SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Prejudis dan Kaitannya dengan Masalah Perhubungan Kaum
Prejudis ditakrifkan sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lainyang
tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. Dalam erti kata lain,prejudis juga
bermaksud rasa suka atau tidak suka yang tidak berasas terhadapsesuatu kaum, agama dan
sebagainya. Perasaan prejudis tidak diluahkan secaraterbuka. Ianya mengandungi sentiment
marah, takut dan sebagainya. Prejudis terdapattiga jenis utama iaitu prejudis sosial, prejudis
bangsa dan prejudis agama. Selain itu,terdapat juga prejudis jantina, umur atau orientasi.
Punca manusia prejudis terhadapsekumpulan manusia adalah mempertahankan identiti sosial,
sikap masyarakat itusendiri dan ‘scapegoating’
.
Prejudis atau persepsi negatif adalah satu aspek utama yang telah menyumbangkepada
sentimen ketidak puasan hati di beberapa kalangan kumpulan etnik di negarakita. Apabila
berlakunya konflik yang disebabkan oleh prejudis, situasi menjadi semakinburuk kerana
kurangnya kefahaman dan pengetahuan mengenai satu sama lain. Akibatnya, interaksi antara
kaum terbatas dan timbulnya semangat perkauman yangtebal. Prejudis juga menyebabkan
sesuatu kumpulan etnik memandang rendahterhadap kumpulan etnik lain yang terhasil
berdasarkan kefahaman yang cetek dantidak tepat.
Prejudis ini sukar diubah walaupun dibekalkan dengan fakta yang kukuh untuk membuktikan
bahawa pemahaman terhadap sesuatu kumpulan etnik itu adalahsalah.Prejudis menjadi
semakin tebal dan kuat apabila persekitaran itu dipenuhi sifatsemulajadi manusia iaitu ego
mempertahankan diri. Funsi sifat semulajadi inimerupakan sikap yang menyelamatkan manusia
daripada perasaan kerisauan yangmelampau atau daripada sebarang gangguan ke atas
penghargaan-kendiri manusia. Iniberlaku apabila sekumpulan etnik atau individu itu merasakan
maruah atau darjatmereka tergugat. Dalam proses mempertahankan sekumpulan etnik atau
individu itu,mereka akan menolak segala kenyataan kukuh daripada mereka yang diprejudis.
Prejudis ini diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain melalui prosessosialisasi.
Seseorang yang dibesarkan dalam persekitaran yang penuh prejudis akanmenghasilkan dan
secara tidak langsung membina sentimen negatif yang amat susahuntuk dikikis. Prejudis
memainkan peranan dalam membentuk sikap manusia. Kesansikap prejudis menjadi mudah
dilihat apabila wujudnya persaingan untuk mendapatkansesuatu samada dalam aspek ekonomi,
sosial, politik dan sebagainya.
Insiden Kampung Medan pada tahun 2001 merupakan contoh terbaik bagimenggambarkan
perasaan prejudis di antara dua kaum di negara kita. Insiden inimerupakan kekecohan kaum
yang berakhir dengan tragedi di mana ramai yangkehilangan nyawa dan berjuta-juta ringgit
dihabiskan untuk proses pemulihan.
Kemunculan akhbar-akhbar etnik di Malaysia terutamanya pada awalperkembangan akhbar
negara adalah kesan daripada prejudis. Sebelum merdeka,penelitian terhadap akhbar
berbahasa Melayu penuh dengan sentimen perkauman dananti kaum pendatang. Laporan
media pada masa itu telah menggembar-gemburkanancaman yang akan mereka hadapi jika
kehadiran kaum pendatang semakinberleluasa. Pernyataan mereka adalah cukup jelas dan
bukan sekadar berkias-kiasan.Kebencian dan perasaan prejudis mereka terhadap kaum
pendatang jelas tertunjukmelalui Akhbar Majlis dalam perjuangan memartabatkan kaum
Melayu. Laporanrencana pengarang Ogos 1932 dan rencana keluaran 12 Disember 1932
(dipetik oleh Ahmad Nazri dalam Mohd Sarim Haji Mustajab, 1988: 144) yang mereka siarkan
jelasmenunjukkan sentimen anti-pendatang yang meruap-ruap. Umpamanya rencanaakhbar
Majlis Ogos 1932:
Kita tidak akan berdosa apabila berkata bahawa orang Melayu itu tidak diharap bolehbergaul
dengan bangsa Malayan, tak boleh sekata dan seturut, tak boleh bekerjasamabahkan bukan
sekadar demikian sahaja, tetapi barangkali akan tiba masanya orang Melayu itu tak boleh
percaya kepada bangsa asing. Bukan sekadar tak boleh percayasahaja, akan tetapi ialah juga
bahawa bangsa-bangsa asing ini kelak akan menjadi musuh hidup orang Melayu bagi suatu
masa yang panjang jika tidak diubati hari ini.
Rencana akhbar ini yang bertarikh 12 Disember 1932 bertajuk “Bangsa AsingTidak Patut
Meminta Hak” juga jelas menggunakan kata-kata yang lebih kesat dankeras dalam ulasannya.
Umpamanya:
Rupanya telah lupa entah berapa banyakkah khazanah bumi Melayu yang
telahdimuntahdarahkan (dimakan) mereka (Cina) dan berapa ribukah sudah wang
TanahMelayu yang telah dihantar mereka ke negerinya dan berapa banyakkah pula bangsat-
bangsat dari Tongsan itu sekarang ini telah menjadi meliana (millionaire) di dalamnegeri
Melayu.
Akhbar Warta Malaya juga tidak terlepas daripada menyiarkan artikel danrencana yang
menghentam keras bangsa lain. Mereka dengan beraninyamempertahankan martabat
masyarakat Melayu dengan menuduh dan menghentamkaum pendatang. Mereka juga
mengapi-apikan masyarakat Melayu tentang prejudisterhadap kaum pendatang. Umpamanya
rencana mereka yang bertarikh 7 Mac 1938(dipetik oleh Ahmad Nazri dalam Mohd Sarim Haji
Mustajab, 1988: 146):
Orang Cina di Malaya bukan makin lama makin beradab sopan, makin lama makin bertambah-
tambah cerewet atau biadap pula…sudahlah awak menumpang di tempat orang awak hendak
bermaharajalela pula macam tempat awak sendiri…
Selepas negara mencapai kemerdekaan, perasaan prejudis ini beralih kepadaahli-ahli politik
negara. Akhbar memain peranan sebagai tukang lapor kepada ahli-ahlipolitik. Isu perkauman
yang diwujudkan oleh perasaan prejudis terhadap sekumpulankaum itu telah menyemarakan
perbalahan antara kaum. Kesan daripada perbalahan iniadalah rusuhan kaum pada 13 Mei
1969. Ketidakadilan dalam laporan dan penilaianterhadap kaum lain menjadi faktor kepada
liputan akhbar etnik yang bertumpu padamasalah kaum mereka sahaja. Keadaan ini telah
menyebabkan pihak pemerintahbertindak untuk menggantung penerbitan akhbar. Setiap
maklumat dan laporan akanmelalui Pusat Perkhidmatan Maklumat Kerajaan dan ini telah
mengurangkan sebaranmesej bercirikan prejudis terhadap kaum lain.
Perasaan prejudis secara tidak langsung telah mewujudkan masalah perkaumandi negara
Malaysia. Walaupun tidak diluahkan secara terbuka, dari perasaan prejudisitu sahaja boleh
menyebabkan sekumpulan kaum itu bertindak dengan lebih keras danakhirnya diluahkan
secara terang-terangan. Dalam skala besar, prejudis bolehmenyebabkan keganasan dan
peperangan.
Reference:
Mohd Asri bin Mohamad, 2002, Pengaruh Golongan Elit Pemerintah Dalam
PemaparanBeritaBerita Etnik. Analisis Kandungan Terhadap Pelaporan Berita Akhbar
UtusanMalaysia dan Berita Harian Sejurus Sebelum dan Selepas Pilihanraya Umum Ke-10
Malaysia, Universiti Sains Malaysia.
Shamsul Amri Baharuddin, 2007, Modul Hubungan Etnik, Pusat Penerbitan Universiti(UPENA),
Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.
Shahrul Izwan Naser & Mohd Najib Mohd Esa, 2010, Memahami Hubungan Etnik di Malaysia
Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains
Malaysia.

More Related Content

What's hot

Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografinaninami
 
Konflik dan perundingan dalam komunikasi
Konflik  dan  perundingan  dalam  komunikasiKonflik  dan  perundingan  dalam  komunikasi
Konflik dan perundingan dalam komunikasiSky Red
 
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
Bab 7   dari segregasi ke integrasiBab 7   dari segregasi ke integrasi
Bab 7 dari segregasi ke integrasiINSTAQLIM
 
Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2  potret hubungan etnikBab 2  potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnikINSTAQLIM
 
Penulisan mengikut format apa
Penulisan mengikut  format apaPenulisan mengikut  format apa
Penulisan mengikut format apaNorlasbtintah
 
Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969Nizam 6281
 
Jenis jenis perundingan
Jenis jenis perundinganJenis jenis perundingan
Jenis jenis perundinganFreedy Kalang
 
Sumbangan tamadun cina
Sumbangan tamadun cinaSumbangan tamadun cina
Sumbangan tamadun cinaOmy Hong
 
Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2   potret hubungan etnikBab 2   potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnikMaizatul Akmal
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukBie Judith
 
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...Irwan John Imbayan
 
Hujah dan Falasi
Hujah dan FalasiHujah dan Falasi
Hujah dan Falasimauzaie2
 
Konsep perlembagaan
Konsep perlembagaanKonsep perlembagaan
Konsep perlembagaanross
 
BAB 4 Pembuatan Keputusan
 BAB 4 Pembuatan Keputusan BAB 4 Pembuatan Keputusan
BAB 4 Pembuatan KeputusanCkg Nizam
 
Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1Fadhil Ismail
 

What's hot (20)

Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografi
 
Konflik dan perundingan dalam komunikasi
Konflik  dan  perundingan  dalam  komunikasiKonflik  dan  perundingan  dalam  komunikasi
Konflik dan perundingan dalam komunikasi
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
Bab 7   dari segregasi ke integrasiBab 7   dari segregasi ke integrasi
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
 
Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2  potret hubungan etnikBab 2  potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnik
 
Penulisan mengikut format apa
Penulisan mengikut  format apaPenulisan mengikut  format apa
Penulisan mengikut format apa
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969
 
asal usul bangsa melayu
asal usul bangsa melayuasal usul bangsa melayu
asal usul bangsa melayu
 
Imperialisme dan kolonialisme
Imperialisme dan kolonialismeImperialisme dan kolonialisme
Imperialisme dan kolonialisme
 
Jenis jenis perundingan
Jenis jenis perundinganJenis jenis perundingan
Jenis jenis perundingan
 
Sumbangan tamadun cina
Sumbangan tamadun cinaSumbangan tamadun cina
Sumbangan tamadun cina
 
Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2   potret hubungan etnikBab 2   potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnik
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmuk
 
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
 
Hujah dan Falasi
Hujah dan FalasiHujah dan Falasi
Hujah dan Falasi
 
Konsep perlembagaan
Konsep perlembagaanKonsep perlembagaan
Konsep perlembagaan
 
BAB 4 Pembuatan Keputusan
 BAB 4 Pembuatan Keputusan BAB 4 Pembuatan Keputusan
BAB 4 Pembuatan Keputusan
 
Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1
 

Similar to Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum

Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumUmizah Khamis
 
Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1razali1982
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysiaAQILAHARIF
 
Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)
Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)
Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)Nina Adam
 
Presentation1 (BM)
Presentation1 (BM)Presentation1 (BM)
Presentation1 (BM)Hui Nee Han
 
Minoriti mendominsi majority2
Minoriti mendominsi majority2Minoriti mendominsi majority2
Minoriti mendominsi majority2vincentraj74
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...magdalenne Marie Magdalyn
 
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnikkhatijah1889
 
Hubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaan
Hubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaanHubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaan
Hubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaankhatijah1889
 
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2  masyarakat malaysia dalam sejarahBab 2  masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarahNur Az
 
Bab 1 malaysia dalam kepelbagaian edit
Bab 1  malaysia dalam kepelbagaian editBab 1  malaysia dalam kepelbagaian edit
Bab 1 malaysia dalam kepelbagaian editMaizatul Akmal
 
Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)kim rae KI
 
Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Dinesh Madhavan
 
What are the causes of conflicts (Bahasa Malaysia)
What are the causes of conflicts (Bahasa Malaysia)What are the causes of conflicts (Bahasa Malaysia)
What are the causes of conflicts (Bahasa Malaysia)alish sha
 
Topik 5 pembinaan masyarakat majmuk
Topik 5 pembinaan masyarakat majmukTopik 5 pembinaan masyarakat majmuk
Topik 5 pembinaan masyarakat majmukSharifahNurAbu
 
Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1su ana
 

Similar to Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum (20)

Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
 
Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
Sejarah k3
Sejarah k3Sejarah k3
Sejarah k3
 
Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)
Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)
Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)
 
Presentation1 (BM)
Presentation1 (BM)Presentation1 (BM)
Presentation1 (BM)
 
Minoriti mendominsi majority2
Minoriti mendominsi majority2Minoriti mendominsi majority2
Minoriti mendominsi majority2
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
 
TOPIK 1.pdf
TOPIK 1.pdfTOPIK 1.pdf
TOPIK 1.pdf
 
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
 
Hubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaan
Hubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaanHubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaan
Hubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaan
 
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2  masyarakat malaysia dalam sejarahBab 2  masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarah
 
BAB_1.pptx
BAB_1.pptxBAB_1.pptx
BAB_1.pptx
 
Bab 1 malaysia dalam kepelbagaian edit
Bab 1  malaysia dalam kepelbagaian editBab 1  malaysia dalam kepelbagaian edit
Bab 1 malaysia dalam kepelbagaian edit
 
Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)
 
Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia
 
What are the causes of conflicts (Bahasa Malaysia)
What are the causes of conflicts (Bahasa Malaysia)What are the causes of conflicts (Bahasa Malaysia)
What are the causes of conflicts (Bahasa Malaysia)
 
Topik 5 pembinaan masyarakat majmuk
Topik 5 pembinaan masyarakat majmukTopik 5 pembinaan masyarakat majmuk
Topik 5 pembinaan masyarakat majmuk
 
Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1
 
Kuliah 8
Kuliah 8Kuliah 8
Kuliah 8
 

Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum

  • 1. Prejudis dan Kaitannya dengan Masalah Perhubungan Kaum Prejudis ditakrifkan sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lainyang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. Dalam erti kata lain,prejudis juga bermaksud rasa suka atau tidak suka yang tidak berasas terhadapsesuatu kaum, agama dan sebagainya. Perasaan prejudis tidak diluahkan secaraterbuka. Ianya mengandungi sentiment marah, takut dan sebagainya. Prejudis terdapattiga jenis utama iaitu prejudis sosial, prejudis bangsa dan prejudis agama. Selain itu,terdapat juga prejudis jantina, umur atau orientasi. Punca manusia prejudis terhadapsekumpulan manusia adalah mempertahankan identiti sosial, sikap masyarakat itusendiri dan ‘scapegoating’ . Prejudis atau persepsi negatif adalah satu aspek utama yang telah menyumbangkepada sentimen ketidak puasan hati di beberapa kalangan kumpulan etnik di negarakita. Apabila berlakunya konflik yang disebabkan oleh prejudis, situasi menjadi semakinburuk kerana kurangnya kefahaman dan pengetahuan mengenai satu sama lain. Akibatnya, interaksi antara kaum terbatas dan timbulnya semangat perkauman yangtebal. Prejudis juga menyebabkan sesuatu kumpulan etnik memandang rendahterhadap kumpulan etnik lain yang terhasil berdasarkan kefahaman yang cetek dantidak tepat. Prejudis ini sukar diubah walaupun dibekalkan dengan fakta yang kukuh untuk membuktikan bahawa pemahaman terhadap sesuatu kumpulan etnik itu adalahsalah.Prejudis menjadi semakin tebal dan kuat apabila persekitaran itu dipenuhi sifatsemulajadi manusia iaitu ego mempertahankan diri. Funsi sifat semulajadi inimerupakan sikap yang menyelamatkan manusia daripada perasaan kerisauan yangmelampau atau daripada sebarang gangguan ke atas penghargaan-kendiri manusia. Iniberlaku apabila sekumpulan etnik atau individu itu merasakan maruah atau darjatmereka tergugat. Dalam proses mempertahankan sekumpulan etnik atau individu itu,mereka akan menolak segala kenyataan kukuh daripada mereka yang diprejudis. Prejudis ini diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain melalui prosessosialisasi. Seseorang yang dibesarkan dalam persekitaran yang penuh prejudis akanmenghasilkan dan secara tidak langsung membina sentimen negatif yang amat susahuntuk dikikis. Prejudis memainkan peranan dalam membentuk sikap manusia. Kesansikap prejudis menjadi mudah dilihat apabila wujudnya persaingan untuk mendapatkansesuatu samada dalam aspek ekonomi, sosial, politik dan sebagainya. Insiden Kampung Medan pada tahun 2001 merupakan contoh terbaik bagimenggambarkan perasaan prejudis di antara dua kaum di negara kita. Insiden inimerupakan kekecohan kaum yang berakhir dengan tragedi di mana ramai yangkehilangan nyawa dan berjuta-juta ringgit dihabiskan untuk proses pemulihan. Kemunculan akhbar-akhbar etnik di Malaysia terutamanya pada awalperkembangan akhbar negara adalah kesan daripada prejudis. Sebelum merdeka,penelitian terhadap akhbar berbahasa Melayu penuh dengan sentimen perkauman dananti kaum pendatang. Laporan media pada masa itu telah menggembar-gemburkanancaman yang akan mereka hadapi jika
  • 2. kehadiran kaum pendatang semakinberleluasa. Pernyataan mereka adalah cukup jelas dan bukan sekadar berkias-kiasan.Kebencian dan perasaan prejudis mereka terhadap kaum pendatang jelas tertunjukmelalui Akhbar Majlis dalam perjuangan memartabatkan kaum Melayu. Laporanrencana pengarang Ogos 1932 dan rencana keluaran 12 Disember 1932 (dipetik oleh Ahmad Nazri dalam Mohd Sarim Haji Mustajab, 1988: 144) yang mereka siarkan jelasmenunjukkan sentimen anti-pendatang yang meruap-ruap. Umpamanya rencanaakhbar Majlis Ogos 1932: Kita tidak akan berdosa apabila berkata bahawa orang Melayu itu tidak diharap bolehbergaul dengan bangsa Malayan, tak boleh sekata dan seturut, tak boleh bekerjasamabahkan bukan sekadar demikian sahaja, tetapi barangkali akan tiba masanya orang Melayu itu tak boleh percaya kepada bangsa asing. Bukan sekadar tak boleh percayasahaja, akan tetapi ialah juga bahawa bangsa-bangsa asing ini kelak akan menjadi musuh hidup orang Melayu bagi suatu masa yang panjang jika tidak diubati hari ini. Rencana akhbar ini yang bertarikh 12 Disember 1932 bertajuk “Bangsa AsingTidak Patut Meminta Hak” juga jelas menggunakan kata-kata yang lebih kesat dankeras dalam ulasannya. Umpamanya: Rupanya telah lupa entah berapa banyakkah khazanah bumi Melayu yang telahdimuntahdarahkan (dimakan) mereka (Cina) dan berapa ribukah sudah wang TanahMelayu yang telah dihantar mereka ke negerinya dan berapa banyakkah pula bangsat- bangsat dari Tongsan itu sekarang ini telah menjadi meliana (millionaire) di dalamnegeri Melayu. Akhbar Warta Malaya juga tidak terlepas daripada menyiarkan artikel danrencana yang menghentam keras bangsa lain. Mereka dengan beraninyamempertahankan martabat masyarakat Melayu dengan menuduh dan menghentamkaum pendatang. Mereka juga mengapi-apikan masyarakat Melayu tentang prejudisterhadap kaum pendatang. Umpamanya rencana mereka yang bertarikh 7 Mac 1938(dipetik oleh Ahmad Nazri dalam Mohd Sarim Haji Mustajab, 1988: 146): Orang Cina di Malaya bukan makin lama makin beradab sopan, makin lama makin bertambah- tambah cerewet atau biadap pula…sudahlah awak menumpang di tempat orang awak hendak bermaharajalela pula macam tempat awak sendiri… Selepas negara mencapai kemerdekaan, perasaan prejudis ini beralih kepadaahli-ahli politik negara. Akhbar memain peranan sebagai tukang lapor kepada ahli-ahlipolitik. Isu perkauman yang diwujudkan oleh perasaan prejudis terhadap sekumpulankaum itu telah menyemarakan perbalahan antara kaum. Kesan daripada perbalahan iniadalah rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Ketidakadilan dalam laporan dan penilaianterhadap kaum lain menjadi faktor kepada liputan akhbar etnik yang bertumpu padamasalah kaum mereka sahaja. Keadaan ini telah menyebabkan pihak pemerintahbertindak untuk menggantung penerbitan akhbar. Setiap maklumat dan laporan akanmelalui Pusat Perkhidmatan Maklumat Kerajaan dan ini telah mengurangkan sebaranmesej bercirikan prejudis terhadap kaum lain.
  • 3. Perasaan prejudis secara tidak langsung telah mewujudkan masalah perkaumandi negara Malaysia. Walaupun tidak diluahkan secara terbuka, dari perasaan prejudisitu sahaja boleh menyebabkan sekumpulan kaum itu bertindak dengan lebih keras danakhirnya diluahkan secara terang-terangan. Dalam skala besar, prejudis bolehmenyebabkan keganasan dan peperangan. Reference: Mohd Asri bin Mohamad, 2002, Pengaruh Golongan Elit Pemerintah Dalam PemaparanBeritaBerita Etnik. Analisis Kandungan Terhadap Pelaporan Berita Akhbar UtusanMalaysia dan Berita Harian Sejurus Sebelum dan Selepas Pilihanraya Umum Ke-10 Malaysia, Universiti Sains Malaysia. Shamsul Amri Baharuddin, 2007, Modul Hubungan Etnik, Pusat Penerbitan Universiti(UPENA), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Shahrul Izwan Naser & Mohd Najib Mohd Esa, 2010, Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia.