SOALAN 1
Pendahuluan
Tembakau merupakan salah satu komponen utama dalam pengeluaran rokok.
Ini bermaksud bahawa tembakau adalah barang penggenap kepada rokok. Dalam masa
yang sama juga, tembakau juga boleh menjadi barang pengganti kepada rokok apabila
ianya hanya diniagakan atau dipasarkan sebelum dijadikan rokok. Hal ini kerana
terdapat individu yang hanya menghisap tembakau dan terdapat juga individu yang
menghisap rokok. Ini bermaksud bahawa sekiranya berlaku perubahan kepada harga
rokok, maka perubahan juga akan berlaku terhadap permintaan dan penawaran
tembakau. Begitu juga sebaliknya di mana sekiranya berlaku perubahan terhadap harga
tembakau, maka perubahan terhadap permintaan dan penawaran rokok juga akan
berlaku.
Sebelum merujuk kepada kes yang diberikan iaitu perubahan permintaan
terhadap rokok dan tindakan kerajaan menetapkan harga tembakau yang lebih tinggi
daripada harga pasaran, kita perlu memahami konsep permintaan dan penawaran yang
akan digunakan untuk menerangkan perubahan tersebut. Hukum permintaan
menjelaskan bahawa hubungan antara permintaan dengan harga sesuatu barang
adalah negatif. Ini bermaksud bahawa semakin tinggi harga sesuatu barangan, maka
semakin rendah permintaan terhadap barangan tersebut. Begitu juga sebaliknya.
Hukum penawaran pula adalah bertentangan dengan hukum permintaan di mana
kuantiti permintaan barangan dan harga barangan mempunyai hubungan yang positif.
Semakin tinggi harga sesuatu barangan, maka semakin tinggi kuantiti yang akan
ditawarkan oleh pengeluar dalam pasaran. Oleh itu, kedua-dua hukum ini akan diguna
0 1Q0Q
0P
1P
0E
2E
T0S
T1S
RD
(RM)Harga
(Unit)Kuantiti
1E
2Q
pakai dalam menjelaskan perubahan yang akan berlaku terhadap perubahan
permintaan terhadap kuantiti rokok dan peningkatan dalam harga tembakau.
Keluk Perminataan Rokok dan Keluk Penawaran Tembakau
Rajah 1 : Keluk Permintaan Rokok dan Keluk Penawaran Tembakau
Rajah 1 di atas menunjukkan keluk permintaan rokok, RD dan keluk penawaran
tembakau, TS . Keseimbangan asal dicapai pada 0E di mana harga dan kuantiti
keseimbangan berlaku pada 0P dan 0Q . Walau bagaimanapun, berlaku penurunan
permintaan terhadap kuantiti rokok akibat daripada kesedaran orang ramai tentang
bahaya rokok kepada kesihatan. Keadaan ini menyebabkan harga rokok meningkat.
Berdasarkan kepada hukum permintaan, sekiranya berlaku penurunan terhadap
permintaan rokok, harga barangan ini akan meningkat. Dalam masa yang sama juga,
tindakan kerajaan mengenakan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran
terhadap tembakau menyebabkan harga tembakau juga meningkat. Ini menunjukkan
bahawa harga kedua-dua barangan ini telah meningkat. Oleh itu, keseimbangan akan
beralih kepada 2E di mana harga seimbangan baru dicapai pada 1P . Pada
kedudukan harga ini, kuantiti penawaran adalah 1Q dan kuantiti permintaan adalah
2Q . Ini menunjukkan bahawa permintaan terhadap rokok berkurangan tetapi
penawaran tembakau yang menjadi input utama dalam pengeluaran rokok telah
meningkat. Ini menyebabkan berlaku lebihan penawaran sebesar 0E 1E 2E .
Ekoran daripada itu, lebihan penawaran ini harus dihapuskan untuk
mengelakkan pengeluar mengalami kerugian yang besar. Oleh yang demikian, kerajaan
harus membeli lebihan penawaran yang akan digunakan atau didagangkan apabila
berlaku lebihan permintaan pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, tindakan
kerajaan yang menghadkan jumlah kawasan pertanian yang digunakan untuk
penanaman tembakau ini adalah satu tindakan yang akan dapat mengurangkan
pengeluaran tembakau. Keadaan ini menyebabkan keluk penawaran tembakau, TS
akan beralih daripada T0S ke T1S seperti mana yang ditunjukkan dalam rajah 1. Ini
menyebabkan kuantiti penawaran tembakau akan beralih daripada 1Q ke 2Q .
Keadaan ini menyebabkan lebihan penawaran sebesar 0E 1E 2E yang wujud tadi
dapat diatasi. Dengan ini, kerajaan tidak perlu membeli lebihan penawaran tersebut dan
hanya perlu mengurangkan kawasan penanaman tembakau untuk mengurangkan
pengeluaran tembakau dalam pasaran walaupun berlaku peningkatan harga dalam
pasaran.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, penentu permintaan terhadap rokok dan penentu
penawaran terhadap tembakau bukan hanya dipengaruhi oleh perubahan citarasa
pengguna dan tindakan kerajaan menaikkan harga tembakau di atas paras
keseimbangan sahaja. Terdapat beberapa faktor lain yang akan mempengaruhi
permintaan dan penawaran terhadap kedua-dua barang penggenap ini. Salah satu
daripadanya ialah dasar kerajaan yang menghadkan penjualan rokok dan tembakau
hanya kepada individu yang berumur 18 tahun ke atas. Dalam masa yang sama juga,
dasar kerajaan yang mungkin menghadkan kemasukan rokok import dari luar negara
lain juga boleh mempengaruhi permintaan dan penawaran terhadap barangan ini.
Contohnya, sekiranya kerajaan menghadkan kemasukan rokok import, ini secara tidak
langsung akan menyebabkan kuantiti penawaran dalam pasaran akan berkurangan.
Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan harga rokok meningkat yang mana akan
menyebabkan permintaan terhadap rokok akan berkurangan.
Oleh itu, terdapat banyak faktor yang boleh digunakan untuk melihat perubahan
keluk permintaan dan penawaran sesuatu barangan sebagai mana yang dihuraikan di
atas.
0 1Q 0Q
0P
1P
0E
0S1SD
(RM)Harga
(Unit)
Kuantiti
1E
A B
C
0
1Q 0Q
0P
1P
0E
0S1S
D
(RM)Harga
(Unit)
Kuantiti
1E
X Y
Z
SOALAN 2
Pendahuluan
Cukai merupakan satu bebanan yang akan ditanggung oleh pengguna dan
pengeluar mengikut nisbah yang akan ditentukan oleh keanjalan sesuatu keluk.
Keanjalan merujuk kepada pengukuran kepekatan satu pemboleh ubah seperti kuantiti
diminta atau kuantiti ditawar terhadap perubahan dalam salah satu penentunya seperti
harga, pendapatan dan sebagainya. Keanjalan membolehkan perbandingan terhadap
perubahan bagi dua perkara yang diukur dalam unit yang berbeza. Dalam pada itu,
keanjalan juga boleh digunakan untuk melihat tanggungan yang akan ditanggung oleh
pengguna dan pengeluar. Contohnya seperti cukai. Melalui keanjalan, peratus cukai
yang ditanggung oleh pengguna dan peratus cukai yang ditanggung oleh pengeluar
akan dapat ditentukan. Dalam masa yang sama juga, keanjalan sesuatu keluk juga akan
memainkan peranan dalam penentuan ini. Untuk melihat keadaan ini dengan lebih jelas,
maka rokok dan serbuk kopi akan dijadikan barangan utama untuk menentukan peratus
cukai yang akan ditanggung oleh pengguna dan pengeluar.
Keluk Permintaan dan Penawaran Bagi Rokok dan Serbuk Kopi
Rajah 2 : Keluk Permintaan dan
Penawaran Rokok
Rajah 3 : Keluk Permintaan dan
Penawaran Serbuk Kopi
Rajah 2 dan Rajah 3 di atas menunjukkan perubahan terhadap harga akibat
daripada cukai yang dikenakan terhadap rokok dan serbuk kopi. Berdasarkan kepada
rajah 2, keseimbangan asal rokok dicapai pada 0E di mana harga dan kuantiti
keseimbangan adalah pada 0P dan 0Q . Walau bagaimanapun, keseimbangan ini
adalah sebelum cukai dikenakan ke atas rokok. Apabila cukai dikenakan ke atas rokok,
maka keseimbangan akan berubah dan keluk penawaran akan berubah daripada 0S
ke 1S . Pada kedudukan ini, keseimbangan baru dicapai pada 1E di mana harga dan
kuantiti keseimbangan baru adalah 1P dan 1Q .
Cukai yang dikenakan oleh kerajaan ini memaksa pengguna dan pengeluar
untuk berkongsi bersama untuk sama-sama menanggung cukai tersebut. Kawasan AB
1E 1P adalah beban cukai yang harus ditanggung oleh pembeli dan penjual.
Memandangkan keluk permintaan tersebut adalah tidak anjal, maka pengguna akan
menanggung lebih banyak cukai daripada penjual. Kawasan C 1E 1P 0P adalah
beban cukai yang akan ditanggung oleh pengguna. Manakala ABC 0P adalah beban
cukai yang ditanggung oleh pengeluar. Berdasarkan kepada kenyataan ini, semakin
tidak anjal sesuatu keluk permintaan, maka semakin banyak atau semakin besar beban
cukai yang akan ditanggung oleh pengguna.
Bagi rajah 3 pula iaitu keluk permintaan dan penawaran serbuk kopi,
keseimbangan asal dicapai pada 0E di mana harga dan kuantiti keseimbangan berada
pada 0P dan 0Q . Walau bagaimanapun, tindakan kerajaan mengenakan cukai ke
atas barangan ini menyebabkan harga barangan ini meningkat daripada 0P ke 1P .
Keadaan ini turut menyebabkan keluk penawaran kopi beralih ke kiri dari 0S ke 1S .
Pada keseimbangan baru ini iaitu pada titik 1E , kuantiti keseimbangan baru bagi
serbuk kopi adalah pada 1Q . Peningkatan harga sebanyak 0P 1P adalah disebabkan
oleh cukai yang dikenakan ke atas serbuk kopi. Dalam masa yang sama juga, kuantiti
permintaan telah berkurang daripada 0Q ke 1Q . Kawasan XY 1E 1P adalah beban
cukai yang harus ditanggung oleh pengguna dan pengeluar. Walau bagaimanapun,
memandangkan keluk permintaan adalah lebih anjal, maka beban cukai yang
ditanggung oleh pengeluar adalah lebih banyak daripada cukai yang ditanggung oleh
pengguna. Kawasan XYZ 0P adalah cukai yang ditanggung oleh pengeluar sedangkan
pengguna hanya menangung cukai sebesar kawasan 0P Z 1E 1P . Ini menunjukkan
semakin anjal sesuatu keluk permintaan, maka semakin kurnag beban cukai yang akan
ditanggung oleh pengguna sebaliknya semakin banyak beban cukai yang akan
ditanggung oleh pengeluar.
Kesimpulan
Secara amnya, penentuan beban cukai yang akan ditanggung oleh pengguna
dan pengeluar adalah dipengaruhi oleh keanjalan sesuatu keluk permintaan. Semakin
anjal sesuatu keluk permintaan, maka semakin kurang beban cukai yang akan
ditanggung oleh pengguna tetapi semakin besar beban cukai yang akan ditanggung
oleh pengeluar. Begitu juga bagi keluk permintaan yang kurang anjal. Semakin kurang
anjal keluk permintaan ini, maka semakin kurang beban cukai yang akan ditanggung
oleh pengeluar sebaliknya semakin besar beban cukai yang akan ditanggung oleh
pengguna.
Walau bagaimanapun, terdapat keadaan di mana pengguna atau pengeluar
menanggung keseluruhan beban cukai yang dikenakan ke atas sesuatu barang.
Keadaan ini akan wujud sekiranya sesuatu barangan tersebut mempunyai keanjalan
sama ada anjal sempurna atau tidak anjal sempurna. Sekiranya barangan tersebut
mempunyai keluk permintaan yang anjal sempurna, maka kesemua beban cukai yang
dikenakan ke atas barangan tersebut akan ditanggung oleh pengeluar. Manakala bagi
barangan yang mempunyai keluk permintaan yang tidak anjal sempurna, kesemua
beban cukai yang dikenakan akan ditanggung oleh pengguna.
Bibliografi
• William J. Baumol and Alan S. Blinder, Microeconomics : Principles and Pilicy,
Ninth Edition, Thomson South Western, United State of America, 2003
• Richard G. Lipsey, Paul N. Courant and Christopher T.S. Ragan,
Microeconomics, Twelfth Edition, Addison-Wesley, United State of America,
1999
• Roger A. Arnold, Microeconomics, Sixth Edition, Thomson South Western,
United State of America, 2004
Bibliografi
• William J. Baumol and Alan S. Blinder, Microeconomics : Principles and Pilicy,
Ninth Edition, Thomson South Western, United State of America, 2003
• Richard G. Lipsey, Paul N. Courant and Christopher T.S. Ragan,
Microeconomics, Twelfth Edition, Addison-Wesley, United State of America,
1999
• Roger A. Arnold, Microeconomics, Sixth Edition, Thomson South Western,
United State of America, 2004

Mikroekonomi (rokok)

  • 1.
    SOALAN 1 Pendahuluan Tembakau merupakansalah satu komponen utama dalam pengeluaran rokok. Ini bermaksud bahawa tembakau adalah barang penggenap kepada rokok. Dalam masa yang sama juga, tembakau juga boleh menjadi barang pengganti kepada rokok apabila ianya hanya diniagakan atau dipasarkan sebelum dijadikan rokok. Hal ini kerana terdapat individu yang hanya menghisap tembakau dan terdapat juga individu yang menghisap rokok. Ini bermaksud bahawa sekiranya berlaku perubahan kepada harga rokok, maka perubahan juga akan berlaku terhadap permintaan dan penawaran tembakau. Begitu juga sebaliknya di mana sekiranya berlaku perubahan terhadap harga tembakau, maka perubahan terhadap permintaan dan penawaran rokok juga akan berlaku. Sebelum merujuk kepada kes yang diberikan iaitu perubahan permintaan terhadap rokok dan tindakan kerajaan menetapkan harga tembakau yang lebih tinggi daripada harga pasaran, kita perlu memahami konsep permintaan dan penawaran yang akan digunakan untuk menerangkan perubahan tersebut. Hukum permintaan menjelaskan bahawa hubungan antara permintaan dengan harga sesuatu barang adalah negatif. Ini bermaksud bahawa semakin tinggi harga sesuatu barangan, maka semakin rendah permintaan terhadap barangan tersebut. Begitu juga sebaliknya. Hukum penawaran pula adalah bertentangan dengan hukum permintaan di mana kuantiti permintaan barangan dan harga barangan mempunyai hubungan yang positif. Semakin tinggi harga sesuatu barangan, maka semakin tinggi kuantiti yang akan ditawarkan oleh pengeluar dalam pasaran. Oleh itu, kedua-dua hukum ini akan diguna
  • 2.
    0 1Q0Q 0P 1P 0E 2E T0S T1S RD (RM)Harga (Unit)Kuantiti 1E 2Q pakai dalammenjelaskan perubahan yang akan berlaku terhadap perubahan permintaan terhadap kuantiti rokok dan peningkatan dalam harga tembakau. Keluk Perminataan Rokok dan Keluk Penawaran Tembakau Rajah 1 : Keluk Permintaan Rokok dan Keluk Penawaran Tembakau Rajah 1 di atas menunjukkan keluk permintaan rokok, RD dan keluk penawaran tembakau, TS . Keseimbangan asal dicapai pada 0E di mana harga dan kuantiti keseimbangan berlaku pada 0P dan 0Q . Walau bagaimanapun, berlaku penurunan permintaan terhadap kuantiti rokok akibat daripada kesedaran orang ramai tentang bahaya rokok kepada kesihatan. Keadaan ini menyebabkan harga rokok meningkat. Berdasarkan kepada hukum permintaan, sekiranya berlaku penurunan terhadap permintaan rokok, harga barangan ini akan meningkat. Dalam masa yang sama juga, tindakan kerajaan mengenakan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran terhadap tembakau menyebabkan harga tembakau juga meningkat. Ini menunjukkan bahawa harga kedua-dua barangan ini telah meningkat. Oleh itu, keseimbangan akan
  • 3.
    beralih kepada 2Edi mana harga seimbangan baru dicapai pada 1P . Pada kedudukan harga ini, kuantiti penawaran adalah 1Q dan kuantiti permintaan adalah 2Q . Ini menunjukkan bahawa permintaan terhadap rokok berkurangan tetapi penawaran tembakau yang menjadi input utama dalam pengeluaran rokok telah meningkat. Ini menyebabkan berlaku lebihan penawaran sebesar 0E 1E 2E . Ekoran daripada itu, lebihan penawaran ini harus dihapuskan untuk mengelakkan pengeluar mengalami kerugian yang besar. Oleh yang demikian, kerajaan harus membeli lebihan penawaran yang akan digunakan atau didagangkan apabila berlaku lebihan permintaan pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, tindakan kerajaan yang menghadkan jumlah kawasan pertanian yang digunakan untuk penanaman tembakau ini adalah satu tindakan yang akan dapat mengurangkan pengeluaran tembakau. Keadaan ini menyebabkan keluk penawaran tembakau, TS akan beralih daripada T0S ke T1S seperti mana yang ditunjukkan dalam rajah 1. Ini menyebabkan kuantiti penawaran tembakau akan beralih daripada 1Q ke 2Q . Keadaan ini menyebabkan lebihan penawaran sebesar 0E 1E 2E yang wujud tadi dapat diatasi. Dengan ini, kerajaan tidak perlu membeli lebihan penawaran tersebut dan hanya perlu mengurangkan kawasan penanaman tembakau untuk mengurangkan pengeluaran tembakau dalam pasaran walaupun berlaku peningkatan harga dalam pasaran. Kesimpulan Secara keseluruhannya, penentu permintaan terhadap rokok dan penentu penawaran terhadap tembakau bukan hanya dipengaruhi oleh perubahan citarasa
  • 4.
    pengguna dan tindakankerajaan menaikkan harga tembakau di atas paras keseimbangan sahaja. Terdapat beberapa faktor lain yang akan mempengaruhi permintaan dan penawaran terhadap kedua-dua barang penggenap ini. Salah satu daripadanya ialah dasar kerajaan yang menghadkan penjualan rokok dan tembakau hanya kepada individu yang berumur 18 tahun ke atas. Dalam masa yang sama juga, dasar kerajaan yang mungkin menghadkan kemasukan rokok import dari luar negara lain juga boleh mempengaruhi permintaan dan penawaran terhadap barangan ini. Contohnya, sekiranya kerajaan menghadkan kemasukan rokok import, ini secara tidak langsung akan menyebabkan kuantiti penawaran dalam pasaran akan berkurangan. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan harga rokok meningkat yang mana akan menyebabkan permintaan terhadap rokok akan berkurangan. Oleh itu, terdapat banyak faktor yang boleh digunakan untuk melihat perubahan keluk permintaan dan penawaran sesuatu barangan sebagai mana yang dihuraikan di atas.
  • 5.
    0 1Q 0Q 0P 1P 0E 0S1SD (RM)Harga (Unit) Kuantiti 1E AB C 0 1Q 0Q 0P 1P 0E 0S1S D (RM)Harga (Unit) Kuantiti 1E X Y Z SOALAN 2 Pendahuluan Cukai merupakan satu bebanan yang akan ditanggung oleh pengguna dan pengeluar mengikut nisbah yang akan ditentukan oleh keanjalan sesuatu keluk. Keanjalan merujuk kepada pengukuran kepekatan satu pemboleh ubah seperti kuantiti diminta atau kuantiti ditawar terhadap perubahan dalam salah satu penentunya seperti harga, pendapatan dan sebagainya. Keanjalan membolehkan perbandingan terhadap perubahan bagi dua perkara yang diukur dalam unit yang berbeza. Dalam pada itu, keanjalan juga boleh digunakan untuk melihat tanggungan yang akan ditanggung oleh pengguna dan pengeluar. Contohnya seperti cukai. Melalui keanjalan, peratus cukai yang ditanggung oleh pengguna dan peratus cukai yang ditanggung oleh pengeluar akan dapat ditentukan. Dalam masa yang sama juga, keanjalan sesuatu keluk juga akan memainkan peranan dalam penentuan ini. Untuk melihat keadaan ini dengan lebih jelas, maka rokok dan serbuk kopi akan dijadikan barangan utama untuk menentukan peratus cukai yang akan ditanggung oleh pengguna dan pengeluar. Keluk Permintaan dan Penawaran Bagi Rokok dan Serbuk Kopi Rajah 2 : Keluk Permintaan dan Penawaran Rokok Rajah 3 : Keluk Permintaan dan Penawaran Serbuk Kopi
  • 6.
    Rajah 2 danRajah 3 di atas menunjukkan perubahan terhadap harga akibat daripada cukai yang dikenakan terhadap rokok dan serbuk kopi. Berdasarkan kepada rajah 2, keseimbangan asal rokok dicapai pada 0E di mana harga dan kuantiti keseimbangan adalah pada 0P dan 0Q . Walau bagaimanapun, keseimbangan ini adalah sebelum cukai dikenakan ke atas rokok. Apabila cukai dikenakan ke atas rokok, maka keseimbangan akan berubah dan keluk penawaran akan berubah daripada 0S ke 1S . Pada kedudukan ini, keseimbangan baru dicapai pada 1E di mana harga dan kuantiti keseimbangan baru adalah 1P dan 1Q . Cukai yang dikenakan oleh kerajaan ini memaksa pengguna dan pengeluar untuk berkongsi bersama untuk sama-sama menanggung cukai tersebut. Kawasan AB 1E 1P adalah beban cukai yang harus ditanggung oleh pembeli dan penjual. Memandangkan keluk permintaan tersebut adalah tidak anjal, maka pengguna akan menanggung lebih banyak cukai daripada penjual. Kawasan C 1E 1P 0P adalah beban cukai yang akan ditanggung oleh pengguna. Manakala ABC 0P adalah beban cukai yang ditanggung oleh pengeluar. Berdasarkan kepada kenyataan ini, semakin tidak anjal sesuatu keluk permintaan, maka semakin banyak atau semakin besar beban cukai yang akan ditanggung oleh pengguna. Bagi rajah 3 pula iaitu keluk permintaan dan penawaran serbuk kopi, keseimbangan asal dicapai pada 0E di mana harga dan kuantiti keseimbangan berada pada 0P dan 0Q . Walau bagaimanapun, tindakan kerajaan mengenakan cukai ke
  • 7.
    atas barangan inimenyebabkan harga barangan ini meningkat daripada 0P ke 1P . Keadaan ini turut menyebabkan keluk penawaran kopi beralih ke kiri dari 0S ke 1S . Pada keseimbangan baru ini iaitu pada titik 1E , kuantiti keseimbangan baru bagi serbuk kopi adalah pada 1Q . Peningkatan harga sebanyak 0P 1P adalah disebabkan oleh cukai yang dikenakan ke atas serbuk kopi. Dalam masa yang sama juga, kuantiti permintaan telah berkurang daripada 0Q ke 1Q . Kawasan XY 1E 1P adalah beban cukai yang harus ditanggung oleh pengguna dan pengeluar. Walau bagaimanapun, memandangkan keluk permintaan adalah lebih anjal, maka beban cukai yang ditanggung oleh pengeluar adalah lebih banyak daripada cukai yang ditanggung oleh pengguna. Kawasan XYZ 0P adalah cukai yang ditanggung oleh pengeluar sedangkan pengguna hanya menangung cukai sebesar kawasan 0P Z 1E 1P . Ini menunjukkan semakin anjal sesuatu keluk permintaan, maka semakin kurnag beban cukai yang akan ditanggung oleh pengguna sebaliknya semakin banyak beban cukai yang akan ditanggung oleh pengeluar. Kesimpulan Secara amnya, penentuan beban cukai yang akan ditanggung oleh pengguna dan pengeluar adalah dipengaruhi oleh keanjalan sesuatu keluk permintaan. Semakin anjal sesuatu keluk permintaan, maka semakin kurang beban cukai yang akan ditanggung oleh pengguna tetapi semakin besar beban cukai yang akan ditanggung oleh pengeluar. Begitu juga bagi keluk permintaan yang kurang anjal. Semakin kurang anjal keluk permintaan ini, maka semakin kurang beban cukai yang akan ditanggung oleh pengeluar sebaliknya semakin besar beban cukai yang akan ditanggung oleh pengguna.
  • 8.
    Walau bagaimanapun, terdapatkeadaan di mana pengguna atau pengeluar menanggung keseluruhan beban cukai yang dikenakan ke atas sesuatu barang. Keadaan ini akan wujud sekiranya sesuatu barangan tersebut mempunyai keanjalan sama ada anjal sempurna atau tidak anjal sempurna. Sekiranya barangan tersebut mempunyai keluk permintaan yang anjal sempurna, maka kesemua beban cukai yang dikenakan ke atas barangan tersebut akan ditanggung oleh pengeluar. Manakala bagi barangan yang mempunyai keluk permintaan yang tidak anjal sempurna, kesemua beban cukai yang dikenakan akan ditanggung oleh pengguna.
  • 9.
    Bibliografi • William J.Baumol and Alan S. Blinder, Microeconomics : Principles and Pilicy, Ninth Edition, Thomson South Western, United State of America, 2003 • Richard G. Lipsey, Paul N. Courant and Christopher T.S. Ragan, Microeconomics, Twelfth Edition, Addison-Wesley, United State of America, 1999 • Roger A. Arnold, Microeconomics, Sixth Edition, Thomson South Western, United State of America, 2004
  • 10.
    Bibliografi • William J.Baumol and Alan S. Blinder, Microeconomics : Principles and Pilicy, Ninth Edition, Thomson South Western, United State of America, 2003 • Richard G. Lipsey, Paul N. Courant and Christopher T.S. Ragan, Microeconomics, Twelfth Edition, Addison-Wesley, United State of America, 1999 • Roger A. Arnold, Microeconomics, Sixth Edition, Thomson South Western, United State of America, 2004