Kumpulan 6 pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasa

2,874 views

Published on

0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,874
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
9
Actions
Shares
0
Downloads
112
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kumpulan 6 pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasa

  1. 1. Disediakan oleh: Nina Shakina binti Supardi Noraini binti Bachok Nur Annissa Anis binti Sabiran
  2. 2. Pendekatan pembelajaran bahasa Berpusatkan Murid Berpusatkan Bahan Pembelajaran Berasaskan projek Pendekatan Berasaskan Masalah
  3. 3. Pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Murid • Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. • Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. • Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri.
  4. 4. •Aktiviti pemulihan dan pengayaan merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. •Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu. •Banyak masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti.
  5. 5. Ciri- ciri Pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Murid •Murid memainkan peranan penting • Komunikasi dua hala berlaku (Guru menyoal/membimbing) • Kepimpinan guru secara demokratik (Perbincangan/galakan murid memberi pendapat) • tumpuan terhadap murid dalam perkembangan pembelajaran
  6. 6. • pilihan murid tentang jenis pengetahuan yang ingin dipelajari • kolaborasi dalam kalangan murid menerusi pembinaan pengetahuan dan persekitaran yang positif •penilaian secara berterusan ( formatif dan sumatif ) • Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong.
  7. 7. •Bahan pembelajaran yang mencabar pengetahuan sedia ada murid • Aktiviti luar oleh murid untuk meningkatkan pembelajaran • berupaya meningkatkan penglibatan koperatif, kolaboratif, masteri dan kontekstual secara dinamik dalam bilik darjah.
  8. 8. Tujuan Pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Murid • Menggalakkan murid aktif dalam pembelajaran • Meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi • Menambah keyakinan diri pada murid • Memberi peluang kepada murid untuk penyampaian hasil perbincangan • Menggalakkan murid menghasilkan idea dan pendapat •Mewujudkan suasana bekerjasama dalam kalangan murid • Menggalakkan murid membina ilmu pengetahuan
  9. 9. Peranan Murid Murid berperanan menggerakkan pembelajaran untuk mencetuskan situasi yang dinamik, peranan murid adalah ke arah : • Penguasaan isi-isi pelajaran • Tanggungjawab terhadap kawalan kadar kemajuan pembelajaran • Usaha memperoleh pengetahuan dan kemahiran bahasa secara berdikari.
  10. 10. •Penguasaan konsep pembelajaran sepanjang hayat. •Penekanan dalam mengaplikasikan teknik-teknik pembelajaran bahasa yang membabitkan hubungan antara aktiviti dan interaksi
  11. 11. Peranan Guru Guru berperanan ke arah menggiatkan pembelajaran berpusatkan murid yang tertumpu kepada proses kendiri, peranan guru adalah untuk : •Membahagi-bahagikan unit pembelajaran kepada beberapa subunit yang terdapat aktiviti-aktiviti perlu bagi tempoh pelaksanaan antara satu hingga dua minggu. • Menggubal dan menyediakan ujian untuk menguji perkara-perkara yang telah diajar.
  12. 12. •Menyediakan bahan pembelajaran seperti modul dan buku teks yang diperingkatkan kepada tahap-tahap tertentu. • Mengesan tahap kemajuan pembelajaran dengan berpandukan ciri Keller pelan. •Merancang penggunaan CD interaktif supaya dapat menampung persekitaran pembelajaran berasaskan komputer dan teknologi maklumat.
  13. 13. •Menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang relevan dengan sesuatu topik untuk ditempatkan di pusat akses kendiri. • Membuka peluang kepada murid untuk belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya. •Mencerap penaksiran kendiri murid supaya wujud maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan pembelajaran. •Membimbing murid untuk menentukan tujuan dan isi kandungan pembelajaran
  14. 14. Hubungan Guru Dengan Murid •Jalinan persefahaman dalam hubungan antara guru murid boleh dijadikan faktor pencetus ke arah keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran •Guru boleh berfungsi secara fleksibel dalam setiap aspek pengajaran sebagai contoh berperanan sebagai ibu atau bapa, rakan, Kewujudan hubungan ‘mesra guru’ dan ‘mesra murid’ mampu mempengaruhi minat seseorang murid dalam pembelajaran.
  15. 15. Hubungan dengan murid boleh dicetuskan oleh guru dengan cara berikut : •Pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran terancang •Bimbingan cara belajar Bahasa berkesan : ‘study hard and study smart’ •Galakan , peneguhan dan pengayaan
  16. 16. Hubungan Murid Dengan Murid •Murid perlu belajar dan bukan bertanding dengan rakan yang lain. •Dalam kalangan murid memang telah sedia wujud sifat berdikari untuk belajar ( Adenan Ayob, 2006 ) •Peluang sesama mereka adalah terbuka untuk memperbaiki prestasi diri.
  17. 17. Pembelajaran kadar kendiri Pembelajaran kadar kendiri: •Murid diberi tanggungjawab mengawal kemajuan pembelajaran •Murid tidak bergantung dengan kebolehan murid lain. •Seorang murid diberikan tanggungjawab melaksanakan pembelajaran kadar kendiri menerusi: 1. Inkuiri 2. Kolaboratif 3. Pembelajaran aktif 4. Refleksi 5. penilaian
  18. 18. Kelebihan Pendekatan Pembelajaran berpusatkan Murid •Kaedah ini membolehkan murid terlibat secara aktif dalam pelajaran mereka. •Proses dan aktiviti pembelajaran dilaksanakan oleh murid dan bukan paksaan kepada murid. •Guru berperanan sebagai pemudah cara atau fasilitator. •Strategi ini dapat menggalakkan daya kreativiti pelajar seterusnya membantu murid membina kemahiran menyelesaikan masalah.
  19. 19. •Pembelajaran cara ini membolehkan berlakunya pengalaman pembelajaran secara lebih mendalam dan luas •Guru mudah mengenal atau mengesan kelebihan yang ada pada setiap murid (perbezaan individu )
  20. 20. Kelemahan Pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Murid • Lebih bersifat tumpuan pembelajaran. • Tempoh berlaku pembelajaran yang optima akan mengambil masa yang panjang jika dibandingkan dengan pengajaran secara langsung. •Sebagai fasilitator, guru perlu berupaya untuk mengawal pembelajaran murid-muridnya dan kemungkinan ini mungkin boleh menimbulkan rasa ketidakselesaan di kalangan murid. • Banyak cabaran akan dihadapi semasa pelaksanaannya untuk membolehkan murid mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.
  21. 21. Pendekatan pembelajaran Berpusatkan Bahan •Pembelajaran berpusatkan bahan bermaksud pergantungan kepada bahan untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran •Interaksi berlaku antara murid dan bahan pembelajaran •Elemen berdikari, kecekapan dan kemahiran penggunaan sesuatu bahan pembelajaran dititik beratkan •Penekanan juga diberikan kepada aspek jasmani, rohani dan kognitif murid.
  22. 22. Sumber pembelajaran •Sumber pembelajaran dikaitkan dengan manusia, bahan bercetak, bahan audio visual, dan komputer seperti: Perkara Contoh Manusia •rakan sebaya, guru, pakar dan pegawai sumber Bahan bercetak •Buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, kad katalog, kamus dan manuskrip. Bahan audio visual •Video , filem, mikrofilem Komputer •You tube, internet, slaid, blog
  23. 23. Prinsip pembelajaran Berpusatkan Bahan •Bahan pembelajaran hendaklah dijustifikasikan hubungannya dengan kemampuan murid •Bahan pembelajaran hendaklah tekal penggunaannya •Bahan pembelajaran hendaklah cukup kuantitinya
  24. 24. Kriteria pemilihan Bahan •Bahan pengajaran perlu bersesuaian dengan sesuatu aktiviti murid •Bahan pengajaran perlu ada implikasi idea-idea yang asli dan tersendiri •Bahan pengajaran mestilah menarik, dan berkesan untuk menimbulkan keseronokan serta minat murid •Bahan pengajaran mestilah disediakan dengan kos yang murah dan berpatutan •Bahan pengajaran perlu ada implikasi dan nilai-nilai murni yang tinggi
  25. 25. Kepentingan Bahan Kamaruddin Husin ( 1988) menggariskan beberapa kepentingan yang boleh dicerap daripada bahan pengajaran. Antara kepentingannya ialah : •Mewujudkan rangsangan dan motivasi murid •Menjadikan pembelajaran lebih cekal dan tekal •Menyediakan pengalaman baharu kepada murid yang tidak boleh didapati dengan mudah oleh cara-cara lain •Menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beraneka •Menguatkan kefahaman murid.
  26. 26. Pembelajaran Berasaskan Projek Maksudnya : Pembelajaran berfokuskan tugasan amali secara terancang dan sistematik dalam jangka masa tertentu yang kebiasaannya melibatkan kutipan, analisis, data, dan penyediaan laporan betul dan tepat
  27. 27. Ciri- ciri Utama Pembelajaran Berasaskan Projek •Boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan •Penilaian lengkap yang bermula daripada tahap proses sehingga tahap hasil •Wujud integrasi antara pengetahuan dengan aktiviti •Dalam tahap proses, wujud interaksi antara guru dengan murid yang berupa bimbingan dan perundingan •Guru menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap
  28. 28. •Wujud aktiviti pengumpulan dan pemprosesan bahan, maklumat dan data, serta pelaporan hasil dan refleksi kendiri •Sesuai dengan kurikulum dan aras murid •Berasaskan pengetahuan, kemahiran , pengalaman dan kebolehan murid.
  29. 29. Kepentingan Pembelajaran Berasaskan Projek Menarik minat dan memotivasikan murid yang kurang menumpukan perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Membantu murid dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan bahasa Mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti dalam bahasa Memenuhi keperluan murid yang mempunyai tahap dan gaya pembelajaran bahasa berbeza
  30. 30. Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif dalam kalangan murid Membantu murid dalam menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri Menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat pembelajaran bahasa
  31. 31. Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah •Mula diperkenalkan dalam pembelajaran tradisional sekitar tahun 1960- an di McMaster University, Canada (Barrow & Tamblyn, 1980) •Menurut buletin KUITTHO (2005) pembelajaran ini diperkenalkan oleh Howard Barrow seorang pensyarah perubatan. •Howard Barrow sebagai peneraju dan Universiti McMaster sebagai perintisnya. •Tokoh lain ialah Don Wood seorang pensyarah kimia.
  32. 32. Proses Penyelesaian Masalah dan Membuat keputusan •Menurut Raziah Abdul Jalil (2001), terdapat tujuh langkah dalam menerangkan proses masalah: Refleksi dan tindak balas Sintesis dan aplikasi Pembelajaran kendiri Isu pelajaran Penjanaan idea Mengenal pasti masalah Pembahagian kumpulan
  33. 33. Jenis-jenis Personaliti Penyelesaian Masalah Menunjukkan pengamatan Berfokus kepada sasaran Menghakimi perancangan Menimbang faktor perasaan Berfikir Kepekaan deria Ekstrovert
  34. 34. •Baden dan Mojor (2004) mengesyorkan beberapa jenis penyelesaian masalah antaranya : Penganalisisan unsur-unsur kompleks yang terdapat dalam sesuatu masalah Penglibatan dalam gerak kerja kumpulan untuk menangani masalah Pemerolehan informasi baharu melalui pembelajaran kendiri untuk mengatasi masalah Pembimbing atau pemandu ke arah membendung masalah

×