SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
1
PENDAHULUAN
Segregasi dalam konteks hubungan etnik merupakan konsep pemahaman
yang mengasing etnik-etnik mengikut kumpulan masing-masing dan tidak
berlaku interaksi antara satu kumpulan dan kumpulan yang lain. Dengan ini,
segregasi boleh terjadi dengan pengasingan tempat tinggal, pekerjaan, aktiviti
ekonomi ,sistem persekolahan dan penerbitan akhbar.
Integrasi dalam konteks hubungan etnik juga bermaksud disintegrasi
seregasi (end of racial segregation) yang belaku. Integrasi membawa minoriti
dan majoriti bersama-sama dalam usaha pembangunan negara.
Pemerintahan kolonial British selama 170 tahun di negara ini membawa
kepada doktrin pecah dan perintah bertujuan untuk mengekalkan dominasi
kuasa dan juga ekonomi kolonial.
Segregasi bukan sahaja dialami di Malaysia tetapi juga merangkumi
kawasan-kawasan jajahan lain seperti di Afrika Selatan dimana dasar
apartied diamalkan.
Malaysia dalam usaha yang dilakukan oleh kerajaan cuba untuk bergerak
daripada segregasi kepada kesepaduan sosial melalui proses integrasi.
Integrasi Malaysia walaubagaimanapun tidak menghapuskan identiti, budaya,
agama, kepercayaan, bahasa dan hak hidup majority mahupun minoriti.
2
KEPENTINGANPERPADUAN DAN INTEGRASI DALAM
KONTEKSHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Kepentingan perpaduan ini boleh dikaitkan kepada 3 elemen utama dalam
memastikan pembangunan dan perpaduan di Negara kita terus dikekalkan dan
dipelihara. 3 elemen dalam perpaduan dan integrasi itu ialah dari segi ekonomi,
budaya dan keselamatan.
Dari segi ekonomi, perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di
Malaysia sangat penting dalam memberi peluang kepada setiap golongan etnik
untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan. Setiap golongan
etnik di Negara ini layak untuk menjalankan sebarang aktiviti berteraskan
ekonomi tanpa halangan daripada sesiapa pun kerana mereka semua adalah
rakyat Negara ini. Keadaan ekonomi yang stabil juga hanya boleh diperolehi
dengan adanya perpaduan antara kaum ini kerana tiada sebarang pergaduhan
dan
Selain kepentingan dari aspek ekonomi, aspek budaya juga memainkan
peranan yang sangat penting. Aspek budaya ini mempunyai kepentingannya
yang tersendiri dan harus dipelihara dalam hubungan etnik supaya dapat
menjamin kesejahteraan hidup bersama dalam masyarakat majmuk. Antara
kepentingan perpaduan dalam aspek budaya ialah mewujudkan budaya yang
pelbagai dalam Negara. Seperti yang kita ketahui, Negara Malaysia terdiri
daripada rakyat yang berbilang kaum dan masyarakat di Negara ini mempunyai
pelbagai budaya, adat dan agama. Dengan adanya perpaduan dari aspek
budaya ini, ia akan dapat mengeratkan lagi hungan sesama etnik di Negara kita.
Selain itu, dengan adanya perpaduan yang sangat mantap ini, ia akan
dapat merapatkan lagi jurang perbezaan antara kaum dan seterusnya
melahirkan masyarakan berbilang etnik yang hidup bersama dengan aman dan
harmoni. Di samping itu, perpaduan ini juga akan dapat menghapuskan sikap
3
pentingkan kaum sendiri. Sehubungan dengan ini, masyarakat Malaysia sudah
hidup aman dan harmoni dalam etnik yang berbilang kaum tanpa ada perbezaan
budaya kerana semua etnik ini merupakan rakyat Malaysia.
Akhir sekali, kepentingan perpaduan dari segi budaya ini adalah untuk
mewujudkan kefahaman tentang budaya yang berbeza dalam kalangan rakyat
Malaysia yang berbilang etnik. Setiap masyarakat di Malaysia haruslah
mempelajari budaya dan adat etnik yang terdapat di Malaysia supaya benar-
benar memahami budaya masyarakat Negara ini. Dengan itu, kita semua akan
dapat menjaga keharmonian perpaduan antara kaum di Negara kita dan dapat
mengelakkan daripada berlakunya peristiwa yang tidak diingini.
Di samping itu, perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di Negara kita
haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan Negara kita pada masa
sekarang dan akan datang. Ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara
yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di
Negara kita. Oleh itu, pentingnya perpaduan dalam kalangan etnik di Negara kita
adalah untuk memastikan perkara yang sama ataupun pergaduhan yang
melibatkan kaum berlaku lagi di Negara kita untuk mengelakkan daripada
berlakunya perkara yang tidak diingini.
Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan
perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk Negara kita Malaysia.
Semangat cintakan tanah air ini mestilah wujud dalam diri setiap kumpulan etnik
di Negara kita bagi memastikan kesemua golongan etnik ini mempertahankan
keselamatan Negara.
Akhir sekali, perpaduan dalam kalangan etnik di Negara ini akan dapat
mengukuhkan lagi keselamatan Negara daripada luar dan dalam Negara.
Negara kita haruslah dipertahankan kedaulatannya daripada segala bencana
yang melibatkan pergaduhan dan pertumpahan darah bagi memastikan Negara
kita akan terus membangun dan berjaya mencapai wawasan 2020 dan
mengekalkan perpaduan Negara kita Malaysia.
4
Cabaran Dalam Memupuk Integrasidi Malaysia
Faktor-faktor yang boleh mencetus perpecahan merupakan cabaran utama
memupuk integrasi kearah perpaduan sosial:
○ Prasangka
Prasangka bermaksud pendapat (anggapan) yg kurang baik mengenai sesuatu
sebelum mengetahui (menyaksikan, menyelidiki) sendiri
○ Perkauman (Rasisme)
Perkauman (Rasisme) membawa maksud cara bersuku-suku (berkelompok
menurut sukunya)
○ Diskriminasi
Diskriminasi pula merupakan pembedaan perlakuan thd sesama warga negara
(berdasarkan warna kulit, golongan, suku, ekonomi, agama, dsb);
○ Stereotaip
Stereotaip ialah suatu tanggapan atau pemikiran yang ditetapkan terhadap
sesetengah jenis orang atau benda tetapi seringkali tidak benar di dalam realiti.
○ Ethnosentrisme
Ethnosentrisme merupakan sikap atau pandangan yg berpangkal pd masyarakat
dan kebudayaan sendiri, biasanya disertai dng sikap dan pandangan yg
meremehkan masyarakat dan kebudayaan lain.
5
Faktor pengasingan antara kaum
Faktor-faktor mengenali pengasingan kaum di Malaysia boleh
dibincangkan secara ringkas dalam 3 elemen iaitu sosial, ekonomi dan
pendidikan.
SOSIAL (PENGASINGAN PENEMPATAN)
Pengasingan penempatan iaitu kaum-kaum di Tanah Melayu tinggal
berasingan mengikut kegiatan ekonomi iaitu kaum cina tinggal di kawasan
pemacu ekonomi di bandar, kaum india pula diletakkan di kawasan perladangan,
sementara kaum melayu yang mengutmakan aktiviti pertanian, kebanyakan
mereka tinggal di kawasan perkampungan.
Walaupun peratusan penduduk yang tinggal di kawasan bandar
meningkat dari semasa ke semasa, namun peratusan kaum melayu yang tinggal
di bandar-bandar baru kekal kecil, terutamannya golongan elit Melayu sahaja
yang diambil bekerja di pejabat pentadbiran British. Perbezaan tempat dan
pekerjaan menyebabkan satu kaum dengan kaum yang lain kurang berinteraksi
antara satu dengan yang lain kerana masa banyak diluangkan di tempat kerja.
Hubungan komunikasi hanya banyak berlaku sesame kaum sahaja. Kesannya,
wujud perasaan prasangka buruk antara kaum.
MASALAH EKONOMI
Pembangunan ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan kuasa
penjajah adalah bergantung kepada sektor pertanian dan perikanan. Masyarakat
melayu tidak mempunyai masalah dalam mencari nafkah kerana adanya tanah-
tanah yanag subur danlaut yang banyak dengan ikan. Selain itu, sumber-sumber
hutan juga senang diperoleh seperti buah-buahan, kayu-kayuan, rotan dan
6
sebagainya. Pekerjaan penduduk Tanah Melayu kebanyakkannya adalah petani,
pemungut hasil hutan dan terlibat dalam mengeluarkan hasil-hasil bumi.
Namun setelah pengenalan dasar pecah perintah di Tanah Melayu,
pembahagian kawasan penempatan dan sektor pekerjaan menyebabkan
berlakunya ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Contohnya, orang melayu
tidak digalakkan untuk terlibat dalam industri bijih timah dan getah oleh Inggeris.
Ini menyebabkan orang melayu hanya kekal dalam kegiatan pertanian. Melalui
bertani sahajalah mereka dapat menampung keperluan makanan keluarga.
Sehubunagn dengan ini, kegiatan ekonomi yang berbeza ini telah mewujudkan
jurang pendapatanantara masyarakat bandar dan luar bandar.
Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu
dengan yang lain.
Keadaan ini menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati dan persaingan
ekonomi yang tidak sihat. Setiap kaum tidak mahu satukaum yang lain lebih
berjaya dan menonjol daripada mereka.
PENGASINGAN PENDIDIKAN
Sebelum kedatangan penjajah, kanak-kanak melayu mendapat
pendidikan di surau, masjid dan sekolah pondok. Pendidikan melayu ketika ini
hanyalah tertumpu kepada membaca dan memahami al-Quran, mempelajari
bahasa Arab, hukum hakam agama dan kemahiran menulis, membaca dan
mengira. Dari aspek kurikulum, tahapnya adalah sempit kerana pembelajarannya
terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Contoh sekolah-sekolah seperti ini masih
boleh dilihat di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Namun pada zaman pemerintahan Inggeris , tanah melayu langsung ti
dak mempunyai sistem pendidikan yang jelas. Sistem pendidikan Vernakular
yang diperkenalkan oleh Inggeris telah menimbulkan masalah perpaduan antara
kaum. Sistem vernakular ini bermaksud pendidikan yang menggunakan bahasa
7
ibunda kaum masing-masing sebagai bahasa pengantara dalam pelaksanaan
penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah. Antara sekolah vernakular
tersebut ialah sekolah vernakular melayu, vernakular cina, vernakular india dan
vernakular inggeris. Inggeris melaksanakan dasar pendidikan secara system
Divide and Rule adalah untuk memecahkan perpaduan kaumdan juga untuk
menebalkan semangat kedaerahan dalam kalangan rakyat.
Dengan demikian, inggeris sengaja untuk tidak menyeragamkan
sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Bagi sekolah cina dan india, guru-guru
diambil dari negara asal mereka.Pada masa itu, orang-orang melayu tidak
mendapat pendidikan yang tinggi. Mereka hanya membuat pekerjaan sara diri
sahaja.
Tindakan pihak British yang berat sebelah tersebut secara jelas sekali
menunjukkan bahawa inggeris hanyalah mementingkan kepentingan ekonomi
dan kedudukan mereka sahaja.
Di sini dapat disimpulkan bahawa sistem pendidikan vernakular yang
diamalkan oleh Inggeris mendorong kepada perasaan prasangka dan prejudis
yang menebal dalam kalangan kaum di Tanah Melayu. Setiap kumpulan etnik
menggunakan bahasa pengantar masing-masing dan lokasi sekolah juga adalah
berbeza mengikut sektor ekonomi yang diceburi oleh kaum masing-masing.
Keadaan ini jelas menunjukkan jurang perbezaan penerimaan
tahap pembelajaran dimana dapat dilihat fikiran dan anspirasi setiap kaum
berbeza dimana masing-masing mengambil berat aspek mengagungkan tanah
air sendiri seperti di negara Cina, India dan England.
8
APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN
Segala sikap yang dinyatakan merupakan faktor utama yang
menjadikan tahap perpaduan kita dalam keadaan sekadar ‘cukup makan’ sahaja.
Sikap yang suka bergantung terhadap kerajaan harus diubah, kerana
perpaduan tidak bergantung kepada kerajaan semata-mata tetapi memerlukan
penyertaan setiap seorang daripada kita rakyat Malaysia.
Bersifat terbuka merupakan kunci kejayaan pergaulan antara kaum.
Pergaulan dengan mereka yang berlainan bangsa tidak bermakna kita harus
mengorbankan prisip dan agama masing-masing. Kita harus bersifat terbuka dan
perbezaan itu bukan penghalang untuk kita mengenali lebih rapat antara satu
sama lain. Sikap terbuka ini jika tidak disemai dari kecil telah terbukti akan
menyukarkan sebarang usaha mewujudkan perpaduan kaum.
Ibu bapa juga berperanan besar dalam membentuk sikap yang mulia ini
kepada anak-anak mereka. Hal ini kerana, segala yang ada pada ibu bapa
sebenarnya akan diwaris kepada generasi akan datang. Ibu bapa perlu
memahami tanggungjawab mendidik anak-anak tidaklah terhad kepada soal
adab, asuhan keagamaan dan juga pembentukan jati diri.
Sebaliknya kanak-kanak harus diterapkan dengan nilai-nilai murni yang
universal seperti menghormati bangsa dan agama lain, bertolak ansur serta
saling hormat menghormati. Semua ini patut bermula dari rumah ketika anak-
anak masih kecil lagi. Kita mampu mengubahnya. Kita hanya perlu
mengamalkan sikap terbuka terlebih dulu.
Aktiviti merapatkan hubungan dan menjalin hubungan serta menambah
kemesraan antara kaum perlu diperbanyakkan lagi. Contohnya seperti sempena
hari perayaan, rumah terbuka harus digalakkan supaya kita mempunyai peluang
untuk bergaul dan memahami budaya kaum lain.
9
Pendidikan juga merupakan alat meningkatkan tahap perpaduan yang
penting. Guru-guru di sekolah juga perlu mendidik pelajarnya supaya tahu
betapa pentingnya perpaduan itu kepada pembentukan sebuah masyarakat yang
aman dan bersatu padu.
Semangat Bangsa Malaysia patut disemai ke dalam hati rakyat Malaysia.
Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak patut dibezakan dari segi kaum. Maka dasar
ini perlu diperkuatkan lagi.
Bangsa Malaysia ialah satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai
satu masa depan yang sama dan dikongsikan bersama, segala masalah yang
wujud pasti ada faktor yang mencetuskannya. Jadi segala usaha yang dilakukan
perlu berpandukan faktor itu, supaya tindakan yang diambil akan lebih berkesan.
Jadi kerjasama semua lapisan masyarakat amat diperlukan untuk kita berjaya.
Jika rakyat kita boleh bersikap terbuka tanpa mengira dari mana kita datang,
tanpa mengira tentang kepentingan diri, dan tanpa prasangka, sudah pasti ketika
itu kita semua akan bangga terhadap diri kita sendiri sebagai satu bangsa yang
bersatu padu.
Demi tanah tumpah darah, kita patut dan rela berkorban bukan untuk
kita semua tetapi sebagai contoh kepada generasi akan datang.
10
PENUTUP
Di sini dapat dirumuskan bahawa perlaksanaan dasar-dasar Inggeris di
Tanah Melayu menyumbang kepada penghalang perpaduan kaum. Faktor politik
iaitu dasar pecah perintah memberikan ketegangan yang buruk antara kaum.
Perlaksanaan dasar ini mewujudkan syak wasangka di antara kaum. Di
samping itu, aktiviti ekonomi yang berlainan juga menyebabkan pergaulan antara
kaum terhad disebabkan mereka hanya hidup dalam komuniti mereka tanpa ada
pergaulan yang luas dengan kaum yang lain. Masalah pendidikan juga
menyumbang kepada penghalang perpaduan kaum melalui aspek sosial.
Faktor-faktor ini boleh dirumuskan akibat sikaporang Melayu yang ingin
mempertahankan kepentingan mereka dan sikap kaum bukan Melayu yang ingin
menjaga kepentingan mereka juga. Kemuncak kepada keretakan hubungan
kaum ialah pada peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa pertelingkahan kaum ini yang
telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda mempunyai
perkaitanyang rapat dengan Pilihanraya 1969. Hal-hal sensitif seperti bahasa
kebangsaan,kedudukan istimewa dan hak kerakyatan. Oleh yang demikian,
sebagai sebuah negara yang mempunyai kaum yang berbilang kaum, kita
seharusnya mengubah prinsip pecah perintah dimana kita haruslah bersatu
dan berganding bahu dalam menjaga keharmonian serta keamanan negara kita
sendiri. Keharmonian tidak akan dinikmati tanpa perpaduan ibarat ‘bersatu kita
teguh,bercerai kita roboh’.
Untuk mengelakkan kesan-kesan negatif timbul daripada
masalah perpaduan dalam masyarakat, penghayatan Rukun Negara amat
penting dan perlu dipraktikkan setiap hari kerana ia mengingatkan kita tentang
kepentingan perpaduan dan kedaulatan negara. Perpaduan kaum perlu dijadikan
Rukun dalam kehidupan seharian kerana tanpa adanya perpaduan, negara kita
mudah dijajah oleh pihak luar.
11
Rujukan utama
SHAMSUL AMRI BAHARUDDIN(KETUA EDITOR). 2013. MODUL HUBUNGAN ETNIK EDISI
KEDUA. BANGI : INSTITUT KAJIAN ETNIK UKM.
Rujukan tambahan
ABDUL AZIZ BARI. 2001. PERLEMBAGAAN MALAYSIA: ASAS-ASAS DAN MASALAH. KUALA
LUMPUR: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.
ABDUL RAHMAN HAJI EMBONG. 2000. NEGARA BANGSA: PROSES DAN PERBAHASAN.
BANGI: PENERBIT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI. 2007. MODUL HUBUNGAN ETNIK. SHAH ALAM :
PENERBIT UITM.
NAZRI MUSLIM & NASRUDDIN YUNOS. 2006. HUBUNGAN ETNIK. BANGI: PUSAT
PENGAJIAN UMUM, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
WAN MOHD NOR WAN DAUD. 2001. PEMBANGUNAN DI MALAYSIA. KUALA LUMPUR:
ISTAC.

More Related Content

What's hot

Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysiaImplikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Araizzs Othman
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Nor Hayati Fatmi Talib
 
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikHubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Mahyuddin Khalid
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Aswa Nina
 
Bab 1 konsep & takrif tamadun
Bab 1  konsep & takrif tamadunBab 1  konsep & takrif tamadun
Bab 1 konsep & takrif tamadun
Chuah Lim
 
Topik 1 kesepaduan
Topik 1 kesepaduanTopik 1 kesepaduan
Topik 1 kesepaduan
Datoknye
 
Warisan kesultanan melayu melaka dari segi ekonomi
Warisan kesultanan melayu melaka dari segi ekonomiWarisan kesultanan melayu melaka dari segi ekonomi
Warisan kesultanan melayu melaka dari segi ekonomi
Didiy Otto
 
Tugasan hubungan etnik
Tugasan hubungan etnikTugasan hubungan etnik
Tugasan hubungan etnik
Cikgu Ana
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografi
naninami
 
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
Yuvarani Subramaniam
 
pembangunan insan
pembangunan insanpembangunan insan
pembangunan insan
Azura Aziz
 

What's hot (20)

Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysiaImplikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
 
Apa itu 'budaya'
Apa itu 'budaya'Apa itu 'budaya'
Apa itu 'budaya'
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Bab 1 Pengenalan
Bab 1   Pengenalan Bab 1   Pengenalan
Bab 1 Pengenalan
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
 
Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2   potret hubungan etnikBab 2   potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnik
 
Unit 1
Unit 1Unit 1
Unit 1
 
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikHubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
 
Bab 1 konsep & takrif tamadun
Bab 1  konsep & takrif tamadunBab 1  konsep & takrif tamadun
Bab 1 konsep & takrif tamadun
 
5.0 malaysia dan sejarah hubungan serantau
5.0 malaysia dan sejarah hubungan serantau5.0 malaysia dan sejarah hubungan serantau
5.0 malaysia dan sejarah hubungan serantau
 
Topik 1 kesepaduan
Topik 1 kesepaduanTopik 1 kesepaduan
Topik 1 kesepaduan
 
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan IslamZaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
 
Warisan kesultanan melayu melaka dari segi ekonomi
Warisan kesultanan melayu melaka dari segi ekonomiWarisan kesultanan melayu melaka dari segi ekonomi
Warisan kesultanan melayu melaka dari segi ekonomi
 
Hubungan Etnik Bab-2
Hubungan Etnik Bab-2Hubungan Etnik Bab-2
Hubungan Etnik Bab-2
 
Tugasan hubungan etnik
Tugasan hubungan etnikTugasan hubungan etnik
Tugasan hubungan etnik
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografi
 
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
 
pembangunan insan
pembangunan insanpembangunan insan
pembangunan insan
 

Similar to my HE notes.

Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Mastura Ismail
 
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan GlobalHubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
WanBK Leo
 
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
jasfida
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Umizah Khamis
 
Hubungan etnik soalan 4
Hubungan etnik soalan 4Hubungan etnik soalan 4
Hubungan etnik soalan 4
Mak Jemah AF
 
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanKepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Caeser Rio
 
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Umizah Khamis
 
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
Ashikin Azeman
 
hubungan etnik
hubungan etnikhubungan etnik
hubungan etnik
hjik85
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
mothy
 

Similar to my HE notes. (20)

Kepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaKepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysia
 
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
 
Cabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaCabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysia
 
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan GlobalHubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
 
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Hubungan etnik soalan 4
Hubungan etnik soalan 4Hubungan etnik soalan 4
Hubungan etnik soalan 4
 
Esei 1
Esei 1Esei 1
Esei 1
 
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanKepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
 
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
 
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
 
Kuliah 8
Kuliah 8Kuliah 8
Kuliah 8
 
hubungan etnik
hubungan etnikhubungan etnik
hubungan etnik
 
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnik
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnik
 
Sejarah k3
Sejarah k3Sejarah k3
Sejarah k3
 

my HE notes.

  • 1. 1 PENDAHULUAN Segregasi dalam konteks hubungan etnik merupakan konsep pemahaman yang mengasing etnik-etnik mengikut kumpulan masing-masing dan tidak berlaku interaksi antara satu kumpulan dan kumpulan yang lain. Dengan ini, segregasi boleh terjadi dengan pengasingan tempat tinggal, pekerjaan, aktiviti ekonomi ,sistem persekolahan dan penerbitan akhbar. Integrasi dalam konteks hubungan etnik juga bermaksud disintegrasi seregasi (end of racial segregation) yang belaku. Integrasi membawa minoriti dan majoriti bersama-sama dalam usaha pembangunan negara. Pemerintahan kolonial British selama 170 tahun di negara ini membawa kepada doktrin pecah dan perintah bertujuan untuk mengekalkan dominasi kuasa dan juga ekonomi kolonial. Segregasi bukan sahaja dialami di Malaysia tetapi juga merangkumi kawasan-kawasan jajahan lain seperti di Afrika Selatan dimana dasar apartied diamalkan. Malaysia dalam usaha yang dilakukan oleh kerajaan cuba untuk bergerak daripada segregasi kepada kesepaduan sosial melalui proses integrasi. Integrasi Malaysia walaubagaimanapun tidak menghapuskan identiti, budaya, agama, kepercayaan, bahasa dan hak hidup majority mahupun minoriti.
  • 2. 2 KEPENTINGANPERPADUAN DAN INTEGRASI DALAM KONTEKSHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA Kepentingan perpaduan ini boleh dikaitkan kepada 3 elemen utama dalam memastikan pembangunan dan perpaduan di Negara kita terus dikekalkan dan dipelihara. 3 elemen dalam perpaduan dan integrasi itu ialah dari segi ekonomi, budaya dan keselamatan. Dari segi ekonomi, perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di Malaysia sangat penting dalam memberi peluang kepada setiap golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan. Setiap golongan etnik di Negara ini layak untuk menjalankan sebarang aktiviti berteraskan ekonomi tanpa halangan daripada sesiapa pun kerana mereka semua adalah rakyat Negara ini. Keadaan ekonomi yang stabil juga hanya boleh diperolehi dengan adanya perpaduan antara kaum ini kerana tiada sebarang pergaduhan dan Selain kepentingan dari aspek ekonomi, aspek budaya juga memainkan peranan yang sangat penting. Aspek budaya ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri dan harus dipelihara dalam hubungan etnik supaya dapat menjamin kesejahteraan hidup bersama dalam masyarakat majmuk. Antara kepentingan perpaduan dalam aspek budaya ialah mewujudkan budaya yang pelbagai dalam Negara. Seperti yang kita ketahui, Negara Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan masyarakat di Negara ini mempunyai pelbagai budaya, adat dan agama. Dengan adanya perpaduan dari aspek budaya ini, ia akan dapat mengeratkan lagi hungan sesama etnik di Negara kita. Selain itu, dengan adanya perpaduan yang sangat mantap ini, ia akan dapat merapatkan lagi jurang perbezaan antara kaum dan seterusnya melahirkan masyarakan berbilang etnik yang hidup bersama dengan aman dan harmoni. Di samping itu, perpaduan ini juga akan dapat menghapuskan sikap
  • 3. 3 pentingkan kaum sendiri. Sehubungan dengan ini, masyarakat Malaysia sudah hidup aman dan harmoni dalam etnik yang berbilang kaum tanpa ada perbezaan budaya kerana semua etnik ini merupakan rakyat Malaysia. Akhir sekali, kepentingan perpaduan dari segi budaya ini adalah untuk mewujudkan kefahaman tentang budaya yang berbeza dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik. Setiap masyarakat di Malaysia haruslah mempelajari budaya dan adat etnik yang terdapat di Malaysia supaya benar- benar memahami budaya masyarakat Negara ini. Dengan itu, kita semua akan dapat menjaga keharmonian perpaduan antara kaum di Negara kita dan dapat mengelakkan daripada berlakunya peristiwa yang tidak diingini. Di samping itu, perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di Negara kita haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan Negara kita pada masa sekarang dan akan datang. Ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di Negara kita. Oleh itu, pentingnya perpaduan dalam kalangan etnik di Negara kita adalah untuk memastikan perkara yang sama ataupun pergaduhan yang melibatkan kaum berlaku lagi di Negara kita untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk Negara kita Malaysia. Semangat cintakan tanah air ini mestilah wujud dalam diri setiap kumpulan etnik di Negara kita bagi memastikan kesemua golongan etnik ini mempertahankan keselamatan Negara. Akhir sekali, perpaduan dalam kalangan etnik di Negara ini akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan Negara daripada luar dan dalam Negara. Negara kita haruslah dipertahankan kedaulatannya daripada segala bencana yang melibatkan pergaduhan dan pertumpahan darah bagi memastikan Negara kita akan terus membangun dan berjaya mencapai wawasan 2020 dan mengekalkan perpaduan Negara kita Malaysia.
  • 4. 4 Cabaran Dalam Memupuk Integrasidi Malaysia Faktor-faktor yang boleh mencetus perpecahan merupakan cabaran utama memupuk integrasi kearah perpaduan sosial: ○ Prasangka Prasangka bermaksud pendapat (anggapan) yg kurang baik mengenai sesuatu sebelum mengetahui (menyaksikan, menyelidiki) sendiri ○ Perkauman (Rasisme) Perkauman (Rasisme) membawa maksud cara bersuku-suku (berkelompok menurut sukunya) ○ Diskriminasi Diskriminasi pula merupakan pembedaan perlakuan thd sesama warga negara (berdasarkan warna kulit, golongan, suku, ekonomi, agama, dsb); ○ Stereotaip Stereotaip ialah suatu tanggapan atau pemikiran yang ditetapkan terhadap sesetengah jenis orang atau benda tetapi seringkali tidak benar di dalam realiti. ○ Ethnosentrisme Ethnosentrisme merupakan sikap atau pandangan yg berpangkal pd masyarakat dan kebudayaan sendiri, biasanya disertai dng sikap dan pandangan yg meremehkan masyarakat dan kebudayaan lain.
  • 5. 5 Faktor pengasingan antara kaum Faktor-faktor mengenali pengasingan kaum di Malaysia boleh dibincangkan secara ringkas dalam 3 elemen iaitu sosial, ekonomi dan pendidikan. SOSIAL (PENGASINGAN PENEMPATAN) Pengasingan penempatan iaitu kaum-kaum di Tanah Melayu tinggal berasingan mengikut kegiatan ekonomi iaitu kaum cina tinggal di kawasan pemacu ekonomi di bandar, kaum india pula diletakkan di kawasan perladangan, sementara kaum melayu yang mengutmakan aktiviti pertanian, kebanyakan mereka tinggal di kawasan perkampungan. Walaupun peratusan penduduk yang tinggal di kawasan bandar meningkat dari semasa ke semasa, namun peratusan kaum melayu yang tinggal di bandar-bandar baru kekal kecil, terutamannya golongan elit Melayu sahaja yang diambil bekerja di pejabat pentadbiran British. Perbezaan tempat dan pekerjaan menyebabkan satu kaum dengan kaum yang lain kurang berinteraksi antara satu dengan yang lain kerana masa banyak diluangkan di tempat kerja. Hubungan komunikasi hanya banyak berlaku sesame kaum sahaja. Kesannya, wujud perasaan prasangka buruk antara kaum. MASALAH EKONOMI Pembangunan ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan kuasa penjajah adalah bergantung kepada sektor pertanian dan perikanan. Masyarakat melayu tidak mempunyai masalah dalam mencari nafkah kerana adanya tanah- tanah yanag subur danlaut yang banyak dengan ikan. Selain itu, sumber-sumber hutan juga senang diperoleh seperti buah-buahan, kayu-kayuan, rotan dan
  • 6. 6 sebagainya. Pekerjaan penduduk Tanah Melayu kebanyakkannya adalah petani, pemungut hasil hutan dan terlibat dalam mengeluarkan hasil-hasil bumi. Namun setelah pengenalan dasar pecah perintah di Tanah Melayu, pembahagian kawasan penempatan dan sektor pekerjaan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Contohnya, orang melayu tidak digalakkan untuk terlibat dalam industri bijih timah dan getah oleh Inggeris. Ini menyebabkan orang melayu hanya kekal dalam kegiatan pertanian. Melalui bertani sahajalah mereka dapat menampung keperluan makanan keluarga. Sehubunagn dengan ini, kegiatan ekonomi yang berbeza ini telah mewujudkan jurang pendapatanantara masyarakat bandar dan luar bandar. Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu dengan yang lain. Keadaan ini menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi yang tidak sihat. Setiap kaum tidak mahu satukaum yang lain lebih berjaya dan menonjol daripada mereka. PENGASINGAN PENDIDIKAN Sebelum kedatangan penjajah, kanak-kanak melayu mendapat pendidikan di surau, masjid dan sekolah pondok. Pendidikan melayu ketika ini hanyalah tertumpu kepada membaca dan memahami al-Quran, mempelajari bahasa Arab, hukum hakam agama dan kemahiran menulis, membaca dan mengira. Dari aspek kurikulum, tahapnya adalah sempit kerana pembelajarannya terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Contoh sekolah-sekolah seperti ini masih boleh dilihat di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah. Namun pada zaman pemerintahan Inggeris , tanah melayu langsung ti dak mempunyai sistem pendidikan yang jelas. Sistem pendidikan Vernakular yang diperkenalkan oleh Inggeris telah menimbulkan masalah perpaduan antara kaum. Sistem vernakular ini bermaksud pendidikan yang menggunakan bahasa
  • 7. 7 ibunda kaum masing-masing sebagai bahasa pengantara dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah. Antara sekolah vernakular tersebut ialah sekolah vernakular melayu, vernakular cina, vernakular india dan vernakular inggeris. Inggeris melaksanakan dasar pendidikan secara system Divide and Rule adalah untuk memecahkan perpaduan kaumdan juga untuk menebalkan semangat kedaerahan dalam kalangan rakyat. Dengan demikian, inggeris sengaja untuk tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Bagi sekolah cina dan india, guru-guru diambil dari negara asal mereka.Pada masa itu, orang-orang melayu tidak mendapat pendidikan yang tinggi. Mereka hanya membuat pekerjaan sara diri sahaja. Tindakan pihak British yang berat sebelah tersebut secara jelas sekali menunjukkan bahawa inggeris hanyalah mementingkan kepentingan ekonomi dan kedudukan mereka sahaja. Di sini dapat disimpulkan bahawa sistem pendidikan vernakular yang diamalkan oleh Inggeris mendorong kepada perasaan prasangka dan prejudis yang menebal dalam kalangan kaum di Tanah Melayu. Setiap kumpulan etnik menggunakan bahasa pengantar masing-masing dan lokasi sekolah juga adalah berbeza mengikut sektor ekonomi yang diceburi oleh kaum masing-masing. Keadaan ini jelas menunjukkan jurang perbezaan penerimaan tahap pembelajaran dimana dapat dilihat fikiran dan anspirasi setiap kaum berbeza dimana masing-masing mengambil berat aspek mengagungkan tanah air sendiri seperti di negara Cina, India dan England.
  • 8. 8 APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN Segala sikap yang dinyatakan merupakan faktor utama yang menjadikan tahap perpaduan kita dalam keadaan sekadar ‘cukup makan’ sahaja. Sikap yang suka bergantung terhadap kerajaan harus diubah, kerana perpaduan tidak bergantung kepada kerajaan semata-mata tetapi memerlukan penyertaan setiap seorang daripada kita rakyat Malaysia. Bersifat terbuka merupakan kunci kejayaan pergaulan antara kaum. Pergaulan dengan mereka yang berlainan bangsa tidak bermakna kita harus mengorbankan prisip dan agama masing-masing. Kita harus bersifat terbuka dan perbezaan itu bukan penghalang untuk kita mengenali lebih rapat antara satu sama lain. Sikap terbuka ini jika tidak disemai dari kecil telah terbukti akan menyukarkan sebarang usaha mewujudkan perpaduan kaum. Ibu bapa juga berperanan besar dalam membentuk sikap yang mulia ini kepada anak-anak mereka. Hal ini kerana, segala yang ada pada ibu bapa sebenarnya akan diwaris kepada generasi akan datang. Ibu bapa perlu memahami tanggungjawab mendidik anak-anak tidaklah terhad kepada soal adab, asuhan keagamaan dan juga pembentukan jati diri. Sebaliknya kanak-kanak harus diterapkan dengan nilai-nilai murni yang universal seperti menghormati bangsa dan agama lain, bertolak ansur serta saling hormat menghormati. Semua ini patut bermula dari rumah ketika anak- anak masih kecil lagi. Kita mampu mengubahnya. Kita hanya perlu mengamalkan sikap terbuka terlebih dulu. Aktiviti merapatkan hubungan dan menjalin hubungan serta menambah kemesraan antara kaum perlu diperbanyakkan lagi. Contohnya seperti sempena hari perayaan, rumah terbuka harus digalakkan supaya kita mempunyai peluang untuk bergaul dan memahami budaya kaum lain.
  • 9. 9 Pendidikan juga merupakan alat meningkatkan tahap perpaduan yang penting. Guru-guru di sekolah juga perlu mendidik pelajarnya supaya tahu betapa pentingnya perpaduan itu kepada pembentukan sebuah masyarakat yang aman dan bersatu padu. Semangat Bangsa Malaysia patut disemai ke dalam hati rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak patut dibezakan dari segi kaum. Maka dasar ini perlu diperkuatkan lagi. Bangsa Malaysia ialah satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai satu masa depan yang sama dan dikongsikan bersama, segala masalah yang wujud pasti ada faktor yang mencetuskannya. Jadi segala usaha yang dilakukan perlu berpandukan faktor itu, supaya tindakan yang diambil akan lebih berkesan. Jadi kerjasama semua lapisan masyarakat amat diperlukan untuk kita berjaya. Jika rakyat kita boleh bersikap terbuka tanpa mengira dari mana kita datang, tanpa mengira tentang kepentingan diri, dan tanpa prasangka, sudah pasti ketika itu kita semua akan bangga terhadap diri kita sendiri sebagai satu bangsa yang bersatu padu. Demi tanah tumpah darah, kita patut dan rela berkorban bukan untuk kita semua tetapi sebagai contoh kepada generasi akan datang.
  • 10. 10 PENUTUP Di sini dapat dirumuskan bahawa perlaksanaan dasar-dasar Inggeris di Tanah Melayu menyumbang kepada penghalang perpaduan kaum. Faktor politik iaitu dasar pecah perintah memberikan ketegangan yang buruk antara kaum. Perlaksanaan dasar ini mewujudkan syak wasangka di antara kaum. Di samping itu, aktiviti ekonomi yang berlainan juga menyebabkan pergaulan antara kaum terhad disebabkan mereka hanya hidup dalam komuniti mereka tanpa ada pergaulan yang luas dengan kaum yang lain. Masalah pendidikan juga menyumbang kepada penghalang perpaduan kaum melalui aspek sosial. Faktor-faktor ini boleh dirumuskan akibat sikaporang Melayu yang ingin mempertahankan kepentingan mereka dan sikap kaum bukan Melayu yang ingin menjaga kepentingan mereka juga. Kemuncak kepada keretakan hubungan kaum ialah pada peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa pertelingkahan kaum ini yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda mempunyai perkaitanyang rapat dengan Pilihanraya 1969. Hal-hal sensitif seperti bahasa kebangsaan,kedudukan istimewa dan hak kerakyatan. Oleh yang demikian, sebagai sebuah negara yang mempunyai kaum yang berbilang kaum, kita seharusnya mengubah prinsip pecah perintah dimana kita haruslah bersatu dan berganding bahu dalam menjaga keharmonian serta keamanan negara kita sendiri. Keharmonian tidak akan dinikmati tanpa perpaduan ibarat ‘bersatu kita teguh,bercerai kita roboh’. Untuk mengelakkan kesan-kesan negatif timbul daripada masalah perpaduan dalam masyarakat, penghayatan Rukun Negara amat penting dan perlu dipraktikkan setiap hari kerana ia mengingatkan kita tentang kepentingan perpaduan dan kedaulatan negara. Perpaduan kaum perlu dijadikan Rukun dalam kehidupan seharian kerana tanpa adanya perpaduan, negara kita mudah dijajah oleh pihak luar.
  • 11. 11 Rujukan utama SHAMSUL AMRI BAHARUDDIN(KETUA EDITOR). 2013. MODUL HUBUNGAN ETNIK EDISI KEDUA. BANGI : INSTITUT KAJIAN ETNIK UKM. Rujukan tambahan ABDUL AZIZ BARI. 2001. PERLEMBAGAAN MALAYSIA: ASAS-ASAS DAN MASALAH. KUALA LUMPUR: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA. ABDUL RAHMAN HAJI EMBONG. 2000. NEGARA BANGSA: PROSES DAN PERBAHASAN. BANGI: PENERBIT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI. 2007. MODUL HUBUNGAN ETNIK. SHAH ALAM : PENERBIT UITM. NAZRI MUSLIM & NASRUDDIN YUNOS. 2006. HUBUNGAN ETNIK. BANGI: PUSAT PENGAJIAN UMUM, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. WAN MOHD NOR WAN DAUD. 2001. PEMBANGUNAN DI MALAYSIA. KUALA LUMPUR: ISTAC.