SlideShare a Scribd company logo
1
1.0 PENDAHULUAN
Industri telekomunikasi terus berkembang pesat pada kadar yang tidak pernah
dicapai sebelum ini. Ia mewujudkan persaingan yang lebih hebat dan sengit dalam sektor
komunikasi mudah alih. Pelbagai kemudahan dan insfraktuktur disediakan oleh kerajaan
dalam usaha untuk menjana dan mengembangkan industri telekomunikasi di Malaysia.
Untuk membangunkan infrastruktur telekomunikasi yang maju dan moden, sesebuah
negara perlu memenuhi beberapa kriteria iaitu kedinamikan dasar telekomunikasi negara
dan sumber kewangan yang mencukupi. Kedinamikan dasar telekomunikasi bermaksud
sesuatu dasar yang digubal bergantung kepada kepercayaan pemerintah terhadap
sumbangan infrastruktur telekomunikasi terhadap pembangunan. Ini bermakna kejayaan
pembangunan infrastruktur telekomunikasi sesebuah Negara ditentukan oleh
keberkesanan perlaksanaan dasar tersebut. Sumber kewangan juga memainkan peranan
penting dalam usaha menyediakan infrastruktur telekomunikasi yang maju dan moden.
Tanpa sumber kewangan yang mencukupi, matlamat tersebut tidak dapat dicapai dengan
berkesan.
Walaupun menghadapi cabaran-cabaran hebat, DiGi telah berjaya melangkah
maju sebagai peserta utama kerana ia berupaya menyesuaikan diri dengan pantas,
memanfaatkan kuasa inovasi dan mengekalkan kedudukannya sebagai perniagaan
prestasi tinggi. DiGi tetap berpegang kepada komitmennya untuk membawa faedah-
faedah produk dan perkhidmatan multimedia mudah alih terkini kepada seberapa ramai
rakyat Malaysia yang mungkin.
2
2.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT
DiGi Telecommunications merupakan penyedia perkhidmatan telefon bimbit di
Malaysia. Kod telefon yang digunakan ialah seperti ‘016, 014-32, 014-35, 014-30, 014-
31 dan 014-6’. Ia dimiliki sejara majoriti oleh Telenor ASA dari Norway sebanyak 61%.
Pada 24 Mei 1995 DiGi menjadi syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia untuk
melancar dan mengendalikan rangkaian selular yang digital sepenuhnya.Pada bulan Jun
2006, DiGi juga melancarkan rancangan Ejen 016 di TV3 di saluran 3 Astro.
1) Visi
Meninggikan komunikasi untuk membaiki kualiti kehidupan pelanggan di rumah,
tempat kerja dan untuk mengisi masa lapang.
2) Misi
 Memperlengkapkan khususnya proses pelanggan untuk menemui kehendak
individu dalam komunikasi, perhubungan, penggunaan komunikasi dan
keselamatan. Memperlengkapkan persekitaran dimana semua pekerja boleh
hidup dan dipenuhi.
 Memperlengkapkan superior returns untuk pemegang saham.
 Memberi sumbangan untuk mempertingkatkan kehidupan di Malaysia.
Pada setiap tahun perhatian syarikat Digi tertumpu kepada usaha memberikan
pelanggan dengan produk dan perkhidmatan yang mudah digunakan yang dikehendaki
dan diharapkan oleh pengguna daripada pembekal perkhidmatan mudah alih. Syarikat
Digi telah mencapai kemajuan besar ke arah mencapai objektif tersebut dengan
pelancaran pelbagai produk dan perkhidmatan inovatif yang memberikan nilai untuk
wang bagi pelanggan prabayar dan pasca bayar. Kesungguhan Syarikat Digi dapat dilihat
daripada kedudukan DiGi di tempat kedua sebagai syarikat yang memenuhi keperluan
pelanggan dalam kaji selidik tahunan Review 200: Asia’s Leading Companies oleh
majalah Far Eastern Economic Review.
3
Bagi memastikan produk dan perhidmatan telekomunikasi yang disediakan DiGi
mampu mendorong pengguna untuk menggunakan perkhidmatan DiGi, maka aktiviti
pemasaran yang efektif adalah sangat penting. Analisis SWOT perlu dilakukan untuk
mengenal pasti kekuatan produk DiGi berbanding produk syarikat telekomunikasi yang
lain, peluang yang boleh direbut oleh DiGi dan pelbagai elemen lain. Dalam pada itu,
strategi pemasaran yang berkesan juga perlu dirangka oleh DiGi untuk memastikan DiGi
sentiasa kekal menjadi antara pesaing utama dalam industri telekomunikasi di Malaysia.
3.0 ANALISIS SITUASI
Industri telekomunikasi di Malaysia telah wujud semenjak tahun 1946 lagi dan
Jabatan Telekom Malaysia merupakan syarikat perintis. Nama Jabatan Telekom
Malaysia telah ditukar kepada Syarikat Telekom Malaysia Berhad apabila ianya
diswastakan pada tahun 1987. Apabila Syarikat Telekom Malaysia Berhad diperbadan
dan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1990, namanya telah ditukar
sekali lagi kepada Telekom Malaysia Berhad. Semenjak penubuhannya, Telekom
Malaysia Berhad telah menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuklah, antaranya
perkhidmatan talian tetap, talian antarabangsa seperti International Direct Dialing,
perkhidmatan talian mudah alih (TMTouch) dan perkhidmatan Internet (TMNet).
Pada tahun 1985, kerajaan telah memecahkan status monopoli Syarikat Telekom
Malaysia Berhad dengan menawarkan lesen kepada syarikat telekomunikasi swasta
bertujuan menggalakkan persaingan dalam industri seiringan dengan kemajuan teknologi
maklumat. Langkah tersebut telah menyaksikan kemasukan sebelas syarikat
telekomunikasi swasta iaitu Celcom (M) Sendirian Berhad, Malaysian Resources
Corporations Berhad, DiGi Telecommunications Sendirian Berhad, Sapura Holdings
Sendirian Berhad, Electronic and Telematique (M) Sendirian Berhad, Maxis
Communications Sendirian Berhad, Mobikom Sendirian Berhad, Time dotCom Berhad,
PrismaNet (M) Berhad, MIMOS (Malaysian Institute of Microelectronic Systems)
Berhad dan NTT MSC (Nippon Telegraph and Telephone and Multimedia Super
Corridor) Sendirian Berhad.
4
Industri telekomunikasi Malaysia mengalami pertumbuhan yang pesat,
terutamanya dalam perkhidmatan talian mudah alih. Pertumbuhan pesat talian mudah
alih disebabkan kecenderungan pelanggan mengutamakan talian mudah alih berbanding
talian tetap. Ini adalah kerana ciri fizikal telefon mudah alih bersaiz kecil, mudah
dibawa, mempunyai pelbagai fungsi dengan harga mampu dimiliki, telah menjadikan
telefon mudah alih amat penting kegunaannya dalam urusan seharian berbanding talian
tetap. Selain daripada itu, pengenalan sistem prabayar yang semakin digemari pelanggan
dan kualiti perkhidmatan yang semakin meningkat dengan pelbagai produk yang
memenuhi kehendak pelanggan telah berjaya meninggikan kadar penembusan
perkhidmatan talian mudah alih daripada 0.03 peratus pada tahun 1985 kepada 44.3
peratus pada tahun 2003.
Pada hari ini, semakin banyak syarikat telekomunikasi yang ditubuhkan seperti
RedOne, Tune Plus, Tune Excel, U-Mobile, YES dan sebagainya kesan daripada
permintaan yang tinggi terhadap produk dan perkhidmatan telekomunikasi. Kesemua
pemain utama dalam industri telekomunikasi ini juga turut menawarkan produk dan
perkhidmatan yang mana mempunyai kelebihan masing-masing seperti kelebihan dari
aspek data internet, panggilan dan sebagainya. Justeru, perkembangan industri
telekomunikasi di Malaysia pada hari ini adalah suatu perkembangan yang positif kepada
pengguna untuk memilih penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbaik.
4.0 ANALISIS SWOT
Setiap aktiviti pemasaran yang dilakukan oleh sesebuah syarikat seperti DiGi
perlu membuat analisis SWOT. Ini adalah untuk melihat kepada kelebihan dan
kekurangan yang terdapat pada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan DiGi serta
mengenal pasti peluang dan ancaman yang wujud dalam industri telekomunikasi.
5
4.1 KEKUATAN
Setiap syarikat mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri. Begitu juga
dengan DiGi. Kekuatan Digi dapat dilihat menerusi kemampuan DiGi untuk
menghasilkan inovasi dengan pantas dan secara berterusan dengan aplikasi yang
praktikal dan relevan yang memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan yang semakin
berubah adalah tinggi. Di samping itu, langkah-langkah bersepadu juga telah diambil
oleh DiGi untuk memperluas dan mempertingkatkan jenama DiGi agar personaliti
Syarikat Digi yang ramah, mesra dan mudah didekati mendapat pengiktirafan yang
lebih meluas. Hasil daripada semua kegiatan ini, Digi telah mencatatkan prestasi
operasi keseluruhan yang lebih mantap walaupun dalam suasana perniagaan yang
semakin kompetitif.
Selain itu, Digi sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran yang
wujud dalam indsustri telekomunikasi di Malaysia dengan bertindak balas pantas
secara konsisten untuk memenuhi keperluan pelanggan kami dan mengambil langkah
yang bijak untuk menandingi pesaing-pesaingnya. DiGi juga dilihat memastikan
pelanggan menjadi keutamaan dan setiap unit operasi memberi tumpuan membekalkan
produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan secara
langsung.
Usaha untuk mencapai inovasi produk terus menjadi faktor utama yang
membolehkan Syarikat DiGi meningkatkan bahagian pasaran dan membina asas
pelanggan yang kukuh dan mampan. Sebagai tindak balas kepada suasana perniagaan
yang sangat dinamik, syarikat telah berusaha ‘memperbaharui’ operasinya, lantas
membolehkan DiGi mendahului pasaran dengan melancarkan perkhidmatan yang
relevan, menjimatkan kos dan tepat pada masanya untuk merangka strategi
pertumbuhan yang jelas. Strategi yang jelas itu juga perlu disampaikan kepada
kakitangan, rakan perniagaan dan pelanggan Digi. Sebagai hasilnya, DiGi kini lebih
ramah,mesra dan mudah didekati di setiap titik pertemuan. Digi menyedari betapa
perlunya membina jenama DiGi yang membekalkan produk berkualiti yang bukan
sahaja inovatif tetapi pada harga berpatutan dan praktikal, di samping menyediakan
6
perkhidmatan yang boleh dipercayai dan bermutu paling tinggi. Produk dan
perkhidmatan DiGi menawarkan nilai yang boleh dimanfaatkan oleh pelanggan untuk
meningkatkan gaya hidup mereka dan menambahkan kecekapan perniagaan.
Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa DiGi yang merupakan antara
peneraju utama dalam industri telekomunikasi di Malaysia sentiasa melihat kepada
peluang yang ada untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang dapat memenuhi
citarasa dan kepuasan pengguna.
4.2 KELEMAHAN
Walaupun DiGi mempunyai kekuatan dari aspek kedudukan DiGi yang stabil
dalam industri telekomunikasi, namun masih terdapat beberapa kelemahan dan
kekurangan yang wujud dalam syarikat DiGi. Antara kelemahan tersebut ialah
peningkatan kos operasi. Pada masa kini, rangkaian telekomunikasi di Malaysia telah
mencapai rangkaian 4G. Situasi ini menuntut DiGi untuk mengekalkan kelajuan
capaian rangkaian agar dapat mengekalkan pengguna sedia ada dan menarik lebih
ramai pengguna untuk menggunakan perkhidmatan DiGi. Dalam erti kata lain, DiGi
berkemungkinan perlu meningkatkan perbelanjaan operasi khususnya dapat
memastikan capaian rangkaian 4G DiGi tidak mempunyai masalah sama ada di
kawasan bandar mahupun di kawasan luar bandar. Oleh itu, kawalan terhadap kos
operasi adalah antara cabaran dan kelemahan utama yang perlu ditangani oleh guru.
Dalam pada itu, perbelanjaan terhadap teknologi semasa juga mungkin
meningkat. Contohnya, DiGi mendapatkan teknologi dari luar negara untuk
memastikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna adalah
produk dan perkhidmatan yang mampu menyaingi syarikat telekomunikasi yang lain.
Aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang wujud juga berpotensi untuk
meningkatkan kos operasi DiGi pada masa akan datang.
7
4.3 PELUANG
Di kebanyakan negara seperti di Malaysia, aktiviti pembangunan infrastruktur
telekomunikasi giat dijalankan. Sejarah mulanya infrastruktur telekomunikasi wujud
dan dibangunkan tertumpu di kawasan bandar dan pelabuhan. Ini kerana kedua-dua
kawasan tersebut mempunyai aktiviti ekonomi yang pesat. Maka pembangunan
infrastruktur telekomunikasi amatlah diperlukan bertujuan memudahkan urusan
pentadbiran, menyokong aktiviti ekonomi serta meninggikan kecekapan dan
produktiviti. Selain di kawasan bandar, pembangunan infrastruktur telekomunikasi di
kawasan luar bandar juga diperlukan supaya pembangunan kawasan luar bandar
seiringan dengan kawasan bandar. Pembangunan infrastruktur telekomunikasi dapat
menghubungkan kawasan luar bandar dengan bandar, meningkatkan aktiviti dan
pertumbuhan ekonomi kawasan luar bandar dan meninggikan sumbangannya terhadap
pertumbuhan ekonomi negara. Keadaan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan
taraf hidup masyarakat luar bandar.
Oleh itu, pada umumnya kepesatan pembangunan infrastruktur telekomunikasi
dapat mengurangkan kos pengangkutan dan urusniaga, meningkatkan maklumat
pasaran serta meninggikan kecekapan pengeluaran sektor pertanian, perkilangan dan
perkhidmatan. Di samping mengurangkan kos urusniaga maklumat, infrastruktur
telekomunikasi juga mencipta peluang pekerjaan, merapatkan jurang perhubungan dan
pembangunan di antara kawasan luar bandar dengan bandar serta meningkatkan taraf
hidup penduduk. Pemodenan infrastruktur telekomunikasi dalam era perkembangan
teknologi dan kemunculan Internet menjadikan perolehan dan pencapaian maklumat
tiada sempadan.
Oleh yang demikian, setiap kemudahan dan infrastruktur yang disediakan oleh
kerajaan perlu direbut oleh Digi dan dimanfaatkan untuk membangunkan produk dan
perkhidmatan yang lebih baik. Dalam masa yang sama, setiap peluang yang tersedia
seharusnya mendorong Digi untuk melakukan lebih banyak inovasi terhadap produk
dan perkhidmatan Digi.
8
4.4 ANCAMAN
Setiap aktiviti pemasaran yang dilakukan pasti akan berhadapan dengan
ancaman dalam industri. Perkara yang sama turut berlaku ke atas Digi di mana
kewujudan banyak syarikat telekomunikasi memungkinkan pengguna DiGi beralih
kepada syarikat telekomunikasi yang lain. Contohnya seperti Telekom Malaysia (TM)
yang juga menyediakan perkhidmatan data internet kepada pengguna dengan pelbagai
pilihan pakej. TM telah melaksanakan teknik pemasaran dengan pemantapan dan
pengaplikasian komunikasi sebagai elemen yang sangat penting untuk penyebaran
produk. Dengan menekankan kedua-dua jenis media massa seperti media cetak dan
elektronik telah banyak membantu menaikan imej dan reputasi TM di mata
masyarakat.
Dalam pada itu, semua TM Point disusun dalam keadaan mesra pelanggan serta
semua jenis maklumat berbentuk cetakan seperti risalah, buku, manual dan boring
diletakkan pada bahagian hadapan kaunter supaya pelanggan bebas untuk mengambil
sebagai rujukan atau pendaftaran produk. TM juga telah memantapkan portal web
mereka dengan mengoptimunkan kemudahan kepada pelanggan seperti pendaftaran di
atas talian, serta pembahagian bonus kepada pelanggan yang dapat mendaftarkan rakan
mereka melalui Program Member Get Member. Melalui kaedah sebegini telah
melonjakkan imej TM yang dapat membantu membentuk Komunikasi Korporat.
Selain TM, Maxis juga tidak ketinggalan untuk menaik taraf produk dan
perkhidmatan sedia ada. Contohnya seperti pelan ZerOlution yang memberikan pilihan
kepada pengguna untuk memiliki telefon pintar tanpa sebarang bayaran. Begitu juga
dengan pakej Hotlink Fast yang mana memberikan kemudahan kepada pengguna untuk
menikmati kuota data internet secara percuma sebanyak 8GB setiap bulan. Ini
bermakna bahawa pesaing-pesaing DiGi sentiasa menghasilkan produk dan
perkhidmatna yang boleh menjadi pilihan pengguna. Secara tidak langsung, ianya
adalah ancaman kepada DiGi dalam usaha untuk mengembangkan pengguna DiGi.
9
5.0 OBJEKTIF DAN MATLAMAT PEMASARAN
Bagi Digi, matlamat aktiviti pemasaran yang dilakukan adalah untuk
meningkatkan hasil jualan syarikat. Dalam masa yang sama, matlamat pemasaran DiGi
juga adalah untuk memastikan DiGi menjadi antara pilihan pengguna dalam
menggunakan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna. Dalam pada
itu, terdapat beberapa objektif pemasaran yang ingin dicapai dalam aktiviti pemasaran
DiGi. Antaranya ialah:-
1) Mempromosikan produk dan perkhidmatan baru yang disediakan oleh DiGi kepada
pengguna sama ada pakej prabayar mahupun pakej pascabayar.
2) Menawarkan kelebihan menggunakan nombor kad SIM semasa walaupun telah
beralih kepada Digi.
3) Menerangkan kelebihan produk yang ditawarkan kepada pengguna seperti data
ineternet percuma 1GB setiap hari dan 30GB setiap bulan.
4) Meningkatkan rangkaian pengguna DiGi di seluruh Malaysia.
6.0 SEGMENTASI, SASARAN DAN KEDUDUKAN
Segmentasi pasaran bermaksud aktiviti organisasi membahagikan sesuatu
pasaran yang luas dan berbeza (heterogen) kepada pasaran-pasaran atau kumpulan-
kumpulan yang lebih kecil. Pembahagian pasaran ini akan menjadikan pembeli-pembeli
atau pengguna-pengguna di dalam pasaran atau kumpulan itu sama (homogen) dari segi
keperluan unik mereka terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di dalam
pasaran. Menurut Kotler dan Armstrong (1996) segmentasi pasaran adalah satu proses
membahagikan pasaran yang besar dan mempunyai pelbagai keperluan, ciri dan gelagat
pengguna kepada pasaran yang lebih kecil, yang mana individu-individu di dalam setiap
segmen mempunyai keperluan, kehendak dan gelagat pembelian yang sama.
Bagi tujuan pemasaran produk dan perkhidmatan DiGi, segmentasi pasaran lebih
menjurus kepada pembahagian pengguna kepada dua kumpulan yang utama iaitu
pengguna yang memilih untuk menggunakan produk pascabayar dan juga pengguna
yang menggunakan produk prabayar. Ini bermakna bahawa setiap pasaran DiGi
10
mempunyai dua kumpulan sasaran iaitu pengguna pascabayar dan pengguna prabayar.
Namun begitu, kriteria bagi kedua-dua jenis pengguna ini adalah berbeza. Pengguna
pascabayar disasarkan kepada golongan pengguna yang berkerjaya dan mempunyai
pendapatan tetap. Justeru, DiGi memberikan kelebihan kepada pakej pascabayar yang
dinikmati pengguna seperti panggilan telefon tanpa had, perkhidmatan Sistem Pesanan
Ringkas (SMS) tanpa had dan pelbagai pakej internet.
Bagi pengguna prabayar pula, produk ini disasarkan kepada kumpulan pengguna
yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti pelajar sekolah, remaja dan sebagainya.
Menerusi produk ini juga, terdapat beberapa pelan produk yang ditawarkan kepada
pengguna. Contohnya seperti pakej internet percuma sebanyak 1GB setiap hari dan
30GB selama 30 hari.
Oleh yang demikian, DiGi tidak mempunyai segmentasi pasaran secara khusus.
Sebaliknya, DiGi mempunyai sasaran pengguna yang jelas yang mana dibahagikan
kepada dua kumpulan yang utama seperti mana yang telah dijelaskan. Strategi yang
dilaksanakan DiGi ini adalah untuk memastikan agar pengguna di setiap kawasan sama
ada di kawasan bandar mahupun di kawasan luar bandar sentiasa mempunyai pilihan
sama ada untuk menggunakan produk prabayar atau pascabayar DiGi.
7.0 STRATEGI PEMASARAN
Setiap syarikat seperti DiGi mempunyai strategi pemasaran yang digunakan
untuk memastikan pengguna sentiasa memilih produk dan perkhidmatan yang
ditawarkan oleh DiGi. Oleh itu, berikut adalah huraian terhadap empat komponen
strategi pemasaran DiGi.
7.1 PRODUK
Produk DiGi adalah antara produk yang terbaik dalam pasaran. Digi sentiasa
memberi penekanan kepada usaha untuk melancarkan perkhidmata yang inovatif dan
11
mudah digunakan, serta memperbaiki dan menyenangkan kehidupan pelanggan kami.
Penekanan ini, serta pelabagai promosi dan program yang diadakan,telah membantu
meningkatkan bilangan pelanggan DiGi. Digi bukan sahaja melancarkan bebrapa
produk dan perkhidmatan baru,tetapi juga berusaha untuk mempermudah dan
memperbaiki ciri-ciri semua produk dan perkhidmatan yang sedia ada, di samping
memperbaiki perkhidmatan pelanggan di titik-titik perhubungan untuk menjamin
perkhidmatan yang cekap dan konsisten kepada pelbagai pelanggan.
1) Kepelbagaian Produk Pascabayar dan Prabayar
DiGi mempunyai pelbagai produk dan perhidmatan sama ada dalam bentuk
pascabayar mahupun prabayar. Contohnya seperti DiGi Prepaid Live yang mana
memberikan kemudahan kepada pengguna untuk strim internet secara percuma
dengan kelajuan rangkaian 4G.
Rajah 1 : Pakej DiGi Prepaid Live
Begitu juga dengan produk pascabayar DiGi yang pelbagai dan menarik seperti
‘DiGi Postpaid 150 Infinite’ yang mana memberikan kemudahan kepada
pengguna untuk melayari internet tanpa had, membuat panggilan tanpa had dan
juga perkongsian internet tanpa had.
12
Rajah 2 : Pakej DiGi Postpaid 150 Infinite
Selain dari dua produk yang dinyatakan di atas, terdapat banyak produk lain yang
turut disediakan DiGi agar dapat memberi peluang kepada pengguna untuk
memiliki pakej DiGi yang sesuai dengan kemampuan kewangan mereka dan
citarasa pengguna.
2) Perkhidmatan Internet mudah-alih baru DiGi dan dJuice-Mania
Perkhidmatan Internet mudah-alih baru DiGi, djuice yang diperkenalkan sejak
tahun 2011, membolehkan pengguna menyesuaikan telefon mudah-alih masing-
masing untuk mengakses kandungan WAP pilihan mereka. Gerbang yang
menarik dan serba guna ini jelas mencerminkan komitmen DiGi untuk
mengeluarkan produk dan perkhidmatan yang bermakna dan memudahkan
pelanggan. Perkhidmatan djuice DiGi telah menggegar pasaran Internet mudah-
alih dengan konsep ‘laman terbuka’ yang membolehkan pengguna dari semua
landasan mudahalih untuk mengakses perkhidmatan tersebut, walaupun jika
mereka pelanggan dari rangkaian lain. Ini merupakan satu lagi langkah rintis
yang dilaksanakan oleh Kumpulan. Lebih penting lagi, gerbang Internet mudah-
alih djuice juga berkhidmat sebagai landasan sesuai untuk melancarkan pelbagai
perkhidmatan mudah-alih nilai tambah lain yang berkaitan, termasuk inisiatif m-
dagang. Penjenamaan unggul djuice, serta penyerlahan ciri-ciri penyesuaian
peribadinya, merupakan pelaris jualan unik bagi perkhidmatan tersebut di mana
para pengguna diberi kebebasan untuk meneroka kandungan pilihan mereka.
Perkhidmatan ini merupakan satu lagi mercu tanda bagi Kumpulan kerana ia
13
boleh diakses menerusi landasan WAP, STK dan juga SMS. DiGi merupakan
pengendali perkhidmatan pertama di Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan
ini kepada mereka yang tidak memiliki telefon WAP. Kad Panggilan
Antarabangsa DiGi (ICC) atau kad chatz, yang merupakan satu produk mesra
pengguna dan menjimatkan kos, diterima dengan baik di pasaran dan mendapat
sambutan hebat daripada segmen pelanggan yang disasarkan. Melalui Kad
Panggilan Antarabangsa DiGi (ICC) atau kad chatz ibubapa dengan anak-anak
yang belajar di luar negara, pekerja asing, dan juga pelanggan korporat,
khususnya dari Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mendapati kad tersebut
mudah digunakan dan menjimatkan kos.Bukan itu sahaja, landasan djuice telah
memainkan peranan utama dalam memacu perkhidmatan Tempahan Wayang
Mudah-alih DiGi.Perkhidmatan tersebut merupakan inisiatif m-dagang
pertama,kumpulan yang pertama yang membolehkan pelanggan membuat
tempahan tiket di panggung terpilih Golden Screen Cinemas.
Selain daripada dua produk yang dinyatakan di atas, terdapat pelbagai bentuk
produk lain yang juga disediakan oleh DiGi untuk pilihan pengguna sama ada produk
pascabayar mahupun produk prabayar. Kesemua produk ini juga mempunyai kelebihan
yang tersendiri yang dilihat lebih baik berbanding dengan pesaing DiGi yang lain
seperti Maxis dan Celcom.
7.2 HARGA
Strategi harga juga adalah antara faktor kejayaan setiap aktiviti pemasaran yang
dilakukan oleh sesebuah syarikat. Bagi DiGi, kelebihan harga yang ditawarkan kepada
pengguna dapat dilihat dalam pelbagai aspek sama ada ke atas produk pascabayar
mahupun produk prabayar. Contohnya seperti Pelan DiGi Family dan DiGi Prepaid Hit
RM1. Pelan tersebut dikenali sebagai Pelan DG Family dan DiGi Prepaid Hit RM1,
kedua-dua pelan mudah itu bakal menawarkan lebih penjimatan kepada pelanggan.
Pelancaran pelan berkenaan bermatlamat menawarkan perkhidmatan yang lebih efektif
mengikut keperluan pelanggan. DiGi melakukan pendekatan dengan mengambil kira
14
permintaan pelanggan supaya perkhidmatan yang ditawarkan relevan dengan kehendak
pengguna. Menarik mengenai Pelan DG Family, ia merupakan pakej fleksibel pertama
dalam industri telekomunikasi yang menggabungkan perkhidmatan prabayar dan
pascabayar dalam satu pelan. Menerusi pelan famili tersebut, seorang pelanggan
pascabayar boleh menambah sehingga enam talian tambahan prabayar di bawahnya
dengan maksimum enam talian tambahan keseluruhannya.
Begitu juga dengan Pelan Prabayar DiGi InternetPlus yang mana memberikan
kemudahan kepada pengguna untuk membuat panggilan tanpa had dan menikmati data
internet 4GB. Ini bermakna bahawapengguna yang menggunakan produk ini hanya
memerlukan perbelanjaan RM28 sebulan atau RM0.93 sehari. Sekiranya seseorang
pengguna kerap membuat panggilan, maka pengguna tersebut boleh menggunakan
pelan ini kerana hanya perlu mengeluarkan 93 sen sehari untuk membuat panggilan.
Pelan ini dilihat sangat berbaloi dan sesuai kepada mereka yang kerap membuat
panggilan. Dengan harga yang sangat rendah dan berpatutan ini, maka aktiviti
pemasaran DiGi pasti akan mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Selain daripada dua perkara yang dinyatakan di atas, terdapat banyak produk
dan perkhidmatan DiGi yang lain yang hanya memerlukan kos yang rendah.
Contohnya, pengguna boleh membuat panggilan secara percuma ke enam nombor
talian DiGi yang disenaraikan dalam ‘Friends & Family’. Begitu juga dengan pekaj
internet 1GB/RM1/1Day yang turut dipromosikan DiGi. Ini bermakna bahawa harga
produk dan perkhidmatan yang ditawarkan DiGi adalah sangat berpatutan dan boleh
dinikmati oleh pengguna.
7.3 SALURAN AGIHAN
Saluran agihan merujuk kepada cara DiGi memasarkan produk dan
perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna. Pada kebiasaannya, saluran agihan
produk dan perkhidmatan DiGi adalah seperti mana yang ditunjukkan dalam rajah 3 di
bawah:-
15
Rajah 3 : Saluran Agihan DiGi
Berdasarkan kepada saluran agihan yang ditunjukkan dalam rajah 3 di atas,
dapat dilihat bahawa setiap produk dan perkhidmatan DiGi mempunyai saluran agihan
yang tertentu. Kepelbagaian ini adalah untuk memastikan agar produk dan
perkhidmatan DiGi sentiasa menjadi pilihan pengguna kerana mudah untuk diperolehi.
7.4 PROMOSI
Aktiviti promosi adalah antara strategi pemasaran lain yang juga penting
kepada setiap syarikat termasuk DiGi. Setiap bulan, DiGi mempunyai pelbagai aktiviti
promosi. Contohnya seperti Pakej DiGi Prepaid Live (Rajah 1) dan ‘DiGi Postpaid 150
Infinite’ (Rajah 2) yang merupakan antara aktiviti promosi DiGi pasa masa kini. Selain
Produk Prabayar / Kad SIM
Produk Pascabar / Kad SIM
DIGI
Telecommunication
Bhd
Pembekal Peruncit Pengguna
DIGI
Telecommunication
Bhd
DIGI
Center
Pengguna
Kad Tambah Nilai
DIGI
Telecommunication
Bhd
Aplikasi DIGI
Mesin ATM
Mesin Kiosk
Perbankan Internet
Peruncit
Pengguna
16
itu, promosi DiGi juga tidak hanya dilakukan di kedai peruncit dan pembekal semata-
mata. Sebaliknya, Digi turut melakukan aktiviti promosi pada festival dan program
yang dilaksanakan di suatu kawasan seperti penyertaan DiGi dalam karnival Jom
Heboh, menjadi penaja dalam rancangan televisyen, menggunakan media televisyen
sebagai saluran membuat promosi dan sebagainya.
Dalam pada itu, terdapat juga beberapa kaedah promosi lain yang turut
dilaksanakan DiGi seperti mana yang berikut:-
1) Pakatan DiGi dengan Yahoo! Asia
Sebagai sebuah pembekal perkhidmatan yang serius dan bersepadu, DiGi
mempunyai reputasi sebagai syarikat yang pantas mengenalpasti dan
membangunkan pakatan yang bernilai strategik dan membawa manfaat bersama
dengan pembekal kandungan bertaraf antarabangsa. Antara contoh kerjasama
strategik yang dimaksudkan ini adalah pakatan DiGi dengan Yahoo! Asia yang
membekalkan kandungan yang disesuaikan khas bagi perkhidmatan Internet
mudah-alih berpacukan data. Satu lagi bidang tumpuan DiGi ialah pakatan
dengan jenama hiburan atau gaya hidup, seperti MTV Asia. Pakatan seperti ini
membolehkan Kumpulan menyampaikan perkhidmatan hiburan nilai tambah
kepada para pelanggannya, selain daripada membekalkan mereka trend gaya
hidup yang terkini.
2) EDGE (Kadar Data Dipertingkatkan Bagi Evolosi GSM)
Seterusnya, untuk mengekalkan kedudukan Syarikat Digi sebagai pemimpin
industri, syarikat terus memberi penekanan kepada usaha untuk memantapkan
dan menaik taraf rangkaian mudah alih. Untuk tujuan ini, Digi telah membuat
pelaburan strategik yang membolehkan syarikat menaik taraf rangkaian mudah
alih dengan memperkenalkan teknologi EDGE. Malah, DiGi adalah pembekal
perkhidmatan pertama di Malaysia untuk mengumumkan komitmennya kepada
teknologi EDGE, satu perkembangan evolusi dalam perkhidmatan data
berasaskan paket yang menyediakan aplikasi data yang lebih pantas dan berkuasa
17
kepada pengguna. Menerusi EDGE, DiGi akan membolehkan pelanggan
berpindah dengan lancar daripada perkhidmatan rangkaian 2.5G yang sedia ada
kepada 3G dan kini terus dikembangkan kepada rangkaian 4G, dengan
memindahkan data lebih pantas. Pelanggan kami akan dapat menggunakan
aplikasi data mudah alih yang lebih pantas dan berkuasa seperti MMS menerusi
perkhidmatan prabayar dan pasca bayar.
3) Digi Friends and Family Plus
Digi juga memperkenalkan Digi Friends and Family Plus plan untuk dinikmati
oleh pengguna prepaid dan juga postpaid.Dalam pakej ini, pengguna boleh daftar
enam nombor untuk menikmati panggilan 5 sen per minit, 1 sen untuk hantar
pesanan ringkas dan 5 sen untuk menghantar satu MMS. Untuk menikamati
pakej ini pengguna perlu melanggan melalui key *128# atau hubungi 016
2211800 dan langganan melalui ‘interactive voice response’. Dengan inovasi bari
ini, pengguna boleh menambah dua nombor tambahan selain daripada enam
nombor yang telah didaftar terlebih dahulu.Kadar panggilan untuk dua nombor
Plus merupakan 15 sen per minit untuk panggilan, 15 sen untuk hantar satu
pesanan ringkas dan 50 sen untuk setiap mms.Ini dapat menambahkan lagi
pengguna digi untuk terus melanggan kemudahan-kemudahan yang di tawarkan.
Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa terdapat pelbagai bentuk promosi
yang telah dilaksanakan oleh DiGi dalam usaha untuk meningkatkan bilangan
pengguna DiGi di Malaysia.
8.0 PELAKSANAAN, PENILAIAN DAN KAWALAN
Bagi memastikan setiap perancangan pemasaran dapat dilaksanakan dengan
berkesan dan mencapai matlamat yang ditetapkan, maka setiap perancangan perlu
dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Kefahaman semua kakitangan DiGi terhadap
produk dan perkhidmatan DiGi adalah antara kunci utama yang mampu meningkatkan
hasil jualan. Oleh itu, latihan dan taklimat terhadap produk dan perkhidmatan yang
18
ditawarkan DiGi perlu diberikan kepada semua kakitangan DiGi sebelum mereka
berkhidmat kepada pelanggan.
Dalam pada itu, DiGi juga boleh membuat penilaian terhadap pencapaian setiap
pembekal atau ajen DiGi. Penilaian yang dibuat adalah untuk mengenal pasti pembekal
atau ajen DiGi yang menunjukkan prestasi jualan yang cemerlang. Penganugerahan dan
pengikhtirafan boleh diberikan kepada pembekal yang cemerlang dari aspek jualan agar
dapat dijadikan sebagai pendorong dan motivasi kepada semua pembekal DiGi di
seluruh negara. Ini adalah sebagai salah satu cara yang boleh dilaksanakan DiGi untuk
meningkatkan hasil jualan DiGi.
Selain itu, penilaian juga perlu dilakukan ke atas kepuasan pengguna sama ada
mencapai matlamat yang telah ditetapkan DiGi atau sebaliknya. Begitu juga dengan
jualan DiGi di suatu-suatu kawasan yang mana perlu dinilai sepanjang masa. Ini adalah
untuk mendapatkan maklum balas daripada penggunaan berkenaan dengan kualiti
rangkaian telekomunikasi DiGi sama ada memuaskan atau sebaliknya.
Oleh itu, setiap perancangan yang telah dibuat oleh DiGi perlu dilaksanakan dna
dinilai dengan sebaik mungkin. Dalam masa yang sama, kawalan terhadap kualiti
perkhidmatan juga perlu dilakukan sepanjang masa agar tidak berlaku sebarang situasi
yang mana boleh menjejaskan imej dan reputasi DiGi sebagai antara peneraju industri
telekomunikasi di Malaysia.
9.0 KESIMPULAN
Perkembangan industri telekomunikasi pada hari ini adalah hasil daripada
penyediaan kemudahan dan infrastruktur telekomunikasi yang semakin ditingkatkan.
Seperti semua inisiatif perniagaan semasa, perkhidmatan masa depan DiGi akan
berasaskan inovasi praktikal yang akan memberi nilai tambah kepada pelanggan.
Perkhidmatan tersebut akan disesuaikan kepada gaya hidup dinamik para pelanggan,
seterusnya meningkatkan cara mereka menjalani kehidupan harian, bekerja dan bermain.
19
Memandangkan cabaran unik yang dihadapi, ditambah pula dengan suasana industri
yang menghadapi persaingan yang semakin sengit, DiGi telah mula mengamalkan
pendekatan yang proaktif dalam pelancaran produk dan perkhidmatannya. Sejak lima
tahun lalu, DiGi telah menjadi nama industri yang terkenal dan telah membina kredibiliti
sebagai peserta industri yang berwibawa. Keupayaan ini, serta matlamat jangka panjang
DiGi untuk dilihat sebagai penyedia perkhidmatan bersepadu penuh, merupakan asas
kepada usaha berterusannya untuk memperkembangkan perniagaan terasnya, dan akan
terus menciri-corakkan semua kegiatannya pada masa depan.
Justeru itu, DiGi yakin bahawa komitmen tidak berbelah-bahaginya untuk
mendengan pendapat para pelanggan bagi menawarkan produk dan perkhidmatan yang
mempunyai ciri-ciri inovatif dan bersesuaian dengan keperluan gaya hidup pengguna.
20
RUJUKAN
Bateman and Snell, (2012). Management : The New Competitive landscape, sixth edition,
Mc.Graw Hill International Edition
Choong, C. M. (2011). Development of tTelecommunications Services in Malaysia. Tesis
Sarjana Perniagaan, Universiti Malaya
Harold Koontz & Heinz Weihrich, Terjemahan : Mohd Salmi Mohd Sohod dan Siti Nadzrah
Sheikh Omar, (2012). Pengurusan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Lehman and Winer, (2011). Product Management Fourth Edition, Mc. Graw Hill
International Edition
Mohammad nizam Hanafiah, (2011) Pengurusan Strategik : Kes dan Konsep, Pearson
Prentice Hall, Kuala Lumpur
Philip Kotler, Gary Armstrong, Swee Hoon Ang, Siew Meng Leong, Chin Tiong Tan and
David K. Tse, (2013). Principles of Marketing an Asian perspective, Pearson Prentice Hall

More Related Content

What's hot

Syarikat multinasional
Syarikat multinasionalSyarikat multinasional
Syarikat multinasional
Miz Jaye
 
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
saadiah alidrus
 
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG
2.2 KONTRAK JUALAN  BARANG-BARANG2.2 KONTRAK JUALAN  BARANG-BARANG
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG
Ckg Nizam
 
9. pembangunan produk baharu & kitaran hayat produk
9. pembangunan produk baharu & kitaran hayat produk9. pembangunan produk baharu & kitaran hayat produk
9. pembangunan produk baharu & kitaran hayat produk
yunnach
 
Ecn 2013 teori kos dan pengeluaran
Ecn 2013   teori kos dan pengeluaranEcn 2013   teori kos dan pengeluaran
Ecn 2013 teori kos dan pengeluaranSukhairi Husain
 
Chapter 2 monopoli
Chapter 2 monopoliChapter 2 monopoli
Chapter 2 monopoli
kim rae KI
 
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)Mohamad Arifnaim
 
GELAGAT PENGGUNA
GELAGAT PENGGUNAGELAGAT PENGGUNA
GELAGAT PENGGUNA
Ckg Nizam
 
Strategi penyasaran pasaran
Strategi penyasaran pasaranStrategi penyasaran pasaran
Strategi penyasaran pasaran
chew15
 
Bab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Bab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNANBab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Bab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
azfariza
 
Bab 4 perniagaan antarabangsa
Bab 4 perniagaan antarabangsaBab 4 perniagaan antarabangsa
Bab 4 perniagaan antarabangsaRoswadi Dagang
 
New pengajian perniagaan
New pengajian perniagaanNew pengajian perniagaan
New pengajian perniagaanfazrul
 
Perubahan Keseimbangan Pasaran
Perubahan Keseimbangan PasaranPerubahan Keseimbangan Pasaran
Perubahan Keseimbangan Pasaran
Mr. H
 
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaranPeranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaranSky Red
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
Abdullah Dazid
 
Mikroekonomi Topik 6
Mikroekonomi Topik 6Mikroekonomi Topik 6
Mikroekonomi Topik 6WanBK Leo
 
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
nakirah
 
Bab 2 persekitaran
Bab 2   persekitaranBab 2   persekitaran
Bab 2 persekitaran
WanBK Leo
 
Bab 4 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA
Bab 4 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA Bab 4 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA
Bab 4 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA
Mashithah Khalid
 

What's hot (20)

Syarikat multinasional
Syarikat multinasionalSyarikat multinasional
Syarikat multinasional
 
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
 
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG
2.2 KONTRAK JUALAN  BARANG-BARANG2.2 KONTRAK JUALAN  BARANG-BARANG
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG
 
9. pembangunan produk baharu & kitaran hayat produk
9. pembangunan produk baharu & kitaran hayat produk9. pembangunan produk baharu & kitaran hayat produk
9. pembangunan produk baharu & kitaran hayat produk
 
Ecn 2013 teori kos dan pengeluaran
Ecn 2013   teori kos dan pengeluaranEcn 2013   teori kos dan pengeluaran
Ecn 2013 teori kos dan pengeluaran
 
Chapter 2 monopoli
Chapter 2 monopoliChapter 2 monopoli
Chapter 2 monopoli
 
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)
 
GELAGAT PENGGUNA
GELAGAT PENGGUNAGELAGAT PENGGUNA
GELAGAT PENGGUNA
 
Strategi penyasaran pasaran
Strategi penyasaran pasaranStrategi penyasaran pasaran
Strategi penyasaran pasaran
 
Bab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Bab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNANBab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Bab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
 
Jenis - Jenis Strategi
Jenis - Jenis StrategiJenis - Jenis Strategi
Jenis - Jenis Strategi
 
Bab 4 perniagaan antarabangsa
Bab 4 perniagaan antarabangsaBab 4 perniagaan antarabangsa
Bab 4 perniagaan antarabangsa
 
New pengajian perniagaan
New pengajian perniagaanNew pengajian perniagaan
New pengajian perniagaan
 
Perubahan Keseimbangan Pasaran
Perubahan Keseimbangan PasaranPerubahan Keseimbangan Pasaran
Perubahan Keseimbangan Pasaran
 
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaranPeranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
 
Mikroekonomi Topik 6
Mikroekonomi Topik 6Mikroekonomi Topik 6
Mikroekonomi Topik 6
 
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
 
Bab 2 persekitaran
Bab 2   persekitaranBab 2   persekitaran
Bab 2 persekitaran
 
Bab 4 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA
Bab 4 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA Bab 4 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA
Bab 4 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA
 

Similar to Rancangan perniagaan 2

Perincian dasar dasar negara by meera
Perincian dasar dasar negara by meeraPerincian dasar dasar negara by meera
Perincian dasar dasar negara by meerameerasidi
 
1. KERTAS SOALAN (K1).doc
1. KERTAS SOALAN (K1).doc1. KERTAS SOALAN (K1).doc
1. KERTAS SOALAN (K1).doc
Sapiah Khalid
 
T2 Bab 6 - Telekomunikasi Di Malaysia.show.ppsx
T2 Bab 6  - Telekomunikasi Di Malaysia.show.ppsxT2 Bab 6  - Telekomunikasi Di Malaysia.show.ppsx
T2 Bab 6 - Telekomunikasi Di Malaysia.show.ppsx
Zuana Hanom
 
HGM239 : MSC MALAYSIA
HGM239 : MSC MALAYSIAHGM239 : MSC MALAYSIA
HGM239 : MSC MALAYSIA
Eddy Terinisip
 
Kerjaya dalam bidang it ec-2
Kerjaya dalam bidang it   ec-2Kerjaya dalam bidang it   ec-2
Kerjaya dalam bidang it ec-2
Khirulnizam Abd Rahman
 
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DATCONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
ummu_aiman95
 
Kajian Di Syarikat VADS
Kajian Di Syarikat VADSKajian Di Syarikat VADS
Kajian Di Syarikat VADSTeacher
 
2018 K1 SPM SEBENAR.docx
2018 K1 SPM SEBENAR.docx2018 K1 SPM SEBENAR.docx
2018 K1 SPM SEBENAR.docx
nurulsapura1
 
Click Company profile bm april ok
Click Company profile bm april okClick Company profile bm april ok
Click Company profile bm april ok
Roslan Aziz
 
KERTAS 1 SET 2.pdf
KERTAS 1 SET 2.pdfKERTAS 1 SET 2.pdf
KERTAS 1 SET 2.pdf
smk tunku sulong
 
Sektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertierSektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertierharalhaj
 
CONTOH PROFILE SYARIKAT CONTOH PROFILE SYARIKAT
CONTOH PROFILE SYARIKAT  CONTOH PROFILE SYARIKATCONTOH PROFILE SYARIKAT  CONTOH PROFILE SYARIKAT
CONTOH PROFILE SYARIKAT CONTOH PROFILE SYARIKAT
BegMurah
 
perniagaan-dan-persekitarannya
perniagaan-dan-persekitarannyaperniagaan-dan-persekitarannya
perniagaan-dan-persekitarannyaCkg Nizam
 
Chapter 1 sistem maklumat dalam dunia global MIS
Chapter 1 sistem maklumat dalam dunia global MISChapter 1 sistem maklumat dalam dunia global MIS
Chapter 1 sistem maklumat dalam dunia global MIS
Amirul Shafiq Ahmad Zuperi
 
Topik 8 persekitaran teknologi edagang
Topik 8 persekitaran teknologi edagangTopik 8 persekitaran teknologi edagang
Topik 8 persekitaran teknologi edagangTAN KEW
 
Bab 1-Perniagaan-dan-Persekitarannya
Bab 1-Perniagaan-dan-PersekitarannyaBab 1-Perniagaan-dan-Persekitarannya
Bab 1-Perniagaan-dan-PersekitarannyaCkg Nizam
 
BAB 1 PERSEKITARAN PERNIAGAAN sem1.pdf
BAB 1 PERSEKITARAN PERNIAGAAN sem1.pdfBAB 1 PERSEKITARAN PERNIAGAAN sem1.pdf
BAB 1 PERSEKITARAN PERNIAGAAN sem1.pdf
atikah460648
 
Sistem Kewangan Bersepadu SAGA untuk Agensi Kerajaan - OfficeCentral SAGA V2R...
Sistem Kewangan Bersepadu SAGA untuk Agensi Kerajaan - OfficeCentral SAGA V2R...Sistem Kewangan Bersepadu SAGA untuk Agensi Kerajaan - OfficeCentral SAGA V2R...
Sistem Kewangan Bersepadu SAGA untuk Agensi Kerajaan - OfficeCentral SAGA V2R...
venturesmarketing
 

Similar to Rancangan perniagaan 2 (20)

Perincian dasar dasar negara by meera
Perincian dasar dasar negara by meeraPerincian dasar dasar negara by meera
Perincian dasar dasar negara by meera
 
1. KERTAS SOALAN (K1).doc
1. KERTAS SOALAN (K1).doc1. KERTAS SOALAN (K1).doc
1. KERTAS SOALAN (K1).doc
 
T2 Bab 6 - Telekomunikasi Di Malaysia.show.ppsx
T2 Bab 6  - Telekomunikasi Di Malaysia.show.ppsxT2 Bab 6  - Telekomunikasi Di Malaysia.show.ppsx
T2 Bab 6 - Telekomunikasi Di Malaysia.show.ppsx
 
HGM239 : MSC MALAYSIA
HGM239 : MSC MALAYSIAHGM239 : MSC MALAYSIA
HGM239 : MSC MALAYSIA
 
Kerjaya dalam bidang it ec-2
Kerjaya dalam bidang it   ec-2Kerjaya dalam bidang it   ec-2
Kerjaya dalam bidang it ec-2
 
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DATCONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
 
Kajian Di Syarikat VADS
Kajian Di Syarikat VADSKajian Di Syarikat VADS
Kajian Di Syarikat VADS
 
Usaha memajukan ict
Usaha memajukan ictUsaha memajukan ict
Usaha memajukan ict
 
2018 K1 SPM SEBENAR.docx
2018 K1 SPM SEBENAR.docx2018 K1 SPM SEBENAR.docx
2018 K1 SPM SEBENAR.docx
 
Click Company profile bm april ok
Click Company profile bm april okClick Company profile bm april ok
Click Company profile bm april ok
 
KERTAS 1 SET 2.pdf
KERTAS 1 SET 2.pdfKERTAS 1 SET 2.pdf
KERTAS 1 SET 2.pdf
 
Sektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertierSektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertier
 
CONTOH PROFILE SYARIKAT CONTOH PROFILE SYARIKAT
CONTOH PROFILE SYARIKAT  CONTOH PROFILE SYARIKATCONTOH PROFILE SYARIKAT  CONTOH PROFILE SYARIKAT
CONTOH PROFILE SYARIKAT CONTOH PROFILE SYARIKAT
 
perniagaan-dan-persekitarannya
perniagaan-dan-persekitarannyaperniagaan-dan-persekitarannya
perniagaan-dan-persekitarannya
 
David sm14 inppt02-bm
David  sm14 inppt02-bmDavid  sm14 inppt02-bm
David sm14 inppt02-bm
 
Chapter 1 sistem maklumat dalam dunia global MIS
Chapter 1 sistem maklumat dalam dunia global MISChapter 1 sistem maklumat dalam dunia global MIS
Chapter 1 sistem maklumat dalam dunia global MIS
 
Topik 8 persekitaran teknologi edagang
Topik 8 persekitaran teknologi edagangTopik 8 persekitaran teknologi edagang
Topik 8 persekitaran teknologi edagang
 
Bab 1-Perniagaan-dan-Persekitarannya
Bab 1-Perniagaan-dan-PersekitarannyaBab 1-Perniagaan-dan-Persekitarannya
Bab 1-Perniagaan-dan-Persekitarannya
 
BAB 1 PERSEKITARAN PERNIAGAAN sem1.pdf
BAB 1 PERSEKITARAN PERNIAGAAN sem1.pdfBAB 1 PERSEKITARAN PERNIAGAAN sem1.pdf
BAB 1 PERSEKITARAN PERNIAGAAN sem1.pdf
 
Sistem Kewangan Bersepadu SAGA untuk Agensi Kerajaan - OfficeCentral SAGA V2R...
Sistem Kewangan Bersepadu SAGA untuk Agensi Kerajaan - OfficeCentral SAGA V2R...Sistem Kewangan Bersepadu SAGA untuk Agensi Kerajaan - OfficeCentral SAGA V2R...
Sistem Kewangan Bersepadu SAGA untuk Agensi Kerajaan - OfficeCentral SAGA V2R...
 

More from Open University Malaysia

Usahawan 2
Usahawan 2Usahawan 2
Rancangan perniagaan 3
Rancangan perniagaan 3Rancangan perniagaan 3
Rancangan perniagaan 3
Open University Malaysia
 
Rancangan perniagaan 1
Rancangan perniagaan 1Rancangan perniagaan 1
Rancangan perniagaan 1
Open University Malaysia
 
Sejarah acheh
Sejarah achehSejarah acheh
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
Open University Malaysia
 
Rancangan pemasaran
Rancangan pemasaranRancangan pemasaran
Rancangan pemasaran
Open University Malaysia
 
Perniagaan antarabangsa
Perniagaan antarabangsaPerniagaan antarabangsa
Perniagaan antarabangsa
Open University Malaysia
 
Penggunaan air domestik
Penggunaan air domestikPenggunaan air domestik
Penggunaan air domestik
Open University Malaysia
 
Pencemaran alam
Pencemaran alamPencemaran alam
Pencemaran alam
Open University Malaysia
 
Mikroekonomi
MikroekonomiMikroekonomi
Mikroekonomi (rokok)
Mikroekonomi (rokok)Mikroekonomi (rokok)
Mikroekonomi (rokok)
Open University Malaysia
 
Makroekonomi
MakroekonomiMakroekonomi
Kod etika
Kod etikaKod etika
Kempen cintailah sungai kita1
Kempen cintailah sungai kita1Kempen cintailah sungai kita1
Kempen cintailah sungai kita1
Open University Malaysia
 
Kaunselor bukan guru disiplin
Kaunselor bukan guru disiplinKaunselor bukan guru disiplin
Kaunselor bukan guru disiplin
Open University Malaysia
 
Topik 7 gimrama
Topik 7 gimramaTopik 7 gimrama
Topik 7 gimrama
Open University Malaysia
 

More from Open University Malaysia (17)

Usahawan 2
Usahawan 2Usahawan 2
Usahawan 2
 
Usahawan 1
Usahawan 1Usahawan 1
Usahawan 1
 
Rancangan perniagaan 3
Rancangan perniagaan 3Rancangan perniagaan 3
Rancangan perniagaan 3
 
Rancangan perniagaan 1
Rancangan perniagaan 1Rancangan perniagaan 1
Rancangan perniagaan 1
 
Sejarah acheh
Sejarah achehSejarah acheh
Sejarah acheh
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
 
Rancangan pemasaran
Rancangan pemasaranRancangan pemasaran
Rancangan pemasaran
 
Perniagaan antarabangsa
Perniagaan antarabangsaPerniagaan antarabangsa
Perniagaan antarabangsa
 
Penggunaan air domestik
Penggunaan air domestikPenggunaan air domestik
Penggunaan air domestik
 
Pencemaran alam
Pencemaran alamPencemaran alam
Pencemaran alam
 
Mikroekonomi
MikroekonomiMikroekonomi
Mikroekonomi
 
Mikroekonomi (rokok)
Mikroekonomi (rokok)Mikroekonomi (rokok)
Mikroekonomi (rokok)
 
Makroekonomi
MakroekonomiMakroekonomi
Makroekonomi
 
Kod etika
Kod etikaKod etika
Kod etika
 
Kempen cintailah sungai kita1
Kempen cintailah sungai kita1Kempen cintailah sungai kita1
Kempen cintailah sungai kita1
 
Kaunselor bukan guru disiplin
Kaunselor bukan guru disiplinKaunselor bukan guru disiplin
Kaunselor bukan guru disiplin
 
Topik 7 gimrama
Topik 7 gimramaTopik 7 gimrama
Topik 7 gimrama
 

Recently uploaded

buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdfbuku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
MARINIDARWISHAHBINTI
 
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURIDFAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
PamelaEstherAPPaulDe
 
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTINCADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
SITIAMALINA17
 
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docxRANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
g32420007
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
JuhairinNiza1
 
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
PusatKokurikulumTere
 
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAMINFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
g28423557
 
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarangROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
FelaminaAlbert1
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
lieekipli
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
MARINIDARWISHAHBINTI
 

Recently uploaded (10)

buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdfbuku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
 
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURIDFAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
 
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTINCADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
 
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docxRANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
 
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
 
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAMINFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
 
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarangROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
 

Rancangan perniagaan 2

  • 1. 1 1.0 PENDAHULUAN Industri telekomunikasi terus berkembang pesat pada kadar yang tidak pernah dicapai sebelum ini. Ia mewujudkan persaingan yang lebih hebat dan sengit dalam sektor komunikasi mudah alih. Pelbagai kemudahan dan insfraktuktur disediakan oleh kerajaan dalam usaha untuk menjana dan mengembangkan industri telekomunikasi di Malaysia. Untuk membangunkan infrastruktur telekomunikasi yang maju dan moden, sesebuah negara perlu memenuhi beberapa kriteria iaitu kedinamikan dasar telekomunikasi negara dan sumber kewangan yang mencukupi. Kedinamikan dasar telekomunikasi bermaksud sesuatu dasar yang digubal bergantung kepada kepercayaan pemerintah terhadap sumbangan infrastruktur telekomunikasi terhadap pembangunan. Ini bermakna kejayaan pembangunan infrastruktur telekomunikasi sesebuah Negara ditentukan oleh keberkesanan perlaksanaan dasar tersebut. Sumber kewangan juga memainkan peranan penting dalam usaha menyediakan infrastruktur telekomunikasi yang maju dan moden. Tanpa sumber kewangan yang mencukupi, matlamat tersebut tidak dapat dicapai dengan berkesan. Walaupun menghadapi cabaran-cabaran hebat, DiGi telah berjaya melangkah maju sebagai peserta utama kerana ia berupaya menyesuaikan diri dengan pantas, memanfaatkan kuasa inovasi dan mengekalkan kedudukannya sebagai perniagaan prestasi tinggi. DiGi tetap berpegang kepada komitmennya untuk membawa faedah- faedah produk dan perkhidmatan multimedia mudah alih terkini kepada seberapa ramai rakyat Malaysia yang mungkin.
  • 2. 2 2.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT DiGi Telecommunications merupakan penyedia perkhidmatan telefon bimbit di Malaysia. Kod telefon yang digunakan ialah seperti ‘016, 014-32, 014-35, 014-30, 014- 31 dan 014-6’. Ia dimiliki sejara majoriti oleh Telenor ASA dari Norway sebanyak 61%. Pada 24 Mei 1995 DiGi menjadi syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia untuk melancar dan mengendalikan rangkaian selular yang digital sepenuhnya.Pada bulan Jun 2006, DiGi juga melancarkan rancangan Ejen 016 di TV3 di saluran 3 Astro. 1) Visi Meninggikan komunikasi untuk membaiki kualiti kehidupan pelanggan di rumah, tempat kerja dan untuk mengisi masa lapang. 2) Misi  Memperlengkapkan khususnya proses pelanggan untuk menemui kehendak individu dalam komunikasi, perhubungan, penggunaan komunikasi dan keselamatan. Memperlengkapkan persekitaran dimana semua pekerja boleh hidup dan dipenuhi.  Memperlengkapkan superior returns untuk pemegang saham.  Memberi sumbangan untuk mempertingkatkan kehidupan di Malaysia. Pada setiap tahun perhatian syarikat Digi tertumpu kepada usaha memberikan pelanggan dengan produk dan perkhidmatan yang mudah digunakan yang dikehendaki dan diharapkan oleh pengguna daripada pembekal perkhidmatan mudah alih. Syarikat Digi telah mencapai kemajuan besar ke arah mencapai objektif tersebut dengan pelancaran pelbagai produk dan perkhidmatan inovatif yang memberikan nilai untuk wang bagi pelanggan prabayar dan pasca bayar. Kesungguhan Syarikat Digi dapat dilihat daripada kedudukan DiGi di tempat kedua sebagai syarikat yang memenuhi keperluan pelanggan dalam kaji selidik tahunan Review 200: Asia’s Leading Companies oleh majalah Far Eastern Economic Review.
  • 3. 3 Bagi memastikan produk dan perhidmatan telekomunikasi yang disediakan DiGi mampu mendorong pengguna untuk menggunakan perkhidmatan DiGi, maka aktiviti pemasaran yang efektif adalah sangat penting. Analisis SWOT perlu dilakukan untuk mengenal pasti kekuatan produk DiGi berbanding produk syarikat telekomunikasi yang lain, peluang yang boleh direbut oleh DiGi dan pelbagai elemen lain. Dalam pada itu, strategi pemasaran yang berkesan juga perlu dirangka oleh DiGi untuk memastikan DiGi sentiasa kekal menjadi antara pesaing utama dalam industri telekomunikasi di Malaysia. 3.0 ANALISIS SITUASI Industri telekomunikasi di Malaysia telah wujud semenjak tahun 1946 lagi dan Jabatan Telekom Malaysia merupakan syarikat perintis. Nama Jabatan Telekom Malaysia telah ditukar kepada Syarikat Telekom Malaysia Berhad apabila ianya diswastakan pada tahun 1987. Apabila Syarikat Telekom Malaysia Berhad diperbadan dan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1990, namanya telah ditukar sekali lagi kepada Telekom Malaysia Berhad. Semenjak penubuhannya, Telekom Malaysia Berhad telah menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuklah, antaranya perkhidmatan talian tetap, talian antarabangsa seperti International Direct Dialing, perkhidmatan talian mudah alih (TMTouch) dan perkhidmatan Internet (TMNet). Pada tahun 1985, kerajaan telah memecahkan status monopoli Syarikat Telekom Malaysia Berhad dengan menawarkan lesen kepada syarikat telekomunikasi swasta bertujuan menggalakkan persaingan dalam industri seiringan dengan kemajuan teknologi maklumat. Langkah tersebut telah menyaksikan kemasukan sebelas syarikat telekomunikasi swasta iaitu Celcom (M) Sendirian Berhad, Malaysian Resources Corporations Berhad, DiGi Telecommunications Sendirian Berhad, Sapura Holdings Sendirian Berhad, Electronic and Telematique (M) Sendirian Berhad, Maxis Communications Sendirian Berhad, Mobikom Sendirian Berhad, Time dotCom Berhad, PrismaNet (M) Berhad, MIMOS (Malaysian Institute of Microelectronic Systems) Berhad dan NTT MSC (Nippon Telegraph and Telephone and Multimedia Super Corridor) Sendirian Berhad.
  • 4. 4 Industri telekomunikasi Malaysia mengalami pertumbuhan yang pesat, terutamanya dalam perkhidmatan talian mudah alih. Pertumbuhan pesat talian mudah alih disebabkan kecenderungan pelanggan mengutamakan talian mudah alih berbanding talian tetap. Ini adalah kerana ciri fizikal telefon mudah alih bersaiz kecil, mudah dibawa, mempunyai pelbagai fungsi dengan harga mampu dimiliki, telah menjadikan telefon mudah alih amat penting kegunaannya dalam urusan seharian berbanding talian tetap. Selain daripada itu, pengenalan sistem prabayar yang semakin digemari pelanggan dan kualiti perkhidmatan yang semakin meningkat dengan pelbagai produk yang memenuhi kehendak pelanggan telah berjaya meninggikan kadar penembusan perkhidmatan talian mudah alih daripada 0.03 peratus pada tahun 1985 kepada 44.3 peratus pada tahun 2003. Pada hari ini, semakin banyak syarikat telekomunikasi yang ditubuhkan seperti RedOne, Tune Plus, Tune Excel, U-Mobile, YES dan sebagainya kesan daripada permintaan yang tinggi terhadap produk dan perkhidmatan telekomunikasi. Kesemua pemain utama dalam industri telekomunikasi ini juga turut menawarkan produk dan perkhidmatan yang mana mempunyai kelebihan masing-masing seperti kelebihan dari aspek data internet, panggilan dan sebagainya. Justeru, perkembangan industri telekomunikasi di Malaysia pada hari ini adalah suatu perkembangan yang positif kepada pengguna untuk memilih penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbaik. 4.0 ANALISIS SWOT Setiap aktiviti pemasaran yang dilakukan oleh sesebuah syarikat seperti DiGi perlu membuat analisis SWOT. Ini adalah untuk melihat kepada kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan DiGi serta mengenal pasti peluang dan ancaman yang wujud dalam industri telekomunikasi.
  • 5. 5 4.1 KEKUATAN Setiap syarikat mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri. Begitu juga dengan DiGi. Kekuatan Digi dapat dilihat menerusi kemampuan DiGi untuk menghasilkan inovasi dengan pantas dan secara berterusan dengan aplikasi yang praktikal dan relevan yang memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan yang semakin berubah adalah tinggi. Di samping itu, langkah-langkah bersepadu juga telah diambil oleh DiGi untuk memperluas dan mempertingkatkan jenama DiGi agar personaliti Syarikat Digi yang ramah, mesra dan mudah didekati mendapat pengiktirafan yang lebih meluas. Hasil daripada semua kegiatan ini, Digi telah mencatatkan prestasi operasi keseluruhan yang lebih mantap walaupun dalam suasana perniagaan yang semakin kompetitif. Selain itu, Digi sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran yang wujud dalam indsustri telekomunikasi di Malaysia dengan bertindak balas pantas secara konsisten untuk memenuhi keperluan pelanggan kami dan mengambil langkah yang bijak untuk menandingi pesaing-pesaingnya. DiGi juga dilihat memastikan pelanggan menjadi keutamaan dan setiap unit operasi memberi tumpuan membekalkan produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan secara langsung. Usaha untuk mencapai inovasi produk terus menjadi faktor utama yang membolehkan Syarikat DiGi meningkatkan bahagian pasaran dan membina asas pelanggan yang kukuh dan mampan. Sebagai tindak balas kepada suasana perniagaan yang sangat dinamik, syarikat telah berusaha ‘memperbaharui’ operasinya, lantas membolehkan DiGi mendahului pasaran dengan melancarkan perkhidmatan yang relevan, menjimatkan kos dan tepat pada masanya untuk merangka strategi pertumbuhan yang jelas. Strategi yang jelas itu juga perlu disampaikan kepada kakitangan, rakan perniagaan dan pelanggan Digi. Sebagai hasilnya, DiGi kini lebih ramah,mesra dan mudah didekati di setiap titik pertemuan. Digi menyedari betapa perlunya membina jenama DiGi yang membekalkan produk berkualiti yang bukan sahaja inovatif tetapi pada harga berpatutan dan praktikal, di samping menyediakan
  • 6. 6 perkhidmatan yang boleh dipercayai dan bermutu paling tinggi. Produk dan perkhidmatan DiGi menawarkan nilai yang boleh dimanfaatkan oleh pelanggan untuk meningkatkan gaya hidup mereka dan menambahkan kecekapan perniagaan. Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa DiGi yang merupakan antara peneraju utama dalam industri telekomunikasi di Malaysia sentiasa melihat kepada peluang yang ada untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang dapat memenuhi citarasa dan kepuasan pengguna. 4.2 KELEMAHAN Walaupun DiGi mempunyai kekuatan dari aspek kedudukan DiGi yang stabil dalam industri telekomunikasi, namun masih terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan yang wujud dalam syarikat DiGi. Antara kelemahan tersebut ialah peningkatan kos operasi. Pada masa kini, rangkaian telekomunikasi di Malaysia telah mencapai rangkaian 4G. Situasi ini menuntut DiGi untuk mengekalkan kelajuan capaian rangkaian agar dapat mengekalkan pengguna sedia ada dan menarik lebih ramai pengguna untuk menggunakan perkhidmatan DiGi. Dalam erti kata lain, DiGi berkemungkinan perlu meningkatkan perbelanjaan operasi khususnya dapat memastikan capaian rangkaian 4G DiGi tidak mempunyai masalah sama ada di kawasan bandar mahupun di kawasan luar bandar. Oleh itu, kawalan terhadap kos operasi adalah antara cabaran dan kelemahan utama yang perlu ditangani oleh guru. Dalam pada itu, perbelanjaan terhadap teknologi semasa juga mungkin meningkat. Contohnya, DiGi mendapatkan teknologi dari luar negara untuk memastikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna adalah produk dan perkhidmatan yang mampu menyaingi syarikat telekomunikasi yang lain. Aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang wujud juga berpotensi untuk meningkatkan kos operasi DiGi pada masa akan datang.
  • 7. 7 4.3 PELUANG Di kebanyakan negara seperti di Malaysia, aktiviti pembangunan infrastruktur telekomunikasi giat dijalankan. Sejarah mulanya infrastruktur telekomunikasi wujud dan dibangunkan tertumpu di kawasan bandar dan pelabuhan. Ini kerana kedua-dua kawasan tersebut mempunyai aktiviti ekonomi yang pesat. Maka pembangunan infrastruktur telekomunikasi amatlah diperlukan bertujuan memudahkan urusan pentadbiran, menyokong aktiviti ekonomi serta meninggikan kecekapan dan produktiviti. Selain di kawasan bandar, pembangunan infrastruktur telekomunikasi di kawasan luar bandar juga diperlukan supaya pembangunan kawasan luar bandar seiringan dengan kawasan bandar. Pembangunan infrastruktur telekomunikasi dapat menghubungkan kawasan luar bandar dengan bandar, meningkatkan aktiviti dan pertumbuhan ekonomi kawasan luar bandar dan meninggikan sumbangannya terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Keadaan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Oleh itu, pada umumnya kepesatan pembangunan infrastruktur telekomunikasi dapat mengurangkan kos pengangkutan dan urusniaga, meningkatkan maklumat pasaran serta meninggikan kecekapan pengeluaran sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan. Di samping mengurangkan kos urusniaga maklumat, infrastruktur telekomunikasi juga mencipta peluang pekerjaan, merapatkan jurang perhubungan dan pembangunan di antara kawasan luar bandar dengan bandar serta meningkatkan taraf hidup penduduk. Pemodenan infrastruktur telekomunikasi dalam era perkembangan teknologi dan kemunculan Internet menjadikan perolehan dan pencapaian maklumat tiada sempadan. Oleh yang demikian, setiap kemudahan dan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan perlu direbut oleh Digi dan dimanfaatkan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang lebih baik. Dalam masa yang sama, setiap peluang yang tersedia seharusnya mendorong Digi untuk melakukan lebih banyak inovasi terhadap produk dan perkhidmatan Digi.
  • 8. 8 4.4 ANCAMAN Setiap aktiviti pemasaran yang dilakukan pasti akan berhadapan dengan ancaman dalam industri. Perkara yang sama turut berlaku ke atas Digi di mana kewujudan banyak syarikat telekomunikasi memungkinkan pengguna DiGi beralih kepada syarikat telekomunikasi yang lain. Contohnya seperti Telekom Malaysia (TM) yang juga menyediakan perkhidmatan data internet kepada pengguna dengan pelbagai pilihan pakej. TM telah melaksanakan teknik pemasaran dengan pemantapan dan pengaplikasian komunikasi sebagai elemen yang sangat penting untuk penyebaran produk. Dengan menekankan kedua-dua jenis media massa seperti media cetak dan elektronik telah banyak membantu menaikan imej dan reputasi TM di mata masyarakat. Dalam pada itu, semua TM Point disusun dalam keadaan mesra pelanggan serta semua jenis maklumat berbentuk cetakan seperti risalah, buku, manual dan boring diletakkan pada bahagian hadapan kaunter supaya pelanggan bebas untuk mengambil sebagai rujukan atau pendaftaran produk. TM juga telah memantapkan portal web mereka dengan mengoptimunkan kemudahan kepada pelanggan seperti pendaftaran di atas talian, serta pembahagian bonus kepada pelanggan yang dapat mendaftarkan rakan mereka melalui Program Member Get Member. Melalui kaedah sebegini telah melonjakkan imej TM yang dapat membantu membentuk Komunikasi Korporat. Selain TM, Maxis juga tidak ketinggalan untuk menaik taraf produk dan perkhidmatan sedia ada. Contohnya seperti pelan ZerOlution yang memberikan pilihan kepada pengguna untuk memiliki telefon pintar tanpa sebarang bayaran. Begitu juga dengan pakej Hotlink Fast yang mana memberikan kemudahan kepada pengguna untuk menikmati kuota data internet secara percuma sebanyak 8GB setiap bulan. Ini bermakna bahawa pesaing-pesaing DiGi sentiasa menghasilkan produk dan perkhidmatna yang boleh menjadi pilihan pengguna. Secara tidak langsung, ianya adalah ancaman kepada DiGi dalam usaha untuk mengembangkan pengguna DiGi.
  • 9. 9 5.0 OBJEKTIF DAN MATLAMAT PEMASARAN Bagi Digi, matlamat aktiviti pemasaran yang dilakukan adalah untuk meningkatkan hasil jualan syarikat. Dalam masa yang sama, matlamat pemasaran DiGi juga adalah untuk memastikan DiGi menjadi antara pilihan pengguna dalam menggunakan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna. Dalam pada itu, terdapat beberapa objektif pemasaran yang ingin dicapai dalam aktiviti pemasaran DiGi. Antaranya ialah:- 1) Mempromosikan produk dan perkhidmatan baru yang disediakan oleh DiGi kepada pengguna sama ada pakej prabayar mahupun pakej pascabayar. 2) Menawarkan kelebihan menggunakan nombor kad SIM semasa walaupun telah beralih kepada Digi. 3) Menerangkan kelebihan produk yang ditawarkan kepada pengguna seperti data ineternet percuma 1GB setiap hari dan 30GB setiap bulan. 4) Meningkatkan rangkaian pengguna DiGi di seluruh Malaysia. 6.0 SEGMENTASI, SASARAN DAN KEDUDUKAN Segmentasi pasaran bermaksud aktiviti organisasi membahagikan sesuatu pasaran yang luas dan berbeza (heterogen) kepada pasaran-pasaran atau kumpulan- kumpulan yang lebih kecil. Pembahagian pasaran ini akan menjadikan pembeli-pembeli atau pengguna-pengguna di dalam pasaran atau kumpulan itu sama (homogen) dari segi keperluan unik mereka terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di dalam pasaran. Menurut Kotler dan Armstrong (1996) segmentasi pasaran adalah satu proses membahagikan pasaran yang besar dan mempunyai pelbagai keperluan, ciri dan gelagat pengguna kepada pasaran yang lebih kecil, yang mana individu-individu di dalam setiap segmen mempunyai keperluan, kehendak dan gelagat pembelian yang sama. Bagi tujuan pemasaran produk dan perkhidmatan DiGi, segmentasi pasaran lebih menjurus kepada pembahagian pengguna kepada dua kumpulan yang utama iaitu pengguna yang memilih untuk menggunakan produk pascabayar dan juga pengguna yang menggunakan produk prabayar. Ini bermakna bahawa setiap pasaran DiGi
  • 10. 10 mempunyai dua kumpulan sasaran iaitu pengguna pascabayar dan pengguna prabayar. Namun begitu, kriteria bagi kedua-dua jenis pengguna ini adalah berbeza. Pengguna pascabayar disasarkan kepada golongan pengguna yang berkerjaya dan mempunyai pendapatan tetap. Justeru, DiGi memberikan kelebihan kepada pakej pascabayar yang dinikmati pengguna seperti panggilan telefon tanpa had, perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) tanpa had dan pelbagai pakej internet. Bagi pengguna prabayar pula, produk ini disasarkan kepada kumpulan pengguna yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti pelajar sekolah, remaja dan sebagainya. Menerusi produk ini juga, terdapat beberapa pelan produk yang ditawarkan kepada pengguna. Contohnya seperti pakej internet percuma sebanyak 1GB setiap hari dan 30GB selama 30 hari. Oleh yang demikian, DiGi tidak mempunyai segmentasi pasaran secara khusus. Sebaliknya, DiGi mempunyai sasaran pengguna yang jelas yang mana dibahagikan kepada dua kumpulan yang utama seperti mana yang telah dijelaskan. Strategi yang dilaksanakan DiGi ini adalah untuk memastikan agar pengguna di setiap kawasan sama ada di kawasan bandar mahupun di kawasan luar bandar sentiasa mempunyai pilihan sama ada untuk menggunakan produk prabayar atau pascabayar DiGi. 7.0 STRATEGI PEMASARAN Setiap syarikat seperti DiGi mempunyai strategi pemasaran yang digunakan untuk memastikan pengguna sentiasa memilih produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh DiGi. Oleh itu, berikut adalah huraian terhadap empat komponen strategi pemasaran DiGi. 7.1 PRODUK Produk DiGi adalah antara produk yang terbaik dalam pasaran. Digi sentiasa memberi penekanan kepada usaha untuk melancarkan perkhidmata yang inovatif dan
  • 11. 11 mudah digunakan, serta memperbaiki dan menyenangkan kehidupan pelanggan kami. Penekanan ini, serta pelabagai promosi dan program yang diadakan,telah membantu meningkatkan bilangan pelanggan DiGi. Digi bukan sahaja melancarkan bebrapa produk dan perkhidmatan baru,tetapi juga berusaha untuk mempermudah dan memperbaiki ciri-ciri semua produk dan perkhidmatan yang sedia ada, di samping memperbaiki perkhidmatan pelanggan di titik-titik perhubungan untuk menjamin perkhidmatan yang cekap dan konsisten kepada pelbagai pelanggan. 1) Kepelbagaian Produk Pascabayar dan Prabayar DiGi mempunyai pelbagai produk dan perhidmatan sama ada dalam bentuk pascabayar mahupun prabayar. Contohnya seperti DiGi Prepaid Live yang mana memberikan kemudahan kepada pengguna untuk strim internet secara percuma dengan kelajuan rangkaian 4G. Rajah 1 : Pakej DiGi Prepaid Live Begitu juga dengan produk pascabayar DiGi yang pelbagai dan menarik seperti ‘DiGi Postpaid 150 Infinite’ yang mana memberikan kemudahan kepada pengguna untuk melayari internet tanpa had, membuat panggilan tanpa had dan juga perkongsian internet tanpa had.
  • 12. 12 Rajah 2 : Pakej DiGi Postpaid 150 Infinite Selain dari dua produk yang dinyatakan di atas, terdapat banyak produk lain yang turut disediakan DiGi agar dapat memberi peluang kepada pengguna untuk memiliki pakej DiGi yang sesuai dengan kemampuan kewangan mereka dan citarasa pengguna. 2) Perkhidmatan Internet mudah-alih baru DiGi dan dJuice-Mania Perkhidmatan Internet mudah-alih baru DiGi, djuice yang diperkenalkan sejak tahun 2011, membolehkan pengguna menyesuaikan telefon mudah-alih masing- masing untuk mengakses kandungan WAP pilihan mereka. Gerbang yang menarik dan serba guna ini jelas mencerminkan komitmen DiGi untuk mengeluarkan produk dan perkhidmatan yang bermakna dan memudahkan pelanggan. Perkhidmatan djuice DiGi telah menggegar pasaran Internet mudah- alih dengan konsep ‘laman terbuka’ yang membolehkan pengguna dari semua landasan mudahalih untuk mengakses perkhidmatan tersebut, walaupun jika mereka pelanggan dari rangkaian lain. Ini merupakan satu lagi langkah rintis yang dilaksanakan oleh Kumpulan. Lebih penting lagi, gerbang Internet mudah- alih djuice juga berkhidmat sebagai landasan sesuai untuk melancarkan pelbagai perkhidmatan mudah-alih nilai tambah lain yang berkaitan, termasuk inisiatif m- dagang. Penjenamaan unggul djuice, serta penyerlahan ciri-ciri penyesuaian peribadinya, merupakan pelaris jualan unik bagi perkhidmatan tersebut di mana para pengguna diberi kebebasan untuk meneroka kandungan pilihan mereka. Perkhidmatan ini merupakan satu lagi mercu tanda bagi Kumpulan kerana ia
  • 13. 13 boleh diakses menerusi landasan WAP, STK dan juga SMS. DiGi merupakan pengendali perkhidmatan pertama di Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan ini kepada mereka yang tidak memiliki telefon WAP. Kad Panggilan Antarabangsa DiGi (ICC) atau kad chatz, yang merupakan satu produk mesra pengguna dan menjimatkan kos, diterima dengan baik di pasaran dan mendapat sambutan hebat daripada segmen pelanggan yang disasarkan. Melalui Kad Panggilan Antarabangsa DiGi (ICC) atau kad chatz ibubapa dengan anak-anak yang belajar di luar negara, pekerja asing, dan juga pelanggan korporat, khususnya dari Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mendapati kad tersebut mudah digunakan dan menjimatkan kos.Bukan itu sahaja, landasan djuice telah memainkan peranan utama dalam memacu perkhidmatan Tempahan Wayang Mudah-alih DiGi.Perkhidmatan tersebut merupakan inisiatif m-dagang pertama,kumpulan yang pertama yang membolehkan pelanggan membuat tempahan tiket di panggung terpilih Golden Screen Cinemas. Selain daripada dua produk yang dinyatakan di atas, terdapat pelbagai bentuk produk lain yang juga disediakan oleh DiGi untuk pilihan pengguna sama ada produk pascabayar mahupun produk prabayar. Kesemua produk ini juga mempunyai kelebihan yang tersendiri yang dilihat lebih baik berbanding dengan pesaing DiGi yang lain seperti Maxis dan Celcom. 7.2 HARGA Strategi harga juga adalah antara faktor kejayaan setiap aktiviti pemasaran yang dilakukan oleh sesebuah syarikat. Bagi DiGi, kelebihan harga yang ditawarkan kepada pengguna dapat dilihat dalam pelbagai aspek sama ada ke atas produk pascabayar mahupun produk prabayar. Contohnya seperti Pelan DiGi Family dan DiGi Prepaid Hit RM1. Pelan tersebut dikenali sebagai Pelan DG Family dan DiGi Prepaid Hit RM1, kedua-dua pelan mudah itu bakal menawarkan lebih penjimatan kepada pelanggan. Pelancaran pelan berkenaan bermatlamat menawarkan perkhidmatan yang lebih efektif mengikut keperluan pelanggan. DiGi melakukan pendekatan dengan mengambil kira
  • 14. 14 permintaan pelanggan supaya perkhidmatan yang ditawarkan relevan dengan kehendak pengguna. Menarik mengenai Pelan DG Family, ia merupakan pakej fleksibel pertama dalam industri telekomunikasi yang menggabungkan perkhidmatan prabayar dan pascabayar dalam satu pelan. Menerusi pelan famili tersebut, seorang pelanggan pascabayar boleh menambah sehingga enam talian tambahan prabayar di bawahnya dengan maksimum enam talian tambahan keseluruhannya. Begitu juga dengan Pelan Prabayar DiGi InternetPlus yang mana memberikan kemudahan kepada pengguna untuk membuat panggilan tanpa had dan menikmati data internet 4GB. Ini bermakna bahawapengguna yang menggunakan produk ini hanya memerlukan perbelanjaan RM28 sebulan atau RM0.93 sehari. Sekiranya seseorang pengguna kerap membuat panggilan, maka pengguna tersebut boleh menggunakan pelan ini kerana hanya perlu mengeluarkan 93 sen sehari untuk membuat panggilan. Pelan ini dilihat sangat berbaloi dan sesuai kepada mereka yang kerap membuat panggilan. Dengan harga yang sangat rendah dan berpatutan ini, maka aktiviti pemasaran DiGi pasti akan mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Selain daripada dua perkara yang dinyatakan di atas, terdapat banyak produk dan perkhidmatan DiGi yang lain yang hanya memerlukan kos yang rendah. Contohnya, pengguna boleh membuat panggilan secara percuma ke enam nombor talian DiGi yang disenaraikan dalam ‘Friends & Family’. Begitu juga dengan pekaj internet 1GB/RM1/1Day yang turut dipromosikan DiGi. Ini bermakna bahawa harga produk dan perkhidmatan yang ditawarkan DiGi adalah sangat berpatutan dan boleh dinikmati oleh pengguna. 7.3 SALURAN AGIHAN Saluran agihan merujuk kepada cara DiGi memasarkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna. Pada kebiasaannya, saluran agihan produk dan perkhidmatan DiGi adalah seperti mana yang ditunjukkan dalam rajah 3 di bawah:-
  • 15. 15 Rajah 3 : Saluran Agihan DiGi Berdasarkan kepada saluran agihan yang ditunjukkan dalam rajah 3 di atas, dapat dilihat bahawa setiap produk dan perkhidmatan DiGi mempunyai saluran agihan yang tertentu. Kepelbagaian ini adalah untuk memastikan agar produk dan perkhidmatan DiGi sentiasa menjadi pilihan pengguna kerana mudah untuk diperolehi. 7.4 PROMOSI Aktiviti promosi adalah antara strategi pemasaran lain yang juga penting kepada setiap syarikat termasuk DiGi. Setiap bulan, DiGi mempunyai pelbagai aktiviti promosi. Contohnya seperti Pakej DiGi Prepaid Live (Rajah 1) dan ‘DiGi Postpaid 150 Infinite’ (Rajah 2) yang merupakan antara aktiviti promosi DiGi pasa masa kini. Selain Produk Prabayar / Kad SIM Produk Pascabar / Kad SIM DIGI Telecommunication Bhd Pembekal Peruncit Pengguna DIGI Telecommunication Bhd DIGI Center Pengguna Kad Tambah Nilai DIGI Telecommunication Bhd Aplikasi DIGI Mesin ATM Mesin Kiosk Perbankan Internet Peruncit Pengguna
  • 16. 16 itu, promosi DiGi juga tidak hanya dilakukan di kedai peruncit dan pembekal semata- mata. Sebaliknya, Digi turut melakukan aktiviti promosi pada festival dan program yang dilaksanakan di suatu kawasan seperti penyertaan DiGi dalam karnival Jom Heboh, menjadi penaja dalam rancangan televisyen, menggunakan media televisyen sebagai saluran membuat promosi dan sebagainya. Dalam pada itu, terdapat juga beberapa kaedah promosi lain yang turut dilaksanakan DiGi seperti mana yang berikut:- 1) Pakatan DiGi dengan Yahoo! Asia Sebagai sebuah pembekal perkhidmatan yang serius dan bersepadu, DiGi mempunyai reputasi sebagai syarikat yang pantas mengenalpasti dan membangunkan pakatan yang bernilai strategik dan membawa manfaat bersama dengan pembekal kandungan bertaraf antarabangsa. Antara contoh kerjasama strategik yang dimaksudkan ini adalah pakatan DiGi dengan Yahoo! Asia yang membekalkan kandungan yang disesuaikan khas bagi perkhidmatan Internet mudah-alih berpacukan data. Satu lagi bidang tumpuan DiGi ialah pakatan dengan jenama hiburan atau gaya hidup, seperti MTV Asia. Pakatan seperti ini membolehkan Kumpulan menyampaikan perkhidmatan hiburan nilai tambah kepada para pelanggannya, selain daripada membekalkan mereka trend gaya hidup yang terkini. 2) EDGE (Kadar Data Dipertingkatkan Bagi Evolosi GSM) Seterusnya, untuk mengekalkan kedudukan Syarikat Digi sebagai pemimpin industri, syarikat terus memberi penekanan kepada usaha untuk memantapkan dan menaik taraf rangkaian mudah alih. Untuk tujuan ini, Digi telah membuat pelaburan strategik yang membolehkan syarikat menaik taraf rangkaian mudah alih dengan memperkenalkan teknologi EDGE. Malah, DiGi adalah pembekal perkhidmatan pertama di Malaysia untuk mengumumkan komitmennya kepada teknologi EDGE, satu perkembangan evolusi dalam perkhidmatan data berasaskan paket yang menyediakan aplikasi data yang lebih pantas dan berkuasa
  • 17. 17 kepada pengguna. Menerusi EDGE, DiGi akan membolehkan pelanggan berpindah dengan lancar daripada perkhidmatan rangkaian 2.5G yang sedia ada kepada 3G dan kini terus dikembangkan kepada rangkaian 4G, dengan memindahkan data lebih pantas. Pelanggan kami akan dapat menggunakan aplikasi data mudah alih yang lebih pantas dan berkuasa seperti MMS menerusi perkhidmatan prabayar dan pasca bayar. 3) Digi Friends and Family Plus Digi juga memperkenalkan Digi Friends and Family Plus plan untuk dinikmati oleh pengguna prepaid dan juga postpaid.Dalam pakej ini, pengguna boleh daftar enam nombor untuk menikmati panggilan 5 sen per minit, 1 sen untuk hantar pesanan ringkas dan 5 sen untuk menghantar satu MMS. Untuk menikamati pakej ini pengguna perlu melanggan melalui key *128# atau hubungi 016 2211800 dan langganan melalui ‘interactive voice response’. Dengan inovasi bari ini, pengguna boleh menambah dua nombor tambahan selain daripada enam nombor yang telah didaftar terlebih dahulu.Kadar panggilan untuk dua nombor Plus merupakan 15 sen per minit untuk panggilan, 15 sen untuk hantar satu pesanan ringkas dan 50 sen untuk setiap mms.Ini dapat menambahkan lagi pengguna digi untuk terus melanggan kemudahan-kemudahan yang di tawarkan. Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa terdapat pelbagai bentuk promosi yang telah dilaksanakan oleh DiGi dalam usaha untuk meningkatkan bilangan pengguna DiGi di Malaysia. 8.0 PELAKSANAAN, PENILAIAN DAN KAWALAN Bagi memastikan setiap perancangan pemasaran dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai matlamat yang ditetapkan, maka setiap perancangan perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Kefahaman semua kakitangan DiGi terhadap produk dan perkhidmatan DiGi adalah antara kunci utama yang mampu meningkatkan hasil jualan. Oleh itu, latihan dan taklimat terhadap produk dan perkhidmatan yang
  • 18. 18 ditawarkan DiGi perlu diberikan kepada semua kakitangan DiGi sebelum mereka berkhidmat kepada pelanggan. Dalam pada itu, DiGi juga boleh membuat penilaian terhadap pencapaian setiap pembekal atau ajen DiGi. Penilaian yang dibuat adalah untuk mengenal pasti pembekal atau ajen DiGi yang menunjukkan prestasi jualan yang cemerlang. Penganugerahan dan pengikhtirafan boleh diberikan kepada pembekal yang cemerlang dari aspek jualan agar dapat dijadikan sebagai pendorong dan motivasi kepada semua pembekal DiGi di seluruh negara. Ini adalah sebagai salah satu cara yang boleh dilaksanakan DiGi untuk meningkatkan hasil jualan DiGi. Selain itu, penilaian juga perlu dilakukan ke atas kepuasan pengguna sama ada mencapai matlamat yang telah ditetapkan DiGi atau sebaliknya. Begitu juga dengan jualan DiGi di suatu-suatu kawasan yang mana perlu dinilai sepanjang masa. Ini adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada penggunaan berkenaan dengan kualiti rangkaian telekomunikasi DiGi sama ada memuaskan atau sebaliknya. Oleh itu, setiap perancangan yang telah dibuat oleh DiGi perlu dilaksanakan dna dinilai dengan sebaik mungkin. Dalam masa yang sama, kawalan terhadap kualiti perkhidmatan juga perlu dilakukan sepanjang masa agar tidak berlaku sebarang situasi yang mana boleh menjejaskan imej dan reputasi DiGi sebagai antara peneraju industri telekomunikasi di Malaysia. 9.0 KESIMPULAN Perkembangan industri telekomunikasi pada hari ini adalah hasil daripada penyediaan kemudahan dan infrastruktur telekomunikasi yang semakin ditingkatkan. Seperti semua inisiatif perniagaan semasa, perkhidmatan masa depan DiGi akan berasaskan inovasi praktikal yang akan memberi nilai tambah kepada pelanggan. Perkhidmatan tersebut akan disesuaikan kepada gaya hidup dinamik para pelanggan, seterusnya meningkatkan cara mereka menjalani kehidupan harian, bekerja dan bermain.
  • 19. 19 Memandangkan cabaran unik yang dihadapi, ditambah pula dengan suasana industri yang menghadapi persaingan yang semakin sengit, DiGi telah mula mengamalkan pendekatan yang proaktif dalam pelancaran produk dan perkhidmatannya. Sejak lima tahun lalu, DiGi telah menjadi nama industri yang terkenal dan telah membina kredibiliti sebagai peserta industri yang berwibawa. Keupayaan ini, serta matlamat jangka panjang DiGi untuk dilihat sebagai penyedia perkhidmatan bersepadu penuh, merupakan asas kepada usaha berterusannya untuk memperkembangkan perniagaan terasnya, dan akan terus menciri-corakkan semua kegiatannya pada masa depan. Justeru itu, DiGi yakin bahawa komitmen tidak berbelah-bahaginya untuk mendengan pendapat para pelanggan bagi menawarkan produk dan perkhidmatan yang mempunyai ciri-ciri inovatif dan bersesuaian dengan keperluan gaya hidup pengguna.
  • 20. 20 RUJUKAN Bateman and Snell, (2012). Management : The New Competitive landscape, sixth edition, Mc.Graw Hill International Edition Choong, C. M. (2011). Development of tTelecommunications Services in Malaysia. Tesis Sarjana Perniagaan, Universiti Malaya Harold Koontz & Heinz Weihrich, Terjemahan : Mohd Salmi Mohd Sohod dan Siti Nadzrah Sheikh Omar, (2012). Pengurusan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Lehman and Winer, (2011). Product Management Fourth Edition, Mc. Graw Hill International Edition Mohammad nizam Hanafiah, (2011) Pengurusan Strategik : Kes dan Konsep, Pearson Prentice Hall, Kuala Lumpur Philip Kotler, Gary Armstrong, Swee Hoon Ang, Siew Meng Leong, Chin Tiong Tan and David K. Tse, (2013). Principles of Marketing an Asian perspective, Pearson Prentice Hall