SlideShare a Scribd company logo
1 of 40
Download to read offline
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
1 
TUNJANG 1 : 
PENGENALAN SAINS SUKAN 
Unit 1 – Konsep 
1.1 Definisi Sains Sukan 
Sains Sukan ialah satu kajian yang sistematik yang membabitkan sains 
dalam sukan. Ia melibatkan perubatan fisioterapi, pemakanan, 
biokimia, anatomi, fisiologi, psikologi sosio dan biomekanik. 
1.2 Kepentingan Sukan 
Sains Sukan adalah penting dari aspek prestasi sukan, kesihatan, 
rekreasi, ekonomi dan kerjaya. 
1.2.1 Prestasi Sukan 
Pengetahuan tentang sains sukan dapat membantu atlit dan 
jurulatih dalam peningkatan prestasi latihan motor dan program 
latihan yang lebih sistematik. 
1.2.2 Kesihatan 
Atlit mengetahui cara-cara menjalankan aktiviti bersukan 
dengan betul. Pengetahuan ini dapat membantu atlit 
meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan menyeluruh dan 
mengelak daripada berlaku kecederaan. Selain itu, atlit 
mengetahui diet yang sesuai mengikut keperluan sukan masing-masing 
untuk mengekalkan prestasi. 
1.2.3 Rekreasi 
Pengetahuan sains sukan bukan sahaja dapat dimanfaatkan 
dalam peningkatan prestasi atlit tetapi juga semasa mereka 
berekreasi. 
1.2.4 Ekonomi 
Sains sukan dapat membantu meningkatkan` ekonomi negara 
dengan adanya tajaan, pelancongan, kajian saintifik dan 
peralatan sukan.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
2 
1.2.5 Kerjaya 
Perkembangan sukan di tanah air, mewujudkan peluang-peluang 
kerjaya dalam bidang yang berkaitan dengan 
sukan.Kerjaya ini merangkumi jurulatih, pegawai-pegawai sukan 
dan atlit-atlit yang berpengetahuan sains sukan. Peluang-peluang 
pekerjaan dan pendidikan dalam bidang sukan adalah 
luas. 
1.3 Dasar Sukan Negara 
Dasar Sukan Negara merupakan dokumen yang komprehensif ke arah 
perkembangan, kemajuan dan pembangunan sukan negara. 
Penggubalannya melibatkan beberapa pihak seperti agensi-agensi 
kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan rekreasi 
dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi pengajian tinggi, badan-badan 
sukarela dan orang perseorangan yang mempunyai kepakaran 
dan kepentingan dalam bidang sukan. 
Dasar ini telah digubal pada 20 Januari 1988 dan merupakan satu 
dasar sukan untuk semua. Dasar ini merangkumi sukan untuk semua 
dan sukan prestasi tinggi atau kecemerlangan. 
(a) Sukan Massa ( Sukan untuk semua ) 
Sukan untuk semua bertujuan untuk pengekalan dan 
peningkatan tahap kesihatan dan kesejahteraan anggota 
masyarakat. Sukan Massa adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti 
rekreasi fizikal dan sukan yang berlaku secara spontan 
atau diuruskan dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan 
yang lebih luas dan bukan semata-mata untuk pertandingan di 
peringkat kebangsaan atau antarabangsa. 
(b) Sukan untuk kecemerlangan 
Sukan untuk kecemerlangan adalah sukan pertandingan yang 
diuruskan mengikut peraturan dan syarat-syarat Persekutuan-persekutuan 
Sukan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik di 
peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi menentukan 
pemenang.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
3 
1.3.1 Rasional Dasar Sukan Negara 
Rasional dasar ini boleh dikaji dari aspek sumbangan sukan 
kepada individu, masyarakat dan negara. 
(a) Peringkat Individu 
x Pembentukan sahsiah, kesedaran dalam diri individu dan 
membangkitkan semangat pertandingan. 
x Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal. 
x Memanfaatkan masa senggang. 
x Mengurangkan tekanan hidup . 
x Interaksi sosial yang bermakna. 
x Perkembangan kemahiran-kemahiran asas. 
(b) Peringkat Masyarakat 
x Menggalakkan pembinaan kualiti fizikal dan moral 
masyarakat sesuai dengan aspirasi nasional. 
x Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pemupukan 
perhubungan komuniti yang lebih baik dalam pelbagai 
kumpulan etnik dalam negara. 
x Meningkatkan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti. 
x Mencegah jenayah remaja dengan memanfaatkan masa 
lapang. 
(c) Peringkat Antarabangsa 
x Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi. 
x Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukan 
antara bangsa. 
x Memupuk persahabatan. 
1.3.2 Objektif Dasar Sukan Negara 
x Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu 
padu melalui penyertaan yang meluas dan peluang yang 
lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat. 
x Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan 
bagi memenuhi keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi 
individu melalui sukan. 
x Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan 
sukan bagi kepentingan kebajikan sosial individu dan 
kenikmatan masa senggang di kalangan orang awam.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
4 
x Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan 
yang tulen di pertandingan peringkat kebangsaan dan 
antarabangsa dengan harapan muhibah dan imej negara 
dapat dipertingkatkan . 
1.3.3 Strategi dan Pelaksanaan Dasar 
Kedua-dua bidang sukan iaitu sukan untuk semua dan sukan 
untuk kecemerlangan hendaklah dibangunkan serentak. 
Objektif-objektif dasar ini dapat dicapai dengan memberi 
penekanan pada aspek-aspek yang berikut : 
Perancangan 
Pertubuhan-pertubuhan sukan hendaklah mengadakan 
program-program jangka panjang dengan struktur yang baik 
untuk pembangunan ahli sukan, jurulatih, pentadbir dan 
pegawai sukan. 
Dalam merancang program-program jangka panjang untuk 
sukan prestasi tinggi, perkara-perkara yang berikut perlu 
dipertimbangkan: 
x Jenis sukan yang lebih maju dari aspek kemudahan dan 
penyertaan sedia ada. 
x Jenis sukan yang sesuai dengan bentuk fizikal masyarakat 
Malaysia. 
Organisasi 
Sukan di negara ini dapat dimajukan dengan adanya kerjasama 
antara pelbagai badan sukan dengan kerajaan untuk 
menyelaraskan satu program yang bersepadu. Satu 
jawatankuasa tetap hendaklah ditubuhkan untuk menentukan 
perhubungan yang lebih rapat di kalangan organisasi-organisasi 
tersebut. 
Majlis Sukan Negara (MSN) dapat membantu dalam 
menyediakan jentera ini bagi sukan berprestasi tinggi. 
Kementerian Belia dan Sukan perlu mewujudkan mekanisma ini 
untuk menyelaraskan program sukan massa. Mekanisme ini 
perlu menggalakkan sukan massa dan aktiviti-aktiviti rekreasi 
yang berlandaskan konsep MALAYSIA CERGAS di kalangan 
rakyat Malaysia. MALAYSIA CERGAS merupakan satu 
program yang berdasarkan kepada konsep sukan untuk semua. 
Melalui program ini masyarakat mengamalkan gaya hidup yang
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
aktif melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi 
fizikal. Tema ini menekankan kecergasan fizikal dan kesihatan 
mental ke arah peningkatan produktiviti dan mengukuhkan 
perhubungan sosial dan perhubungan antara kumpulan etnik. 
Kementerian Pendidikan Malaysia pula memainkan peranan 
dengan memperuntukkan masa yang cukup untuk mata 
pelajaran Pendidikan Jasmani dan kokurikulum di sekolah. 
Selain itu, Bahagian Pendidikan Guru dipertanggungjawabkan 
melatih guru-guru yang berkebolehan mengajar mata pelajaran 
Pendidikan Jasmani di maktab-maktab. Di institusi pengajian 
tinggi, aktiviti-aktiviti sukan juga digalakkan di kalangan siswa. 
Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan 
(MAKSAK) berperanan mengalak dan menyelaraskan semua 
aktiviti sukan di dalam pelbagai perkhidmatan awam. Majlis 
Olimpik Malaysia (MOM) merupakan badan induk kepada 
semua persatuan sukan kebangsaan. Tanggungjawab utama 
ialah menggalakan sukan di kalangan rakyat untuk pergerakan 
Olimpik. MOM berkerja rapat dengan MSN dalam hal pemilihan 
dan latihan atlit untuk pertandingan peringkat antarabangsa. 
5 
Personel 
Badan-badan sukan disemua peringkat hendaklah melantik 
personel bertauliah dan berpengalaman bagi merancang, 
melaksana dan menilai program sukan. 
Kewangan 
Yayasan sukan kebangsaan membiayai kegiatan-kegiatan 
sukan berprestasi tinggi dan sukan massa. Sumber kewangan 
boleh diperolehi daripada kerajaan persekutuan, kerajaan 
negeri, sektor korporat dan individu. Sumbangan-sumbangan 
hendaklah dikecualikan dari cukai. Persatuan-persatuan 
hendaklah mempertingkatkan strategi pemasaran aktiviti 
mereka. Yayasan sukan kebangsaan perlu diwujudkan. 
Insentif 
Pegawai-pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang mewakili 
negara haruslah diberi pengiktirafan dan insentif . Insentif-insentif 
ini boleh berbentuk biasiswa, penganugerahan, cuti, 
elaun sara hidup, perlindungan insuran, perbelanjaan untuk 
latihan dan yuran pendidikan. Selain itu kemasukan atlit ke
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
6 
pusat pengajian tinggi , adalah berdasarkan syarat akademik 
yang minimum dalam displin yang dipohon. 
Kemudahan 
Kementerian Belia dan Sukan akan menyediakan kemudahan-kemudahan 
sukan massa, sukan berprestasi tinggi dan sukan 
untuk golongan istimewa. Organisasi ini juga bertanggungjawab 
menyelaras perancangan dan agihan kemudahan sukan. 
Di peringkat negeri, kerajaan negeri menyediakan kemudahan 
sukan untuk negeri masing-masing. Sektor-sektor korporat dan 
badan sukarela juga memainkan peranan melengkapi usaha-usaha 
kerajaan dalam pembinaan kemudahan-kemudahan 
sukan. 
Am 
Kerajaan haruslah mengurangkan cukai-cukai dan eksais ke 
atas peralatan sukan supaya lebih ramai orang mampu 
memperolehinya pada harga yang murah. Secara tidak 
langsung lebih ramai penduduk negara ini melibatkan diri dalam 
sukan. Pengusaha-pengusaha tempatan juga boleh 
memainkan peranan dalam usaha ini. Mereka digalakkan 
menghasilkan peralatan-peralatan sukan . 
Di peringkat institusi pendidikan, beberapa buah sekolah 
ditubuhkan khas sebagai pusat kecemerlangan untuk 
menggalakkan pembangunan beberapa jenis sukan tertentu 
seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar 
Penawar serta pusat tunas cemerlang di setiap negeri. 
Institut Sukan Negara memainkan peranan dalam penyelidikan 
dan pembangunan sukan di negara ini. Kerjasama daripada 
media massa dan pelbagai organisasi diperlukan untuk 
menyebarkan dapatan penyelidikan dan mempromosikan 
sukan.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
7 
1.4 Etika dan Patriotisme dalam Sukan 
Setiap individu yang terlibat dalam sukan haruslah mengamalkan etika 
kesukanan dan menanam semangat patriotisme di dalam sanubari 
mereka. Segala tindak-tanduk atlit melambangkan imej negara. Oleh 
itu, atlit dan bakal atlit negara haruslah berdisiplin, bermoral 
mempunyai perasaan cinta akan negara tanah air. Sikap ini boleh 
dipamerkan melalui semangat kesukanan semasa bertanding. 
Mereka haruslah akur pada peraturan dan undang-undang 
pertandingan. Segala keputusan pertandingan haruslah dihormati dan 
dipatuhi. Atlit haruslah mengelak daripada mengambil tindakan sendiri 
apabila timbul ketidakpuasan hati di kalangan mereka. Segala 
masalah ketidakpuasan hati mereka hendaklah diketengahkan kepada 
pihak berkenaan untuk dirunding dan diselesaikan secara profesional. 
Pegawai sukan juga tidak terlepas daripada etika kesukanan. Pegawai 
sukan perlu berdisiplin bertanggungjawab amanah serta mempunyai 
nilai-nilai positif. 
Penonton juga boleh mempamerkan semangat patriotisme terhadap 
negara dengan memberi sokongan kepada atlit berlandaskan etika 
kesukanan. 
Slogan-slogan seperti MALAYSIA BOLEH dan SUKAN UNTUK 
NEGARA telah menanamkan dan meningkatkan semangat patriotisme 
di kalangan atlit dan masyarakat. 
2. SEJARAH PERKEMBANGAN SAINS SUKAN 
2.1 Sejarah Perkembangan Sains Sukan 
Sejarah perkembangan sains sukan di negara kita secara 
khususnya adalah tidak nyata dan tersurat. Namun demikian 
perkembangan sains sukan adalah bermula dengan mata 
pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan unsur-unsur 
sains dalam pengajaran dan pembelajaran. Tujuan 
kecemerlangan sukan telah memusatkan sains sukan sebagai 
satu disiplin ilmu. 
Perkembangan sejarah sukan dan sains sukan boleh 
dibahagikan kepada tiga peringkat. 
(i) Peringkat Awalan 
Aktiviti sukan telah dikesan sejak zaman tamadun 
Yunani, Rom, China dan Islam. Pada kurun ke-18,
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
8 
semua lapisan masyarakat secara menyeluruh telah 
melibatkan diri dalam sukan. Ini adalah berpunca dari 
tiga peristiwa penting yang telah berlaku antara tahun 
1762 hingga 1789. 
1762 Jean Jacques Rousseau telah menerbitkan buku 
Emile di mana beliau menggalakkan setiap 
individu melibatkan diri dalam sukan kerana aksi 
dan pergerakan sukan adalah satu bentuk aktiviti 
yang ideal dan memanfaatkan kepada manusia. 
1777 Era perindustrian bemula dengan penciptaan enjin 
stim oleh James Watt. Masa pekerjaan bertambah 
dan ini menyebabkan ramai orang tidak ada masa 
untuk rekreasi. 
1789 Rusuhan dan penaklukan penjara Bastile, 
Perancis telah memulakan Revolusi Perancis di 
mana pembahagian masyarakat mengikut kelas 
(golongan bangsawan dan petani) telah 
dihapuskan. 
Pada kurun ke-18, banyak aktiviti sukan seperti tenis, 
lumba kuda dan lawan pedang adalah terhad kepada 
golongan atasan sahaja. 
Hasil dari buku Emile oleh Rousseau, satu kajian telah 
dijalankan di Amerika Syarikat pada tahun 1970an dan 
didapati 10% daripada jumlah penduduk negara tersebut 
gemar berjogging. 
Perkembangan masyarakat ‘moden’ terutamanya dalam 
negara-negara Barat dapat dilihat dengan perjuangan 
untuk melibatkan semua lapisan masyarakat dalam 
aktiviti sukan. Pada awal dan pentengahan abad ke-20, 
mata pelajaran Pendidikan Jasmani telah dimasukkan 
dalam kurikulum sekolah Amerika Syarikat dan England. 
Pada masa itu, penglibatan sukan adalah cenderung 
kepada kaum lelaki sahaja. Kebanyakan aktiviti 
berbentuk ketenteraan.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
9 
(ii) Peringkat Pertengahan 
Unsur-unsur sains sukan telah mula diperkenalkan 
secara tidak langsung pada akhir kurun ke-19 dan awal 
kurun ke-20 di mana pergerakan manusia dan aktiviti 
sukan dianalisiskan. Pada tahun 1878, Edward 
Muybridge telah mencipta kaedah penggambaran aksi 
berjalan dan larian manusia dan kuda. H. Piper (1907) 
seorang bangsa German telah menggunakan 
elektromiogram (EMG) untuk mengukur impuls elektrik 
yang dihasilkan oleh otot manusia semasa pergerakan. 
Kaedah ini telah digunakan dalam aksi sukan pada tahun 
1970an dan 1980an. 
Pada pertengahan abad ke-20, kajian-kajian sains 
berkaitan dengan sukan seperti antropometri, biologi, 
biomekanik, fisiologi dan sosiologi mula berkembang 
dengan pesat. Hasil kajian dan sumbangan saintis-saintis 
sukan telah dibukukan dan dijilidkan dalam jurnal. 
(iii) Peringkat Terkini 
Pada masa kini terdapat ramai saintis sukan yang terlibat 
dalam penyelidikan sukan. Mereka menggunakan 
kaedah-kaedah dan alatan-alatan yang canggih dan 
berteknologi tinggi. Ini terbukti dengan kehadiran lebih 
2000 saintis sukan semasa Kongres Sains Sukan dunia 
anjuran Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) kali ketiga di 
Atlanta, Amerika Syarikat pada tahun 1995. 
Penyelidikan sains sukan pada mulanya berlandaskan 
kepada pendidikan jasmani (1950an) dan kemudian 
berkembang menjadi satu disiplin tersendiri pada akhir 
1960an dan awal 1970an. Pakar-pakar disiplin sains 
yang lain menyumbang dalam kajian dan penyelidikan 
dalam sukan. Contohnya M.R. Yeadon (1993) seorang 
pakar matematik mengkaji aksi kuang hadapan dan 
kuang belakang dalam gimnastik dan merumuskan 
persamaan-persamaan matematik terhadap aksi 
tersebut. 
Kajian-kajian saintifik dalam sukan telah menghasilkan 
atlit bertaraf dunia di negara Asia. Penemuan servis 
sepak kuda dalam sepak takraw telah dikaji oleh saintis 
sukan negara Thailand. Hasil kajian ini didapati berkesan 
dan menjadi popular di kalangan atlit negara lain.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
10 
Atlit negara China juga telah menunjukkan prestasi 
cemerlang dalam beberapa acara sukan khususnya 
gimnastik, renang dan terjun. Elemen-elemen sains 
sukan diberi tumpuan dalam pendidikan dan diterapkan 
dalam melatih atlit-atlit sukan. Saintis sukan di negara 
China juga banyak menjalankan kajian untuk 
meningkatkan kualiti sukan negara. 
Penyelidik sukan di negara Korea telah merekacipta 
kasut memanah yang dapat membantu meningkatkan 
prestasi sukan ini. Kasut ini telah mendapat pengiktirafan 
peringkat antarabangsa. 
Para saintis sukan pula mula meluaskan bidang kajian 
mereka kepada pergerakan yang tidak berkaitan dengan 
sukan seperti rehabilitasi anggota akibat penyakit atau 
kemalangan terhadap aksi anggota tiruan (prostetik). 
Kajian-kajian sains sukan pada masa kini berbentuk 
pendekatan gabungan disiplin-disiplin sains yang lain 
(multidisciplinary approach). Contohnya, kajian 
meningkatkan prestasi atlit supaya memuncak pada 
masa yang tepat melibatkan kepakaran fisiologi, biokimia, 
psikologi, antropometri dan biomekanik. 
Perkembangan Sains Sukan di Malaysia 
Pada tahun 1968, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia telah 
ditubuhkan untuk menganjur dan melaksanakan program 
pembangunan sukan sekolah-sekolah di Malaysia. Dasar 
Pelajaran Kebangsaan telah dibentuk dan ia menekankan 
domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pada tahun 1972, 
kemudahan infrastruktur dan tenaga pengajar telah dimajukan 
bersama. 
Di peringkat institusi pengajian tinggi, Universiti Malaya telah 
memasukkan pendidikan jasmani dalam kursus diploma 
pendidikan pada tahun 1977. Universiti Putra Malaysia, 
Serdang telah memulakan pengambilan siswazah untuk 
program Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan Jasmani). 
Pengambilan pertama dimulakan dengan guru-guru terlatih 
seramai 20 orang. Pada tahun 1996, program sarjana sains 
sukan ditawarkan. 
Universiti Malaya memulakan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan 
pada tahun 1995 dan diikuti Institut Teknologi MARA yang kini
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA yang menawarkan 
diploma sains sukan. 
Institut Sukan Negara (ISN) yang mula beroperasi di Stadium 
Jalan Raja Muda, Kampong Baru dikenali sebagai Klinik Sukan 
Negara sebelum berpindah ke bangunan baru di Kompleks 
Sukan Negara. Penyelidikan-penyelidikan dalam bidang sains 
sukan dikendalikan bagi tujuan persediaan atlit negara. 
Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia (PPJM) ialah sebuah 
badan sukarela yang mempunyai ahli terdiri daripada guru-guru, 
pensyarah-pensyarah atau tenaga pengajar mata pelajaran 
pendidikan jasmani, jurulatih dan individu yang berminat dalam 
pembangunan dan pendidikan sukan. Badan ini telah 
menganjurkan seminar-seminar sains sukan pada peringkat 
kebangsaan dan antarabangsa. Pada tahun 1997, namanya 
ditukarkan kepada Persatuan Pendidikan Jasmani, Sains Sukan 
dan Kecergasan Malaysia (PPJSKM) untuk mencerminkan satu 
badan yang lebih luas bidangnya. Selain badan ini, terdapat 
bahagian-bahagian bukan kerajaan yang aktif mempromosikan 
pelbagai aspek sains sukan. 
Pada tahun 2000, Kementerian Pendidikan Malaysia 
memperkenalkan mata pelajaran sains sukan sebagai satu mata 
pelajaran elektif wajib untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 di 
Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Sekolah Sukan 
Bandar Penawar, Johor Bahru. Mata pelajaran ini akan 
dijadikan satu mata pelajaran peperiksaan SPM pada tahun 
2001. 
11 
2.2 Skim Persijilan Kejurulatihan Sukan Kebangsaan 
Pada 14 Januari 1985, Majlis Sukan Negara (MSN) telah 
menganjurkan Simposium Kejurulatihan Kebangsaan dan hasil 
daripada simposium itu, para peserta telah mengesyorkan agar 
sistem kejurulatihan diperkembangkan. Sebuah Lembaga 
Kejurulatihan Kebangsaan telah ditubuhkan untuk bekerjasama 
dengan Badan-Badan Sukan Kebangsaan. 
Ekoran daripada simposium itu, sebuah Lembaga Kejurulatihan 
Kebangsaan telah diwujudkan oleh MSN. Bidang tugas 
Lembaga ini ialah : 
(a) Mewujudkan skim pensijilan kejurulatihan kebangsaan. 
(b) Menyusun dan menggubal kurikulum kejurulatihan.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
12 
(c) Bertindak sebagai penyelaras dalam semua kegiatan 
kejurulatihan di antara Persatuan Sukan Kebangsaan 
yang mengawal sukan. 
(d) Melaksanakan apa-apa tugas dari masa ke semasa 
berhubung dengan kejurulatihan yang diarah oleh 
Menteri Belia dan Sukan. 
Jawatankuasa Perkembangan Kurikulum telah diwujudkan bagi 
menggubal kurikulum sains sukan dan bidang pengkhususan 
sukan serta praktikal di bawah Skim Pensijilan Kejurulatihan 
Kebangsaan. 
Skim Pensijilan Kejurulatihan adalah satu program 
pembangunan dan pendidikan jurulatih yang seragam dan 
berterusan terbahagi kepada tiga komponen iaitu: 
1. Sains sukan – prinsip-prinsip am kejurulatihan 
dan sumber manusia 
2. Pengkhususan sukan – kemahiran, teknik dan strategi 
khusus kepada sukan-sukan 
tertentu. 
3. Praktikal – amalan kejurulatihan 
Objektif skim ini adalah untuk : 
(a) Melatih, melengkap dan meningkatkan pengetahuan 
jurulatih dalam bidang sains sukan, pengkhususan sukan 
dan praktikal dengan tujuan dapat memajukan lagi 
prestasi serta pencapaian atlit kebangsaan. 
(b) Mewujudkan satu program yang sistematik untuk 
menambah bilangan jurulatih dan menyediakan peluang 
kepada jurulatih meningkatkan pengetahuan dalam 
bidang kejurulatihan. 
(c) Mewujudkan satu sistem dan pendekatan yang 
profesional serta saintifik dalam bidang kejurulatihan ke 
arah memajukan sukan negara. 
(d) Menyelaras dan melaksanakan semua program dan 
aktiviti pensijilan kejurulatihan di semua peringkat. 
Pihak yang menyediakan kandungan komponen berikut ialah 
(a) Sains sukan oleh Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan. 
(b) Pengkhususan sukan dan praktikal oleh Persatuan 
Sukan Kebangsaan yang berkenaan mengikut garis 
panduan yang diberikan oleh Lembaga Kejurulatihan 
Kebangsaan.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
2.3 Pengajian Sains Sukan di Institut Pengajian Tinggi Malaysia 
Institusi pengajian tinggi di Malaysia seperti Universiti Malaya, 
Universiti Putra Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 
Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi MARA 
menawarkan program sains sukan di peringkat diploma, sarjana 
muda, sarjana dan kedoktoran. 
Para graduan dari program ini boleh berkhidmat di agensi-agensi 
kerajaan atau swasta sebagai jurulatih, fisioterapis, 
pendidik, pengurus kedai sukan, pentadbir kelab sukan dan 
kecergasan, pengulas sukan, saintis sukan dan sebagainya. 
13 
3. PENGURUSAN SUKAN 
3.1 Pengenalan 
Pengurusan bermaksud bekerja melalui orang lain untuk 
menyelesaikan sesuatu tugasan yang dapat membantu organisasi 
mencapai objektifnya. 
Sukan boleh disamakan dengan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan. 
Ia juga merupakan sebahagian daripada kerja profesional yang perlu 
dibayar. 
Synder dan Spreitzer(1989), menyatakan sukan bermaksud aktiviti 
yang dipertandingkan mengikut peraturan dan undang-undang yang 
telah ditetapkan oleh badan sukan tersebut. 
Sukan merupakan suatu aktiviti yang boleh memberi keseronokan, 
kemewahan dan kebanggaan kepada setiap individu yang 
menceburkan diri ke dalamnya. 
Pengurusan sukan wujud dalam dua bentuk. 
Pertama, pengurusan sukan adalah satu bidang usaha profesional di 
mana wujud pelbagai karier pengurusan yang berkaitan dengan sukan. 
Kedua, pengurusan sukan merupakan satu program persediaan 
akademik profesional yang ditawarkan ke institusi pengajian tinggi 
sebagai suatu bidang yang wajib. 
Definisi Pengurusan Sukan 
Kelly, Blanton dan Bertel (1990) mendefinisikan pengurusan sukan 
sebagai” Sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan 
perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan 
bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam kontek sesebuah organisasi
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
14 
atau jabatan di mana produk atau perkhidmatan berkaitan dengan 
sukan”. 
Fungsi pengurusan sukan 
Di antara fungsi pengurusan sukan ialah :- 
1. merancang 
2. menyediakan bajet 
3. mengawal 
4. mengarah 
5. mengelola 
6. menyediakan jadual pertandingan 
7. membuat keputusan 
8. menilai 
Terdapat tiga elemen utama yang dapat menentukan kejayaan dalam 
sesebuah pengurusan sukan iaitu:- 
a. persediaan profesional 
b. sikap profesional 
c. perkembangan profesional 
Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh seseorang pengurus itu 
maka kemajuan pengurusan sukan akan memperolehi kecemerlangan 
dan kegemilangan. 
3.2 Sistem Pertandingan 
Sesuatu kejohanan atau pertandingan tidak semestinya dikelolakan 
dengan cara yang sama. Terdapat pelbagai sistem pertandingan 
untuk mengelolakan sesuatu pertandingan. Terdapat dua cara 
pertandingan bagi menguji kemajuan individu : 
(a) Pertandingan melawan pencapaian individu dengan skor yang 
terdahulu atau melawan skor purata. 
(b) Pertandingan melawan individu lain. 
Pertandingan adalah satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan 
untuk memilih pemenang di samping menghayati semangat 
kesukanan. Pihak yang mengelolakan pertandingan perlulah 
mengenal pasti dan mendapatkan maklumat tertentu untuk 
memudahkan perancangan dan persediaan. Antara perkara yang 
perlu diberi perhatian ialah : 
x Jenis pertandingan 
x Masa yang diperlukan 
x Alatan dan kemudahan yang ada 
x Agihan perlawanan yang adil
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
x Pegawai dan petugas-petugas yang diperlukan 
x Kewangan 
x Bilangan penyertaan undang-undang dan peraturan pertandingan 
x Penentuan pemenang dan pemain yang sah 
Terdapat banyak jenis dan bentuk pertandingan yang boleh digunakan 
dalam sesuatu kejohanan mengikut kesesuaian sesuatu jenis sukan. 
Sistem pertandingan yang lazim dipraktikkan di negara ini ialah: 
ƒ Pertandingan berbentuk kejohanan 
ƒ Pertandingan liga (liga satu pusingan, 2 kumpulan, 3 kumpulan dan 
15 
4 kumpulan) 
ƒ Pertandingan kalah mati 
ƒ Pertandingan cabar mencabar 
3.2.1 Pertandingan berbentuk kejohanan 
Pertandingan berbentuk ini membolehkan peserta bertanding 
dalam beberapa acara yang berlainan berlandaskan kepada 
undang-undang dan peraturan pertandingan yang ada. 
Pertandingan ini boleh dikelolakan selama sehari atau beberapa 
hari. Atur cara yang lengkap disediakan lebih awal dengan 
menetapkan masa sesuatu acara yang dipertandingkan. Antara 
jenis sukan yang sesuai dengan pertandingan bentuk ini seperti 
olahraga, renang dan gimnastik. 
3.2.2 Sistem Liga 
(Mengikut Peraturan Am Pertandingan MSSM) 
Pertandingan liga memberi peluang kepada penyertaan 
maksimum dan ia dibahagikan kepada liga satu pusingan, liga 2 
pusingan dan separa liga. Jika peserta atau pasukan 
menentang setiap lawannya sekali sahaja, pertandingan itu 
dikenali dengan liga satu pusingan. Jika peserta atau pasukan 
menentang setiap lawannya sebanyak 2 kali, pertandingan itu 
dikenali dengan liga dua pusingan. 
Jika peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan, 
pertandingan itu dikenali sebagai separa liga. 
Contoh bilangan perlawanan 
Formula mengira bilangan perlawanan bagi sesuatu 
pertandingan liga ialah :
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
16 
N(N-1) di mana N = jumlah pasukan yang 
2 mengambil bahagian 
Contohnya : 6 pasukan mengambil bahagian 
N (N-1) = 6 (6-1) 
2 2 
= 6x5 
2 
= 30 
2 
= 15 perlawanan 
atau 
ƒ Tulis angka 1, 2, 3, 4, 5, 6, 
ƒ Potongkan angka tertinggi iaitu 6 
ƒ Campurkan kesemua nombor tersebut 
ƒ Jumlah yang diperolehi ialah 15 
ƒ Ini bermakna jika 6 pasukan yang mengambil 
bahagian dalam kejohanan, jumlah perlawanan yang 
perlu disusun ialah 15 . 
Contoh penyusunan pertandingan liga 
Formula untuk menyusun jadual pertandingan liga ialah 
angka 1 dikekalkan kedudukannya, manakala angka-angka 
lain akan beralih mengikut pusingan jam atau 
sebaliknya. 
Contoh: 
atau 
1 lawan 2 
6 lawan 3 
5 lawan 4 
1 6 5 
lwn lwn lwn 
2 3 4
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
17 
Contoh susunan perlawanan 6 pasukan: 
1 lawan 2 
6 lawan 3 
5 lawan 4 
1 lawan 6 
5 lawan 2 
4 lawan 3 
1 lawan 5 
4 lawan 6 
3 lawan 2 
Susunan Susunan Susunan 
perlawanan 1 perlawanan2 perlawanan 3 
1 lawan 4 
3 lawan 5 
2 lawan 6 
1 lawan 3 
2 lawan 4 
6 lawan 5 
Susunan Susunan 
perlawanan 4 perlawanan 5 
Contoh menentukan kedudukan 
Keputusan pertandingan secara liga ditentukan dengan 
pengiraan seperti berikut dalam jadual 1 : 
P - Jumlah pertandingan 
M - Bilangan menang 
S - Bilangan seri 
K - Bilangan kalah 
J - Bilangan jaringan dibuat 
G - Bilangan gol kena 
Lazimnya pasukan yang menang bagi setiap 
pertandingan akan diberi dua mata, seri satu mata dan 
kalah tiada mata. 
Jadual 1 : Menentukan Kedudukan 
Pasukan P M S K J G Mata Kedudukan 
Pahlawan 3 2 1 0 9 1 5 1 
Perkasa 3 2 1 0 5 0 5 2 
Perwira 3 1 0 2 2 9 2 3 
Panglima 3 0 0 3 0 5 0 4
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
18 
Contoh Separa liga : 
(a) Liga 4 Kumpulan 
Pusingan pertama (12 pasukan atau lebih) 
Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam 
pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam 
kumpulan seperti berikut :- 
Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C Kumpulan D 
1. Johan 
1. Naib Johan 
1. Ketiga 
1. Keempat 
2. Undi 
2. Undi 
2. Undi 
2. Undi 
3. Undi 
3. Undi 
3. Undi 
3. Undi 
4. Undi 
4. Undi 
4. Undi 
4. Undi 
Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak 
mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya 
hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. 
Pusingan kedua ( suku akhir ) 
Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan 
akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingan 
akan dijalankan secara kalah mati. 
Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut : 
i. Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama 
KUMPULAN akan didahulukan untuk 
ditempatkan di Kedudukan 1, 3, 5 dan 7. 
ii. Undian bagi 2 Pasukan Pemenang Kedua 
KUMPULAN untuk ditempatkan di kedudukan 2 
atau 4, jika Pasukan Pemenang Pertama 
KUMPULANnya telah diundi dan ditempatkan di 
kedudukan 5 atau 7. Manakala 2 Pasukan 
Pemenang Kedua yang lain akan diundi juga 
untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8. 
iii. Pasukan-pasukan yang menang pada 
perlawanan separuh akhir akan memasuki 
perlawanan akhir bagi menentukan Johan dan
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
Naib Johan, sementara pasukan-pasukan yang 
kalah akan bermain untuk menentukan tempat 
Ketiga dan Keempat. 
19 
1 
2 
3 
4 
5 
6 
7 
8 
Suku Akhir Separuh Akhir Akhir 
Johan 
(b) Liga 3 kumpulan 
Pusingan pertama (9 hingga 11 pasukan) 
Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga dalam 
pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam 
kumpulan seperti berikut : 
Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C 
1. Johan 
1. Naib Johan 
1. Ketiga 
2. Undi 
2. Undi 
2. Undi 
3. Undi 
3. Undi 
3. Undi 
Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak 
mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya 
hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. 
Pusingan kedua 
i. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan 
ditempatkan ke dalam kumpulan X dan Y dengan 
mengadakan undian.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
20 
ii. Undian akan dibuat selepas sahaja tamat 
pusingan pertama. 
iii. Dari 3 Johan kumpulan, satu akan ditempatkan 
dalam Kumpulan X dan dua ditempatkan dalam 
Kumpulan Y. 
iv. Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di 
kumpulan lain dari Johan kumpulannya. 
Contoh: 
Kumpulan X Kumpulan Y 
Johan B 
Naib Johan A 
Naib Johan C 
Johan A 
Johan C 
Naib Johan B 
Pusingan akhir 
x Pemenang pertama dalam Kumpulan X lawan 
pemenang pertama Kumpulan Y untuk tentukan 
kedudukan Johan dan Naib Johan. 
x Pemenang kedua Kumpulan X lawan pemenang 
kedua Kumpulan Y untuk menentukan tempat ke-3 
dan ke-4. 
(c) Liga 2 kumpulan 
Pusingan pertama (6 hingga 8 pasukan) 
Johan dan Tempat Keempat dalam pertandingan tahun 
lalu akan ditempatkan dalam Kumpulan A dan naib johan 
serta tempat ketiga ditempatkan dalam Kumpulan B. 
Kumpulan A Kumpulan B 
1. Johan 
2. Tempat ke-4 
3. Undi 
4. Undi 
1. Naib Johan 
2. Tempat ke-3 
3. Undi 
4. Undi
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak 
mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya 
hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. 
Pusingan kedua 
21 
Separuh Akhir Akhir 
Pemenang 1 Kump.A 
(Kumpulan X) 
Pemenang 2 Kump.B 
Pemenang 1 Kump.B 
(Kumpulan Y) 
Pemenang 2 Kump.A 
Johan 
x Pasukan dalam kumpulan X dan Y akan bermain 
secara kalahmati. 
Pusingan akhir 
x Pemenang kumpulan X akan melawan pemenang 
kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib 
johan. 
x Kalah kumpulan X akan melawan kalah kumpulan 
Y untuk menentukan tempat ketiga dan keempat. 
(d) Liga 1 kumpulan 
Sekirannya lima atau kurang daripada lima pasukan yang 
bertanding, pertandingan secara liga satu pusingan 
dijalankan. 
Pasukan yang mengumpul mata terbanyak dikira sebagai 
johan. 
Lazimnya pertandingan cara liga satu pusingan diadakan 
apabila : 
(i) Bilangan pasukan yang kecil 
(ii) Masa 
(iii) Sumber kewangan 
(iv) Kemudahan dan 
(v) Bilangan pegawai
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
22 
3.2.3 Pertandingan kalah mati 
Sistem pertandingan ini menyingkirkan peserta atau 
pasukan yang kalah. Proses ini akan berterusan sehingga 
hanya terdapat seorang atau satu pasukan peserta yang 
tinggal. Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati iaitu 
kalah mati sekali dan kalah mati dua kali. 
(a) Kalah mati sekali 
Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas 
dikelolakan. Pemenang akan terus bertanding 
manakala yang kalah akan tersingkir . Sistem ini 
sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang 
terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, 
sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan 
sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik 
untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau 
peserta. 
(i) Bilangan peserta menunggu/bye 
Bilangan menunggu/bye dalam sistem per-tandingan 
ini boleh dikira dengan menggunakan 
angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan 
seterusnya. 
Contohnya: 14 pasukan bertanding 
x Bilangan penyertaan 
14 pasukan 
x Angka pangkat dua yang melebihi bilangan 
penyertaan 
16 
x Tolakkan angka pangkat dua dengan bilangan 
penyertaan 
16-14 = 2 
Hasil tolak adalah bilangan peserta 
menunggu/’bye’ 
x Peserta menunggu akan disebarkan dengan 
sama banyak di antara kumpulan atas dan 
kumpulan bawah.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
x Angka 16 adalah 4 kuasa 2: oleh itu bilangan 
pusingan ialah 4. Ini bermakna peserta johan 
akan berlawan sebanyak 4 pusingan. 
23 
(ii) Bilangan perlawanan 
Bilangan perlawanan yang dijalankan dapat dikira 
dengan cara menolak angka 1 daripada jumlah 
peserta atau pasukan 
(iii) Penempatan pilihan atau ‘seeded’ 
Peserta-peserta pilihan hendaklah ditempatkan 
secara adil dengan sebarannya yang menyeluruh. 
Panduan menempatkan peserta pilihan dalam 
pertandingan kalah mati adalah seperti berikut : 
x Peserta pilihan sepatutnya ditempatkan secara 
simetrikal 
x Jika terdapat 2 penanti, satu ditempatkan di 
bawah sekali dan satu lagi di atas sekali 
x Jika terdapat 4 penanti, aturan berikut perlu 
digunakan: 
) Penanti pertama ditempatkan di atas 
sekali dalam kumpulan atas. 
) Penanti kedua ditempatkan di bawah 
sekali dalam kumpulan bawah. 
) Penanti 4 diletakkan di bawah dalam 
kumpulan atau dan penanti 3 diletakkan 
di atas dalam kumpulan bawah atau 
penanti 3 dan 4 membuat undian 
menentukan kedudukan masing-masing. 
(b) Kalah mati dua kali 
Pertandingan cara ini memberi peluang kepada setiap 
peserta bermain sekurang-kurangnya dua kali sebelum 
tersingkir terus dari pertandingan. Peserta yang 
menang di peringkat awal akan memaju ke kanan untuk 
menjadi johan manakala peserta yang kalah 
ditempatkan ke kiri.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
24 
Sekiranya pemenang pertandingan datang dari 
kumpulan yang telah kalah sekali, maka pasukan yang 
tewas boleh meminta satu lagi perlawanan. 
KIRI KANAN 
1 
8 
1 
5 
Petunjuk : 
------------- Kalah 
________ Mati 
7 
1 
1 
4 
8 
3 
6 
8 
Contoh Format pertandingan kalah mati 2 kali . 
Jika dalam pertandingan ini 2 yang memenangi 
pertandingan akhir, maka 2 akan menyandang JUARA/ 
JOHAN, tetapi jika 1 yang memenangi pertandingan 
akhir, maka 2 berhak memohon untuk bertanding 
semula bagi menentukan JOHAN. 
1 
1 
2 
3 
4 
5 
6 
7 
8 
2 
3 
5 
7 
2 
5 
2 
1 
1
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
25 
3.2.4 Cabar mencabar 
(a) Pertandingan Sistem tangga 
Dalam sistem ini peserta yang di bawah boleh mencabar 
dua peserta lain yang berada di atasnya dengan 
mengikut kedudukannya. Keistimewaan bentuk ini ialah 
setiap peserta ditempatkan mengikut kebolehan mereka 
di akhir pertandingan. Sistem ini digunakan dalam 
pertandingan tinju. 
Peserta Kedudukan 
1 
2 
3 
4 
5 
6 
7 
8 
Jika peserta yang mencabar peserta di atas menang, 
peserta mencabar akan mengambil alih kedudukan 
peserta yang dicabar. Peserta dicabar akan turun satu 
tangga ke bawah. 
(b) Pertandingan bentuk piramid atau corong. 
Pertandingan bentuk ini boleh dijalankan dengan cara 
berlawan sesama sendiri mengikut tingkatnya pada 
peringkat awal. Peserta yang berjaya di kalangan 
mereka akan naik setingkat sehingga ke puncak piramid 
atau corong. 
1 
2 3 
4 5 6 
7 8 9 10 
11 12 13 14 15
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
26 
c) Pertandingan bentuk corong 
9 10 
6 7 8 
3.3 Peraturan Am Pertandingan 
3.3.1 Kepentingan Peraturan 
4 5 
3 
2 
1 
11 12 
Undang-undang dan peraturan pertandingan mengawal 
perjalanan perlawanan. Undang-undang dan peraturan 
diadakan sebagai panduan untuk penglibatan sesuatu program 
dan kejohanan. Untuk menjayakan sesuatu program atau 
kejohanan, undang-undang dan peraturan-peraturan perlu 
diadakan. 
3.3.2 Pertimbangan membuat Peraturan 
( guru dan murid berbincang tentang tajuk ini ) 
3.3.3 Peraturan Am Pertandingan Majlis Sukan Sekolah-sekolah 
Malaysia (MSSM) 
(i) Undang-Undang 
Undang-undang permainanan Antarabangsa yang berkuatkuasa 
semasa akan menjadi undang-undang rasmi pertandingan bagi 
peringkat umur 18 tahun dan ke bawah kecuali ada undang-undang 
khas yang menguasai pertandingan permainan MSSM.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
Manakala bagi peringkat umur 12 tahun dan ke bawah undang-undang 
permainan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja 
MSSM dan Jawatankuasa Teknik Permainan MSSM semasa 
akan menjadi undang-undang rasmi pertandingan. 
27 
(ii) Kelayakan 
(a) Peserta: 
x Pelajar-pelajar yang menghadiri kursus penuh di sekolah-sekolah 
rendah dan menengah yang berdaftar dan menjadi 
ahli Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri layak menyertai 
pertandingan permainan MSSM. 
x Pelajar-pelajar yang menunggu keputusan peperiksaan 
SPM/SPMV/STPM tidak layak menyertai semua 
pertandingan MSSM. 
x Mereka yang berdaftar dengan sekolah swasta selepas 
mendapat keputusan SPM/SPMV/STPM layak menyertai 
pertandingan permainan MSSM dengan syarat sekolah 
swasta berkenaan bergabung dengan Majlis Sukan Sekolah-sekolah 
Negeri. 
x Pelajar-pelajar yang ditempatkan di Akademi Permainan 
Kebangsaan dan Sekolah Sukan Kementerian Pendidikan 
Malaysia hendaklah mewakili negeri asal tempat ia 
bersekolah di dalam pertandingan MSSM. 
x Jika khidmat pelajar berkenaan tidak diperlukan oleh negeri 
asalnya maka ia dibenarkan bermain dengan negeri lain 
dengan syarat MSS Negeri berkenaan mendapatkan 
kebenaran daripada MSS Negeri asal pemain. 
x Pemain yang mewakili MSS Negeri lain tanpa mendapat 
kebenaran daripada MSS Negeri asalnya tidak dibenarkan 
bertanding ke Kejohanan MSSM dan tindakan disiplin 
hendaklah diambil terhadapnya oleh Urusetia MSSM. 
x Pemain yang BUKAN warganegara Malaysia dibenarkan 
mengambil bahagian di peringkat sekolah, daerah dan 
negeri sahaja. Kejohanan peringkat MSSM HANYA untuk 
warganegara Malaysia. 
(b) Sekolah 
Sekolah-sekolah yang berdaftar dan menjadi ahli gabungan 
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri layak menyertai 
pertandingan permainan MSSM.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
28 
(c) Negeri 
Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri adalah layak mengambil 
bahagian dalam pertandingan ini. Setiap negeri hanya berhak 
menghantar satu pasukan sahaja mengikut kumpulan umur 
dalam sesuatu pertandingan melainkan ada sesuatu ketetapan 
khas. 
(iii) Had umur peserta 
Had umur peserta-peserta bagi pertandingan permainan MSSM 
adalah seperti berikut: 
x 18 tahun dan ke bawah 
x 15 tahun dan ke bawah 
x 12 tahun dan ke bawah 
(a) Kiraan umur 18 tahun dan ke bawah, 15 tahun dan ke bawah, 
12 tahun dan ke bawah adalah pada 1 Januari tahun 
pertandingan. 
(b) Bagi peserta yang terbukti lewat pendaftaran kelahiran pada 
peringkat umur yang disertainya tidak layak menyertai 
pertandingan permainan MSSM. 
(c) Seseorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam 
satu kumpulan umur sahaja bagi satu jenis pertandingan dalam 
masa yang sama. 
(d) Selain daripada yang disebutkan seseorang peserta tidak 
dibenarkan menyertai pertandingan dalam kumpulan umur yang 
lebih tinggi daripada kumpulan umurnya melainkan ada sesuatu 
ketetapan khas. 
(e) Peserta peringkat umur 18 tahun dan ke bawah hendaklah 
bersedia menunjukkan kad pengenalan jika diminta oleh pihak 
pengelola pertandingan. Seseorang peserta yang hilang kad 
pengenalan mesti mempunyai surat pengesahan dengan 
gambar dari Pejabat Pendaftaran (Borang JPN 1/9 atau JPN 
1/11) dan salinan sijil beranak yang disahkan oleh pengetua 
sekolah peserta berkenaan. 
(f) Peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah 
melengkapkan borang pendaftaran pertandingan individu 
beserta gambar dengan menyertakan salinan sijil beranak yang 
disahkan oleh Guru Besar sekolah peserta berkenaan serta 
Setiausaha Agung MSS Negeri tersebut.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
(iv) Pendaftaran 
(a) Setiap MSS Negeri hanya dibenarkan menghantar bilangan 
29 
pegawai pasukan dan peserta seperti yang ditetapkan. 
(b) Pasukan yang ada peserta perempuan mesti ditemani oleh 
seorang Penolong Pengurus atau Jurulatih Wanita. 
(c) Pendaftaran Pegawai dan peserta dalam borang pendaftaran 
yang tertentu hendaklah disampaikan kepada pihak 
Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya 10 hari sebelum 
tarikh pertandingan dimulakan. Sebarang pindaan diborang 
pendaftaran tersebut hendaklah ditandatangani oleh Yang di 
Pertua/Setiausaha Agung Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri 
dengan cop rasmi. 
(d) Setiap MSS Negeri dikehendaki menghantar pengerusi teknik 
permainan negeri masing-masing ke mesyuarat pengerusi 
teknik permainan berkenaan yang diadakan serentak dengan 
kejohanan MSSM. 
(e) Setiap MSS Negeri dikehendaki menghantar pengadil/hakim 
bertauliah yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan 
Pendidikan sepertimana bilangan yang ditetapkan. 
(f) Sekiranya MSS Negeri yang mengelolakan pertandingan MSSM 
memerlukan khidmat Pengadil/Hakim selain daripada Pegawai 
Perkhidmatan Pendidikan, kebenaran daripada Urusetia MSSM 
hendaklah diperolehi. 
(g) Semua Pengurus/Pegawai Pasukan MSS Negeri hendaklah 
hadir di majlis taklimat yang diadakan oleh Jawatankuasa 
Pengelola. 
(v) Pakaian 
Jika kedua-dua pasukan memakai baju yang sama warnanya, pasukan 
yang mula-mula tercatat dalam jadual pertandingan hendaklah 
menukar warna bajunya. Walau bagaimanapun bagi permainan yang 
telah menetapkan warna khusus jersi MSS negeri oleh Jawatankuasa 
Teknik MSSM maka peraturan tersebut hendaklah dipatuhi. 
(vi) Bantahan 
(a) Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai 
pasukan berdaftar hendaklah diserahkan kepada Setiausaha 
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan atau wakilnya dengan 
disertakan wang pertaruhan sebanyak RM200.00. Wang 
tersebut tidak akan dikembalikan jika bantahan yang dibuat 
ditolak. 
(b) Tempoh penyerahan Bantahan Rasmi tertakluk kepada 
peraturan dan undang-undang permainan / sukan berkenaan.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
30 
(c) Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka 
selepas itu hendaklah dijalankan dengan keadaan bermain 
dalam bantahan. 
(vii) Lembaga Tatatertib 
(a) Lembaga ini terdiri daripada: 
x Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Jabatan Sekolah atau 
wakilnya sebagai pengerusi. 
x Pengerusi Jawatankuasa Teknik MSSM atau wakilnya. 
x Pengarah Bahagian Sekolah atau wakilnya. 
x Setiausaha Agung MSSM atau wakilnya. 
x Pengerusi Teknik permainan berkenaan. 
(b) Lembaga ini bertangunggungjawab untuk: 
x Mengambil tindakan mengenai disiplin murid, guru dan 
pegawai-pegawai kejohanan yang berkenaan bagi perkara-perkara 
seperti berikut : 
ƒ Memberi amaran 
ƒ Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu 
ƒ Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan 
x Menghantar laporan kepada Urusetia MSSM mengenai 
peristiwa yang telah berlaku selewat-lewatnya 14 hari 
selepas tamat kejohanan dan membuat syor atau cadangan 
mengenai jenis tindakan yang sewajarnya. Kes-kes yang 
lebih berat yang melibatkan disiplin pegawai hendaklah 
dilaporkan kepada Jawatankuasa Kerja MSSM untuk 
tindakan selanjutnya. 
x Pasukan, pegawai atau peserta yang digantung oleh 
sekolah, MSSD, MSSN atau MSSM hendaklah dilaporkan 
kepada Persatuan permainan negeri atau kebangsaan yang 
berkenaan. 
UNDANG-UNDANG 
LEMBAGA 
TATATERTIB BANTAHAN 
KELAYAKAN PENDAFTARAN 
HAD UMUR 
PESERTA 
PAKAIAN 
PERATURAN-PERATURAN 
AM 
PERTANDINGAN
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
31 
Unit 4 - Psikologi Sukan 
4.1 Asas Psikologi Sukan 
4.1.1 Konsep Psikologi Sukan 
Definisi: 
a. Psikologi 
Satu cabang kajian saintifik tentang perlakuan dan tingkah laku 
manusia (Wann, 1997). 
b. Psikologi Sukan 
Satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh 
sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, afektif serta kognitif 
keatas mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak 
langsung dengan aktiviti tersebut (Wann, 1997). 
Satu cabang kajian saintifik tentang perlakuan dan tingkah laku 
manusia dalam sukan 
4.1.2 Peranan Psikologis Sukan 
a. Penyelidik Psikologi Sukan - menyelidik serta menambahkan 
pengetahuan kita tentang bidang ini. 
b. Pendidik Psikologi Sukan - mengajar kemahiran psikologi 
serta bidang akademik dan melakukan kajian untuk 
menambahkan pengetahuan dalam bidang ini. 
c. Ahli psikologi sukan klinikal - membantu atlit menyelesaikan 
masalah yang bersifat klinikal seperti aneroxia dan 
patologikal. Lazimnya bersifat peribadi. 
4.1.3 Kaitan Antara Psikologi Sukan dengan Prestasi 
Kognitif: 
Tafsiran tentang perlakuan pelaku sebelum, semasa dan 
selepas sesuatu aktiviti.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
32 
Emosi: 
Kesan dalaman yang berlaku akibat dari tafsiran (kognitif) yang 
telah dilakukan. Ianya akan meningkatkan atau menurunkan 
prestasi atlit. 
Fizikal (Perlakuan/Psikomotor): 
Tindakan yang lahir dari tafsiran serta perasaan atlit. 
Fizikal 
Prestasi 
Kognitif Emosi 
Kaitan Antara Psikologi Sukan dengan Prestasi 
4.2 Motivasi 
4.2.1 Konsep Motivasi 
Definisi 
Arah dan intensiti usaha seseorang individu (Sage, 1977). Ianya 
bersifat neutral. 
a. arah - mendekati atau mengelakan diri dari situasi tertentu. 
b. intensiti usaha - takat usaha seseorang untuk mendekati 
atau mengelakkan diri dari situasi tersebut. 
Sumber 
a. Intrinsik (dalaman) - berdasarkan keyakinan diri, kebolehan, 
kemahuan dan keinginan untuk melakukan sesuatu aktiviti.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
b. Ekstrinsik (luaran) - berdasarkan ganjaran (positif/negatif), 
33 
orang tersayang, persekitaran. 
4.2.2 Motivasi dan Ganjaran 
Ganjaran yang diterima boleh meningkat atau menurunkan 
motivasi individu. 
a. Pemberian ganjaran berbentuk ekstrinsik seperti trofi, 
anugerah sukan ataupun biasiswa sukan yang ditafsirkan 
sebagai pengiktirafan terhadap kebolehan atlit, dapat 
meningkatkan motivasi intrinsik atlit tersebut. 
Pemberian ganjaran berbentuk intrinsik seperti pujian atau 
senyuman jurulatih yang ditafsirkan sebagai pengiktirafan 
terhadap kebolehan atlit dapat meningkatkan motivasi 
intrinsik atlit tersebut. 
b. Pemberian ganjaran berbentuk ekstrinsik seperti trofi, 
anugerah sukan ataupun biasiswa sukan yang ditafsirkan 
sebagai mengawal atlit tersebut akan mengurangkan 
motivasi intrinsik serta keseronokan atlit berkenaan. 
Pemberian ganjaran berbentuk intrinsik seperti kata-kata 
semangat atau perangsang yang ditafsirkan sebagai 
mengawal atlit tersebut akan mengurangkan motivasi 
intrinsik serta keseronokan atlit berkenaan. 
4.2.3 Kemahiran Memotivasikan Diri 
Antara teknik yang biasa digunakan untuk memotivasikan diri 
individu adalah penetapan matlamat perlakuan dan kata-kata 
rangsangan diri. 
a. Penetapan matlamat 
Satu proses kognitif yang digunakan untuk meningkatkan 
prestasi dengan membuat sasaran tertentu yang sentiasa 
dinilai sebagai panduan untuk mencapai sasaran tersebut.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
34 
Tahap-Tahap Penetapan Matlamat 
a. Matlamat Jangka Panjang 
Matlamat terakhir dalam perancangan seseorang atlit 
atau pasukan dalam mencapai sasaran yang ditetapkan. 
b. Matlamat Jangka Sederhana 
Matlamat pertengahan dalam perancangan seseorang 
atlit atau pasukan untuk menilai sama ada atlit atau 
pasukan tersebut berada di landasan yang betul untuk 
menepati matlamat terakhir. 
c. Matlamat Jangka Pendek 
Matlamat harian atau mingguan yang digunakan untuk 
menilai sama ada atlit atau pasukan tersebut berada di 
landasan yang betul untuk menepati matlamat jangka 
panjang. 
Matlamat tersebut memainkan peranan sebagai pemangkin 
untuk memotivasikan individu tersebut disamping menjadi 
panduan (kayu ukur) untuk menilai sama ada apa yang 
dirancangkan menepati matlamat. 
b. Kata-Kata Rangsangan Diri 
Kata-kata perangsang atau perkataan yang boleh digunakan 
untuk meningkatkan motivasi, keyakinan diri serta intensiti 
usaha seseorang individu atau pasukan. Boleh berbentuk 
slogan-slogan tertentu (Contoh: Malaysia Boleh) ataupun 
perkataan yang menggambarkan ciri-ciri tertentu ("kuat 
seperti harimau"), kata- kata hikmat ("andalah yang terbaik"), 
(you're the best) serta doa.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
35 
4.3 Kebimbangan 
4.3.1 Konsep Kebimbangan 
Definisi 
Perasaan yang subjektif berpunca dari tafsiran atau persepsi 
seseorang individu terhadap sesuatu situasi yang menghasilkan 
kebangkitan dan tekanan (Levitt, 1980). Antara kesan fisiologi 
kebangkitan ialah peningkatan kadar nadi, pernafasan yang 
cepat dan tidak teratur, menggeletar, tumpuan menjadi sempit 
dan otot mengecut. 
Jenis-Jenis Kebimbangan 
a. Kebimbangan berasaskan tret merujuk kepada ciri-ciri 
personaliti individu contohnya, individu yang semulajadi 
mempunyai ‘darah gemuruh’ yang tinggi. Individu ini akan 
mentafsir rangsangan di persekitaran sebagai menggugat 
diri mereka. Tafsiran ini akan meningkatkan lagi tahap 
kebimbangan mereka. 
b. Kebimbangan seketika (state) merujuk kepada tahap 
kebimbangan semasa yang terhasil dari tafsiran individu 
terhadap rangsangan yang terdapat di persekitarannya pada 
waktu itu. Bagi individu yang tinggi darah gemuruhnya, 
mereka akan mentafsirkan rangsangan tersebut sebagai 
sesuatu yang amat menekan. Kesannya tahap 
kebimbangan dan kebangkitan fisiologi mereka juga akan 
meningkat tinggi. Prestasi individu akan menurun dengan 
peningkatan tahap kebimbangan dan kebangkitannya. 
4.3.2 Proses Tafsiran Kebimbangan 
a. Rangsangan 
Perkara di persekitaran yang memberikan kesan kepada 
individu. Contohnya sorakan penonton, cuaca ataupun 
pesaing yang terlibat dalam situasi tersebut.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
36 
b. Tafsiran 
Analisis individu terhadap rangsangan yang dihadapi. 
Tafsiran boleh bersifat positif ataupun negatif. 
c. Pelakuan 
Tindakan yang diambil oleh individu berdasarkan kepada 
tafsiran yang telah dibuat. Sekiranya tafsiran yang dibuat 
terhadap rangsangan adalah positif, tindakan yang bakal 
diambil adalah positif dan sebaliknya. Sekiranya seorang atlit 
merasakan bahawa beliau berpeluang untuk berjaya dalam 
acara 100 meter, beliau akan berusaha untuk berlari dengan 
baik. Sebaliknya, sekiranya seorang atlit merasakan bahawa 
beliau tidak berpeluang untuk berjaya dalam acara 100 
meter, beliau tidak akan berusaha untuk memberikan 
saingan. 
Tindakan yang dihasilkan akan memberi kesan kepada 
individu tersebut khususnya apabila menghadapi situasi 
yang serupa di masa hadapan. 
4.3.3 Kemahiran Mengawal Kebimbangan 
Antara teknik psikologi yang boleh digunakan untuk 
mengurangkan kebimbangan adalah terapi pernafasan, 
pemusatan (centering), teknik relaksasi dan visualisasi. 
a. Terapi pernafasan 
Teknik : Menarik satu nafas yang panjang dan meng-hembuskannya 
perlahan-lahan. Dilakukan 
berulang kali sehingga berasa tenang atau releks. 
Tujuan : Menghasilkan rasa tenang atau releks. Berkesan 
untuk mengurangkan kebimbangan tret dan 
kebimbangan seketika 
b. Pemusatan (centering) 
Teknik : Menarik nafas yang panjang seperti terapi 
pernafasan serta menumpukan perhatian 
(pemusatan) kepada titik di belakang pusat dan di 
tengah badan kita (center). Dilakukan dalam 
keadaan berdiri pada kedudukan yang selesa. 
Tujuan : Melahirkan ketenangan serta meningkatkan 
konsentrasi. Berkesan untuk mengurangkan 
kebimbangan tret dan kebimbangan seketika.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
37 
c. Relaksasi 
Teknik : Mengecut dan merelakskan otot secara progresif. 
Boleh dilakukan secara duduk atau berbaring. 
Tujuan : Mengurangkan tekanan serta ketegangan otot 
dengan memfokus kepada rasa otot tersebut. 
Memantau otot yang tertekan serta 
merelakskannya bila perlu. Berkesan untuk 
mengurangkan kebimbangan tret dan 
kebimbangan seketika. 
d. Visualisasi 
Teknik : Membayangkan sesuatu yang boleh 
menenangkan individu apabila mereka berada 
dalam keadaan tertekan atau bimbang. 
Tujuan : Mengurangkan kebimbangan tret dan 
kebimbangan seketika. 
4.4 Atribusi 
4.4.1 Konsep Atribusi 
Definisi 
Atribusi adalah bagaimana seseorang individu cuba untuk 
menjelaskan, memahami serta menjangka sesuatu situasi 
berdasarkan kepada persepsi kognitif. Ia merangkum persepsi 
dan tafsiran individu tersebut mengenai sesuatu situasi yang 
telah berlaku. Atribusi akan mempengaruhi sikap, perlakuan, 
keyakinan serta motivasi individu tersebut. 
Berdasarkan kepada penyataan tentang keterangan di atas 
bahawa di akhir atau di penghujung sesuatu proses pencapaian, 
seseorang individu akan mencari penyebab kepada pencapaian 
mereka sama ada mereka berjaya atau gagal. 
4.4.2 Dimensi Penyebab Atribusi 
Berdasarkan pendekatan ini, sesuatu yang berlaku adalah 
disebabkan oleh tiga dimensi iaitu: 
a. Lokus Penyebab (locus of causality) 
Sesuatu yang berlaku ditafsirkan sebagai berpunca dari 
faktor dalaman atau luaran individu tersebut. Contohnya 
apabila seorang gimnas gagal dalam acaranya, beliau akan 
melihat sama ada kegagalan tersebut berpunca dari
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
38 
kekurangan kemahiran beliau (dalaman) atau pun kerana 
alatan yang kurang sempurna (luaran). 
b. Kestabilan (stability) 
Merujuk kepada kestabilan faktor penyebab dalam tempoh 
masa tertentu. Sekiranya gimnas tadi dapat meningkatkan 
kemahirannya (tidak stabil), berkemungkinan besar gimnas 
tadi akan berjaya dalam acara tersebut. Sekiranya gimnas 
tadi mengatributkan kejayaan beliau kepada ketinggian 
(stabil), kemungkinan besar gimnas tadi akan berjaya. 
c. Kebolehkawalan (controllability) 
Kebolehkawalan merujuk sama ada faktor penyebab berada 
di dalam atau di luar kawalan individu tersebut. Dalam kes 
gimnas di atas, kekurangan kemahiran merupakan elemen di 
dalam kawalan sementara alatan tadi merupakan elemen di 
luar kawalan beliau. 
Atribusi yang terbentuk, diproses mengikut dimensi 
penyebab. Dimensi ini akan mempengaruhi perlakuan masa 
depan melalui pengaruhnya ke atas reaksi afektif dan 
jangkaan masa depan yang terbentuk. 
4.4.3 Kesan Atribusi 
a. Perubahan lokus kawalan dari dalaman ke luaran boleh 
mengurangkan kesungguhan ataupun daya saing seseorang 
individu. 
b. Individu yang mempunyai tahap motivasi pencapaian yang 
tinggi lazimnya mempunyai atribusi dalaman yang tinggi. 
c. Guru dan jurulatih perlu meningkatkan keyakinan serta 
keupayaan diri atlit dengan membuat atribusi yang sesuai 
apabila berjaya atau gagal dalam sesuatu tugasan: 
kejayaan dikaitkan dengan penyebab yang stabil dan 
dalaman, sementara kegagalan dikaitkan dengan penyebab 
yang tidak stabil dan dalaman (hingga ke satu tahap sahaja).
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
39 
4.5. Keagresifan 
4.5.1 Konsep Keagresifan 
Definisi 
Perlakuan atau tindakan yang bermatlamat untuk menyakitkan 
atau mengakibatkan kecederaan fizikal serta mental kepada 
benda hidup yang berusaha untuk mengelakkan tindakan 
tersebut (Silva, 1981). 
4.5.2 Klasifikasi Keagresifan 
Keagresifan boleh diklasifikasikan kepada tiga tahap yang 
berbeza: 
a. Keagresifan Kasar atau Ketara (hostile) 
Bertujuan mencederakan individu lain dengan niat untuk 
melihat individu tersebut menderita kesakitan. Faktor 
penggalak kepada tindakan ini adalah melihat kecederaan 
dan penderitaan yang dialami oleh mangsa. Tindakan ini 
lazimnya didorong oleh rasa marah dan kecewa pelaku. 
Contohnya, seorang pemain bola keranjang dengan 
sengaja menjatuhkan lawannya. 
b. Keagresifan Instrumental 
Bertujuan mencederakan individu yang lain dengan niat 
untuk mendapatkan ganjaran tertentu. Kecederaan berlaku 
kerana ianya perlu bagi mencapai matlamat tersebut. 
Contohnya seorang peninju yang terpaksa menjatuhkan 
lawannya untuk memenangi sesuatu perlawanan. 
c. Keagresifan Asertif 
Bertujuan bermain mengikut peraturan. Penggunaan daya 
fizikal serta perkataan dalam permainan atau perlawanan 
adalah mengikut peraturan permainan yang telah ditetapkan. 
Individu ini tidak berniat untuk mendatangkan kecederaan 
kepada orang lain. 
4.5.3 Faktor Yang Mempengaruhi Keagresifan 
Faktor utama yang mempengaruhi keagresifan dalam sukan 
boleh dibahagikan kepada dua faktor utama iaitu : 
a. Psiko-Fisiologikal 
Berkait rapat dengan tafsiran seseorang individu. Sekiranya 
individu tersebut merasakan (tafsiran) bahawa beliau
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
40 
diancam (lawan bermain kasar) secara fizikal atau lisan, 
individu tersebut akan bertindak mengikut tafsiran yang telah 
diputuskan (tindak balas/mempertahankan diri). Tindakan ini 
melibatkan kebangkitan (peningkatan kadar nadi, tumpuan 
menjadi sempit, tindakan fizikal yang keterlaluan) 
b. Faktor Semasa 
i. Suhu - semakin tinggi suhu di persekitaran, semakin 
tinggi kemungkinan untuk bertindak agresif. 
ii. Perbezaan mata/jaringan - semakin jauh perbezaan 
jaringan atau mata, semakin tinggi kemungkinan tindakan 
agresif dilakukan oleh pihak yang ketinggalan. 
iii. Pengaruh penonton - sorakan dan ejekan penonton 
(pihak lawan dan penyokong sendiri) boleh menjadi 
pemangkin kepada keagresifan dikalangan pemain. 
iv. Tempoh masa permainan - berdasarkan kajian, 
keagresifan lazimnya berlaku di pertengahan 
permainan. Bagaimanapun, faktor-faktor tertentu seperti 
perbezaan mata atau tempoh masa (minit-minit terakhir) 
juga menjadi penentu kepada tindakan agresif.

More Related Content

What's hot

Modul Latihan Sukan Bola Sepak
Modul Latihan Sukan Bola SepakModul Latihan Sukan Bola Sepak
Modul Latihan Sukan Bola SepakSekolah
 
Olahraga sek men
Olahraga sek menOlahraga sek men
Olahraga sek menmazmi539
 
Badminton sekolah rendah
Badminton sekolah rendahBadminton sekolah rendah
Badminton sekolah rendahzainudinmpti
 
Olahraga sekolah menengah
Olahraga sekolah menengahOlahraga sekolah menengah
Olahraga sekolah menengahSun Lam
 

What's hot (13)

Buku panduan pengurusan olahraga di sekolah
Buku panduan pengurusan olahraga di sekolahBuku panduan pengurusan olahraga di sekolah
Buku panduan pengurusan olahraga di sekolah
 
Bola baling sekolah menengah
Bola baling sekolah menengahBola baling sekolah menengah
Bola baling sekolah menengah
 
Bolajaringsr
BolajaringsrBolajaringsr
Bolajaringsr
 
Modul Latihan Sukan Bola Sepak
Modul Latihan Sukan Bola SepakModul Latihan Sukan Bola Sepak
Modul Latihan Sukan Bola Sepak
 
Olahraga sek men
Olahraga sek menOlahraga sek men
Olahraga sek men
 
Olahraga Sekolah Rendah
Olahraga Sekolah RendahOlahraga Sekolah Rendah
Olahraga Sekolah Rendah
 
Badminton sekolah rendah
Badminton sekolah rendahBadminton sekolah rendah
Badminton sekolah rendah
 
Pingpongsr
PingpongsrPingpongsr
Pingpongsr
 
Bola jaring sekolah rendah
Bola jaring sekolah rendahBola jaring sekolah rendah
Bola jaring sekolah rendah
 
Bola jaring sekolah menengah
Bola jaring sekolah menengahBola jaring sekolah menengah
Bola jaring sekolah menengah
 
Olahraga sekolah menengah
Olahraga sekolah menengahOlahraga sekolah menengah
Olahraga sekolah menengah
 
Ping pong sekolah menengah
Ping pong sekolah menengahPing pong sekolah menengah
Ping pong sekolah menengah
 
Bolasepaksm
BolasepaksmBolasepaksm
Bolasepaksm
 

Similar to Bs ssukan t4_4

51 nota t4
51 nota t451 nota t4
51 nota t4Selvery
 
pdfslide.net_sukan-untuk-semua (1).ppt
pdfslide.net_sukan-untuk-semua (1).pptpdfslide.net_sukan-untuk-semua (1).ppt
pdfslide.net_sukan-untuk-semua (1).pptROHIZAM RASTAM
 
sukan bola jaring sekolah rendah.pdf
sukan bola jaring sekolah rendah.pdfsukan bola jaring sekolah rendah.pdf
sukan bola jaring sekolah rendah.pdfAngelina323934
 
dokumen.tips_modul-latihan-sukan-bola-jaring.pdf
dokumen.tips_modul-latihan-sukan-bola-jaring.pdfdokumen.tips_modul-latihan-sukan-bola-jaring.pdf
dokumen.tips_modul-latihan-sukan-bola-jaring.pdfemylia1411
 
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Bola Tampar) Se...
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Bola Tampar) Se...Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Bola Tampar) Se...
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Bola Tampar) Se...Adila Dila
 
Manual kelab bola tampar rendah
Manual kelab bola tampar rendahManual kelab bola tampar rendah
Manual kelab bola tampar rendahJes Tan
 
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sekolah Rendah (Bola Jaring) S...
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sekolah Rendah (Bola Jaring) S...Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sekolah Rendah (Bola Jaring) S...
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sekolah Rendah (Bola Jaring) S...Adila Dila
 
Bolajaring sekolah rendah
Bolajaring sekolah rendahBolajaring sekolah rendah
Bolajaring sekolah rendahJantai Jubin
 
Bolajaring sekolah rendah
Bolajaring sekolah rendahBolajaring sekolah rendah
Bolajaring sekolah rendahJantai Jubin
 
Modul Latihan Sukan Bola Jaring
Modul Latihan Sukan Bola JaringModul Latihan Sukan Bola Jaring
Modul Latihan Sukan Bola JaringSekolah
 

Similar to Bs ssukan t4_4 (20)

51 nota t4
51 nota t451 nota t4
51 nota t4
 
Sains sukan
Sains sukanSains sukan
Sains sukan
 
1 konsep-sains-sukan-tingkatan-4
1 konsep-sains-sukan-tingkatan-41 konsep-sains-sukan-tingkatan-4
1 konsep-sains-sukan-tingkatan-4
 
pdfslide.net_sukan-untuk-semua (1).ppt
pdfslide.net_sukan-untuk-semua (1).pptpdfslide.net_sukan-untuk-semua (1).ppt
pdfslide.net_sukan-untuk-semua (1).ppt
 
Konsep sukan rekreasi
Konsep sukan rekreasiKonsep sukan rekreasi
Konsep sukan rekreasi
 
1314146710
13141467101314146710
1314146710
 
Nota PJM 3112
Nota PJM 3112Nota PJM 3112
Nota PJM 3112
 
Olahraga
OlahragaOlahraga
Olahraga
 
Basket Ball
Basket BallBasket Ball
Basket Ball
 
sukan bola jaring sekolah rendah.pdf
sukan bola jaring sekolah rendah.pdfsukan bola jaring sekolah rendah.pdf
sukan bola jaring sekolah rendah.pdf
 
dokumen.tips_modul-latihan-sukan-bola-jaring.pdf
dokumen.tips_modul-latihan-sukan-bola-jaring.pdfdokumen.tips_modul-latihan-sukan-bola-jaring.pdf
dokumen.tips_modul-latihan-sukan-bola-jaring.pdf
 
Bolajaringsm
BolajaringsmBolajaringsm
Bolajaringsm
 
Bolasepaksr
BolasepaksrBolasepaksr
Bolasepaksr
 
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Bola Tampar) Se...
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Bola Tampar) Se...Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Bola Tampar) Se...
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Bola Tampar) Se...
 
Manual kelab bola tampar rendah
Manual kelab bola tampar rendahManual kelab bola tampar rendah
Manual kelab bola tampar rendah
 
Keranjangsr
KeranjangsrKeranjangsr
Keranjangsr
 
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sekolah Rendah (Bola Jaring) S...
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sekolah Rendah (Bola Jaring) S...Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sekolah Rendah (Bola Jaring) S...
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sekolah Rendah (Bola Jaring) S...
 
Bolajaring sekolah rendah
Bolajaring sekolah rendahBolajaring sekolah rendah
Bolajaring sekolah rendah
 
Bolajaring sekolah rendah
Bolajaring sekolah rendahBolajaring sekolah rendah
Bolajaring sekolah rendah
 
Modul Latihan Sukan Bola Jaring
Modul Latihan Sukan Bola JaringModul Latihan Sukan Bola Jaring
Modul Latihan Sukan Bola Jaring
 

Bs ssukan t4_4

  • 1. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 1 TUNJANG 1 : PENGENALAN SAINS SUKAN Unit 1 – Konsep 1.1 Definisi Sains Sukan Sains Sukan ialah satu kajian yang sistematik yang membabitkan sains dalam sukan. Ia melibatkan perubatan fisioterapi, pemakanan, biokimia, anatomi, fisiologi, psikologi sosio dan biomekanik. 1.2 Kepentingan Sukan Sains Sukan adalah penting dari aspek prestasi sukan, kesihatan, rekreasi, ekonomi dan kerjaya. 1.2.1 Prestasi Sukan Pengetahuan tentang sains sukan dapat membantu atlit dan jurulatih dalam peningkatan prestasi latihan motor dan program latihan yang lebih sistematik. 1.2.2 Kesihatan Atlit mengetahui cara-cara menjalankan aktiviti bersukan dengan betul. Pengetahuan ini dapat membantu atlit meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan menyeluruh dan mengelak daripada berlaku kecederaan. Selain itu, atlit mengetahui diet yang sesuai mengikut keperluan sukan masing-masing untuk mengekalkan prestasi. 1.2.3 Rekreasi Pengetahuan sains sukan bukan sahaja dapat dimanfaatkan dalam peningkatan prestasi atlit tetapi juga semasa mereka berekreasi. 1.2.4 Ekonomi Sains sukan dapat membantu meningkatkan` ekonomi negara dengan adanya tajaan, pelancongan, kajian saintifik dan peralatan sukan.
  • 2. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 2 1.2.5 Kerjaya Perkembangan sukan di tanah air, mewujudkan peluang-peluang kerjaya dalam bidang yang berkaitan dengan sukan.Kerjaya ini merangkumi jurulatih, pegawai-pegawai sukan dan atlit-atlit yang berpengetahuan sains sukan. Peluang-peluang pekerjaan dan pendidikan dalam bidang sukan adalah luas. 1.3 Dasar Sukan Negara Dasar Sukan Negara merupakan dokumen yang komprehensif ke arah perkembangan, kemajuan dan pembangunan sukan negara. Penggubalannya melibatkan beberapa pihak seperti agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela dan orang perseorangan yang mempunyai kepakaran dan kepentingan dalam bidang sukan. Dasar ini telah digubal pada 20 Januari 1988 dan merupakan satu dasar sukan untuk semua. Dasar ini merangkumi sukan untuk semua dan sukan prestasi tinggi atau kecemerlangan. (a) Sukan Massa ( Sukan untuk semua ) Sukan untuk semua bertujuan untuk pengekalan dan peningkatan tahap kesihatan dan kesejahteraan anggota masyarakat. Sukan Massa adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti rekreasi fizikal dan sukan yang berlaku secara spontan atau diuruskan dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih luas dan bukan semata-mata untuk pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. (b) Sukan untuk kecemerlangan Sukan untuk kecemerlangan adalah sukan pertandingan yang diuruskan mengikut peraturan dan syarat-syarat Persekutuan-persekutuan Sukan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi menentukan pemenang.
  • 3. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 3 1.3.1 Rasional Dasar Sukan Negara Rasional dasar ini boleh dikaji dari aspek sumbangan sukan kepada individu, masyarakat dan negara. (a) Peringkat Individu x Pembentukan sahsiah, kesedaran dalam diri individu dan membangkitkan semangat pertandingan. x Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal. x Memanfaatkan masa senggang. x Mengurangkan tekanan hidup . x Interaksi sosial yang bermakna. x Perkembangan kemahiran-kemahiran asas. (b) Peringkat Masyarakat x Menggalakkan pembinaan kualiti fizikal dan moral masyarakat sesuai dengan aspirasi nasional. x Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pemupukan perhubungan komuniti yang lebih baik dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara. x Meningkatkan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti. x Mencegah jenayah remaja dengan memanfaatkan masa lapang. (c) Peringkat Antarabangsa x Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi. x Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukan antara bangsa. x Memupuk persahabatan. 1.3.2 Objektif Dasar Sukan Negara x Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu melalui penyertaan yang meluas dan peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat. x Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi individu melalui sukan. x Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan kebajikan sosial individu dan kenikmatan masa senggang di kalangan orang awam.
  • 4. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 4 x Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan muhibah dan imej negara dapat dipertingkatkan . 1.3.3 Strategi dan Pelaksanaan Dasar Kedua-dua bidang sukan iaitu sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan hendaklah dibangunkan serentak. Objektif-objektif dasar ini dapat dicapai dengan memberi penekanan pada aspek-aspek yang berikut : Perancangan Pertubuhan-pertubuhan sukan hendaklah mengadakan program-program jangka panjang dengan struktur yang baik untuk pembangunan ahli sukan, jurulatih, pentadbir dan pegawai sukan. Dalam merancang program-program jangka panjang untuk sukan prestasi tinggi, perkara-perkara yang berikut perlu dipertimbangkan: x Jenis sukan yang lebih maju dari aspek kemudahan dan penyertaan sedia ada. x Jenis sukan yang sesuai dengan bentuk fizikal masyarakat Malaysia. Organisasi Sukan di negara ini dapat dimajukan dengan adanya kerjasama antara pelbagai badan sukan dengan kerajaan untuk menyelaraskan satu program yang bersepadu. Satu jawatankuasa tetap hendaklah ditubuhkan untuk menentukan perhubungan yang lebih rapat di kalangan organisasi-organisasi tersebut. Majlis Sukan Negara (MSN) dapat membantu dalam menyediakan jentera ini bagi sukan berprestasi tinggi. Kementerian Belia dan Sukan perlu mewujudkan mekanisma ini untuk menyelaraskan program sukan massa. Mekanisme ini perlu menggalakkan sukan massa dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang berlandaskan konsep MALAYSIA CERGAS di kalangan rakyat Malaysia. MALAYSIA CERGAS merupakan satu program yang berdasarkan kepada konsep sukan untuk semua. Melalui program ini masyarakat mengamalkan gaya hidup yang
  • 5. BUKU SUMBER SAINS SUKAN aktif melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi fizikal. Tema ini menekankan kecergasan fizikal dan kesihatan mental ke arah peningkatan produktiviti dan mengukuhkan perhubungan sosial dan perhubungan antara kumpulan etnik. Kementerian Pendidikan Malaysia pula memainkan peranan dengan memperuntukkan masa yang cukup untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan kokurikulum di sekolah. Selain itu, Bahagian Pendidikan Guru dipertanggungjawabkan melatih guru-guru yang berkebolehan mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani di maktab-maktab. Di institusi pengajian tinggi, aktiviti-aktiviti sukan juga digalakkan di kalangan siswa. Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) berperanan mengalak dan menyelaraskan semua aktiviti sukan di dalam pelbagai perkhidmatan awam. Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merupakan badan induk kepada semua persatuan sukan kebangsaan. Tanggungjawab utama ialah menggalakan sukan di kalangan rakyat untuk pergerakan Olimpik. MOM berkerja rapat dengan MSN dalam hal pemilihan dan latihan atlit untuk pertandingan peringkat antarabangsa. 5 Personel Badan-badan sukan disemua peringkat hendaklah melantik personel bertauliah dan berpengalaman bagi merancang, melaksana dan menilai program sukan. Kewangan Yayasan sukan kebangsaan membiayai kegiatan-kegiatan sukan berprestasi tinggi dan sukan massa. Sumber kewangan boleh diperolehi daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, sektor korporat dan individu. Sumbangan-sumbangan hendaklah dikecualikan dari cukai. Persatuan-persatuan hendaklah mempertingkatkan strategi pemasaran aktiviti mereka. Yayasan sukan kebangsaan perlu diwujudkan. Insentif Pegawai-pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang mewakili negara haruslah diberi pengiktirafan dan insentif . Insentif-insentif ini boleh berbentuk biasiswa, penganugerahan, cuti, elaun sara hidup, perlindungan insuran, perbelanjaan untuk latihan dan yuran pendidikan. Selain itu kemasukan atlit ke
  • 6. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 6 pusat pengajian tinggi , adalah berdasarkan syarat akademik yang minimum dalam displin yang dipohon. Kemudahan Kementerian Belia dan Sukan akan menyediakan kemudahan-kemudahan sukan massa, sukan berprestasi tinggi dan sukan untuk golongan istimewa. Organisasi ini juga bertanggungjawab menyelaras perancangan dan agihan kemudahan sukan. Di peringkat negeri, kerajaan negeri menyediakan kemudahan sukan untuk negeri masing-masing. Sektor-sektor korporat dan badan sukarela juga memainkan peranan melengkapi usaha-usaha kerajaan dalam pembinaan kemudahan-kemudahan sukan. Am Kerajaan haruslah mengurangkan cukai-cukai dan eksais ke atas peralatan sukan supaya lebih ramai orang mampu memperolehinya pada harga yang murah. Secara tidak langsung lebih ramai penduduk negara ini melibatkan diri dalam sukan. Pengusaha-pengusaha tempatan juga boleh memainkan peranan dalam usaha ini. Mereka digalakkan menghasilkan peralatan-peralatan sukan . Di peringkat institusi pendidikan, beberapa buah sekolah ditubuhkan khas sebagai pusat kecemerlangan untuk menggalakkan pembangunan beberapa jenis sukan tertentu seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar serta pusat tunas cemerlang di setiap negeri. Institut Sukan Negara memainkan peranan dalam penyelidikan dan pembangunan sukan di negara ini. Kerjasama daripada media massa dan pelbagai organisasi diperlukan untuk menyebarkan dapatan penyelidikan dan mempromosikan sukan.
  • 7. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 7 1.4 Etika dan Patriotisme dalam Sukan Setiap individu yang terlibat dalam sukan haruslah mengamalkan etika kesukanan dan menanam semangat patriotisme di dalam sanubari mereka. Segala tindak-tanduk atlit melambangkan imej negara. Oleh itu, atlit dan bakal atlit negara haruslah berdisiplin, bermoral mempunyai perasaan cinta akan negara tanah air. Sikap ini boleh dipamerkan melalui semangat kesukanan semasa bertanding. Mereka haruslah akur pada peraturan dan undang-undang pertandingan. Segala keputusan pertandingan haruslah dihormati dan dipatuhi. Atlit haruslah mengelak daripada mengambil tindakan sendiri apabila timbul ketidakpuasan hati di kalangan mereka. Segala masalah ketidakpuasan hati mereka hendaklah diketengahkan kepada pihak berkenaan untuk dirunding dan diselesaikan secara profesional. Pegawai sukan juga tidak terlepas daripada etika kesukanan. Pegawai sukan perlu berdisiplin bertanggungjawab amanah serta mempunyai nilai-nilai positif. Penonton juga boleh mempamerkan semangat patriotisme terhadap negara dengan memberi sokongan kepada atlit berlandaskan etika kesukanan. Slogan-slogan seperti MALAYSIA BOLEH dan SUKAN UNTUK NEGARA telah menanamkan dan meningkatkan semangat patriotisme di kalangan atlit dan masyarakat. 2. SEJARAH PERKEMBANGAN SAINS SUKAN 2.1 Sejarah Perkembangan Sains Sukan Sejarah perkembangan sains sukan di negara kita secara khususnya adalah tidak nyata dan tersurat. Namun demikian perkembangan sains sukan adalah bermula dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan unsur-unsur sains dalam pengajaran dan pembelajaran. Tujuan kecemerlangan sukan telah memusatkan sains sukan sebagai satu disiplin ilmu. Perkembangan sejarah sukan dan sains sukan boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. (i) Peringkat Awalan Aktiviti sukan telah dikesan sejak zaman tamadun Yunani, Rom, China dan Islam. Pada kurun ke-18,
  • 8. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 8 semua lapisan masyarakat secara menyeluruh telah melibatkan diri dalam sukan. Ini adalah berpunca dari tiga peristiwa penting yang telah berlaku antara tahun 1762 hingga 1789. 1762 Jean Jacques Rousseau telah menerbitkan buku Emile di mana beliau menggalakkan setiap individu melibatkan diri dalam sukan kerana aksi dan pergerakan sukan adalah satu bentuk aktiviti yang ideal dan memanfaatkan kepada manusia. 1777 Era perindustrian bemula dengan penciptaan enjin stim oleh James Watt. Masa pekerjaan bertambah dan ini menyebabkan ramai orang tidak ada masa untuk rekreasi. 1789 Rusuhan dan penaklukan penjara Bastile, Perancis telah memulakan Revolusi Perancis di mana pembahagian masyarakat mengikut kelas (golongan bangsawan dan petani) telah dihapuskan. Pada kurun ke-18, banyak aktiviti sukan seperti tenis, lumba kuda dan lawan pedang adalah terhad kepada golongan atasan sahaja. Hasil dari buku Emile oleh Rousseau, satu kajian telah dijalankan di Amerika Syarikat pada tahun 1970an dan didapati 10% daripada jumlah penduduk negara tersebut gemar berjogging. Perkembangan masyarakat ‘moden’ terutamanya dalam negara-negara Barat dapat dilihat dengan perjuangan untuk melibatkan semua lapisan masyarakat dalam aktiviti sukan. Pada awal dan pentengahan abad ke-20, mata pelajaran Pendidikan Jasmani telah dimasukkan dalam kurikulum sekolah Amerika Syarikat dan England. Pada masa itu, penglibatan sukan adalah cenderung kepada kaum lelaki sahaja. Kebanyakan aktiviti berbentuk ketenteraan.
  • 9. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 9 (ii) Peringkat Pertengahan Unsur-unsur sains sukan telah mula diperkenalkan secara tidak langsung pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 di mana pergerakan manusia dan aktiviti sukan dianalisiskan. Pada tahun 1878, Edward Muybridge telah mencipta kaedah penggambaran aksi berjalan dan larian manusia dan kuda. H. Piper (1907) seorang bangsa German telah menggunakan elektromiogram (EMG) untuk mengukur impuls elektrik yang dihasilkan oleh otot manusia semasa pergerakan. Kaedah ini telah digunakan dalam aksi sukan pada tahun 1970an dan 1980an. Pada pertengahan abad ke-20, kajian-kajian sains berkaitan dengan sukan seperti antropometri, biologi, biomekanik, fisiologi dan sosiologi mula berkembang dengan pesat. Hasil kajian dan sumbangan saintis-saintis sukan telah dibukukan dan dijilidkan dalam jurnal. (iii) Peringkat Terkini Pada masa kini terdapat ramai saintis sukan yang terlibat dalam penyelidikan sukan. Mereka menggunakan kaedah-kaedah dan alatan-alatan yang canggih dan berteknologi tinggi. Ini terbukti dengan kehadiran lebih 2000 saintis sukan semasa Kongres Sains Sukan dunia anjuran Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) kali ketiga di Atlanta, Amerika Syarikat pada tahun 1995. Penyelidikan sains sukan pada mulanya berlandaskan kepada pendidikan jasmani (1950an) dan kemudian berkembang menjadi satu disiplin tersendiri pada akhir 1960an dan awal 1970an. Pakar-pakar disiplin sains yang lain menyumbang dalam kajian dan penyelidikan dalam sukan. Contohnya M.R. Yeadon (1993) seorang pakar matematik mengkaji aksi kuang hadapan dan kuang belakang dalam gimnastik dan merumuskan persamaan-persamaan matematik terhadap aksi tersebut. Kajian-kajian saintifik dalam sukan telah menghasilkan atlit bertaraf dunia di negara Asia. Penemuan servis sepak kuda dalam sepak takraw telah dikaji oleh saintis sukan negara Thailand. Hasil kajian ini didapati berkesan dan menjadi popular di kalangan atlit negara lain.
  • 10. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 10 Atlit negara China juga telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam beberapa acara sukan khususnya gimnastik, renang dan terjun. Elemen-elemen sains sukan diberi tumpuan dalam pendidikan dan diterapkan dalam melatih atlit-atlit sukan. Saintis sukan di negara China juga banyak menjalankan kajian untuk meningkatkan kualiti sukan negara. Penyelidik sukan di negara Korea telah merekacipta kasut memanah yang dapat membantu meningkatkan prestasi sukan ini. Kasut ini telah mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa. Para saintis sukan pula mula meluaskan bidang kajian mereka kepada pergerakan yang tidak berkaitan dengan sukan seperti rehabilitasi anggota akibat penyakit atau kemalangan terhadap aksi anggota tiruan (prostetik). Kajian-kajian sains sukan pada masa kini berbentuk pendekatan gabungan disiplin-disiplin sains yang lain (multidisciplinary approach). Contohnya, kajian meningkatkan prestasi atlit supaya memuncak pada masa yang tepat melibatkan kepakaran fisiologi, biokimia, psikologi, antropometri dan biomekanik. Perkembangan Sains Sukan di Malaysia Pada tahun 1968, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia telah ditubuhkan untuk menganjur dan melaksanakan program pembangunan sukan sekolah-sekolah di Malaysia. Dasar Pelajaran Kebangsaan telah dibentuk dan ia menekankan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pada tahun 1972, kemudahan infrastruktur dan tenaga pengajar telah dimajukan bersama. Di peringkat institusi pengajian tinggi, Universiti Malaya telah memasukkan pendidikan jasmani dalam kursus diploma pendidikan pada tahun 1977. Universiti Putra Malaysia, Serdang telah memulakan pengambilan siswazah untuk program Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan Jasmani). Pengambilan pertama dimulakan dengan guru-guru terlatih seramai 20 orang. Pada tahun 1996, program sarjana sains sukan ditawarkan. Universiti Malaya memulakan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan pada tahun 1995 dan diikuti Institut Teknologi MARA yang kini
  • 11. BUKU SUMBER SAINS SUKAN dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA yang menawarkan diploma sains sukan. Institut Sukan Negara (ISN) yang mula beroperasi di Stadium Jalan Raja Muda, Kampong Baru dikenali sebagai Klinik Sukan Negara sebelum berpindah ke bangunan baru di Kompleks Sukan Negara. Penyelidikan-penyelidikan dalam bidang sains sukan dikendalikan bagi tujuan persediaan atlit negara. Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia (PPJM) ialah sebuah badan sukarela yang mempunyai ahli terdiri daripada guru-guru, pensyarah-pensyarah atau tenaga pengajar mata pelajaran pendidikan jasmani, jurulatih dan individu yang berminat dalam pembangunan dan pendidikan sukan. Badan ini telah menganjurkan seminar-seminar sains sukan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pada tahun 1997, namanya ditukarkan kepada Persatuan Pendidikan Jasmani, Sains Sukan dan Kecergasan Malaysia (PPJSKM) untuk mencerminkan satu badan yang lebih luas bidangnya. Selain badan ini, terdapat bahagian-bahagian bukan kerajaan yang aktif mempromosikan pelbagai aspek sains sukan. Pada tahun 2000, Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan mata pelajaran sains sukan sebagai satu mata pelajaran elektif wajib untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor Bahru. Mata pelajaran ini akan dijadikan satu mata pelajaran peperiksaan SPM pada tahun 2001. 11 2.2 Skim Persijilan Kejurulatihan Sukan Kebangsaan Pada 14 Januari 1985, Majlis Sukan Negara (MSN) telah menganjurkan Simposium Kejurulatihan Kebangsaan dan hasil daripada simposium itu, para peserta telah mengesyorkan agar sistem kejurulatihan diperkembangkan. Sebuah Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan telah ditubuhkan untuk bekerjasama dengan Badan-Badan Sukan Kebangsaan. Ekoran daripada simposium itu, sebuah Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan telah diwujudkan oleh MSN. Bidang tugas Lembaga ini ialah : (a) Mewujudkan skim pensijilan kejurulatihan kebangsaan. (b) Menyusun dan menggubal kurikulum kejurulatihan.
  • 12. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 12 (c) Bertindak sebagai penyelaras dalam semua kegiatan kejurulatihan di antara Persatuan Sukan Kebangsaan yang mengawal sukan. (d) Melaksanakan apa-apa tugas dari masa ke semasa berhubung dengan kejurulatihan yang diarah oleh Menteri Belia dan Sukan. Jawatankuasa Perkembangan Kurikulum telah diwujudkan bagi menggubal kurikulum sains sukan dan bidang pengkhususan sukan serta praktikal di bawah Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan. Skim Pensijilan Kejurulatihan adalah satu program pembangunan dan pendidikan jurulatih yang seragam dan berterusan terbahagi kepada tiga komponen iaitu: 1. Sains sukan – prinsip-prinsip am kejurulatihan dan sumber manusia 2. Pengkhususan sukan – kemahiran, teknik dan strategi khusus kepada sukan-sukan tertentu. 3. Praktikal – amalan kejurulatihan Objektif skim ini adalah untuk : (a) Melatih, melengkap dan meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang sains sukan, pengkhususan sukan dan praktikal dengan tujuan dapat memajukan lagi prestasi serta pencapaian atlit kebangsaan. (b) Mewujudkan satu program yang sistematik untuk menambah bilangan jurulatih dan menyediakan peluang kepada jurulatih meningkatkan pengetahuan dalam bidang kejurulatihan. (c) Mewujudkan satu sistem dan pendekatan yang profesional serta saintifik dalam bidang kejurulatihan ke arah memajukan sukan negara. (d) Menyelaras dan melaksanakan semua program dan aktiviti pensijilan kejurulatihan di semua peringkat. Pihak yang menyediakan kandungan komponen berikut ialah (a) Sains sukan oleh Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan. (b) Pengkhususan sukan dan praktikal oleh Persatuan Sukan Kebangsaan yang berkenaan mengikut garis panduan yang diberikan oleh Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan.
  • 13. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 2.3 Pengajian Sains Sukan di Institut Pengajian Tinggi Malaysia Institusi pengajian tinggi di Malaysia seperti Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi MARA menawarkan program sains sukan di peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan kedoktoran. Para graduan dari program ini boleh berkhidmat di agensi-agensi kerajaan atau swasta sebagai jurulatih, fisioterapis, pendidik, pengurus kedai sukan, pentadbir kelab sukan dan kecergasan, pengulas sukan, saintis sukan dan sebagainya. 13 3. PENGURUSAN SUKAN 3.1 Pengenalan Pengurusan bermaksud bekerja melalui orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang dapat membantu organisasi mencapai objektifnya. Sukan boleh disamakan dengan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan. Ia juga merupakan sebahagian daripada kerja profesional yang perlu dibayar. Synder dan Spreitzer(1989), menyatakan sukan bermaksud aktiviti yang dipertandingkan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh badan sukan tersebut. Sukan merupakan suatu aktiviti yang boleh memberi keseronokan, kemewahan dan kebanggaan kepada setiap individu yang menceburkan diri ke dalamnya. Pengurusan sukan wujud dalam dua bentuk. Pertama, pengurusan sukan adalah satu bidang usaha profesional di mana wujud pelbagai karier pengurusan yang berkaitan dengan sukan. Kedua, pengurusan sukan merupakan satu program persediaan akademik profesional yang ditawarkan ke institusi pengajian tinggi sebagai suatu bidang yang wajib. Definisi Pengurusan Sukan Kelly, Blanton dan Bertel (1990) mendefinisikan pengurusan sukan sebagai” Sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam kontek sesebuah organisasi
  • 14. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 14 atau jabatan di mana produk atau perkhidmatan berkaitan dengan sukan”. Fungsi pengurusan sukan Di antara fungsi pengurusan sukan ialah :- 1. merancang 2. menyediakan bajet 3. mengawal 4. mengarah 5. mengelola 6. menyediakan jadual pertandingan 7. membuat keputusan 8. menilai Terdapat tiga elemen utama yang dapat menentukan kejayaan dalam sesebuah pengurusan sukan iaitu:- a. persediaan profesional b. sikap profesional c. perkembangan profesional Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh seseorang pengurus itu maka kemajuan pengurusan sukan akan memperolehi kecemerlangan dan kegemilangan. 3.2 Sistem Pertandingan Sesuatu kejohanan atau pertandingan tidak semestinya dikelolakan dengan cara yang sama. Terdapat pelbagai sistem pertandingan untuk mengelolakan sesuatu pertandingan. Terdapat dua cara pertandingan bagi menguji kemajuan individu : (a) Pertandingan melawan pencapaian individu dengan skor yang terdahulu atau melawan skor purata. (b) Pertandingan melawan individu lain. Pertandingan adalah satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan untuk memilih pemenang di samping menghayati semangat kesukanan. Pihak yang mengelolakan pertandingan perlulah mengenal pasti dan mendapatkan maklumat tertentu untuk memudahkan perancangan dan persediaan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah : x Jenis pertandingan x Masa yang diperlukan x Alatan dan kemudahan yang ada x Agihan perlawanan yang adil
  • 15. BUKU SUMBER SAINS SUKAN x Pegawai dan petugas-petugas yang diperlukan x Kewangan x Bilangan penyertaan undang-undang dan peraturan pertandingan x Penentuan pemenang dan pemain yang sah Terdapat banyak jenis dan bentuk pertandingan yang boleh digunakan dalam sesuatu kejohanan mengikut kesesuaian sesuatu jenis sukan. Sistem pertandingan yang lazim dipraktikkan di negara ini ialah: ƒ Pertandingan berbentuk kejohanan ƒ Pertandingan liga (liga satu pusingan, 2 kumpulan, 3 kumpulan dan 15 4 kumpulan) ƒ Pertandingan kalah mati ƒ Pertandingan cabar mencabar 3.2.1 Pertandingan berbentuk kejohanan Pertandingan berbentuk ini membolehkan peserta bertanding dalam beberapa acara yang berlainan berlandaskan kepada undang-undang dan peraturan pertandingan yang ada. Pertandingan ini boleh dikelolakan selama sehari atau beberapa hari. Atur cara yang lengkap disediakan lebih awal dengan menetapkan masa sesuatu acara yang dipertandingkan. Antara jenis sukan yang sesuai dengan pertandingan bentuk ini seperti olahraga, renang dan gimnastik. 3.2.2 Sistem Liga (Mengikut Peraturan Am Pertandingan MSSM) Pertandingan liga memberi peluang kepada penyertaan maksimum dan ia dibahagikan kepada liga satu pusingan, liga 2 pusingan dan separa liga. Jika peserta atau pasukan menentang setiap lawannya sekali sahaja, pertandingan itu dikenali dengan liga satu pusingan. Jika peserta atau pasukan menentang setiap lawannya sebanyak 2 kali, pertandingan itu dikenali dengan liga dua pusingan. Jika peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan, pertandingan itu dikenali sebagai separa liga. Contoh bilangan perlawanan Formula mengira bilangan perlawanan bagi sesuatu pertandingan liga ialah :
  • 16. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 16 N(N-1) di mana N = jumlah pasukan yang 2 mengambil bahagian Contohnya : 6 pasukan mengambil bahagian N (N-1) = 6 (6-1) 2 2 = 6x5 2 = 30 2 = 15 perlawanan atau ƒ Tulis angka 1, 2, 3, 4, 5, 6, ƒ Potongkan angka tertinggi iaitu 6 ƒ Campurkan kesemua nombor tersebut ƒ Jumlah yang diperolehi ialah 15 ƒ Ini bermakna jika 6 pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan, jumlah perlawanan yang perlu disusun ialah 15 . Contoh penyusunan pertandingan liga Formula untuk menyusun jadual pertandingan liga ialah angka 1 dikekalkan kedudukannya, manakala angka-angka lain akan beralih mengikut pusingan jam atau sebaliknya. Contoh: atau 1 lawan 2 6 lawan 3 5 lawan 4 1 6 5 lwn lwn lwn 2 3 4
  • 17. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 17 Contoh susunan perlawanan 6 pasukan: 1 lawan 2 6 lawan 3 5 lawan 4 1 lawan 6 5 lawan 2 4 lawan 3 1 lawan 5 4 lawan 6 3 lawan 2 Susunan Susunan Susunan perlawanan 1 perlawanan2 perlawanan 3 1 lawan 4 3 lawan 5 2 lawan 6 1 lawan 3 2 lawan 4 6 lawan 5 Susunan Susunan perlawanan 4 perlawanan 5 Contoh menentukan kedudukan Keputusan pertandingan secara liga ditentukan dengan pengiraan seperti berikut dalam jadual 1 : P - Jumlah pertandingan M - Bilangan menang S - Bilangan seri K - Bilangan kalah J - Bilangan jaringan dibuat G - Bilangan gol kena Lazimnya pasukan yang menang bagi setiap pertandingan akan diberi dua mata, seri satu mata dan kalah tiada mata. Jadual 1 : Menentukan Kedudukan Pasukan P M S K J G Mata Kedudukan Pahlawan 3 2 1 0 9 1 5 1 Perkasa 3 2 1 0 5 0 5 2 Perwira 3 1 0 2 2 9 2 3 Panglima 3 0 0 3 0 5 0 4
  • 18. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 18 Contoh Separa liga : (a) Liga 4 Kumpulan Pusingan pertama (12 pasukan atau lebih) Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :- Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C Kumpulan D 1. Johan 1. Naib Johan 1. Ketiga 1. Keempat 2. Undi 2. Undi 2. Undi 2. Undi 3. Undi 3. Undi 3. Undi 3. Undi 4. Undi 4. Undi 4. Undi 4. Undi Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. Pusingan kedua ( suku akhir ) Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut : i. Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama KUMPULAN akan didahulukan untuk ditempatkan di Kedudukan 1, 3, 5 dan 7. ii. Undian bagi 2 Pasukan Pemenang Kedua KUMPULAN untuk ditempatkan di kedudukan 2 atau 4, jika Pasukan Pemenang Pertama KUMPULANnya telah diundi dan ditempatkan di kedudukan 5 atau 7. Manakala 2 Pasukan Pemenang Kedua yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8. iii. Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki perlawanan akhir bagi menentukan Johan dan
  • 19. BUKU SUMBER SAINS SUKAN Naib Johan, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat Ketiga dan Keempat. 19 1 2 3 4 5 6 7 8 Suku Akhir Separuh Akhir Akhir Johan (b) Liga 3 kumpulan Pusingan pertama (9 hingga 11 pasukan) Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut : Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C 1. Johan 1. Naib Johan 1. Ketiga 2. Undi 2. Undi 2. Undi 3. Undi 3. Undi 3. Undi Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. Pusingan kedua i. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan ke dalam kumpulan X dan Y dengan mengadakan undian.
  • 20. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 20 ii. Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama. iii. Dari 3 Johan kumpulan, satu akan ditempatkan dalam Kumpulan X dan dua ditempatkan dalam Kumpulan Y. iv. Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari Johan kumpulannya. Contoh: Kumpulan X Kumpulan Y Johan B Naib Johan A Naib Johan C Johan A Johan C Naib Johan B Pusingan akhir x Pemenang pertama dalam Kumpulan X lawan pemenang pertama Kumpulan Y untuk tentukan kedudukan Johan dan Naib Johan. x Pemenang kedua Kumpulan X lawan pemenang kedua Kumpulan Y untuk menentukan tempat ke-3 dan ke-4. (c) Liga 2 kumpulan Pusingan pertama (6 hingga 8 pasukan) Johan dan Tempat Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam Kumpulan A dan naib johan serta tempat ketiga ditempatkan dalam Kumpulan B. Kumpulan A Kumpulan B 1. Johan 2. Tempat ke-4 3. Undi 4. Undi 1. Naib Johan 2. Tempat ke-3 3. Undi 4. Undi
  • 21. BUKU SUMBER SAINS SUKAN Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. Pusingan kedua 21 Separuh Akhir Akhir Pemenang 1 Kump.A (Kumpulan X) Pemenang 2 Kump.B Pemenang 1 Kump.B (Kumpulan Y) Pemenang 2 Kump.A Johan x Pasukan dalam kumpulan X dan Y akan bermain secara kalahmati. Pusingan akhir x Pemenang kumpulan X akan melawan pemenang kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib johan. x Kalah kumpulan X akan melawan kalah kumpulan Y untuk menentukan tempat ketiga dan keempat. (d) Liga 1 kumpulan Sekirannya lima atau kurang daripada lima pasukan yang bertanding, pertandingan secara liga satu pusingan dijalankan. Pasukan yang mengumpul mata terbanyak dikira sebagai johan. Lazimnya pertandingan cara liga satu pusingan diadakan apabila : (i) Bilangan pasukan yang kecil (ii) Masa (iii) Sumber kewangan (iv) Kemudahan dan (v) Bilangan pegawai
  • 22. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 22 3.2.3 Pertandingan kalah mati Sistem pertandingan ini menyingkirkan peserta atau pasukan yang kalah. Proses ini akan berterusan sehingga hanya terdapat seorang atau satu pasukan peserta yang tinggal. Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati iaitu kalah mati sekali dan kalah mati dua kali. (a) Kalah mati sekali Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir . Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta. (i) Bilangan peserta menunggu/bye Bilangan menunggu/bye dalam sistem per-tandingan ini boleh dikira dengan menggunakan angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya. Contohnya: 14 pasukan bertanding x Bilangan penyertaan 14 pasukan x Angka pangkat dua yang melebihi bilangan penyertaan 16 x Tolakkan angka pangkat dua dengan bilangan penyertaan 16-14 = 2 Hasil tolak adalah bilangan peserta menunggu/’bye’ x Peserta menunggu akan disebarkan dengan sama banyak di antara kumpulan atas dan kumpulan bawah.
  • 23. BUKU SUMBER SAINS SUKAN x Angka 16 adalah 4 kuasa 2: oleh itu bilangan pusingan ialah 4. Ini bermakna peserta johan akan berlawan sebanyak 4 pusingan. 23 (ii) Bilangan perlawanan Bilangan perlawanan yang dijalankan dapat dikira dengan cara menolak angka 1 daripada jumlah peserta atau pasukan (iii) Penempatan pilihan atau ‘seeded’ Peserta-peserta pilihan hendaklah ditempatkan secara adil dengan sebarannya yang menyeluruh. Panduan menempatkan peserta pilihan dalam pertandingan kalah mati adalah seperti berikut : x Peserta pilihan sepatutnya ditempatkan secara simetrikal x Jika terdapat 2 penanti, satu ditempatkan di bawah sekali dan satu lagi di atas sekali x Jika terdapat 4 penanti, aturan berikut perlu digunakan: ) Penanti pertama ditempatkan di atas sekali dalam kumpulan atas. ) Penanti kedua ditempatkan di bawah sekali dalam kumpulan bawah. ) Penanti 4 diletakkan di bawah dalam kumpulan atau dan penanti 3 diletakkan di atas dalam kumpulan bawah atau penanti 3 dan 4 membuat undian menentukan kedudukan masing-masing. (b) Kalah mati dua kali Pertandingan cara ini memberi peluang kepada setiap peserta bermain sekurang-kurangnya dua kali sebelum tersingkir terus dari pertandingan. Peserta yang menang di peringkat awal akan memaju ke kanan untuk menjadi johan manakala peserta yang kalah ditempatkan ke kiri.
  • 24. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 24 Sekiranya pemenang pertandingan datang dari kumpulan yang telah kalah sekali, maka pasukan yang tewas boleh meminta satu lagi perlawanan. KIRI KANAN 1 8 1 5 Petunjuk : ------------- Kalah ________ Mati 7 1 1 4 8 3 6 8 Contoh Format pertandingan kalah mati 2 kali . Jika dalam pertandingan ini 2 yang memenangi pertandingan akhir, maka 2 akan menyandang JUARA/ JOHAN, tetapi jika 1 yang memenangi pertandingan akhir, maka 2 berhak memohon untuk bertanding semula bagi menentukan JOHAN. 1 1 2 3 4 5 6 7 8 2 3 5 7 2 5 2 1 1
  • 25. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 25 3.2.4 Cabar mencabar (a) Pertandingan Sistem tangga Dalam sistem ini peserta yang di bawah boleh mencabar dua peserta lain yang berada di atasnya dengan mengikut kedudukannya. Keistimewaan bentuk ini ialah setiap peserta ditempatkan mengikut kebolehan mereka di akhir pertandingan. Sistem ini digunakan dalam pertandingan tinju. Peserta Kedudukan 1 2 3 4 5 6 7 8 Jika peserta yang mencabar peserta di atas menang, peserta mencabar akan mengambil alih kedudukan peserta yang dicabar. Peserta dicabar akan turun satu tangga ke bawah. (b) Pertandingan bentuk piramid atau corong. Pertandingan bentuk ini boleh dijalankan dengan cara berlawan sesama sendiri mengikut tingkatnya pada peringkat awal. Peserta yang berjaya di kalangan mereka akan naik setingkat sehingga ke puncak piramid atau corong. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
  • 26. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 26 c) Pertandingan bentuk corong 9 10 6 7 8 3.3 Peraturan Am Pertandingan 3.3.1 Kepentingan Peraturan 4 5 3 2 1 11 12 Undang-undang dan peraturan pertandingan mengawal perjalanan perlawanan. Undang-undang dan peraturan diadakan sebagai panduan untuk penglibatan sesuatu program dan kejohanan. Untuk menjayakan sesuatu program atau kejohanan, undang-undang dan peraturan-peraturan perlu diadakan. 3.3.2 Pertimbangan membuat Peraturan ( guru dan murid berbincang tentang tajuk ini ) 3.3.3 Peraturan Am Pertandingan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) (i) Undang-Undang Undang-undang permainanan Antarabangsa yang berkuatkuasa semasa akan menjadi undang-undang rasmi pertandingan bagi peringkat umur 18 tahun dan ke bawah kecuali ada undang-undang khas yang menguasai pertandingan permainan MSSM.
  • 27. BUKU SUMBER SAINS SUKAN Manakala bagi peringkat umur 12 tahun dan ke bawah undang-undang permainan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja MSSM dan Jawatankuasa Teknik Permainan MSSM semasa akan menjadi undang-undang rasmi pertandingan. 27 (ii) Kelayakan (a) Peserta: x Pelajar-pelajar yang menghadiri kursus penuh di sekolah-sekolah rendah dan menengah yang berdaftar dan menjadi ahli Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri layak menyertai pertandingan permainan MSSM. x Pelajar-pelajar yang menunggu keputusan peperiksaan SPM/SPMV/STPM tidak layak menyertai semua pertandingan MSSM. x Mereka yang berdaftar dengan sekolah swasta selepas mendapat keputusan SPM/SPMV/STPM layak menyertai pertandingan permainan MSSM dengan syarat sekolah swasta berkenaan bergabung dengan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri. x Pelajar-pelajar yang ditempatkan di Akademi Permainan Kebangsaan dan Sekolah Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah mewakili negeri asal tempat ia bersekolah di dalam pertandingan MSSM. x Jika khidmat pelajar berkenaan tidak diperlukan oleh negeri asalnya maka ia dibenarkan bermain dengan negeri lain dengan syarat MSS Negeri berkenaan mendapatkan kebenaran daripada MSS Negeri asal pemain. x Pemain yang mewakili MSS Negeri lain tanpa mendapat kebenaran daripada MSS Negeri asalnya tidak dibenarkan bertanding ke Kejohanan MSSM dan tindakan disiplin hendaklah diambil terhadapnya oleh Urusetia MSSM. x Pemain yang BUKAN warganegara Malaysia dibenarkan mengambil bahagian di peringkat sekolah, daerah dan negeri sahaja. Kejohanan peringkat MSSM HANYA untuk warganegara Malaysia. (b) Sekolah Sekolah-sekolah yang berdaftar dan menjadi ahli gabungan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri layak menyertai pertandingan permainan MSSM.
  • 28. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 28 (c) Negeri Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri adalah layak mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Setiap negeri hanya berhak menghantar satu pasukan sahaja mengikut kumpulan umur dalam sesuatu pertandingan melainkan ada sesuatu ketetapan khas. (iii) Had umur peserta Had umur peserta-peserta bagi pertandingan permainan MSSM adalah seperti berikut: x 18 tahun dan ke bawah x 15 tahun dan ke bawah x 12 tahun dan ke bawah (a) Kiraan umur 18 tahun dan ke bawah, 15 tahun dan ke bawah, 12 tahun dan ke bawah adalah pada 1 Januari tahun pertandingan. (b) Bagi peserta yang terbukti lewat pendaftaran kelahiran pada peringkat umur yang disertainya tidak layak menyertai pertandingan permainan MSSM. (c) Seseorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam satu kumpulan umur sahaja bagi satu jenis pertandingan dalam masa yang sama. (d) Selain daripada yang disebutkan seseorang peserta tidak dibenarkan menyertai pertandingan dalam kumpulan umur yang lebih tinggi daripada kumpulan umurnya melainkan ada sesuatu ketetapan khas. (e) Peserta peringkat umur 18 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan jika diminta oleh pihak pengelola pertandingan. Seseorang peserta yang hilang kad pengenalan mesti mempunyai surat pengesahan dengan gambar dari Pejabat Pendaftaran (Borang JPN 1/9 atau JPN 1/11) dan salinan sijil beranak yang disahkan oleh pengetua sekolah peserta berkenaan. (f) Peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah melengkapkan borang pendaftaran pertandingan individu beserta gambar dengan menyertakan salinan sijil beranak yang disahkan oleh Guru Besar sekolah peserta berkenaan serta Setiausaha Agung MSS Negeri tersebut.
  • 29. BUKU SUMBER SAINS SUKAN (iv) Pendaftaran (a) Setiap MSS Negeri hanya dibenarkan menghantar bilangan 29 pegawai pasukan dan peserta seperti yang ditetapkan. (b) Pasukan yang ada peserta perempuan mesti ditemani oleh seorang Penolong Pengurus atau Jurulatih Wanita. (c) Pendaftaran Pegawai dan peserta dalam borang pendaftaran yang tertentu hendaklah disampaikan kepada pihak Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh pertandingan dimulakan. Sebarang pindaan diborang pendaftaran tersebut hendaklah ditandatangani oleh Yang di Pertua/Setiausaha Agung Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri dengan cop rasmi. (d) Setiap MSS Negeri dikehendaki menghantar pengerusi teknik permainan negeri masing-masing ke mesyuarat pengerusi teknik permainan berkenaan yang diadakan serentak dengan kejohanan MSSM. (e) Setiap MSS Negeri dikehendaki menghantar pengadil/hakim bertauliah yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sepertimana bilangan yang ditetapkan. (f) Sekiranya MSS Negeri yang mengelolakan pertandingan MSSM memerlukan khidmat Pengadil/Hakim selain daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kebenaran daripada Urusetia MSSM hendaklah diperolehi. (g) Semua Pengurus/Pegawai Pasukan MSS Negeri hendaklah hadir di majlis taklimat yang diadakan oleh Jawatankuasa Pengelola. (v) Pakaian Jika kedua-dua pasukan memakai baju yang sama warnanya, pasukan yang mula-mula tercatat dalam jadual pertandingan hendaklah menukar warna bajunya. Walau bagaimanapun bagi permainan yang telah menetapkan warna khusus jersi MSS negeri oleh Jawatankuasa Teknik MSSM maka peraturan tersebut hendaklah dipatuhi. (vi) Bantahan (a) Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai pasukan berdaftar hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan atau wakilnya dengan disertakan wang pertaruhan sebanyak RM200.00. Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika bantahan yang dibuat ditolak. (b) Tempoh penyerahan Bantahan Rasmi tertakluk kepada peraturan dan undang-undang permainan / sukan berkenaan.
  • 30. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 30 (c) Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka selepas itu hendaklah dijalankan dengan keadaan bermain dalam bantahan. (vii) Lembaga Tatatertib (a) Lembaga ini terdiri daripada: x Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Jabatan Sekolah atau wakilnya sebagai pengerusi. x Pengerusi Jawatankuasa Teknik MSSM atau wakilnya. x Pengarah Bahagian Sekolah atau wakilnya. x Setiausaha Agung MSSM atau wakilnya. x Pengerusi Teknik permainan berkenaan. (b) Lembaga ini bertangunggungjawab untuk: x Mengambil tindakan mengenai disiplin murid, guru dan pegawai-pegawai kejohanan yang berkenaan bagi perkara-perkara seperti berikut : ƒ Memberi amaran ƒ Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu ƒ Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan x Menghantar laporan kepada Urusetia MSSM mengenai peristiwa yang telah berlaku selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat kejohanan dan membuat syor atau cadangan mengenai jenis tindakan yang sewajarnya. Kes-kes yang lebih berat yang melibatkan disiplin pegawai hendaklah dilaporkan kepada Jawatankuasa Kerja MSSM untuk tindakan selanjutnya. x Pasukan, pegawai atau peserta yang digantung oleh sekolah, MSSD, MSSN atau MSSM hendaklah dilaporkan kepada Persatuan permainan negeri atau kebangsaan yang berkenaan. UNDANG-UNDANG LEMBAGA TATATERTIB BANTAHAN KELAYAKAN PENDAFTARAN HAD UMUR PESERTA PAKAIAN PERATURAN-PERATURAN AM PERTANDINGAN
  • 31. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 31 Unit 4 - Psikologi Sukan 4.1 Asas Psikologi Sukan 4.1.1 Konsep Psikologi Sukan Definisi: a. Psikologi Satu cabang kajian saintifik tentang perlakuan dan tingkah laku manusia (Wann, 1997). b. Psikologi Sukan Satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, afektif serta kognitif keatas mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut (Wann, 1997). Satu cabang kajian saintifik tentang perlakuan dan tingkah laku manusia dalam sukan 4.1.2 Peranan Psikologis Sukan a. Penyelidik Psikologi Sukan - menyelidik serta menambahkan pengetahuan kita tentang bidang ini. b. Pendidik Psikologi Sukan - mengajar kemahiran psikologi serta bidang akademik dan melakukan kajian untuk menambahkan pengetahuan dalam bidang ini. c. Ahli psikologi sukan klinikal - membantu atlit menyelesaikan masalah yang bersifat klinikal seperti aneroxia dan patologikal. Lazimnya bersifat peribadi. 4.1.3 Kaitan Antara Psikologi Sukan dengan Prestasi Kognitif: Tafsiran tentang perlakuan pelaku sebelum, semasa dan selepas sesuatu aktiviti.
  • 32. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 32 Emosi: Kesan dalaman yang berlaku akibat dari tafsiran (kognitif) yang telah dilakukan. Ianya akan meningkatkan atau menurunkan prestasi atlit. Fizikal (Perlakuan/Psikomotor): Tindakan yang lahir dari tafsiran serta perasaan atlit. Fizikal Prestasi Kognitif Emosi Kaitan Antara Psikologi Sukan dengan Prestasi 4.2 Motivasi 4.2.1 Konsep Motivasi Definisi Arah dan intensiti usaha seseorang individu (Sage, 1977). Ianya bersifat neutral. a. arah - mendekati atau mengelakan diri dari situasi tertentu. b. intensiti usaha - takat usaha seseorang untuk mendekati atau mengelakkan diri dari situasi tersebut. Sumber a. Intrinsik (dalaman) - berdasarkan keyakinan diri, kebolehan, kemahuan dan keinginan untuk melakukan sesuatu aktiviti.
  • 33. BUKU SUMBER SAINS SUKAN b. Ekstrinsik (luaran) - berdasarkan ganjaran (positif/negatif), 33 orang tersayang, persekitaran. 4.2.2 Motivasi dan Ganjaran Ganjaran yang diterima boleh meningkat atau menurunkan motivasi individu. a. Pemberian ganjaran berbentuk ekstrinsik seperti trofi, anugerah sukan ataupun biasiswa sukan yang ditafsirkan sebagai pengiktirafan terhadap kebolehan atlit, dapat meningkatkan motivasi intrinsik atlit tersebut. Pemberian ganjaran berbentuk intrinsik seperti pujian atau senyuman jurulatih yang ditafsirkan sebagai pengiktirafan terhadap kebolehan atlit dapat meningkatkan motivasi intrinsik atlit tersebut. b. Pemberian ganjaran berbentuk ekstrinsik seperti trofi, anugerah sukan ataupun biasiswa sukan yang ditafsirkan sebagai mengawal atlit tersebut akan mengurangkan motivasi intrinsik serta keseronokan atlit berkenaan. Pemberian ganjaran berbentuk intrinsik seperti kata-kata semangat atau perangsang yang ditafsirkan sebagai mengawal atlit tersebut akan mengurangkan motivasi intrinsik serta keseronokan atlit berkenaan. 4.2.3 Kemahiran Memotivasikan Diri Antara teknik yang biasa digunakan untuk memotivasikan diri individu adalah penetapan matlamat perlakuan dan kata-kata rangsangan diri. a. Penetapan matlamat Satu proses kognitif yang digunakan untuk meningkatkan prestasi dengan membuat sasaran tertentu yang sentiasa dinilai sebagai panduan untuk mencapai sasaran tersebut.
  • 34. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 34 Tahap-Tahap Penetapan Matlamat a. Matlamat Jangka Panjang Matlamat terakhir dalam perancangan seseorang atlit atau pasukan dalam mencapai sasaran yang ditetapkan. b. Matlamat Jangka Sederhana Matlamat pertengahan dalam perancangan seseorang atlit atau pasukan untuk menilai sama ada atlit atau pasukan tersebut berada di landasan yang betul untuk menepati matlamat terakhir. c. Matlamat Jangka Pendek Matlamat harian atau mingguan yang digunakan untuk menilai sama ada atlit atau pasukan tersebut berada di landasan yang betul untuk menepati matlamat jangka panjang. Matlamat tersebut memainkan peranan sebagai pemangkin untuk memotivasikan individu tersebut disamping menjadi panduan (kayu ukur) untuk menilai sama ada apa yang dirancangkan menepati matlamat. b. Kata-Kata Rangsangan Diri Kata-kata perangsang atau perkataan yang boleh digunakan untuk meningkatkan motivasi, keyakinan diri serta intensiti usaha seseorang individu atau pasukan. Boleh berbentuk slogan-slogan tertentu (Contoh: Malaysia Boleh) ataupun perkataan yang menggambarkan ciri-ciri tertentu ("kuat seperti harimau"), kata- kata hikmat ("andalah yang terbaik"), (you're the best) serta doa.
  • 35. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 35 4.3 Kebimbangan 4.3.1 Konsep Kebimbangan Definisi Perasaan yang subjektif berpunca dari tafsiran atau persepsi seseorang individu terhadap sesuatu situasi yang menghasilkan kebangkitan dan tekanan (Levitt, 1980). Antara kesan fisiologi kebangkitan ialah peningkatan kadar nadi, pernafasan yang cepat dan tidak teratur, menggeletar, tumpuan menjadi sempit dan otot mengecut. Jenis-Jenis Kebimbangan a. Kebimbangan berasaskan tret merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu contohnya, individu yang semulajadi mempunyai ‘darah gemuruh’ yang tinggi. Individu ini akan mentafsir rangsangan di persekitaran sebagai menggugat diri mereka. Tafsiran ini akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan mereka. b. Kebimbangan seketika (state) merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari tafsiran individu terhadap rangsangan yang terdapat di persekitarannya pada waktu itu. Bagi individu yang tinggi darah gemuruhnya, mereka akan mentafsirkan rangsangan tersebut sebagai sesuatu yang amat menekan. Kesannya tahap kebimbangan dan kebangkitan fisiologi mereka juga akan meningkat tinggi. Prestasi individu akan menurun dengan peningkatan tahap kebimbangan dan kebangkitannya. 4.3.2 Proses Tafsiran Kebimbangan a. Rangsangan Perkara di persekitaran yang memberikan kesan kepada individu. Contohnya sorakan penonton, cuaca ataupun pesaing yang terlibat dalam situasi tersebut.
  • 36. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 36 b. Tafsiran Analisis individu terhadap rangsangan yang dihadapi. Tafsiran boleh bersifat positif ataupun negatif. c. Pelakuan Tindakan yang diambil oleh individu berdasarkan kepada tafsiran yang telah dibuat. Sekiranya tafsiran yang dibuat terhadap rangsangan adalah positif, tindakan yang bakal diambil adalah positif dan sebaliknya. Sekiranya seorang atlit merasakan bahawa beliau berpeluang untuk berjaya dalam acara 100 meter, beliau akan berusaha untuk berlari dengan baik. Sebaliknya, sekiranya seorang atlit merasakan bahawa beliau tidak berpeluang untuk berjaya dalam acara 100 meter, beliau tidak akan berusaha untuk memberikan saingan. Tindakan yang dihasilkan akan memberi kesan kepada individu tersebut khususnya apabila menghadapi situasi yang serupa di masa hadapan. 4.3.3 Kemahiran Mengawal Kebimbangan Antara teknik psikologi yang boleh digunakan untuk mengurangkan kebimbangan adalah terapi pernafasan, pemusatan (centering), teknik relaksasi dan visualisasi. a. Terapi pernafasan Teknik : Menarik satu nafas yang panjang dan meng-hembuskannya perlahan-lahan. Dilakukan berulang kali sehingga berasa tenang atau releks. Tujuan : Menghasilkan rasa tenang atau releks. Berkesan untuk mengurangkan kebimbangan tret dan kebimbangan seketika b. Pemusatan (centering) Teknik : Menarik nafas yang panjang seperti terapi pernafasan serta menumpukan perhatian (pemusatan) kepada titik di belakang pusat dan di tengah badan kita (center). Dilakukan dalam keadaan berdiri pada kedudukan yang selesa. Tujuan : Melahirkan ketenangan serta meningkatkan konsentrasi. Berkesan untuk mengurangkan kebimbangan tret dan kebimbangan seketika.
  • 37. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 37 c. Relaksasi Teknik : Mengecut dan merelakskan otot secara progresif. Boleh dilakukan secara duduk atau berbaring. Tujuan : Mengurangkan tekanan serta ketegangan otot dengan memfokus kepada rasa otot tersebut. Memantau otot yang tertekan serta merelakskannya bila perlu. Berkesan untuk mengurangkan kebimbangan tret dan kebimbangan seketika. d. Visualisasi Teknik : Membayangkan sesuatu yang boleh menenangkan individu apabila mereka berada dalam keadaan tertekan atau bimbang. Tujuan : Mengurangkan kebimbangan tret dan kebimbangan seketika. 4.4 Atribusi 4.4.1 Konsep Atribusi Definisi Atribusi adalah bagaimana seseorang individu cuba untuk menjelaskan, memahami serta menjangka sesuatu situasi berdasarkan kepada persepsi kognitif. Ia merangkum persepsi dan tafsiran individu tersebut mengenai sesuatu situasi yang telah berlaku. Atribusi akan mempengaruhi sikap, perlakuan, keyakinan serta motivasi individu tersebut. Berdasarkan kepada penyataan tentang keterangan di atas bahawa di akhir atau di penghujung sesuatu proses pencapaian, seseorang individu akan mencari penyebab kepada pencapaian mereka sama ada mereka berjaya atau gagal. 4.4.2 Dimensi Penyebab Atribusi Berdasarkan pendekatan ini, sesuatu yang berlaku adalah disebabkan oleh tiga dimensi iaitu: a. Lokus Penyebab (locus of causality) Sesuatu yang berlaku ditafsirkan sebagai berpunca dari faktor dalaman atau luaran individu tersebut. Contohnya apabila seorang gimnas gagal dalam acaranya, beliau akan melihat sama ada kegagalan tersebut berpunca dari
  • 38. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 38 kekurangan kemahiran beliau (dalaman) atau pun kerana alatan yang kurang sempurna (luaran). b. Kestabilan (stability) Merujuk kepada kestabilan faktor penyebab dalam tempoh masa tertentu. Sekiranya gimnas tadi dapat meningkatkan kemahirannya (tidak stabil), berkemungkinan besar gimnas tadi akan berjaya dalam acara tersebut. Sekiranya gimnas tadi mengatributkan kejayaan beliau kepada ketinggian (stabil), kemungkinan besar gimnas tadi akan berjaya. c. Kebolehkawalan (controllability) Kebolehkawalan merujuk sama ada faktor penyebab berada di dalam atau di luar kawalan individu tersebut. Dalam kes gimnas di atas, kekurangan kemahiran merupakan elemen di dalam kawalan sementara alatan tadi merupakan elemen di luar kawalan beliau. Atribusi yang terbentuk, diproses mengikut dimensi penyebab. Dimensi ini akan mempengaruhi perlakuan masa depan melalui pengaruhnya ke atas reaksi afektif dan jangkaan masa depan yang terbentuk. 4.4.3 Kesan Atribusi a. Perubahan lokus kawalan dari dalaman ke luaran boleh mengurangkan kesungguhan ataupun daya saing seseorang individu. b. Individu yang mempunyai tahap motivasi pencapaian yang tinggi lazimnya mempunyai atribusi dalaman yang tinggi. c. Guru dan jurulatih perlu meningkatkan keyakinan serta keupayaan diri atlit dengan membuat atribusi yang sesuai apabila berjaya atau gagal dalam sesuatu tugasan: kejayaan dikaitkan dengan penyebab yang stabil dan dalaman, sementara kegagalan dikaitkan dengan penyebab yang tidak stabil dan dalaman (hingga ke satu tahap sahaja).
  • 39. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 39 4.5. Keagresifan 4.5.1 Konsep Keagresifan Definisi Perlakuan atau tindakan yang bermatlamat untuk menyakitkan atau mengakibatkan kecederaan fizikal serta mental kepada benda hidup yang berusaha untuk mengelakkan tindakan tersebut (Silva, 1981). 4.5.2 Klasifikasi Keagresifan Keagresifan boleh diklasifikasikan kepada tiga tahap yang berbeza: a. Keagresifan Kasar atau Ketara (hostile) Bertujuan mencederakan individu lain dengan niat untuk melihat individu tersebut menderita kesakitan. Faktor penggalak kepada tindakan ini adalah melihat kecederaan dan penderitaan yang dialami oleh mangsa. Tindakan ini lazimnya didorong oleh rasa marah dan kecewa pelaku. Contohnya, seorang pemain bola keranjang dengan sengaja menjatuhkan lawannya. b. Keagresifan Instrumental Bertujuan mencederakan individu yang lain dengan niat untuk mendapatkan ganjaran tertentu. Kecederaan berlaku kerana ianya perlu bagi mencapai matlamat tersebut. Contohnya seorang peninju yang terpaksa menjatuhkan lawannya untuk memenangi sesuatu perlawanan. c. Keagresifan Asertif Bertujuan bermain mengikut peraturan. Penggunaan daya fizikal serta perkataan dalam permainan atau perlawanan adalah mengikut peraturan permainan yang telah ditetapkan. Individu ini tidak berniat untuk mendatangkan kecederaan kepada orang lain. 4.5.3 Faktor Yang Mempengaruhi Keagresifan Faktor utama yang mempengaruhi keagresifan dalam sukan boleh dibahagikan kepada dua faktor utama iaitu : a. Psiko-Fisiologikal Berkait rapat dengan tafsiran seseorang individu. Sekiranya individu tersebut merasakan (tafsiran) bahawa beliau
  • 40. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 40 diancam (lawan bermain kasar) secara fizikal atau lisan, individu tersebut akan bertindak mengikut tafsiran yang telah diputuskan (tindak balas/mempertahankan diri). Tindakan ini melibatkan kebangkitan (peningkatan kadar nadi, tumpuan menjadi sempit, tindakan fizikal yang keterlaluan) b. Faktor Semasa i. Suhu - semakin tinggi suhu di persekitaran, semakin tinggi kemungkinan untuk bertindak agresif. ii. Perbezaan mata/jaringan - semakin jauh perbezaan jaringan atau mata, semakin tinggi kemungkinan tindakan agresif dilakukan oleh pihak yang ketinggalan. iii. Pengaruh penonton - sorakan dan ejekan penonton (pihak lawan dan penyokong sendiri) boleh menjadi pemangkin kepada keagresifan dikalangan pemain. iv. Tempoh masa permainan - berdasarkan kajian, keagresifan lazimnya berlaku di pertengahan permainan. Bagaimanapun, faktor-faktor tertentu seperti perbezaan mata atau tempoh masa (minit-minit terakhir) juga menjadi penentu kepada tindakan agresif.