Analisis jurnal "KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS BAHASA MELAYU" oleh Zurainu Mat Jazin dan Abdull Sukor Shaari ISSN: 2180-4842, Vol. 2, Bil. 1 (Mei 2012): 79-92
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...rathibujie
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan dari segi kaedah, teknik dan kemahiran bernilai tambah. berikan justifikasi mengapa anda memilih kaedah dan teknik tersebut.
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomAiisy Afifah
Berikut adalah contoh soalan berdasarkan aras Taksonomi Bloom, Tajuk yang dipilih adalah Masjid Destinasiku, contoh soalan dibuat adalah berdasarkan aras Taksonomi Bloom. Tajuk Adab dan Akhlak Pendidikan Islam Tingkatan 1
(KPD 3016 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1)
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...rathibujie
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan dari segi kaedah, teknik dan kemahiran bernilai tambah. berikan justifikasi mengapa anda memilih kaedah dan teknik tersebut.
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomAiisy Afifah
Berikut adalah contoh soalan berdasarkan aras Taksonomi Bloom, Tajuk yang dipilih adalah Masjid Destinasiku, contoh soalan dibuat adalah berdasarkan aras Taksonomi Bloom. Tajuk Adab dan Akhlak Pendidikan Islam Tingkatan 1
(KPD 3016 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1)
untuk kertas kerja guru-guru melaksanakan program lawatan sekolah luar negeri untuk murid-murid sekolah rendah .Kertas kerja ini juga adalah sebagai langkah awal untuk guru mohon sumbangan.
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS BAHASA MELAYU
1. Analisis Jurnal
TAJUK: KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA
NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS BAHASA MELAYU.
Zurainu Mat Jazin dan Abdull Sukor Shaari ISSN: 2180-4842, Vol. 2, Bil. 1 (Mei 2012): 79-92
1.0 Pengenalan
Selaras dengan perkembangan arus globalisasi sekarang, didapati corak pembelajaran
perlu memberi ruang dan peluang kepada murid untuk mendapatkan sendiri ilmu sementara
guru menjadi pendamping atau fasilitator sahaja. Oleh itu salah satu pendekatan yang boleh
digunakan oleh guru sebagai kaedah semasa pembelajaran dan pengajaran (P&P) ialah
pembelajaran konstruktivisme. Oleh itu satu kajian telah dibuat disalah sebuah sekolah
Kluster kecemerlangan di Alor Setar Kedah dalam mata pelajara Bahasa Melayu dalam
bidang Komsas.
1.1 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Secara Konstruktivisme
Pendekatan konstruktivis dalam pendidikan merupakan satu inovasi tentang gaya
pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada masa kini. Konstruktivisme menekankan kepada
peranan murid dan guru sebagai pembimbing sahaja. Pendekatan konstruktivisme
merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun
dalam minda pelajar. Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan
tidak diterima secara pasif dari persekitarannya. Ini bermakna pembelajaran merupakan
hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan bukan dipindahkan daripada guru kepada
pelajar. Iaitu tidak lagi berpegang pada konsep pengajaran dan pembelajaran yang lama, di
mana guru hanya menuang ilmu kepada murid tanpa murid itu sendiri berusaha dan
1
2. menggunakan pengalaman atau pengetahuan sedia ada mereka (Azizi Yahaya dan Jaafar
Sidek Latif, 2005).
Jean Piaget (1976) dalam bukunya ‘To Understand is to Invent: The Future of
Education’ menjelaskan bahawa pengetahuan berkembang hasil daripada pembinaan
pengetahuan individu selepas pemahaman individu tersebut. Kajian yang dilakukan oleh
Peter, Abiadun dan Jonathan (2010) menunjukkan bahawa pendekatan konstruktivisme
memberi kesan yang positif kepada akademik murid. Teori konstruktivisme menurut Abdul
Jalil dan Bahtiar (2005) menyatakan bahawa murid membina makna mengenai dunia
dengan mensintesis pengalaman baru terhadap apa-apa yang mereka telah fahami
sebelumnya. Mereka menjelaskan bahawa melalui prinsip konstruktivisme, ilmu
pengetahuan dibina secara aktif oleh setiap individu berasaskan pengalaman yang
dilaluinya. Manakala menurut Vighnarajah, Wong Su Luan dan Kamariah (2008) mendapati
guru yang menggunakan pendekatan teori konstruktivisme dapat mengaktifkan murid dalam
penglibatan proses pengajaran dan pembelajaran.
1.2 Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham
Dalam kajian ini guru menggunakan kaedah pembelajaran model konstruktivisme Lima Fasa
Needham (Needham, 1987) kepada kumpulan sasaran yang merangkumi lima fasa berikut:
1. Orientasi: Guru menyediakan suasana pembelajaran untuk merangsang dan
menimbulkan minat murid terhadap pelajaran. Pelbagai cara dilakukan untuk
mendapatkan perhatian murid. Antaranya ialah dengan menunjukkan tayangan video,
keratan akhbar, teka-teki, lakonan dan simulasi.
2
3. 2. Pencetusan idea: Guru merancang pelbagai bentuk aktiviti seperti perbincangan
kumpulan, menggunakan kaedah peta konsep serta membuat laporan dengan
menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baharu yang akan
mereka pelajari. Murid akan berbincang dalam kumpulan dan berkongsi pengalaman
yang sama serta interaksi yang rapat sesama mereka. Guru perlu memainkan
peranan sebagai fasilitator dengan membekalkan bahan pembelajaran dan
membimbing murid untuk membuat pembelajaran inkuri atau pembelajaran
berasaskan masalah yang diberi.
3. Penstrukturan semula idea: Guru menyediakan aktiviti atau memberi tugasan berstruktur
untuk membolehkan murid mencabar idea asal mereka atau idea rakan, dan membina
struktur pengetahuan sendiri yang lebih bermakna dan berkesan. Dalam fasa ini,
kemahiran berbahasa akan membantu murid membuat pengubahsuaian atau
penyusunan semula idea mengikut turutan dan setiap satu idea mempunyai
kesinambungan idea yang kelihatan tersusun dan terancang. Peranan guru pula ialah
mengukuhkan konsep atau idea yang tepat kepada muridnya.
4. Aplikasi idea: Murid akan mengaplikasikan pengetahuan baru dengan menyelesaikan
masalah dalam situasi baharu. Situasi ini dapat mewujudkan pemahaman yang
baharu dan menggalakkan proses inkuiri di dalam diri murid.
5. Refleksi: Murid membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baharu dan
merenung kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada idea
mereka. Murid juga boleh membuat refleksi untuk melihat sejauh manakah idea asal
mereka telah berubah. Guru boleh menggunakan kaedah penulisan kendiri,
perbincangan kumpulan dan catatan peribadi murid untuk meneliti atau memantau
tahap pemahaman murid-muridnya.
3
4. Orientasi Pencetusan Penstrukturan Aplikasi Idea Refleksi
Idea Semula Idea
Rajah 1: Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham
Kesan penggunaan model diatas ialah
1. Berlaku peningkatan markah selepas menggunakan prototaip (Noor Azliza
dan Lilia, 2002).
2. Murid lebih memahami tajuk dan berminat untuk belajar (Subadrah Nair dan
Malar Muthiah, 2005).
3. Pelajar mendapat pengalaman baru dan lebih seronok belajar dan aktif
melibatkan diri.
1.3 Kelebihan P&P Secara Konstruktivisme
1. Menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
2. Menggalakkan pelajar berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan
membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan
cabaran, misalnya dalam aktiviti penyelidikan dan penyiasatan dan pengujian
hipotesis.
3. Membolehkan kefahaman yang lebih jelas tentang sesuatu konsep dan idea di
mana pelajar terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru dan
4
5. mengaplikasikannya dalam kehidupan atau situasi baru. Membina ingatan jangka
panjang tentang sesuatu konsep melalui penglibatan yang aktif dalam
mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan yang baru.
4. Keyakinan pelajar dapat dipupuk hasil daripada pembelajaran ini dan
membolehkan pelajar berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam
situasi baru.
5. Pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran sosialnya iaitu dapat bekerjasama
dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Diperoleh
apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina
pengetahuan mereka.
6. Pelajar dapat membina pengetahuan, konsep dan idea baru secara aktif, pelajar
akan meningkatkan kefahamannya, berasa lebih yakin dan lebih seronok untuk
terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan
kemungkinan.
1.4 Penyataan Masalah
Dalam jurnal ini menyatakan bahawa walaupun murid sekolah yang dipilih adalah dari
sekolah Kluster Kecemerlangan iaitu sekolah Menengan Jenis Kebangsaan Keat Hwa, Alor
Setar Kedah, tetapi pencapaian pelajar untuk mendapat gred A+,A dan A- daripada 433
orang calon peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2009, berdasarkan statistik
5
6. keputusan peperiksaan awam Bahasa Melayu hanya lah 54.6% iaitu seramai 236 pelajar.
Sekirannya dilihat daripada rekod kemasukan murid ke sekolah ini hanya murid-murid bijak
dan terpilih sahaja memasuki sekolah ini kerana sebanya 80% keperluan keputusan
minimum Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) ialah 7A dan Ujian Peperiksaan Sekolah
Rendah 5A (UPSR).
Masalah yang dapat dilihat ialah pelajar merasakan bosan dan sukar dikuasai untuk
mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya dalam bidang Komsas. Oleh itu
satu pendekatan, kaedah atau teknik dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dicari agar
murud-murid sekolah menguasai kemahiran berbahasa dengan lebih baik.
Berdasarkan beberapa kajian lepas seperti kajian Subadrah Nair dan Malar Muthiah (2005)
dalam mata pelajaran Sejarah dan kajian Noor Azliza dan Lilia (2002) didapati kajian yang
menggunakan model konstruktivisme dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya
dalam pembelajaran Komsas masih kurang. Maka dalam kajian ini, Model Konstruktivisme
Lima Fasa Neeedham (1987) digunakan untuk mengenal pasti keberkesanan pembelajaran
Komsas dalam kalangan murid bukan Melayu.
1.5 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan Model Konstruktivisme Lima
Fasa Needham (Needham, 1987) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada minat terhadap mata pelajaran
Bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina meningkat secara signifikan atau tidak selepas
pengajaran dan pembelajaran menggunakan model yang sama
1.6 Metodologi Kajian
6
7. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimental. Pemilihan kaedah eksperimental ini
dibuat penyelidikan sangat unik kerana boleh menghasilkan hubungan sebab dan akibat.
Menurut Noraini (2010), daripada semua jenis penyelidikan, penyelidikan eksperimen paling
berstruktur kerana kawalan dan prosedur yang dikawal. Penyelidikan ini dijalankan dalam
satu persekitaran yang terkawal. Semua data akan diperoleh melalui kaedah ujian pra dan
ujian pos serta soalan soal selidik. Reka bentuk yang digunakan pula ialah reka bentuk
Nonequivalent control group of pretest/post-test design .
1.7 Populasi Kajian
Kajian kuasi eksperimen ini dijalankan dengan menggunakan sebanyak 80 murid Cina di
sebuah sekolah menengah di negeri Kedah. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan,
iaitu kumpulan eksperimen diajar menggunakan model konstruktivisme, manakala kumpulan
kawalan diajar menggunakan pendekatan konvensional. Kedua-dua kelas yang dipilih
adalah setara dari segi pencapaian Komsas Bahasa Melayu mengikut ujian pencapaian
pertengahan tahun. Pengajaran konstruktivisme berdasarkan Model Lima Fasa Needham
(1987) dijalankan mengikut langkah berikut: (1) orientasi, (2) Pencetusan idea, (3)
Penstrukturan semula idea, (4) Aplikasi idea dan (5) Refleksi.
1.8 Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian Komsas pra dan pasca kepada
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Ujian pra akan dijalankan kepada kumpulan
kawalan dan kumpulan sasaran kajian sebelum pengajaran dimulakan. Selepas
mengadakan ujian pra, kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan akan didedahkan kepada pengajaran selama enam minggu. Kumpulan eksperimen
diajar menggunakan model konstruktivisme manakala kumpulan kawalan pula diajar
7
8. menggunakan model konvensional. Seterusnya, kedua-dua kumpulan berikan ujian pasca.
Ujian kedua bertujuan untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan sesi pembelajaran secara
konstruktivisme mahupun secara konvensional. Ujian ini mengandungi satu soalan
penulisan yang sama seperti praujian. Soalan ujian yang digunakan ialah soalan standard
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebenar.
1.9 Dapatan Kajian
Dapatan kajian dibuat melalui dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca. Berdasarkan analisis
yang telah dijalankan, hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang singnifikan
antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam ujian pra. Hasil kajian
menunujukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min skor ujina
komsas. Manakala dari segi ujian pasca pula, dapatan kajian menunjukkan terdapat
perbezaan signifikan antara pencapaian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Oleh
itu, hipotesis null iaitu Ho1 (tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan dalam ujian pra) diterima. Manakala hipotesis null Ho2
ditolak (tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan dalam ujian pos.
1.10 Cadangan
Pendekatan Konstruktivisme perlu dilaksanakan oleh guru dalam P&P terutamanya pada
mata pelajaran yang difikirkan oleh pelajar sebagai mata pelajaran yang membosankan
seperti Bahasa Melayu, Sejarah dan sebagainya. Banyak kelebihan pendekatan
konstruktivisme yang telah dinyatakan diatas apabila ia dilaksanakan didalam bilik darjah.
1.11 Kesimpulan
8
9. Kajian ini telah memperoleh dapatan bahawa penggunaan Model Konstruktivisme Lima
Fasa Needham (Needham 1987) memberi kesan yang sangat positif dan signifikan bagi
meningkatkan prestasi murid bukan Melayu dalam Komsas Bahasa Melayu. Dapatan kajian
ini turut membuktikan bahawa pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara
konstruktivisme lebih efektif berbanding pengajaran dan pembelajaran secara tradisional.
Oleh itu, para pendidik harus melakukan inovasi dalam gaya pengajaran masing-masing
bagi mencapai anjakan paradigma pedagogi dunia pendidikan.
Bibiografi
Abdul Jalil Othman & Bahtiar Omar. (2005). Aplikasi pembelajaran secara konstruktivisme
dalam pengajaran karangan berpandu. Makalah Pendidikan, 4: 6-8.
Noor Azliza Che Mat & Lilia Halim. (2002). Reka bentuk dan keberkesanan pembelajaran
berbantukan multimedia pendekatan konstruktivisme bagi sains KBSM. Jurnal
Teknologi, 36, 1-38.
Peter, O. I., Abiodun, A. P. & Jonathan, O. O. (2010). Effect of constructivism instructional
approach on teaching practical skills to mechanical related trade students in western
nigeria technical colleges, International NGO Journals, 5 (3): 59-64.
Subadrah Nair & Malar Muthiah. (2005). Penggunaan model konstruktivisme lima fasa
Needham dalam pembelajaran sejarah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 20: 21-41.
Vighnarajah, Wong Su Luan & Kamariah Abu Bakar. (2008). The shift in the role of teachers
in the learning process. European Journal of Social Sciences, 7 (2).
9
10. Yahya Bin Buntat & Amirudin Bin Yusof. (2010). Pendekatan Pembelajaran Secara
Konstruktivisme Dalam Kalangan Guru-Guru Teknikal Bagi Mata Pelajaran Teknikal.
Universiti Teknologi Malaysia.
10