SlideShare a Scribd company logo
KPT 6054 PENYELIDIKAN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL, GROUP A
1
Keberkesanan Penggunaan ‘Open Book’ dalam Meningkatkan Kuantiti Bahan
Bacaan Tambahan di Kalangan Murid-Murid Bermasalah Penglihatan
ALYA QASDINA NG AI LEE
Program Pendidikan Khas
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusiia (FPPM)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
lily_priz@yahoo.com
Abstrak
Open Book merupakan perisian perantara yang menghubungkan murid-murid
bermasalah penglihatan dengan bahan bacaan cetakan biasa. Penginovasian teknologi
assistif bukan sahaja memudahkan proses pencarian maklumat di kalangan individu
bermasalah penglihatan malahan turut melatih individu kelainan upaya agar kompeten
dengan era teknologi maklumat dan komunikasi. Kajian eksperimental ini telah
dijalankan ke atas sekumpulan murid-murid bermasalah penglihatan yang
menggunakan kod braille sebagai medium literasi. Objektif perlaksanaan kajian adalah
bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan teknologi Open book dalam
memanfaatkan proses pencarian bahan bacaan tambahan di kalangan 30 orang
responden kelainan upaya. Sampel kajian dipilih berdasarkan kaedah persampelan
rawak mudah dan dibahagikan kepada dua kumpulan kajian, yakni kumpulan yang
menggunakan kaedah manual (kumpulan kawalan) dan kumpulan yang diberi rawatan
(Kaedah Teknologi Open Book). Hasil kajian mendapati bahawa penemuan bahan
bacaan tambahan dengan menggunakan Open Book adalah 5 kali ganda lebih efektif
berbanding dengan kaedah manual. Kajian ini menolak hipotesis null yang menyatakan
bahawa tidak terdapat perbezaan signifikans antara dua kaedah yang digunakan dalam
proses pencarian bahan bacaan tambahan bagi murid-murid bermasalah penglihatan.
1. Pengenalan
Murid-murid bermasalah penglihatan (sama ada buta atau buta kefungsian) mengalami
kesukaran untuk membaca teks atau grafik yang melibatkan panca indera melihat
(Lowenfeld, Abel dan Hattlen(1969). Golongan kelainan upaya tersebut memerlukan
pengubahsuaian dan modifikasi yang bersesuaian dalam konteks aktiviti literasi bagi
membolehkan mereka memperoleh tahap literasi yang ideal seperti rakan-rakan tipikal
yang lain (Argyropoulos & Martos, 2006). Senario tersebut, jelas menggambarkan
kesukaran yang dialami oleh murid-murid bermasalah penglihatan dalam proses
pencarian bahan bacaan untuk menimba pengetahuan (Koenig A. , 1992). Sebelum
terciptanya program Open Book, kaedah manual yang lazim digunakan oleh murid-
murid bermasalah penglihatan untuk mengakses kepada sumber rujukan tambahan
adalah bergantung sepenuhnya kepada bahan braille yang dicetak. Kos penyediaan
bahan braille adalah tinggi dan mengambil masa yang lama. Maka dengan itu,
penghasilan bahan cetakan braille adalah terhad dan tidak mempunyai banyak pilihan
seperti bahan cetakan biasa (Wormsley & D'Andrea, 2004). Di samping itu, bahan
bacaan cetakan braille adalah berat dan tebal. Kekurangan tersebut turut melimitasikan
mobiliti penggunaan bahan bacaan braille pada waktu senggang. Sehubungan dengan
itu, murid-murid bermasalah penglihatan akan meminta bantuan pembaca bagi
membacakan buku cetakan biasa yang dikehendaki. Sebagai lanjutan kepada
KPT 6054 PENYELIDIKAN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL, GROUP A
2
metodologi tersebut, suara pembaca akan dirakamkan bagi tujuan ulangkaji (Aziz,
Yusof, & Ismail, 2012). Kaedah manual tersebut telah digunapakai secara komprehensif
di kalangan individu bermasalah penglihatan sehingga terhasilnya perisian Open Book.
Pada tahun 2002, kecanggihan teknologi bantuan khas - Open Book telah
membolehkan individu bermasalah penglihatan mengakses kepada bahan cetakan
biasa. Teknologi tersebut berjaya menterjemahkan teks grafik yang ada pada cetakan
biasa ke dalam bentuk elektronik dan bersuara. Penginovasian teknologi assistif telah
meningkatkan kuantiti bahan bacaan murid-murid bermasalah penglihatan. Pada masa
yang sama ia membolehkan golongan kelainan upaya turut memperoleh peluang yang
sama rata untuk mengakses kepada pelbagai sumber rujukan dalam era teknologi
maklumat dan komunikasi.
Open Book merupakan perisian komputer yang dihasilkan oleh syarikat Freedom
Scientific. Perisian tersebut membolehkan individu bermasalah penglihatan
memperoleh maklumat teks grafik dengan menggunakan alat pengimbas. Perisian ini
boleh membaca pelbagai jenis dokumen. Sebagai misalannya, bil utiliti, buku, dan
seumpamanya. Pengguna hanya perlu meletakkan muka surat yang diingini di atas
mesin pengimbas, kemudian menekan kekunci ‘space’ pada papan kekunci. Dalam
beberapa saat, muka surat yang diimbas akan diproses dan diterjemahkan dalam
bentuk teks elektronik. Setiap helaian yang diimbas akan disimpan dalam muka surat
yang berlainan dalam fail yang sama. Keistimewaan Open Book termasuklah, ia dapat
mengesan huruf ‘A’, maka dalam keadaan muka surat terbalik, fungsi ‘auto rotate’ akan
memutarkan image yang diimbas secara automatik, akhirnya pengguna akan
memperoleh teks elektronik yang kemas dan mengikut urutan perenggan sepertimana
teks grafik.
Open Book turut mempunyai arahan ataupun ‘command’ yang jelas dan mudah
difahami. Fungsi tersebut membolehkan individu bermasalah penglihatan peka pada
tatacara yang harus dipatuhi semasa menggunakan komputer. Fungsi RealSpeakTM
membolehkan murid mendengar teks elektronik dalam bentuk audio dengan sebutan
dan intonasi yang tepat. Fungsi ini sangat praktikal dan berkesan dalam proses
penyuntingan maklumat yang diimbas, serta penambahbaikan sebutan dan intonasi
murid pada ketika membaca. Yang paling menarik tentang Open Book adalah,
dokumen yang dihasilkan boleh disimpan dalam format audio MP3. Ini bermakna, murid
boleh memainkan semula teks yang diimbas dalam alat pemain MP3 untuk mendengar
semula teks elektronik yang dihasilkan melalui Open Book.
Di samping memanfaatkan pengguna buta, Open book turut mempunyai fungsi
‘Customized Viewing’ bagi membolehkan murid-murid yang mempunyai penglihatan
terhad untuk menukarkan warna skrin, membesarkan, menjarakkan, serta menukarkan
font tulisan. Murid rabun boleh menyunting teks yang diperolehi dengan menggariskan
isi-isi penting serta membuat ulasan berdasarkan dokumen yang diimbas. Perisian
tersebut boleh dipasang dan disokongi dalam program Microsoft Window.
Pengemaskinian perisian boleh dilakukan melalui internet.
KPT 6054 PENYELIDIKAN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL, GROUP A
3
2. Pernyataan Masalah
Dalam kajian ini, pengkaji akan meneroka keberkesanan perisian Open Book dalam
meningkatkan kuantiti bahan bacaan di kalangan murid-murid bermasalah penglihatan
di sebuah Sekolah Menengah Pendidikan Khas, yang terletak di Kuala Lumpur,
Malaysia. Menyedari kepentingan Open Book sebagai ‘perantara’ yang
menghubungkan murid-murid bermasalah penglihatan dengan bahan cetakan biasa,
namun penggunaan ‘Open Book’ tidak diberi pendedahan formal dalam sukatan
pelajaran Literasi Komputer di lokasi kajian. Menurut Guru Penyelaras Pembestarian
Komputer, hanya guru sahaja yang banyak menggunakan perisian tersebut untuk
tujuan penyediaan bahan bantu mengajar. Justeru, menerusi kajian ini, pengkaji ingin
membuat perbandingan antara kaedah manual dan kaedah teknologi Open Book dalam
mempengaruhi proses pencarian bahan rujukan tambahan, sekali gus mencari jawapan
bagi persoalan kajian yang dibina.
Kajian ini dibangunkan berasaskan pendekatan ‘scaffolding’ yang dinyatakan
dalam teori Konstruktivisme, (Vygotsky, 1966). ‘Scaffolding’ bermaksud bimbingan yang
membina daripada orang dewasa untuk menyokong proses pembelajaran dan
pengajaran murid-murid (Claus Pahl, 2002). Objektif pembelajaran scaffolding adalah
untuk membentuk pembelajaran kendiri dan pencapaian kompetensi dalam domain
yang dikaji. Dalam konteks kajian ini, ‘scaffolding’ diimplementasikan dalam Bengkel
Kompetensi Open Book. Tujuan perlaksanaan bengkel tersebut adalah untuk memberi
pendedahan kepada murid-murid di lokasi kajian tentang fungsi-fungsi aplikasi Open
Book dengan menggunakan teknik ansur maju, agar murid-murid bermasalah
penglihatan mempunyai kemampuan dan keupayaan untuk mengakses maklumat
secara kendiri berdasarkan kemudahan yang telah disediakan. Kaedah pembelajaran
dan pengajaran yang digunakan dalam projek ini adalah bermodelkan reka bentuk
sistem instruksional. Reka Bentuk Sistem Instruksional menekankan penggunaan
perisian komputer dalam sesi pembelajaran dan pengajaran secara logikal dan
menekankan teknik ansur maju. Reka bentuk ini merangkumi lima peringkat utama,
yakni menganalisis, reka bentuk, pembangunan, pengimplementasian dan penilaian
(Diah, Ismail, Ahmad, & Juhari).
3. Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk:
 mengenalpasti perbezaan signifikans bagi kuantiti bahan bacaan yang dijumpai
dengan menggunakan kaedah manual dan kaedah teknologi Open Book.
4. Persoalan Kajian dan Hipotesis Kajian
Persoalan Kajian Hipotesis Kajian
1. Adakah terdapat perbezaan
signifikans bagi kuantiti bahan bacaan
yang dijumpai dalam kerangka waktu
yang ditetapkan antara kaedah manual
dengan kaedah teknologi Open Book?
Hₒ Tidak terdapat perbezaan signifikans
bagi kuantiti bahan bacaan yang
dijumpai dalam kerangka waktu yang
ditetapkan antara kaedah manual
dengan kaedah teknolgi ‘Open Book’.
KPT 6054 PENYELIDIKAN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL, GROUP A
4
5. Metodologi Kajian
Kajian eksperimental ini disertai oleh 30 orang sampel kajian yakni murid-murid buta
dari sebuah Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) di Kuala Lumpur,
Malaysia. Murid-murid buta tersebut dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak
mudah dan hasilnya pengkaji berjaya memperoleh 14 orang responden lelaki dan 16
orang responden perempuan. Nescaya, sample kajian yang terpilih hendaklah
mempunyai satu persamaan yakni penggunaan kod braille sebagai medium aktiviti
literasi. Tetapan tersebut adalah penting bagi mengawal pembolehubah ekstranus
yang boleh menjejaskan kebolehpercayaan kajian.
Instrumen kajian mengandungi perisian Open Book versi 9.0, alat pengimbas,
set komputer riba/desktop yang lengkap dengan alat pencetak, buku rujukan Bahasa
Inggeris yang bertajukkan ‘SPM Model Essays”, Jadual Kekerapan yang merekodkan
bilangan buku yang dijumpai oleh murid serta bahan bacaan Braille SPM Model Essays
yang dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah. Buku-buku rujukan tersebut disediakan oleh
Ketua Panitia Bahasa Inggeris di sekolah tersebut dengan menggunakan kemudahan
yang ada dalam Makmal Bahasa.
Sample kemudian diagihkan ke dalam dua kumpulan, yakni kumpulan O1
sebagai kumpulan kawalan, dan kumpulan O2 sebagai kumpulan intervensi. Setiap
kumpulan mempunyai 15 orang murid. Kumpulan O1 diarahkan oleh guru untuk
mencari bahan model karangan berdasarkan sumber yang sedia ada di Pusat Sumber
Sekolah. Manakala kumpulan O2 pula ditunjukkan cara untuk mengendalikan perisian
Open Book untuk memperoleh bahan bacaan secara audio dan ‘softcopy’. Kedua-dua
kumpulan tersebut diberikan masa 1 jam untuk melengkapkan tugasan tersebut. Uji kaji
tersebut dikendalikan oleh guru-guru mata pelajaran Bahasa Inggeris yang telah diberi
taklimat pengendalian oleh pengkaji. Semasa proses uji kaji berlangsung, pengkaji
hanya bertindak sebagai pemerhati bagi memastikan kelancaran proses uji kaji.
KPT 6054 PENYELIDIKAN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL, GROUP A
5
Rajah 1 menunjukkan proses uji kaji yang dijalankan bagi mengenalpasti keberkesanan
Open Book dalam meningkatkan kuantiti bahan bacaan di kalangan murid-murid
bermasalah penglihatan.
Selepas melengkapkan tugasan 1, kedua-dua kumpulan, O1 dan O2 diminta untuk
mengisikan jadual kekerapan bagi bilangan buku/bahan bacaan yang dijumpai. Dalam
tugasan kedua tersebut, murid diberikan masa 30 minit untuk mengisikan jadual
kekerapan tersebut dengan menggunakan mesin braille.
6. Keputusan dan Perbincangan
Data yang dikumpul merupakan data kuantitatif. Pengkaji menganalisis data tersebut
dengan menggunakan perisian Statictical Package for Social Science (SPSS). Oleh
sebab hanya 30 orang murid mengambil bahagian dalam kajian ini, maka ujian Shapiro
Wilk digunakan bagi memperoleh data berhubung dengan ujian normaliti. Keputusan
kajian mendapati bahawa data yang diperoleh adalah normal dengan nilai-p=0.475
melebihi nilai sig 0.05. Ini menunjukkan bahawa data yang diperolehi adalah normal
dari segi ukuran statistik seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Data deskriptif yang
diperoleh daripada kajian turut menunjukkan perbandingan kekerapan skor min bagi
kuantiti bahan bacaan yang dijumpai dalam masa yang ditetapkan antara kaedah
manual dan kaedah digital yakni Open Book. Kajian mendapati bahawa murid yang
menggunakan Open book memperoleh kuantiti bahan bacaan yang lebih banyak
berbanding dengan kaedah manual yakni skor min yang diperoleh adalah 15.47,
O1 Kumpulan
Kawalan
O2 Kumpulan
Intervensi
Mencari bahan
bacaan braille
secara manual di
PSS.
Menerima rawatan
dan ditunjukkan
cara mendapat
bahan digital
melalui Open Book
Mengisi Jadual Kekerapan yang diagihkan
bagi mencatatkan bilangan buku yang
dijumpai dalam kerangka waktu yang
ditetapkan
Pengumpulan dan
Analisis Data
Keputusan
KPT 6054 PENYELIDIKAN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL, GROUP A
6
sp=3.23 berbanding kaedah manual hanya memperoleh skor min 2.733, sp=1.75. Di
samping itu, dengan kemudahan audio yang telah ditetapkan dalam perisian tersebut,
murid dapat mendengar sebutan dan intonasi yang betul bagi perkataan-perkataan
yang mereka kurang pasti akan sebutannya.
Jadual 1. Ujian Normaliti
Kolmogorov-Smirnov(a) Shapiro-Wilk
Statistic df Sig. Statistic df Sig.
total .109 15 .200 .950 15 .475
Jadual 2. Bilangan Buku Model Karangan yang Dijumpai
kumpulan Mean N Std.
Deviation
kumpulan kawalan 2.7333 15 1.75119
kumpulan
intervensi
15.4667 15 3.22638
Total 9.1000 30 6.95974
Seterusnya, pengkaji turut menjalankan ujian T bagi menguji kesignifikan hipotesis nul
yang dibina.
H0: Tidak terdapat perbezaan signifikans bagi kuantiti bahan bacaan yang dijumpai
antara kaedah manual dan Kaedah teknologi Open Book.
Jadual 3. Independent Samples Test
Levene's Test
for Equality
of Variances
t-test for Equality of Means
F Sig. t df Sig.
(2-
tailed
Mean
Difference
Std. Error
Difference
95% Confidence
Interval of the
Difference
) Lower Upper
bilangan buku
yang dibaca
Equal
variances
assumed
4.52
7
.042 -
13.434
28 .000 -
12.7333
3
.94785 -
14.67491
-10.79176
Equal
variances
not
assumed
-
13.434
21.59
0
.000 -
12.7333
3
.94785 -
14.70121
-10.76545
Hasil kajian mendapati bahawa, nilai p yang diperoleh adalah 0.042 yakni kurang
daripada syarat P>0.05 yang ditetapkan. Justeru, kajian ini menolak hipotesis null yang
dibina. Berdasarkan kajian, tersebut, keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan signifikans antara kaedah manual dan kaedah teknologi Open Book dalam
pencarian bahan bacaan di kalangan murid-murid bermasalah penglihatan.
KPT 6054 PENYELIDIKAN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL, GROUP A
7
Kesimpulan
Kajian ini telah berjaya membuktikan keberkesanan teknologi Open Book dalam
meningkatkan kuantiti bahan bacaan di kalangan murid-murid bermasalah penglihatan.
Hasil kajian ini memberi persepsi baru kepada warga pendidik bahawa teknologi Open
Book bukan sahaja menambahkan bilangan kuantiti bahan bacaan di kalangan murid-
murid bermasalah penglihatan, malahan turut meningkatkan kemahiran membaca di
kalangan murid-murid bermasalah penglihatan. Pendek kata, teknologi tersebut telah
memanfaatkan proses pembelajaran dan pengajaran bagi murid-murid bermasalah
penglihatan. Pengkaji mencadangkan agar murid-murid bermasalah penglihatan diberi
pendedahan formal tentang penggunaan Open Book, nescaya teknologi assistif
tersebut diumpamakan sebagai ‘perantara’ yang menghubungkan masalah penglihatan
dengan bahan bacaan cetakan biasa secara efektif. Kajian lanjutan dicadangkan
berfokuskan kepada keberkesanan fungsi ‘Real Speak’ Open Book dalam
meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid bermasalah penglihatan.
Rujukan:
B1, B2, B3 Classification in Paralimpiad. (2013, 12 28). Retrieved 02 24, 2014, from WIKIPEDIA:
http://en.wikipedia.org/wiki/B1_%28classification%29
English Braille. (2014, 03 28). Retrieved 04 03, 2014, from Wikipedia:
http://en.wikipedia.org/wiki/English_Braille
Abdullah, K. i., Wee, D., & Bien, T. H. (2002). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: English Form 1.
Kuala Lumpur: Pustaka Alhas (M) Sdn. Bhd.
Ahmad, D. J. (2012, Februari 29). Kajian Eksperimen. Retrieved 04 10, 2014, from www.scribd.com:
http://www.scribd.com/doc/83150025/M6-2010-KAJIAN-EKSPERIMEN
Alice, K., Chong, Y. F., liaw, C. C., Bia, V., Wong, L. I., & yusoff, N. (2008). Teori Kognitif dan Implikasi
dalam Pengajaran dan Pembelajaran. In M. Y. Abdullah, & et.al, Pengetahuan Pedagogi Guru
(pp. 101-113). Sabah: Universiti Malaysia Sabah.
Argyropoulos, V. S., & Martos, A. C. (2006). Braille lietracy Skills: Anaysis of the Concept of Spelling.
Journal of Visual Impairment & Blindness, 676-684.
Arter, C. &. (1994). Spelling for the visually impaired child. Britsh Journal of Visual Impairment, 18-21.
Arter, C. (1997). The primary school child. . In H. Mason, & S.McCall, Visual Impairment: Access to
education for children and young people (pp. 97-109). London: David Fulton.
Ary, D., Jacobs, L. C., Sorensen, C., & Walker, D. A. (2013). Introduction to Research in Education, Ninth
Edition. USA: Wadsworth.
Aziz, S. B., Yusof, M. F., & Ismail, M. J. (2012). Kemahiran Asas Individu Bermasalah Penglihatan Tahun 3.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (Bermasalah Penglihatan), pp. 1-9.
KPT 6054 PENYELIDIKAN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL, GROUP A
8
Baca, L. M., & Cervantes, H. T. (1998). Theories of Language Acquisition. In The Bilingual Special
Education Interface (pp. 126-140). New Jersey: Prentice Hall Inc.
Bakar, B. H. (2007). Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah: Ujian T, ANOVA, Khi Kuasa Dua, Korelasi,
dan Regresi. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Bogdan, R. C., & Biklen, S. K. (2003). Qualitative Research for Education: An introduction to Theories and
Methods (4th ed). New York: Pearson Education Group.
Box, G. E., & Tiao, G. C. (1965). A change in level of a non-stationary time series. Biometrika, 52, 181-
192.
Braille Authority. (1992). Braille Primer. UK: Royal National Institute for the Blind (RNIB).
Bråten, I., Ferguson, L. E., Anmarkrud, Ø., & Strømsø, H. I. ( 2012). Prediction of learning and
comprehension when adolescents read multiple text: the roles of word level processing,
strategic approach, and reading motivation. Springer Science, Business Media B.V., 321-348.
Campbell, D. T., & Stanley, J. C. (1963). "Experimental and quasi-experimental designs for research on
teaching. In N. L. Gage(Ed.), Handbook of Research on Teaching. (p. Chapter 5). Chicago: Rand
McNally.
Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Chua, Y. P. (2013). Mastering Research Statistics. Selangor: McGraw Hill Education.
Creswell, J. W., & Clark, V. L. (2007). Designing and Conducting Mixed Methods Research. London: Sage.
Darusalam, D. H. (2005). KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN DALAM KAJIAN KUALITATIF DAN
KUANTITATIF. Jurnal Pendidikan, 58-79.
Different types of visual impairment . (n.d.). Retrieved 02 20, 2014, from RNIB: www.rnib.org.uk/eyeinfo
Dodd, B., & Conn, L. (2000). The Effect of Braille Orthography on Blind Children's phonological
Awareness. Journal of Research in Reading, 1-11.
Gay, L. R. (1996 ). Educational research: Competencies for analysis and application. Upper Saddle River,
NJ: Merrill.
Grenier, D., & Giroux, N. (1997). A comparative study of spelling performance of Sighted and blind
students in senior high school. Journal of Visual Impairment and Blindness Vol. 91, 393-401.
Hashim, S., Yaakub, D. R., & Ahmad, M. Z. (2007). Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar dengan
Berkesan. Pulau Pinang: PTS professional.
Kerlinger, F. N., & Lee, H. B. (2000). Foundations of behavioral research (4th ed.). Holt, NY: Harcourt
College Publishers.
Koenig, A. (1992). A framework for understanding the literacy of individuals with visual impairment.
Journal of visual impairment & Blindness, 277-284.
KPT 6054 PENYELIDIKAN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL, GROUP A
9
Konting, M. M. (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: DBP.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). DETERMINING SAMPLE SIZE FOR RESEARCH ACTIVITIES.
EDUCATIONAL AND PSYCHOLOGICAL MEASUREMENT, 607-610.
Kusajima, T. (1974). Visual reading and braille reading: An experimental investigation of the physiology
and sychology of visual and tactual reading. New York: AFB.
Kway, E. H. (2012). Perbandingan Kaedah A-J+3+6 Dengan Kaedah Konvensional Dalam Penulisan Kod
Braille Gred 1 Dengan Menggunakan Slate and Stylus. UKM, 1-237.
Kway, E., Rahman, N. A., & Aziz, S. (2010). Kemahiran Asas Individu Bermasalah Penglihatan Tahun 1.
Putrajaya: KPM.
Lee, A., Arokiasamy, J., Ganehsan, K., & Veerasamy, J. (2010). Integrated Curriculum for Secondary
Schools: English Form 3. Johor Bahru: PGI Cipta Sdn.Bhd.
Lowenfeld, B. Abel, GL.,; hattlen, P.H. (1969). Blind Children learn to read. IL: Charles C. Thomas.
Merriam, S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications In Education. San Francisco:
Jossey-Bass.
Merriam, S. B. (2002). Qualitative Research in Practice: Example for discussion and analysis. San
Francisco: Jossey-Bass.
Neuman, W. L. (2010). Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Approaches. USA: Ally and
Bacon.
Parasuraman, R., Choo, C. C., & Popatlal, S. (2003). kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: English
Form 5. Petaling Jaya: Sutrapadu (M) Sdn. Bhd.
Phaik Lee, T., & Ng Kim Leng, A. (2002). KBSM: English Form 4. Selangor Darul Ehsan: Mutiara Cemerlang
Sdn Bhd.
PPK, P. P. (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan misi. Kementerian Pendidikan
Malaysia. Malaysia: Perpustakaan Negara Malaysia.
Shanta, R., Kurup, U., & Lorenz, S. (2003). KBSM: English Form 2. Petaling Jaya: Penerbit Mega setia
Emas Sdn. Bhd.
Sook Kim, J. (2012). The Effect of “Read-Aloud” as a Test Accommodation for Students with Visual
Impairments in South Korea. Journal of Visual Impairment & Blindness, 356-361.
Vorgelegtvon, & Lauenstein, C. (2007). On The Compatibility of the Braille Code and Universal Grammar.
University of Stuttgart: Institute of English Linguistics.
Wiersma, W. (1991). Research Methods in Education Fifth Edition. Boston: Allyn and Bacon.
KPT 6054 PENYELIDIKAN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL, GROUP A
10
Yahaya, A., Hashim, S., Ramli, J., Boon, Y., & Hamdan, A. R. (2010). Menguasai Penyelidikan dalam
Pendidikan: Teori, Analisis, dan Interpretasi DAta. Selangor : PTS Professional Publishing Sdn.
Bhd.
Yin, R. K. (2009). Case Study Research: Design and Methods/ Applied Social Research Methods
Series(Fourth Edition). UK: Sage Publications.

More Related Content

What's hot

CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
Janet Jouti
 
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTORPERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTORTembuakar Corp
 
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANGURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
FazHani Faz
 
Laporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhanLaporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhan
Faten Norfatihah
 
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanGPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
Ahmad Fahmi
 
PENTAKSIRAN TENTANG PEMBELAJARAN
PENTAKSIRAN TENTANG PEMBELAJARANPENTAKSIRAN TENTANG PEMBELAJARAN
PENTAKSIRAN TENTANG PEMBELAJARAN
AmiraSuhaimi6
 
DASAR PENDIDIKAN KHAS.pdf
DASAR PENDIDIKAN KHAS.pdfDASAR PENDIDIKAN KHAS.pdf
DASAR PENDIDIKAN KHAS.pdf
WANMAIZURABINTIWANMA
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam MelayuCTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
Mahyuddin Khalid
 
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
naassyura
 
Apa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatifApa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatifRashidah Awang
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
Syrvison Goh
 
DISCUSSION ISSUES ON TIMSS AND PISA
DISCUSSION ISSUES ON TIMSS AND PISADISCUSSION ISSUES ON TIMSS AND PISA
DISCUSSION ISSUES ON TIMSS AND PISA
Fatin Amira
 
Jenis jenis ujian objektif
Jenis jenis ujian objektifJenis jenis ujian objektif
Jenis jenis ujian objektifSohib AlQuran
 
62086767 definisi-kelab-dan-persatuan
62086767 definisi-kelab-dan-persatuan62086767 definisi-kelab-dan-persatuan
62086767 definisi-kelab-dan-persatuanHaryati Ismail
 
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan PembelajaranPerancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
Sha Amran
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
Fizz Scopio
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesionalSella Yunik
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
Amie Joan Juanis
 
What's hot (20)

CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
 
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTORPERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
 
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANGURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
 
Laporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhanLaporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhan
 
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanGPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
 
PENTAKSIRAN TENTANG PEMBELAJARAN
PENTAKSIRAN TENTANG PEMBELAJARANPENTAKSIRAN TENTANG PEMBELAJARAN
PENTAKSIRAN TENTANG PEMBELAJARAN
 
DASAR PENDIDIKAN KHAS.pdf
DASAR PENDIDIKAN KHAS.pdfDASAR PENDIDIKAN KHAS.pdf
DASAR PENDIDIKAN KHAS.pdf
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam MelayuCTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
 
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
 
Instrumen penilaian melalui projek
Instrumen penilaian melalui projekInstrumen penilaian melalui projek
Instrumen penilaian melalui projek
 
Apa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatifApa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatif
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
DISCUSSION ISSUES ON TIMSS AND PISA
DISCUSSION ISSUES ON TIMSS AND PISADISCUSSION ISSUES ON TIMSS AND PISA
DISCUSSION ISSUES ON TIMSS AND PISA
 
Jenis jenis ujian objektif
Jenis jenis ujian objektifJenis jenis ujian objektif
Jenis jenis ujian objektif
 
62086767 definisi-kelab-dan-persatuan
62086767 definisi-kelab-dan-persatuan62086767 definisi-kelab-dan-persatuan
62086767 definisi-kelab-dan-persatuan
 
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan PembelajaranPerancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
 
Viewers also liked

KPT 6054 ANALISIS 10 JURNAL ALYA QASDINA NG AI LEE
KPT 6054 ANALISIS 10 JURNAL ALYA QASDINA NG AI LEEKPT 6054 ANALISIS 10 JURNAL ALYA QASDINA NG AI LEE
KPT 6054 ANALISIS 10 JURNAL ALYA QASDINA NG AI LEE
Ng lily
 
Presentation untuk esei tahap pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi d...
Presentation untuk esei tahap pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi d...Presentation untuk esei tahap pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi d...
Presentation untuk esei tahap pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi d...Siti Sara Kuseri
 
Tugasan kumpulan esei
Tugasan kumpulan eseiTugasan kumpulan esei
Tugasan kumpulan esei
Masinawati Mohammad Zaini
 
Implikasi Penggunaan Singkatan Kod Braille Bahasa Inggeris Terhadap Penguasaa...
Implikasi Penggunaan Singkatan Kod Braille Bahasa Inggeris Terhadap Penguasaa...Implikasi Penggunaan Singkatan Kod Braille Bahasa Inggeris Terhadap Penguasaa...
Implikasi Penggunaan Singkatan Kod Braille Bahasa Inggeris Terhadap Penguasaa...
Ng lily
 
The impact of the usage of contracted British Braille Code on the spelling pr...
The impact of the usage of contracted British Braille Code on the spelling pr...The impact of the usage of contracted British Braille Code on the spelling pr...
The impact of the usage of contracted British Braille Code on the spelling pr...
Ng lily
 
Education reform
Education reformEducation reform
Education reform
Shahirah Zafirah
 
Persepsi positif terhadap kerja berpasukan satu kemestian untuk kecemerlangan
Persepsi positif terhadap kerja berpasukan satu kemestian untuk kecemerlanganPersepsi positif terhadap kerja berpasukan satu kemestian untuk kecemerlangan
Persepsi positif terhadap kerja berpasukan satu kemestian untuk kecemerlangan
Mohamed Nazul Ismail
 
Prosiding Kajian Tindakan Al Quran
Prosiding  Kajian Tindakan Al QuranProsiding  Kajian Tindakan Al Quran
Prosiding Kajian Tindakan Al Quran
IPGM_KDRI
 
Proposal kajian tindakan
Proposal  kajian tindakanProposal  kajian tindakan
Proposal kajian tindakanmurshidyzila
 
Dsk pendidikan moral thn 2
Dsk pendidikan moral thn 2Dsk pendidikan moral thn 2
Dsk pendidikan moral thn 2
azhar hamid
 
Komunikasi berkesan
Komunikasi berkesanKomunikasi berkesan
Komunikasi berkesanLee Oi Wah
 
Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...
Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...
Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...Siti Sara Kuseri
 
Teknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikanTeknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikan
Munirah Sobri
 
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah PendengaranPenggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah PendengaranHidayah Azhar
 
Viewers also liked (14)

KPT 6054 ANALISIS 10 JURNAL ALYA QASDINA NG AI LEE
KPT 6054 ANALISIS 10 JURNAL ALYA QASDINA NG AI LEEKPT 6054 ANALISIS 10 JURNAL ALYA QASDINA NG AI LEE
KPT 6054 ANALISIS 10 JURNAL ALYA QASDINA NG AI LEE
 
Presentation untuk esei tahap pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi d...
Presentation untuk esei tahap pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi d...Presentation untuk esei tahap pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi d...
Presentation untuk esei tahap pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi d...
 
Tugasan kumpulan esei
Tugasan kumpulan eseiTugasan kumpulan esei
Tugasan kumpulan esei
 
Implikasi Penggunaan Singkatan Kod Braille Bahasa Inggeris Terhadap Penguasaa...
Implikasi Penggunaan Singkatan Kod Braille Bahasa Inggeris Terhadap Penguasaa...Implikasi Penggunaan Singkatan Kod Braille Bahasa Inggeris Terhadap Penguasaa...
Implikasi Penggunaan Singkatan Kod Braille Bahasa Inggeris Terhadap Penguasaa...
 
The impact of the usage of contracted British Braille Code on the spelling pr...
The impact of the usage of contracted British Braille Code on the spelling pr...The impact of the usage of contracted British Braille Code on the spelling pr...
The impact of the usage of contracted British Braille Code on the spelling pr...
 
Education reform
Education reformEducation reform
Education reform
 
Persepsi positif terhadap kerja berpasukan satu kemestian untuk kecemerlangan
Persepsi positif terhadap kerja berpasukan satu kemestian untuk kecemerlanganPersepsi positif terhadap kerja berpasukan satu kemestian untuk kecemerlangan
Persepsi positif terhadap kerja berpasukan satu kemestian untuk kecemerlangan
 
Prosiding Kajian Tindakan Al Quran
Prosiding  Kajian Tindakan Al QuranProsiding  Kajian Tindakan Al Quran
Prosiding Kajian Tindakan Al Quran
 
Proposal kajian tindakan
Proposal  kajian tindakanProposal  kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Dsk pendidikan moral thn 2
Dsk pendidikan moral thn 2Dsk pendidikan moral thn 2
Dsk pendidikan moral thn 2
 
Komunikasi berkesan
Komunikasi berkesanKomunikasi berkesan
Komunikasi berkesan
 
Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...
Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...
Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...
 
Teknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikanTeknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikan
 
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah PendengaranPenggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
 
Similar to Tugasan 3 laporan journal

keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputermihahsayang
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningsalwa76
 
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj AnamProjek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Norafsah Awang Kati
 
Kpt6044 web
Kpt6044 webKpt6044 web
Kpt6044 web
Yusri Othman
 
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan webKiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan webNorsuzila Gee
 
Teori kreativiti
Teori kreativitiTeori kreativiti
Teori kreativiti
amiesaiful
 
Yusri m20141000731 gruopa(m142)
Yusri m20141000731 gruopa(m142)Yusri m20141000731 gruopa(m142)
Yusri m20141000731 gruopa(m142)
Yusri Othman
 
Fakulti pengurusan dan ekonomi copy
Fakulti pengurusan dan ekonomi   copyFakulti pengurusan dan ekonomi   copy
Fakulti pengurusan dan ekonomi copyNorazura Sulaiman
 
kiritkan Jurnal
kiritkan Jurnalkiritkan Jurnal
kiritkan Jurnal
Norkaspawati Kassim
 
Tugasan 1 KPT 6044
Tugasan 1 KPT 6044Tugasan 1 KPT 6044
Tugasan 1 KPT 6044
Ety Sue
 
Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010
Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010
Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010
ذرميزا شهروالدين
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
Tee Teh
 
Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad di dalam tajuk circle ii.
Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad  di dalam tajuk circle ii.Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad  di dalam tajuk circle ii.
Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad di dalam tajuk circle ii.Nur Ashikin Ismahun
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Ahmad NazRi
 
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&pKajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&pmrsakmar
 
Similar to Tugasan 3 laporan journal (20)

keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learning
 
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj AnamProjek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
 
Kpt6044 web
Kpt6044 webKpt6044 web
Kpt6044 web
 
Konsep sains
Konsep sainsKonsep sains
Konsep sains
 
Bab[1]
Bab[1]Bab[1]
Bab[1]
 
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan webKiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
 
Tugasan 1
Tugasan 1Tugasan 1
Tugasan 1
 
Teori kreativiti
Teori kreativitiTeori kreativiti
Teori kreativiti
 
Yusri m20141000731 gruopa(m142)
Yusri m20141000731 gruopa(m142)Yusri m20141000731 gruopa(m142)
Yusri m20141000731 gruopa(m142)
 
Fakulti pengurusan dan ekonomi copy
Fakulti pengurusan dan ekonomi   copyFakulti pengurusan dan ekonomi   copy
Fakulti pengurusan dan ekonomi copy
 
kiritkan Jurnal
kiritkan Jurnalkiritkan Jurnal
kiritkan Jurnal
 
Tugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oumTugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oum
 
Tugasan 1 KPT 6044
Tugasan 1 KPT 6044Tugasan 1 KPT 6044
Tugasan 1 KPT 6044
 
Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010
Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010
Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad di dalam tajuk circle ii.
Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad  di dalam tajuk circle ii.Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad  di dalam tajuk circle ii.
Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad di dalam tajuk circle ii.
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi nama
 
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&pKajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
 
Recently uploaded

MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
PusatKokurikulumTere
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
MARINIDARWISHAHBINTI
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
JuhairinNiza1
 
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MENLATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
norazuraabdtalip1
 
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdfAINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
jannah hamid
 
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTINCADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
SITIAMALINA17
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
lieekipli
 
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docxKlasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
SYARIFAHSHAIRAHBTSYE
 
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarangROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
FelaminaAlbert1
 
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdfbuku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
MARINIDARWISHAHBINTI
 
Recently uploaded (10)

Tugasan 3 laporan journal

  • 1. KPT 6054 PENYELIDIKAN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL, GROUP A 1 Keberkesanan Penggunaan ‘Open Book’ dalam Meningkatkan Kuantiti Bahan Bacaan Tambahan di Kalangan Murid-Murid Bermasalah Penglihatan ALYA QASDINA NG AI LEE Program Pendidikan Khas Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusiia (FPPM) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) lily_priz@yahoo.com Abstrak Open Book merupakan perisian perantara yang menghubungkan murid-murid bermasalah penglihatan dengan bahan bacaan cetakan biasa. Penginovasian teknologi assistif bukan sahaja memudahkan proses pencarian maklumat di kalangan individu bermasalah penglihatan malahan turut melatih individu kelainan upaya agar kompeten dengan era teknologi maklumat dan komunikasi. Kajian eksperimental ini telah dijalankan ke atas sekumpulan murid-murid bermasalah penglihatan yang menggunakan kod braille sebagai medium literasi. Objektif perlaksanaan kajian adalah bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan teknologi Open book dalam memanfaatkan proses pencarian bahan bacaan tambahan di kalangan 30 orang responden kelainan upaya. Sampel kajian dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak mudah dan dibahagikan kepada dua kumpulan kajian, yakni kumpulan yang menggunakan kaedah manual (kumpulan kawalan) dan kumpulan yang diberi rawatan (Kaedah Teknologi Open Book). Hasil kajian mendapati bahawa penemuan bahan bacaan tambahan dengan menggunakan Open Book adalah 5 kali ganda lebih efektif berbanding dengan kaedah manual. Kajian ini menolak hipotesis null yang menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikans antara dua kaedah yang digunakan dalam proses pencarian bahan bacaan tambahan bagi murid-murid bermasalah penglihatan. 1. Pengenalan Murid-murid bermasalah penglihatan (sama ada buta atau buta kefungsian) mengalami kesukaran untuk membaca teks atau grafik yang melibatkan panca indera melihat (Lowenfeld, Abel dan Hattlen(1969). Golongan kelainan upaya tersebut memerlukan pengubahsuaian dan modifikasi yang bersesuaian dalam konteks aktiviti literasi bagi membolehkan mereka memperoleh tahap literasi yang ideal seperti rakan-rakan tipikal yang lain (Argyropoulos & Martos, 2006). Senario tersebut, jelas menggambarkan kesukaran yang dialami oleh murid-murid bermasalah penglihatan dalam proses pencarian bahan bacaan untuk menimba pengetahuan (Koenig A. , 1992). Sebelum terciptanya program Open Book, kaedah manual yang lazim digunakan oleh murid- murid bermasalah penglihatan untuk mengakses kepada sumber rujukan tambahan adalah bergantung sepenuhnya kepada bahan braille yang dicetak. Kos penyediaan bahan braille adalah tinggi dan mengambil masa yang lama. Maka dengan itu, penghasilan bahan cetakan braille adalah terhad dan tidak mempunyai banyak pilihan seperti bahan cetakan biasa (Wormsley & D'Andrea, 2004). Di samping itu, bahan bacaan cetakan braille adalah berat dan tebal. Kekurangan tersebut turut melimitasikan mobiliti penggunaan bahan bacaan braille pada waktu senggang. Sehubungan dengan itu, murid-murid bermasalah penglihatan akan meminta bantuan pembaca bagi membacakan buku cetakan biasa yang dikehendaki. Sebagai lanjutan kepada
  • 2. KPT 6054 PENYELIDIKAN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL, GROUP A 2 metodologi tersebut, suara pembaca akan dirakamkan bagi tujuan ulangkaji (Aziz, Yusof, & Ismail, 2012). Kaedah manual tersebut telah digunapakai secara komprehensif di kalangan individu bermasalah penglihatan sehingga terhasilnya perisian Open Book. Pada tahun 2002, kecanggihan teknologi bantuan khas - Open Book telah membolehkan individu bermasalah penglihatan mengakses kepada bahan cetakan biasa. Teknologi tersebut berjaya menterjemahkan teks grafik yang ada pada cetakan biasa ke dalam bentuk elektronik dan bersuara. Penginovasian teknologi assistif telah meningkatkan kuantiti bahan bacaan murid-murid bermasalah penglihatan. Pada masa yang sama ia membolehkan golongan kelainan upaya turut memperoleh peluang yang sama rata untuk mengakses kepada pelbagai sumber rujukan dalam era teknologi maklumat dan komunikasi. Open Book merupakan perisian komputer yang dihasilkan oleh syarikat Freedom Scientific. Perisian tersebut membolehkan individu bermasalah penglihatan memperoleh maklumat teks grafik dengan menggunakan alat pengimbas. Perisian ini boleh membaca pelbagai jenis dokumen. Sebagai misalannya, bil utiliti, buku, dan seumpamanya. Pengguna hanya perlu meletakkan muka surat yang diingini di atas mesin pengimbas, kemudian menekan kekunci ‘space’ pada papan kekunci. Dalam beberapa saat, muka surat yang diimbas akan diproses dan diterjemahkan dalam bentuk teks elektronik. Setiap helaian yang diimbas akan disimpan dalam muka surat yang berlainan dalam fail yang sama. Keistimewaan Open Book termasuklah, ia dapat mengesan huruf ‘A’, maka dalam keadaan muka surat terbalik, fungsi ‘auto rotate’ akan memutarkan image yang diimbas secara automatik, akhirnya pengguna akan memperoleh teks elektronik yang kemas dan mengikut urutan perenggan sepertimana teks grafik. Open Book turut mempunyai arahan ataupun ‘command’ yang jelas dan mudah difahami. Fungsi tersebut membolehkan individu bermasalah penglihatan peka pada tatacara yang harus dipatuhi semasa menggunakan komputer. Fungsi RealSpeakTM membolehkan murid mendengar teks elektronik dalam bentuk audio dengan sebutan dan intonasi yang tepat. Fungsi ini sangat praktikal dan berkesan dalam proses penyuntingan maklumat yang diimbas, serta penambahbaikan sebutan dan intonasi murid pada ketika membaca. Yang paling menarik tentang Open Book adalah, dokumen yang dihasilkan boleh disimpan dalam format audio MP3. Ini bermakna, murid boleh memainkan semula teks yang diimbas dalam alat pemain MP3 untuk mendengar semula teks elektronik yang dihasilkan melalui Open Book. Di samping memanfaatkan pengguna buta, Open book turut mempunyai fungsi ‘Customized Viewing’ bagi membolehkan murid-murid yang mempunyai penglihatan terhad untuk menukarkan warna skrin, membesarkan, menjarakkan, serta menukarkan font tulisan. Murid rabun boleh menyunting teks yang diperolehi dengan menggariskan isi-isi penting serta membuat ulasan berdasarkan dokumen yang diimbas. Perisian tersebut boleh dipasang dan disokongi dalam program Microsoft Window. Pengemaskinian perisian boleh dilakukan melalui internet.
  • 3. KPT 6054 PENYELIDIKAN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL, GROUP A 3 2. Pernyataan Masalah Dalam kajian ini, pengkaji akan meneroka keberkesanan perisian Open Book dalam meningkatkan kuantiti bahan bacaan di kalangan murid-murid bermasalah penglihatan di sebuah Sekolah Menengah Pendidikan Khas, yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Menyedari kepentingan Open Book sebagai ‘perantara’ yang menghubungkan murid-murid bermasalah penglihatan dengan bahan cetakan biasa, namun penggunaan ‘Open Book’ tidak diberi pendedahan formal dalam sukatan pelajaran Literasi Komputer di lokasi kajian. Menurut Guru Penyelaras Pembestarian Komputer, hanya guru sahaja yang banyak menggunakan perisian tersebut untuk tujuan penyediaan bahan bantu mengajar. Justeru, menerusi kajian ini, pengkaji ingin membuat perbandingan antara kaedah manual dan kaedah teknologi Open Book dalam mempengaruhi proses pencarian bahan rujukan tambahan, sekali gus mencari jawapan bagi persoalan kajian yang dibina. Kajian ini dibangunkan berasaskan pendekatan ‘scaffolding’ yang dinyatakan dalam teori Konstruktivisme, (Vygotsky, 1966). ‘Scaffolding’ bermaksud bimbingan yang membina daripada orang dewasa untuk menyokong proses pembelajaran dan pengajaran murid-murid (Claus Pahl, 2002). Objektif pembelajaran scaffolding adalah untuk membentuk pembelajaran kendiri dan pencapaian kompetensi dalam domain yang dikaji. Dalam konteks kajian ini, ‘scaffolding’ diimplementasikan dalam Bengkel Kompetensi Open Book. Tujuan perlaksanaan bengkel tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid di lokasi kajian tentang fungsi-fungsi aplikasi Open Book dengan menggunakan teknik ansur maju, agar murid-murid bermasalah penglihatan mempunyai kemampuan dan keupayaan untuk mengakses maklumat secara kendiri berdasarkan kemudahan yang telah disediakan. Kaedah pembelajaran dan pengajaran yang digunakan dalam projek ini adalah bermodelkan reka bentuk sistem instruksional. Reka Bentuk Sistem Instruksional menekankan penggunaan perisian komputer dalam sesi pembelajaran dan pengajaran secara logikal dan menekankan teknik ansur maju. Reka bentuk ini merangkumi lima peringkat utama, yakni menganalisis, reka bentuk, pembangunan, pengimplementasian dan penilaian (Diah, Ismail, Ahmad, & Juhari). 3. Objektif Kajian Kajian ini dijalankan bertujuan untuk:  mengenalpasti perbezaan signifikans bagi kuantiti bahan bacaan yang dijumpai dengan menggunakan kaedah manual dan kaedah teknologi Open Book. 4. Persoalan Kajian dan Hipotesis Kajian Persoalan Kajian Hipotesis Kajian 1. Adakah terdapat perbezaan signifikans bagi kuantiti bahan bacaan yang dijumpai dalam kerangka waktu yang ditetapkan antara kaedah manual dengan kaedah teknologi Open Book? Hₒ Tidak terdapat perbezaan signifikans bagi kuantiti bahan bacaan yang dijumpai dalam kerangka waktu yang ditetapkan antara kaedah manual dengan kaedah teknolgi ‘Open Book’.
  • 4. KPT 6054 PENYELIDIKAN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL, GROUP A 4 5. Metodologi Kajian Kajian eksperimental ini disertai oleh 30 orang sampel kajian yakni murid-murid buta dari sebuah Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) di Kuala Lumpur, Malaysia. Murid-murid buta tersebut dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak mudah dan hasilnya pengkaji berjaya memperoleh 14 orang responden lelaki dan 16 orang responden perempuan. Nescaya, sample kajian yang terpilih hendaklah mempunyai satu persamaan yakni penggunaan kod braille sebagai medium aktiviti literasi. Tetapan tersebut adalah penting bagi mengawal pembolehubah ekstranus yang boleh menjejaskan kebolehpercayaan kajian. Instrumen kajian mengandungi perisian Open Book versi 9.0, alat pengimbas, set komputer riba/desktop yang lengkap dengan alat pencetak, buku rujukan Bahasa Inggeris yang bertajukkan ‘SPM Model Essays”, Jadual Kekerapan yang merekodkan bilangan buku yang dijumpai oleh murid serta bahan bacaan Braille SPM Model Essays yang dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah. Buku-buku rujukan tersebut disediakan oleh Ketua Panitia Bahasa Inggeris di sekolah tersebut dengan menggunakan kemudahan yang ada dalam Makmal Bahasa. Sample kemudian diagihkan ke dalam dua kumpulan, yakni kumpulan O1 sebagai kumpulan kawalan, dan kumpulan O2 sebagai kumpulan intervensi. Setiap kumpulan mempunyai 15 orang murid. Kumpulan O1 diarahkan oleh guru untuk mencari bahan model karangan berdasarkan sumber yang sedia ada di Pusat Sumber Sekolah. Manakala kumpulan O2 pula ditunjukkan cara untuk mengendalikan perisian Open Book untuk memperoleh bahan bacaan secara audio dan ‘softcopy’. Kedua-dua kumpulan tersebut diberikan masa 1 jam untuk melengkapkan tugasan tersebut. Uji kaji tersebut dikendalikan oleh guru-guru mata pelajaran Bahasa Inggeris yang telah diberi taklimat pengendalian oleh pengkaji. Semasa proses uji kaji berlangsung, pengkaji hanya bertindak sebagai pemerhati bagi memastikan kelancaran proses uji kaji.
  • 5. KPT 6054 PENYELIDIKAN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL, GROUP A 5 Rajah 1 menunjukkan proses uji kaji yang dijalankan bagi mengenalpasti keberkesanan Open Book dalam meningkatkan kuantiti bahan bacaan di kalangan murid-murid bermasalah penglihatan. Selepas melengkapkan tugasan 1, kedua-dua kumpulan, O1 dan O2 diminta untuk mengisikan jadual kekerapan bagi bilangan buku/bahan bacaan yang dijumpai. Dalam tugasan kedua tersebut, murid diberikan masa 30 minit untuk mengisikan jadual kekerapan tersebut dengan menggunakan mesin braille. 6. Keputusan dan Perbincangan Data yang dikumpul merupakan data kuantitatif. Pengkaji menganalisis data tersebut dengan menggunakan perisian Statictical Package for Social Science (SPSS). Oleh sebab hanya 30 orang murid mengambil bahagian dalam kajian ini, maka ujian Shapiro Wilk digunakan bagi memperoleh data berhubung dengan ujian normaliti. Keputusan kajian mendapati bahawa data yang diperoleh adalah normal dengan nilai-p=0.475 melebihi nilai sig 0.05. Ini menunjukkan bahawa data yang diperolehi adalah normal dari segi ukuran statistik seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Data deskriptif yang diperoleh daripada kajian turut menunjukkan perbandingan kekerapan skor min bagi kuantiti bahan bacaan yang dijumpai dalam masa yang ditetapkan antara kaedah manual dan kaedah digital yakni Open Book. Kajian mendapati bahawa murid yang menggunakan Open book memperoleh kuantiti bahan bacaan yang lebih banyak berbanding dengan kaedah manual yakni skor min yang diperoleh adalah 15.47, O1 Kumpulan Kawalan O2 Kumpulan Intervensi Mencari bahan bacaan braille secara manual di PSS. Menerima rawatan dan ditunjukkan cara mendapat bahan digital melalui Open Book Mengisi Jadual Kekerapan yang diagihkan bagi mencatatkan bilangan buku yang dijumpai dalam kerangka waktu yang ditetapkan Pengumpulan dan Analisis Data Keputusan
  • 6. KPT 6054 PENYELIDIKAN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL, GROUP A 6 sp=3.23 berbanding kaedah manual hanya memperoleh skor min 2.733, sp=1.75. Di samping itu, dengan kemudahan audio yang telah ditetapkan dalam perisian tersebut, murid dapat mendengar sebutan dan intonasi yang betul bagi perkataan-perkataan yang mereka kurang pasti akan sebutannya. Jadual 1. Ujian Normaliti Kolmogorov-Smirnov(a) Shapiro-Wilk Statistic df Sig. Statistic df Sig. total .109 15 .200 .950 15 .475 Jadual 2. Bilangan Buku Model Karangan yang Dijumpai kumpulan Mean N Std. Deviation kumpulan kawalan 2.7333 15 1.75119 kumpulan intervensi 15.4667 15 3.22638 Total 9.1000 30 6.95974 Seterusnya, pengkaji turut menjalankan ujian T bagi menguji kesignifikan hipotesis nul yang dibina. H0: Tidak terdapat perbezaan signifikans bagi kuantiti bahan bacaan yang dijumpai antara kaedah manual dan Kaedah teknologi Open Book. Jadual 3. Independent Samples Test Levene's Test for Equality of Variances t-test for Equality of Means F Sig. t df Sig. (2- tailed Mean Difference Std. Error Difference 95% Confidence Interval of the Difference ) Lower Upper bilangan buku yang dibaca Equal variances assumed 4.52 7 .042 - 13.434 28 .000 - 12.7333 3 .94785 - 14.67491 -10.79176 Equal variances not assumed - 13.434 21.59 0 .000 - 12.7333 3 .94785 - 14.70121 -10.76545 Hasil kajian mendapati bahawa, nilai p yang diperoleh adalah 0.042 yakni kurang daripada syarat P>0.05 yang ditetapkan. Justeru, kajian ini menolak hipotesis null yang dibina. Berdasarkan kajian, tersebut, keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikans antara kaedah manual dan kaedah teknologi Open Book dalam pencarian bahan bacaan di kalangan murid-murid bermasalah penglihatan.
  • 7. KPT 6054 PENYELIDIKAN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL, GROUP A 7 Kesimpulan Kajian ini telah berjaya membuktikan keberkesanan teknologi Open Book dalam meningkatkan kuantiti bahan bacaan di kalangan murid-murid bermasalah penglihatan. Hasil kajian ini memberi persepsi baru kepada warga pendidik bahawa teknologi Open Book bukan sahaja menambahkan bilangan kuantiti bahan bacaan di kalangan murid- murid bermasalah penglihatan, malahan turut meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid bermasalah penglihatan. Pendek kata, teknologi tersebut telah memanfaatkan proses pembelajaran dan pengajaran bagi murid-murid bermasalah penglihatan. Pengkaji mencadangkan agar murid-murid bermasalah penglihatan diberi pendedahan formal tentang penggunaan Open Book, nescaya teknologi assistif tersebut diumpamakan sebagai ‘perantara’ yang menghubungkan masalah penglihatan dengan bahan bacaan cetakan biasa secara efektif. Kajian lanjutan dicadangkan berfokuskan kepada keberkesanan fungsi ‘Real Speak’ Open Book dalam meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid bermasalah penglihatan. Rujukan: B1, B2, B3 Classification in Paralimpiad. (2013, 12 28). Retrieved 02 24, 2014, from WIKIPEDIA: http://en.wikipedia.org/wiki/B1_%28classification%29 English Braille. (2014, 03 28). Retrieved 04 03, 2014, from Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/English_Braille Abdullah, K. i., Wee, D., & Bien, T. H. (2002). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: English Form 1. Kuala Lumpur: Pustaka Alhas (M) Sdn. Bhd. Ahmad, D. J. (2012, Februari 29). Kajian Eksperimen. Retrieved 04 10, 2014, from www.scribd.com: http://www.scribd.com/doc/83150025/M6-2010-KAJIAN-EKSPERIMEN Alice, K., Chong, Y. F., liaw, C. C., Bia, V., Wong, L. I., & yusoff, N. (2008). Teori Kognitif dan Implikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. In M. Y. Abdullah, & et.al, Pengetahuan Pedagogi Guru (pp. 101-113). Sabah: Universiti Malaysia Sabah. Argyropoulos, V. S., & Martos, A. C. (2006). Braille lietracy Skills: Anaysis of the Concept of Spelling. Journal of Visual Impairment & Blindness, 676-684. Arter, C. &. (1994). Spelling for the visually impaired child. Britsh Journal of Visual Impairment, 18-21. Arter, C. (1997). The primary school child. . In H. Mason, & S.McCall, Visual Impairment: Access to education for children and young people (pp. 97-109). London: David Fulton. Ary, D., Jacobs, L. C., Sorensen, C., & Walker, D. A. (2013). Introduction to Research in Education, Ninth Edition. USA: Wadsworth. Aziz, S. B., Yusof, M. F., & Ismail, M. J. (2012). Kemahiran Asas Individu Bermasalah Penglihatan Tahun 3. Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (Bermasalah Penglihatan), pp. 1-9.
  • 8. KPT 6054 PENYELIDIKAN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL, GROUP A 8 Baca, L. M., & Cervantes, H. T. (1998). Theories of Language Acquisition. In The Bilingual Special Education Interface (pp. 126-140). New Jersey: Prentice Hall Inc. Bakar, B. H. (2007). Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah: Ujian T, ANOVA, Khi Kuasa Dua, Korelasi, dan Regresi. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Bogdan, R. C., & Biklen, S. K. (2003). Qualitative Research for Education: An introduction to Theories and Methods (4th ed). New York: Pearson Education Group. Box, G. E., & Tiao, G. C. (1965). A change in level of a non-stationary time series. Biometrika, 52, 181- 192. Braille Authority. (1992). Braille Primer. UK: Royal National Institute for the Blind (RNIB). Bråten, I., Ferguson, L. E., Anmarkrud, Ø., & Strømsø, H. I. ( 2012). Prediction of learning and comprehension when adolescents read multiple text: the roles of word level processing, strategic approach, and reading motivation. Springer Science, Business Media B.V., 321-348. Campbell, D. T., & Stanley, J. C. (1963). "Experimental and quasi-experimental designs for research on teaching. In N. L. Gage(Ed.), Handbook of Research on Teaching. (p. Chapter 5). Chicago: Rand McNally. Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Chua, Y. P. (2013). Mastering Research Statistics. Selangor: McGraw Hill Education. Creswell, J. W., & Clark, V. L. (2007). Designing and Conducting Mixed Methods Research. London: Sage. Darusalam, D. H. (2005). KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN DALAM KAJIAN KUALITATIF DAN KUANTITATIF. Jurnal Pendidikan, 58-79. Different types of visual impairment . (n.d.). Retrieved 02 20, 2014, from RNIB: www.rnib.org.uk/eyeinfo Dodd, B., & Conn, L. (2000). The Effect of Braille Orthography on Blind Children's phonological Awareness. Journal of Research in Reading, 1-11. Gay, L. R. (1996 ). Educational research: Competencies for analysis and application. Upper Saddle River, NJ: Merrill. Grenier, D., & Giroux, N. (1997). A comparative study of spelling performance of Sighted and blind students in senior high school. Journal of Visual Impairment and Blindness Vol. 91, 393-401. Hashim, S., Yaakub, D. R., & Ahmad, M. Z. (2007). Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Pulau Pinang: PTS professional. Kerlinger, F. N., & Lee, H. B. (2000). Foundations of behavioral research (4th ed.). Holt, NY: Harcourt College Publishers. Koenig, A. (1992). A framework for understanding the literacy of individuals with visual impairment. Journal of visual impairment & Blindness, 277-284.
  • 9. KPT 6054 PENYELIDIKAN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL, GROUP A 9 Konting, M. M. (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: DBP. Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). DETERMINING SAMPLE SIZE FOR RESEARCH ACTIVITIES. EDUCATIONAL AND PSYCHOLOGICAL MEASUREMENT, 607-610. Kusajima, T. (1974). Visual reading and braille reading: An experimental investigation of the physiology and sychology of visual and tactual reading. New York: AFB. Kway, E. H. (2012). Perbandingan Kaedah A-J+3+6 Dengan Kaedah Konvensional Dalam Penulisan Kod Braille Gred 1 Dengan Menggunakan Slate and Stylus. UKM, 1-237. Kway, E., Rahman, N. A., & Aziz, S. (2010). Kemahiran Asas Individu Bermasalah Penglihatan Tahun 1. Putrajaya: KPM. Lee, A., Arokiasamy, J., Ganehsan, K., & Veerasamy, J. (2010). Integrated Curriculum for Secondary Schools: English Form 3. Johor Bahru: PGI Cipta Sdn.Bhd. Lowenfeld, B. Abel, GL.,; hattlen, P.H. (1969). Blind Children learn to read. IL: Charles C. Thomas. Merriam, S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications In Education. San Francisco: Jossey-Bass. Merriam, S. B. (2002). Qualitative Research in Practice: Example for discussion and analysis. San Francisco: Jossey-Bass. Neuman, W. L. (2010). Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Approaches. USA: Ally and Bacon. Parasuraman, R., Choo, C. C., & Popatlal, S. (2003). kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: English Form 5. Petaling Jaya: Sutrapadu (M) Sdn. Bhd. Phaik Lee, T., & Ng Kim Leng, A. (2002). KBSM: English Form 4. Selangor Darul Ehsan: Mutiara Cemerlang Sdn Bhd. PPK, P. P. (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan misi. Kementerian Pendidikan Malaysia. Malaysia: Perpustakaan Negara Malaysia. Shanta, R., Kurup, U., & Lorenz, S. (2003). KBSM: English Form 2. Petaling Jaya: Penerbit Mega setia Emas Sdn. Bhd. Sook Kim, J. (2012). The Effect of “Read-Aloud” as a Test Accommodation for Students with Visual Impairments in South Korea. Journal of Visual Impairment & Blindness, 356-361. Vorgelegtvon, & Lauenstein, C. (2007). On The Compatibility of the Braille Code and Universal Grammar. University of Stuttgart: Institute of English Linguistics. Wiersma, W. (1991). Research Methods in Education Fifth Edition. Boston: Allyn and Bacon.
  • 10. KPT 6054 PENYELIDIKAN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL, GROUP A 10 Yahaya, A., Hashim, S., Ramli, J., Boon, Y., & Hamdan, A. R. (2010). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan: Teori, Analisis, dan Interpretasi DAta. Selangor : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Yin, R. K. (2009). Case Study Research: Design and Methods/ Applied Social Research Methods Series(Fourth Edition). UK: Sage Publications.