SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
FACULTY OF ISLAMIC STUDIES (ISLAMIC MANAGEMENT)
ABXM1103
MANUSIA, MASYARAKAT DAN BUDAYA
Konsep Masyarakat, kebudayaan dan kemiskinan, elelmen-elemen kebudayaan dan
masyarakat menyumbang kepada kemiskinan.
Name : Nor Hashyla Binti Abd. Hamid
Matric number : 810526086086001
NRIC : 810526-08-6086
Telephone number : 019-5553637
E-mail address :shylahamid@gmail.com
Tutor’s name: RAMANITARAM A/L S.KASI
Learning Centre: Greenhill Learning Center
May 2014 Semester
Isi Kandungan
1.0 Pengenalan 3
2.0 Konsep masyarakat, kebudayaan dan kemiskinan.
2.1 Konsep masyarakat 4
2.2 Konsep budaya 5
2.3 Konsep Kemiskinan 6
3.0 Elemen-elemen kebudayaan yang menyumbang kepada kemiskinan:-
3.1 Mempunyai kepercayaan yang kuat kepada adat dan tradisi 7
3.2 Keselesaan gaya hidup dan tempat tinggal yang diperturunkan
sejak zaman berzaman 7
3.2 Tidak berfikiran terbuka 8
3.4 Kebergantungan kepada hasil semulajadi sekeliling 9
4.0 Faktor Masyarakat (sistem sosial) menyumbang kepada kemiskinan
4.1 Terdapat perbezaan sosial kehidupan masyarakat bandar dengan
Orang Asli. 10
4.2 Hubungan Etnik 10
4.3 Faktor politik dan dasar pemerintahan mempengaruhi kemiskinan 11
5.0 Kesimpulan 12
6.0 Rujukan 14
1.0 Pengenalan
Kemiskinan merupakan satu keadaan kehidupan yang serba kekurangan. Ianya akan memberikan
kesan kepada kesejateraan hidup. Walaupun kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha untuk
membasmi kemiskinan tetapi masih terdapat komuniti tertentu yang masih lagi berdepan dengan
masalah tersebut terutamanya mereka yang terpinggir dari arus kemodenan..
Fenomena sosial ini boleh dilihat dengan jelas dalam kelompok masyarakat Orang Asli yang
terdapat di Semenanjung Malaysia. Walaupun masyarakat peribumi ini hanyalah golongan kaum
yang minoriti bagi keseluruhan penduduk di Semenanjung Malaysia, tetapi masalah kemunduran
dan kemiskinan yang dihadapai oleh masyarakat Orang Asli di Malaysia tetap menjadi cabaran
utama bagi pihak kerajaan menanganinya kerana ianya turut menyumbang kepada data
kemiskinan negara secara umumnya.
Mengikut sumber dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) 2012, seramai 141,230 orang
penduduk yang terdiri daripada Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Orang Asli telah
didefinisikan sebagai seseorang individu yang ayahnya adalah dari kelompok etnik Orang Asli,
percakapannya menggunakan bahasa orang asli serta mengamalakan cara hidup, kepercayaan
dan adat resam Orang Asli dalam kehidupan sehariannya. Juga dikira sebagai Orang Asli jika
seorang itu lahir dari kaum yang lain, tetapi menjadi anak angkat Orang Asli serta berbahasa
dengan bahasa Orang Asli dan biasanya mengamalkan cara hidup Orang Asli. (Seow Ta Wee et.
al., 2013)
Walaupun kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha untuk membasmi kemiskinan tetapi masih
terdapat komuniti tertentu yang masih lagi berdepan dengan masalah tersebut terutamanya
mereka yang terpinggir dariarus kemodenan. Contoh yang palis jelas dilihat ialah masyarakat
Orang Asli.
Sehingga ke hari ini, mereka masih lagi kekal mengamalkan adat resam dan budaya serta
kepercayaan seperti yang telah diamalkan oleh nenek moyang mereka sejak turun temurun. Adat
dan budaya tersebut adalah penting bagi kerana ianya menjadi pelengkap kehidupan seharian.
Mereka merasakan segala yang diperolehi dan dinikmati adalah memadai dan boleh menampung
3
kehidupan keluarga mereka. Dan kemiskinan hidup yang mereka lalui hanyalah dilihat pada
kaca mata masyarakat bandar sahaja tetapi tidak miskin bagi mereka.
Namun begitu, komuniti Orang Asli tidaklah dibiarkan terus terpinggir dan di belenggu
kemiskinan. Para pengkaji telah mengkaji dan meneliti pelbagai aspek permasalahan bagi kaum
ini termasuklah faktor-faktor wujudnya kemiskinan, strategi untuk membasmi kemiskinan dan
keberkesanan program yang telah dijalankan (Rohayu Roddin & Noor Sharipah (2013). Dengan
penubuhan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) telah membela nasib kaum minoriti ini.
Bermatlamatkan melaksanakan pendekatan pembangunan secara menyeluruh termasuk
pembangunan sosioekonomi, pendidikan, kesihatan dan pembangunan modal insan secara
terancang. Ini bermakna segala perihal dan masalah yang berkaitan dengan Orang Asli dan
kehidupan mereka adalah dibawah tanggungjawab JHEOA. (JHEOA, t.t)
Oleh itu, di dalam tugasan ini akan diterangkan tentang konsep masyarakat, kebudayaan dan
kemiskinan. Di samping itu, akan dihuraikan tentang elemen kebudayaan yang menyumbang
kepada kemiskinan. Akhir sekali akan di huraikan tentang bagaimana masyarakat (sistem sosial )
menyumbang kepada kemiskinan. Dengan menyiapkan tugasan ini, diharap dapat difahami
tentang hubungan individu dengan masyarakat beserta amalan-amalan kebudayaannya dalam
kehidupan sosialnya, serta dapat memahami sejauhmana sistem sosial seperti kebudayaan,
kepercayaan, adat dan norma kehidupan boleh mempengaruhi tingkah laku serta hidup manusia.
1.0 Konsep masyarakat, kebudayaan dan kemiskinan.
2.1 Konsep masyarakat
Masyarakat merupakan kata nama yang bersinonim dengan kelompok manusia, kaum, komuniti
dan sebagainya. Ianya ditakrifkan sebagai sekumpulan orang yang hidup bersama di sesuatu
tempat dengan cara-cara dan peraturan-peraturan tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua, t.t)
Perkataan masyarakat juga adalah istilah kepada komuniti manusia yang tinggal bersama-sama
yang juga merupakan jaringan individu. Masyarakat telah menjadi subjek utama dalam
4
pengkajian sains sosial. Kestabilan hidup adalah penting bagi sesebuah masyarakat (Wikipedia
Bebas t.t) .
Terdiri daripda individu dan keluarga yang membentuk kumpulan dan mempunyai hubungan
bersemuka sesama mereka. Saling lengkap melengkapi, tolong menolong dan bekerjasama di
antara satu sama lain adalah nilai-nilai murni yang wujud dalam sesebuah masyarakat. Ia
merupakan asas penting bagi mencapai keadilan dalam sesebuah masyarakat
Setiap masyarakat mempunyai budayanya yang tersendiri yang terbentuk dari hubungan rapat
sesama anggotanya bermula dari masyarakat itu wujud.
2.2 Konsep budaya
Di antara keunikan manusia ialah mempunyai budaya di dalam setiap kumpulan hidupan kerana
budaya merupakan satu elemen penting yang dapat memberi perbezaan di antara manusia dengan
makhluk lain. Budaya menurut kamus dewan edisi keempat ialah tamadun, peradaban atau
kemajuan fikiran dan akal budi iaitu cara berfikir atau berkelakuan. Ianya dikaitkan dengan
aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian
dan juga termasuk dengan amalan atau kebiasaan kepercayaan, istiadat, dan undang-undang.
Kebudayaan pula didefinisikan sebagai usaha atau daya mencipta ataupun daya berfikir dalam
pelbagai bidang hidup manusia.(Kamus Pelajar Edisi kedua, t.t)
Konsep budaya sangant luas dan sukar untuk diterjemahkan. Ini kerana berlaku kekeliruan di
kalangan pengkaji apabila terdapat perbezaan disiplin dan perspektif budaya di dalam kajian-
kajian yang mereka lakukan. Menurut Mohd Anuar Ramli (t.t), Ralph Linton telah mentakrifkan
kebudayaan dengan maksud tamadun, peradaban atau kemajuan fikiran. Berdasarkan kajian yang
telah dibuat oleh Mohd Anuar Ramli (t.t), beliau berpendapat bahawa kebudayaan merujuk
kepada keseluruhan tatacara hidup keseluruhan manusia yang terhasil daripada peranan akal
yang digunakan untuk berinteraksi dengan alam sekeliling dalam usaha untuk memenuhi
keperluan dan kehendak masing-masing.
Ini bermakna akal yang membentuk kebudayaan di kalangan manusia bagi memenuhi kehendak
dan keperluan kehidupan seperti manusia menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah
5
pencarian makanan untuk meneruskan kehidupan, untuk membentuk aktiviti-aktiviti yang ada
dalam persekitaran seperti kesenian, barangan, tarian dan sebagainya. Di dalam budaya terdapat
ciri-cirinya tersendiri seperti budaya tersebut mesti boleh dipelajari, boleh dikongsi, diwarisi, dan
bersifat sejagat. Contohnya seperti tarian kebudayaan bagi masyarakat yang berbilang kaum di
Malaysia. Setiap satunya mempunyai cara dan tradisi tersendiri.
2.3 Konsep Kemiskinan
Kemiskinan pula didefinisikan sebagai perihal miskin iaitu tidak berharta benda atau serba
kekurangan (dalam keperluan hidup). Menurut Anad (1993), dalam memberikan definisi
kemiskinan tedapat masalah padanya kerana konsep kemiskinan adalah berbeza di antara
sesebuah negara dengan negara yang lain dan di antara satu budaya dngan satu budaya yang lain.
Ini bermakna kosep kemiskinan perlu dilihat pada cara hidup seseorang, norma-norma sosial dan
budayanya, prinsip dan falsafah hidup di samping tingkat pendapatan mereka.
Menurut Samir Muhazab Amin & Sara Shakila(2012), Todaro (1997) telah mengatakan bahawa
kemiskinan melibatkan dua aspek yang utama iaitu pertamanya aspek ekonomi dan yang kedua
pula dari aspek sosial. Ini bermakna apabila sosial tidak seimbang akan membawa kepada
berlakunya kepincangan ekonomi dan kepincangan ekonomi juga menyumbang kepada
kewujudan ketidakseimbangan sosial. Kedua-duanya saling berkait rapat.
Juga terdapat pelbagai definisi tentang konsep kemiskinan namun ianya tidak dapat lari dengan
konsep yang berdasarkan keperluan atau kehendak yang tidak dapat dipenuhi. Secara umumnya
kemiskinan adalah disebabkan oleh lingkungan sosial budaya yang menyebabkan adat kebiasaan
masyarakat yang tidak produktif, terbatas pekerjaan dan amalah seharian, kehidupan yang sangat
terpencil serta dikawal oleh adat dan tradisi di dalam sesebuah masyarakat.
2.0 Elemen-elemen kebudayaan yang menyumbang kepada kemiskinan
Budaya dan masyarakat tidak boleh dipisahkan. Kebudayaan tidak akan wujud sekiranya tidak
ada masyarakat kerana anggota masyarakat yang mencipta, membentuk, mengelola dan
6
menjalankan kebudayaan. Berikut adalah elemen-elemen kebudayaan yang menyumbang kepada
kemiskinan terutamanya di kalangan Orang Asli di Malaysia:-
3.1 Mempunyai kepercayaan yang kuat kepada adat dan tradisi.
Masih terdapat Orang Asli yang berpegang kuat pada adat tradisi dan amalannya. Contoh yang
dapat dilihat pada suku kaum Orang Asli berbangsa Jakun yang berasal dari Yunan (Selatan
China). Bangsa Jakun ialah orang ulu yang merupakan suku kaum Melayu Asli atau lebih
dikenali sebagai Melayu Proto. Kebanyakan mereka tinggal di Selatan Semenanjung. Mereka
adalah di antara masyarakat Orang Asli yang kehidupannya dipengaruhi alam sekitar dan telah
sebati di dalam jiwa mereka. Mereka lebih selesa untuk tinggal di gunung-gunung, bukit, lembah
sungai, gua dan sebagainya. Kepercayaan yang dipegang ialah jika ada di kalangan mereka yang
melanggar pantang larang, kampung mereka akan dilanda bencana (Permata, 2009). Oleh itu,
sekiranya mereka melanggar atau menghapuskan amalan dan tradisi yang diamalkan oleh nenek
moyang mereka, sudah pasti mereka percaya bahawa mereka akan menerima akibatnya.
Walaupun pihak kerajaan telah banyak berusaha untuk meningkatkan pendapatan bagi
membangunkan kehidupan mereka. Kerajaan telah menyediakan peruntukan dana untuk
menjalankan pelbagai program demi meningkatkan taraf hidup mereka sejajar dengan
pembangunan negara. Namun, masih terdapat jurang kemiskinan di kalangan mereka. terdapat
sejumlah daripada mereka yang masih tidak mahu meninggalkan tradisi yang diamalkan sejak
turun temurun itu.
3.2 Keselesaan gaya hidup dan tempat tinggal yang diperturunkan sejak zaman berzaman
Bagi masyarakat orang asli, kebanyakan daripada mereka amat selesa untuk menjalankan aktiviti
seharian mengikut tradisi yang telah diperturunkan daripada nenek moyang mereka dari dahulu
lagi. Terdapat suku kaum Orang Asli yang menjalankan aktiviti memburu dan memungut hasil
hutan sahaja dan ada juga suku kaum yang menjadi nelayan dan memungut hasil laut bagi
melangsungkan kehidupan mereka.
Mereka tidak mempunyai inisiatif lain untuk mengembangkan serta meningkatkan taraf hidup
mereka kerana rasa selesa dengan gaya hidup sedemikian walaupun pada hakikatnya mereka
7
hidup diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Misalnya kaum Negrito. Kaum ini masih menjalankan cara hidup nomad. Mereka tidak tahu
bercucuk tanam, tidak mempunyai rumah yang tetap dan berpindah randah. Rumah sementara
yang dibina hanyalah diperbuat daripada bahan hutan yang mudah didapati di sekitar mereka
seperti daun nipah, buluh dan dahan-dahan kayu. Kebanyakan daripada mereka menjalankan
aktiviti berburu dan memungut hasil hutan bagi meneruskan kelangsungan hidup seperti
menagkap ikat di sungai, mencari buah-buahan, akar-akar kayu serta pucuk yang boleh dimakan.
Mengikut bancian JHOEA, sejumlah 4001 atau 2.7% daripada keseluruhan Orang Asli terdiri
daripada kaum Negrito (Mohd Fauzi Harun, 2006)
3.3 Tidak berfikiran terbuka
Skop pemikiran yang sempit juga merupakan faktor penting yang boleh menyumbang kepada
kemiskinan di kalangan mereka. Mereka beranggapan bahawa pelajaran kurang penting kerana
apa yang lebih penting bagi mereka ialah mewarisi segala yang mereka perolehi sejak dahulu
lagi seperti pemilikan tanah tempat tinggal, adat resam serta tradisi dan sebagainya. Bagi mereka,
jika semua mempunyai pendidikan, corak dan gaya hidup akan mengubah segala warisan budaya
mereka.
Orang Asli yang merasa selesa hidup di hutan menganggap pembangunan boleh mengganggu
kehidupan sosial mereka seterusnya memusnahkan budaya tradisional masyarakat setampat.
Bukan itu sahaja, malah mereka turut risau akan berlaku kerosakkan alam yang boleh mengugat
salah satu daripada identiti mereka sebagai Orang Asli (Mohd Nur Syufaat & Seow Ta Wee,
2013).
Suku kaum Orang Asli Batek umpamanya telah menganggap kedatangan pelancong telah
mengganggu hak peribadi individu atau kaum tersebut seperti upacara ritual berkaitan kematian
yang dijalankan olah mereka terganaggu akibat dari kehadiran pemandu pelancong yang ingin
mengetahuinya sebagai cara mengumpul maklumat. Yang sebenarnya mereka tidak mahu
memberi tahu perkara yang sebenarnya kerana tidak mahu diganggu kesucian tanah perkuburan
mereka kerana boleh menimbulkan kesedihan ahli keluarga serta roh si mati. Kerana itulah
8
mereka telah disalah anggap sebagai masyarakat yang tidak mahu bercampur dan bergaul
dengan orang luar (Zanisah Man, et.al, 2009).
Jadi, jelaslah di sini bahawa walaupun kebanyakan orang asli boleh menerima perubahan yang
dibuat oleh kerajaan, termasuklah meningkatkan tahap pendidikan. Tetapi masih terdapat
segelintir daripada mereka yang enggan menerimanya kerana skop pemikiran mereka lebih
tertumpu kepada kemusnahan amalan, dan tradisi yang diwarisi sejak turun temurun lagi.
Dengan itu, masih terdapat masyarakat Orang Asli yang hidup dalam kemiskinan hanya kerana
tidak berfikiran terbuka.
3.4 Kebergantungan kepada hasil semulajadi sekeliling.
Walaupun kadar kemiskinan di Malaysia berjaya dikurangkan, namun kerajaan mengakui masih
wujud masyarakat yang dibelengu kemiskinan terutamanya di kawasan-kawasan perdalaman
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak termasuklah di penempatan Orang Asli. Kehidupan
masyarakat Orang Asli kebanyakannya di perdalaman dan jauh dari bandar. Budaya yang telah
dibentuk sejak turun temurun telah menjadi kebiasaan untuk diamalkan sehingga ke hari ini.
Terutamanya menjadikan hutan sebagai sumber ekonomi, habitat atau tempat tinggal serta
memperoleh makanan.
Contohnya dapat dilihat melalui masyarakat Orang Asli Temuan yang terdapat di Bukit Lagong.
Kehidupan yang terdiri daripada 17 buah keluarga itu bergantung sepenuhnya kepada sumber
hasil hutan. Aktiviti ekonomi dan amalan cara hidup yang menjadi kebiasaan dijalankan oleh
mereka ialah berbentuk tradisional dan sara hidup (primatif). Suasana kehidupan mereka masih
lagi kurang membangun jika dibandingkan dengan masyarakat luar. (Er Ah Choy, et. al, 2010)
Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa amalan budaya dalam kehidupan masyarakat orang Asli
yang bergantung hidup dengan hanya dengan sumber hasil semulajadi sekeliling seperti hutan
ataupun laut seperti kaum Orang Asli Kuala yang banyak terdapat di selatan Johor menyebabkan
kehidupan mereka masih lagi dikira miskin.
9
4.0 Faktor Masyarakat (sistem sosial) menyumbang kepada kemiskinan
4.1 Terdapat perbezaan sosial kehidupan masyarakat bandar dengan Orang Asli.
Malaysia terkenal sebagai negara yang mempunyai keunikan pelbagai bangsa, kaum dan etnik.
Kepelbagaian kaum dan etnik telah mewujudkan kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat
resam sama ada di bandar mahupun di luar bandar. Bagi masyarakat Orang Asli, mereka banyak
ketinggalan dalam arus kemodenan kerana masih mahu mengekal budaya dan gaya hidup mereka
seperti masih tinggal di dalam hutan yang berada di perdalaman dan tidak mempunyai
kemudahan-kemudahan asas yang sempurna walaupun dibekalkan oleh pihak yang
bertanggungjawab.
Menurut Johari Talib dan Nazri Husin (2007), kajian yang dijalankan mendapati lokasi dan
persekitaran tempat tinggal serta rendah taraf ekonomi menjadi penyebab kepada komuniti
Orang Asli kebanyakannya tidak berminat dengan persekolahan. Segala kemudahan asas dan
prasarana yang disediakan oleh pihak berwajib dalam menyediakan sekolah masih lagi dilihat
serba kekurangan dan tidak lengkap berbanding dengan sekolah-sekolah di bandar. Kehambaran
penyediaan tempat belajar menyebabkan anak-anak Orang Asli tidak berminat untuk ke sekolah
yang menyebabkan ramai di kalangan mereka keciciran dalam memperoleh ilmu dan maklumat.
Mereka lebih tertarik dengan keadaan semasa dan alam semulajadi di sekeliling mereka sahaja.
Justeru mereka sukar membuat perubahan untuk memiliki ilmu pengetahuan yang lebih luas
sekaligus meletakkan mereka dalam kalangan orang yang rendah pelajarannya dan cetek
pemikiran yang menampakkan perbezaan yang ketara terhadap perbezaan sosial masyarakat di
bandar dengan mereka yang berada di luar bandar.
4.2 Hubungan Etnik
Masih berlakunya kemiskinan yang boleh difokuskan kepada masyarakat Orang Asli di atas
faktor sistem sosial ialah apabila masyarakat luar terutamanya di bandar yang mengkelaskan
masyarakat Orang Asli sebagai masyarakat yang miskin kerana mereka adalah golongan minoriti
yang masih terdapat di Malaysia.
10
Ini boleh berlaku apabila terdapat perbezaan dari segi fizikal, ekonomi, budaya dan tingkah laku
kelompok minoriti ini dengan kelompok majoriti. Secara mata kasarnya masyarakat dapat
melihat menerusi persekitaran tempat tinggal dan aktiviti mereka yang hanya berlegar-legar di
sekitar hutan sahaja.
Namun masyarakat luar boleh melihat dengan lebih jelas lagi menerusi penglibatan Orang Asli
dalam program pembangunan termasuklah program pendidikan, penempatan, penyediaan
kemudahan asas, dan sebagainya. Usaha kerajaan dilihat releven untuk golongan ini.
Menurut (Mohd Nur Syufaat dan Seow Ta Wee, 2013) lagi, sebagai usaha, kerajaan telah
membangunkan kawasan mereka sebagai salah satu daya tarikan pelancong kerana keunikkan
budayanya dilihat dapat memberi peluang kepada mereka untuk menambah pendapatan serta
meningkatkan taraf ekonomi mekera. Namun penglibatan mereka hanyalah berskala kecil kerana
tidak mampu berhubung dan berinteraksi dengan pelancong.
Di atas faktor-faktor inilah masyarakat di arus perdana telah meletakkan komuniti Orang Asli
adalah golongan yang masih miskin dan mereka terus menjadi terpinggir dari masyarakat bandar.
Ini menunjukkan bahawa kewujudan perhubungan antara etnik sangat berkurangan di antara
masyarakat bandar dengan masyarakat Orang Asli kerana masyarakat di bandar tidak mampu
untuk memahami struktur sosial Orang Asli termasuklah kebudayaan mereka.
4.3 Faktor politik dan dasar pemerintahan mempengaruhi kemiskinan.
Selain dari itu, politik dan pemerintahan juga turut memberi sumbangan kepada kemiskinan.
Bilangan Orang Asli yang terdapat di Malaysia adalah kecil. Oleh itu, kekdudukan dan
kepentingan mereka di dalam politik negara sangat mudah di pinggirkan. Mereka tidak dapat
menyertai secara aktif kerana tidak mempunyai organisasi politik serta kurang perwakilan di
peringkat Kerajaan Negeri mahupun di peringkat Kerajaan Persekutuan. Ia menunjukkan bahawa
kaum minoriti ini telah tercicir jauh ke belakang dalam arena politik berbanding masyarakat lain.
Dasar pemerintahan juga kurang menyumbang kepada kemajuan terhadap masyarakat Orang
Asli menyebabkan ada di antara mereka lagi yang menghadapi kemiskinan. Dalam membina
masyarakat yang kompleks, pendidikan memainkan peranan yang penting bagi membantu
11
mempercepatkan proses kemajuan Orang Asli ke dalam masyarakat beraliran perdana.
Kerajaan yang juga selaku organisasi politik sebenarnya tidak beupaya memahami kedudukan
dan kaitan masyarakat peribumi ini dengan kawasan yang diduduki mereka. Perkaitan di antara
keduanya sangat rapat. Mana mungkin mereka mahu meninggalkan kediaman mereka yang asal
untuk ke rumah baru jika tidak masuk dengan kesesuaian diri mereka. Menurut Laily Paim dan
Syarifah Azizah Harun (2010), terdapat juga kepentingan birokrasi dan politik merupakan kesan
dari campur tangan kerajaan yang bercanggah dan tidak konsisten dalam usaha melakukan
perubahan yang lebih baik bagi masyarakat Orang Asli ini.
Oleh yang demikian, jelaslah di sini bahawa politik dan dasar pemerintahan yang masih lagi
terdapat kelemahan yang telah menjadi faktor yang mempengaruhi kemiskinan masyarakat
Orang Asli. Agenda perlaksanaan pembangunan perlu diperkemaskan supaya dapat
meningkatkan taraf kehidupan Orang Asli agar mereka tidak lagi hidup di dalam kemiskinan.
5.0 Kesimpulan
Budaya terhasil dari perlakuan anggota-anggota dalam masyarakat dengan didorong oleh
pelbagai aspek lain seperti norma, peraturan, nilai, adat resam, kepercayaan serta peraturan dan
sebagainya ianya merupakan satu proses yang kompleks untuk memahami perhubungan dan
interaksi individu dalam sesuatu masyarakat.
Beberapa elemen kebudayaan telah dapat dilihat dalam masyarakat Orang asli yang menjadi
penyebab kepada kemiskinan yang mereka alami. Dimana mereka yang berpegang kepada
kepercayaan yang kuat terhadap amalan adat dan tradisi mereka. Di samping itu juga, mereka
berasa selesa dengan gaya hidup dan keadaan persekitaran yang telah mereka warisi sejak zaman
berzaman. Selain dari itu, di antara elemen yang menyumbang kepada kemiskinan yang dialami
mereka ialah kerana tahap pemikiran yang terbatas dan tidak terbuka kerana kesebatian budaya
yang menjadi amalan mereka. termasuklah kebergantungan hidup hanya kepada hasil semulajadi
sekeliling semata-mata.
12
Di samping itu, masyarakat juga menjadi penyumbang yang besar kepada kemiskinan Orang
Asli. Ini dapat dilihat menerusi perbezaan sosial di antara penduduk di bandar dengan penduduk
di luar bandar seperti di perkampungan Orang Asli. Hubungan etnik yang agak jauh di antara
penduduk bandar dengan mereka juga menjadi faktor kemiskinan kepada komuniti ini. Dan akhir
sekali, politik dan dasar pemerintahan juga memberikan kesan yang menyebabkan kemiskinan
masyarakat Orang Asli di Malaysia.
Justeru, dapatlah difahami bahawa budaya dan masyarakat tidak dapat dipisahkan. Manusia yang
hidup di dalam masyarakat akan membentuk budaya itu sendiri. Perkembangan budaya juga
akan mengikut perkembangan masyarakat. Dan terdapat perbezaan budaya di antara satu
masyarakat dengan masyarakat yang lain. Penerimaan perubahan dalam sosiobudaya sebuah
masyarakat amat penting demi memajukan diri, masyarakat dan negara selaras dengan arus
pembangunan dan kemodenan yang sedang di alami dunia. Ini kerana sifat budaya akan berubah
dari semasa ke semasa mengikut peredaran zaman.
(2958 patah perkataan)
13
6.0 Rujukan
Amin & Sara Shakila(2012), Todaro (1997) Pembasmian Kemiskinan di Malaysia. Akedemika
82(1), 81-89. Retrieved: Jun 28, 2014, from
http://www.ukm.my/penerbit/akademika/ACROBATAKADEMIKA82-1/Akademika82(1)
Er Ah Choy, et. al, 2010), Sosioekonomi Masyarakat Orang Asli: Kajian Kes di Hutan Simpan
Bukit Lagong,Selangor, Malaysia. Jurnal Melayu 5, 295-31. Retrieved: Jun 22, 2014,
from http://journalarticle.ukm.my/3034/
Kamus Pelajar Edisi Kedua, (t.t) Kamus Online. Retrieved: Jun 19, 2014, from
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=masyarakat
JHEOA, (t.t). Retrieved: Jun 30, 2014 from (http://www.jakoa.gov.my/en/pengenalan-
jakoa;jsessionid=F98E3A3640DAE104662A2B78584A133B
Johari Talib dan Nazri Husin (2007), Bagaimana kanak-kanak OrangAsli gagal disekolah?.
Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 8, 51-76. Retrieved: Julai 1, 2014, from
http://journalarticle.ukm.my/1142
Laily Paim dan Syarifah Azizah Harun (2010), Kemiskinan di Malaysia: Isu Fundamental &
Paparan Realiti. Serdang, Malaysia. Universiti Putra Malaysia.
Mohd Anuar Ramli (t.t), Kuliah 1 : Konsep budaya. Retrieved: Jun 28, 2014, from
https://www.academia.edu/1736613/KULIAH_1_KONSEP_BUDAYA
Mohd Fauzi Harun, 2006) Kemiskinan Bandar : Kajian Kes Masyarakat OrangAsli di Perak.
Retrieved: Jun 28, 2014, from http://eprints.uitm.edu.my/4698
Mohd Nur Syufaat & Seow Ta Wee, (5-6 Mac 2013). Kelestarian transformasi pembangunan
sosioekonomi Orang Asli. Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar kali ke-4.
UPSI. Retrieved: Julai 1, 2014, from
http://eprints.uthm.edu.my/3993/1/KELESTARIAN_TRANSFORMASI_PEMBANGUN
AN_SOSIOEKONOMI.pdf
14
Permata, (2009). Portal Permata orang asli. Retrieved: Julai 1, 2014, from
http://permataorangasli.blogspot.com
Rohayu Roddin & Noor Sharipah (4-6 Jun 2013) Pembinaan keupayaan dalam pelancongan
Orang Asli: Satu kajian kes dalam Komuniti Mah Meri. In: Proceeding of the
International Conference on Social Science Research 2013. Pulau Pinang, Malaysia.
Unpublished. Retrieved: Jualai 1, 2014, from http://eprints.uthm.edu.my/3985
Seow Ta Wee et. al., (5-6 Mac 2013), Pembangunan sosioekonomi Komuniti orang asli di
Malaysia. Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar kali ke-4. UPSI. Retrieved:
Julai 1, 2014, from http://eprints.uthm.edu.my/3997
Wikipedia Bebas, ( t.t). Retrieved: Jun 22, 2014, from http://ms.wikipedia.org/wiki/Masyarakat
Zanisah Man, et.al, 2009). Kesan ekonomi Perlancongan terhadap komuniti Batek di Kuala
Tahan, Pahang. Jurnal e-Bangi 4(1), 1-12. Retrieved: Julai 3, 2014, from,
http://journalarticle.ukm.my/1589
15

More Related Content

What's hot

Ibadah Dan Akhlak
Ibadah Dan AkhlakIbadah Dan Akhlak
Ibadah Dan Akhlakkuliahnet
 
Modul tasmik khatam quran_jqaf 2
Modul tasmik khatam quran_jqaf 2Modul tasmik khatam quran_jqaf 2
Modul tasmik khatam quran_jqaf 2eimah34
 
Hadis mentaati pemimpin : tahun 5 SK
Hadis mentaati pemimpin : tahun 5 SKHadis mentaati pemimpin : tahun 5 SK
Hadis mentaati pemimpin : tahun 5 SKamira nurfahmida
 
Proses pengurusan-kokurikulum-sekolah-pdf
Proses pengurusan-kokurikulum-sekolah-pdfProses pengurusan-kokurikulum-sekolah-pdf
Proses pengurusan-kokurikulum-sekolah-pdfPPD HULU SELANGOR
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHFarra Shahirra
 
72699095 assignment-tarannum
72699095 assignment-tarannum72699095 assignment-tarannum
72699095 assignment-tarannumAishah Sweet
 
Kepentingan hijrah
Kepentingan hijrahKepentingan hijrah
Kepentingan hijrahShakila Isa
 
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanPandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanffyue
 
AKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
AKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAHAKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
AKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAHanuar2u
 
IMAM AHMAD BIN HANBAL
IMAM AHMAD BIN HANBALIMAM AHMAD BIN HANBAL
IMAM AHMAD BIN HANBALkkqsmkta
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinanEp Loh
 
Pengenalan Masyarakat Sikh
Pengenalan Masyarakat Sikh Pengenalan Masyarakat Sikh
Pengenalan Masyarakat Sikh Fadhil Ismail
 
Konsep umum sumber pengajaran
Konsep umum sumber pengajaranKonsep umum sumber pengajaran
Konsep umum sumber pengajaranAzhar Hj Zakaria
 
Contoh rph al quran
Contoh rph al quranContoh rph al quran
Contoh rph al quranKas Wati
 

What's hot (20)

Ibadah Dan Akhlak
Ibadah Dan AkhlakIbadah Dan Akhlak
Ibadah Dan Akhlak
 
Modul tasmik khatam quran_jqaf 2
Modul tasmik khatam quran_jqaf 2Modul tasmik khatam quran_jqaf 2
Modul tasmik khatam quran_jqaf 2
 
Hadis mentaati pemimpin : tahun 5 SK
Hadis mentaati pemimpin : tahun 5 SKHadis mentaati pemimpin : tahun 5 SK
Hadis mentaati pemimpin : tahun 5 SK
 
Proses pengurusan-kokurikulum-sekolah-pdf
Proses pengurusan-kokurikulum-sekolah-pdfProses pengurusan-kokurikulum-sekolah-pdf
Proses pengurusan-kokurikulum-sekolah-pdf
 
Tayammum
TayammumTayammum
Tayammum
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
 
72699095 assignment-tarannum
72699095 assignment-tarannum72699095 assignment-tarannum
72699095 assignment-tarannum
 
Kepentingan hijrah
Kepentingan hijrahKepentingan hijrah
Kepentingan hijrah
 
Lailatul qadr
Lailatul qadrLailatul qadr
Lailatul qadr
 
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanPandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
 
AKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
AKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAHAKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
AKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
 
IMAM AHMAD BIN HANBAL
IMAM AHMAD BIN HANBALIMAM AHMAD BIN HANBAL
IMAM AHMAD BIN HANBAL
 
Mad asli
Mad asliMad asli
Mad asli
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan
 
Komunikasi guru
Komunikasi guruKomunikasi guru
Komunikasi guru
 
Pengenalan Masyarakat Sikh
Pengenalan Masyarakat Sikh Pengenalan Masyarakat Sikh
Pengenalan Masyarakat Sikh
 
Konsep umum sumber pengajaran
Konsep umum sumber pengajaranKonsep umum sumber pengajaran
Konsep umum sumber pengajaran
 
Kertas kerja sambutan maal hijrah
Kertas kerja sambutan maal hijrahKertas kerja sambutan maal hijrah
Kertas kerja sambutan maal hijrah
 
Pengaruh hindu dalam adat istiadat melayu
Pengaruh hindu dalam adat istiadat melayuPengaruh hindu dalam adat istiadat melayu
Pengaruh hindu dalam adat istiadat melayu
 
Contoh rph al quran
Contoh rph al quranContoh rph al quran
Contoh rph al quran
 

Viewers also liked

budaya dan masyarakatTopic 1 (1)
budaya dan masyarakatTopic 1 (1) budaya dan masyarakatTopic 1 (1)
budaya dan masyarakatTopic 1 (1) Syarifah Nursolleha
 
Hubungan manusia dan kebudayaan
Hubungan manusia dan kebudayaanHubungan manusia dan kebudayaan
Hubungan manusia dan kebudayaanifanefendi
 
Bab 2 manusia dan kebudayaan
Bab 2 manusia dan kebudayaanBab 2 manusia dan kebudayaan
Bab 2 manusia dan kebudayaanSetyo Bayyu
 
ILMU BUDAYA - Budaya, Komunikasi & Media
ILMU BUDAYA - Budaya, Komunikasi & MediaILMU BUDAYA - Budaya, Komunikasi & Media
ILMU BUDAYA - Budaya, Komunikasi & MediaDiana Amelia Bagti
 
Budaya popular
Budaya popularBudaya popular
Budaya popularNik Shah
 
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)Ashikin Azeman
 
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)Aliff Mansor
 

Viewers also liked (11)

budaya dan masyarakatTopic 1 (1)
budaya dan masyarakatTopic 1 (1) budaya dan masyarakatTopic 1 (1)
budaya dan masyarakatTopic 1 (1)
 
Ibd 11
Ibd 11Ibd 11
Ibd 11
 
EBOOK SOSIOLOG
EBOOK SOSIOLOGEBOOK SOSIOLOG
EBOOK SOSIOLOG
 
Hubungan manusia dan kebudayaan
Hubungan manusia dan kebudayaanHubungan manusia dan kebudayaan
Hubungan manusia dan kebudayaan
 
Bab 2 manusia dan kebudayaan
Bab 2 manusia dan kebudayaanBab 2 manusia dan kebudayaan
Bab 2 manusia dan kebudayaan
 
ILMU BUDAYA - Budaya, Komunikasi & Media
ILMU BUDAYA - Budaya, Komunikasi & MediaILMU BUDAYA - Budaya, Komunikasi & Media
ILMU BUDAYA - Budaya, Komunikasi & Media
 
Social categories
Social categoriesSocial categories
Social categories
 
Budaya popular
Budaya popularBudaya popular
Budaya popular
 
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
 
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
 
1.manusia, masyarakat dan budaya
1.manusia,  masyarakat dan budaya1.manusia,  masyarakat dan budaya
1.manusia, masyarakat dan budaya
 

Similar to Assingment man, masyarakat dan budaya

Topik 1 Blom siap.pptx
Topik 1 Blom siap.pptxTopik 1 Blom siap.pptx
Topik 1 Blom siap.pptxAlHadmie1
 
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan MelayuMasyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan MelayuRasit Masrii
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya noraidahyaakub1
 
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013Wanie Sabrie Ws
 
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1share with me
 
Budaya dan kepelbagaian kelompok
Budaya dan kepelbagaian kelompokBudaya dan kepelbagaian kelompok
Budaya dan kepelbagaian kelompokshamsiahmn
 
MPU Tamadun Islam dan Tamadun Asia Kertas Kerja
MPU Tamadun Islam dan Tamadun Asia Kertas KerjaMPU Tamadun Islam dan Tamadun Asia Kertas Kerja
MPU Tamadun Islam dan Tamadun Asia Kertas KerjaJoe Yi Lim
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysiaAQILAHARIF
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysiaIrsyad Izaki
 
T1 pengertian etnik_budaya_bangsa
T1 pengertian etnik_budaya_bangsaT1 pengertian etnik_budaya_bangsa
T1 pengertian etnik_budaya_bangsaRosmahiza Ramli
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukBie Judith
 
Kuliah 1 & 2
Kuliah 1 & 2Kuliah 1 & 2
Kuliah 1 & 2Hailziz
 
HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIK
HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIKHUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIK
HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIKaienaanaina
 

Similar to Assingment man, masyarakat dan budaya (20)

Ctu 553
Ctu 553Ctu 553
Ctu 553
 
Topik 1 Blom siap.pptx
Topik 1 Blom siap.pptxTopik 1 Blom siap.pptx
Topik 1 Blom siap.pptx
 
P
PP
P
 
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan MelayuMasyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya
 
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
 
Assignment
AssignmentAssignment
Assignment
 
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
 
Hubungan etnik 1
Hubungan etnik 1Hubungan etnik 1
Hubungan etnik 1
 
Konsep asas hubungan etnik
Konsep asas hubungan etnikKonsep asas hubungan etnik
Konsep asas hubungan etnik
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Budaya dan kepelbagaian kelompok
Budaya dan kepelbagaian kelompokBudaya dan kepelbagaian kelompok
Budaya dan kepelbagaian kelompok
 
MPU Tamadun Islam dan Tamadun Asia Kertas Kerja
MPU Tamadun Islam dan Tamadun Asia Kertas KerjaMPU Tamadun Islam dan Tamadun Asia Kertas Kerja
MPU Tamadun Islam dan Tamadun Asia Kertas Kerja
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
T1 pengertian etnik_budaya_bangsa
T1 pengertian etnik_budaya_bangsaT1 pengertian etnik_budaya_bangsa
T1 pengertian etnik_budaya_bangsa
 
Kuliah 1 & 2
Kuliah 1 & 2Kuliah 1 & 2
Kuliah 1 & 2
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmuk
 
Kuliah 1 & 2
Kuliah 1 & 2Kuliah 1 & 2
Kuliah 1 & 2
 
HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIK
HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIKHUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIK
HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIK
 

Recently uploaded

MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 

Recently uploaded (11)

MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 

Assingment man, masyarakat dan budaya

  • 1. FACULTY OF ISLAMIC STUDIES (ISLAMIC MANAGEMENT) ABXM1103 MANUSIA, MASYARAKAT DAN BUDAYA Konsep Masyarakat, kebudayaan dan kemiskinan, elelmen-elemen kebudayaan dan masyarakat menyumbang kepada kemiskinan. Name : Nor Hashyla Binti Abd. Hamid Matric number : 810526086086001 NRIC : 810526-08-6086 Telephone number : 019-5553637 E-mail address :shylahamid@gmail.com Tutor’s name: RAMANITARAM A/L S.KASI Learning Centre: Greenhill Learning Center May 2014 Semester
  • 2. Isi Kandungan 1.0 Pengenalan 3 2.0 Konsep masyarakat, kebudayaan dan kemiskinan. 2.1 Konsep masyarakat 4 2.2 Konsep budaya 5 2.3 Konsep Kemiskinan 6 3.0 Elemen-elemen kebudayaan yang menyumbang kepada kemiskinan:- 3.1 Mempunyai kepercayaan yang kuat kepada adat dan tradisi 7 3.2 Keselesaan gaya hidup dan tempat tinggal yang diperturunkan sejak zaman berzaman 7 3.2 Tidak berfikiran terbuka 8 3.4 Kebergantungan kepada hasil semulajadi sekeliling 9 4.0 Faktor Masyarakat (sistem sosial) menyumbang kepada kemiskinan 4.1 Terdapat perbezaan sosial kehidupan masyarakat bandar dengan Orang Asli. 10 4.2 Hubungan Etnik 10 4.3 Faktor politik dan dasar pemerintahan mempengaruhi kemiskinan 11 5.0 Kesimpulan 12 6.0 Rujukan 14
  • 3. 1.0 Pengenalan Kemiskinan merupakan satu keadaan kehidupan yang serba kekurangan. Ianya akan memberikan kesan kepada kesejateraan hidup. Walaupun kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha untuk membasmi kemiskinan tetapi masih terdapat komuniti tertentu yang masih lagi berdepan dengan masalah tersebut terutamanya mereka yang terpinggir dari arus kemodenan.. Fenomena sosial ini boleh dilihat dengan jelas dalam kelompok masyarakat Orang Asli yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Walaupun masyarakat peribumi ini hanyalah golongan kaum yang minoriti bagi keseluruhan penduduk di Semenanjung Malaysia, tetapi masalah kemunduran dan kemiskinan yang dihadapai oleh masyarakat Orang Asli di Malaysia tetap menjadi cabaran utama bagi pihak kerajaan menanganinya kerana ianya turut menyumbang kepada data kemiskinan negara secara umumnya. Mengikut sumber dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) 2012, seramai 141,230 orang penduduk yang terdiri daripada Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Orang Asli telah didefinisikan sebagai seseorang individu yang ayahnya adalah dari kelompok etnik Orang Asli, percakapannya menggunakan bahasa orang asli serta mengamalakan cara hidup, kepercayaan dan adat resam Orang Asli dalam kehidupan sehariannya. Juga dikira sebagai Orang Asli jika seorang itu lahir dari kaum yang lain, tetapi menjadi anak angkat Orang Asli serta berbahasa dengan bahasa Orang Asli dan biasanya mengamalkan cara hidup Orang Asli. (Seow Ta Wee et. al., 2013) Walaupun kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha untuk membasmi kemiskinan tetapi masih terdapat komuniti tertentu yang masih lagi berdepan dengan masalah tersebut terutamanya mereka yang terpinggir dariarus kemodenan. Contoh yang palis jelas dilihat ialah masyarakat Orang Asli. Sehingga ke hari ini, mereka masih lagi kekal mengamalkan adat resam dan budaya serta kepercayaan seperti yang telah diamalkan oleh nenek moyang mereka sejak turun temurun. Adat dan budaya tersebut adalah penting bagi kerana ianya menjadi pelengkap kehidupan seharian. Mereka merasakan segala yang diperolehi dan dinikmati adalah memadai dan boleh menampung 3
  • 4. kehidupan keluarga mereka. Dan kemiskinan hidup yang mereka lalui hanyalah dilihat pada kaca mata masyarakat bandar sahaja tetapi tidak miskin bagi mereka. Namun begitu, komuniti Orang Asli tidaklah dibiarkan terus terpinggir dan di belenggu kemiskinan. Para pengkaji telah mengkaji dan meneliti pelbagai aspek permasalahan bagi kaum ini termasuklah faktor-faktor wujudnya kemiskinan, strategi untuk membasmi kemiskinan dan keberkesanan program yang telah dijalankan (Rohayu Roddin & Noor Sharipah (2013). Dengan penubuhan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) telah membela nasib kaum minoriti ini. Bermatlamatkan melaksanakan pendekatan pembangunan secara menyeluruh termasuk pembangunan sosioekonomi, pendidikan, kesihatan dan pembangunan modal insan secara terancang. Ini bermakna segala perihal dan masalah yang berkaitan dengan Orang Asli dan kehidupan mereka adalah dibawah tanggungjawab JHEOA. (JHEOA, t.t) Oleh itu, di dalam tugasan ini akan diterangkan tentang konsep masyarakat, kebudayaan dan kemiskinan. Di samping itu, akan dihuraikan tentang elemen kebudayaan yang menyumbang kepada kemiskinan. Akhir sekali akan di huraikan tentang bagaimana masyarakat (sistem sosial ) menyumbang kepada kemiskinan. Dengan menyiapkan tugasan ini, diharap dapat difahami tentang hubungan individu dengan masyarakat beserta amalan-amalan kebudayaannya dalam kehidupan sosialnya, serta dapat memahami sejauhmana sistem sosial seperti kebudayaan, kepercayaan, adat dan norma kehidupan boleh mempengaruhi tingkah laku serta hidup manusia. 1.0 Konsep masyarakat, kebudayaan dan kemiskinan. 2.1 Konsep masyarakat Masyarakat merupakan kata nama yang bersinonim dengan kelompok manusia, kaum, komuniti dan sebagainya. Ianya ditakrifkan sebagai sekumpulan orang yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan cara-cara dan peraturan-peraturan tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua, t.t) Perkataan masyarakat juga adalah istilah kepada komuniti manusia yang tinggal bersama-sama yang juga merupakan jaringan individu. Masyarakat telah menjadi subjek utama dalam 4
  • 5. pengkajian sains sosial. Kestabilan hidup adalah penting bagi sesebuah masyarakat (Wikipedia Bebas t.t) . Terdiri daripda individu dan keluarga yang membentuk kumpulan dan mempunyai hubungan bersemuka sesama mereka. Saling lengkap melengkapi, tolong menolong dan bekerjasama di antara satu sama lain adalah nilai-nilai murni yang wujud dalam sesebuah masyarakat. Ia merupakan asas penting bagi mencapai keadilan dalam sesebuah masyarakat Setiap masyarakat mempunyai budayanya yang tersendiri yang terbentuk dari hubungan rapat sesama anggotanya bermula dari masyarakat itu wujud. 2.2 Konsep budaya Di antara keunikan manusia ialah mempunyai budaya di dalam setiap kumpulan hidupan kerana budaya merupakan satu elemen penting yang dapat memberi perbezaan di antara manusia dengan makhluk lain. Budaya menurut kamus dewan edisi keempat ialah tamadun, peradaban atau kemajuan fikiran dan akal budi iaitu cara berfikir atau berkelakuan. Ianya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan juga termasuk dengan amalan atau kebiasaan kepercayaan, istiadat, dan undang-undang. Kebudayaan pula didefinisikan sebagai usaha atau daya mencipta ataupun daya berfikir dalam pelbagai bidang hidup manusia.(Kamus Pelajar Edisi kedua, t.t) Konsep budaya sangant luas dan sukar untuk diterjemahkan. Ini kerana berlaku kekeliruan di kalangan pengkaji apabila terdapat perbezaan disiplin dan perspektif budaya di dalam kajian- kajian yang mereka lakukan. Menurut Mohd Anuar Ramli (t.t), Ralph Linton telah mentakrifkan kebudayaan dengan maksud tamadun, peradaban atau kemajuan fikiran. Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Mohd Anuar Ramli (t.t), beliau berpendapat bahawa kebudayaan merujuk kepada keseluruhan tatacara hidup keseluruhan manusia yang terhasil daripada peranan akal yang digunakan untuk berinteraksi dengan alam sekeliling dalam usaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing. Ini bermakna akal yang membentuk kebudayaan di kalangan manusia bagi memenuhi kehendak dan keperluan kehidupan seperti manusia menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah 5
  • 6. pencarian makanan untuk meneruskan kehidupan, untuk membentuk aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran seperti kesenian, barangan, tarian dan sebagainya. Di dalam budaya terdapat ciri-cirinya tersendiri seperti budaya tersebut mesti boleh dipelajari, boleh dikongsi, diwarisi, dan bersifat sejagat. Contohnya seperti tarian kebudayaan bagi masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Setiap satunya mempunyai cara dan tradisi tersendiri. 2.3 Konsep Kemiskinan Kemiskinan pula didefinisikan sebagai perihal miskin iaitu tidak berharta benda atau serba kekurangan (dalam keperluan hidup). Menurut Anad (1993), dalam memberikan definisi kemiskinan tedapat masalah padanya kerana konsep kemiskinan adalah berbeza di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan di antara satu budaya dngan satu budaya yang lain. Ini bermakna kosep kemiskinan perlu dilihat pada cara hidup seseorang, norma-norma sosial dan budayanya, prinsip dan falsafah hidup di samping tingkat pendapatan mereka. Menurut Samir Muhazab Amin & Sara Shakila(2012), Todaro (1997) telah mengatakan bahawa kemiskinan melibatkan dua aspek yang utama iaitu pertamanya aspek ekonomi dan yang kedua pula dari aspek sosial. Ini bermakna apabila sosial tidak seimbang akan membawa kepada berlakunya kepincangan ekonomi dan kepincangan ekonomi juga menyumbang kepada kewujudan ketidakseimbangan sosial. Kedua-duanya saling berkait rapat. Juga terdapat pelbagai definisi tentang konsep kemiskinan namun ianya tidak dapat lari dengan konsep yang berdasarkan keperluan atau kehendak yang tidak dapat dipenuhi. Secara umumnya kemiskinan adalah disebabkan oleh lingkungan sosial budaya yang menyebabkan adat kebiasaan masyarakat yang tidak produktif, terbatas pekerjaan dan amalah seharian, kehidupan yang sangat terpencil serta dikawal oleh adat dan tradisi di dalam sesebuah masyarakat. 2.0 Elemen-elemen kebudayaan yang menyumbang kepada kemiskinan Budaya dan masyarakat tidak boleh dipisahkan. Kebudayaan tidak akan wujud sekiranya tidak ada masyarakat kerana anggota masyarakat yang mencipta, membentuk, mengelola dan 6
  • 7. menjalankan kebudayaan. Berikut adalah elemen-elemen kebudayaan yang menyumbang kepada kemiskinan terutamanya di kalangan Orang Asli di Malaysia:- 3.1 Mempunyai kepercayaan yang kuat kepada adat dan tradisi. Masih terdapat Orang Asli yang berpegang kuat pada adat tradisi dan amalannya. Contoh yang dapat dilihat pada suku kaum Orang Asli berbangsa Jakun yang berasal dari Yunan (Selatan China). Bangsa Jakun ialah orang ulu yang merupakan suku kaum Melayu Asli atau lebih dikenali sebagai Melayu Proto. Kebanyakan mereka tinggal di Selatan Semenanjung. Mereka adalah di antara masyarakat Orang Asli yang kehidupannya dipengaruhi alam sekitar dan telah sebati di dalam jiwa mereka. Mereka lebih selesa untuk tinggal di gunung-gunung, bukit, lembah sungai, gua dan sebagainya. Kepercayaan yang dipegang ialah jika ada di kalangan mereka yang melanggar pantang larang, kampung mereka akan dilanda bencana (Permata, 2009). Oleh itu, sekiranya mereka melanggar atau menghapuskan amalan dan tradisi yang diamalkan oleh nenek moyang mereka, sudah pasti mereka percaya bahawa mereka akan menerima akibatnya. Walaupun pihak kerajaan telah banyak berusaha untuk meningkatkan pendapatan bagi membangunkan kehidupan mereka. Kerajaan telah menyediakan peruntukan dana untuk menjalankan pelbagai program demi meningkatkan taraf hidup mereka sejajar dengan pembangunan negara. Namun, masih terdapat jurang kemiskinan di kalangan mereka. terdapat sejumlah daripada mereka yang masih tidak mahu meninggalkan tradisi yang diamalkan sejak turun temurun itu. 3.2 Keselesaan gaya hidup dan tempat tinggal yang diperturunkan sejak zaman berzaman Bagi masyarakat orang asli, kebanyakan daripada mereka amat selesa untuk menjalankan aktiviti seharian mengikut tradisi yang telah diperturunkan daripada nenek moyang mereka dari dahulu lagi. Terdapat suku kaum Orang Asli yang menjalankan aktiviti memburu dan memungut hasil hutan sahaja dan ada juga suku kaum yang menjadi nelayan dan memungut hasil laut bagi melangsungkan kehidupan mereka. Mereka tidak mempunyai inisiatif lain untuk mengembangkan serta meningkatkan taraf hidup mereka kerana rasa selesa dengan gaya hidup sedemikian walaupun pada hakikatnya mereka 7
  • 8. hidup diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Misalnya kaum Negrito. Kaum ini masih menjalankan cara hidup nomad. Mereka tidak tahu bercucuk tanam, tidak mempunyai rumah yang tetap dan berpindah randah. Rumah sementara yang dibina hanyalah diperbuat daripada bahan hutan yang mudah didapati di sekitar mereka seperti daun nipah, buluh dan dahan-dahan kayu. Kebanyakan daripada mereka menjalankan aktiviti berburu dan memungut hasil hutan bagi meneruskan kelangsungan hidup seperti menagkap ikat di sungai, mencari buah-buahan, akar-akar kayu serta pucuk yang boleh dimakan. Mengikut bancian JHOEA, sejumlah 4001 atau 2.7% daripada keseluruhan Orang Asli terdiri daripada kaum Negrito (Mohd Fauzi Harun, 2006) 3.3 Tidak berfikiran terbuka Skop pemikiran yang sempit juga merupakan faktor penting yang boleh menyumbang kepada kemiskinan di kalangan mereka. Mereka beranggapan bahawa pelajaran kurang penting kerana apa yang lebih penting bagi mereka ialah mewarisi segala yang mereka perolehi sejak dahulu lagi seperti pemilikan tanah tempat tinggal, adat resam serta tradisi dan sebagainya. Bagi mereka, jika semua mempunyai pendidikan, corak dan gaya hidup akan mengubah segala warisan budaya mereka. Orang Asli yang merasa selesa hidup di hutan menganggap pembangunan boleh mengganggu kehidupan sosial mereka seterusnya memusnahkan budaya tradisional masyarakat setampat. Bukan itu sahaja, malah mereka turut risau akan berlaku kerosakkan alam yang boleh mengugat salah satu daripada identiti mereka sebagai Orang Asli (Mohd Nur Syufaat & Seow Ta Wee, 2013). Suku kaum Orang Asli Batek umpamanya telah menganggap kedatangan pelancong telah mengganggu hak peribadi individu atau kaum tersebut seperti upacara ritual berkaitan kematian yang dijalankan olah mereka terganaggu akibat dari kehadiran pemandu pelancong yang ingin mengetahuinya sebagai cara mengumpul maklumat. Yang sebenarnya mereka tidak mahu memberi tahu perkara yang sebenarnya kerana tidak mahu diganggu kesucian tanah perkuburan mereka kerana boleh menimbulkan kesedihan ahli keluarga serta roh si mati. Kerana itulah 8
  • 9. mereka telah disalah anggap sebagai masyarakat yang tidak mahu bercampur dan bergaul dengan orang luar (Zanisah Man, et.al, 2009). Jadi, jelaslah di sini bahawa walaupun kebanyakan orang asli boleh menerima perubahan yang dibuat oleh kerajaan, termasuklah meningkatkan tahap pendidikan. Tetapi masih terdapat segelintir daripada mereka yang enggan menerimanya kerana skop pemikiran mereka lebih tertumpu kepada kemusnahan amalan, dan tradisi yang diwarisi sejak turun temurun lagi. Dengan itu, masih terdapat masyarakat Orang Asli yang hidup dalam kemiskinan hanya kerana tidak berfikiran terbuka. 3.4 Kebergantungan kepada hasil semulajadi sekeliling. Walaupun kadar kemiskinan di Malaysia berjaya dikurangkan, namun kerajaan mengakui masih wujud masyarakat yang dibelengu kemiskinan terutamanya di kawasan-kawasan perdalaman Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak termasuklah di penempatan Orang Asli. Kehidupan masyarakat Orang Asli kebanyakannya di perdalaman dan jauh dari bandar. Budaya yang telah dibentuk sejak turun temurun telah menjadi kebiasaan untuk diamalkan sehingga ke hari ini. Terutamanya menjadikan hutan sebagai sumber ekonomi, habitat atau tempat tinggal serta memperoleh makanan. Contohnya dapat dilihat melalui masyarakat Orang Asli Temuan yang terdapat di Bukit Lagong. Kehidupan yang terdiri daripada 17 buah keluarga itu bergantung sepenuhnya kepada sumber hasil hutan. Aktiviti ekonomi dan amalan cara hidup yang menjadi kebiasaan dijalankan oleh mereka ialah berbentuk tradisional dan sara hidup (primatif). Suasana kehidupan mereka masih lagi kurang membangun jika dibandingkan dengan masyarakat luar. (Er Ah Choy, et. al, 2010) Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa amalan budaya dalam kehidupan masyarakat orang Asli yang bergantung hidup dengan hanya dengan sumber hasil semulajadi sekeliling seperti hutan ataupun laut seperti kaum Orang Asli Kuala yang banyak terdapat di selatan Johor menyebabkan kehidupan mereka masih lagi dikira miskin. 9
  • 10. 4.0 Faktor Masyarakat (sistem sosial) menyumbang kepada kemiskinan 4.1 Terdapat perbezaan sosial kehidupan masyarakat bandar dengan Orang Asli. Malaysia terkenal sebagai negara yang mempunyai keunikan pelbagai bangsa, kaum dan etnik. Kepelbagaian kaum dan etnik telah mewujudkan kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam sama ada di bandar mahupun di luar bandar. Bagi masyarakat Orang Asli, mereka banyak ketinggalan dalam arus kemodenan kerana masih mahu mengekal budaya dan gaya hidup mereka seperti masih tinggal di dalam hutan yang berada di perdalaman dan tidak mempunyai kemudahan-kemudahan asas yang sempurna walaupun dibekalkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Menurut Johari Talib dan Nazri Husin (2007), kajian yang dijalankan mendapati lokasi dan persekitaran tempat tinggal serta rendah taraf ekonomi menjadi penyebab kepada komuniti Orang Asli kebanyakannya tidak berminat dengan persekolahan. Segala kemudahan asas dan prasarana yang disediakan oleh pihak berwajib dalam menyediakan sekolah masih lagi dilihat serba kekurangan dan tidak lengkap berbanding dengan sekolah-sekolah di bandar. Kehambaran penyediaan tempat belajar menyebabkan anak-anak Orang Asli tidak berminat untuk ke sekolah yang menyebabkan ramai di kalangan mereka keciciran dalam memperoleh ilmu dan maklumat. Mereka lebih tertarik dengan keadaan semasa dan alam semulajadi di sekeliling mereka sahaja. Justeru mereka sukar membuat perubahan untuk memiliki ilmu pengetahuan yang lebih luas sekaligus meletakkan mereka dalam kalangan orang yang rendah pelajarannya dan cetek pemikiran yang menampakkan perbezaan yang ketara terhadap perbezaan sosial masyarakat di bandar dengan mereka yang berada di luar bandar. 4.2 Hubungan Etnik Masih berlakunya kemiskinan yang boleh difokuskan kepada masyarakat Orang Asli di atas faktor sistem sosial ialah apabila masyarakat luar terutamanya di bandar yang mengkelaskan masyarakat Orang Asli sebagai masyarakat yang miskin kerana mereka adalah golongan minoriti yang masih terdapat di Malaysia. 10
  • 11. Ini boleh berlaku apabila terdapat perbezaan dari segi fizikal, ekonomi, budaya dan tingkah laku kelompok minoriti ini dengan kelompok majoriti. Secara mata kasarnya masyarakat dapat melihat menerusi persekitaran tempat tinggal dan aktiviti mereka yang hanya berlegar-legar di sekitar hutan sahaja. Namun masyarakat luar boleh melihat dengan lebih jelas lagi menerusi penglibatan Orang Asli dalam program pembangunan termasuklah program pendidikan, penempatan, penyediaan kemudahan asas, dan sebagainya. Usaha kerajaan dilihat releven untuk golongan ini. Menurut (Mohd Nur Syufaat dan Seow Ta Wee, 2013) lagi, sebagai usaha, kerajaan telah membangunkan kawasan mereka sebagai salah satu daya tarikan pelancong kerana keunikkan budayanya dilihat dapat memberi peluang kepada mereka untuk menambah pendapatan serta meningkatkan taraf ekonomi mekera. Namun penglibatan mereka hanyalah berskala kecil kerana tidak mampu berhubung dan berinteraksi dengan pelancong. Di atas faktor-faktor inilah masyarakat di arus perdana telah meletakkan komuniti Orang Asli adalah golongan yang masih miskin dan mereka terus menjadi terpinggir dari masyarakat bandar. Ini menunjukkan bahawa kewujudan perhubungan antara etnik sangat berkurangan di antara masyarakat bandar dengan masyarakat Orang Asli kerana masyarakat di bandar tidak mampu untuk memahami struktur sosial Orang Asli termasuklah kebudayaan mereka. 4.3 Faktor politik dan dasar pemerintahan mempengaruhi kemiskinan. Selain dari itu, politik dan pemerintahan juga turut memberi sumbangan kepada kemiskinan. Bilangan Orang Asli yang terdapat di Malaysia adalah kecil. Oleh itu, kekdudukan dan kepentingan mereka di dalam politik negara sangat mudah di pinggirkan. Mereka tidak dapat menyertai secara aktif kerana tidak mempunyai organisasi politik serta kurang perwakilan di peringkat Kerajaan Negeri mahupun di peringkat Kerajaan Persekutuan. Ia menunjukkan bahawa kaum minoriti ini telah tercicir jauh ke belakang dalam arena politik berbanding masyarakat lain. Dasar pemerintahan juga kurang menyumbang kepada kemajuan terhadap masyarakat Orang Asli menyebabkan ada di antara mereka lagi yang menghadapi kemiskinan. Dalam membina masyarakat yang kompleks, pendidikan memainkan peranan yang penting bagi membantu 11
  • 12. mempercepatkan proses kemajuan Orang Asli ke dalam masyarakat beraliran perdana. Kerajaan yang juga selaku organisasi politik sebenarnya tidak beupaya memahami kedudukan dan kaitan masyarakat peribumi ini dengan kawasan yang diduduki mereka. Perkaitan di antara keduanya sangat rapat. Mana mungkin mereka mahu meninggalkan kediaman mereka yang asal untuk ke rumah baru jika tidak masuk dengan kesesuaian diri mereka. Menurut Laily Paim dan Syarifah Azizah Harun (2010), terdapat juga kepentingan birokrasi dan politik merupakan kesan dari campur tangan kerajaan yang bercanggah dan tidak konsisten dalam usaha melakukan perubahan yang lebih baik bagi masyarakat Orang Asli ini. Oleh yang demikian, jelaslah di sini bahawa politik dan dasar pemerintahan yang masih lagi terdapat kelemahan yang telah menjadi faktor yang mempengaruhi kemiskinan masyarakat Orang Asli. Agenda perlaksanaan pembangunan perlu diperkemaskan supaya dapat meningkatkan taraf kehidupan Orang Asli agar mereka tidak lagi hidup di dalam kemiskinan. 5.0 Kesimpulan Budaya terhasil dari perlakuan anggota-anggota dalam masyarakat dengan didorong oleh pelbagai aspek lain seperti norma, peraturan, nilai, adat resam, kepercayaan serta peraturan dan sebagainya ianya merupakan satu proses yang kompleks untuk memahami perhubungan dan interaksi individu dalam sesuatu masyarakat. Beberapa elemen kebudayaan telah dapat dilihat dalam masyarakat Orang asli yang menjadi penyebab kepada kemiskinan yang mereka alami. Dimana mereka yang berpegang kepada kepercayaan yang kuat terhadap amalan adat dan tradisi mereka. Di samping itu juga, mereka berasa selesa dengan gaya hidup dan keadaan persekitaran yang telah mereka warisi sejak zaman berzaman. Selain dari itu, di antara elemen yang menyumbang kepada kemiskinan yang dialami mereka ialah kerana tahap pemikiran yang terbatas dan tidak terbuka kerana kesebatian budaya yang menjadi amalan mereka. termasuklah kebergantungan hidup hanya kepada hasil semulajadi sekeliling semata-mata. 12
  • 13. Di samping itu, masyarakat juga menjadi penyumbang yang besar kepada kemiskinan Orang Asli. Ini dapat dilihat menerusi perbezaan sosial di antara penduduk di bandar dengan penduduk di luar bandar seperti di perkampungan Orang Asli. Hubungan etnik yang agak jauh di antara penduduk bandar dengan mereka juga menjadi faktor kemiskinan kepada komuniti ini. Dan akhir sekali, politik dan dasar pemerintahan juga memberikan kesan yang menyebabkan kemiskinan masyarakat Orang Asli di Malaysia. Justeru, dapatlah difahami bahawa budaya dan masyarakat tidak dapat dipisahkan. Manusia yang hidup di dalam masyarakat akan membentuk budaya itu sendiri. Perkembangan budaya juga akan mengikut perkembangan masyarakat. Dan terdapat perbezaan budaya di antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Penerimaan perubahan dalam sosiobudaya sebuah masyarakat amat penting demi memajukan diri, masyarakat dan negara selaras dengan arus pembangunan dan kemodenan yang sedang di alami dunia. Ini kerana sifat budaya akan berubah dari semasa ke semasa mengikut peredaran zaman. (2958 patah perkataan) 13
  • 14. 6.0 Rujukan Amin & Sara Shakila(2012), Todaro (1997) Pembasmian Kemiskinan di Malaysia. Akedemika 82(1), 81-89. Retrieved: Jun 28, 2014, from http://www.ukm.my/penerbit/akademika/ACROBATAKADEMIKA82-1/Akademika82(1) Er Ah Choy, et. al, 2010), Sosioekonomi Masyarakat Orang Asli: Kajian Kes di Hutan Simpan Bukit Lagong,Selangor, Malaysia. Jurnal Melayu 5, 295-31. Retrieved: Jun 22, 2014, from http://journalarticle.ukm.my/3034/ Kamus Pelajar Edisi Kedua, (t.t) Kamus Online. Retrieved: Jun 19, 2014, from http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=masyarakat JHEOA, (t.t). Retrieved: Jun 30, 2014 from (http://www.jakoa.gov.my/en/pengenalan- jakoa;jsessionid=F98E3A3640DAE104662A2B78584A133B Johari Talib dan Nazri Husin (2007), Bagaimana kanak-kanak OrangAsli gagal disekolah?. Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 8, 51-76. Retrieved: Julai 1, 2014, from http://journalarticle.ukm.my/1142 Laily Paim dan Syarifah Azizah Harun (2010), Kemiskinan di Malaysia: Isu Fundamental & Paparan Realiti. Serdang, Malaysia. Universiti Putra Malaysia. Mohd Anuar Ramli (t.t), Kuliah 1 : Konsep budaya. Retrieved: Jun 28, 2014, from https://www.academia.edu/1736613/KULIAH_1_KONSEP_BUDAYA Mohd Fauzi Harun, 2006) Kemiskinan Bandar : Kajian Kes Masyarakat OrangAsli di Perak. Retrieved: Jun 28, 2014, from http://eprints.uitm.edu.my/4698 Mohd Nur Syufaat & Seow Ta Wee, (5-6 Mac 2013). Kelestarian transformasi pembangunan sosioekonomi Orang Asli. Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar kali ke-4. UPSI. Retrieved: Julai 1, 2014, from http://eprints.uthm.edu.my/3993/1/KELESTARIAN_TRANSFORMASI_PEMBANGUN AN_SOSIOEKONOMI.pdf 14
  • 15. Permata, (2009). Portal Permata orang asli. Retrieved: Julai 1, 2014, from http://permataorangasli.blogspot.com Rohayu Roddin & Noor Sharipah (4-6 Jun 2013) Pembinaan keupayaan dalam pelancongan Orang Asli: Satu kajian kes dalam Komuniti Mah Meri. In: Proceeding of the International Conference on Social Science Research 2013. Pulau Pinang, Malaysia. Unpublished. Retrieved: Jualai 1, 2014, from http://eprints.uthm.edu.my/3985 Seow Ta Wee et. al., (5-6 Mac 2013), Pembangunan sosioekonomi Komuniti orang asli di Malaysia. Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar kali ke-4. UPSI. Retrieved: Julai 1, 2014, from http://eprints.uthm.edu.my/3997 Wikipedia Bebas, ( t.t). Retrieved: Jun 22, 2014, from http://ms.wikipedia.org/wiki/Masyarakat Zanisah Man, et.al, 2009). Kesan ekonomi Perlancongan terhadap komuniti Batek di Kuala Tahan, Pahang. Jurnal e-Bangi 4(1), 1-12. Retrieved: Julai 3, 2014, from, http://journalarticle.ukm.my/1589 15