SlideShare a Scribd company logo
S A T U R D A Y , N O V E M B E R 1 4 , 2 0 0 9 
Kaedah Pengajaran Sejarah 
KULIAH 1 
Prof. Amey 
http://coretansejarah.blogspot.com/2009/11/kaedah-pengajaran-sejarah.html 
1.2.2 Penyediaan RPH adalah untuk membolehkan guru: 
i. merancang dengan jelas matlamat dan objektif pengajaran, pemilihan 
isi pelajaran, kaedah dan teknik mengajar serta penggunaan bahan 
bantu mengajar. Penerapan nilai murni dan unsur patriotisme juga 
perlu diberi penekanan; 
ii.. memaksimumkan penggunaan masa melalui kaedah yang terancang dan sistematik; 
iii. menentukan isi pelajaran yang mencukupi untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan; 
iv. menghadapi murid dengan penuh keyakinan; dan 
v. menyampaikan kandungan pelajaran dengan lebih berkesan, menarik dan 
menyeronokkan. 
2. Persediaan Awal 
Sebelum memulakan pengajaran, guru hendaklah memahami dengan jelas langkah yang akan diambil 
berdasarkan perancangan yang telah disediakan. Perkara-perkara berikut dapat meningkatkan 
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran: 
2.1 objektif yang hendak dicapai pada akhir pengajaran perlu jelas, spesifik dan berasaskan Taksonomi 
Bloom; 
2.2 mengenal pasti Nilai Letak Kerja (Take Of Value - TOV) murid. Maklumat TOV dapat membantu guru 
merancang aktiviti pengajaran clan pembelajaran berdasarkan tahap keupayaan murid; 
2.3 pengajaran clan pembelajaran Sejarah merupakan kesepaduan pengetahuan, nilai dan kemahiran 
seperti kemahiran belajar, kemahiran pemikiran sejarah dan penghayatan nilai-nilai murni. Oleh itu, 
aspek ini perlu diberikan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran; 
2,4, guru perlu mendedahkan pemahaman dan penghayatan idea serta konsep Sejarah yang relevan 
dengan kehidupan harian agar murid merasakan mereka terlibat dengan peristiwa sejarah berkenaan; 
2.5 semasa pengajaran dan pembelajaran guru hendaklah berusaha memupuk nilai dan semangat 
patriotik serta iktibar melalui rentetan peristiwa sejarah. Berdasarkan kaedah sebab dan akibat, kajian 
masa depan dan sebagainya, guru dapat menanam sikap patriotik dalam kalangan murid. 
2.6 pengajaran guru yang berkesan dapat meningkatkan kemahiran dan minat 
belajar dalam kalangan murid melalui pelbagai kaedah. Antaranya: 
* mengumpul maklumat 
* mengelas maklumat 
* mentafsir maklumat 
* menganalisis maklumat 
* mensintesis maklumat 
* mengaplikasi maklumat 
2.7 Penggunaan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran dapat: 
* meningkatkan kebolehan dan keupayaan murid; 
* menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan tajuk; dan
* melibatkan murid secara aktif dan interaktif di dalam bilik darjah. 
2.8 Memastikan bahan bantu mengajar bersesuaian disedia dan dimanfaatkan secara optimum (buku 
teks, majalah, cetakan laman web, bahan maujud, kemudahan TV Pendidikan dan sebagainya). 
3 . Penyampaian dan Perkembangan Pelajaran 
3.1 Guru hendaklah melaksanakan set induksi yang dapat menarik perhatian, merangsang dan 
memotivasikan minat murid. Set induksi hendaklah menjurus ke arah kesediaan minda mereka seperti 
mengaitkannya dengan pelajaran lepas, isu-isu semasa dan pengalaman serta persekitaran murid. 
3.2 Bagi men menjelaskan konsep sejarah, guru perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran 
dengan mengambil kira kaedah penyampaian daripada mudah kepada kompleks, dekat kepada jauh dan 
konkrit kepada abstrak. Di samping itu, guru perlu menghubungkaitkan pengajaran dengan kehidupan 
seharian dan persekitaran murid. Aktiviti yang dilaksanakan perlu memperlihatkan pemeringkatan dan 
perkembangan pelajaran. 
3.3 Guru menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan berkesan secara optimum serta 
melaksanakan aktiviti mengikut tahap kebolehan murid. Murid digalakkan memperoleh pengetahuan dan 
kemahiran secara berdikari tanpa bergantung kepada arahan guru. Guru turut melaksanakan pendekatan 
integrasi merentasi kurikulum serta menerapkan kemahiran berfikir dengan berpusatkan murid. 
3.4 Pengajaran yang berkesan bukan sahaja menggalakkan daya ingatan semata-¬mata tetapi turut 
mengambil perhatian kepada minat dan kefahaman murid. 
3.5 Pengajaran yang berkesan, memerlukan guru bijak menggunakan masa dengan optimum bagi 
membolehkan tajuk yang diajar dapat disempumakan mengikut perancangan. Di samping itu, guru perlu 
menggunakan laras bahasa dan istilah yang tepat bagi memudahkan idea yang ingin disampaikan dapat 
difahami oleh murid. 
3.6 Guru yang berkesan akan menyampaikan pengajaran secara fleksibel mengikut situasi. Pengajaran 
dan pembelajaran tidak perlu terikat kepada kaedah pengajaran yang terhad. 
3.7 Guru membuat penilaian berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mengenal pasti 
penguasaan kefahaman murid secara individu bagi merancang tindakan penambahbaikan. 
4. Teknik Penyoalan 
4.1 Dalam pengajaran dan pembelajaran, soal jawab memainkan peranan yang penting untuk: 
i. merangsang dan menimbulkan minat murid kepada tajuk yang diajar; 
ii. mendapatkan pandangan atau maklumat daripada murid; 
iii. memberi penekanan kepada fakta-fakta yang kurang jelas; 
iv. memperkenalkan suatu tajuk yang baru; 
v. menarik semula perhatian murid kepada perkara yang dibincangkan; terutama apabila idea yang 
dibangkitkan oleh murid menyimpang daripada arah perbincangan; dan 
vi. mempengaruhi fokus perbincangan 
4.2 Guru mengemukakan soalan mengikut pelbagai aras kognitif, antaranya berdasarkan Taksonomi 
Bloom, menyusun soalan dari aras rendah kepada aras tinggi, mengemukakan soalan bertumpu dan 
bercapah serta mengikut tahap kebolehan murid. Guru menyebarkan soalan ke seluruh kelas, memberi 
masa untuk murid berfikir dan mengikut rentetan peristiwa sejarah (kronologi). Justeru, guru perlu 
mempelbagaikan cara penyoalan supaya terdapat soalan: 
i. umum yang diarahkan kepada kelas seluruhnya; 
ii. spesifik, maksud yang jelas dan mudah difahami; 
iii. diajukan semula kepada murid yang menyoalnya; dan 
iv. soalan murid dijawab pula oleh murid lain 
4.3. Soalan perlu dirancang bagi mengelakkan jawapan "Ya" atau "Tidak". Guru boleh menyediakan 
soalan-soalan bermula dengan "Apakah", "Bilakah”, "Di manakah", "Siapakah", "Mengapakah" dan 
"Bagaimanakah" serta aras kesukaran soalan berdasarkan tahap kebolehan murid. 
4.4. Guru bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara dan harus mengelak daripada memberi 
jawapan kepada soalan yang dibangkitkan. Sebaliknya, guru memberi galakan dan bimbingan supaya
dijawab oleh murid sendiri. 
4.5 Guru hendaklah menggunakan contoh atau pandangan yang pernah dibangkitkan oleh murid. Contoh 
dan pandangan murid dapat membantu mengukuhkan kefahaman, kepercayaan diri clan minat mereka 
bagi memantapkan daya ingatan. 
4.6 Guru perlu memberi respons dan peneguhan yang sesuai terhadap jawapan murid untuk menambah 
minat dan motivasi belajar. 
4.7 Guru boleh membimbing dengan mengemukakan soalan, tetapi soalan berkenaan bukanlah jenis 
soalan yang menjurus kepada jawapan. Contohnya: 
i. Pada pendapat kamu, mengapakah Rancangan Briggs dilaksanakan bagi menghalang kegiatan 
komunis? 
ii. Pada pendapat kamu, bukankah dengan penempatan kaum Cina di kampung baru bertujuan untuk 
menghalang kegiatan komunis? 
(Soalan i adalah lebih baik daripada soalan ii kerana soalan tersebut tidak menjurus kepada jawapan). 
5. Penglibatan Murid 
5.1 Pengajaran Sejarah yang berkesan memerlukan penyertaan aktif murid supaya mereka melalui proses 
pengalaman pembelajaran. Dalam hal ini, pembelajaran lebih penting daripada pengajaran. 
Pembelajaran berlaku apabila murid turut terlibat secara aktif. 
5.2 Dalam pengajaran clan pembelajaran, guru merangsang minda dan minat murid bagi menggalakkan 
mereka terlibat dalam proses pembelajaran. 
5.3 Murid membuat persediaan awal dengan membawa peralatan atau bahan yang diperlukan. Mereka 
juga digalakkan membuat catatan dan rujuk secara spontan daripada pengajaran guru. 
5.4 Murid berinteraksi secara aktif dengan guru, murid lain dan bahan sumber pembelajaran. Mereka 
perlu memberi respons yang sesuai terhadap soalan dan latihan termasuk bahan latihan interaktif TMK 
bagi mewujudkan interaksi yang berkesan. 
5.5. Galakkan penglibatan murid secara aktif dalam kumpulan. Mclalui aktiviti kumpulan, murid dapat : 
i. berbincang dalam kumpulan tentang pengalaman dan pengetahuan berdasarkan tajuk yang diberi; 
ii. Saling membantu untuk mengemukakan hasil kerja kumpulan yang berkualiti; dan 
iii. menyediakan laporan dan membentangkan hasil kumpulan. 
5.6 Pelaksanaan Aktiviti 
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan dalam pengajaran Sejarah dengan melibatkan murid supaya dapat 
menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Antara aktiviti tersebut adalah perbincangan berdasarkan 
gambar, buku teks dan bahan-bahan bacaan, mengkaji peta, mengkaji jadual dan graf, merujuk laman 
web, perbahasan dan lakonan. 
5.6.1 Aktiviti 1: Mengkaji Gambar 
Gambar-gambar sejarah yang terdapat dalam buku teks, majalah dan laman web merupakan bahan 
konkrit yang merekodkan peristiwa masa lalu. Murid boleh membina imej atau pandangan mengenai 
sesuatu peristiwa lama. Biasanya, gambar-gambar boleh digunakan untuk memperkenalkan sesuatu topik 
baru melalui kajian secara terperinci terhadap gambar itu. Murid boleh digalakkan untuk mengkaji 
seberapa banyak perkara berkenaan gambar itu dari sudut sejarah. 
Semasa menggunakan gambar sebagai bahan aktiviti, guru dicadangkan supaya mengambil langkah-langkah 
berikut: 
Langkah I - Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. Kumpulan-kumpulan im 
diarah supaya melantik seorang ketua dan seorang pencatat. 
Langkah II Guru mengedarkan beberapa soalan kepada setiap kumpulan 
bersama-sama gambar yang akan dikaji. 
Langkah III - Guru memperuntukkan masa kepada kumpulan untuk mengkaji gambar dan mencari
jawapan kepada soalan-soalan yang diedarkan. 
Langkah IV- Ketua atau wakil setiap kumpulan membaca jawapan kumpulan masing-masing. 
Langkah V - Guru meminta murid dari kumpulan lain memberi komen terhadap jawapan kumpulan. 
Langkah VI - Guru membuat ulasan dan rumusan melalui perbincangan. 
5.6.2 Aktiviti 2: Mengkaji Bahan Bacaan 
Guru boleh menggunakan buku teks dan bahan-bahan bercetak untuk menjayakan aktiviti ini. Berikut 
dicadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk melaksanakan aktiviti tersebut: 
Langkah I - Membahagikan murid kepada kumpulan-kumpulan. kecil (lima hingga enam orang murid 
setiap kumpulan). 
Langkah II - Guru mengedarkan bahan bacaan dan juga soalan yang telah disediakan. 
Langkah III - Guru menyuruh murid meneliti bahan bacaan yang diedarkan dan mencari jawapan bagi 
soalan yang telah diberikan. Guru memberi masa yang cukup kepada kumpulan-kumpulan untuk 
menyiapkan tugasan ini. 
Langkah IV - Ketua kumpulan atau wakil diminta menyampaikan jawapan yang telah disediakan secara 
bergilir-gilir. 
Langkah V - Guru meminta murid dari kumpulan lain memberi komen terhadap jawapan kumpulan. 
Langkah VI - Guru memberi komen terhadap jawapan kumpulan. Guru membuat rumusan daripada hasil 
perbincangan. 
5.6.3 Aktiviti 3: Projek Berkumpulan 
Projek berkumpulan merupakan suatu aktiviti pembelajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah, 
yang dapat mendorong murid untuk membuat kajian atau penyelidikan. Melalui aktiviti projek 
berkumpulan, semangat kerjasama dan sikap saling membantu dapat dipupuk. Langkah yang 
dicadangkan adalah seperti berikut: 
Langkah I - Guru mengenal pasti tajuk projek untuk setiap kumpulan murid. 
Langkah II - Murid dibahagikan kepada kumpulan dan setiap kumpulan diberikan tugasan 
Langkah III-Guru memberi garis panduan kepada kumpulan tentang prosedur untuk melaksanakan 
projek. Aktiviti projek hendaklah merangkumi aspek perancangan, pelaksanaan, pelaporan dan penilaian. 
Langkah IV - Murid akan menyiapkan projek dalam tempoh yang ditetapkan. 
Langkah VI - Sesi perbincangan dan penilaian dijalankan selepas pembentangan. 
5.7 Selain daripada aktiviti yang dicadangkan di atas, guru boleh melaksanakan aktiviti seperti berikut: 
i. Mengkaji Peta 
Aktiviti ini boleh dijalankan secara kelas atau kumpulan. Murid meneliti peta yang diberikan. Mereka 
akan membuat tafsiran atau memberi jawapan berdasarkan arahan dan soalan guru. 
ii. Perbahasan 
Perbahasan merupakan aktiviti yang boleh memberi peluang kepada penyertaan murid. Murid yang tidak 
terlibat dalam perbahasan boleh diberikan peluang untuk menilai dan mengadili perbahasan tersebut 
melalui sesi perbincangan. 
iii. Lakonan 
Aktiviti ini boleh dilaksanakan secara spontan atau secara terancang. Guru memilih aspek-aspek tertentu 
dalam topik yang diajar untuk dilakonkan oleh murid. Lakonan yang terancang memerlukan penyediaan 
skrip sebelum aktiviti dilaksanakan. 
iv. Mengkaji Jadual dan Graf 
Untuk melaksanakan aktiviti ini, dicadangkan guru merujuk kepada garis panduan bagi Aktiviti 3: Projek 
Berkumpulan.
5.8 Kaedah lain dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah 
5.8.1 Theory Of Constraints For Education ( TOCFE ) 
TOCFE adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang memberi penekanan kepada kemahiran 
berfikir dan penyelesaian masalah berdasarkan pemikiran yang logik dan sistematik menerusi 
penggunaan teknik pemikiran kritis dan kreatif yang mudah serta konkrit. Teknik ini adalah sebagai satu 
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. 
i. Teknik TOCFE 
Terdapat tiga Teknik TOCFE yang boleh diaplikasikan iaitu: 
• Teknik Awan (The Cloud) 
• Teknik Sebab dan Akibat (Logic Branch) 
• Teknik Penyelesaian Masalah (Problem Solving) 
ii. Objektif Teknik TOCFE 
Menerusi pelaksanaan teknik TOCFE dalam pengajaran dan pembelajaran, murid dan guru berupaya: 
• mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran; 
• menyelesaikan masalah dengan berkesan; 
• membuat keputusan secara bertanggungjawab dan bersama; 
• berkomunikasi dengan baik; dan 
• memperoleh pembelajaran sepanjang hayat. 
iii. Kaedah pelaksanaan TOCFE 
Guru menggunakan teknik TOCFE melalui kaedah berikut: 
• Aktiviti bercerita (mendedahkan pemahaman konflik dan cara watak membuat keputusan); 
• Kajian kes (modifikasi kelakuan dan tingkah laku, pembelajaran nilai murni dan kerohanian); dan 
• Kandungan huraian sukatan pelajaran (kemahiran berfikir dan perancangan strategik) 
5.8.2 Experiential Activities Planner (EAP) 
EAP merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan beberap 
pedagogi seperti kemahiran berfikir, kajian masa depan, teori kecerdasan pelbagai 
dalam satu pengajaran. EAP merangkumi lima aspek pembelajaran seperti berikut: 
• belajar dalam suasana yang riang dan harmonis. 
• kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif 
• Pembelajaran Koperatif 
• penglibatan komuniti. 
• proses pembelajaran individu dan kecerdasan pelbagai 
i. Prosedur EAP : 
• warm-up 
• pengenalpastian masalah 
• penerokaan individu 
• keria kumpulan 
• komunikasi 
• rumusan 
ii. Langkah-langkah Pelaksanaan EAP 
Semasa pengajaran dan pembelajaran, guru boleh menggunakan langkah-langkah pelaksanaan EAP 
sebagaimana yang disenaraikan. 
• Menganalisis kandungan tema / tajuk 
• Memilih topik atau tajuk dan subtajuk
• Menentukan objektif / hasil pembelajaran yang ingin dicapai 
• Mengemukakan soalan tentang tajuk atau topik 
• Merancang penggunaan EAP secara sistematik 
• Menyediakan media rangsangan dan bahan bantu mengajar 
• Mengadakan raptai 
• Membuat demonstrasi pengajaran di bilik darjah 
• Membuat penilaian selepas pengajaran dan pembelajaran 
iii. Kelebihan EAP 
Kaedah EAP membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran agar menjadi lebih bermakna 
dan menggembirakan. Kaedah ini mengambil kira aspek penglibatan murid secara aktif dan koperatif 
dalam aktiviti sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. 
5.8.3 Pembelajaran Secara Kontekstual 
Pembelajaran Kontekstual adalah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan 
pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini memerlukan guru 
mengaplikasikan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. 
Pembelajaran akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru yang 
bermakna dalam rangka minda mereka. Pembelajaran menjadi lebih berkesan jika maklumat 
disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. Penekanan juga perlu diberi 
kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. 
i. Bentuk Pembelajaran Kontekstual 
Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada bentuk 
pembelajaran yang berikut: 
• Menghubungkait (Relating) 
• Mengalami (Experiencing) 
• Mengaplikasi (Applying) 
• Bekeriasama (Cooperating) 
• Memindahkan (Transfering) 
ii. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual 
Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran, mesti memenuhi keperluan 
strategi yang berikut: 
MOTIVASI--------- PEMAHAMAN KEMAHIRAN---------PENILAIAN 
5.8.4 Kajian Masa Depan (KMD) 
Kajian Masa Depan merupakan salah satu strategi dalam pengajaran dan pembelajaran bagi membina 
keupayaan murid untuk menghadapi cabaran hidup dan berfikiran jauh ke hadapan. Melalui KMD murid 
akan menyedari bahawa masa depan sentiasa berubah dan penuh cabaran. Murid dapat merancang masa 
depan sesuai dengan hasrat melahirkan masyarakat Malaysia berwawasan, rasional, kreatif, dinamik dan 
berketrampilan. 
Dalam proses membuat Kajian Masa Depan, guru perlu mendedahkan kepada murid tentang apakah 
yang telah berlaku (sejarah) dan apa yang sedang berlaku (trend dan perubahan terkini). Seterusnya, 
guru perlu membimbing murid membuat pertimbangan terhadap kemungkinan apa yang akan berlaku 
pada masa hadapan dan impaknya sebelum membuat keputusan terbaik. 
i. Kemahiran KMD 
Melalui KMD guru hendaklah melatih murid untuk meramal masa hadapan dengan asas-asas tertentu 
melalui kemahiran khusus KMD seperti: 
• Pemahaman konsep KMD 
• Pengumpulan maklumat
• Ramalan dan analisis 
• Imaginasi dan kreatif 
• Strategi mengatasi cabaran 
• Proses inovasi sosial 
• Membina senario 
• Penjelasan nilai-nilai masa depan 
• Dimensi kemapanan 
5.8.5 Pembelajaran Konstruktivisme 
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara 
aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan 
pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. 
Melalui kaedah ini, guru memberikan lebih penekanan kepada peranan murid. Murid berinteraksi 
dengan bahan dan peristiwa serta memperoleh kefahaman yang jelas. Justeru, murid membina sendiri 
konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif murid hendaklah diterima 
dan digalakkan. Sesuatu pengetahuan individu murid adalah hasil daripada pengalamannya. Walau 
bagaimanapun, segala pengetahuan yang diperoleh perlu berkisar pada ciri-ciri sejarah. 
i. Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme 
Pembelajaran secara konstruktivisme mengubah peranan guru dan murid menjadi lebih: 
• berfikir 
• faham 
• ingat 
• yakin 
• berkemahiran sosial 
• seronok 
5.8.6 Belajar Sambil Main 
Pembelajaran sejarah merupakan pembelajaran yang dinamik. Kaedah belajar sambil bermain dapat 
membantu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan lebih berkesan, menarik dan 
menyeronokkan. Melalui kaedah ini, murid akan seronok belajar tanpa menyedari mereka belajar dalam 
suasana tidak tertekan dan dapat mengingati fakta-fakta secara tidak langsung. 
5.8.7 Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) 
Guru digalak menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Sumber rujukan TMK, boleh 
didapati daripada laman web yang dibangunkan oleh KPM seperti http://myschoolnet.ppk.kpm.my, 
http://www.cikgu.net.my/ dan sebagainya. Guru boleh memanfaatkan Portal e-Pembelajaran, yang 
menggunakan sistem pengurusan pembelajaran bagi menyediakan kandungan digital setempat 
(indigenous) untuk tujuan pembelajaran on-line. Selain itu, guru boleh menggunakan perisian yang 
dibekalkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Perkembangan Kurikulum atau yang 
dibangunkan sendiri oleh guru. 
6. Peneguhan 
Guru memberi peneguhan kepada murid mengikut situasi pembelajaran. Peneguhan diberi sama ada 
pujian secara lisan atau bukan lisan (mimik muka, isyarat tangan, pergerakan postur badan dsb). Guru 
mempelbagaikan kaedah peneguhan agar pujian yang diberi dapat memotivasikan murid. Guru juga perlu 
membuat teguran terhadap perlakuan negatif yang dilakukan oleh murid. 
7. Pemeriksaan Latihan dan Tugasan Murid 
7.1 Guru memberi latihan clan tugasan serta kerja rumah mengikut tahap, potensi clan keupayaan murid. 
Tugasan hendaklah dipelbagaikan bentuknya dan selari dengan pemeringkatan tajuk agar murid tidak
ketinggalan dalam pembelajaran serta mempunyai pelbagai kemahiran. 
7.2 Latihan dan kerja rumah perlu diperiksa mengikut kekerapan yang munasabah. Guru hendaklah 
memberi ulasan yang membina, menunjukkan kesalahan murid dan memberikan penghargaan kepada 
penghasilan latihan yang terbaik. Di samping itu, guru juga memastikan murid membuat pembetulan 
kesalahan bagi meningkatkan potensi diri mereka. 
8. Penilaian di Bilik Darjah 
8.1 Guru perlu melaksanakan penilaian secara lisan atau bertulis untuk mengukur sejauh mana 
penguasaan pembelajaran murid serta mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka. 
8.2 Proses penilaian hendaklah dijalankan secara berterusan. 
8.3 Hasil penilaian memberi maklum balas keberkesanan pengajaran dan 
pembelajaran, sama ada objektif yang dirancang tercapai atau sebaliknya. 
9. Penutupan Pengajaran 
9.1 Guru mengakhiri pengajaran dengan membuat penutupan kognitif (rumusan berkaitan tajuk yang 
diajar perlu dilakukan secara lisan atau bertulis). 
9.2 Guru juga hendaklah membuat penutupan sosial melalui kenyataan yang mententeramkan emosi 
murid dan meminta murid membuat persediaan untuk pelajaran berikutnya. 
Rujukan 
Abdul Rahim Abd. Rashid. (1999). Kemahiran berfikir merentasl kurikulum: 
pendekatan pedagogi dan wawasan pendidikan bestari. Shah Alam: Fajar Bakti. 
____________________ (1999). Pendidikan sejarah, falsafah, teori dan amalan. 
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 
Abd. Rashid Omar. (1999). Pancaminda: Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif untuk sekolah 
rendah.(Ed.2) Ipoh : First Copy (M) Sdn. Bhd.

More Related Content

What's hot

P E N G U R U S A N P E N G A J A R A N D A N P E M B E L A J A R A N
P E N G U R U S A N  P E N G A J A R A N  D A N  P E M B E L A J A R A NP E N G U R U S A N  P E N G A J A R A N  D A N  P E M B E L A J A R A N
P E N G U R U S A N P E N G A J A R A N D A N P E M B E L A J A R A N
Fa Mah
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
Izny Atikah
 
Pembelajaran berasaskan projek (pbp)
Pembelajaran berasaskan projek (pbp)Pembelajaran berasaskan projek (pbp)
Pembelajaran berasaskan projek (pbp)
Safiah Sulaiman
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Amira Farhanah
 
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
Ieta Sa'ad
 

What's hot (20)

P E N G U R U S A N P E N G A J A R A N D A N P E M B E L A J A R A N
P E N G U R U S A N  P E N G A J A R A N  D A N  P E M B E L A J A R A NP E N G U R U S A N  P E N G A J A R A N  D A N  P E M B E L A J A R A N
P E N G U R U S A N P E N G A J A R A N D A N P E M B E L A J A R A N
 
15 lampiran 6 (huraian rph b)
15 lampiran 6 (huraian rph b)15 lampiran 6 (huraian rph b)
15 lampiran 6 (huraian rph b)
 
Maujud..
Maujud..Maujud..
Maujud..
 
Pembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiriPembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiri
 
Integrasi dalam pengajaran
Integrasi dalam pengajaranIntegrasi dalam pengajaran
Integrasi dalam pengajaran
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidahPembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
 
Plbd
PlbdPlbd
Plbd
 
Bab 7 pengurusan sumber 1
Bab 7 pengurusan sumber 1Bab 7 pengurusan sumber 1
Bab 7 pengurusan sumber 1
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
Pengajaran makro
Pengajaran makroPengajaran makro
Pengajaran makro
 
Laporan kaedah pengajaran kekuatan dan kelemahan
Laporan kaedah pengajaran   kekuatan dan kelemahanLaporan kaedah pengajaran   kekuatan dan kelemahan
Laporan kaedah pengajaran kekuatan dan kelemahan
 
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
 
Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran terbeza
Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran terbezaPenggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran terbeza
Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran terbeza
 
Moral tajuk 4 (tutorial) (2)
Moral tajuk 4 (tutorial) (2)Moral tajuk 4 (tutorial) (2)
Moral tajuk 4 (tutorial) (2)
 
Keadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaKeadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbeza
 
Pembelajaran berasaskan projek (pbp)
Pembelajaran berasaskan projek (pbp)Pembelajaran berasaskan projek (pbp)
Pembelajaran berasaskan projek (pbp)
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
 
Isl rbt 2014
Isl rbt 2014Isl rbt 2014
Isl rbt 2014
 
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
 

Similar to Saturday

Kumpulan 6 pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasa
Kumpulan 6 pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasaKumpulan 6 pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasa
Kumpulan 6 pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasa
pikaosman
 
Model arcs (j
Model arcs (jModel arcs (j
Model arcs (j
fizah1212
 
Refleksi dan kajian tindakan
Refleksi dan kajian tindakanRefleksi dan kajian tindakan
Refleksi dan kajian tindakan
Pirie Perry
 
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayatiModel pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
HELMIZAM
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Hemah Naidu
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Cma Usin
 
Project based learning
Project based learningProject based learning
Project based learning
liaw5
 
02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf
02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf
02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf
AzalidaTajudin1
 
02 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp01
02 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp0102 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp01
02 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp01
nahrul_khair
 
Peranan guru dalam menjayakan mata pelajaran psv
Peranan guru  dalam menjayakan mata pelajaran psvPeranan guru  dalam menjayakan mata pelajaran psv
Peranan guru dalam menjayakan mata pelajaran psv
Aisyah Mainol
 

Similar to Saturday (20)

Kumpulan 6 pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasa
Kumpulan 6 pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasaKumpulan 6 pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasa
Kumpulan 6 pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasa
 
5. kaedah pengajara nl
5. kaedah pengajara nl5. kaedah pengajara nl
5. kaedah pengajara nl
 
Strg P&P dalam SN
Strg P&P dalam SNStrg P&P dalam SN
Strg P&P dalam SN
 
Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2
 
Model arcs (j
Model arcs (jModel arcs (j
Model arcs (j
 
Refleksi dan kajian tindakan
Refleksi dan kajian tindakanRefleksi dan kajian tindakan
Refleksi dan kajian tindakan
 
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM  PENGAJARAN KOMSAS...KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM  PENGAJARAN KOMSAS...
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...
 
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayatiModel pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
 
Senaraisemak pak21
Senaraisemak pak21Senaraisemak pak21
Senaraisemak pak21
 
Uji minda
Uji mindaUji minda
Uji minda
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
 
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
 
Pembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiriPembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiri
 
Project based learning
Project based learningProject based learning
Project based learning
 
02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf
02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf
02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf
 
02 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp01
02 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp0102 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp01
02 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp01
 
Peranan guru dalam menjayakan mata pelajaran psv
Peranan guru  dalam menjayakan mata pelajaran psvPeranan guru  dalam menjayakan mata pelajaran psv
Peranan guru dalam menjayakan mata pelajaran psv
 
Teknik KBKK dalam PdP
Teknik KBKK dalam PdPTeknik KBKK dalam PdP
Teknik KBKK dalam PdP
 
Dst thn 1 versi bm
Dst thn 1 versi bmDst thn 1 versi bm
Dst thn 1 versi bm
 

More from nanisaaid

Kerja kursus pengukuran dan penilaian dalam pendidikan
Kerja kursus pengukuran dan penilaian dalam pendidikanKerja kursus pengukuran dan penilaian dalam pendidikan
Kerja kursus pengukuran dan penilaian dalam pendidikan
nanisaaid
 
Folio jahitan
Folio jahitanFolio jahitan
Folio jahitan
nanisaaid
 
Carta organisasi kelas
Carta organisasi kelasCarta organisasi kelas
Carta organisasi kelas
nanisaaid
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makro
nanisaaid
 
Rph sejarah sem 6
Rph sejarah sem 6Rph sejarah sem 6
Rph sejarah sem 6
nanisaaid
 
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah sejarah
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah  sejarahApa itu pentaksiran berasaskan sekolah  sejarah
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah sejarah
nanisaaid
 
Rbt3120 murni gold course modul jahitan & pertanian
Rbt3120   murni gold course modul jahitan & pertanianRbt3120   murni gold course modul jahitan & pertanian
Rbt3120 murni gold course modul jahitan & pertanian
nanisaaid
 
Membaiki pakaian
Membaiki pakaianMembaiki pakaian
Membaiki pakaian
nanisaaid
 
Pengakuan dan penghargaan ikan hiasan
Pengakuan dan penghargaan ikan hiasanPengakuan dan penghargaan ikan hiasan
Pengakuan dan penghargaan ikan hiasan
nanisaaid
 

More from nanisaaid (15)

Kbat2
Kbat2Kbat2
Kbat2
 
Kerja kursus pengukuran dan penilaian dalam pendidikan
Kerja kursus pengukuran dan penilaian dalam pendidikanKerja kursus pengukuran dan penilaian dalam pendidikan
Kerja kursus pengukuran dan penilaian dalam pendidikan
 
Folio jahitan
Folio jahitanFolio jahitan
Folio jahitan
 
Carta organisasi kelas
Carta organisasi kelasCarta organisasi kelas
Carta organisasi kelas
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makro
 
Rencana
RencanaRencana
Rencana
 
Rujukan
RujukanRujukan
Rujukan
 
Rph sejarah sem 6
Rph sejarah sem 6Rph sejarah sem 6
Rph sejarah sem 6
 
Refleksi
RefleksiRefleksi
Refleksi
 
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah sejarah
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah  sejarahApa itu pentaksiran berasaskan sekolah  sejarah
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah sejarah
 
Rbt3120 murni gold course modul jahitan & pertanian
Rbt3120   murni gold course modul jahitan & pertanianRbt3120   murni gold course modul jahitan & pertanian
Rbt3120 murni gold course modul jahitan & pertanian
 
Membaiki pakaian
Membaiki pakaianMembaiki pakaian
Membaiki pakaian
 
Pengakuan dan penghargaan ikan hiasan
Pengakuan dan penghargaan ikan hiasanPengakuan dan penghargaan ikan hiasan
Pengakuan dan penghargaan ikan hiasan
 
Doc15
Doc15Doc15
Doc15
 
Abm m3
Abm m3Abm m3
Abm m3
 

Saturday

  • 1. S A T U R D A Y , N O V E M B E R 1 4 , 2 0 0 9 Kaedah Pengajaran Sejarah KULIAH 1 Prof. Amey http://coretansejarah.blogspot.com/2009/11/kaedah-pengajaran-sejarah.html 1.2.2 Penyediaan RPH adalah untuk membolehkan guru: i. merancang dengan jelas matlamat dan objektif pengajaran, pemilihan isi pelajaran, kaedah dan teknik mengajar serta penggunaan bahan bantu mengajar. Penerapan nilai murni dan unsur patriotisme juga perlu diberi penekanan; ii.. memaksimumkan penggunaan masa melalui kaedah yang terancang dan sistematik; iii. menentukan isi pelajaran yang mencukupi untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan; iv. menghadapi murid dengan penuh keyakinan; dan v. menyampaikan kandungan pelajaran dengan lebih berkesan, menarik dan menyeronokkan. 2. Persediaan Awal Sebelum memulakan pengajaran, guru hendaklah memahami dengan jelas langkah yang akan diambil berdasarkan perancangan yang telah disediakan. Perkara-perkara berikut dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran: 2.1 objektif yang hendak dicapai pada akhir pengajaran perlu jelas, spesifik dan berasaskan Taksonomi Bloom; 2.2 mengenal pasti Nilai Letak Kerja (Take Of Value - TOV) murid. Maklumat TOV dapat membantu guru merancang aktiviti pengajaran clan pembelajaran berdasarkan tahap keupayaan murid; 2.3 pengajaran clan pembelajaran Sejarah merupakan kesepaduan pengetahuan, nilai dan kemahiran seperti kemahiran belajar, kemahiran pemikiran sejarah dan penghayatan nilai-nilai murni. Oleh itu, aspek ini perlu diberikan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran; 2,4, guru perlu mendedahkan pemahaman dan penghayatan idea serta konsep Sejarah yang relevan dengan kehidupan harian agar murid merasakan mereka terlibat dengan peristiwa sejarah berkenaan; 2.5 semasa pengajaran dan pembelajaran guru hendaklah berusaha memupuk nilai dan semangat patriotik serta iktibar melalui rentetan peristiwa sejarah. Berdasarkan kaedah sebab dan akibat, kajian masa depan dan sebagainya, guru dapat menanam sikap patriotik dalam kalangan murid. 2.6 pengajaran guru yang berkesan dapat meningkatkan kemahiran dan minat belajar dalam kalangan murid melalui pelbagai kaedah. Antaranya: * mengumpul maklumat * mengelas maklumat * mentafsir maklumat * menganalisis maklumat * mensintesis maklumat * mengaplikasi maklumat 2.7 Penggunaan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran dapat: * meningkatkan kebolehan dan keupayaan murid; * menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan tajuk; dan
  • 2. * melibatkan murid secara aktif dan interaktif di dalam bilik darjah. 2.8 Memastikan bahan bantu mengajar bersesuaian disedia dan dimanfaatkan secara optimum (buku teks, majalah, cetakan laman web, bahan maujud, kemudahan TV Pendidikan dan sebagainya). 3 . Penyampaian dan Perkembangan Pelajaran 3.1 Guru hendaklah melaksanakan set induksi yang dapat menarik perhatian, merangsang dan memotivasikan minat murid. Set induksi hendaklah menjurus ke arah kesediaan minda mereka seperti mengaitkannya dengan pelajaran lepas, isu-isu semasa dan pengalaman serta persekitaran murid. 3.2 Bagi men menjelaskan konsep sejarah, guru perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira kaedah penyampaian daripada mudah kepada kompleks, dekat kepada jauh dan konkrit kepada abstrak. Di samping itu, guru perlu menghubungkaitkan pengajaran dengan kehidupan seharian dan persekitaran murid. Aktiviti yang dilaksanakan perlu memperlihatkan pemeringkatan dan perkembangan pelajaran. 3.3 Guru menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan berkesan secara optimum serta melaksanakan aktiviti mengikut tahap kebolehan murid. Murid digalakkan memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari tanpa bergantung kepada arahan guru. Guru turut melaksanakan pendekatan integrasi merentasi kurikulum serta menerapkan kemahiran berfikir dengan berpusatkan murid. 3.4 Pengajaran yang berkesan bukan sahaja menggalakkan daya ingatan semata-¬mata tetapi turut mengambil perhatian kepada minat dan kefahaman murid. 3.5 Pengajaran yang berkesan, memerlukan guru bijak menggunakan masa dengan optimum bagi membolehkan tajuk yang diajar dapat disempumakan mengikut perancangan. Di samping itu, guru perlu menggunakan laras bahasa dan istilah yang tepat bagi memudahkan idea yang ingin disampaikan dapat difahami oleh murid. 3.6 Guru yang berkesan akan menyampaikan pengajaran secara fleksibel mengikut situasi. Pengajaran dan pembelajaran tidak perlu terikat kepada kaedah pengajaran yang terhad. 3.7 Guru membuat penilaian berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mengenal pasti penguasaan kefahaman murid secara individu bagi merancang tindakan penambahbaikan. 4. Teknik Penyoalan 4.1 Dalam pengajaran dan pembelajaran, soal jawab memainkan peranan yang penting untuk: i. merangsang dan menimbulkan minat murid kepada tajuk yang diajar; ii. mendapatkan pandangan atau maklumat daripada murid; iii. memberi penekanan kepada fakta-fakta yang kurang jelas; iv. memperkenalkan suatu tajuk yang baru; v. menarik semula perhatian murid kepada perkara yang dibincangkan; terutama apabila idea yang dibangkitkan oleh murid menyimpang daripada arah perbincangan; dan vi. mempengaruhi fokus perbincangan 4.2 Guru mengemukakan soalan mengikut pelbagai aras kognitif, antaranya berdasarkan Taksonomi Bloom, menyusun soalan dari aras rendah kepada aras tinggi, mengemukakan soalan bertumpu dan bercapah serta mengikut tahap kebolehan murid. Guru menyebarkan soalan ke seluruh kelas, memberi masa untuk murid berfikir dan mengikut rentetan peristiwa sejarah (kronologi). Justeru, guru perlu mempelbagaikan cara penyoalan supaya terdapat soalan: i. umum yang diarahkan kepada kelas seluruhnya; ii. spesifik, maksud yang jelas dan mudah difahami; iii. diajukan semula kepada murid yang menyoalnya; dan iv. soalan murid dijawab pula oleh murid lain 4.3. Soalan perlu dirancang bagi mengelakkan jawapan "Ya" atau "Tidak". Guru boleh menyediakan soalan-soalan bermula dengan "Apakah", "Bilakah”, "Di manakah", "Siapakah", "Mengapakah" dan "Bagaimanakah" serta aras kesukaran soalan berdasarkan tahap kebolehan murid. 4.4. Guru bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara dan harus mengelak daripada memberi jawapan kepada soalan yang dibangkitkan. Sebaliknya, guru memberi galakan dan bimbingan supaya
  • 3. dijawab oleh murid sendiri. 4.5 Guru hendaklah menggunakan contoh atau pandangan yang pernah dibangkitkan oleh murid. Contoh dan pandangan murid dapat membantu mengukuhkan kefahaman, kepercayaan diri clan minat mereka bagi memantapkan daya ingatan. 4.6 Guru perlu memberi respons dan peneguhan yang sesuai terhadap jawapan murid untuk menambah minat dan motivasi belajar. 4.7 Guru boleh membimbing dengan mengemukakan soalan, tetapi soalan berkenaan bukanlah jenis soalan yang menjurus kepada jawapan. Contohnya: i. Pada pendapat kamu, mengapakah Rancangan Briggs dilaksanakan bagi menghalang kegiatan komunis? ii. Pada pendapat kamu, bukankah dengan penempatan kaum Cina di kampung baru bertujuan untuk menghalang kegiatan komunis? (Soalan i adalah lebih baik daripada soalan ii kerana soalan tersebut tidak menjurus kepada jawapan). 5. Penglibatan Murid 5.1 Pengajaran Sejarah yang berkesan memerlukan penyertaan aktif murid supaya mereka melalui proses pengalaman pembelajaran. Dalam hal ini, pembelajaran lebih penting daripada pengajaran. Pembelajaran berlaku apabila murid turut terlibat secara aktif. 5.2 Dalam pengajaran clan pembelajaran, guru merangsang minda dan minat murid bagi menggalakkan mereka terlibat dalam proses pembelajaran. 5.3 Murid membuat persediaan awal dengan membawa peralatan atau bahan yang diperlukan. Mereka juga digalakkan membuat catatan dan rujuk secara spontan daripada pengajaran guru. 5.4 Murid berinteraksi secara aktif dengan guru, murid lain dan bahan sumber pembelajaran. Mereka perlu memberi respons yang sesuai terhadap soalan dan latihan termasuk bahan latihan interaktif TMK bagi mewujudkan interaksi yang berkesan. 5.5. Galakkan penglibatan murid secara aktif dalam kumpulan. Mclalui aktiviti kumpulan, murid dapat : i. berbincang dalam kumpulan tentang pengalaman dan pengetahuan berdasarkan tajuk yang diberi; ii. Saling membantu untuk mengemukakan hasil kerja kumpulan yang berkualiti; dan iii. menyediakan laporan dan membentangkan hasil kumpulan. 5.6 Pelaksanaan Aktiviti Pelbagai aktiviti boleh dilakukan dalam pengajaran Sejarah dengan melibatkan murid supaya dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Antara aktiviti tersebut adalah perbincangan berdasarkan gambar, buku teks dan bahan-bahan bacaan, mengkaji peta, mengkaji jadual dan graf, merujuk laman web, perbahasan dan lakonan. 5.6.1 Aktiviti 1: Mengkaji Gambar Gambar-gambar sejarah yang terdapat dalam buku teks, majalah dan laman web merupakan bahan konkrit yang merekodkan peristiwa masa lalu. Murid boleh membina imej atau pandangan mengenai sesuatu peristiwa lama. Biasanya, gambar-gambar boleh digunakan untuk memperkenalkan sesuatu topik baru melalui kajian secara terperinci terhadap gambar itu. Murid boleh digalakkan untuk mengkaji seberapa banyak perkara berkenaan gambar itu dari sudut sejarah. Semasa menggunakan gambar sebagai bahan aktiviti, guru dicadangkan supaya mengambil langkah-langkah berikut: Langkah I - Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. Kumpulan-kumpulan im diarah supaya melantik seorang ketua dan seorang pencatat. Langkah II Guru mengedarkan beberapa soalan kepada setiap kumpulan bersama-sama gambar yang akan dikaji. Langkah III - Guru memperuntukkan masa kepada kumpulan untuk mengkaji gambar dan mencari
  • 4. jawapan kepada soalan-soalan yang diedarkan. Langkah IV- Ketua atau wakil setiap kumpulan membaca jawapan kumpulan masing-masing. Langkah V - Guru meminta murid dari kumpulan lain memberi komen terhadap jawapan kumpulan. Langkah VI - Guru membuat ulasan dan rumusan melalui perbincangan. 5.6.2 Aktiviti 2: Mengkaji Bahan Bacaan Guru boleh menggunakan buku teks dan bahan-bahan bercetak untuk menjayakan aktiviti ini. Berikut dicadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk melaksanakan aktiviti tersebut: Langkah I - Membahagikan murid kepada kumpulan-kumpulan. kecil (lima hingga enam orang murid setiap kumpulan). Langkah II - Guru mengedarkan bahan bacaan dan juga soalan yang telah disediakan. Langkah III - Guru menyuruh murid meneliti bahan bacaan yang diedarkan dan mencari jawapan bagi soalan yang telah diberikan. Guru memberi masa yang cukup kepada kumpulan-kumpulan untuk menyiapkan tugasan ini. Langkah IV - Ketua kumpulan atau wakil diminta menyampaikan jawapan yang telah disediakan secara bergilir-gilir. Langkah V - Guru meminta murid dari kumpulan lain memberi komen terhadap jawapan kumpulan. Langkah VI - Guru memberi komen terhadap jawapan kumpulan. Guru membuat rumusan daripada hasil perbincangan. 5.6.3 Aktiviti 3: Projek Berkumpulan Projek berkumpulan merupakan suatu aktiviti pembelajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah, yang dapat mendorong murid untuk membuat kajian atau penyelidikan. Melalui aktiviti projek berkumpulan, semangat kerjasama dan sikap saling membantu dapat dipupuk. Langkah yang dicadangkan adalah seperti berikut: Langkah I - Guru mengenal pasti tajuk projek untuk setiap kumpulan murid. Langkah II - Murid dibahagikan kepada kumpulan dan setiap kumpulan diberikan tugasan Langkah III-Guru memberi garis panduan kepada kumpulan tentang prosedur untuk melaksanakan projek. Aktiviti projek hendaklah merangkumi aspek perancangan, pelaksanaan, pelaporan dan penilaian. Langkah IV - Murid akan menyiapkan projek dalam tempoh yang ditetapkan. Langkah VI - Sesi perbincangan dan penilaian dijalankan selepas pembentangan. 5.7 Selain daripada aktiviti yang dicadangkan di atas, guru boleh melaksanakan aktiviti seperti berikut: i. Mengkaji Peta Aktiviti ini boleh dijalankan secara kelas atau kumpulan. Murid meneliti peta yang diberikan. Mereka akan membuat tafsiran atau memberi jawapan berdasarkan arahan dan soalan guru. ii. Perbahasan Perbahasan merupakan aktiviti yang boleh memberi peluang kepada penyertaan murid. Murid yang tidak terlibat dalam perbahasan boleh diberikan peluang untuk menilai dan mengadili perbahasan tersebut melalui sesi perbincangan. iii. Lakonan Aktiviti ini boleh dilaksanakan secara spontan atau secara terancang. Guru memilih aspek-aspek tertentu dalam topik yang diajar untuk dilakonkan oleh murid. Lakonan yang terancang memerlukan penyediaan skrip sebelum aktiviti dilaksanakan. iv. Mengkaji Jadual dan Graf Untuk melaksanakan aktiviti ini, dicadangkan guru merujuk kepada garis panduan bagi Aktiviti 3: Projek Berkumpulan.
  • 5. 5.8 Kaedah lain dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah 5.8.1 Theory Of Constraints For Education ( TOCFE ) TOCFE adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang memberi penekanan kepada kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah berdasarkan pemikiran yang logik dan sistematik menerusi penggunaan teknik pemikiran kritis dan kreatif yang mudah serta konkrit. Teknik ini adalah sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. i. Teknik TOCFE Terdapat tiga Teknik TOCFE yang boleh diaplikasikan iaitu: • Teknik Awan (The Cloud) • Teknik Sebab dan Akibat (Logic Branch) • Teknik Penyelesaian Masalah (Problem Solving) ii. Objektif Teknik TOCFE Menerusi pelaksanaan teknik TOCFE dalam pengajaran dan pembelajaran, murid dan guru berupaya: • mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran; • menyelesaikan masalah dengan berkesan; • membuat keputusan secara bertanggungjawab dan bersama; • berkomunikasi dengan baik; dan • memperoleh pembelajaran sepanjang hayat. iii. Kaedah pelaksanaan TOCFE Guru menggunakan teknik TOCFE melalui kaedah berikut: • Aktiviti bercerita (mendedahkan pemahaman konflik dan cara watak membuat keputusan); • Kajian kes (modifikasi kelakuan dan tingkah laku, pembelajaran nilai murni dan kerohanian); dan • Kandungan huraian sukatan pelajaran (kemahiran berfikir dan perancangan strategik) 5.8.2 Experiential Activities Planner (EAP) EAP merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan beberap pedagogi seperti kemahiran berfikir, kajian masa depan, teori kecerdasan pelbagai dalam satu pengajaran. EAP merangkumi lima aspek pembelajaran seperti berikut: • belajar dalam suasana yang riang dan harmonis. • kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif • Pembelajaran Koperatif • penglibatan komuniti. • proses pembelajaran individu dan kecerdasan pelbagai i. Prosedur EAP : • warm-up • pengenalpastian masalah • penerokaan individu • keria kumpulan • komunikasi • rumusan ii. Langkah-langkah Pelaksanaan EAP Semasa pengajaran dan pembelajaran, guru boleh menggunakan langkah-langkah pelaksanaan EAP sebagaimana yang disenaraikan. • Menganalisis kandungan tema / tajuk • Memilih topik atau tajuk dan subtajuk
  • 6. • Menentukan objektif / hasil pembelajaran yang ingin dicapai • Mengemukakan soalan tentang tajuk atau topik • Merancang penggunaan EAP secara sistematik • Menyediakan media rangsangan dan bahan bantu mengajar • Mengadakan raptai • Membuat demonstrasi pengajaran di bilik darjah • Membuat penilaian selepas pengajaran dan pembelajaran iii. Kelebihan EAP Kaedah EAP membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran agar menjadi lebih bermakna dan menggembirakan. Kaedah ini mengambil kira aspek penglibatan murid secara aktif dan koperatif dalam aktiviti sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. 5.8.3 Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran Kontekstual adalah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini memerlukan guru mengaplikasikan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Pembelajaran akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru yang bermakna dalam rangka minda mereka. Pembelajaran menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. Penekanan juga perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. i. Bentuk Pembelajaran Kontekstual Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut: • Menghubungkait (Relating) • Mengalami (Experiencing) • Mengaplikasi (Applying) • Bekeriasama (Cooperating) • Memindahkan (Transfering) ii. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran, mesti memenuhi keperluan strategi yang berikut: MOTIVASI--------- PEMAHAMAN KEMAHIRAN---------PENILAIAN 5.8.4 Kajian Masa Depan (KMD) Kajian Masa Depan merupakan salah satu strategi dalam pengajaran dan pembelajaran bagi membina keupayaan murid untuk menghadapi cabaran hidup dan berfikiran jauh ke hadapan. Melalui KMD murid akan menyedari bahawa masa depan sentiasa berubah dan penuh cabaran. Murid dapat merancang masa depan sesuai dengan hasrat melahirkan masyarakat Malaysia berwawasan, rasional, kreatif, dinamik dan berketrampilan. Dalam proses membuat Kajian Masa Depan, guru perlu mendedahkan kepada murid tentang apakah yang telah berlaku (sejarah) dan apa yang sedang berlaku (trend dan perubahan terkini). Seterusnya, guru perlu membimbing murid membuat pertimbangan terhadap kemungkinan apa yang akan berlaku pada masa hadapan dan impaknya sebelum membuat keputusan terbaik. i. Kemahiran KMD Melalui KMD guru hendaklah melatih murid untuk meramal masa hadapan dengan asas-asas tertentu melalui kemahiran khusus KMD seperti: • Pemahaman konsep KMD • Pengumpulan maklumat
  • 7. • Ramalan dan analisis • Imaginasi dan kreatif • Strategi mengatasi cabaran • Proses inovasi sosial • Membina senario • Penjelasan nilai-nilai masa depan • Dimensi kemapanan 5.8.5 Pembelajaran Konstruktivisme Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Melalui kaedah ini, guru memberikan lebih penekanan kepada peranan murid. Murid berinteraksi dengan bahan dan peristiwa serta memperoleh kefahaman yang jelas. Justeru, murid membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif murid hendaklah diterima dan digalakkan. Sesuatu pengetahuan individu murid adalah hasil daripada pengalamannya. Walau bagaimanapun, segala pengetahuan yang diperoleh perlu berkisar pada ciri-ciri sejarah. i. Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran secara konstruktivisme mengubah peranan guru dan murid menjadi lebih: • berfikir • faham • ingat • yakin • berkemahiran sosial • seronok 5.8.6 Belajar Sambil Main Pembelajaran sejarah merupakan pembelajaran yang dinamik. Kaedah belajar sambil bermain dapat membantu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan lebih berkesan, menarik dan menyeronokkan. Melalui kaedah ini, murid akan seronok belajar tanpa menyedari mereka belajar dalam suasana tidak tertekan dan dapat mengingati fakta-fakta secara tidak langsung. 5.8.7 Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Guru digalak menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Sumber rujukan TMK, boleh didapati daripada laman web yang dibangunkan oleh KPM seperti http://myschoolnet.ppk.kpm.my, http://www.cikgu.net.my/ dan sebagainya. Guru boleh memanfaatkan Portal e-Pembelajaran, yang menggunakan sistem pengurusan pembelajaran bagi menyediakan kandungan digital setempat (indigenous) untuk tujuan pembelajaran on-line. Selain itu, guru boleh menggunakan perisian yang dibekalkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Perkembangan Kurikulum atau yang dibangunkan sendiri oleh guru. 6. Peneguhan Guru memberi peneguhan kepada murid mengikut situasi pembelajaran. Peneguhan diberi sama ada pujian secara lisan atau bukan lisan (mimik muka, isyarat tangan, pergerakan postur badan dsb). Guru mempelbagaikan kaedah peneguhan agar pujian yang diberi dapat memotivasikan murid. Guru juga perlu membuat teguran terhadap perlakuan negatif yang dilakukan oleh murid. 7. Pemeriksaan Latihan dan Tugasan Murid 7.1 Guru memberi latihan clan tugasan serta kerja rumah mengikut tahap, potensi clan keupayaan murid. Tugasan hendaklah dipelbagaikan bentuknya dan selari dengan pemeringkatan tajuk agar murid tidak
  • 8. ketinggalan dalam pembelajaran serta mempunyai pelbagai kemahiran. 7.2 Latihan dan kerja rumah perlu diperiksa mengikut kekerapan yang munasabah. Guru hendaklah memberi ulasan yang membina, menunjukkan kesalahan murid dan memberikan penghargaan kepada penghasilan latihan yang terbaik. Di samping itu, guru juga memastikan murid membuat pembetulan kesalahan bagi meningkatkan potensi diri mereka. 8. Penilaian di Bilik Darjah 8.1 Guru perlu melaksanakan penilaian secara lisan atau bertulis untuk mengukur sejauh mana penguasaan pembelajaran murid serta mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka. 8.2 Proses penilaian hendaklah dijalankan secara berterusan. 8.3 Hasil penilaian memberi maklum balas keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, sama ada objektif yang dirancang tercapai atau sebaliknya. 9. Penutupan Pengajaran 9.1 Guru mengakhiri pengajaran dengan membuat penutupan kognitif (rumusan berkaitan tajuk yang diajar perlu dilakukan secara lisan atau bertulis). 9.2 Guru juga hendaklah membuat penutupan sosial melalui kenyataan yang mententeramkan emosi murid dan meminta murid membuat persediaan untuk pelajaran berikutnya. Rujukan Abdul Rahim Abd. Rashid. (1999). Kemahiran berfikir merentasl kurikulum: pendekatan pedagogi dan wawasan pendidikan bestari. Shah Alam: Fajar Bakti. ____________________ (1999). Pendidikan sejarah, falsafah, teori dan amalan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abd. Rashid Omar. (1999). Pancaminda: Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif untuk sekolah rendah.(Ed.2) Ipoh : First Copy (M) Sdn. Bhd.