1. • COOLING TOWER /SISTEM PENYEJUKAN AIR ( WATER COOLED
SYSTEM )
•
• DEFINISI
• Pada sistem penyejukan dan penyamanan udara yang menggunakan
sistem pendinginan air, haba yang diserap dan dimampat disingkirkan
kepada suatu medium, iaitu air. Air yang digunakan untuk menyerap haba
ini akan menyingkirkan haba ke udara dan disejukkan semula dengan
menggunakan peralatan
yang dinamakan menara pendinginan. Dengan perkataan lain, menara
pendinginan adalah alat yang digunakan untuk menyejukkan air dari
pemeluwap dingin – air yang menyerap haba dari penyejat dan
pemampat. Sebarang kesumbatan dan kekotoran dalam cooling tower ini
akan mempengaruhi kapasiti penyejukan penyamanan udara terbabit.
2. • FUNGSI MENARA PENDINGIN
• Fungsi menara pendingin ialah untuk menyingkirkan haba ke
udara sekeliling dan menyejukkan air panas
yang menyerap haba dari pemeluwap dingin – air. Sistem ini
dianggap paling ekonomik di mana menara pendinginan
digunakan untuk sistem pendinginan semula air. Dengan cara
ini air hanya berkurangan dalam kitar penyejukan air akibat
daripada penyejatan. Menara pendinginan menyejukkan air dari
pemeluwap dingin – air dengan bantuan proses peredaran
udara.
•
3.
4. • PRINSIP DAN BINAAN MENARA PENDINGINAN ( COOLING TOWER )
• Prinsip kerja cooling tower berdasarkan kitaran air melalui pemeluwap dingin –
air, pam air dan komponen dalaman cooling tower. Pam air akan menyedut air
dari bahagian bawah takungan dan diemparkan ke dalam pemeluwap dingin –
air. Air yang bersuhu rendah yang diemparkan itu akan menyerap haba dari
bahan pendingin didalam tiub pemeluwap dan dibawa ke bahagian semburan
diatas menara pendinginan. Air yang disemburkan itu akan jatuh keatas isian
atau tambakan yang keadaanya berlapis. Semasa air yang disemburkan jatuh di
atas tambakan, udara luar yang yang bertiub dari arah tepi menara akan
membawa wap panas yang terpeluwap daripada air panas naik ke atas menara
dan kipas di puncak menara menolong mempercepatkan proses penyingkiran
haba. Air yang jatuh di atas tambakan akan dikumpulkan semula ke dalam
takungan pembuangan haba. Air yang sejuk ini akan dipamkan semula ke dalam
pemeluwap . Untuk mengelakkan kekotoran masuk ke dalam kitaran air, penapis
atau turas air dipasangkan pada paip air sebelum masuk kedalam pam air dan
juga di dalam cooling tower.
5.
6. • MENARA PENDINGIN (COOLING TOWER) DI KAMPUS
KEJURUTERAAN USM DI SERVIS SETIAP BULAN
•
• Bagi mengekalkan prestasi menara pendingin sebagai penyejuk
cekap tenaga, servis berkala dijalankan. Pemeriksaan, pembersihan
dan langkah pencegahan dilakukan ke atas menara tersebut
termasuk pepasangan paip, pump , motor dan lantai supaya
sentiasa dalam keadaan baik. Pembersihan juga mengelakkan
berlakunya pencemaran disebabkan bacteria legionella. Rawatan
kualiti air dijalankan dengan suntikan bahan kimia mengikut sukatan
dan dikawal oleh metering pump pada setiap cooling tower.
•