Dokumen tersebut memberikan panduan mengenai penentuan anggaran kos untuk pembangunan produk multimedia, termasuk tiga jenis kos (buruh, peralatan, overhead), cara mengira kos buruh dan peralatan, serta contoh pengiraan anggaran kos untuk beberapa soalan peperiksaan.
3. Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:
a) Mengenalpasti tiga jenis kos dalam pembangunan
produk multimedia dengan betul.
b) Menghasilkan jadual proses kerja yang mengandungi
bilangan hari bekerja bagi pasukan produksi
mengikut fasa pembangunan dengan betul.
c) Membuat pengiraan anggaran kos yang diperlukan
untuk pembangunan produk multimedia dengan
betul.
4. Anggaran Kos
Pengurus projek perlu membuat anggaran usaha dan
masa yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu
aktiviti.
Persoalan yang perlu dijawab:
1. Siapa yang terlibat?
2. Berapa lama masa yang diperlukan?
3. Berapa kos yang diperlukan?
Penting untuk menentukan harga jualan produk
multimedia.
5. Jenis Kos
1. Kos Buruh (Kos Usaha / Kos Upah)
2. Kos Peralatan
3. Kos Overhed(Kos-kos lain)
6. A) Kos Buruh
Kos upah yang perlu dibayar kepada pasukan produksi
yang terlibat.
Pengiraan berdasarkan kepada Kadar Upah dan
bilangan hari bekerja
Kadar upah berdasarkan pengalaman dan kemahiran.
Dirujuk daripada jadual Proses Awal Kerja dan jadual
garis panduan menentukan kos buruh.
11. B) Kos Peralatan
Pembayaran terhadap pembelian atau penyewaan
peralatan atau perisian.
Pembayaran berdasarkan kadar sewa, bilangan unit
dan bilangan hari di sewa.
Contoh peralatan:
a) Kamera digital
b) Kamera video
c) Komputer
d) Mesin pencetak
e) Mesin fotostat
f) Perisian
13. B) Kos Overhed
Pembayaran yang ditanggung selain daripada kos
buruh dan kos peralatan.
Contoh :
a) Kos perjalanan
b) Kos penginapan
c) Kos pengangkutan
d) Kos perubatan
e) Kos membuat salinan
f) Kos pembelian CD/ DVD
g) Kos utiliti (air, elektrik)
17. SPM 2007 (Bah C, Soalan 2)
Anda Berusaha untuk memenangi satu tawaran
yang bernilai RM 10 000.00 bagi menghasilkan
sebuah persembahan multimedia selama 10 minit.
Persembahan tersebut perlu disiapkan dalam
jangka masa sebulan.
Sediakan satu kertas cadangan yang merangkumi
proses kerja dan kos buruh yang terlibat.
18. 1. Proses Kerja / Proses Awal Kerja (5m)
Proses Kerja Pengurus
Projek
Jurukam
era
Penulis
Skrip
Pakar Isi
Kandungan
Analisis 3 3 2 -
Rekabentuk 3 2 3 3
Implementasi 13 10 3 13
Pengujian
dan Penilaian
3 - 2 3
Penmbungku
san dan
pengedaran
5 - - -
Jumlah Hari 27 15 10 19
1m
1m
1m
1m
1m (Menghasilkan jadual)
SPM 2007/ Bah C/ Soalan 2
19. 1. Kos Buruh (5m)
Pasukan
Multimedia
Kadar
(Bil Hari x Upah)
Jumlah
(RM)
Pengurus Projek 27 x RM 70 1890
Jurukamera 15 X RM 80 1200
Penulis Skrip 10 X RM 85 850
Pakar Isi
Kandungan
21 X RM 90 1790
Kos Buruh 5730
2m 1m
1m
SPM 2007/ Bah C/ Soalan 2
1m (Menghasilkan jadual)
20. SPM 2009 (Bah C, Soalan 2)
Syarikat anda telah ditawarkan kontrak untuk
membangunkan sebuah produk multimedia berbentuk
pembelajaran perisian kursus secara interaktif. Anda
diberikan maklumat berikut sebagai panduan:
a) Tajuk : Belajar Adobe Photoshop Secara Interaktif
b) Jenis Persembahan : Multimedia Interaktif
c) Sasaran : Pelajar MPV Produksi Multimedia
d) Media yang digunakan ; CD
e) Tempoh Projek : 6 minggu
Sebagai pengurus projek sediakan kertas cadangan
merangkumi proses kerja dan kos keseluruhan projek yang
tidak melebihi RM 10 000.00 untuk membangunkan
perisian tersebut.
21. SPM 2012 (Bah C, Soalan 2)
Anda telah diminta untuk menyediakan montaj iklan
produk kasut berjenama ‘Terompah’ oleh Syarikat Khaki
Sdn. Bhd. Dengan kos yang tidak melebihi RM 50
000.00. Jangka masa menyiapkan montaj iklan adalah
selama 30 hari.
Sebagai pengurus projek, anda dikehendaki;
a) Merancang kerja dengan melengkapkan jadual
proses kerja dalam pembikinan montaj.
b) Menyediakan anggaran:
Kos buruh, kos peralatan, kos sampingan, dan
jumlah kos projek tersebut.
24. Kesimpulan
Tiga jenis kos yang terlibat dalam menentukan
anggaran kos pembangunan produk multimedia ialah
Kos Buruh, Kos Peralatan dan Kos Overhed.
Kos Buruh = Kadar Upah X Bilangan Hari
Kos Peralatan = Kadar Sewa X Bil Unit X Bil Hari
Kos-Kos Lain = Kos selain daripada Kos Buruh dan Kos
Upah
Anggaran Kos Pembangunan Produk = Hasil Tambah
semua kos yang terlibat