2 – Sel, Tisu dan Membran 6.4 – Sistem Rangka
  • 3. 6.6 – Sistem Kardiovaskular BAB 6 – ANATOMI DAN FISIOLOGI 6.10 – Sistem Reproduktif 6.8 – Sistem Urinari 6.7 – Sistem Respiratori 6.9 – Sistem Endokrina
  • 4. 6.1 – UNIT STRUKTUR SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
  • 5. Objektif Pembelajaran Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :- a) Mengenal pasti aras organisasi organisma hidup; b) Memerihalkan bahagian serta kedudukan tubuh menerusi penggunaan istilah anatomi; c) Menjelaskan kepentingan homeostasis dan pengawalaturan homeostasis.
  • 6. Definisi – Anatomi & Fisiologi Anatomi Anatomi ialah kajian tentang struktur tubuh dan hubungan di antara bahagian – bahagiannya. Perkataan “anatomi” berasal daripada perkataan Greek “anatom” yang bermakna “memotong”, maka anatomi boleh dianggap sebagai kajian dengan memotong (diseksi).
  • 7. Definisi – Anatomi & Fisiologi FISIOLOGI Fisiologi pula boleh didefinisikan sebagai kajian tubuh manusia dalam keadaan normal. Kajian ini berkait rapat dengan pengetahuan tentang semua makhluk hidup yang terangkum dalam kajian biologi. Bidang ini juga berkait rapat dengan kajian tindakan fizikal dan pergerakan yang berlaku dalam badan.
  • 8.
  • 9. Jenis Anatomi & Pengenalan Anatomi regional ialah kedudukan geografi bahagian tubuh dan setiap region atau daerah. Contohnya kaki, dada, kepala dan lain-lain anggota yang terdiri daripada struktur atau susunan umum yang terdapat pada semua bahagian tubuh badan.
  • 10.
  • 11. Jenis Anatomi & Pengenalan Anatomi fungsi pula adalah kajian tentang kedudukan dan hubungan antara satu bahagian tubuh dengan yang lain. Ia juga menerangkan tentang kegunaan setiap struktur dan sistem tisunya.
  • 12. Jenis Anatomi & Pengenalan Anatomi makroskopik adalah penglihatan struktur-struktur tertentu dengan hanya menggunakan mata kasar.
  • 13. Antara istilah – istilah anatomi adalah berdasarkan:- i. Satah • Satah sagital • Satah median (Midsagital) • Satah koronal (frontal) • Satah transvers • Satah oblik Istilah – Istilah dalam Anatomi
  • 14. ii. Istilah Kedudukan • Anterior (Ventral atau hadapan) • Posterior (Dorsal atau belakang) • Superior (Kranium atau atas) • Interior (Kaudal atau bawah) • Medial • Lateral Istilah – Istilah dalam Anatomi
  • 15. iii. Istilah Perbandingan a. Proksimal b. Distal c. Sempadan praaksial d. Sempadan posaksial e. Ipsilateral f. Kontralateral Istilah – Istilah dalam Anatomi g. Superfisial h. Profundus i. Interior j. Eksterior k. Parietal l. Viseral
  • 16. iv. Istilah Pergerakan  Fleksi  Ekstensi  Abduksi  Adduksi  Rotasi  Sirkumduksi Istilah – Istilah dalam Anatomi
  • 20. Ilustrasi Pergerakan dalam Anatomi PRONASI INVERSI EVERSI SUPINASI
  • 22. Homeostasis Homeostasis adalah satu tindakan yang dilakukan oleh organisma untuk mengekalkan kestabilan persekitaran dalaman melalui pengawalan suhu badan, peredaran oksigen dan kandungan garam (potasium, sodium dan klorida) di dalam sel badan. Homeostasis dicapai melalui satu mekanisme yang dikenali sebagai pengawalan tindak balas negatif. Apabila keadaan tidak stabil dalam badan dikesan, maklumat ini akan dihantar kepada regulator fisiologikal. Seterusnya, regulator fisiologikal akan menyebabkan perubahan kepada fungsi badan bagi menentang atau mengatasi keadaan tidak stabil tersebut. Misalnya, apabila kita bersenam, otot akan bekerja keras dan menyebabkan bahagian otot tertentu mengalami kekurangan oksigen. Kesannya, ketegangan akan wujud dan mengakibatkan tindak balas negatif berlaku, misalnya kadar denyutan nadi dan kadar pernafasan akan meningkat. Perubahan ini akan menyebabkan oksigen dihantar ke bahagian otot yang memerlukan oksigen dan seterusnya menghapuskan ketegangan yang wujud.
  • 23. Ganguan Homeostasis Gangguan homeostasis berlaku apabila permintaan terhadap sistem tubuh badan melebihi keupayaan sel tubuh badan untuk bertindak balas bagi mengekalkan keadaan asal. Namun, sistem tubuh badan akan bertindak untuk mewujudkan keadaan yang stabil (homeostasis). Contohnya, suhu badan meningkat semasa seseorang bersenam selama 60 minit, tetapi gangguan (peningkatan suhu badan) tersebut dapat diatasi selepas 40 minit, iaitu suhu badan dikekalkan tanpa peningkatan (Power & Howley, 2001). Rajah 1.11 menunjukkan proses gangguan homeostasis.
  • 24.
  • 25.
  • 26. 6.2 – SEL, TISU DAN MEMBRAN SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
  • 27. Objektif Pembelajaran Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :- a) Mengenal pasti struktur sel; b) Memerihalkan fungsi asas sel seperti menyambung bahagian badan, menggerakkan organ dan bahagian badan, menyimpan nutrien, melawan penyakit, mengumpul dan menghantar maklumat, dan pembiakan; c) Memerihalkan jenis, fungsi, dan lokasi tisu seperti tisu epitelial, tisu penghubung, tisu saraf, dan tisu otot; d) Memerihalkan fungsi asas membran.
  • 28. Sel Haiwan & Sel Tumbuhan
  • 29. Fungsi Asas Sel a) Fungsi asas sel adalah seperti berikut:- 1) Menyambung bahagian badan - 2) Menggerakkan organ dan bahagian badan 3) Menyimpan nutrient 4) Melawan penyakit 5) Mengumpul dan menghantar maklumat 6) Pembiakan.
  • 30. Tisu dalam badan manusia Ada EMPAT jenis tisu dalam tubuh badan manusia :-
  • 31.
  • 32. Tisu Epitelium Terdapat tiga jenis tisu epitelium: 1. Epitelium turus Epitelium turus terdiri daripada satu lapisan sel sahaja dan berbentuk bulat. Hasil daripada tisu ini adalah kilang- kilang bendalir seperti kilang tiroid, kilang air liur dan kilang mamari (susu). Ianya terdapat juga di bahagian lapisan dalam perut, usus dan setengah dari lapisan saluran pernafasan. Fungsi tisu ini ialah untuk menghasilkan bendalir seperti lendir, bendalir perut, bendalir usus dan lain-lain. Selain daripada itu, tisu ini juga berfungsi untuk menyerap zat-zat makanan di dalam saluran penghadaman.
  • 33. Tisu Epitelium 2. Epitelium turus bersilia Ianya menyerupai epitelium turus, hanya dibezakan dengan bulubulu halus di hujung permukaan sel-sel yang dikenali sebagai silia. Epitelium turus bersilia boleh didapati di bahagian-bahagian seperti saluran pernafasan (berfungsi sebagai lapisan) dan rongga hidung. Silia akan sentiasa bergerak seperti pokok lalang yang ditiup angin. Pergerakkan ini akan menahan debu, kuman dan sebarang bendasing dari memasuki salur darah. Selain dari itu silia juga akan menyapu debu yang telah masuk keluar ke arah farinks (tekak). Tisu ini juga boleh didapati di lapisan dalam saluran fallopian dan disalur lengkar sperma. Fungsi tisu ini di saluran fallopian adalah untuk membantu pergerakan ovum dari ovari ke rahim, manakala di salur lengkar sperma pula ia membantu pergerakan sperma dari tempat penghasilannya iaitu buah zakar ke arah zakar.
  • 34. Tisu Epitelium 3. Epitelium leper ( Terdapat dua jenis epitelium leper):- i. Epitelium leper biasa Terdiri daripada satu lapisan sahaja dan dibentuk dari sel-sel leper dan nipis seperti sisik ikan. Tisu ini membentuk struktur lapisan salur darah, salur limfatika, selaput paru-paru, selaput selom dan selaput jantung. Selain daripada itu, gelembung tenggorok di dalam paru-paru juga dibentuk daripada tisu ini. ii. Epitelium leper berlapisan Tisu ini berlapisan di antara satu sama lain. Lapisan atasnya berbentuk leper manakala lapisan bawahnya pula berbentuk bulat. Terdapat sebanyak 12 lapisan atau lebih. Fungsi tisu ini adalah sebagai perlindungan. Ianya boleh didapati pada lapisan kulit luar (epidermis), selaput lapisan di mulut, farinks, kerongkong, faraj dan sesetengah bahagian salur kencing.
  • 35. Jenis – jenis Tisu Epitelium 1. Epitelium Turus 2. Epitelium Turus bersilia 3. Epitelium Leper
  • 36. Fungsi Utama Tisu Epitelium 1. Perlindungan – Membentuk kulit luar, lapisan dalam mulut, farinks, faraj, pundi kencing, selaput paru-paru dan selaput selom. 2. Penghasilan bendalir – Lapisan dalam perut dan usus. 3. Penyerapan – Lapisan dalam usus. 4. Pergerakan – Lapisan salur udara.
  • 37. Tisu Otot Terdapat tiga jenis tisu otot: 1. Tisu otot terkawal Terlekat pada semua rangka tulang di mana pergerakannya boleh dikawal dengan kuasa otak (kemahuan). Ia terbina daripada sel-sel otot (gentian otot) yang berbentuk silinder.
  • 38. 1. Tisu Otot Terkawal
  • 39. Tisu Otot 2. Tisu otot tidak terkawal • Dikenali juga sebagai otot tanpa jalur atau otot licin. • Terdapat di dalam organ seperti perut, usus, salur darah, pundi kencing, rahim dan lain-lain. • Gerakannya tidak dapat dikawal oleh kemahuan (gerakan pantulan). • Berbentuk bujur telur dan tidak panjang seperti tisu otot terkawal. • Dalam setiap sel terdapat satu nukleus yang terletak di tengah tengah sel.
  • 40. 2. Tisu Otot Tidak Terkawal
  • 41. Tisu Otot 3. Tisu otot jantung Terdiri daripada jenis otot luar kawal. Terdapat hanya di jantung sahaja. Mempunyai gentian yang bercabang dan sarkoplasmanya menunjukkan jalur-jalur yang tidak begitu nyata. Mempunyai kuasa penguncupan berirama, berlaku secara automatik, tanpa pengaliran utusan sarafnya.
  • 42. 3. Tisu Otot Jantung
  • 43. Ciri – ciri Utama Tisu Otot 1. Penguncupan – Berlaku apabila tisu otot menjadi tebal dan pendek. 2. Berelastik – Tisu otot berupaya diregangkan dan kembali ke saiz asalnya. 3. Lesu – Tisu otot menjadi lesu setelah melakukan penguncupan beberapa kali, ia perlu berehat seketika sehingga bekalan oksigen dan glukos yang baru di bawa oleh aliran darah kepadanya. Kemudian tisu otot boleh menguncup semula. 4. Kesegaran otot – Tisu otot akan sentiasa berada dalam keadaan separuh kuncup dalam keadaan rehat. Ini membolehkannya menguncup dengan segera tanpa membuang masa.
  • 44. Tisu Saraf Tisu saraf terbentuk oleh neuron. Neuron terdiri daripada: i. Badan sel; dan ii. Fiber (gentian) terbahagi kepada dua iaitu dendrit dan akson. Sel saraf tidak boleh membiak seperti sel tubuh yang lain. Jika sel tersebut rosak atau musnah, ia tidak dapat diperbaiki. Walau bagaimanapun, jika ia rosak atau separuh musnah, sel tersebut masih boleh dipulihkan. Pada otak dan saraf tunjang, sel saraf berbentuk jirim kelabu, manakala gentian saraf pula berbentuk jirim putih.
  • 45. Tisu Saraf Fungsi utama Neuron: (i) Gerak balas terhadap rangsangan (penggalak); dan (ii) Pengaliran rangsang saraf melalui fiber-fiber neuron kepada struktur – struktur lain. Sel neuroglia juga adalah jenis tisu saraf. Berfungsi sebagai tisu pengikat kepada sistem saraf dan melindungi sel-sel neuron daripada serangan bakteria.
  • 46. Tisu Saraf @ Tisu Neuron
  • 47. Tisu Pengikat Terdapat 7 jenis tisu pengikat. Antara jenis tisu pengikat adalah :- a) Tisu Berfiber ( Fiber Elastik & Tidak Elastik ) b) Tisu Areolar c) Tisu Adipos d) Tisu Limfatika e) Tisu Rawan f) Tisu Tulang g) Tisu Darah
  • 48. Tisu Berfiber Fiber elastik Fiber ini boleh diregangkan. Fiber ini boleh didapati pada dinding salur darah terutamanya pada salur nadi, cabang tenggorok dan gelembung tenggorok. Fiber tak elastik Terdapat pada tendon, ligamen, dura mater yang melitupi otak, fascia otot dan penutup berfiber yang melitupi pelbagai organ. Tisu Areolar Terdiri daripada fiber elastik dan fiber tak elastik. Terdapat banyak ruang halus pada tisu ini. Tisu ini terdapat pada seluruh tubuh badan terutamanya di bawah kulit tubuh, di sekeliling salur arah dan urat saraf dan juga pada semua selaput lendir (mukosa).
  • 49.
  • 50. Tendon – tisu penghubung yang menghubungkan otot dengan tulang dalam tubuh manusia. Ligamen – tisu penghubung yang menghubungkan tulang dengan tulang yang lain. Tendon dan Ligamen
  • 51. Tisu Adipos Hampir serupa dengan tisu areolar cuma tisu ini dipenuhi oleh sel-sel lemak. Tisu adipos ini terletak di bawah kulit tubuh, mengelilingi jantung dan buah pinggang. Fungsi tisu ini adalah sebagai penyangga, perlindungan, penebatan dan juga sebagai stor penyimpanan bahan makanan kepada tubuh. Tisu Limfatika Terdiri daripada tisu fiber dan tisu areolar. Di dalam tisu ini terdapat berjuta-juta sel limfatika. Fungsi utamanya adalah untuk menghasilkan sel limfatika, sel plasma darah dan monosit (sejenis sel darah putih). Tisu ini juga memainkan peranan penting dalam serangan bakteria dalam tubuh. Organ tubuh seperti kura, tonsil, kilang limfatika dan tompok Peyer pada usus kecil dibentuk oleh tisu limfatika.
  • 52.
  • 53. Tisu Tulang Merupakan tisu perantara yang paling kuat dalam tubuh manusia. Tisu tulang terbina daripada bahan organan dan bahan bukan organan. Tisu Darah Terdiri daripada sel darah dan plasma yang mengandungi bahan terlarut. Sel darah menyumbang 45% daripada isi padu darah, manakala plasma pula menyumbangkan 55%.
  • 54. Tisu Rawan / Cartilage Tissue Tisu ini sangat liat dan kuat. Hampir kesemua tulang berasal dari rawan dan kemudian diganti oleh tisu tulang. Terdapat tiga jenis tisu rawan iaitu: a) Rawan-fiber Rawan ini membentuk piring rawan yang terletak di antara satu tulang ruas belakang dengan yang lain. Selain itu, ia juga membentuk rawan separuh bulat di sendi lutut dan sendi tulang ari-ari (simfisisis pubis). b) Rawan elastik Fiber-fiber elastik yang terdapat pada rawan ini membentuk rawan pinna (cuping telinga) dan di tudung tenggorok. c) Rawan hialin Rupa bentuk rawan ini licin dan berkilat seperti kaca. Ianya melitupi hujung tulang sendi. Selain itu, ia juga membentuk dinding rawan salur nafas dan rawan rusuk.
  • 55.
  • 56. Membran Sel ( Selaput sel ) a) Terdiri dari 2 lapisan fosfolipid iaitu kolestrol dan berbagai protien terbenam. b) Fosfolipid dan kolestrol merupakan asas struktur membran. c) Protien mempunyai tugas-tugas khusus. d) Bahagian-bahagian dalaman mempunyai sistem perhubungan antara satu sama lain melalui sistem membran sel. e) Tugas utamanya ialah membentuk sempadan luar sel. Merupakan struktur yang kompleks. Tugasnya ialah memisahkan sitoplasma daripada bahagian luar sel. f) Ia juga membekalkan sistem pengangkutan supaya bahan-bahan lain dapat masuk ke dalam sitoplasma.
  • 57. Membran Sel ( Selaput sel )
  • 58.
  • 59. 6.3 – KULIT ( SISTEM INTEGUMENTARI ) SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
  • 60. Objektif Pembelajaran Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :- a) Mengenal pasti struktur kulit seperti epidermis dan dermis; b) Memerihalkan fungsi kulit; c) Memerihalkan fungsi asas serta lokasi kelenjar ekrin dan kelenjar apokrin.
  • 61.
  • 62. Kulit Tubuh Manusia Ia juga dikenali sebagai kutis. Salah satu fungsi tubuh adalah sebagai pembuangan. Peluh adalah bahan kumuh yang dikeluarkan oleh kulit. Kulit mempunyai dua lapisan iaitu epidermis dan dermis.
  • 63. Epidermis Kulit Epidermis adalah kulit luar. Ianya terdiri daripada tisu epitelium yang terbahagi kepada dua lapisan: a) Lapisan bersisik (Lapisan Horny) Lapisan paling luar. Sel-sel di bahagian ini leper dan tertekan. Kebanyakan sel-sel ini telah mati dan digantikan oleh sel baru dari janasel. b) Lapisan janasel Sel di sini berbentuk bulat dan mempunyai nukleus. Sel di sini sentiasa membiak, membentuk sel baru untuk menggantikan sel yang terdapat pada lapisan bersisik. Ketebalan epidermis berbeza mengikut bahagian tubuh. Tapak kaki merupakan kulit yang paling tebal. Warna kulit manusia pula ditentukan oleh kandungan melanin dalam pigmen.
  • 64.
  • 65. Lapisan Dermis Kulit Dermis adalah kulit dalam. Mempunyai ketebalan kira-kira 0.25 ke 2.5mm. Ketebalan dermis juga berbeza mengikut kawasan tubuh, di mana ia sangat tebal di tapak tangan dan kaki, manakala sangat nipis di kelopak mata, penis dan skrotum. Antara struktur yang terdapat pada dermis adalah kelenjar peluh. Saiz kilang peluh adalah lebih besar di tapak tangan, tapak kaki, dahi dan ketiak berbanding di kawasan lain. Salur kilang peluh naik ke atas dan menembusi kulit di mana ia disebut sebagai liang roma atau liang peluh. Peluh sentiasa terhasil, namun ia akan menyejat dengan cepat pada masa rehat dan peluh menjadi tidak begitu nyata. Manakala, apabila peluh terhasil dengan banyak, seperti semasa melakukan aktiviti, penyejatan akan terganggu dan peluh menjadi nyata dan disebut sebagai perpeluhan nyata.
  • 66. Kalenjar Peluh Terdapat dua kelenjar peluh iaitu: a) Kelenjar peluh ekrin (Merokrin) Jumlah kelenjar peluh ekrin adalah banyak. Ia boleh didapati di seluruh kulit terutamanya di tapak tangan dan tapak kaki. Ia berfungsi sepanjang hidup dan menghasilkan rembesan yang lebih berair. b) Kelenjar peluh apokrin Kelenjar apokrin terletak di ketiak, bahagian pubik dan kawasan berpigmen buah dada (areola). Apabila manusia mencapai akil baligh, maka kelenjar ini akan berfungsi dengan mengeluarkan rembesan yang tidak berbau. Namun, rembesan akan terurai oleh mikrob permukaan kulit dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
  • 67. 6.4 – SISTEM RANGKA SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
  • 68. Objektif Pembelajaran Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :- a) Mengenal pasti komponen sistem rangka; b) Memerihalkan fungsi sistem rangka; c) Mengklasifikasikan tulang mengikut bentuk; d) Menyatakan keperluan asas untuk pertumbuhan dan kesihatan tulang; e) Menjalankan aktiviti menentukan lokasi tulang; f) Menjalankan aktiviti membezakan jenis sendi berdasarkan fungsi dan struktur; g) Menjalankan aktiviti membezakan jenis sendi sinovial berdasarkan pergerakannya.
  • 69. Pengenalan Sistem Rangka Sistem rangka adalah amat penting bagi tubuh manusia. Ia dibentuk oleh sel rawan dan sel tulang. Ia merupakan rangkaian tulang yang berfungsi untuk menyokong dan melindungi beberapa organ yang lembut pada tubuh terutamanya yang terdapat pada tengkorak dan pelvis. Selain itu, sistem rangka juga bertugas sebagai alat tuas pada pergerakan. Ia juga menyediakan permukaan untuk penyambung otot-otot rangka. Pada sesetengah tempat, rangka dilengkapi dengan tulang rawan.
  • 70. Fungsi Sistem Rangka Terdapat beberapa fungsi yang dilakukan oleh sistem rangka. Antara fungsi – fungsi itu adalah: a) Perlindungan Tulang adalah struktur yang keras dan padat. Oleh kerana itulah ia sangat sesuai dijadikan perlindungan bagi tubuh manusia yang terdiri daripada tisu dan organ-organ penting. Contohnya, tulang tengkorak adalah satu perlindungan yang terbaik kepada otak manusia. Begitu juga dengan tulang rusuk yang melindungi jantung dan paru-paru dan lain-lain organ di bahagian toraks. b) Penyokong Tulang merupakan sokongan pada tubuh badan. Ia boleh menampung berat badan seseorang. Namun begitu, terdapat beberapa bahagian tulang yang mempunyai ligamen untuk menetapkan kedudukannya.
  • 71. Fungsi Sistem Rangka Terdapat beberapa fungsi yang dilakukan oleh sistem rangka. Antara fungsi – fungsi itu adalah: c) Stor Penyimpanan Peranan lain yang dilakukan oleh sistem rangka adalah sebagai stor penyimpanan. Tulang berfungsi sebagai tempat menyimpan beberapa mineral seperti kalsium, fosforus dan juga sedikit lemak. d) Pergerakan Kita dapat bergerak dengan adanya otot dan tulang. Otot bersambung ke tulang melalui tendon dan beberapa sambungan membolehkan pergerakan dilakukan. e) Penghasilan Sel Darah Sumsum merah yang terdapat pada beberapa tulang berkebolehan menghasilkan sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Proses ini dikenali sebagai hematopoiesis atau hemopoiesis.
  • 72. Struktur Tulang Struktur tulang boleh dilihat daripada dua aspek seperti berikut. a) Struktur Tulang (Pandangan mata kasar) Terdapat beberapa bahagian pada tulang. Bahagian-bahagian tersebut adalah: i. Tulang keras; ii. Tulang lempung; iii. Sumsum; dan iv. Selaput periosteum yang melitupi tulang keras. b) Struktur tulang (Pandangan melalui mikroskop) Tulang keras adalah terbina daripada unit-unit yang dinamakan sebagai sistem Havers. Salur Havers terdapat pada setiap salur halus yang terdapat pada unit-unit ini. Salur-salur Havers ini melintasi sepanjang tulang keras sejajar dengan permukaannya. Di sekeliling salur Havers ini pula, terdapat lingkaran papan-papan tulang atau lamellae yang tersusun di antara satu sama lain. Terdapat ruang-ruang halus di antara lingkaran papan-papan ini yang dinamakan sebagai lakuna di mana sel-sel tulang boleh didapati. Ruang-ruang halus ini pula bersambung di antara satu sama lain melalui salur halus. Zat-zat makanan disalurkan kepada tulang melalui saluran darah dan limfatika yang terdapat di dalam salur Havers.
  • 73.
  • 74. Struktur Tulang ( Pandangan Melalui Mikroskop )
  • 75. Klasifikasi Tulang Tulang – tulang pada sistem rangka diklasifikasikan mengikut bentuk dan pembentukannya. Terdapat enam jenis tulang iaitu: a) Tulang Panjang b) Tulang Pendek c) Tulang Pipih d) Tulang Tidak Teratur e) Tulang Pneumatik f) Tulang Sesamoid
  • 76. 1. Tulang Panjang a)Panjangnya melebihi kelebaran atau ketebalannya; b)Mempunyai dua hujung (epifisis) dan badan atau syaf (diafisis); c)Badan atau syaf dibentuk oleh tulang padat dan dilapisi tulang spongiosa dan terdapat rongga di tengahnya. Di dalam rongga ini terdapat sumsum; d)Bahagian hujungnya lebih besar daripada bahagian syaf;
  • 77. 2. Tulang Pendek a) Mempunyai dimensi yang lebih kurang sama; b) Komponen tulang pendek adalah tulang spongiosa, sumsum dan diliputi oleh lapisan tulang padat yang nipis; c) Berkembang daripada tisu rawan; dan d) Contoh bagi tulang pendek ialah tulang karpus tangan dan tulang karsus kaki.
  • 78. 3. Tulang Pipih a) Terdiri daripada dua lapisan tulang padat iaitu tulang spongiosa dan sumsum; b) Berkembang daripada tisu mesenkima; dan c) Contoh tulang pipih adalah sternum, skapula dan kebanyakan tulang tengkorak.;
  • 79. 4. Tulang Tidak Teratur (Tidak Simetri) a)Bentuk tulang ini tidak teratur atau campuran; b)Dibentuk oleh tulang spongiosa dan sumsum serta diliputi lapisan nipis tulang padat; c) Sebahagian daripada tulang ini amat nipis dan terdiri keseluruhannya daripada tulang padat; d)Berkembang daripada rawan; dan e)Contoh tulang tidak teratur adalah tulang vertebra, tulang pinggul dan beberapa tulang tengkorak yang mempunyai bentuk tidak teratur seperti sfenoid dan maksila.
  • 80. 5. Tulang Pneumatik a) Dibentuk oleh tulang spongiosa dan dilitupi oleh tulang padat; b) Terdapat kaviti berongga atau sel-sel udara pada tulang spongiosa; c) Ringan kerana terdapat udara dalam kavitinya; dan d) Contoh bagi tulang pneumatik termasuklah tulang frontal, etmoid dan temporal.
  • 81. 6. Tulang Sesamoid a) Sesamoid membawa maksud biji; b) Tulang sesamoid terbentuk dalam beberapa tendon; dan c) Contoh tulang sesamoid adalah tulang patela di hadapan lutut yang terletak dalam tendon kuadriseps femoris.
  • 82. Keperluan dan Kesihatan Tulang Tulang adalah tisu hidup yang bertindak pada senaman dan pemakanan untuk menjadi lebih kuat. Anda tahu yang otot anda akan menjadi lebih besar dan kuat apabila anda sering menggunakannya . Begitu juga dengan tulang. Tulang anda akan menjadi lebih kuat dan lebih padat apabila anda membuat ia bekerja dan membekalkan nutrien tulang yang betul. Bagi tulang, “bekerja” bermakna mengendali impak, berat badan anda atau lebih banyak rintangan. Terdapat dua jenis senaman yang penting untuk membina dan mengekalkan ketumpatan tulang. Senaman-senaman itu adalah senaman menanggung berat dan senaman menanggung berat impak tinggi atau rendah. a) Senaman Menanggung Berat – impak tinggi Contohnya – berlari, mendaki, menari, tenis dan bola sepak. b) Senaman Menanggung Berat – impak rendah Contohnya – berjalan, aerobik (rendah), berkayuh dan senaman ringan.
  • 83. Keperluan dan Kesihatan Tulang Kita semua ketahui bahawa Kalsium dan Vitamin D sangat penting untuk pembinaan tulang yang kuat. Tetapi kebanyakan orang tidak ketahui bahawa kita kehilangan kalsium setiap hari apabila kita berpeluh atau pergi ke tandas. Bagaimanapun, badan kita tidak dapat menghasilkan kalsium. Oleh itu, adalah penting bagi kita membekalkan nutrisi kepada tulang kita. Antara sumber baik kalsium adalah makanan berkalsium tinggi seperti susu dan hasil tenusu, beberapa jenis sayur-sayuran hijau, dan ikan. Hasil tenusu –Susu Rendah Lemak yang berkalsium tinggi seperti Anlene, yogurt dan keju adalah pilihan yang baik. Sekiranya anda suka jenis makanan ini, ia merupakan cara yang mudah untuk anda memperolehi kalsium yang mencukupi . Adalah penting anda mendapatkan kalsium yang secukupnya daripada makanan yang anda makan. Apabila makanan anda tidak mengandungi kalsium yang secukupnya untuk keperluan badan anda, kalsium akan diambil dari tulang anda.
  • 84. Keperluan dan Kesihatan Tulang Ikan - Sardin dan salmon (dengan tulang) dalam tin merupakan cara baik untuk mendapatkan kalsium. Anda juga boleh mendapat kalsium dengan memakan udang dalam tin. Ikan berlemak seperti salmon, kembung , tuna dan sardin, ini adalah antara cara-cara lain untuk mendapatkan Vitamin D. Buah-buahan dan sayur-sayuran - Beberapa kajian telah mengaitkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak dengan kesihatan tulang yang lebih baik. Sebab buah-buahan dan sayur-sayuran menggalakkan tulang yang sihat masih belum jelas. Sesetengah saintis percaya buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi nutrien tertentu yang penting untuk tulang. Kurangkan pengambilan minuman beralkohol dan minuman mengandungi kafein - Minum minuman beralkohol dengan terlalu banyak boleh mengakibatkan kehilangan jisim tulang. Mereka yang minum terlalu banyak alkohol tidak mendapat kalsium secukupnya dan ia mungkin juga akan mengurangkan bekalan kalsium badannya. Kopi dan teh mengandungi kafein. Kafein juga akan mengurangkan sedikit penyerapan kalsium. Jadi dengan minum lebih daripada tiga cawan kopi setiap hari boleh membahayakan kesihatan tulang. Sekiranya anda gemar minum kopi dan teh, anda boleh membantu dengan mengganti semula sebarang kehilangan kalsium dengan mendapatkan kalsium secukupnya sebagai memenuhi keperluan badan anda.
  • 85.
  • 95. Sendi (Definisi & Konsep) Seperti yang diketahui umum, tulang adalah struktur yang begitu keras dan tidak boleh membengkok. Namun begitu, tulang adalah berasingan di antara satu sama lain dan terikat di antaranya dengan sendi melalui tisu perantara yang mudah lentur (fleksibel). Sendi bertanggungjawab terhadap semua pergerakan dan perubahan kedudukan tubuh. Boleh dikatakan di sini bahawa sendi adalah titik pertemuan antara tulang-tulang atau antara rawan dengan tulang. Dua fungsi asas sendi: a) membenarkan pergerakan (mobiliti) b) menyatukan tulang-tulang
  • 96. Sendi (Definisi & Konsep)
  • 97. Fungsi utama Sendi Fungsi sendi yang utama adalah untuk membuat pergerakan. Pergerakan pada sendi boleh dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu: a) Gerakan Meluncur Merupakan pergerakan geseran di antara dua permukaan pipih. Contohnya adalah pergerakan antara tulang-tulang karpal dan tarsal. b) Gerakan Bersudut Adalah diterangkan sesuai dengan arah pergerakan berlaku seperti fleksi, lenturan dan pelipatan. c) Gerakan Putaran Menerangkan tentang satu tulang yang bergerak mengitari tulang lain atau di dalam tulang lain. Contohnya seperti putaran radius mengelilingi ulna. Antara gerakan-gerakan lain yang berlaku adalah sirkumduksi iaitu kombinasi gerakan putaran dan bersudut. Gerakan ini selalunya melibatkan putaran dalam lingkaran. Contohnya pergerakan sirkumduksi adalah gerakan membawa lengan ke depan, ke atas, ke belakang dan ke bawah
  • 98. 3 jenis sendi dan strukturnya… (a) Sendi Berfiber (Sinartrosis) (b) Sendi Rawan (c) Sendi Sinovial
  • 99. (a) Sendi Berfiber (Sinartrosis) Sendi ini mempunyai tisu berfiber yang menghubungkan permukaan artikular tulang. Tulang-tulang pada sendi ini terikat rapat antara satu sama lain dan ianya tidak mempunyai kaviti di dalamnya. Oleh kerana tulang terikat amat rapat di antara satu sama lain, maka pergerakan pada sendi ini amat sedikit atau tiada sama sekali. Sendi berfiber ini pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu: a) Sendi sutur Menghubungkan permukaan artikular tulang melalui lapisan nipis tisu berfiber. Amat ketat dan tiada pergerakan pada sendi sutur. Sendi ini bercantum dan menjadi tulang apabila dewasa. Contoh, perhubungan antara tulang leper pada tengkorak. b) Sendi sindesmosis Menghubungkan permukaan artikular tulang dengan tisu berfiber yang agak banyak. Boleh digerakkan dan tidak menjadi tulang apabila dewasa. Contoh, sendi antara hujung bawah tibia dan fibula.
  • 100. (a) Sendi Berfiber (Sinartrosis)
  • 101. (b) Sendi Rawan Sendi rawan adalah di mana tisu rawan menjadi penghubung sendi bagi permukaan artikular tulang. Sendi ini juga mempunyai pergerakan yang sedikit atau tiada sama sekali. Sendi rawan terbahagi kepada dua: a) Sendi rawan primer (Sinkondrosis) Juga dikenali sebagai sendi rawan hialin kerana tulang dihubungkan melalui rawan hialin. Sendi ini tidak bergerak dan menjadi tulang apabila dewasa. Contoh, plat episifis pada tulang yang baru tumbuh. b) Sendi rawan sekunder (Simfisis) Permukaan artikular tulang diselaputi rawan hialan di mana rawan hialin dihubungkan dengan tisu berfiber. Dikenali juga sebagai sendi rawan berfiber. Sendi ini boleh bergerak kerana tisu berfiber yang mencantumkan tulang – tulang di dalam sendi ini agak tebal. Contoh, sendi di antara badan vertebra.
  • 103. (c) Sendi Sinovial Sendi sinovial adalah sendi yang paling banyak berfungsi pada tubuh badan. Sendi ini membolehkan pergerakan bebas berlaku antara tulang – tulang yang terdapat di dalamnya. Terdapat pelbagai jenis sendi sinovial dan mereka mempunyai ciri-ciri yang serupa. Ciri-ciri tersebut adalah: a) Rawan artikular atau hialin Bahagian tulang yang bersentuhan diliputi oleh rawan hialin. Ini membolehkan sendi dan tulang ini menampung berat tubuh seseorang. b) Ligamen kapsul Sendi sinovial dikelilingi dan diselaputi oleh sarung tisu berfiber yang berfungsi memegang tulang. Keadaan tisu berfiber ini sangat longgar, maka pergerakan bebas pada sendi ini boleh dilakukan. Ia juga berfungsi melindungi sendi daripada mengalami kecederaan. Ligamen kapsul ini biasanya melekat di sepanjang batas permukaan artikular.
  • 104. (c) Sendi Sinovial c) Kaviti sendi Terletak di antara permukaan artikular tulang, khususnya di dalam kapsul. d) Membran sinovial Merupakan lapisan epitelium skuamus ringkas yang menutupi permukaan dalam kapsul termasuk permukaan tulang di dalam sendi yang tidak diselaputi rawan hialin. Bendalir sinovial dirembeskan oleh sendi sinovial. Tujuannya untuk membolehkan sendi sentiasa basah dan membekalkan nutrien kepada rawan artikular. Setiap sendi mempunyai kandungan bendalir sinovial yang berbeza. Tujuan utama bendalir sinovial adalah untuk melicinkan pergerakan sendi.
  • 105. Jenis Sendi Sinovial Terdapat enam jenis sendi Sinovial :- 1) Sendi satah / sendi melongsor 2) Sendi engsel 3) Sendi pangsi / sendi putar 4) Sendi elipsoid 5) Sendi pelana 6) Sendi lesung / sendi soket
  • 106. Sendi Satah / Sendi Melongsor Tidak mempunyai paksi, maka dua permukaan datar tulang saling melongsor di antara satu sama lain. Tidak boleh melakukan pergerakan fleksi, ekstensi, abduksi, aduksi atau putaran. Contoh, sendi karpus dan tarsus. Sendi Engsel Mempunyai hanya satu paksi transvers. Pergerakan terbatas kepada satu satah sahaja. Pergerakan ini menyerupai pergerakan pada engsel pintu iaitu tutup (fleksi) dan buka (ekstensi). Contoh, sendi siku.
  • 107. Sendi Satah / Sendi Melongsor Sendi Engsel
  • 108. Sendi Pangsi / Sendi Putar Mempunyai satu paksi yang membolehkan pergerakan putaran tulang. Contoh, putaran kepala radius pada sendi radioulna proksimal. Sendi Elipsoid Mempunyai dua paksi, iaitu paksi transvers dan paksi yang merentasi sendi sepanjang anterior posterior. Sendi ini boleh bergerak dalam dua arah iaitu ke belakang dan ke depan, fleksi dan ekstensi pada paksi transvers dan aduksi dan abduksi pada paksi anterior posterior. Contoh, pergelangan tangan.
  • 109. Sendi Pangsi / Sendi Putar Sendi Elipsoid
  • 110. Sendi Pelana Permukaan artikular kedua- dua tulang berbentuk pelana. Permukaan satu tulang berbentuk cembung dan satu lagi berbentuk cekung. Merupakan sendi elipsoid yang terubah suai dan boleh bergerak dengan lebih bebas. Contoh, metakarpus ibu jari. Sendi Lesung / Sendi Soket Permukaan artikular tulang berbentuk bulat dan boleh dimasukkan ke dalam soket tulang lain yang berbentuk seperti cawan. Sendi ini boleh bergerak dalam tiga satah: pergerakan fleksi dan ekstensi; abduksi dan aduksi; dan putaran dan sirkumduksi. Contoh, sendi bahu.
  • 111. Sendi Lesung / Sendi Soket Sendi Pelana
  • 112. Sendi dalam tubuh manusia
  • 113. AMALI 6 – ANATOMI DAN FISIOLOGI ( SISTEM RANGKA ) • Bilangan Waktu Amali = 3 Waktu • Hari Jumaat – 8.10 am – 9.55 am ( 105 minit ) a) Mengenalpasti tulang dan klasifikasi tulang. b) Mengenalpasti sendi dan lokasi sendi tersebut. c) Melaksanakan simulasi pergerakkan dan menerangkan secara terperinci pergerakkan tersebut.