SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
T1-MPU1013-283522
PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS
PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SEMESTER APRIL 2022/2023 (JA211)
MPU 1013
KURSUS PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
PUSAT
KOTA KINABALU
TUGASAN INDIVIDU
DISEDIAKAN OLEH
NUR SHAFIQAH ELEENA BINTI GOHAR
NO MATRIX 283522
DISEDIAKAN UNTUK
DR. MUHAMAD AMAR BIN MAHMAD
TARIKH PENGHANTARAN
20 MAY 2022
T1-MPU1013-283522
Asimilasi adalah proses perpaduan dua budaya atau lebih yang terjadi di dalam kehidupan
masyarakat. Perpaduan ini membentuk satu budaya baru yang diamalkan dan diterima oleh
pelbagai pihak. Menurut Seymour Smith, asimilasi adalah tahap kedua dari proses perubahan
sosial budaya di dalam masyarakat. Hal ini menjadi syarat mutlak untuk menciptakan
kebudayaan baru serta diterima masyarakat tanpa tercetusnya konflik sosial. Bagi pandangan
Vender Zanden, asimilasi merupakan satu proses dalam mana kelompok yang
berfikir,berperasaan dan bertindak secara berlainan menjadi satu dalam kesatuan sosial serta
budaya yang sama. Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang hebat antara ahli
kumpulan etnik-etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi juga
bergantung kepada keupayaan minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identity
kumpulan etnik majoriti terdapt banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik dan
kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti
Asimilasi terbahagi kepada dua iaitu asimilasi budaya dan asimilasi struktur.
1. Asimilasi budaya
 Satu proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada
budaya yang lain. Perubahan budaya terjadi hasil daripada hubungan yang
berkesinambungan antara dua budaya berbeza dalam satu jangka masa yang
berterusan dan perubahan tersebut berlaku sama ada dalam satu atau kedua-dua
budaya tersebut.
2. Asimilasi Struktur
 Proses apabila anggota kumpulan kecil atau minority Berjaya menyertai
institusi utama dan aktiviti utama dan sosial masyarakat dominan. Contohnya
adalah penyertaan dalam institusi politik,sosial dan Pendidikan. Kumpulan
minoriti tidak kehilangan identiti asal tetapi cuma mengalami perubahan dengan
menyertai struktur majoriti.
Malaysia adalah sebuah negara yang unik dengan kepelbagaian masyarakatnya yang berbilang
kaum, etnik dan agama. Keunikan masyarakat di negara ini menjadikan Malaysia terkenal di
mata dunia. Malaysia telah menerapkan konsep asimilasi dalam kalangan penduduknya sejak
sekian lama. Antara contoh-contoh proses asimulasi di Malaysia ialah pengenalan seni khat
dan tulisan jawi dalam sistem Pendidikan nasional oleh kerajaan kepada murid Cina dan India
T1-MPU1013-283522
mempelbagaikan kemahiran pembelajaran. Ini bertujuan supaya kaum minoriti di negara ini
mampu mengasimilasikan budaya kaum majoriti. Selain itu, contoh kedua proses asimilasi di
Malaysia ialah daripada aspek makanan. Nasi Lemak merupakan sajian yang popular
dikalangan rakyat Malaysia. Ia merupakan makanan tradisional masyarakat Melayu. Meski
demikian, pada masa kini, nasi lemak sudah boleh didapati di kedai makanan masyarakat selain
daripada Melayu. Contoh ketiga ialah perkahwinan campur merupakan perkahwinan yang
melibatkan penyatuan antara dua belahpihak yang berlainan latar belakang sama ada dari segi
agama, bangsa, kewarganegaraan,kebudayaan dan lain-lain.
Faktor yang mendorong terjadinya asimilasi di Malaysia ialah kerana sikap kelompok
masyarakat Malaysia yang berpikiran terbuka dan toleransi terhadap budaya asing dari etnik
lain. Selain itu sikap menghargai orang asing dan kebudayaan mereka, dan persamaan unsur
budaya antara etnik memudahkan proses asimilasi di Malaysia. Selain itu, antara faktor yang
mendorong berlakunya proses asimilasi adalah memilikisikap yang terbuka terhadap golongan
yang sedang berkuasa dalam masyarakat dankesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.

More Related Content

Similar to MPU1013 T1.docx

Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi KaumAssignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi KaumHeather Strinden
 
Ketaksamaan peluang pendidikan
Ketaksamaan peluang pendidikanKetaksamaan peluang pendidikan
Ketaksamaan peluang pendidikan753314
 
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahROSLINDAWATI LIN
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahAgnes Wong
 
Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106FSAA Aziz
 
Adse1103 sosiologi autosaved
Adse1103 sosiologi autosavedAdse1103 sosiologi autosaved
Adse1103 sosiologi autosavednanipgktb
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaAs Nuurien Najma
 
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Thomas Liew
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikansookvon
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxMUHAMMADTAUFIQAKMALB
 
Cabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaCabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaWidia Wati
 
Rotavirus record narration power point
Rotavirus record narration power pointRotavirus record narration power point
Rotavirus record narration power pointAmiera Anuar
 
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...MuhammadZulaziziMohd
 

Similar to MPU1013 T1.docx (20)

Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi KaumAssignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
 
Ketaksamaan peluang pendidikan
Ketaksamaan peluang pendidikanKetaksamaan peluang pendidikan
Ketaksamaan peluang pendidikan
 
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106
 
Adse1103 sosiologi autosaved
Adse1103 sosiologi autosavedAdse1103 sosiologi autosaved
Adse1103 sosiologi autosaved
 
Cadangan etnik
Cadangan etnikCadangan etnik
Cadangan etnik
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
Kuih bulan
Kuih bulanKuih bulan
Kuih bulan
 
Hubungan Etnik
Hubungan EtnikHubungan Etnik
Hubungan Etnik
 
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikan
 
Hubungan etnik dan cabaran integrasi nasional
Hubungan etnik dan cabaran integrasi nasionalHubungan etnik dan cabaran integrasi nasional
Hubungan etnik dan cabaran integrasi nasional
 
Usaha
UsahaUsaha
Usaha
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
 
Cabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaCabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysia
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Rotavirus record narration power point
Rotavirus record narration power pointRotavirus record narration power point
Rotavirus record narration power point
 
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...
 

MPU1013 T1.docx

  • 1. T1-MPU1013-283522 PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SEMESTER APRIL 2022/2023 (JA211) MPU 1013 KURSUS PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN PUSAT KOTA KINABALU TUGASAN INDIVIDU DISEDIAKAN OLEH NUR SHAFIQAH ELEENA BINTI GOHAR NO MATRIX 283522 DISEDIAKAN UNTUK DR. MUHAMAD AMAR BIN MAHMAD TARIKH PENGHANTARAN 20 MAY 2022
  • 2. T1-MPU1013-283522 Asimilasi adalah proses perpaduan dua budaya atau lebih yang terjadi di dalam kehidupan masyarakat. Perpaduan ini membentuk satu budaya baru yang diamalkan dan diterima oleh pelbagai pihak. Menurut Seymour Smith, asimilasi adalah tahap kedua dari proses perubahan sosial budaya di dalam masyarakat. Hal ini menjadi syarat mutlak untuk menciptakan kebudayaan baru serta diterima masyarakat tanpa tercetusnya konflik sosial. Bagi pandangan Vender Zanden, asimilasi merupakan satu proses dalam mana kelompok yang berfikir,berperasaan dan bertindak secara berlainan menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang hebat antara ahli kumpulan etnik-etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi juga bergantung kepada keupayaan minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identity kumpulan etnik majoriti terdapt banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti Asimilasi terbahagi kepada dua iaitu asimilasi budaya dan asimilasi struktur. 1. Asimilasi budaya  Satu proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya yang lain. Perubahan budaya terjadi hasil daripada hubungan yang berkesinambungan antara dua budaya berbeza dalam satu jangka masa yang berterusan dan perubahan tersebut berlaku sama ada dalam satu atau kedua-dua budaya tersebut. 2. Asimilasi Struktur  Proses apabila anggota kumpulan kecil atau minority Berjaya menyertai institusi utama dan aktiviti utama dan sosial masyarakat dominan. Contohnya adalah penyertaan dalam institusi politik,sosial dan Pendidikan. Kumpulan minoriti tidak kehilangan identiti asal tetapi cuma mengalami perubahan dengan menyertai struktur majoriti. Malaysia adalah sebuah negara yang unik dengan kepelbagaian masyarakatnya yang berbilang kaum, etnik dan agama. Keunikan masyarakat di negara ini menjadikan Malaysia terkenal di mata dunia. Malaysia telah menerapkan konsep asimilasi dalam kalangan penduduknya sejak sekian lama. Antara contoh-contoh proses asimulasi di Malaysia ialah pengenalan seni khat dan tulisan jawi dalam sistem Pendidikan nasional oleh kerajaan kepada murid Cina dan India
  • 3. T1-MPU1013-283522 mempelbagaikan kemahiran pembelajaran. Ini bertujuan supaya kaum minoriti di negara ini mampu mengasimilasikan budaya kaum majoriti. Selain itu, contoh kedua proses asimilasi di Malaysia ialah daripada aspek makanan. Nasi Lemak merupakan sajian yang popular dikalangan rakyat Malaysia. Ia merupakan makanan tradisional masyarakat Melayu. Meski demikian, pada masa kini, nasi lemak sudah boleh didapati di kedai makanan masyarakat selain daripada Melayu. Contoh ketiga ialah perkahwinan campur merupakan perkahwinan yang melibatkan penyatuan antara dua belahpihak yang berlainan latar belakang sama ada dari segi agama, bangsa, kewarganegaraan,kebudayaan dan lain-lain. Faktor yang mendorong terjadinya asimilasi di Malaysia ialah kerana sikap kelompok masyarakat Malaysia yang berpikiran terbuka dan toleransi terhadap budaya asing dari etnik lain. Selain itu sikap menghargai orang asing dan kebudayaan mereka, dan persamaan unsur budaya antara etnik memudahkan proses asimilasi di Malaysia. Selain itu, antara faktor yang mendorong berlakunya proses asimilasi adalah memilikisikap yang terbuka terhadap golongan yang sedang berkuasa dalam masyarakat dankesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.