SOALAN 1
Pendahuluan
Pendapatan negara ialah nilai akhir barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan
oleh faktor-faktor pengeluaran oleh masyarakat tempatan dan asing dalam sesebuah
negara dalam sesuatu tempoh seperti setahun. Terdapat pelbagai konsep keluaran
negara. Contohnya seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang merupakan
salah satu konsep yang sering digunakan di Malaysia. KDNK bermaksud nilai pasaran
bagi semua barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara
bagi tempoh masa tertentu. Terdapat empat elemen utama dalam KDNK ini iaitu nilai
yang dikeluarkan, apa yang dikeluarkan, di mana dikeluarkan dan bila dikeluarkan.
Terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan untuk mengira pendapatan negara
iaitu melalui kaedah keluaran, kaedah pendapatan dan kaedah perbelanjaan. Pengiraan
pendapatan negara melalui kaedah pengeluaran adalah dengan mencampurkan jumlah
perbelanjaan dalam sesebuah negara (oleh individu, firma dan kerajaan) terhadap
barang akhir dan perkhidmatan dalam tempoh masa tertentu. Pengiraan pendapatan
negara melalui kaedah keluaran pula adalah kaedah yang digunakan dengan
mencampurkan semua nilai barangan akhir dan perkhidmatan daripada sektor
pengeluaran. Dalam kaedah ini, konsep nilai ditambah akan digunakan bagi
mengelakkan masalah kiraan dua kali. Pengiraan pendapatan negara melalui kaedah
pendapatan pula adalah kaedah yang digunakan dengan mencampurkan semua
pendapatan yang diterima oleh pemilik sumber pengeluaran (tanah, buruh, modal dan
usahawan). Kaedah ini membahagikan pendapatan negara kepada lima kategori yang
utama iaitu pampasan kerja, bunga bersih, pendapatan sewa, untung korporat dan
pendapatan pengusaha persendirian.
Perhitungan Pendapatan Negara : Kaedah Perbelanjaan
Pengiraan pendapatan negara dengan menggunakan kaedah perbelanjaan
adalah kaedah yang utama yang sering digunakan di Malaysia. Hal ini disebabkan
kaedah tersebut dapat memberikan keterangan-keterangan yang sangat berguna
mengenai tingkat kegiatan ekonomi yang dicapai dalam negara. Data pendapatan
negara yang dikira dengan cara perbelanjaan akan dapat memberikan gambaran
mengenai tahap masalah ekonomi yang dihadapi atau baiknya kadar pertumbuhan yang
dicapai serta tingkat kemakmuran atau kebajikan yang sedang dinikmati. Melalui kaedah
ini juga, dapat digunakan sebagai panduan untuk mengambil langkah-langkah dalam
mengatasi masalah-masalah ekonomi yang dihadapi atau untuk mempertahankan kadar
pertumbuhan yang tinggi yang sedang dinikmati.
Komponen
2005 ( RM ‘Juta )
Perbelanjaan Pengguna
Awam
Swasta
64,592
215,876
Pelaburan
Awam
Swasta
55,161
43,769
Perubahan dalam Stok -1,059
Eksport barangan dan perkhidmatan
bukan faktor 609,133
Import barangan dan perkhidmatan
bukan faktor 492,928
KDNK pada harga pasaran 494,544
Bayaran faktor bersih ke luar negeri -21,716
KNK pada harga pasaran 473,074
Jadual 1 : Pendapatan Negara mengikut Kaedah Perbelanjaan bagi Malaysia pada
tahun 2005 ( RM ‘Juta )
Jadual diatas menunjukkan cara pengiraan pendapatan negara mengikut kaedah
perbelanjaan yang diamalkan Malaysia dan data yang diberi adalah bagi tahun 2005.
KNK Malaysia pada tahun 2005 adalah sebanyak RM473,074. Jumlah perbelanjaan
penggunaan adalah RM280,468 yang meliputi perbelanjaan penggunaan awam
sebanyak RM64,592 dan perbelanjaan penggunaan swasta sebanyak RM215,876.
Pada kebiasaannya perbelanjaan penggunaan swasta adalah lebih besar daripada
perbelanjaan penggunaan awam. Jumlah perbelanjaan penggunaan ini meliputi
pembelian barangan dan perkhidmatan akhir oleh pengguna dalam ekonomi.
Komponen kedua dari perbelanjaan dalam ekonomi adalah pelaburan iaitu
berjumlah sebanyak RM98,930. Daripada jumlah tersebut, pelaburan awam berjumlah
RM55,161 dan pelaburan swasta adalah sebanyak RM43,769. Oleh yang demikian,
data ini menunjukkan pelaburan Malaysia adalah sebahagian besar merupakan
pelaburan oleh sektor awam meliputi 55.76 peratus daripada keseluruhan pelaburan
pada tahun 2005.
Dalam pengiraan mengikut kaedah perbelanjaan, terdapat satu komponen yang
diambilkira iaitu perubahan stok atau inventori yang wujud dalam ekonomi. Berdasarkan
jadual diatas, perubahan stok untuk tahun 2005 adalah sebanyak –RM1,059. Ini
menunjukkan bahawa perubahan dalam inventori adalah negatif. Seterusnya,
berdasarkan jadual untuk sektor perdagangan asing, eksport negara Malaysia pada
tahun 2005 adalah sebanyak RM609,133 dan import negara Malaysia pula ialah
sebanyak RM492,928. Oleh itu, eksport bersih adalah berjumlah RM116,205 yang
bermakna akaun perdagangan Malaysia untuk tahun tersebut berada dalam lebihan.
Justeru, apabila dicampurkan komponen-komponen perbelanjaan penggunaan,
pelaburan, perubahan stok, dan eksport bersih, maka Keluaran Dalam Negeri Kasar
pada harga pasaran akan diperolehi. Oleh itu, pada tahun 2005 KDNK adalah berjumlah
sebanyak RM494,544.
Komponen-Komponen Pendapatan Negara ( Kaedah Perbelanjaan )
Kaedah pengiraan pendapatan negara dengan menggunakan cara perbelanjaan
telah membahagikan perbelanjaan ke atas barang dan perkhidmatan yang dihasilkan
dalam ekonomi kepada empat komponen. Komponen tersebut ialah perbelanjaan
penggunaan isi rumah atau penggunaan swasta, perbelanjaan kerajaan, pembentukan
modal tetap sektor swasta dan eksport bersih ( eksport tolak import ).
1 Perbelanjaan Penggunaan Isi Rumah
Bagi nilai perbelanjaan yang telah dilakukan oleh isi rumah untuk membeli berbagai-
bagai jenis keperluan dalam satu tahun tertentu dinamakan perbelanjaan
penggunaan isi rumah. Pendapatan yang diterima oleh isi rumah akan digunakan
untuk membeli makanan, membeli pakaian, membiayai perkhidmatan
pengangkutan, membayar pelajaran anak-anak, membayar sewa rumah, membeli
kenderaan dan pelbagai tujuan perbelanjaan lain. Oleh itu, perbelanjaan tersebut
dinamakan sebagai perbelanjaan penggunaan iaitu membeli barang dan
perkhidmatan untuk memuaskan keinginan memiliki dan menggunakan barang
tersebut.
2 Perbelanjaan Kerajaan
Perbelanjaan kerajaan pula ialah membeli barang terutamanya untuk kepentingan
masyarakat. Antaranya ialah perbelanjaan untuk menyediakan kemudahan pelajaran
dan kesihatan, perbelanjaan untuk menyediakan balai polis dan tentera,
pembayaran gaji kakitangan kerajaan dan perbelanjaan untuk pembangunan
infrastruktur yang dibuat untuk kepentingan masyarakat. Pembelian kerajaan ke atas
barang dan perkhidmatan boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu
perbelanjaan penggunaan kerajaan atau penggunaan awam/kerajaan dan pelaburan
awam/kerajaan. Walau bagaimanapun, perbelanjaan yang termasuk dalam kategori
pertama ialah pembelian ke atas barang dan perkhidmatan yang akan digunakan
seperti membayar gaji guru sekolah, membeli peralatan pejabat dan kereta untuk
kegunaan kerajaan. Manakala pelaburan kerajaan merangkumi perbelanjaan untuk
membangunkan prasarana seperti jalan raya, sekolah, hospital dan sebagainya.
3 Pembentukan Modal Tetap Sektor Swasta ( Pelaburan Swasta )
Komponen ini selalu dinyatakan sebagai pelaburan tetapi pada dasarnya ia lebih
bermaksud perbelanjaan untuk membeli barang modal yang dapat meningkatkan
pengeluaran barang dan perkhidmatan pada masa hadapan. Antara bentuk
perbelanjaan yang dikategorikan sebagai pelaburan ialah mendirikan bangunan
pejabat, mendirikan bangunan kilang, membeli mesin-mesin dan alat-alat
pengeluaran. Perbelanjaan tersebut dibuat bukan untuk digunakan pada masa kini
tetapi digunakan dalam kegiatan pengeluaran pada masa akan datang. Oleh itu,
dalam pengumpulan data mengenai pelaburan, perbelanjaan tersebut dibahagikan
kepada tiga jenis perbelanjaan iaitu:
a. Perbelanjaan ke atas barang modal dan peralatan pengeluaran
b. Perubahan-perubahan dalam nilai inventori pada akhir tahun
c. Perbelanjaan-perbelanjaan untuk mendirikan rumah kediaman
4 Eksport Bersih
Eksport bersih ialah nilai eksport yang dilakukan oleh sesebuah negara dalam satu
tahun tertentu ditolak dengan nilai import dalam jangka masa yang sama dinamakan
eksport bersih. Eksport sesebuah negara biasanya terdiri dari barang dan
perkhidmatan yang dihasilkan dalam negera. Oleh sebab itu, nilainya harus dihitung
dalam pendapatan negara. Barang import pula merupakan pengeluaran dari negara
lain. Oleh sebab itu, ia tidak perlu dihitung di dalam pendapatan negara. Walau
bagaimanapun, secara praktikalnya pengiraan pendapatan negara tidak dapat
dielakkan dalam keadaan di mana nilai barang import termasuk dalam pengiraan.
Contohnya ialah, seorang pelanggan membeli kereta yang dipasang di dalam
negera dan pengguna berkenaan akan membayar nilai barang import iaitu
perkakasan yang dipasang dalam kereta tersebut berasal dari luar negara. Maka, ini
menunjukkan bahawa banyak di antara barang akhir yang dibeli dalam negera dan
dibayar pada harga pasar meliputi juga nilai barang diimport. Oleh yang demikian,
nilai barang import tersebut tidak termasuk dalam pendapatan negara dan yang
perlu dikira hanyalah eksport bersih iaitu eksport setelah ditolak dengan import.
Penutup
Pengiraan pendapatan negara dengan menggunakan kaedah perbelanjaan
adalah suatu kaedah yang dapat merumuskan pendapatan sebenar negara untuk
sesuatu tempoh. Selain daripada penggunaan kaedah ini, kaedah pendapatan dan
kaedah keluaran juga boleh digunakan untuk mencari nilai pendapatan negara.
Walaupun teknik dan kaedah pengiraannya adalah berbeza, namun nilai akhir yang
akan diperolehi adalah sama. Oleh yang demikian, ketiga-tiga teknik ini sesuai
digunakan untuk mengukur pendapatan negara.
SOALAN 2
Pendahuluan
Bank Pusat ialah satu bank yang diberi tugas oleh kerajaan untuk mengatur dan
mengawasi kegiatan institusi-institusi kewangan yang terdapat dalam negara.
Berdasarkan perkara di atas, Bank Pusat boleh didefinisikan sebagai sebuah institusi
kewangan yang pada umumnya dimiliki oleh kerajaan yang diserahkan tanggungjawab
untuk mengatur dan mengawasi kestabilan kegiatan institusi-institusi kewangan. Dalam
masa yang sama juga, Bank Negara bertanggung jawab dalam menjamin agar kegiatan
institusi-institusi kewangan itu akan membantu mewujudkan tingkat kegiatan ekonomi
yang tinggi dan stabil. Di Malaysia, Bank Pusat dikenali sebagai Bank Negara Malaysia
dan ditubuhkan pada tahun 1959.
Fungsi Bank Negara Malaysia
Salah satu fungsi dan peranan Bank Negara Malaysia adalah menajdi bank
kepada kerajaan persekutuan. Dalam konteks ini, kerajaan adalah satu perbadanan
yang besar yang mana menerima dan membuat pelbagai bentuk perbelanjaan setiap
hari seperti penerimaan cukai pendapatan, cukai jualan dan sebagainya. Oleh yang
demikian, Bank Negara telah diberi tanggung jawab untuk mengurus perbelanjaan dan
pendapatan kerajaan tersebut. Dalam masa yang sama, Bank Negara juga bertindak
sebagai institusi kewangan yang utama yang menyimpan wang yang dimiliki oleh
kerajaan. Contohnya pada tahun 2005, sebanyak RM27,273,933,343 deposit yang
diterima daripada kerajaan persekutuan yang meliputi simpanan kerajaan.
Selain menyimpan deposit kerajaan persekutuan, Bank Negara juga diberi
peranan untuk menentukan kadar bunga bagi bil perbendaharaan yang dikeluarkan oleh
kerajaan. Dalam satu-satu masa, perbelanjaan kerajaan akan melebih pendapatan yang
diperolehi. Oleh hal yang demikian, adalah menjadi tanggung jawab kerajaan untuk
mencari sumber dana bagi menampung lebihan perbelanjaan ini. Salah satu cara yang
boleh dilakukan ialah dengan mengeluarkan bil perbendaharaan. Namun begitu,
penentuan dan perubahan kadar bunga yang ditetapkan ke atas bil perbendaharaan ini
adalah di bawah tanggung jawab Bank Negara. Oleh itu, Bank Negara perlu bijak dalam
menentukan kadar bunga ini. Dalam pada itu, kerajaan juga boleh mengeluarkan surat
pinjaman jangka panjang atau meminjam terus dari Bank Negara. Contohnya, pada
tahun 2005, kerajaan telah meminjam sebanyak RM961,013,021 dari Bank Negara.
Selain itu, Bank Negara juga berperanan sebagai bank kepada bank
perdagangan. Bank Negara sering digelar ‘bank kepada bank’ atau ‘sumber pinjaman
terakhir’. Ini bermaksud bahawa Bank Negara adalah sumber pinjaman bagi bank-bank
perdagangan dalam negara yang tidak mempunyai alternatif lain untuk membuat
pinjaman. Contohnya pada tahun 2005, sebanyak RM10,295,735,304 telah diberikan
kepada bank perdagangan sebagai pinjaman. Dalam masa yang sama juga, Bank
Negara juga akan menjadi tempat penyimpanan bagi bank-bank perdagangan seperti
mana pada tahun 2005 di mana, sebanyak RM140,606,624,541 telah diterima oleh
Bank Negara daripada bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan.
Keadaan ini menunjukkan bahawa fungsi Bank Negara tidak hanya menjadi penyelamat
kepada bank perdagangan di Malaysia yang mengalami masalah mendapatkan sumber
kewangan, malah Bank Negara juga berperanan menjadi penyimpan kepada bank
perdagangan dan institusi kewangan lain.
Dalam pada itu, Bank Negara juga akan mewajibkan bank perdagangan dan
bank saudagar untuk menyimpan rizab di Bank Negara. Hal ini adalah untuk
memastikan bahawa tidak berlaku pergerakan wang yang terlalu banyak dalam pasaran
yang mana boleh menyebabkan inflasi. Oleh yang demikian, Bank Negara telah
menerima sebanyak RM8,103,080,465 yang merupakan Kumpulan Wang Rizab Am dan
sejumlah RM30,004,682,549 yang merupakan lain-lain rizab seperti Rizab Turun Naik
Kadar Pertukaran dan Rizab Luar Jangka. Tujuan utama Bank Negara mewajibkan
penyimpanan rizab ini adalah untuk memastikan sesebuah bank tidak memegang terlalu
banyak tunai yang boleh menjatuhkan nilai mata wang negara. Dalam masa yang sama
juga, rizab ini boleh digunakan untuk Bank Negara memberi pinjaman kepada bank-
bank yang ingin membuat pinjaman daripada Bank Negara.
Selain itu, Bank Negara juga berperanan sebagai pengawal kepada kegiatan
institusi kewangan di Malaysia. Pengawalan ini lebih tertumpuh kepada aktiviti pinjaman
yang diberikan oleh bank perdagangan kepada peminjam. Bank perdagangan mungkin
akan meminjamkan terlalu banyak pinjaman kepada syarikat atau orang perseorangan
untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan. Keadaan ini boleh menyebabkan
berlakunya kekurangan tunai dalam bank perdagangan berkenaan. Dalam erti kata lain,
kecairan bank perdagangan ini adalah rendah. Keadaan ini boleh mendatangkan
masalah kepada bank tersebut sekiranya pemiutang membuat tuntutan hutang mereka
daripada bank berkenaan. Keadaan ini boleh memaksa dan menggalakkan bank
perdagangan untuk mendapatkan pinjaman daripada Bank Negara yang boleh
menyebabkan berlaku pengaliran tunai daripada Bank Negara. Sekiranya keadaan ini
berlaku, negara mungkin diancam oleh masalah penurunan nilai Ringgit Malaysia atau
kenaikan kadar inflasi. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggung jawab Bank
Negara untuk mengehadkan kadar atau jumlah pinjaman yang harus diberikan kepada
peminjam sama ada syarikat mahupun orang perseorangan. Dalam masa yang sama
juga, Bank Negara diberi kuasa oleh kerajaan untuk mengawasi dan memberi petunjuk
kepada institusi kewangan yang ada dalam negara mengenai dasar yang perlu mereka
patuhi dan jalankan.
Selain itu, Bank Negara juga akan berusaha untuk menstabilkan tahap kegiatan
ekonomi dan menjamin agar ekonomi sentiasa mencapai kadar guna tenaga yang
tinggi. Dalam pada itu, Bank Negara memastikan perkembangan ekonomi berjalan
dengan lancar dan cekap. Untuk memastikan usaha ini mencapai matlamatnya, Bank
Negara perlu melaksanakan beberapa langkah yang dikenali sebagai dasar kewangan.
Tujuan dasar ini adalah untuk mengawal jumlah bekalan wang atau kadar bunga yang
ada dalam ekonomi. Oleh itu, dasar kewangan ini adalah dasar Bank Negara yang
bertujuan mempengaruhi tingkat kegiatan ekonomi dengan mengawasi jumlah bekalan
wang dan kadar bunga dalam ekonomi.
Dalam pada itu, Bank Negara juga berperanan sebagai pengawal kegiatan
perdagangan antarabangsa. Salah satu usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai
kestabilan ekonomi adalah dengan mempertahankan kestabilan nilai pertukaran mata
wang asing. Dalam usaha mencapai matlamat ini, Bank Negara perlu memastikan
bahawa wujud keseimbangan antara eksport dan aliran masuk modal dengan import
dan aliran keluar modal. Dalam masa yang sama juga, Bank Negara perlu memastikan
kecukupan cadangan mata wang asing yang boleh digunakan untuk membiayai
pembayaran mata wang asing ke negara-negara lain. Membentuk satu keadaan
ekonomi yang stabil adalah antara tugas berat bagi Bank Negara. Contohnya, apabila
wujud tekanan yang akan menurunkan nilai Ringgit Malaysia, maka Bank Pusat perlu
melakukan usaha untuk menghapuskan tekanan. Contohnya dengan menaikkan kadar
faedah yang mana akan mendorong aktiviti penyimpanan wang dalam negara yang
seterusnya akan menggalakkan aliran masuk modal. Dalam pada itu, Bank Negara juga
boleh mengehadkan aktiviti mengimport barangan daripada luar dan menggalakkan
eksport ke luar negara. Ini adalah untuk memastikan pertambahan dalam aliran masuk
modal ke dalam negara dan mengurangkan aliran keluar modal ke negara asing.
Selain itu, Bank Negara juga berfungsi sebagai badan yang akan mencetak mata
wang negara. Kerajaan telah memberikan kuasa kepada Bank Negara untuk mencetak
wang yang diperlukan dalam pasaran agar dapat melicinkan kegiatan perdagangan dan
pengeluaran. Oleh yang demikian, Bank Negara perlu membekalkan atau menyediakan
sejumlah wang yang cukup dalam satu-satu masa. Dalam pada itu, Bank Negara juga
akan menambah kuantiti wang dalam pasaran bagi memenuhi permintaan pasaran.
Walau bagaimanapun, pertambahan ini adalah berdasarkan kepada keperluan pasaran
dan kuantiti wang dalam pasaran. Contohnya pada tahun 2005, sebanyak
RM34,396,746,453 mata wang yang dikeluarkan oleh Bank Negara dalam ekonomi.
Nilai ini telah bertambah sebanyak 6.5 peratus daripada tahun 2004. Peningkatan ini
adalah selaras dengan keperluan semasa dalam ekonomi.
Penutup
Peranan yang dimainkan oleh Bank Negara dalam mengawal keadaan ekonomi
negara bukanlah suatu tugas yang mudah. Pengawalan perlu dilakukan terhadap semua
bank perdagangan, bank saudagar dan institusi kewangan lain agar kestabilan ekonomi
dapat dicapai. Dalam masa yang sama, Bank Negara juga perlu menjadi penasihat
bukan hanya kepada institusi kewangan dan perbankan di Malaysia sahaja malah turut
menjadi penasihat terhadap kerajaan tentang keadaan ekonomi semasa negara.
Pengawalan terhadap nilai mata wang juga perlu dikawal melalui pengawalan terhadap
percetakan terlalu banyak Ringgit Malaysia dalam pasaran. Percetakan mata wang yang
terlalu banyak akan menyebabkan wujudkan masalah ekonomi seperti peningkatan
kadar inflasi dan kejatuhan nilai mata wang yang mana turut memberikan impak negatif
terhadap masyarakat. Oleh yang demikian, Bank Negara perlu sentiasa berhati-hati
dalam setiap tindakan yang diambil bagi mengelakkan sebarang kesan negatif bukan
hanya kepada masyarakat malah negara secara amnya.
Bibliografi
• wSadono Sukirno dan Mohamed Aslam Gulam Hassan, Makroekonomi : Teori,
Masalah dan Dasar Kerajaan, Prentice Hall ( Pearson Malaysia ), Selangor, 2001
• Rudiger Dornbusch and Stanley Fischer ( Terjemahan : Amir Hussin Baharuddin
dan Sibly bin Maros ), Ekonomi-Makro, Jilid 1, Dewan Bahasa dan Pustakan,
Kuala Lumpur, 1985
• Laporan Tahunan 2005, Bank Negara Malaysia

Makroekonomi

  • 1.
    SOALAN 1 Pendahuluan Pendapatan negaraialah nilai akhir barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh faktor-faktor pengeluaran oleh masyarakat tempatan dan asing dalam sesebuah negara dalam sesuatu tempoh seperti setahun. Terdapat pelbagai konsep keluaran negara. Contohnya seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang merupakan salah satu konsep yang sering digunakan di Malaysia. KDNK bermaksud nilai pasaran bagi semua barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara bagi tempoh masa tertentu. Terdapat empat elemen utama dalam KDNK ini iaitu nilai yang dikeluarkan, apa yang dikeluarkan, di mana dikeluarkan dan bila dikeluarkan. Terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan untuk mengira pendapatan negara iaitu melalui kaedah keluaran, kaedah pendapatan dan kaedah perbelanjaan. Pengiraan pendapatan negara melalui kaedah pengeluaran adalah dengan mencampurkan jumlah perbelanjaan dalam sesebuah negara (oleh individu, firma dan kerajaan) terhadap barang akhir dan perkhidmatan dalam tempoh masa tertentu. Pengiraan pendapatan negara melalui kaedah keluaran pula adalah kaedah yang digunakan dengan mencampurkan semua nilai barangan akhir dan perkhidmatan daripada sektor pengeluaran. Dalam kaedah ini, konsep nilai ditambah akan digunakan bagi mengelakkan masalah kiraan dua kali. Pengiraan pendapatan negara melalui kaedah pendapatan pula adalah kaedah yang digunakan dengan mencampurkan semua pendapatan yang diterima oleh pemilik sumber pengeluaran (tanah, buruh, modal dan usahawan). Kaedah ini membahagikan pendapatan negara kepada lima kategori yang utama iaitu pampasan kerja, bunga bersih, pendapatan sewa, untung korporat dan pendapatan pengusaha persendirian.
  • 2.
    Perhitungan Pendapatan Negara: Kaedah Perbelanjaan Pengiraan pendapatan negara dengan menggunakan kaedah perbelanjaan adalah kaedah yang utama yang sering digunakan di Malaysia. Hal ini disebabkan kaedah tersebut dapat memberikan keterangan-keterangan yang sangat berguna mengenai tingkat kegiatan ekonomi yang dicapai dalam negara. Data pendapatan negara yang dikira dengan cara perbelanjaan akan dapat memberikan gambaran mengenai tahap masalah ekonomi yang dihadapi atau baiknya kadar pertumbuhan yang dicapai serta tingkat kemakmuran atau kebajikan yang sedang dinikmati. Melalui kaedah ini juga, dapat digunakan sebagai panduan untuk mengambil langkah-langkah dalam mengatasi masalah-masalah ekonomi yang dihadapi atau untuk mempertahankan kadar pertumbuhan yang tinggi yang sedang dinikmati. Komponen 2005 ( RM ‘Juta ) Perbelanjaan Pengguna Awam Swasta 64,592 215,876 Pelaburan Awam Swasta 55,161 43,769 Perubahan dalam Stok -1,059 Eksport barangan dan perkhidmatan bukan faktor 609,133 Import barangan dan perkhidmatan bukan faktor 492,928 KDNK pada harga pasaran 494,544 Bayaran faktor bersih ke luar negeri -21,716 KNK pada harga pasaran 473,074 Jadual 1 : Pendapatan Negara mengikut Kaedah Perbelanjaan bagi Malaysia pada tahun 2005 ( RM ‘Juta )
  • 3.
    Jadual diatas menunjukkancara pengiraan pendapatan negara mengikut kaedah perbelanjaan yang diamalkan Malaysia dan data yang diberi adalah bagi tahun 2005. KNK Malaysia pada tahun 2005 adalah sebanyak RM473,074. Jumlah perbelanjaan penggunaan adalah RM280,468 yang meliputi perbelanjaan penggunaan awam sebanyak RM64,592 dan perbelanjaan penggunaan swasta sebanyak RM215,876. Pada kebiasaannya perbelanjaan penggunaan swasta adalah lebih besar daripada perbelanjaan penggunaan awam. Jumlah perbelanjaan penggunaan ini meliputi pembelian barangan dan perkhidmatan akhir oleh pengguna dalam ekonomi. Komponen kedua dari perbelanjaan dalam ekonomi adalah pelaburan iaitu berjumlah sebanyak RM98,930. Daripada jumlah tersebut, pelaburan awam berjumlah RM55,161 dan pelaburan swasta adalah sebanyak RM43,769. Oleh yang demikian, data ini menunjukkan pelaburan Malaysia adalah sebahagian besar merupakan pelaburan oleh sektor awam meliputi 55.76 peratus daripada keseluruhan pelaburan pada tahun 2005. Dalam pengiraan mengikut kaedah perbelanjaan, terdapat satu komponen yang diambilkira iaitu perubahan stok atau inventori yang wujud dalam ekonomi. Berdasarkan jadual diatas, perubahan stok untuk tahun 2005 adalah sebanyak –RM1,059. Ini menunjukkan bahawa perubahan dalam inventori adalah negatif. Seterusnya, berdasarkan jadual untuk sektor perdagangan asing, eksport negara Malaysia pada tahun 2005 adalah sebanyak RM609,133 dan import negara Malaysia pula ialah sebanyak RM492,928. Oleh itu, eksport bersih adalah berjumlah RM116,205 yang bermakna akaun perdagangan Malaysia untuk tahun tersebut berada dalam lebihan.
  • 4.
    Justeru, apabila dicampurkankomponen-komponen perbelanjaan penggunaan, pelaburan, perubahan stok, dan eksport bersih, maka Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran akan diperolehi. Oleh itu, pada tahun 2005 KDNK adalah berjumlah sebanyak RM494,544. Komponen-Komponen Pendapatan Negara ( Kaedah Perbelanjaan ) Kaedah pengiraan pendapatan negara dengan menggunakan cara perbelanjaan telah membahagikan perbelanjaan ke atas barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam ekonomi kepada empat komponen. Komponen tersebut ialah perbelanjaan penggunaan isi rumah atau penggunaan swasta, perbelanjaan kerajaan, pembentukan modal tetap sektor swasta dan eksport bersih ( eksport tolak import ). 1 Perbelanjaan Penggunaan Isi Rumah Bagi nilai perbelanjaan yang telah dilakukan oleh isi rumah untuk membeli berbagai- bagai jenis keperluan dalam satu tahun tertentu dinamakan perbelanjaan penggunaan isi rumah. Pendapatan yang diterima oleh isi rumah akan digunakan untuk membeli makanan, membeli pakaian, membiayai perkhidmatan pengangkutan, membayar pelajaran anak-anak, membayar sewa rumah, membeli kenderaan dan pelbagai tujuan perbelanjaan lain. Oleh itu, perbelanjaan tersebut dinamakan sebagai perbelanjaan penggunaan iaitu membeli barang dan perkhidmatan untuk memuaskan keinginan memiliki dan menggunakan barang tersebut. 2 Perbelanjaan Kerajaan
  • 5.
    Perbelanjaan kerajaan pulaialah membeli barang terutamanya untuk kepentingan masyarakat. Antaranya ialah perbelanjaan untuk menyediakan kemudahan pelajaran dan kesihatan, perbelanjaan untuk menyediakan balai polis dan tentera, pembayaran gaji kakitangan kerajaan dan perbelanjaan untuk pembangunan infrastruktur yang dibuat untuk kepentingan masyarakat. Pembelian kerajaan ke atas barang dan perkhidmatan boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu perbelanjaan penggunaan kerajaan atau penggunaan awam/kerajaan dan pelaburan awam/kerajaan. Walau bagaimanapun, perbelanjaan yang termasuk dalam kategori pertama ialah pembelian ke atas barang dan perkhidmatan yang akan digunakan seperti membayar gaji guru sekolah, membeli peralatan pejabat dan kereta untuk kegunaan kerajaan. Manakala pelaburan kerajaan merangkumi perbelanjaan untuk membangunkan prasarana seperti jalan raya, sekolah, hospital dan sebagainya. 3 Pembentukan Modal Tetap Sektor Swasta ( Pelaburan Swasta ) Komponen ini selalu dinyatakan sebagai pelaburan tetapi pada dasarnya ia lebih bermaksud perbelanjaan untuk membeli barang modal yang dapat meningkatkan pengeluaran barang dan perkhidmatan pada masa hadapan. Antara bentuk perbelanjaan yang dikategorikan sebagai pelaburan ialah mendirikan bangunan pejabat, mendirikan bangunan kilang, membeli mesin-mesin dan alat-alat pengeluaran. Perbelanjaan tersebut dibuat bukan untuk digunakan pada masa kini tetapi digunakan dalam kegiatan pengeluaran pada masa akan datang. Oleh itu, dalam pengumpulan data mengenai pelaburan, perbelanjaan tersebut dibahagikan kepada tiga jenis perbelanjaan iaitu: a. Perbelanjaan ke atas barang modal dan peralatan pengeluaran b. Perubahan-perubahan dalam nilai inventori pada akhir tahun
  • 6.
    c. Perbelanjaan-perbelanjaan untukmendirikan rumah kediaman 4 Eksport Bersih Eksport bersih ialah nilai eksport yang dilakukan oleh sesebuah negara dalam satu tahun tertentu ditolak dengan nilai import dalam jangka masa yang sama dinamakan eksport bersih. Eksport sesebuah negara biasanya terdiri dari barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam negera. Oleh sebab itu, nilainya harus dihitung dalam pendapatan negara. Barang import pula merupakan pengeluaran dari negara lain. Oleh sebab itu, ia tidak perlu dihitung di dalam pendapatan negara. Walau bagaimanapun, secara praktikalnya pengiraan pendapatan negara tidak dapat dielakkan dalam keadaan di mana nilai barang import termasuk dalam pengiraan. Contohnya ialah, seorang pelanggan membeli kereta yang dipasang di dalam negera dan pengguna berkenaan akan membayar nilai barang import iaitu perkakasan yang dipasang dalam kereta tersebut berasal dari luar negara. Maka, ini menunjukkan bahawa banyak di antara barang akhir yang dibeli dalam negera dan dibayar pada harga pasar meliputi juga nilai barang diimport. Oleh yang demikian, nilai barang import tersebut tidak termasuk dalam pendapatan negara dan yang perlu dikira hanyalah eksport bersih iaitu eksport setelah ditolak dengan import. Penutup Pengiraan pendapatan negara dengan menggunakan kaedah perbelanjaan adalah suatu kaedah yang dapat merumuskan pendapatan sebenar negara untuk sesuatu tempoh. Selain daripada penggunaan kaedah ini, kaedah pendapatan dan kaedah keluaran juga boleh digunakan untuk mencari nilai pendapatan negara. Walaupun teknik dan kaedah pengiraannya adalah berbeza, namun nilai akhir yang
  • 7.
    akan diperolehi adalahsama. Oleh yang demikian, ketiga-tiga teknik ini sesuai digunakan untuk mengukur pendapatan negara. SOALAN 2 Pendahuluan Bank Pusat ialah satu bank yang diberi tugas oleh kerajaan untuk mengatur dan mengawasi kegiatan institusi-institusi kewangan yang terdapat dalam negara. Berdasarkan perkara di atas, Bank Pusat boleh didefinisikan sebagai sebuah institusi kewangan yang pada umumnya dimiliki oleh kerajaan yang diserahkan tanggungjawab untuk mengatur dan mengawasi kestabilan kegiatan institusi-institusi kewangan. Dalam masa yang sama juga, Bank Negara bertanggung jawab dalam menjamin agar kegiatan institusi-institusi kewangan itu akan membantu mewujudkan tingkat kegiatan ekonomi yang tinggi dan stabil. Di Malaysia, Bank Pusat dikenali sebagai Bank Negara Malaysia dan ditubuhkan pada tahun 1959. Fungsi Bank Negara Malaysia Salah satu fungsi dan peranan Bank Negara Malaysia adalah menajdi bank kepada kerajaan persekutuan. Dalam konteks ini, kerajaan adalah satu perbadanan yang besar yang mana menerima dan membuat pelbagai bentuk perbelanjaan setiap hari seperti penerimaan cukai pendapatan, cukai jualan dan sebagainya. Oleh yang demikian, Bank Negara telah diberi tanggung jawab untuk mengurus perbelanjaan dan pendapatan kerajaan tersebut. Dalam masa yang sama, Bank Negara juga bertindak sebagai institusi kewangan yang utama yang menyimpan wang yang dimiliki oleh kerajaan. Contohnya pada tahun 2005, sebanyak RM27,273,933,343 deposit yang diterima daripada kerajaan persekutuan yang meliputi simpanan kerajaan.
  • 8.
    Selain menyimpan depositkerajaan persekutuan, Bank Negara juga diberi peranan untuk menentukan kadar bunga bagi bil perbendaharaan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Dalam satu-satu masa, perbelanjaan kerajaan akan melebih pendapatan yang diperolehi. Oleh hal yang demikian, adalah menjadi tanggung jawab kerajaan untuk mencari sumber dana bagi menampung lebihan perbelanjaan ini. Salah satu cara yang boleh dilakukan ialah dengan mengeluarkan bil perbendaharaan. Namun begitu, penentuan dan perubahan kadar bunga yang ditetapkan ke atas bil perbendaharaan ini adalah di bawah tanggung jawab Bank Negara. Oleh itu, Bank Negara perlu bijak dalam menentukan kadar bunga ini. Dalam pada itu, kerajaan juga boleh mengeluarkan surat pinjaman jangka panjang atau meminjam terus dari Bank Negara. Contohnya, pada tahun 2005, kerajaan telah meminjam sebanyak RM961,013,021 dari Bank Negara. Selain itu, Bank Negara juga berperanan sebagai bank kepada bank perdagangan. Bank Negara sering digelar ‘bank kepada bank’ atau ‘sumber pinjaman terakhir’. Ini bermaksud bahawa Bank Negara adalah sumber pinjaman bagi bank-bank perdagangan dalam negara yang tidak mempunyai alternatif lain untuk membuat pinjaman. Contohnya pada tahun 2005, sebanyak RM10,295,735,304 telah diberikan kepada bank perdagangan sebagai pinjaman. Dalam masa yang sama juga, Bank Negara juga akan menjadi tempat penyimpanan bagi bank-bank perdagangan seperti mana pada tahun 2005 di mana, sebanyak RM140,606,624,541 telah diterima oleh Bank Negara daripada bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan. Keadaan ini menunjukkan bahawa fungsi Bank Negara tidak hanya menjadi penyelamat kepada bank perdagangan di Malaysia yang mengalami masalah mendapatkan sumber kewangan, malah Bank Negara juga berperanan menjadi penyimpan kepada bank perdagangan dan institusi kewangan lain.
  • 9.
    Dalam pada itu,Bank Negara juga akan mewajibkan bank perdagangan dan bank saudagar untuk menyimpan rizab di Bank Negara. Hal ini adalah untuk memastikan bahawa tidak berlaku pergerakan wang yang terlalu banyak dalam pasaran yang mana boleh menyebabkan inflasi. Oleh yang demikian, Bank Negara telah menerima sebanyak RM8,103,080,465 yang merupakan Kumpulan Wang Rizab Am dan sejumlah RM30,004,682,549 yang merupakan lain-lain rizab seperti Rizab Turun Naik Kadar Pertukaran dan Rizab Luar Jangka. Tujuan utama Bank Negara mewajibkan penyimpanan rizab ini adalah untuk memastikan sesebuah bank tidak memegang terlalu banyak tunai yang boleh menjatuhkan nilai mata wang negara. Dalam masa yang sama juga, rizab ini boleh digunakan untuk Bank Negara memberi pinjaman kepada bank- bank yang ingin membuat pinjaman daripada Bank Negara. Selain itu, Bank Negara juga berperanan sebagai pengawal kepada kegiatan institusi kewangan di Malaysia. Pengawalan ini lebih tertumpuh kepada aktiviti pinjaman yang diberikan oleh bank perdagangan kepada peminjam. Bank perdagangan mungkin akan meminjamkan terlalu banyak pinjaman kepada syarikat atau orang perseorangan untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya kekurangan tunai dalam bank perdagangan berkenaan. Dalam erti kata lain, kecairan bank perdagangan ini adalah rendah. Keadaan ini boleh mendatangkan masalah kepada bank tersebut sekiranya pemiutang membuat tuntutan hutang mereka daripada bank berkenaan. Keadaan ini boleh memaksa dan menggalakkan bank perdagangan untuk mendapatkan pinjaman daripada Bank Negara yang boleh menyebabkan berlaku pengaliran tunai daripada Bank Negara. Sekiranya keadaan ini berlaku, negara mungkin diancam oleh masalah penurunan nilai Ringgit Malaysia atau kenaikan kadar inflasi. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggung jawab Bank
  • 10.
    Negara untuk mengehadkankadar atau jumlah pinjaman yang harus diberikan kepada peminjam sama ada syarikat mahupun orang perseorangan. Dalam masa yang sama juga, Bank Negara diberi kuasa oleh kerajaan untuk mengawasi dan memberi petunjuk kepada institusi kewangan yang ada dalam negara mengenai dasar yang perlu mereka patuhi dan jalankan. Selain itu, Bank Negara juga akan berusaha untuk menstabilkan tahap kegiatan ekonomi dan menjamin agar ekonomi sentiasa mencapai kadar guna tenaga yang tinggi. Dalam pada itu, Bank Negara memastikan perkembangan ekonomi berjalan dengan lancar dan cekap. Untuk memastikan usaha ini mencapai matlamatnya, Bank Negara perlu melaksanakan beberapa langkah yang dikenali sebagai dasar kewangan. Tujuan dasar ini adalah untuk mengawal jumlah bekalan wang atau kadar bunga yang ada dalam ekonomi. Oleh itu, dasar kewangan ini adalah dasar Bank Negara yang bertujuan mempengaruhi tingkat kegiatan ekonomi dengan mengawasi jumlah bekalan wang dan kadar bunga dalam ekonomi. Dalam pada itu, Bank Negara juga berperanan sebagai pengawal kegiatan perdagangan antarabangsa. Salah satu usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai kestabilan ekonomi adalah dengan mempertahankan kestabilan nilai pertukaran mata wang asing. Dalam usaha mencapai matlamat ini, Bank Negara perlu memastikan bahawa wujud keseimbangan antara eksport dan aliran masuk modal dengan import dan aliran keluar modal. Dalam masa yang sama juga, Bank Negara perlu memastikan kecukupan cadangan mata wang asing yang boleh digunakan untuk membiayai pembayaran mata wang asing ke negara-negara lain. Membentuk satu keadaan ekonomi yang stabil adalah antara tugas berat bagi Bank Negara. Contohnya, apabila wujud tekanan yang akan menurunkan nilai Ringgit Malaysia, maka Bank Pusat perlu
  • 11.
    melakukan usaha untukmenghapuskan tekanan. Contohnya dengan menaikkan kadar faedah yang mana akan mendorong aktiviti penyimpanan wang dalam negara yang seterusnya akan menggalakkan aliran masuk modal. Dalam pada itu, Bank Negara juga boleh mengehadkan aktiviti mengimport barangan daripada luar dan menggalakkan eksport ke luar negara. Ini adalah untuk memastikan pertambahan dalam aliran masuk modal ke dalam negara dan mengurangkan aliran keluar modal ke negara asing. Selain itu, Bank Negara juga berfungsi sebagai badan yang akan mencetak mata wang negara. Kerajaan telah memberikan kuasa kepada Bank Negara untuk mencetak wang yang diperlukan dalam pasaran agar dapat melicinkan kegiatan perdagangan dan pengeluaran. Oleh yang demikian, Bank Negara perlu membekalkan atau menyediakan sejumlah wang yang cukup dalam satu-satu masa. Dalam pada itu, Bank Negara juga akan menambah kuantiti wang dalam pasaran bagi memenuhi permintaan pasaran. Walau bagaimanapun, pertambahan ini adalah berdasarkan kepada keperluan pasaran dan kuantiti wang dalam pasaran. Contohnya pada tahun 2005, sebanyak RM34,396,746,453 mata wang yang dikeluarkan oleh Bank Negara dalam ekonomi. Nilai ini telah bertambah sebanyak 6.5 peratus daripada tahun 2004. Peningkatan ini adalah selaras dengan keperluan semasa dalam ekonomi. Penutup Peranan yang dimainkan oleh Bank Negara dalam mengawal keadaan ekonomi negara bukanlah suatu tugas yang mudah. Pengawalan perlu dilakukan terhadap semua bank perdagangan, bank saudagar dan institusi kewangan lain agar kestabilan ekonomi dapat dicapai. Dalam masa yang sama, Bank Negara juga perlu menjadi penasihat bukan hanya kepada institusi kewangan dan perbankan di Malaysia sahaja malah turut menjadi penasihat terhadap kerajaan tentang keadaan ekonomi semasa negara.
  • 12.
    Pengawalan terhadap nilaimata wang juga perlu dikawal melalui pengawalan terhadap percetakan terlalu banyak Ringgit Malaysia dalam pasaran. Percetakan mata wang yang terlalu banyak akan menyebabkan wujudkan masalah ekonomi seperti peningkatan kadar inflasi dan kejatuhan nilai mata wang yang mana turut memberikan impak negatif terhadap masyarakat. Oleh yang demikian, Bank Negara perlu sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan yang diambil bagi mengelakkan sebarang kesan negatif bukan hanya kepada masyarakat malah negara secara amnya.
  • 13.
    Bibliografi • wSadono Sukirnodan Mohamed Aslam Gulam Hassan, Makroekonomi : Teori, Masalah dan Dasar Kerajaan, Prentice Hall ( Pearson Malaysia ), Selangor, 2001 • Rudiger Dornbusch and Stanley Fischer ( Terjemahan : Amir Hussin Baharuddin dan Sibly bin Maros ), Ekonomi-Makro, Jilid 1, Dewan Bahasa dan Pustakan, Kuala Lumpur, 1985 • Laporan Tahunan 2005, Bank Negara Malaysia