SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
POLITIK DALAM ISLAM
Politik dan Islam tidak dapat dipisahkan, justeru ia adalah sebahagian daripada cara hidup
manusia. Namun politik yang bagaimana? Ini yang menjadi persoalan. Sebahagian daripada
pejuang Islam sendiri kabur dengan makna dan kehendak politik sebenarnya. Mereka terikut-
ikut dengan aliran politik barat dan mengharapkan Islam dapat ditegakkan dengan cara itu.
Malah mereka marah jika ada pejuang Islam lain yang tidak mahu terjebak dengan perangkap
musuh-musuh Islam melalui bidang politik tajaan orang-orang kafir.
Mengapa ini terjadi? Ini disebabkan umat Islam tidak pernah didedahkan kepada satu bentuk
politik yang bersih, kuat dan stratejik. Kini sudah tiba masanya kita mendedahkan apa itu
politik Rasulullah dan bagaimana matlamat serta perlaksanaannya. Jarang benar ketokohan
Rasulullah SAW ditonjolkan dalam bentuk bagaimana baginda berpolitik untuk menaikkan
Islam di tengah jahiliah. Bagaimana ia memproses peribadi-peribadi yang dulunya menentang
Islam? Ke arah cinta dan sanggup mati kerana Islam. Jika rahsia ini terserlah, ertinya semakin
cerahlah jalan ke arah mencontohi Rasulullah sebagai ahli politik.
Politik ialah bagaimana hendak mentadbir manusia mengikut jalan dan matlamat yang telah
ditentukan. Politik Islam bercita-cita untuk mendidik dan membawa manusia supaya
mempunyai kesedaran, kefahaman, penghayatan dan seterusnya dapat menegakkan
kalimatullah di seluruh bidang kehidupan. Ini dibuat melalui saranan, contoh tauladan,
memberi pimpinan dan lain-lain cara yang dibolehkan oleh syariat. Tujuannya agar semua
manusia terhindar daripada Neraka dan dapat masuk ke dalam Syurga.
Jadi, inilah garis politik Rasulullah. Dan di bidang ini tiada siapa yang dapat menandingi
baginda. Rasulullah SAW tidak memimpin secara politik demokrasi, secara diktator atau pun
secara autokrasi. Dengan kefahaman yang tinggi tentang jiwa, akal, dan perasaan manusia,
Rasulullah SAW telah berjaya memimpin secara fitrah. Maksudnya, Rasulullah SAW membawa
manusia ke jalan yang diyakininya tanpa paksaan dan tekanan. Ia mampu memindahkan hasrat
yang terpendam dilubuk hatinya menjadi hasrat orang lain. Ertinya politik Rasulullah ialah
politik dari hati ke hati.
Allah berfirman:
"Tiada paksaan dalam agama, sesungguhnya telah nyata kebenaran daripada kesesatan."

Atas dasar ini, Rasulullah SAW berjaya menawan jiwa manusia dan daripada situlah seluruh
harta, tenaga dan nyawa pengikut-pengikutnya diserah bulat-bulat untuk Islam.
Di antara fitrah semulajadi manusia ialah mahu pandangannya dihormati dan dihargai.
Rasulullah sedar hakikat ini. Oleh itu apabila Rasulullah berhadapan dengan ahli ekonomi
seperti Abd Rahman bin Auf, yang minat serta kecenderungannya di bidang perniagaan, beliau
memupuk bakat itu supaya terus subur dan berkembang. Akhirnya Abdul Rahman Bin Auf pun
menjadi pengusaha yang berjaya.
Bila Rasulullah SAW berhadapan dengan pakar di bidang ketenteraan seperti Khalid Al Walid,
maka semangat perwiranya terus disuburkan ke arah jihad fisabilillah, kebalikan daripada
semangat Assobiyah (Nasionalisma). Bila baginda berhadapan dengan ahli fikir, pakar strateji
dan kepala perancang seperti Umar IbnulKhattab, maka Rasulullah SAW terus mendorong ke
arah bagaimana untuk menggunakan kepakaran itu buat kemenangan dan kejayaan Islam.
Oleh itu setiap individu di kalangan para sahabat akan rasa dihargai kerana bakat dan kelebihan
semulajadinya berperanan dalam perjuangan Islam. Seorang buruh, petani, peniaga, pentadbir
dan semua lapisan masyarakat telah disusun oleh Rasulullah SAW dalam satu barisan yang
mempunyai kegunaan dan peranan masing-masing. Atas dasar ini, jika ada gerakan Islam yang
menumpukan perhatian mereka kepada golongan 'elit' dan 'intelek' sahaja, perjuangan mereka
sebenarnya telah menyimpang daripada sirah Rasulullah SAW.!
Mari kita lihat secara dekat bagaimana individu-individu (yang mempunyai berbagai-bagai
kepakaran) itu dapat diubah daripada membina jahiliyah (dengan kelebihan-kelebihan itu)
kepada membina Islam. Sebelum para sahabat diajak menegakkan Islam melalui bidang
masing-masing, Rasulullah terlebih dahulu menanam iman di dalam jiwa mereka. Agar dengan
itu mereka akan menjadi orang yang cintakan hidup akherat, rindu dengan syurga, gerun
dengan neraka dan kasih sayang sesama Islam. Keadaan daripada penanaman iman dan tauhid
di dalam hati individu-individu itu, maka lahirlah peribadi-peribadi yang telah berubah
wataknya. Dari watak yang bengis dan kejam kepada kasih sayang dan pemaaf. Daripada
seorang yang pembohong, jahil dan mengutamakan hawa nafsu kepada seorang yang jujur,
berilmu dan menegakkan hukum Allah.
Tegasnya, Rasulullah SAW telah berjaya menukar mereka yang dulunya menyembah berhala
kepada menyembah Allah. Mereka yang dulunya terbiar, hidup dalam perhambaan dan
terasuh dengan jalan yang salah oleh para pemimpin jahiliyyah kepada satu cara hidup dan
perjuangan di mana bakat semulajadi terus dipupuk dan dibajai.
Daripada penanaman iman ini lahirlah ahli fikir yang agung sedangkan dahulu ia adalah
peminum arak. Lahirlah pentadbir-pentadbir yang cekap sedangkan dahulunya mereka adalah
golongan bawahan yang tertindas. Individu-individu yang dulunya diperhambakan oleh hawa
nafsu kini menjadi panglima perang yang gigih berperang menentang orang kafir dan menjadi
abid yang sentiasa berzikir. Inilah hasil siasah Rasulullah SAW.
Soalnya sekarang, bagaimana Rasulullah SAW menanam Iman ke dalam jiwa para sahabat?
Bagaimana Rasulullah berjaya menukar watak-watak jahiliyyah kepada peribadi mukmin
sekaligus dapat menggunakan bakat-bakat mereka untuk Islam? Jawabnya, melalui dakwah
dan tarbiah. Untuk itu Rasulullah SAW datang ke tengah masyarakat dengan menyebarkan
ilmu pengetahuan, memberi tunjukajar yang baik, lunak dan menarik, bijaksana, berakhlak
serta membina model masyarakat yang disarankan melalui amal makrufat yang memberi
menafaat kepada masyarakat.
Dengan ini secara otomatik Islam akan diyakini sebagai cara hidup yang terbaik untuk mengatur
kehidupan manusia. Islam nescaya diterima sepenuhnya untuk mengatur dan menguruskan
harta, perniagaan sawah ladang, keluarga, kampung halaman, negeri, negara dan dunia
seluruhnya.
Apabila Islam diterima untuk mengatur kehidupan maka terbuktilah keindahan dan
kegagahannya. Bidang ekonomi ditadbir penuh jujur, cermat, cekap dan mendapat
keuntungan yang lumayan . Begitu juga di bidang pertanian, tanaman dan penternakan
mendapat hasil yang berkat oleh tangan petani yang beriman. Kampung ditadbir oleh ketua-
ketua yang bijaksana sehingga terbinalah kampung seperti mana yang disifatkan oleh Allah
Taala di dalam Al Quran:
"Jikalau penduduk-penduduk satu kampung beriman kepada Allah dan bertakwa nescaya
sesungguhnya Kami (Allah)akan bukakan ke atas mereka itu keberkatan daripada langit dan
bumi."
Begitu juga , Rasulullah SAW berjaya menghasilkan pentadbir-pentadbir peringkat negara
sehingga tertegaklah apa yang difirmankan Allah:
"Negara makmur yang mendapat keampunan Tuhan."
Ini lah rahsia politik Rasulullah. Bermula dengan tapak dakwah dan tarbiah yang menanamkan
iman didalam hati sanubari setiap individu, sehinggalah keyakinan kepada ALlah, rasul dan hari
akherat tergambar dalam sikap dan tindakan. Tahap kedua ialah memupuk bakat dan
kelebihan semulajadi yang ada pada individu-individu yang beriman itu dan mula mengatur
bidang-bidang yang sesuai supaya bakat mereka terus berperanan. Akhirnya mulalah satu
bentuk kehidupan Islam yang menyeluruh dapat dilihat dan dirasakan oleh masyarakat.
Kemudian dengan sendirinya Islam akan diakui sebagai satu-satunya agama yang mampu
mengatur hidup manusia. Ertinya politik Islam bermula daripada mentadbir diri, keluarga
kemudian membina cara hidup Islam di seluruh aspek kehidupan samada di bidang pertanian,
perniagaan, perubatan, pendidikan dan akhirnya sampailah ke peringkat mengatur negara dan
dunia!
Bentuk politik yang beginilah yang wajib ada dalam gerakan Islam. Dan siapa yang menolaknya,
ertinya ia telah memisahkan agama daripada politik. Politik tidak boleh difahami secara
dangkal mengikut kefahaman setengah-setengah pihak. Politik bukanlah sekadar mengundi
dalam pilihanraya "ala-demokrasi" Barat, bukan sekadar mendaftar sebagai anggota mana-
mana pertubuhan politik atau sekadar mahu dan bercita-cita untuk menjadi anggota parlimen
dan lain-lain lagi. Jika fahaman-fahaman ini masih berakar umbi dalam kepala kita...ini bererti
kefahaman politik kita masih sekular, masih politik yang terpisah dari agama yang pada
hakikatnya masih jauh daripada politik Rasulullah SAW.

Secara terus terang kita ingin bertanya, adakah ahli-ahli politik beragama Islam sekarang
mengikut jejak politik Rasulullah? Tidak ! Tidak ! Kebanyakan ahli politik pada hari ini mencedok
bulat-bulat politik demokrasi Barat yang penuh dengan rebutan kuasa, guling mengguling dan
tidak pernah sunyi dengan pertarungan sesama sendiri. Mengapa ini terjadi? Ini disebabkan
politik Barat mempunyai satu matlamat iaitu kuasa. Dengan kuasa mereka yakin dapat
mengatur hidup manusia mengikut lunas-lunas ideologi yang mereka yakini. Kapitalis
dahagakan kuasa untuk melagang cara hidup kapitalis, pemuja faham sosialis inginkan kuasa
untuk menyusun masyarakat berdasarkan cara hidup sosialis... tetapi Islam tidak menganggap
kuasa sebagai satu-satunya jalan untuk menegakkan cara hidup Islam. Ertinya pejuang Islam
tidak perlu mencontohi pejuang Nasionalis, kapitalis, sosialis, kominis yang menganggap kuasa
adalah penentu segala-galanya.
Atas dasar ini, politik Rasulullah SAW bukan politik yang bertujuan untuk mendapat kuasa.
Rasulullah berjuang terhadap orang kafir bukan hendak meruntuhkan kuasanya, tetapi hendak
meruntuhkan akidah dan keyakinan yang karut marut dalam jiwa mereka. Mereka boleh duduk
pada tempat masing-masing . Bila akidah dan keyakinan berubah, berubahlah akhlak, sikap dan
pentadbiran. Sejarah telah membuktikan kejayaan politik Rasulullah ini, Khalid Al Walid pada
masa jahiliyyah adalah panglima tentera yang menggugat tentera Islam, manakala beliau
memeluk Islam, beliau tetap dikekalkan sebagai panglima tentera. Saidina Umar, pada masa
sebelum Islam adalah seorang pembesar Quraisy, manakala memeluk Islam, beliau tetap
dianggap Rasulullah SAW sebagai pembesar juga. Begitulah juga yang berlaku kepada saudagar
besar dan ketua-ketua suku Arab seperti Abdul Rahman bin Auf, Abu Sufian, Amru Al As dan
lain-lain lagi. Mereka tetap duduk dan terus berperanan dengan bakat masing-masing...cuma
hati dan jiwa sahaja yang telah diubah!
Alangkah baiknya jika siasah Rasulullah SAW ini dicontohi oleh para pejuang Islam sepanjang
zaman, iaitu dengan menawan hati bukan menawan kerusi,
mengubah jiwa bukan merampas kuasa.
Malangnya ini tidak berlaku. Bahkan ada pihak yang bertanya, adakah akan berjaya jika kita
mengikut siasah Rasulullah? Sampai bila kita harus menunggu untuk menawan hati dan
mengubah jiwa manusia? Soalan-soalan ini jelas menunjukkan
sikap gopoh, tidak faham dan lemah jiwa.
Jika orang bertanya, akan berjayakah kalau kita ikut cara Rasulullah berpolitik?
Soalan ini samalah seperti kita bertanya adakah kita akan berjaya jika kita mengikut Rasulullah
di bidang perniagaan? Jawabnya, Rasulullah memang berjaya. Tidak ada catitan sejarah yang
menunjukkan Rasulullah "bangkrup" dalam perniagaannya, sedangkan selama kita mengikut
sistem perniagaan dan ekonomi Barat berapa ramai yang jatuh muflis? Berapa banyak hutang
negara kita? Berapa ramai taukeh-taukeh besar bertukar menjadi banduan sekelip mata?
Berapa banyak tanah yang dicagar di bank tergadai? Inilah jawapan kepada orang yang mahu
mempertahankan sistem ekonomi Barat.
Dan inilah juga yang akan menimpa jika kita terus menafikan sistem politik Rasulullah.
Kejayaan Rasulullah di bidang siasah telah jelas dan siapa yang menurut jejak langkahnya,
InsyaAllah akan turut berjaya. Tanpa bersusah-susah memerah otak untuk mencari punca
krisis politik yang menimpa dunia hari ini, akui sahajalah kerana kita menolak sistem politik
Rasulullah.
Sukarno terperangkap dengan permainan politiknya sendiri dan akhirnya mati sebagai tahanan
di dalam rumahnya sendiri. Benn Bella digulingkan dan disumbatkan di dalam penjara. Sadat
ditembak dan mati terhina di muncung senjata perajuritnya sendiri. Dan ramai lagi pemimpin-
pemimpin Islam yang telah, sedang dan akan jatuh terhina akibat berpolitik cara Barat iaitu
cara politik yang menyalahi sunnah Rasulullah SAW.
Malah pejuang-pejuang Islam yang benar-benar ingin menegakkan Islam tetapi masih
menerima jalan politik Baratpun, turut terhina dengan kekalahan memanjang.....
Politik berpilihanraya ala-barat bukanlah politik yang dicetuskan oleh sunnah. Cara ini
menyeret orang yang tidak tahu menahu dalam pemerintahan seperti orang kampung, para
petani, para nelayan ke kancah politik yang penuh tipu daya dan putar belit.....
Memang mereka boleh berhujah dengan kata-kata, "Politic is not dirty, but politicians make it
dirty," tetapi kita tidak pernah melihat kejujuran dihargai dalam politik. Memang ada ahli
politik yang jujur, tetapi politik bukanlah satu medan yang mana orang jujur boleh bertahan
lama!!
Sebab itu kita ingin menyatakan bahawa," Politic is a dirty game, the politicians make it dirtier,"
Sudah lumrah mengikut falsafah politik barat, matlamat menghalalkan cara. Sedangkan
mengikut politik Islam, matlamat yang benar mesti diperjuangkan mengikut jalan yang benar.
Dan Islam menolak jalan perjuangan yang salah walaupun cita-cita dan matlamatnya baik.
Inilah politik barat. Satu bidang yang memang ada jurang yang dirancang di hujungnya. Mahu
tidak mahu, kita "terpaksa" jatuh ke dalamnya. Oleh itu kita mesti menolak 100% matlamat,
kaedah dan apa saja yang berkaitan dengannya. Menerimanya bererti menjemput kehinaan.
Bertolak ansur dengannya bererti rela menerima kemusnahan. Sekarang timbul persoalan,
siapakah ahli siasah yang sebenarnya?
Ahli siasah yang sebenarnya ialah dia yang dapat merancang, bertindak dan berjuang
menegakkan Islam dalam apa keadaan sekalipun. Rasulullah adalah 'Bapa Politik Islam'.
Baginda dapat mencari ruang di celah-celah asakan jahilyyah untuk menegakkan Islam.
Rencananya dapat menembusi dinding Darul Nadwah, "Parlimen" orang Arab jahiliyyah dan
berjaya menukar orang yang pernah duduk di kerusi Darul Nadwah menjadi "orang penting"
dalam pemerintahan Islam. Sebab itu bukanlah mustahil jika ada pejuang Islam yang mampu
mengubah tokoh-tokoh politik yang sedang berkuasa sekarang kepada cara pemerintahan dan
pentadbiran Islam. Sekali lagi, kita katakan....Ini tidak mustahil!!!
Tetapi kenyataan ini akan menimbulkan isu kontravesial terutamanya di kalangan parti-parti
politik yang bercorak Islam. Apa yang dilakukan oleh parti-parti ini bukanlah hendak menawan
hati lawannya dengan menanam iman dan takutkan Allah, tetapi hendak menawan kedudukan
dan kerusi-kerusi kebesaran mereka. Sebab itu tidak hairanlah jika datang tentangan yang
hebat dari lawan mereka dan timbul tuduhan-tuduhan daripada masyarakat Islam yang
mengatakan mereka inginkan pangkat dan kedudukan, bukan hendak meninggikan syariat
Islam.
Lebih-lebih lagi , parti-parti politik ini suka mencari kesalahan parti musuhnya, kemudian
ditelanjangkan di khalayak ramai. Ini bukan cara politik Rasulullah dan ini menyimpang terus
dari ajaran Islam. Jika kita terus menerus mengamalkan cara ini, percayalah, perjuangan kita
tidak akan sampai ke mana, orang semakin hari semakin lari dan benci kepada kita. Akibat
daripada ini, kita tuduh masyarakat lari dari Islam, walaupun yang sebenarnya mereka lari
daripada kita. Sebaliknya di pihak masyarakat pula , mereka menganggap Islam itu ganas, kasar
dan menyusahkan sedangkan yang sebenarnya ahli politik itulah yang bersikap demikian,
bukan ajaran Islam!
Pengalaman-pengalaman yang kita telah alami, terutamanya peristiwa-peristiwwa pahit yang
melanda masyarakat Islam akibat perebutan kuasa sepatutnya telah lama mengajar kita
bahawa inilah masa yang paling sesuai untuk kembali kepada sistem politik Rasulullah.
Masyarakat sepatutnya dapat menilai politik yang mana yang dapat memberi kebahgiaan dan
keamanan untuk negara. Apakah kita masih mahu mempertahankan sistem politik yang
menimbulkan huru-hara? Atau mulai saat ini kita menerima politik Rasulullah yang telah
terbukti berjaya? Terpulanglah kepada masyarakat menimbangkannya.

More Related Content

What's hot

Indonesia dalam cengkeraman neoliberalisme neoimperialisme
Indonesia dalam cengkeraman neoliberalisme neoimperialismeIndonesia dalam cengkeraman neoliberalisme neoimperialisme
Indonesia dalam cengkeraman neoliberalisme neoimperialismeAhmad Harmoko
 
Islam politik uii teladan nabi
Islam politik uii teladan nabiIslam politik uii teladan nabi
Islam politik uii teladan nabiFuad Amsyari
 
Politik islam dan Sejarahnya
Politik islam dan SejarahnyaPolitik islam dan Sejarahnya
Politik islam dan SejarahnyaYusuf Darismah
 
Politik (siyasah)
Politik (siyasah)Politik (siyasah)
Politik (siyasah)aresha97
 
Bab 2A Teori dan Konsep Politik Islam
Bab 2A Teori dan Konsep Politik IslamBab 2A Teori dan Konsep Politik Islam
Bab 2A Teori dan Konsep Politik IslamEzad Azraai Jamsari
 
Bab 2B Teori dan Konsep Politik Islam
Bab 2B Teori dan Konsep Politik IslamBab 2B Teori dan Konsep Politik Islam
Bab 2B Teori dan Konsep Politik IslamEzad Azraai Jamsari
 
Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)
Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)
Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)Imran
 
MPW1143 - Bab 12 pentadbiran islam (versi 2)
MPW1143 - Bab 12 pentadbiran islam (versi 2)MPW1143 - Bab 12 pentadbiran islam (versi 2)
MPW1143 - Bab 12 pentadbiran islam (versi 2)Mimi Mokhtar
 
Kepemimpinan dalam islam bahan ngajar
Kepemimpinan dalam islam bahan ngajarKepemimpinan dalam islam bahan ngajar
Kepemimpinan dalam islam bahan ngajarIyeh Solichin
 
Kepemimpinan Nabi Muhammad SAW
Kepemimpinan Nabi Muhammad SAWKepemimpinan Nabi Muhammad SAW
Kepemimpinan Nabi Muhammad SAWPermana Sasmita
 
Pemikiran Politik Zaman Rasulullah
Pemikiran Politik Zaman RasulullahPemikiran Politik Zaman Rasulullah
Pemikiran Politik Zaman RasulullahEzad Azraai Jamsari
 
Aplikasi maqasid syariah dalam hubungan etnik
Aplikasi maqasid syariah dalam hubungan etnikAplikasi maqasid syariah dalam hubungan etnik
Aplikasi maqasid syariah dalam hubungan etnikZida Min
 
Tamadun islam dan tamadun asia
Tamadun islam dan tamadun asiaTamadun islam dan tamadun asia
Tamadun islam dan tamadun asiaSuhaiza Shuib
 

What's hot (20)

Islam politik (political islam)
Islam politik (political islam)Islam politik (political islam)
Islam politik (political islam)
 
Indonesia dalam cengkeraman neoliberalisme neoimperialisme
Indonesia dalam cengkeraman neoliberalisme neoimperialismeIndonesia dalam cengkeraman neoliberalisme neoimperialisme
Indonesia dalam cengkeraman neoliberalisme neoimperialisme
 
Islam politik uii teladan nabi
Islam politik uii teladan nabiIslam politik uii teladan nabi
Islam politik uii teladan nabi
 
Presentation1(agama islam)
Presentation1(agama islam)Presentation1(agama islam)
Presentation1(agama islam)
 
Politik islam dan Sejarahnya
Politik islam dan SejarahnyaPolitik islam dan Sejarahnya
Politik islam dan Sejarahnya
 
3.2.2012
3.2.20123.2.2012
3.2.2012
 
Politik (siyasah)
Politik (siyasah)Politik (siyasah)
Politik (siyasah)
 
Bab 2A Teori dan Konsep Politik Islam
Bab 2A Teori dan Konsep Politik IslamBab 2A Teori dan Konsep Politik Islam
Bab 2A Teori dan Konsep Politik Islam
 
Modul 1
Modul   1Modul   1
Modul 1
 
Bab 2B Teori dan Konsep Politik Islam
Bab 2B Teori dan Konsep Politik IslamBab 2B Teori dan Konsep Politik Islam
Bab 2B Teori dan Konsep Politik Islam
 
Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)
Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)
Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)
 
MPW1143 - Bab 12 pentadbiran islam (versi 2)
MPW1143 - Bab 12 pentadbiran islam (versi 2)MPW1143 - Bab 12 pentadbiran islam (versi 2)
MPW1143 - Bab 12 pentadbiran islam (versi 2)
 
Kepemimpinan dalam islam bahan ngajar
Kepemimpinan dalam islam bahan ngajarKepemimpinan dalam islam bahan ngajar
Kepemimpinan dalam islam bahan ngajar
 
Kepemimpinan Nabi Muhammad SAW
Kepemimpinan Nabi Muhammad SAWKepemimpinan Nabi Muhammad SAW
Kepemimpinan Nabi Muhammad SAW
 
Pemikiran Politik Zaman Rasulullah
Pemikiran Politik Zaman RasulullahPemikiran Politik Zaman Rasulullah
Pemikiran Politik Zaman Rasulullah
 
Usul 20-hassan al-banna..
Usul 20-hassan al-banna..Usul 20-hassan al-banna..
Usul 20-hassan al-banna..
 
Aplikasi maqasid syariah dalam hubungan etnik
Aplikasi maqasid syariah dalam hubungan etnikAplikasi maqasid syariah dalam hubungan etnik
Aplikasi maqasid syariah dalam hubungan etnik
 
Fiqih muamalah
Fiqih muamalahFiqih muamalah
Fiqih muamalah
 
Agama Sebagai Kebutuhan Manusia
Agama Sebagai Kebutuhan Manusia Agama Sebagai Kebutuhan Manusia
Agama Sebagai Kebutuhan Manusia
 
Tamadun islam dan tamadun asia
Tamadun islam dan tamadun asiaTamadun islam dan tamadun asia
Tamadun islam dan tamadun asia
 

Similar to Politik dalam islam

Kedudukan sistem politik dalam islam
Kedudukan sistem politik dalam islamKedudukan sistem politik dalam islam
Kedudukan sistem politik dalam islamHaan Herdiantara
 
Kebudayaan islam
Kebudayaan islam Kebudayaan islam
Kebudayaan islam Raima Amari
 
Kepemimpinan, politik dalam perpekstif islam
Kepemimpinan, politik dalam perpekstif islamKepemimpinan, politik dalam perpekstif islam
Kepemimpinan, politik dalam perpekstif islamPEMPROP JABAR
 
Paper Politik islam dan sejarahnya
Paper Politik islam dan sejarahnyaPaper Politik islam dan sejarahnya
Paper Politik islam dan sejarahnyaYusuf Darismah
 
Ctu085sistemkehidupandalamislamgroupira 130917041834-phpapp02
Ctu085sistemkehidupandalamislamgroupira 130917041834-phpapp02Ctu085sistemkehidupandalamislamgroupira 130917041834-phpapp02
Ctu085sistemkehidupandalamislamgroupira 130917041834-phpapp02Operator Warnet Vast Raha
 
Sistem politik islam dan demokrasi
Sistem politik islam dan demokrasi Sistem politik islam dan demokrasi
Sistem politik islam dan demokrasi atuulll
 
Islam Politik & Kepemimpinan Islam
Islam Politik & Kepemimpinan IslamIslam Politik & Kepemimpinan Islam
Islam Politik & Kepemimpinan IslamFuad Amsyari
 
M12mengenal hizbut-tahrir-1234601443516523-2
M12mengenal hizbut-tahrir-1234601443516523-2M12mengenal hizbut-tahrir-1234601443516523-2
M12mengenal hizbut-tahrir-1234601443516523-2Ardi Muluk
 
Zblog108 peran hmi dalam perjuangan islam
Zblog108 peran hmi dalam perjuangan islamZblog108 peran hmi dalam perjuangan islam
Zblog108 peran hmi dalam perjuangan islampropadeus
 
Zblog108 peran hmi dalam perjuangan islam
Zblog108 peran hmi dalam perjuangan islamZblog108 peran hmi dalam perjuangan islam
Zblog108 peran hmi dalam perjuangan islampropadeus
 
Sistem politik islam
Sistem politik islamSistem politik islam
Sistem politik islamIzal Faizal
 
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa Khulafaurrasyidin
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa KhulafaurrasyidinSejarah Peradaban Islam Pada Masa Khulafaurrasyidin
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa KhulafaurrasyidinSholiha Nurwulan
 
PERANG BARATA YUDHA ISLAM VS NON ISLAM. docx
PERANG BARATA YUDHA ISLAM VS NON ISLAM. docxPERANG BARATA YUDHA ISLAM VS NON ISLAM. docx
PERANG BARATA YUDHA ISLAM VS NON ISLAM. docxSatyaWati3
 
Himpunan risalah-buat-pemuda-al banna
Himpunan risalah-buat-pemuda-al bannaHimpunan risalah-buat-pemuda-al banna
Himpunan risalah-buat-pemuda-al bannaAsma' Abdul Rahman
 
Huraikan lima kesan dan pengaruh islam terhadap peradaban melayu nusantara
Huraikan lima kesan dan pengaruh islam terhadap peradaban melayu nusantaraHuraikan lima kesan dan pengaruh islam terhadap peradaban melayu nusantara
Huraikan lima kesan dan pengaruh islam terhadap peradaban melayu nusantaraSiew Poh Teng
 
Bulletin ARH Library News edisi 3 (15 Maret 2013)
Bulletin ARH Library News edisi 3 (15 Maret 2013)Bulletin ARH Library News edisi 3 (15 Maret 2013)
Bulletin ARH Library News edisi 3 (15 Maret 2013)Arief Rahman Hakim
 
Mukadimah buku mentoring islam saja kalam upi
Mukadimah   buku mentoring islam saja kalam upiMukadimah   buku mentoring islam saja kalam upi
Mukadimah buku mentoring islam saja kalam upiRizky Faisal
 

Similar to Politik dalam islam (20)

Kedudukan sistem politik dalam islam
Kedudukan sistem politik dalam islamKedudukan sistem politik dalam islam
Kedudukan sistem politik dalam islam
 
Kebudayaan islam
Kebudayaan islam Kebudayaan islam
Kebudayaan islam
 
Kepemimpinan, politik dalam perpekstif islam
Kepemimpinan, politik dalam perpekstif islamKepemimpinan, politik dalam perpekstif islam
Kepemimpinan, politik dalam perpekstif islam
 
Paper Politik islam dan sejarahnya
Paper Politik islam dan sejarahnyaPaper Politik islam dan sejarahnya
Paper Politik islam dan sejarahnya
 
Ctu085sistemkehidupandalamislamgroupira 130917041834-phpapp02
Ctu085sistemkehidupandalamislamgroupira 130917041834-phpapp02Ctu085sistemkehidupandalamislamgroupira 130917041834-phpapp02
Ctu085sistemkehidupandalamislamgroupira 130917041834-phpapp02
 
Nota bab-2
Nota bab-2Nota bab-2
Nota bab-2
 
Sistem politik islam dan demokrasi
Sistem politik islam dan demokrasi Sistem politik islam dan demokrasi
Sistem politik islam dan demokrasi
 
Islam Politik & Kepemimpinan Islam
Islam Politik & Kepemimpinan IslamIslam Politik & Kepemimpinan Islam
Islam Politik & Kepemimpinan Islam
 
M12mengenal hizbut-tahrir-1234601443516523-2
M12mengenal hizbut-tahrir-1234601443516523-2M12mengenal hizbut-tahrir-1234601443516523-2
M12mengenal hizbut-tahrir-1234601443516523-2
 
Zblog108 peran hmi dalam perjuangan islam
Zblog108 peran hmi dalam perjuangan islamZblog108 peran hmi dalam perjuangan islam
Zblog108 peran hmi dalam perjuangan islam
 
Zblog108 peran hmi dalam perjuangan islam
Zblog108 peran hmi dalam perjuangan islamZblog108 peran hmi dalam perjuangan islam
Zblog108 peran hmi dalam perjuangan islam
 
Rukun al fahmu pt 2
Rukun al fahmu pt 2Rukun al fahmu pt 2
Rukun al fahmu pt 2
 
Sistem politik islam
Sistem politik islamSistem politik islam
Sistem politik islam
 
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa Khulafaurrasyidin
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa KhulafaurrasyidinSejarah Peradaban Islam Pada Masa Khulafaurrasyidin
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa Khulafaurrasyidin
 
Tarbiyah siyasiyah
Tarbiyah siyasiyahTarbiyah siyasiyah
Tarbiyah siyasiyah
 
PERANG BARATA YUDHA ISLAM VS NON ISLAM. docx
PERANG BARATA YUDHA ISLAM VS NON ISLAM. docxPERANG BARATA YUDHA ISLAM VS NON ISLAM. docx
PERANG BARATA YUDHA ISLAM VS NON ISLAM. docx
 
Himpunan risalah-buat-pemuda-al banna
Himpunan risalah-buat-pemuda-al bannaHimpunan risalah-buat-pemuda-al banna
Himpunan risalah-buat-pemuda-al banna
 
Huraikan lima kesan dan pengaruh islam terhadap peradaban melayu nusantara
Huraikan lima kesan dan pengaruh islam terhadap peradaban melayu nusantaraHuraikan lima kesan dan pengaruh islam terhadap peradaban melayu nusantara
Huraikan lima kesan dan pengaruh islam terhadap peradaban melayu nusantara
 
Bulletin ARH Library News edisi 3 (15 Maret 2013)
Bulletin ARH Library News edisi 3 (15 Maret 2013)Bulletin ARH Library News edisi 3 (15 Maret 2013)
Bulletin ARH Library News edisi 3 (15 Maret 2013)
 
Mukadimah buku mentoring islam saja kalam upi
Mukadimah   buku mentoring islam saja kalam upiMukadimah   buku mentoring islam saja kalam upi
Mukadimah buku mentoring islam saja kalam upi
 

More from Andi Mutmainnah Salam

Wanita dan kepemimpinan politik dalam islam
Wanita dan kepemimpinan politik dalam islamWanita dan kepemimpinan politik dalam islam
Wanita dan kepemimpinan politik dalam islamAndi Mutmainnah Salam
 
Karakteristik hukum islam dalam menghadapi perkembagan zaman
Karakteristik hukum islam dalam menghadapi perkembagan zamanKarakteristik hukum islam dalam menghadapi perkembagan zaman
Karakteristik hukum islam dalam menghadapi perkembagan zamanAndi Mutmainnah Salam
 
Materi 1 pragmatisme pendidikan dan pengaruhnya terhadap intelektual muslimah
Materi 1 pragmatisme pendidikan dan pengaruhnya terhadap intelektual muslimahMateri 1 pragmatisme pendidikan dan pengaruhnya terhadap intelektual muslimah
Materi 1 pragmatisme pendidikan dan pengaruhnya terhadap intelektual muslimahAndi Mutmainnah Salam
 

More from Andi Mutmainnah Salam (8)

Perbedaan demokrasi dan islam
Perbedaan demokrasi dan islamPerbedaan demokrasi dan islam
Perbedaan demokrasi dan islam
 
Pertemuan 01
Pertemuan 01Pertemuan 01
Pertemuan 01
 
Syariah,fikih dan hukum islam
Syariah,fikih dan hukum islamSyariah,fikih dan hukum islam
Syariah,fikih dan hukum islam
 
Wanita dan kepemimpinan politik dalam islam
Wanita dan kepemimpinan politik dalam islamWanita dan kepemimpinan politik dalam islam
Wanita dan kepemimpinan politik dalam islam
 
Karakteristik hukum islam dalam menghadapi perkembagan zaman
Karakteristik hukum islam dalam menghadapi perkembagan zamanKarakteristik hukum islam dalam menghadapi perkembagan zaman
Karakteristik hukum islam dalam menghadapi perkembagan zaman
 
Materi 1 pragmatisme pendidikan dan pengaruhnya terhadap intelektual muslimah
Materi 1 pragmatisme pendidikan dan pengaruhnya terhadap intelektual muslimahMateri 1 pragmatisme pendidikan dan pengaruhnya terhadap intelektual muslimah
Materi 1 pragmatisme pendidikan dan pengaruhnya terhadap intelektual muslimah
 
Kriteria kerudung dan jilbab
Kriteria kerudung dan jilbabKriteria kerudung dan jilbab
Kriteria kerudung dan jilbab
 
Materi 2 peran intelektual muslimah
Materi 2 peran intelektual muslimahMateri 2 peran intelektual muslimah
Materi 2 peran intelektual muslimah
 

Politik dalam islam

  • 1. POLITIK DALAM ISLAM Politik dan Islam tidak dapat dipisahkan, justeru ia adalah sebahagian daripada cara hidup manusia. Namun politik yang bagaimana? Ini yang menjadi persoalan. Sebahagian daripada pejuang Islam sendiri kabur dengan makna dan kehendak politik sebenarnya. Mereka terikut- ikut dengan aliran politik barat dan mengharapkan Islam dapat ditegakkan dengan cara itu. Malah mereka marah jika ada pejuang Islam lain yang tidak mahu terjebak dengan perangkap musuh-musuh Islam melalui bidang politik tajaan orang-orang kafir. Mengapa ini terjadi? Ini disebabkan umat Islam tidak pernah didedahkan kepada satu bentuk politik yang bersih, kuat dan stratejik. Kini sudah tiba masanya kita mendedahkan apa itu politik Rasulullah dan bagaimana matlamat serta perlaksanaannya. Jarang benar ketokohan Rasulullah SAW ditonjolkan dalam bentuk bagaimana baginda berpolitik untuk menaikkan Islam di tengah jahiliah. Bagaimana ia memproses peribadi-peribadi yang dulunya menentang Islam? Ke arah cinta dan sanggup mati kerana Islam. Jika rahsia ini terserlah, ertinya semakin cerahlah jalan ke arah mencontohi Rasulullah sebagai ahli politik. Politik ialah bagaimana hendak mentadbir manusia mengikut jalan dan matlamat yang telah ditentukan. Politik Islam bercita-cita untuk mendidik dan membawa manusia supaya mempunyai kesedaran, kefahaman, penghayatan dan seterusnya dapat menegakkan kalimatullah di seluruh bidang kehidupan. Ini dibuat melalui saranan, contoh tauladan, memberi pimpinan dan lain-lain cara yang dibolehkan oleh syariat. Tujuannya agar semua manusia terhindar daripada Neraka dan dapat masuk ke dalam Syurga. Jadi, inilah garis politik Rasulullah. Dan di bidang ini tiada siapa yang dapat menandingi baginda. Rasulullah SAW tidak memimpin secara politik demokrasi, secara diktator atau pun secara autokrasi. Dengan kefahaman yang tinggi tentang jiwa, akal, dan perasaan manusia, Rasulullah SAW telah berjaya memimpin secara fitrah. Maksudnya, Rasulullah SAW membawa manusia ke jalan yang diyakininya tanpa paksaan dan tekanan. Ia mampu memindahkan hasrat yang terpendam dilubuk hatinya menjadi hasrat orang lain. Ertinya politik Rasulullah ialah politik dari hati ke hati. Allah berfirman: "Tiada paksaan dalam agama, sesungguhnya telah nyata kebenaran daripada kesesatan." Atas dasar ini, Rasulullah SAW berjaya menawan jiwa manusia dan daripada situlah seluruh harta, tenaga dan nyawa pengikut-pengikutnya diserah bulat-bulat untuk Islam. Di antara fitrah semulajadi manusia ialah mahu pandangannya dihormati dan dihargai. Rasulullah sedar hakikat ini. Oleh itu apabila Rasulullah berhadapan dengan ahli ekonomi seperti Abd Rahman bin Auf, yang minat serta kecenderungannya di bidang perniagaan, beliau memupuk bakat itu supaya terus subur dan berkembang. Akhirnya Abdul Rahman Bin Auf pun menjadi pengusaha yang berjaya. Bila Rasulullah SAW berhadapan dengan pakar di bidang ketenteraan seperti Khalid Al Walid, maka semangat perwiranya terus disuburkan ke arah jihad fisabilillah, kebalikan daripada semangat Assobiyah (Nasionalisma). Bila baginda berhadapan dengan ahli fikir, pakar strateji dan kepala perancang seperti Umar IbnulKhattab, maka Rasulullah SAW terus mendorong ke arah bagaimana untuk menggunakan kepakaran itu buat kemenangan dan kejayaan Islam. Oleh itu setiap individu di kalangan para sahabat akan rasa dihargai kerana bakat dan kelebihan semulajadinya berperanan dalam perjuangan Islam. Seorang buruh, petani, peniaga, pentadbir dan semua lapisan masyarakat telah disusun oleh Rasulullah SAW dalam satu barisan yang mempunyai kegunaan dan peranan masing-masing. Atas dasar ini, jika ada gerakan Islam yang
  • 2. menumpukan perhatian mereka kepada golongan 'elit' dan 'intelek' sahaja, perjuangan mereka sebenarnya telah menyimpang daripada sirah Rasulullah SAW.! Mari kita lihat secara dekat bagaimana individu-individu (yang mempunyai berbagai-bagai kepakaran) itu dapat diubah daripada membina jahiliyah (dengan kelebihan-kelebihan itu) kepada membina Islam. Sebelum para sahabat diajak menegakkan Islam melalui bidang masing-masing, Rasulullah terlebih dahulu menanam iman di dalam jiwa mereka. Agar dengan itu mereka akan menjadi orang yang cintakan hidup akherat, rindu dengan syurga, gerun dengan neraka dan kasih sayang sesama Islam. Keadaan daripada penanaman iman dan tauhid di dalam hati individu-individu itu, maka lahirlah peribadi-peribadi yang telah berubah wataknya. Dari watak yang bengis dan kejam kepada kasih sayang dan pemaaf. Daripada seorang yang pembohong, jahil dan mengutamakan hawa nafsu kepada seorang yang jujur, berilmu dan menegakkan hukum Allah. Tegasnya, Rasulullah SAW telah berjaya menukar mereka yang dulunya menyembah berhala kepada menyembah Allah. Mereka yang dulunya terbiar, hidup dalam perhambaan dan terasuh dengan jalan yang salah oleh para pemimpin jahiliyyah kepada satu cara hidup dan perjuangan di mana bakat semulajadi terus dipupuk dan dibajai. Daripada penanaman iman ini lahirlah ahli fikir yang agung sedangkan dahulu ia adalah peminum arak. Lahirlah pentadbir-pentadbir yang cekap sedangkan dahulunya mereka adalah golongan bawahan yang tertindas. Individu-individu yang dulunya diperhambakan oleh hawa nafsu kini menjadi panglima perang yang gigih berperang menentang orang kafir dan menjadi abid yang sentiasa berzikir. Inilah hasil siasah Rasulullah SAW. Soalnya sekarang, bagaimana Rasulullah SAW menanam Iman ke dalam jiwa para sahabat? Bagaimana Rasulullah berjaya menukar watak-watak jahiliyyah kepada peribadi mukmin sekaligus dapat menggunakan bakat-bakat mereka untuk Islam? Jawabnya, melalui dakwah dan tarbiah. Untuk itu Rasulullah SAW datang ke tengah masyarakat dengan menyebarkan ilmu pengetahuan, memberi tunjukajar yang baik, lunak dan menarik, bijaksana, berakhlak serta membina model masyarakat yang disarankan melalui amal makrufat yang memberi menafaat kepada masyarakat. Dengan ini secara otomatik Islam akan diyakini sebagai cara hidup yang terbaik untuk mengatur kehidupan manusia. Islam nescaya diterima sepenuhnya untuk mengatur dan menguruskan harta, perniagaan sawah ladang, keluarga, kampung halaman, negeri, negara dan dunia seluruhnya. Apabila Islam diterima untuk mengatur kehidupan maka terbuktilah keindahan dan kegagahannya. Bidang ekonomi ditadbir penuh jujur, cermat, cekap dan mendapat keuntungan yang lumayan . Begitu juga di bidang pertanian, tanaman dan penternakan mendapat hasil yang berkat oleh tangan petani yang beriman. Kampung ditadbir oleh ketua- ketua yang bijaksana sehingga terbinalah kampung seperti mana yang disifatkan oleh Allah Taala di dalam Al Quran: "Jikalau penduduk-penduduk satu kampung beriman kepada Allah dan bertakwa nescaya sesungguhnya Kami (Allah)akan bukakan ke atas mereka itu keberkatan daripada langit dan bumi." Begitu juga , Rasulullah SAW berjaya menghasilkan pentadbir-pentadbir peringkat negara sehingga tertegaklah apa yang difirmankan Allah: "Negara makmur yang mendapat keampunan Tuhan." Ini lah rahsia politik Rasulullah. Bermula dengan tapak dakwah dan tarbiah yang menanamkan iman didalam hati sanubari setiap individu, sehinggalah keyakinan kepada ALlah, rasul dan hari akherat tergambar dalam sikap dan tindakan. Tahap kedua ialah memupuk bakat dan kelebihan semulajadi yang ada pada individu-individu yang beriman itu dan mula mengatur
  • 3. bidang-bidang yang sesuai supaya bakat mereka terus berperanan. Akhirnya mulalah satu bentuk kehidupan Islam yang menyeluruh dapat dilihat dan dirasakan oleh masyarakat. Kemudian dengan sendirinya Islam akan diakui sebagai satu-satunya agama yang mampu mengatur hidup manusia. Ertinya politik Islam bermula daripada mentadbir diri, keluarga kemudian membina cara hidup Islam di seluruh aspek kehidupan samada di bidang pertanian, perniagaan, perubatan, pendidikan dan akhirnya sampailah ke peringkat mengatur negara dan dunia! Bentuk politik yang beginilah yang wajib ada dalam gerakan Islam. Dan siapa yang menolaknya, ertinya ia telah memisahkan agama daripada politik. Politik tidak boleh difahami secara dangkal mengikut kefahaman setengah-setengah pihak. Politik bukanlah sekadar mengundi dalam pilihanraya "ala-demokrasi" Barat, bukan sekadar mendaftar sebagai anggota mana- mana pertubuhan politik atau sekadar mahu dan bercita-cita untuk menjadi anggota parlimen dan lain-lain lagi. Jika fahaman-fahaman ini masih berakar umbi dalam kepala kita...ini bererti kefahaman politik kita masih sekular, masih politik yang terpisah dari agama yang pada hakikatnya masih jauh daripada politik Rasulullah SAW. Secara terus terang kita ingin bertanya, adakah ahli-ahli politik beragama Islam sekarang mengikut jejak politik Rasulullah? Tidak ! Tidak ! Kebanyakan ahli politik pada hari ini mencedok bulat-bulat politik demokrasi Barat yang penuh dengan rebutan kuasa, guling mengguling dan tidak pernah sunyi dengan pertarungan sesama sendiri. Mengapa ini terjadi? Ini disebabkan politik Barat mempunyai satu matlamat iaitu kuasa. Dengan kuasa mereka yakin dapat mengatur hidup manusia mengikut lunas-lunas ideologi yang mereka yakini. Kapitalis dahagakan kuasa untuk melagang cara hidup kapitalis, pemuja faham sosialis inginkan kuasa untuk menyusun masyarakat berdasarkan cara hidup sosialis... tetapi Islam tidak menganggap kuasa sebagai satu-satunya jalan untuk menegakkan cara hidup Islam. Ertinya pejuang Islam tidak perlu mencontohi pejuang Nasionalis, kapitalis, sosialis, kominis yang menganggap kuasa adalah penentu segala-galanya. Atas dasar ini, politik Rasulullah SAW bukan politik yang bertujuan untuk mendapat kuasa. Rasulullah berjuang terhadap orang kafir bukan hendak meruntuhkan kuasanya, tetapi hendak meruntuhkan akidah dan keyakinan yang karut marut dalam jiwa mereka. Mereka boleh duduk pada tempat masing-masing . Bila akidah dan keyakinan berubah, berubahlah akhlak, sikap dan pentadbiran. Sejarah telah membuktikan kejayaan politik Rasulullah ini, Khalid Al Walid pada masa jahiliyyah adalah panglima tentera yang menggugat tentera Islam, manakala beliau memeluk Islam, beliau tetap dikekalkan sebagai panglima tentera. Saidina Umar, pada masa sebelum Islam adalah seorang pembesar Quraisy, manakala memeluk Islam, beliau tetap dianggap Rasulullah SAW sebagai pembesar juga. Begitulah juga yang berlaku kepada saudagar besar dan ketua-ketua suku Arab seperti Abdul Rahman bin Auf, Abu Sufian, Amru Al As dan lain-lain lagi. Mereka tetap duduk dan terus berperanan dengan bakat masing-masing...cuma hati dan jiwa sahaja yang telah diubah! Alangkah baiknya jika siasah Rasulullah SAW ini dicontohi oleh para pejuang Islam sepanjang zaman, iaitu dengan menawan hati bukan menawan kerusi, mengubah jiwa bukan merampas kuasa. Malangnya ini tidak berlaku. Bahkan ada pihak yang bertanya, adakah akan berjaya jika kita mengikut siasah Rasulullah? Sampai bila kita harus menunggu untuk menawan hati dan mengubah jiwa manusia? Soalan-soalan ini jelas menunjukkan sikap gopoh, tidak faham dan lemah jiwa. Jika orang bertanya, akan berjayakah kalau kita ikut cara Rasulullah berpolitik? Soalan ini samalah seperti kita bertanya adakah kita akan berjaya jika kita mengikut Rasulullah
  • 4. di bidang perniagaan? Jawabnya, Rasulullah memang berjaya. Tidak ada catitan sejarah yang menunjukkan Rasulullah "bangkrup" dalam perniagaannya, sedangkan selama kita mengikut sistem perniagaan dan ekonomi Barat berapa ramai yang jatuh muflis? Berapa banyak hutang negara kita? Berapa ramai taukeh-taukeh besar bertukar menjadi banduan sekelip mata? Berapa banyak tanah yang dicagar di bank tergadai? Inilah jawapan kepada orang yang mahu mempertahankan sistem ekonomi Barat. Dan inilah juga yang akan menimpa jika kita terus menafikan sistem politik Rasulullah. Kejayaan Rasulullah di bidang siasah telah jelas dan siapa yang menurut jejak langkahnya, InsyaAllah akan turut berjaya. Tanpa bersusah-susah memerah otak untuk mencari punca krisis politik yang menimpa dunia hari ini, akui sahajalah kerana kita menolak sistem politik Rasulullah. Sukarno terperangkap dengan permainan politiknya sendiri dan akhirnya mati sebagai tahanan di dalam rumahnya sendiri. Benn Bella digulingkan dan disumbatkan di dalam penjara. Sadat ditembak dan mati terhina di muncung senjata perajuritnya sendiri. Dan ramai lagi pemimpin- pemimpin Islam yang telah, sedang dan akan jatuh terhina akibat berpolitik cara Barat iaitu cara politik yang menyalahi sunnah Rasulullah SAW. Malah pejuang-pejuang Islam yang benar-benar ingin menegakkan Islam tetapi masih menerima jalan politik Baratpun, turut terhina dengan kekalahan memanjang..... Politik berpilihanraya ala-barat bukanlah politik yang dicetuskan oleh sunnah. Cara ini menyeret orang yang tidak tahu menahu dalam pemerintahan seperti orang kampung, para petani, para nelayan ke kancah politik yang penuh tipu daya dan putar belit..... Memang mereka boleh berhujah dengan kata-kata, "Politic is not dirty, but politicians make it dirty," tetapi kita tidak pernah melihat kejujuran dihargai dalam politik. Memang ada ahli politik yang jujur, tetapi politik bukanlah satu medan yang mana orang jujur boleh bertahan lama!! Sebab itu kita ingin menyatakan bahawa," Politic is a dirty game, the politicians make it dirtier," Sudah lumrah mengikut falsafah politik barat, matlamat menghalalkan cara. Sedangkan mengikut politik Islam, matlamat yang benar mesti diperjuangkan mengikut jalan yang benar. Dan Islam menolak jalan perjuangan yang salah walaupun cita-cita dan matlamatnya baik. Inilah politik barat. Satu bidang yang memang ada jurang yang dirancang di hujungnya. Mahu tidak mahu, kita "terpaksa" jatuh ke dalamnya. Oleh itu kita mesti menolak 100% matlamat, kaedah dan apa saja yang berkaitan dengannya. Menerimanya bererti menjemput kehinaan. Bertolak ansur dengannya bererti rela menerima kemusnahan. Sekarang timbul persoalan, siapakah ahli siasah yang sebenarnya? Ahli siasah yang sebenarnya ialah dia yang dapat merancang, bertindak dan berjuang menegakkan Islam dalam apa keadaan sekalipun. Rasulullah adalah 'Bapa Politik Islam'. Baginda dapat mencari ruang di celah-celah asakan jahilyyah untuk menegakkan Islam. Rencananya dapat menembusi dinding Darul Nadwah, "Parlimen" orang Arab jahiliyyah dan berjaya menukar orang yang pernah duduk di kerusi Darul Nadwah menjadi "orang penting" dalam pemerintahan Islam. Sebab itu bukanlah mustahil jika ada pejuang Islam yang mampu mengubah tokoh-tokoh politik yang sedang berkuasa sekarang kepada cara pemerintahan dan pentadbiran Islam. Sekali lagi, kita katakan....Ini tidak mustahil!!! Tetapi kenyataan ini akan menimbulkan isu kontravesial terutamanya di kalangan parti-parti politik yang bercorak Islam. Apa yang dilakukan oleh parti-parti ini bukanlah hendak menawan hati lawannya dengan menanam iman dan takutkan Allah, tetapi hendak menawan kedudukan dan kerusi-kerusi kebesaran mereka. Sebab itu tidak hairanlah jika datang tentangan yang hebat dari lawan mereka dan timbul tuduhan-tuduhan daripada masyarakat Islam yang mengatakan mereka inginkan pangkat dan kedudukan, bukan hendak meninggikan syariat
  • 5. Islam. Lebih-lebih lagi , parti-parti politik ini suka mencari kesalahan parti musuhnya, kemudian ditelanjangkan di khalayak ramai. Ini bukan cara politik Rasulullah dan ini menyimpang terus dari ajaran Islam. Jika kita terus menerus mengamalkan cara ini, percayalah, perjuangan kita tidak akan sampai ke mana, orang semakin hari semakin lari dan benci kepada kita. Akibat daripada ini, kita tuduh masyarakat lari dari Islam, walaupun yang sebenarnya mereka lari daripada kita. Sebaliknya di pihak masyarakat pula , mereka menganggap Islam itu ganas, kasar dan menyusahkan sedangkan yang sebenarnya ahli politik itulah yang bersikap demikian, bukan ajaran Islam! Pengalaman-pengalaman yang kita telah alami, terutamanya peristiwa-peristiwwa pahit yang melanda masyarakat Islam akibat perebutan kuasa sepatutnya telah lama mengajar kita bahawa inilah masa yang paling sesuai untuk kembali kepada sistem politik Rasulullah. Masyarakat sepatutnya dapat menilai politik yang mana yang dapat memberi kebahgiaan dan keamanan untuk negara. Apakah kita masih mahu mempertahankan sistem politik yang menimbulkan huru-hara? Atau mulai saat ini kita menerima politik Rasulullah yang telah terbukti berjaya? Terpulanglah kepada masyarakat menimbangkannya.