SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
Download to read offline
1
PROGRAM IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN SEMESTER 2 SESI 2014/2015
KPT 6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
TUGASAN PERTAMA
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
ZARMIZA BINTI SHAH RUDIN M20131001010
FAKULTI : PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA ( PENDIDIKAN KHAS )
NAMA PENSYARAH : PROF MADYA DATO’ DR ABD LATIF BIN HJ GAPOR
TARIKH SERAH: ________________
PEMARKAHAN
ANALISIS JURNAL
2
ULASAN JURNAL
Tajuk Jurnal : Using Mobile – Assisted Exercises To Support Students’ Vocabulary
Skill Development
Hasil Kajian Oleh : Ornprapat Suwantarathip dan Orawiwatnakul
Sumber Jurnal : TOJET - The Turkish Online Journal of Educational Technology
Tahun Terbitan : 2015
Bilangan Muka surat : 179 – 187 ( 9 muka surat )
Abstrak : The use of mobile phones for learning has become well-known and is widely
adopted in many language classes. The use of SMS for transmitting short messages is a fast way
of helping students to learn vocabulary. To address this issue, this study was conducted to
examine the effects of mobile-assisted vocabulary exercises on vocabulary acquisition of first-
year students. Eighty students from two sections enrolled in a fundamental English course
participated in the study. Each section consisted of 40 students. One of the groups was chosen as
the experimental group, and the other as the control group. All students received the same
amount of new words and dictation in class. Then only the students in the experimental group
did vocabulary exercises on mobile phones via SMS. Those in the control group received paper-
based exercises to be done in class. The instruments were pre-and post-vocabulary tests and a
questionnaire surveying the students’ attitudes toward mobile-assisted exercises. The findings
revealed that vocabulary knowledge of students in the experimental group outperformed the
control group. They used and learned target vocabulary better than those in the control group.
Mobile-assisted vocabulary exercises had a significant effect on vocabulary ability of the
students. The results of the questionnaire also illustrated their positive attitudes toward doing
mobile-assisted exercises as a whole. It can be concluded that using mobile phones as a learning
tool contributes to the success of students meanwhile increases their learning motivation.
3
Ulasan : Berdasarkan kandungan di dalam abstrak, pengkaji telah menyatakan sampel yang
dikaji iaitu seramai 80 orang pelajar tahun pertama yang mendaftar untuk Kursus Asas
Bahasa Inggeris. Di samping itu, pengkaji juga telah membahagi sama rata sampel
dengan menggunakan kaedah eksperimen kuasi di mana pelajar secara rawaknya telah
dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu seramai 40 orang pelajar dalam kumpulan
eksperimen dan 40 orang pelajar lagi dalam kumpulan kawalan. Pengkaji juga telah
menyatakan di mana kumpulan eksperimen akan menggunakan alat bantuan mudah
alih iaitu telefon bimbit untuk latihan perbendaharaan kata melalui SMS manakala
kumpulan kawalan pula menerima latihan perbendaharaan kata yang sama seperti
kumpulan eksperimen tetapi menggunakan kaedah biasa iaitu berasaskan kertas
sepanjang tempoh tersebut. Selain itu, pengkaji juga telah memberikan pra dan pasca
ujian serta soal selidik kepada setiap sampel yang dikaji.
Namun demikian, pengkaji tidak menyatakan lokasi yang spesifik untuk sampel
yang dipilih sepanjang tempoh kajian ini. Selain itu, pengkaji juga tidak menyatakan
kaedah statistik yang digunakan semasa mengumpul data sama ada menggunakan
ujian parametrik iaitu ujian t dan korelasi atau ujian bukan parametrik seperti ujian
Wilcoxon-Signed Ranks. Di samping itu, pengkaji juga perlu menerangkan serba
sedikit mengenai latar belakang pelajar yang dikaji untuk melihat sama ada terdapat
keseimbangan yang baik di antara kedua – dua sampel.
Justeru itu, pengkaji juga menyatakan secara ringkasnya kesimpulan daripada
keputusan kajian bahawa bahan bantu belajar dengan menggunakan telefon bimbit
dalam pembelajaran perbendaharaan kata yang digunakan pada akhir kajian memberi
kesan yang positif serta meningkatkan motivasi pembelajaran pelajar.
Oleh yang demikian, dari segi olahan di dalam tajuk abstrak pengkaji masih perlu
memperbaiki dari segi metadologi kajian yang ingin digunakan serta menyatakan
secara ringkas rekabentuk kajian yang dijalankan agar pembaca akan tertarik untuk
mengetahui selanjutnya mengenai kajian tersebut.
4
PENGENALAN
Ulasan : Dari segi pengenalan, pengkaji beranggapan bahawa penggunaan bahan bantu
belajar menggunakan teknologi mudah alih seperti telefon bimbit, kamus poket
elektronik, pembantu digital peribadi (PDA), pemain MP3, dan PC tablet yang
digunakan untuk tujuan pendidikan merupakan alat komunikasi yang berkesan dalam
pembelajaran terutamanya perbendaharaan kata Bahasa Inggeris bagi pencapaian
akademik pelajar EFL. Pengkaji juga menyatakan bahawa dengan adanya teknologi
mudah alih ini, pelajar boleh mengakses kemudahan internet dengan mencari lebih
banyak lagi maklumat atau bahan pembelajaran dalam perbendaharaan kata di mana –
mana serta bila – bila masa sahaja.
Walaubagaimanapun, terdapat juga pihak fakulti yang tidak membenarkan
penggunaan teknologi mudah alih ini kerana bimbang pelajar tiada tumpuan semasa
proses pembelajaran dan pengajaran. Namun begitu, pengkaji menegaskan bahawa
proses pembelajaran dan pengajaran menggunakan teknologi mudah alih ini
sebenarnya memberi manfaat kepada pelajar sekiranya tenaga pengajar bijak memberi
tugasan pembelajaran kepada pelajar.
PENYATAAN MASALAH
Ulasan : Berdasarkan penyataan masalah yang telah dihasilkan oleh pengkaji,
pembelajaran perbendaharaan kata melalui SMS dan MMS boleh diselesaikan dengan
‘Mobile – Assisted Language Learning’ (MALL). Sehubungan itu, pengkaji menyatakan
bahawa pada masa kini penggunaan telefon bimbit melalui SMS memberi kesan yang
positif kepada pelajar kerana ia menyumbang kepada peningkatan pelajar di dalam
pengetahuan bahasa khususnya perbendaharaan kata. Malahan, pengkaji juga berharap
hasil daripada kajian ini berpontesi memberi maklumat kepada pelajar dengan
menggabung atau mengintegrasikan teknologi mudah alih di dalam proses pembelajaran
dan pengajaran untuk lebih menarik perhatian pelajar. Justeru itu, pengkaji juga
5
menyatakan bahawa peranan tenaga pengajar juga adalah perlu untuk membangunkan
kemahiran bahasa dalam kalangan pelajar.
PERSOALAN KAJIAN
Ulasan : Berdasarkan soalan – soalan kajian yang telah diutarakan oleh pengkaji, terdapat
dua persoalan yang perlu dijawab pada akhir kajian sama ada berkesan atau sebaliknya.
1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam keupayaan perbendaharaan kata
pelajar antara kumpulan yang membuat latihan berasaskan kertas dengan kumpulan
yang membuat latihan melalui SMS ?
2. Bagaimana pelajar bertindak balas terhadap latihan perbendaharaan kata
menggunakab bantuan teknologi mudah alih ?
Namun begitu, pada tajuk abstrak pengkaji telah menyatakan bahawa beliau
menjalankan pra dan pasca ujian kepada kedua – dua kumpulan ini tetapi pengkaji tidak
menyatakannya dalam persoalan kajian. Contoh persoalan kajian tersebut ialah :
1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan eksperimen dengan
kumpulan kawalan yang menduduki pra ujian ?
2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan eksperimen dengan
kumpulan kawalan yang menduduki pasca ujian ?
Ini kerana persoalan kajian ini adalah penting untuk menunjukkan keputusan yang
telus untuk kajian yang dijalankan sama ada memberi kesan kepada pelajar atau tidak
sebelum kajian dimulakan serta selepas kajian dijalankan.
6
HIPOTESIS KAJIAN
Ulasan : Berdasarkan kajian ini, pengkaji tidak menyatakan hipotesis kajian. Ini kerana
hipotesis kajian adalah penting apabila pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif dalam
penyelidikan.
Oleh yang demikian, pengkaji perlu menjustifikasikan persoalan kajian dengan
hipotesis kajian agar hasil kajian pada akhirnya akan lebih bersistematik dan tidak
mengelirukan pembaca untuk menganalisis data yang telah dikumpul oleh pengkaji.
METADOLOGI KAJIAN
Ulasan : Berdasarkan Metadologi Kajian, melalui rekabentuk kajian pengkaji telah
menjalankan kajian terhadap pelajar semester pertama tahun 2014 di sebuah unversiti
yang mendaftar untuk Kursus Asas Bahasa Inggeris di mana panjang semester tersebut
adalah sebanyak 7 minggu. Justeru itu, pengkaji perlu menyatakan lebih spesifik lagi
lokasi universiti tersebut sama ada menyatakan daerah ataupun nama universiti yang
dikaji untuk menentukan kesahihan hasil kajian ini. Sehubungan itu, pengkaji juga telah
menyatakan bahawa seramai 80 orang pelajar sebagai sampel yang dipilih oleh pengkaji
di mana pelajar akan hadir ke kelas sebanyak dua kali seminggu dan 140 minit setiap kali
hadir . Di samping itu, pengkaji juga menyatakan bahawa sampel yang dipilih adalah
secara rawak.
Selain itu, pengkaji tidak menyatakan latar belakang dari segi jantina, taraf
akademik, ekonomi dan bangsa sampel yang dipilih untuk mengelak berlakunya
ketidakseimbangan semasa akhir kajian. Sepatutnya, sebelum kajian dimulakan kedua –
dua kumpulan ini apabila telah menjalankan pra ujian menggunakan kaedah yang berbeza
mereka boleh dibahagikan mengikut kesamarataan latar belakang mereka. Di samping
itu, pengkaji juga telah tersilap membahagikan sampel yang ingin dikaji di mana
kumpulan eksperimen akan diberi rawatan berasaskan kertas, manakala kumpulan
kawalan pula diberi latihan berasaskan SMS. Sepatutnya, pengkaji menjalankan kajian
7
terhadap kumpulan eksperimen dengan latihan berasaskan SMS manakala kumpulan
kawalan pula berasaskan kertas.
Berdasarkan instrumen kajian pula pengkaji telah menggunakan pra ujian dan
pasca ujian di mana pengkaji membina ujian perbendaharaan kata dengan jawapan aneka
pilihan sebanyak 50 soalan berpandukan buku teks EN 011 semester pertama tahun 2014
yang direka untuk menilai tahap penguasaan pelajar.
Di samping itu, pengkaji juga telah menyediakan satu skema jawapan untuk ujian
pra dan ujian pasca di mana skema tersebut menjadi panduan kepada pengkaji untuk
memeriksa jawapan pelajar. Justeru itu, pengkaji juga telah menyediakan naskhah –
naskhah surat khabar daripada Berita Harian dan Utusan Malaysia untuk kegunaan
pelajar semasa pengajaran. Selain itu, pengkaji pada mulanya telah membina 60 soalan
untuk kesahan dan kebolehpercayaan melalui ujian perbendaharaan kata tersebut di mana
setiap soalan mempunyai empat jawapan aneka pilihan.
Setelah ujian ini dibina, pengkaji telah menghantar ujian tersebut kepada tiga
pakar di Language Institute of Bangkok University untuk diperiksa dan memberi
maklum balas terhadap kandungan ujian tersebut. Selain itu, para pakar ini diminta
menilai setiap item tersebut untuk melihat sama ada ia selari secara objektifnya.
Kemudian, markah bagi setiap soalan diberi berdasarkan Indeks Kongruen Objektif Item
(IOC) dengan tiga skala jawapan iaitu 1=kongruen, 0=dipersoal dan -1=tidak sesuai.
Sehubungan itu, ujian yang telah dikira telah menunjukkan nilai yang lebih tinggi iaitu
0.5 indeks IOCnya. Ini bermakna ujian yang dibina ini telah diterima secara objektifnya
di mana kesahihan kandungan yang diukur adalah 0.66 – 1.00. Namun demikian, terdapat
5 soalan yang perlu dikeluarkan daripada ujian tersebut kerana masalah dan salah faham.
Kemudiannya, 55 soalan yang diterima ini telah dirintis kepada 40 orang pelajar yang
tiada di dalam kumpulan sasaran. Skor untuk ujian yang dirintis ini digunakan untuk
mencari nilai kesukaran dan diskriminasi. Setelah itu, hanya 50 soalan yang telah
diterima di mana nilai bagi indeks kesukaran di antara 0.20 hingga 0.80 dan indeks
diskriminasi adalah sama dengan atau lebih besar daripada 0.20. Oleh yang demikian,
8
hanya 50 soalan ini yang akan dijalankan semasa kajian yang sebenar. Di samping itu,
pekali kebolehpercayaan ujian secara keseluruhanya dikira menggunakan formula Kuder
– Richardson – 20 (KR-20) sebanyak 0.79 yang ditafsirkan bahawa ujian ini mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi.
Selain itu, instrumen yang digunakan oleh pengkaji adalah soal selidik di mana
pengkaji ingin mengkaji perbandingan sikap dengan latihan yang diberi menggunakan
bahan bantu mudah alih di mana ia mengadungi 10 item soalan. Di samping itu, pengkaji
menggunakan skala Likert untuk soal selidik di mana 1=Sangat Tidak Setuju, 2=Tidak
Setuju, 3=Tidak Berkenaan, 4=Setuju dan 5=Sangat Setuju. Sehubungan itu, soal selidik
ini juga telah dirintis kepada 40 orang pelajar yang bukan kumpulan sasaran. Malahan,
soal selidik ini juga telah dikira menggunakan formula Alpha Cronbach dengan pekali
keseluruhannya sebanyak 0.98. Justeru itu, instrumen soal selidik ini akan diberi kepada
kumpulan eksperimen pada 7 minggu terakhir untuk dijawab oleh mereka.
Menurut pengkaji, sebelum kajian dijalankan semua pelajar yang mengikuti EN
1011 perlu menyertai aktiviti imlak bagi perkembangan kemahiran perbendaharaan kata
di mana aktiviti ini membantu pelajar untuk memperoleh perbendaharaan kata yang baru
dalam konteks bermakna. Justeru itu, setiap imlak yang diberi telah dipilih oleh guru
daripada senarai perbendaharaan kata di dalam buku teks sebanyak 10 perkataan dan
terdiri daripada setiap perkataan itu adalah ayat. Di samping itu, pelajar juga akan
menerima hukuman bagi setiap imlak yang diambil oleh mereka. Walau bagaimana pun,
prosedur yang dijalankan bagi aktiviti ini terdiri daripada tiga langkah iaitu :
1. Pertama, pelajar mendengar keseluruhan ayat tanpa jeda.
2. Kedua, guru berulang kali dan berhenti selepas setiap sebutan yang bermakna, dan
pelajar menulis apa yang mereka dengar.
3. Ketiga, mereka mendengar sekali lagi untuk seluruh ayat untuk menyemak apa yang
telah ditulis oleh mereka.
9
Selepas imlak, guru menunjukkan ayat yang betul diikuti dengan makna melalui
sebutan dalam Bahasa Inggeris. Mereka akan belajar daripada imlak tersebut dengan
menulis kembali kesilapan – kesilapan yang telah dibuat. Mereka diperiksa penulisan
mereka sendiri. Setiap imlak akan mengambil kira – kira 15 minit. Imlak ini bermula dari
minggu 2 – minggu 6. Selain itu, pelajar perlu menghadiri kelas sebanyak dua kali
seminggu dan dikehendaki menyertai 10 kali lagi daripada imlak tersebut. Ini bermakna
jumlah perbendaharaan kata kesemuannya adalah 100 patah perkataan. Oleh yang
demikian, pelajar akan menjadi biasa dengan perkataan – perkataan yang baru. Selain itu,
mereka juga dapat mempelajari di mana setiap perkataan yang boleh digunakan dengan
betul. Selepas itu, mereka dikehendaki melakukan dua jenis latihan perbendaharaan kata
iaitu :
1. Pertama, memberi pelajar ayat yang berbeza dengan mengisi tempat kosong (minggu
2, 4, 6). Mereka dikehendaki untuk mengisi tempat kosong dengan perkataan yang
betul berpandukan apa yang dipelajari pada minggu itu.
2. Kedua, menggunakan kata – kata untuk membina cerita (minggu 3, 5, 7). Pelajar
memilih tujuh perkataan yang telah dipelajari pada minggu itu untuk menulis cerpen.
Sementara itu, latihan yang diberi boleh menggunakan bahan bantu mudah alih
sebagai teknik pengajaran untuk meningkatkan keupayaan pelajar dalam perbendaharaan
kata dalam kumpulan eksperimen. Namun demikian, kedua – dua kumpulan ini perlu
melakukan latihan yang sama pada minggu yang sama cuma cara mereka memperoleh
pengetahuan adalah berbeza. Latihan berasaskan kertas telah disediakan bagi kumpulan
kawalan manakala latihan berasaskan SMS telah diberikan kepada kumpulan eksperimen.
Justeru itu, latihan yang pertama, pelajar akan meningkatkan pengetahuan
perbendaharaan kata mereka dengan menggunakan perkataan – perkataan baru dalam
konteks yang betul. Pelajar dalam kumpulan kawalan melakukan latihan berasaskan
kertas di dalam kelas, manakala mereka dalam kumpulan eksperimen mendapat mesej
latihan daripada guru selepas kelas. Mereka dikehendaki menghantar jawapan melalui
SMS dari telefon bimbit kepada guru pada yang minggu tersebut. Latihan tersebut telah
dijalankan dalam bentuk persaingan di mana tiga orang pelajar yang pertama dengan
jawapan yang semuanya betul akan menerima ganjaran daripada mata tambahan. Guru
10
juga perlu mendedahkan jawapan yang betul bersama – sama dengan penjelasan yang
jelas sebelum latihan seterusnya akan dihantar kepada mereka. Kemudian, untuk latihan
kedua, pelajar dalam kumpulan kawalan menulis cerita dalam kelas dan perlu diserahkan
kepada guru. Mereka menerima maklum balas tentang tugasan mereka apabila kertas itu
dikembalikan pada minggu berikutnya. Sebaliknya, pelajar dalam kumpulan eksperimen
melakukan tugasan selepas kelas dan menghantar kepada guru secara mesej teks yang
mengandungi satu perenggan dan dihantar pada akhir minggu tersebut. Guru memberi
maklum balas yang diperlukan dengan jelas sebaik sahaja beliau menerima cerita.
Kajian empirikal ini telah dijalankan dalam dua kelas di mana penyelidiknya
adalah guru mereka. Pada awal semester pula, pelajar dalam dua kumpulan telah
diberikan 60 minit untuk melakukan perkara yang sama dengan menjawab 50 soalan pra
ujian perbendaharaan kata. Prestasi setiap pelajar akan dicatat melalui mata. Maka bagi
enam minggu yang akan datang mereka dikehendaki menyertai aktiviti yang disediakan.
Pada minggu ke 7, kedua – dua kumpulan ini akan diberi pasca ujian. Selepas itu, hanya
kumpulan eksperimen sahaja diberi nilai pendapat mereka melalui bahan bantu mudah
alih latihan perbendaharaan kata pada 10 item soal selidik.
DAPATAN KAJIAN
Ulasan : Berdasarkan taburan sampel kajian, pengkaji telah menggunakan dua ujian t
bebas bagi melihat perbezaan antara skor min kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan melalui pra ujian dan pasca ujian. Selain itu, ujian t berpasangan juga turut
digunakan mencari perbezaan di antara markah pada pra ujian dan pasca ujian bagi
kumpulan kawalan manakala kumpulan eksperimen pula untuk melihat jika terdapat
sebarang perbezaan di antara prestasi mata pelajaran di pra dan
pasca ujian. Nilai – nilai P < 0.05 dianggap statistik yang signifikan. Selain itu, dalam
usaha untuk mengetahui apa yang pelajar dalam kumpulan eksperimen alami melalui
bahan bantu mudah alih berpandukan latihan perbendaharaan kata, mereka juga diminta
untuk menjawab soal selidik selepas pasca ujian. Sehubungan itu, skor telah diambil
untuk menganalisis data bagi min dan sisihan piawai di mana data yang diperolehi
11
daripada soal selidik yang telah dikira dengan menggunakan min dan sisihan piawai
dengan menunjukkan bagaimana pelajar mempelajari perbendaharaan kata melalui SMS.
Justeru itu, skor min 1 – 1.50 menunjukkan mempunyai sikap pada tahap yang sangat
negatif, 1.51 – 2.50 pada tahap yang negatif, 2.51 – 3.50 pada tahap sederhana, 3.51 –
4.50 pada tahap positif, dan 4.51 – 5.00 pada tahap yang sangat positif.
Berdasarkan keputusan bagi Jadual 1, Skor min pra ujian kumpulan kawalan
dengan kumpulan eksperimen dibandingkan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan
sebelum kajian dijalankan dengan menggunakan ujian t bebas. Manakala, ujian Levene
pula adalah untuk menunjukkan persamaan varians dengan F = 0.233 dan p = 0.631 di
mana ia membuktikan bahawa varians untuk kedua kumpulan adalah setara. Selain itu,
melalui skor min pelajar dalam pra ujian menunjukkan kumpulan eksperimen adalah
sedikit lebih kecil berbanding kumpulan kawalan ( 22.57, 22.85 ). Ini bermakna hasil
kajian menunjukkan t = 0.205, df = 0.78 dan p = 0.838 dan menunjukkan bahawa tidak
terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua kumpulan sebelum kajian dimulakan dan
tahap penguasaan bahasa untuk kedua kumpulan adalah sama. Oleh itu, kesimpulannya
pengkaji menyatakan bahawa kedua kumpulan tiada berbeza pada mulanya tetapi
homogenous pada awal kajian.
Berdasarkan keputusan bagi Jadual 2, hasil kajian menunjukkan bahawa skor min
bagi pasca ujian untuk kumpulan eksperimen ( min = 33.25, sd = 5.67 ) adalah lebih
tinggi berbanding kumpulan kawalan ( min = 29.70, sd = 5.57 ). Selain itu, menurut
pengkaji untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan yang bermakna secara statistik
antara kedua kumpulan menggunakan ujian t bebas dan hasil kajian membuktikan
bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor ujian di peringkat .05 seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 2 ( p=0.008).
12
Berdasarkan Jadual 3, hasil kajian menunjukkan statistik deskriptif untuk
keputusan sebelum dan selepas ujian bagi kedua kumpulan. Di samping itu, pengkaji
menyatakan skor min perbendaharaan kata pelajar untuk kedua – dua kumpulan adalah
baik iaitu 22.85 dan 22.57 daripada 50 mata. Selain itu, markah mereka meningkat
kepada 29.70 dan 33.25 selepas intervensi. Ini menunjukkan bahawa sisihan piawai bagi
kedua kumpulan juga sedikit berubah. Melalui analisis ujian t, ujian skor min adalah
lebih tinggi berbanding skor min pra ujian dalam kedua – dua kumpulan ( p = .000 ). Ini
bermakna pelajar dalam setiap kumpulan mempunyai pengetahuan perbendaharaan kata
yang baik. Walau bagaimanapun, didapati bahawa pelajar yang melakukan latihan
melalui SMS lebih baik keupayaan perbendaharaan katanya berbanding pelajar yang
berasaskan kertas.
Berdasarkan Jadual 4, hasil kajian menunjukkan sikap keseluruhan pelajar dalam
kumpulan eksperimen terhadap latihan perbendaharaan kata yang menggunakan bahan
bantu mudah alih pada tahap yang positif ( min = 3.98 ). Ini menjelaskan pada setiap item
yang disoal selidik iaitu item 1 didapati skor min yang tertinggi ( latihan SMS berguna,
min = 4.30 ), diikuti dengan item 2 ( latihan SMS membantu saya menghafal perkataan
yang baharu, min = 4.15 ). Selain itu, terdapat dua item yang mempunyai skor min yang
13
sama pada ketiga yang tertinggi ( latihan SMS menjadikan pembelajaran perbendaharaan
kata lebih menarik, min = 4.10 ) dan item 9 ( latihan SMS memberi kebebasan
pembelajaran, min = 4.10 ). Namun begitu item dengan skor min yang paling rendah
ialah item 10 ( latihan SMS meningkatkan kesedaran penggunaan perbendaharaan kata,
min = 3.67 ). Walau bagaimanapun, sikap dalam semua item tersebut didapati positif.
PERBINCANGAN
Ulasan : Berdasarkan tajuk Perbincangan pengkaji mendapati bahawa pendekatan
pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih adalah berkesan dalam meningkatkan
perbendaharaan kata pelajar. Selain itu, secara objektifnya kajian ini membincangkan
iaitu peningkatan sama rata melalui bertulis dalam kedua – dua kumpulan untuk
menyediakan sokongan yang mencukupi bagi latihan yang boleh membantu pelajar
meningkatkan pengetahuan perbendaharaan kata mereka. Ini berkemungkinan pelajar
mempunyai peluang untuk berlatih dengan perkataan yang baru di mana pelajar ini diberi
peluang menulis cerita pendek.
Walau bagaimana pun, kedua – dua kumpulan ini diperkukuhkan dengan kaedah
latihan yang berbeza. Ini membuktikan bahawa pelajar dalam kumpulan eksperimen
14
mendapat markah yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang berada di kumpulan
kawalan. Selain itu, pelajar dalam kumpulan eksperimen yang menggunakan telefon
bimbit boleh membina persekitaran pembelajaran yang menarik di mana pelajar boleh
belajar di mana – mana dan pada bila – bila masa. Di samping itu, pelajar ini juga
mempunyai fleksibiliti dalam tempoh masa untuk menumpukan tugas yang diberi dan
latihan yang diberi seolah – olah menjadi motivasi berbanding latihan berasaskan kertas.
Malahan, kaedah pengajaran tradisional juga adalah punca kebosanan pelajar ini
di mana mereka kurang motivasi untuk melakukan latihan yang diberi. Di samping itu,
kumpulan pelajar berasaskan SMS boleh menyelesaikan latihan mereka bila – bila masa,
manakala kumpulan berasaskan kertas terpaksa menyelesaikan tugasan mereka di dalam
kelas. Selain itu, menurut pengkaji pengajaran perbendaharaan kata bukanlah satu tugas
yang mudah kerana perbendaharaan kata perlu mewujudkan struktur pengetahuan dan
kemudahan komunikasi dan penghantaran mesej adalah salah satu cara komunikasi.
Malahan, keberkesanan pembelajaran melalui bantuan teknologi mudah alih ini disokong
secara positif oleh pelajar ( min = 3.98, sd = 0.29 ).
Walau bagaimanapun, pengkaji berharap agar guru tidak terlepas pandang apa
yang dilihat pelajar mengenai kesedaran penggunaan perbendaharaan kata selepas
pembelajaran melalui latihan SMS kerana ia menunjukkan skor min yang paling rendah
dalam kajian dengan (min = 3.67, sd = 0,57). Ini mencerminkan bahawa kebanyakan
pelajar masih kurang faham peraturan asas penggunaan bahasa. Ini dapat dilihat melalui
tugasan penulisan mereka. Walaupun pelajar mengetahu banyak perkataan, mereka tidak
mampu menggunakan perkataan tersebut dengan betul. Dengan ini, guru perlu
menyediakan bahan – bahan tambahan yang menjelaskan mengenai struktur ayat dan
cara pertuturan yang boleh membantu mereka menyedari apa yang betul atau salah
apabila mereka menulis cerita. Selain itu, kesilapan dalam penulisan mereka perlu
diperbetulkan dan dimaklumkan dengan segera.
15
KESIMPULAN
Ulasan : Berdasarkan rumusan daripada pengkaji, kajian ini menunjukkan bahawa telefon
mudah alih boleh dilaksanakan dalam kursus bahasa di mana tumpuan adalah melalui
penggunaan SMS yang mewujudkan pengalaman pembelajaran fleksibel kepada pelajar
sarjana muda. Selain itu, hasil yang positif memberi peluang perkembangan bahasa
dalam kursus ini pada masa depan dengan melaksanakan penggunaan telefon bimbit.
Salah satu kelebihan pembelajaran mudah alih yang paling ketara adalah
peningkatan autonomi pelajar di mana pelajar mempunyai kebebasan untuk mengakses
pembelajaran alat dan sumber pada bila – bila masa dan di mana sahaja. Di samping itu,
pelajar boleh menggunakan alat teknologi ini dalam kehidupan seharian mereka untuk
tujuan akademik lebih mudah. Malahan, aktiviti yang bermanfaat boleh disediakan untuk
hanya meningkatkan pengetahuan perbendaharaan kata sahaja, tetapi juga kemahiran
yang lain. Walau bagaimanapun, mereka yang menggunakan pembelajaran mudah alih,
satu penyelarasan pedagogi dalam isu ini adalah yang perlu dipertimbangkan di mana
faktor – faktor lain yang perlu diambilkira ialah seperti aktiviti yang sesuai dengan
keperluan, kesesuaian aktiviti, kesediaan belajar pelajar memilih alat pembelajaran dan
sebagainya.
Oleh yang demikian, faktor - faktor inilah yang boleh menjejaskan kejayaan
perkembangan pembelajaran bahasa. Sebagai contoh, walaupun pembelajaran dengan
telefon mudah alih boleh berlaku sepanjang masa, guru perlu mengambil kira jumlah
masa pelajar menghabiskan tugasannya serta menyertai terlalu banyak aktiviti atau
melakukan banyak tugasan boleh menjadi beban besar pada mereka dan boleh
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang membosankan.
16
RUJUKAN
Ulasan : Berdasarkan tajuk rujukan, pengkaji telah menyenaraikan sebanyak 29 nama
sebagai rujukan sama ada melalui badan kerajaan, penulis jurnal, penulis tesis mahupun
penulis buku. Di samping itu, pengkaji juga menggunakan kaedah APA untuk menulis
nama penulis dalam rujukan. Selain itu, pengkaji juga perlu meluaskan lagi
pembacaannya agar hasil kajian yang digarap akan lebih berkesan dan memberi impak
yang positif oleh pembaca yang lain.
ULASAN KESELURUHAN JURNAL
Berdasarkan keseluruhan pembacaan saya, hasil kajian ini perlu digarap dengan lebih
berkesan lagi agar pembaca tidak keliru dari segi olahan isi serta kaedah statistik yang digunakan
oleh pengkaji. Sehubungan itu, jika dilihat daripada tajuk Abstrak pengkaji seharusnya
menyatakan jenis kaedah eksperimen yang digunakan sama ada tulen atau kuasi. Justeru itu,
pengkaji juga perlu menyatakan secara terperinci bilangan sampel yang dikaji mengikut jantina
sama ada dalam kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan agar kesahannya dapat diterima
oleh pembaca yang lain. Selain itu, pengkaji juga tidak menyatakan lokasi kajian yang ingin
dikaji oleh pengkaji di dalam tajuk abstrak. Ini kerana lokasi juga memainkan peranan yang
penting untuk pembaca mengetahui penempatan sampel yang dikaji dari segi ekonomi, sosial,
pendidikan dan politik kawasan tersebut.
Di samping itu, melalui sudut pandangan saya untuk tajuk penyataan masalah pengkaji
seharusnya lebih menumpukan masalah yang ingin dikaji dengan lebih mendalam iaitu mengenai
keberkesanan penggunaan bantuan teknologi mudah alih melalui kemahiran perbendaharaan kata
dapat menyokong pembelajaran pelajar. Seharusnya, untuk huraian isi berkenaan pengkaji hanya
perlu menyatakan rujukan hasil kajian yang lepas dengan mewujudkan tajuk tinjauan literatur
agar fokus yang ingin disampaikan tidak bercampur aduk dalam tajuk penyataan masalah.
Selain itu, pengkaji juga perlu menyatakan objektif kajian yang ingin dikaji oleh pengkaji
agar pembaca yang lain dapat mengetahui objektif sebenar kajian yang ingin dijalankan
17
sepanjang tempoh kajian. Justeru itu, secara sistematiknya sekiranya pengkaji menyatakan
objektif kajian, pengkaji juga boleh melihat dengan lebih mudah persoalan kajian yang ingin
dinyatakan dan seterusnya akan mampu membina hipotesis nul yang lebih berkesan. Ini kerana
dalam penulisan pengkaji persoalan kajian dan hipotesis nul tidak mempunyai keseragaman dan
ini akan mengelirukan pembaca yang lain. Selain itu, sepanjang saya membaca hasil kajian
pengkaji ini terdapat kesalahan kumpulan yang ingin dikaji iaitu sepatutnya kumpulan
eksperimen adalah berasaskan SMS tetapi sebaliknya yang telah dilakukan oleh pengkaji dengan
kumpulan kawalan adalah berasaskan SMS.
Oleh yang demikian, pengkaji seharusnya meneliti dahulu hasil kajian yang telah ditulis
agar tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. Selain itu, pengkaji juga seharusnya lebih
peka dengan setiap kaedah statistik yang digunakan dan perlu menganalisis data dengan kesahan
yang tinggi agar hasil kajian yang diterbitkan boleh diterima oleh pembaca.
Akhir kata, saya sebagai pembaca jurnal ini berharap agar pengkaji dapat menggarap isi
yang ingin dihuraikan lebih sistematik. Selain itu, saya juga berharap melalui pembacaan ini saya
dapat menghasilkan kajian yang berkualiti pada masa akan datang.

More Related Content

What's hot

Dapatan kajian penggunaan multimedia dalam pd p
Dapatan kajian penggunaan multimedia dalam pd pDapatan kajian penggunaan multimedia dalam pd p
Dapatan kajian penggunaan multimedia dalam pd pcekgu Azam
 
Maheswary rasalingam m20131001105
Maheswary rasalingam m20131001105Maheswary rasalingam m20131001105
Maheswary rasalingam m20131001105gokulmahes
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010byin85
 
Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)
Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)
Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)Shangeetha385
 
Power point ulasan jurnal
Power point ulasan jurnalPower point ulasan jurnal
Power point ulasan jurnalAzyzah Tahrim
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnalyati65
 
M20112001242_Tugasan 1 Analisis Jurnal
M20112001242_Tugasan 1 Analisis JurnalM20112001242_Tugasan 1 Analisis Jurnal
M20112001242_Tugasan 1 Analisis Jurnalsitikhadijahmohdarrif
 
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...Government
 
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajarKajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajarZieya Ash
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningsalwa76
 

What's hot (15)

Dapatan kajian penggunaan multimedia dalam pd p
Dapatan kajian penggunaan multimedia dalam pd pDapatan kajian penggunaan multimedia dalam pd p
Dapatan kajian penggunaan multimedia dalam pd p
 
Maheswary rasalingam m20131001105
Maheswary rasalingam m20131001105Maheswary rasalingam m20131001105
Maheswary rasalingam m20131001105
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010
 
Ulasan Jurnal
Ulasan JurnalUlasan Jurnal
Ulasan Jurnal
 
Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)
Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)
Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)
 
Power point ulasan jurnal
Power point ulasan jurnalPower point ulasan jurnal
Power point ulasan jurnal
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Ppt web 27032015
Ppt web  27032015Ppt web  27032015
Ppt web 27032015
 
TUGASAN 1: ANALISIS JURNAL
TUGASAN 1: ANALISIS JURNALTUGASAN 1: ANALISIS JURNAL
TUGASAN 1: ANALISIS JURNAL
 
M20112001242_Tugasan 1 Analisis Jurnal
M20112001242_Tugasan 1 Analisis JurnalM20112001242_Tugasan 1 Analisis Jurnal
M20112001242_Tugasan 1 Analisis Jurnal
 
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajarKajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learning
 
Analisis Jurnal
Analisis JurnalAnalisis Jurnal
Analisis Jurnal
 

Viewers also liked

Tugasan 1 (KPT 6044/B)
Tugasan 1 (KPT 6044/B)Tugasan 1 (KPT 6044/B)
Tugasan 1 (KPT 6044/B)Norhusna Alias
 
D20102046009 (bab 3 metodologi)
D20102046009 (bab 3   metodologi)D20102046009 (bab 3   metodologi)
D20102046009 (bab 3 metodologi)Haslina Ina
 
Kajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangKajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangNurul Syuhada
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...Ahmad NazRi
 
Tugasan Esei Berkumpulan
Tugasan Esei BerkumpulanTugasan Esei Berkumpulan
Tugasan Esei BerkumpulanNoor Afiza
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdIzudin Hasan
 
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 World wide
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalSayshare
 

Viewers also liked (14)

Tugasan 1 (KPT 6044/B)
Tugasan 1 (KPT 6044/B)Tugasan 1 (KPT 6044/B)
Tugasan 1 (KPT 6044/B)
 
D20102046009 (bab 3 metodologi)
D20102046009 (bab 3   metodologi)D20102046009 (bab 3   metodologi)
D20102046009 (bab 3 metodologi)
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Kajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangKajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silang
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
 
Tugasan Esei Berkumpulan
Tugasan Esei BerkumpulanTugasan Esei Berkumpulan
Tugasan Esei Berkumpulan
 
kajian
kajiankajian
kajian
 
Pengantar Komunikasi
Pengantar KomunikasiPengantar Komunikasi
Pengantar Komunikasi
 
Tugasan kumpulan esei
Tugasan kumpulan eseiTugasan kumpulan esei
Tugasan kumpulan esei
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpd
 
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
 
Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnal
 
Krl3043
Krl3043Krl3043
Krl3043
 

Similar to Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010

KPT 6044 (Tugasan 1 Power Point)
KPT 6044 (Tugasan 1 Power Point)KPT 6044 (Tugasan 1 Power Point)
KPT 6044 (Tugasan 1 Power Point)darwishkhayla
 
Apa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatifApa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatifRashidah Awang
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi namaAhmad NazRi
 
ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...
ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...
ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...hazwani1989
 
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj AnamProjek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj AnamNorafsah Awang Kati
 
Critical journal web
Critical journal webCritical journal web
Critical journal webMaslizaOthman
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internetTee Teh
 
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Muhri Badri
 
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&pKajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&pmrsakmar
 
Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Li Fang Li
 
Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal shila siti
 

Similar to Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010 (20)

KPT 6044 (Tugasan 1 Power Point)
KPT 6044 (Tugasan 1 Power Point)KPT 6044 (Tugasan 1 Power Point)
KPT 6044 (Tugasan 1 Power Point)
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Apa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatifApa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatif
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi nama
 
Tugasan 1
Tugasan 1Tugasan 1
Tugasan 1
 
ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...
ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...
ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...
 
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj AnamProjek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
 
Critical journal web
Critical journal webCritical journal web
Critical journal web
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Analisis jurnal kpt 6044
Analisis jurnal   kpt 6044Analisis jurnal   kpt 6044
Analisis jurnal kpt 6044
 
691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)
 
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
 
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&pKajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
 
Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1
 
Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal
 

Recently uploaded

Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 

Recently uploaded (11)

Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 

Tugasan pertama ulasan jurnal kpt 6044 oleh m20131001010

  • 1. 1 PROGRAM IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN SEMESTER 2 SESI 2014/2015 KPT 6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN PERTAMA DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK ZARMIZA BINTI SHAH RUDIN M20131001010 FAKULTI : PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA ( PENDIDIKAN KHAS ) NAMA PENSYARAH : PROF MADYA DATO’ DR ABD LATIF BIN HJ GAPOR TARIKH SERAH: ________________ PEMARKAHAN ANALISIS JURNAL
  • 2. 2 ULASAN JURNAL Tajuk Jurnal : Using Mobile – Assisted Exercises To Support Students’ Vocabulary Skill Development Hasil Kajian Oleh : Ornprapat Suwantarathip dan Orawiwatnakul Sumber Jurnal : TOJET - The Turkish Online Journal of Educational Technology Tahun Terbitan : 2015 Bilangan Muka surat : 179 – 187 ( 9 muka surat ) Abstrak : The use of mobile phones for learning has become well-known and is widely adopted in many language classes. The use of SMS for transmitting short messages is a fast way of helping students to learn vocabulary. To address this issue, this study was conducted to examine the effects of mobile-assisted vocabulary exercises on vocabulary acquisition of first- year students. Eighty students from two sections enrolled in a fundamental English course participated in the study. Each section consisted of 40 students. One of the groups was chosen as the experimental group, and the other as the control group. All students received the same amount of new words and dictation in class. Then only the students in the experimental group did vocabulary exercises on mobile phones via SMS. Those in the control group received paper- based exercises to be done in class. The instruments were pre-and post-vocabulary tests and a questionnaire surveying the students’ attitudes toward mobile-assisted exercises. The findings revealed that vocabulary knowledge of students in the experimental group outperformed the control group. They used and learned target vocabulary better than those in the control group. Mobile-assisted vocabulary exercises had a significant effect on vocabulary ability of the students. The results of the questionnaire also illustrated their positive attitudes toward doing mobile-assisted exercises as a whole. It can be concluded that using mobile phones as a learning tool contributes to the success of students meanwhile increases their learning motivation.
  • 3. 3 Ulasan : Berdasarkan kandungan di dalam abstrak, pengkaji telah menyatakan sampel yang dikaji iaitu seramai 80 orang pelajar tahun pertama yang mendaftar untuk Kursus Asas Bahasa Inggeris. Di samping itu, pengkaji juga telah membahagi sama rata sampel dengan menggunakan kaedah eksperimen kuasi di mana pelajar secara rawaknya telah dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu seramai 40 orang pelajar dalam kumpulan eksperimen dan 40 orang pelajar lagi dalam kumpulan kawalan. Pengkaji juga telah menyatakan di mana kumpulan eksperimen akan menggunakan alat bantuan mudah alih iaitu telefon bimbit untuk latihan perbendaharaan kata melalui SMS manakala kumpulan kawalan pula menerima latihan perbendaharaan kata yang sama seperti kumpulan eksperimen tetapi menggunakan kaedah biasa iaitu berasaskan kertas sepanjang tempoh tersebut. Selain itu, pengkaji juga telah memberikan pra dan pasca ujian serta soal selidik kepada setiap sampel yang dikaji. Namun demikian, pengkaji tidak menyatakan lokasi yang spesifik untuk sampel yang dipilih sepanjang tempoh kajian ini. Selain itu, pengkaji juga tidak menyatakan kaedah statistik yang digunakan semasa mengumpul data sama ada menggunakan ujian parametrik iaitu ujian t dan korelasi atau ujian bukan parametrik seperti ujian Wilcoxon-Signed Ranks. Di samping itu, pengkaji juga perlu menerangkan serba sedikit mengenai latar belakang pelajar yang dikaji untuk melihat sama ada terdapat keseimbangan yang baik di antara kedua – dua sampel. Justeru itu, pengkaji juga menyatakan secara ringkasnya kesimpulan daripada keputusan kajian bahawa bahan bantu belajar dengan menggunakan telefon bimbit dalam pembelajaran perbendaharaan kata yang digunakan pada akhir kajian memberi kesan yang positif serta meningkatkan motivasi pembelajaran pelajar. Oleh yang demikian, dari segi olahan di dalam tajuk abstrak pengkaji masih perlu memperbaiki dari segi metadologi kajian yang ingin digunakan serta menyatakan secara ringkas rekabentuk kajian yang dijalankan agar pembaca akan tertarik untuk mengetahui selanjutnya mengenai kajian tersebut.
  • 4. 4 PENGENALAN Ulasan : Dari segi pengenalan, pengkaji beranggapan bahawa penggunaan bahan bantu belajar menggunakan teknologi mudah alih seperti telefon bimbit, kamus poket elektronik, pembantu digital peribadi (PDA), pemain MP3, dan PC tablet yang digunakan untuk tujuan pendidikan merupakan alat komunikasi yang berkesan dalam pembelajaran terutamanya perbendaharaan kata Bahasa Inggeris bagi pencapaian akademik pelajar EFL. Pengkaji juga menyatakan bahawa dengan adanya teknologi mudah alih ini, pelajar boleh mengakses kemudahan internet dengan mencari lebih banyak lagi maklumat atau bahan pembelajaran dalam perbendaharaan kata di mana – mana serta bila – bila masa sahaja. Walaubagaimanapun, terdapat juga pihak fakulti yang tidak membenarkan penggunaan teknologi mudah alih ini kerana bimbang pelajar tiada tumpuan semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Namun begitu, pengkaji menegaskan bahawa proses pembelajaran dan pengajaran menggunakan teknologi mudah alih ini sebenarnya memberi manfaat kepada pelajar sekiranya tenaga pengajar bijak memberi tugasan pembelajaran kepada pelajar. PENYATAAN MASALAH Ulasan : Berdasarkan penyataan masalah yang telah dihasilkan oleh pengkaji, pembelajaran perbendaharaan kata melalui SMS dan MMS boleh diselesaikan dengan ‘Mobile – Assisted Language Learning’ (MALL). Sehubungan itu, pengkaji menyatakan bahawa pada masa kini penggunaan telefon bimbit melalui SMS memberi kesan yang positif kepada pelajar kerana ia menyumbang kepada peningkatan pelajar di dalam pengetahuan bahasa khususnya perbendaharaan kata. Malahan, pengkaji juga berharap hasil daripada kajian ini berpontesi memberi maklumat kepada pelajar dengan menggabung atau mengintegrasikan teknologi mudah alih di dalam proses pembelajaran dan pengajaran untuk lebih menarik perhatian pelajar. Justeru itu, pengkaji juga
  • 5. 5 menyatakan bahawa peranan tenaga pengajar juga adalah perlu untuk membangunkan kemahiran bahasa dalam kalangan pelajar. PERSOALAN KAJIAN Ulasan : Berdasarkan soalan – soalan kajian yang telah diutarakan oleh pengkaji, terdapat dua persoalan yang perlu dijawab pada akhir kajian sama ada berkesan atau sebaliknya. 1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam keupayaan perbendaharaan kata pelajar antara kumpulan yang membuat latihan berasaskan kertas dengan kumpulan yang membuat latihan melalui SMS ? 2. Bagaimana pelajar bertindak balas terhadap latihan perbendaharaan kata menggunakab bantuan teknologi mudah alih ? Namun begitu, pada tajuk abstrak pengkaji telah menyatakan bahawa beliau menjalankan pra dan pasca ujian kepada kedua – dua kumpulan ini tetapi pengkaji tidak menyatakannya dalam persoalan kajian. Contoh persoalan kajian tersebut ialah : 1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan yang menduduki pra ujian ? 2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan yang menduduki pasca ujian ? Ini kerana persoalan kajian ini adalah penting untuk menunjukkan keputusan yang telus untuk kajian yang dijalankan sama ada memberi kesan kepada pelajar atau tidak sebelum kajian dimulakan serta selepas kajian dijalankan.
  • 6. 6 HIPOTESIS KAJIAN Ulasan : Berdasarkan kajian ini, pengkaji tidak menyatakan hipotesis kajian. Ini kerana hipotesis kajian adalah penting apabila pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif dalam penyelidikan. Oleh yang demikian, pengkaji perlu menjustifikasikan persoalan kajian dengan hipotesis kajian agar hasil kajian pada akhirnya akan lebih bersistematik dan tidak mengelirukan pembaca untuk menganalisis data yang telah dikumpul oleh pengkaji. METADOLOGI KAJIAN Ulasan : Berdasarkan Metadologi Kajian, melalui rekabentuk kajian pengkaji telah menjalankan kajian terhadap pelajar semester pertama tahun 2014 di sebuah unversiti yang mendaftar untuk Kursus Asas Bahasa Inggeris di mana panjang semester tersebut adalah sebanyak 7 minggu. Justeru itu, pengkaji perlu menyatakan lebih spesifik lagi lokasi universiti tersebut sama ada menyatakan daerah ataupun nama universiti yang dikaji untuk menentukan kesahihan hasil kajian ini. Sehubungan itu, pengkaji juga telah menyatakan bahawa seramai 80 orang pelajar sebagai sampel yang dipilih oleh pengkaji di mana pelajar akan hadir ke kelas sebanyak dua kali seminggu dan 140 minit setiap kali hadir . Di samping itu, pengkaji juga menyatakan bahawa sampel yang dipilih adalah secara rawak. Selain itu, pengkaji tidak menyatakan latar belakang dari segi jantina, taraf akademik, ekonomi dan bangsa sampel yang dipilih untuk mengelak berlakunya ketidakseimbangan semasa akhir kajian. Sepatutnya, sebelum kajian dimulakan kedua – dua kumpulan ini apabila telah menjalankan pra ujian menggunakan kaedah yang berbeza mereka boleh dibahagikan mengikut kesamarataan latar belakang mereka. Di samping itu, pengkaji juga telah tersilap membahagikan sampel yang ingin dikaji di mana kumpulan eksperimen akan diberi rawatan berasaskan kertas, manakala kumpulan kawalan pula diberi latihan berasaskan SMS. Sepatutnya, pengkaji menjalankan kajian
  • 7. 7 terhadap kumpulan eksperimen dengan latihan berasaskan SMS manakala kumpulan kawalan pula berasaskan kertas. Berdasarkan instrumen kajian pula pengkaji telah menggunakan pra ujian dan pasca ujian di mana pengkaji membina ujian perbendaharaan kata dengan jawapan aneka pilihan sebanyak 50 soalan berpandukan buku teks EN 011 semester pertama tahun 2014 yang direka untuk menilai tahap penguasaan pelajar. Di samping itu, pengkaji juga telah menyediakan satu skema jawapan untuk ujian pra dan ujian pasca di mana skema tersebut menjadi panduan kepada pengkaji untuk memeriksa jawapan pelajar. Justeru itu, pengkaji juga telah menyediakan naskhah – naskhah surat khabar daripada Berita Harian dan Utusan Malaysia untuk kegunaan pelajar semasa pengajaran. Selain itu, pengkaji pada mulanya telah membina 60 soalan untuk kesahan dan kebolehpercayaan melalui ujian perbendaharaan kata tersebut di mana setiap soalan mempunyai empat jawapan aneka pilihan. Setelah ujian ini dibina, pengkaji telah menghantar ujian tersebut kepada tiga pakar di Language Institute of Bangkok University untuk diperiksa dan memberi maklum balas terhadap kandungan ujian tersebut. Selain itu, para pakar ini diminta menilai setiap item tersebut untuk melihat sama ada ia selari secara objektifnya. Kemudian, markah bagi setiap soalan diberi berdasarkan Indeks Kongruen Objektif Item (IOC) dengan tiga skala jawapan iaitu 1=kongruen, 0=dipersoal dan -1=tidak sesuai. Sehubungan itu, ujian yang telah dikira telah menunjukkan nilai yang lebih tinggi iaitu 0.5 indeks IOCnya. Ini bermakna ujian yang dibina ini telah diterima secara objektifnya di mana kesahihan kandungan yang diukur adalah 0.66 – 1.00. Namun demikian, terdapat 5 soalan yang perlu dikeluarkan daripada ujian tersebut kerana masalah dan salah faham. Kemudiannya, 55 soalan yang diterima ini telah dirintis kepada 40 orang pelajar yang tiada di dalam kumpulan sasaran. Skor untuk ujian yang dirintis ini digunakan untuk mencari nilai kesukaran dan diskriminasi. Setelah itu, hanya 50 soalan yang telah diterima di mana nilai bagi indeks kesukaran di antara 0.20 hingga 0.80 dan indeks diskriminasi adalah sama dengan atau lebih besar daripada 0.20. Oleh yang demikian,
  • 8. 8 hanya 50 soalan ini yang akan dijalankan semasa kajian yang sebenar. Di samping itu, pekali kebolehpercayaan ujian secara keseluruhanya dikira menggunakan formula Kuder – Richardson – 20 (KR-20) sebanyak 0.79 yang ditafsirkan bahawa ujian ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Selain itu, instrumen yang digunakan oleh pengkaji adalah soal selidik di mana pengkaji ingin mengkaji perbandingan sikap dengan latihan yang diberi menggunakan bahan bantu mudah alih di mana ia mengadungi 10 item soalan. Di samping itu, pengkaji menggunakan skala Likert untuk soal selidik di mana 1=Sangat Tidak Setuju, 2=Tidak Setuju, 3=Tidak Berkenaan, 4=Setuju dan 5=Sangat Setuju. Sehubungan itu, soal selidik ini juga telah dirintis kepada 40 orang pelajar yang bukan kumpulan sasaran. Malahan, soal selidik ini juga telah dikira menggunakan formula Alpha Cronbach dengan pekali keseluruhannya sebanyak 0.98. Justeru itu, instrumen soal selidik ini akan diberi kepada kumpulan eksperimen pada 7 minggu terakhir untuk dijawab oleh mereka. Menurut pengkaji, sebelum kajian dijalankan semua pelajar yang mengikuti EN 1011 perlu menyertai aktiviti imlak bagi perkembangan kemahiran perbendaharaan kata di mana aktiviti ini membantu pelajar untuk memperoleh perbendaharaan kata yang baru dalam konteks bermakna. Justeru itu, setiap imlak yang diberi telah dipilih oleh guru daripada senarai perbendaharaan kata di dalam buku teks sebanyak 10 perkataan dan terdiri daripada setiap perkataan itu adalah ayat. Di samping itu, pelajar juga akan menerima hukuman bagi setiap imlak yang diambil oleh mereka. Walau bagaimana pun, prosedur yang dijalankan bagi aktiviti ini terdiri daripada tiga langkah iaitu : 1. Pertama, pelajar mendengar keseluruhan ayat tanpa jeda. 2. Kedua, guru berulang kali dan berhenti selepas setiap sebutan yang bermakna, dan pelajar menulis apa yang mereka dengar. 3. Ketiga, mereka mendengar sekali lagi untuk seluruh ayat untuk menyemak apa yang telah ditulis oleh mereka.
  • 9. 9 Selepas imlak, guru menunjukkan ayat yang betul diikuti dengan makna melalui sebutan dalam Bahasa Inggeris. Mereka akan belajar daripada imlak tersebut dengan menulis kembali kesilapan – kesilapan yang telah dibuat. Mereka diperiksa penulisan mereka sendiri. Setiap imlak akan mengambil kira – kira 15 minit. Imlak ini bermula dari minggu 2 – minggu 6. Selain itu, pelajar perlu menghadiri kelas sebanyak dua kali seminggu dan dikehendaki menyertai 10 kali lagi daripada imlak tersebut. Ini bermakna jumlah perbendaharaan kata kesemuannya adalah 100 patah perkataan. Oleh yang demikian, pelajar akan menjadi biasa dengan perkataan – perkataan yang baru. Selain itu, mereka juga dapat mempelajari di mana setiap perkataan yang boleh digunakan dengan betul. Selepas itu, mereka dikehendaki melakukan dua jenis latihan perbendaharaan kata iaitu : 1. Pertama, memberi pelajar ayat yang berbeza dengan mengisi tempat kosong (minggu 2, 4, 6). Mereka dikehendaki untuk mengisi tempat kosong dengan perkataan yang betul berpandukan apa yang dipelajari pada minggu itu. 2. Kedua, menggunakan kata – kata untuk membina cerita (minggu 3, 5, 7). Pelajar memilih tujuh perkataan yang telah dipelajari pada minggu itu untuk menulis cerpen. Sementara itu, latihan yang diberi boleh menggunakan bahan bantu mudah alih sebagai teknik pengajaran untuk meningkatkan keupayaan pelajar dalam perbendaharaan kata dalam kumpulan eksperimen. Namun demikian, kedua – dua kumpulan ini perlu melakukan latihan yang sama pada minggu yang sama cuma cara mereka memperoleh pengetahuan adalah berbeza. Latihan berasaskan kertas telah disediakan bagi kumpulan kawalan manakala latihan berasaskan SMS telah diberikan kepada kumpulan eksperimen. Justeru itu, latihan yang pertama, pelajar akan meningkatkan pengetahuan perbendaharaan kata mereka dengan menggunakan perkataan – perkataan baru dalam konteks yang betul. Pelajar dalam kumpulan kawalan melakukan latihan berasaskan kertas di dalam kelas, manakala mereka dalam kumpulan eksperimen mendapat mesej latihan daripada guru selepas kelas. Mereka dikehendaki menghantar jawapan melalui SMS dari telefon bimbit kepada guru pada yang minggu tersebut. Latihan tersebut telah dijalankan dalam bentuk persaingan di mana tiga orang pelajar yang pertama dengan jawapan yang semuanya betul akan menerima ganjaran daripada mata tambahan. Guru
  • 10. 10 juga perlu mendedahkan jawapan yang betul bersama – sama dengan penjelasan yang jelas sebelum latihan seterusnya akan dihantar kepada mereka. Kemudian, untuk latihan kedua, pelajar dalam kumpulan kawalan menulis cerita dalam kelas dan perlu diserahkan kepada guru. Mereka menerima maklum balas tentang tugasan mereka apabila kertas itu dikembalikan pada minggu berikutnya. Sebaliknya, pelajar dalam kumpulan eksperimen melakukan tugasan selepas kelas dan menghantar kepada guru secara mesej teks yang mengandungi satu perenggan dan dihantar pada akhir minggu tersebut. Guru memberi maklum balas yang diperlukan dengan jelas sebaik sahaja beliau menerima cerita. Kajian empirikal ini telah dijalankan dalam dua kelas di mana penyelidiknya adalah guru mereka. Pada awal semester pula, pelajar dalam dua kumpulan telah diberikan 60 minit untuk melakukan perkara yang sama dengan menjawab 50 soalan pra ujian perbendaharaan kata. Prestasi setiap pelajar akan dicatat melalui mata. Maka bagi enam minggu yang akan datang mereka dikehendaki menyertai aktiviti yang disediakan. Pada minggu ke 7, kedua – dua kumpulan ini akan diberi pasca ujian. Selepas itu, hanya kumpulan eksperimen sahaja diberi nilai pendapat mereka melalui bahan bantu mudah alih latihan perbendaharaan kata pada 10 item soal selidik. DAPATAN KAJIAN Ulasan : Berdasarkan taburan sampel kajian, pengkaji telah menggunakan dua ujian t bebas bagi melihat perbezaan antara skor min kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan melalui pra ujian dan pasca ujian. Selain itu, ujian t berpasangan juga turut digunakan mencari perbezaan di antara markah pada pra ujian dan pasca ujian bagi kumpulan kawalan manakala kumpulan eksperimen pula untuk melihat jika terdapat sebarang perbezaan di antara prestasi mata pelajaran di pra dan pasca ujian. Nilai – nilai P < 0.05 dianggap statistik yang signifikan. Selain itu, dalam usaha untuk mengetahui apa yang pelajar dalam kumpulan eksperimen alami melalui bahan bantu mudah alih berpandukan latihan perbendaharaan kata, mereka juga diminta untuk menjawab soal selidik selepas pasca ujian. Sehubungan itu, skor telah diambil untuk menganalisis data bagi min dan sisihan piawai di mana data yang diperolehi
  • 11. 11 daripada soal selidik yang telah dikira dengan menggunakan min dan sisihan piawai dengan menunjukkan bagaimana pelajar mempelajari perbendaharaan kata melalui SMS. Justeru itu, skor min 1 – 1.50 menunjukkan mempunyai sikap pada tahap yang sangat negatif, 1.51 – 2.50 pada tahap yang negatif, 2.51 – 3.50 pada tahap sederhana, 3.51 – 4.50 pada tahap positif, dan 4.51 – 5.00 pada tahap yang sangat positif. Berdasarkan keputusan bagi Jadual 1, Skor min pra ujian kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen dibandingkan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan sebelum kajian dijalankan dengan menggunakan ujian t bebas. Manakala, ujian Levene pula adalah untuk menunjukkan persamaan varians dengan F = 0.233 dan p = 0.631 di mana ia membuktikan bahawa varians untuk kedua kumpulan adalah setara. Selain itu, melalui skor min pelajar dalam pra ujian menunjukkan kumpulan eksperimen adalah sedikit lebih kecil berbanding kumpulan kawalan ( 22.57, 22.85 ). Ini bermakna hasil kajian menunjukkan t = 0.205, df = 0.78 dan p = 0.838 dan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua kumpulan sebelum kajian dimulakan dan tahap penguasaan bahasa untuk kedua kumpulan adalah sama. Oleh itu, kesimpulannya pengkaji menyatakan bahawa kedua kumpulan tiada berbeza pada mulanya tetapi homogenous pada awal kajian. Berdasarkan keputusan bagi Jadual 2, hasil kajian menunjukkan bahawa skor min bagi pasca ujian untuk kumpulan eksperimen ( min = 33.25, sd = 5.67 ) adalah lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan ( min = 29.70, sd = 5.57 ). Selain itu, menurut pengkaji untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan yang bermakna secara statistik antara kedua kumpulan menggunakan ujian t bebas dan hasil kajian membuktikan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor ujian di peringkat .05 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2 ( p=0.008).
  • 12. 12 Berdasarkan Jadual 3, hasil kajian menunjukkan statistik deskriptif untuk keputusan sebelum dan selepas ujian bagi kedua kumpulan. Di samping itu, pengkaji menyatakan skor min perbendaharaan kata pelajar untuk kedua – dua kumpulan adalah baik iaitu 22.85 dan 22.57 daripada 50 mata. Selain itu, markah mereka meningkat kepada 29.70 dan 33.25 selepas intervensi. Ini menunjukkan bahawa sisihan piawai bagi kedua kumpulan juga sedikit berubah. Melalui analisis ujian t, ujian skor min adalah lebih tinggi berbanding skor min pra ujian dalam kedua – dua kumpulan ( p = .000 ). Ini bermakna pelajar dalam setiap kumpulan mempunyai pengetahuan perbendaharaan kata yang baik. Walau bagaimanapun, didapati bahawa pelajar yang melakukan latihan melalui SMS lebih baik keupayaan perbendaharaan katanya berbanding pelajar yang berasaskan kertas. Berdasarkan Jadual 4, hasil kajian menunjukkan sikap keseluruhan pelajar dalam kumpulan eksperimen terhadap latihan perbendaharaan kata yang menggunakan bahan bantu mudah alih pada tahap yang positif ( min = 3.98 ). Ini menjelaskan pada setiap item yang disoal selidik iaitu item 1 didapati skor min yang tertinggi ( latihan SMS berguna, min = 4.30 ), diikuti dengan item 2 ( latihan SMS membantu saya menghafal perkataan yang baharu, min = 4.15 ). Selain itu, terdapat dua item yang mempunyai skor min yang
  • 13. 13 sama pada ketiga yang tertinggi ( latihan SMS menjadikan pembelajaran perbendaharaan kata lebih menarik, min = 4.10 ) dan item 9 ( latihan SMS memberi kebebasan pembelajaran, min = 4.10 ). Namun begitu item dengan skor min yang paling rendah ialah item 10 ( latihan SMS meningkatkan kesedaran penggunaan perbendaharaan kata, min = 3.67 ). Walau bagaimanapun, sikap dalam semua item tersebut didapati positif. PERBINCANGAN Ulasan : Berdasarkan tajuk Perbincangan pengkaji mendapati bahawa pendekatan pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih adalah berkesan dalam meningkatkan perbendaharaan kata pelajar. Selain itu, secara objektifnya kajian ini membincangkan iaitu peningkatan sama rata melalui bertulis dalam kedua – dua kumpulan untuk menyediakan sokongan yang mencukupi bagi latihan yang boleh membantu pelajar meningkatkan pengetahuan perbendaharaan kata mereka. Ini berkemungkinan pelajar mempunyai peluang untuk berlatih dengan perkataan yang baru di mana pelajar ini diberi peluang menulis cerita pendek. Walau bagaimana pun, kedua – dua kumpulan ini diperkukuhkan dengan kaedah latihan yang berbeza. Ini membuktikan bahawa pelajar dalam kumpulan eksperimen
  • 14. 14 mendapat markah yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang berada di kumpulan kawalan. Selain itu, pelajar dalam kumpulan eksperimen yang menggunakan telefon bimbit boleh membina persekitaran pembelajaran yang menarik di mana pelajar boleh belajar di mana – mana dan pada bila – bila masa. Di samping itu, pelajar ini juga mempunyai fleksibiliti dalam tempoh masa untuk menumpukan tugas yang diberi dan latihan yang diberi seolah – olah menjadi motivasi berbanding latihan berasaskan kertas. Malahan, kaedah pengajaran tradisional juga adalah punca kebosanan pelajar ini di mana mereka kurang motivasi untuk melakukan latihan yang diberi. Di samping itu, kumpulan pelajar berasaskan SMS boleh menyelesaikan latihan mereka bila – bila masa, manakala kumpulan berasaskan kertas terpaksa menyelesaikan tugasan mereka di dalam kelas. Selain itu, menurut pengkaji pengajaran perbendaharaan kata bukanlah satu tugas yang mudah kerana perbendaharaan kata perlu mewujudkan struktur pengetahuan dan kemudahan komunikasi dan penghantaran mesej adalah salah satu cara komunikasi. Malahan, keberkesanan pembelajaran melalui bantuan teknologi mudah alih ini disokong secara positif oleh pelajar ( min = 3.98, sd = 0.29 ). Walau bagaimanapun, pengkaji berharap agar guru tidak terlepas pandang apa yang dilihat pelajar mengenai kesedaran penggunaan perbendaharaan kata selepas pembelajaran melalui latihan SMS kerana ia menunjukkan skor min yang paling rendah dalam kajian dengan (min = 3.67, sd = 0,57). Ini mencerminkan bahawa kebanyakan pelajar masih kurang faham peraturan asas penggunaan bahasa. Ini dapat dilihat melalui tugasan penulisan mereka. Walaupun pelajar mengetahu banyak perkataan, mereka tidak mampu menggunakan perkataan tersebut dengan betul. Dengan ini, guru perlu menyediakan bahan – bahan tambahan yang menjelaskan mengenai struktur ayat dan cara pertuturan yang boleh membantu mereka menyedari apa yang betul atau salah apabila mereka menulis cerita. Selain itu, kesilapan dalam penulisan mereka perlu diperbetulkan dan dimaklumkan dengan segera.
  • 15. 15 KESIMPULAN Ulasan : Berdasarkan rumusan daripada pengkaji, kajian ini menunjukkan bahawa telefon mudah alih boleh dilaksanakan dalam kursus bahasa di mana tumpuan adalah melalui penggunaan SMS yang mewujudkan pengalaman pembelajaran fleksibel kepada pelajar sarjana muda. Selain itu, hasil yang positif memberi peluang perkembangan bahasa dalam kursus ini pada masa depan dengan melaksanakan penggunaan telefon bimbit. Salah satu kelebihan pembelajaran mudah alih yang paling ketara adalah peningkatan autonomi pelajar di mana pelajar mempunyai kebebasan untuk mengakses pembelajaran alat dan sumber pada bila – bila masa dan di mana sahaja. Di samping itu, pelajar boleh menggunakan alat teknologi ini dalam kehidupan seharian mereka untuk tujuan akademik lebih mudah. Malahan, aktiviti yang bermanfaat boleh disediakan untuk hanya meningkatkan pengetahuan perbendaharaan kata sahaja, tetapi juga kemahiran yang lain. Walau bagaimanapun, mereka yang menggunakan pembelajaran mudah alih, satu penyelarasan pedagogi dalam isu ini adalah yang perlu dipertimbangkan di mana faktor – faktor lain yang perlu diambilkira ialah seperti aktiviti yang sesuai dengan keperluan, kesesuaian aktiviti, kesediaan belajar pelajar memilih alat pembelajaran dan sebagainya. Oleh yang demikian, faktor - faktor inilah yang boleh menjejaskan kejayaan perkembangan pembelajaran bahasa. Sebagai contoh, walaupun pembelajaran dengan telefon mudah alih boleh berlaku sepanjang masa, guru perlu mengambil kira jumlah masa pelajar menghabiskan tugasannya serta menyertai terlalu banyak aktiviti atau melakukan banyak tugasan boleh menjadi beban besar pada mereka dan boleh mewujudkan persekitaran pembelajaran yang membosankan.
  • 16. 16 RUJUKAN Ulasan : Berdasarkan tajuk rujukan, pengkaji telah menyenaraikan sebanyak 29 nama sebagai rujukan sama ada melalui badan kerajaan, penulis jurnal, penulis tesis mahupun penulis buku. Di samping itu, pengkaji juga menggunakan kaedah APA untuk menulis nama penulis dalam rujukan. Selain itu, pengkaji juga perlu meluaskan lagi pembacaannya agar hasil kajian yang digarap akan lebih berkesan dan memberi impak yang positif oleh pembaca yang lain. ULASAN KESELURUHAN JURNAL Berdasarkan keseluruhan pembacaan saya, hasil kajian ini perlu digarap dengan lebih berkesan lagi agar pembaca tidak keliru dari segi olahan isi serta kaedah statistik yang digunakan oleh pengkaji. Sehubungan itu, jika dilihat daripada tajuk Abstrak pengkaji seharusnya menyatakan jenis kaedah eksperimen yang digunakan sama ada tulen atau kuasi. Justeru itu, pengkaji juga perlu menyatakan secara terperinci bilangan sampel yang dikaji mengikut jantina sama ada dalam kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan agar kesahannya dapat diterima oleh pembaca yang lain. Selain itu, pengkaji juga tidak menyatakan lokasi kajian yang ingin dikaji oleh pengkaji di dalam tajuk abstrak. Ini kerana lokasi juga memainkan peranan yang penting untuk pembaca mengetahui penempatan sampel yang dikaji dari segi ekonomi, sosial, pendidikan dan politik kawasan tersebut. Di samping itu, melalui sudut pandangan saya untuk tajuk penyataan masalah pengkaji seharusnya lebih menumpukan masalah yang ingin dikaji dengan lebih mendalam iaitu mengenai keberkesanan penggunaan bantuan teknologi mudah alih melalui kemahiran perbendaharaan kata dapat menyokong pembelajaran pelajar. Seharusnya, untuk huraian isi berkenaan pengkaji hanya perlu menyatakan rujukan hasil kajian yang lepas dengan mewujudkan tajuk tinjauan literatur agar fokus yang ingin disampaikan tidak bercampur aduk dalam tajuk penyataan masalah. Selain itu, pengkaji juga perlu menyatakan objektif kajian yang ingin dikaji oleh pengkaji agar pembaca yang lain dapat mengetahui objektif sebenar kajian yang ingin dijalankan
  • 17. 17 sepanjang tempoh kajian. Justeru itu, secara sistematiknya sekiranya pengkaji menyatakan objektif kajian, pengkaji juga boleh melihat dengan lebih mudah persoalan kajian yang ingin dinyatakan dan seterusnya akan mampu membina hipotesis nul yang lebih berkesan. Ini kerana dalam penulisan pengkaji persoalan kajian dan hipotesis nul tidak mempunyai keseragaman dan ini akan mengelirukan pembaca yang lain. Selain itu, sepanjang saya membaca hasil kajian pengkaji ini terdapat kesalahan kumpulan yang ingin dikaji iaitu sepatutnya kumpulan eksperimen adalah berasaskan SMS tetapi sebaliknya yang telah dilakukan oleh pengkaji dengan kumpulan kawalan adalah berasaskan SMS. Oleh yang demikian, pengkaji seharusnya meneliti dahulu hasil kajian yang telah ditulis agar tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. Selain itu, pengkaji juga seharusnya lebih peka dengan setiap kaedah statistik yang digunakan dan perlu menganalisis data dengan kesahan yang tinggi agar hasil kajian yang diterbitkan boleh diterima oleh pembaca. Akhir kata, saya sebagai pembaca jurnal ini berharap agar pengkaji dapat menggarap isi yang ingin dihuraikan lebih sistematik. Selain itu, saya juga berharap melalui pembacaan ini saya dapat menghasilkan kajian yang berkualiti pada masa akan datang.