SlideShare a Scribd company logo
1 of 64
Globalisasi Hubungan Etnik
Dalam Konteks Malaysia
Asas-asas hubungan etnik dalam
konteks Malaysia
Ras dan Rasisme
• Di Malaysia, konsep-konsep ras dan etnik kerap kali
dicampur aduk sehingga maknanya menjadi Iebih kurang
sama.
• Orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai etnik lain di
Sabah dan Sarawak yang sepatutnya dikenali sebagai etnik,
juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.
• Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah
kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan
kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata, seperti
warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya.
• Ciri paling ketara yang digunakan untuk membezakan
kumpulan manusia ialah warna kulit.
• Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau
kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para
anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan
perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata
dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau
tindakan terbuka.
• Rasisme ialah gabungan prejudis dan kuasa yang di
artikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna kulit dan
ciri-ciri fizikal-biologikal yang lain.
• Rasisme wujud pada dua tahap: tahap individu dan tahap
institusi.
• Pada tahap individu, rasisme berlaku dalam bentuk
kepercayaan bahawa wujudnya ras tertentu yang berstatus
lebih tinggi dan ada ras yang berstatus lebih rendah.
• Rasisme pada peringkat individu ini wujud dalam bentuk
kepercayaan dan sikap individu.
• Pada tahap institusi, rasisme melibatkan dasar dan
pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya
membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras
yang berbeza.
• Rasisme pada tahap institusi ini dapat dilihat secara tersirat
dalam struktur sosial.
Prejudis dan Stereotaip
• Prejudis ditakrif sebagai pandangan negatif mengenai ahli
atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati
seseorang atau kelompok etnik tertentu.
• Prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya,
pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat
atau mencukupi.
• Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.
• Prejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah kumpulan
etnik memandang negatif terhadap kumpulan etnik lain.
• Prejudis yang kuat terhadap kumpulan etnik lain sukar
diubah walaupun fakta yang kukuh diberikan bagi
membuktikan bahawa pemahaman tersebut adalah salah.
• Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan
daripada satu generasi kepada generasi lain.
• Kesan sikap prejudis semakin mudah dilihat apabila berlaku
persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada
dalam aspek politik, ekonomi atau sosial dan sebagainya.
• Stereotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang
negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik seperti "semua
orang Arab itu beragama Islam", "orang Belanda itu bersifat
kedekut" dan sebagainya.
• Dengan kata lain, stereotaip ialah gambaran berlebih-
Iebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang
ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain.
• Hal ini terhasil apabila berlaku pertembungan dua atau lebih
komuniti etnik.
• Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang
negatif dalam kalangan masyarakat, khususnya masyarakat
majmuk di Malaysia.
• Hal ini kerana fahaman stereotaip akan mengakibatkan
sesuatu kumpulan etnik itu memandang rendah terhadap
kumpulan etnik lain dan seterusnya membataskan interaksi
antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang
menebal.
• Ringkasnya, setiap kumpulan etnik mempunyai pandangan
stereotaipnya terhadap kumpulan etnik yang lain.
• Sebagai contoh, orang Barat mempunyai pandangan
stereotaip terhadap kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia.
• Begitu juga, etnik Melayu mempunyai gambaran stereotaip
terhadap etnik Cina dan India dan sebaliknya.
• Maka, setiap pertembungan etnik akan menghasilkan
stereotaip yang berupa gambaran negatif atau positif.
Akomodasi dan Asimilasi
• Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap
kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan
nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahan budaya
hidup masing-masing.
• Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C, di
sini A, B dan C merujuk kepada budaya (Ting Chew Peh,
1987).
• Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan
menghormati antara satu sama lain.
• Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik
mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan
dan mereka saling bergantung.
• Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana
setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka
dalam keadaan harmoni.
• Jika dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negara yang
mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik
Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian
antara mereka.
• Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan
penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga
membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti
yang sama.
• Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi
ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang
berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan,
menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama
(disebut dalam Chew Hock Thye, 1975).
• Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya
penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan
identiti.
• Konsep ini diwakili dengan formula A + B + C = A, di sini
A dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara B
dan C mewakili kumpulan etnik minoriti.
• Contohnya, orang Melayu di Thailand telah mengalami
proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan
hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama)
telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai.
• Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa,
Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh
berlakunya proses asimilasi.
• Namun, bagi etnik Cina di Kelantan serta Baba dan
Nyonya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa
melibatkan anutan kepercayaan atau agama.
• Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang
erat antara ahli kumpulan etnik berbeza budaya bagi suatu
tempoh yang lama.
• Kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada
kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka
dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti, terdapat
banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik dan
kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan
etnik minoriti.
Amalgamasi dan Akulturasi
• Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila
budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan
ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi
adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara
kumpulan etnik.
• Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A + B + C
= D, di sini A, B, C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D
mewakili amalgamasi, satu kumpulan baru terhasil daripada
penyatuan A, B dan C.
• Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud
mengamalkan perkahwinan campur lalu membentuk satu
generasi baharu atau budaya baharu tanpa menuruti budaya
asal mereka.
• Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur
kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari
sesuatu kebudayaan lain yang berbeza.
• Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan
suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari
suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur
kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam
kebudayaan sendiri.
• Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak
menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima.
• Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan
atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan.
• Proses ini menyebabkan berlakunya proses -meminjam.
Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara
langsung kemudian diolah serta dijadikan unsur kebudayaan
sendiri.
• Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti
penggunaan tali leher, angpau, makanan, Duran dan
sebagainya.
• Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah baik,
pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik
kepada sesuatu masyarakat.
• Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang
mencapai tahap akulturasi.
• Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya
bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti
pakaian Barat.
• Unsur-unsur budaya yang bdak berbentuk kebendaan seperti
ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar drterima.
Etnosentrisme dan Etnisiti
• Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya.
• Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat
resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai
kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan.
• Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun,
Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik.
• Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik, iaitu menganggap
ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama
daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta
dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau tidak
bermoral.
• Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme.
• Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan
etnik tertentu.
• Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya
yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu
sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.
• Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa
bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah
kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah
jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.
• Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif yang
melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata
etnik sendiri
Jelaskan Globalisasi
Mempengaruhi Hubungan Etnik
di Malaysia
1.Keadaan masyarakat Malaysia
• Malaysia merupakan sebuah masyarakat yang
mempunyai pelbagai etnik atau dikenali sebagai
masyarakat majmuk.
• Keadaan ini wujud hasil daripada sejarah yang
berlaku beratus-ratus tahun dahulu.
• Situasi ini berdepan dengan persoalan hubungan etnik
dan cabarannya.
• Keadaan pluraliti masyarakat yang unik ini boleh
menyebabkan berlakunya ketegangan.
• Untuk memahami hubungan etnik dan cabarannya,
persoalan sejarah lampau ataupun latar belakang
sejarah yang membawa kepada pembinaan
masyarakat seperti yang ada sekarang yang perlu kita
fahami.
2.Masyarakat sebelum penjajahan
• Sejarah awal tanah Melayu memperlihatkan bahawa
bangsa Melayu merupakan penduduk asal nusantara.
• Kemunculan kerajaan-kerajaan seperti kerajaan Kedah
Tua, Srivijaya dan Majapahit adalah lambang
kemunculan Tamadun Melayu.
• Kegemilangan kerajaan Melayu Melaka
memperkuatkan lagi bahawa bangsa Melayu
merupakan bangsa terawal dan penduduk asal di
Nusantara.
• Sebagai pusat perdagangan, bahasa melayu sebagai
Lingua Franca, penggunaan tulisan Jawi dan kekuatan
agama Islam di alam Melayu.
3.Masyarakat semasa penjajahan.
• Menjelang tahun 1875, British menjajah Tanah
Melayu melalui dasar campur tangan.
• Mula menguasai kawasan yang mewah dengan
sumber bijih timah. Kaum Cina telah mula dibawa
masuk untuk bekerja di sektor perlombongan.
• Menggalakkan penghijrahan orang-orang India
sebagai tenaga buruh dalam sektor perladangan,
getah, sektor pembinaan seperti pembinaan jalan raya
dan kereta api.
• Orang-orang india yang berpendidikan juga dibawa
masuk untuk berkhidmat dalam bidang pengkeranian.
• Di Sarawak, British mula menjajah dengan
pengisytiharaan James Brooke sebagai Raja Sarawak.
• Orang-orang Cina dibawa masuk untuk bekerja di sektor-
sektor perlombongan, penanaman lada hitam, gambir,
sagu dan getah.
• Di Sabah pula orang Cina dibawa masuk bagi memenuhi
keperluan dalam sektor perladangan seperti getah,
tembakau, kayu balak dan perlombongan.
• Kesimpulannya kesan daripada dasar British di Tanah
Melayu termasuk sarawak dan sabah telah menjadi titik
permulaan kepada kewujudan pelbagai kaum dan
melahirkan masyarakat yang majmuk yang hidup dalam
satu negara dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa
dan adat resam.
4.Masyarakat Majmuk di Malaysia
• Kemasukan orang India dan Cina telah melahirkan
masyarakat majmuk di Tanah Melayu.
• Setiap kaum mengamalkan dan mengekalkan identiti,
kebudayaan, adat resam masing-masing.
5.Pendidikan
• Setiap kaum di peringkat awalnya mempunyai
sekolah aliran tersendiri , sukatan pelajaran yang
masih lagi berdasarkan kepada sukatan yang
diamalkan di negara asal mereka.
6.Pemisahan Penempatan
• Melalui dasar-dasar British yang bersifat pecah dan
perintah( divide and rule). Orang Melayu kekal
mewarisi kegiatan nenek moyang mereka dalam
bidang pertanian dan tinggal di kawasan luar bandar.
• Orang Cina pula tinggal di kawasan bandar.
• Orang India pula bekerja di Estet-Estet dan mereka
menetap di situ.
• Perbezaan ruang dan fungsi ini menyebabkan ketiga-
tiga kaum utama ini terpisah dan mempunyai
hubungan yang agak minimum.
7.Politik
• Kelahiran pelbagai parti politik untuk menjaga
kepentingan kaum masing-masing.
• Malahan pada peringkat awal kemasukan orang-orang
Cina dan India menumpukan taat setia kepada negara
asal mereka.
• Kepelbagaian politik di Malaysia digambarkan
dengan kewujudan parti-parti politik yang mewakili
kaum, UMNO dan PAS (mewakili orang melayu),
MCA, DAP (gerakan mewakili kaum Cina) dan MIC
mewakili kaum India.
• konflik antara kaum disebabkan oleh beberapa
perkara berikut:
perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti
bahasa, agama dan adat resam.
Timbulnya jarak sosial antara anggota masyarakat
kerana kurangnya interaksi disebabkan tempat tinggal
dan bidang pekerjaan yang berbeza.
prasangka dan prejudis yang menebal.
Keengganan anggota masyarakat membuka dunia
sosialnya kepada masyarakat lain dan cenderung
untuk mengekalkan identiti masing-masing.
Adanya penguasaan dalam bidang-bidang tertentu
seperti politik atau perniagaan yang hanya didominasi
oleh sesuatu kaum sahaja.
8.PEMBINAAN JATI DIRI
• Pembinaan jati diri sepatutnya mengambil kira semua
elemen asas yang telah pun wujud dan bertapak di
Malaysia
i. kedudukan agama Islam
ii. pluraliti masyarakat
iii.kekuatan ekonomi kaum Cina iv.kedudukan kaum-
kaum minoriti yang lain.
9.Kedudukan Agama Islam
• Kedudukan Islam sebagai agama rasmi termaktub
dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1).
• Justeru itu kedudukan Islam sebagai agama rasmi
mestilah dihormati kerasmiannya.
• Walaupun begitu agama lain bebas dianuti dan
diamalkan.
• Jumlah orang Islam di negara ini lebih daripada 10
juta orang dan ini menjadikan agama Islam sebagai
agama yang mempunyai penganut yang terbesar dan
agama Islam telah wujud di negara ini semenjak abad
ke 13 lagi.
• Oleh sebab kerasmiannya maka keutamaan adalah
diberikan kepada agama Islam dalam perancangan-
perancangan yang dibuat umpamanya Penerapan
Nilai-Nilai Islam.
• Namun apa yang lebih penting lagi yang perlu dilihat
juga ialah kebebasan beragama dan tiada paksaan
dalam beragama dan setiap manusia harus seharusnya
saling kenal mengenali antara satu sama lain.
10.Ekonomi
• Kekuatan kaum Cina dalam bidang ekonomi adalah
jelas berbanding dengan kaum yang lain.
• Kaum Cina kebanyakannya terlibat dalam bidang
perniagaan dan kemajuan sesebuah negara juga
dinilai dari sudut kekuatan ekonominya.
• Namun untuk menjamin keutuhan ekonomi setiap
kaum saling perlu memerlukan antara satu sama lain.
• Jelas kepada kita kaum Melayu, India dan kaum-
kaum yang lain kurang melibatkan diri dalam bidang
ekonomi tetapi peranan mereka sebagai pengguna
tidak boleh dipinggirkan.
• Jurang ekonomi yang terlalu ketara antara satu-satu
kaum juga sebenarnya tidak akan membantu sesebuah
negara untuk maju malahan berkemungkinan boleh
menyebabkan berlakunya ketidakpuasan hati satu
kaum yang lain.
• Oleh itu pembinaan jatidiri juga hendaklah
mengambil kira faktor ini supaya kemewahan negara
tidak diwarisi oleh satu-satu kaum sahaja.
11.Kedudukan Bahasa Melayu
• Bahasa Melayu adalah merupakan bahasa kebangsaan
seperti yang tertera di bawah Per 152 Perlembagaan
Persekutuan yang memperuntukan bahawa bahasa
Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
Malaysia
• Oleh kerana itu bahasa Melayu perlu diajar, disemai
dan dipupuk dikalangan rakyat Malaysia
keseluruhannya. Bahasa Melayu boleh menjadi alat
yang amat penting untuk memupuk perpaduan.
• Walaupun begitu kebebasan juga diberikan kepada
rakyat berbilang kaum untuk bertutur dan belajar
bahasa ibunda mereka.
• Kesimpulannya pembinaan jatidiri perlu mengambil
kira perkara-perkara diatas supaya tidak timbul
perbalahan dan rasa tidak puashati antara etnik.
CABARAN HUBUNGAN
ETNIK
1. Pemisahan penempatan
• Dasar pecah dan perintah yang telah diamalkan oleh
Kerajaan British.
• orang Melayu tinggal di luar bandar.
• kaum Cina yang kebanyakanya terlibat dalam
perlombongan menetap di kawasan-kawasan
lombong dan kemudian menjadi bandar seperti Kuala
Lumpur.
• Kaum India pula kekal menetap di estet-estet dengan
menjalankan aktiviti perladangan.
• pemisahan ini menyebabkan interaksi antara kaum
akan hanya berlaku ketika berurusan di pasar atau di
pejabat sahaja.
• melahirkan sikap yang negatif dalam hubungan antara
kaum.
• Proses kenal mengenali antara satu sama lain susah
untuk berlaku.
• Bidang pekerjaan dimonopoli oleh sesuatu kaum
sahaja
2.Sistem pendidikan yang berasingan
• Pada zaman penjajah, negara kita tidak mempunyai
dasar pendidikan yang jelas.
• British membiarkan sistem pendidikan wujud empat
aliran pendidikan yang berlainan iaitu Melayu, Cina,
India dan Inggeris.
• Keempat-empat aliran ini mempunyai perbezaan yang
amat ketara dari segi matlamat, sukatan pelajaran,
bahasa pengantar dan pendidikan guru.
• Kurikulum yang terdapat juga adalah berlainan.
• Malahan buku teks dan guru juga dibawa dari luar.
• Implikasinya, ketika itu pelajar-pelajar tidak
berpeluang untuk bercampur gaul dengan pelajar dari
kumpulan etnik yang berlainan dan ini akhirnya akan
menyulitkan proses pembentukan perpaduan dan
persefahaman di kalangan pelajar.
3.Politik
• Adalah jelas bahawa kewujudan pelbagai parti politik
yang berasaskan kumpulan etnik telah
memperkuatkan lagi identiti etnik dan syak
wasangka.
• Setiap persatuan hanya akan memperjuangkan
kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya.
• Walaupun pemerintah sekarang bernaung di bawah
satu komponen yang sama, namun parti-parti politik
yang ada masih lagi berasaskan perkauman.
• Demi kepentingan kaum mereka dan juga etnik
mereka maka isu-isu seperti bahasa, kebudayaan,
pendidikan , agama dan lain-lain akan digunakan
sebagai senjata masing-masing.
• Keadaan ini sudah tentu gagal untuk melahirkan
masyarakat yang bersatu padu dalam segenap bidang.
4.EKONOMI
Perbezaan pekerjaan
• Dasar British yang meletakan kaum berdasarkan
kepada pekerjaan menyebabkan etnik tertentu
mendominasi dalam satu-satu bidang pekerjaan.
• Ringkasnya jurang pekerjaan ini akan menyebabkan
perasaan perkauman terus menebal.
• Perbezaan dalam bidang ekonomi telah menimbulkan
persaingan dan ketidakpuasan di kalangan etnik
tertentu.
• Orang Cina dilihat lebih mendominasi bidang yang
lebih maju iaitu perniagaan dan perdagangan
• orang Melayu dalam bidang pertanian yang kurang
berdaya maju dan orang India menjadi buruh di estet-
estet.
• Hasil dari pekerjaan yang berbeza ini maka wujud
jurang pendapatan antara setiap etnik
• setiap etnik berusaha merebut kek ekonomi yang
lebih
• mewujudkan ketidak seimbangan dan persaingan
yang berlaku melahirkan ketidakstabilan dalam
masyarakat.
• Untuk mengeratkan perpaduan maka penyusunan
semula masyarakat perlu dilakukan.
• Aspek yang perlu diberi perhatian
• -keadaan tidak seimbang yang wujud dari segi tingkat
pendapatan, corak guna tenaga, pemilikan saham dan
penyertaan pelbagai kaum dalam semua bidang
Cabaran intraetnik dan interetnik
• Sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia
membolehkan penubuhan parti-parti politik untuk
bertanding dalam pilihanraya.
• Kewujudan parti politik yang pelbagai kadangkala
boleh mencetuskan konflik antara satu sama lain.
• Sejarah pernah memaparkan keadaan genting yang
melanda negara akibat daripada keadaan berpolitik
yang tidak sihat.
• Gejala berikut perlu dielakkan dalam usaha untuk
bersatu
-Terlalu extremism dalam melaksanakan sesuatu
-Bersifat chauvanism atau taksub dengan hanya
menganggap kumpulannya sahaja yang betul dan orang
lain tidak
-Fanaticism atau membabi buta dalam melaksanakan
sesuatu tanpa mempedulikan pendapat orang lain
bahkan menolak sekeras-kerasnya pandangan orang
lain.
• Cabaran hubungan intra etnik contohnya kewujudan
pelbagai parti politik yang mewakili kelompok kaum
yang sama umpamanya dalam masyarakat Melayu
ada parti UMNO dan PAS.
• menyebabkan berlaku ketidak sefahaman antara
sesama kaum.
• kewujudan parti politik yang berbeza tetapi mewakili
dan didominasi oleh etnik yang sama juga sedikit
sebanyak telah menimbulkan hubungan tidak baik
antara etnik.
• Perbezaan nilai dan agama) setiap kumpulan etnik
mempunyai agama, kebudayaan dan bahasa yang berbeza.
• Orang Melayu, China dan India terus dengan sistem
hidup yang berteraskan kebudayaan dan tradisi mereka.
• Setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan
adat resam mereka, mengutamakan etnik mereka dan
mungkin juga menganggap kebudayaan mereka sahaja
yang terbaik.
• Selain daripada itu kewujudan akhbar yang pelbagai
bahasa dengan mengutamakan kelompok etnik mereka
akan memperkukuhkan lagi perasaan kumpulan etnik
masing-masing.
CABARAN GLOBALISASI
• Globalisasi dunia tanpa sempadan dimana
perhubungan menjadi semakin pintas dan cepat.
• Kita boleh mengetahui keadaan dunia luar dengan
pantas dan cepat dan segala maklumat boleh
disalurkan tanpa ada sekatan.
• Globalisasi yang berjalan sekarang menguntungkan
sebelah pihak sahaja iaitu Barat
– proses pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi, politik
dan sosial.
– penjajahan bentuk baru
– menyelitkan unsur-unsur sosial seperti kehidupan
bebas dan budaya hedonisme.
• Kejayaan mereka ini dibantu oleh masyarakat
tempatan yang menganggap segala yang datang dari
barat adalah baik dan moden.
• Pengaruh luaran dalam menentukan keamanan dan
kestabilan sesebuah negara juga tidak boleh
dipandang ringan.
• Era selepas Perang Dingin memperlihatkan U.S dan
sekutunya mendominasi politik dunia.
• Kuasa Barat ini akan lebih cepat bertindak dan
memainkan peranan mereka dengan melibatkan diri
dalam hal ehwal sesebuah negara jika ianya
melibatkan kepentingan mereka.
• Antara dominasi kuasa Barat ke atas dunia seperti
memiliki dan mengendalikan sistem perbankan
antarabangsa (IMF, World Bank); mengawal mata
wang utama dunia dimana USD dijadikan pengukur
nilai wang antarabangsa; mendominasi pasaran modal
dunia; mendominasi akses ruang angkasa dan industri
aeroangkasa dunia; mengawal laluan maritim dunia;
mendominasi industri senjata teknologi tinggi dunia.
• Setiap campur tangan mereka mempunyai agenda
yang tersendiri malahan mereka boleh berperanan
untuk menentukan samada mewujudkan keamanan
atau menghancurkan sesebuah negara.
• Konflik di Iraq memperlihatkan keangkuhan kuasa-
kuasa luar dalam menentukan hala tuju negara
tersebut.
• Selain dari itu kemelut yang berlaku didunia luar
seharusnya dijadikan iktibar oleh rakyat Malaysia
supaya menghargai dan menjaga perpaduan kaum,
umpamanya kemelut Bosnia-Herzegovina, isu
Kashmir, isu Acheh, isu Katholik dan Proteston dan
lain-lain lagi.
• Untuk membentuk dan menjaga perpaduan kaum
beberapa faktor penting perlu diatasi antaranya hak
asasi, agihan kekayaan, peluang pendidikan, peluang
pekerjaan dan lain yang perlu dikendalikan atas
semangat perpaduan.
• Setiap hak-hak ini perlu dipertimbangkan supaya
tidak ada kaum yang merasakan mereka disisihkan,
dianaktirikan, tidak dipedulikan dan akibatnya tidak
mendapat keadilan yang sebenarnya.
• Penduduk Malaysia juga harus menjadikan setiap
konflik yang berlaku di dunia luar sebagai pengajaran
bahawa pentingnya perpaduan, perasaan faham
memahami di kalangan rakyat Malaysia dan
keharmonian kaum dijaga dengan seeloknya.
• Aspek-aspek yang boleh mendatangkan sensitiviti
sesuatu kaum perlulah dielakkan
KESAN GLOBALISASI
• Globalisasi merubah segala budaya masyarakat
tempatan dan akhirnya budaya-budaya luhur yang
terdapat dalam masyarakat berbilang kaum mula
hancur.
• Setiap yang datang dari barat samada dalam bidang
pemikiran, politik dan budaya mula diterima dan
dikatakan baik.
• Kesannya masyarakat mula mengiktiraf setiap budaya
dan pemikiran barat dalam segenap aspek kehidupan.
• Akhirnya globalisasi ini tidak lebih hanyalah suatu
bentuk atau proses penjajahan baru barat ke atas
dunia lainnya yang dipandang rendah dan tidak
bertamadun.
• Kesimpulannya cabaran-cabaran di atas boleh
menyebabkan berlaku ketegangan kaum andai tidak
diurus dengan baik.
• Cabaran ini perlu difahami dan ditanggani kerana
kegagalannya akan membawa perselisihan dan
prasangka yang memang telah sedia wujud di hati
setiap kaum.
• Selain dari itu akan muncul juga tanggapan yang
kurang tepat tetapi menjadi pegangan dan terus
dipercayai oleh kebanyakan rakyat Malaysia, antara
tanggapan-tanggapan tersebut ialah;
i. kaum Melayu mendapat hak dan keistimewaan
melebihi kaum lain.
ii.Orang Melayu miskin kerana malas.
iii. Dasar Ekonomi Baru hanya untuk orang Melayu
sahaja.
iv. kaum Cina kaya kerana pandai menipu dalam
perniagaan.
vi. Orang Cina didiskriminasi oleh orang Melayu
vii. Setiap kegagalan dasar ekonomi di negara ini
adalah disebabkan oleh sabotaj orang-orang Cina.
viii. Orang Cina dan bukan Melayu yang lain tidak
mempunyai taat setia kepada negara ini.

More Related Content

What's hot

Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum
Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaumPrejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum
Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaumRama Devi
 
60135433 hubungan-etnik
60135433 hubungan-etnik60135433 hubungan-etnik
60135433 hubungan-etnikAzlyn Juliana
 
Hubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaan
Hubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaanHubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaan
Hubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaankhatijah1889
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysiaAQILAHARIF
 
Topik 1 kesepaduan
Topik 1 kesepaduanTopik 1 kesepaduan
Topik 1 kesepaduanDatoknye
 
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)Aliff Mansor
 
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)nazri15
 
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysiaImplikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysiaAraizzs Othman
 
Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1Fadhil Ismail
 
Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1su ana
 
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2  masyarakat malaysia dalam sejarahBab 2  masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarahNur Az
 
Budaya dan kepelbagaian kelompok
Budaya dan kepelbagaian kelompokBudaya dan kepelbagaian kelompok
Budaya dan kepelbagaian kelompokshamsiahmn
 
Modul hub.etnik
Modul hub.etnikModul hub.etnik
Modul hub.etnikNim OHara
 
Bab+7+dari+segregasi+ke+integrasi
Bab+7+dari+segregasi+ke+integrasiBab+7+dari+segregasi+ke+integrasi
Bab+7+dari+segregasi+ke+integrasiNisha Vijakumaran
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukBie Judith
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Juriza Jusoh
 
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik  HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik Amin Upsi
 
Bab 8 hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 8  hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasiBab 8  hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 8 hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasiNur Az
 

What's hot (20)

Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum
Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaumPrejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum
Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum
 
60135433 hubungan-etnik
60135433 hubungan-etnik60135433 hubungan-etnik
60135433 hubungan-etnik
 
Hubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaan
Hubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaanHubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaan
Hubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaan
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
Ctu 553
Ctu 553Ctu 553
Ctu 553
 
Topik 1 kesepaduan
Topik 1 kesepaduanTopik 1 kesepaduan
Topik 1 kesepaduan
 
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
 
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
 
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysiaImplikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
 
Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1
 
Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1
 
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2  masyarakat malaysia dalam sejarahBab 2  masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarah
 
Budaya dan kepelbagaian kelompok
Budaya dan kepelbagaian kelompokBudaya dan kepelbagaian kelompok
Budaya dan kepelbagaian kelompok
 
Modul hub.etnik
Modul hub.etnikModul hub.etnik
Modul hub.etnik
 
Bab+7+dari+segregasi+ke+integrasi
Bab+7+dari+segregasi+ke+integrasiBab+7+dari+segregasi+ke+integrasi
Bab+7+dari+segregasi+ke+integrasi
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmuk
 
Hubungan Etnik
Hubungan EtnikHubungan Etnik
Hubungan Etnik
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553
 
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik  HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
 
Bab 8 hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 8  hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasiBab 8  hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 8 hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
 

Viewers also liked

Hubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasHubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasMahyuddin Khalid
 
Pluraliti
PluralitiPluraliti
Pluralititeochaw
 
Bab 2 konsep asas
Bab 2 konsep asasBab 2 konsep asas
Bab 2 konsep asasFarid Hasan
 
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERISCABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Prasangka, stereotipe dan dikriminasi (Makalah)
Prasangka, stereotipe dan dikriminasi (Makalah)Prasangka, stereotipe dan dikriminasi (Makalah)
Prasangka, stereotipe dan dikriminasi (Makalah)Anna Dekinai
 
Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1
Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1
Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1Yokhanah Palani
 
Malaysia pada era globalisasi
Malaysia pada era globalisasiMalaysia pada era globalisasi
Malaysia pada era globalisasiAriff Ikhwan
 
Trial spm sbp 2013 sejarah k2 peraturan pemarkahan
Trial spm sbp 2013 sejarah k2 peraturan pemarkahanTrial spm sbp 2013 sejarah k2 peraturan pemarkahan
Trial spm sbp 2013 sejarah k2 peraturan pemarkahanIzyan Hawani
 
Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2  potret hubungan etnikBab 2  potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnikINSTAQLIM
 
Modernisasi dan globalisasi : contoh nyata di segala bidang
Modernisasi dan globalisasi : contoh nyata di segala bidangModernisasi dan globalisasi : contoh nyata di segala bidang
Modernisasi dan globalisasi : contoh nyata di segala bidangDian Anisa Putri
 
Hubungan Etnik Bab 1 Konsep Asas Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 1   Konsep Asas Hubungan EtnikHubungan Etnik Bab 1   Konsep Asas Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 1 Konsep Asas Hubungan EtnikWanBK Leo
 
Bab 5 cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global
Bab 5  cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan globalBab 5  cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global
Bab 5 cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan globalNur Az
 
Tugasan hubungan etnik
Tugasan hubungan etnikTugasan hubungan etnik
Tugasan hubungan etnikCikgu Ana
 
Hubungan Etnik Bab-2
Hubungan Etnik Bab-2Hubungan Etnik Bab-2
Hubungan Etnik Bab-2Fadhil Ismail
 
Kelompok 5 GLOBALISASI
Kelompok 5 GLOBALISASIKelompok 5 GLOBALISASI
Kelompok 5 GLOBALISASIbagussetyo
 

Viewers also liked (18)

Hubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasHubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep Asas
 
Pluraliti
PluralitiPluraliti
Pluraliti
 
Bab 2 konsep asas
Bab 2 konsep asasBab 2 konsep asas
Bab 2 konsep asas
 
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERISCABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
 
Prasangka, stereotipe dan dikriminasi (Makalah)
Prasangka, stereotipe dan dikriminasi (Makalah)Prasangka, stereotipe dan dikriminasi (Makalah)
Prasangka, stereotipe dan dikriminasi (Makalah)
 
Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1
Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1
Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1
 
Malaysia pada era globalisasi
Malaysia pada era globalisasiMalaysia pada era globalisasi
Malaysia pada era globalisasi
 
Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negaraKesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
 
Trial spm sbp 2013 sejarah k2 peraturan pemarkahan
Trial spm sbp 2013 sejarah k2 peraturan pemarkahanTrial spm sbp 2013 sejarah k2 peraturan pemarkahan
Trial spm sbp 2013 sejarah k2 peraturan pemarkahan
 
Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2  potret hubungan etnikBab 2  potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnik
 
Nota Hubungan Etnik
Nota Hubungan EtnikNota Hubungan Etnik
Nota Hubungan Etnik
 
Modernisasi dan globalisasi : contoh nyata di segala bidang
Modernisasi dan globalisasi : contoh nyata di segala bidangModernisasi dan globalisasi : contoh nyata di segala bidang
Modernisasi dan globalisasi : contoh nyata di segala bidang
 
Hubungan Etnik Bab 1 Konsep Asas Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 1   Konsep Asas Hubungan EtnikHubungan Etnik Bab 1   Konsep Asas Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 1 Konsep Asas Hubungan Etnik
 
Bab 5 cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global
Bab 5  cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan globalBab 5  cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global
Bab 5 cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global
 
Tugasan hubungan etnik
Tugasan hubungan etnikTugasan hubungan etnik
Tugasan hubungan etnik
 
TITAS USM
TITAS USMTITAS USM
TITAS USM
 
Hubungan Etnik Bab-2
Hubungan Etnik Bab-2Hubungan Etnik Bab-2
Hubungan Etnik Bab-2
 
Kelompok 5 GLOBALISASI
Kelompok 5 GLOBALISASIKelompok 5 GLOBALISASI
Kelompok 5 GLOBALISASI
 

Similar to Bab 8 GLOBALISASI HE

Asimilasi
AsimilasiAsimilasi
AsimilasiANUTHRA
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysiaIrsyad Izaki
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya noraidahyaakub1
 
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013Wanie Sabrie Ws
 
Definisi dalam hubungan etnik
Definisi dalam hubungan etnikDefinisi dalam hubungan etnik
Definisi dalam hubungan etnikAqilah Hamid
 
Topik 1 Blom siap.pptx
Topik 1 Blom siap.pptxTopik 1 Blom siap.pptx
Topik 1 Blom siap.pptxAlHadmie1
 
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1share with me
 
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)Saya Awak
 
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanKepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanCaeser Rio
 
Hubungan etnik (17 2-09)(1)
Hubungan etnik (17 2-09)(1)Hubungan etnik (17 2-09)(1)
Hubungan etnik (17 2-09)(1)sam_ax
 
T1 pengertian etnik_budaya_bangsa
T1 pengertian etnik_budaya_bangsaT1 pengertian etnik_budaya_bangsa
T1 pengertian etnik_budaya_bangsaRosmahiza Ramli
 

Similar to Bab 8 GLOBALISASI HE (20)

Asimilasi
AsimilasiAsimilasi
Asimilasi
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya
 
Hubungan etnik 1 , 2
Hubungan etnik  1 , 2Hubungan etnik  1 , 2
Hubungan etnik 1 , 2
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
 
Definisi dalam hubungan etnik
Definisi dalam hubungan etnikDefinisi dalam hubungan etnik
Definisi dalam hubungan etnik
 
Topik 1 Blom siap.pptx
Topik 1 Blom siap.pptxTopik 1 Blom siap.pptx
Topik 1 Blom siap.pptx
 
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
 
Kuliah 1 & 2
Kuliah 1 & 2Kuliah 1 & 2
Kuliah 1 & 2
 
Konsep asas hubungan etnik
Konsep asas hubungan etnikKonsep asas hubungan etnik
Konsep asas hubungan etnik
 
P
PP
P
 
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)
 
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanKepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
 
Hubungan etnik (17 2-09)(1)
Hubungan etnik (17 2-09)(1)Hubungan etnik (17 2-09)(1)
Hubungan etnik (17 2-09)(1)
 
CTU
CTUCTU
CTU
 
Konsep Integrasi Etnik
Konsep Integrasi EtnikKonsep Integrasi Etnik
Konsep Integrasi Etnik
 
T1 pengertian etnik_budaya_bangsa
T1 pengertian etnik_budaya_bangsaT1 pengertian etnik_budaya_bangsa
T1 pengertian etnik_budaya_bangsa
 
CTU PRESENTATION
CTU PRESENTATIONCTU PRESENTATION
CTU PRESENTATION
 
Kuliah 8
Kuliah 8Kuliah 8
Kuliah 8
 

Recently uploaded

Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 

Recently uploaded (11)

Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 

Bab 8 GLOBALISASI HE

  • 2. Asas-asas hubungan etnik dalam konteks Malaysia
  • 3. Ras dan Rasisme • Di Malaysia, konsep-konsep ras dan etnik kerap kali dicampur aduk sehingga maknanya menjadi Iebih kurang sama. • Orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai etnik lain di Sabah dan Sarawak yang sepatutnya dikenali sebagai etnik, juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian. • Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata, seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya. • Ciri paling ketara yang digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.
  • 4. • Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka. • Rasisme ialah gabungan prejudis dan kuasa yang di artikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna kulit dan ciri-ciri fizikal-biologikal yang lain. • Rasisme wujud pada dua tahap: tahap individu dan tahap institusi.
  • 5. • Pada tahap individu, rasisme berlaku dalam bentuk kepercayaan bahawa wujudnya ras tertentu yang berstatus lebih tinggi dan ada ras yang berstatus lebih rendah. • Rasisme pada peringkat individu ini wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu. • Pada tahap institusi, rasisme melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza. • Rasisme pada tahap institusi ini dapat dilihat secara tersirat dalam struktur sosial.
  • 6. Prejudis dan Stereotaip • Prejudis ditakrif sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. • Prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya, pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi. • Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip. • Prejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah kumpulan etnik memandang negatif terhadap kumpulan etnik lain.
  • 7. • Prejudis yang kuat terhadap kumpulan etnik lain sukar diubah walaupun fakta yang kukuh diberikan bagi membuktikan bahawa pemahaman tersebut adalah salah. • Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan daripada satu generasi kepada generasi lain. • Kesan sikap prejudis semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam aspek politik, ekonomi atau sosial dan sebagainya.
  • 8. • Stereotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik seperti "semua orang Arab itu beragama Islam", "orang Belanda itu bersifat kedekut" dan sebagainya. • Dengan kata lain, stereotaip ialah gambaran berlebih- Iebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain. • Hal ini terhasil apabila berlaku pertembungan dua atau lebih komuniti etnik.
  • 9. • Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat, khususnya masyarakat majmuk di Malaysia. • Hal ini kerana fahaman stereotaip akan mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik itu memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal.
  • 10. • Ringkasnya, setiap kumpulan etnik mempunyai pandangan stereotaipnya terhadap kumpulan etnik yang lain. • Sebagai contoh, orang Barat mempunyai pandangan stereotaip terhadap kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia. • Begitu juga, etnik Melayu mempunyai gambaran stereotaip terhadap etnik Cina dan India dan sebaliknya. • Maka, setiap pertembungan etnik akan menghasilkan stereotaip yang berupa gambaran negatif atau positif.
  • 11. Akomodasi dan Asimilasi • Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahan budaya hidup masing-masing. • Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C, di sini A, B dan C merujuk kepada budaya (Ting Chew Peh, 1987). • Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain.
  • 12. • Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung. • Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. • Jika dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.
  • 13. • Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. • Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama (disebut dalam Chew Hock Thye, 1975). • Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti.
  • 14. • Konsep ini diwakili dengan formula A + B + C = A, di sini A dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. • Contohnya, orang Melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. • Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi.
  • 15. • Namun, bagi etnik Cina di Kelantan serta Baba dan Nyonya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama. • Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. • Kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti, terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti.
  • 16. Amalgamasi dan Akulturasi • Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. • Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A + B + C = D, di sini A, B, C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgamasi, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A, B dan C. • Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan perkahwinan campur lalu membentuk satu generasi baharu atau budaya baharu tanpa menuruti budaya asal mereka.
  • 17. • Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. • Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. • Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima.
  • 18. • Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. • Proses ini menyebabkan berlakunya proses -meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung kemudian diolah serta dijadikan unsur kebudayaan sendiri. • Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan, Duran dan sebagainya. • Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu masyarakat.
  • 19. • Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi. • Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian Barat. • Unsur-unsur budaya yang bdak berbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar drterima.
  • 20. Etnosentrisme dan Etnisiti • Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. • Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. • Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. • Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik, iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau tidak bermoral.
  • 21. • Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. • Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. • Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. • Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. • Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri
  • 23. 1.Keadaan masyarakat Malaysia • Malaysia merupakan sebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik atau dikenali sebagai masyarakat majmuk. • Keadaan ini wujud hasil daripada sejarah yang berlaku beratus-ratus tahun dahulu. • Situasi ini berdepan dengan persoalan hubungan etnik dan cabarannya. • Keadaan pluraliti masyarakat yang unik ini boleh menyebabkan berlakunya ketegangan.
  • 24. • Untuk memahami hubungan etnik dan cabarannya, persoalan sejarah lampau ataupun latar belakang sejarah yang membawa kepada pembinaan masyarakat seperti yang ada sekarang yang perlu kita fahami.
  • 25. 2.Masyarakat sebelum penjajahan • Sejarah awal tanah Melayu memperlihatkan bahawa bangsa Melayu merupakan penduduk asal nusantara. • Kemunculan kerajaan-kerajaan seperti kerajaan Kedah Tua, Srivijaya dan Majapahit adalah lambang kemunculan Tamadun Melayu. • Kegemilangan kerajaan Melayu Melaka memperkuatkan lagi bahawa bangsa Melayu merupakan bangsa terawal dan penduduk asal di Nusantara. • Sebagai pusat perdagangan, bahasa melayu sebagai Lingua Franca, penggunaan tulisan Jawi dan kekuatan agama Islam di alam Melayu.
  • 26. 3.Masyarakat semasa penjajahan. • Menjelang tahun 1875, British menjajah Tanah Melayu melalui dasar campur tangan. • Mula menguasai kawasan yang mewah dengan sumber bijih timah. Kaum Cina telah mula dibawa masuk untuk bekerja di sektor perlombongan. • Menggalakkan penghijrahan orang-orang India sebagai tenaga buruh dalam sektor perladangan, getah, sektor pembinaan seperti pembinaan jalan raya dan kereta api. • Orang-orang india yang berpendidikan juga dibawa masuk untuk berkhidmat dalam bidang pengkeranian.
  • 27. • Di Sarawak, British mula menjajah dengan pengisytiharaan James Brooke sebagai Raja Sarawak. • Orang-orang Cina dibawa masuk untuk bekerja di sektor- sektor perlombongan, penanaman lada hitam, gambir, sagu dan getah. • Di Sabah pula orang Cina dibawa masuk bagi memenuhi keperluan dalam sektor perladangan seperti getah, tembakau, kayu balak dan perlombongan. • Kesimpulannya kesan daripada dasar British di Tanah Melayu termasuk sarawak dan sabah telah menjadi titik permulaan kepada kewujudan pelbagai kaum dan melahirkan masyarakat yang majmuk yang hidup dalam satu negara dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa dan adat resam.
  • 28. 4.Masyarakat Majmuk di Malaysia • Kemasukan orang India dan Cina telah melahirkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. • Setiap kaum mengamalkan dan mengekalkan identiti, kebudayaan, adat resam masing-masing. 5.Pendidikan • Setiap kaum di peringkat awalnya mempunyai sekolah aliran tersendiri , sukatan pelajaran yang masih lagi berdasarkan kepada sukatan yang diamalkan di negara asal mereka.
  • 29. 6.Pemisahan Penempatan • Melalui dasar-dasar British yang bersifat pecah dan perintah( divide and rule). Orang Melayu kekal mewarisi kegiatan nenek moyang mereka dalam bidang pertanian dan tinggal di kawasan luar bandar. • Orang Cina pula tinggal di kawasan bandar. • Orang India pula bekerja di Estet-Estet dan mereka menetap di situ. • Perbezaan ruang dan fungsi ini menyebabkan ketiga- tiga kaum utama ini terpisah dan mempunyai hubungan yang agak minimum.
  • 30. 7.Politik • Kelahiran pelbagai parti politik untuk menjaga kepentingan kaum masing-masing. • Malahan pada peringkat awal kemasukan orang-orang Cina dan India menumpukan taat setia kepada negara asal mereka. • Kepelbagaian politik di Malaysia digambarkan dengan kewujudan parti-parti politik yang mewakili kaum, UMNO dan PAS (mewakili orang melayu), MCA, DAP (gerakan mewakili kaum Cina) dan MIC mewakili kaum India.
  • 31. • konflik antara kaum disebabkan oleh beberapa perkara berikut: perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti bahasa, agama dan adat resam. Timbulnya jarak sosial antara anggota masyarakat kerana kurangnya interaksi disebabkan tempat tinggal dan bidang pekerjaan yang berbeza. prasangka dan prejudis yang menebal. Keengganan anggota masyarakat membuka dunia sosialnya kepada masyarakat lain dan cenderung untuk mengekalkan identiti masing-masing. Adanya penguasaan dalam bidang-bidang tertentu seperti politik atau perniagaan yang hanya didominasi oleh sesuatu kaum sahaja.
  • 32. 8.PEMBINAAN JATI DIRI • Pembinaan jati diri sepatutnya mengambil kira semua elemen asas yang telah pun wujud dan bertapak di Malaysia i. kedudukan agama Islam ii. pluraliti masyarakat iii.kekuatan ekonomi kaum Cina iv.kedudukan kaum- kaum minoriti yang lain.
  • 33. 9.Kedudukan Agama Islam • Kedudukan Islam sebagai agama rasmi termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1). • Justeru itu kedudukan Islam sebagai agama rasmi mestilah dihormati kerasmiannya. • Walaupun begitu agama lain bebas dianuti dan diamalkan.
  • 34. • Jumlah orang Islam di negara ini lebih daripada 10 juta orang dan ini menjadikan agama Islam sebagai agama yang mempunyai penganut yang terbesar dan agama Islam telah wujud di negara ini semenjak abad ke 13 lagi. • Oleh sebab kerasmiannya maka keutamaan adalah diberikan kepada agama Islam dalam perancangan- perancangan yang dibuat umpamanya Penerapan Nilai-Nilai Islam. • Namun apa yang lebih penting lagi yang perlu dilihat juga ialah kebebasan beragama dan tiada paksaan dalam beragama dan setiap manusia harus seharusnya saling kenal mengenali antara satu sama lain.
  • 35. 10.Ekonomi • Kekuatan kaum Cina dalam bidang ekonomi adalah jelas berbanding dengan kaum yang lain. • Kaum Cina kebanyakannya terlibat dalam bidang perniagaan dan kemajuan sesebuah negara juga dinilai dari sudut kekuatan ekonominya. • Namun untuk menjamin keutuhan ekonomi setiap kaum saling perlu memerlukan antara satu sama lain. • Jelas kepada kita kaum Melayu, India dan kaum- kaum yang lain kurang melibatkan diri dalam bidang ekonomi tetapi peranan mereka sebagai pengguna tidak boleh dipinggirkan.
  • 36. • Jurang ekonomi yang terlalu ketara antara satu-satu kaum juga sebenarnya tidak akan membantu sesebuah negara untuk maju malahan berkemungkinan boleh menyebabkan berlakunya ketidakpuasan hati satu kaum yang lain. • Oleh itu pembinaan jatidiri juga hendaklah mengambil kira faktor ini supaya kemewahan negara tidak diwarisi oleh satu-satu kaum sahaja.
  • 37. 11.Kedudukan Bahasa Melayu • Bahasa Melayu adalah merupakan bahasa kebangsaan seperti yang tertera di bawah Per 152 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia • Oleh kerana itu bahasa Melayu perlu diajar, disemai dan dipupuk dikalangan rakyat Malaysia keseluruhannya. Bahasa Melayu boleh menjadi alat yang amat penting untuk memupuk perpaduan.
  • 38. • Walaupun begitu kebebasan juga diberikan kepada rakyat berbilang kaum untuk bertutur dan belajar bahasa ibunda mereka. • Kesimpulannya pembinaan jatidiri perlu mengambil kira perkara-perkara diatas supaya tidak timbul perbalahan dan rasa tidak puashati antara etnik.
  • 40. 1. Pemisahan penempatan • Dasar pecah dan perintah yang telah diamalkan oleh Kerajaan British. • orang Melayu tinggal di luar bandar. • kaum Cina yang kebanyakanya terlibat dalam perlombongan menetap di kawasan-kawasan lombong dan kemudian menjadi bandar seperti Kuala Lumpur.
  • 41. • Kaum India pula kekal menetap di estet-estet dengan menjalankan aktiviti perladangan. • pemisahan ini menyebabkan interaksi antara kaum akan hanya berlaku ketika berurusan di pasar atau di pejabat sahaja. • melahirkan sikap yang negatif dalam hubungan antara kaum. • Proses kenal mengenali antara satu sama lain susah untuk berlaku. • Bidang pekerjaan dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja
  • 42. 2.Sistem pendidikan yang berasingan • Pada zaman penjajah, negara kita tidak mempunyai dasar pendidikan yang jelas. • British membiarkan sistem pendidikan wujud empat aliran pendidikan yang berlainan iaitu Melayu, Cina, India dan Inggeris. • Keempat-empat aliran ini mempunyai perbezaan yang amat ketara dari segi matlamat, sukatan pelajaran, bahasa pengantar dan pendidikan guru.
  • 43. • Kurikulum yang terdapat juga adalah berlainan. • Malahan buku teks dan guru juga dibawa dari luar. • Implikasinya, ketika itu pelajar-pelajar tidak berpeluang untuk bercampur gaul dengan pelajar dari kumpulan etnik yang berlainan dan ini akhirnya akan menyulitkan proses pembentukan perpaduan dan persefahaman di kalangan pelajar.
  • 44. 3.Politik • Adalah jelas bahawa kewujudan pelbagai parti politik yang berasaskan kumpulan etnik telah memperkuatkan lagi identiti etnik dan syak wasangka. • Setiap persatuan hanya akan memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya.
  • 45. • Walaupun pemerintah sekarang bernaung di bawah satu komponen yang sama, namun parti-parti politik yang ada masih lagi berasaskan perkauman. • Demi kepentingan kaum mereka dan juga etnik mereka maka isu-isu seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan , agama dan lain-lain akan digunakan sebagai senjata masing-masing. • Keadaan ini sudah tentu gagal untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu dalam segenap bidang.
  • 46. 4.EKONOMI Perbezaan pekerjaan • Dasar British yang meletakan kaum berdasarkan kepada pekerjaan menyebabkan etnik tertentu mendominasi dalam satu-satu bidang pekerjaan. • Ringkasnya jurang pekerjaan ini akan menyebabkan perasaan perkauman terus menebal. • Perbezaan dalam bidang ekonomi telah menimbulkan persaingan dan ketidakpuasan di kalangan etnik tertentu. • Orang Cina dilihat lebih mendominasi bidang yang lebih maju iaitu perniagaan dan perdagangan
  • 47. • orang Melayu dalam bidang pertanian yang kurang berdaya maju dan orang India menjadi buruh di estet- estet. • Hasil dari pekerjaan yang berbeza ini maka wujud jurang pendapatan antara setiap etnik • setiap etnik berusaha merebut kek ekonomi yang lebih • mewujudkan ketidak seimbangan dan persaingan yang berlaku melahirkan ketidakstabilan dalam masyarakat.
  • 48. • Untuk mengeratkan perpaduan maka penyusunan semula masyarakat perlu dilakukan. • Aspek yang perlu diberi perhatian • -keadaan tidak seimbang yang wujud dari segi tingkat pendapatan, corak guna tenaga, pemilikan saham dan penyertaan pelbagai kaum dalam semua bidang
  • 50. • Sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia membolehkan penubuhan parti-parti politik untuk bertanding dalam pilihanraya. • Kewujudan parti politik yang pelbagai kadangkala boleh mencetuskan konflik antara satu sama lain. • Sejarah pernah memaparkan keadaan genting yang melanda negara akibat daripada keadaan berpolitik yang tidak sihat.
  • 51. • Gejala berikut perlu dielakkan dalam usaha untuk bersatu -Terlalu extremism dalam melaksanakan sesuatu -Bersifat chauvanism atau taksub dengan hanya menganggap kumpulannya sahaja yang betul dan orang lain tidak -Fanaticism atau membabi buta dalam melaksanakan sesuatu tanpa mempedulikan pendapat orang lain bahkan menolak sekeras-kerasnya pandangan orang lain.
  • 52. • Cabaran hubungan intra etnik contohnya kewujudan pelbagai parti politik yang mewakili kelompok kaum yang sama umpamanya dalam masyarakat Melayu ada parti UMNO dan PAS. • menyebabkan berlaku ketidak sefahaman antara sesama kaum. • kewujudan parti politik yang berbeza tetapi mewakili dan didominasi oleh etnik yang sama juga sedikit sebanyak telah menimbulkan hubungan tidak baik antara etnik.
  • 53. • Perbezaan nilai dan agama) setiap kumpulan etnik mempunyai agama, kebudayaan dan bahasa yang berbeza. • Orang Melayu, China dan India terus dengan sistem hidup yang berteraskan kebudayaan dan tradisi mereka. • Setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat resam mereka, mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga menganggap kebudayaan mereka sahaja yang terbaik. • Selain daripada itu kewujudan akhbar yang pelbagai bahasa dengan mengutamakan kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan lagi perasaan kumpulan etnik masing-masing.
  • 55. • Globalisasi dunia tanpa sempadan dimana perhubungan menjadi semakin pintas dan cepat. • Kita boleh mengetahui keadaan dunia luar dengan pantas dan cepat dan segala maklumat boleh disalurkan tanpa ada sekatan. • Globalisasi yang berjalan sekarang menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu Barat – proses pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi, politik dan sosial. – penjajahan bentuk baru – menyelitkan unsur-unsur sosial seperti kehidupan bebas dan budaya hedonisme.
  • 56. • Kejayaan mereka ini dibantu oleh masyarakat tempatan yang menganggap segala yang datang dari barat adalah baik dan moden. • Pengaruh luaran dalam menentukan keamanan dan kestabilan sesebuah negara juga tidak boleh dipandang ringan. • Era selepas Perang Dingin memperlihatkan U.S dan sekutunya mendominasi politik dunia. • Kuasa Barat ini akan lebih cepat bertindak dan memainkan peranan mereka dengan melibatkan diri dalam hal ehwal sesebuah negara jika ianya melibatkan kepentingan mereka.
  • 57. • Antara dominasi kuasa Barat ke atas dunia seperti memiliki dan mengendalikan sistem perbankan antarabangsa (IMF, World Bank); mengawal mata wang utama dunia dimana USD dijadikan pengukur nilai wang antarabangsa; mendominasi pasaran modal dunia; mendominasi akses ruang angkasa dan industri aeroangkasa dunia; mengawal laluan maritim dunia; mendominasi industri senjata teknologi tinggi dunia. • Setiap campur tangan mereka mempunyai agenda yang tersendiri malahan mereka boleh berperanan untuk menentukan samada mewujudkan keamanan atau menghancurkan sesebuah negara.
  • 58. • Konflik di Iraq memperlihatkan keangkuhan kuasa- kuasa luar dalam menentukan hala tuju negara tersebut. • Selain dari itu kemelut yang berlaku didunia luar seharusnya dijadikan iktibar oleh rakyat Malaysia supaya menghargai dan menjaga perpaduan kaum, umpamanya kemelut Bosnia-Herzegovina, isu Kashmir, isu Acheh, isu Katholik dan Proteston dan lain-lain lagi. • Untuk membentuk dan menjaga perpaduan kaum beberapa faktor penting perlu diatasi antaranya hak asasi, agihan kekayaan, peluang pendidikan, peluang pekerjaan dan lain yang perlu dikendalikan atas semangat perpaduan.
  • 59. • Setiap hak-hak ini perlu dipertimbangkan supaya tidak ada kaum yang merasakan mereka disisihkan, dianaktirikan, tidak dipedulikan dan akibatnya tidak mendapat keadilan yang sebenarnya. • Penduduk Malaysia juga harus menjadikan setiap konflik yang berlaku di dunia luar sebagai pengajaran bahawa pentingnya perpaduan, perasaan faham memahami di kalangan rakyat Malaysia dan keharmonian kaum dijaga dengan seeloknya. • Aspek-aspek yang boleh mendatangkan sensitiviti sesuatu kaum perlulah dielakkan
  • 61. • Globalisasi merubah segala budaya masyarakat tempatan dan akhirnya budaya-budaya luhur yang terdapat dalam masyarakat berbilang kaum mula hancur. • Setiap yang datang dari barat samada dalam bidang pemikiran, politik dan budaya mula diterima dan dikatakan baik.
  • 62. • Kesannya masyarakat mula mengiktiraf setiap budaya dan pemikiran barat dalam segenap aspek kehidupan. • Akhirnya globalisasi ini tidak lebih hanyalah suatu bentuk atau proses penjajahan baru barat ke atas dunia lainnya yang dipandang rendah dan tidak bertamadun. • Kesimpulannya cabaran-cabaran di atas boleh menyebabkan berlaku ketegangan kaum andai tidak diurus dengan baik. • Cabaran ini perlu difahami dan ditanggani kerana kegagalannya akan membawa perselisihan dan prasangka yang memang telah sedia wujud di hati setiap kaum.
  • 63. • Selain dari itu akan muncul juga tanggapan yang kurang tepat tetapi menjadi pegangan dan terus dipercayai oleh kebanyakan rakyat Malaysia, antara tanggapan-tanggapan tersebut ialah; i. kaum Melayu mendapat hak dan keistimewaan melebihi kaum lain. ii.Orang Melayu miskin kerana malas. iii. Dasar Ekonomi Baru hanya untuk orang Melayu sahaja.
  • 64. iv. kaum Cina kaya kerana pandai menipu dalam perniagaan. vi. Orang Cina didiskriminasi oleh orang Melayu vii. Setiap kegagalan dasar ekonomi di negara ini adalah disebabkan oleh sabotaj orang-orang Cina. viii. Orang Cina dan bukan Melayu yang lain tidak mempunyai taat setia kepada negara ini.