SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
GURU SEBAGAI PEMBIMBING
Guru bukan sahaja memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dan
kemahiran mata pelajaran kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya dengan
berkesan, guru perlu memastikan bahawa pelajarnya membina kemahiran untuk menangani
masalah yang mungkin dihadapi dalam hidupnya. Sekiranya pelajar tidak tahu cara
menangani masalah emosi dan masalah peribadinya, maka hal ini akan menjejaskan
pembelajarannya. Justeru dia tidak dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah.
Oleh itu, guru tidak boleh mengelakkan peranan sebagai pembimbing kepada pelajar,
bukan sahaja dalam mata pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam menangani cabaran
dan masalah harian yang dihadapinya. Di bawah topik ini kita akan membincangkan
maksud, matlamat dan prinsip-prinsip bimbingan, kemahiran yang digunakan dalam
bimbingan, dan peranan guru dalam membimbing pelajar yang menghadapi masalah dalam
hidupnya. Kita juga akan melihat jenis-jenis bimbingan yang diberi oleh sekolah kepada
pelajar secara ringkas, serta cara guru dan murid dapat menggunakannya.
Sebelum kita teruskan, berhenti sebentar dan buat refleksi mengenai soalan
berikut.
Bagaimanakah anda telah membimbing pelajar anda untuk menangani masalah hariannya? Apakah
isu-isu kehidupan dan masalah emosi yang sering dihadapi oleh pelajar anda?
4.1 Matlamat dan Prinsip-prinsip Bimbingan
Sebelum kita melihat matlamat dan prinsip-prinsip bimbingan, mari kita teliti maksudnya
dahulu. Umumnya, bimbingan merujuk kepada proses membantu seseorang membina
kefahaman dan kemahiran untuk menangani isu dan cabaran hidup dengan berkesan.
Dalam proses ini, seseorang itu belajar untuk berubah dan membina sikap, nilai dan
kemahiran baru supaya dapat menangani situasi yang sukar dengan lebih baik. Kita perlu
faham bahawa bukan mudah untuk berubah; ia merupakan proses yang berterusan dan
sebagai guru kita perlu faham bahawa seseorang pelajar itu memerlukan masa untuk
berubah.
Oleh itu, walaupun bimbingan ialah satu cara untuk membantu pelajar, namun ini
tidak bermaksud bahawa guru atau kaunselor harus menyelesaikan masalah pelajar.
Sebaliknya, ini bermaksud guru haruslah mempunyai sikap mengambil berat dan mendengar
supaya pelajar dapat menerokai dan memahami situasi dan dirinya dengan lebih baik, lalu
membina kemahirannya sendiri untuk menangani masalahnya.
Matlamat utama bimbingan adalah untuk membantu pelajar:
 Membina potensinya supaya ia boleh menjadi seorang yang sihat dan seimbang,
dengan kebolehan dan sikap yang akan membantunya menangani cabaran dan
kesukaran hidup dengan berkesan.
 Membina kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan.
 Membina kemahiran menguruskan diri seperti menguruskan masa, menguruskan
tekanan, dan menentukan matlamat dan keutamaan untuk dirinya.
 Memperbaik hubungan interpersonalnya dan membina kemahiran komunikasi yang
baik.
 Membina nilai dan sikap yang sihat dan positif terhadap dirinya dan orang lain, untuk
meningkatkan kesedran dirinya serta kefahaman peranan dan tanggung jawabnya
dalam hidaup, dan
 Membina kemahiran dan sikap bagi kejayaan akademik dan kerjayanya
Guru dan kaunselor harus memastikan bahawa bimbingan yang diberi kepada pelajar
haruslah sejajar dengan prinsip dan etika tertentu seperti yang berikut:
 Bimbingan adalah bagi semua pelajar, kerana perkembangan diri, dijalankan secara
sistematik dan terancang dan tidak harus ditujukan kepada “pelajar bermasalah”
sahaja.
 Fokus utamanya ialah pencegahan – iaitu, untuk mencegah masalah yang serius
dalam kalangan pelajar dengan memberi mereka kemahiran untuk menangani masalah
sementara masalah itu masih boleh dikawal;
 Ia harus dijalankan secara kolaborasi dengan kakitangan sekolah yang lain, seperti
guru besar, guru-guru lain, kaunselor, serta dengan kerjasama ibu bapa dan
masyarakat;
 Pelajar haruslah menyertai proses bimbingan ini sepenuhnya dan penuh rela, serta
membina matlamat sendiri untuk membantu dirinya – iaitu, faham bahawa ia
bertanggungjawab terhadap perkembangan dirinya serta keputusan yang dibuat dalam
hidupnya pada akhirnya. Guru atau kaunselor tidak membuat keputusan bagi pelajar;
 Ia harus mengikut garis panduan etika bagi bimbingan dan kaunseling, seperti (i)
semua keputusan yang dibuat semasa sesi bimbingan dan kaunseling adalah sulit –
iaitu, maklumat mengenai pelajar dan hal yang dibincangkan semasa sesi tersebut
tidak harus didedahkan kepada orang lain tanpa kebenaran pelajar tersebut; (ii)
guru/kaunselor haruslah senantiasa bertingkah laku secara profesional terhadap
pelajar, dan mengelakkan diri daripada menjalin hubungan yang tidak sihat serta tidak
beretika dengan pelajar tersebut; dan
 Guru/kaunselor perlu menggunakakan kemahiran interpersonal seperti mendengar
dengan aktif dan empati, dan mempunyai perasaan prihatin dan bersikap positif
terhadap murid, supaya dapat menjalin hubungan baik dengan pelajar.
Berhenti sejenak dan buat refleksi terhadap soalan yang berikut.
Sebagai guru, apakah aspek yang paling sukar bagi anda semasa membimbing pelajar? Apakah
halangan yang anda hadapi dalam situasi sekolah anda untuk memberi bimbingan yang berkesan
kepada pelajar apabila diperlukan oleh mereka?
Saya pasti anda sedar bahawa kebanyakan sekolah mempunyai guru bimbingan
atau kaunselor yang terlatih untuk memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Guru
perlu berganding bahu dengan guru bimbingan/kaunselor untuk memastikan bahawa
pelajarnya mendapat bimbingan yang diperlukan.
Antara perkhidmatan bimbingan yang diberi di sekolah termasuklah:
 Bimbingan pendidikan – motivasi pelajar, pilihan mata pelajaran, kemahiran belajar,
persediaan untuk peperiksaan, penempatan untuk pengajian tinggi, dan lain-lain;
 Sesi bimbingan kumpulan dan individu;
 Bimbingan kerjaya – kecerdasan dan tinjauan minat, bahan rujukan, memilih kerjaya
yang betul, dan lain-lain; dan
 Bimbingan perkembangan diri – komunikasi dan kemahiran memimpin, menangani
masalah hubungan dan masalah emosi, kebajikan pelajar, perbincangan dengan ibu
bapa.
Apakah caranya anda rasa seorang guru dapat bekerja secara kolaboratif dengan guru
bimbingan dan kaunselor untuk memberi bimbingan yang sesuai kepada pelajar apabila
diperlukan? Antara tugas guru bekerjasama dengan perkhidmatan bimbingan sekolah untuk
pelajar dapat diterangkan seperti yang berikut:
 Memberi maklumat serta maklum balas mengenai keperluan pelajar dan
keberkesanan program bimbingan;
 Memberi bimbingan awal kepada pelajar dan berbincang tentang keperluannya,
sebelum merujukkannya kepada guru bimbingan atau pegawai lain sekiranya
diperlukan bantuan/bimbingan yang seterusnya.
 Guru haruslah mengenal perkhidmatan bimbingan yang diberi oleh pihak sekolah
supaya dapat memberi maklumat yang berkaitan kepada pelajar dan menggalakkan
mereka menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
 Memberi sokongan dan bantuan kepada program bimbingan yang ada di sekolah,
dengan berperanan sebagai fasilitator dalam kem motivasi, sebagai mentor bagi
program mentor-menti, dan lain-lain;
 Menyimpan rekod terkini mengenai pelajar dalam kelasnya, seperti maklumat latar
belakang pelajar dan laporan kemajuan kedatangan dan prestasi akademiknya;
 Membina hubungan baik dengan pelajarnya, dan mempunyai sikap prihatin dan
positif terhadap mereka, supaya guru lebih peka dan memahami keperluan pelajar;
dan
 Membantu pelajar membina nilai dan sikap positif, dan mereka boleh menyesuaikan
diri dan berkomunikasi dengan lebih berkesan dalam menjalankan aktiviti dalam
kelas.
4.2 Kemahiran Asas dalam Bimbingan
Sekarang kita akan mempelajari beberapa kemahiran asas dalam bimbingan.
Apakah kemahiran yang diperlukan oleh seorang guru untuk membimbing pelajar dengan
berkesan, untuk membantu mereka menangani masalah isu-isu dalam hidup mereka? Kita
perlu ingat bahawa tugas guru bukanlah untuk menyelesaikan masalah pelajar, tetapi
membimbing bermaksud guru perlu membantu pelajar membina sikap serta kemahiran yang
baik untuk mengatasi masalahnya. Oleh itu, peranan guru sebagai pembimbing adalah
secara tidak langsung, dan guru perlu membina satu hubungan yang baik dengan pelajarnya
supaya ia bertanggungjawab mengatasi masalahnya, dan mempercayai bahawa gurunya
akan membantunya. Kemahiran asas bimbingan akan dibincangkan di bawah.
4.2.1 Menunjukkan hormat dan layanan yang positif
Apakah maksudnya? Ringkasnya, hal ini bermaksud bahawa guru menunjukkan
sikap positif dan prihatin terhadap pelajarnya, mesra dan tidak berat sebelah, serta
menghargai pelajar sebagai individu yang unik dan berguna. Anda boleh melakukan ini
dengan mendengar pendapat pelajar itu dan menghormatinya, walaupun anda tidak
bersetuju dengannya, serta menunjukkan minat dan keikhlasan untuk memahami situasi dan
pandangannya.
4.2.2 Kemahiran mendengar secara aktif
“Mendengar ialah satu tindakan kasih sayang, tindakan prihatin, komitmen
kita kepada orang lain… kita perlu mendengar sepenuh perasaan, iaitu
peka, sekiranya kita mahu menyertai rahsia insan lain…dengan
mendengar kita memperoleh kuasa untuk meningkatkan atau
menghapuskan kehidupan orang lain yang berkaitan dengan kita”
- daripada puisi ‘On Listening’ oleh Reul L. Howe
Mendengar secara aktif bukan sekadar mendengar kata-kata lisan klien kita, tetapi
juga cuba memahami maksud klien kita dengan menjadi peka kepada petanda non-
verbalnya, seperti intonasi serta nada suara, isyarat badan dan memek muka, serta juga
mengambil kira latar belakang peribadi dan sosialnya [Nelson-Jones, R., 1997].
Untuk menjadi pendengar yang baik kita perlulah ‘mendengar dengan telinga, mata
dan hati’! Amalan mendengar secara aktif, dapat membina hubungan baik dan kepercayaan
pelajar, yang seterusnya dapat membina hubungan mesra dengan pelajar. Ini akan
membantu pelajar kita supaya menjadi lebih terbuka dan berterus terang dalam
mengeluarkan perasaannya apabila bercakap mengenai isu peribadi dan masalahnya.
Beberapa kemahiran mendengar yang penting disenaraikan di bawah:
Kemahiran Mendengar Yang Asas
Mendengar penuh perhatian :Menghantar mesej verbal dan non-verbal kepada klien;
Mendengar kandungan verbal mesejnya, dan memerhatikan tingkah laku non-
verbalnya.
Imbas kembali : Mengulangi hal yang dikatakan oleh klien.
Memparafrasa : Menyatakan kata-kata klien semula dengan menggunakan
perkataan/ayat lain
Minta penjelasan: :Meminta klien menerangkan maksudnya dengan lebih terperinci,
Sekarang marilah kita melihat kemahiran mendengar yang disenaraikan di bawah:
(i) Kemahiran mendengar dengan penuh perhatian
Mendengar dengan penuh perhatian bermaksud memberi perhatian sepenuhnya
terhadap klien, dan memberi respons yang boleh menggalakkan klien meluahkan idea dan
perasaannya dengan selesa. Tingkah laku mendengar penuh perhatian membantu klien
menerokai dan mengembangkan pendapatnya dan mengurangkan pendengar membuat
respons dan saranan yang tidak berguna. Baca dan cuba fahamkan garis panduan
kemahiran mendengar dengan penuh perhatian yang berkesan di bawah:
Garis panduan untuk kemahiran mendengar dengan penuh perhatian
 Duduklah dalam kedudukan yang membolehkan anda melihat klien secara
bersemuka, tetapi janganlah merenung klien.
 Air muka anda haruslah tenang, menunjukkan minat, dan konsisten dengan angin
klien.
 Suara anda haruslah tenang, jelas, tidak terlalu kuat atau berdominasi, dan
menggunakan intonsi perbualan.
 Memerhati dan memahami mesej non-verbal yang ditunjukkan oleh klien - seperti
gugup, tertekan, sedih atau marah melalui pergerakan badan, air muka dan
suaranya.
 Galakkan klien memberi pendapatnya atau menerangkan pengalamannya dengan
menggunakan kenyataan atau soalan terbuka, tanpa mengkritik atau menolak
pendapatnya.
 Gunakan respon galakan yang minimum, seperti anggukan kepala, dan bisikan
verbal untuk menggalakkan klien supaya terus bercakap.
Contoh soalan terbuka yang menggalakkan klien supaya mula bercakap mengenai
pengalamannya:
“Bolehkah kamu beritahu apa yang berlaku dalam kelas Matematik semalam?”
“Kamu kelihatan tegang, tak perlu terburu-buru, kamu boleh beritahu saya jika kamu
mahu.”
Contoh bisikan verbal yang menunjukkan minat (respons galakan minimum):
“Uh-hmm” ; “Lepas itu?” ; “Sila teruskan” ; “Dan…?” “Oh?”
“Lepas itu apa yang berlaku..?”
(ii) Kemahiran imbas kembali yang mudah
Kemahiran ini membantu anda memberi fokus terhadap hal yang dikatakan oleh
klien, serta memberitahu klien bahawa anda mendengar hal yang diperkatakan olehnya.
Dalam imbas kembali, anda mengulangi sebahagian atau sepenuhnya hal yang diluahkan
klien. Penting supaya intonasi suara anda menunjukkan minat, bukannya kritikan atau
sindiran atau merendah-rendahkan. Hal ini tidak bermaksud bahawa anda mengulangi
segala yang dikatakan oleh klien, seperti burung kakatua.
Contoh kemahiran mengimbas kembali;
Pelajar: “Saya bimbang saya tidak mendapat gred yang baik dalam Matematik. Saya
perlukan bimbingan”
Guru: “ Awak perlu bimbingan dalam Matematik?” (fokus anda adalah terhadap
situasi)
ATAU
Guru: “Awak bimbang mengenai Matematik?” (fokus anda adalah terhadap perasaan
pelajar)
(iii) Memparafrasa
Dalam memparafrasa, anda menukar perkataan atau menukar ayat yang disebutkan
oleh klien, supaya ia berpeluang mendengar semula hal yang disebutnya serta
mengembangkan maksudnya dengan anda. Contoh memparafrasa ialah;
Pelajar: “Saya tak tahu mengapa kawan-kawan saya senantiasa mengganggu
saya. Saya tidak boleh membuat kerja saya. Apabila saya cuba
menjawab soalan dalam kelas, mere ketawakan saya.”
Guru: “Kamu rasa kamu tidak boleh membuat kerja dan menjawab soalan dalam
kelas kerana tingkah laku kawan-kawan kamu? Kamu tidak faham
mengapa mereka ketawakan dan mengganggu kamu?
Anda mungkin fikir bahawa respons pendengar seperti di atas adalah lewah, dan
membuang masa. Tetapi memparafrasa memainkan peranan penting dalam mendengar
secara aktif – ia membantu anda memberi fokus terhadap hal yang dikatakan oleh klien, lalu
memastikan sama ada kita telah mendengar dengan tepat atau tidak. Ia juga memberitahu
klien bahawa kita telah mendengar dengan tepat hal yang dikatakannya, ia dapat memberi
peneguhan kepada klien dan menggalakkannya untuk meneruskan perbualan.
(iv) Mendapatkan Penjelasan
Dalam kemahiran ini, anda meminta klien menjelas dan mengembangkan hal yang
dikatakannya, supaya maksudnya menjadi lebih jelas, dan anda membuat kepastian dengan
klien sama ada anda telah faham mesejnya dengan tepat. Kemahiran ini memastikan
bahawa kedua-dua pihak memahami mesej klien dengan jelas. Contoh respons yang
meminta penjelasan daripada klien:
Pelajar: “Saya tak tahu mengapa kawan-kawan saya senantiasa mengganggu saya.
Saya tidak boleh membuat kerja saya. Apabila saya cuba menjawab
soalan dalam kelas, kawan-kawan saya ketawakan saya.”
Guru: “Bila kamu kata kawan-kawan kamu mengganggu, apa yang dilakukan oleh
mereka?”
ATAU
Guru: “Apa yang saya faham ialah apabila kawan-kawan awak ketawakan dan
mempermainkan awak, awak rasa tidak selesa dan tidak boleh
menumpukan perhatian terhadap kerja, maksud awak begitu?
Cuba fikirkan soalan yang berikut buat beberapa ketika.
Mengapa anda rasa mendengar murid anda adalah penting? Adakah anda pendengar yang baik?
Apakah kesulitan yang anda alami apabila mendengar murid anda?
4.2.3 Berempati (atau menunjukkan kefahaman)
Apabila anda berempati dengan seseorang, anda sebenarnya menyelami pandangan
atau perasaan orang itu, untuk memahami pengalaman dan situasi hidupnya mengikut sudut
pandangannya. Carl Rogers menerangkan empati sebagai kebolehan menyelami “dunia
dalaman seseorang yang sulit dan peribadi” dan untuk menyampaikan kefahaman ini kepada
orang lain. Rogers lebih suka menganggap empati sebagai sikap atau cara hemah
seseorang, dan bukan sebagai satu kemahiran [Nelson-Jones, R., 1997].
Kefahaman empati melibatkan dua langkah utama:
1. Penanggapan tepat mengenai dunia dalaman seseorang; kebolehan
melihat sesuatu dengan cara yang sama seperti orang lain; dan
2. Berkongsi kefahamannya dengan orang lain secara lisan
Empati bukan bermakna kita bersetuju dengan orang lain (ia bukan simpati). Ia hanya
bermakna bahawa kita memperlihatkan cara orang lain berasa atau berfikir mengenai
situasinya.
Garis panduan menunjukkan empati:
 Respons anda haruslah ‘selari’ dengan perasaan atau angin orang itu;
 Memberi respons dengan menyatakan hal yang anda fikirkan mengenai
perasaannya, dan cuba menyemak semula dengannya untuk melihat sama ada
fahaman anda adalah tepat;
 Gunakan pandangan orang tersebut dan bercakap dari sudut
perspektif/pandangannya;
 Selalu semak semula dengannya sama ada anda telah memahami
pandangan/perasaannya dengat tepat, jangan buat andaian;
 Jangan memberi respons dengan menyatakan “saya faham bagaimana anda rasa” –
ini tidak menggambarkan sama ada anda telah benar-benar memahami pandangan
atau perasaannya. Kenyataan seperti “saya rasa sama seperti kamu” juga tidak
membantu, ia merupakan simpati dan bukan empati!
Contoh respons empati dalam sesi bimbingan”
Contoh 1
Pelajar: “Saya gunakan wang saya untuk belanja kawan, Saya tak sukalah
menyatakan saya tak mahu bayar minuman mereka. Mereka
mengharapkan saya boleh bayar kerana saya menang perlawanan itu.”
Guru: “Awak rasa jika awak tidak bayar, mereka akan menganggap awak
kedekut?”
Contoh 2
Pelajar: “ Apabila saya cuba jawab dalam kelas, pelajar lain mula ketawa dan
mempermainkan saya. Jadi saya tidak lagi mengangkat tangan untuk
menjawab.”
Guru: “Awak rasa tidak selesa apabila mereka berbuat demikian. Awak rasa
lebih baik berdiam diri dan tidak menarik perhatian mereka terhadap
awak.”
Perhatikan bahawa dalam contoh di atas guru menunjukkan empati dengan menyatakan hal
yang dirasakan oleh pelajarnya, tetapi tidak perlu menyatakan sama ada ia bersetuju dengan
pelajarnya atau mempunyai perasaan yang sama seperti pelajarnya.
4.2.4 Kemahiran Memudah Cara (facilitative)
Dalam bimbingan, kita menggunakan soalan untuk membantu seseorang itu
memfokus dan berfikir, serta membantunya menganalisis situasinya lalu mengeluarkan
maklumat relevan yang akan membantunya memahami situasinya dengan lebih jelas.
Penyoalan tidak harusnya dijalankan sebagai temu duga, atau sebagai soal siasat, atau
bertujuan untuk mendapatkan jawapan yang ‘betul’. Jangan menggunakan soalan untuk
memaksa seseorang memberi maklumat terperinci yang tidak rela diberi.
Ketika memudahcarakan, soalan dikemukakan dengan nada lembut, dan relaks,
sebagai permintaan bukan paksaan. Soalan terbuka lebih baik daripada soalan tertutup
(lihat contoh di bawah), kerana soalan terbuka membantu seseorang berasa lebih relaks dan
bebas untuk memberi maklumat secara tak langsung, yang akan membantu untuk
memulakan perbincangan.
Contoh soalan terbuka.
“Aspek apakah yang awak suka bincang atau fokus dalam perbincangan kita?”
“Biasanya bagaimana awak belajar di rumah?”
“Bagaimana perasaan awak apabila tahu yang awak tidak dijemput?”
Soalan “mengapa” selalunya tidak membantu – contohnya “mengapa awak tidak
menyiapkan kerja rumah?” – kerana ia boleh menjadikan pelajar tersebut lebih defensif, dan
mendorongnya mencari alasan, dan tidak membantunya memberi penumpuan kepada
situasi sebenar. Soalan yang lebih baik harus berbunyi “Apa masalah anda dalam membuat
kerja rumah?”
Contoh soalan tertutup (yang tidak membantu, kerana ia menutup perbincangan, tidak
menggalakkan untuk membuka perbincangan).
“Bila awak balik ke rumah?”
“Apa pekerjaan bapa awak?”
“Apa markah yang awak perolehi dalam Matematik?”
“Adakah awak lebih suka sukan atau muzik?”
Soalan berbentuk tertutup membuatkan orang itu berasa tertekan untuk memberi jawapan,
dan selalunya berasa dunianya dicerobohi. Ini akan menutup kerelaannya untuk memberi
respons.
4.2.5 Kemahiran membuat rumusan
Merumus melibatkan hal menyatakan kesemua aspek dan isu utama yang
dibincangkan dan dijelaskan semula. Ia juga membantu klien membuat tumpuan terhadap
matlamat dan keperluannya semula, serta mengelakkan kedua-dua pihak menyeleweng
daripada isu-isu penting. Semasa sesi bimbingan, anda boleh membuat rumusan ringkas
setelah klien bercakap beberapa minit, atau anda boleh menunggu sehingga akhir sesi untuk
membuat rumusan yang lebih panjang. Anda juga boleh membuat rumusan ringkas pada
permulaan atau pada akhir sesi untuk membantu klien membuat tumpuan mengenai hal
yang perlu dibincangkannya. Selepas membuat rumusan, pastikan anda menyemak semula
dengan klien sama ada anda telah mendapat isu yang betul. Berikut ialah contoh rumusan
dalam sesi bimbingan.
Contoh rumusan ringkas pada pertengahan sesi:
“Tadi kamu menyatakan bahawa kamu masih teringatkan kawan-kawan di sekolah lama,
dan kamu berasa susah untuk berkawan dengan pelajar dalam kelas sekolah ini. Kamu
juga kata guru-guru sekolah ini tidak memberi layanan seperti guru di sekolah lama. Jadi
kamu berasa agak kecewa dan tidak berminat untuk datang ke sekolah. Begitu?”
Contoh rumusan yang lebih panjang apabila hampir tamat sesi:
“Liza, ketika kamu bercakap, saya berasa bahawa kamu sering menekankan hal betapa
pentingnya kamu disukai oleh kawan-kawan sedarjah dan guru-guru kamu. Ia sangat
penting kepada kamu, sehingga kamu berasa sangat sedih dan tidak boleh membuat kerja
kamu apabila kamu rasa mereka tidak suka kamu dan tidak menerima kamu. Kamu cuba
bersungguh-sungguh untuk menyukai kawan kamu, walaupun kamu rasa perkara yang
mereka mahu kamu buat adalah tidak betul. Meskipun begitu, kamu rasa betapa
bersungguh-sunguh anda cuba, namun tiada orang yang berpuas hati. Keadaan ini
membuatkan kamu berasa tertekan dan tidak seronok dengan diri dan hidup kamu. Dalam
perbincangan seterusnya nanti, kita akan memberi fokus kepada sebab-sebab pentingnya
bagi kamu untuk memuaskan hati kawan-kawan kamu, dan kita cuba cari jalan, cara lain
untuk mendekati mereka. Boleh tak begitu?”
Setakat ini kita telah membincangkan lima kemahiran asas yang anda boleh gunakan
semasa sesi bimbingan dengan klien anda, ia adalah (i) menunjukkan layanan positif dan
hormat, (ii) kemahiran mendengar secara aktif seperti mendengar penuh perhatian,
kemahiran komunikasi non-verbal, imbas kembali, memparafrasa dan kemahiran
menerangkan atau menjelaskan; (iii) empati; (iv) menyoal bertujuan untuk memudah cara
(facilitative), dan (v) kemahiran membuat rumusan.
Kemahiran ini memerlukan banyak latihan sebelum anda boleh menggunakannya
secara alamiah. Walau bagaimanapun, kemahiran asas inilah yang akan membantu anda
membimbing pelajar anda dengan lebih berkesan pada setiap peringkat dalam proses
bimbingan. Berikutnya adalah beberapa latihan kemahiran yang boleh anda lakukan dengan
rakan-rakan.
Latihan untuk dipraktikkan;
1. Dalam pasangan, main peranankan satu sesi bimbingan, seorang memainkan
peranan pembimbing dan seorang lagi sebagai pelajar. Cuba gunakan setiap
kemahiran secara bergilir-gilir, dapatkan seorang rakan lain untuk memerhati dan
mencatat nota untuk memaklumkan balik.
2. Minta rakan atau pelajar anda berbincang dengan anda masalah yang sedang
dialaminya. Minta kebenarannya untuk merakam sesi perbincangan tersebut.
Kemudian, dengar semula dan cuba buat penilaian mengenai bagaimana anda
menggunakan kemahiran asas dalam membimbing. Apa kekuatan anda? Apa
kelemahan atau kekurangan anda?
4.3 Masalah pelajar
Dalam bahagian ini, kita akan bincang beberapa masalah pelajar dan bagaimana
mengenalpastinya, dan bagaimana untuk melaksanakan proses bimbingan untuk menangani
masalah tersebut.
4.3.1 Mengenalpasti masalah pelajar
Masalah pelajar boleh dikategorikan seperti berikut:
MASALAH PELAJAR
Isu-isu personal Masalah akademik
Rajah 4.1 : Masalah Pelajar
Isi-isu peribadi yang menyebabkan masalah kepada pelajar termasuklah :
 Masalah perhubungan – dengan ahli keluarga, kawan-kawan, kawan wanita/lelaki,
kawan sedarjah;
 Masalah keluarga – ibu bapa yang bercerai, kematian ibu bapa/ahli keluarga,
persekitaran rumah yang tidak selesa, dan lain-lain;
 Masalah emosi – konsep kendiri negatif, rendah harga diri, tekanan, perasaan takut
dan tidak selamat, kemarahan yang amat sangat, tidak upaya mengawal emosi, mood
yang tidak stabil, kesukaran menyuarakan emosi yang sebenar, tingkah laku
menyendiri, dan lain-lain;
 Masalah kesihatan - penyakit fizikal dan mental, kecacatan fizikal, kekurangan
pemakanan, masalah makan, berlebihan/kekurangan berat badan
 Masalah kewangan – pendapatan keluarga rendah - lemah dalam pengurusan
kewangan, dan
 Isu pengurusan kendiri – lemah dalam mengurus masa, lemah kemahiran
komunikasi, tidak mempunyai kemahiran untuk menangani situasi yang tegang.
Penyesuaian
sosial
Masalah akademik termasuklah:
 masalah pembelajar dalam mata pelajaran tertentu;
 pencapaian akademik yang rendah;
 masalah berkomunikasi dengan guru;
 motivasi rendah dan kurang berminat untuk belajar;
 tidak menyertai aktiviti kelas; dan
 kemahiran belajar yang kurang baik
Masalah penyesuaian sosial merujuk kepada masalah tingkah laku yang disebabkan
oleh kurang kebolehan pelajar tersebut untuk mengadaptasikan diri dengan situasi sosial
serta ekspektasi norma dalam masyarakat. Ia termasuklah:
 tidak mematuhi peraturan sekolah;
 ponteng, melepak;
 salah guna bahan-bahan;
 perhubungan sex secara rambang;
 perosak;
 bergaduh; dan
 aktiviti jenayah – mencuri, peras ugut, gangster, rusuhan, mengedar dadah kepada
kawan sekolah, dan lain-lain.
Guru dan kakitangan sekolah harus mengenal pasti masalah pelajar dengan segera,
supaya boleh memberi bantuan kepada pelajar sebelum masalahnya menjadi lebih besar
atau lebih serious. Sekiranya guru itu tiada masa atau tidak terlatih untuk membimbing
masalah tersebut, ia haruslah mempastikan bahawa pelajar tersebut dirujukkan kepada
orang lain yang lebih bertauliah supaya pelajar tersebut mendapat bantuan yang
diperlukannya.
Beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk mengenal pasti masalah pelajar ialah:
 perhatikan tingkah laku pelajar anda di dalam dan di luar kelas, bagaimana ia
berinteraksi antara satu sama lain, bagaimana ia berkomunikasi dan menyuarakan
perasaannya;
 galakkan pelajar anda membincangkan masalah dan pengalamannya secara terbuka
dengan anda . Ini akan membolehkan anda mengesan masalah yang serious lebih
awal;
 rujuk kepada rekod dan laporan prestasi pelajar. Ini membolehkan anda mengesan
sejarah masalah tersebut;
 bincangkan pemerhatian anda terhadap pelajar tersebut dengan guru lain yang
berkenaan, untuk melihat sama ada terdapat satu corak tingkah laku yang konsisten
yang menyebabkan masalahnya;
 berbincang dengan ibu bapa untuk meninjau sama ada mereka mempunyai
maklumat terhadap anaknya, rekod kesihatannya, tingkah laku di rumah, dan
sebagainya; dan
 ada sesi bimbingan secara peribadi dengan pelajar tersebut untuk membicangkan
masalahnya yang telah anda perhatikan, supaya mereka boleh mengenal pastinya
dengan lebih awas dan langkah-langkah pencegahan boleh diambil.
Berhenti sebentar dan buat refleksi mengenai soalan di bawah.
Apakah masalah yang dialami oleh kebanyakan pelajar? Apakah cara yang anda gunakan untuk
mengenal pasti masalah tersebut? Apa tindakan yang biasa anda ambil?
Seterusnya, kita akan pertimbangkan, bagaimana melaksanakan proses bimbingan
dalam menangani masalah pelajar.
4.3.2 Melaksanakan proses bimbingan
Membimbing pelajar untuk menangani masalahnya dengan berkesan adalah satu
proses yang memakan masa dan melibatkan beberapa peringkat. Jadual berikut
menunjukkan garis panduan mengenai lima peringkat utama dalam proses bimbingan
[Nelson-Jones, R., 1997], dengan tugas-tugas yang sejajar dengannya untuk kedua-dua
guru dan pelajar.
Jadual 4.1 : Peringkat Dalam Proses Bimbingan
Peringkat dalam
proses bimbingan
Peranan guru sebagai
pembimbing
Peranan pelajar.
I. Bina perhubungan dan
kenal pasti masalah
 bina rapo
 Menunjukkan layanan yang
positif dan rasa hormat
 Tingkah laku yang tidak menilai
 Mahu berbincang
mengenai masalah
atau situasinya
 bina saling
mempercayaai &
saling hormat
 iltizam untuk bekerja
bersama untuk
matlamat yang sama
 jelaskan masalah
dan bentuk matlamat
awal
 Membentuk persekitaran yang
mesra dan selesa
 Menggunakan kemahiran
mendengar secara aktif untuk
mendengar dan memahami
masalah pelajar.
 Menunjukkan empati
 Realistik dalam membantu
pelajar menentukan matlamat
awal untuk sesi tersebut.
 Tidak memberi nasihat; tidak
cuba menyelesaikan masalah
untuk pelajar.
 Menggalakkan pelajar
mengambil tanggung jawab
membina kemahirannya sendiri
untuk mengatasi masalahnya
 Beriltizam untuk
mencari cara
menangani
masalahnya
 Bekerjasama dengan
gurunya dengan
menepati temu janji
untuk sesi bimbingan
 Jujur serta ikhlas
 Mengambil tanggung
jawab untuk mencari
penyelesaian
 Berusaha
membentuk matlamat
awal untuk menangani
situasinya
II. Teroka dan fahami
masalah, dan nyatakan
semula masalah dalam
istilah yang lebih
praktikal
 Mengenal pasti
sumber atau sebab
masalah
 Meneliti & mengenal
pasti komponen-
komponen atau
bahagian masalah.
 Menterjemahkan
masalah
menggunakan istilah-
istilah yang lebih
praktikal, supaya
mudah untuk kerja
membimbing
 Memikirkan tentang masalah
tersebut dan membuat penilaian
pertama mengenai situasi pelajar
 Menggunakan empati dan
kemahiran membuat penjelasan
untuk membantu pelajar
menyedari perasaannya
 Menggunakan kemahiran
menyoal dan membuat rumusan
untuk membantu pelajar
mengenal pasti punca kepada
masalahnya
 Bantu pelajar menyatakan
semula masalahnya dengan
menyatakan apa kemahiran dan
perubahan sikap yang diperlukan
 Bantu pelajar melihat pertalian
antara tindakan dan akibatnya
 Menerokai pemikiran
dan perasaan sendiri
 Menganalisa
masalah dan mengenal
pasti sebab-sebabnya
 Meningkatkan
kesedaran kendiri
dengan sentiasa
menyedar
perasaannya
 Memahami pertalian
antara pemikiran,
perasaan dan tindakan,
dan akibatnya
 Membentuk persepsi
yang tepat mengenai
masalahnya
 Bertanggung jawab
membuat pilihan untuk
hidupnya
III. Bina matlamat, terokai
alternatif, buat
keputusan dan
rancang tindakan
 Bina matlamat
yang realistik untuk
membina kemahiran
menangani masalah
dan mengubah situasi
yang bermasalah itu.
 Mencari
penyelesaian masalah
yang kreatif dan
praktikal
 Membuat
keputusan
 Merancang
tindakan yang perlu
diambil
 Bimbing pelajar dalam proses
menentukan matlamat untuk
dirinya
 Bantu pelajar menentukan
matlamat yang realistik untuk
menangani situasinya
 Menggalakkan pelajar berfikir
secara kreatif untuk mencari
penyelesaiannya sendiri dan
cadangan untuk tindakan
 Bimbing pelajar berfikir
secara kritikal dan menilai
beberapa alternatif untuk tindakan
 Bimbing pelajar dengan
proses membuat keputusan
 Menunjukkan sikap yang
positif dan optimistik, untuk
memotivasi pelajar, dan
memberinya keyakinan untuk
membuat keputusannya sendiri
 Membina
keyakinan diri dan
motivasi dengan
menentukan matlamat
dan membuat
keputusan hidupnya
sendiri
 Menggunakan
kreativiti dan
kemahiran berfikir
untuk menyarankan
penyelesaian yang
kreatif yang sesuai
dengan situasinya.
 Merancang
tindakan yang boleh
diambil dan beriltizam
untuk menjalankan dan
menyelesaikannya
IV. Mengambil tindakan
untuk membina
kemahiran hidup,
mengubah sikap dan
corak tingkah laku
supaya dapat
berhadapan dengan
situasi bermasalah
dengan lebih berkesan
 Belajar kemahiran
baru, mengubah sikap
dan corak tingkah laku
 Mengambil
langkah yang sesuai
untuk menangani
situasi bermasalah
 Memberi masa dan perhatian
untuk membimbing pelajar berlatih
kemahiran yang diperlukan untuk
mengambil tindakan seterusnya
 Mengurangkan rasa bimbang
pelajar dengan berlatih di tempat
yang selamat terlebih dahulu,
sebelum melaksanakan tindakan
yang telah dipersetujui
 Membimbing dan
mendemonstrasikan kemahiran
langkah demi langkah, tidak
mengharapkannya memperoleh
kemahiran dengan serta merta
 Memberi peneguhan kepada
pelajar dengan memberi maklum
balas kepada pelajar mengenai
kemajuannya
 Main peranan dengan pelajar
untuk membantunya berlatih
kemahiran-kemahiran tersebut
 Menggalakkannya untuk
mencuba tingkah laku baru, yang
lebih sihat dalam berhadapan
dengan situasi harian dalam
hidupnya.
 Berbincang
mengenai
kebimbangan dan
sangsi mengenai
tindakan yang telah
diputuskan
 Berlatih kemahiran
menangani masalah
untuk menghadapi
situasi bermasalah
 Mengambil risiko
untuk mencuba tingkah
laku baru untuk
mengubah amalan
berfikir dan beraksi
yang tidak membantu
 Mengambil
tindakan untuk
menangani masalah
atau situasinya
V. Maklum balas,
penilaian mengenai
keberkesanan
tindakan, memantau
kemajuan, serta
mengakhiri sesi
bimbingan
 Laporan-kendiri
oleh pelajar mengenai
kemajuannya
 Pemerhatian guru
atau kaunselor
 Maklum balas dari
guru dan orang lain
mengenai
keberkesanan
tindakan
 Penilaian semula
matlamat, jika perlu
 Pemantauan
kemajuan pelajar
dalam mengubah
tingkah laku
 Menamatkan sesi
bimbingan
 Memberi maklum balas positif
dan negative mengenai usaha
pelajar untuk membaiki dirinya
 Menggalakkan pelajar untuk
menilai dirinya serta kemajuannya
 Berbincang dengan pelajar
mengenai keberkesanan tindakan
yang diambil, dan samada
rancangan tindakan yang baru
perlu dibuat
 Semak dengan pelajar untuk
melihat sejauh mana matlamatnya
telah dicapai
 Berbincang dengan pelajar
mengenai menamatkan sesi
bimbingan, serta kerisauan
pelajar mengenainya.
 Menamatkan sesi bimbingan
dengan kedua-dua guru dan
pelajar merasakan matlamatnya
telah dicapai, atau kemajuan
seterusnya tidak boleh dibuat
melalui sesi ini
 Jadualkan perjumpaan
susulan untuk memantau
kemajuan pelajar.
 Berbincang secara
jujur dengan gurunya
mengenai
kemajuannya dalam
menggunakan
kemahiran barunya
atau dalam mengubah
tingkah lakunya
 Berbincang
dengan gurunya
mengenai kerisauan
terhadap kemajuannya
 Meminta
maklumbalas daripada
guru, rakan atau
keluarganya
 Sentiasa
memantau
kemajuannya, dan
memotivasikan dirinya
untuk terus
memperbaiki
kemahiran dan tingkah
lakunya dalam
menangani masalah
 Menilai
keberkesanan
tindakannya dan
pencapaian matlamat
 Membuat
keputusan untuk
menamatkan sesi
bimbingan, setelah
berbincang dengan
gurunya.
Cuba buat refleksi mengenai soalan berikut…
Fikirkan pengalaman yang anda telah ada mengenai membantu pelajar yang mempunyai masalah.
Aspek mana yang berkesan? Apa yang tidak berkesan? Manggunakan kemahiran membimbing dan
peringkat-peringkat bimbingan, apakah kelainan yang akan anda lakukan?
Rumusan
Topik ini membincangkan guru sebagai pembimbing. Isi-isi utamanya ialah:
 Matlamat utama bimbingan ialah untuk membantu pelajar membina potensi dan
kemahiran hidup supaya ia boleh menjadi individu yang sihat dan seimbang, dengan
kebolehan dan sikap yang membantunya menangani cabaran dan kesukaran hidup
dengan berkesan;
 Prinsip melaksanakan proses bimbingan adalah berdasarkan kepada garis panduan
etika seperti kerahsiaan dan hormat kepada hak pelajar untuk menerima bimbingan;
 Kemahiran asas bimbingan termasuk menunjukkan layanan positif dan hormat,
kemahiran mendengar dengan aktif, berempati, kemahiran menyoal, dan kemahiran
membuat rumusan;
 Masalah pelajar yang sering berlaku termasuk peribadi, akademik dan masalah
perkembangan sosial; dan
 Lima peringkat utama proses bimbingan telah diterangkan, dengan tugas-tugas guru
dan murid.
Berikut adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan
Teks bacaan asas
Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa (1994). Falsafah dan Konsep Pendidikan. Edisi
Kedua. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Gutek, G.L. (1997). Philosophical and Ideological Perspectives on Education.
Second Edition. Needham Heights: Allyn and Bacon.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi
Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Rujukan
Ead, H.A. (1998). Averroes As A Physician.
http://www.frcu.eun.eg/www/universities/html/hamed2.htm
Egan, G. (1990), The Skilled Helper, (4th Ed.), Pacific Grove: Brooks/Cole Publishing Co.
Armstrong, D.G., Henson, K.T. & Savage, T.V. (1995). Education: An Introduction.
New York: Macmillan Publishing Company.
Barrow,R. (1984). Giving Teaching Back to Teachers. A Critical Introduction to
Curriculum Theory. Brighton: Wheatsheaf Books.
Bondi, W. (1989). Curriculum Development: A Guide to Practice. (3rd ed.).Ohio:
Merrill Publishing Co.
Duke, D.L. (1990). Teaching: An Introduction. New York: McGraw-Hill Publishing Co.
Eisner,E.W. (1994). The Educational Imagination. New York: Macmillan College Pub.
Frazee, B. & Rudnitski, R.A. (1995). Integrated Teaching Methods. Albany, New
York: Delmar Publishers.
Glatthorn, A.A. (1987). Curriculum Leadership. Glenview: Scott, Foreman.
Jenkins, D. (1976). Curriculum Evaluation (Unit 19 till Unit 21). Walton Hall, Milton
Keynes: Open University Press.
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (1992), Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling di Sekolah, Kuala Lumpur: DBP
Nelson-Jones, R. (1997), Practical Counselling and Helping Skills, (4th Ed.), London:
Cassell Publications
Ozmon, H.A. & Craver, S.M. (1995). Philosophical Foundations of Education.
Englewood Cliffs: Prentice Hall.
Stenhouse. (1975). An Introduction to curriculum Research and Development.
London: Heinemann.
Taba, H. (1962). Curriculum Development: Theory and Practice. New York: Harcourt
Brace and World.
Tyler, R.W. ( 1969). Basic Principles of Curriculum and Instruction. Chicago: The
University of the Chicago Press
Teacher Education Division (2002). Education Resource Book for Lecturers. Kuala
Lumpur: Ministry of Education.
Teacher Education Division (1982). The Philosophy of Education (Report of the
National Workshop and Survey). Kuala Lumpur: Ministry of Education.
Titus, H. A. (1970). Living Issues in Philosophy. Fifth Edition. New York: Van
Nostrand Reinhold Company.
Raslan, Y.F. (1997). Ibn Rushd, Philosopher and Theologian. Al-Jadid, 3 (20).
http://www.aljadid.com/index.html
http://www.susancanthony.com/Workshops/philosophy_hand.html
http://www.moe.gov.my
http://cw.prenhall.com/bookbind/pubbooks/armstrong3/chapter3/chapter12/deluxe.html
http://www.siu.edueyctr/cdromsup.html
http://www.soe.purdue.edu/fac/georgeoff/phil am ed/essentialism.html
http://www.morehead-st.edu/people/w.willis/fourtheories.html
http://www.wikipedia.org/wiki/Philosophy
http://www.infed.org/biblio/b-curric.htm.
http://pages.nyu.edu/~asr209/curriculum.doc
http://www.cast.org/udl/EnvisioningFutureCurriculum189.cfm

More Related Content

What's hot

Makalah bimbingan konseling
Makalah bimbingan konselingMakalah bimbingan konseling
Makalah bimbingan konselingNilna Ma'Rifah
 
Bimbingan konseling
Bimbingan konselingBimbingan konseling
Bimbingan konselingisman12345
 
Upaya guru bimbingan dan konseling dalam memberikan pemahaman positif siswa t...
Upaya guru bimbingan dan konseling dalam memberikan pemahaman positif siswa t...Upaya guru bimbingan dan konseling dalam memberikan pemahaman positif siswa t...
Upaya guru bimbingan dan konseling dalam memberikan pemahaman positif siswa t...SMPN 4 Kerinci
 
psikologi konseling
psikologi konselingpsikologi konseling
psikologi konselingBoyolali
 
Pengurusan Penasihatan Murid (KUmpulan Tembikai/9)
Pengurusan Penasihatan Murid (KUmpulan Tembikai/9)Pengurusan Penasihatan Murid (KUmpulan Tembikai/9)
Pengurusan Penasihatan Murid (KUmpulan Tembikai/9)adib Mashuri
 
Tugas makalah bimbingan dan konseling
Tugas makalah bimbingan dan konselingTugas makalah bimbingan dan konseling
Tugas makalah bimbingan dan konselingMara Sutan Siregar
 
makalah bimbingan dan konseling
makalah bimbingan dan konselingmakalah bimbingan dan konseling
makalah bimbingan dan konselingSanti Susanti
 
Jenis-jenis masalah siswa di sekolah menengah
Jenis-jenis masalah siswa di sekolah menengahJenis-jenis masalah siswa di sekolah menengah
Jenis-jenis masalah siswa di sekolah menengahMawar Defi Anggraini
 
Hubungan bimbingan konselin dengan pendidikan masyarakat
Hubungan bimbingan konselin dengan pendidikan masyarakatHubungan bimbingan konselin dengan pendidikan masyarakat
Hubungan bimbingan konselin dengan pendidikan masyarakatOperator Warnet Vast Raha
 
Pengurusan penasihatan murid
Pengurusan penasihatan muridPengurusan penasihatan murid
Pengurusan penasihatan muridAzurah Razak
 
Materi bimbingan dan penyuluhan di sekolah2
Materi bimbingan dan penyuluhan di sekolah2Materi bimbingan dan penyuluhan di sekolah2
Materi bimbingan dan penyuluhan di sekolah2Bhagaskoro Kurniawan
 
Bimbingan dan konseling
Bimbingan dan konselingBimbingan dan konseling
Bimbingan dan konselingDede Kurnia
 
Materi bimbingan dan penyuluhan di sekolah bab 1 3(1)
Materi bimbingan dan penyuluhan di sekolah bab 1 3(1)Materi bimbingan dan penyuluhan di sekolah bab 1 3(1)
Materi bimbingan dan penyuluhan di sekolah bab 1 3(1)Bhagaskoro Kurniawan
 
1.konsep bk pribadi sosial
1.konsep bk pribadi sosial1.konsep bk pribadi sosial
1.konsep bk pribadi sosialrizkyaden
 
Pengurusan penasihatan
Pengurusan penasihatanPengurusan penasihatan
Pengurusan penasihatanAnwar Arif
 
Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...
Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...
Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...kennedy alip
 
MAKALAH FUNGSI TUJUAN DAN RUANG LINGKUP BIMBINGAN KONSELING
MAKALAH FUNGSI TUJUAN DAN RUANG LINGKUP  BIMBINGAN KONSELINGMAKALAH FUNGSI TUJUAN DAN RUANG LINGKUP  BIMBINGAN KONSELING
MAKALAH FUNGSI TUJUAN DAN RUANG LINGKUP BIMBINGAN KONSELINGAlexandria Madinah
 
Bk format power point
Bk format power pointBk format power point
Bk format power pointImam Sutisna
 

What's hot (20)

Makalah bimbingan konseling
Makalah bimbingan konselingMakalah bimbingan konseling
Makalah bimbingan konseling
 
Bimbingan konseling
Bimbingan konselingBimbingan konseling
Bimbingan konseling
 
Upaya guru bimbingan dan konseling dalam memberikan pemahaman positif siswa t...
Upaya guru bimbingan dan konseling dalam memberikan pemahaman positif siswa t...Upaya guru bimbingan dan konseling dalam memberikan pemahaman positif siswa t...
Upaya guru bimbingan dan konseling dalam memberikan pemahaman positif siswa t...
 
psikologi konseling
psikologi konselingpsikologi konseling
psikologi konseling
 
Pengurusan Penasihatan Murid (KUmpulan Tembikai/9)
Pengurusan Penasihatan Murid (KUmpulan Tembikai/9)Pengurusan Penasihatan Murid (KUmpulan Tembikai/9)
Pengurusan Penasihatan Murid (KUmpulan Tembikai/9)
 
Tugas makalah bimbingan dan konseling
Tugas makalah bimbingan dan konselingTugas makalah bimbingan dan konseling
Tugas makalah bimbingan dan konseling
 
makalah bimbingan dan konseling
makalah bimbingan dan konselingmakalah bimbingan dan konseling
makalah bimbingan dan konseling
 
Jenis-jenis masalah siswa di sekolah menengah
Jenis-jenis masalah siswa di sekolah menengahJenis-jenis masalah siswa di sekolah menengah
Jenis-jenis masalah siswa di sekolah menengah
 
Hubungan bimbingan konselin dengan pendidikan masyarakat
Hubungan bimbingan konselin dengan pendidikan masyarakatHubungan bimbingan konselin dengan pendidikan masyarakat
Hubungan bimbingan konselin dengan pendidikan masyarakat
 
Pengurusan penasihatan murid
Pengurusan penasihatan muridPengurusan penasihatan murid
Pengurusan penasihatan murid
 
Materi bimbingan dan penyuluhan di sekolah2
Materi bimbingan dan penyuluhan di sekolah2Materi bimbingan dan penyuluhan di sekolah2
Materi bimbingan dan penyuluhan di sekolah2
 
Bimbingan dan konseling
Bimbingan dan konselingBimbingan dan konseling
Bimbingan dan konseling
 
Materi bimbingan dan penyuluhan di sekolah bab 1 3(1)
Materi bimbingan dan penyuluhan di sekolah bab 1 3(1)Materi bimbingan dan penyuluhan di sekolah bab 1 3(1)
Materi bimbingan dan penyuluhan di sekolah bab 1 3(1)
 
1.konsep bk pribadi sosial
1.konsep bk pribadi sosial1.konsep bk pribadi sosial
1.konsep bk pribadi sosial
 
makalah binbingan konseling anak
makalah binbingan konseling anakmakalah binbingan konseling anak
makalah binbingan konseling anak
 
Pengurusan penasihatan
Pengurusan penasihatanPengurusan penasihatan
Pengurusan penasihatan
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...
Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...
Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...
 
MAKALAH FUNGSI TUJUAN DAN RUANG LINGKUP BIMBINGAN KONSELING
MAKALAH FUNGSI TUJUAN DAN RUANG LINGKUP  BIMBINGAN KONSELINGMAKALAH FUNGSI TUJUAN DAN RUANG LINGKUP  BIMBINGAN KONSELING
MAKALAH FUNGSI TUJUAN DAN RUANG LINGKUP BIMBINGAN KONSELING
 
Bk format power point
Bk format power pointBk format power point
Bk format power point
 

Similar to GURU PEMBIMBING

Kapita Selekta Pelayanan Konseling- Pendekatan Konseling (1).pdf
Kapita Selekta Pelayanan Konseling- Pendekatan Konseling (1).pdfKapita Selekta Pelayanan Konseling- Pendekatan Konseling (1).pdf
Kapita Selekta Pelayanan Konseling- Pendekatan Konseling (1).pdfLidyaArdiyan1
 
Kapita Selekta Pelayanan Konseling- Pendekatan Konseling.pdf
Kapita Selekta Pelayanan Konseling- Pendekatan Konseling.pdfKapita Selekta Pelayanan Konseling- Pendekatan Konseling.pdf
Kapita Selekta Pelayanan Konseling- Pendekatan Konseling.pdfLidyaArdiyan1
 
Kapita Selekta Pelayanan Konseling- Pendekatan Konseling.pdf
Kapita Selekta Pelayanan Konseling- Pendekatan Konseling.pdfKapita Selekta Pelayanan Konseling- Pendekatan Konseling.pdf
Kapita Selekta Pelayanan Konseling- Pendekatan Konseling.pdfLidyaArdiyan1
 
Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensi
Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensiJelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensi
Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensiPensil Dan Pemadam
 
pembelajaan berbasis bimbingan
pembelajaan berbasis bimbinganpembelajaan berbasis bimbingan
pembelajaan berbasis bimbinganBijak3
 
catatan Pembelajaran Sosial dan Emosional.docx
catatan Pembelajaran Sosial dan Emosional.docxcatatan Pembelajaran Sosial dan Emosional.docx
catatan Pembelajaran Sosial dan Emosional.docxencounter447
 
Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7cikli7
 
Kps3014 penasihatan murid (kumpulan magga)
Kps3014 penasihatan murid (kumpulan magga)Kps3014 penasihatan murid (kumpulan magga)
Kps3014 penasihatan murid (kumpulan magga)Nuraznida Nordin
 
Pentingnya Bimbingan Konseling Untuk Anak Sekolah Dasar
Pentingnya Bimbingan Konseling Untuk Anak Sekolah DasarPentingnya Bimbingan Konseling Untuk Anak Sekolah Dasar
Pentingnya Bimbingan Konseling Untuk Anak Sekolah DasarIntan Irawati
 
Kemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunselingKemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunselingrosdimahiza
 
Bimbingan dan konseling_diperbaiki_lagi_ya[1]
Bimbingan dan konseling_diperbaiki_lagi_ya[1]Bimbingan dan konseling_diperbaiki_lagi_ya[1]
Bimbingan dan konseling_diperbaiki_lagi_ya[1]HERI YANTO
 
Peran Guru dalam BK
Peran Guru dalam BKPeran Guru dalam BK
Peran Guru dalam BKFiya Aldilla
 
Nuni Nursamsiwi
Nuni NursamsiwiNuni Nursamsiwi
Nuni Nursamsiwinursamsiwi
 
Peran Guru dalam Proses Belajar dan Pembelajaran
Peran Guru dalam Proses Belajar dan PembelajaranPeran Guru dalam Proses Belajar dan Pembelajaran
Peran Guru dalam Proses Belajar dan PembelajaranRosida Marasabessy
 

Similar to GURU PEMBIMBING (20)

Bimbingan & konseling
Bimbingan & konselingBimbingan & konseling
Bimbingan & konseling
 
Kapita Selekta Pelayanan Konseling- Pendekatan Konseling (1).pdf
Kapita Selekta Pelayanan Konseling- Pendekatan Konseling (1).pdfKapita Selekta Pelayanan Konseling- Pendekatan Konseling (1).pdf
Kapita Selekta Pelayanan Konseling- Pendekatan Konseling (1).pdf
 
Kapita Selekta Pelayanan Konseling- Pendekatan Konseling.pdf
Kapita Selekta Pelayanan Konseling- Pendekatan Konseling.pdfKapita Selekta Pelayanan Konseling- Pendekatan Konseling.pdf
Kapita Selekta Pelayanan Konseling- Pendekatan Konseling.pdf
 
Kapita Selekta Pelayanan Konseling- Pendekatan Konseling.pdf
Kapita Selekta Pelayanan Konseling- Pendekatan Konseling.pdfKapita Selekta Pelayanan Konseling- Pendekatan Konseling.pdf
Kapita Selekta Pelayanan Konseling- Pendekatan Konseling.pdf
 
Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensi
Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensiJelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensi
Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensi
 
pembelajaan berbasis bimbingan
pembelajaan berbasis bimbinganpembelajaan berbasis bimbingan
pembelajaan berbasis bimbingan
 
catatan Pembelajaran Sosial dan Emosional.docx
catatan Pembelajaran Sosial dan Emosional.docxcatatan Pembelajaran Sosial dan Emosional.docx
catatan Pembelajaran Sosial dan Emosional.docx
 
Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7
 
Psiko - edukatif
Psiko - edukatifPsiko - edukatif
Psiko - edukatif
 
Bimbingan Konseling
Bimbingan KonselingBimbingan Konseling
Bimbingan Konseling
 
Peran guru dalam pendidikan
Peran guru dalam pendidikanPeran guru dalam pendidikan
Peran guru dalam pendidikan
 
Kps3014 penasihatan murid (kumpulan magga)
Kps3014 penasihatan murid (kumpulan magga)Kps3014 penasihatan murid (kumpulan magga)
Kps3014 penasihatan murid (kumpulan magga)
 
Pentingnya Bimbingan Konseling Untuk Anak Sekolah Dasar
Pentingnya Bimbingan Konseling Untuk Anak Sekolah DasarPentingnya Bimbingan Konseling Untuk Anak Sekolah Dasar
Pentingnya Bimbingan Konseling Untuk Anak Sekolah Dasar
 
Kemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunselingKemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunseling
 
Bimbingan dan konseling_diperbaiki_lagi_ya[1]
Bimbingan dan konseling_diperbaiki_lagi_ya[1]Bimbingan dan konseling_diperbaiki_lagi_ya[1]
Bimbingan dan konseling_diperbaiki_lagi_ya[1]
 
Peran Guru dalam BK
Peran Guru dalam BKPeran Guru dalam BK
Peran Guru dalam BK
 
Bimbingan Konsling
Bimbingan KonslingBimbingan Konsling
Bimbingan Konsling
 
Psikologi
PsikologiPsikologi
Psikologi
 
Nuni Nursamsiwi
Nuni NursamsiwiNuni Nursamsiwi
Nuni Nursamsiwi
 
Peran Guru dalam Proses Belajar dan Pembelajaran
Peran Guru dalam Proses Belajar dan PembelajaranPeran Guru dalam Proses Belajar dan Pembelajaran
Peran Guru dalam Proses Belajar dan Pembelajaran
 

Recently uploaded

Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024budimoko2
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 

Recently uploaded (20)

Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 

GURU PEMBIMBING

  • 1. GURU SEBAGAI PEMBIMBING Guru bukan sahaja memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dan kemahiran mata pelajaran kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya dengan berkesan, guru perlu memastikan bahawa pelajarnya membina kemahiran untuk menangani masalah yang mungkin dihadapi dalam hidupnya. Sekiranya pelajar tidak tahu cara menangani masalah emosi dan masalah peribadinya, maka hal ini akan menjejaskan pembelajarannya. Justeru dia tidak dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, guru tidak boleh mengelakkan peranan sebagai pembimbing kepada pelajar, bukan sahaja dalam mata pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam menangani cabaran dan masalah harian yang dihadapinya. Di bawah topik ini kita akan membincangkan maksud, matlamat dan prinsip-prinsip bimbingan, kemahiran yang digunakan dalam bimbingan, dan peranan guru dalam membimbing pelajar yang menghadapi masalah dalam hidupnya. Kita juga akan melihat jenis-jenis bimbingan yang diberi oleh sekolah kepada pelajar secara ringkas, serta cara guru dan murid dapat menggunakannya. Sebelum kita teruskan, berhenti sebentar dan buat refleksi mengenai soalan berikut. Bagaimanakah anda telah membimbing pelajar anda untuk menangani masalah hariannya? Apakah isu-isu kehidupan dan masalah emosi yang sering dihadapi oleh pelajar anda? 4.1 Matlamat dan Prinsip-prinsip Bimbingan Sebelum kita melihat matlamat dan prinsip-prinsip bimbingan, mari kita teliti maksudnya dahulu. Umumnya, bimbingan merujuk kepada proses membantu seseorang membina kefahaman dan kemahiran untuk menangani isu dan cabaran hidup dengan berkesan. Dalam proses ini, seseorang itu belajar untuk berubah dan membina sikap, nilai dan kemahiran baru supaya dapat menangani situasi yang sukar dengan lebih baik. Kita perlu faham bahawa bukan mudah untuk berubah; ia merupakan proses yang berterusan dan sebagai guru kita perlu faham bahawa seseorang pelajar itu memerlukan masa untuk berubah.
  • 2. Oleh itu, walaupun bimbingan ialah satu cara untuk membantu pelajar, namun ini tidak bermaksud bahawa guru atau kaunselor harus menyelesaikan masalah pelajar. Sebaliknya, ini bermaksud guru haruslah mempunyai sikap mengambil berat dan mendengar supaya pelajar dapat menerokai dan memahami situasi dan dirinya dengan lebih baik, lalu membina kemahirannya sendiri untuk menangani masalahnya. Matlamat utama bimbingan adalah untuk membantu pelajar:  Membina potensinya supaya ia boleh menjadi seorang yang sihat dan seimbang, dengan kebolehan dan sikap yang akan membantunya menangani cabaran dan kesukaran hidup dengan berkesan.  Membina kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan.  Membina kemahiran menguruskan diri seperti menguruskan masa, menguruskan tekanan, dan menentukan matlamat dan keutamaan untuk dirinya.  Memperbaik hubungan interpersonalnya dan membina kemahiran komunikasi yang baik.  Membina nilai dan sikap yang sihat dan positif terhadap dirinya dan orang lain, untuk meningkatkan kesedran dirinya serta kefahaman peranan dan tanggung jawabnya dalam hidaup, dan  Membina kemahiran dan sikap bagi kejayaan akademik dan kerjayanya Guru dan kaunselor harus memastikan bahawa bimbingan yang diberi kepada pelajar haruslah sejajar dengan prinsip dan etika tertentu seperti yang berikut:  Bimbingan adalah bagi semua pelajar, kerana perkembangan diri, dijalankan secara sistematik dan terancang dan tidak harus ditujukan kepada “pelajar bermasalah” sahaja.  Fokus utamanya ialah pencegahan – iaitu, untuk mencegah masalah yang serius dalam kalangan pelajar dengan memberi mereka kemahiran untuk menangani masalah sementara masalah itu masih boleh dikawal;  Ia harus dijalankan secara kolaborasi dengan kakitangan sekolah yang lain, seperti guru besar, guru-guru lain, kaunselor, serta dengan kerjasama ibu bapa dan masyarakat;  Pelajar haruslah menyertai proses bimbingan ini sepenuhnya dan penuh rela, serta membina matlamat sendiri untuk membantu dirinya – iaitu, faham bahawa ia bertanggungjawab terhadap perkembangan dirinya serta keputusan yang dibuat dalam hidupnya pada akhirnya. Guru atau kaunselor tidak membuat keputusan bagi pelajar;
  • 3.  Ia harus mengikut garis panduan etika bagi bimbingan dan kaunseling, seperti (i) semua keputusan yang dibuat semasa sesi bimbingan dan kaunseling adalah sulit – iaitu, maklumat mengenai pelajar dan hal yang dibincangkan semasa sesi tersebut tidak harus didedahkan kepada orang lain tanpa kebenaran pelajar tersebut; (ii) guru/kaunselor haruslah senantiasa bertingkah laku secara profesional terhadap pelajar, dan mengelakkan diri daripada menjalin hubungan yang tidak sihat serta tidak beretika dengan pelajar tersebut; dan  Guru/kaunselor perlu menggunakakan kemahiran interpersonal seperti mendengar dengan aktif dan empati, dan mempunyai perasaan prihatin dan bersikap positif terhadap murid, supaya dapat menjalin hubungan baik dengan pelajar. Berhenti sejenak dan buat refleksi terhadap soalan yang berikut. Sebagai guru, apakah aspek yang paling sukar bagi anda semasa membimbing pelajar? Apakah halangan yang anda hadapi dalam situasi sekolah anda untuk memberi bimbingan yang berkesan kepada pelajar apabila diperlukan oleh mereka? Saya pasti anda sedar bahawa kebanyakan sekolah mempunyai guru bimbingan atau kaunselor yang terlatih untuk memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Guru perlu berganding bahu dengan guru bimbingan/kaunselor untuk memastikan bahawa pelajarnya mendapat bimbingan yang diperlukan. Antara perkhidmatan bimbingan yang diberi di sekolah termasuklah:  Bimbingan pendidikan – motivasi pelajar, pilihan mata pelajaran, kemahiran belajar, persediaan untuk peperiksaan, penempatan untuk pengajian tinggi, dan lain-lain;  Sesi bimbingan kumpulan dan individu;  Bimbingan kerjaya – kecerdasan dan tinjauan minat, bahan rujukan, memilih kerjaya yang betul, dan lain-lain; dan  Bimbingan perkembangan diri – komunikasi dan kemahiran memimpin, menangani masalah hubungan dan masalah emosi, kebajikan pelajar, perbincangan dengan ibu bapa. Apakah caranya anda rasa seorang guru dapat bekerja secara kolaboratif dengan guru bimbingan dan kaunselor untuk memberi bimbingan yang sesuai kepada pelajar apabila diperlukan? Antara tugas guru bekerjasama dengan perkhidmatan bimbingan sekolah untuk pelajar dapat diterangkan seperti yang berikut:
  • 4.  Memberi maklumat serta maklum balas mengenai keperluan pelajar dan keberkesanan program bimbingan;  Memberi bimbingan awal kepada pelajar dan berbincang tentang keperluannya, sebelum merujukkannya kepada guru bimbingan atau pegawai lain sekiranya diperlukan bantuan/bimbingan yang seterusnya.  Guru haruslah mengenal perkhidmatan bimbingan yang diberi oleh pihak sekolah supaya dapat memberi maklumat yang berkaitan kepada pelajar dan menggalakkan mereka menggunakan perkhidmatan yang disediakan.  Memberi sokongan dan bantuan kepada program bimbingan yang ada di sekolah, dengan berperanan sebagai fasilitator dalam kem motivasi, sebagai mentor bagi program mentor-menti, dan lain-lain;  Menyimpan rekod terkini mengenai pelajar dalam kelasnya, seperti maklumat latar belakang pelajar dan laporan kemajuan kedatangan dan prestasi akademiknya;  Membina hubungan baik dengan pelajarnya, dan mempunyai sikap prihatin dan positif terhadap mereka, supaya guru lebih peka dan memahami keperluan pelajar; dan  Membantu pelajar membina nilai dan sikap positif, dan mereka boleh menyesuaikan diri dan berkomunikasi dengan lebih berkesan dalam menjalankan aktiviti dalam kelas. 4.2 Kemahiran Asas dalam Bimbingan Sekarang kita akan mempelajari beberapa kemahiran asas dalam bimbingan. Apakah kemahiran yang diperlukan oleh seorang guru untuk membimbing pelajar dengan berkesan, untuk membantu mereka menangani masalah isu-isu dalam hidup mereka? Kita perlu ingat bahawa tugas guru bukanlah untuk menyelesaikan masalah pelajar, tetapi membimbing bermaksud guru perlu membantu pelajar membina sikap serta kemahiran yang baik untuk mengatasi masalahnya. Oleh itu, peranan guru sebagai pembimbing adalah secara tidak langsung, dan guru perlu membina satu hubungan yang baik dengan pelajarnya supaya ia bertanggungjawab mengatasi masalahnya, dan mempercayai bahawa gurunya akan membantunya. Kemahiran asas bimbingan akan dibincangkan di bawah. 4.2.1 Menunjukkan hormat dan layanan yang positif
  • 5. Apakah maksudnya? Ringkasnya, hal ini bermaksud bahawa guru menunjukkan sikap positif dan prihatin terhadap pelajarnya, mesra dan tidak berat sebelah, serta menghargai pelajar sebagai individu yang unik dan berguna. Anda boleh melakukan ini dengan mendengar pendapat pelajar itu dan menghormatinya, walaupun anda tidak bersetuju dengannya, serta menunjukkan minat dan keikhlasan untuk memahami situasi dan pandangannya. 4.2.2 Kemahiran mendengar secara aktif “Mendengar ialah satu tindakan kasih sayang, tindakan prihatin, komitmen kita kepada orang lain… kita perlu mendengar sepenuh perasaan, iaitu peka, sekiranya kita mahu menyertai rahsia insan lain…dengan mendengar kita memperoleh kuasa untuk meningkatkan atau menghapuskan kehidupan orang lain yang berkaitan dengan kita” - daripada puisi ‘On Listening’ oleh Reul L. Howe Mendengar secara aktif bukan sekadar mendengar kata-kata lisan klien kita, tetapi juga cuba memahami maksud klien kita dengan menjadi peka kepada petanda non- verbalnya, seperti intonasi serta nada suara, isyarat badan dan memek muka, serta juga mengambil kira latar belakang peribadi dan sosialnya [Nelson-Jones, R., 1997]. Untuk menjadi pendengar yang baik kita perlulah ‘mendengar dengan telinga, mata dan hati’! Amalan mendengar secara aktif, dapat membina hubungan baik dan kepercayaan pelajar, yang seterusnya dapat membina hubungan mesra dengan pelajar. Ini akan membantu pelajar kita supaya menjadi lebih terbuka dan berterus terang dalam mengeluarkan perasaannya apabila bercakap mengenai isu peribadi dan masalahnya. Beberapa kemahiran mendengar yang penting disenaraikan di bawah: Kemahiran Mendengar Yang Asas Mendengar penuh perhatian :Menghantar mesej verbal dan non-verbal kepada klien; Mendengar kandungan verbal mesejnya, dan memerhatikan tingkah laku non- verbalnya. Imbas kembali : Mengulangi hal yang dikatakan oleh klien. Memparafrasa : Menyatakan kata-kata klien semula dengan menggunakan perkataan/ayat lain Minta penjelasan: :Meminta klien menerangkan maksudnya dengan lebih terperinci,
  • 6. Sekarang marilah kita melihat kemahiran mendengar yang disenaraikan di bawah: (i) Kemahiran mendengar dengan penuh perhatian Mendengar dengan penuh perhatian bermaksud memberi perhatian sepenuhnya terhadap klien, dan memberi respons yang boleh menggalakkan klien meluahkan idea dan perasaannya dengan selesa. Tingkah laku mendengar penuh perhatian membantu klien menerokai dan mengembangkan pendapatnya dan mengurangkan pendengar membuat respons dan saranan yang tidak berguna. Baca dan cuba fahamkan garis panduan kemahiran mendengar dengan penuh perhatian yang berkesan di bawah: Garis panduan untuk kemahiran mendengar dengan penuh perhatian  Duduklah dalam kedudukan yang membolehkan anda melihat klien secara bersemuka, tetapi janganlah merenung klien.  Air muka anda haruslah tenang, menunjukkan minat, dan konsisten dengan angin klien.  Suara anda haruslah tenang, jelas, tidak terlalu kuat atau berdominasi, dan menggunakan intonsi perbualan.  Memerhati dan memahami mesej non-verbal yang ditunjukkan oleh klien - seperti gugup, tertekan, sedih atau marah melalui pergerakan badan, air muka dan suaranya.  Galakkan klien memberi pendapatnya atau menerangkan pengalamannya dengan menggunakan kenyataan atau soalan terbuka, tanpa mengkritik atau menolak pendapatnya.  Gunakan respon galakan yang minimum, seperti anggukan kepala, dan bisikan verbal untuk menggalakkan klien supaya terus bercakap. Contoh soalan terbuka yang menggalakkan klien supaya mula bercakap mengenai pengalamannya: “Bolehkah kamu beritahu apa yang berlaku dalam kelas Matematik semalam?” “Kamu kelihatan tegang, tak perlu terburu-buru, kamu boleh beritahu saya jika kamu mahu.” Contoh bisikan verbal yang menunjukkan minat (respons galakan minimum): “Uh-hmm” ; “Lepas itu?” ; “Sila teruskan” ; “Dan…?” “Oh?” “Lepas itu apa yang berlaku..?”
  • 7. (ii) Kemahiran imbas kembali yang mudah Kemahiran ini membantu anda memberi fokus terhadap hal yang dikatakan oleh klien, serta memberitahu klien bahawa anda mendengar hal yang diperkatakan olehnya. Dalam imbas kembali, anda mengulangi sebahagian atau sepenuhnya hal yang diluahkan klien. Penting supaya intonasi suara anda menunjukkan minat, bukannya kritikan atau sindiran atau merendah-rendahkan. Hal ini tidak bermaksud bahawa anda mengulangi segala yang dikatakan oleh klien, seperti burung kakatua. Contoh kemahiran mengimbas kembali; Pelajar: “Saya bimbang saya tidak mendapat gred yang baik dalam Matematik. Saya perlukan bimbingan” Guru: “ Awak perlu bimbingan dalam Matematik?” (fokus anda adalah terhadap situasi) ATAU Guru: “Awak bimbang mengenai Matematik?” (fokus anda adalah terhadap perasaan pelajar) (iii) Memparafrasa Dalam memparafrasa, anda menukar perkataan atau menukar ayat yang disebutkan oleh klien, supaya ia berpeluang mendengar semula hal yang disebutnya serta mengembangkan maksudnya dengan anda. Contoh memparafrasa ialah; Pelajar: “Saya tak tahu mengapa kawan-kawan saya senantiasa mengganggu saya. Saya tidak boleh membuat kerja saya. Apabila saya cuba menjawab soalan dalam kelas, mere ketawakan saya.” Guru: “Kamu rasa kamu tidak boleh membuat kerja dan menjawab soalan dalam kelas kerana tingkah laku kawan-kawan kamu? Kamu tidak faham mengapa mereka ketawakan dan mengganggu kamu? Anda mungkin fikir bahawa respons pendengar seperti di atas adalah lewah, dan membuang masa. Tetapi memparafrasa memainkan peranan penting dalam mendengar secara aktif – ia membantu anda memberi fokus terhadap hal yang dikatakan oleh klien, lalu
  • 8. memastikan sama ada kita telah mendengar dengan tepat atau tidak. Ia juga memberitahu klien bahawa kita telah mendengar dengan tepat hal yang dikatakannya, ia dapat memberi peneguhan kepada klien dan menggalakkannya untuk meneruskan perbualan. (iv) Mendapatkan Penjelasan Dalam kemahiran ini, anda meminta klien menjelas dan mengembangkan hal yang dikatakannya, supaya maksudnya menjadi lebih jelas, dan anda membuat kepastian dengan klien sama ada anda telah faham mesejnya dengan tepat. Kemahiran ini memastikan bahawa kedua-dua pihak memahami mesej klien dengan jelas. Contoh respons yang meminta penjelasan daripada klien: Pelajar: “Saya tak tahu mengapa kawan-kawan saya senantiasa mengganggu saya. Saya tidak boleh membuat kerja saya. Apabila saya cuba menjawab soalan dalam kelas, kawan-kawan saya ketawakan saya.” Guru: “Bila kamu kata kawan-kawan kamu mengganggu, apa yang dilakukan oleh mereka?” ATAU Guru: “Apa yang saya faham ialah apabila kawan-kawan awak ketawakan dan mempermainkan awak, awak rasa tidak selesa dan tidak boleh menumpukan perhatian terhadap kerja, maksud awak begitu? Cuba fikirkan soalan yang berikut buat beberapa ketika. Mengapa anda rasa mendengar murid anda adalah penting? Adakah anda pendengar yang baik? Apakah kesulitan yang anda alami apabila mendengar murid anda? 4.2.3 Berempati (atau menunjukkan kefahaman) Apabila anda berempati dengan seseorang, anda sebenarnya menyelami pandangan atau perasaan orang itu, untuk memahami pengalaman dan situasi hidupnya mengikut sudut pandangannya. Carl Rogers menerangkan empati sebagai kebolehan menyelami “dunia dalaman seseorang yang sulit dan peribadi” dan untuk menyampaikan kefahaman ini kepada orang lain. Rogers lebih suka menganggap empati sebagai sikap atau cara hemah seseorang, dan bukan sebagai satu kemahiran [Nelson-Jones, R., 1997].
  • 9. Kefahaman empati melibatkan dua langkah utama: 1. Penanggapan tepat mengenai dunia dalaman seseorang; kebolehan melihat sesuatu dengan cara yang sama seperti orang lain; dan 2. Berkongsi kefahamannya dengan orang lain secara lisan Empati bukan bermakna kita bersetuju dengan orang lain (ia bukan simpati). Ia hanya bermakna bahawa kita memperlihatkan cara orang lain berasa atau berfikir mengenai situasinya. Garis panduan menunjukkan empati:  Respons anda haruslah ‘selari’ dengan perasaan atau angin orang itu;  Memberi respons dengan menyatakan hal yang anda fikirkan mengenai perasaannya, dan cuba menyemak semula dengannya untuk melihat sama ada fahaman anda adalah tepat;  Gunakan pandangan orang tersebut dan bercakap dari sudut perspektif/pandangannya;  Selalu semak semula dengannya sama ada anda telah memahami pandangan/perasaannya dengat tepat, jangan buat andaian;  Jangan memberi respons dengan menyatakan “saya faham bagaimana anda rasa” – ini tidak menggambarkan sama ada anda telah benar-benar memahami pandangan atau perasaannya. Kenyataan seperti “saya rasa sama seperti kamu” juga tidak membantu, ia merupakan simpati dan bukan empati! Contoh respons empati dalam sesi bimbingan” Contoh 1 Pelajar: “Saya gunakan wang saya untuk belanja kawan, Saya tak sukalah menyatakan saya tak mahu bayar minuman mereka. Mereka mengharapkan saya boleh bayar kerana saya menang perlawanan itu.” Guru: “Awak rasa jika awak tidak bayar, mereka akan menganggap awak kedekut?” Contoh 2
  • 10. Pelajar: “ Apabila saya cuba jawab dalam kelas, pelajar lain mula ketawa dan mempermainkan saya. Jadi saya tidak lagi mengangkat tangan untuk menjawab.” Guru: “Awak rasa tidak selesa apabila mereka berbuat demikian. Awak rasa lebih baik berdiam diri dan tidak menarik perhatian mereka terhadap awak.” Perhatikan bahawa dalam contoh di atas guru menunjukkan empati dengan menyatakan hal yang dirasakan oleh pelajarnya, tetapi tidak perlu menyatakan sama ada ia bersetuju dengan pelajarnya atau mempunyai perasaan yang sama seperti pelajarnya. 4.2.4 Kemahiran Memudah Cara (facilitative) Dalam bimbingan, kita menggunakan soalan untuk membantu seseorang itu memfokus dan berfikir, serta membantunya menganalisis situasinya lalu mengeluarkan maklumat relevan yang akan membantunya memahami situasinya dengan lebih jelas. Penyoalan tidak harusnya dijalankan sebagai temu duga, atau sebagai soal siasat, atau bertujuan untuk mendapatkan jawapan yang ‘betul’. Jangan menggunakan soalan untuk memaksa seseorang memberi maklumat terperinci yang tidak rela diberi. Ketika memudahcarakan, soalan dikemukakan dengan nada lembut, dan relaks, sebagai permintaan bukan paksaan. Soalan terbuka lebih baik daripada soalan tertutup (lihat contoh di bawah), kerana soalan terbuka membantu seseorang berasa lebih relaks dan bebas untuk memberi maklumat secara tak langsung, yang akan membantu untuk memulakan perbincangan. Contoh soalan terbuka. “Aspek apakah yang awak suka bincang atau fokus dalam perbincangan kita?” “Biasanya bagaimana awak belajar di rumah?” “Bagaimana perasaan awak apabila tahu yang awak tidak dijemput?” Soalan “mengapa” selalunya tidak membantu – contohnya “mengapa awak tidak menyiapkan kerja rumah?” – kerana ia boleh menjadikan pelajar tersebut lebih defensif, dan
  • 11. mendorongnya mencari alasan, dan tidak membantunya memberi penumpuan kepada situasi sebenar. Soalan yang lebih baik harus berbunyi “Apa masalah anda dalam membuat kerja rumah?” Contoh soalan tertutup (yang tidak membantu, kerana ia menutup perbincangan, tidak menggalakkan untuk membuka perbincangan). “Bila awak balik ke rumah?” “Apa pekerjaan bapa awak?” “Apa markah yang awak perolehi dalam Matematik?” “Adakah awak lebih suka sukan atau muzik?” Soalan berbentuk tertutup membuatkan orang itu berasa tertekan untuk memberi jawapan, dan selalunya berasa dunianya dicerobohi. Ini akan menutup kerelaannya untuk memberi respons. 4.2.5 Kemahiran membuat rumusan Merumus melibatkan hal menyatakan kesemua aspek dan isu utama yang dibincangkan dan dijelaskan semula. Ia juga membantu klien membuat tumpuan terhadap matlamat dan keperluannya semula, serta mengelakkan kedua-dua pihak menyeleweng daripada isu-isu penting. Semasa sesi bimbingan, anda boleh membuat rumusan ringkas setelah klien bercakap beberapa minit, atau anda boleh menunggu sehingga akhir sesi untuk membuat rumusan yang lebih panjang. Anda juga boleh membuat rumusan ringkas pada permulaan atau pada akhir sesi untuk membantu klien membuat tumpuan mengenai hal yang perlu dibincangkannya. Selepas membuat rumusan, pastikan anda menyemak semula dengan klien sama ada anda telah mendapat isu yang betul. Berikut ialah contoh rumusan dalam sesi bimbingan. Contoh rumusan ringkas pada pertengahan sesi: “Tadi kamu menyatakan bahawa kamu masih teringatkan kawan-kawan di sekolah lama, dan kamu berasa susah untuk berkawan dengan pelajar dalam kelas sekolah ini. Kamu juga kata guru-guru sekolah ini tidak memberi layanan seperti guru di sekolah lama. Jadi kamu berasa agak kecewa dan tidak berminat untuk datang ke sekolah. Begitu?”
  • 12. Contoh rumusan yang lebih panjang apabila hampir tamat sesi: “Liza, ketika kamu bercakap, saya berasa bahawa kamu sering menekankan hal betapa pentingnya kamu disukai oleh kawan-kawan sedarjah dan guru-guru kamu. Ia sangat penting kepada kamu, sehingga kamu berasa sangat sedih dan tidak boleh membuat kerja kamu apabila kamu rasa mereka tidak suka kamu dan tidak menerima kamu. Kamu cuba bersungguh-sungguh untuk menyukai kawan kamu, walaupun kamu rasa perkara yang mereka mahu kamu buat adalah tidak betul. Meskipun begitu, kamu rasa betapa bersungguh-sunguh anda cuba, namun tiada orang yang berpuas hati. Keadaan ini membuatkan kamu berasa tertekan dan tidak seronok dengan diri dan hidup kamu. Dalam perbincangan seterusnya nanti, kita akan memberi fokus kepada sebab-sebab pentingnya bagi kamu untuk memuaskan hati kawan-kawan kamu, dan kita cuba cari jalan, cara lain untuk mendekati mereka. Boleh tak begitu?” Setakat ini kita telah membincangkan lima kemahiran asas yang anda boleh gunakan semasa sesi bimbingan dengan klien anda, ia adalah (i) menunjukkan layanan positif dan hormat, (ii) kemahiran mendengar secara aktif seperti mendengar penuh perhatian, kemahiran komunikasi non-verbal, imbas kembali, memparafrasa dan kemahiran menerangkan atau menjelaskan; (iii) empati; (iv) menyoal bertujuan untuk memudah cara (facilitative), dan (v) kemahiran membuat rumusan. Kemahiran ini memerlukan banyak latihan sebelum anda boleh menggunakannya secara alamiah. Walau bagaimanapun, kemahiran asas inilah yang akan membantu anda membimbing pelajar anda dengan lebih berkesan pada setiap peringkat dalam proses bimbingan. Berikutnya adalah beberapa latihan kemahiran yang boleh anda lakukan dengan rakan-rakan. Latihan untuk dipraktikkan; 1. Dalam pasangan, main peranankan satu sesi bimbingan, seorang memainkan peranan pembimbing dan seorang lagi sebagai pelajar. Cuba gunakan setiap kemahiran secara bergilir-gilir, dapatkan seorang rakan lain untuk memerhati dan mencatat nota untuk memaklumkan balik. 2. Minta rakan atau pelajar anda berbincang dengan anda masalah yang sedang dialaminya. Minta kebenarannya untuk merakam sesi perbincangan tersebut. Kemudian, dengar semula dan cuba buat penilaian mengenai bagaimana anda
  • 13. menggunakan kemahiran asas dalam membimbing. Apa kekuatan anda? Apa kelemahan atau kekurangan anda? 4.3 Masalah pelajar Dalam bahagian ini, kita akan bincang beberapa masalah pelajar dan bagaimana mengenalpastinya, dan bagaimana untuk melaksanakan proses bimbingan untuk menangani masalah tersebut. 4.3.1 Mengenalpasti masalah pelajar Masalah pelajar boleh dikategorikan seperti berikut: MASALAH PELAJAR Isu-isu personal Masalah akademik Rajah 4.1 : Masalah Pelajar Isi-isu peribadi yang menyebabkan masalah kepada pelajar termasuklah :  Masalah perhubungan – dengan ahli keluarga, kawan-kawan, kawan wanita/lelaki, kawan sedarjah;  Masalah keluarga – ibu bapa yang bercerai, kematian ibu bapa/ahli keluarga, persekitaran rumah yang tidak selesa, dan lain-lain;  Masalah emosi – konsep kendiri negatif, rendah harga diri, tekanan, perasaan takut dan tidak selamat, kemarahan yang amat sangat, tidak upaya mengawal emosi, mood yang tidak stabil, kesukaran menyuarakan emosi yang sebenar, tingkah laku menyendiri, dan lain-lain;  Masalah kesihatan - penyakit fizikal dan mental, kecacatan fizikal, kekurangan pemakanan, masalah makan, berlebihan/kekurangan berat badan  Masalah kewangan – pendapatan keluarga rendah - lemah dalam pengurusan kewangan, dan  Isu pengurusan kendiri – lemah dalam mengurus masa, lemah kemahiran komunikasi, tidak mempunyai kemahiran untuk menangani situasi yang tegang. Penyesuaian sosial
  • 14. Masalah akademik termasuklah:  masalah pembelajar dalam mata pelajaran tertentu;  pencapaian akademik yang rendah;  masalah berkomunikasi dengan guru;  motivasi rendah dan kurang berminat untuk belajar;  tidak menyertai aktiviti kelas; dan  kemahiran belajar yang kurang baik Masalah penyesuaian sosial merujuk kepada masalah tingkah laku yang disebabkan oleh kurang kebolehan pelajar tersebut untuk mengadaptasikan diri dengan situasi sosial serta ekspektasi norma dalam masyarakat. Ia termasuklah:  tidak mematuhi peraturan sekolah;  ponteng, melepak;  salah guna bahan-bahan;  perhubungan sex secara rambang;  perosak;  bergaduh; dan  aktiviti jenayah – mencuri, peras ugut, gangster, rusuhan, mengedar dadah kepada kawan sekolah, dan lain-lain. Guru dan kakitangan sekolah harus mengenal pasti masalah pelajar dengan segera, supaya boleh memberi bantuan kepada pelajar sebelum masalahnya menjadi lebih besar atau lebih serious. Sekiranya guru itu tiada masa atau tidak terlatih untuk membimbing masalah tersebut, ia haruslah mempastikan bahawa pelajar tersebut dirujukkan kepada orang lain yang lebih bertauliah supaya pelajar tersebut mendapat bantuan yang diperlukannya. Beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk mengenal pasti masalah pelajar ialah:  perhatikan tingkah laku pelajar anda di dalam dan di luar kelas, bagaimana ia berinteraksi antara satu sama lain, bagaimana ia berkomunikasi dan menyuarakan perasaannya;  galakkan pelajar anda membincangkan masalah dan pengalamannya secara terbuka dengan anda . Ini akan membolehkan anda mengesan masalah yang serious lebih awal;
  • 15.  rujuk kepada rekod dan laporan prestasi pelajar. Ini membolehkan anda mengesan sejarah masalah tersebut;  bincangkan pemerhatian anda terhadap pelajar tersebut dengan guru lain yang berkenaan, untuk melihat sama ada terdapat satu corak tingkah laku yang konsisten yang menyebabkan masalahnya;  berbincang dengan ibu bapa untuk meninjau sama ada mereka mempunyai maklumat terhadap anaknya, rekod kesihatannya, tingkah laku di rumah, dan sebagainya; dan  ada sesi bimbingan secara peribadi dengan pelajar tersebut untuk membicangkan masalahnya yang telah anda perhatikan, supaya mereka boleh mengenal pastinya dengan lebih awas dan langkah-langkah pencegahan boleh diambil. Berhenti sebentar dan buat refleksi mengenai soalan di bawah. Apakah masalah yang dialami oleh kebanyakan pelajar? Apakah cara yang anda gunakan untuk mengenal pasti masalah tersebut? Apa tindakan yang biasa anda ambil? Seterusnya, kita akan pertimbangkan, bagaimana melaksanakan proses bimbingan dalam menangani masalah pelajar. 4.3.2 Melaksanakan proses bimbingan Membimbing pelajar untuk menangani masalahnya dengan berkesan adalah satu proses yang memakan masa dan melibatkan beberapa peringkat. Jadual berikut menunjukkan garis panduan mengenai lima peringkat utama dalam proses bimbingan [Nelson-Jones, R., 1997], dengan tugas-tugas yang sejajar dengannya untuk kedua-dua guru dan pelajar. Jadual 4.1 : Peringkat Dalam Proses Bimbingan Peringkat dalam proses bimbingan Peranan guru sebagai pembimbing Peranan pelajar. I. Bina perhubungan dan kenal pasti masalah  bina rapo  Menunjukkan layanan yang positif dan rasa hormat  Tingkah laku yang tidak menilai  Mahu berbincang mengenai masalah atau situasinya
  • 16.  bina saling mempercayaai & saling hormat  iltizam untuk bekerja bersama untuk matlamat yang sama  jelaskan masalah dan bentuk matlamat awal  Membentuk persekitaran yang mesra dan selesa  Menggunakan kemahiran mendengar secara aktif untuk mendengar dan memahami masalah pelajar.  Menunjukkan empati  Realistik dalam membantu pelajar menentukan matlamat awal untuk sesi tersebut.  Tidak memberi nasihat; tidak cuba menyelesaikan masalah untuk pelajar.  Menggalakkan pelajar mengambil tanggung jawab membina kemahirannya sendiri untuk mengatasi masalahnya  Beriltizam untuk mencari cara menangani masalahnya  Bekerjasama dengan gurunya dengan menepati temu janji untuk sesi bimbingan  Jujur serta ikhlas  Mengambil tanggung jawab untuk mencari penyelesaian  Berusaha membentuk matlamat awal untuk menangani situasinya II. Teroka dan fahami masalah, dan nyatakan semula masalah dalam istilah yang lebih praktikal  Mengenal pasti sumber atau sebab masalah  Meneliti & mengenal pasti komponen- komponen atau bahagian masalah.  Menterjemahkan masalah menggunakan istilah- istilah yang lebih praktikal, supaya mudah untuk kerja membimbing  Memikirkan tentang masalah tersebut dan membuat penilaian pertama mengenai situasi pelajar  Menggunakan empati dan kemahiran membuat penjelasan untuk membantu pelajar menyedari perasaannya  Menggunakan kemahiran menyoal dan membuat rumusan untuk membantu pelajar mengenal pasti punca kepada masalahnya  Bantu pelajar menyatakan semula masalahnya dengan menyatakan apa kemahiran dan perubahan sikap yang diperlukan  Bantu pelajar melihat pertalian antara tindakan dan akibatnya  Menerokai pemikiran dan perasaan sendiri  Menganalisa masalah dan mengenal pasti sebab-sebabnya  Meningkatkan kesedaran kendiri dengan sentiasa menyedar perasaannya  Memahami pertalian antara pemikiran, perasaan dan tindakan, dan akibatnya  Membentuk persepsi yang tepat mengenai masalahnya  Bertanggung jawab membuat pilihan untuk hidupnya III. Bina matlamat, terokai alternatif, buat keputusan dan rancang tindakan  Bina matlamat yang realistik untuk membina kemahiran menangani masalah dan mengubah situasi yang bermasalah itu.  Mencari penyelesaian masalah yang kreatif dan praktikal  Membuat keputusan  Merancang tindakan yang perlu diambil  Bimbing pelajar dalam proses menentukan matlamat untuk dirinya  Bantu pelajar menentukan matlamat yang realistik untuk menangani situasinya  Menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif untuk mencari penyelesaiannya sendiri dan cadangan untuk tindakan  Bimbing pelajar berfikir secara kritikal dan menilai beberapa alternatif untuk tindakan  Bimbing pelajar dengan proses membuat keputusan  Menunjukkan sikap yang positif dan optimistik, untuk memotivasi pelajar, dan memberinya keyakinan untuk membuat keputusannya sendiri  Membina keyakinan diri dan motivasi dengan menentukan matlamat dan membuat keputusan hidupnya sendiri  Menggunakan kreativiti dan kemahiran berfikir untuk menyarankan penyelesaian yang kreatif yang sesuai dengan situasinya.  Merancang tindakan yang boleh diambil dan beriltizam untuk menjalankan dan menyelesaikannya
  • 17. IV. Mengambil tindakan untuk membina kemahiran hidup, mengubah sikap dan corak tingkah laku supaya dapat berhadapan dengan situasi bermasalah dengan lebih berkesan  Belajar kemahiran baru, mengubah sikap dan corak tingkah laku  Mengambil langkah yang sesuai untuk menangani situasi bermasalah  Memberi masa dan perhatian untuk membimbing pelajar berlatih kemahiran yang diperlukan untuk mengambil tindakan seterusnya  Mengurangkan rasa bimbang pelajar dengan berlatih di tempat yang selamat terlebih dahulu, sebelum melaksanakan tindakan yang telah dipersetujui  Membimbing dan mendemonstrasikan kemahiran langkah demi langkah, tidak mengharapkannya memperoleh kemahiran dengan serta merta  Memberi peneguhan kepada pelajar dengan memberi maklum balas kepada pelajar mengenai kemajuannya  Main peranan dengan pelajar untuk membantunya berlatih kemahiran-kemahiran tersebut  Menggalakkannya untuk mencuba tingkah laku baru, yang lebih sihat dalam berhadapan dengan situasi harian dalam hidupnya.  Berbincang mengenai kebimbangan dan sangsi mengenai tindakan yang telah diputuskan  Berlatih kemahiran menangani masalah untuk menghadapi situasi bermasalah  Mengambil risiko untuk mencuba tingkah laku baru untuk mengubah amalan berfikir dan beraksi yang tidak membantu  Mengambil tindakan untuk menangani masalah atau situasinya V. Maklum balas, penilaian mengenai keberkesanan tindakan, memantau kemajuan, serta mengakhiri sesi bimbingan  Laporan-kendiri oleh pelajar mengenai kemajuannya  Pemerhatian guru atau kaunselor  Maklum balas dari guru dan orang lain mengenai keberkesanan tindakan  Penilaian semula matlamat, jika perlu  Pemantauan kemajuan pelajar dalam mengubah tingkah laku  Menamatkan sesi bimbingan  Memberi maklum balas positif dan negative mengenai usaha pelajar untuk membaiki dirinya  Menggalakkan pelajar untuk menilai dirinya serta kemajuannya  Berbincang dengan pelajar mengenai keberkesanan tindakan yang diambil, dan samada rancangan tindakan yang baru perlu dibuat  Semak dengan pelajar untuk melihat sejauh mana matlamatnya telah dicapai  Berbincang dengan pelajar mengenai menamatkan sesi bimbingan, serta kerisauan pelajar mengenainya.  Menamatkan sesi bimbingan dengan kedua-dua guru dan pelajar merasakan matlamatnya telah dicapai, atau kemajuan seterusnya tidak boleh dibuat melalui sesi ini  Jadualkan perjumpaan susulan untuk memantau kemajuan pelajar.  Berbincang secara jujur dengan gurunya mengenai kemajuannya dalam menggunakan kemahiran barunya atau dalam mengubah tingkah lakunya  Berbincang dengan gurunya mengenai kerisauan terhadap kemajuannya  Meminta maklumbalas daripada guru, rakan atau keluarganya  Sentiasa memantau kemajuannya, dan memotivasikan dirinya untuk terus memperbaiki kemahiran dan tingkah lakunya dalam menangani masalah  Menilai keberkesanan tindakannya dan pencapaian matlamat  Membuat keputusan untuk menamatkan sesi
  • 18. bimbingan, setelah berbincang dengan gurunya. Cuba buat refleksi mengenai soalan berikut… Fikirkan pengalaman yang anda telah ada mengenai membantu pelajar yang mempunyai masalah. Aspek mana yang berkesan? Apa yang tidak berkesan? Manggunakan kemahiran membimbing dan peringkat-peringkat bimbingan, apakah kelainan yang akan anda lakukan? Rumusan Topik ini membincangkan guru sebagai pembimbing. Isi-isi utamanya ialah:  Matlamat utama bimbingan ialah untuk membantu pelajar membina potensi dan kemahiran hidup supaya ia boleh menjadi individu yang sihat dan seimbang, dengan kebolehan dan sikap yang membantunya menangani cabaran dan kesukaran hidup dengan berkesan;  Prinsip melaksanakan proses bimbingan adalah berdasarkan kepada garis panduan etika seperti kerahsiaan dan hormat kepada hak pelajar untuk menerima bimbingan;  Kemahiran asas bimbingan termasuk menunjukkan layanan positif dan hormat, kemahiran mendengar dengan aktif, berempati, kemahiran menyoal, dan kemahiran membuat rumusan;  Masalah pelajar yang sering berlaku termasuk peribadi, akademik dan masalah perkembangan sosial; dan  Lima peringkat utama proses bimbingan telah diterangkan, dengan tugas-tugas guru dan murid. Berikut adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan Teks bacaan asas Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa (1994). Falsafah dan Konsep Pendidikan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
  • 19. Gutek, G.L. (1997). Philosophical and Ideological Perspectives on Education. Second Edition. Needham Heights: Allyn and Bacon. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Rujukan Ead, H.A. (1998). Averroes As A Physician. http://www.frcu.eun.eg/www/universities/html/hamed2.htm Egan, G. (1990), The Skilled Helper, (4th Ed.), Pacific Grove: Brooks/Cole Publishing Co. Armstrong, D.G., Henson, K.T. & Savage, T.V. (1995). Education: An Introduction. New York: Macmillan Publishing Company. Barrow,R. (1984). Giving Teaching Back to Teachers. A Critical Introduction to Curriculum Theory. Brighton: Wheatsheaf Books. Bondi, W. (1989). Curriculum Development: A Guide to Practice. (3rd ed.).Ohio: Merrill Publishing Co. Duke, D.L. (1990). Teaching: An Introduction. New York: McGraw-Hill Publishing Co. Eisner,E.W. (1994). The Educational Imagination. New York: Macmillan College Pub. Frazee, B. & Rudnitski, R.A. (1995). Integrated Teaching Methods. Albany, New York: Delmar Publishers. Glatthorn, A.A. (1987). Curriculum Leadership. Glenview: Scott, Foreman. Jenkins, D. (1976). Curriculum Evaluation (Unit 19 till Unit 21). Walton Hall, Milton Keynes: Open University Press. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (1992), Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah, Kuala Lumpur: DBP Nelson-Jones, R. (1997), Practical Counselling and Helping Skills, (4th Ed.), London: Cassell Publications Ozmon, H.A. & Craver, S.M. (1995). Philosophical Foundations of Education. Englewood Cliffs: Prentice Hall. Stenhouse. (1975). An Introduction to curriculum Research and Development. London: Heinemann. Taba, H. (1962). Curriculum Development: Theory and Practice. New York: Harcourt Brace and World. Tyler, R.W. ( 1969). Basic Principles of Curriculum and Instruction. Chicago: The University of the Chicago Press Teacher Education Division (2002). Education Resource Book for Lecturers. Kuala Lumpur: Ministry of Education. Teacher Education Division (1982). The Philosophy of Education (Report of the National Workshop and Survey). Kuala Lumpur: Ministry of Education. Titus, H. A. (1970). Living Issues in Philosophy. Fifth Edition. New York: Van Nostrand Reinhold Company. Raslan, Y.F. (1997). Ibn Rushd, Philosopher and Theologian. Al-Jadid, 3 (20). http://www.aljadid.com/index.html http://www.susancanthony.com/Workshops/philosophy_hand.html http://www.moe.gov.my