SlideShare a Scribd company logo
P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 105
UNIT 7
PEMBELAJARAN KOPERATIF
DALAM PENGAJARAN MATEMATIK
UJIAN PRA-PELAJARAN
Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda
mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut. Sekiranya anda
menguasai penilaian pada tahap 5, bermaksud anda sudah menguasai unit pelajaran
ini sepenuhnya. Oleh itu bolehlah anda terus mempelajari topik / Unit Pelajaran
berikutnya.
Sangat Tidak
Setuju
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju/Agree Sangat Setuju
1 2 3 4 5
Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5
1 Saya dapat menjelaskan konsep dan prinsip
pengajaran pembelajaran koperatif.
2 Saya dapat membezakan konsep
pembelajaran koperatif secara struktur dengan
pembelajaran koperatif secara kompleks
3 Mengaplikasikan pembelajaran koperatif
secara struktur dan kompleks dalam
pengajaran pembelajaran matematik di bilik
darjah
P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 106
PEMBELAJARAN KOPERATIF
DALAM PENGAJARAN MATEMATIK
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pelajaran, diharapkan pelajar dapat :
i) Menjelaskan konsep dan prinsip pengajaran pembelajaran koperatif.
ii) Membezakan konsep pembelajaran koperatif secara struktur dengan
pembelajaran koperatif secara kompleks;
iii) Mengaplikasikan pembelajaran koperatif secara struktur dan kompleks dalam
pengajaran pembelajaran matematik di bilik darjah;
7.1 PENGENALAN
Dalam mempertimbangkan cara-cara yang terbaik untuk menyediakan pelajar-pelajar
menghadapi cabaran abad ke 21, isi kandungan kurikulum matematik dan cara
pendekatan pengajaran pembelajaran matematik di peringkat sekolah rendah hingga ke
peringkat pengajian tinggi perlu diubah. Ini selaras dengan era teknologi maklumat dan
dunia tanpa sempadan. Walau bagaimanapun, perubahan kurikulum hendaklah lebih
berfokus iaitu dari kemahiran aritmatik dan komputasi kepada kurikulum matematik
yang dapat memperkembangkan kemahiran berfikir, pelbagai kecerdasan,
pembelajaran masteri, penaakulan dan penggunaan teknologi maklumat. Matlamat
akhirnya adalah untuk membantu pelajar-pelajar mengkonstruk kefahaman konseptual
matematik mereka, bukan menghafal fakta, peraturan dan teorem-teorem matematik
sahaja. Guru matematik seharusnya berusaha untuk membina kefahaman konsep,
diikuti dengan latihan-latihan untuk memperkukuhkan kemahiran dan prinsip melalui
pembuktian, penjelasan semula oleh pelajar dalam kelas atau kumpulan.
Pengajaran matematik diharapkan dapat menangani matlamat-matlamat abad
ke 21. Pengajaran matematik secara penerangan atau demonstrasi perlu diadunkan
dengan pelbagai kaedah dan strategi dalam pengajaran yang melibatkan sama ada
pengajaran secara kelas, kumpulan dan individu. Guru diharapkan memainkan peranan
sebagai fasilitator, membimbing pelajar untuk meneroka, menyoal soalan yang dapat
mempertingkatkan daya berfikir dan memperkembangkan pelbagai kecerdasan pelajar.
Salah satu penekanan dalam kurikulum matematik sekolah bestari 1998 adalah
penerapan pembelajaran kumpulan. Mengikut National Council of Teachers of
Mathematics (NCTM), menyatakan bahawa:
„Small groups provide a forum in which students ask questions, discuss ideas,
make mistakes, learn to listen to others‟ ideas, offer constructive criticism, and
summarize their discoveries in writing‟ (1989, page 79).
P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 107
Sebelum membaca seterusnya modul ini, adakah anda pernah
melaksanakan pembelajaran koperatif semasa pengajaran pembelajaran di bilik darjah?
Bincangkan pengalaman anda semasa melaksanakan pengajaran pembelajaran
matematik secara pembelajaran koperatif.
7.2 PEMBELAJARAN KOPERATIF
Pembelajaran koperatif adalah kaedah pengajaran kumpulan yang membuat pelajar
belajar dan mengajar. Pelajar bekerja bersama-sama dalam kumpulan kecil di atas
tugasan akademik bagi membantu dirinya dan rakan-rakan kumpulan belajar bersama-
sama untuk mencapai matlamat yang sama dan memiliki kemahiran sosial.
Pembelajaran koperatif berbeza daripada kaedah kumpulan tradisional di mana
pembelajaran koperatif lebih berstruktur iaitu semua pelajar menyertai secara sama
rata dan bertanggungjawab kepada pembelajaran mereka.
7.3 MENGAPA PEMBELAJARAN KOPERATIF
Tinjauan kajian yang dibuat oleh Davidson (1985, 1996b) dan Webb (1985) yang
memfokuskan kepada pembelajaran matematik dalam aspek pencapaian serta
perhubungan antara pelajar dalam kumpulan. Davidson (1996b) telah membuat
tinjauan ke atas lebih kurang 80 peratus kajian-kajian yang berkaitan dengan
perbandingan antara pencapaian pelajar dalam matematik secara pembelajaran
koperatif dengan pembelajaran matematik pengajaran secara tradisional iaitu secara
keseluruhan kelas. Didapati lebih 40 peratus kajian-kajian ini menyatakan pencapaian
setiap individu yang terlibat dengan pembelajaran koperatif telah meningkat. Hanya
dua kajian sahaja menunjukkan pencapaian individu kumpulan kawalan meningkat
daripada individu yang mengikuti pembelajaran koperatif.
Bagi menyokong tinjauan kajian Davidson ini, kajian Webb juga mendapati
terdapat korelasi pencapaian dalam matematik antara pelajar-pelajar yang berada
dalam kumpulan pelbagai kecerdasan dengan pencapaian individu masing-masing.
Davidson juga mendapati kesan kemahiran matematik melalui pembelajaran koperatif
adalah positif apabila kombinasi akauntibiliti individu dengan matlamat kumpulan atau
pengiktirafan kumpulan bagi pencapaian yang cemerlang. Kesan pembelajaran
koperatif adalah tidak signifikan dengan pengajaran tradisional jika guru tidak
berpengalaman melaksanakan pembelajaran koperatif, kurang sedar tentang kaedah-
kaedah pengajaran yang berkesan dan kurang merangsangkan pembelajaran
kumpulan atau saling bergantungan secara positif antara pelajar.
Kajian Sherman & Thomas (1986) juga mendapati pembelajaran koperatif dapat
meningkatkan pencapaian pelajar cerdas, sederhana dan lemah dalam matematik.
Seterusnya, pelajar-pelajar didapati dapat menyimpan ingatan dalam jangka masa yang
panjang, berkebolehan menyelesaikan masalah, bersikap lebih positif terhadap
P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 108
pembelajaran matematik dan self-esteem yang tinggi (Salvin, 1990; Gickling &
Theobald, 1975).
7.4 PELAKSANAAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN KOPERATIF
ahukah anda bagaimana Melaksanakan pengajaran pembelajaran koperatif? Secara
umum, pengajaran pembelajaran koperatif boleh dilaksanakan dengan berbagai-bagai
cara, antaranya formal, informal dan kumpulan asas (Rujuk 7.1).
Pengajaran yang menggunakan Koperatif Generik dan
Pembelajaran Koperatif yang Pembelajaran Struktur
Spesifik
Penggunaan Rutin Pembelajaran Koperatif
Rajah 7.1: Pembelajaran Koperatif
T
Elemen Penting
- Saling bergantungan - Akauntibiliti
positif individu
- Interaksi bersemuka - Kemahiran
Sosial
- Pemerosesan kumpulan
Peranan Guru
Kumpulan Formal Kumpulan Informal
- Objektif pengajaran - pengenalan
- Perbincangan awal - perbincangan
- Menerang tugasan - menamatkan Kumpulan
- Memantau dan perbincangan Asas
menyelia
- Menilai
P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 109
7.4.1 Pembelajaran koperatif secara formal
Tentu anda pernah melaksanakan pengajaran pembelajaran koperatif di bilik darjah.
Persoalannya, adakah ia boleh dikatakan pengajaran pembelajaran koperatif secara
formal? Pembelajaran koperatif secara formal ini merupakan pembelajaran di mana
pelajar belajar bersama-sama dalam satu waktu pembelajaran hingga ke beberapa
minggu pembelajaran dalam usaha untuk mencapai dan berkongsi matlamat
pembelajaran serta menyiapkan sesuatu kerja dan tugasan. Tugasan-tugasan ini
termasuklah dalam usaha membuat keputusan atau menyelesaikan masalah,
melengkapkan sesuatu unit pembelajaran, menulis laporan, menjalankan kajian dan
lain-lain tugasan yang biasa dibuat dalam bilik darjah (Johnson & Johnson, 1990).
Dalam melaksanakan pembelajaran koperatif secara formal di bilik darjah,
seseorang guru perlu melakukan perkara-perkara berikut:
a) Tentukan objektif pembelajaran
Dalam setiap pelajaran, guru harus menentukan objektif akademik, strategi dan
kaedah yang akan digunakan dan objektif kemahiran sosial interpersonal atau
kumpulan kecil yang akan digunakan semasa pengajaran pembelajaran dibuat
dengan jelas.
b) Membuat keputusan awal
Guru mesti memutuskan tentang saiz dan jenis kumpulan, kaedah memberikan
tugasan, peranan pelajar, bahan-bahan yang akan digunakan dan susunan bilik
darjah.
c) Penerangan tugasan dan saling bergantungan positif
Guru perlu menerangkan dengan jelas tentang tugasan yang perlu dibuat, saling
bergantungan positif dan akauntibiliti individu yang diharapkan daripada setiap
pelajar, mengajar konsep dan strategi yang diperlukan, berikan kriteria-kriteria
untuk berjaya dan kemahiran sosial yang dijangkakan daripada pelajar-pelajar.
d) Memantau pembelajaran pelajar dan kemahiran interpersonal dan
kumpulan
Guru memerhati secara sistematik dan mengumpul maklumat setiap ahli
kumpulan dan juga kumpulan-kumpulan dan membantu ahli atau kumpulan yang
memerlukan bantuan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.
e) Menilai pembelajaran pelajar dan membantu kumpulan untuk berfungsi
Pembelajaran pelajar diperhatikan dan direkodkan pencapaian setiap pelajar
dan bagaimana keberkesanan pelajar-pelajar bekerjasama semasa
menyelesaikan sesuatu tugasan pembelajaran.
Cuba anda buat refleksi kepada pengajaran yang pernah anda laksanakan di
sekolah. Adakah ia merupakan pengajaran pembelajaran koperatif secara formal?
P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 110
7.4.2 Pembelajaran Koperatif Secara Informal
Pembelajaran koperatif informal ini berlaku jika pelajar belajar bersama untuk mencapai
sesuatu matlamat pembelajaran secara sementara sahaja. Kumpulan yang dibentuk
secara „ad hoc‟ untuk jangka masa beberapa minit hingga keseluruhan masa pelajaran
kelas. Semasa pengajaran atau tunjukcara, pembentukan kumpulan ini boleh dibuat
untuk menarik perhatian ke atas bahan pembelajaran dan membantu pelajar-pelajar
memahami bahan pembelajaran. Pembelajaran koperatif informal ini selalu digunakan
antara 3 hingga 5 minit perbincangan ke atas sesuatu tugasan sebelum pengajaran
atau selepas pengajaran dan 2 hingga 5 minit perbincangan dalam kumpulan
sepanjang pengajaran.
7.4.3 Kumpulan Asas
Pembentukan kumpulan asas koperatif dibuat untuk jangka masa panjang,
heterogeneous, bilangan kumpulan antara 2 – 4 orang. Tujuan pembentukan
kumpulan asas ini adalah untuk memastikan setiap ahli kumpulan membantu dan
merangsang setiap ahli kumpulan untuk berjaya dalam akademik. Kumpulan ini kekal
untuk sekurang-kurangnya untuk satu semester atau satu tahun. Kumpulan-kumpulan
ini dimestikan berjumpa setiap minggu untuk membincang kemajuan setiap ahli dan
memberi bantuan kepada ahli-ahli yang memerlukan bantuan akademik.
7.5 KONSEP UTAMA PEMBELAJARAN KOPERATIF
Terdapat lima Konsep Utama (Rajah 7.2) pendekatan pembelajaran koperatif iaitu
struktur koperatif/kompleks, prinsip asas, pengurusan, kemahiran sosial, pembentukan
kumpulan dan pembinaan kelas dan kumpulan. Enam perkara ini perlu dikuasai oleh
guru sebelum melaksanakan pengajaran pembelajaran koperatif di bilik darjah.
Prinsip
Pengurusan Pembinaan Kelas
Struktur
Kumpulan Kemahiran Sosial
Rajah 7.2: Kunci Utama Pembelajaran Koperatif
P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 111
7.5.1 Pendekatan Struktur dan Kompleks
Satu konsep yang penting yang perlu diketahui ialah tentang pendekatan pengajaran
pembelajaran koperatif. Terdapat dua pendekatan yang dominan iaitu pendekatan
berstruktur dan kompleks. Kedua-dua pendekatan ini akan dibincangkan dengan lebih
lanjut dalam penerangan seterusnya.
7.5.2 Prinsip-prinsip pembelajaran koperatif
Terdapat lima prinsip bagi pembelajaran koperatif yang perlu dipupuk dalam kalangan
pelajar iaitu:
a) Saling Bergantungan Secara Positif (positive interdependence)
Ungkapan umum tentang prinsip pembelajaran koperatif: “all for one and one for
all”. Saling bergantungan secara positif (positif interdependence) wujud bila
pelajar yakin mereka merupakan ikatan dalam satu kumpulan supaya mereka
berjaya bersama-sama. Sekiranya ahli kumpulan bekerja kuat atau tidak mereka
mesti bersama-sama bekerja membantu ahli-ahli kumpulan lain supaya berjaya
melaksanakan tugasan. Dua tanggungjawab setiap ahli kumpulan iaitu belajar
bahan pembelajaran yang diberikan dan memastikan setiap ahli kumpulan
memahami bahan pembelajaran tersebut. Bagi menjamin kejayaan
pembentukan perhubungan/pergantungan secara positif, guru bolehlah memberi
ganjaran, membahagikan bahan-bahan pembelajaran, dan memberikan tugas-
tugas sampingan setiap individu.
b) Akauntibiliti Individu (individual Accountability)
Ungkapan umum adalah: “What children can do together today, they can do
alone tomorrow”. Bila pencapaian setiap individu dinilai dan keputusan diberikan
balik kepada kumpulan dan individu, maka ahli-ahli kumpulan tahu ahli-ahli mana
yang memerlukan bantuan bagi melengkapkan tugasan atau ujian. Bagi
memastikan setiap ahli kumpulan bersikap akauntibiliti individu ahli-ahli
kumpulan perlu menilai sebanyak mana kemampuan setiap ahli menyumbang
kepada kumpulan, memberi maklum balas (feed back) kepada kumpulan dan
individu, membantu kumpulan bagi mengelakkan sumbangan yang bertindih dan
memastikan setiap ahli kumpulan bertanggungjawab kepada keputusan akhir.
c) Interaksi Bersemuka
Dalam pembelajaran koperatif, pelajar memerlukan hubungan/interaksi
bersemuka antara ahli-ahli kumpulan yang membuatkan setiap ahli belajar dan
berjaya. Ahli-ahli kumpulan dapat berdialog dalam kedudukan yang berhampiran
di antara satu sama lain dan dapat memberangsangkan perkongsian idea,
sumber atau jawapan. Guru perlu memaksimumkan peluang pelajar dengan
mempromosi setiap kejayaan ahli kumpulan iaitu dengan membantu, memberi
P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 112
bimbingan dan memberi sokongan, menggalakkan dan memuji setiap ahli
kumpulan supaya belajar lebih giat. Antara kesan interaksi bersemuka adalah:
i) aktiviti kognitif berlaku semasa ahli-ahli kumpulan berbincang dan mengajar
rakan tentang konsep-konsep yang dipelajari;
ii) perhubungan sosial yang lebih luas;
iii) respond verbal dan nonverbal dalam kalangan ahli memberi maklumat
tentang pencapaian masing-masing;
iv) memberi peluang kepada ahli-ahli kumpulan mendesak ahli kumpulan yang
kurang berusaha supaya bekerja keras; dan
v) memberi peluang setiap ahli kumpulan berhubung antara satu sama lain
dengan lebih dekat dan mesra.
d) Kemahiran Interpersonal dan kumpulan kecil (Interpersonal and small groups
skills)
Ungkapan umum adalah: “I will pay more for the ability to deal with people than
any other ability under the sun”. Setiap pelajar harus diajar kemahiran sosial bagi
memperoleh kualiti kolaboratif yang tinggi. Kemahiran sosial ini termasuklah
berkebolehan memberi arahan bekerja dalam kumpulan dan menggunakan suara
yang lembut. Untuk itu setiap ahli kumpulan:
i) mesti mengenali antara satu sama lain dan percaya mempercayai;
ii) berhubung secara tepat dan selalu;
iii) terima dan sokong antara satu sama lain; dan
iv) menyelesaikan dan menghindar sebarang konflik yang wujud antara ahli
kumpulan
e) Penilaian dan Refleksi (group processing)
Membuat refleksi untuk meninjau kembali cara perbincangan dalam kumpulan
dijalankan dan memberi tindak balas setiap tindakan yang membantu dan yang
tidak membantu. Membuat keputusan tentang apa tindakan yang ditukar atau
diteruskan agar dapat memperbaiki keberkesanan sumbangan ahli kumpulan
semasa bekerjasama untuk mencapai matlamat kumpulan.
Fikirkan, bagaimana memenuhi prinsip-prinsip ini dalam pengajaran
pembelajaran matematik secara koperatif.
7.5.3 Pembinaan Kelas
Bagi menjamin kejayaan pembelajaran koperatif ini guru hendaklah mengambil masa
untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat membentuk semangat bekerjasama, hormat
menghormati, percaya mempercayai dan saling bantu membantu antara satu sama lain.
Pembinaan kelas dapat mewujudkan jaringan antara semua pelajar dalam bilik darjah
dan suasana yang sesuai untuk pembelajaran. Walaupun pelajar-pelajar berada dalam
kumpulan masing-masing tetapi guru mesti menyedarkan mereka bahawa setiap
pelajar merupakan ahli keseluruhan kelas bukan hanya kepada kumpulan masing-
P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 113
masing. Sumbangan mereka bukan tertumpu kepada kumpulan masing-masing tetapi
kepada kejayaan keseluruhan kelas.
7.5.4 Pembentukan Kumpulan
Dalam pembelajaran koperatif bilangan ahli bagi sesuatu kumpulan yang ideal adalah 4
orang. Jika bilangan ahli lebih terlalu ramai akan terdapat pelajar-pelajar yang tidak
mengambil bahagian, masalah pengawalan kelas, dan masa yang panjang bagi
sesuatu aktiviti pembelajaran. Kumpulan yang dibentuk hendaklah heterogenous iaitu
terdiri dari aspek keupayaan pelajar, jantina, dan bangsa. Kumpulan-kumpulan ini
harus kelas untuk lima hingga enam minggu bagi membolehkan pelajar mengenali
rakan-rakan dengan lebih dekat dan meningkatkan kemahiran sosial mereka.
Berikut adalah beberapa contoh cara yang boleh digunakan untuk membentuk
kumpulan bagi pengajaran pembelajaran secara koperatif. Katakan kelas mengandungi
28 orang pelajar, manakala anda ingin membentuk kumpulan dengan setiap kumpulan
mengandungi 4 orang pelajar. Cara yang boleh digunakan:
i. Menyediakan gula-gula dengan warna pembalut terdiri daripada 7 warna
berbeza. Bahagikan gula-gula berkenaan secara rawak, dan setiap seorang
sebiji gula-gula. Seterusnya mintalah pelajar yang memiliki gula-gula yang
sama warna untuk duduk dalam kumpulan yang sama. Oleh itu, bilangan
kumpulan yang dibentuk adalah 7 kumpulan berbeza.
ii. Menyuruh pelajar membilang nombor dari nombor 1 hingga 4. Seterusnya,
pelajar yang berikutnya akan mengulang semula bermula daripada nombor 1
hinggalah 4. Proses membilang ini dilakukan sehingga semua pelajar
membilangnya. Akhirnya pelajar yang menyebut nombor yang serupa diminta
untuk duduk dalam satu kumpulan yang sama.
Fikirkan satu cara membentuk kumpulan secara heterogenous untuk
pengajaran pembelajaran koperatif.
7.5.5 Pengurusan
Dapatan kajian menunjukkan bahawa masalah pengurusan bilik darjah menurun
apabila guru memulakan pembelajaran koperatif. Mengurus pengajaran koperatif dalam
bilik darjah haruslah diberi tumpuan oleh guru agar pengajaran menjadi lebih menarik
dan terkawal. Antara pengurusan bilik darjah yang perlu dikuasai oleh guru dalam
melaksanakan pembelajaran koperatif adalah menentukan susunan bilik darjah,
membahagikan kumpulan, mengawal paras kebisingan semasa pembelajaran, memberi
arahan, mengedarkan dan menyimpan lembaran tugasan, menyimpan rekod individu
dan kumpulan pelajar. Di samping itu, guru perlu menegaskan kepada pelajar-pelajar
tentang „isyarat senyap‟ yang harus dipatuhi dan dipersetujui oleh semua pelajar.
Antara „isyarat senyap‟ yang boleh digunakan oleh guru adalah seperti mengangkat
tangan atau bertepuk tangan dua kali atau meniup wisel atau cara-cara lain yang
P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 114
difikirkan sesuai. Guru juga boleh menggunakan loceng bagi menandakan bahawa
sesuatu aktiviti sudah tamat.
7.5.6 Kemahiran Sosial
Kemahiran sosial perlu diterap oleh guru melalui pembelajaran bilik darjah. Sebagai
guru, kita perlu sentiasa sedar bahawa pengajaran di sekolah bukan sahaja untuk
mengajar ilmu pengetahuan akademik sahaja, tetapi sama pentingnya ialah untuk
menyediakan pelajar agar sesuai berada dalam masyarakat nanti. Tidak ada gunanya
seseorang pelajar, sekiranya cemerlang dalam akademik, tetapi tidak tahu
menghormati rakan atau bermasalah disiplin. Dapatan kajian telah menunjukkan
bahawa pembelajaran koperatif telah dapat menerapkan perasaan penyayang (caring)
di kalangan pelajar, bekerjasama, bantu membantu dan saling faham memahami antara
satu sama lain. Semasa pelajar berinteraksi dalam kumpulan, pelajar-pelajar didapati
telah dapat meningkatkan kemahiran mendengar, berbincang, mengurus pemprosesan
kumpulan, menangani pelajar yang dominan, perasaan bermusuhan dan perasaan
malu berkurangan.
7.6 PENDEKATAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN KOPERATIF
Pendekatan pengajaran pembelajaran koperatif boleh dilaksanakan dengan dua cara
iaitu pertama, berstruktur dan kedua, kompleks.
7.6.1 Pendekatan secara struktur
Pembelajaran koperatif berstruktur ini merupakan prosedur koperatif yang standard
bagi memupuk kemahiran-kemahiran generik seperti kerjasama dan komunikasi. Bagi
mempraktikkan pembelajaran koperatif, guru haruslah membina struktur pembelajaran
koperatif yang kukuh terlebih dahulu melalui aktiviti-aktiviti yang dapat membuatkan
pelajar bekerjasama, berkomunikasi dan percaya mempercayai dalam mempelajari
sesuatu isi kandungan. Terdapat lebih kurang 80 aktiviti-aktiviti berstruktur yang mudah
dilaksanakan di dalam bilik darjah secara berpasangan atau kumpulan. Pemilihan
aktiviti struktur bergantung kepada mata pelajaran, masa pengajaran dan kemahiran
sosial yang hendak dikembangkan. Dalam unit ini kita akan membincangkan beberapa
aktiviti struktur yang boleh dilaksanakan dalam pengajaran pembelajaran matematik
sekolah rendah.
Secara umum, konsep asas pengajaran pembelajaran koperatif berstruktur ini
adalah struktur-struktur yang boleh digunakan semasa set induksi dan/atau semasa
perkembangan pengajaran, dan/atau semasa penilaian dan/atau semasa penutup.
Penggunaan struktur ini hanya mengambil masa beberapa minit sahaja di mana-mana
langkah pengajaran.
P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 115
Bagi memulakan kaedah pengajaran pembelajaran koperatif di sekolah rendah,
guru hendaklah tahu dan mahir untuk melaksanakan beberapa struktur pembelajaran
koperatif yang mudah dan sesuai untuk pengajaran pembelajaran matematik.
Antaranya adalah seperti „roundtable‟, „roundrobin‟, „pair-check, „think-pair-share‟,
„number heads together‟, „show down, „send-a-problem‟ dan lain-lain. Guru boleh cuba
menggunakan beberapa struktur ini dalam pengajaran matematik. Berikut adalah
beberapa struktur yang mudah dilaksanakan dalam pengajaran pelbagai peringkat
sekolah rendah dan menengah.
a) Meja Bulat (Roundtable)
Guru mengemukakan soalan matematik yang mempunyai pelbagai jawapan atau
kemungkinan dan memberikan lembaran kerja untuk dilengkapkan oleh kumpulan-
kumpulan pelajar. Setiap kumpulan hanya dibekalkan sehelai lembaran atau
kertas dan sebatang pensel atau pen. Setiap pelajar dari setiap kumpulan
dikehendaki menulis satu respons atau jawapan dan kemudiannya memberikan
kepada rakan di sebelahnya. Proses ini diteruskan sehinggalah semua ahli telah
memberi sumbangan dengan menulis respon atau jawapan masing-masing. Jika
pelajar tidak boleh memberi respon atau jawapan pada ketika itu bolehlah diambil
alih oleh rakan di sebelahnya. Roundtable ini dapat menerap kemahiran koperatif
seperti mengikut giliran dan mendengar pendapat rakan tanpa gangguan.
b) Tiga Langkah Temu bual (Three-Step Interview)
„Three-Step Interview‟ dilaksanakan untuk kumpulan yang mengandungi empat
orang ahli yang dibahagikan kepada dua pasangan iaitu A dan B, C dan D.
Langkah 1: A menemu bual B dan C menemu bual D. Penemubual mendengar,
menyoal tetapi tidak boleh mengulas atau berkongsi maklumat/data personal.
Langkah 2: Tukar peranan di mana B menemu bual A dan D menemu bual C.
Langkah 3: Berkongsi idea/jawapan – setiap ahli kumpulan berkongsi idea dan
maklumat dari empat orang ahli kumpulan. Antara contoh aktiviti atau soalan
matematik yang boleh digunakan semasa aktiviti ini adalah seperti berikut:
 Berikan contoh-contoh bentuk geometri yang terdapat di rumah anda?
 Nyatakan pembolehubah-pembolehubah yang boleh dibentuk di dalam
kelas anda?
 Nyatakan syarat-syarat bagi petua mencari luas bagi segi tiga
Aktiviti ini memerlukan pelajar memberi respon dengan lancar. Oleh itu pelajar
akan diberi tajuk perbincangan satu atau dua hari terlebih dahulu untuk membuat
persediaan.
c) Penomboran Ahli Kumpulan (Numbered Heads Together)
Setiap pelajar dalam kumpulan (4 orang) akan diberikan nombor daripada satu
hingga empat. Guru akan memberi masalah, soalan atau isu. Pelajar-pelajar
diminta berbincang dalam kumpulan dengan jangka masa yang ditetapkan. Setiap
kumpulan hendaklah memastikan semua ahli-ahlinya dapat menjawab masalah,
P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 116
soalan atau isu yang diberikan. Guru kemudiannya akan memanggil satu nombor
dan ahli kumpulan yang memegang nombor tersebut akan mewakili kumpulannya
untuk menjawab secara lisan atau bertulis dan seterusnya guru akan memanggil
nombor lain untuk dijawab oleh pelajar yang berkaitan.
d) Fikir-Pasang-Kongsi (Think-Pair-Share)
Bagi aktiviti ini guru mengemukakan soalan kepada kumpulan (dua atau empat
orang). Pelajar-pelajar diminta untuk menyelesaikan secara bersendirian terlebih
dahulu dalam jangka masa yang ditetapkan. Kemudian secara berpasangan cuba
menyelesaikan masalah atau soalan tersebut sama ada membuat perbandingan
penyelesaian atau perbincangan dan mendapat persetujuan untuk jawapan bagi
masalah atau soalan. Guru kemudiannya meminta setiap ahli kumpulan membuat
perbandingan jawapan dan persetujuan atas jawapan untuk kumpulan masing-
masing untuk dibentangkan kepada kelas. Antara contoh-contoh aktiviti atau
soalan yang boleh dibincangkan adalah seperti berikut:
 Jelaskan perhubungan antara bentuk-bentuk ini:
segi empat tepat, segi empat sama, rombus, segi empat selari
 Cari luas bagi bentuk-bentuk dua dimensi yang diberikan. Dalam hal
ini guru memberikan satu lembaran kerja yang dilukiskan beberapa
rajah yang berbentuk segi empat, segi tiga dan rombus.
Think-Pair-Share ini boleh digunakan untuk perbincangan konsep atau
prosedur bagi penyelesaian masalah atau semasa latihan di bilik darjah. Aktiviti
ini boleh juga dibuat serentak semasa pengajaran guru di mana guru
mengemukakan soalan yang berkaitan dengan apa yang telah dipelajari,
kemudiannya pelajar diminta berbincang dengan pasangannya dan menjawab
soalan tersebut kepada keseluruhan kelas.
e) Semak Pasangan (Pairs Check)
Aktiviti Pairs Check boleh digunakan sebagai latihan dan menguasai kemahiran
atau prosedur sesuatu kemahiran. Dalam kumpulan empat orang, setiap
pasangan akan memainkan dua peranan iaitu sebagai penyelesai dan juru tunjuk
atau pemerhati.
Langkah 1: Pelajar pertama akan menyelesaikan masalah yang diberikan dan
pelajar kedua sebagai juru tunjuk dengan meneliti, menyemak, membuat
pembetulan semasa penyelesaian yang dibuat oleh pelajar pertama.
Langkah 2: Pelajar pertama dan kedua menukar peranan untuk penyelesaian
masalah kedua.
Langkah 3: Dua pasangan bagi kumpulan akan membuat perbandingan dan
penyemakan serta mencapai persetujuan untuk penyelesaian masalah yang
diberikan dan bersalaman atau meraikan kejayaan mereka.
P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 117
f) Show Down
Aktiviti Show Down boleh digunakan sebagai latihan dan menguasai kemahiran
atau prosedur sesuatu kemahiran. Dalam kumpulan empat orang, guru
memberikan soalan pada setiap individu untuk menyelesaikan soalan yang
diberikan.
Langkah 1: Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki menyelesaikan masalah
yang diberikan dalam masa yang diberikan secara individu.
Langkah 2: Setelah tamat tempoh yang diberikan, setiap ketua kumpulan
meminta ahli-ahlinya menunjukkan hasil penyelesaian soalan yang diberikan.
Langkah 3: Setiap ketua kumpulan perlu menyemak dan berbincang dengan ahli-
ahli kumpulan setiap soalan dan memastikan mendapat jawapan yang betul.
Langkah 4: Guru akan memanggil ketua kumpulan yang dipilih untuk
menunjukkan penyelesaian bagi soalan-soalan tertentu di papan putih dan
menjelaskan penyelesaian secara lisan kepada kelas.
Di akhir kelas, setiap ahli kumpulan bersalaman dan meraikan kejayaan
kumpulan mereka.
g) Send-A-Problem
Aktiviti Send-A-Problem (Trade-A-Problem) boleh digunakan sebagai latihan dan
menguasai kemahiran atau prosedur sesuatu kemahiran. Aktiviti ini boleh
dilakukan setelah tamat pengajaran sesuatu tajuk atau beberapa kemahiran.
Langkah 1: Guru mengarahkan, dalam masa yang ditetapkan, setiap kumpulan
supaya menggubal satu soalan berdasarkan tajuk atau kemahiran yang sudah
dipelajari. Ketua kumpulan mesti memastikan berlaku perbincangan dan
menggubal soalan bersama dengan jawapan penyelesaiannya.
Langkah 2: Setelah tamat tempoh yang diberikan, guru boleh memilih mana-
mana kumpulan (katakan Kumpulan A) untuk memulakan dengan membaca atau
menulis soalan matematik yang digubal oleh kumpulan A di papan putih dan
meminta ketua kumpulan A tersebut untuk memilih mana-mana kumpulan
(katakan Kumpulan B) untuk menjawab soalan tersebut dalam masa yang
ditentukan. Ketua kumpulan B mengadakan perbincangan dengan ahli-ahlinya
untuk menyelesaikan soalan tersebut. Ahli-ahli kumpulan lain juga turut
mengadakan perbincangan dalam kumpulan masing-masing untuk penyelesaian
soalan yang diberikan.
Langkah 3: Setelah tamat tempoh, ketua kumpulan B diminta untuk
menyelesaikan soalan tersebut secara lisan atau bertulis di papan putih. Jika
kumpulan B tidak boleh menjawab, guru boleh menawarkan mana-mana
kumpulan untuk menjawab soalan tersebut.
P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 118
Langkah 4: Jika ketua kumpulan B atau mana-mana kumpulan boleh menjawab,
ketua kumpulan B atau mana-mana kumpulan diminta untuk mengemukakan
soalan yang digubal oleh kumpulannya dan memilih mana-mana kumpulan untuk
menjawab, katakan kumpulan C. Ketua kumpulan C dan ahli-ahlinya akan
berbincang untuk menjawab soalan tersebut dan ahli-ahli kumpulan lain juga turut
berbincang dalam kumpulan masing-masing dan bersedia untuk menjawab jika
diminta atau dipilih oleh ketua kumpulan C nanti.
Langkah 5: Begitulah seterusnya, sehingga guru merasakan murid-muridnya
sudah dapat menguasai tajuk atau kemahiran yang diajar.
Di akhir pelajaran, guru mengarahkan setiap ahli kumpulan bersalaman dan
meraikan kejayaan mereka.
Bincangkan dalam kelas tutorial pembelajaran koperatif secara berstruktur
menggunakan suatu masalah matematik sekolah rendah.
7.6.2 Pendekatan secara kompleks
Aktiviti-aktiviti pembelajaran kumpulan yang memerlukan pelajar memenuhi peraturan
atau langkah-langkah yang tertentu iaitu pengajaran kelas, aktiviti kumpulan, kuiz atau
ujian secara individu, merekodkan skor pencapaian dan pengiktirafan kumpulan. Antara
pembelajaran koperatif kompleks yang dibincangkan di sini adalah STAD (Student
Team Achievement Division), TGT (Team Games Tournament)/TMT, JIGSAW, TAI
(Team Assisted Individualization), dan GI (Group Investigation) dan Learning Together
(LI). Guru disarankan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif kompleks ini
sekurang-kurangnya empat hingga enam minggu selepas pelajar-pelajar menerima
pendedahan kaedah pembelajaran koperatif berstruktur.
Berikut dibincangkan enam kaedah pembelajaran koperatif yang kompleks atau
peringkat tinggi iaitu Student Team Achievement Division (STAD), Team Games
Tournament (TGT/TMT), JIGSAW, Team Assisted Individualization (TAI), Learning
Together (LT) dan Group Investigation (GI). Guru disarankan agar menggunakan
pendekatan ini apabila pelajar-pelajar telah mahir melaksanakan pembelajaran
koperatif secara berstruktur.
a) Student Teams Achievement Division (STAD)
Satu kaedah yang banyak dibuat kajian (Slavin, 1990). Ia juga dapat digunakan dalam
mata pelajaran Matematik, Sains, Kajian Sosial, English/Bahasa, dan lain-lain mata
pelajaran dari Tahun 2 hingga peringkat kolej.
P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 119
Cara pelaksanaan STAD dalam bilik darjah
Lima komponen dalam pelaksanaan STAD iaitu pengajaran kelas (class presentation),
kumpulan (teams), kuiz, peningkatan skor individu dan penghargaan (recognition).
 Persembahan/pengajaran kelas
Bahan STAD diperkenalkan pada permulaan pengajaran. Pengajaran secara
STAD berbeza daripada pengajaran yang biasa kerana pengajaran STAD
ditumpukan kepada bahan-bahan STAD yang disediakan oleh guru. Dengan
cara ini murid-murid tahu bahawa mereka perlu menguasai dan memberi
perhatian terhadap pengajaran guru jika tidak mereka tidak boleh membuat
perbincangan dan menjawab kuiz.
 Kumpulan (Teams)
Kumpulan secara STAD terdiri daripada 4 – 6 orang sekumpulan. Tugas utama
kumpulan adalah memastikan setiap ahli kumpulan mencapai kejayaan yang
baik dalam kuiz. Selepas guru menyampaikan pengajaran, kumpulan berjumpa
untuk belajar lembaran kerja yang diberikan oleh guru dan lain-lain bahan.
Bahan-bahan ini merupakan bahan-bahan yang disediakan oleh guru. Murid-
murid membuat perbincangan, bantu membantu, membandingkan jawapan dan
memperbetulkan sebarang kesilapan yang dibuat oleh rakan-rakan dalam
kumpulan. Semua ahli kumpulan perlu menyumbang dan bekerja keras dan
membantu rakan-rakan.
 Kuiz/ujian
Selepas satu atau dua waktu pengajaran dan satu atau dua waktu latihan
menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh guru seperti lembaran kerja
Murid-murid perlu menduduki kuiz/ujian secara individu. Murid-murid tidak
dibenarkan membantu rakan-rakan sekumpulan semasa kuiz. Ini dapat
memastikan semua murid bertanggungjawab mempelajari dan memahami
bahan-bahan yang dipelajari.
 Skor pencapaian individu
Idea di sebalik skor pencapaian individu ini adalah agar setiap pelajar
menetapkan pencapaian yang tinggi. Semua pelajar berpeluang memberi
sumbangan yang maksimum. Setiap pelajar diberi skor asas berdasarkan
pencapaian mereka yang lepas. Mata akan diberikan jika pencapaian mereka
melebihi skor purata.
 Pengiktirafan kumpulan – team recognition
Kumpulan-kumpulan yang berjaya mendapat skor melebihi skor purata diberi
ganjaran berbentuk sijil penghargaan atau surat penghargaan bagi pencapaian
tinggi, pamerkan di papan kenyataan di bilik darjah atau mendapat kemudahan-
kemudahan tertentu.
P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 120
Persediaan Menggunakan STAD:
 Bahan
Guru membina bahan-bahan untuk tujuan STAD mengikut tajuk-tajuk atau unit-
unit yang telah ditetapkan. Bahan-bahan STAD mudah dibina iaitu sediakan
lembaran-lembaran kerja serta jawapan kepada lembaran kerja berdasarkan
kepada tajuk-tajuk yang dipilih. Setiap unit pelajaran mengambil masa antara 3
hingga 5 hari pengajaran.
 Membahagikan murid kepada kumpulan
STAD mempunyai 4 atau 6 orang sekumpulan. Kumpulan ini hendaklah mewakili
jantina (2 atau 3 orang perempuan dan 2 atau 3 lelaki), pencapaian lemah,
sederhana, dan tinggi dan kaum. Kumpulan ini hendaklah berbentuk
heterogenus. Guru menentukan kumpulan-kumpulan. Murid-murid tidak
dibenarkan membuat pemilihan ahli kumpulannya. Guru juga perlu menyediakan
lembaran rumusan kumpulan seperti Jadual 7.1. Kumpulan-kumpulan diberi
kebebasan memilih nama-nama kumpulan masing-masing.
Jadual 7.1: Nama Kumpulan:
Nama/Skor Kuiz/Ujian Jumlah
Jumlah skor
kumpulan
Purata Kumpulan *
Ganjaran
Kumpulan
* Purata kumpulan = jumlah skor kumpulan / bilangan ahli kumpulan
 Memberi ‘ranking’ pelajar
Guru membuat „ranking‟ pelajar dalam kelas daripada pencapaian tinggi kepada
pencapaian rendah. Guru juga boleh membuat „ranking‟ pelajar-pelajar mengikut
markah, gred atau mengikut pengelasan guru.
 Penentuan bilangan kumpulan
Setiap kumpulan jika boleh mempunyai 4 orang. Bagi menentukan bilangan
kumpulan yang sesuai, guru bolehlah membahagikan jumlah bilangan pelajar
dengan 4. Sebagai contohnya jika pelajar kelas terdiri daripada 32 orang, maka
perlu membentuk 8 kumpulan iaitu 32 / 4. Jika bilangan pelajar 30 orang, perlu
P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 121
membentuk 7 kumpulan dengan 2 kumpulan mempunyai 5 orang dan 5
kumpulan mempunyai 4 orang. Cara menentukan pelajar dalam kumpulan
mengikut pencapaian seperti Jadual 7.2.
 Melengkapkan Lembaran Rumusan
Selepas membahagikan pelajar-pelajar mengikut kumpulan, lengkapkan nama-
nama pelajar setiap kumpulan di lembaran rumusan.
 Menentukan Skor Asas Permulaan
Berdasarkan kepada skor purata pelajar-pelajar yang diperolehi pada kuiz/ujian
yang lalu. Jika baru melaksanakan STAD, guru boleh menggunakan skor di
ujian-ujian bulan atau penggal.
Jadual 7.2: Menentukan Kumpulan Murid Mengikut Pencapaian
Pering Peringkat
Pencapaian
Urutan „Ranking‟
Pelajar
Nama Pelajar
PPPp Pencapaian Tinggi1
Pencapaian
Sederhana
Pencapaian
Rendah
Memulakan STAD
 Mengajar ( 1 – 2 waktu)
Tajuk: Luas dan perimeter bagi segi tiga dan segi empat
Pengajaran dibuat secara kaedah induktif dan perbincangan.
 Memberi tugasan kumpulan
Pelajar belajar dalam kumpulan heterogenous (4 orang). Guru mengedarkan
lembaran kerja 1 dan lembaran kerja 2. Pelajar belajar secara berpasangan
dalam kumpulan menyelesaikan lembaran kerja 1 dan setiap pelajar mempunyai
peranan masing-masing untuk membaca, menulis dan menyemak. Setiap
kumpulan memastikan ahli kumpulan dapat menyelesaikan semua soalan yang
terdapat di lembaran 1 dan lembaran 2.
P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 122
 Ujian/Kuiz individu
Setiap ahli kumpulan mengambil ujian atau kuiz secara individu. Guru harus
memastikan bahawa bilangan soalan ujian atau kuiz adalah sama dengan
bilangan soalan yang dibincangkan dalam lembaran 1 dan lembaran 2. Soalan-
soalan ujian atau kuiz juga mesti sama dari aras kesukaran dan kemahiran yang
sama seperti di lembaran 1 dan lembaran 2.
b) Group-Maths-Tournament (GMT) / Group-Teams-Tournament (GTT)
Kaedah GMT diubahsuai dari kaedah GTT (kaedah pembelajaran koperatif yang dibina
di John Hopkins University oleh Dr. Robert Slavin). GMT boleh digunakan untuk
pengajaran pengetahuan dan kemahiran matematik. GMT tidak boleh digunakan bagi
tajuk-tajuk yang membawa kepada perbincangan, kontroversi dan soalan-soalan
terbuka. GMT terdiri daripada 4 komponen iaitu:
 persembahan kelas dan ulang kaji tajuk yang dipelajari
 latihan dalam kumpulan
 pertandingan matematik (math-tournament)
 ganjaran kumpulan (hujung minggu)
Bilangan soalan adalah gandaan bagi bilangan pelajar dalam setiap kumpulan.
Ganjaran kumpulan diberikan berdasarkan kepada markah bonus kumpulan.
Kriteria (group bonus point) Ganjaran (Reward)
Markah Bonus Pertama Tinggi Kumpulan Cemerlang
Markah Bonus Kedua Tinggi Kumpulan Cergas
Markah Bonus Ketiga Tinggi Kumpulan Baik
Cara pelaksanaan GMT
 Guru memperkenalkan tajuk baru atau mengulang kaji kemahiran yang telah
dipelajari.
 Guru membentuk kumpulan (4-6 orang) heterogeneous.
 Setiap kumpulan belajar bahan yang diedarkan oleh guru (worksheet dan answer
sheet).
- kumpulan dianggap telah selesai jika semua ahli.
- kumpulannya memahami bahan worksheet.
 Pelajar mengambil bahagian dalam pertandingan dan skor markah dikumpul dari
setiap ahlinya untuk markah kumpulan.
 Markah setiap kumpulan dipaparkan dan ganjaran diberikan kepada kumpulan
yang skor markah tinggi.
P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 123
c) JIGSAW
Guru melaksanakan pengajaran atau mengulang kaji pelajaran. Kemudian guru akan
mengedarkan kertas lembaran (expert‟s sheets) kepada pelajar yang mengetuai
kumpulan tersebut. Kertas lembaran tersebut mengandungi sub tajuk atau sub
kemahiran tertentu yang perlu dibincangkan. Seterusnya ketua kumpulan/pakar akan
memberi penerangan mengenai kertas lembaran kepada ahli kumpulan. Pelajar dalam
kumpulan akan bekerja sama untuk menguasai sub tajuk yang diberi. Akhirnya pelajar
akan mengambil ujian dan skor daripada ujian ini akan dijumlahkan untuk mendapat
skor bagi kumpulan. Kumpulan yang mendapat skor tertinggi akan diberi penghargaan.
Cara pelaksanaanya:
 Lembaran/bahan pembelajaran dipecahkan kepada beberapa bahagian/subtajuk
 Bentukkan kumpulan heterogeneous (2 hingga 4 orang). Setiap ahli kumpulan
membaca lembaran pembelajaran masing-masing (A1 membaca bahagian 1, A2
membaca bahagian 2, dan seterunya kepada ahli yang lain).
Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C Kumpulan D
1……….. 1. ………… 1………….. 1…………..
2……….. 2………….. 2………….. 2…………..
3……….. 3………….. 3………….. 3…………..
4………… 4…………. 4………….. 4…………..
 Kumpulan pakar. Pelajar yang mempunyai bahagian yang sama membentuk
kumpulan pakar bagi membincang bahagian mereka.
A1 A2 A3 A4
B1 C1 B2 C2 B3 C3 B4 C4
D1 D2 D3 D4
 Pelajar kembali kepada kumpulan masing-masing dan mengambil giliran
mengajar rakan-rakan tentang bahagian pembelajarannya.
 pelajar mengambil ujian secara persendirian dan skor setiap pelajar dikumpulkan
untuk skor kumpulan
 Pamirkan keputusan bagi memperakui kejayaan kumpulan
d) Team Assisted Individualization – TAI
TAI dibentuk khas untuk pembelajaran matematik.
 Bentukan kumpulan kecil heterogenus ( 2- 4 orang)
P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 124
 Setiap pelajar diberi lembaran kerja serta jawapan untuk melaksanakan tugasan
yang diberikan
 Ahli kumpulan bekerja dalam pasangan, bertukar hasil kerja dan menyemak
kerja
 Setiap ahli mendapat skor 80 % atau lebih dan diberi peluang untuk mengambil
ujian akhir.
 Pelajar mengambil beberapa ujian dalam tempoh seminggu
e) Belajar bersama (Learning Together (LT))
Berikut adalah langkah yang perlu dilaksanakan dalam pendekatan belajar bersama
 Bentukkan kumpulan heterogenus 4 – 5 orang
 Edarkan lembaran kerja
- kumpulan hanya menyerahkan satu lembaran kerja yang telah lengkap.
- ganjaran dan penghargaan diberikan berdasarkan kepada hasil kumpulan.
b) Group Investigation (GI)
Berikut adalah langkah-langkah untuk melaksanakan GI:
 kumpulan kecil menggunakan koperatif inkuairi, kumpulan perbincangan,
rancangan koperatif dan projek.
 Pelajar membentuk kumpulan masing-masing ( 2 – 6 orang)
- pilih sub tajuk
- pecahan sub tajuk kepada tugasan individu
- ambil langkah tertentu untuk menyediakan laporan kumpulan
- setiap kumpulan membentangkan kepada kelas
7.7 BAGAIMANA MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN KOPERATIF
Bagaimana melaksanakan pengajaran pembelajaran koperatif? Adakah dengan berada
dalam suatu kumpulan belajar sudah memadai untuk dianggap sebagai pembelajaran
koperatif? Berikut adalah keperluan asas dalam melaksanakan pengajaran
pembelajaran koperatif:
i) Guru memulakan dengan membentuk iklim bilik darjah yang koperatif, „team
building‟, „trust building‟, „class building‟, susunan bilik darjah, pembentukan
kemahiran sosial seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran perhubungan,
membuat keputusan dan kemahiran membuat kumpulan. Guru harus
membincang, menerang dan memberi tahu sumbangan/peranan setiap ahli
kumpulan. Latihan ini mengambil masa 3 – 4 minggu.
ii) Guru mula melaksanakan kaedah pembelajaran koperatif dengan menggunakan
struktur pembelajaran koperatif yang mudah untuk beberapa minggu seperti „think-
pair-share‟ dan „turn-to-your partner‟. Pelajar bekerja berpasangan, bertukar
lembaran kerja dalam „pair check‟, soalan dan jawapan dalam berpasangan.
iii) Bila pelajar bersedia untuk bekerja bersama-sama, guru akan memberi tugasan
untuk bekerja dalam kumpulan 4 orang dan menggunakan kaedah pembelajaran
koperatif yang kompleks atau peringkat tinggi iaitu Jawsaw, Team Assisted
P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 125
Individualization (TAI), Student Team Achievement Division (STAD), Tean Games
Tournament (TGT/TMT), Group Inverstigation (GI) dan Learning Together (LT).
Contoh-contoh pengajaran matematik menggunakan kaedah pembelajaran
koperatif kompleks ini akan ditunjukkan dilampiran 2.
7.8 PERANAN GURU DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF
Berikut digariskan peranan guru dalam proses pengajaran pembelajaran koperatif:
a) Merancang pembelajaran – setting the lesson
Guru merancang dengan jelas tujuan akademik dan tugasan yang diberikan. Guru
memastikan berlakunya saling bergantungan secara positif (positif interdependence)
dan akauntibiliti individu (individual accountability). Guru juga memberi kriteria untuk
berjaya dan menerangkan kemahiran sosial yang diharapkan dalam pelajaran tersebut.
i) Tentukan objektif pembelajaran – objektif akademik dan objektif kemahiran
sosial/kemahiran koperatif
ii) Tentukan saiz kelas ( 2 – 6 orang)
iii) Rancangkan bahan pembelajaran bagi mencetuskan perasaan saling
bergantung secara positif antara pelajar dalam kumpulan.
iv) Tentukan peranan setiap pelajar dalam kumpulan bagi memastikan saling
bergantung secara positif berlaku.
v) Kenal pasti peraturan dalam kumpulan, bahan-bahan yang perlu untuk
pembelajaran dan susunan bilik darjah
b) Semasa Kerja Kumpulan
Guru perlu mengawasi pelajar atau membantu meningkatkan kemahiran sosial pelajar.
Guru bergerak sekeliling kelas bagi memastikan pembelajaran berlaku semasa kerja
kumpulan. Kumpul data bagi setiap pelajar tentang pembelajaran dan kemahiran
sosialnya. Jika perlu guru boleh membantu menyelesaikan dan menyiapkan tugasan
kumpulan.
i). Mengagihkan pelajar kepada kumpulan
ii) Menyusun bilik darjah
iii) Terangkan tugasan akademik
iv) Strukturkan matlamat positif salingan bergantungan secara positif
v) Strukturkan koperatif individu berlaku
vi) Terangkan kriteria bagi pencapaian pembelajaran
vii) Nyatakan dengan jelas sikap yang positif yang perlu dicapai
viii) Motivasikan sikap pelajar
ix) Sediakan bantuan untuk tugasan
x) Mencelah bagi mengajar kemahiran koperatif dalam kumpulan
xi) Nilaikan bagaimana kumpulan-kumpulan berfungsi
P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 126
d) Akhir pelajaran
Guru perlu meninjau kualiti dan kuantiti pembelajaran setiap pelajar/kumpulan. Guru
perlu memberi peluang pelajar bertanya soalan. Meneliti makluman balas di atas
pembelajaran akademik yang dialami dan diperolehi.
i. Pelajar bersama guru merumus hasil pembelajaran.
ii. Sediakan „closure‟ dalam pembelajaran/pengajaran
iii. Nilaikan kualiti dan kuantiti pembelajaran pelajar-pelajar
7.9 KESIMPULAN
Secara umum, pembelajaran koperatif adalah kaedah pengajaran secara berkumpulan
yang memberi peluang kepada pelajar belajar dan juga mengajar. Melalui pembelajaran
koperatif, pelajar akan bekerja bersama-sama dalam suatu kumpulan kecil untuk
menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan dalam kelas. Pembelajaran koperatif
sebenarnya berbeza daripada kaedah kumpulan tradisional di mana pembelajaran
koperatif lebih berstruktur dengan melibatkan semua ahli dalam sesuatu kumpulan, dan
seterusnya memberi peluang kepada semua pelajar belajar. Ini bererti, pengajaran
pembelajaran secara koperatif perlulah dilakukan dengan sistematik berdasarkan
konsep dan prinsip yang sudah digariskan.
7.10 SOALAN PERBINCANGAN
1. Jelaskan enam kunci bagi Pembelajaran Koperatif.
2. Pilih satu kemahiran daripada tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran matematik
KBSM, sediakan satu aktiviti pembelajaran koperatif dengan menggunakan
kaedah-kaedah berikut:
i) JIGSAW
ii) STAD
3. Pilih satu kemahiran daripada tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran matematik
KBSR, sediakan satu aktiviti pembelajaran koperatif dengan menggunakan
Struktur pembelajaran koperatif yang berikut:
i) Show Down
ii) Number Heads Together
P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 127
UJIAN PASCA-PELAJARAN
Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit
pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut:
Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5
1 Saya dapat menjelaskan konsep dan prinsip pengajaran
pembelajaran koperatif.
2 Saya dapat membezakan konsep pembelajaran
koperatif secara struktur dengan pembelajaran
koperatif secara kompleks
3 Mengaplikasikan pembelajaran koperatif secara
struktur dan kompleks dalam pengajaran
pembelajaran matematik di bilik darjah

More Related Content

What's hot

Penggunaan ict abad 21
Penggunaan ict abad 21Penggunaan ict abad 21
Penggunaan ict abad 21
Nor Saidah
 
3.3 perkembangan kognitif vygotsky
3.3 perkembangan kognitif vygotsky3.3 perkembangan kognitif vygotsky
3.3 perkembangan kognitif vygotsky
mohamad293823
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifFauzan Zain
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismesahronzulkepli
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaKanageswary Karunamoothei
 
Model sosial
Model sosialModel sosial
Model sosial
王 世策
 
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompokAthirah Anith Ariffin
 
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbGaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
anwar Hazim
 
Masalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahMasalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahAziroh Johari
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
Syrvison Goh
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridIzzat Najmi
 
Penggubalan Item/Soalan Ujian
Penggubalan Item/Soalan UjianPenggubalan Item/Soalan Ujian
Penggubalan Item/Soalan Ujian
Anne Ummu Hurairah
 
Soalan 3
Soalan 3Soalan 3
Soalan 3
LuqmanZaaba
 
Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
Definisi Kaedah Penyelidikan TindakanDefinisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakanmandalina landy
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
rathibujie
 
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranNota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Ahmad Fahmi
 
Kemahiran set induksi
Kemahiran set induksiKemahiran set induksi
Kemahiran set induksiSohib AlQuran
 
3.model pengurusan kelompok kounin
3.model pengurusan kelompok kounin3.model pengurusan kelompok kounin
3.model pengurusan kelompok kounin
NURAIN RABANIA HASBI
 

What's hot (20)

Penggunaan ict abad 21
Penggunaan ict abad 21Penggunaan ict abad 21
Penggunaan ict abad 21
 
Pengetahuan pedagogi
Pengetahuan pedagogi Pengetahuan pedagogi
Pengetahuan pedagogi
 
3.3 perkembangan kognitif vygotsky
3.3 perkembangan kognitif vygotsky3.3 perkembangan kognitif vygotsky
3.3 perkembangan kognitif vygotsky
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
Model sosial
Model sosialModel sosial
Model sosial
 
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
 
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbGaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
 
Masalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahMasalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolah
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
 
Penggubalan Item/Soalan Ujian
Penggubalan Item/Soalan UjianPenggubalan Item/Soalan Ujian
Penggubalan Item/Soalan Ujian
 
Soalan 3
Soalan 3Soalan 3
Soalan 3
 
Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
Definisi Kaedah Penyelidikan TindakanDefinisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
 
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranNota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
 
Kemahiran set induksi
Kemahiran set induksiKemahiran set induksi
Kemahiran set induksi
 
3.model pengurusan kelompok kounin
3.model pengurusan kelompok kounin3.model pengurusan kelompok kounin
3.model pengurusan kelompok kounin
 

Similar to Unit 7 koperatif

Koperatif_Kolaboratif
Koperatif_KolaboratifKoperatif_Kolaboratif
Koperatif_Kolaboratif
puteh_qu
 
66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatifsk zainab 2
 
Aplikasi pembelajaran-kooperatif-dalam-pengajaran
Aplikasi pembelajaran-kooperatif-dalam-pengajaranAplikasi pembelajaran-kooperatif-dalam-pengajaran
Aplikasi pembelajaran-kooperatif-dalam-pengajaransk zainab 2
 
Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2
Rosli MOhd Zaman
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualCma Usin
 
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM  PENGAJARAN KOMSAS...KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM  PENGAJARAN KOMSAS...
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...
Hamidah Budi
 
Reflection and feedback
Reflection and feedbackReflection and feedback
Reflection and feedbackcik noorlyda
 
Numbered Heads Together
Numbered Heads TogetherNumbered Heads Together
Numbered Heads Together
Mokhzani Fadir
 
28.9 pembelajaran koperatif
28.9 pembelajaran koperatif28.9 pembelajaran koperatif
28.9 pembelajaran koperatif
Amy Kong
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalan
Hazel Bug
 
Pembelajarankoperatif1
Pembelajarankoperatif1Pembelajarankoperatif1
Pembelajarankoperatif1
Roynizan Rosli
 
tesis : add bab 2
tesis : add bab 2tesis : add bab 2
tesis : add bab 2muhammad
 
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajarHuraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajarZuzan Michael Japang
 
tugasan refleksi
tugasan refleksitugasan refleksi
tugasan refleksi
Mushidi Kamarudin
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
ammart852
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporanSH Loh
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatif
Mokhzani Fadir
 

Similar to Unit 7 koperatif (20)

Koperatif_Kolaboratif
Koperatif_KolaboratifKoperatif_Kolaboratif
Koperatif_Kolaboratif
 
Uji minda
Uji mindaUji minda
Uji minda
 
66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif
 
Model+pengajaran+k operatif
Model+pengajaran+k operatifModel+pengajaran+k operatif
Model+pengajaran+k operatif
 
Aplikasi pembelajaran-kooperatif-dalam-pengajaran
Aplikasi pembelajaran-kooperatif-dalam-pengajaranAplikasi pembelajaran-kooperatif-dalam-pengajaran
Aplikasi pembelajaran-kooperatif-dalam-pengajaran
 
Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
 
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM  PENGAJARAN KOMSAS...KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM  PENGAJARAN KOMSAS...
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...
 
Reflection and feedback
Reflection and feedbackReflection and feedback
Reflection and feedback
 
Numbered Heads Together
Numbered Heads TogetherNumbered Heads Together
Numbered Heads Together
 
28.9 pembelajaran koperatif
28.9 pembelajaran koperatif28.9 pembelajaran koperatif
28.9 pembelajaran koperatif
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalan
 
Pembelajarankoperatif1
Pembelajarankoperatif1Pembelajarankoperatif1
Pembelajarankoperatif1
 
Kbkk assigment
Kbkk assigmentKbkk assigment
Kbkk assigment
 
tesis : add bab 2
tesis : add bab 2tesis : add bab 2
tesis : add bab 2
 
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajarHuraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
 
tugasan refleksi
tugasan refleksitugasan refleksi
tugasan refleksi
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporan
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatif
 

More from Aminah Rahmat

Perdagangan tingkatan-4-bab-51
Perdagangan tingkatan-4-bab-51Perdagangan tingkatan-4-bab-51
Perdagangan tingkatan-4-bab-51
Aminah Rahmat
 
Laju2
Laju2Laju2
Laju1
Laju1Laju1
3kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp01
3kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp013kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp01
3kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp01
Aminah Rahmat
 
Gigi haiwan
Gigi haiwanGigi haiwan
Gigi haiwan
Aminah Rahmat
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiah
Aminah Rahmat
 
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
Aminah Rahmat
 
Modul pembelajaran sains bm thn 4
Modul pembelajaran sains bm thn 4Modul pembelajaran sains bm thn 4
Modul pembelajaran sains bm thn 4
Aminah Rahmat
 
20140218090208 modul smu3063 stat asas pjj
20140218090208 modul smu3063 stat asas pjj20140218090208 modul smu3063 stat asas pjj
20140218090208 modul smu3063 stat asas pjj
Aminah Rahmat
 
20130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 2
20130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 220130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 2
20130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 2
Aminah Rahmat
 
20130911130900 unit 5 atom dan struktur elektron 1
20130911130900 unit 5 atom dan struktur  elektron 120130911130900 unit 5 atom dan struktur  elektron 1
20130911130900 unit 5 atom dan struktur elektron 1
Aminah Rahmat
 
20130911130933 unit 4 ikatan berganda
20130911130933 unit 4 ikatan berganda20130911130933 unit 4 ikatan berganda
20130911130933 unit 4 ikatan berganda
Aminah Rahmat
 
20130911130900 unit 3 ikatan tunggal
20130911130900 unit 3 ikatan tunggal20130911130900 unit 3 ikatan tunggal
20130911130900 unit 3 ikatan tunggal
Aminah Rahmat
 
20130911130932 unit 2 stereokimia
20130911130932 unit 2 stereokimia20130911130932 unit 2 stereokimia
20130911130932 unit 2 stereokimia
Aminah Rahmat
 
20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organik
20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organik20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organik
20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organik
Aminah Rahmat
 
20130911130925 cover modul skr3033
20130911130925 cover  modul skr303320130911130925 cover  modul skr3033
20130911130925 cover modul skr3033
Aminah Rahmat
 
20130301220342 unit 10
20130301220342 unit 1020130301220342 unit 10
20130301220342 unit 10
Aminah Rahmat
 
Krm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendahKrm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendahAminah Rahmat
 

More from Aminah Rahmat (20)

Perdagangan tingkatan-4-bab-51
Perdagangan tingkatan-4-bab-51Perdagangan tingkatan-4-bab-51
Perdagangan tingkatan-4-bab-51
 
Laju2
Laju2Laju2
Laju2
 
Laju1
Laju1Laju1
Laju1
 
3kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp01
3kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp013kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp01
3kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp01
 
Gigi haiwan
Gigi haiwanGigi haiwan
Gigi haiwan
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiah
 
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
 
Modul pembelajaran sains bm thn 4
Modul pembelajaran sains bm thn 4Modul pembelajaran sains bm thn 4
Modul pembelajaran sains bm thn 4
 
20140218090208 modul smu3063 stat asas pjj
20140218090208 modul smu3063 stat asas pjj20140218090208 modul smu3063 stat asas pjj
20140218090208 modul smu3063 stat asas pjj
 
20130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 2
20130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 220130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 2
20130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 2
 
20130911130900 unit 5 atom dan struktur elektron 1
20130911130900 unit 5 atom dan struktur  elektron 120130911130900 unit 5 atom dan struktur  elektron 1
20130911130900 unit 5 atom dan struktur elektron 1
 
20130911130933 unit 4 ikatan berganda
20130911130933 unit 4 ikatan berganda20130911130933 unit 4 ikatan berganda
20130911130933 unit 4 ikatan berganda
 
20130911130900 unit 3 ikatan tunggal
20130911130900 unit 3 ikatan tunggal20130911130900 unit 3 ikatan tunggal
20130911130900 unit 3 ikatan tunggal
 
20130911130932 unit 2 stereokimia
20130911130932 unit 2 stereokimia20130911130932 unit 2 stereokimia
20130911130932 unit 2 stereokimia
 
20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organik
20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organik20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organik
20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organik
 
20130911130925 cover modul skr3033
20130911130925 cover  modul skr303320130911130925 cover  modul skr3033
20130911130925 cover modul skr3033
 
20130301220342 unit 10
20130301220342 unit 1020130301220342 unit 10
20130301220342 unit 10
 
Krm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendahKrm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendah
 
Rph minggu 2
Rph minggu 2Rph minggu 2
Rph minggu 2
 
Unit 12 rujukan (a)
Unit 12 rujukan (a)Unit 12 rujukan (a)
Unit 12 rujukan (a)
 

Unit 7 koperatif

  • 1. P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 105 UNIT 7 PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM PENGAJARAN MATEMATIK UJIAN PRA-PELAJARAN Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut. Sekiranya anda menguasai penilaian pada tahap 5, bermaksud anda sudah menguasai unit pelajaran ini sepenuhnya. Oleh itu bolehlah anda terus mempelajari topik / Unit Pelajaran berikutnya. Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju/Agree Sangat Setuju 1 2 3 4 5 Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5 1 Saya dapat menjelaskan konsep dan prinsip pengajaran pembelajaran koperatif. 2 Saya dapat membezakan konsep pembelajaran koperatif secara struktur dengan pembelajaran koperatif secara kompleks 3 Mengaplikasikan pembelajaran koperatif secara struktur dan kompleks dalam pengajaran pembelajaran matematik di bilik darjah
  • 2. P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 106 PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM PENGAJARAN MATEMATIK HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir pelajaran, diharapkan pelajar dapat : i) Menjelaskan konsep dan prinsip pengajaran pembelajaran koperatif. ii) Membezakan konsep pembelajaran koperatif secara struktur dengan pembelajaran koperatif secara kompleks; iii) Mengaplikasikan pembelajaran koperatif secara struktur dan kompleks dalam pengajaran pembelajaran matematik di bilik darjah; 7.1 PENGENALAN Dalam mempertimbangkan cara-cara yang terbaik untuk menyediakan pelajar-pelajar menghadapi cabaran abad ke 21, isi kandungan kurikulum matematik dan cara pendekatan pengajaran pembelajaran matematik di peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi perlu diubah. Ini selaras dengan era teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan. Walau bagaimanapun, perubahan kurikulum hendaklah lebih berfokus iaitu dari kemahiran aritmatik dan komputasi kepada kurikulum matematik yang dapat memperkembangkan kemahiran berfikir, pelbagai kecerdasan, pembelajaran masteri, penaakulan dan penggunaan teknologi maklumat. Matlamat akhirnya adalah untuk membantu pelajar-pelajar mengkonstruk kefahaman konseptual matematik mereka, bukan menghafal fakta, peraturan dan teorem-teorem matematik sahaja. Guru matematik seharusnya berusaha untuk membina kefahaman konsep, diikuti dengan latihan-latihan untuk memperkukuhkan kemahiran dan prinsip melalui pembuktian, penjelasan semula oleh pelajar dalam kelas atau kumpulan. Pengajaran matematik diharapkan dapat menangani matlamat-matlamat abad ke 21. Pengajaran matematik secara penerangan atau demonstrasi perlu diadunkan dengan pelbagai kaedah dan strategi dalam pengajaran yang melibatkan sama ada pengajaran secara kelas, kumpulan dan individu. Guru diharapkan memainkan peranan sebagai fasilitator, membimbing pelajar untuk meneroka, menyoal soalan yang dapat mempertingkatkan daya berfikir dan memperkembangkan pelbagai kecerdasan pelajar. Salah satu penekanan dalam kurikulum matematik sekolah bestari 1998 adalah penerapan pembelajaran kumpulan. Mengikut National Council of Teachers of Mathematics (NCTM), menyatakan bahawa: „Small groups provide a forum in which students ask questions, discuss ideas, make mistakes, learn to listen to others‟ ideas, offer constructive criticism, and summarize their discoveries in writing‟ (1989, page 79).
  • 3. P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 107 Sebelum membaca seterusnya modul ini, adakah anda pernah melaksanakan pembelajaran koperatif semasa pengajaran pembelajaran di bilik darjah? Bincangkan pengalaman anda semasa melaksanakan pengajaran pembelajaran matematik secara pembelajaran koperatif. 7.2 PEMBELAJARAN KOPERATIF Pembelajaran koperatif adalah kaedah pengajaran kumpulan yang membuat pelajar belajar dan mengajar. Pelajar bekerja bersama-sama dalam kumpulan kecil di atas tugasan akademik bagi membantu dirinya dan rakan-rakan kumpulan belajar bersama- sama untuk mencapai matlamat yang sama dan memiliki kemahiran sosial. Pembelajaran koperatif berbeza daripada kaedah kumpulan tradisional di mana pembelajaran koperatif lebih berstruktur iaitu semua pelajar menyertai secara sama rata dan bertanggungjawab kepada pembelajaran mereka. 7.3 MENGAPA PEMBELAJARAN KOPERATIF Tinjauan kajian yang dibuat oleh Davidson (1985, 1996b) dan Webb (1985) yang memfokuskan kepada pembelajaran matematik dalam aspek pencapaian serta perhubungan antara pelajar dalam kumpulan. Davidson (1996b) telah membuat tinjauan ke atas lebih kurang 80 peratus kajian-kajian yang berkaitan dengan perbandingan antara pencapaian pelajar dalam matematik secara pembelajaran koperatif dengan pembelajaran matematik pengajaran secara tradisional iaitu secara keseluruhan kelas. Didapati lebih 40 peratus kajian-kajian ini menyatakan pencapaian setiap individu yang terlibat dengan pembelajaran koperatif telah meningkat. Hanya dua kajian sahaja menunjukkan pencapaian individu kumpulan kawalan meningkat daripada individu yang mengikuti pembelajaran koperatif. Bagi menyokong tinjauan kajian Davidson ini, kajian Webb juga mendapati terdapat korelasi pencapaian dalam matematik antara pelajar-pelajar yang berada dalam kumpulan pelbagai kecerdasan dengan pencapaian individu masing-masing. Davidson juga mendapati kesan kemahiran matematik melalui pembelajaran koperatif adalah positif apabila kombinasi akauntibiliti individu dengan matlamat kumpulan atau pengiktirafan kumpulan bagi pencapaian yang cemerlang. Kesan pembelajaran koperatif adalah tidak signifikan dengan pengajaran tradisional jika guru tidak berpengalaman melaksanakan pembelajaran koperatif, kurang sedar tentang kaedah- kaedah pengajaran yang berkesan dan kurang merangsangkan pembelajaran kumpulan atau saling bergantungan secara positif antara pelajar. Kajian Sherman & Thomas (1986) juga mendapati pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaian pelajar cerdas, sederhana dan lemah dalam matematik. Seterusnya, pelajar-pelajar didapati dapat menyimpan ingatan dalam jangka masa yang panjang, berkebolehan menyelesaikan masalah, bersikap lebih positif terhadap
  • 4. P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 108 pembelajaran matematik dan self-esteem yang tinggi (Salvin, 1990; Gickling & Theobald, 1975). 7.4 PELAKSANAAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN KOPERATIF ahukah anda bagaimana Melaksanakan pengajaran pembelajaran koperatif? Secara umum, pengajaran pembelajaran koperatif boleh dilaksanakan dengan berbagai-bagai cara, antaranya formal, informal dan kumpulan asas (Rujuk 7.1). Pengajaran yang menggunakan Koperatif Generik dan Pembelajaran Koperatif yang Pembelajaran Struktur Spesifik Penggunaan Rutin Pembelajaran Koperatif Rajah 7.1: Pembelajaran Koperatif T Elemen Penting - Saling bergantungan - Akauntibiliti positif individu - Interaksi bersemuka - Kemahiran Sosial - Pemerosesan kumpulan Peranan Guru Kumpulan Formal Kumpulan Informal - Objektif pengajaran - pengenalan - Perbincangan awal - perbincangan - Menerang tugasan - menamatkan Kumpulan - Memantau dan perbincangan Asas menyelia - Menilai
  • 5. P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 109 7.4.1 Pembelajaran koperatif secara formal Tentu anda pernah melaksanakan pengajaran pembelajaran koperatif di bilik darjah. Persoalannya, adakah ia boleh dikatakan pengajaran pembelajaran koperatif secara formal? Pembelajaran koperatif secara formal ini merupakan pembelajaran di mana pelajar belajar bersama-sama dalam satu waktu pembelajaran hingga ke beberapa minggu pembelajaran dalam usaha untuk mencapai dan berkongsi matlamat pembelajaran serta menyiapkan sesuatu kerja dan tugasan. Tugasan-tugasan ini termasuklah dalam usaha membuat keputusan atau menyelesaikan masalah, melengkapkan sesuatu unit pembelajaran, menulis laporan, menjalankan kajian dan lain-lain tugasan yang biasa dibuat dalam bilik darjah (Johnson & Johnson, 1990). Dalam melaksanakan pembelajaran koperatif secara formal di bilik darjah, seseorang guru perlu melakukan perkara-perkara berikut: a) Tentukan objektif pembelajaran Dalam setiap pelajaran, guru harus menentukan objektif akademik, strategi dan kaedah yang akan digunakan dan objektif kemahiran sosial interpersonal atau kumpulan kecil yang akan digunakan semasa pengajaran pembelajaran dibuat dengan jelas. b) Membuat keputusan awal Guru mesti memutuskan tentang saiz dan jenis kumpulan, kaedah memberikan tugasan, peranan pelajar, bahan-bahan yang akan digunakan dan susunan bilik darjah. c) Penerangan tugasan dan saling bergantungan positif Guru perlu menerangkan dengan jelas tentang tugasan yang perlu dibuat, saling bergantungan positif dan akauntibiliti individu yang diharapkan daripada setiap pelajar, mengajar konsep dan strategi yang diperlukan, berikan kriteria-kriteria untuk berjaya dan kemahiran sosial yang dijangkakan daripada pelajar-pelajar. d) Memantau pembelajaran pelajar dan kemahiran interpersonal dan kumpulan Guru memerhati secara sistematik dan mengumpul maklumat setiap ahli kumpulan dan juga kumpulan-kumpulan dan membantu ahli atau kumpulan yang memerlukan bantuan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. e) Menilai pembelajaran pelajar dan membantu kumpulan untuk berfungsi Pembelajaran pelajar diperhatikan dan direkodkan pencapaian setiap pelajar dan bagaimana keberkesanan pelajar-pelajar bekerjasama semasa menyelesaikan sesuatu tugasan pembelajaran. Cuba anda buat refleksi kepada pengajaran yang pernah anda laksanakan di sekolah. Adakah ia merupakan pengajaran pembelajaran koperatif secara formal?
  • 6. P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 110 7.4.2 Pembelajaran Koperatif Secara Informal Pembelajaran koperatif informal ini berlaku jika pelajar belajar bersama untuk mencapai sesuatu matlamat pembelajaran secara sementara sahaja. Kumpulan yang dibentuk secara „ad hoc‟ untuk jangka masa beberapa minit hingga keseluruhan masa pelajaran kelas. Semasa pengajaran atau tunjukcara, pembentukan kumpulan ini boleh dibuat untuk menarik perhatian ke atas bahan pembelajaran dan membantu pelajar-pelajar memahami bahan pembelajaran. Pembelajaran koperatif informal ini selalu digunakan antara 3 hingga 5 minit perbincangan ke atas sesuatu tugasan sebelum pengajaran atau selepas pengajaran dan 2 hingga 5 minit perbincangan dalam kumpulan sepanjang pengajaran. 7.4.3 Kumpulan Asas Pembentukan kumpulan asas koperatif dibuat untuk jangka masa panjang, heterogeneous, bilangan kumpulan antara 2 – 4 orang. Tujuan pembentukan kumpulan asas ini adalah untuk memastikan setiap ahli kumpulan membantu dan merangsang setiap ahli kumpulan untuk berjaya dalam akademik. Kumpulan ini kekal untuk sekurang-kurangnya untuk satu semester atau satu tahun. Kumpulan-kumpulan ini dimestikan berjumpa setiap minggu untuk membincang kemajuan setiap ahli dan memberi bantuan kepada ahli-ahli yang memerlukan bantuan akademik. 7.5 KONSEP UTAMA PEMBELAJARAN KOPERATIF Terdapat lima Konsep Utama (Rajah 7.2) pendekatan pembelajaran koperatif iaitu struktur koperatif/kompleks, prinsip asas, pengurusan, kemahiran sosial, pembentukan kumpulan dan pembinaan kelas dan kumpulan. Enam perkara ini perlu dikuasai oleh guru sebelum melaksanakan pengajaran pembelajaran koperatif di bilik darjah. Prinsip Pengurusan Pembinaan Kelas Struktur Kumpulan Kemahiran Sosial Rajah 7.2: Kunci Utama Pembelajaran Koperatif
  • 7. P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 111 7.5.1 Pendekatan Struktur dan Kompleks Satu konsep yang penting yang perlu diketahui ialah tentang pendekatan pengajaran pembelajaran koperatif. Terdapat dua pendekatan yang dominan iaitu pendekatan berstruktur dan kompleks. Kedua-dua pendekatan ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam penerangan seterusnya. 7.5.2 Prinsip-prinsip pembelajaran koperatif Terdapat lima prinsip bagi pembelajaran koperatif yang perlu dipupuk dalam kalangan pelajar iaitu: a) Saling Bergantungan Secara Positif (positive interdependence) Ungkapan umum tentang prinsip pembelajaran koperatif: “all for one and one for all”. Saling bergantungan secara positif (positif interdependence) wujud bila pelajar yakin mereka merupakan ikatan dalam satu kumpulan supaya mereka berjaya bersama-sama. Sekiranya ahli kumpulan bekerja kuat atau tidak mereka mesti bersama-sama bekerja membantu ahli-ahli kumpulan lain supaya berjaya melaksanakan tugasan. Dua tanggungjawab setiap ahli kumpulan iaitu belajar bahan pembelajaran yang diberikan dan memastikan setiap ahli kumpulan memahami bahan pembelajaran tersebut. Bagi menjamin kejayaan pembentukan perhubungan/pergantungan secara positif, guru bolehlah memberi ganjaran, membahagikan bahan-bahan pembelajaran, dan memberikan tugas- tugas sampingan setiap individu. b) Akauntibiliti Individu (individual Accountability) Ungkapan umum adalah: “What children can do together today, they can do alone tomorrow”. Bila pencapaian setiap individu dinilai dan keputusan diberikan balik kepada kumpulan dan individu, maka ahli-ahli kumpulan tahu ahli-ahli mana yang memerlukan bantuan bagi melengkapkan tugasan atau ujian. Bagi memastikan setiap ahli kumpulan bersikap akauntibiliti individu ahli-ahli kumpulan perlu menilai sebanyak mana kemampuan setiap ahli menyumbang kepada kumpulan, memberi maklum balas (feed back) kepada kumpulan dan individu, membantu kumpulan bagi mengelakkan sumbangan yang bertindih dan memastikan setiap ahli kumpulan bertanggungjawab kepada keputusan akhir. c) Interaksi Bersemuka Dalam pembelajaran koperatif, pelajar memerlukan hubungan/interaksi bersemuka antara ahli-ahli kumpulan yang membuatkan setiap ahli belajar dan berjaya. Ahli-ahli kumpulan dapat berdialog dalam kedudukan yang berhampiran di antara satu sama lain dan dapat memberangsangkan perkongsian idea, sumber atau jawapan. Guru perlu memaksimumkan peluang pelajar dengan mempromosi setiap kejayaan ahli kumpulan iaitu dengan membantu, memberi
  • 8. P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 112 bimbingan dan memberi sokongan, menggalakkan dan memuji setiap ahli kumpulan supaya belajar lebih giat. Antara kesan interaksi bersemuka adalah: i) aktiviti kognitif berlaku semasa ahli-ahli kumpulan berbincang dan mengajar rakan tentang konsep-konsep yang dipelajari; ii) perhubungan sosial yang lebih luas; iii) respond verbal dan nonverbal dalam kalangan ahli memberi maklumat tentang pencapaian masing-masing; iv) memberi peluang kepada ahli-ahli kumpulan mendesak ahli kumpulan yang kurang berusaha supaya bekerja keras; dan v) memberi peluang setiap ahli kumpulan berhubung antara satu sama lain dengan lebih dekat dan mesra. d) Kemahiran Interpersonal dan kumpulan kecil (Interpersonal and small groups skills) Ungkapan umum adalah: “I will pay more for the ability to deal with people than any other ability under the sun”. Setiap pelajar harus diajar kemahiran sosial bagi memperoleh kualiti kolaboratif yang tinggi. Kemahiran sosial ini termasuklah berkebolehan memberi arahan bekerja dalam kumpulan dan menggunakan suara yang lembut. Untuk itu setiap ahli kumpulan: i) mesti mengenali antara satu sama lain dan percaya mempercayai; ii) berhubung secara tepat dan selalu; iii) terima dan sokong antara satu sama lain; dan iv) menyelesaikan dan menghindar sebarang konflik yang wujud antara ahli kumpulan e) Penilaian dan Refleksi (group processing) Membuat refleksi untuk meninjau kembali cara perbincangan dalam kumpulan dijalankan dan memberi tindak balas setiap tindakan yang membantu dan yang tidak membantu. Membuat keputusan tentang apa tindakan yang ditukar atau diteruskan agar dapat memperbaiki keberkesanan sumbangan ahli kumpulan semasa bekerjasama untuk mencapai matlamat kumpulan. Fikirkan, bagaimana memenuhi prinsip-prinsip ini dalam pengajaran pembelajaran matematik secara koperatif. 7.5.3 Pembinaan Kelas Bagi menjamin kejayaan pembelajaran koperatif ini guru hendaklah mengambil masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat membentuk semangat bekerjasama, hormat menghormati, percaya mempercayai dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Pembinaan kelas dapat mewujudkan jaringan antara semua pelajar dalam bilik darjah dan suasana yang sesuai untuk pembelajaran. Walaupun pelajar-pelajar berada dalam kumpulan masing-masing tetapi guru mesti menyedarkan mereka bahawa setiap pelajar merupakan ahli keseluruhan kelas bukan hanya kepada kumpulan masing-
  • 9. P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 113 masing. Sumbangan mereka bukan tertumpu kepada kumpulan masing-masing tetapi kepada kejayaan keseluruhan kelas. 7.5.4 Pembentukan Kumpulan Dalam pembelajaran koperatif bilangan ahli bagi sesuatu kumpulan yang ideal adalah 4 orang. Jika bilangan ahli lebih terlalu ramai akan terdapat pelajar-pelajar yang tidak mengambil bahagian, masalah pengawalan kelas, dan masa yang panjang bagi sesuatu aktiviti pembelajaran. Kumpulan yang dibentuk hendaklah heterogenous iaitu terdiri dari aspek keupayaan pelajar, jantina, dan bangsa. Kumpulan-kumpulan ini harus kelas untuk lima hingga enam minggu bagi membolehkan pelajar mengenali rakan-rakan dengan lebih dekat dan meningkatkan kemahiran sosial mereka. Berikut adalah beberapa contoh cara yang boleh digunakan untuk membentuk kumpulan bagi pengajaran pembelajaran secara koperatif. Katakan kelas mengandungi 28 orang pelajar, manakala anda ingin membentuk kumpulan dengan setiap kumpulan mengandungi 4 orang pelajar. Cara yang boleh digunakan: i. Menyediakan gula-gula dengan warna pembalut terdiri daripada 7 warna berbeza. Bahagikan gula-gula berkenaan secara rawak, dan setiap seorang sebiji gula-gula. Seterusnya mintalah pelajar yang memiliki gula-gula yang sama warna untuk duduk dalam kumpulan yang sama. Oleh itu, bilangan kumpulan yang dibentuk adalah 7 kumpulan berbeza. ii. Menyuruh pelajar membilang nombor dari nombor 1 hingga 4. Seterusnya, pelajar yang berikutnya akan mengulang semula bermula daripada nombor 1 hinggalah 4. Proses membilang ini dilakukan sehingga semua pelajar membilangnya. Akhirnya pelajar yang menyebut nombor yang serupa diminta untuk duduk dalam satu kumpulan yang sama. Fikirkan satu cara membentuk kumpulan secara heterogenous untuk pengajaran pembelajaran koperatif. 7.5.5 Pengurusan Dapatan kajian menunjukkan bahawa masalah pengurusan bilik darjah menurun apabila guru memulakan pembelajaran koperatif. Mengurus pengajaran koperatif dalam bilik darjah haruslah diberi tumpuan oleh guru agar pengajaran menjadi lebih menarik dan terkawal. Antara pengurusan bilik darjah yang perlu dikuasai oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran koperatif adalah menentukan susunan bilik darjah, membahagikan kumpulan, mengawal paras kebisingan semasa pembelajaran, memberi arahan, mengedarkan dan menyimpan lembaran tugasan, menyimpan rekod individu dan kumpulan pelajar. Di samping itu, guru perlu menegaskan kepada pelajar-pelajar tentang „isyarat senyap‟ yang harus dipatuhi dan dipersetujui oleh semua pelajar. Antara „isyarat senyap‟ yang boleh digunakan oleh guru adalah seperti mengangkat tangan atau bertepuk tangan dua kali atau meniup wisel atau cara-cara lain yang
  • 10. P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 114 difikirkan sesuai. Guru juga boleh menggunakan loceng bagi menandakan bahawa sesuatu aktiviti sudah tamat. 7.5.6 Kemahiran Sosial Kemahiran sosial perlu diterap oleh guru melalui pembelajaran bilik darjah. Sebagai guru, kita perlu sentiasa sedar bahawa pengajaran di sekolah bukan sahaja untuk mengajar ilmu pengetahuan akademik sahaja, tetapi sama pentingnya ialah untuk menyediakan pelajar agar sesuai berada dalam masyarakat nanti. Tidak ada gunanya seseorang pelajar, sekiranya cemerlang dalam akademik, tetapi tidak tahu menghormati rakan atau bermasalah disiplin. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif telah dapat menerapkan perasaan penyayang (caring) di kalangan pelajar, bekerjasama, bantu membantu dan saling faham memahami antara satu sama lain. Semasa pelajar berinteraksi dalam kumpulan, pelajar-pelajar didapati telah dapat meningkatkan kemahiran mendengar, berbincang, mengurus pemprosesan kumpulan, menangani pelajar yang dominan, perasaan bermusuhan dan perasaan malu berkurangan. 7.6 PENDEKATAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN KOPERATIF Pendekatan pengajaran pembelajaran koperatif boleh dilaksanakan dengan dua cara iaitu pertama, berstruktur dan kedua, kompleks. 7.6.1 Pendekatan secara struktur Pembelajaran koperatif berstruktur ini merupakan prosedur koperatif yang standard bagi memupuk kemahiran-kemahiran generik seperti kerjasama dan komunikasi. Bagi mempraktikkan pembelajaran koperatif, guru haruslah membina struktur pembelajaran koperatif yang kukuh terlebih dahulu melalui aktiviti-aktiviti yang dapat membuatkan pelajar bekerjasama, berkomunikasi dan percaya mempercayai dalam mempelajari sesuatu isi kandungan. Terdapat lebih kurang 80 aktiviti-aktiviti berstruktur yang mudah dilaksanakan di dalam bilik darjah secara berpasangan atau kumpulan. Pemilihan aktiviti struktur bergantung kepada mata pelajaran, masa pengajaran dan kemahiran sosial yang hendak dikembangkan. Dalam unit ini kita akan membincangkan beberapa aktiviti struktur yang boleh dilaksanakan dalam pengajaran pembelajaran matematik sekolah rendah. Secara umum, konsep asas pengajaran pembelajaran koperatif berstruktur ini adalah struktur-struktur yang boleh digunakan semasa set induksi dan/atau semasa perkembangan pengajaran, dan/atau semasa penilaian dan/atau semasa penutup. Penggunaan struktur ini hanya mengambil masa beberapa minit sahaja di mana-mana langkah pengajaran.
  • 11. P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 115 Bagi memulakan kaedah pengajaran pembelajaran koperatif di sekolah rendah, guru hendaklah tahu dan mahir untuk melaksanakan beberapa struktur pembelajaran koperatif yang mudah dan sesuai untuk pengajaran pembelajaran matematik. Antaranya adalah seperti „roundtable‟, „roundrobin‟, „pair-check, „think-pair-share‟, „number heads together‟, „show down, „send-a-problem‟ dan lain-lain. Guru boleh cuba menggunakan beberapa struktur ini dalam pengajaran matematik. Berikut adalah beberapa struktur yang mudah dilaksanakan dalam pengajaran pelbagai peringkat sekolah rendah dan menengah. a) Meja Bulat (Roundtable) Guru mengemukakan soalan matematik yang mempunyai pelbagai jawapan atau kemungkinan dan memberikan lembaran kerja untuk dilengkapkan oleh kumpulan- kumpulan pelajar. Setiap kumpulan hanya dibekalkan sehelai lembaran atau kertas dan sebatang pensel atau pen. Setiap pelajar dari setiap kumpulan dikehendaki menulis satu respons atau jawapan dan kemudiannya memberikan kepada rakan di sebelahnya. Proses ini diteruskan sehinggalah semua ahli telah memberi sumbangan dengan menulis respon atau jawapan masing-masing. Jika pelajar tidak boleh memberi respon atau jawapan pada ketika itu bolehlah diambil alih oleh rakan di sebelahnya. Roundtable ini dapat menerap kemahiran koperatif seperti mengikut giliran dan mendengar pendapat rakan tanpa gangguan. b) Tiga Langkah Temu bual (Three-Step Interview) „Three-Step Interview‟ dilaksanakan untuk kumpulan yang mengandungi empat orang ahli yang dibahagikan kepada dua pasangan iaitu A dan B, C dan D. Langkah 1: A menemu bual B dan C menemu bual D. Penemubual mendengar, menyoal tetapi tidak boleh mengulas atau berkongsi maklumat/data personal. Langkah 2: Tukar peranan di mana B menemu bual A dan D menemu bual C. Langkah 3: Berkongsi idea/jawapan – setiap ahli kumpulan berkongsi idea dan maklumat dari empat orang ahli kumpulan. Antara contoh aktiviti atau soalan matematik yang boleh digunakan semasa aktiviti ini adalah seperti berikut:  Berikan contoh-contoh bentuk geometri yang terdapat di rumah anda?  Nyatakan pembolehubah-pembolehubah yang boleh dibentuk di dalam kelas anda?  Nyatakan syarat-syarat bagi petua mencari luas bagi segi tiga Aktiviti ini memerlukan pelajar memberi respon dengan lancar. Oleh itu pelajar akan diberi tajuk perbincangan satu atau dua hari terlebih dahulu untuk membuat persediaan. c) Penomboran Ahli Kumpulan (Numbered Heads Together) Setiap pelajar dalam kumpulan (4 orang) akan diberikan nombor daripada satu hingga empat. Guru akan memberi masalah, soalan atau isu. Pelajar-pelajar diminta berbincang dalam kumpulan dengan jangka masa yang ditetapkan. Setiap kumpulan hendaklah memastikan semua ahli-ahlinya dapat menjawab masalah,
  • 12. P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 116 soalan atau isu yang diberikan. Guru kemudiannya akan memanggil satu nombor dan ahli kumpulan yang memegang nombor tersebut akan mewakili kumpulannya untuk menjawab secara lisan atau bertulis dan seterusnya guru akan memanggil nombor lain untuk dijawab oleh pelajar yang berkaitan. d) Fikir-Pasang-Kongsi (Think-Pair-Share) Bagi aktiviti ini guru mengemukakan soalan kepada kumpulan (dua atau empat orang). Pelajar-pelajar diminta untuk menyelesaikan secara bersendirian terlebih dahulu dalam jangka masa yang ditetapkan. Kemudian secara berpasangan cuba menyelesaikan masalah atau soalan tersebut sama ada membuat perbandingan penyelesaian atau perbincangan dan mendapat persetujuan untuk jawapan bagi masalah atau soalan. Guru kemudiannya meminta setiap ahli kumpulan membuat perbandingan jawapan dan persetujuan atas jawapan untuk kumpulan masing- masing untuk dibentangkan kepada kelas. Antara contoh-contoh aktiviti atau soalan yang boleh dibincangkan adalah seperti berikut:  Jelaskan perhubungan antara bentuk-bentuk ini: segi empat tepat, segi empat sama, rombus, segi empat selari  Cari luas bagi bentuk-bentuk dua dimensi yang diberikan. Dalam hal ini guru memberikan satu lembaran kerja yang dilukiskan beberapa rajah yang berbentuk segi empat, segi tiga dan rombus. Think-Pair-Share ini boleh digunakan untuk perbincangan konsep atau prosedur bagi penyelesaian masalah atau semasa latihan di bilik darjah. Aktiviti ini boleh juga dibuat serentak semasa pengajaran guru di mana guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan apa yang telah dipelajari, kemudiannya pelajar diminta berbincang dengan pasangannya dan menjawab soalan tersebut kepada keseluruhan kelas. e) Semak Pasangan (Pairs Check) Aktiviti Pairs Check boleh digunakan sebagai latihan dan menguasai kemahiran atau prosedur sesuatu kemahiran. Dalam kumpulan empat orang, setiap pasangan akan memainkan dua peranan iaitu sebagai penyelesai dan juru tunjuk atau pemerhati. Langkah 1: Pelajar pertama akan menyelesaikan masalah yang diberikan dan pelajar kedua sebagai juru tunjuk dengan meneliti, menyemak, membuat pembetulan semasa penyelesaian yang dibuat oleh pelajar pertama. Langkah 2: Pelajar pertama dan kedua menukar peranan untuk penyelesaian masalah kedua. Langkah 3: Dua pasangan bagi kumpulan akan membuat perbandingan dan penyemakan serta mencapai persetujuan untuk penyelesaian masalah yang diberikan dan bersalaman atau meraikan kejayaan mereka.
  • 13. P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 117 f) Show Down Aktiviti Show Down boleh digunakan sebagai latihan dan menguasai kemahiran atau prosedur sesuatu kemahiran. Dalam kumpulan empat orang, guru memberikan soalan pada setiap individu untuk menyelesaikan soalan yang diberikan. Langkah 1: Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki menyelesaikan masalah yang diberikan dalam masa yang diberikan secara individu. Langkah 2: Setelah tamat tempoh yang diberikan, setiap ketua kumpulan meminta ahli-ahlinya menunjukkan hasil penyelesaian soalan yang diberikan. Langkah 3: Setiap ketua kumpulan perlu menyemak dan berbincang dengan ahli- ahli kumpulan setiap soalan dan memastikan mendapat jawapan yang betul. Langkah 4: Guru akan memanggil ketua kumpulan yang dipilih untuk menunjukkan penyelesaian bagi soalan-soalan tertentu di papan putih dan menjelaskan penyelesaian secara lisan kepada kelas. Di akhir kelas, setiap ahli kumpulan bersalaman dan meraikan kejayaan kumpulan mereka. g) Send-A-Problem Aktiviti Send-A-Problem (Trade-A-Problem) boleh digunakan sebagai latihan dan menguasai kemahiran atau prosedur sesuatu kemahiran. Aktiviti ini boleh dilakukan setelah tamat pengajaran sesuatu tajuk atau beberapa kemahiran. Langkah 1: Guru mengarahkan, dalam masa yang ditetapkan, setiap kumpulan supaya menggubal satu soalan berdasarkan tajuk atau kemahiran yang sudah dipelajari. Ketua kumpulan mesti memastikan berlaku perbincangan dan menggubal soalan bersama dengan jawapan penyelesaiannya. Langkah 2: Setelah tamat tempoh yang diberikan, guru boleh memilih mana- mana kumpulan (katakan Kumpulan A) untuk memulakan dengan membaca atau menulis soalan matematik yang digubal oleh kumpulan A di papan putih dan meminta ketua kumpulan A tersebut untuk memilih mana-mana kumpulan (katakan Kumpulan B) untuk menjawab soalan tersebut dalam masa yang ditentukan. Ketua kumpulan B mengadakan perbincangan dengan ahli-ahlinya untuk menyelesaikan soalan tersebut. Ahli-ahli kumpulan lain juga turut mengadakan perbincangan dalam kumpulan masing-masing untuk penyelesaian soalan yang diberikan. Langkah 3: Setelah tamat tempoh, ketua kumpulan B diminta untuk menyelesaikan soalan tersebut secara lisan atau bertulis di papan putih. Jika kumpulan B tidak boleh menjawab, guru boleh menawarkan mana-mana kumpulan untuk menjawab soalan tersebut.
  • 14. P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 118 Langkah 4: Jika ketua kumpulan B atau mana-mana kumpulan boleh menjawab, ketua kumpulan B atau mana-mana kumpulan diminta untuk mengemukakan soalan yang digubal oleh kumpulannya dan memilih mana-mana kumpulan untuk menjawab, katakan kumpulan C. Ketua kumpulan C dan ahli-ahlinya akan berbincang untuk menjawab soalan tersebut dan ahli-ahli kumpulan lain juga turut berbincang dalam kumpulan masing-masing dan bersedia untuk menjawab jika diminta atau dipilih oleh ketua kumpulan C nanti. Langkah 5: Begitulah seterusnya, sehingga guru merasakan murid-muridnya sudah dapat menguasai tajuk atau kemahiran yang diajar. Di akhir pelajaran, guru mengarahkan setiap ahli kumpulan bersalaman dan meraikan kejayaan mereka. Bincangkan dalam kelas tutorial pembelajaran koperatif secara berstruktur menggunakan suatu masalah matematik sekolah rendah. 7.6.2 Pendekatan secara kompleks Aktiviti-aktiviti pembelajaran kumpulan yang memerlukan pelajar memenuhi peraturan atau langkah-langkah yang tertentu iaitu pengajaran kelas, aktiviti kumpulan, kuiz atau ujian secara individu, merekodkan skor pencapaian dan pengiktirafan kumpulan. Antara pembelajaran koperatif kompleks yang dibincangkan di sini adalah STAD (Student Team Achievement Division), TGT (Team Games Tournament)/TMT, JIGSAW, TAI (Team Assisted Individualization), dan GI (Group Investigation) dan Learning Together (LI). Guru disarankan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif kompleks ini sekurang-kurangnya empat hingga enam minggu selepas pelajar-pelajar menerima pendedahan kaedah pembelajaran koperatif berstruktur. Berikut dibincangkan enam kaedah pembelajaran koperatif yang kompleks atau peringkat tinggi iaitu Student Team Achievement Division (STAD), Team Games Tournament (TGT/TMT), JIGSAW, Team Assisted Individualization (TAI), Learning Together (LT) dan Group Investigation (GI). Guru disarankan agar menggunakan pendekatan ini apabila pelajar-pelajar telah mahir melaksanakan pembelajaran koperatif secara berstruktur. a) Student Teams Achievement Division (STAD) Satu kaedah yang banyak dibuat kajian (Slavin, 1990). Ia juga dapat digunakan dalam mata pelajaran Matematik, Sains, Kajian Sosial, English/Bahasa, dan lain-lain mata pelajaran dari Tahun 2 hingga peringkat kolej.
  • 15. P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 119 Cara pelaksanaan STAD dalam bilik darjah Lima komponen dalam pelaksanaan STAD iaitu pengajaran kelas (class presentation), kumpulan (teams), kuiz, peningkatan skor individu dan penghargaan (recognition).  Persembahan/pengajaran kelas Bahan STAD diperkenalkan pada permulaan pengajaran. Pengajaran secara STAD berbeza daripada pengajaran yang biasa kerana pengajaran STAD ditumpukan kepada bahan-bahan STAD yang disediakan oleh guru. Dengan cara ini murid-murid tahu bahawa mereka perlu menguasai dan memberi perhatian terhadap pengajaran guru jika tidak mereka tidak boleh membuat perbincangan dan menjawab kuiz.  Kumpulan (Teams) Kumpulan secara STAD terdiri daripada 4 – 6 orang sekumpulan. Tugas utama kumpulan adalah memastikan setiap ahli kumpulan mencapai kejayaan yang baik dalam kuiz. Selepas guru menyampaikan pengajaran, kumpulan berjumpa untuk belajar lembaran kerja yang diberikan oleh guru dan lain-lain bahan. Bahan-bahan ini merupakan bahan-bahan yang disediakan oleh guru. Murid- murid membuat perbincangan, bantu membantu, membandingkan jawapan dan memperbetulkan sebarang kesilapan yang dibuat oleh rakan-rakan dalam kumpulan. Semua ahli kumpulan perlu menyumbang dan bekerja keras dan membantu rakan-rakan.  Kuiz/ujian Selepas satu atau dua waktu pengajaran dan satu atau dua waktu latihan menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh guru seperti lembaran kerja Murid-murid perlu menduduki kuiz/ujian secara individu. Murid-murid tidak dibenarkan membantu rakan-rakan sekumpulan semasa kuiz. Ini dapat memastikan semua murid bertanggungjawab mempelajari dan memahami bahan-bahan yang dipelajari.  Skor pencapaian individu Idea di sebalik skor pencapaian individu ini adalah agar setiap pelajar menetapkan pencapaian yang tinggi. Semua pelajar berpeluang memberi sumbangan yang maksimum. Setiap pelajar diberi skor asas berdasarkan pencapaian mereka yang lepas. Mata akan diberikan jika pencapaian mereka melebihi skor purata.  Pengiktirafan kumpulan – team recognition Kumpulan-kumpulan yang berjaya mendapat skor melebihi skor purata diberi ganjaran berbentuk sijil penghargaan atau surat penghargaan bagi pencapaian tinggi, pamerkan di papan kenyataan di bilik darjah atau mendapat kemudahan- kemudahan tertentu.
  • 16. P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 120 Persediaan Menggunakan STAD:  Bahan Guru membina bahan-bahan untuk tujuan STAD mengikut tajuk-tajuk atau unit- unit yang telah ditetapkan. Bahan-bahan STAD mudah dibina iaitu sediakan lembaran-lembaran kerja serta jawapan kepada lembaran kerja berdasarkan kepada tajuk-tajuk yang dipilih. Setiap unit pelajaran mengambil masa antara 3 hingga 5 hari pengajaran.  Membahagikan murid kepada kumpulan STAD mempunyai 4 atau 6 orang sekumpulan. Kumpulan ini hendaklah mewakili jantina (2 atau 3 orang perempuan dan 2 atau 3 lelaki), pencapaian lemah, sederhana, dan tinggi dan kaum. Kumpulan ini hendaklah berbentuk heterogenus. Guru menentukan kumpulan-kumpulan. Murid-murid tidak dibenarkan membuat pemilihan ahli kumpulannya. Guru juga perlu menyediakan lembaran rumusan kumpulan seperti Jadual 7.1. Kumpulan-kumpulan diberi kebebasan memilih nama-nama kumpulan masing-masing. Jadual 7.1: Nama Kumpulan: Nama/Skor Kuiz/Ujian Jumlah Jumlah skor kumpulan Purata Kumpulan * Ganjaran Kumpulan * Purata kumpulan = jumlah skor kumpulan / bilangan ahli kumpulan  Memberi ‘ranking’ pelajar Guru membuat „ranking‟ pelajar dalam kelas daripada pencapaian tinggi kepada pencapaian rendah. Guru juga boleh membuat „ranking‟ pelajar-pelajar mengikut markah, gred atau mengikut pengelasan guru.  Penentuan bilangan kumpulan Setiap kumpulan jika boleh mempunyai 4 orang. Bagi menentukan bilangan kumpulan yang sesuai, guru bolehlah membahagikan jumlah bilangan pelajar dengan 4. Sebagai contohnya jika pelajar kelas terdiri daripada 32 orang, maka perlu membentuk 8 kumpulan iaitu 32 / 4. Jika bilangan pelajar 30 orang, perlu
  • 17. P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 121 membentuk 7 kumpulan dengan 2 kumpulan mempunyai 5 orang dan 5 kumpulan mempunyai 4 orang. Cara menentukan pelajar dalam kumpulan mengikut pencapaian seperti Jadual 7.2.  Melengkapkan Lembaran Rumusan Selepas membahagikan pelajar-pelajar mengikut kumpulan, lengkapkan nama- nama pelajar setiap kumpulan di lembaran rumusan.  Menentukan Skor Asas Permulaan Berdasarkan kepada skor purata pelajar-pelajar yang diperolehi pada kuiz/ujian yang lalu. Jika baru melaksanakan STAD, guru boleh menggunakan skor di ujian-ujian bulan atau penggal. Jadual 7.2: Menentukan Kumpulan Murid Mengikut Pencapaian Pering Peringkat Pencapaian Urutan „Ranking‟ Pelajar Nama Pelajar PPPp Pencapaian Tinggi1 Pencapaian Sederhana Pencapaian Rendah Memulakan STAD  Mengajar ( 1 – 2 waktu) Tajuk: Luas dan perimeter bagi segi tiga dan segi empat Pengajaran dibuat secara kaedah induktif dan perbincangan.  Memberi tugasan kumpulan Pelajar belajar dalam kumpulan heterogenous (4 orang). Guru mengedarkan lembaran kerja 1 dan lembaran kerja 2. Pelajar belajar secara berpasangan dalam kumpulan menyelesaikan lembaran kerja 1 dan setiap pelajar mempunyai peranan masing-masing untuk membaca, menulis dan menyemak. Setiap kumpulan memastikan ahli kumpulan dapat menyelesaikan semua soalan yang terdapat di lembaran 1 dan lembaran 2.
  • 18. P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 122  Ujian/Kuiz individu Setiap ahli kumpulan mengambil ujian atau kuiz secara individu. Guru harus memastikan bahawa bilangan soalan ujian atau kuiz adalah sama dengan bilangan soalan yang dibincangkan dalam lembaran 1 dan lembaran 2. Soalan- soalan ujian atau kuiz juga mesti sama dari aras kesukaran dan kemahiran yang sama seperti di lembaran 1 dan lembaran 2. b) Group-Maths-Tournament (GMT) / Group-Teams-Tournament (GTT) Kaedah GMT diubahsuai dari kaedah GTT (kaedah pembelajaran koperatif yang dibina di John Hopkins University oleh Dr. Robert Slavin). GMT boleh digunakan untuk pengajaran pengetahuan dan kemahiran matematik. GMT tidak boleh digunakan bagi tajuk-tajuk yang membawa kepada perbincangan, kontroversi dan soalan-soalan terbuka. GMT terdiri daripada 4 komponen iaitu:  persembahan kelas dan ulang kaji tajuk yang dipelajari  latihan dalam kumpulan  pertandingan matematik (math-tournament)  ganjaran kumpulan (hujung minggu) Bilangan soalan adalah gandaan bagi bilangan pelajar dalam setiap kumpulan. Ganjaran kumpulan diberikan berdasarkan kepada markah bonus kumpulan. Kriteria (group bonus point) Ganjaran (Reward) Markah Bonus Pertama Tinggi Kumpulan Cemerlang Markah Bonus Kedua Tinggi Kumpulan Cergas Markah Bonus Ketiga Tinggi Kumpulan Baik Cara pelaksanaan GMT  Guru memperkenalkan tajuk baru atau mengulang kaji kemahiran yang telah dipelajari.  Guru membentuk kumpulan (4-6 orang) heterogeneous.  Setiap kumpulan belajar bahan yang diedarkan oleh guru (worksheet dan answer sheet). - kumpulan dianggap telah selesai jika semua ahli. - kumpulannya memahami bahan worksheet.  Pelajar mengambil bahagian dalam pertandingan dan skor markah dikumpul dari setiap ahlinya untuk markah kumpulan.  Markah setiap kumpulan dipaparkan dan ganjaran diberikan kepada kumpulan yang skor markah tinggi.
  • 19. P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 123 c) JIGSAW Guru melaksanakan pengajaran atau mengulang kaji pelajaran. Kemudian guru akan mengedarkan kertas lembaran (expert‟s sheets) kepada pelajar yang mengetuai kumpulan tersebut. Kertas lembaran tersebut mengandungi sub tajuk atau sub kemahiran tertentu yang perlu dibincangkan. Seterusnya ketua kumpulan/pakar akan memberi penerangan mengenai kertas lembaran kepada ahli kumpulan. Pelajar dalam kumpulan akan bekerja sama untuk menguasai sub tajuk yang diberi. Akhirnya pelajar akan mengambil ujian dan skor daripada ujian ini akan dijumlahkan untuk mendapat skor bagi kumpulan. Kumpulan yang mendapat skor tertinggi akan diberi penghargaan. Cara pelaksanaanya:  Lembaran/bahan pembelajaran dipecahkan kepada beberapa bahagian/subtajuk  Bentukkan kumpulan heterogeneous (2 hingga 4 orang). Setiap ahli kumpulan membaca lembaran pembelajaran masing-masing (A1 membaca bahagian 1, A2 membaca bahagian 2, dan seterunya kepada ahli yang lain). Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C Kumpulan D 1……….. 1. ………… 1………….. 1………….. 2……….. 2………….. 2………….. 2………….. 3……….. 3………….. 3………….. 3………….. 4………… 4…………. 4………….. 4…………..  Kumpulan pakar. Pelajar yang mempunyai bahagian yang sama membentuk kumpulan pakar bagi membincang bahagian mereka. A1 A2 A3 A4 B1 C1 B2 C2 B3 C3 B4 C4 D1 D2 D3 D4  Pelajar kembali kepada kumpulan masing-masing dan mengambil giliran mengajar rakan-rakan tentang bahagian pembelajarannya.  pelajar mengambil ujian secara persendirian dan skor setiap pelajar dikumpulkan untuk skor kumpulan  Pamirkan keputusan bagi memperakui kejayaan kumpulan d) Team Assisted Individualization – TAI TAI dibentuk khas untuk pembelajaran matematik.  Bentukan kumpulan kecil heterogenus ( 2- 4 orang)
  • 20. P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 124  Setiap pelajar diberi lembaran kerja serta jawapan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan  Ahli kumpulan bekerja dalam pasangan, bertukar hasil kerja dan menyemak kerja  Setiap ahli mendapat skor 80 % atau lebih dan diberi peluang untuk mengambil ujian akhir.  Pelajar mengambil beberapa ujian dalam tempoh seminggu e) Belajar bersama (Learning Together (LT)) Berikut adalah langkah yang perlu dilaksanakan dalam pendekatan belajar bersama  Bentukkan kumpulan heterogenus 4 – 5 orang  Edarkan lembaran kerja - kumpulan hanya menyerahkan satu lembaran kerja yang telah lengkap. - ganjaran dan penghargaan diberikan berdasarkan kepada hasil kumpulan. b) Group Investigation (GI) Berikut adalah langkah-langkah untuk melaksanakan GI:  kumpulan kecil menggunakan koperatif inkuairi, kumpulan perbincangan, rancangan koperatif dan projek.  Pelajar membentuk kumpulan masing-masing ( 2 – 6 orang) - pilih sub tajuk - pecahan sub tajuk kepada tugasan individu - ambil langkah tertentu untuk menyediakan laporan kumpulan - setiap kumpulan membentangkan kepada kelas 7.7 BAGAIMANA MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN KOPERATIF Bagaimana melaksanakan pengajaran pembelajaran koperatif? Adakah dengan berada dalam suatu kumpulan belajar sudah memadai untuk dianggap sebagai pembelajaran koperatif? Berikut adalah keperluan asas dalam melaksanakan pengajaran pembelajaran koperatif: i) Guru memulakan dengan membentuk iklim bilik darjah yang koperatif, „team building‟, „trust building‟, „class building‟, susunan bilik darjah, pembentukan kemahiran sosial seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran perhubungan, membuat keputusan dan kemahiran membuat kumpulan. Guru harus membincang, menerang dan memberi tahu sumbangan/peranan setiap ahli kumpulan. Latihan ini mengambil masa 3 – 4 minggu. ii) Guru mula melaksanakan kaedah pembelajaran koperatif dengan menggunakan struktur pembelajaran koperatif yang mudah untuk beberapa minggu seperti „think- pair-share‟ dan „turn-to-your partner‟. Pelajar bekerja berpasangan, bertukar lembaran kerja dalam „pair check‟, soalan dan jawapan dalam berpasangan. iii) Bila pelajar bersedia untuk bekerja bersama-sama, guru akan memberi tugasan untuk bekerja dalam kumpulan 4 orang dan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif yang kompleks atau peringkat tinggi iaitu Jawsaw, Team Assisted
  • 21. P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 125 Individualization (TAI), Student Team Achievement Division (STAD), Tean Games Tournament (TGT/TMT), Group Inverstigation (GI) dan Learning Together (LT). Contoh-contoh pengajaran matematik menggunakan kaedah pembelajaran koperatif kompleks ini akan ditunjukkan dilampiran 2. 7.8 PERANAN GURU DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF Berikut digariskan peranan guru dalam proses pengajaran pembelajaran koperatif: a) Merancang pembelajaran – setting the lesson Guru merancang dengan jelas tujuan akademik dan tugasan yang diberikan. Guru memastikan berlakunya saling bergantungan secara positif (positif interdependence) dan akauntibiliti individu (individual accountability). Guru juga memberi kriteria untuk berjaya dan menerangkan kemahiran sosial yang diharapkan dalam pelajaran tersebut. i) Tentukan objektif pembelajaran – objektif akademik dan objektif kemahiran sosial/kemahiran koperatif ii) Tentukan saiz kelas ( 2 – 6 orang) iii) Rancangkan bahan pembelajaran bagi mencetuskan perasaan saling bergantung secara positif antara pelajar dalam kumpulan. iv) Tentukan peranan setiap pelajar dalam kumpulan bagi memastikan saling bergantung secara positif berlaku. v) Kenal pasti peraturan dalam kumpulan, bahan-bahan yang perlu untuk pembelajaran dan susunan bilik darjah b) Semasa Kerja Kumpulan Guru perlu mengawasi pelajar atau membantu meningkatkan kemahiran sosial pelajar. Guru bergerak sekeliling kelas bagi memastikan pembelajaran berlaku semasa kerja kumpulan. Kumpul data bagi setiap pelajar tentang pembelajaran dan kemahiran sosialnya. Jika perlu guru boleh membantu menyelesaikan dan menyiapkan tugasan kumpulan. i). Mengagihkan pelajar kepada kumpulan ii) Menyusun bilik darjah iii) Terangkan tugasan akademik iv) Strukturkan matlamat positif salingan bergantungan secara positif v) Strukturkan koperatif individu berlaku vi) Terangkan kriteria bagi pencapaian pembelajaran vii) Nyatakan dengan jelas sikap yang positif yang perlu dicapai viii) Motivasikan sikap pelajar ix) Sediakan bantuan untuk tugasan x) Mencelah bagi mengajar kemahiran koperatif dalam kumpulan xi) Nilaikan bagaimana kumpulan-kumpulan berfungsi
  • 22. P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 126 d) Akhir pelajaran Guru perlu meninjau kualiti dan kuantiti pembelajaran setiap pelajar/kumpulan. Guru perlu memberi peluang pelajar bertanya soalan. Meneliti makluman balas di atas pembelajaran akademik yang dialami dan diperolehi. i. Pelajar bersama guru merumus hasil pembelajaran. ii. Sediakan „closure‟ dalam pembelajaran/pengajaran iii. Nilaikan kualiti dan kuantiti pembelajaran pelajar-pelajar 7.9 KESIMPULAN Secara umum, pembelajaran koperatif adalah kaedah pengajaran secara berkumpulan yang memberi peluang kepada pelajar belajar dan juga mengajar. Melalui pembelajaran koperatif, pelajar akan bekerja bersama-sama dalam suatu kumpulan kecil untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan dalam kelas. Pembelajaran koperatif sebenarnya berbeza daripada kaedah kumpulan tradisional di mana pembelajaran koperatif lebih berstruktur dengan melibatkan semua ahli dalam sesuatu kumpulan, dan seterusnya memberi peluang kepada semua pelajar belajar. Ini bererti, pengajaran pembelajaran secara koperatif perlulah dilakukan dengan sistematik berdasarkan konsep dan prinsip yang sudah digariskan. 7.10 SOALAN PERBINCANGAN 1. Jelaskan enam kunci bagi Pembelajaran Koperatif. 2. Pilih satu kemahiran daripada tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran matematik KBSM, sediakan satu aktiviti pembelajaran koperatif dengan menggunakan kaedah-kaedah berikut: i) JIGSAW ii) STAD 3. Pilih satu kemahiran daripada tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran matematik KBSR, sediakan satu aktiviti pembelajaran koperatif dengan menggunakan Struktur pembelajaran koperatif yang berikut: i) Show Down ii) Number Heads Together
  • 23. P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 127 UJIAN PASCA-PELAJARAN Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut: Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5 1 Saya dapat menjelaskan konsep dan prinsip pengajaran pembelajaran koperatif. 2 Saya dapat membezakan konsep pembelajaran koperatif secara struktur dengan pembelajaran koperatif secara kompleks 3 Mengaplikasikan pembelajaran koperatif secara struktur dan kompleks dalam pengajaran pembelajaran matematik di bilik darjah