SlideShare a Scribd company logo
1
1.0 Pengenalan Industri Automotif Di Malaysia
Terletak di tengah-tengah rantau ASEAN dengan jumlah penduduk lebih
daripada 500 juta orang, Malaysia menawarkan peluang meluas untuk
pengeluar automotif dan komponen global untuk menubuhkan operasi
pembuatan dan pengedaran di negara ini. Dasar-dasar kerajaan yang
pragmatik, kestabilan politik dan ekonomi, asas ekonomi yang mantap,
kemudahan infrastruktur yang membangun dan tenaga buruh yang mahir dan
berpendidikan telah menarik pengilang automotif dan komponen antarabangsa
yang utama untuk melabur di Malaysia. Pertumbuhan pesat ekonomi dan
kuasa membeli penduduk yang tinggi telah menjadikan Malaysia pasaran
kereta penumpang terbesar di ASEAN. Pada masa yang sama, penubuhan
projek kereta nasional, PROTON dan PERODUA telah mengubah Malaysia
dari pemasang kereta semata-mata kepada menjadi pengeluar kereta. Industri
ini telah meningkatkan pembangunan kejuruteraan dan industri sokongan dan
menyumbang kepada pembangunan kemahiran dan menaik taraf keupayaan
teknologi dan kejuruteraan. Faktor-faktor ini telah mempertingkatkan lagi daya
tarikan Malaysia sebagai asas bagi pengeluar automotif global.
Dengan purata lebihan eksport tahunan sebanyak 20%, Malaysia
adalah salah satu daripada 20 negara-negara eksport yang terbesar di seluruh
dunia. Menurut ‘Global Enabling Trade Report 2009’, Malaysia telah berjaya
untuk memperbaiki kedudukannya dari tahun ke tahun. Laporan tersebut, yang
dilancarkan oleh World Economic Forum, menyenaraikan 121 negara,
antaranya Malaysia yang kini disenaraikan di tangga ke 28 dari segi daya
tarikan ekonomi untuk pelaburan antarabangsa.
Pada mulanya, kilang pemasangan adalah projek-projek usahasama
antara pengeluar kereta Eropah dan rakan kongsi tempatan yang sebelum ini
pengedar tempatan mereka. Selain dari Swedish Motor Assemblies yang
memasang Volvo, terdapat juga Asia Automobile Industries Sdn. Bhd. yang
memasang Peugeot dan kenderaan Mazda dan Tan Chong Motors yang
memasang kereta Nissan (ketika itu dikenali sebagai Datsun). Walaupun
terdapat keperluan kandungan tempatan untuk menggalakkan pertumbuhan
pembuatan komponen, usaha itu tidak begitu berjaya. Sehingga awal tahun
2
1980-an, terdapat kira-kira 15 pemasang yang mengeluarkan kenderaan untuk
pengilang Eropah dan Jepun.
Terdapat terlalu banyak buatan dan model, menyebabkan permintaan
untuk komponen tertentu adalah rendah, membawa kepada kesukaran untuk
pengilang untuk mencapai keuntungan besar. Tahap pemindahan teknologi
adalah masih rendah dan begitu juga pembangunan sumber manusia dalam
industri. Oleh itu, fasa kedua pembangunan dalam industri automotif telah
bermula dengan pelancaran projek kereta nasional, Perusahaan Otomobil
Nasional (PROTON), pada tahun 1984. Projek ini dari mulanya dirancang
untuk memberi petunjuk kepada industri automotif dalam meningkatkan tahap
teknologi dan pembangunan harta intelek industri. Projek PROTON, yang
merupakan satu program bersama-sama dengan Mitsubishi Motors
Corporation dari Jepun, telah memulakan pengeluaran dengan model
PROTON Saga pada tahun 1985. Oleh kerana ia telah menyepadukan
kemudahan pembuatan, menggalakkan rantaian industri dan mempunyai
jenama nasional, ia telah diberi keutamaan cukai dan kadar duti. Selepas
kejayaan kereta nasional, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA)
telah ditubuhkan pada bulan Oktober 1992. Ia merupakan hasil perjanjian
antara UMW Corporation Sdn. Bhd., Daihatsu Motor Co. Ltd., Med-Bumikar
Mara Sdn. Bhd., PNB Equity Resources Corporation Sdn. Bhd., Mitsui & Co.
Ltd. dan Daihatsu (Malaysia) Sdn. Bhd. PERODUA telah ditubuhkan untuk
mengembangkan rangkaian produk automotif dan untuk terus menyokong
pembuatan komponen dan bahagian. PERODUA adalah pengeluar kereta
pertama di Malaysia untuk mencapai ISO 9002 yang berprestij dan ISO 9001
yang dianugerahkan oleh Vehicle Certification Agency (VCA) dari United
Kingdom. Akibat daripada perkembangan ini, pasaran kenderaan Malaysia
didominasi oleh kereta-kereta nasional Malaysia, PROTON dan PERODUA.
Dasar-dasar automotif menimbulkan halangan kepada perdagangan
antarabangsa kerana ini mengganggu kestabilan pasaran dan mengakibatkan
kerugian kepada pengguna. Ianya telah menghalang pengguna daripada
membeli kereta yang berpatutan dari pelbagai model import berkualiti. Program
kandungan tempatan dan duti import yang tinggi pada unit CBU dan CKD tidak
3
syak lagi membawa kepada kos pengeluaran yang tinggi yang dipindahkan
kepada pengguna dalam bentuk harga yang lebih tinggi. Harga kenderaan
bermotor telah meningkat sejak pelancaran kereta nasional yang pertama dan
kini di luar jangkauan sebahagian besar penduduk. Oleh itu, pengguna
merasakan bahawa kerugian dalam kebajikan statik telah mengatasi apa-apa
keuntungan dinamik kepada industri (Gabilaia Tamar, 2001). Ramai pengguna
mendakwa bahawa perlindungan memaksa mereka untuk menerima kereta
negara yang berkualiti rendah manakala ada yang mengadu kekurangan
pilihan sebagai akibat daripada fenomena ini (Jomo KS, 2003). Dengan
membenarkan pembuat kereta nasional untuk memonopoli pasaran kenderaan
tempatan, ia telah menyebabkan ketidakcekapan di kalangan pengeluar
tempatan di segi pengeluaran, kualiti, penyelidikan dan program pembangunan
kerana mereka lebih leka dengan prestasi mereka di pasaran tempatan
daripada pasaran global.
2.0 Analisis Pesaing
Industri automotif negara dilihat telah berkembang dengan sangat positif
kesan daripada persaingan yang wujud dalam industri ini sama ada daripada
syarikat automotif tempatan seperti PROTON dan PERODUA mahupun
daripada syarikat automotif antarabangsa seperti NISSAN, TOYOTA,
MITSHUBITI dan sebagainya. Prestasi keseluruhan industri automotif
tempatan dari segi jualan adalah di antara 536,905 unit pada tahun 2009 dan
652,120 unit pada tahun 2013. Dalam pada itu, jumlah pelaburan bagi industri
automotif tempatan pula meningkat kecuali pada tahun 2009. Jumlah
pelaburan adalah di antara RM700 juta hingga RM5 bilion pada tahun 2012.
Dari Januari hingga Oktober 2013 pula, jumlah pelaburan yang direkodkan
adalah sebanyak RM 3 bilion. Daripada jumlah RM3 bilion tersebut, pelaburan
tempatan adalah sebanyak RM2.3 bilion dan pelaburan asing adalah sekitar
RM 700 juta.
Selain itu, prestasi perdagangan bagi industri automotif mengalami
defisit di mana kadar peningkatan import adalah lebih tinggi berbanding
eksport. Pada tahun 2012, jumlah defisit adalah sebanyak RM16 bilion di mana
4
jumlah import adalah RM21.7 bilion dan jumlah eksport hanya RM5.3 bilion.
Pada tahun yang sama, komponen dan alat ganti menyumbang kepada jumlah
eksport sebanyak RM4.3 bilion, manakala jumlah eksport kenderaan
penumpang hanya bernilai RM700 juta.
Walau bagaimanapun, jumlah perdagangan ini adalah termasuk dengan
kenderaan import yang berada di Malaysia seperti TOYOTA dan juga NISSAN
yang merupakan antara pesaing utama syarikat automotif tempatan seperti
PROTON. Ini dilihat kepada perkembangan industri automotif Malaysia pada
masa kini, pihak kerajaan telah memperkenalkan beberapa insentif untuk
syarikat automorif antarabangsa yang beroperasi di Malaysia. Salah satu
daripadanya ialah pemberian insentif pengecualian duti import dan duti eksais
mulai 1 Januari 2014 sehingga 31 Disember 2015 bagi kenderaan hibrid
Completely Knocked Down (CKD) dan mulai 1 Januari 2014 sehingga 31
Disember 2017 bagi kenderaan elektrik CKD. Selepas itu, syarikat pemasang
kenderaan hibrid dan elektrik secara CKD akan dipertimbangkan insentif
customised. Pemberian insentif customised ini antara lain berdasarkan tahap
pelaburan strategik oleh syarikat yang meliputi nilai pelaburan, jumlah
pengeluaran, pemindahan teknologi, aktiviti penyelidikan dan pembangunan
(R&D), pembangunan rantaian bekalan, peluang pekerjaan dan jumlah
eksport. Dalam pada itu, Malaysia juga turut menyediakan insentif dalam
bentuk Skim Pinjaman Mudah dan pengecualian cukai untuk pembangunan
infrastruktur dan pra-pengkomersilan teknologi seperti berikut:-
a) Dana berjumlah RM130 juta bagi tempoh 2014 hingga 2020 disediakan
untuk pembangunan infrastruktur bagi kenderaan EEV (termasuk hibrid
dan EV). Tujuan pemberian pinjaman mudah ini adalah untuk
menyokong pembangunan infrastruktur seperti stesen pengecas
kenderaan EV dan Plug-In Hybrid Vehicle (PHEV) termasuk pengecas
awam (public charger), dan penyediaan infrastruktur-infrastruktur lain
yang berkaitan dengan EEV.
b) Dana berjumlah RM575 juta bagi tempoh 2014 hingga 2020 disediakan
untuk aktiviti-aktiviti pra-pengkomersilan teknologi kepada syarikat-
syarikat pengeluar komponen dan alat ganti yang menerima pakai
teknologi baharu dan termaju. Skim ini bertujuan membiayai
5
pembangunan teknologi yang selari dengan aliran semasa dan masa
hadapan industri automotif terutamanya yang berkait rapat dengan
aspek keselamatan dan alam sekitar. Teknologi tersebut merangkumi
sub-sistem dan komponen bagi powertrain serta transmisi, komponen
bahan ringan, bahan bakar alternatif dan bahan-bahan alternatif lain.
c) Insentif cukai disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 .
Ini bermakna bahawa terdapat banyak insentif yang dinikmati oleh
syarikat automotif antarabangsa yang beroperasi di Malaysia sehingga
memberikan kesan langsung ke atas daya saing syarikat automotif tempatan.
Secara tidak langsung, perkara ini memberikan gambaran bahawa Malaysia
sangat menginginkan kemasukan syarikat automotif anarabangsa dalam
pasaran agar dapat memberikan persaingan yang lebih sihat kepada syarikat
automotif tempatan seperti PROTON.
Dalam pada itu, kelebihan teknologi yang dimiliki oleh syarikat automotif
antarabangsa seperti TOYOTA, NISSAN, HONDA dan MITSUBISHI
membolehkan pesaing PROTON ini mengeluarkan produk automotif yang lebih
menarik dari segi reka bentuk, teknologi yang digunakan dan juga kelebihan
dari aspek penggunaan bahan bakar. Walaupun PROTON kini menghasilkan
banyak model baru pada masa kini seperti Preve, Exora, Saga dan
sebagainya, namun nilai yang ditawarkan kepada pengguna tempatan dilihat
menyamai dengan harga kenderaan import. Namun begitu, kualiti kenderaan
Import dikatakan lebih baik jika dibandingkan dengan kenderaan tempatan
(Rizaudin dan Zulkornain, 2013). Secara tidak langsung, ianya memberikan
kelebihan kepada syarikat automotif antarabangsa yang bertapak di Malaysia
untuk memikat hati rakyat Malaysia bagi menggunakan kenderaan Import
berbanding dengan penggunaan kenderaan tempatan. Situasi seperti ini
memberikan tamparan hebat kepada PROTON untuk lebih bersaya saing bagi
menghasilkan kenderaan yang lebih berdaya saing dari segi kualiti dan juga
harga.
Dalam pada itu, reka bentuk kenderaan Import yang terdapat di
Malaysia dilihat lebih kompetitif berbanding dengan reka bentuk kenderaan
6
tempatan. Rizaudin dan Zulkornain (2013) menyatakan bahawa terdapat
beberapa model kenderaan tempatan khususnya PROTON yang hampir
menyerupai model kenderaan import. Contohnya seperti Proton Inspira yang
hampir menyerupai Mirsubishi Lancer. Begitu juga dengan Proton Suprima
yang dilihat menyerupai model kenderaan Mitsubishi Attrage. Ini
memperlihatkan kelemahan PROTON dalam mereka bentuk model kenderaan
yang lebih kompetitif.
Dalam pada itu, kelebihan pesaing ini tidak hanya dapat dilihat pada
model kenderaan Mitsubishi sahaja. Sebaliknya, model kenderaan keluaran
pesaing PROTON yang lain seperti HONDA, TOYOTA, NISSAN dan
sebagainya dilihat lebih kompetitif dan eksklusif. Contohnya seperti model
kenderaan Toyota Vios, Toyota Altis dan sebagainya yang mampu menyaingi
model kenderaan Proton WAJA, Proton Inspira dan juga Proton Preve. Begitu
juga dengan moden kenderaan HONDA seperti Honda City, Honda Civic dan
sebagainya di mana reka bentuk model HONDA dilihat lebih menarik
berbanding dengan model kenderaan PROTON.
Walaupun syarikat automotif antarabangsa yang bertapak di Malaysia
mempunyai kepakaran teknologi yang tinggi sehingga mampu menghasilkan
model kenderaan yang lebih baik, namun PROTON juga turut mempunyai
kelebihan yang tersendiri. Ini dapat dilihat menerusi permintaan terhadap
model kenderaan PROTON yang semakin berkembang dan meningkat naik.
Ini dapat dilihat menerusi permintaan model Kenderaan Preve yang tinggi dan
merupakan antara model kenderaan PROTON yang terbaru. Namun begitu,
PROTON perlu meneliti kelebihan pesaing PROTON agar kelebihan pesaing
PROTON tidak menjejaskan permintaan pengguna di Malaysia terhadap model
kenderaan PROTON.
3.0 Analisis Objektif dan Strategi Pesaing
Syarikat automotif antarabangsa yang bertapak di Malaysia yang juga
merupakan persaing PROTON mempunyai beberapa objektif yang ingin
dicapai. Antaranya adalah seperti mana yang berikut;-
7
a) Meningkatkan kuasa pasaran automotif di Malaysia dengan
mengeluarkan model kenderaan yang dapat menarik minat dan
perhatian pengguna di Malaysia untuk memiliki kenderaan import
berbanding dengan kenderaan tempatan.
b) Menggunakan kelebihan dan insentif yang ditawarkan oleh kerajaan
Malaysia untuk membangunkan produk yang lebih kompetitif dan
bersaya saing seperti pengecualian duti import dan sebagainya.
c) Merangsang pertumbuhan dan perkembangan industri automotif
tempatan agar dapat berkembang selari dengan matlamat Wawasan
2020.
Berdasarkan kepada tiga objektif yang dinyatakan di atas, dapat dilihat
bahawa syarikat automotif antarabangsa yang juga merupakan pesaing
PROTON dilihat memainkan peranan penting dalam usaha untuk memastikan
industri automotif Malaysia dapat berkembang. Dalam mencapai objektif ini,
terdapat beberapa strategi yang digunakan oleh pesaing PROTON. Antaranya
adalah seperti mana yang berikut:-
a) Strategi produk
Jika dilihat kepada situasi pesaing PROTON pada masa kini, produk
yang ditawarkan adalah pelbagai dengan reka bentuk produk yang lebih
menarik. Contohnya seperti HONDA yang muncul dengan pelbagai
modal sedan seperti Hodan City dan Honda Civic. Begitu juga dengan
TOYOTA yang memperkenalkan dan menaik taraf model sedia ada
seperti Toyota Vios dan Toyota Altis yang dilihat lebih moden dan
mewah dengan ciri-ciri dalaman yang menarik. Dalam pada itu,
PROTON juga turut mengeluarkan beberapa model baru seperti Proton
Preve dengan ciri-ciri yang menarik dan eksklusif. Secara tidak
langsung, perkara ini menyebabkan pengguna mempunyai pilihan
model kenderaan yang pelbagai dengan spesifikasi yang tersendiri.
Ianya memberikan kelebihan kepada pengguna untuk membuat
penilaian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk
mendapatkan model kenderaan yang diinginkan. Ini kerana, model
kenderaan keluaran pesaing-pesaing PROTON dilihat mampu untuk
8
menyaingi model kenderaan PROTON. Ini adalah disebabkan oleh ciri-
ciri dalaman yang menarik dan reka bentuk luaran yang tampak moden
dan ekslusif. Dalam pada itu, harga yang ditawarkan juga dilihat hampir
sama dengan model kenderaan PROTON. Namun begitu, penggunaan
mungkin akan melihat perbezaannya adalah dari aspek nilai dan kualiti
kenderaan import yang dilihat lebih baik jika dibandingkan dengan
kenderaan tempatan. Ini kerana, setiap kenderaan import yang
dikeluarkan di Malaysia perlu memenuhi kriteria keselamatan dan kualiti
yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan juga syarikat tersebut
agar dapat menarik minat dan perhatian pengguna tempatan untuk
mendapatkan model kenderaan import.
b) Strategi Harga
Strategi lain yang turut digunakan oleh pesaing PROTON adalah harga
produk yang ditawarkan kepada pengguna tempatan dilihat menyamai
dengan harga model kenderaan PROTON. Contohnya adalah seperti
mana yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:-
Bil Model Kenderaan Harga Dari (RM)
1 Honda Civic 112,096.30
2 Honda City 73,286.00
3 Toyota Vios 72,417.50
4 Toyota Altis 103,676.00
5 Nissan Almera 66,813.50
Jadual 1 : Senarai Harga Kenderaan Untuk Model Tahun 2013-2014
Berdasarkan kepada maklumat yang dipaparkan dalam jadual 1 di atas,
dapat dilihat bahawa harga kenderaan import bagi model sedan adalah
antara RM66,813.50 sehingga RM112,096.30. Ianya juga dilihat
menyaingi model kenderaan PROTON khususnya Proton Preve yang
menyerupai model sedan tersebut. Bagi model Proton Preve, harga
9
permulaan adalah RM61,471.50. Walaupun harga model kenderaan
import adalah lebih tinggi berbanding dengan Proton Preve, namun
terdapat sesetengah pengguna di Malaysia yang tidak melihat
perbezaan yang tidak terlalu besar tersebut. Bagi pengguna seperti ini,
kualiti dan jenama kenderaan adalah lebih penting dan keadaan ini
menyebabkan mereka sangggup mendapatkan model kenderaan import
berbanding dengan model kenderaan tempatan. Dalam pada itu,
perbezaan yang dapat dilihat antara modek Proton Preve dengan model
Toyota Vios dan Honda City adalah kecil. Justeru, kelebihan harga ini
menyebabkan daya saing PROTON dalam pasaran tempatan dilihat
semakin kurang memuaskan.
c) Strategi Pemasaran
Strategi ketiga yang diguna pakai oleh pesaing PROTON adalah
strategi pasaran. Jika dilihat kepada keadaan pasaran automotif di
Malaysia pada masa kini, PROTON dilihat tidak mempunyai keupayaan
dan kemampuan untuk mengeluarkan model kenderaan pacuan empat
roda. Berbeza dengan pesaing PROTON yang telah menyeluarkan
pelbagai model pacuan empat roda. TOYOTA misalnya telah
memperkenalkan Toyota Hilux (VIGO, Mitsubishi telah memperkenalkan
model Mitsubishi Triton, ISUZU telah memperkenalkan model Isuzu D-
Max, FORD telah memperkenalkan model Ford Ranger dan
sebagainya. Ini bermakna bahawa pesaing-pesaing PROTON ini
mampu memasarkan produk mereka ke pasaran yang mempunyai
permintaan yang tinggi terhadap model kenderaan pacuan empat roda
khususnya di Sabah dan Sarawak. Struktur dan bentuk muka bumi yang
tertentu mendesak pengguna di kedua-dua negeri ini lebih cenderung
untuk menggunakan kenderaan pacuan empat roda berbanding dengan
penggunaan kenderaan seda. Namun begitu, PROTON sehingga kini
masih tidak mempunyai kemahiran untuk mengeluarkan model
kenderaan pacuan empat roda. Secara tidak langsung, ianya
memberikan kelebihan dan kekuatan kepada pesaing PROTON untuk
menguasai pasaran automotif di mana permintaan terhadap kenderaan
pacuan empat roda adalah tinggi. Ini juga menyebabkan penguasaan
10
pasaran automotif di Malaysia lebih didominasi oleh pesaing-pesaing
PROTON.
Berdasarkan kepada penerangan dan penjelasan di atas, dapat dilihat
bahawa terdapat beberapa startegi yang diguna pakai oleh pesaing-pesaing
PROTON dalam memastikan model kenderaan yang dikeluarkan sentiasa
mendapat tempat dalam kalangan pengguna di Malaysia.
4.0 Analisis Kekuatan dan Kelemahan Pesaing
Keberadaan pesaing PROTON dalam industri automotif di Malaysia
dilihat sebagai salah satu kelebihan khsusunya dalam merancakkan
perkembangan industri automotif negara. Justeru, setiap syarikat automotif
antarabangsa yang beroperasi di Malaysia mempunyai kelebihan dan
kekuatan yang tersendiri. Namun begitu, syarikat-syarikat pesaing PROTON
tersebut juga turut mempunyai beberapa kelemahan seperti mana yang
dibinacngkan di bawah:-
a) Kelebihan dan Kekuatan
 Kelebihan Teknologi
Antara kelebihan dan kekuatan pesaing PROTON adalah teknologi
yang digunakan dalam mereka bentuk dan menghasilkan kenderaan.
Setiap syarikat automotif antarabangsa yang beroperasi di Malaysia
sememangnya menggunakan teknologi yang dibawa dari negara
asal mereka. Contohnya seperti TOYOTA yang menggunakan
teknologi hibrid yang kini digunakan pada model Toyota Prius dan
menjadi antara peneraju kenderaan hibrid di Malaysia. Dalam pada
itu, teknologi keselamatan juga turut digunakan oleh pesaing
PROTON seperti TOYOTA pada model kenderaan mereka.
Contohnya seperti penggunaan Pre-Collision System yang
menggunakan kamera sensor laser untuk mencegah pelanggaran
yang tidak dijangka oleh pemandu. Begitu juga dengan penggunaan
teknologi Lane Departure Alert yang yang menggunakan kamera
untuk memastikan pemandu sentiasa memandu dalam lorong yang
11
betul. Sekiranya pemanduan pemandu tersasar, ianya akan
memberikan amaran kepada pemandu agar memasuki semula
lorong pemanduan yang betul. Ini juga adalah satu teknologi yang
memberikan kelebihan kepada pesaing PROTON untuk
menghasilkan model kenderaan yang menggunakan teknologi
semasa.
 Kemahiran Pekerja
Kemahiran pekerja yang bekerja dengan syarikat automotif
antarabangsa di Malaysia juga adalah antara kelebihan yang dimiliki
oleh pesaing PROTON. Ini kerana, tidak semua pekerja yang
berkhidmat dalam syarikat automotif antarabangsa seperti TOYOTA
adalah pekerja daripada kalangan rakyat Malaysia. Sebaliknya,
terdapat sesetengah syarikat automotif antarabangsa yang
menggunakan khidmat pakar dari negara mereka. TOYOTA
misalnya mungkin mengimport pekerja pakar mereka untuk
berkhidmat di Malaysia. Secara tidak langsung, ianya memberikan
kelebihan kepada TOYOTA untuk menghasilkan model kenderaan
yang lebih kompetitif dan mampu memikat hati pengguna di
Malaysia. Dalam masa yang sama, pengetahuan dan pengalaman
yang dimiliki oleh pekerja import seperti ini juga boleh digunakan
untuk memastikan reka bentuk model kenderaan yang dihasilkan
adalah yang terbaik dalam pasaran semasa.
 Kelebihan Model Kenderaan
Kekuatan lain yang dapat dilihat pada pesaing PROTON adalah dari
aspek reka bentuk model kenderaan yang dihasilkan. Memandakan
pesaing PROTON tidak hanya bertapak di Malaysia, sebaliknya
beroperasi di seluruh dunia, maka ianya memberikan kelebihan
kepada pesaing-pesaing PROTON untuk menggunakan erka bentuk
model kenderaan di negara lain. Contohnya, TOYOTA boleh
menggunakan reka bentuk Toyota Vios di Thailand dan Indonesia
yang kemudiannya menghasilkan satu reka bentuk Toyota Vios yang
lebih menarik dan mempunyai ciri kompetitif. Dengan demikian,
12
maka model kenderaan yang dihasilkan pada Toyota Vios adalah
satu reka bentuk yang lebih menarik dan seterusnya mampu
menyaingi model kenderaan keluaran PROTON.
b) Kelemahan
 Harga Produk
Walaupun produk yang ditawarkan oleh syarikat automotif
antarabangsa di Malaysia adalah lebih pelbagai dan menarik, namun
harga yang ditawarkan kepada pengguna dilihat lebih tinggi. Perkara
ini juga dapat dilihat dalam jadual 1 di mana harga Proton Preve
dilihat lebih rendah berbanding dengan lima model kenderaan import
yang dinyatakan. Secara tidak langsung, harga kenderaan yang
ditawarkan oleh pesaing-pesaing PROTON adalah lebih tinggi dan
sememangnya tidak dapat memikat hati pengguna yang
berpendapatan rendah. Di Malaysia, kumpulan masyarakat yang
berpendapatan sederhana dan rendah adalah yang tertinggi. Secara
tidak langsung, ianya turut mempengaruhi kuasa beli pengguna
tersebut yang mana akan mendapatkan model kenderaan yang lebih
mudah dan mempunyai nilai eksekutif. Contohnya seperti Proton
Preve yang ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding
dengan model kenderaan yang ditawarkan oleh pesaing PROTON.
Secara tidak langsung, permintaan daripada penggunaan
berpendapatan rendah yang ingin memiliki kenderaan mewah seperti
Proton Preve akan meningkat ekoran daripada harga Proton Preve
yang lebih rendah berbanding dengan harga yang ditawarkan oleh
pesaing PROTON. Ianya memberikan satu situasi yang tidak baik
kepada pesaing-pesaing PROTON dalam menguasai pasaran
tempatan.
 Terikat Dengan Polisi Automotif Kebangsaan
Kekurangan atau kekangan lain yang dihadapi oleh pesaing
PROTON adalah kekangan daripada Polisi Automotif Kebangsaan
(NAP). Walaupun NAP diperkenalkan untuk memastikan
pembangunan industri automotif negara, namun terdapat beberapa
13
dasar yang diperkenalkan untuk memastikan industri automotif
tempatan tidak terjejas. Contohnya dari aspek kadar cukai yang
dikenakan kepada syarikat automotif antarabangsa yang
menyebabkan syarikat automotif mungkin tidak mempunyai kuasa
untuk mengeluarkan model kenderaan pada kuantiti yang banyak.
Daripada penerangan dan penjelasan yang dinyatakan di atas, dapat
dirumuskan bahawa terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan yang wujud
pada pesaing PROTON yang juga turut mempengaruhi daya saing PROTON
dalam pasaran tempatan.
5.0 Tindakan Susulan Oleh PROTON
Jika dilihat kepada kelebihan dan daya saing PROTON yang dinyatakan
di atas, dapat dilihat bahawa PROTON perlu merangka mengambil tindakan
yang lebih berkesan agar dapat meningkatkan daya saing PROTON dalam
industri automotif negara. Contohnya, PROTON perlu mengeluarkan model
kenderaan yang menampakkan ciri PROTON itu sendiri dan tidak seharusnya
meniru daripada model kenderaan pesaing yang sedia ada dalam pasaran. Ini
juga adalah untuk memastikan agar keyakinan penggunaan terhadap model
kenderaan PROTON akan sentiasa meningkat. Industri automotif Malaysia
telah menyumbang kepada ekonomi dari segi pekerjaan, eksport dan hasil
daripada cukai. Ia juga telah menjadi lambang pertumbuhan sektor
pembuatan.
Malangnya, kepelbagaian pilihan dan harga kereta yang lebih rendah di
pasaran telah menjejaskan prestasi jualan kereta-kereta nasional Malaysia.
Dalam usaha untuk mengekalkan kewujudan mereka dalam pasaran
kenderaan motor tempatan dan ASEAN, pengeluar kereta nasional harus
berhenti bergantung kepada kerajaan untuk perlindungan. Pembuat kereta
perlu memberikan lebih penekanan terhadap Penyelidikan & Pembangunan (R
& D) untuk menghasilkan kereta yang berkualiti setanding dengan kereta-
kereta Jepun dan Korea. Langkah yang diambil oleh PROTON untuk
bekerjasama dengan Volkswagen, Lotus dan Mitsubishi harus diberikan pujian.
14
Dengan bekerjasama yang erat, kita boleh mendapat manfaat dari segi
teknologi dan kepakaran, mengeluarkan kereta yang berkualiti pada harga
yang kompetitif dan juga menjadi pemangkin untuk terus mempromosi
PROTON di pasaran serantau.
PROTON telah ditubuhkan pada 7 Mei 1983 oleh bekas Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ia adalah pembuat kereta Malaysia yang
dominan sehingga penubuhan PERODUA pada tahun 1993. Berdasarkan
teknologi dan bahagian dari Mitsubishi Motors, pengeluaran model yang
pertama, PROTON Saga bermula pada bulan September 1985 di kilang
pembuatan yang pertama di Shah Alam, Selangor. Pada mulanya, komponen
kereta dibuat sepenuhnya oleh Mitsubishi tetapi perlahan-lahan komponen
tempatan telah digunakan apabila teknologi telah dipindahkan dan kemahiran
telah diperolehi. PROTON Saga yang ke 100,000 telah dikeluarkan pada bulan
Januari 1989.
Pada tahun 1993, model yang dikenali sebagai Proton Wira telah
diperkenalkan berasaskan Mitsubishi Lancer/Colt. Lebih daripada 220,000 unit
telah dijual antara 1996 dan 1998. PROTON Perdana berasaskan Mitsubishi
Galant/Eterna, pertama kali dihasilkan pada tahun 1995, bertujuan untuk
pasaran yang lebih tinggi. PROTON Waja (Proton Impian di UK), yang
dilancarkan pada awal tahun 2001, adalah model kereta pertama yang direka
oleh Proton. Menjelang tahun 2002, PROTON memegang lebih 60% bahagian
pasaran sebanyak di Malaysia, yang telah dikurangkan kepada 30% menjelang
tahun 2005 dan dikurangkan lagi pada tahun 2008 apabila mandat AFTA
mengurangkan tarif import kepada maksimum sebanyak 5%.
Dengan pengambilalihan teknologi Lotus pada tahun 1996 dari ACBN
Holdings (sebuah syarikat yang dimiliki oleh Volkswagen), PROTON mendapat
sumber tambahan dan kepakaran kejuruteraan automotif. Ini membawa
kepada pengeluaran Proton Gen-2 yang telah diberi nama kod Wira
Replacement Model (WRM) sebelum pelancarannya. Gen-2 adalah kereta
pertama yang dikeluarkan dan dipasang di kilang baru di Tanjung Malim, Perak
15
yang merupakan sebahagian daripada projek pembangunan Bandar PROTON.
Kilang ini telah dibuka pada 26 Februari 2005.
Pada 8 Jun 2005, PROTON memperkenalkan model kedua (1200cc
supermini 5-pintu) PROTON Savvy yang dikeluarkan di Tanjung Malim. Kedua-
dua Gen-2 dan Savvy, adalah model yang MG Rover telah cuba untuk
‘rebadge’ apabila firma British memeterai rundingan kerjasama dengan
PROTON. Walau bagaimanapun, rundingan mereka tidak berjaya.
Pada tahun 2007, PROTON melancarkan model sedan baru sebagai
gantian untuk Wira Sedan tetapi dengan nama yang baru, Persona, yang
sebelum ini digunakan sebagai nama model eksport di luar Malaysia. Model
gantian PROTON Saga baru (nama kod PROTON BLM) telah dilancarkan
pada 18 Januari 2008. Saga baru itu berdasarkan platform Savvy, tetapi
menggunakan enjin 1.3L Campro. Di samping itu, PROTON memasuki
rundingan dengan Mitsubishi Motors sekali lagi dan rundingan agak positif dan
kerjasama yang terhasil membawa kepada pengenalan Inspira. Penggantian
Waja berasaskan Mitsubishi Lancer serta ‘rebadging’ Proton Persona dan
Proton Exora sebagai kenderaan Mitsubishi di pasaran tertentu. Pada 2 Ogos
2008, PROTON telah menghasilkan 3 juta kereta sejak tahun 1985, di mana
kereta ke 3,000,000 ialah Saga generasi kedua. Pada tahun 2012, PROTON
telah melancarkan kereta global yang pertama, Proton Preve.
Menerusi tindakan PROTON yang sentiasa memperbaiki kualiti model
kenderaan yang dihasilkan, maka ianya akan dapat membantu PROTON untuk
terus berkembang dan sentiasa memenuhi kehendak dan citarasa pengguna di
Malaysia. Dalam masa yang sama, tindakan mempelbagaikan model
kenderaan PROTON juga akan membentuk imej yang lebih positif dalam
kalangan rakyat Malaysia khususnya terhadap kemampuan PROTON untuk
menghasilkan model kenderaan yang lebih menarik dan berdaya saing.
16
6.0 Strategi Yang Perlu Dilaksanakn PROTON
Bagi memastikan bahawa setiap model kenderaan yang diperkenalkan
dan dikeluarkan oleh PROTON sentiasa dapat menyaingi mode kenderaan
yang dikeluarkan oleh pesaing PROTON, maka terdapat beberapa strategi
yang boleh dilaksanakan oleh PROTON. Antaranya adalah seperti mana yang
berikut:-
a) Strategi Pembangunan Produk
Salah satu strategi yang perlu dilaksanakan oleh PROTON ialah strategi
pembangunan produk. Pada masa kini, permintaan terhadap model
kenderaan tidak hanya terhad kepada model sedan. Sebaliknya,
permintaan terhadap model kenderaan pacuan empat roda dan
kenderaan mewah juga semakin meningkat. Justeru, PROTON perlu
peka terhadap keperluan dan permintaan terhadap kedua-dua model
kenderaan dan perlu melaksanakan aktiviti penyelidikan dan
pembangunan bagi membantu PROTON menghasilkan produk yang
dapat memenuhi permintaan pasaran. Dalam pada itu, pengeluaran
produk seperti ini juga tidak hanya membantu PROTON untuk menguasai
pasaran tempatan. Sebaliknya, model-model kenderaan seperti ini boleh
dieksport ke luar negara yang mungkin telah sebati dengan produk
keluaran PROTON. Secara tidak langsung, pengguna mempunyai banyak
pilihan terhadap produk yang dihasilkan oleh PROTON.
Dalam pada itu, ciri-ciri istimewa pada model kenderaan yang dihasilkan
juga perlu ditingkatkan. Contohnya seperti teknologi penjimatan bahan
bakar, teknologi sensor yang dapat membantu pemandu untuk mengelak
daripada keselamatan dan pelbagai ciri-ciri menarik yang lain. Secara
tidak langsung, kelebihan yang terdapat pada produk PROTON ini akan
membantu menarik perhatian pengguna terhadap produk yang dihasilkan
oleh PROTON. Secara tidak langsung, model kenderaan yang dihasilkan
oleh PROTON akan sentiasa mendapat permintaan dalam pasaran sama
ada dalam pasaran tempatan mahupun di peringkat antarabangsa.
17
b) Menjalankan Kerjasama Dengan Syarikat Automotif
Strategi lain yang juga boleh dilaksanakan ialah strategi menjalinkan
kerjasama dengan syarikat automotif antarabangsa. Kerjasama yang
dilakukan adalah melibatkan perkongsian teknologi yang boleh digunakan
oleh PROTON untuk menghasilkan produk yang lebih unik dan menarik.
Walaupun PROTON pernah dan masih menjalankan kerjasama dengan
LOTUS yang membolehkan PROTON mereka bentuk model kenderaan
yang lebih menarik, namun produk yang dihasilkan tidak diperluaskan ke
dalam pasaran tempatan di Malaysia. Sebaliknya, kebanyakan produk
PROTON menerusi teknologi LOTUS hanya dikeluarkan di luar negara
seperti Proton Tuah, Proton Lekir, Proton Jebat, Proton Emas dan
sebagainya.
Raajh 1 : Proton Tuah
Rajah 2 : Proton Jebat
18
Rajah 3 : Proton Lekir
Rajah 4 : Proton Emas
Justeru, PROTON perlu menjalankan kerjasama dengan syarikat
automotif lain yang membolehkan PROTON menghasilkan reka bentuk
model kenderaan yang lebih menarik seperti mana kerjasama yang
pernah dijalankan dengan Mitsubishi Motors di peringk awal kewujudan
PROTON. Ini juga akan dapat membantu PROTON untuk menghasilkan
produk yang dapat memenuhi permintaan tempatan dan seterusnya
mampu menguasai pasaran tempatan.
19
c) Latihan Kemahiran Pekerja Mahir
Strategi lain yang perlu dilaksanakan oleh PROTON ialah strategi
pembangunan kemahiran pekerja PROTON. Industri Automotif adalah
sangat signifikan bukan sahaja dari segi saiz tetapi juga kerana ia
memainkan peranan penting dalam menghubungkan faktor-faktor lain
ekonomi antara satu sama lain. Pekerja yang mempunyai kelayakan
sederhana memonopoli sektor pengangkutan dan logistik. Terdapat
kecenderungan yang jelas di mana kemahiran perlu beralih dari tahap
kelayakan yang rendah ke arah tahap kelayakan sederhana dan yang
lebih tinggi. Kemahiran yang paling penting adalah yang berkaitan dengan
pematuhan peraturan persekitaran dan keselamatan yang baru dan lebih
ketat.
Kerajaan, melalui agensi-agensi seperti Institut Automotif Malaysia (MAI)
dan pelbagai institusi latihan, kini secara agresif menghasilkan jumlah
pekerja mahir automotif yang diperlukan untuk memenuhi keperluan
tenaga kerja semasa untuk memenuhi permintaan industri automotif
tempatan yang sedang berkembang. Institut latihan vokasional dan
universiti perlu memberi fokus kepada melatih keperluan pelatih yang
berkaitan dengan industri. Ini adalah penting supaya pertumbuhan industri
automotif di Malaysia akan terus disokong oleh pekerja yang berwibawa.
Oleh itu, PROTON perlu melatih dan melahirkan pakar yang dapat
membantu PROTON untuk menghasilkan model kenderaan yang lebih
baik dan menarik. Contohnya seperti menghantar pekerja PROTON yang
berkemahiran untuk memperolehi pengalaman dan kemahiran di
peringkat antarabangsa.
Berdasarkan kepada penerangan dan penjelasan di atas, dapat
dirumuskan bahawa terdapat beberapa strategi yang oleh dilaksanakan oleh
PROTON untuk memastikan model kenderaan yang dikeluarkan oleh
PROTON adalah model kenderaan yang mampu berdaya saing dalam pasaran
tempatan dan antarabangsa.
20
7.0 Penutup
Dasar Automotif Nasional (NAP) telah diperkenalkan pada 22 Mac 2006
untuk memudahkan transformasi yang diperlukan dan integrasi optimum
industri automotif tempatan ke dalam jaringan industri serantau dan global
dalam persekitaran global yang semakin liberal dan kompetitif. NAP adalah
teras utama untuk merangka hala tuju strategik industri di bawah Pelan Induk
Perindustrian Ketiga (IMP3), 2006-2020. Tiga setengah tahun selepas
diperkenalkan, NAP telah dikaji semula, menyebabkan dasar-dasar baru yang
akan menggalakkan pasaran yang lebih kompetitif bagi syarikat-syarikat
tempatan dan antarabangsa. Selaras dengan komitmen Kerajaan kepada
liberalisasi dan konsep ‘Rakyat Didahulukan’ Malaysia, kajian semula NAP
memberi faedah kepada pengguna dari segi keselamatan dan perlindungan
alam sekitar.
Sebagai sebahagian daripada kajian semula itu, pelbagai pihak yang
berkepentingan telah dirujuk untuk mengumpul pandangan dan amalan terbaik
dari sektor swasta, masyarakat sivil dan agensi-agensi kerajaan. Matlamat
bersama mereka adalah untuk meningkatkan daya maju jangka panjang dan
daya saing pasaran automotif, memanfaatkan perkembangan terkini dalam
industri automotif serantau dan global dan menawarkan kenderaan
berteknologi canggih yang lebih selamat dan lebih mesra alam.
21
Rujukan
Abd. Jumaat Mahat, Mohd. Shah Kassin, Mohd. Sobri Don, Cik Jannatul Firdaus,
Ahmad Bashawir Hj. Abd. Ghani, (2005). Perniagaan Antarabangsa,
Universiti Terbuka Malaysia, Kuala Lumpur
Bateman and Snell, (2005) Management : The New Competitive landscape, Sixth
Edition, Mc.Graw Hill International Edition
Berkely Wright, (1995). Marketing In Management Basic Principles, Mike Worson,
First Pub Lished Limeted
Chuck Williams, (2007). Management, 4th edition, Thomson, New York
Holland, J.L. (1997). Making Vocational Choices: A Theory Of Vocational
Personalities And Work Environments (3rd Ed.). Odessa, Florida:
Psychological Assessment Resources
Lehman and Winer, (2004). Product Management Fourth Edition, Mc. Graw Hill
International Edition
Mohammad Nizam Hanafiah, (2005). Pengurusan Strategik : Kes dan Konsep,
Pearson Prentice Hall, Kuala Lumpur
Paul Peter, Jerry c. Olson, (1996). Consumer And Markering Startegic Behaviour,
Fifth Edition
Philip Kotler, Gary Armstrong, Swee Hoon Ang, Siew Meng Leong, Chin Tiong
Tan and David K. Tse, (2005). Principles of Marketing an Asian perspective,
Pearson Prentice Hall
Micheal R, (1996). Marketing Real People Real Choices, Second Edition, Solution
Elnora W. Stuart
Walker Boyd Mullins Larrechl, (2003). Decision Focused Apporal, Fourth Edition,
Marketing Startegicy LA

More Related Content

What's hot

Kaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianKaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianANIS IBRAHIM
 
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Thanushah Soniyasee
 
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5   kerajaan tempatanPengajian am topik 5   kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
AINSHAHIRIAH ROSLY | UPSI
 
Campuran pemasaran promosi
Campuran pemasaran promosiCampuran pemasaran promosi
Campuran pemasaran promosiJagathiswary Jga
 
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1Norazul89
 
Ekonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian ImportEkonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian Import
Nur Az
 
Syarikat multinasional
Syarikat multinasionalSyarikat multinasional
Syarikat multinasional
Miz Jaye
 
Komunikasi stpm sem 2
Komunikasi stpm sem 2Komunikasi stpm sem 2
Komunikasi stpm sem 2Norazul89
 
Model Ekonomi Baru
Model Ekonomi BaruModel Ekonomi Baru
Model Ekonomi Baru
Anies Syahieda
 
KAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUANKAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUAN
farah azrin
 
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaranPeranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaranSky Red
 
Nota pengajian perniagaan sem 3
Nota pengajian perniagaan sem 3Nota pengajian perniagaan sem 3
Nota pengajian perniagaan sem 3
hamali yusof
 
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 PengorganisasianPengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Nurul Hanum
 
ESEI PENGAJIAN AM: EKONOMI
ESEI PENGAJIAN AM: EKONOMIESEI PENGAJIAN AM: EKONOMI
ESEI PENGAJIAN AM: EKONOMI
NUR HUMAIRAH AMIRA
 
Dasar Perindustrian Berat Malaysia Pengajian AM
Dasar Perindustrian Berat Malaysia Pengajian AM Dasar Perindustrian Berat Malaysia Pengajian AM
Dasar Perindustrian Berat Malaysia Pengajian AM
Irfan Mustaffa
 
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
RAMLAH BINTI A. RANI
 
Dasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaDasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaNur Azwani Azmi
 
Kepentingan pengguna yang bijak
Kepentingan pengguna yang bijakKepentingan pengguna yang bijak
Kepentingan pengguna yang bijakRozlee Mian
 

What's hot (20)

Kaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianKaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
 
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
 
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5   kerajaan tempatanPengajian am topik 5   kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
 
Campuran pemasaran promosi
Campuran pemasaran promosiCampuran pemasaran promosi
Campuran pemasaran promosi
 
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
 
Ekonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian ImportEkonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian Import
 
Syarikat multinasional
Syarikat multinasionalSyarikat multinasional
Syarikat multinasional
 
Nota bab 6
Nota bab 6Nota bab 6
Nota bab 6
 
Komunikasi stpm sem 2
Komunikasi stpm sem 2Komunikasi stpm sem 2
Komunikasi stpm sem 2
 
Model Ekonomi Baru
Model Ekonomi BaruModel Ekonomi Baru
Model Ekonomi Baru
 
KAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUANKAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUAN
 
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaranPeranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
 
Nota pengajian perniagaan sem 3
Nota pengajian perniagaan sem 3Nota pengajian perniagaan sem 3
Nota pengajian perniagaan sem 3
 
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 PengorganisasianPengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
 
ESEI PENGAJIAN AM: EKONOMI
ESEI PENGAJIAN AM: EKONOMIESEI PENGAJIAN AM: EKONOMI
ESEI PENGAJIAN AM: EKONOMI
 
Dasar Perindustrian Berat Malaysia Pengajian AM
Dasar Perindustrian Berat Malaysia Pengajian AM Dasar Perindustrian Berat Malaysia Pengajian AM
Dasar Perindustrian Berat Malaysia Pengajian AM
 
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
 
Dasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaDasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysia
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
Kepentingan pengguna yang bijak
Kepentingan pengguna yang bijakKepentingan pengguna yang bijak
Kepentingan pengguna yang bijak
 

Similar to Rancangan perniagaan 3

Dasar automotif Nasional (NAP)
Dasar automotif Nasional (NAP)Dasar automotif Nasional (NAP)
Dasar automotif Nasional (NAP)
Josh Lrt
 
Dasar automotifnasional2006
Dasar automotifnasional2006Dasar automotifnasional2006
Dasar automotifnasional2006
I-r Papa
 
Dasar automotif nasional (nap) presentation
Dasar automotif nasional (nap) presentationDasar automotif nasional (nap) presentation
Dasar automotif nasional (nap) presentation
Madeline Lau
 
MANAJEMEN STRATEJIK, ANALISIS SWOT, DAN ANALISIS PESTEL PERUSAHAAN TOYOTA
MANAJEMEN STRATEJIK, ANALISIS SWOT, DAN ANALISIS PESTEL PERUSAHAAN TOYOTAMANAJEMEN STRATEJIK, ANALISIS SWOT, DAN ANALISIS PESTEL PERUSAHAAN TOYOTA
MANAJEMEN STRATEJIK, ANALISIS SWOT, DAN ANALISIS PESTEL PERUSAHAAN TOYOTA
Dafila28
 
2012 ebangi-masalah halatuju industri rebuilt
2012  ebangi-masalah halatuju industri rebuilt2012  ebangi-masalah halatuju industri rebuilt
2012 ebangi-masalah halatuju industri rebuiltNik Omar
 
Workshop Perlindungan Konsumen Era Digital edit 2-converted.pptx
Workshop Perlindungan Konsumen Era Digital edit 2-converted.pptxWorkshop Perlindungan Konsumen Era Digital edit 2-converted.pptx
Workshop Perlindungan Konsumen Era Digital edit 2-converted.pptx
Asdep4Ppdntu
 
Dasar perindustrian berat malaysia
Dasar perindustrian berat malaysiaDasar perindustrian berat malaysia
Dasar perindustrian berat malaysia
Nur Shazlina Yusoff
 
Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020
Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020
Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020
Pa3STPM
 
Peraturan Pemerintah Mobil Murah Sudah Terbit
Peraturan Pemerintah Mobil Murah Sudah TerbitPeraturan Pemerintah Mobil Murah Sudah Terbit
Peraturan Pemerintah Mobil Murah Sudah Terbit
Abu Tholib
 
Semester 5 - Keluk Permintaan & Keluk Penawaran
Semester 5 - Keluk Permintaan & Keluk PenawaranSemester 5 - Keluk Permintaan & Keluk Penawaran
Semester 5 - Keluk Permintaan & Keluk Penawaran
Nur Aisyah Khor
 
TF 20231019.pdf
TF 20231019.pdfTF 20231019.pdf
TF 20231019.pdf
kib-consulting
 
Objektif NAP PA penggal 2
Objektif NAP PA penggal 2Objektif NAP PA penggal 2
Objektif NAP PA penggal 2
azam_hazel
 
KELOMPOK 4 SOSIOLOGI.pptx
KELOMPOK 4 SOSIOLOGI.pptxKELOMPOK 4 SOSIOLOGI.pptx
KELOMPOK 4 SOSIOLOGI.pptx
FahrulFauzan2
 
(Sindonews.com) Opini ekonomi Koran SINDO 1 Juli 2014-13 Agustus 2014
(Sindonews.com) Opini ekonomi Koran SINDO 1 Juli 2014-13 Agustus 2014(Sindonews.com) Opini ekonomi Koran SINDO 1 Juli 2014-13 Agustus 2014
(Sindonews.com) Opini ekonomi Koran SINDO 1 Juli 2014-13 Agustus 2014
ekho109
 
ASEAN ECONOMIC COMUNITY 2015
ASEAN ECONOMIC COMUNITY 2015ASEAN ECONOMIC COMUNITY 2015
ASEAN ECONOMIC COMUNITY 2015
alsalcunsoed
 
Kebijakan Perdagangan Bebas-–-ASEAN-community-2015
Kebijakan Perdagangan Bebas-–-ASEAN-community-2015Kebijakan Perdagangan Bebas-–-ASEAN-community-2015
Kebijakan Perdagangan Bebas-–-ASEAN-community-2015
Syafril Djaelani,SE, MM
 
Materi presentasi sae 2018
Materi presentasi sae 2018Materi presentasi sae 2018
Materi presentasi sae 2018
Adammakna85
 
Progress ROADMAP BUMN
Progress ROADMAP BUMNProgress ROADMAP BUMN
Progress ROADMAP BUMN
Bambang Muliyadi
 
MEA
MEAMEA
He
HeHe

Similar to Rancangan perniagaan 3 (20)

Dasar automotif Nasional (NAP)
Dasar automotif Nasional (NAP)Dasar automotif Nasional (NAP)
Dasar automotif Nasional (NAP)
 
Dasar automotifnasional2006
Dasar automotifnasional2006Dasar automotifnasional2006
Dasar automotifnasional2006
 
Dasar automotif nasional (nap) presentation
Dasar automotif nasional (nap) presentationDasar automotif nasional (nap) presentation
Dasar automotif nasional (nap) presentation
 
MANAJEMEN STRATEJIK, ANALISIS SWOT, DAN ANALISIS PESTEL PERUSAHAAN TOYOTA
MANAJEMEN STRATEJIK, ANALISIS SWOT, DAN ANALISIS PESTEL PERUSAHAAN TOYOTAMANAJEMEN STRATEJIK, ANALISIS SWOT, DAN ANALISIS PESTEL PERUSAHAAN TOYOTA
MANAJEMEN STRATEJIK, ANALISIS SWOT, DAN ANALISIS PESTEL PERUSAHAAN TOYOTA
 
2012 ebangi-masalah halatuju industri rebuilt
2012  ebangi-masalah halatuju industri rebuilt2012  ebangi-masalah halatuju industri rebuilt
2012 ebangi-masalah halatuju industri rebuilt
 
Workshop Perlindungan Konsumen Era Digital edit 2-converted.pptx
Workshop Perlindungan Konsumen Era Digital edit 2-converted.pptxWorkshop Perlindungan Konsumen Era Digital edit 2-converted.pptx
Workshop Perlindungan Konsumen Era Digital edit 2-converted.pptx
 
Dasar perindustrian berat malaysia
Dasar perindustrian berat malaysiaDasar perindustrian berat malaysia
Dasar perindustrian berat malaysia
 
Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020
Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020
Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020
 
Peraturan Pemerintah Mobil Murah Sudah Terbit
Peraturan Pemerintah Mobil Murah Sudah TerbitPeraturan Pemerintah Mobil Murah Sudah Terbit
Peraturan Pemerintah Mobil Murah Sudah Terbit
 
Semester 5 - Keluk Permintaan & Keluk Penawaran
Semester 5 - Keluk Permintaan & Keluk PenawaranSemester 5 - Keluk Permintaan & Keluk Penawaran
Semester 5 - Keluk Permintaan & Keluk Penawaran
 
TF 20231019.pdf
TF 20231019.pdfTF 20231019.pdf
TF 20231019.pdf
 
Objektif NAP PA penggal 2
Objektif NAP PA penggal 2Objektif NAP PA penggal 2
Objektif NAP PA penggal 2
 
KELOMPOK 4 SOSIOLOGI.pptx
KELOMPOK 4 SOSIOLOGI.pptxKELOMPOK 4 SOSIOLOGI.pptx
KELOMPOK 4 SOSIOLOGI.pptx
 
(Sindonews.com) Opini ekonomi Koran SINDO 1 Juli 2014-13 Agustus 2014
(Sindonews.com) Opini ekonomi Koran SINDO 1 Juli 2014-13 Agustus 2014(Sindonews.com) Opini ekonomi Koran SINDO 1 Juli 2014-13 Agustus 2014
(Sindonews.com) Opini ekonomi Koran SINDO 1 Juli 2014-13 Agustus 2014
 
ASEAN ECONOMIC COMUNITY 2015
ASEAN ECONOMIC COMUNITY 2015ASEAN ECONOMIC COMUNITY 2015
ASEAN ECONOMIC COMUNITY 2015
 
Kebijakan Perdagangan Bebas-–-ASEAN-community-2015
Kebijakan Perdagangan Bebas-–-ASEAN-community-2015Kebijakan Perdagangan Bebas-–-ASEAN-community-2015
Kebijakan Perdagangan Bebas-–-ASEAN-community-2015
 
Materi presentasi sae 2018
Materi presentasi sae 2018Materi presentasi sae 2018
Materi presentasi sae 2018
 
Progress ROADMAP BUMN
Progress ROADMAP BUMNProgress ROADMAP BUMN
Progress ROADMAP BUMN
 
MEA
MEAMEA
MEA
 
He
HeHe
He
 

More from Open University Malaysia

Usahawan 2
Usahawan 2Usahawan 2
Rancangan perniagaan 2
Rancangan perniagaan 2Rancangan perniagaan 2
Rancangan perniagaan 2
Open University Malaysia
 
Rancangan perniagaan 1
Rancangan perniagaan 1Rancangan perniagaan 1
Rancangan perniagaan 1
Open University Malaysia
 
Sejarah acheh
Sejarah achehSejarah acheh
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
Open University Malaysia
 
Rancangan pemasaran
Rancangan pemasaranRancangan pemasaran
Rancangan pemasaran
Open University Malaysia
 
Penggunaan air domestik
Penggunaan air domestikPenggunaan air domestik
Penggunaan air domestik
Open University Malaysia
 
Pencemaran alam
Pencemaran alamPencemaran alam
Pencemaran alam
Open University Malaysia
 
Mikroekonomi
MikroekonomiMikroekonomi
Mikroekonomi (rokok)
Mikroekonomi (rokok)Mikroekonomi (rokok)
Mikroekonomi (rokok)
Open University Malaysia
 
Makroekonomi
MakroekonomiMakroekonomi
Kod etika
Kod etikaKod etika
Kempen cintailah sungai kita1
Kempen cintailah sungai kita1Kempen cintailah sungai kita1
Kempen cintailah sungai kita1
Open University Malaysia
 
Kaunselor bukan guru disiplin
Kaunselor bukan guru disiplinKaunselor bukan guru disiplin
Kaunselor bukan guru disiplin
Open University Malaysia
 
Topik 7 gimrama
Topik 7 gimramaTopik 7 gimrama
Topik 7 gimrama
Open University Malaysia
 

More from Open University Malaysia (16)

Usahawan 2
Usahawan 2Usahawan 2
Usahawan 2
 
Usahawan 1
Usahawan 1Usahawan 1
Usahawan 1
 
Rancangan perniagaan 2
Rancangan perniagaan 2Rancangan perniagaan 2
Rancangan perniagaan 2
 
Rancangan perniagaan 1
Rancangan perniagaan 1Rancangan perniagaan 1
Rancangan perniagaan 1
 
Sejarah acheh
Sejarah achehSejarah acheh
Sejarah acheh
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
 
Rancangan pemasaran
Rancangan pemasaranRancangan pemasaran
Rancangan pemasaran
 
Penggunaan air domestik
Penggunaan air domestikPenggunaan air domestik
Penggunaan air domestik
 
Pencemaran alam
Pencemaran alamPencemaran alam
Pencemaran alam
 
Mikroekonomi
MikroekonomiMikroekonomi
Mikroekonomi
 
Mikroekonomi (rokok)
Mikroekonomi (rokok)Mikroekonomi (rokok)
Mikroekonomi (rokok)
 
Makroekonomi
MakroekonomiMakroekonomi
Makroekonomi
 
Kod etika
Kod etikaKod etika
Kod etika
 
Kempen cintailah sungai kita1
Kempen cintailah sungai kita1Kempen cintailah sungai kita1
Kempen cintailah sungai kita1
 
Kaunselor bukan guru disiplin
Kaunselor bukan guru disiplinKaunselor bukan guru disiplin
Kaunselor bukan guru disiplin
 
Topik 7 gimrama
Topik 7 gimramaTopik 7 gimrama
Topik 7 gimrama
 

Recently uploaded

Juknis penggunaan aplikasi ecoklit pilkada 2024
Juknis penggunaan  aplikasi ecoklit pilkada 2024Juknis penggunaan  aplikasi ecoklit pilkada 2024
Juknis penggunaan aplikasi ecoklit pilkada 2024
abdinahyan
 
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdfRANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
junarpudin36
 
1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx
1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx
1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx
asepridwan50
 
Seminar Pendidikan PPG Filosofi Pendidikan.pdf
Seminar Pendidikan PPG Filosofi Pendidikan.pdfSeminar Pendidikan PPG Filosofi Pendidikan.pdf
Seminar Pendidikan PPG Filosofi Pendidikan.pdf
inganahsholihahpangs
 
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
Kanaidi ken
 
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
nasrudienaulia
 
Observasi-Kelas-oleh-Kepala-Sekolah.pptx
Observasi-Kelas-oleh-Kepala-Sekolah.pptxObservasi-Kelas-oleh-Kepala-Sekolah.pptx
Observasi-Kelas-oleh-Kepala-Sekolah.pptx
akram124738
 
KKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdeka
KKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdekaKKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdeka
KKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdeka
irvansupriadi44
 
Pemaparan budaya positif di sekolah.pptx
Pemaparan budaya positif di sekolah.pptxPemaparan budaya positif di sekolah.pptx
Pemaparan budaya positif di sekolah.pptx
maulatamah
 
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdfJuknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
HendraSagita2
 
FORMAT PPT RANGKAIAN PROGRAM KERJA KM 7.pptx
FORMAT PPT RANGKAIAN PROGRAM KERJA KM 7.pptxFORMAT PPT RANGKAIAN PROGRAM KERJA KM 7.pptx
FORMAT PPT RANGKAIAN PROGRAM KERJA KM 7.pptx
NavaldiMalau
 
SAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKAN
SAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKANSAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKAN
SAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKAN
NURULNAHARIAHBINTIAH
 
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARUAKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
junaedikuluri1
 
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdfMODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
YuristaAndriyani1
 
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdfPPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
SdyokoSusanto1
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
SurosoSuroso19
 
Panduan Penggunaan Rekomendasi Buku Sastra.pdf
Panduan Penggunaan Rekomendasi Buku Sastra.pdfPanduan Penggunaan Rekomendasi Buku Sastra.pdf
Panduan Penggunaan Rekomendasi Buku Sastra.pdf
MildayantiMildayanti
 
Laporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdf
Laporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdfLaporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdf
Laporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdf
OcitaDianAntari
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 

Recently uploaded (20)

Juknis penggunaan aplikasi ecoklit pilkada 2024
Juknis penggunaan  aplikasi ecoklit pilkada 2024Juknis penggunaan  aplikasi ecoklit pilkada 2024
Juknis penggunaan aplikasi ecoklit pilkada 2024
 
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdfRANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
 
1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx
1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx
1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx
 
Seminar Pendidikan PPG Filosofi Pendidikan.pdf
Seminar Pendidikan PPG Filosofi Pendidikan.pdfSeminar Pendidikan PPG Filosofi Pendidikan.pdf
Seminar Pendidikan PPG Filosofi Pendidikan.pdf
 
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
 
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
 
Observasi-Kelas-oleh-Kepala-Sekolah.pptx
Observasi-Kelas-oleh-Kepala-Sekolah.pptxObservasi-Kelas-oleh-Kepala-Sekolah.pptx
Observasi-Kelas-oleh-Kepala-Sekolah.pptx
 
KKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdeka
KKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdekaKKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdeka
KKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdeka
 
Pemaparan budaya positif di sekolah.pptx
Pemaparan budaya positif di sekolah.pptxPemaparan budaya positif di sekolah.pptx
Pemaparan budaya positif di sekolah.pptx
 
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdfJuknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
 
FORMAT PPT RANGKAIAN PROGRAM KERJA KM 7.pptx
FORMAT PPT RANGKAIAN PROGRAM KERJA KM 7.pptxFORMAT PPT RANGKAIAN PROGRAM KERJA KM 7.pptx
FORMAT PPT RANGKAIAN PROGRAM KERJA KM 7.pptx
 
SAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKAN
SAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKANSAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKAN
SAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKAN
 
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
 
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARUAKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
 
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdfMODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
 
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdfPPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
 
Panduan Penggunaan Rekomendasi Buku Sastra.pdf
Panduan Penggunaan Rekomendasi Buku Sastra.pdfPanduan Penggunaan Rekomendasi Buku Sastra.pdf
Panduan Penggunaan Rekomendasi Buku Sastra.pdf
 
Laporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdf
Laporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdfLaporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdf
Laporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdf
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
 

Rancangan perniagaan 3

  • 1. 1 1.0 Pengenalan Industri Automotif Di Malaysia Terletak di tengah-tengah rantau ASEAN dengan jumlah penduduk lebih daripada 500 juta orang, Malaysia menawarkan peluang meluas untuk pengeluar automotif dan komponen global untuk menubuhkan operasi pembuatan dan pengedaran di negara ini. Dasar-dasar kerajaan yang pragmatik, kestabilan politik dan ekonomi, asas ekonomi yang mantap, kemudahan infrastruktur yang membangun dan tenaga buruh yang mahir dan berpendidikan telah menarik pengilang automotif dan komponen antarabangsa yang utama untuk melabur di Malaysia. Pertumbuhan pesat ekonomi dan kuasa membeli penduduk yang tinggi telah menjadikan Malaysia pasaran kereta penumpang terbesar di ASEAN. Pada masa yang sama, penubuhan projek kereta nasional, PROTON dan PERODUA telah mengubah Malaysia dari pemasang kereta semata-mata kepada menjadi pengeluar kereta. Industri ini telah meningkatkan pembangunan kejuruteraan dan industri sokongan dan menyumbang kepada pembangunan kemahiran dan menaik taraf keupayaan teknologi dan kejuruteraan. Faktor-faktor ini telah mempertingkatkan lagi daya tarikan Malaysia sebagai asas bagi pengeluar automotif global. Dengan purata lebihan eksport tahunan sebanyak 20%, Malaysia adalah salah satu daripada 20 negara-negara eksport yang terbesar di seluruh dunia. Menurut ‘Global Enabling Trade Report 2009’, Malaysia telah berjaya untuk memperbaiki kedudukannya dari tahun ke tahun. Laporan tersebut, yang dilancarkan oleh World Economic Forum, menyenaraikan 121 negara, antaranya Malaysia yang kini disenaraikan di tangga ke 28 dari segi daya tarikan ekonomi untuk pelaburan antarabangsa. Pada mulanya, kilang pemasangan adalah projek-projek usahasama antara pengeluar kereta Eropah dan rakan kongsi tempatan yang sebelum ini pengedar tempatan mereka. Selain dari Swedish Motor Assemblies yang memasang Volvo, terdapat juga Asia Automobile Industries Sdn. Bhd. yang memasang Peugeot dan kenderaan Mazda dan Tan Chong Motors yang memasang kereta Nissan (ketika itu dikenali sebagai Datsun). Walaupun terdapat keperluan kandungan tempatan untuk menggalakkan pertumbuhan pembuatan komponen, usaha itu tidak begitu berjaya. Sehingga awal tahun
  • 2. 2 1980-an, terdapat kira-kira 15 pemasang yang mengeluarkan kenderaan untuk pengilang Eropah dan Jepun. Terdapat terlalu banyak buatan dan model, menyebabkan permintaan untuk komponen tertentu adalah rendah, membawa kepada kesukaran untuk pengilang untuk mencapai keuntungan besar. Tahap pemindahan teknologi adalah masih rendah dan begitu juga pembangunan sumber manusia dalam industri. Oleh itu, fasa kedua pembangunan dalam industri automotif telah bermula dengan pelancaran projek kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON), pada tahun 1984. Projek ini dari mulanya dirancang untuk memberi petunjuk kepada industri automotif dalam meningkatkan tahap teknologi dan pembangunan harta intelek industri. Projek PROTON, yang merupakan satu program bersama-sama dengan Mitsubishi Motors Corporation dari Jepun, telah memulakan pengeluaran dengan model PROTON Saga pada tahun 1985. Oleh kerana ia telah menyepadukan kemudahan pembuatan, menggalakkan rantaian industri dan mempunyai jenama nasional, ia telah diberi keutamaan cukai dan kadar duti. Selepas kejayaan kereta nasional, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA) telah ditubuhkan pada bulan Oktober 1992. Ia merupakan hasil perjanjian antara UMW Corporation Sdn. Bhd., Daihatsu Motor Co. Ltd., Med-Bumikar Mara Sdn. Bhd., PNB Equity Resources Corporation Sdn. Bhd., Mitsui & Co. Ltd. dan Daihatsu (Malaysia) Sdn. Bhd. PERODUA telah ditubuhkan untuk mengembangkan rangkaian produk automotif dan untuk terus menyokong pembuatan komponen dan bahagian. PERODUA adalah pengeluar kereta pertama di Malaysia untuk mencapai ISO 9002 yang berprestij dan ISO 9001 yang dianugerahkan oleh Vehicle Certification Agency (VCA) dari United Kingdom. Akibat daripada perkembangan ini, pasaran kenderaan Malaysia didominasi oleh kereta-kereta nasional Malaysia, PROTON dan PERODUA. Dasar-dasar automotif menimbulkan halangan kepada perdagangan antarabangsa kerana ini mengganggu kestabilan pasaran dan mengakibatkan kerugian kepada pengguna. Ianya telah menghalang pengguna daripada membeli kereta yang berpatutan dari pelbagai model import berkualiti. Program kandungan tempatan dan duti import yang tinggi pada unit CBU dan CKD tidak
  • 3. 3 syak lagi membawa kepada kos pengeluaran yang tinggi yang dipindahkan kepada pengguna dalam bentuk harga yang lebih tinggi. Harga kenderaan bermotor telah meningkat sejak pelancaran kereta nasional yang pertama dan kini di luar jangkauan sebahagian besar penduduk. Oleh itu, pengguna merasakan bahawa kerugian dalam kebajikan statik telah mengatasi apa-apa keuntungan dinamik kepada industri (Gabilaia Tamar, 2001). Ramai pengguna mendakwa bahawa perlindungan memaksa mereka untuk menerima kereta negara yang berkualiti rendah manakala ada yang mengadu kekurangan pilihan sebagai akibat daripada fenomena ini (Jomo KS, 2003). Dengan membenarkan pembuat kereta nasional untuk memonopoli pasaran kenderaan tempatan, ia telah menyebabkan ketidakcekapan di kalangan pengeluar tempatan di segi pengeluaran, kualiti, penyelidikan dan program pembangunan kerana mereka lebih leka dengan prestasi mereka di pasaran tempatan daripada pasaran global. 2.0 Analisis Pesaing Industri automotif negara dilihat telah berkembang dengan sangat positif kesan daripada persaingan yang wujud dalam industri ini sama ada daripada syarikat automotif tempatan seperti PROTON dan PERODUA mahupun daripada syarikat automotif antarabangsa seperti NISSAN, TOYOTA, MITSHUBITI dan sebagainya. Prestasi keseluruhan industri automotif tempatan dari segi jualan adalah di antara 536,905 unit pada tahun 2009 dan 652,120 unit pada tahun 2013. Dalam pada itu, jumlah pelaburan bagi industri automotif tempatan pula meningkat kecuali pada tahun 2009. Jumlah pelaburan adalah di antara RM700 juta hingga RM5 bilion pada tahun 2012. Dari Januari hingga Oktober 2013 pula, jumlah pelaburan yang direkodkan adalah sebanyak RM 3 bilion. Daripada jumlah RM3 bilion tersebut, pelaburan tempatan adalah sebanyak RM2.3 bilion dan pelaburan asing adalah sekitar RM 700 juta. Selain itu, prestasi perdagangan bagi industri automotif mengalami defisit di mana kadar peningkatan import adalah lebih tinggi berbanding eksport. Pada tahun 2012, jumlah defisit adalah sebanyak RM16 bilion di mana
  • 4. 4 jumlah import adalah RM21.7 bilion dan jumlah eksport hanya RM5.3 bilion. Pada tahun yang sama, komponen dan alat ganti menyumbang kepada jumlah eksport sebanyak RM4.3 bilion, manakala jumlah eksport kenderaan penumpang hanya bernilai RM700 juta. Walau bagaimanapun, jumlah perdagangan ini adalah termasuk dengan kenderaan import yang berada di Malaysia seperti TOYOTA dan juga NISSAN yang merupakan antara pesaing utama syarikat automotif tempatan seperti PROTON. Ini dilihat kepada perkembangan industri automotif Malaysia pada masa kini, pihak kerajaan telah memperkenalkan beberapa insentif untuk syarikat automorif antarabangsa yang beroperasi di Malaysia. Salah satu daripadanya ialah pemberian insentif pengecualian duti import dan duti eksais mulai 1 Januari 2014 sehingga 31 Disember 2015 bagi kenderaan hibrid Completely Knocked Down (CKD) dan mulai 1 Januari 2014 sehingga 31 Disember 2017 bagi kenderaan elektrik CKD. Selepas itu, syarikat pemasang kenderaan hibrid dan elektrik secara CKD akan dipertimbangkan insentif customised. Pemberian insentif customised ini antara lain berdasarkan tahap pelaburan strategik oleh syarikat yang meliputi nilai pelaburan, jumlah pengeluaran, pemindahan teknologi, aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembangunan rantaian bekalan, peluang pekerjaan dan jumlah eksport. Dalam pada itu, Malaysia juga turut menyediakan insentif dalam bentuk Skim Pinjaman Mudah dan pengecualian cukai untuk pembangunan infrastruktur dan pra-pengkomersilan teknologi seperti berikut:- a) Dana berjumlah RM130 juta bagi tempoh 2014 hingga 2020 disediakan untuk pembangunan infrastruktur bagi kenderaan EEV (termasuk hibrid dan EV). Tujuan pemberian pinjaman mudah ini adalah untuk menyokong pembangunan infrastruktur seperti stesen pengecas kenderaan EV dan Plug-In Hybrid Vehicle (PHEV) termasuk pengecas awam (public charger), dan penyediaan infrastruktur-infrastruktur lain yang berkaitan dengan EEV. b) Dana berjumlah RM575 juta bagi tempoh 2014 hingga 2020 disediakan untuk aktiviti-aktiviti pra-pengkomersilan teknologi kepada syarikat- syarikat pengeluar komponen dan alat ganti yang menerima pakai teknologi baharu dan termaju. Skim ini bertujuan membiayai
  • 5. 5 pembangunan teknologi yang selari dengan aliran semasa dan masa hadapan industri automotif terutamanya yang berkait rapat dengan aspek keselamatan dan alam sekitar. Teknologi tersebut merangkumi sub-sistem dan komponen bagi powertrain serta transmisi, komponen bahan ringan, bahan bakar alternatif dan bahan-bahan alternatif lain. c) Insentif cukai disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 . Ini bermakna bahawa terdapat banyak insentif yang dinikmati oleh syarikat automotif antarabangsa yang beroperasi di Malaysia sehingga memberikan kesan langsung ke atas daya saing syarikat automotif tempatan. Secara tidak langsung, perkara ini memberikan gambaran bahawa Malaysia sangat menginginkan kemasukan syarikat automotif anarabangsa dalam pasaran agar dapat memberikan persaingan yang lebih sihat kepada syarikat automotif tempatan seperti PROTON. Dalam pada itu, kelebihan teknologi yang dimiliki oleh syarikat automotif antarabangsa seperti TOYOTA, NISSAN, HONDA dan MITSUBISHI membolehkan pesaing PROTON ini mengeluarkan produk automotif yang lebih menarik dari segi reka bentuk, teknologi yang digunakan dan juga kelebihan dari aspek penggunaan bahan bakar. Walaupun PROTON kini menghasilkan banyak model baru pada masa kini seperti Preve, Exora, Saga dan sebagainya, namun nilai yang ditawarkan kepada pengguna tempatan dilihat menyamai dengan harga kenderaan import. Namun begitu, kualiti kenderaan Import dikatakan lebih baik jika dibandingkan dengan kenderaan tempatan (Rizaudin dan Zulkornain, 2013). Secara tidak langsung, ianya memberikan kelebihan kepada syarikat automotif antarabangsa yang bertapak di Malaysia untuk memikat hati rakyat Malaysia bagi menggunakan kenderaan Import berbanding dengan penggunaan kenderaan tempatan. Situasi seperti ini memberikan tamparan hebat kepada PROTON untuk lebih bersaya saing bagi menghasilkan kenderaan yang lebih berdaya saing dari segi kualiti dan juga harga. Dalam pada itu, reka bentuk kenderaan Import yang terdapat di Malaysia dilihat lebih kompetitif berbanding dengan reka bentuk kenderaan
  • 6. 6 tempatan. Rizaudin dan Zulkornain (2013) menyatakan bahawa terdapat beberapa model kenderaan tempatan khususnya PROTON yang hampir menyerupai model kenderaan import. Contohnya seperti Proton Inspira yang hampir menyerupai Mirsubishi Lancer. Begitu juga dengan Proton Suprima yang dilihat menyerupai model kenderaan Mitsubishi Attrage. Ini memperlihatkan kelemahan PROTON dalam mereka bentuk model kenderaan yang lebih kompetitif. Dalam pada itu, kelebihan pesaing ini tidak hanya dapat dilihat pada model kenderaan Mitsubishi sahaja. Sebaliknya, model kenderaan keluaran pesaing PROTON yang lain seperti HONDA, TOYOTA, NISSAN dan sebagainya dilihat lebih kompetitif dan eksklusif. Contohnya seperti model kenderaan Toyota Vios, Toyota Altis dan sebagainya yang mampu menyaingi model kenderaan Proton WAJA, Proton Inspira dan juga Proton Preve. Begitu juga dengan moden kenderaan HONDA seperti Honda City, Honda Civic dan sebagainya di mana reka bentuk model HONDA dilihat lebih menarik berbanding dengan model kenderaan PROTON. Walaupun syarikat automotif antarabangsa yang bertapak di Malaysia mempunyai kepakaran teknologi yang tinggi sehingga mampu menghasilkan model kenderaan yang lebih baik, namun PROTON juga turut mempunyai kelebihan yang tersendiri. Ini dapat dilihat menerusi permintaan terhadap model kenderaan PROTON yang semakin berkembang dan meningkat naik. Ini dapat dilihat menerusi permintaan model Kenderaan Preve yang tinggi dan merupakan antara model kenderaan PROTON yang terbaru. Namun begitu, PROTON perlu meneliti kelebihan pesaing PROTON agar kelebihan pesaing PROTON tidak menjejaskan permintaan pengguna di Malaysia terhadap model kenderaan PROTON. 3.0 Analisis Objektif dan Strategi Pesaing Syarikat automotif antarabangsa yang bertapak di Malaysia yang juga merupakan persaing PROTON mempunyai beberapa objektif yang ingin dicapai. Antaranya adalah seperti mana yang berikut;-
  • 7. 7 a) Meningkatkan kuasa pasaran automotif di Malaysia dengan mengeluarkan model kenderaan yang dapat menarik minat dan perhatian pengguna di Malaysia untuk memiliki kenderaan import berbanding dengan kenderaan tempatan. b) Menggunakan kelebihan dan insentif yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia untuk membangunkan produk yang lebih kompetitif dan bersaya saing seperti pengecualian duti import dan sebagainya. c) Merangsang pertumbuhan dan perkembangan industri automotif tempatan agar dapat berkembang selari dengan matlamat Wawasan 2020. Berdasarkan kepada tiga objektif yang dinyatakan di atas, dapat dilihat bahawa syarikat automotif antarabangsa yang juga merupakan pesaing PROTON dilihat memainkan peranan penting dalam usaha untuk memastikan industri automotif Malaysia dapat berkembang. Dalam mencapai objektif ini, terdapat beberapa strategi yang digunakan oleh pesaing PROTON. Antaranya adalah seperti mana yang berikut:- a) Strategi produk Jika dilihat kepada situasi pesaing PROTON pada masa kini, produk yang ditawarkan adalah pelbagai dengan reka bentuk produk yang lebih menarik. Contohnya seperti HONDA yang muncul dengan pelbagai modal sedan seperti Hodan City dan Honda Civic. Begitu juga dengan TOYOTA yang memperkenalkan dan menaik taraf model sedia ada seperti Toyota Vios dan Toyota Altis yang dilihat lebih moden dan mewah dengan ciri-ciri dalaman yang menarik. Dalam pada itu, PROTON juga turut mengeluarkan beberapa model baru seperti Proton Preve dengan ciri-ciri yang menarik dan eksklusif. Secara tidak langsung, perkara ini menyebabkan pengguna mempunyai pilihan model kenderaan yang pelbagai dengan spesifikasi yang tersendiri. Ianya memberikan kelebihan kepada pengguna untuk membuat penilaian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan model kenderaan yang diinginkan. Ini kerana, model kenderaan keluaran pesaing-pesaing PROTON dilihat mampu untuk
  • 8. 8 menyaingi model kenderaan PROTON. Ini adalah disebabkan oleh ciri- ciri dalaman yang menarik dan reka bentuk luaran yang tampak moden dan ekslusif. Dalam pada itu, harga yang ditawarkan juga dilihat hampir sama dengan model kenderaan PROTON. Namun begitu, penggunaan mungkin akan melihat perbezaannya adalah dari aspek nilai dan kualiti kenderaan import yang dilihat lebih baik jika dibandingkan dengan kenderaan tempatan. Ini kerana, setiap kenderaan import yang dikeluarkan di Malaysia perlu memenuhi kriteria keselamatan dan kualiti yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan juga syarikat tersebut agar dapat menarik minat dan perhatian pengguna tempatan untuk mendapatkan model kenderaan import. b) Strategi Harga Strategi lain yang turut digunakan oleh pesaing PROTON adalah harga produk yang ditawarkan kepada pengguna tempatan dilihat menyamai dengan harga model kenderaan PROTON. Contohnya adalah seperti mana yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:- Bil Model Kenderaan Harga Dari (RM) 1 Honda Civic 112,096.30 2 Honda City 73,286.00 3 Toyota Vios 72,417.50 4 Toyota Altis 103,676.00 5 Nissan Almera 66,813.50 Jadual 1 : Senarai Harga Kenderaan Untuk Model Tahun 2013-2014 Berdasarkan kepada maklumat yang dipaparkan dalam jadual 1 di atas, dapat dilihat bahawa harga kenderaan import bagi model sedan adalah antara RM66,813.50 sehingga RM112,096.30. Ianya juga dilihat menyaingi model kenderaan PROTON khususnya Proton Preve yang menyerupai model sedan tersebut. Bagi model Proton Preve, harga
  • 9. 9 permulaan adalah RM61,471.50. Walaupun harga model kenderaan import adalah lebih tinggi berbanding dengan Proton Preve, namun terdapat sesetengah pengguna di Malaysia yang tidak melihat perbezaan yang tidak terlalu besar tersebut. Bagi pengguna seperti ini, kualiti dan jenama kenderaan adalah lebih penting dan keadaan ini menyebabkan mereka sangggup mendapatkan model kenderaan import berbanding dengan model kenderaan tempatan. Dalam pada itu, perbezaan yang dapat dilihat antara modek Proton Preve dengan model Toyota Vios dan Honda City adalah kecil. Justeru, kelebihan harga ini menyebabkan daya saing PROTON dalam pasaran tempatan dilihat semakin kurang memuaskan. c) Strategi Pemasaran Strategi ketiga yang diguna pakai oleh pesaing PROTON adalah strategi pasaran. Jika dilihat kepada keadaan pasaran automotif di Malaysia pada masa kini, PROTON dilihat tidak mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk mengeluarkan model kenderaan pacuan empat roda. Berbeza dengan pesaing PROTON yang telah menyeluarkan pelbagai model pacuan empat roda. TOYOTA misalnya telah memperkenalkan Toyota Hilux (VIGO, Mitsubishi telah memperkenalkan model Mitsubishi Triton, ISUZU telah memperkenalkan model Isuzu D- Max, FORD telah memperkenalkan model Ford Ranger dan sebagainya. Ini bermakna bahawa pesaing-pesaing PROTON ini mampu memasarkan produk mereka ke pasaran yang mempunyai permintaan yang tinggi terhadap model kenderaan pacuan empat roda khususnya di Sabah dan Sarawak. Struktur dan bentuk muka bumi yang tertentu mendesak pengguna di kedua-dua negeri ini lebih cenderung untuk menggunakan kenderaan pacuan empat roda berbanding dengan penggunaan kenderaan seda. Namun begitu, PROTON sehingga kini masih tidak mempunyai kemahiran untuk mengeluarkan model kenderaan pacuan empat roda. Secara tidak langsung, ianya memberikan kelebihan dan kekuatan kepada pesaing PROTON untuk menguasai pasaran automotif di mana permintaan terhadap kenderaan pacuan empat roda adalah tinggi. Ini juga menyebabkan penguasaan
  • 10. 10 pasaran automotif di Malaysia lebih didominasi oleh pesaing-pesaing PROTON. Berdasarkan kepada penerangan dan penjelasan di atas, dapat dilihat bahawa terdapat beberapa startegi yang diguna pakai oleh pesaing-pesaing PROTON dalam memastikan model kenderaan yang dikeluarkan sentiasa mendapat tempat dalam kalangan pengguna di Malaysia. 4.0 Analisis Kekuatan dan Kelemahan Pesaing Keberadaan pesaing PROTON dalam industri automotif di Malaysia dilihat sebagai salah satu kelebihan khsusunya dalam merancakkan perkembangan industri automotif negara. Justeru, setiap syarikat automotif antarabangsa yang beroperasi di Malaysia mempunyai kelebihan dan kekuatan yang tersendiri. Namun begitu, syarikat-syarikat pesaing PROTON tersebut juga turut mempunyai beberapa kelemahan seperti mana yang dibinacngkan di bawah:- a) Kelebihan dan Kekuatan  Kelebihan Teknologi Antara kelebihan dan kekuatan pesaing PROTON adalah teknologi yang digunakan dalam mereka bentuk dan menghasilkan kenderaan. Setiap syarikat automotif antarabangsa yang beroperasi di Malaysia sememangnya menggunakan teknologi yang dibawa dari negara asal mereka. Contohnya seperti TOYOTA yang menggunakan teknologi hibrid yang kini digunakan pada model Toyota Prius dan menjadi antara peneraju kenderaan hibrid di Malaysia. Dalam pada itu, teknologi keselamatan juga turut digunakan oleh pesaing PROTON seperti TOYOTA pada model kenderaan mereka. Contohnya seperti penggunaan Pre-Collision System yang menggunakan kamera sensor laser untuk mencegah pelanggaran yang tidak dijangka oleh pemandu. Begitu juga dengan penggunaan teknologi Lane Departure Alert yang yang menggunakan kamera untuk memastikan pemandu sentiasa memandu dalam lorong yang
  • 11. 11 betul. Sekiranya pemanduan pemandu tersasar, ianya akan memberikan amaran kepada pemandu agar memasuki semula lorong pemanduan yang betul. Ini juga adalah satu teknologi yang memberikan kelebihan kepada pesaing PROTON untuk menghasilkan model kenderaan yang menggunakan teknologi semasa.  Kemahiran Pekerja Kemahiran pekerja yang bekerja dengan syarikat automotif antarabangsa di Malaysia juga adalah antara kelebihan yang dimiliki oleh pesaing PROTON. Ini kerana, tidak semua pekerja yang berkhidmat dalam syarikat automotif antarabangsa seperti TOYOTA adalah pekerja daripada kalangan rakyat Malaysia. Sebaliknya, terdapat sesetengah syarikat automotif antarabangsa yang menggunakan khidmat pakar dari negara mereka. TOYOTA misalnya mungkin mengimport pekerja pakar mereka untuk berkhidmat di Malaysia. Secara tidak langsung, ianya memberikan kelebihan kepada TOYOTA untuk menghasilkan model kenderaan yang lebih kompetitif dan mampu memikat hati pengguna di Malaysia. Dalam masa yang sama, pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki oleh pekerja import seperti ini juga boleh digunakan untuk memastikan reka bentuk model kenderaan yang dihasilkan adalah yang terbaik dalam pasaran semasa.  Kelebihan Model Kenderaan Kekuatan lain yang dapat dilihat pada pesaing PROTON adalah dari aspek reka bentuk model kenderaan yang dihasilkan. Memandakan pesaing PROTON tidak hanya bertapak di Malaysia, sebaliknya beroperasi di seluruh dunia, maka ianya memberikan kelebihan kepada pesaing-pesaing PROTON untuk menggunakan erka bentuk model kenderaan di negara lain. Contohnya, TOYOTA boleh menggunakan reka bentuk Toyota Vios di Thailand dan Indonesia yang kemudiannya menghasilkan satu reka bentuk Toyota Vios yang lebih menarik dan mempunyai ciri kompetitif. Dengan demikian,
  • 12. 12 maka model kenderaan yang dihasilkan pada Toyota Vios adalah satu reka bentuk yang lebih menarik dan seterusnya mampu menyaingi model kenderaan keluaran PROTON. b) Kelemahan  Harga Produk Walaupun produk yang ditawarkan oleh syarikat automotif antarabangsa di Malaysia adalah lebih pelbagai dan menarik, namun harga yang ditawarkan kepada pengguna dilihat lebih tinggi. Perkara ini juga dapat dilihat dalam jadual 1 di mana harga Proton Preve dilihat lebih rendah berbanding dengan lima model kenderaan import yang dinyatakan. Secara tidak langsung, harga kenderaan yang ditawarkan oleh pesaing-pesaing PROTON adalah lebih tinggi dan sememangnya tidak dapat memikat hati pengguna yang berpendapatan rendah. Di Malaysia, kumpulan masyarakat yang berpendapatan sederhana dan rendah adalah yang tertinggi. Secara tidak langsung, ianya turut mempengaruhi kuasa beli pengguna tersebut yang mana akan mendapatkan model kenderaan yang lebih mudah dan mempunyai nilai eksekutif. Contohnya seperti Proton Preve yang ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding dengan model kenderaan yang ditawarkan oleh pesaing PROTON. Secara tidak langsung, permintaan daripada penggunaan berpendapatan rendah yang ingin memiliki kenderaan mewah seperti Proton Preve akan meningkat ekoran daripada harga Proton Preve yang lebih rendah berbanding dengan harga yang ditawarkan oleh pesaing PROTON. Ianya memberikan satu situasi yang tidak baik kepada pesaing-pesaing PROTON dalam menguasai pasaran tempatan.  Terikat Dengan Polisi Automotif Kebangsaan Kekurangan atau kekangan lain yang dihadapi oleh pesaing PROTON adalah kekangan daripada Polisi Automotif Kebangsaan (NAP). Walaupun NAP diperkenalkan untuk memastikan pembangunan industri automotif negara, namun terdapat beberapa
  • 13. 13 dasar yang diperkenalkan untuk memastikan industri automotif tempatan tidak terjejas. Contohnya dari aspek kadar cukai yang dikenakan kepada syarikat automotif antarabangsa yang menyebabkan syarikat automotif mungkin tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan model kenderaan pada kuantiti yang banyak. Daripada penerangan dan penjelasan yang dinyatakan di atas, dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan yang wujud pada pesaing PROTON yang juga turut mempengaruhi daya saing PROTON dalam pasaran tempatan. 5.0 Tindakan Susulan Oleh PROTON Jika dilihat kepada kelebihan dan daya saing PROTON yang dinyatakan di atas, dapat dilihat bahawa PROTON perlu merangka mengambil tindakan yang lebih berkesan agar dapat meningkatkan daya saing PROTON dalam industri automotif negara. Contohnya, PROTON perlu mengeluarkan model kenderaan yang menampakkan ciri PROTON itu sendiri dan tidak seharusnya meniru daripada model kenderaan pesaing yang sedia ada dalam pasaran. Ini juga adalah untuk memastikan agar keyakinan penggunaan terhadap model kenderaan PROTON akan sentiasa meningkat. Industri automotif Malaysia telah menyumbang kepada ekonomi dari segi pekerjaan, eksport dan hasil daripada cukai. Ia juga telah menjadi lambang pertumbuhan sektor pembuatan. Malangnya, kepelbagaian pilihan dan harga kereta yang lebih rendah di pasaran telah menjejaskan prestasi jualan kereta-kereta nasional Malaysia. Dalam usaha untuk mengekalkan kewujudan mereka dalam pasaran kenderaan motor tempatan dan ASEAN, pengeluar kereta nasional harus berhenti bergantung kepada kerajaan untuk perlindungan. Pembuat kereta perlu memberikan lebih penekanan terhadap Penyelidikan & Pembangunan (R & D) untuk menghasilkan kereta yang berkualiti setanding dengan kereta- kereta Jepun dan Korea. Langkah yang diambil oleh PROTON untuk bekerjasama dengan Volkswagen, Lotus dan Mitsubishi harus diberikan pujian.
  • 14. 14 Dengan bekerjasama yang erat, kita boleh mendapat manfaat dari segi teknologi dan kepakaran, mengeluarkan kereta yang berkualiti pada harga yang kompetitif dan juga menjadi pemangkin untuk terus mempromosi PROTON di pasaran serantau. PROTON telah ditubuhkan pada 7 Mei 1983 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ia adalah pembuat kereta Malaysia yang dominan sehingga penubuhan PERODUA pada tahun 1993. Berdasarkan teknologi dan bahagian dari Mitsubishi Motors, pengeluaran model yang pertama, PROTON Saga bermula pada bulan September 1985 di kilang pembuatan yang pertama di Shah Alam, Selangor. Pada mulanya, komponen kereta dibuat sepenuhnya oleh Mitsubishi tetapi perlahan-lahan komponen tempatan telah digunakan apabila teknologi telah dipindahkan dan kemahiran telah diperolehi. PROTON Saga yang ke 100,000 telah dikeluarkan pada bulan Januari 1989. Pada tahun 1993, model yang dikenali sebagai Proton Wira telah diperkenalkan berasaskan Mitsubishi Lancer/Colt. Lebih daripada 220,000 unit telah dijual antara 1996 dan 1998. PROTON Perdana berasaskan Mitsubishi Galant/Eterna, pertama kali dihasilkan pada tahun 1995, bertujuan untuk pasaran yang lebih tinggi. PROTON Waja (Proton Impian di UK), yang dilancarkan pada awal tahun 2001, adalah model kereta pertama yang direka oleh Proton. Menjelang tahun 2002, PROTON memegang lebih 60% bahagian pasaran sebanyak di Malaysia, yang telah dikurangkan kepada 30% menjelang tahun 2005 dan dikurangkan lagi pada tahun 2008 apabila mandat AFTA mengurangkan tarif import kepada maksimum sebanyak 5%. Dengan pengambilalihan teknologi Lotus pada tahun 1996 dari ACBN Holdings (sebuah syarikat yang dimiliki oleh Volkswagen), PROTON mendapat sumber tambahan dan kepakaran kejuruteraan automotif. Ini membawa kepada pengeluaran Proton Gen-2 yang telah diberi nama kod Wira Replacement Model (WRM) sebelum pelancarannya. Gen-2 adalah kereta pertama yang dikeluarkan dan dipasang di kilang baru di Tanjung Malim, Perak
  • 15. 15 yang merupakan sebahagian daripada projek pembangunan Bandar PROTON. Kilang ini telah dibuka pada 26 Februari 2005. Pada 8 Jun 2005, PROTON memperkenalkan model kedua (1200cc supermini 5-pintu) PROTON Savvy yang dikeluarkan di Tanjung Malim. Kedua- dua Gen-2 dan Savvy, adalah model yang MG Rover telah cuba untuk ‘rebadge’ apabila firma British memeterai rundingan kerjasama dengan PROTON. Walau bagaimanapun, rundingan mereka tidak berjaya. Pada tahun 2007, PROTON melancarkan model sedan baru sebagai gantian untuk Wira Sedan tetapi dengan nama yang baru, Persona, yang sebelum ini digunakan sebagai nama model eksport di luar Malaysia. Model gantian PROTON Saga baru (nama kod PROTON BLM) telah dilancarkan pada 18 Januari 2008. Saga baru itu berdasarkan platform Savvy, tetapi menggunakan enjin 1.3L Campro. Di samping itu, PROTON memasuki rundingan dengan Mitsubishi Motors sekali lagi dan rundingan agak positif dan kerjasama yang terhasil membawa kepada pengenalan Inspira. Penggantian Waja berasaskan Mitsubishi Lancer serta ‘rebadging’ Proton Persona dan Proton Exora sebagai kenderaan Mitsubishi di pasaran tertentu. Pada 2 Ogos 2008, PROTON telah menghasilkan 3 juta kereta sejak tahun 1985, di mana kereta ke 3,000,000 ialah Saga generasi kedua. Pada tahun 2012, PROTON telah melancarkan kereta global yang pertama, Proton Preve. Menerusi tindakan PROTON yang sentiasa memperbaiki kualiti model kenderaan yang dihasilkan, maka ianya akan dapat membantu PROTON untuk terus berkembang dan sentiasa memenuhi kehendak dan citarasa pengguna di Malaysia. Dalam masa yang sama, tindakan mempelbagaikan model kenderaan PROTON juga akan membentuk imej yang lebih positif dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya terhadap kemampuan PROTON untuk menghasilkan model kenderaan yang lebih menarik dan berdaya saing.
  • 16. 16 6.0 Strategi Yang Perlu Dilaksanakn PROTON Bagi memastikan bahawa setiap model kenderaan yang diperkenalkan dan dikeluarkan oleh PROTON sentiasa dapat menyaingi mode kenderaan yang dikeluarkan oleh pesaing PROTON, maka terdapat beberapa strategi yang boleh dilaksanakan oleh PROTON. Antaranya adalah seperti mana yang berikut:- a) Strategi Pembangunan Produk Salah satu strategi yang perlu dilaksanakan oleh PROTON ialah strategi pembangunan produk. Pada masa kini, permintaan terhadap model kenderaan tidak hanya terhad kepada model sedan. Sebaliknya, permintaan terhadap model kenderaan pacuan empat roda dan kenderaan mewah juga semakin meningkat. Justeru, PROTON perlu peka terhadap keperluan dan permintaan terhadap kedua-dua model kenderaan dan perlu melaksanakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan bagi membantu PROTON menghasilkan produk yang dapat memenuhi permintaan pasaran. Dalam pada itu, pengeluaran produk seperti ini juga tidak hanya membantu PROTON untuk menguasai pasaran tempatan. Sebaliknya, model-model kenderaan seperti ini boleh dieksport ke luar negara yang mungkin telah sebati dengan produk keluaran PROTON. Secara tidak langsung, pengguna mempunyai banyak pilihan terhadap produk yang dihasilkan oleh PROTON. Dalam pada itu, ciri-ciri istimewa pada model kenderaan yang dihasilkan juga perlu ditingkatkan. Contohnya seperti teknologi penjimatan bahan bakar, teknologi sensor yang dapat membantu pemandu untuk mengelak daripada keselamatan dan pelbagai ciri-ciri menarik yang lain. Secara tidak langsung, kelebihan yang terdapat pada produk PROTON ini akan membantu menarik perhatian pengguna terhadap produk yang dihasilkan oleh PROTON. Secara tidak langsung, model kenderaan yang dihasilkan oleh PROTON akan sentiasa mendapat permintaan dalam pasaran sama ada dalam pasaran tempatan mahupun di peringkat antarabangsa.
  • 17. 17 b) Menjalankan Kerjasama Dengan Syarikat Automotif Strategi lain yang juga boleh dilaksanakan ialah strategi menjalinkan kerjasama dengan syarikat automotif antarabangsa. Kerjasama yang dilakukan adalah melibatkan perkongsian teknologi yang boleh digunakan oleh PROTON untuk menghasilkan produk yang lebih unik dan menarik. Walaupun PROTON pernah dan masih menjalankan kerjasama dengan LOTUS yang membolehkan PROTON mereka bentuk model kenderaan yang lebih menarik, namun produk yang dihasilkan tidak diperluaskan ke dalam pasaran tempatan di Malaysia. Sebaliknya, kebanyakan produk PROTON menerusi teknologi LOTUS hanya dikeluarkan di luar negara seperti Proton Tuah, Proton Lekir, Proton Jebat, Proton Emas dan sebagainya. Raajh 1 : Proton Tuah Rajah 2 : Proton Jebat
  • 18. 18 Rajah 3 : Proton Lekir Rajah 4 : Proton Emas Justeru, PROTON perlu menjalankan kerjasama dengan syarikat automotif lain yang membolehkan PROTON menghasilkan reka bentuk model kenderaan yang lebih menarik seperti mana kerjasama yang pernah dijalankan dengan Mitsubishi Motors di peringk awal kewujudan PROTON. Ini juga akan dapat membantu PROTON untuk menghasilkan produk yang dapat memenuhi permintaan tempatan dan seterusnya mampu menguasai pasaran tempatan.
  • 19. 19 c) Latihan Kemahiran Pekerja Mahir Strategi lain yang perlu dilaksanakan oleh PROTON ialah strategi pembangunan kemahiran pekerja PROTON. Industri Automotif adalah sangat signifikan bukan sahaja dari segi saiz tetapi juga kerana ia memainkan peranan penting dalam menghubungkan faktor-faktor lain ekonomi antara satu sama lain. Pekerja yang mempunyai kelayakan sederhana memonopoli sektor pengangkutan dan logistik. Terdapat kecenderungan yang jelas di mana kemahiran perlu beralih dari tahap kelayakan yang rendah ke arah tahap kelayakan sederhana dan yang lebih tinggi. Kemahiran yang paling penting adalah yang berkaitan dengan pematuhan peraturan persekitaran dan keselamatan yang baru dan lebih ketat. Kerajaan, melalui agensi-agensi seperti Institut Automotif Malaysia (MAI) dan pelbagai institusi latihan, kini secara agresif menghasilkan jumlah pekerja mahir automotif yang diperlukan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja semasa untuk memenuhi permintaan industri automotif tempatan yang sedang berkembang. Institut latihan vokasional dan universiti perlu memberi fokus kepada melatih keperluan pelatih yang berkaitan dengan industri. Ini adalah penting supaya pertumbuhan industri automotif di Malaysia akan terus disokong oleh pekerja yang berwibawa. Oleh itu, PROTON perlu melatih dan melahirkan pakar yang dapat membantu PROTON untuk menghasilkan model kenderaan yang lebih baik dan menarik. Contohnya seperti menghantar pekerja PROTON yang berkemahiran untuk memperolehi pengalaman dan kemahiran di peringkat antarabangsa. Berdasarkan kepada penerangan dan penjelasan di atas, dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa strategi yang oleh dilaksanakan oleh PROTON untuk memastikan model kenderaan yang dikeluarkan oleh PROTON adalah model kenderaan yang mampu berdaya saing dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.
  • 20. 20 7.0 Penutup Dasar Automotif Nasional (NAP) telah diperkenalkan pada 22 Mac 2006 untuk memudahkan transformasi yang diperlukan dan integrasi optimum industri automotif tempatan ke dalam jaringan industri serantau dan global dalam persekitaran global yang semakin liberal dan kompetitif. NAP adalah teras utama untuk merangka hala tuju strategik industri di bawah Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3), 2006-2020. Tiga setengah tahun selepas diperkenalkan, NAP telah dikaji semula, menyebabkan dasar-dasar baru yang akan menggalakkan pasaran yang lebih kompetitif bagi syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa. Selaras dengan komitmen Kerajaan kepada liberalisasi dan konsep ‘Rakyat Didahulukan’ Malaysia, kajian semula NAP memberi faedah kepada pengguna dari segi keselamatan dan perlindungan alam sekitar. Sebagai sebahagian daripada kajian semula itu, pelbagai pihak yang berkepentingan telah dirujuk untuk mengumpul pandangan dan amalan terbaik dari sektor swasta, masyarakat sivil dan agensi-agensi kerajaan. Matlamat bersama mereka adalah untuk meningkatkan daya maju jangka panjang dan daya saing pasaran automotif, memanfaatkan perkembangan terkini dalam industri automotif serantau dan global dan menawarkan kenderaan berteknologi canggih yang lebih selamat dan lebih mesra alam.
  • 21. 21 Rujukan Abd. Jumaat Mahat, Mohd. Shah Kassin, Mohd. Sobri Don, Cik Jannatul Firdaus, Ahmad Bashawir Hj. Abd. Ghani, (2005). Perniagaan Antarabangsa, Universiti Terbuka Malaysia, Kuala Lumpur Bateman and Snell, (2005) Management : The New Competitive landscape, Sixth Edition, Mc.Graw Hill International Edition Berkely Wright, (1995). Marketing In Management Basic Principles, Mike Worson, First Pub Lished Limeted Chuck Williams, (2007). Management, 4th edition, Thomson, New York Holland, J.L. (1997). Making Vocational Choices: A Theory Of Vocational Personalities And Work Environments (3rd Ed.). Odessa, Florida: Psychological Assessment Resources Lehman and Winer, (2004). Product Management Fourth Edition, Mc. Graw Hill International Edition Mohammad Nizam Hanafiah, (2005). Pengurusan Strategik : Kes dan Konsep, Pearson Prentice Hall, Kuala Lumpur Paul Peter, Jerry c. Olson, (1996). Consumer And Markering Startegic Behaviour, Fifth Edition Philip Kotler, Gary Armstrong, Swee Hoon Ang, Siew Meng Leong, Chin Tiong Tan and David K. Tse, (2005). Principles of Marketing an Asian perspective, Pearson Prentice Hall Micheal R, (1996). Marketing Real People Real Choices, Second Edition, Solution Elnora W. Stuart Walker Boyd Mullins Larrechl, (2003). Decision Focused Apporal, Fourth Edition, Marketing Startegicy LA