SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
Download to read offline
X
P
T
p
TT
X PENG
Pernahkah an
Teater Muzika
penonton di P
Sum
TToopp
22
HASIL
Pada akhi
1. Men
2. Men
3. Men
4. Mem
GENALAN
nda mendeng
al Puteri Gun
anggung Bud
R
mber: http://w
ppiikk X
L PEMBE
ir topik ini, an
nyatakan mak
njelaskan mak
nghuraikan m
mbezakan dua
N
gar tentang T
nung Ledang
daya pada tah
ajah 2.1: Puteri
www.fl ickr.com
X Kes
Me
Tra
ELAJARA
nda seharusny
ksud dan genr
ksud dan genr
maksud dan ge
a kumpulan u
Teater Muzik
(Rajah 2.1) te
hun 2006.
i Gunung Leda
m/photos/moh
susa
elayu
adisi
AN
ya dapat:
re naratif lisan
re naratif tuli
enre prosa tul
utama puisi M
kal Puteri Gu
lah dipersem
ang
hdimran/76727
astera
u:
ional
n;
san;
lisan bukan n
Melayu tradis
unung Ledan
mbahkan kepa
7710/
aan
l
naratif; dan
ional.
ng?
ada
TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL W 25
Persembahan itu telah mendapat sambutan hangat daripada penonton. Tahukah
anda bahawa cerita itu diambil daripada khazanah Kesusasteraan Melayu
Tradisional?
Kita harus menyedari bahawa ketika membuat penelitian terhadap hasil-hasil
Kesusasteraan Melayu, kesusasteraan tradisional mempunyai peranan yang
sangat penting di samping kesusasteraan moden. Ini kerana komponen pertama
itulah yang menjadi akar kepada komponen kedua.
Kesusasteraan Melayu Tradisional terbahagi kepada dua kumpulan iaitu prosa
dan puisi. Karya-karya dalam kategori prosa Melayu tradisional terbahagi
kepada dua cabang utama iaitu prosa naratif dan prosa bukan naratif.
Dari sudut lain, kita boleh membahagikan prosa Melayu tradisional kepada tiga
kategori utama iaitu naratif lisan, naratif tulisan dan prosa tradisional bukan
naratif (Rajah 1.2). Ketiga-tiga kategori dalam Rajah 2.2 ini mempunyai genrenya
yang tersendiri.
Rajah 2.2: Tiga kategori utama prosa Melayu tradisional
Begitu juga karya dalam kategori puisi. Ia juga mempunyai pecahan dan
genrenya yang tersendiri. Semua ini akan anda pelajari dalam topik kedua ini.
Apakah yang anda faham dengan prosa dan puisi? Bincangkan
bersama rakan-rakan dan buat perbandingan jawapan anda.
AKTIVITI 2.1
X TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL26
NARATIF LISAN
Apakah yang dimaksudkan dengan naratif lisan?
Perkara ini berlaku kerana pada suatu masa dahulu wujud tukang cerita
profesional iaitu ppenglipur lara yang menyampaikan cerita lisan kepada
khalayak. Di samping itu, cerita lisan turut disampaikan oleh orang-orang tua
kepada anak atau cucu mereka dari semasa ke semasa sehingga cerita-cerita
tersebut menjadi warisan bangsa.
Terdapat tiga genre dalam naratif lisan Melayu iaitu mmitos, llegenda dan ccerita
rakyat (Rajah 2.3).
Rajah 2.3: Naratif lisan Melayu
Dalam ccerita rakyat, ia terbahagi kepada tiga subgenre iaitu ccerita jenaka, ccerita
binatang dan ccerita dongeng. Kesemua genre dan subgenre yang telah
disebutkan tadi mempunyai bentuk, ciri dan fungsi yang tersendiri.
2.1.1 Mitos
Apakah yang anda faham tentang mitos? Apakah maksudnya?
Mitos ialah nnaratif lisan paling tua dalam masyarakat di dunia ini. Ia
mengandungi ccerita tentang dewa-dewi, bberunsur keagamaan dan ddianggap
benar oleh masyarakat yang melahirkannya.
Naratif lisan dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional ialah karya yang
menjadi milik masyarakat, disebarkan dari mulut ke mulut dan
diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.
2.1
TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL W 27
Di samping itu, mitos juga mengandungi unsur kuasa ajaib, semangat, roh, tidak
berdasarkan logik dan tidak cenderung kepada sejarah. Namun demikian, isi-
isinya dianggap kudus oleh pendukungnya.
Sebagai contoh, Gunung Jerai dikatakan berasal daripada sebuah kapal yang
membawa Tuan Puteri Jerai. Teguran Sang Gedembai telah menyebabkan
kesemuanya bertukar menjadi gunung. Hikayat Banjar pula mengisahkan Tuan
Puteri Tanjung yang berasal daripada buih. Dalam Sejarah Melayu pula, ia
mengaitkan jurai keturunan raja-raja Melayu dengan Iskandar Zulkarnain dari
Makadonia.
Pernahkah anda mendengar tentang mitos tapak kaki kambing? Kononnya, kulit
keras pada tapak kambing dikatakan berasal daripada kasut ayam yang enggan
dipulangkannya. Sebab itulah ayam selalu berkokok seolah-olah menyebut
„pulangkan kasut aku‰.
Mitos lain ialah tentang nama negeri Melaka. Ia dikatakan diambil daripada
nama pokok tempat Raja Iskandar bersandar semasa menyaksikan anjing
perburuan baginda ditendang oleh pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam air.
Walau bagaimanapun, mitos tidak lagi wujud dalam Kesusasteraan Melayu
Tradisional pada masa ini. Perkara ini berlaku semenjak orang Melayu memeluk
agama Islam. Mereka tidak lagi mempercayai dewa-dewi dan semua kejadian
yang dianggap tahyul. Jika ada sekalipun, kehadirannya dianggap sebagai cerita
dongeng tinggalan zaman pra-Islam.
2.1.2 Legenda
Tahukah anda apa maksud legenda?
Selalunya, perwatakan tokoh-tokoh dalam cerita ini dilebih-lebihkan untuk
menambah kesan dramatik terhadap cerita tersebut. Genre ini selalu dianggap
benar kerana mempunyai tanda atau simbol secara realiti yang menyamai cerita
yang disampaikan. Contohnya, di Sumatera, terdapat sebuah batu yang
berbentuk manusia. Ia dikatakan sebagai Malim Kundang yang telah disumpah
menjadi batu oleh ibunya.
Legenda ialah cerita tentang wwatak manusia yang pernah hidup atau
dipercayai pernah hidup dan ada hubungan dengan ssejarah.
X TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL28
Legenda terbahagi kepada empat kategori seperti yang disenaraikan dalam
Rajah 2.4.
Rajah 2.4: Empat kategori legenda
Legenda pendosa menceritakan aanak derhaka yang disumpah ibunya sehingga
menjadi batu. Contoh adalah seperti Cerita Nakhoda Tanggang dan Malim
Kundang.
Dalam masyarakat Melayu terdapat cerita-cerita lisan tentang langsuir, toyol,
pelesit, puntianak dan hantu raya. Cerita ini tergolong dalam llegenda memorat
iaitu ccerita tentang hantu dan makhluk halus.
Legenda tokoh ternama mengisahkan tentang ttokoh agama dan ttokoh sejarah.
Tokoh sejarah pula terbahagi kepada dua iaitu ttokoh sejarah setempat dan ttokoh
sejarah menjelajah.
Tokoh sejarah setempat yang paling popular ialah Hang Tuah. Cerita tokoh
sejarah menjelajah pula ialah legenda yang dibawa masuk dari negeri asing ke
Alam Melayu. Tokoh sejarah menjelajah yang terkenal di seluruh dunia ialah
Iskandar Zulkarnain.
Akhir sekali, llegenda tempat pula menceritakan aasal usul nama sesuatu tempat.
Misalnya, Samudera mendapat nama setelah rajanya terlihat semut besar.
2.1.3 Cerita Rakyat
Apakah yang boleh anda katakan untuk menerangkan maksud cerita rakyat?
Cerita rakyat merupakan rrekaan dan disampaikan secara llisan daripada satu
generasi ke satu generasi. Ia merupakan hhasil tinggalan nenek moyang, ttidak
diketahui penciptanya dan dianggap sebagai mmilik bersama.
TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL W 29
Corak masyarakat yang melahirkan cerita rakyat ialah masyarakat kecil yang
hampir tertutup dan terpencil seperti masyarakat tani atau nelayan yang tinggal
di pedalaman atau pesisir pantai. Cerita jenis ini menjadi sumber hiburan, bahan
pengajaran, alat untuk mengenali warisan nenek moyang dan alat komunikasi.
Terdapat ttiga jenis cerita rakyat iaitu ccerita jenaka, ccerita binatang dan ccerita
dongeng.
(a) Cerita Jenaka
Anda atau mungkin juga anak anda akan ketawa terbahak-bahak apabila
menonton aksi lucu lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filem
Nujum Pak Belalang. Begitu juga apabila menonton lakonan yang serupa
oleh Allahyarham A. R. Tompel dalam filem Abu Nawas. Tahukah anda
bahawa kedua-dua filem ini diadaptasi daripada cerita jenaka yang
terdapat dalam khazanah Kesusasteraan Melayu Tradisional?
Cerita jenaka adalah berlatarkan rakyat biasa. Watak-watak utamanya ialah
manusia biasa dan bukannya golongan bangsawan atau raja-raja dalam
suasana masyarakat Melayu lama. Lokasi penceritaannya pula ialah di
kawasan desa. Subgenre ini mengisahkan tindakan-tindakan watak utama
yang menimbulkan kelucuan.
Antara faktor yang menimbulkan kelucuan ialah:
(i) Sifat watak yang terlalu bodoh atau terlalu pintar. Contohnya, Pak
Pandir dan Pak Belalang.
(ii) Kewujudan unsur-unsur kebetulan dalam cerita.
(iii) Kelucuan yang ditimbulkan oleh plot cerita.
(iv) Kewujudan permainan kata-kata yang melucukan.
Cerita jenaka Melayu yang popular ialah Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai
Malang, Pak Belalang dan Mat Jenin. Cerita jenaka yang dipinjam daripada
luar atau disadur ke bahasa Melayu ialah Abu Nawas dan Musang
Berjanggut.
Apakah fungsi cerita jenaka? Subgenre ini berperanan sebagai alat yang
berfungsi untuk mmenghibur, mmengkritik masyarakat, mmemberi pengajaran
dan mmenggambarkan sistem sosial dalam masyarakat Melayu lama.
X TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL30
(b) Cerita Binatang
Apakah maksud cerita binatang?
Haiwan yang diberi sifat manusia menjadi watak utama dalam cerita jenis
ini. Terdapat ttiga jenis cerita binatang dalam Kesusasteraan Melayu
Tradisional seperti yang diterangkan dalam Jadual 2.1.
Jadual 2.1: Tiga Jenis Cerita Binatang dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional
Jenis Cerita Huraian
Asal Usul x Menceritakan tentang asal usul harimau, beruang dan lain-lain.
x Diambil daripada cerita-cerita mitos.
x Tujuannya untuk memberi pengetahuan dan pendidikan kepada
masyarakat di samping memberi hiburan.
Dongeng
Binatang
(Fable)
x Bertujuan untuk memberi teladan dan pengajaran serta nasihat
yang berguna kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa.
x Menggunakan watak dan perwatakan yang diberikan kepada
binatang-binatang tertentu; kritikan terhadap sifat-sifat manusia
yang tamak, malas, penipu, kejam dan sebagainya.
x Contoh: cerita anjing dengan bayang-bayang dan arnab berlumba
dengan kura-kura.
Epik
Binatang
(Beast Epic)
x Merupakan cerita binatang yang paling popular dalam sesebuah
masyarakat.
x Ceritanya berpusat kepada satu pelaku atau watak utama
sahaja. Contohnya watak Sang Kancil atau pelanduk yang
merupakan watak utama.
x Dua buah epik binatang yang terkenal dalam masyarakat Melayu
ialah Hikayat Sang Kancil dan Hikayat Pelanduk Jenaka.
(c) Cerita Dongeng
Tahukah anda bahawa sastera rakyat Melayu berbentuk naratif yang
terkenal ialah cerita dongeng? Apakah maksudnya?
Cerita dongeng bermaksud cerita yang ddiada-adakan kejadian atau
kewujudannya.
Cerita binatang ialah ccerita teladan yang secara tersirat mengandungi
pengajaran.
TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL W 31
Ia boleh dibahagikan kepada ddua jenis iaitu llipur lara dan ccerita teladan.
Apakah yang dimaksudkan dengan lipur lara?
Isi lipur lara merupakan naratif rrekaan semata-mata. Kesemuanya
disampaikan secara lisan dan diturunkan dari satu generasi ke satu
generasi yang lain. Lipur lara ialah warisan nenek moyang orang Melayu.
Pengarangnya tidak diketahui. Anggota masyarakat menganggapnya
sebagai milik bersama. Cerita jenis ini lahir dalam masyarakat yang bersifat
tertutup dan terpencil. Kandungannya berpusat pada golongan bangsawan.
Kewujudannya terdedah kepada pengubahsuaian sama ada dalam bentuk
penambahan, pengurangan atau pembuangan.
Tema utama lipur lara ialah ppengembaraan. Tema lain ialah percintaan dan
peperangan. Watak-watak utamanya ialah putera dan puteri raja. Fokus
pengisahan ialah pengembaraan putera raja selaku wira dan puteri raja
selaku wirawati. Walau apa pun yang berlaku, ceritanya pasti berakhir
dengan kesudahan yang gembira (happy ending).
Struktur lipur lara terbahagi kepada tiga bahagian iaitu ppengenalan,
perkembangan dan ppeleraian. Bahagian pengenalan terisi dengan kelahiran
luar biasa wira dan wirawati. Bahagian perkembangan terisi dengan
pengembaraan dan pertarungan. Pertarungan melibatkan penggunaan alat
magis seperti pedang sakti. Bahagian peleraian pula mengisahkan kejayaan
wira.
Dari segi watak dan perwatakan, wira memiliki paras yang tampan dan
memiliki alat magis. Manakala wirawati memiliki wajah yang cantik.
Mereka mempunyai pengikut atau pembantu yang setia. Pengikut setia
wira dipanggil Bujang Selamat. Pembantu wirawati dipanggil Si Kembang
Cina. Di samping itu terdapat seorang perempuan tua yang selalu
menghulurkan pertolongan. Dia dipanggil nenek kebayan.
Terdapat pantun, gurindam, seloka, talibun serta bahasa berirama
digunakan dalam bahagian tertentu lipur lara. Puisi-puisi tersebut
digunakan untuk menggambarkan kebesaran dan kemuliaan golongan
istana, kemeriahan majlis dan kegagahan wira yang luar biasa.
Lipur lara ditakrifkan sebagai rroman rakyat (folk romances). Lipur
bermaksud hibur. Orang yang menghibur disebut sebagai ppenglipur.
Lara bermaksud sedih. Oleh itu, maksud istilah itu ialah mmenghiburkan
orang.
X TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL32
Antara cerita lipur lara yang dikenali ramai ialah Hikayat Malim Deman,
Hikayat Malim Dewa, Hikayat Raja Muda dan Hikayat Awang Sulung
Merah Muda.
Sekarang kita beralih pula kepada jenis cerita dongeng kedua iaitu cerita
teladan. Apakah yang dimaksudkan dengan cerita teladan?
Misalnya, jangan sekali-kali menggores hati ibu kerana akibatnya amat
buruk. Ibu yang tergores hatinya „dimakan‰ batu seperti dalam cerita Batu
Belah Batu Bertangkup. Cerita ini juga mengajar khalayak mengenang jasa
orang lain seperti yang dilakukan oleh Melur. Teladan yang lain ialah
penganiayaan membawa bencana. Ini disampaikan dalam cerita Bawang
Putih Bawang Merah.
NARATIF TULISAN
Tahukah anda bahawa naratif tulisan wujud dalam bahasa Melayu setelah Islam
menganugerahkan tulisan Jawi? Sungguhpun sebelum Islam sudah ada tulisan,
tetapi penggunaannya tidak meluas.
Karya dalam kumpulan ini terbahagi kepada tiga genre iaitu ssastera hikayat,
sastera epik dan ssastera sejarah.
2.2
Cerita teladan mempunyai struktur yang sama dengan lipur lara.
Perbezaannya terletak pada ttema dan ppersoalannya. Oleh sebab itu, plot
yang disampaikan membawa maksud memberi ccontoh teladan kepada
khalayak.
1. Jelaskan perbezaan antara mitos dengan legenda.
2. Anda telah pun mengetahui maksud „lipur lara‰. Cuba anda
berikan definisinya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.
AKTIVITI 2.2
TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL W 33
Sastera hikayat pula terbahagi kepada lima subgenre iaitu hhikayat romantik,
hikayat tentang Nabi Muhammad SSAW, hhikayat nabi-nabi, hhikayat tokoh agama
dan hhikayat berbingkai. SSastera epik pula terbahagi kepada dua subgenre iaitu
epik Melayu-Islam dan eepik kebangsaan. Akhir sekali bagi ssastera sejarah, dua
genre pecahannya ialah pprosa dan ppuisi. Rajah 2.5 berikut meringkaskan genre
dalam naratif tulisan.
Rajah 2.5: Genre dalam naratif tulisan
Kesemua genre ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam subtopik
seterusnya.
2.2.1 Sastera Hikayat
Kata „hikayat‰ adalah berasal daripada kata „haka‰ dalam bahasa Arab atau
„hekaye‰ dalam bahasa Parsi. Ia bermaksud ccerita panjang berbentuk prosa dan
isinya ialah ccerita rekaan, llegenda dan sebagainya.
Genre ini tidak diketahui pengarangnya, tarikh dikarang atau disalin. Ia
menggunakan kata-kata „sahibul-hikayat‰ atau „yang empunya cerita‰ atau
„kata yang empunya cerita‰ sebagai rujukan pengarang.
Hikayat mengisahkan golongan bangsawan, pembesar-pembesar atau para
pedagang. Pada peringkat awal, hikayat disadur atau diterjemahkan daripada
bahasa Arab atau Parsi. Struktur ceritanya bermula dengan pengenalan, diikuti
dengan perkembangan dan diakhiri dengan peleraian yang berbentuk penamat
yang gembira (happy ending).
X TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL34
Sastera hikayat ini boleh dibahagikan kepada lima subgenre seperti yang
diterangkan dalam Jadual 2.3.
Jadual 2.3: Lima Subgenre dalam Sastera Hikayat
Subgenre Huraian
Hikayat Nabi
Muhammad SAW
Merupakan genre yang pertama sekali berkembang di Alam
Melayu. Aktiviti budaya seperti sambutan maulid, membaca kisah
mikraj dan sambutan awal Muharram menyumbang kepada
perkembangannya. Contohnya Hikayat Bulan Berbelah dan
Hikayat Nabi Wafat. Hikayat yang pertama menceritakan anak
raja mendapat semula kaki dan tangannya yang hilang. Antara
cerita dalam hikayat kedua ialah wajah orang yang mencium
pusat Rasulullah menjadi berseri-seri. Unsur ini sebenarnya mitos,
legenda dan khayalan pengarangnya sahaja.
Hikayat Nabi Berdasarkan kisah yang terdapat dalam al-Quran. Kisahnya
bermula daripada Nabi Adam hingga Nabi Isa. Sebahagian isinya
menyampaikan ajaran tauhid. Amanatnya menekankan
pentingnya mengamalkan ajaran Islam. Namun demikian, kisah-
kisah yang dimaksudkan itu menggunakan latar belakang sejarah
tetapi diolah dengan menggunakan daya kreatif melalui mitos
dan legenda serta memasukkan unsur-unsur keindahan untuk
menarik perhatian khalayak. Oleh sebab itu, cerita jenis ini hanya
baik untuk dikaji tetapi tidak boleh dijadikan pegangan.
Hikayat Tokoh
Islam
Ia mengandungi kisah sahabat Rasulullah SAW dan orang-orang
soleh. Contohnya Hikayat Tamim al-Dari, Hikayat Ali Kahwin
dan Hikayat Sultan Ibrahim bin Adham. Hikayat yang pertama
berunsur dakwah. Isinya memberi gambaran tentang alam
akhirat, menyatakan balasan perbuatan baik dan jahat serta
hukum-hukum Islam. Hikayat yang kedua berunsur Syiah. Isinya
menggambarkan Allah memberi wahyu menyuruh Rasulullah
SAW menikahkan Fatimah dengan Ali. Hal ini dilakukan
pengarang berfahaman Syiah untuk meninggikan status Saidina
Ali. Hikayat ketiga pula menceritakan tokoh yang mengamalkan
ajaran sufi. Oleh itu, beliau digambarkan menolak keduniaan
untuk mencari ketakwaan.
Hikayat Romantik Bermaksud roman atau cerita yang menggambarkan
pengembaraan dan/atau percintaan antara watak utamanya.
Fokus pengisahannya ialah golongan bangsawan atau saudagar.
Strukturnya terbahagi kepada tiga iaitu pengenalan,
perkembangan dan peleraian yang biasanya berakhir dengan
kegembiraan. Hikayat romantik dalam bahasa Melayu
kebanyakannya diterjemah daripada karya-karya Arab-Parsi.
Antaranya ialah Hikayat Jauhar Manikam, Hikayat Qamar al-
Zaman, Hikayat Hasan Damsyik dan Hikayat Amir Arab.
TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL W 35
Hikayat
Berbingkai
Berasal daripada Kesusasteraan Hindu yang dipanggil
„akhyayika‰. Ia bermaksud percakapan yang menyenangkan. Ia
meresap ke dalam Kesusasteraan Arab dan Kesusasteraan Parsi
kemudian masuk ke dalam Kesusasteraan Melayu melalui
penterjemahan. Ia dimulakan dengan cerita induk. Cerita yang
disampaikan oleh watak utama cerita induk dipanggil cerita
sisipan. Jika dalam cerita sisipan itu ada lagi cerita lain, cerita itu
dipanggil cerita sisipan terbitan. Setelah selesai, peleraiannya
kembali kepada cerita induk. Cerita induk menjadi bingkai
hikayat itu. Contoh karya dalam hikayat ini ialah Hikayat Bayan
Budiman, Hikayat Kalilah dan Dimnah, Hikayat Seribu Satu
Malam dan Hikayat Ghulam. Ia berperanan sebagai alat yang
berfungsi untuk memberi nasihat, pengajaran dan membentuk
moral yang baik.
2.2.2 Sastera Sejarah
Tahukah anda bahawa sastera sejarah dikenali juga sebagai hhistoriografi? Oleh
sebab historiografi dikategorikan sebagai karya sastera, maka kandungannya
terisi dengan unsur sejarah dan unsur kesusasteraan. Oleh sebab itu, konsep
sejarah dalam karya sastera sejarah tidak sama dengan sejarah yang difahami
pada masa ini, iaitu peristiwa yang sahih fakta-faktanya.
Walau bagaimanapun, jika dirujuk kepada catatan oleh pengembara Barat dan
China, ternyata bahawa fakta tentang budaya bangsa Melayu, proses
pengislaman dan dasar politik Kesultanan Melayu Melaka adalah benar.
Karya dalam genre ini menggunakan perkataan „hikayat‰, „salasilah‰, „silsilah‰,
„tawarikh‰, „misa‰ dan sebagainya. Contohnya ialah Hikayat Raja-Raja Pasai,
Silsilah Melayu dan Bugis, Tawarikh Salasilah Negeri Kedah dan Misa Melayu.
Terdapat juga karya yang menggunakan judul dalam bahasa Arab. Misalnya,
Sulalatus Salatin (Salasilah Raja-Raja) dan Tuhfat al-Nafis (Hadiah yang
Berharga).
Sastera sejarah ada dua bentuk iaitu pprosa dan ppuisi. Prosanya mengisahkan
sejarah sesebuah negeri untuk jangka masa lebih daripada seratus tahun.
Contohnya ialah Hikayat Merong Mahawangsa dan Sejarah Melayu. Puisinya
terhad kepada penceritaan tentang sesuatu peristiwa, tempat atau tokoh tertentu.
Contohnya ialah Syair Perang Makassar dan Syair Sultan Maulana.
X TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL36
Isi kandungan sesebuah karya sastera sejarah ialah:
(a) Asal usul keturunan raja;
(b) Asal usul pembukaan negeri;
(c) Asal usul kedatangan agama Islam;
(d) Salasilah raja-raja yang diceritakan; dan
(e) Kejatuhan kerajaan yang diceritakan.
Kesemua hal yang dikisahkan dalam sastera sejarah ditulis oleh pujangga istana.
Oleh sebab itu, kita selalu membaca pernyataan yang mengagung-agungkan raja
dalam sastera tersebut. Aspek ini disampaikan melalui mitos dan legenda.
Walau bagaimanapun, unsur-unsur tersebut turut digunakan untuk mengkritik
golongan bangsawan secara tersirat. Misalnya, raja digambarkan kurang
bijaksana apabila menitahkan rakyat berkubukan betis semasa Singapura
dilanggar todak. Sultan Mahmud digambarkan sebagai raja yang mementingkan
diri sendiri apabila mahu mengambil darah puteranya Raja Ahmad sebagai
hantaran untuk peminangan Puteri Gunung Ledang.
2.2.3 Sastera Epik
Genre ini dikenali juga sebagai ssastera kepahlawanan. Fokus utamanya ialah
nilai-nilai kepahlawanan dan keperibadian mulia seseorang watak. Genre ini
boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
(a) Epik kebangsaan; dan
(b) Epik Melayu-Islam.
Satu-satunya epik kebangsaan dalam sastera Melayu ialah Hikayat Hang Tuah.
Dalam karya tersebut Hang Tuah digambarkan sebagai pahlawan Melayu yang
gagah perkasa dan setia kepada rajanya. Watak ini terus diingati hingga kini.
Epik Melayu-Islam pula diwakili oleh Hikayat Muhammad Hanafiah dan
Hikayat Amir Hamzah. Kedua-dua epik itu disebut di dalam Sejarah Melayu,
cetera ke-34. Cetera itu mengisahkan pahlawan Melaka meminta Hikayat
Muhammad Hanafiah untuk dibaca bagi menaikkan semangat mereka semasa
menghadapi serangan Portugis. Sultan Ahmad memberikan Hikayat Amir
Hamzah supaya mereka berani seperti Amir Hamzah.
TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL W 37
Cerita-cerita jenis ini dikarang untuk membangkitkan semangat cinta kepada
negara, agama dan bangsa. Namun demikian, unsur-unsur mitos dan legenda
masih melekat dalam kandungannya.
PROSA TULISAN BUKAN NARATIF
Pertama sekali, apakah yang dimaksudkan dengan prosa tulisan bukan naratif?
Ada empat genre dalam kategori ini iaitu:
(a) Sastera kitab;
(b) Sastera ketatanegaraan;
(c) Sastera undang-undang; dan
(d) Sastera sufi.
2.3.1 Sastera Kitab
Sejak Islam masuk ke Alam Melayu, Kitab Jawi atau Kitab Kuning dijadikan
bahan pengajaran dalam majlis mengaji kitab. Tradisi itu berterusan hingga kini
di masjid dan surau. Kitab-kitab yang menjadi bahan pengajaran dan pengajian
itu terdiri daripada kitab ilmu fikah, tauhid, tasawuf, tafsir, akhlak dan sejarah
Nabi.
Kitab-kitab tersebut digolongkan sebagai karya kesusasteraan kerana pengarang
memasukkan unsur-unsur sastera ke dalamnya. Antaranya ialah naratif, dialog
dan hiperbola. Selain itu, bahasa-bahasa kiasan seperti simile, metafora dan
personifikasi juga turut digunakan. Contohnya ialah seksaan dalam neraka yang
dinyatakan amat dahsyat sehingga tidak terjangkau oleh pemikiran manusia
biasa. Begitu juga halnya dengan pernyataan tentang burung merak malu
kepada Allah SWT.
Harus diingat bahawa dalam sejarah perkembangannya, sastera kitab bermula
dengan terjemahan kitab-kitab dalam bahasa Arab ke bahasa Melayu oleh
pengarang karya-karya kesusasteraan. Walaupun mereka amat ghairah, namun
keterbatasan pengetahuan dalam bidang ilmu Islam menyebabkan idea
keislaman yang dikemukakan terpesong. Oleh sebab itu, ada unsur syirik,
Prosa tulisan bukan naratif bermaksud karya prosa yang menggunakan
bahasa Melayu lama tetapi kkadar naratifnya amat sedikit.
2.3
X TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL38
bidaah dan khurafat dalam sastera jenis ini. Sungguhpun demikian, Kitab Jawi
yang dihasilkan pada abad ke-16 dan 17 Masihi oleh ulama Aceh khasnya dan
Nusantara amnya dianggap sebagai karya-karya yang unggul dan murni.
Sejarah Melayu ada menceritakan tentang sebuah kitab agama yang berjudul al-
Dur al-Manzum. Kitab ini dibawa oleh Maulana Abu Bakar dari Mekah ke
Melaka. Pokok pembicaraannya ialah tentang ilmu tasawuf. Sultan Mansur Syah
menitahkan kitab ini dibawa ke Pasai untuk diterjemah dan disalinkan ke bahasa
Melayu. Kitab Jawi yang pertama dalam bentuk cetak ialah Babu Khalq al-
Samawat wa al-Ard (Bab Kejadian Langit dan Bumi) dikarang oleh Syeikh
Nuruddin al-Raniri. Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani pula menulis
kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin.
2.3.2 Sastera Ketatanegaraan
Apakah maksud sastera ketatanegaraan? Berikut ialah maksudnya:
Sehubungan itu, genre ini turut membicarakan tanggungjawab raja, menteri,
hulubalang dan rakyat. Oleh sebab itu, genre ini bolehlah ditakrifkan sebagai
karya yang mengetengahkan tatacara pentadbiran negara yang perlu dijadikan
panduan oleh raja, pembesar dan rakyat.
Pada zaman Aceh, terdapat dua buah karya yang berjudul Taj al-Salatin
karangan Bukhari al-Jauhari dan Bustanus Salatin karya Syeikh Nuruddin al-
Raniri. Kedua-duanya mencatatkan tanggungjawab pemerintah seperti raja, para
pembesar dan pegawai-pegawai lain. Turut dinyatakan ialah sejarah kerajaan-
kerajaan Islam di Asia Barat dan di Nusantara. Selainnya ialah tentang hukum-
hakam agama Islam.
Di samping itu, ada sebuah lagi karya yang tergolong dalam kategori ini. Ia
bertajuk Kitab Nasihat Segala Raja-Raja. Kitab ini dihasilkan oleh Sultan Zainal
Abidin III yang memerintah negeri Terengganu itu disadur daripada versi Arab
yang dikarang oleh Syed Abdul Qadir.
Sastera ketatanegaraan bermaksud karya sastera yang mengandungi uunsur
aturan, kkaedah dan ccara penting dalam ppemerintahan dan kerajaan. Ia turut
membicarakan kkewajipan raja dan para ppembesar dalam menjalankan
pentadbiran negara.
TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL W 39
2.3.3 Sastera Undang-undang
Sebelum kita pelajari tentang sastera undang-undang, mari kita pelajari dahulu
apakah yang dimaksudkan dengan undang-undang. Tahukah anda apakah
maksud undang-undang?
Bagi memastikan peraturan-peraturan itu dipatuhi, kerajaan mengadakan
pasukan polis, mahkamah dan badan-badan lain.
Walau bagaimanapun, Undang-undang Melayu Lama tidak boleh disamakan
dengan undang-undang yang ditakrifkan tadi. Undang-undang itu pada
mulanya berbentuk lisan. Isinya digubal dan disusun oleh para pembesar
dengan persetujuan raja. Teksnya hanya ditulis sesudah tulisan Jawi yang
sistematik terhasil.
Oleh sebab itu, Undang-undang Melayu Lama merupakan satu lagi genre selain
historiografi yang mengesahkan kekuasaan dan kedudukan raja. Raja berkuasa
penuh sama ada melaksanakan peraturan yang ditetapkan ataupun
mengetepikannya. Peraturan tersebut merupakan adat resam yang dipusakai
secara turun-temurun bagi menjaga negara dan kedudukan raja. Oleh sebab itu,
kewujudannya menandakan bahawa orang Melayu hidup berpandukan adat
dan peraturan.
Undang-undang Melayu Lama boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
(a) Adat Perpatih yang digunakan di Negeri Sembilan dan Alor Gajah, Melaka.
(b) Adat Temenggung yang meliputi hukuman-hukuman jenayah, undang-
undang laut serta pelabuhan yang terletak di bawah pentadbiran Raja-Raja
Melayu.
(c) Undang-undang Islam yang didasarkan kepada hukum fikah Mazhab
Syafie tentang nikah-kahwin, cerai-talak dan pembahagian harta pusaka.
Antara karya yang tergolong dalam genre ini ialah Hukum Kanun Melaka,
Undang-Undang Laut Melaka, Hukum Kanun Johor dan Undang-Undang
Kedah.
Undang-undang ialah kkeseluruhan peraturan yang digubal oleh kkerajaan dan
ia mmesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan.
X TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL40
2.3.4 Sastera Sufi
Apakah yang dimaksudkan dengan sastera sufi?
Ia mempunyai enam ciri utama seperti berikut:
(a) Berjiwa tinggi;
(b) Dalam maknanya;
(c) Khayalannya melayang jauh;
(d) Menggambarkan sesuatu dengan menggunakan rumus yang pelik;
(e) Pernyataan-pernyataannya bersifat ketaksaan; dan
(f) Patuh secara keseluruhannya kepada Allah.
Hasan Basri ialah seorang zahid atau zuhud yang awal sekali membicarakan
ilmu kebatinan, kemurnian akhlak dan penyucian jiwa. Pandangan tasawuf
beliau ialah selalu bersedih hati kerana takut tidak dapat menunaikan perintah
dan larangan Allah. Rabiatul Adawiyah pula ialah zahidah yang turut
mengemukakan pandangan tasawuf, iaitu cinta suci murni kepada Allah dan
tidak mengharapkan sebarang balasan daripada-Nya. Lain-lain tokoh tasawuf
ialah Husin bin Mansur al-Hallaj, Ibnu Arabi dan Jalaluddin Rumi.
Dua orang tokoh sufi di Alam Melayu ialah Hamzah Fansuri dan Syeikh
Syamsuddin al-Sumatera-i. Antara karya sufi yang ditulis oleh Hamzah ialah al-
Muntahi dan Syaraf al-Asyikin. Syeikh Syamsuddin pula menulis Miratul
Muhaqiqin, Miratul Mukminin dan lain-lain.
Sastera sufi ialah genre kesusasteraan yang dihasilkan oleh pengarang yang
mengamalkan aajaran tasawuf.
1. Nyatakan dua subgenre sastera epik dalam Kesusasteraan Melayu
Tradisional.
2. Apakah fungsi sastera ketatanegaraan dan sastera undang-
undang kepada masyarakat Melayu lama?
SEMAK KENDIRI 2.1
TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL W 41
PUISI MELAYU TRADISIONAL
Tahukah anda bahawa puisi merupakan genre sastera paling awal bagi semua
bangsa di dunia? Masyarakat Eropah menggunakan puisi untuk menghasilkan
dua buah epik yang berjudul Iliad dan Odyssey. Masyarakat Hindu pula
menggunakan puisi untuk melahirkan Mahabharata dan Ramayana.
Kesusasteraan awal bangsa Arab juga ditulis dalam bentuk puisi. Puisi-puisi
yang terbaik digantung di KaÊabah pada Zaman Jahiliah. Orang Melayu pula
berbangga dengan puisi milik mereka yang dinamakan pantun.
Puisi Melayu Tradisional terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu:
(a) Puisi Melayu Tradisional Warisan Melayu; dan
(b) Puisi Melayu Tradisional Warisan Islam.
2.4.1 Puisi Melayu Tradisional Warisan Melayu
Puisi dalam kumpulan ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu tterikat (pantun dan
gurindam) dan bbebas (seloka).
(a) PPantun
Bentuk-bentuk Pantun:
(i) Bentuk-bentuk pantun yang paling popular ialah pantun dua kerat
dan pantun empat kerat.
(ii) Contohnya:
Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
(iii) Bentuk-bentuk yang lain ialah pantun enam kerat, pantun lapan kerat
dan pantun dua belas kerat.
2.4
X TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL42
Ciri-ciri Pantun:
(i) Setiap baris pantun mempunyai empat hingga lima patah perkataan.
(ii) Setiap baris mempunyai lapan hingga dua belas suku kata.
(iii) Baris pertama dan kedua pantun empat kerat dinamakan pembayang
atau sampiran.
(iv) Dua baris kemudiannya disebut maksud.
(v) Pantun empat kerat memakai skema rima a-b-a-b.
(vi) Setiap rangkap pantun melengkapkan satu idea yang hendak
disampaikan.
(vii) Pantun berkait memerlukan lebih daripada satu rangkap untuk
melengkapkan idea yang hendak disampaikan.
Jenis pantun
Terdapat enam jenis pantun seperti yang disenaraikan dalam Rajah 2.6.
Rajah 2.6: Enam jenis pantun
Peranan dan Fungsi
(i) Pantun memainkan peranan penting dalam masyarakat Melayu
seperti dalam upacara meminang, majlis berbalas pantun, penghias
ucapan dan sebagainya.
(ii) Antara fungsinya ialah mendidik, menyindir, menyatakan perasaan,
menyampaikan buah fikiran dan menghibur.
TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL W 43
(b) GGurindam
Kata „gurindam‰ berasal daripada bahasa Sanskrit. Ia tergolong sebagai
satu daripada Puisi Melayu Tradisional dalam kategori bukan naratif.
Ciri-ciri gurindam ialah:
(i) Setiap untai mengandungi dua baris ayat.
(ii) Baris pertama disebut syarat, manakala baris kedua disebut jawab.
(iii) Rima hujungnya sama, iaitu a-a.
(iv) Isinya ialah hal-hal yang berat dan serius.
(v) Puisi bertulis.
Contoh gurindam ialah:
Barang siapa mengenal Allah,
Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa tiada mengenal agama,
Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Peranan dan fungsi gurindam ialah:
(i) Berperanan sebagai alat yang berfungsi untuk mendidik khalayak.
(ii) Unsur-unsur pendidikan yang diketengahkannya ialah iman dan
moral yang baik.
(c) SSeloka
Kata „seloka‰ berasal daripada bahasa Sanskrit „shloka‰. Puisi jenis ini
digunakan dalam epik Mahabharata dan Ramayana. Walau bagaimanapun,
seloka Melayu tidak sama dengan seloka Sanskrit.
Ciri seloka ialah:
(i) Sejenis puisi bebas;
(ii) Rangkapnya tidak tetap;
(iii) Tidak tetap jumlah baris serangkap;
(iv) Tidak tetap jumlah perkataan sebaris; dan
(v) Ada yang berima dan ada yang tidak berima.
X TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL44
Contoh seloka:
Baik budi emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan,
Tiada berkayu rumah diruntuh,
Anak pulang kelaparan,
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusukan.
Peranan dan fungsi seloka ialah sebagai alat yang berfungsi untuk
menyindir, mengejek, bergurau senda atau berjenaka.
2.4.2 Puisi Melayu Tradisional Warisan Islam
Tahukah anda bahawa genre puisi yang paling popular ialah syair? Kata „syair‰
berasal daripada kata „syiÊr‰ dalam bahasa Arab yang bermaksud puisi.
Ciri-ciri syair ialah:
(a) Sejenis puisi naratif dalam bahasa Melayu;
(b) Bentuknya berangkap-rangkap;
(c) Setiap rangkap yang biasa ada empat baris;
(d) Setiap baris mengandungi purata empat patah perkataan;
(e) Setiap baris mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata;
(f) Rima hujungnya sama, iaitu a-a-a-a;
(g) Tidak mempunyai pembayang dan maksud seperti pantun; dan
(h) Setiap rangkap syair tidak boleh berdiri sendiri kerana memerlukan lebih
daripada satu rangkap untuk melengkapkan sesuatu idea.
Terdapat empat jenis syair seperti yang disenaraikan dalam Rajah 2.7.
Rajah 2.7: Empat jenis syair puisi Melayu tradisional warisan Islam
TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL W 45
Syair agama telah diperkenalkan oleh Hamzah Fansuri untuk menyampaikan
hal-hal keagamaan. Contohnya ialah Syair Sidang Fakir dan Syair Perahu.
Syair romantik mempunyai struktur dan isi yang sama dengan cerita dongeng.
Contohnya ialah Syair Siti Zubaidah Perang China dan Syair Dandan Setia.
Syair sejarah pula mengandungi kisah berunsur sejarah. Contohnya ialah Syair
Singapura Terbakar dan Syair Sultan Maulana.
Akhir sekali, syair kiasan menggunakan watak binatang untuk menyedarkan
khalayak melalui sindiran tajam. Contohnya ialah Syair Burung Pungguk dan
Syair Ikan Terubuk.
Berikut adalah contoh serangkap syair:
Ada kepada suatu hari,
Saya ke pasar berlari-lari,
Berjumpa dengan seekor nuri,
Sangatlah bijak ia berperi.
Apakah peranan dan fungsi syair? Peranan dan fungsi syair adalah sebagai alat
untuk memberi hhiburan dan ppendidikan.
x Kesusasteraan Melayu Tradisional terbahagi kepada dua bentuk iaitu prosa
dan puisi.
x Prosa Melayu Tradisional terbahagi kepada tiga cabang utama iaitu naratif
lisan, naratif tulisan dan prosa tulisan bukan naratif.
x Naratif lisan mengandungi tiga genre iaitu mitos, legenda dan cerita rakyat.
x Naratif tulisan terbahagi kepada tiga genre iaitu sastera hikayat, sastera
sejarah dan sastera epik.
1. Nyatakan persamaan dan perbezaan antara ciri-ciri pantun dan
syair.
2. Apakah fungsi gurindam kepada masyarakat Melayu?
SEMAK KENDIRI 2.2
X TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL46
x Prosa tulisan bukan naratif terbahagi kepada empat genre iaitu sastera kitab,
sastera ketatanegaraan, sastera undang-undang dan sastera sufi.
x Dua kumpulan utama puisi Melayu tradisional ialah puisi Melayu tradisional
warisan Melayu dan puisi Melayu tradisional warisan Islam.
x Puisi Melayu tradisional warisan Melayu terbahagi kepada dua bentuk iaitu
terikat (pantun dan gurindam) dan bebas (seloka).
x Genre puisi yang paling popular dalam puisi Melayu tradisional warisan
Islam ialah syair. Ada empat jenis syair iaitu syair agama, syair romantik,
syair sejarah dan syair kiasan.
Cerita rakyat
Genre
Gurindam
Legenda
Maksud
Mitos
Naratif lisan
Naratif tulisan
Pantun
Prosa tulisan bukan naratif
Puisi Melayu tradisional warisan Islam
Puisi Melayu tradisional warisan
Melayu
Sastera epik
Sastera hikayat
Sastera ketatanegaraan
Sastera kitab
Sastera sejarah
Sastera sufi
Sastera undang-undang
Seloka
Syair
Harun Jaafar. (2004). Ikhtisar kebudayaan dan prosa Melayu klasik. Tanjong
Malim, Malaysia: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu tradisional: Satu pembicaraan genre dan
fungsi. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.
TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL W 47
Ismail Hamid. (1987). Perkembangan kesusasteraan Melayu lama. Petaling Jaya,
Malaysia: Longman.
Jamilah Ahmad, & Jalila Sharif. (1993). Kesusasteraan Melayu tradisional. Kuala
Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

More Related Content

What's hot

Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullprincess Sakura
 
Sebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatan
Sebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatanSebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatan
Sebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatanfiro HAR
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalMohdRainie
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah1
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Rafiza Diy
 
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasaKumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasapikaosman
 
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulumDasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulumPPD HULU SELANGOR
 
BMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bmBMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bmMuhammad Syahir
 
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)Wan Noryatini Mahmood
 
Model Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceModel Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceSiti Mardiah
 
RPH KSSR BM (tatabahasa)
RPH KSSR BM (tatabahasa)RPH KSSR BM (tatabahasa)
RPH KSSR BM (tatabahasa)Suhaida Anior
 
Gaya pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran kolbGaya pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran kolbSalimahG
 
Teori Behaviorisme
Teori BehaviorismeTeori Behaviorisme
Teori BehaviorismeLor Lagi
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFatin Ain Nabila
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikanNancyKuak
 

What's hot (20)

RPH BM Tahun 6
RPH BM Tahun 6RPH BM Tahun 6
RPH BM Tahun 6
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide full
 
Sebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatan
Sebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatanSebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatan
Sebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatan
 
kemahiran menulis
kemahiran menuliskemahiran menulis
kemahiran menulis
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
 
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasaKumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
 
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulumDasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
 
Teknik drama bmm 1
Teknik drama bmm 1Teknik drama bmm 1
Teknik drama bmm 1
 
BMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bmBMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bm
 
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
 
Model Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceModel Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama Grice
 
RPH KSSR BM (tatabahasa)
RPH KSSR BM (tatabahasa)RPH KSSR BM (tatabahasa)
RPH KSSR BM (tatabahasa)
 
Gaya pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran kolbGaya pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran kolb
 
Teori Behaviorisme
Teori BehaviorismeTeori Behaviorisme
Teori Behaviorisme
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
 
Nota Minggu 1.pdf
Nota Minggu 1.pdfNota Minggu 1.pdf
Nota Minggu 1.pdf
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayu
 

Viewers also liked

08 isi pelajaran kesusasteraan melayu dalam bm
08 isi pelajaran kesusasteraan melayu dalam bm08 isi pelajaran kesusasteraan melayu dalam bm
08 isi pelajaran kesusasteraan melayu dalam bmfaizzainol
 
Koleksi puisi klasik dan moden yang segar sepanjang zaman
Koleksi puisi klasik dan moden yang segar sepanjang zamanKoleksi puisi klasik dan moden yang segar sepanjang zaman
Koleksi puisi klasik dan moden yang segar sepanjang zamanZol Joey
 
Kajian huruf besar
Kajian huruf besarKajian huruf besar
Kajian huruf besarAb Hayati
 
Bm(abdullah munsyi) penggal 1
Bm(abdullah munsyi) penggal 1Bm(abdullah munsyi) penggal 1
Bm(abdullah munsyi) penggal 1SITI HAJAR
 
Pantun Empat Kerat (MUAFAKAT)
Pantun Empat Kerat (MUAFAKAT)Pantun Empat Kerat (MUAFAKAT)
Pantun Empat Kerat (MUAFAKAT)Ahmad Haikal
 
Sistem Ekonomi Campuran
Sistem Ekonomi CampuranSistem Ekonomi Campuran
Sistem Ekonomi CampuranDevi Seftiana
 
Pantun epmat kerat muhibah & perpaduan
Pantun epmat kerat muhibah & perpaduanPantun epmat kerat muhibah & perpaduan
Pantun epmat kerat muhibah & perpaduanNursyamimi Ameera
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPensil Dan Pemadam
 
Dondang sayang dan pantun
Dondang sayang dan pantunDondang sayang dan pantun
Dondang sayang dan pantunSheila Baskaran
 
Cerita paskah hari ini juga kamu bersamaKu di firdaus
Cerita paskah hari ini juga kamu bersamaKu di firdausCerita paskah hari ini juga kamu bersamaKu di firdaus
Cerita paskah hari ini juga kamu bersamaKu di firdausIswahyudi iswahyudi
 

Viewers also liked (20)

08 isi pelajaran kesusasteraan melayu dalam bm
08 isi pelajaran kesusasteraan melayu dalam bm08 isi pelajaran kesusasteraan melayu dalam bm
08 isi pelajaran kesusasteraan melayu dalam bm
 
NOTA GRAFIK GENRE KESUSATERAAN MELAYU
NOTA GRAFIK GENRE KESUSATERAAN MELAYUNOTA GRAFIK GENRE KESUSATERAAN MELAYU
NOTA GRAFIK GENRE KESUSATERAAN MELAYU
 
Kostum
KostumKostum
Kostum
 
Kisah tukang kayu
Kisah tukang kayu Kisah tukang kayu
Kisah tukang kayu
 
Motivasi katak
Motivasi katakMotivasi katak
Motivasi katak
 
Koleksi puisi klasik dan moden yang segar sepanjang zaman
Koleksi puisi klasik dan moden yang segar sepanjang zamanKoleksi puisi klasik dan moden yang segar sepanjang zaman
Koleksi puisi klasik dan moden yang segar sepanjang zaman
 
Kajian huruf besar
Kajian huruf besarKajian huruf besar
Kajian huruf besar
 
Bm(abdullah munsyi) penggal 1
Bm(abdullah munsyi) penggal 1Bm(abdullah munsyi) penggal 1
Bm(abdullah munsyi) penggal 1
 
Pantun Empat Kerat (MUAFAKAT)
Pantun Empat Kerat (MUAFAKAT)Pantun Empat Kerat (MUAFAKAT)
Pantun Empat Kerat (MUAFAKAT)
 
Damai sejahtera
Damai sejahteraDamai sejahtera
Damai sejahtera
 
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYUKESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
 
Sistem Ekonomi Campuran
Sistem Ekonomi CampuranSistem Ekonomi Campuran
Sistem Ekonomi Campuran
 
Ciri ciri kesusasteraan rakyat(5)
Ciri ciri kesusasteraan rakyat(5)Ciri ciri kesusasteraan rakyat(5)
Ciri ciri kesusasteraan rakyat(5)
 
Pantun epmat kerat muhibah & perpaduan
Pantun epmat kerat muhibah & perpaduanPantun epmat kerat muhibah & perpaduan
Pantun epmat kerat muhibah & perpaduan
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
 
Verso y prosa
Verso y prosaVerso y prosa
Verso y prosa
 
Pantun budi (1)
Pantun budi (1)Pantun budi (1)
Pantun budi (1)
 
Dondang sayang dan pantun
Dondang sayang dan pantunDondang sayang dan pantun
Dondang sayang dan pantun
 
Cerita paskah hari ini juga kamu bersamaKu di firdaus
Cerita paskah hari ini juga kamu bersamaKu di firdausCerita paskah hari ini juga kamu bersamaKu di firdaus
Cerita paskah hari ini juga kamu bersamaKu di firdaus
 
Makna sastera
Makna sasteraMakna sastera
Makna sastera
 

Similar to 20140825050721 06. hbml4203 topic 2

JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...
JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...
JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...NURWASILAH7
 
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agungTakrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agungNorWahida Salim
 
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Power Point Semester 2 Sejarah (modular)
Power Point Semester 2 Sejarah (modular)Power Point Semester 2 Sejarah (modular)
Power Point Semester 2 Sejarah (modular)Blogger
 
Pengenalan kepada Hikayat Awang Kamaruddin
Pengenalan kepada Hikayat Awang KamaruddinPengenalan kepada Hikayat Awang Kamaruddin
Pengenalan kepada Hikayat Awang KamaruddinRozaiman Makmun
 
Pengenalan Kepada Hikayat Awang Kamaruddin
Pengenalan Kepada Hikayat Awang KamaruddinPengenalan Kepada Hikayat Awang Kamaruddin
Pengenalan Kepada Hikayat Awang KamaruddinRozaiman Makmun
 

Similar to 20140825050721 06. hbml4203 topic 2 (7)

JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...
JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...
JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...
 
Tugasan kesenian bm
Tugasan kesenian bmTugasan kesenian bm
Tugasan kesenian bm
 
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agungTakrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
 
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)
 
Power Point Semester 2 Sejarah (modular)
Power Point Semester 2 Sejarah (modular)Power Point Semester 2 Sejarah (modular)
Power Point Semester 2 Sejarah (modular)
 
Pengenalan kepada Hikayat Awang Kamaruddin
Pengenalan kepada Hikayat Awang KamaruddinPengenalan kepada Hikayat Awang Kamaruddin
Pengenalan kepada Hikayat Awang Kamaruddin
 
Pengenalan Kepada Hikayat Awang Kamaruddin
Pengenalan Kepada Hikayat Awang KamaruddinPengenalan Kepada Hikayat Awang Kamaruddin
Pengenalan Kepada Hikayat Awang Kamaruddin
 

20140825050721 06. hbml4203 topic 2

  • 1. X P T p TT X PENG Pernahkah an Teater Muzika penonton di P Sum TToopp 22 HASIL Pada akhi 1. Men 2. Men 3. Men 4. Mem GENALAN nda mendeng al Puteri Gun anggung Bud R mber: http://w ppiikk X L PEMBE ir topik ini, an nyatakan mak njelaskan mak nghuraikan m mbezakan dua N gar tentang T nung Ledang daya pada tah ajah 2.1: Puteri www.fl ickr.com X Kes Me Tra ELAJARA nda seharusny ksud dan genr ksud dan genr maksud dan ge a kumpulan u Teater Muzik (Rajah 2.1) te hun 2006. i Gunung Leda m/photos/moh susa elayu adisi AN ya dapat: re naratif lisan re naratif tuli enre prosa tul utama puisi M kal Puteri Gu lah dipersem ang hdimran/76727 astera u: ional n; san; lisan bukan n Melayu tradis unung Ledan mbahkan kepa 7710/ aan l naratif; dan ional. ng? ada
  • 2. TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL W 25 Persembahan itu telah mendapat sambutan hangat daripada penonton. Tahukah anda bahawa cerita itu diambil daripada khazanah Kesusasteraan Melayu Tradisional? Kita harus menyedari bahawa ketika membuat penelitian terhadap hasil-hasil Kesusasteraan Melayu, kesusasteraan tradisional mempunyai peranan yang sangat penting di samping kesusasteraan moden. Ini kerana komponen pertama itulah yang menjadi akar kepada komponen kedua. Kesusasteraan Melayu Tradisional terbahagi kepada dua kumpulan iaitu prosa dan puisi. Karya-karya dalam kategori prosa Melayu tradisional terbahagi kepada dua cabang utama iaitu prosa naratif dan prosa bukan naratif. Dari sudut lain, kita boleh membahagikan prosa Melayu tradisional kepada tiga kategori utama iaitu naratif lisan, naratif tulisan dan prosa tradisional bukan naratif (Rajah 1.2). Ketiga-tiga kategori dalam Rajah 2.2 ini mempunyai genrenya yang tersendiri. Rajah 2.2: Tiga kategori utama prosa Melayu tradisional Begitu juga karya dalam kategori puisi. Ia juga mempunyai pecahan dan genrenya yang tersendiri. Semua ini akan anda pelajari dalam topik kedua ini. Apakah yang anda faham dengan prosa dan puisi? Bincangkan bersama rakan-rakan dan buat perbandingan jawapan anda. AKTIVITI 2.1
  • 3. X TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL26 NARATIF LISAN Apakah yang dimaksudkan dengan naratif lisan? Perkara ini berlaku kerana pada suatu masa dahulu wujud tukang cerita profesional iaitu ppenglipur lara yang menyampaikan cerita lisan kepada khalayak. Di samping itu, cerita lisan turut disampaikan oleh orang-orang tua kepada anak atau cucu mereka dari semasa ke semasa sehingga cerita-cerita tersebut menjadi warisan bangsa. Terdapat tiga genre dalam naratif lisan Melayu iaitu mmitos, llegenda dan ccerita rakyat (Rajah 2.3). Rajah 2.3: Naratif lisan Melayu Dalam ccerita rakyat, ia terbahagi kepada tiga subgenre iaitu ccerita jenaka, ccerita binatang dan ccerita dongeng. Kesemua genre dan subgenre yang telah disebutkan tadi mempunyai bentuk, ciri dan fungsi yang tersendiri. 2.1.1 Mitos Apakah yang anda faham tentang mitos? Apakah maksudnya? Mitos ialah nnaratif lisan paling tua dalam masyarakat di dunia ini. Ia mengandungi ccerita tentang dewa-dewi, bberunsur keagamaan dan ddianggap benar oleh masyarakat yang melahirkannya. Naratif lisan dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional ialah karya yang menjadi milik masyarakat, disebarkan dari mulut ke mulut dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. 2.1
  • 4. TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL W 27 Di samping itu, mitos juga mengandungi unsur kuasa ajaib, semangat, roh, tidak berdasarkan logik dan tidak cenderung kepada sejarah. Namun demikian, isi- isinya dianggap kudus oleh pendukungnya. Sebagai contoh, Gunung Jerai dikatakan berasal daripada sebuah kapal yang membawa Tuan Puteri Jerai. Teguran Sang Gedembai telah menyebabkan kesemuanya bertukar menjadi gunung. Hikayat Banjar pula mengisahkan Tuan Puteri Tanjung yang berasal daripada buih. Dalam Sejarah Melayu pula, ia mengaitkan jurai keturunan raja-raja Melayu dengan Iskandar Zulkarnain dari Makadonia. Pernahkah anda mendengar tentang mitos tapak kaki kambing? Kononnya, kulit keras pada tapak kambing dikatakan berasal daripada kasut ayam yang enggan dipulangkannya. Sebab itulah ayam selalu berkokok seolah-olah menyebut „pulangkan kasut aku‰. Mitos lain ialah tentang nama negeri Melaka. Ia dikatakan diambil daripada nama pokok tempat Raja Iskandar bersandar semasa menyaksikan anjing perburuan baginda ditendang oleh pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam air. Walau bagaimanapun, mitos tidak lagi wujud dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional pada masa ini. Perkara ini berlaku semenjak orang Melayu memeluk agama Islam. Mereka tidak lagi mempercayai dewa-dewi dan semua kejadian yang dianggap tahyul. Jika ada sekalipun, kehadirannya dianggap sebagai cerita dongeng tinggalan zaman pra-Islam. 2.1.2 Legenda Tahukah anda apa maksud legenda? Selalunya, perwatakan tokoh-tokoh dalam cerita ini dilebih-lebihkan untuk menambah kesan dramatik terhadap cerita tersebut. Genre ini selalu dianggap benar kerana mempunyai tanda atau simbol secara realiti yang menyamai cerita yang disampaikan. Contohnya, di Sumatera, terdapat sebuah batu yang berbentuk manusia. Ia dikatakan sebagai Malim Kundang yang telah disumpah menjadi batu oleh ibunya. Legenda ialah cerita tentang wwatak manusia yang pernah hidup atau dipercayai pernah hidup dan ada hubungan dengan ssejarah.
  • 5. X TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL28 Legenda terbahagi kepada empat kategori seperti yang disenaraikan dalam Rajah 2.4. Rajah 2.4: Empat kategori legenda Legenda pendosa menceritakan aanak derhaka yang disumpah ibunya sehingga menjadi batu. Contoh adalah seperti Cerita Nakhoda Tanggang dan Malim Kundang. Dalam masyarakat Melayu terdapat cerita-cerita lisan tentang langsuir, toyol, pelesit, puntianak dan hantu raya. Cerita ini tergolong dalam llegenda memorat iaitu ccerita tentang hantu dan makhluk halus. Legenda tokoh ternama mengisahkan tentang ttokoh agama dan ttokoh sejarah. Tokoh sejarah pula terbahagi kepada dua iaitu ttokoh sejarah setempat dan ttokoh sejarah menjelajah. Tokoh sejarah setempat yang paling popular ialah Hang Tuah. Cerita tokoh sejarah menjelajah pula ialah legenda yang dibawa masuk dari negeri asing ke Alam Melayu. Tokoh sejarah menjelajah yang terkenal di seluruh dunia ialah Iskandar Zulkarnain. Akhir sekali, llegenda tempat pula menceritakan aasal usul nama sesuatu tempat. Misalnya, Samudera mendapat nama setelah rajanya terlihat semut besar. 2.1.3 Cerita Rakyat Apakah yang boleh anda katakan untuk menerangkan maksud cerita rakyat? Cerita rakyat merupakan rrekaan dan disampaikan secara llisan daripada satu generasi ke satu generasi. Ia merupakan hhasil tinggalan nenek moyang, ttidak diketahui penciptanya dan dianggap sebagai mmilik bersama.
  • 6. TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL W 29 Corak masyarakat yang melahirkan cerita rakyat ialah masyarakat kecil yang hampir tertutup dan terpencil seperti masyarakat tani atau nelayan yang tinggal di pedalaman atau pesisir pantai. Cerita jenis ini menjadi sumber hiburan, bahan pengajaran, alat untuk mengenali warisan nenek moyang dan alat komunikasi. Terdapat ttiga jenis cerita rakyat iaitu ccerita jenaka, ccerita binatang dan ccerita dongeng. (a) Cerita Jenaka Anda atau mungkin juga anak anda akan ketawa terbahak-bahak apabila menonton aksi lucu lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang. Begitu juga apabila menonton lakonan yang serupa oleh Allahyarham A. R. Tompel dalam filem Abu Nawas. Tahukah anda bahawa kedua-dua filem ini diadaptasi daripada cerita jenaka yang terdapat dalam khazanah Kesusasteraan Melayu Tradisional? Cerita jenaka adalah berlatarkan rakyat biasa. Watak-watak utamanya ialah manusia biasa dan bukannya golongan bangsawan atau raja-raja dalam suasana masyarakat Melayu lama. Lokasi penceritaannya pula ialah di kawasan desa. Subgenre ini mengisahkan tindakan-tindakan watak utama yang menimbulkan kelucuan. Antara faktor yang menimbulkan kelucuan ialah: (i) Sifat watak yang terlalu bodoh atau terlalu pintar. Contohnya, Pak Pandir dan Pak Belalang. (ii) Kewujudan unsur-unsur kebetulan dalam cerita. (iii) Kelucuan yang ditimbulkan oleh plot cerita. (iv) Kewujudan permainan kata-kata yang melucukan. Cerita jenaka Melayu yang popular ialah Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang, Pak Belalang dan Mat Jenin. Cerita jenaka yang dipinjam daripada luar atau disadur ke bahasa Melayu ialah Abu Nawas dan Musang Berjanggut. Apakah fungsi cerita jenaka? Subgenre ini berperanan sebagai alat yang berfungsi untuk mmenghibur, mmengkritik masyarakat, mmemberi pengajaran dan mmenggambarkan sistem sosial dalam masyarakat Melayu lama.
  • 7. X TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL30 (b) Cerita Binatang Apakah maksud cerita binatang? Haiwan yang diberi sifat manusia menjadi watak utama dalam cerita jenis ini. Terdapat ttiga jenis cerita binatang dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional seperti yang diterangkan dalam Jadual 2.1. Jadual 2.1: Tiga Jenis Cerita Binatang dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional Jenis Cerita Huraian Asal Usul x Menceritakan tentang asal usul harimau, beruang dan lain-lain. x Diambil daripada cerita-cerita mitos. x Tujuannya untuk memberi pengetahuan dan pendidikan kepada masyarakat di samping memberi hiburan. Dongeng Binatang (Fable) x Bertujuan untuk memberi teladan dan pengajaran serta nasihat yang berguna kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. x Menggunakan watak dan perwatakan yang diberikan kepada binatang-binatang tertentu; kritikan terhadap sifat-sifat manusia yang tamak, malas, penipu, kejam dan sebagainya. x Contoh: cerita anjing dengan bayang-bayang dan arnab berlumba dengan kura-kura. Epik Binatang (Beast Epic) x Merupakan cerita binatang yang paling popular dalam sesebuah masyarakat. x Ceritanya berpusat kepada satu pelaku atau watak utama sahaja. Contohnya watak Sang Kancil atau pelanduk yang merupakan watak utama. x Dua buah epik binatang yang terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Hikayat Sang Kancil dan Hikayat Pelanduk Jenaka. (c) Cerita Dongeng Tahukah anda bahawa sastera rakyat Melayu berbentuk naratif yang terkenal ialah cerita dongeng? Apakah maksudnya? Cerita dongeng bermaksud cerita yang ddiada-adakan kejadian atau kewujudannya. Cerita binatang ialah ccerita teladan yang secara tersirat mengandungi pengajaran.
  • 8. TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL W 31 Ia boleh dibahagikan kepada ddua jenis iaitu llipur lara dan ccerita teladan. Apakah yang dimaksudkan dengan lipur lara? Isi lipur lara merupakan naratif rrekaan semata-mata. Kesemuanya disampaikan secara lisan dan diturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Lipur lara ialah warisan nenek moyang orang Melayu. Pengarangnya tidak diketahui. Anggota masyarakat menganggapnya sebagai milik bersama. Cerita jenis ini lahir dalam masyarakat yang bersifat tertutup dan terpencil. Kandungannya berpusat pada golongan bangsawan. Kewujudannya terdedah kepada pengubahsuaian sama ada dalam bentuk penambahan, pengurangan atau pembuangan. Tema utama lipur lara ialah ppengembaraan. Tema lain ialah percintaan dan peperangan. Watak-watak utamanya ialah putera dan puteri raja. Fokus pengisahan ialah pengembaraan putera raja selaku wira dan puteri raja selaku wirawati. Walau apa pun yang berlaku, ceritanya pasti berakhir dengan kesudahan yang gembira (happy ending). Struktur lipur lara terbahagi kepada tiga bahagian iaitu ppengenalan, perkembangan dan ppeleraian. Bahagian pengenalan terisi dengan kelahiran luar biasa wira dan wirawati. Bahagian perkembangan terisi dengan pengembaraan dan pertarungan. Pertarungan melibatkan penggunaan alat magis seperti pedang sakti. Bahagian peleraian pula mengisahkan kejayaan wira. Dari segi watak dan perwatakan, wira memiliki paras yang tampan dan memiliki alat magis. Manakala wirawati memiliki wajah yang cantik. Mereka mempunyai pengikut atau pembantu yang setia. Pengikut setia wira dipanggil Bujang Selamat. Pembantu wirawati dipanggil Si Kembang Cina. Di samping itu terdapat seorang perempuan tua yang selalu menghulurkan pertolongan. Dia dipanggil nenek kebayan. Terdapat pantun, gurindam, seloka, talibun serta bahasa berirama digunakan dalam bahagian tertentu lipur lara. Puisi-puisi tersebut digunakan untuk menggambarkan kebesaran dan kemuliaan golongan istana, kemeriahan majlis dan kegagahan wira yang luar biasa. Lipur lara ditakrifkan sebagai rroman rakyat (folk romances). Lipur bermaksud hibur. Orang yang menghibur disebut sebagai ppenglipur. Lara bermaksud sedih. Oleh itu, maksud istilah itu ialah mmenghiburkan orang.
  • 9. X TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL32 Antara cerita lipur lara yang dikenali ramai ialah Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Raja Muda dan Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Sekarang kita beralih pula kepada jenis cerita dongeng kedua iaitu cerita teladan. Apakah yang dimaksudkan dengan cerita teladan? Misalnya, jangan sekali-kali menggores hati ibu kerana akibatnya amat buruk. Ibu yang tergores hatinya „dimakan‰ batu seperti dalam cerita Batu Belah Batu Bertangkup. Cerita ini juga mengajar khalayak mengenang jasa orang lain seperti yang dilakukan oleh Melur. Teladan yang lain ialah penganiayaan membawa bencana. Ini disampaikan dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah. NARATIF TULISAN Tahukah anda bahawa naratif tulisan wujud dalam bahasa Melayu setelah Islam menganugerahkan tulisan Jawi? Sungguhpun sebelum Islam sudah ada tulisan, tetapi penggunaannya tidak meluas. Karya dalam kumpulan ini terbahagi kepada tiga genre iaitu ssastera hikayat, sastera epik dan ssastera sejarah. 2.2 Cerita teladan mempunyai struktur yang sama dengan lipur lara. Perbezaannya terletak pada ttema dan ppersoalannya. Oleh sebab itu, plot yang disampaikan membawa maksud memberi ccontoh teladan kepada khalayak. 1. Jelaskan perbezaan antara mitos dengan legenda. 2. Anda telah pun mengetahui maksud „lipur lara‰. Cuba anda berikan definisinya dengan menggunakan perkataan anda sendiri. AKTIVITI 2.2
  • 10. TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL W 33 Sastera hikayat pula terbahagi kepada lima subgenre iaitu hhikayat romantik, hikayat tentang Nabi Muhammad SSAW, hhikayat nabi-nabi, hhikayat tokoh agama dan hhikayat berbingkai. SSastera epik pula terbahagi kepada dua subgenre iaitu epik Melayu-Islam dan eepik kebangsaan. Akhir sekali bagi ssastera sejarah, dua genre pecahannya ialah pprosa dan ppuisi. Rajah 2.5 berikut meringkaskan genre dalam naratif tulisan. Rajah 2.5: Genre dalam naratif tulisan Kesemua genre ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam subtopik seterusnya. 2.2.1 Sastera Hikayat Kata „hikayat‰ adalah berasal daripada kata „haka‰ dalam bahasa Arab atau „hekaye‰ dalam bahasa Parsi. Ia bermaksud ccerita panjang berbentuk prosa dan isinya ialah ccerita rekaan, llegenda dan sebagainya. Genre ini tidak diketahui pengarangnya, tarikh dikarang atau disalin. Ia menggunakan kata-kata „sahibul-hikayat‰ atau „yang empunya cerita‰ atau „kata yang empunya cerita‰ sebagai rujukan pengarang. Hikayat mengisahkan golongan bangsawan, pembesar-pembesar atau para pedagang. Pada peringkat awal, hikayat disadur atau diterjemahkan daripada bahasa Arab atau Parsi. Struktur ceritanya bermula dengan pengenalan, diikuti dengan perkembangan dan diakhiri dengan peleraian yang berbentuk penamat yang gembira (happy ending).
  • 11. X TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL34 Sastera hikayat ini boleh dibahagikan kepada lima subgenre seperti yang diterangkan dalam Jadual 2.3. Jadual 2.3: Lima Subgenre dalam Sastera Hikayat Subgenre Huraian Hikayat Nabi Muhammad SAW Merupakan genre yang pertama sekali berkembang di Alam Melayu. Aktiviti budaya seperti sambutan maulid, membaca kisah mikraj dan sambutan awal Muharram menyumbang kepada perkembangannya. Contohnya Hikayat Bulan Berbelah dan Hikayat Nabi Wafat. Hikayat yang pertama menceritakan anak raja mendapat semula kaki dan tangannya yang hilang. Antara cerita dalam hikayat kedua ialah wajah orang yang mencium pusat Rasulullah menjadi berseri-seri. Unsur ini sebenarnya mitos, legenda dan khayalan pengarangnya sahaja. Hikayat Nabi Berdasarkan kisah yang terdapat dalam al-Quran. Kisahnya bermula daripada Nabi Adam hingga Nabi Isa. Sebahagian isinya menyampaikan ajaran tauhid. Amanatnya menekankan pentingnya mengamalkan ajaran Islam. Namun demikian, kisah- kisah yang dimaksudkan itu menggunakan latar belakang sejarah tetapi diolah dengan menggunakan daya kreatif melalui mitos dan legenda serta memasukkan unsur-unsur keindahan untuk menarik perhatian khalayak. Oleh sebab itu, cerita jenis ini hanya baik untuk dikaji tetapi tidak boleh dijadikan pegangan. Hikayat Tokoh Islam Ia mengandungi kisah sahabat Rasulullah SAW dan orang-orang soleh. Contohnya Hikayat Tamim al-Dari, Hikayat Ali Kahwin dan Hikayat Sultan Ibrahim bin Adham. Hikayat yang pertama berunsur dakwah. Isinya memberi gambaran tentang alam akhirat, menyatakan balasan perbuatan baik dan jahat serta hukum-hukum Islam. Hikayat yang kedua berunsur Syiah. Isinya menggambarkan Allah memberi wahyu menyuruh Rasulullah SAW menikahkan Fatimah dengan Ali. Hal ini dilakukan pengarang berfahaman Syiah untuk meninggikan status Saidina Ali. Hikayat ketiga pula menceritakan tokoh yang mengamalkan ajaran sufi. Oleh itu, beliau digambarkan menolak keduniaan untuk mencari ketakwaan. Hikayat Romantik Bermaksud roman atau cerita yang menggambarkan pengembaraan dan/atau percintaan antara watak utamanya. Fokus pengisahannya ialah golongan bangsawan atau saudagar. Strukturnya terbahagi kepada tiga iaitu pengenalan, perkembangan dan peleraian yang biasanya berakhir dengan kegembiraan. Hikayat romantik dalam bahasa Melayu kebanyakannya diterjemah daripada karya-karya Arab-Parsi. Antaranya ialah Hikayat Jauhar Manikam, Hikayat Qamar al- Zaman, Hikayat Hasan Damsyik dan Hikayat Amir Arab.
  • 12. TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL W 35 Hikayat Berbingkai Berasal daripada Kesusasteraan Hindu yang dipanggil „akhyayika‰. Ia bermaksud percakapan yang menyenangkan. Ia meresap ke dalam Kesusasteraan Arab dan Kesusasteraan Parsi kemudian masuk ke dalam Kesusasteraan Melayu melalui penterjemahan. Ia dimulakan dengan cerita induk. Cerita yang disampaikan oleh watak utama cerita induk dipanggil cerita sisipan. Jika dalam cerita sisipan itu ada lagi cerita lain, cerita itu dipanggil cerita sisipan terbitan. Setelah selesai, peleraiannya kembali kepada cerita induk. Cerita induk menjadi bingkai hikayat itu. Contoh karya dalam hikayat ini ialah Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Kalilah dan Dimnah, Hikayat Seribu Satu Malam dan Hikayat Ghulam. Ia berperanan sebagai alat yang berfungsi untuk memberi nasihat, pengajaran dan membentuk moral yang baik. 2.2.2 Sastera Sejarah Tahukah anda bahawa sastera sejarah dikenali juga sebagai hhistoriografi? Oleh sebab historiografi dikategorikan sebagai karya sastera, maka kandungannya terisi dengan unsur sejarah dan unsur kesusasteraan. Oleh sebab itu, konsep sejarah dalam karya sastera sejarah tidak sama dengan sejarah yang difahami pada masa ini, iaitu peristiwa yang sahih fakta-faktanya. Walau bagaimanapun, jika dirujuk kepada catatan oleh pengembara Barat dan China, ternyata bahawa fakta tentang budaya bangsa Melayu, proses pengislaman dan dasar politik Kesultanan Melayu Melaka adalah benar. Karya dalam genre ini menggunakan perkataan „hikayat‰, „salasilah‰, „silsilah‰, „tawarikh‰, „misa‰ dan sebagainya. Contohnya ialah Hikayat Raja-Raja Pasai, Silsilah Melayu dan Bugis, Tawarikh Salasilah Negeri Kedah dan Misa Melayu. Terdapat juga karya yang menggunakan judul dalam bahasa Arab. Misalnya, Sulalatus Salatin (Salasilah Raja-Raja) dan Tuhfat al-Nafis (Hadiah yang Berharga). Sastera sejarah ada dua bentuk iaitu pprosa dan ppuisi. Prosanya mengisahkan sejarah sesebuah negeri untuk jangka masa lebih daripada seratus tahun. Contohnya ialah Hikayat Merong Mahawangsa dan Sejarah Melayu. Puisinya terhad kepada penceritaan tentang sesuatu peristiwa, tempat atau tokoh tertentu. Contohnya ialah Syair Perang Makassar dan Syair Sultan Maulana.
  • 13. X TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL36 Isi kandungan sesebuah karya sastera sejarah ialah: (a) Asal usul keturunan raja; (b) Asal usul pembukaan negeri; (c) Asal usul kedatangan agama Islam; (d) Salasilah raja-raja yang diceritakan; dan (e) Kejatuhan kerajaan yang diceritakan. Kesemua hal yang dikisahkan dalam sastera sejarah ditulis oleh pujangga istana. Oleh sebab itu, kita selalu membaca pernyataan yang mengagung-agungkan raja dalam sastera tersebut. Aspek ini disampaikan melalui mitos dan legenda. Walau bagaimanapun, unsur-unsur tersebut turut digunakan untuk mengkritik golongan bangsawan secara tersirat. Misalnya, raja digambarkan kurang bijaksana apabila menitahkan rakyat berkubukan betis semasa Singapura dilanggar todak. Sultan Mahmud digambarkan sebagai raja yang mementingkan diri sendiri apabila mahu mengambil darah puteranya Raja Ahmad sebagai hantaran untuk peminangan Puteri Gunung Ledang. 2.2.3 Sastera Epik Genre ini dikenali juga sebagai ssastera kepahlawanan. Fokus utamanya ialah nilai-nilai kepahlawanan dan keperibadian mulia seseorang watak. Genre ini boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: (a) Epik kebangsaan; dan (b) Epik Melayu-Islam. Satu-satunya epik kebangsaan dalam sastera Melayu ialah Hikayat Hang Tuah. Dalam karya tersebut Hang Tuah digambarkan sebagai pahlawan Melayu yang gagah perkasa dan setia kepada rajanya. Watak ini terus diingati hingga kini. Epik Melayu-Islam pula diwakili oleh Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah. Kedua-dua epik itu disebut di dalam Sejarah Melayu, cetera ke-34. Cetera itu mengisahkan pahlawan Melaka meminta Hikayat Muhammad Hanafiah untuk dibaca bagi menaikkan semangat mereka semasa menghadapi serangan Portugis. Sultan Ahmad memberikan Hikayat Amir Hamzah supaya mereka berani seperti Amir Hamzah.
  • 14. TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL W 37 Cerita-cerita jenis ini dikarang untuk membangkitkan semangat cinta kepada negara, agama dan bangsa. Namun demikian, unsur-unsur mitos dan legenda masih melekat dalam kandungannya. PROSA TULISAN BUKAN NARATIF Pertama sekali, apakah yang dimaksudkan dengan prosa tulisan bukan naratif? Ada empat genre dalam kategori ini iaitu: (a) Sastera kitab; (b) Sastera ketatanegaraan; (c) Sastera undang-undang; dan (d) Sastera sufi. 2.3.1 Sastera Kitab Sejak Islam masuk ke Alam Melayu, Kitab Jawi atau Kitab Kuning dijadikan bahan pengajaran dalam majlis mengaji kitab. Tradisi itu berterusan hingga kini di masjid dan surau. Kitab-kitab yang menjadi bahan pengajaran dan pengajian itu terdiri daripada kitab ilmu fikah, tauhid, tasawuf, tafsir, akhlak dan sejarah Nabi. Kitab-kitab tersebut digolongkan sebagai karya kesusasteraan kerana pengarang memasukkan unsur-unsur sastera ke dalamnya. Antaranya ialah naratif, dialog dan hiperbola. Selain itu, bahasa-bahasa kiasan seperti simile, metafora dan personifikasi juga turut digunakan. Contohnya ialah seksaan dalam neraka yang dinyatakan amat dahsyat sehingga tidak terjangkau oleh pemikiran manusia biasa. Begitu juga halnya dengan pernyataan tentang burung merak malu kepada Allah SWT. Harus diingat bahawa dalam sejarah perkembangannya, sastera kitab bermula dengan terjemahan kitab-kitab dalam bahasa Arab ke bahasa Melayu oleh pengarang karya-karya kesusasteraan. Walaupun mereka amat ghairah, namun keterbatasan pengetahuan dalam bidang ilmu Islam menyebabkan idea keislaman yang dikemukakan terpesong. Oleh sebab itu, ada unsur syirik, Prosa tulisan bukan naratif bermaksud karya prosa yang menggunakan bahasa Melayu lama tetapi kkadar naratifnya amat sedikit. 2.3
  • 15. X TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL38 bidaah dan khurafat dalam sastera jenis ini. Sungguhpun demikian, Kitab Jawi yang dihasilkan pada abad ke-16 dan 17 Masihi oleh ulama Aceh khasnya dan Nusantara amnya dianggap sebagai karya-karya yang unggul dan murni. Sejarah Melayu ada menceritakan tentang sebuah kitab agama yang berjudul al- Dur al-Manzum. Kitab ini dibawa oleh Maulana Abu Bakar dari Mekah ke Melaka. Pokok pembicaraannya ialah tentang ilmu tasawuf. Sultan Mansur Syah menitahkan kitab ini dibawa ke Pasai untuk diterjemah dan disalinkan ke bahasa Melayu. Kitab Jawi yang pertama dalam bentuk cetak ialah Babu Khalq al- Samawat wa al-Ard (Bab Kejadian Langit dan Bumi) dikarang oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri. Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani pula menulis kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin. 2.3.2 Sastera Ketatanegaraan Apakah maksud sastera ketatanegaraan? Berikut ialah maksudnya: Sehubungan itu, genre ini turut membicarakan tanggungjawab raja, menteri, hulubalang dan rakyat. Oleh sebab itu, genre ini bolehlah ditakrifkan sebagai karya yang mengetengahkan tatacara pentadbiran negara yang perlu dijadikan panduan oleh raja, pembesar dan rakyat. Pada zaman Aceh, terdapat dua buah karya yang berjudul Taj al-Salatin karangan Bukhari al-Jauhari dan Bustanus Salatin karya Syeikh Nuruddin al- Raniri. Kedua-duanya mencatatkan tanggungjawab pemerintah seperti raja, para pembesar dan pegawai-pegawai lain. Turut dinyatakan ialah sejarah kerajaan- kerajaan Islam di Asia Barat dan di Nusantara. Selainnya ialah tentang hukum- hakam agama Islam. Di samping itu, ada sebuah lagi karya yang tergolong dalam kategori ini. Ia bertajuk Kitab Nasihat Segala Raja-Raja. Kitab ini dihasilkan oleh Sultan Zainal Abidin III yang memerintah negeri Terengganu itu disadur daripada versi Arab yang dikarang oleh Syed Abdul Qadir. Sastera ketatanegaraan bermaksud karya sastera yang mengandungi uunsur aturan, kkaedah dan ccara penting dalam ppemerintahan dan kerajaan. Ia turut membicarakan kkewajipan raja dan para ppembesar dalam menjalankan pentadbiran negara.
  • 16. TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL W 39 2.3.3 Sastera Undang-undang Sebelum kita pelajari tentang sastera undang-undang, mari kita pelajari dahulu apakah yang dimaksudkan dengan undang-undang. Tahukah anda apakah maksud undang-undang? Bagi memastikan peraturan-peraturan itu dipatuhi, kerajaan mengadakan pasukan polis, mahkamah dan badan-badan lain. Walau bagaimanapun, Undang-undang Melayu Lama tidak boleh disamakan dengan undang-undang yang ditakrifkan tadi. Undang-undang itu pada mulanya berbentuk lisan. Isinya digubal dan disusun oleh para pembesar dengan persetujuan raja. Teksnya hanya ditulis sesudah tulisan Jawi yang sistematik terhasil. Oleh sebab itu, Undang-undang Melayu Lama merupakan satu lagi genre selain historiografi yang mengesahkan kekuasaan dan kedudukan raja. Raja berkuasa penuh sama ada melaksanakan peraturan yang ditetapkan ataupun mengetepikannya. Peraturan tersebut merupakan adat resam yang dipusakai secara turun-temurun bagi menjaga negara dan kedudukan raja. Oleh sebab itu, kewujudannya menandakan bahawa orang Melayu hidup berpandukan adat dan peraturan. Undang-undang Melayu Lama boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu: (a) Adat Perpatih yang digunakan di Negeri Sembilan dan Alor Gajah, Melaka. (b) Adat Temenggung yang meliputi hukuman-hukuman jenayah, undang- undang laut serta pelabuhan yang terletak di bawah pentadbiran Raja-Raja Melayu. (c) Undang-undang Islam yang didasarkan kepada hukum fikah Mazhab Syafie tentang nikah-kahwin, cerai-talak dan pembahagian harta pusaka. Antara karya yang tergolong dalam genre ini ialah Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut Melaka, Hukum Kanun Johor dan Undang-Undang Kedah. Undang-undang ialah kkeseluruhan peraturan yang digubal oleh kkerajaan dan ia mmesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan.
  • 17. X TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL40 2.3.4 Sastera Sufi Apakah yang dimaksudkan dengan sastera sufi? Ia mempunyai enam ciri utama seperti berikut: (a) Berjiwa tinggi; (b) Dalam maknanya; (c) Khayalannya melayang jauh; (d) Menggambarkan sesuatu dengan menggunakan rumus yang pelik; (e) Pernyataan-pernyataannya bersifat ketaksaan; dan (f) Patuh secara keseluruhannya kepada Allah. Hasan Basri ialah seorang zahid atau zuhud yang awal sekali membicarakan ilmu kebatinan, kemurnian akhlak dan penyucian jiwa. Pandangan tasawuf beliau ialah selalu bersedih hati kerana takut tidak dapat menunaikan perintah dan larangan Allah. Rabiatul Adawiyah pula ialah zahidah yang turut mengemukakan pandangan tasawuf, iaitu cinta suci murni kepada Allah dan tidak mengharapkan sebarang balasan daripada-Nya. Lain-lain tokoh tasawuf ialah Husin bin Mansur al-Hallaj, Ibnu Arabi dan Jalaluddin Rumi. Dua orang tokoh sufi di Alam Melayu ialah Hamzah Fansuri dan Syeikh Syamsuddin al-Sumatera-i. Antara karya sufi yang ditulis oleh Hamzah ialah al- Muntahi dan Syaraf al-Asyikin. Syeikh Syamsuddin pula menulis Miratul Muhaqiqin, Miratul Mukminin dan lain-lain. Sastera sufi ialah genre kesusasteraan yang dihasilkan oleh pengarang yang mengamalkan aajaran tasawuf. 1. Nyatakan dua subgenre sastera epik dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional. 2. Apakah fungsi sastera ketatanegaraan dan sastera undang- undang kepada masyarakat Melayu lama? SEMAK KENDIRI 2.1
  • 18. TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL W 41 PUISI MELAYU TRADISIONAL Tahukah anda bahawa puisi merupakan genre sastera paling awal bagi semua bangsa di dunia? Masyarakat Eropah menggunakan puisi untuk menghasilkan dua buah epik yang berjudul Iliad dan Odyssey. Masyarakat Hindu pula menggunakan puisi untuk melahirkan Mahabharata dan Ramayana. Kesusasteraan awal bangsa Arab juga ditulis dalam bentuk puisi. Puisi-puisi yang terbaik digantung di KaÊabah pada Zaman Jahiliah. Orang Melayu pula berbangga dengan puisi milik mereka yang dinamakan pantun. Puisi Melayu Tradisional terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu: (a) Puisi Melayu Tradisional Warisan Melayu; dan (b) Puisi Melayu Tradisional Warisan Islam. 2.4.1 Puisi Melayu Tradisional Warisan Melayu Puisi dalam kumpulan ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu tterikat (pantun dan gurindam) dan bbebas (seloka). (a) PPantun Bentuk-bentuk Pantun: (i) Bentuk-bentuk pantun yang paling popular ialah pantun dua kerat dan pantun empat kerat. (ii) Contohnya: Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati. Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. (iii) Bentuk-bentuk yang lain ialah pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat. 2.4
  • 19. X TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL42 Ciri-ciri Pantun: (i) Setiap baris pantun mempunyai empat hingga lima patah perkataan. (ii) Setiap baris mempunyai lapan hingga dua belas suku kata. (iii) Baris pertama dan kedua pantun empat kerat dinamakan pembayang atau sampiran. (iv) Dua baris kemudiannya disebut maksud. (v) Pantun empat kerat memakai skema rima a-b-a-b. (vi) Setiap rangkap pantun melengkapkan satu idea yang hendak disampaikan. (vii) Pantun berkait memerlukan lebih daripada satu rangkap untuk melengkapkan idea yang hendak disampaikan. Jenis pantun Terdapat enam jenis pantun seperti yang disenaraikan dalam Rajah 2.6. Rajah 2.6: Enam jenis pantun Peranan dan Fungsi (i) Pantun memainkan peranan penting dalam masyarakat Melayu seperti dalam upacara meminang, majlis berbalas pantun, penghias ucapan dan sebagainya. (ii) Antara fungsinya ialah mendidik, menyindir, menyatakan perasaan, menyampaikan buah fikiran dan menghibur.
  • 20. TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL W 43 (b) GGurindam Kata „gurindam‰ berasal daripada bahasa Sanskrit. Ia tergolong sebagai satu daripada Puisi Melayu Tradisional dalam kategori bukan naratif. Ciri-ciri gurindam ialah: (i) Setiap untai mengandungi dua baris ayat. (ii) Baris pertama disebut syarat, manakala baris kedua disebut jawab. (iii) Rima hujungnya sama, iaitu a-a. (iv) Isinya ialah hal-hal yang berat dan serius. (v) Puisi bertulis. Contoh gurindam ialah: Barang siapa mengenal Allah, Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah. Barang siapa tiada mengenal agama, Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama. Peranan dan fungsi gurindam ialah: (i) Berperanan sebagai alat yang berfungsi untuk mendidik khalayak. (ii) Unsur-unsur pendidikan yang diketengahkannya ialah iman dan moral yang baik. (c) SSeloka Kata „seloka‰ berasal daripada bahasa Sanskrit „shloka‰. Puisi jenis ini digunakan dalam epik Mahabharata dan Ramayana. Walau bagaimanapun, seloka Melayu tidak sama dengan seloka Sanskrit. Ciri seloka ialah: (i) Sejenis puisi bebas; (ii) Rangkapnya tidak tetap; (iii) Tidak tetap jumlah baris serangkap; (iv) Tidak tetap jumlah perkataan sebaris; dan (v) Ada yang berima dan ada yang tidak berima.
  • 21. X TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL44 Contoh seloka: Baik budi emak Si Randang, Dagang lalu ditanakkan, Tiada berkayu rumah diruntuh, Anak pulang kelaparan, Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusukan. Peranan dan fungsi seloka ialah sebagai alat yang berfungsi untuk menyindir, mengejek, bergurau senda atau berjenaka. 2.4.2 Puisi Melayu Tradisional Warisan Islam Tahukah anda bahawa genre puisi yang paling popular ialah syair? Kata „syair‰ berasal daripada kata „syiÊr‰ dalam bahasa Arab yang bermaksud puisi. Ciri-ciri syair ialah: (a) Sejenis puisi naratif dalam bahasa Melayu; (b) Bentuknya berangkap-rangkap; (c) Setiap rangkap yang biasa ada empat baris; (d) Setiap baris mengandungi purata empat patah perkataan; (e) Setiap baris mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata; (f) Rima hujungnya sama, iaitu a-a-a-a; (g) Tidak mempunyai pembayang dan maksud seperti pantun; dan (h) Setiap rangkap syair tidak boleh berdiri sendiri kerana memerlukan lebih daripada satu rangkap untuk melengkapkan sesuatu idea. Terdapat empat jenis syair seperti yang disenaraikan dalam Rajah 2.7. Rajah 2.7: Empat jenis syair puisi Melayu tradisional warisan Islam
  • 22. TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL W 45 Syair agama telah diperkenalkan oleh Hamzah Fansuri untuk menyampaikan hal-hal keagamaan. Contohnya ialah Syair Sidang Fakir dan Syair Perahu. Syair romantik mempunyai struktur dan isi yang sama dengan cerita dongeng. Contohnya ialah Syair Siti Zubaidah Perang China dan Syair Dandan Setia. Syair sejarah pula mengandungi kisah berunsur sejarah. Contohnya ialah Syair Singapura Terbakar dan Syair Sultan Maulana. Akhir sekali, syair kiasan menggunakan watak binatang untuk menyedarkan khalayak melalui sindiran tajam. Contohnya ialah Syair Burung Pungguk dan Syair Ikan Terubuk. Berikut adalah contoh serangkap syair: Ada kepada suatu hari, Saya ke pasar berlari-lari, Berjumpa dengan seekor nuri, Sangatlah bijak ia berperi. Apakah peranan dan fungsi syair? Peranan dan fungsi syair adalah sebagai alat untuk memberi hhiburan dan ppendidikan. x Kesusasteraan Melayu Tradisional terbahagi kepada dua bentuk iaitu prosa dan puisi. x Prosa Melayu Tradisional terbahagi kepada tiga cabang utama iaitu naratif lisan, naratif tulisan dan prosa tulisan bukan naratif. x Naratif lisan mengandungi tiga genre iaitu mitos, legenda dan cerita rakyat. x Naratif tulisan terbahagi kepada tiga genre iaitu sastera hikayat, sastera sejarah dan sastera epik. 1. Nyatakan persamaan dan perbezaan antara ciri-ciri pantun dan syair. 2. Apakah fungsi gurindam kepada masyarakat Melayu? SEMAK KENDIRI 2.2
  • 23. X TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL46 x Prosa tulisan bukan naratif terbahagi kepada empat genre iaitu sastera kitab, sastera ketatanegaraan, sastera undang-undang dan sastera sufi. x Dua kumpulan utama puisi Melayu tradisional ialah puisi Melayu tradisional warisan Melayu dan puisi Melayu tradisional warisan Islam. x Puisi Melayu tradisional warisan Melayu terbahagi kepada dua bentuk iaitu terikat (pantun dan gurindam) dan bebas (seloka). x Genre puisi yang paling popular dalam puisi Melayu tradisional warisan Islam ialah syair. Ada empat jenis syair iaitu syair agama, syair romantik, syair sejarah dan syair kiasan. Cerita rakyat Genre Gurindam Legenda Maksud Mitos Naratif lisan Naratif tulisan Pantun Prosa tulisan bukan naratif Puisi Melayu tradisional warisan Islam Puisi Melayu tradisional warisan Melayu Sastera epik Sastera hikayat Sastera ketatanegaraan Sastera kitab Sastera sejarah Sastera sufi Sastera undang-undang Seloka Syair Harun Jaafar. (2004). Ikhtisar kebudayaan dan prosa Melayu klasik. Tanjong Malim, Malaysia: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu tradisional: Satu pembicaraan genre dan fungsi. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • 24. TOPIK 2 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL W 47 Ismail Hamid. (1987). Perkembangan kesusasteraan Melayu lama. Petaling Jaya, Malaysia: Longman. Jamilah Ahmad, & Jalila Sharif. (1993). Kesusasteraan Melayu tradisional. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.