SlideShare a Scribd company logo
pengurusan bilik darjah yang kondusif
1.0 Pendahuluan
Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh
menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang
teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan.
Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’
atau ‘musuh’ dalam pengajaran. Ruang bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan
aktiviti pengajaran. Tempat duduk perlu disusun,papan kenyataan dihias dan karel
pembelajaran dan rak-rak buku perlu dipasang. Di samping itu, pengurusan bilik
darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran
secara umum. Seorang guru haruslah sentiasa menunjukkan contoh yang baik
kepada anak murid mereka.
Bagi memainkan peranan sebagai pengurus yang berkesan, kita perlulah
memahami kesukaran situasi bilik darjah dan mengenali faktor-faktor yang boleh
membantu untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang sihat.
1.1 Konsep Persekitaran Bilik Darjah Yang Kondusif
Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat
melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam
pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat
dan semangat murid untuk terus belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid
merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri
murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran. Seorang guru
perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif serta berkesan dalam
menghadapi tingkah laku. Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak
komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, cara seseorang guru mengawal
murid dan aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri.
Dalam persekitaran ini, murid menyedari kelebihan sikap berdikari mempunyai
perasaan bertanggungjawab dan kesepunyaan terhadap pembelajarannya.
1.1.1 Persekitaran Fizikal
Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi
pembelajaran kerana suasana bilik darjah yang teratur merupakan
sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Menurut Marland
(1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’
atau ‘musuh’ dalam pengajaran. Persekitaran yang selesa, kemas
dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran
murid. Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-
aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah,
sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran,
ruang pada dinding, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot
serta kebersihan. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga
termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan
pembelajaran secara umum.
1.1.2 Persekitan psikososial
Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan
emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran
psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri
seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan
bahaya fizikal, suasana yang merangsang pembelajaran,
menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang
sama untuk semua murid. Faktor yang memberi kesan kepada
persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran,
gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang
guru wujudkan di dalam bilik darjah. Jika persekitaran psikososial
ini tidak dititikberatkan oleh guru, masalah disiplin akan berlaku
dalam kalangan murid. Oleh itu, bagi menguruskan keperluan
psikososial setiap murid, guru perlulah menjadi seorang guru yang
asertif. Mengikut Model Disiplin Asertif Canter, pendekatan yang
terbaik untuk menguruskan bilik darjah adalah dengan
menggunakan pendekatan asertif. Guru asertif mempunyai
matlamat yang jelas dengan pengurusan, yakin dan tegas dalam
menetapkan peraturan dan pada masa yang sama akan bersikap
adil kepada semua murid. Jika seorang guru ini konsisten bersikap
asertif ini dapat membantu membina persekitaran yang tenang dan
menyokong perkembangan pembelajaran dan psikososial murid.
1.1.3 Peraturan dan rutin bilik darjah
Pada umumnya, murid sekolah rendah mula berdikari
namun mereka masih memerlukan pemantauan. Pada peringkat
ini, mereka suka diberi perhatian dan menunjukkan respon yang
positif apabila diberi insentif atau hadiah. Menurut Erik Erison,
kanak-kanak pada peringkat ini mula mendapat pengalaman
baharu dan berfokus kepada pembelajaran pengetahuan dan
kemahiran baharu. Namun, murid pada peringkat ini memerlukan
struktur dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh
berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru perlulah
membina peraturan dan prosedur untuk mentadbir aktiviti dalam
bilik darjah. Peraturan merupakan pernyataan yang menentukan
perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh murid.
Contoh peraturan yang biasa ditemui ialah setiap murid perlulah
mempunyai rasa hormat, mesra dan bersifat membantu rakan-
rakan mereka, murid perlu menyiapkan tugasan mereka dan murid
perlu mengangkat tangan mereka jika mahu menjawab sebarang
pertanyaan. Mengikut Model Pengurusan Kounin, asas kepada
keberkesanan pengurusan disiplin bilik darjah bergantung kepada
pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru terhadap bilik darjah.
Faktor utama dalam menguruskan tingkah laku di dalam bilim
darjah menurut Kounin adalah berkaitan dengan kebolehan guru
untuk mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik
darjah. Contohnya, dalam gerak kerja kumpulan, seorang guru
berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil
walaupun pada ketika itu dia sedang mengajar kumpulan yang
tertentu. Dengan kepekaan ini, seorang guru berupaya menjangka
masalah yang akan timbul dan selalunya dapat menghalang
masalah daripada menjadi semakin serius.
Selain itu, guru juga akan membentuk rutin di dalam bilik
darjah untuk aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Rutin ialah prosedur
atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh murid dalam aktiviti
spesifik mereka. Rutin bertujuan melicinkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Contoh amalan rutin ialah guru mengambil
kehadiran setiap hari, cara mengedar dan menyimpan bahan
pengajaran, membentuk kumpulan dalam kelas, menghantar buku
latihan atau kerja rumah dan lain-lain. Setiap rutin yang dibentuk
hendaklah sentiasa dipantau dan diberi peneguhan sehingga
prosedur-prosedur ini menjadi satu budaya dalam kalangan murid
dan seterusnya menjadi suatu budaya di sekolah tersebut. Untuk
mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan
Model Akibat Logikal Dreikurs di mana menekankan kepentingan
guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-
murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.
2.0 Cadangan Membina Persekitaran Bilik Darjah yang Kondusif
Sepanjang menjalani latihan Pengalaman Berasakan Sekolah III, saya telah
bercadang untuk merancang kelas Tahun 1 Saidina Umar dalam membantu guru
kelas tersebut iaitu Puan Rahila Bt Sahar untuk mewujudkan persekitaran bilik
darjah yang kondusif. Sebelum merancang, saya terlebih dahulu mengenalpasti
kedudukan pintu dan tingkap. Hal ini demikian kerana kedua-dua aspek ini adalah
sumber cahaya dan udara, jadi ini dapat membantu saya untuk merancang susun
atur bilik darjah. Dalam pelan bilik darjah yang saya bina, terdapat beberapa elemen
yang boleh membawa kepada persekitaran bilik darjah yang kondusif.
Papan hijau
Info LINUS
Carta organisasi
Teratak
LINUS
Rak fail
Papan kenyataan
Papan kenyataan
Meja guru
Sudut
multimedia
Sudut
pembelajarran
Rak
buku
tingkap
tingkap
tingkap
pintu
tingkap
pintu
tingkap
2.1 pelan bilik darjah
2.2 Perancangan Persekitan Fizikal
2.2.1 Meja guru
Meja guru diletakkan di belakang kelas dan berada di tengah. Kedudukan
seperti ini adalah amat sesuai sekali diaplikasikan terutama pada murid
Tahun Satu. meja guru juga hendaklah menghadap meja murid bagi
membantu berlakunya kontek visual antara murid dan guru sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan meja guru di belakang ini
juga tidak menghalang penglihatan murid pada papan putih semasa dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan ini juga dapat
memaksimumkan pemantauan guru terhadap setiap murid dari setiap sudut.
Apabila murid mengetahui setiap gerak gerinya diperhatikan, mereka akan
dapat membuat kerja berkumpulan atau individu dengan sebaiknya. Dengan
itu, kedudukan ini dapat mencapai keselesaan guru dan dapat merangsang
semangat untuk guru mengajar dalam emosi yang positif.
2.2.2 Kerusi dan meja murid
Perkara utama yang mesti diberi perhatian pada setiap kerusi dan meja murid
ini ialah kuantiti kerusi dan meja adalah mencukupi dan berada dalam
keadaan yang baik dan selamat. Untuk tujuan keselasaan, saiz kerusi dan
meja harulah sesuai dengan peringkat tahap umur murid. Bagi susunan pula,
meja murid disusun secara berkelompok di mana meja disusun secara
berempat. Susunan ini memudahkan pengajaran berpusatkan murid. Selain
itu, susunan ini dapat menggalakkan interaksi antara murid semasa gerak
kerja kumpulan. Pada masa yang sama, murid juga masih boleh fokus
kepada kerja sendiri. Susunan kelompok membolehkan murid berbincang,
meluahkan pendapat, saling membantu dan berkongsi bahan semasa gerak
kerja berkumpulan. Walau bagaimanapun, untuk membuat susunan secara
berkelompok ini, guru hendaklah memastikan bilangan murid tidak terlalu
ramai dan keluasan kelas hendaklah luas. Guru juga hendaklah memantau
ahli kelompok supaya boleh bekerjasama dan bukan medatangkan kesan
negatif kepada kumpulan. Guru juga bolehlah menempatkan setiap murid
dalam kumpulan mengikut pencapaian mereka. Hal ini akan memudahkan
guru memberikan tugasan atau latihan selaras dengan pencapaian murid.
2.2.3 Sudut multi-media
Selain faktor udara, perabot dan ruang, persekitaran fizikal bilik darjah abad
ke-21 memerlukan prasarana teknologi yang bersesuaian.
Penggabungjalinan elemen-elemen ini menjadikan bilik darjah sebagai
tempat yang seronok untuk proses pembelajaran. (Weinstein & Mignano,
2003). Bagi membina persekitaran kondusif sudut multi-media juga perlu ada
di dalam setiap bilik darjah. Di sudut ini, disediakan sebuah komputer dengan
jaringan internet untuk penggunaan murid yang disambungkan ke plug
elektrik yang berada di dinding bahagian tersebut. Sudut ini diletakkan
berhampiran meja guru bagi memudahkan murid mendapat bimbingan guru
semasa penggunaannya. Ini juga dapat memberi kelebihan kepada guru
untuk memantau murid-murid agar menggunakan multi-media secara bijak
dan bermanfaat. Guru juga perlu menyediakan peraturan penggunaan multi-
media. Rasionalnya adalah supaya semua murid dapat menikmati
kemudahan ini di samping pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan
lancar dan mengelakkan berlakunya kerosakan atau kemalangan.
2.2.4 Sudut bacaan
Di satu sudut di bahagian belakang kelas dikhaskan sebagai sudut bacaan.
Di sudut ini, dihamparkan permaidani dan diletakkan beberapa bantal untuk
keselesaan murid-murid. Ruang ini lebih bersifat mesra kepada murid-murid
dan memberi suasana seolah-olah mereka berada dirumah. Beberapa rak
yang memuatkan buku, kamus, peta, surat khabar, majalah turut disusun di
sudut ini untuk bacaan umum dan rujukan murid. Bahan-bahan bacaan ini
diperolehi daripada sumbangan murid dan guru. Oleh itu, murid-murid akan
berasa lebih bertanggungjawab untuk menjaganya kerana merasakan
mereka turut memberi sumbangan bahan bacaan. Peraturan penggunaan
ruangan ini turut dibina seperti bahan bacaan tidak boleh dikeluarkan
daripada kelas, bahan bacaan perlu disusun kembali di atas rak selepas
digunakan, buku yang rosak harus diganti dan sebagainya. Peraturan
sebegini boleh mengelakkan berlakunya kerosakan dan kehilangan bahan
bacaan ini. Untuk mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah
mengaplikasikan Model Akibat Logikal Dreikurs di mana menekankan
kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada
murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.
2.2.5 Pencahayaan dan pengudaraan
Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk
keselesaan murid dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Tingkap dan lampu yang mencukupi boleh memberi pencahayaan
yang mencukupi. Guru haruslah memastikan alat elektrik ini berfungsi dan
melaporkan kepada pihak bertanggungjawab jika terdapat kerosakan. Susun
atur perabot dalam bilik darjah juga hendaklah disusun dengan baik supaya
tidak menghalang tingkap untuk mengelakkan berlakunya halangan
pencahayaan dan pengudaraan. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa membuka
pintu dan tingkap untuk pengudaraan.
2.2.6 Meja bulat
Meja bulat diletakkan di sudut kiri atau berdekatan dengan pintu di bahagian
belakang kelas. Ini adalah bagi membolehkan murid berehat atau berbincang
mengenai aktiviti-aktiviti atau tugasan-tugasan tertentu.
2.2.7 Tempat simpanan bekal makanan
Selain itu, untuk membina persekitaran yang kondusif juga, guru bolehlah
menyediakan tempat simpanan bekalan makanan. Satu peraturan
mewajibkan semua murid dikehendaki menyimpan bekal makanan masing-
masing di tempat ini perlu dilaksanakan. Hal ini kerana sekiranya terdapat
murid yang membawa bekal makanan dan diletakkan di meja murid,
andainya makanan itu tertumpah, ruang meja murid akan kotor dan mungkin
juga akan mengotorkan buku-buku murid. Selain daripada itu, bekal makanan
itu juga boleh menarik perhatian murid sehingga mengganggu tumpuanmurid
semasa belajar. Dengan adanya tempat simpanan bekal murid ini, masalah-
masalah ini tidak wujud dan kelas kelihatan lebih kondusif.
2.2.8 Papan kenyataan
Pada papan kenyataan ini hendaklah dimuatkan jadual tugasan murid, hasil
kerja murid, dan gambar aktiviti murid pada papan kenyataan untuk rujukan
dan hiburan. Dalam jadual tugasan ini, murid-murid dibahagikan mengikut
turutan hari dan tugas membersihkan kelas. Ini dapat melatih sifat
bertaggungjawab dan kelas akan kelihatan bersih sepanjang hari. Dengan
menampal hasil kerja pula, guru dapat melahirkan rasa bangga murid-murid
apabila mereka melihat hasil kerja mereka dipamerkan dan secara tidak
langsung mencetuskan minat mereka untuk belajar. Dalam hasil kerja murid
pula dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua murid
2.2.9 Bakul sampah
Dengan adanya bakul sampah, kebersihan bilik darjah dapat dijaga kerana
murid-murid perlu membuang sampah ke dalam bakul sampah.
2.2.10 Peti pertolongan cemas
Peti pertolongan cemas ini diletakkan di hadapan kelas. Penggunaan peti
pertolongan cemas ini perlu mendapat keizinan guru. Setiap kelas perlu
mempunyai peti pertolongan cemas kerana kita tidak dapat menjangka bila
berlakunya kemalangan. Dengan adanya peti ini, rawatan kecemasan dapat
diberikan dengan segera apabila berlakunya kemalangan.
2.2.11 Jam dan Kalendar
Jam perlu diletakkan di hadapan kelas untuk melatih murid menghargai
masa. Kalendar pula digunakan untuk rujukan tarikh. Dalam kalendar turut
dicatatkan beberapa hari dan peristiwa penting seperti Hari Kebangsaan. Ini
dapat melatih murid supaya peka dengan peristiwa-peristiwa penting
sebegini.
2.2.12 Rak guru
Rak guru diletakkan di sebelah meja guru bagi kemudahan guru untuk
menyimpan bahan bantu mengajar, fail-fail, termasuk untuk kegunaan murid.
RUMUSAN
Semasa menguruskan bilik darjah, guru memainkan pelbagai peranan penting.
Bilik darjah merupakan sebuah komuniti kecil dan menjadi tempat di mana seorang
guru dan sekumpulan pelajar saling berinteraksi. Oleh itu, menjadi tanggungjawab
seorang guru untuk menguruskan bilik darjah dengan bantuan murid-murid. Dalam
usaha ke arah menyediakan persekitaran yang kondusif, guru perlulah mengambil kira
ciri fizikal sesebuah bilik darjah, faktor emosi dan sosial serta peraturan dan rutin yang
dilaksanakan. Melalui persekitaran bilik darjah yang kondusif ini, guru dapat melahirkan
pelajar yang lebih berdisiplin dan suasana harmoni dalam bilik darjah dapat
diwujudkan. Selain itu pembentukan suasana bilik darjah yang ceria dan
menyeronokkan secara tidak langsung dapat mengurangkan gejala ponteng
sekolah. Pengurusan bilik darjah yang berkesan mampu meningkatkan kualiti pelajar
yang akan dilahirkan oleh institusi pendidikan, sekaligus dapat mengurangkan masalah
sosial yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.
BIBLOGRAFI/RUJUKAN
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel.2009. Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah
Laku. Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar.
Amir Hasan Dawi. 2006. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Ketiga.
KualaTanjung Malim: Quantum Books.
Chris Watkins. 2005. Classrooms as Learning Communities: What’s in it for schools?.
Routledge Taylor & Francis Group.
Frazer, E. Home. 1989. Environment and The School . London: London
UniversityPress.
Pengurusan Bilik Darjah yang Cekap Mewujudkan Suasana Pembelajaran yang
Harmoni. http://pengurusanbilikdarjah.smkberangan.com/index_files/script.js (akses 25
Februari 2012)
Corak Pengurusa Bilik Darjah yang
Kondusif.http://notapismpks.blogspot.com/2011/12/pbdt-nota-topik-8-perancangan.html
Developing Classroom
Expectationshttp://www.projectidealonline.org/classMgt_ClassroomExpectations.php (a
kses pada 13 Mac 2012)
Budaya: Bab 5 Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya
PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA
1)Perhubungan Antara Kelompok Etnik
 Interaksi dua atau lebih budaya yang berbeza.
Implimentasi dalam Pendidikan
 Menghayati roh perlembagaan & kontrak sosial
 Orientasi sosial bilik darjah
 Bahan P&P mengaitkan dengan budaya
 Peluang kepada setiap etnik
 Isu sensitif
 Bangga dengan setiap budaya etnik
2)Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran
Definisi Pengajaran
 Cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan pembelajaran.
 Hasil daripada pengajaran berlaku perubahan yang relatif kekal dalam tingkah
laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman.
Membentuk pengajaran Yang Mesra Budaya:Sebelum Pengajaran;
Pemilihan tajuk pembelajaran yang berkaitan kepelbagaian budaya
 Perayaan di Malaysia
 Permainan Tradisional
 Pakaian
 Makanan
 Kesenian
Aspek Yang Perlu Dipertimbangkan;
 Penerapan budaya nilai-nilai murni dalam objektif pembelajaran (afektif)
 Penghasilan bahan bantu mengajar yang mampu melibatkan keseluruhan pelajar
 Memastikan bilik darjah dalam keadaan yang baik dan selesa sebelum sesi
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan
Semasa Pengajaran;
 Pemilihan kaedah dan teknik pengajaran yang melibatkan interaksi yang aktif dalam
bilik darjah
 Drama
 Main peranan/simulasi
 Belajar ambil bermain
 Menggalakkan aktiviti berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai budaya
 Sentiasa bersikap adil kepada semua murid tanpa mengira latar belakang.
 Memberi pujian dan galakan kepada murid yang baik dan aktif dalam kelas.
 Tidak memburuk-buruk dan merendah-rendahkan murid.
 idak menyentuh isu-isu sensitif yang mampu mengguris perasaan mana-mana pihak
 Menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsung.
 Menekankan aspek perpaduan, bertolak ansur dan bekerjasama dalam
mengekalkan keamanan dan kesejahteraan
 Menggalakkan murid bertanya dan bersoal jawab serta mempunyai perasaan ingin
tahu yang tinggi
 Melaksanakan aktiviti yang memerlukan murid berinteraksi dengan aktif.
 Guru menjadi role-model yang terbaik untuk dijadikan teladan. Jangan jadi seorang
anti budaya etnik lain.
 Pelaksanaan peraturan yang dapat membentuk peribadi murid tanpa mengira ras.
 Mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada murid yang melakukan kesalahan
dengan setimpal tanpa ada driskriminasi ras.
3. Pengurusan Sosio Emosi
 Menjadi perangsang bagi membangkitkan & mengekalkan minat murid.
 Woolfolk- kuasa dalaman/motivasi.
 Gunakan teknik sosiometri oleh Moreno;
 SEORANG RAKAN UNTUK BEKERJASAMA
 SEORANG RAKAN UNTUK BERMAIN
 SEORANG RAKAN YANG DUDUK SEBELAH
 SEORANG RAKAN YANG TIDAK MAHU BEKERJASAMA
 Guru boleh mengetahui perasaan murid lain terhadap murid lain.
Tujuan;
 Kawalan kelas
 Mengelakkan pembentukan kelompok kecil
 Mengenal pasti murid pilihan ramai
 Murid kategori berasingan berhubung.
 Ciri Emosi;
 Peramah, sayang akan murid & ekspektasi sederhana.
 Nada suara
 Kesederhanaan
 Bersikap kawalan positif
 Kepimpinan demokratik
Implimentasi Pengurusan Sosio Emosi
 Dorongan positif- pujian & penghargaan.
 Menerima kekuatan & kelemahan murid.
 Kebijaksanaan & membangkit naluri ingin tahu murid.
 Hubungan positif
 Kemahiran menyelesaikan masalah
 Suhu motivasi
4. Pengurusan Sosio Linguistik
— Sosiolinguistik adalah kajian interdisiplin yang mempelajari pengaruh budaya
terhadap cara suatu bahasa digunakan. (wikipedia)
— Interaksi sosial dan bahasa dalam sesuatu budaya.
— Bahasa merupakan alat perhubungan dan perantaraan sesuatu budaya.
— Sosial merupakan interaksi antara masyarakat
Cara Pembinaan Bilik darjah Yang Mesra Budaya;
— Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa penghantar.
— Majoriti masyarakat Cina dan India menggunakan Bahasa Inggeris.
— Masyarakat melayu menggunakan Bahasa Melayu.
— Kedudukan pelajar dalam bilik darjah.
— Mempamerkan info mengenai budaya dalam kelas.
— Menerapkan nilai kerjasama antara budaya.
— Menggunakan pelbagai bahasa semasa interaksi dalam bilik darjah
5. Penilaian Berasaskan Budaya
— Aturan kedudukan fizikal kelas dalam kumpulan dengan kaum yang berbeza.
— Melakukan aktiviti bersama kaum yang berbeza.
— Memperkenalkan adat dan kaum yang ada di Malaysia.
— Menerapkan nilai bekerjasama dalam subjek.
http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/bab-5-pembinaan-persekitaran-bilik.html
BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN
( Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah
yang Mesra Budaya)
Sinopsis
Modul ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang beberapa
tajuk yang berkaitan dengan pembinaan bilik darjah yang mesra budaya. Ini
merangkumi tajuk yang terdiri daripada pengurusan fizikal dan sosio-emosi bilik
darjah yang mesra budaya. Di samping itu, pelajar diberi pendedahan mengenai
interaksi dan cara hubungan yang sesuai antara pelajar dalam bilik darjah yang terdiri
daripada pelajar berbagai kelompok etnik. Tajuk tentang pengurusan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai untuk mengajar pelajar pelbagai budaya. Di samping itu,
unit ini juga membincangkan pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian budaya serta
kelas bercantum yang sering terdapat di kawasan yang terpencil atau pedalaman.
Aspek-aspek sosiolinguistik juga dibincangkan untuk menyesuaikan pelajar kepada
situasi tertentu. Akhirnya, pelajar diberi pendedahan mengenai penilaian berasaskan
budaya supaya pelajar dapat melengkapkan diri untuk berdepan dengan pelajar
pelbagai budaya. Berbekalkan pengetahuan sedemikian, pelajar akan lebih bersedia
mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang mesra budaya
Hasil Pembelajaran
Mentakrif konsep, tujuan dan komponen-komponen fizikal dalam pengurusan
persekitaran fizikal untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya
Menerangkan peranan dan tanggungjawab guru dalam mewujudkan bilik darjah yang
mesra budaya
Melakar pelan lantai fizikal bilik darjah yang mesra budaya
Menjelaskan konsep, kepentingan, perkembanagan dan strategi pengurusan sosio-
emosi dalam bilik darjah pelbagai budaya
Menjelaskan kepentingan memahami hubungan etnik dan mencadangkan cara-cara
yang sesuai dalam mewujudkan hubungan yang baik dalam kalangan pelbagai etnik
Mengenalpasti konsep dan ciri-ciri pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan
Menjelaskan aspek-aspek penting dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Mengenalpasti konsep, tujuan dan ciri-ciri pedagogi relevan budaya
Membincangkan kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pedagogi relevan
budaya
10. Menerangkan latar belakang, konsep, ciri-ciri dan kepentingan kelas bercantum
11. Mengelola ,menguruskan dan melaksanakan kelas bercantum yang memenuhi
hasrat dan tujuan kelas bercantum
Mentakrifkan maksud penilaian berasaskan budaya
Menghuraikan ciri-ciri dan aspek-aspek diambil kira dalam penilaian berasaskan
budaya
TOPIK 1
KONSEP DAN TUJUAN PERSEKITARAN FIZIKAL BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA
Sebelum kita bermula, fikirkan tentang persekitaran fizikal bilik darjah. Mengapa guru
perlu menyusunkan bilik darjah sebegitu rupa? Apakah aspek-aspek yang perlu diambil
kira apabila ingin menyusunkan bilik darjah anda? Bagaimana anda dapat
mewujudkkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya. Mari kita sama sama
membincangkan ciri-ciri fizikal yang perlu diberi perhatian dalam mewujudkan
suasana bilik darjah yang mesra budaya.
1.1 Konsep dan Tujuan Pengurusan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah
pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting
dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi
melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Konsep pengurusan fizikal
harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal
sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu
suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan
perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial.
Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah di rumuskan oleh Fred Steele(1973)
sedemikian “ the effects of physical setting in a classroom is a setting for social
interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure”.
Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang
menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana
pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang
lingustik dan kebudayaan yang berbeza.
Kriteria-kriteria Fizikal Umum Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra
Budaya
1) Aspek Fizikal :-
· Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai mengikut
keperluan aktiviti.
· Mempunyai pencayaan dan pengudaraan yang baik.
· Mengecat dinding dengan warna - warni yang ceria dan lembut.
· Memasang langsir dengan warna yang ceria, terang dan lembut.
· Melukis mural diswekitar kelas.
· Keselamatan yang terjamin seperti pelan kebakaran dan pemadam api.
Berhenti dan Reflek
Pembelajaran dalam persekitaran fizikal yang mesra budaya akan merangsang pelajar
untuk menimba ilmu secara berkesan. Bagaimana anda dapat melakarkan pelan bilik
lantai yang anda fikir “ mesra budaya”?
2) Sudut-Sudut Pembelajaran:-
Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat
membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik
serta sudut kreativiti dan sebagainya. Di samping itu, terrdapat sudut-sudut bacaan
seperti buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer,
televisyen dan multimedia.
1.2 Kriteria-kriteria Fizikal Spesifik Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah
yang Mesra Budaya
1) Aspek Fizikal:-
· Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya
terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik
dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila
ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan
terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik
dalam satu-satu kumpulan secara tidak langsung dapat mewujudkan serta memupuk
satu suasana mesra budaya secara tidak langsung.
· Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh guru
kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Adalah sesuai
sekiranya tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan
perihal pelbagai kaum etnik di negara ini. Aktiviti sedemikian juga merupakan salah
satu aktiviti yang sesuai yang boleh dilakukan oleh murid-murid dari pelbagai latar
belakang kumpulan etnik supaya dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan
mereka. Perbincangan serta persediaan untuk lukisan mural secara tidak langsung
akan dapat memupuk nilai serta belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama. Secara
tidak langsung guru telah berjaya secara tidak langsung untuk memujudkan
persekitaran mesra budaya.
· Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong
menolong antara murid dari pelbagai latarbelakng dan budaya. Tugasan yang di
berikan oleh guru dapat di bincang diruang ini; di mana secara tidak langsung Ali,
Kumar serta Kim Moi dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk
tugasan mereka. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau “work space” ini disokong
oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa “ the physical environment
of the classroom such as use of space, classroom setting and cocial dimensions
interact to shape classroom culture”
2) Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan:-
· Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru
seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat
mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta
kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung murid-
murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormat-
menghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum
. Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti multimedia atau interaktif
di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid. Contohnya
di sudut budaya ini Ali dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama Samy dan
sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak prasangka agar tidak
menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik. Begitu juga
dengan murid-murid dari Sabah dan Sarawak. Tindakan mewujudkan sudut-sudut
pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan
sedemikian “keep in mind to include a literacy center in your classroom to allow
pupils to explore, investigate and discover knowledge”.
· Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik; di mana sudut-sudut
ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaum-kaum
dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan
makmur. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya
dalam bilik darjah.
· Selain daripada sudut-sudut pembelajaran, guru juga boleh menyediakan sudut
bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau risalah-risalah dari
Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang mengandungi informasi mengenai sesuatu
kaum atau kumpulan etnik.
· Sudut pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari pelabagi latar
belakang etnik dapat menggunakan perisian “software” yang di sediakan oleh guru
seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam
kumpulan. Semasa membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta menghayati
nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong serta toleransi.
Selepas kita telah dan fahami konsep dan tujuan pengurusan fizilkal bilik darjah cuba
anda bincang dengan rakan anda, Apakah ciri-ciri persekitaran fizikal spesifik selain
daripada yang telah dinyatakan di atas dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah
yang mesra budaya ?
Pergi ke perpustakaan terdekat untuk mencari rujukan mengenai persekitaran fizikal
yang mesra budaya. Dengan melengkapkan diri dengan bahan bacaan, sila jawab
soalan berikut:
Selepas berbincang, sila senarai ciri-ciri persekitaran fizikal bilik darjah yang spesifik
selain daripada yang tersenarai di atas?
1. ____________________________________________________________
____________________________________________________________
2. ____________________________________________________________
____________________________________________________________
3. ____________________________________________________________
____________________________________________________________
4. ____________________________________________________________
____________________________________________________________
5. ____________________________________________________________
____________________________________________________________
1.3 Peranan guru sebagai „Physical Enviroment Designer‟.
Sekiranya anda hadapi murid anda daripada pelbagai budaya, nescaya anda perlu
mengambil perhatian terhadap kepelbagaian / perbezaan individu dalam bilik. Apakah
ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru yang berperanan sebagai „Physical
Enviromet Designer‟ agar dapat mewujudkan satu persekitaran yang mesra budaya?
Antara ciri-ciri yang perlu diambil perhatian termasuk:
· Perlu mengetahui latar belakang murid terlebih dahulu
· Perlu faham dengan mendalam perasaan setiap murid
· Mengkikis pra sangka
· Perlu mengetahui latar belakang kebudayaan, agama dan adat setiap murid dengan
mendalam.
Berhenti sejenak dan semak kefahaman anda
Apakah peranan anda sebagai guru dalam mereka cipta sebuah bilik darjah yang
mesra budaya ? Berbekalkan pengalaman anda, Cuba anda lakar sebuah pelan lantai
bilik darjah yang kondusif supaya dapat mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra
budaya? Apakah bentuk pelan lantai yang anda akan gunakan dalam setting di bilik
darjah anda ? Adakah anda akan menggunakan kenis tradisional, jenis ladam kuda,
separa bulatan atau jenis yang berbentuk modular untuk mewujudkan satu enviromen
yang mesra budaya ?
Latihan
1. Berdasarkan kepada pengalaman anda sebagai guru, apakah ciri-ciri utama yang
perlu diberi perhatian dalam mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya?
2. Buat refleksi pengalaman anda melakarkan bilik darjah di atas.
1.4 Rumusan
· Pengurusan fizikal harus mengambil kira bukan sahaja kemudahan prasarana serta
kemudahan fizikal tetapi hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan
satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan
perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial.
· Susunatur bilik darjah harus memberi perhatian kepada cara susunan tempat duduk
pelajar harus samarata dari segi kumpulan etnik
· Sudut –sudut pembelajaran dan bacaan dalam bilik darjah perlu mengambil kira
bahan bacaan pelbagai kumpulan etnik, mural sesuai dengan semua bangsa dalam
kelas.
· Guru perlu berperanan dalam mengetahui latar belakang pelajar, dan kepelbagaian
perbezaan individu pelajar apabila mengatur dan melakarkan pelan bilik darjah serta
letaknya sudut-sudut pembelajaran supaya mesra budaya
Berikut ialah senarai bahan bacaan teks dan bahan rujukan yang digunakan
Teks Bacaan Asas
Carol,SW & Mignano, A.J(2003). Elementery Classroom management.(3rd Ed) :
McGraw Hill.
Pafkay,W.F.( 2004). Becoming a teacher. 6th Edition .Boston: Allyn & Bacon.
Rujukan
Bull, Shirley & Solity Jonathan. (1987). Classroom management: Principles to
Practice. NSW: Dcroom Helm.
Cheyney, A.B. (1967). Teaching children of different cultures in the classroom.(2nd
Ed).: Bell&Howell, Columbus, Ohio.
Jones, B. F. (1995). Comprehensive classroom management: Creating Positive
Learning Environments for all Students. Mass: Allyn & Bacon.
Lambert,N.M.(1994). Seating arrangements in classrooms. The International
Encyclopedia of Education( 2nd ed), 9 ,5355-5359.
Robiah Sidin (1993). Classroom management. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Steele, FI.(1973). Physical setting and organization development.
Reading,MA:Addison-Wesley.
Weinstein,C.S. (1987). Spaces for children. New York:Plenum Press.
Woolfolk (2001). Educational psychology.( 8th Ed.). Boston: Allyn and Bacon
http://jmnasira.blogspot.com/2009/11/pgsr-sm3-modul-edu-3106.html
1.0Pengenalan
1.1Lemlekh (1988) menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah sebagaiorkestra dala
m kehidupan. Memerlukan pembentukan kurikulum,penyelenggaraan prosedur dan su
mber pengajaran. Keutamaan
ditumpukanadalah penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimumkankeberkesan
an, pemantauan perkembangan murid serta pemikiran terlebihdahulu mengenai
maslaah-masalah yang mungkin timbul.
1.2
Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyaiimpak dua
kali ganda dalam pencapaian murid berbanding polisi
sekolahberkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatanmasyara
kat.1.3Woolfolk (1990) berkata motivasi atau kuasa dalaman akan
membangkitkan,mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid. Emosi murid
harusdiurus dengan berkesan supaya emosi mereka sentiasa stabil untukmeneruskan
aktiviti dalam
pembelajaran.1.4Menurut Lee Shok Mee(1995), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifka
nsebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkansuasana
persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran.
Objektif
2.1
Mentakrif konsep, tujuan dan komponen-komponen fizikal
dalam pengurusanpersekitaran fizikal untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra
budaya.
2.2
Menerangkan peranan dan tanggungjawab guru dalam mewujudkan bilikdarjah yang
mesra budaya.
2.3
Menjelaskan konsep, kepentingan, perkembanagan dan strategi pengurusansosio-
emosi dalam bilik darjah pelbagai budaya.2.4Mengenalpasti konsep dan ciri-
ciri pengurusan pengajaran dan pembelajaranyang berkesan2.5Menjelaskan aspek-
aspek penting dalam pengurusan pengajaran danpembelajaran
3.0Pendahuluan
Menurut Najeemah Md. Yusof (2006), pembelajaran merujuk kepada perubahantingkah
laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Pembelajaran ini puladipengaruhi
oleh persekitaran yang positif, atau disebut persekitaran pembelajarankondusif iaitu
merupakan satu komponen yang amat penting dalam proses
pengajarandan pembelajaran. Dalam konteks pendidikan, Choong Lean Keow (2008)m
endefinisikan persekitaran pembelajaran yang kondusif sebagai iklim dan budaya
bilikdarjah secara menyeluruh yang merangkumi beberapa aspek
seperti pola komunikasi,reka bentuk, pelan lantai dan susun atur ruang fizikal dan
kebolehan guru mengurusmurid-murid dalam bilik darjah. Bersandarkan maksud
tersebut, dapat difahami
bahawapersekitaran pembelajaran kondusif merupakan satu keperluan wajib untukmem
ungkinkan proses pembelajaran berlaku dengan lancar. Persekitaran yangkondusif ini
merangkumi empat aspek iaitu persekitaran fizikal, persekitaran psiko-sosial, peraturan
bilik darjah dan rutin bilik darjahSuasana fizikal boleh menyumbang kepada
pembelajaran murid, kawalan kelas,hubungan murid dengan guru dan hubungan murid
dengan murid (Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2008). Persekitaran yang
selesa, kemas dan ceria mampumenyeronokkan pengalaman pembelajaran
murid.Menurut Ahmad Mohd Salleh (2008), psiko-
sosial merujuk kepada hubunganantara keperluan emosi individu dengan persekitaran
sosialnya. Persekitaran psiko-sosial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri
antaranya seperti suasanaselesa, komunikasi terbuka, perkongsian idea dan lain-lain
lagi.
4.0 Laporan kajian4.1 Ciri-ciri bilik darjah yang mesra budaya
Bilik darjah ialah tempat dimana berlakunya proses pengajaran danpembelajaran,
pembentukan sikap dan tingkah laku murid-murid. (Atan Long,
(1986)Bagi mencapai tujuan ini maka sesebuah bilik darjah itu perlu diatur dan disusun
dengan rapi serta diawasi pula oleh guru. Sesebuah bilik darjah yang biasa
mempunyaikelengkapan asas seperti kerusi, meja, papan tulis, almari dan papan kenya
taan.Sekolah-
sekolah yang mampu akan menyediakan kemudahan yang lain mengikutkeperluan ses
ebuah kelas. Semua kemudahan yang disediakan akan membantumelicinkan pengurus
an supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkannatijah yang baik dan
sempurna.Sebenarnya, tiada suatu bentuk khusus terhadap susunan bilik darjah. Oleh
ituterdapat pelbagai bentuk yang dibuat. Bentuk susunan itu pada hakikatnya
tertaklukkepada keperluan dan keupayaan serta suasana sesebuah sekolah. Oleh
kerana itu juga saya telah melakukan beberapa kajian terhadap struktur bilik
darjah yang berkesandan kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dengan
memberi penekanankepada aspek-aspek fizikal dan sosio-emosi sekaligus dapat
mewujudkan persekitaranbilik darjah yang mesra budaya
http://www.scribd.com/doc/104834660/Assignment-EDU-3106-Budaya-Dan-
Pembelajaran

More Related Content

What's hot

Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3share with me
 
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
KatherineSaw3
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterdimidur
 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
SurachaiAirak3
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projekaflah jamaluddin
 
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaImplikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaIrwan Nazarudin
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatif
Mokhzani Fadir
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
Opie Mohamad
 
Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018
NANAPOYO
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
Syrvison Goh
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
NURLIDYAWATI JASMIN
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
FaFai S.
 
Ringkasan model ginott
Ringkasan model ginottRingkasan model ginott
Ringkasan model ginottzatiiza
 
16 tabiat berfikir_PRAKTIKUM
16 tabiat berfikir_PRAKTIKUM16 tabiat berfikir_PRAKTIKUM
16 tabiat berfikir_PRAKTIKUM
Haanan Gunnasagaran
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
NorlelaAlim
 
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranNota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Ahmad Fahmi
 
2.AKAUNTIBILITI GURU.pdf
2.AKAUNTIBILITI GURU.pdf2.AKAUNTIBILITI GURU.pdf
2.AKAUNTIBILITI GURU.pdf
MashiraYahaya1
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah laku
umagul
 

What's hot (20)

Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canter
 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek
 
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaImplikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatif
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
 
Ringkasan model ginott
Ringkasan model ginottRingkasan model ginott
Ringkasan model ginott
 
16 tabiat berfikir_PRAKTIKUM
16 tabiat berfikir_PRAKTIKUM16 tabiat berfikir_PRAKTIKUM
16 tabiat berfikir_PRAKTIKUM
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
 
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranNota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
 
2.AKAUNTIBILITI GURU.pdf
2.AKAUNTIBILITI GURU.pdf2.AKAUNTIBILITI GURU.pdf
2.AKAUNTIBILITI GURU.pdf
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah laku
 

Similar to Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04d77de1

Peranan_Guru_dalam_pengurusan_bilik_darj.doc
Peranan_Guru_dalam_pengurusan_bilik_darj.docPeranan_Guru_dalam_pengurusan_bilik_darj.doc
Peranan_Guru_dalam_pengurusan_bilik_darj.doc
ABDULRASHIDBINALEXAN
 
Slide kps
Slide kpsSlide kps
Strategi mengurus bilik pembelajaran (Bab 8)
Strategi mengurus bilik pembelajaran (Bab 8)Strategi mengurus bilik pembelajaran (Bab 8)
Strategi mengurus bilik pembelajaran (Bab 8)
NurSyaqina
 
BAB 12 GURU DAN SEKOLAH.pptx
BAB 12  GURU DAN SEKOLAH.pptxBAB 12  GURU DAN SEKOLAH.pptx
BAB 12 GURU DAN SEKOLAH.pptx
NurulHudaHusin
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahNoor Asheikin
 
1 alam belajar
1 alam belajar1 alam belajar
K7 kpli-interaksi dalam p-p
K7 kpli-interaksi dalam p-pK7 kpli-interaksi dalam p-p
K7 kpli-interaksi dalam p-p
khalidipda
 
edu pengurusan bilik darjah sekolah rendah
edu pengurusan bilik darjah sekolah rendahedu pengurusan bilik darjah sekolah rendah
edu pengurusan bilik darjah sekolah rendahNoredatul Gabo
 
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusifPembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusifawin awin
 
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaImplikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaTengku Anis
 
Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)
Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)
Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)
NurSyaqina
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Santa Barbara
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahfiro HAR
 
Pengurusan bilik darjah (Bab 6)
Pengurusan bilik darjah (Bab 6)Pengurusan bilik darjah (Bab 6)
Pengurusan bilik darjah (Bab 6)
NurSyaqina
 
Pengurusan bilik-darjah 1
Pengurusan bilik-darjah 1Pengurusan bilik-darjah 1
Pengurusan bilik-darjah 1
shikinedin1
 
Tutorial cara menangani tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah (nicholas...
Tutorial  cara menangani tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah (nicholas...Tutorial  cara menangani tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah (nicholas...
Tutorial cara menangani tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah (nicholas...
nicklala909
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
MUHAMADAIZATBINMDYUS
 

Similar to Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04d77de1 (20)

Bilik darjah
Bilik darjahBilik darjah
Bilik darjah
 
Peranan_Guru_dalam_pengurusan_bilik_darj.doc
Peranan_Guru_dalam_pengurusan_bilik_darj.docPeranan_Guru_dalam_pengurusan_bilik_darj.doc
Peranan_Guru_dalam_pengurusan_bilik_darj.doc
 
Slide kps
Slide kpsSlide kps
Slide kps
 
Strategi mengurus bilik pembelajaran (Bab 8)
Strategi mengurus bilik pembelajaran (Bab 8)Strategi mengurus bilik pembelajaran (Bab 8)
Strategi mengurus bilik pembelajaran (Bab 8)
 
BAB 12 GURU DAN SEKOLAH.pptx
BAB 12  GURU DAN SEKOLAH.pptxBAB 12  GURU DAN SEKOLAH.pptx
BAB 12 GURU DAN SEKOLAH.pptx
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
1 alam belajar
1 alam belajar1 alam belajar
1 alam belajar
 
K7 kpli-interaksi dalam p-p
K7 kpli-interaksi dalam p-pK7 kpli-interaksi dalam p-p
K7 kpli-interaksi dalam p-p
 
edu pengurusan bilik darjah sekolah rendah
edu pengurusan bilik darjah sekolah rendahedu pengurusan bilik darjah sekolah rendah
edu pengurusan bilik darjah sekolah rendah
 
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusifPembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
 
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaImplikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
 
Tugasan 1
Tugasan 1Tugasan 1
Tugasan 1
 
Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)
Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)
Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Pengurusan bilik darjah (Bab 6)
Pengurusan bilik darjah (Bab 6)Pengurusan bilik darjah (Bab 6)
Pengurusan bilik darjah (Bab 6)
 
Pengurusan bilik-darjah 1
Pengurusan bilik-darjah 1Pengurusan bilik-darjah 1
Pengurusan bilik-darjah 1
 
Tutorial cara menangani tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah (nicholas...
Tutorial  cara menangani tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah (nicholas...Tutorial  cara menangani tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah (nicholas...
Tutorial cara menangani tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah (nicholas...
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
 
Proposal 2013 (aidil)
Proposal 2013 (aidil)Proposal 2013 (aidil)
Proposal 2013 (aidil)
 

Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04d77de1

  • 1. pengurusan bilik darjah yang kondusif 1.0 Pendahuluan Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pengajaran. Ruang bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan aktiviti pengajaran. Tempat duduk perlu disusun,papan kenyataan dihias dan karel pembelajaran dan rak-rak buku perlu dipasang. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum. Seorang guru haruslah sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada anak murid mereka. Bagi memainkan peranan sebagai pengurus yang berkesan, kita perlulah memahami kesukaran situasi bilik darjah dan mengenali faktor-faktor yang boleh membantu untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang sihat.
  • 2. 1.1 Konsep Persekitaran Bilik Darjah Yang Kondusif Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran. Seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif serta berkesan dalam menghadapi tingkah laku. Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, cara seseorang guru mengawal murid dan aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri. Dalam persekitaran ini, murid menyedari kelebihan sikap berdikari mempunyai perasaan bertanggungjawab dan kesepunyaan terhadap pembelajarannya. 1.1.1 Persekitaran Fizikal Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana suasana bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pengajaran. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek- aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot serta kebersihan. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum. 1.1.2 Persekitan psikososial
  • 3. Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama untuk semua murid. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjah. Jika persekitaran psikososial ini tidak dititikberatkan oleh guru, masalah disiplin akan berlaku dalam kalangan murid. Oleh itu, bagi menguruskan keperluan psikososial setiap murid, guru perlulah menjadi seorang guru yang asertif. Mengikut Model Disiplin Asertif Canter, pendekatan yang terbaik untuk menguruskan bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Guru asertif mempunyai matlamat yang jelas dengan pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan dan pada masa yang sama akan bersikap adil kepada semua murid. Jika seorang guru ini konsisten bersikap asertif ini dapat membantu membina persekitaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran dan psikososial murid. 1.1.3 Peraturan dan rutin bilik darjah
  • 4. Pada umumnya, murid sekolah rendah mula berdikari namun mereka masih memerlukan pemantauan. Pada peringkat ini, mereka suka diberi perhatian dan menunjukkan respon yang positif apabila diberi insentif atau hadiah. Menurut Erik Erison, kanak-kanak pada peringkat ini mula mendapat pengalaman baharu dan berfokus kepada pembelajaran pengetahuan dan kemahiran baharu. Namun, murid pada peringkat ini memerlukan struktur dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru perlulah membina peraturan dan prosedur untuk mentadbir aktiviti dalam bilik darjah. Peraturan merupakan pernyataan yang menentukan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh murid. Contoh peraturan yang biasa ditemui ialah setiap murid perlulah mempunyai rasa hormat, mesra dan bersifat membantu rakan- rakan mereka, murid perlu menyiapkan tugasan mereka dan murid perlu mengangkat tangan mereka jika mahu menjawab sebarang pertanyaan. Mengikut Model Pengurusan Kounin, asas kepada keberkesanan pengurusan disiplin bilik darjah bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru terhadap bilik darjah. Faktor utama dalam menguruskan tingkah laku di dalam bilim darjah menurut Kounin adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik darjah. Contohnya, dalam gerak kerja kumpulan, seorang guru berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil walaupun pada ketika itu dia sedang mengajar kumpulan yang tertentu. Dengan kepekaan ini, seorang guru berupaya menjangka masalah yang akan timbul dan selalunya dapat menghalang masalah daripada menjadi semakin serius. Selain itu, guru juga akan membentuk rutin di dalam bilik darjah untuk aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Rutin ialah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh murid dalam aktiviti spesifik mereka. Rutin bertujuan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh amalan rutin ialah guru mengambil kehadiran setiap hari, cara mengedar dan menyimpan bahan pengajaran, membentuk kumpulan dalam kelas, menghantar buku
  • 5. latihan atau kerja rumah dan lain-lain. Setiap rutin yang dibentuk hendaklah sentiasa dipantau dan diberi peneguhan sehingga prosedur-prosedur ini menjadi satu budaya dalam kalangan murid dan seterusnya menjadi suatu budaya di sekolah tersebut. Untuk mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model Akibat Logikal Dreikurs di mana menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid- murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. 2.0 Cadangan Membina Persekitaran Bilik Darjah yang Kondusif Sepanjang menjalani latihan Pengalaman Berasakan Sekolah III, saya telah bercadang untuk merancang kelas Tahun 1 Saidina Umar dalam membantu guru kelas tersebut iaitu Puan Rahila Bt Sahar untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif. Sebelum merancang, saya terlebih dahulu mengenalpasti kedudukan pintu dan tingkap. Hal ini demikian kerana kedua-dua aspek ini adalah
  • 6. sumber cahaya dan udara, jadi ini dapat membantu saya untuk merancang susun atur bilik darjah. Dalam pelan bilik darjah yang saya bina, terdapat beberapa elemen yang boleh membawa kepada persekitaran bilik darjah yang kondusif. Papan hijau Info LINUS Carta organisasi Teratak LINUS Rak fail Papan kenyataan Papan kenyataan Meja guru Sudut
  • 8. 2.2 Perancangan Persekitan Fizikal 2.2.1 Meja guru Meja guru diletakkan di belakang kelas dan berada di tengah. Kedudukan seperti ini adalah amat sesuai sekali diaplikasikan terutama pada murid Tahun Satu. meja guru juga hendaklah menghadap meja murid bagi membantu berlakunya kontek visual antara murid dan guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan meja guru di belakang ini juga tidak menghalang penglihatan murid pada papan putih semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan ini juga dapat memaksimumkan pemantauan guru terhadap setiap murid dari setiap sudut. Apabila murid mengetahui setiap gerak gerinya diperhatikan, mereka akan dapat membuat kerja berkumpulan atau individu dengan sebaiknya. Dengan itu, kedudukan ini dapat mencapai keselesaan guru dan dapat merangsang semangat untuk guru mengajar dalam emosi yang positif. 2.2.2 Kerusi dan meja murid Perkara utama yang mesti diberi perhatian pada setiap kerusi dan meja murid ini ialah kuantiti kerusi dan meja adalah mencukupi dan berada dalam
  • 9. keadaan yang baik dan selamat. Untuk tujuan keselasaan, saiz kerusi dan meja harulah sesuai dengan peringkat tahap umur murid. Bagi susunan pula, meja murid disusun secara berkelompok di mana meja disusun secara berempat. Susunan ini memudahkan pengajaran berpusatkan murid. Selain itu, susunan ini dapat menggalakkan interaksi antara murid semasa gerak kerja kumpulan. Pada masa yang sama, murid juga masih boleh fokus kepada kerja sendiri. Susunan kelompok membolehkan murid berbincang, meluahkan pendapat, saling membantu dan berkongsi bahan semasa gerak kerja berkumpulan. Walau bagaimanapun, untuk membuat susunan secara berkelompok ini, guru hendaklah memastikan bilangan murid tidak terlalu ramai dan keluasan kelas hendaklah luas. Guru juga hendaklah memantau ahli kelompok supaya boleh bekerjasama dan bukan medatangkan kesan negatif kepada kumpulan. Guru juga bolehlah menempatkan setiap murid dalam kumpulan mengikut pencapaian mereka. Hal ini akan memudahkan guru memberikan tugasan atau latihan selaras dengan pencapaian murid. 2.2.3 Sudut multi-media Selain faktor udara, perabot dan ruang, persekitaran fizikal bilik darjah abad ke-21 memerlukan prasarana teknologi yang bersesuaian. Penggabungjalinan elemen-elemen ini menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang seronok untuk proses pembelajaran. (Weinstein & Mignano, 2003). Bagi membina persekitaran kondusif sudut multi-media juga perlu ada di dalam setiap bilik darjah. Di sudut ini, disediakan sebuah komputer dengan jaringan internet untuk penggunaan murid yang disambungkan ke plug elektrik yang berada di dinding bahagian tersebut. Sudut ini diletakkan
  • 10. berhampiran meja guru bagi memudahkan murid mendapat bimbingan guru semasa penggunaannya. Ini juga dapat memberi kelebihan kepada guru untuk memantau murid-murid agar menggunakan multi-media secara bijak dan bermanfaat. Guru juga perlu menyediakan peraturan penggunaan multi- media. Rasionalnya adalah supaya semua murid dapat menikmati kemudahan ini di samping pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dan mengelakkan berlakunya kerosakan atau kemalangan. 2.2.4 Sudut bacaan Di satu sudut di bahagian belakang kelas dikhaskan sebagai sudut bacaan. Di sudut ini, dihamparkan permaidani dan diletakkan beberapa bantal untuk keselesaan murid-murid. Ruang ini lebih bersifat mesra kepada murid-murid dan memberi suasana seolah-olah mereka berada dirumah. Beberapa rak yang memuatkan buku, kamus, peta, surat khabar, majalah turut disusun di sudut ini untuk bacaan umum dan rujukan murid. Bahan-bahan bacaan ini diperolehi daripada sumbangan murid dan guru. Oleh itu, murid-murid akan berasa lebih bertanggungjawab untuk menjaganya kerana merasakan mereka turut memberi sumbangan bahan bacaan. Peraturan penggunaan ruangan ini turut dibina seperti bahan bacaan tidak boleh dikeluarkan daripada kelas, bahan bacaan perlu disusun kembali di atas rak selepas digunakan, buku yang rosak harus diganti dan sebagainya. Peraturan sebegini boleh mengelakkan berlakunya kerosakan dan kehilangan bahan bacaan ini. Untuk mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model Akibat Logikal Dreikurs di mana menekankan
  • 11. kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. 2.2.5 Pencahayaan dan pengudaraan Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk keselesaan murid dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tingkap dan lampu yang mencukupi boleh memberi pencahayaan yang mencukupi. Guru haruslah memastikan alat elektrik ini berfungsi dan melaporkan kepada pihak bertanggungjawab jika terdapat kerosakan. Susun atur perabot dalam bilik darjah juga hendaklah disusun dengan baik supaya tidak menghalang tingkap untuk mengelakkan berlakunya halangan pencahayaan dan pengudaraan. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa membuka pintu dan tingkap untuk pengudaraan. 2.2.6 Meja bulat Meja bulat diletakkan di sudut kiri atau berdekatan dengan pintu di bahagian belakang kelas. Ini adalah bagi membolehkan murid berehat atau berbincang mengenai aktiviti-aktiviti atau tugasan-tugasan tertentu. 2.2.7 Tempat simpanan bekal makanan Selain itu, untuk membina persekitaran yang kondusif juga, guru bolehlah menyediakan tempat simpanan bekalan makanan. Satu peraturan
  • 12. mewajibkan semua murid dikehendaki menyimpan bekal makanan masing- masing di tempat ini perlu dilaksanakan. Hal ini kerana sekiranya terdapat murid yang membawa bekal makanan dan diletakkan di meja murid, andainya makanan itu tertumpah, ruang meja murid akan kotor dan mungkin juga akan mengotorkan buku-buku murid. Selain daripada itu, bekal makanan itu juga boleh menarik perhatian murid sehingga mengganggu tumpuanmurid semasa belajar. Dengan adanya tempat simpanan bekal murid ini, masalah- masalah ini tidak wujud dan kelas kelihatan lebih kondusif. 2.2.8 Papan kenyataan Pada papan kenyataan ini hendaklah dimuatkan jadual tugasan murid, hasil kerja murid, dan gambar aktiviti murid pada papan kenyataan untuk rujukan dan hiburan. Dalam jadual tugasan ini, murid-murid dibahagikan mengikut turutan hari dan tugas membersihkan kelas. Ini dapat melatih sifat bertaggungjawab dan kelas akan kelihatan bersih sepanjang hari. Dengan menampal hasil kerja pula, guru dapat melahirkan rasa bangga murid-murid apabila mereka melihat hasil kerja mereka dipamerkan dan secara tidak langsung mencetuskan minat mereka untuk belajar. Dalam hasil kerja murid pula dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua murid 2.2.9 Bakul sampah Dengan adanya bakul sampah, kebersihan bilik darjah dapat dijaga kerana murid-murid perlu membuang sampah ke dalam bakul sampah.
  • 13. 2.2.10 Peti pertolongan cemas Peti pertolongan cemas ini diletakkan di hadapan kelas. Penggunaan peti pertolongan cemas ini perlu mendapat keizinan guru. Setiap kelas perlu mempunyai peti pertolongan cemas kerana kita tidak dapat menjangka bila berlakunya kemalangan. Dengan adanya peti ini, rawatan kecemasan dapat diberikan dengan segera apabila berlakunya kemalangan. 2.2.11 Jam dan Kalendar Jam perlu diletakkan di hadapan kelas untuk melatih murid menghargai masa. Kalendar pula digunakan untuk rujukan tarikh. Dalam kalendar turut dicatatkan beberapa hari dan peristiwa penting seperti Hari Kebangsaan. Ini dapat melatih murid supaya peka dengan peristiwa-peristiwa penting sebegini. 2.2.12 Rak guru Rak guru diletakkan di sebelah meja guru bagi kemudahan guru untuk menyimpan bahan bantu mengajar, fail-fail, termasuk untuk kegunaan murid.
  • 14. RUMUSAN Semasa menguruskan bilik darjah, guru memainkan pelbagai peranan penting. Bilik darjah merupakan sebuah komuniti kecil dan menjadi tempat di mana seorang guru dan sekumpulan pelajar saling berinteraksi. Oleh itu, menjadi tanggungjawab seorang guru untuk menguruskan bilik darjah dengan bantuan murid-murid. Dalam usaha ke arah menyediakan persekitaran yang kondusif, guru perlulah mengambil kira ciri fizikal sesebuah bilik darjah, faktor emosi dan sosial serta peraturan dan rutin yang dilaksanakan. Melalui persekitaran bilik darjah yang kondusif ini, guru dapat melahirkan pelajar yang lebih berdisiplin dan suasana harmoni dalam bilik darjah dapat diwujudkan. Selain itu pembentukan suasana bilik darjah yang ceria dan menyeronokkan secara tidak langsung dapat mengurangkan gejala ponteng sekolah. Pengurusan bilik darjah yang berkesan mampu meningkatkan kualiti pelajar yang akan dilahirkan oleh institusi pendidikan, sekaligus dapat mengurangkan masalah sosial yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. BIBLOGRAFI/RUJUKAN
  • 15. Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel.2009. Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku. Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar. Amir Hasan Dawi. 2006. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Ketiga. KualaTanjung Malim: Quantum Books. Chris Watkins. 2005. Classrooms as Learning Communities: What’s in it for schools?. Routledge Taylor & Francis Group. Frazer, E. Home. 1989. Environment and The School . London: London UniversityPress. Pengurusan Bilik Darjah yang Cekap Mewujudkan Suasana Pembelajaran yang Harmoni. http://pengurusanbilikdarjah.smkberangan.com/index_files/script.js (akses 25 Februari 2012) Corak Pengurusa Bilik Darjah yang Kondusif.http://notapismpks.blogspot.com/2011/12/pbdt-nota-topik-8-perancangan.html Developing Classroom Expectationshttp://www.projectidealonline.org/classMgt_ClassroomExpectations.php (a kses pada 13 Mac 2012) Budaya: Bab 5 Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA 1)Perhubungan Antara Kelompok Etnik
  • 16.  Interaksi dua atau lebih budaya yang berbeza. Implimentasi dalam Pendidikan  Menghayati roh perlembagaan & kontrak sosial  Orientasi sosial bilik darjah  Bahan P&P mengaitkan dengan budaya  Peluang kepada setiap etnik  Isu sensitif  Bangga dengan setiap budaya etnik 2)Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Definisi Pengajaran  Cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan pembelajaran.  Hasil daripada pengajaran berlaku perubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Membentuk pengajaran Yang Mesra Budaya:Sebelum Pengajaran; Pemilihan tajuk pembelajaran yang berkaitan kepelbagaian budaya  Perayaan di Malaysia  Permainan Tradisional  Pakaian  Makanan
  • 17.  Kesenian Aspek Yang Perlu Dipertimbangkan;  Penerapan budaya nilai-nilai murni dalam objektif pembelajaran (afektif)  Penghasilan bahan bantu mengajar yang mampu melibatkan keseluruhan pelajar  Memastikan bilik darjah dalam keadaan yang baik dan selesa sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan Semasa Pengajaran;  Pemilihan kaedah dan teknik pengajaran yang melibatkan interaksi yang aktif dalam bilik darjah  Drama  Main peranan/simulasi  Belajar ambil bermain  Menggalakkan aktiviti berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai budaya  Sentiasa bersikap adil kepada semua murid tanpa mengira latar belakang.  Memberi pujian dan galakan kepada murid yang baik dan aktif dalam kelas.  Tidak memburuk-buruk dan merendah-rendahkan murid.  idak menyentuh isu-isu sensitif yang mampu mengguris perasaan mana-mana pihak  Menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsung.
  • 18.  Menekankan aspek perpaduan, bertolak ansur dan bekerjasama dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan  Menggalakkan murid bertanya dan bersoal jawab serta mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi  Melaksanakan aktiviti yang memerlukan murid berinteraksi dengan aktif.  Guru menjadi role-model yang terbaik untuk dijadikan teladan. Jangan jadi seorang anti budaya etnik lain.  Pelaksanaan peraturan yang dapat membentuk peribadi murid tanpa mengira ras.  Mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada murid yang melakukan kesalahan dengan setimpal tanpa ada driskriminasi ras. 3. Pengurusan Sosio Emosi  Menjadi perangsang bagi membangkitkan & mengekalkan minat murid.  Woolfolk- kuasa dalaman/motivasi.  Gunakan teknik sosiometri oleh Moreno;  SEORANG RAKAN UNTUK BEKERJASAMA  SEORANG RAKAN UNTUK BERMAIN  SEORANG RAKAN YANG DUDUK SEBELAH  SEORANG RAKAN YANG TIDAK MAHU BEKERJASAMA  Guru boleh mengetahui perasaan murid lain terhadap murid lain.
  • 19. Tujuan;  Kawalan kelas  Mengelakkan pembentukan kelompok kecil  Mengenal pasti murid pilihan ramai  Murid kategori berasingan berhubung.  Ciri Emosi;  Peramah, sayang akan murid & ekspektasi sederhana.  Nada suara  Kesederhanaan  Bersikap kawalan positif  Kepimpinan demokratik Implimentasi Pengurusan Sosio Emosi  Dorongan positif- pujian & penghargaan.  Menerima kekuatan & kelemahan murid.  Kebijaksanaan & membangkit naluri ingin tahu murid.  Hubungan positif  Kemahiran menyelesaikan masalah  Suhu motivasi
  • 20. 4. Pengurusan Sosio Linguistik — Sosiolinguistik adalah kajian interdisiplin yang mempelajari pengaruh budaya terhadap cara suatu bahasa digunakan. (wikipedia) — Interaksi sosial dan bahasa dalam sesuatu budaya. — Bahasa merupakan alat perhubungan dan perantaraan sesuatu budaya. — Sosial merupakan interaksi antara masyarakat Cara Pembinaan Bilik darjah Yang Mesra Budaya; — Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa penghantar. — Majoriti masyarakat Cina dan India menggunakan Bahasa Inggeris. — Masyarakat melayu menggunakan Bahasa Melayu. — Kedudukan pelajar dalam bilik darjah. — Mempamerkan info mengenai budaya dalam kelas. — Menerapkan nilai kerjasama antara budaya. — Menggunakan pelbagai bahasa semasa interaksi dalam bilik darjah 5. Penilaian Berasaskan Budaya — Aturan kedudukan fizikal kelas dalam kumpulan dengan kaum yang berbeza. — Melakukan aktiviti bersama kaum yang berbeza.
  • 21. — Memperkenalkan adat dan kaum yang ada di Malaysia. — Menerapkan nilai bekerjasama dalam subjek. http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/bab-5-pembinaan-persekitaran-bilik.html BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN ( Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya) Sinopsis Modul ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang beberapa tajuk yang berkaitan dengan pembinaan bilik darjah yang mesra budaya. Ini merangkumi tajuk yang terdiri daripada pengurusan fizikal dan sosio-emosi bilik darjah yang mesra budaya. Di samping itu, pelajar diberi pendedahan mengenai interaksi dan cara hubungan yang sesuai antara pelajar dalam bilik darjah yang terdiri daripada pelajar berbagai kelompok etnik. Tajuk tentang pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengajar pelajar pelbagai budaya. Di samping itu, unit ini juga membincangkan pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian budaya serta kelas bercantum yang sering terdapat di kawasan yang terpencil atau pedalaman. Aspek-aspek sosiolinguistik juga dibincangkan untuk menyesuaikan pelajar kepada situasi tertentu. Akhirnya, pelajar diberi pendedahan mengenai penilaian berasaskan budaya supaya pelajar dapat melengkapkan diri untuk berdepan dengan pelajar pelbagai budaya. Berbekalkan pengetahuan sedemikian, pelajar akan lebih bersedia mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang mesra budaya Hasil Pembelajaran Mentakrif konsep, tujuan dan komponen-komponen fizikal dalam pengurusan persekitaran fizikal untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya Menerangkan peranan dan tanggungjawab guru dalam mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya Melakar pelan lantai fizikal bilik darjah yang mesra budaya Menjelaskan konsep, kepentingan, perkembanagan dan strategi pengurusan sosio- emosi dalam bilik darjah pelbagai budaya Menjelaskan kepentingan memahami hubungan etnik dan mencadangkan cara-cara yang sesuai dalam mewujudkan hubungan yang baik dalam kalangan pelbagai etnik Mengenalpasti konsep dan ciri-ciri pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan Menjelaskan aspek-aspek penting dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran
  • 22. Mengenalpasti konsep, tujuan dan ciri-ciri pedagogi relevan budaya Membincangkan kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pedagogi relevan budaya 10. Menerangkan latar belakang, konsep, ciri-ciri dan kepentingan kelas bercantum 11. Mengelola ,menguruskan dan melaksanakan kelas bercantum yang memenuhi hasrat dan tujuan kelas bercantum Mentakrifkan maksud penilaian berasaskan budaya Menghuraikan ciri-ciri dan aspek-aspek diambil kira dalam penilaian berasaskan budaya TOPIK 1 KONSEP DAN TUJUAN PERSEKITARAN FIZIKAL BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA Sebelum kita bermula, fikirkan tentang persekitaran fizikal bilik darjah. Mengapa guru perlu menyusunkan bilik darjah sebegitu rupa? Apakah aspek-aspek yang perlu diambil kira apabila ingin menyusunkan bilik darjah anda? Bagaimana anda dapat mewujudkkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya. Mari kita sama sama membincangkan ciri-ciri fizikal yang perlu diberi perhatian dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya. 1.1 Konsep dan Tujuan Pengurusan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Konsep pengurusan fizikal harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial. Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah di rumuskan oleh Fred Steele(1973) sedemikian “ the effects of physical setting in a classroom is a setting for social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure”. Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza. Kriteria-kriteria Fizikal Umum Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya 1) Aspek Fizikal :- · Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai mengikut keperluan aktiviti.
  • 23. · Mempunyai pencayaan dan pengudaraan yang baik. · Mengecat dinding dengan warna - warni yang ceria dan lembut. · Memasang langsir dengan warna yang ceria, terang dan lembut. · Melukis mural diswekitar kelas. · Keselamatan yang terjamin seperti pelan kebakaran dan pemadam api. Berhenti dan Reflek Pembelajaran dalam persekitaran fizikal yang mesra budaya akan merangsang pelajar untuk menimba ilmu secara berkesan. Bagaimana anda dapat melakarkan pelan bilik lantai yang anda fikir “ mesra budaya”? 2) Sudut-Sudut Pembelajaran:- Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta sudut kreativiti dan sebagainya. Di samping itu, terrdapat sudut-sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer, televisyen dan multimedia. 1.2 Kriteria-kriteria Fizikal Spesifik Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya 1) Aspek Fizikal:- · Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan secara tidak langsung dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya secara tidak langsung. · Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Adalah sesuai sekiranya tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini. Aktiviti sedemikian juga merupakan salah satu aktiviti yang sesuai yang boleh dilakukan oleh murid-murid dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. Perbincangan serta persediaan untuk lukisan mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama. Secara tidak langsung guru telah berjaya secara tidak langsung untuk memujudkan persekitaran mesra budaya. · Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong antara murid dari pelbagai latarbelakng dan budaya. Tugasan yang di berikan oleh guru dapat di bincang diruang ini; di mana secara tidak langsung Ali, Kumar serta Kim Moi dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk
  • 24. tugasan mereka. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau “work space” ini disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa “ the physical environment of the classroom such as use of space, classroom setting and cocial dimensions interact to shape classroom culture” 2) Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan:- · Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung murid- murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormat- menghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum . Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid. Contohnya di sudut budaya ini Ali dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama Samy dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak prasangka agar tidak menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik. Begitu juga dengan murid-murid dari Sabah dan Sarawak. Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian “keep in mind to include a literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate and discover knowledge”. · Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik; di mana sudut-sudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah. · Selain daripada sudut-sudut pembelajaran, guru juga boleh menyediakan sudut bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang mengandungi informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik. · Sudut pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari pelabagi latar belakang etnik dapat menggunakan perisian “software” yang di sediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Semasa membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta menghayati nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong serta toleransi. Selepas kita telah dan fahami konsep dan tujuan pengurusan fizilkal bilik darjah cuba anda bincang dengan rakan anda, Apakah ciri-ciri persekitaran fizikal spesifik selain daripada yang telah dinyatakan di atas dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ?
  • 25. Pergi ke perpustakaan terdekat untuk mencari rujukan mengenai persekitaran fizikal yang mesra budaya. Dengan melengkapkan diri dengan bahan bacaan, sila jawab soalan berikut: Selepas berbincang, sila senarai ciri-ciri persekitaran fizikal bilik darjah yang spesifik selain daripada yang tersenarai di atas? 1. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 2. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 3. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 4. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 5. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 1.3 Peranan guru sebagai „Physical Enviroment Designer‟. Sekiranya anda hadapi murid anda daripada pelbagai budaya, nescaya anda perlu mengambil perhatian terhadap kepelbagaian / perbezaan individu dalam bilik. Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru yang berperanan sebagai „Physical Enviromet Designer‟ agar dapat mewujudkan satu persekitaran yang mesra budaya? Antara ciri-ciri yang perlu diambil perhatian termasuk: · Perlu mengetahui latar belakang murid terlebih dahulu · Perlu faham dengan mendalam perasaan setiap murid · Mengkikis pra sangka · Perlu mengetahui latar belakang kebudayaan, agama dan adat setiap murid dengan mendalam. Berhenti sejenak dan semak kefahaman anda Apakah peranan anda sebagai guru dalam mereka cipta sebuah bilik darjah yang mesra budaya ? Berbekalkan pengalaman anda, Cuba anda lakar sebuah pelan lantai bilik darjah yang kondusif supaya dapat mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya? Apakah bentuk pelan lantai yang anda akan gunakan dalam setting di bilik darjah anda ? Adakah anda akan menggunakan kenis tradisional, jenis ladam kuda, separa bulatan atau jenis yang berbentuk modular untuk mewujudkan satu enviromen yang mesra budaya ?
  • 26. Latihan 1. Berdasarkan kepada pengalaman anda sebagai guru, apakah ciri-ciri utama yang perlu diberi perhatian dalam mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya? 2. Buat refleksi pengalaman anda melakarkan bilik darjah di atas. 1.4 Rumusan · Pengurusan fizikal harus mengambil kira bukan sahaja kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal tetapi hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial. · Susunatur bilik darjah harus memberi perhatian kepada cara susunan tempat duduk pelajar harus samarata dari segi kumpulan etnik · Sudut –sudut pembelajaran dan bacaan dalam bilik darjah perlu mengambil kira bahan bacaan pelbagai kumpulan etnik, mural sesuai dengan semua bangsa dalam kelas. · Guru perlu berperanan dalam mengetahui latar belakang pelajar, dan kepelbagaian perbezaan individu pelajar apabila mengatur dan melakarkan pelan bilik darjah serta letaknya sudut-sudut pembelajaran supaya mesra budaya Berikut ialah senarai bahan bacaan teks dan bahan rujukan yang digunakan Teks Bacaan Asas Carol,SW & Mignano, A.J(2003). Elementery Classroom management.(3rd Ed) : McGraw Hill. Pafkay,W.F.( 2004). Becoming a teacher. 6th Edition .Boston: Allyn & Bacon. Rujukan Bull, Shirley & Solity Jonathan. (1987). Classroom management: Principles to
  • 27. Practice. NSW: Dcroom Helm. Cheyney, A.B. (1967). Teaching children of different cultures in the classroom.(2nd Ed).: Bell&Howell, Columbus, Ohio. Jones, B. F. (1995). Comprehensive classroom management: Creating Positive Learning Environments for all Students. Mass: Allyn & Bacon. Lambert,N.M.(1994). Seating arrangements in classrooms. The International Encyclopedia of Education( 2nd ed), 9 ,5355-5359. Robiah Sidin (1993). Classroom management. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Steele, FI.(1973). Physical setting and organization development. Reading,MA:Addison-Wesley. Weinstein,C.S. (1987). Spaces for children. New York:Plenum Press. Woolfolk (2001). Educational psychology.( 8th Ed.). Boston: Allyn and Bacon http://jmnasira.blogspot.com/2009/11/pgsr-sm3-modul-edu-3106.html 1.0Pengenalan 1.1Lemlekh (1988) menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah sebagaiorkestra dala m kehidupan. Memerlukan pembentukan kurikulum,penyelenggaraan prosedur dan su mber pengajaran. Keutamaan ditumpukanadalah penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimumkankeberkesan an, pemantauan perkembangan murid serta pemikiran terlebihdahulu mengenai maslaah-masalah yang mungkin timbul. 1.2 Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyaiimpak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding polisi sekolahberkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatanmasyara kat.1.3Woolfolk (1990) berkata motivasi atau kuasa dalaman akan membangkitkan,mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid. Emosi murid harusdiurus dengan berkesan supaya emosi mereka sentiasa stabil untukmeneruskan aktiviti dalam pembelajaran.1.4Menurut Lee Shok Mee(1995), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifka nsebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkansuasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran.
  • 28. Objektif 2.1 Mentakrif konsep, tujuan dan komponen-komponen fizikal dalam pengurusanpersekitaran fizikal untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya. 2.2 Menerangkan peranan dan tanggungjawab guru dalam mewujudkan bilikdarjah yang mesra budaya. 2.3 Menjelaskan konsep, kepentingan, perkembanagan dan strategi pengurusansosio- emosi dalam bilik darjah pelbagai budaya.2.4Mengenalpasti konsep dan ciri- ciri pengurusan pengajaran dan pembelajaranyang berkesan2.5Menjelaskan aspek- aspek penting dalam pengurusan pengajaran danpembelajaran 3.0Pendahuluan Menurut Najeemah Md. Yusof (2006), pembelajaran merujuk kepada perubahantingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Pembelajaran ini puladipengaruhi oleh persekitaran yang positif, atau disebut persekitaran pembelajarankondusif iaitu merupakan satu komponen yang amat penting dalam proses pengajarandan pembelajaran. Dalam konteks pendidikan, Choong Lean Keow (2008)m endefinisikan persekitaran pembelajaran yang kondusif sebagai iklim dan budaya bilikdarjah secara menyeluruh yang merangkumi beberapa aspek seperti pola komunikasi,reka bentuk, pelan lantai dan susun atur ruang fizikal dan kebolehan guru mengurusmurid-murid dalam bilik darjah. Bersandarkan maksud tersebut, dapat difahami bahawapersekitaran pembelajaran kondusif merupakan satu keperluan wajib untukmem ungkinkan proses pembelajaran berlaku dengan lancar. Persekitaran yangkondusif ini merangkumi empat aspek iaitu persekitaran fizikal, persekitaran psiko-sosial, peraturan bilik darjah dan rutin bilik darjahSuasana fizikal boleh menyumbang kepada pembelajaran murid, kawalan kelas,hubungan murid dengan guru dan hubungan murid dengan murid (Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2008). Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampumenyeronokkan pengalaman pembelajaran murid.Menurut Ahmad Mohd Salleh (2008), psiko- sosial merujuk kepada hubunganantara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psiko-sosial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri
  • 29. antaranya seperti suasanaselesa, komunikasi terbuka, perkongsian idea dan lain-lain lagi. 4.0 Laporan kajian4.1 Ciri-ciri bilik darjah yang mesra budaya Bilik darjah ialah tempat dimana berlakunya proses pengajaran danpembelajaran, pembentukan sikap dan tingkah laku murid-murid. (Atan Long, (1986)Bagi mencapai tujuan ini maka sesebuah bilik darjah itu perlu diatur dan disusun dengan rapi serta diawasi pula oleh guru. Sesebuah bilik darjah yang biasa mempunyaikelengkapan asas seperti kerusi, meja, papan tulis, almari dan papan kenya taan.Sekolah- sekolah yang mampu akan menyediakan kemudahan yang lain mengikutkeperluan ses ebuah kelas. Semua kemudahan yang disediakan akan membantumelicinkan pengurus an supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkannatijah yang baik dan sempurna.Sebenarnya, tiada suatu bentuk khusus terhadap susunan bilik darjah. Oleh ituterdapat pelbagai bentuk yang dibuat. Bentuk susunan itu pada hakikatnya tertaklukkepada keperluan dan keupayaan serta suasana sesebuah sekolah. Oleh kerana itu juga saya telah melakukan beberapa kajian terhadap struktur bilik darjah yang berkesandan kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dengan memberi penekanankepada aspek-aspek fizikal dan sosio-emosi sekaligus dapat mewujudkan persekitaranbilik darjah yang mesra budaya http://www.scribd.com/doc/104834660/Assignment-EDU-3106-Budaya-Dan- Pembelajaran