MZU3117 Muzik Malaysia
TAJUK 3 Muzik Bentuk Seni Lakon - Bangsawan
Sinopsis
Dalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang Bangsawan.
Hasil Pembelajaran
1. Menghuraikan ciri-ciri muzik yang diperdengarkan dari segi melodi,
harmoni, irama, tekstur, bentuk, dinamik dan warna ton. (1.2)
2. Menganalisis repertoire muzik dari segi sejarah dan asal-usul. (1.6)
3. Mengenal pasti, mengklasifikasi dan membanding beza alat muzik yang
digunakan dari segi fungsi dan jenis. (1.5)
4. Menghayati pelbagai jenis muzik tradisi tempatan. (3.2)
Kerangka Tajuk
Rajah 1: Kerangka tajuk bangsawan
8
‘Extra turns’
Alat-alat muzik:
kombinasi
alat muzik Melayu
dan alat muzik Barat
Bangsawan
Repertoir muzik
dan cerita
MZU3117 Muzik Malaysia
3.0. Pengenalan
Muzik di Tanah Melayu telah berkembang pesat mengikut peredaran zaman.
Pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20 telah menampakkan satu perubahan
yang besar dalam bentuk muzik dan hiburan. Fungsi muzik bukan lagi hanya
sebagai mengiringi upacara dan ritual untuk dipersembahkan kepada Sultan serta
golongan bangsawan istana atau dimainkan oleh rakyat di desa-desa. Akibat
perubahan dari segi suasana sosio-politik dan pendedahan penduduk bandar
kepada budaya asing telah menyumbang kepada wujudnya bentuk hiburan baru.
Kesinambungan antara hiburan moden dan hiburan tradisi menghasilkan bentuk
hiburan dan popular. Muzik popular berbeza dengan muzik rakyat kerana muzik itu
berbentuk sinkretik. Pengaruh luar dalam perkembangan muzik popular lebih
meluas berbanding dengan muzik rakyat dan klasik (Matusky dan Tan, 1997).
Akibat pertembungan budaya banyak genre muzikal telah dihasilkan. Antara genre
hiburan muzikal yang popular pada zaman itu ialah Teater Bangsawan.
3.1. Alat-alat muzik, kombinasi alat muzik Melayu dan alat muzik Barat
Pada abad ke 19 dan awal abad ke 20, teater bangsawan atau opera
Melayu ialah teater baru yang muncul akibat daripada pengaruh dari negeri Parsi.
Istilah ’bangsawan’ merujuk kepada cerita dan watak yang berkisar tentang
golongan bangsawan. Teater bangsawan mempunyai satu atau lebih cerita yang
diselang-seli dengan muzik berbentuk instrumental dan nyanyian. Teater ini
mempunyai pengaruh Barat, iaitu ia dipentaskan di pentas prosenium, mengikut
stail atau gaya panggung di Barat. Di atas pentas terdapat tirai latar (backdrop)
jalar atau ’drop sin’, kota bam atau ’side wing’, kening dan mahkota. Pentas
tersebut dipersembahkan di bawah khemah besar atau di taman-taman hiburan
(Matusky dan Tan 1997:58).
Alat muzik bangsawan bergantung kepada 3 jenis kombinasi instumental
yang biasa digunakan dalam teater bangsawan. Secara ringkasnya kombinasi atau
ensembel ini boleh disimpulkan dalam rajah di bawah:
9
MZU3117 Muzik Malaysia
Kombinasi
Ensembel
Penerangan Alat muzik Bilangan alat
Kombinasi
1
Di sebut orkestra
Melayu yang
mencontohi
orkestra tarian
Barat
Biola
Trumpet
Trombon
Saksafon
Flut
Klarinet
Piano
Gitar
Bes
Dram
Marakas
Blok kayu dan
Tamborin
Bilangan alat
muzik
bergantung
kepada berapa
bilangan
pemain muzik
yang ada
Alat-alat muzik
seperti trompet,
trombon, dan
lain-lain alat
dalam Orkestra
Melayu boleh
dikecualikan
jika tiada
pemain muzik.
Adakala hanya
piano
digunakan
Alat muzik
sentiasa
ditambah-ganti
kerana teater
bangsawan
sentiasa
mengalami
perubahan.
Kombinasi
2
Ensembel ini
menyerupai
ensembel sosial
ronggeng.
Ensembel dalam
teater
bangsawan ini
digunakan dalam
cerita Melayu
dan Jawa
Biola
Akordian
Rebana dan
Gong
* Pemain muzik biasanya akan:
-Ganti arkodian dengan piano
-Ganti rebana dengan dram
barat
-Ganti gong dengan bes
Rebana ialah alat muzik terulung dalam
bangsawan’
Kombinasi
3
Ensembel ini
dimainkan dalam
bangsawan yang
mempunyai
latarbelakang
cerita Hindustan
Harmonium
Tabla
Baya atau gendang
Rajah 2: Ketiga-tiga kombinasi ensembel dalam teater bangsawan
Cuba layari internet dan cari penerangan dan gambar alat-alat muzik yang
tersenarai di atas. Buat nota berdasarkan hasil carian anda.
10
MZU3117 Muzik Malaysia
3.2. Repertoir muzik dan cerita
3.2.1. Repertoir muzik
Repertoir bangsawan menggunakan kreativiti pencipta kerana lagu-lagunya
adalah bersifat seperti lagu barat, iaitu lagu yang menggunakan rentak-rentak
waltz, tango, foxtrot, quickstep, mac dan rentak lain yang dimainkan oleh
pancaragam barat, kumpulan teater barat, di radio yang memainkan muzik dari
piring hitam.
Setiap lagu dikaitkan dengan unsur-unsur muzik spesifik seperti rentak dan
tempo yang membantu penonton mengenali adegan, watak atau keaadaan dalam
cerita. Lagu spesifik atau lagu-lagu yang khas yang digunakan untuk
menggambarkan situasi dramatik atau mengiringi watak-watak tertentu. Lagu Nasib
ialah satu contoh repertoir yang digunakan untuk adegan penceraian, kemalangan
atau peristiwa sedih. Lagu taman pula digunakan untuk mengiringi adegan
permaisuri serta dayang-dayang yang sedang bermain di dalam taman. Lagu cakap
digunakan untuk mengiringi adegan raja, permaisuri, anak-anak raja atau menteri-
menteri sedang berdialog. Lagu strit digunakan untuk adegan watak yang sedang
berjalan di atas jalan raya. Lagu jin pula digunakan untuk mengiringi watak jin dan
lagu perang semasa peperangan (Matusky dan Tan, 1997).
Repertoir bangsawan adalah unik dan berbeza dari repertoir tradisional
kerana melodi sentiasa berubah, dan ciptaan baru sentiasa diwujudkan seperti
contoh lagu tema baru untuk cerita baru, seumpama dalam filem dan teater barat.
Terdapat tiga jenis cerita yang lazim dipersembahkan kepada penonton, iaitu
Cerita Klasik, Cerita Arab dan Cerita Melayu/Jawa. Cerita dari barat adalah
tergolong dalam cerita klasik. Repertoir muzik bangsawan ditulis berdasarkan tema
dan jalan cerita tersebut. Berikut adalah gambar rajah yang menunjukkan
hubungan keadaan dramatik, watak dengan rentak dan tempo:
11
MZU3117 Muzik Malaysia
Situasi
dramatik/Watak
Rentak/tempo
Cerita Klasik
Rentak/tempo
Cerita Arab
Rentak/tempo
Cerita Melayu/Jawa
Lagu Nasib waltz lambat,
foxtrot lambat
masri lambat,
asli lambat
asli lambat
Lagu Taman waltz lambat, waltz cepat,
foxtrot, quickstep
inang/ masri inang, masri, asli cepat
Lagu Cakap waltz cepat waltz cepat, masri asli cepat , inang
Lagu Strit mac, quickstep, foxstrot mac, quickstep asli cepat , inang
Lagu Jin mac , quickstep mac , quickstep tidak ada
Lagu Perang Mac mac joget/ inang
Rajah 3 : hubungan keadaan dramatik, watak dengan rentak dan tempo
Beberapa contoh lagu yang digunakan dalam persembahan bangsawan
yang mengaitkan adegan, watak atau situasi cerita dengan rentak dan tempo
adalah seperti Lagu Penceraian Jula Juli dengan Sultan (lagu nasib) yang
mengunakan rentak waltz lambat dalam Cerita klasik dan Arab, Lagu Puja Kamati
Darsha Alam (lagu nasib) dengan rentak asli lambat, Lagu Donau Walen (lagu
cakap) dengan rentak waltz cepat, dan Lagu Che Wan Gayah (lagu taman, lagu
cakap dan lagu strit) dalam cerita Melayu dan Jawa. Secara umum tempo yang
lambat menunjukkan kesedihan dan tempo yang rancak untuk menggambarkan
suasana riang (Matusky dan Tan, 1997:60)
12
MZU3117 Muzik Malaysia
Gambar 1 : Salah satu adegan dalam cerita Jula Juli Bintang Tiga
3.2.2. Cerita
Bangsawan bersifat komersial oleh itu ia diiklankan melalui risalah, radio,
surat khabar dan surat siaran. Teater komersial ini akan mengunjungi Bandar-
bandar di Semenanjung, Singapura, Sumatera, Jawa dan Borneo sepanjang tahun.
Teater seumpama ini telah menarik minat penonton, pelakon dan tauke dari
pelbagai kaum. Kumpulan bangsawan yang terkenal diuruskan oleh tauke dari
berbagai bangsa seperti Dean’s Opera, Opera Nooran, Wayang Yap Chow Thong,
Pushi Indera Bangsawan dan Wayang Kassim (Matusky dan Tan, 1997).
Gambar 2 : Dua jenis iklan teater bangsawan : kiri- iklan dari surat-khabar
pada tahun 1926 dan kanan- iklan berbentuk poster tahun 2010
13
MZU3117 Muzik Malaysia
Cerita dalam bangsawan adalah berbeza jika dibandingkan dengan teater
rakyat kerana ia bersifat komersial. Cerita bangsawan sentiasa dalam corak aneka
warna. Hal ini menyebabkan kemunculan tiga jenis cerita bagi memenuhi selera
audiens pelbagai kaum, iaitu Cerita Klasik, Cerita Arab dan Cerita Melayu/ Jawa.
Terdapat juga cerita bangsawan barat dipersembahkan. Matusky dan Tan
(1997:59) menyatakan beberapa cerita yang popular termasuklah Laksamana
Bentan (Melayu), Laila Majnun (Arab), Sam Pek Eng Tai (Cina), Puteri Bakawali
(Hindustan) dan Hamlet (Barat/Klasik).
Gambar 3: Satu adegan dari cerita ‘Hamlet’ iaitu cerita Barat.
Gambar 4: Adegan dari cerita ‘Lela Manja’ iaitu cerita Melayu.
14
MZU3117 Muzik Malaysia
3.3. ‘Extra turn’
Pementasan bangsawan terdiri dari sebuah atau lebih dari sebuah cerita
dengan diiringi lagu-lagu selingan atau ‘extra turn’ yang dipersembahkan apabila
set ditukar. Tirai latar atau ‘back sin’ menunjukkan permandangan untuk cerita atau
adegan yang tertentu. Babak cerita akan bertukar apabila sin atau backdrop
diubah. Semasa itu muzik selingan yang mengiringinya turut berubah dan memberi
warna kepada cerita seterusnya.
Gambar 5: Beberapa jenis backdrop atau tirai mengikut adegan cerita.
Bincang dengan rakan dan pensyarah anda mengenai elemen-elemen muzik yang
terdapat dalam Muzik Bangsawan.
RUJUKAN
Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik,
Rakyat dan Sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre.
15
MZU3117 Muzik Malaysia
Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Pengantar Muzik Malaysia, Buku
1, Pulau Pinang: The Asian Centre.
16
MZU3117 Muzik Malaysia
Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Pengantar Muzik Malaysia, Buku
1, Pulau Pinang: The Asian Centre.
16

BANGSAWAN

  • 1.
    MZU3117 Muzik Malaysia TAJUK3 Muzik Bentuk Seni Lakon - Bangsawan Sinopsis Dalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang Bangsawan. Hasil Pembelajaran 1. Menghuraikan ciri-ciri muzik yang diperdengarkan dari segi melodi, harmoni, irama, tekstur, bentuk, dinamik dan warna ton. (1.2) 2. Menganalisis repertoire muzik dari segi sejarah dan asal-usul. (1.6) 3. Mengenal pasti, mengklasifikasi dan membanding beza alat muzik yang digunakan dari segi fungsi dan jenis. (1.5) 4. Menghayati pelbagai jenis muzik tradisi tempatan. (3.2) Kerangka Tajuk Rajah 1: Kerangka tajuk bangsawan 8 ‘Extra turns’ Alat-alat muzik: kombinasi alat muzik Melayu dan alat muzik Barat Bangsawan Repertoir muzik dan cerita
  • 2.
    MZU3117 Muzik Malaysia 3.0.Pengenalan Muzik di Tanah Melayu telah berkembang pesat mengikut peredaran zaman. Pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20 telah menampakkan satu perubahan yang besar dalam bentuk muzik dan hiburan. Fungsi muzik bukan lagi hanya sebagai mengiringi upacara dan ritual untuk dipersembahkan kepada Sultan serta golongan bangsawan istana atau dimainkan oleh rakyat di desa-desa. Akibat perubahan dari segi suasana sosio-politik dan pendedahan penduduk bandar kepada budaya asing telah menyumbang kepada wujudnya bentuk hiburan baru. Kesinambungan antara hiburan moden dan hiburan tradisi menghasilkan bentuk hiburan dan popular. Muzik popular berbeza dengan muzik rakyat kerana muzik itu berbentuk sinkretik. Pengaruh luar dalam perkembangan muzik popular lebih meluas berbanding dengan muzik rakyat dan klasik (Matusky dan Tan, 1997). Akibat pertembungan budaya banyak genre muzikal telah dihasilkan. Antara genre hiburan muzikal yang popular pada zaman itu ialah Teater Bangsawan. 3.1. Alat-alat muzik, kombinasi alat muzik Melayu dan alat muzik Barat Pada abad ke 19 dan awal abad ke 20, teater bangsawan atau opera Melayu ialah teater baru yang muncul akibat daripada pengaruh dari negeri Parsi. Istilah ’bangsawan’ merujuk kepada cerita dan watak yang berkisar tentang golongan bangsawan. Teater bangsawan mempunyai satu atau lebih cerita yang diselang-seli dengan muzik berbentuk instrumental dan nyanyian. Teater ini mempunyai pengaruh Barat, iaitu ia dipentaskan di pentas prosenium, mengikut stail atau gaya panggung di Barat. Di atas pentas terdapat tirai latar (backdrop) jalar atau ’drop sin’, kota bam atau ’side wing’, kening dan mahkota. Pentas tersebut dipersembahkan di bawah khemah besar atau di taman-taman hiburan (Matusky dan Tan 1997:58). Alat muzik bangsawan bergantung kepada 3 jenis kombinasi instumental yang biasa digunakan dalam teater bangsawan. Secara ringkasnya kombinasi atau ensembel ini boleh disimpulkan dalam rajah di bawah: 9
  • 3.
    MZU3117 Muzik Malaysia Kombinasi Ensembel PeneranganAlat muzik Bilangan alat Kombinasi 1 Di sebut orkestra Melayu yang mencontohi orkestra tarian Barat Biola Trumpet Trombon Saksafon Flut Klarinet Piano Gitar Bes Dram Marakas Blok kayu dan Tamborin Bilangan alat muzik bergantung kepada berapa bilangan pemain muzik yang ada Alat-alat muzik seperti trompet, trombon, dan lain-lain alat dalam Orkestra Melayu boleh dikecualikan jika tiada pemain muzik. Adakala hanya piano digunakan Alat muzik sentiasa ditambah-ganti kerana teater bangsawan sentiasa mengalami perubahan. Kombinasi 2 Ensembel ini menyerupai ensembel sosial ronggeng. Ensembel dalam teater bangsawan ini digunakan dalam cerita Melayu dan Jawa Biola Akordian Rebana dan Gong * Pemain muzik biasanya akan: -Ganti arkodian dengan piano -Ganti rebana dengan dram barat -Ganti gong dengan bes Rebana ialah alat muzik terulung dalam bangsawan’ Kombinasi 3 Ensembel ini dimainkan dalam bangsawan yang mempunyai latarbelakang cerita Hindustan Harmonium Tabla Baya atau gendang Rajah 2: Ketiga-tiga kombinasi ensembel dalam teater bangsawan Cuba layari internet dan cari penerangan dan gambar alat-alat muzik yang tersenarai di atas. Buat nota berdasarkan hasil carian anda. 10
  • 4.
    MZU3117 Muzik Malaysia 3.2.Repertoir muzik dan cerita 3.2.1. Repertoir muzik Repertoir bangsawan menggunakan kreativiti pencipta kerana lagu-lagunya adalah bersifat seperti lagu barat, iaitu lagu yang menggunakan rentak-rentak waltz, tango, foxtrot, quickstep, mac dan rentak lain yang dimainkan oleh pancaragam barat, kumpulan teater barat, di radio yang memainkan muzik dari piring hitam. Setiap lagu dikaitkan dengan unsur-unsur muzik spesifik seperti rentak dan tempo yang membantu penonton mengenali adegan, watak atau keaadaan dalam cerita. Lagu spesifik atau lagu-lagu yang khas yang digunakan untuk menggambarkan situasi dramatik atau mengiringi watak-watak tertentu. Lagu Nasib ialah satu contoh repertoir yang digunakan untuk adegan penceraian, kemalangan atau peristiwa sedih. Lagu taman pula digunakan untuk mengiringi adegan permaisuri serta dayang-dayang yang sedang bermain di dalam taman. Lagu cakap digunakan untuk mengiringi adegan raja, permaisuri, anak-anak raja atau menteri- menteri sedang berdialog. Lagu strit digunakan untuk adegan watak yang sedang berjalan di atas jalan raya. Lagu jin pula digunakan untuk mengiringi watak jin dan lagu perang semasa peperangan (Matusky dan Tan, 1997). Repertoir bangsawan adalah unik dan berbeza dari repertoir tradisional kerana melodi sentiasa berubah, dan ciptaan baru sentiasa diwujudkan seperti contoh lagu tema baru untuk cerita baru, seumpama dalam filem dan teater barat. Terdapat tiga jenis cerita yang lazim dipersembahkan kepada penonton, iaitu Cerita Klasik, Cerita Arab dan Cerita Melayu/Jawa. Cerita dari barat adalah tergolong dalam cerita klasik. Repertoir muzik bangsawan ditulis berdasarkan tema dan jalan cerita tersebut. Berikut adalah gambar rajah yang menunjukkan hubungan keadaan dramatik, watak dengan rentak dan tempo: 11
  • 5.
    MZU3117 Muzik Malaysia Situasi dramatik/Watak Rentak/tempo CeritaKlasik Rentak/tempo Cerita Arab Rentak/tempo Cerita Melayu/Jawa Lagu Nasib waltz lambat, foxtrot lambat masri lambat, asli lambat asli lambat Lagu Taman waltz lambat, waltz cepat, foxtrot, quickstep inang/ masri inang, masri, asli cepat Lagu Cakap waltz cepat waltz cepat, masri asli cepat , inang Lagu Strit mac, quickstep, foxstrot mac, quickstep asli cepat , inang Lagu Jin mac , quickstep mac , quickstep tidak ada Lagu Perang Mac mac joget/ inang Rajah 3 : hubungan keadaan dramatik, watak dengan rentak dan tempo Beberapa contoh lagu yang digunakan dalam persembahan bangsawan yang mengaitkan adegan, watak atau situasi cerita dengan rentak dan tempo adalah seperti Lagu Penceraian Jula Juli dengan Sultan (lagu nasib) yang mengunakan rentak waltz lambat dalam Cerita klasik dan Arab, Lagu Puja Kamati Darsha Alam (lagu nasib) dengan rentak asli lambat, Lagu Donau Walen (lagu cakap) dengan rentak waltz cepat, dan Lagu Che Wan Gayah (lagu taman, lagu cakap dan lagu strit) dalam cerita Melayu dan Jawa. Secara umum tempo yang lambat menunjukkan kesedihan dan tempo yang rancak untuk menggambarkan suasana riang (Matusky dan Tan, 1997:60) 12
  • 6.
    MZU3117 Muzik Malaysia Gambar1 : Salah satu adegan dalam cerita Jula Juli Bintang Tiga 3.2.2. Cerita Bangsawan bersifat komersial oleh itu ia diiklankan melalui risalah, radio, surat khabar dan surat siaran. Teater komersial ini akan mengunjungi Bandar- bandar di Semenanjung, Singapura, Sumatera, Jawa dan Borneo sepanjang tahun. Teater seumpama ini telah menarik minat penonton, pelakon dan tauke dari pelbagai kaum. Kumpulan bangsawan yang terkenal diuruskan oleh tauke dari berbagai bangsa seperti Dean’s Opera, Opera Nooran, Wayang Yap Chow Thong, Pushi Indera Bangsawan dan Wayang Kassim (Matusky dan Tan, 1997). Gambar 2 : Dua jenis iklan teater bangsawan : kiri- iklan dari surat-khabar pada tahun 1926 dan kanan- iklan berbentuk poster tahun 2010 13
  • 7.
    MZU3117 Muzik Malaysia Ceritadalam bangsawan adalah berbeza jika dibandingkan dengan teater rakyat kerana ia bersifat komersial. Cerita bangsawan sentiasa dalam corak aneka warna. Hal ini menyebabkan kemunculan tiga jenis cerita bagi memenuhi selera audiens pelbagai kaum, iaitu Cerita Klasik, Cerita Arab dan Cerita Melayu/ Jawa. Terdapat juga cerita bangsawan barat dipersembahkan. Matusky dan Tan (1997:59) menyatakan beberapa cerita yang popular termasuklah Laksamana Bentan (Melayu), Laila Majnun (Arab), Sam Pek Eng Tai (Cina), Puteri Bakawali (Hindustan) dan Hamlet (Barat/Klasik). Gambar 3: Satu adegan dari cerita ‘Hamlet’ iaitu cerita Barat. Gambar 4: Adegan dari cerita ‘Lela Manja’ iaitu cerita Melayu. 14
  • 8.
    MZU3117 Muzik Malaysia 3.3.‘Extra turn’ Pementasan bangsawan terdiri dari sebuah atau lebih dari sebuah cerita dengan diiringi lagu-lagu selingan atau ‘extra turn’ yang dipersembahkan apabila set ditukar. Tirai latar atau ‘back sin’ menunjukkan permandangan untuk cerita atau adegan yang tertentu. Babak cerita akan bertukar apabila sin atau backdrop diubah. Semasa itu muzik selingan yang mengiringinya turut berubah dan memberi warna kepada cerita seterusnya. Gambar 5: Beberapa jenis backdrop atau tirai mengikut adegan cerita. Bincang dengan rakan dan pensyarah anda mengenai elemen-elemen muzik yang terdapat dalam Muzik Bangsawan. RUJUKAN Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre. 15
  • 9.
    MZU3117 Muzik Malaysia Matusky,Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Pengantar Muzik Malaysia, Buku 1, Pulau Pinang: The Asian Centre. 16
  • 10.
    MZU3117 Muzik Malaysia Matusky,Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Pengantar Muzik Malaysia, Buku 1, Pulau Pinang: The Asian Centre. 16