SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
1
RINGKASAN EKSEKUTIF
FAZZ Enterprise adalah pengusaha tempatan yang dimiliki oleh orang Melayu yang sedang
bercadang untuk mengembangkan produk kerepek FAZZ Enterprise ke peringkat
antarabangsa. Namun begitu, usaha seperti ini memerukan FAZZ Enterprise menyediakan
dana dan modal yang lebih besar khususnya dalam menambah kapasiti pengeluaran produk
dan juga meningkatkan ruangan pemproses kilang. Justeru, kertas kerja ini disediakan agar
pihak penyedia dana dan kewangan dapat memberikan pinjaman sebanyak RM500,000 kepada
FAZZ Enterprise agar dapat membantu FAZZ Enterprise mencapai hasrat untuk
mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa. Ini juga adalah sebagai salah satu
usaha untuk memastikan produk kerepek FAZZ Enterprise dapat diperkenalkan di peringkat
antarabangsa.
2
1.0 Pendahuluan
Perkembangan industri pemprosesan kerepek mendorong FAZZ Enterprise untuk
mengambangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa khususnya dalam kalangan negara
anggota ASEAN dan beberapa buah negara di Asia dan Eropah. Kepesatan industri kecil
dan sederhana dalam mengeluarkan pelbagai produk berasaskan pisang, ubi kayu dan
keledek di Malaysia dan saranan daripada kerajaan untuk mengembangkan perusahaan
kecil dan sederhana ke peringkat antarabangsa, maka FAZZ Enterprise juga ingin
mengambil peluang ini dalam memastikan pasaran FAZZ Enterprise dapat dikembangkan
ke peringkat yang lebih luas khususnya dalam pasaran antarabangsa. Dalam mencapai
matlamat dan sasaran ini, FAZZ Enterprise memerlukan modal tambahan untuk
menyediakan ruang kilang dan mendapatkan mesin pemprosesan bagi memenuhi kapasiti
pengeluaran sebenar.
FAZZ Enterprise telah ditubuhkan oleh En. Haji Mahmudin bin Haji Abas di
Selangor yang bertempat di Kanchong Darat, Banting pada 24 Februari 1983 sebagai
kilang memproses makanan ringan. Syarikat ini merupakan syarikat Sendirian Berhad di
mana perusahaan yang menggunakan nama perniagaan Kerepek House ini adalah milik
keluarga dan kini telah diambil alih oleh anak ke-2 beliau iaitu En. Mohd Fazzly bin Hj.
Mahmudin. Beliau telah mengambil alih pengurusan Kerepek House selama 10 tahun.
Kini, FAZZ Enterprise mempunyai kilang pemprosesan bahan mentah, tempat
pembungkusan, kebun-kebun bahan mentah milik syarikat, ladang kelapa sawit dan tempat
penjualan runcit di Daerah Kanchong Darat, Banting, Selangor dan pusat pengedaran di
Pulau Pinang.
Misi FAZZ Enterprise adalah untuk memaksimumkan keuntungan atas penjualan
kerepek di samping memberi perkhidmatan dan bantuan kepada penguasaha Industri Kecil
dan Sederhana (IKS) serta pengusaha tempatan. Visi FAZZ Enterprise pula adalah
menjadikan FAZZ Enterprise sebuah perusahaan yang dikenali oleh semua lapisan
masyarakat dan meluaskan pasaran ke seluruh peringkat domestik dan antarabangsa.
3
Dalam pada itu, objektif yang ingin dicapai oleh FAZZ Enterprise dalam jangka
masa panjang adalah seperti mana yang berikut:-
1) Menjadi pengeluar dan pengeksport makanan yang utama ke pasaran antarabangsa
menjelang tahun 2020 di peringkat global.
2) Pemodenan sektor pertanian dan peranan baru sebagai penjana ekonomi.
3) Meningkatkan pendapatan petani dan pengusaha secara berkala.
4) Memperkenalkan dan memasarkan produk tempatan ke peringkat antarabangsa
2.0 Objektif
Pada masa kini, banyak bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk
membantu pengusaha kecil dan sederhana mengembangkan perniagaan mereka ke
peringkat antarabangsa. Produk-produk yang ditawarkan juga mampu untuk tembus ke
pasaran antarabangsa sekiranya dipasarkan dengan cara dan promosi yang betul. Oleh itu,
kertas kerja ini dihasilkan untuk mendapatkan bantuan dana dan kewangan daripada
beberapa badan kerajaan yang menyediakan bantuan seperti pihak SME bank, TEKUN
National dan sebagainya. Matlamat untuk mengembangkan perusahaan FAZZ Enterprise
memerlukan modal yang sangat besar iaitu sekitar RM500,000. Ini bermakna bahawa
cadangan untuk mengembangkan perusahaan FAZZ Enterprise ini adalah suatu yang
memerlukan penelitian daripada pelbagai aspek seperti mana yang telah dibincangkan oleh
lembaga pengurusan FAZZ Enterprise. Justeru, harapan FAZZ Enterprise adalah proses
mendapatkan pinjaman daripada pihak berkaitan akan dipermudahkan agar rantaian
perniagaan FAZZ Enterprise akan dapat dikembangkan ke pasaran antarabangsa.
3.0 Produk Yang Ditawarkan
FAZZ Enterprise mengeluarkan produk yang berasaskan ubi kayu, pisang tanduk
dan keledek sahaja. Setelah produk-produk telah mendapat sambutan dalam pasaran,
barulah perniagaan ini diceburi dengan secara serius dengan memperbesarkan lagi kilang
pemprosesan dan membuat penambahan pada jenis produk seperti sukun dan keladi.
Kerepek keluaran FAZZ Enterprise memenuhi citarasa setiap lapisan masyarakat. Hal ini
4
kerana, kerepek yang dikeluarkan mempunyai pelbagai jenis perasa seperti pedas, BBQ,
original, masin, blackpepper, kari dan sebagainya. FAZZ Enterprise juga memasarkan
produk pengusaha tempatan serta pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang lain.
Antara produk yang dipasarkan adalah seperti jeli kelapa, rempeyek (kacang tanah, kacang
dal, kacang hijau), dodol, kuih bangkit, bahulu dan sebagainya. Berikut adalah beberapa
contoh kerepek yang ingin dikembangkan ke peringkat antarabangsa:-
Rajah 1 : Produk Keropok Ubi
Rajah 2 : Produk Keropok Kentang
5
Rajah 3 : Produk Keropok Pisang
Kesemua tiga produk yang dinyatakan di atas adalah produk yang akan dipasarkan
ke peringkat antarabangsa. Pada ketika ini, produk ini hanya dipasarkan dalam pasaran
tempatan sahaja dan masih tidak dipasarkan ke peringkat antarabangsa. Justeru, produk ini
akan dipasarkan ke pasaran antarabangsa bermula pada penghujugn tahun 2012 sekiranya
pinjaman dan bantuan dana dan kewangan daripada pihak berkaitan diperolehi.
4.0 Lokasi Perniagaan
FAZZ Enterprise adalah syarikat yang terletak di Banting Selangor dan telah
beroperasi sejak tahun 1983 dan merupakan perusahaan kecil dan sederhana. Produk yang
dihasilkan dan ditawarkan mampu menembusi pasaran antarabangsa sekiranya dipasarkan
dengan cara promosi yang berkesan. Namun begitu, proses pengeluaran produk syarikat
juga perlu ditingkatkan. Oleh itu, cadangan untuk meningkatkan produktiviti kilang sedia
ada perlu ditingkatkan dengan mendapatkan pembiayaan daripada pihak berkaitan.
5.0 Rancangan Pemasaran
Proses mengembangkan pasaran FAZZ Enterprise melibatkan beberapa pasaran
antarabangsa seperti mana yang dapat dilihat di bawah:-
6
1) Pasaran China
Sasaran utama FAZZ Enterprise dalam mengembangkan pasaran dan memasarkan
tiga produk utama FAZZ Enterprise adalah pasaran China. Pemilihan pasaran ini
adalah disebabkan oleh pelbagai usaha kerajaan yang ingin menggalakkan pengusaha
IKS untuk memasarkan produk tempatan ke pasaran China. Ini juga dapat dilihat
menerusi penganjuran Ekspo Barangan Malaysia yang diadakan setiap tahun di
negara China. Ini menunjukkan bahawa kerajaan sangat menggalakkan pengusaha
IKS untuk memasarkan produk tempatan untuk memasarkan produk IKS ke pasaran
China. Saranan kerajaan ini juga turut mendorong FAZZ Enterprise untuk
menjadikan produk FAZZ Enterprise sebagai antara produk yang akan berada dalam
pasaran China menjelang penghujung tahun 2012. Dalam pada itu, pemilihan pasaran
China juga adalah disebabkan oleh populasi penduduk China yang sangat besar iaitu
hampir 1.3 bilion. Dengan bilangan penduduk China yang tinggi ini dan kadar
kelahiran penduduk yang semakin meningkat pada setiap tahun, memudahkan
produk FAZZ Enterprise sentiasa menjadi antara produk pilihan khususnya dalam
aspek makanan ringan. Dengan keunikan dan kemanisan yang terdapat pada produk
FAZZ Enterprise, maka FAZZ Enterprise menyasarkan 10% pasaran China yang
meliputi pasaran Hong Kong, Beijing dan sebagainya. Sasaran penembusan pasaran
sebanyak 10% ini adalah menjelang tahun 2014.
2) Pasaran ASEAN
Pasaran kedua yang disasarkan adalah pasaran ASEAN. Perhubungan di antara
negara ASEAN seperti Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura, Myanmar, Thailand
dan sebagainya adalah antara sasaran kedua FAZZ Enterprise dalam memasarkan
produk FAZZ Enterprise di negara-negara ASEAN. Pasaran ini menjadi pasaran
kedua adalah disebabkan oleh hubungan Malaysia dengan negara-negara ASEAN
yang sangat rapat dan memudahkan usaha memasarkan produk ke negara ASEAN.
Dalam pada itu, pemilihan pasaran ASEAN ini juga adalah disebabkan oleh pelbagai
insentif yang diberikan oleh negara-negara ASEAN seperti pelepasan cukai,
pengecualian duti import dan pelbagai bentuk insentif lain. Dengan adanya kelebihan
dan keistimewaan yang disediakan untuk syarikat yang menjalankan urus niaga
7
import dan eksport dalam pasaran ASEAN, turut mendorong FAZZ Enterprise untuk
memasarkan produk ke dalam pasaran ASEAN. Ini juga adalah disebabkan oleh
saranan yang dianjurkan oleh kerajaan dalam memasarkan produk tempatan ke
pasaran ASEAN yang turut memberikan pelbagai kemudahan dan kelebihan kepada
pengimport tempatan.
3) Pasaran ASIA
Pasaran ketiga yang disasarkan oleh FAZZ Enterprise adalah pasaran ASIA yang
juga merupakan antara pasaran terbesar dunia seperti India, Pakistan dan sebagainya.
Pasaran ASIA yang luas ini mendorong FAZZ Enterprise untuk mengambil peluang
dariapda pasaran ASIA ini agar produk FAZZ Enterprise dapat dipasarkan ke semua
pasaran di negara ASIA menjelang tahun 2016.
Daripada penerangan dan penjelasan yang dinyatakan di atas, dapat dilihat bahawa
FAZZ Enterprise telah menyasarkan tiga pasaran utama dunia iaitu pasaran China yang
juga menjadi antara rakan dagangan terbesar Malaysia, pasaran ASEAN dan juga pasaran
ASIA. Dalam pada itu, FAZZ Enterprise juga turut merancang untuk mengembangkan
produk sedia ada ke pasaran Eropah. Walaupun ianya adalah suatu perancangan pada masa
akan datang, namun FAZZ Enterprise berharap agar produk FAZZ Enterprise dapat
dikembangkan hingga ke Eropah suatu masa akan datang.
Dalam memastikan produk FAZZ Enterprise dapat dikembangkan dengan lebih
cepat dan memuaskan, terdapat beberapa kaedah yang akan dilaksanakan oleh FAZZ
Enterprise untuk memperluaskan pasaran produk FAZZ Enterprise ke peringkat
antarabangsa. Antaranya adalah seperti mana yang berikut:-
1) Mengikuti Ekspo Antarabangsa
Antara cadangan yang akan dilakukan oleh FAZZ Enterprise dalam mempromosikan
produk FAZZ Enterprise di peringkat antarabangsa khususnya dalam tiga pasaran
yang disasarkan, FAZZ Enterprise akan berusaha untuk mengikuti dan menyertai
sebarang bentuk ekspo antarabangsa yang menjadi medium dalam memperkenalkan
8
produk Malaysia di peringkat antarabangsa. Contohnya seperti Ekspo Barangan
Malaysia yang diadakan di China pada setiap tahun. Dengan menyertai ekspo
antarabangsa seperti ini, maka produk FAZZ Enterprise akan dapat dikembangkan ke
pasaran antarabangsa dengan lebih mudah.
2) Menyertai Pesta Makanan Ringan Malaysia Di Luar Negara
Dalam pada itu, FAZZ Enterprise juga akan berusaha untuk menyertai sebarang
bentuk pesta makanan Malaysia yang diadakan di luar negara. Contohnya seperti
Pesta Makanan Malaysia yang pernah diadakan di London dan dirancangkan untuk
diadakan pada setiap tahun. Pesta Makanan Malaysia ini dianjurkan untuk
memperkenalkan makanan Malaysia kepada masyarakat Eropah khususnya yang
berada di Bandar London. Dengan menyertai pesta makanan seperti ini juga, maka
produk FAZZ Enterprise juga akan dapat dipasarkan ke pasaran Eropah dan
antarabangsa yang lain dengan lebih mudah cepat. Ini seterusnya akan menjadi
pendorong kepada FAZZ Enterprise untuk memastikan produk kerepek FAZZ
Enterprise sentiasa mendapat tempat dalam pasaran antarabangsa.
3) Mendapatkan Logo 1Malaysia Best
FAZZ Enterprise juga bercadang untuk mendapatkan pengikhtirafan untuk
menggunakan logo 1Malaysia Best. Logo ini digunakan untuk produk tempatan yang
mempunyai kualiti dan identiti tersendiri yang juga mendirikan produk Malaysia.
Dengan adanya pengikhtirafan menggunakan logo 1Malaysia Best ini, maka proses
untuk memperkenalkan produk FAZZ Enterprise dalam pasaran tempatan dan
antarabangsa juga akan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah. Dengan
demikian, produk FAZZ Enterprise akan dapat dipasarkan dengan lebih cepat.
Dengan mengadakan aktiviti promosi yang konsisten seperti mana yang telah
dinyatakan di atas, maka usaha untuk mengembangkan produk FAZZ Enterprise akan
dapat dilakukan dan dipasarkan dengan lebih baik.
9
6.0 Rancangan Operasi
Dalam memastikan produk FAZZ Enterprise sentiasa mendapat tempat dalam
pasaran antarabangsa, maka FAZZ Enterprise telah membuat perancangan untuk membuat
beberapa pengubahsuaian produk khususnya dari segi pembungkusan dan perkhidmatan.
Untuk itu, pengurusan jualan produk yang disediakan oleh FAZZ Enterprise merangkumi
beberapa perkara seperti mana yang berikut:-
a) Cara Tempahan
Dalam memudahkan pembeli atau peruncit yang ingin mendapatkan produk FAZZ
Enterprise, FAZZ Enterprise telah menyediakan beberapa kemudahan dan cara untuk
membuat tempahan produk. Salah satu daripadanya menggunakan laman web FAZZ
Enterprise yang mana menyenaraikan harga barangan yang telah disediakan oleh
FAZZ Enterprise dan produk pilihan yang boleh ditempath menerusi laman web ini.
Menerusi kaedah tempahan yang sangat mudah dan cepat ini, maka FAZZ Enterprise
akan dapat menerima banyak tempahan dalam satu-satu masa dan seterusnya akan
dapat meningkatkan jualan produk FAZZ Enterprise pada masa akan datang. Dalam
pada itu, tempahan secara dalam talian ini tidak hanya boleh dilakukan oleh
pengguna atau peruncit dalam negara. Sebaliknya, turut boleh digunakan oleh
pengimport dari negara lain yang ingin mendapatkan bekalan produk FAZZ
Enterprise.
Dalam pada itu, FAZZ Enterprise juga turut menyediakan talian telefon untuk
membuat tempahan dengan menghubungi 03-31813076 atau membuat tempahan
dengan menghantar pesanan produk ke e-mel fazzent@hotmail.com. Ini bermakna
bahawa tempahan juga boleh dibuat dengan menghubungi terus syarikat operasi
FAZZ Enterprise. Selain itu, mereka yang ingin mendapatkan produk FAZZ
Enterprise juga boleh datang terus ke kedai jualan FAZZ Enterprise.
Dengan menyediakan pelbagai cara dan kaedah untuk membuat tempahan produk
FAZZ Enterprise, maka pengguna atau peruncit mempunyai pelbagai cara dan
10
kaedah yang boleh digunakan untuk membuat tempahan produk FAZZ Enterprise
mengikut kehendak dan keutamaan pembeli.
b) Kemudahan Penghantaran
Dalam pada itu, FAZZ Enterprise juga turut menyediakan kemudahan penghantaran
kepada pembeli yang membuat belian secara borong atau pukal. Penghantaran juga
akan disediakan untuk pembeli yang berada jauh dari kawasan operasi pengeluaran
produk FAZZ Enterprise khususnya yang berada di luar daerah Banting Selangor.
Kemudahan penghantaran yang disediakan oleh FAZZ Enterprise ini juga adalah
untuk memudahkan pembeli untuk mendapatkan produk FAZZ Enterprise dengan
lebih kerap. Sekiranya produk FAZZ Enterprise sukar untuk diperolehi, maka produk
FAZZ Enterprise tidak akan dapat dikembangkan pasarannya sama ada dalam
pasaran tempatan mahupun dalam pasaran antarabangsa. Walau bagaimanapun,
kemudahan penghantaran ini hanya terhad untuk kawasan di Semenanjung Malaysia
sahaja. Bagi tempahan dari luar Semenanjung Malaysia pula khususnya dari Sabah
dan Sarawak, proses penghantaran akan menggunakan kargo yang mana akan sampai
dalam tempoh 3 hari setelah FAZZ Enterprise mengesahkan tempahan. Setakat ini,
kemudahan penghantaran ini hanya terhad kepada pasaran tempatan dan akan diteliti
bentuk penghantaran untuk pasaran antarabangsa yang akan dibuat dalam masa
terdekat.
c) Perkhidmatan Lain
Dalam pada itu, FAZZ Enterprise juga turut menyediakan beberapa bentuk
kemudahan lain seperti memberi taklimat kepada pemborong kekal produk FAZZ
Enterprise tentang kelebihan yang terdapat pada produk FAZZ Enterprise berbanding
dengan produk-produk kerepek lain. Ini adalah untuk memastikan agar pemborong
produk FAZZ Enterprise mempunyai pengetahuan yang baik terhadap produk FAZZ
Enterprise yang kemudiannya dapat disebarkan kepada pengguna atau pembeli
produk kerepek FAZZ Enterprise. Ini penting agar pengguna yang juga masyarakat
umum dapat menjadikan produk kerepek FAZZ Enterprise sebagai antara produk
makanan ringan pilihan dalam kehidupan harian mereka.
11
Oleh yang demikian, tiga perkara yang dinyatakan di atas adalah antara aspek yang
ditekankan oleh FAZZ Enterprise dalam aspek pengurusan jualan produk. Ini adalah untuk
memastikan agar produk FAZZ Enterprise sentiasa mendapat tempat dalam pasaran
tempatan dan seterusnya dapat meningkatkan jualan produk pada masa-masa akan datang.
7.0 Rancangan Pentadbiran
Untuk memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan
seterusnya dapat mencapai objektif yang ingin dicapai, maka aspek pengurusan
pentadbiran syarikat juga akan ditingkatkan. Antara rancangan yang akan dilakukan adalah
seperti berikut:-
a) Menambah Kakitangan
Kakitangan sedia ada akan ditambah untuk memastikan kapasiti pengeluaran yang
disasarkan pada setiap bulan dan tahun akan dapat dicapai. Ini juga untuk
memastikan produktiviti syarikat sentiasa berada tahap yang memuaskan selari
dengan keperluan pasaran pada masa akan datang. Kakitangan yang akan ditambah
tidak hanya terhad kepada kakitangan yang terlibat dengan proses pengeluaran.
Sebaliknya, kakitangan yang terlibat dengan aspek pemasaran, pembungkusan dan
sebagainya juga akan ditambah.
b) Meluaskan Pejabat
Pejabat syarikat juga akan diperluaskan untuk meningkatkan lagi kecekapan
pengurusan. Selain itu, beberapa bentuk perkakasan juga akan ditambah seperti
kemudahan komputer, internet dan sebagainya yang mana penting dalam proses
pengurusan dan pentadbiran syarikat khususnya dalam aspek yang berkaitan dengan
pemasaran produk pada masa akan datang.
Oleh yang demikian, dua perkara yang dinyatakan di atas adalah antara perkara
yang akan diutamakan dalam aspek perancangan pentadbiran syarikat pada masa akan
datang.
12
8.0 Rancangan Kewangan
Seperti mana yang telah dinyatakan di atas, FAZZ Enterprise bercadang untuk
mendapatkan bantuan pinjaman sebanyak RM500,000 yang akan digunakan untuk
mendapatkan beberapa mesin dan peralatan yang digunakan untuk tujuan proses
pengeluaran dan pengurusan produk. Antaranya adalah seperti mana yang berikut:-
Bil Item Kuantiti Anggaran Kos (RM)
1 Pengubahsuaian Kilang - 150,000
2 Mesin Memproses Keropok Pisang 3 70,000
3 Mesin Memproses Keropok Kentang 3 78,000
4 Mesin Memproses Keropok Ubi Kayu 3 82,000
5 Lori 3 Tan 1 120,000
Jumlah Anggaran Kos 500,000
Jadual 1 : Anggaran Keperluan Dana dan Kelengkapan
Keperluan kewangan sebanyak RM500,00 yang dapat dilihat dalam jadual 1 di atas
melibatkan kos pengubahsuaian kilang yang mana akan menempatkan 9 mesin dan
peralatan baru yang akan digunakan dalam proses pengeluaran produk. Dalam pada itu,
FAZZ Enterprise juga turut memerlukan sebuah lori 3 tan yang akan digunakan untuk
mengangkut dan menghantar produk dalam kuantiti yang besar.
9.0 Jadual Pelaksanaan Projek
Dalam memastikan projek dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan tersusun,
maka berikut dinyatakan jadual pelaksanaan projek khususnya yang berkaitan dengan
pemasaran produk ke pasaran ASEAN:-
13
Sasaran Negara
ASEAN
Tahun 2013 Tahun 2014
Jan - Mac Apr – Jun Jul – Sept Okt - Dis Jan - Mac Apr – Jun Jul – Sept Okt - Dis
Brunei √ √
Indonesia √ √
Singapura √ √
Thailand √ √
Vietnam √ √
Laos √ √
Mianmar √ √
Jadual 2 : Jadual Pelaksanaan Projek : Pasaran Produk
14
10.0 Rumusan
FAZZ Enterprise adalah pengusaha tempatan yang dimiliki oleh orang Melayu
yang sedang bercadang untuk mengembangkan produk kerepek FAZZ Enterprise ke
peringkat antarabangsa. Namun begitu, usaha seperti ini memerukan FAZZ Enterprise
menyediakan dana dan modal yang lebih besar khususnya dalam menambah kapasiti
pengeluaran produk dan juga meningkatkan ruangan pemproses kilang. Justeru, kertas
kerja ini disediakan agar pihak penyedia dana dan kewangan dapat memberikan pinjaman
sebanyak RM500,000 kepada FAZZ Enterprise agar dapat membantu FAZZ Enterprise
mencapai hasrat untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.
Jumlah Perkataan : 2,694 Patah
15
Rujukan
Harold Koontz & Heinz Weihrich, Terjemahan : Mohd Salmi Mohd Sohod dan Siti Nadzrah
Sheikh Omar, (2001) Pengurusan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Lehman and Winer, (2004). Product Management Fourth Edition, Mc. Graw Hill
International Edition
Zahari Mohamad, Nor Pujawati Md. Isa, Abd. Rahim Othman, Sany Sanuri Mohd. Mokhtar
dan Noor Hasmini Abd. Ghani, (2006). Pengurusan Pemasaran I, Open University
Malaysia, Kuala Lumpur
Zahari Mohamad, Nor Pujawati Md. Isa, Abd. Rahim Othman, Sany Sanuri Mohd. Mokhtar
dan Noor Hasmini Abd. Ghani, (2006). Pengurusan Pemasaran II, Open University
Malaysia, Kuala Lumpur

More Related Content

What's hot

rancangan perniagaan frozen
rancangan perniagaan frozenrancangan perniagaan frozen
rancangan perniagaan frozenmohdhelmi25
 
Slide rancangan perniagaan
Slide rancangan perniagaanSlide rancangan perniagaan
Slide rancangan perniagaanZulkifli Hamzah
 
Perniagaan cookies biscut
 Perniagaan cookies biscut Perniagaan cookies biscut
Perniagaan cookies biscutmohdjaafarhashim
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...Thanushah Soniyasee
 
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)Mohamad Arifnaim
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografinaninami
 
Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)
Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)
Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)路人 路过
 
PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA  SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKAPERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA  SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKAFaTin GhaZmi
 
Rancangan Perniagaan Restoran
Rancangan Perniagaan RestoranRancangan Perniagaan Restoran
Rancangan Perniagaan RestoranShamsul De Bagio
 
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSATAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSANorakma Abdullah
 
Rancangan perniagaan taska
Rancangan perniagaan taskaRancangan perniagaan taska
Rancangan perniagaan taskaHafizzah Kudus
 
KONFLIK AGAMA
KONFLIK AGAMAKONFLIK AGAMA
KONFLIK AGAMASwee Mun
 
Bab 2 persekitaran
Bab 2   persekitaranBab 2   persekitaran
Bab 2 persekitaranWanBK Leo
 
aktiviti pemerdagangan orang
aktiviti pemerdagangan orangaktiviti pemerdagangan orang
aktiviti pemerdagangan orangChun Yong Chin
 
Penghayatan etika dan peradaban ( mpu21032 )
Penghayatan etika dan peradaban  ( mpu21032 )Penghayatan etika dan peradaban  ( mpu21032 )
Penghayatan etika dan peradaban ( mpu21032 )NurAyuni31
 
Bab 5 permuafakatan politik
Bab 5   permuafakatan politikBab 5   permuafakatan politik
Bab 5 permuafakatan politikMaizatul Akmal
 

What's hot (20)

rancangan perniagaan frozen
rancangan perniagaan frozenrancangan perniagaan frozen
rancangan perniagaan frozen
 
Pengenalan kepada falsafah
Pengenalan kepada falsafah Pengenalan kepada falsafah
Pengenalan kepada falsafah
 
Slide rancangan perniagaan
Slide rancangan perniagaanSlide rancangan perniagaan
Slide rancangan perniagaan
 
Perniagaan cookies biscut
 Perniagaan cookies biscut Perniagaan cookies biscut
Perniagaan cookies biscut
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
 
Rancangan pemasaran
Rancangan pemasaranRancangan pemasaran
Rancangan pemasaran
 
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 (SYARIKAT MULTINASIONAL SIME DARBY)
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografi
 
Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)
Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)
Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)
 
PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA  SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKAPERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA  SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
 
Rancangan Perniagaan Restoran
Rancangan Perniagaan RestoranRancangan Perniagaan Restoran
Rancangan Perniagaan Restoran
 
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSATAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
 
Rancangan perniagaan taska
Rancangan perniagaan taskaRancangan perniagaan taska
Rancangan perniagaan taska
 
Chenta bakery temu bual
Chenta bakery temu bualChenta bakery temu bual
Chenta bakery temu bual
 
KONFLIK AGAMA
KONFLIK AGAMAKONFLIK AGAMA
KONFLIK AGAMA
 
Bab 2 persekitaran
Bab 2   persekitaranBab 2   persekitaran
Bab 2 persekitaran
 
aktiviti pemerdagangan orang
aktiviti pemerdagangan orangaktiviti pemerdagangan orang
aktiviti pemerdagangan orang
 
Penghayatan etika dan peradaban ( mpu21032 )
Penghayatan etika dan peradaban  ( mpu21032 )Penghayatan etika dan peradaban  ( mpu21032 )
Penghayatan etika dan peradaban ( mpu21032 )
 
Bab 5 permuafakatan politik
Bab 5   permuafakatan politikBab 5   permuafakatan politik
Bab 5 permuafakatan politik
 
Cadangan etnik
Cadangan etnikCadangan etnik
Cadangan etnik
 

Similar to Usahawan 1

Visiting report
Visiting reportVisiting report
Visiting reportdrfez86
 
Bisnis internasional,6,shindy diana f,prof.dr.hapzi ali, ir, cma, mm, mpm, ke...
Bisnis internasional,6,shindy diana f,prof.dr.hapzi ali, ir, cma, mm, mpm, ke...Bisnis internasional,6,shindy diana f,prof.dr.hapzi ali, ir, cma, mm, mpm, ke...
Bisnis internasional,6,shindy diana f,prof.dr.hapzi ali, ir, cma, mm, mpm, ke...shindydiana1
 
KELOMPOK 3_MANAJEMEN EKSPOR IMPOR ekonomi.docx
KELOMPOK 3_MANAJEMEN EKSPOR IMPOR ekonomi.docxKELOMPOK 3_MANAJEMEN EKSPOR IMPOR ekonomi.docx
KELOMPOK 3_MANAJEMEN EKSPOR IMPOR ekonomi.docxRoroDona
 
Pemasaran_Global.docx
Pemasaran_Global.docxPemasaran_Global.docx
Pemasaran_Global.docxDesiCiifha
 
the Emergence Multinational Company in United State
the Emergence Multinational Company in United Statethe Emergence Multinational Company in United State
the Emergence Multinational Company in United StateSomewhere
 
Hirarki strategi grup sinar mas
Hirarki strategi grup sinar masHirarki strategi grup sinar mas
Hirarki strategi grup sinar maspeterjohn
 
MF4120_10_140902.pptx
MF4120_10_140902.pptxMF4120_10_140902.pptx
MF4120_10_140902.pptxprime80
 
Bisnis_Internasional dalam pendidikan ya
Bisnis_Internasional dalam pendidikan yaBisnis_Internasional dalam pendidikan ya
Bisnis_Internasional dalam pendidikan yaHILMANRSAFF
 
Bisnis dan ekonomi global
Bisnis dan ekonomi globalBisnis dan ekonomi global
Bisnis dan ekonomi globalDwi Ayu
 
Rencana Bisnis Home Industry Gula Semut
Rencana Bisnis Home Industry Gula SemutRencana Bisnis Home Industry Gula Semut
Rencana Bisnis Home Industry Gula SemutAndre Fortuna
 
Proposal saham 5000 lbr
Proposal saham 5000 lbrProposal saham 5000 lbr
Proposal saham 5000 lbrLovina Tour
 
kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas
kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenaskertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas
kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenasRoman Picisan
 
Hbl, nadya silva calestin, hapzi ali, analisis faktor internal dan eksternal ...
Hbl, nadya silva calestin, hapzi ali, analisis faktor internal dan eksternal ...Hbl, nadya silva calestin, hapzi ali, analisis faktor internal dan eksternal ...
Hbl, nadya silva calestin, hapzi ali, analisis faktor internal dan eksternal ...Nadya Silva Calestin
 
masuk ke dalam pasar global
masuk ke dalam pasar globalmasuk ke dalam pasar global
masuk ke dalam pasar globalsinaganv
 
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA NurZahidah22
 
Analisis Ekonomi Internasional & Usaha Kecil dalam Perekonomian Global
Analisis Ekonomi Internasional & Usaha Kecil dalam Perekonomian GlobalAnalisis Ekonomi Internasional & Usaha Kecil dalam Perekonomian Global
Analisis Ekonomi Internasional & Usaha Kecil dalam Perekonomian GlobalLearner
 

Similar to Usahawan 1 (20)

Nme pro5
Nme pro5Nme pro5
Nme pro5
 
Visiting report
Visiting reportVisiting report
Visiting report
 
Nme pro5
Nme pro5Nme pro5
Nme pro5
 
Nme pro5
Nme pro5Nme pro5
Nme pro5
 
Bisnis internasional,6,shindy diana f,prof.dr.hapzi ali, ir, cma, mm, mpm, ke...
Bisnis internasional,6,shindy diana f,prof.dr.hapzi ali, ir, cma, mm, mpm, ke...Bisnis internasional,6,shindy diana f,prof.dr.hapzi ali, ir, cma, mm, mpm, ke...
Bisnis internasional,6,shindy diana f,prof.dr.hapzi ali, ir, cma, mm, mpm, ke...
 
KELOMPOK 3_MANAJEMEN EKSPOR IMPOR ekonomi.docx
KELOMPOK 3_MANAJEMEN EKSPOR IMPOR ekonomi.docxKELOMPOK 3_MANAJEMEN EKSPOR IMPOR ekonomi.docx
KELOMPOK 3_MANAJEMEN EKSPOR IMPOR ekonomi.docx
 
Pemasaran_Global.docx
Pemasaran_Global.docxPemasaran_Global.docx
Pemasaran_Global.docx
 
the Emergence Multinational Company in United State
the Emergence Multinational Company in United Statethe Emergence Multinational Company in United State
the Emergence Multinational Company in United State
 
Hirarki strategi grup sinar mas
Hirarki strategi grup sinar masHirarki strategi grup sinar mas
Hirarki strategi grup sinar mas
 
Bisnis_Internasional.pptx
Bisnis_Internasional.pptxBisnis_Internasional.pptx
Bisnis_Internasional.pptx
 
MF4120_10_140902.pptx
MF4120_10_140902.pptxMF4120_10_140902.pptx
MF4120_10_140902.pptx
 
Bisnis_Internasional dalam pendidikan ya
Bisnis_Internasional dalam pendidikan yaBisnis_Internasional dalam pendidikan ya
Bisnis_Internasional dalam pendidikan ya
 
Bisnis dan ekonomi global
Bisnis dan ekonomi globalBisnis dan ekonomi global
Bisnis dan ekonomi global
 
Rencana Bisnis Home Industry Gula Semut
Rencana Bisnis Home Industry Gula SemutRencana Bisnis Home Industry Gula Semut
Rencana Bisnis Home Industry Gula Semut
 
Proposal saham 5000 lbr
Proposal saham 5000 lbrProposal saham 5000 lbr
Proposal saham 5000 lbr
 
kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas
kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenaskertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas
kertas kerja pengurusan ladang tanaman nenas
 
Hbl, nadya silva calestin, hapzi ali, analisis faktor internal dan eksternal ...
Hbl, nadya silva calestin, hapzi ali, analisis faktor internal dan eksternal ...Hbl, nadya silva calestin, hapzi ali, analisis faktor internal dan eksternal ...
Hbl, nadya silva calestin, hapzi ali, analisis faktor internal dan eksternal ...
 
masuk ke dalam pasar global
masuk ke dalam pasar globalmasuk ke dalam pasar global
masuk ke dalam pasar global
 
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
 
Analisis Ekonomi Internasional & Usaha Kecil dalam Perekonomian Global
Analisis Ekonomi Internasional & Usaha Kecil dalam Perekonomian GlobalAnalisis Ekonomi Internasional & Usaha Kecil dalam Perekonomian Global
Analisis Ekonomi Internasional & Usaha Kecil dalam Perekonomian Global
 

More from Open University Malaysia (15)

Usahawan 2
Usahawan 2Usahawan 2
Usahawan 2
 
Rancangan perniagaan 3
Rancangan perniagaan 3Rancangan perniagaan 3
Rancangan perniagaan 3
 
Rancangan perniagaan 2
Rancangan perniagaan 2Rancangan perniagaan 2
Rancangan perniagaan 2
 
Sejarah acheh
Sejarah achehSejarah acheh
Sejarah acheh
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
 
Perniagaan antarabangsa
Perniagaan antarabangsaPerniagaan antarabangsa
Perniagaan antarabangsa
 
Penggunaan air domestik
Penggunaan air domestikPenggunaan air domestik
Penggunaan air domestik
 
Pencemaran alam
Pencemaran alamPencemaran alam
Pencemaran alam
 
Mikroekonomi
MikroekonomiMikroekonomi
Mikroekonomi
 
Mikroekonomi (rokok)
Mikroekonomi (rokok)Mikroekonomi (rokok)
Mikroekonomi (rokok)
 
Makroekonomi
MakroekonomiMakroekonomi
Makroekonomi
 
Kod etika
Kod etikaKod etika
Kod etika
 
Kempen cintailah sungai kita1
Kempen cintailah sungai kita1Kempen cintailah sungai kita1
Kempen cintailah sungai kita1
 
Kaunselor bukan guru disiplin
Kaunselor bukan guru disiplinKaunselor bukan guru disiplin
Kaunselor bukan guru disiplin
 
Topik 7 gimrama
Topik 7 gimramaTopik 7 gimrama
Topik 7 gimrama
 

Recently uploaded

PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 

Recently uploaded (20)

PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 

Usahawan 1

  • 1. 1 RINGKASAN EKSEKUTIF FAZZ Enterprise adalah pengusaha tempatan yang dimiliki oleh orang Melayu yang sedang bercadang untuk mengembangkan produk kerepek FAZZ Enterprise ke peringkat antarabangsa. Namun begitu, usaha seperti ini memerukan FAZZ Enterprise menyediakan dana dan modal yang lebih besar khususnya dalam menambah kapasiti pengeluaran produk dan juga meningkatkan ruangan pemproses kilang. Justeru, kertas kerja ini disediakan agar pihak penyedia dana dan kewangan dapat memberikan pinjaman sebanyak RM500,000 kepada FAZZ Enterprise agar dapat membantu FAZZ Enterprise mencapai hasrat untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa. Ini juga adalah sebagai salah satu usaha untuk memastikan produk kerepek FAZZ Enterprise dapat diperkenalkan di peringkat antarabangsa.
  • 2. 2 1.0 Pendahuluan Perkembangan industri pemprosesan kerepek mendorong FAZZ Enterprise untuk mengambangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa khususnya dalam kalangan negara anggota ASEAN dan beberapa buah negara di Asia dan Eropah. Kepesatan industri kecil dan sederhana dalam mengeluarkan pelbagai produk berasaskan pisang, ubi kayu dan keledek di Malaysia dan saranan daripada kerajaan untuk mengembangkan perusahaan kecil dan sederhana ke peringkat antarabangsa, maka FAZZ Enterprise juga ingin mengambil peluang ini dalam memastikan pasaran FAZZ Enterprise dapat dikembangkan ke peringkat yang lebih luas khususnya dalam pasaran antarabangsa. Dalam mencapai matlamat dan sasaran ini, FAZZ Enterprise memerlukan modal tambahan untuk menyediakan ruang kilang dan mendapatkan mesin pemprosesan bagi memenuhi kapasiti pengeluaran sebenar. FAZZ Enterprise telah ditubuhkan oleh En. Haji Mahmudin bin Haji Abas di Selangor yang bertempat di Kanchong Darat, Banting pada 24 Februari 1983 sebagai kilang memproses makanan ringan. Syarikat ini merupakan syarikat Sendirian Berhad di mana perusahaan yang menggunakan nama perniagaan Kerepek House ini adalah milik keluarga dan kini telah diambil alih oleh anak ke-2 beliau iaitu En. Mohd Fazzly bin Hj. Mahmudin. Beliau telah mengambil alih pengurusan Kerepek House selama 10 tahun. Kini, FAZZ Enterprise mempunyai kilang pemprosesan bahan mentah, tempat pembungkusan, kebun-kebun bahan mentah milik syarikat, ladang kelapa sawit dan tempat penjualan runcit di Daerah Kanchong Darat, Banting, Selangor dan pusat pengedaran di Pulau Pinang. Misi FAZZ Enterprise adalah untuk memaksimumkan keuntungan atas penjualan kerepek di samping memberi perkhidmatan dan bantuan kepada penguasaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta pengusaha tempatan. Visi FAZZ Enterprise pula adalah menjadikan FAZZ Enterprise sebuah perusahaan yang dikenali oleh semua lapisan masyarakat dan meluaskan pasaran ke seluruh peringkat domestik dan antarabangsa.
  • 3. 3 Dalam pada itu, objektif yang ingin dicapai oleh FAZZ Enterprise dalam jangka masa panjang adalah seperti mana yang berikut:- 1) Menjadi pengeluar dan pengeksport makanan yang utama ke pasaran antarabangsa menjelang tahun 2020 di peringkat global. 2) Pemodenan sektor pertanian dan peranan baru sebagai penjana ekonomi. 3) Meningkatkan pendapatan petani dan pengusaha secara berkala. 4) Memperkenalkan dan memasarkan produk tempatan ke peringkat antarabangsa 2.0 Objektif Pada masa kini, banyak bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk membantu pengusaha kecil dan sederhana mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa. Produk-produk yang ditawarkan juga mampu untuk tembus ke pasaran antarabangsa sekiranya dipasarkan dengan cara dan promosi yang betul. Oleh itu, kertas kerja ini dihasilkan untuk mendapatkan bantuan dana dan kewangan daripada beberapa badan kerajaan yang menyediakan bantuan seperti pihak SME bank, TEKUN National dan sebagainya. Matlamat untuk mengembangkan perusahaan FAZZ Enterprise memerlukan modal yang sangat besar iaitu sekitar RM500,000. Ini bermakna bahawa cadangan untuk mengembangkan perusahaan FAZZ Enterprise ini adalah suatu yang memerlukan penelitian daripada pelbagai aspek seperti mana yang telah dibincangkan oleh lembaga pengurusan FAZZ Enterprise. Justeru, harapan FAZZ Enterprise adalah proses mendapatkan pinjaman daripada pihak berkaitan akan dipermudahkan agar rantaian perniagaan FAZZ Enterprise akan dapat dikembangkan ke pasaran antarabangsa. 3.0 Produk Yang Ditawarkan FAZZ Enterprise mengeluarkan produk yang berasaskan ubi kayu, pisang tanduk dan keledek sahaja. Setelah produk-produk telah mendapat sambutan dalam pasaran, barulah perniagaan ini diceburi dengan secara serius dengan memperbesarkan lagi kilang pemprosesan dan membuat penambahan pada jenis produk seperti sukun dan keladi. Kerepek keluaran FAZZ Enterprise memenuhi citarasa setiap lapisan masyarakat. Hal ini
  • 4. 4 kerana, kerepek yang dikeluarkan mempunyai pelbagai jenis perasa seperti pedas, BBQ, original, masin, blackpepper, kari dan sebagainya. FAZZ Enterprise juga memasarkan produk pengusaha tempatan serta pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang lain. Antara produk yang dipasarkan adalah seperti jeli kelapa, rempeyek (kacang tanah, kacang dal, kacang hijau), dodol, kuih bangkit, bahulu dan sebagainya. Berikut adalah beberapa contoh kerepek yang ingin dikembangkan ke peringkat antarabangsa:- Rajah 1 : Produk Keropok Ubi Rajah 2 : Produk Keropok Kentang
  • 5. 5 Rajah 3 : Produk Keropok Pisang Kesemua tiga produk yang dinyatakan di atas adalah produk yang akan dipasarkan ke peringkat antarabangsa. Pada ketika ini, produk ini hanya dipasarkan dalam pasaran tempatan sahaja dan masih tidak dipasarkan ke peringkat antarabangsa. Justeru, produk ini akan dipasarkan ke pasaran antarabangsa bermula pada penghujugn tahun 2012 sekiranya pinjaman dan bantuan dana dan kewangan daripada pihak berkaitan diperolehi. 4.0 Lokasi Perniagaan FAZZ Enterprise adalah syarikat yang terletak di Banting Selangor dan telah beroperasi sejak tahun 1983 dan merupakan perusahaan kecil dan sederhana. Produk yang dihasilkan dan ditawarkan mampu menembusi pasaran antarabangsa sekiranya dipasarkan dengan cara promosi yang berkesan. Namun begitu, proses pengeluaran produk syarikat juga perlu ditingkatkan. Oleh itu, cadangan untuk meningkatkan produktiviti kilang sedia ada perlu ditingkatkan dengan mendapatkan pembiayaan daripada pihak berkaitan. 5.0 Rancangan Pemasaran Proses mengembangkan pasaran FAZZ Enterprise melibatkan beberapa pasaran antarabangsa seperti mana yang dapat dilihat di bawah:-
  • 6. 6 1) Pasaran China Sasaran utama FAZZ Enterprise dalam mengembangkan pasaran dan memasarkan tiga produk utama FAZZ Enterprise adalah pasaran China. Pemilihan pasaran ini adalah disebabkan oleh pelbagai usaha kerajaan yang ingin menggalakkan pengusaha IKS untuk memasarkan produk tempatan ke pasaran China. Ini juga dapat dilihat menerusi penganjuran Ekspo Barangan Malaysia yang diadakan setiap tahun di negara China. Ini menunjukkan bahawa kerajaan sangat menggalakkan pengusaha IKS untuk memasarkan produk tempatan untuk memasarkan produk IKS ke pasaran China. Saranan kerajaan ini juga turut mendorong FAZZ Enterprise untuk menjadikan produk FAZZ Enterprise sebagai antara produk yang akan berada dalam pasaran China menjelang penghujung tahun 2012. Dalam pada itu, pemilihan pasaran China juga adalah disebabkan oleh populasi penduduk China yang sangat besar iaitu hampir 1.3 bilion. Dengan bilangan penduduk China yang tinggi ini dan kadar kelahiran penduduk yang semakin meningkat pada setiap tahun, memudahkan produk FAZZ Enterprise sentiasa menjadi antara produk pilihan khususnya dalam aspek makanan ringan. Dengan keunikan dan kemanisan yang terdapat pada produk FAZZ Enterprise, maka FAZZ Enterprise menyasarkan 10% pasaran China yang meliputi pasaran Hong Kong, Beijing dan sebagainya. Sasaran penembusan pasaran sebanyak 10% ini adalah menjelang tahun 2014. 2) Pasaran ASEAN Pasaran kedua yang disasarkan adalah pasaran ASEAN. Perhubungan di antara negara ASEAN seperti Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura, Myanmar, Thailand dan sebagainya adalah antara sasaran kedua FAZZ Enterprise dalam memasarkan produk FAZZ Enterprise di negara-negara ASEAN. Pasaran ini menjadi pasaran kedua adalah disebabkan oleh hubungan Malaysia dengan negara-negara ASEAN yang sangat rapat dan memudahkan usaha memasarkan produk ke negara ASEAN. Dalam pada itu, pemilihan pasaran ASEAN ini juga adalah disebabkan oleh pelbagai insentif yang diberikan oleh negara-negara ASEAN seperti pelepasan cukai, pengecualian duti import dan pelbagai bentuk insentif lain. Dengan adanya kelebihan dan keistimewaan yang disediakan untuk syarikat yang menjalankan urus niaga
  • 7. 7 import dan eksport dalam pasaran ASEAN, turut mendorong FAZZ Enterprise untuk memasarkan produk ke dalam pasaran ASEAN. Ini juga adalah disebabkan oleh saranan yang dianjurkan oleh kerajaan dalam memasarkan produk tempatan ke pasaran ASEAN yang turut memberikan pelbagai kemudahan dan kelebihan kepada pengimport tempatan. 3) Pasaran ASIA Pasaran ketiga yang disasarkan oleh FAZZ Enterprise adalah pasaran ASIA yang juga merupakan antara pasaran terbesar dunia seperti India, Pakistan dan sebagainya. Pasaran ASIA yang luas ini mendorong FAZZ Enterprise untuk mengambil peluang dariapda pasaran ASIA ini agar produk FAZZ Enterprise dapat dipasarkan ke semua pasaran di negara ASIA menjelang tahun 2016. Daripada penerangan dan penjelasan yang dinyatakan di atas, dapat dilihat bahawa FAZZ Enterprise telah menyasarkan tiga pasaran utama dunia iaitu pasaran China yang juga menjadi antara rakan dagangan terbesar Malaysia, pasaran ASEAN dan juga pasaran ASIA. Dalam pada itu, FAZZ Enterprise juga turut merancang untuk mengembangkan produk sedia ada ke pasaran Eropah. Walaupun ianya adalah suatu perancangan pada masa akan datang, namun FAZZ Enterprise berharap agar produk FAZZ Enterprise dapat dikembangkan hingga ke Eropah suatu masa akan datang. Dalam memastikan produk FAZZ Enterprise dapat dikembangkan dengan lebih cepat dan memuaskan, terdapat beberapa kaedah yang akan dilaksanakan oleh FAZZ Enterprise untuk memperluaskan pasaran produk FAZZ Enterprise ke peringkat antarabangsa. Antaranya adalah seperti mana yang berikut:- 1) Mengikuti Ekspo Antarabangsa Antara cadangan yang akan dilakukan oleh FAZZ Enterprise dalam mempromosikan produk FAZZ Enterprise di peringkat antarabangsa khususnya dalam tiga pasaran yang disasarkan, FAZZ Enterprise akan berusaha untuk mengikuti dan menyertai sebarang bentuk ekspo antarabangsa yang menjadi medium dalam memperkenalkan
  • 8. 8 produk Malaysia di peringkat antarabangsa. Contohnya seperti Ekspo Barangan Malaysia yang diadakan di China pada setiap tahun. Dengan menyertai ekspo antarabangsa seperti ini, maka produk FAZZ Enterprise akan dapat dikembangkan ke pasaran antarabangsa dengan lebih mudah. 2) Menyertai Pesta Makanan Ringan Malaysia Di Luar Negara Dalam pada itu, FAZZ Enterprise juga akan berusaha untuk menyertai sebarang bentuk pesta makanan Malaysia yang diadakan di luar negara. Contohnya seperti Pesta Makanan Malaysia yang pernah diadakan di London dan dirancangkan untuk diadakan pada setiap tahun. Pesta Makanan Malaysia ini dianjurkan untuk memperkenalkan makanan Malaysia kepada masyarakat Eropah khususnya yang berada di Bandar London. Dengan menyertai pesta makanan seperti ini juga, maka produk FAZZ Enterprise juga akan dapat dipasarkan ke pasaran Eropah dan antarabangsa yang lain dengan lebih mudah cepat. Ini seterusnya akan menjadi pendorong kepada FAZZ Enterprise untuk memastikan produk kerepek FAZZ Enterprise sentiasa mendapat tempat dalam pasaran antarabangsa. 3) Mendapatkan Logo 1Malaysia Best FAZZ Enterprise juga bercadang untuk mendapatkan pengikhtirafan untuk menggunakan logo 1Malaysia Best. Logo ini digunakan untuk produk tempatan yang mempunyai kualiti dan identiti tersendiri yang juga mendirikan produk Malaysia. Dengan adanya pengikhtirafan menggunakan logo 1Malaysia Best ini, maka proses untuk memperkenalkan produk FAZZ Enterprise dalam pasaran tempatan dan antarabangsa juga akan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah. Dengan demikian, produk FAZZ Enterprise akan dapat dipasarkan dengan lebih cepat. Dengan mengadakan aktiviti promosi yang konsisten seperti mana yang telah dinyatakan di atas, maka usaha untuk mengembangkan produk FAZZ Enterprise akan dapat dilakukan dan dipasarkan dengan lebih baik.
  • 9. 9 6.0 Rancangan Operasi Dalam memastikan produk FAZZ Enterprise sentiasa mendapat tempat dalam pasaran antarabangsa, maka FAZZ Enterprise telah membuat perancangan untuk membuat beberapa pengubahsuaian produk khususnya dari segi pembungkusan dan perkhidmatan. Untuk itu, pengurusan jualan produk yang disediakan oleh FAZZ Enterprise merangkumi beberapa perkara seperti mana yang berikut:- a) Cara Tempahan Dalam memudahkan pembeli atau peruncit yang ingin mendapatkan produk FAZZ Enterprise, FAZZ Enterprise telah menyediakan beberapa kemudahan dan cara untuk membuat tempahan produk. Salah satu daripadanya menggunakan laman web FAZZ Enterprise yang mana menyenaraikan harga barangan yang telah disediakan oleh FAZZ Enterprise dan produk pilihan yang boleh ditempath menerusi laman web ini. Menerusi kaedah tempahan yang sangat mudah dan cepat ini, maka FAZZ Enterprise akan dapat menerima banyak tempahan dalam satu-satu masa dan seterusnya akan dapat meningkatkan jualan produk FAZZ Enterprise pada masa akan datang. Dalam pada itu, tempahan secara dalam talian ini tidak hanya boleh dilakukan oleh pengguna atau peruncit dalam negara. Sebaliknya, turut boleh digunakan oleh pengimport dari negara lain yang ingin mendapatkan bekalan produk FAZZ Enterprise. Dalam pada itu, FAZZ Enterprise juga turut menyediakan talian telefon untuk membuat tempahan dengan menghubungi 03-31813076 atau membuat tempahan dengan menghantar pesanan produk ke e-mel fazzent@hotmail.com. Ini bermakna bahawa tempahan juga boleh dibuat dengan menghubungi terus syarikat operasi FAZZ Enterprise. Selain itu, mereka yang ingin mendapatkan produk FAZZ Enterprise juga boleh datang terus ke kedai jualan FAZZ Enterprise. Dengan menyediakan pelbagai cara dan kaedah untuk membuat tempahan produk FAZZ Enterprise, maka pengguna atau peruncit mempunyai pelbagai cara dan
  • 10. 10 kaedah yang boleh digunakan untuk membuat tempahan produk FAZZ Enterprise mengikut kehendak dan keutamaan pembeli. b) Kemudahan Penghantaran Dalam pada itu, FAZZ Enterprise juga turut menyediakan kemudahan penghantaran kepada pembeli yang membuat belian secara borong atau pukal. Penghantaran juga akan disediakan untuk pembeli yang berada jauh dari kawasan operasi pengeluaran produk FAZZ Enterprise khususnya yang berada di luar daerah Banting Selangor. Kemudahan penghantaran yang disediakan oleh FAZZ Enterprise ini juga adalah untuk memudahkan pembeli untuk mendapatkan produk FAZZ Enterprise dengan lebih kerap. Sekiranya produk FAZZ Enterprise sukar untuk diperolehi, maka produk FAZZ Enterprise tidak akan dapat dikembangkan pasarannya sama ada dalam pasaran tempatan mahupun dalam pasaran antarabangsa. Walau bagaimanapun, kemudahan penghantaran ini hanya terhad untuk kawasan di Semenanjung Malaysia sahaja. Bagi tempahan dari luar Semenanjung Malaysia pula khususnya dari Sabah dan Sarawak, proses penghantaran akan menggunakan kargo yang mana akan sampai dalam tempoh 3 hari setelah FAZZ Enterprise mengesahkan tempahan. Setakat ini, kemudahan penghantaran ini hanya terhad kepada pasaran tempatan dan akan diteliti bentuk penghantaran untuk pasaran antarabangsa yang akan dibuat dalam masa terdekat. c) Perkhidmatan Lain Dalam pada itu, FAZZ Enterprise juga turut menyediakan beberapa bentuk kemudahan lain seperti memberi taklimat kepada pemborong kekal produk FAZZ Enterprise tentang kelebihan yang terdapat pada produk FAZZ Enterprise berbanding dengan produk-produk kerepek lain. Ini adalah untuk memastikan agar pemborong produk FAZZ Enterprise mempunyai pengetahuan yang baik terhadap produk FAZZ Enterprise yang kemudiannya dapat disebarkan kepada pengguna atau pembeli produk kerepek FAZZ Enterprise. Ini penting agar pengguna yang juga masyarakat umum dapat menjadikan produk kerepek FAZZ Enterprise sebagai antara produk makanan ringan pilihan dalam kehidupan harian mereka.
  • 11. 11 Oleh yang demikian, tiga perkara yang dinyatakan di atas adalah antara aspek yang ditekankan oleh FAZZ Enterprise dalam aspek pengurusan jualan produk. Ini adalah untuk memastikan agar produk FAZZ Enterprise sentiasa mendapat tempat dalam pasaran tempatan dan seterusnya dapat meningkatkan jualan produk pada masa-masa akan datang. 7.0 Rancangan Pentadbiran Untuk memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan seterusnya dapat mencapai objektif yang ingin dicapai, maka aspek pengurusan pentadbiran syarikat juga akan ditingkatkan. Antara rancangan yang akan dilakukan adalah seperti berikut:- a) Menambah Kakitangan Kakitangan sedia ada akan ditambah untuk memastikan kapasiti pengeluaran yang disasarkan pada setiap bulan dan tahun akan dapat dicapai. Ini juga untuk memastikan produktiviti syarikat sentiasa berada tahap yang memuaskan selari dengan keperluan pasaran pada masa akan datang. Kakitangan yang akan ditambah tidak hanya terhad kepada kakitangan yang terlibat dengan proses pengeluaran. Sebaliknya, kakitangan yang terlibat dengan aspek pemasaran, pembungkusan dan sebagainya juga akan ditambah. b) Meluaskan Pejabat Pejabat syarikat juga akan diperluaskan untuk meningkatkan lagi kecekapan pengurusan. Selain itu, beberapa bentuk perkakasan juga akan ditambah seperti kemudahan komputer, internet dan sebagainya yang mana penting dalam proses pengurusan dan pentadbiran syarikat khususnya dalam aspek yang berkaitan dengan pemasaran produk pada masa akan datang. Oleh yang demikian, dua perkara yang dinyatakan di atas adalah antara perkara yang akan diutamakan dalam aspek perancangan pentadbiran syarikat pada masa akan datang.
  • 12. 12 8.0 Rancangan Kewangan Seperti mana yang telah dinyatakan di atas, FAZZ Enterprise bercadang untuk mendapatkan bantuan pinjaman sebanyak RM500,000 yang akan digunakan untuk mendapatkan beberapa mesin dan peralatan yang digunakan untuk tujuan proses pengeluaran dan pengurusan produk. Antaranya adalah seperti mana yang berikut:- Bil Item Kuantiti Anggaran Kos (RM) 1 Pengubahsuaian Kilang - 150,000 2 Mesin Memproses Keropok Pisang 3 70,000 3 Mesin Memproses Keropok Kentang 3 78,000 4 Mesin Memproses Keropok Ubi Kayu 3 82,000 5 Lori 3 Tan 1 120,000 Jumlah Anggaran Kos 500,000 Jadual 1 : Anggaran Keperluan Dana dan Kelengkapan Keperluan kewangan sebanyak RM500,00 yang dapat dilihat dalam jadual 1 di atas melibatkan kos pengubahsuaian kilang yang mana akan menempatkan 9 mesin dan peralatan baru yang akan digunakan dalam proses pengeluaran produk. Dalam pada itu, FAZZ Enterprise juga turut memerlukan sebuah lori 3 tan yang akan digunakan untuk mengangkut dan menghantar produk dalam kuantiti yang besar. 9.0 Jadual Pelaksanaan Projek Dalam memastikan projek dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan tersusun, maka berikut dinyatakan jadual pelaksanaan projek khususnya yang berkaitan dengan pemasaran produk ke pasaran ASEAN:-
  • 13. 13 Sasaran Negara ASEAN Tahun 2013 Tahun 2014 Jan - Mac Apr – Jun Jul – Sept Okt - Dis Jan - Mac Apr – Jun Jul – Sept Okt - Dis Brunei √ √ Indonesia √ √ Singapura √ √ Thailand √ √ Vietnam √ √ Laos √ √ Mianmar √ √ Jadual 2 : Jadual Pelaksanaan Projek : Pasaran Produk
  • 14. 14 10.0 Rumusan FAZZ Enterprise adalah pengusaha tempatan yang dimiliki oleh orang Melayu yang sedang bercadang untuk mengembangkan produk kerepek FAZZ Enterprise ke peringkat antarabangsa. Namun begitu, usaha seperti ini memerukan FAZZ Enterprise menyediakan dana dan modal yang lebih besar khususnya dalam menambah kapasiti pengeluaran produk dan juga meningkatkan ruangan pemproses kilang. Justeru, kertas kerja ini disediakan agar pihak penyedia dana dan kewangan dapat memberikan pinjaman sebanyak RM500,000 kepada FAZZ Enterprise agar dapat membantu FAZZ Enterprise mencapai hasrat untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa. Jumlah Perkataan : 2,694 Patah
  • 15. 15 Rujukan Harold Koontz & Heinz Weihrich, Terjemahan : Mohd Salmi Mohd Sohod dan Siti Nadzrah Sheikh Omar, (2001) Pengurusan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Lehman and Winer, (2004). Product Management Fourth Edition, Mc. Graw Hill International Edition Zahari Mohamad, Nor Pujawati Md. Isa, Abd. Rahim Othman, Sany Sanuri Mohd. Mokhtar dan Noor Hasmini Abd. Ghani, (2006). Pengurusan Pemasaran I, Open University Malaysia, Kuala Lumpur Zahari Mohamad, Nor Pujawati Md. Isa, Abd. Rahim Othman, Sany Sanuri Mohd. Mokhtar dan Noor Hasmini Abd. Ghani, (2006). Pengurusan Pemasaran II, Open University Malaysia, Kuala Lumpur