SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Pengenalan
Tamadun Islam adalah tamadun yang dituburkan oleh komuniti-komuniti Muslim dari
abad ke 7 dan telah menjadi panduan kita hingga kini. Tamadun ini diasaskan oleh
kepercayaan Islam, syariah dan akhlak ini membezakan tamadun Islam dari tamadun-
tamadun yang lain. Penekanan dan pembinaan tamadun islam adalah mempunyai
aspek rohani, kemajuan pembendaan dan intelektual. Ringkasnya, Tamadun islam
merupakan satu tamadun yang bersifat multi-demensional. Pengaruhnya yang meluas
meliputi seluruh penjuru dunia termasuklah di Nusantara. Sebelum agama Islam
bertapak dan berkembang di Nusantara, penduduk-penduduknya menganut agama
Hindu atau mempercayai fahaman anismisme yang di warisi dari datuk dan nenek
mereka.
Sebab utama Tamadun Islam bermuncul di Nusantara adalah kerana keperluan
barangan yang membawa pedagang-pedagang Arab dari Parsi ke Nusantara. Diantara
barang-barang yang dibawa oleh pedagang ialah: lada, rempah, kemenyan dan kapur
barus, iaitu sesuatu bahan kristal yang berwarna putih. Minyak patinya berbau
aromatik dan berasa pahit. Berasalnya Tamadun Islam di Nusantara telah memberi
kesan-kesan kepada peradaban Islam di Nusantara. Teori lain mencadangkan
Tamadun Islam datang ke Nusantara adalah apabila pedagang-pedagang Arab dan
Parsi menjalankan aktiviti perdagangan dengan China. Pada umumnya pedagang-
pedagang Arab menggunakan jalan lautan, melintasi pesisir India dan Asia Tenggara
menurut musim angin, walaupun terdapatnya jalan darat melalui Oc-eo di Funan.
Dalam kegiatan ini mereka menjadikan kawasan Nusantara sebagai tempat
persinggahan.
Huraikan lima kesan dan pengaruh islam terhadap Peradaban Melayu Nusantara
Agama dan Kepercayaan
Antara kesan dan pengaruh Islam terhadap peradaban Melayu Nusantara ialah
terhadap akidah dan kepercayaan. Sebahagian masyarakat Melayu telah
meninggalkan ajaran agama Hindu-Buddha dan mempercayai tahyul dan khurafat
iaitu kepercayaan animisme, dinamisme, dan penyembahan nenek moyang atau hyang
serta kepercayaan Hindu-Buddha digantikan dengan akidah tauhid. Islam juga telah
hapuskan kepercayaan sinkritime Hindu-Buddha-Hyang. Mereka percaya kepada
konsep ketuhanan, hormat-menghormati antara manusia dan menitikberatkan soal
persamaan taraf. Cara kehidupan mereka juga telah berubah kepada cara hidup
beragama dengan mengamalkan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan
mereka.Kepercayaan dan agama merupakan dua aspek sosial yang agak sukar untuk
dipisahkan kerana sebahagian besar daripada kepercayaan termasuk dalam agama.
Masyarakat Melayu Nusantara mempercayai animisme pada peringkat permulaan.
Dalam kepercayaan ini, mereka menganggap benda-benda mempunyai semangat dan
kuasa ghaib. Sehubungan dengan itu, wujudnya pemujaan atau penyembahan kepada
sungai-sungai, batu-batu, pokok-pokok dan fenomena alam yang lain. Kuasa ghaib itu
disifatkan sebagai hantu, jembalang atau jin yang menjadi penunggu objek tersebut
(Haron Daud, 1989 : 26).Islam mengubah pandangan dunia masyarakat Melayu
Nusantara daripada mempercayai roh, semangat dan dewa-dewa kepada mempercayai
Tuhan Yang Maha Esa, percaya adanya nabi-nabi, rasul-rasul, malaikat dan kitab-
kitab suci . Dalam kepercayaan rakyat di Nusantara terdapat anggapan bahawa roh
orang yang telah mati boleh masuk ke dalam tubuh binatang, misalnya suku Nias. Di
sebuah pulau yang terletak di barat Sumatera mempercayai seekor tikus yang keluar
masuk rumah dianggap sebagai roh daripada orang yang telah mati beranak. Kadang-
kadang roh itu memasuki tubuh babi atau harimau dan dipercayai binatang itu akan
mengganggu orang yang menjadi musuh simati pada masa hidupnya. Jika roh itu baik,
ia akan menjelma menjadi haiwan yang jinak dan sekiranya sebaliknya roh itu akan
menjelma di dalam tubuh haiwan yang liar. Ini juga disebut sebagai penjelmaan
dewa-dewa sama ada jahat atau baik.
Islam mengubah pandangan dunia orang melayu nusantara daripada mempercayai
dewa-dewa seperti yang mereka anuti pada zaman hindu kepada mempercayai Tuhan
Yang Maha Esa. Al Quran menjadi pegangan hidup dan sumber rujukan bagi umat
Islam sama ada dalam hal-hal dunia dan akhirat. Segala aturcara sehari-harian adalah
bergantung kepada ajaran Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad
s.a.w. Kepercayaan karut yang boleh merosakkan akidah umat Islam dan
memecahbelahkan masyarakat lenyap beransur-ansur diganti dengan kepercayaan
kepada Allah Yang Esa. Pegangan yang satu ini telah memulihkan semangat orang
melayu nusantara bahawa tiada yang lain yang perlu ditakuti dan tiada kuasa lain
yang lebih kuat melainkan Allah yang Maha Berkuasa.Keimanan mereka diikuti
dengan amalibadat seperti sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan
rukun haji.Masyarakat Melayu Nusantara juga merayakan hari-hari kebesaran Islam
seperti mengadakan sambutan Maal Hijrah, sambutan Maulidur Rasul dan Nuzul al-
Quran. Perubahan yang paling utama ialah daripada sudut kepercayaan yang mana
masyarakat Melayu telah diperkenalkan dan diyakinkan dengan keyakinan yang
berteraskan tauhid. Fahaman tauhid telah mengubah pandangan dunia orang Melayu
daripada zaman Hindu-Buddha dengan metodologinya, penyembahan rajanya, ciri
tertentu dan masyarakatnya, alam khayalannya, penyembahan berhalanya, kepada
ajaran tauhid yang murni (Muhammad Uthman, 1977 : 185). Kefahaman tauhid yang
menjadi asas akidah Islam berjaya meresap masuk ke dalam jiwa orang Melayu
sehingga sukar untuk mengugat keislaman mereka.Sebab itu, cubaan untuk
menyeberluas agama Kristian oleh penjajah ke atas orang Melayu Nusantara tidak
memberi kesan. Malahan sampai kini, hubungan antara Melayu dan Islam tidak dapat
dipisahkan. Golongan yang memainkan peranan ini ialah ahli sufi dan para mubaligh.
Sekarang, agama Islam menjadi agama rasmi. Kekuatan pegangan agama telah
timbulkan semangat jihad menentang penjajah.
Politik dan Pentadbiran
Antara kesan dan pengaruh Islam terhadap peradaban Melayu Nusantara ialah
terhadap politik. Pengislaman raja-raja membawa arus perubahan dalam sosio-politik.
Dalam aspek politik, sistem dan konsep raja dalam agama Hindu telah bertukar
kepada sistem dan konsep sultan di dalam Islam. Di dalam politik yang berteraskan
agama Hindu, raja dianggap bayangan tuhan ataupun dewaraja, tetapi di dalam Islam
raja adalah manusia biasa tetapi diberi kemuliaan kerana peranannya sebagai ketua
agama dan pentadbir sebagaimana yang dijalankan di dalam sistem kekhalifahan pada
masa dahulu. Raja dianggap suci kerana berasal dari keturunan dewa vishnu dan siva.
Raja berhak sepenuhnya menentukan hukuman dan kedudukan lebih tinggi dari
undang-undang. Rakyat tiada hak bersuara walaupun raja tidak berlaku adil dan
kurang wajar. Siapa yang menentang akan ditimpa daulat. Seterusnya, kedatangan
Islam secara langsung telah memperkenalkan sistem pentadbiran secara kesultanan di
rantau ini. Sultan merupakan ketua tertinggi bagi melindungi agama dan adat tetapi
tidaklah dianggap sebagai peribadi yang paling suci seperti zaman Hindu yang perlu
disembah. Sultan bertanggungjawab menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi
negara bagi mendapat berbagai-bagai keistimewaan dan kemudahan sama ada dari
segi penyebaran, pentadbiran dan perlaksanaan hukum-hukumnya. Sultan juga
bertanggungjawab memperkenalkan dan melaksanakan undang-undang berdasarkan
hukum syariah Islam dalam pentadbirannya bagi menjamin keadilan dan kesaksamaan,
walaupun di dalam beberapa perkara tidak begitu sempurna dan kurang memuaskan.
Hukum Kanun Melaka dan Hukum Laut Melaka adalah antara contoh undang-undang
Islam bertulis menggantikan undang-undang Melayu tempatan (Malay Local Law)
yang mengandungi hukum syariah Islam yang dikuatkuasakan dan dilaksanakan di
dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Di dalam undang-undang berkenaan
telah dicatatkan beberapa peruntukkan undang-undang mengikut perundangan
jenayah Islam seperti hukuman mencuri, membunuh, zina dan sebagainya. Selain itu,
dimuatkan juga peruntukkan tentang soal nikah kahwin, pembahagian pusaka (faraid),
hal yang berkaitan dengan muamalah seperti urusan jual beli dan sebagainya juga
dilaksanakan menurut sistem Islam. Walaupun ini boleh dikatakan tidak banyak
bezanya dengan sistem Kerajaan Hindu sebelumnya, tetapi banyak juga terdapat ciri-
ciri yang tersendiri. Pemakaian sistem mufti atau alim ulama sebagai penasihat sutlan
dalam hal-ehwal agama Islam menggantikan para sami sebelumnya menjadi penasihat
Raja Hindu-Buddha. Malah secara khusus, sultan atau raja telah dianggap sebagai
khalifah(pengganti Nabi), kadang-kadang sebagai bayang-bayang Tuhan. Tetapi
pemakaian khalifah atau ketua agama jika dikaji secara teliti dari aspek konsep politik
Islam, mempunyai banyak perbezaan dengan apa yang sebenarnya,urnpamanya
dengan apa yang berlaku di dalam sejarah Nabi Muhammad dan Khalifah Empat
(Khulafa Al-Rasyidin) di Madinah. Agama Islam telah menjadi agama rasmi
kebanyakan negara dan undang-undang Islam telah dijadikan undang-undang negara.
Bermula dari kerajaan Melaka,undang-undang Islam telah bertapak di Kedah,
Tenengganu dan negeri-negeri lain.Walaupun begitu, pada peringkat awal cara
pentadbiran Islam tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya meskipun asas undang-
undang Islam telah digunakan. Begitu juga Islam telah membawa transformasi nilai
dan etika pemerintahan kepada raja-raja contohnya terdapat karya ketatanegaraan
yang menunjukkan dengan jelas pemikiran Islam dalam politik Islam di Alam Melayu
seperti kitab Tajul Salatin karya Bukhari al-Jauhari. Kitab ini memperincikan
tatasusila serta kod etika yang harus dipakai raja-raja seperti harus bersifat adil,
amanah, dan sebagainya. Penubuhan kerajaan Melayu-Islam pertama di Alam Melayu
Ta-Shih di Sumatera 674M. kemudian Perlak, Samudera-Pasai, Sribuza Islam,
Champa, Melaka, Acheh, dan lain-lain.
Kesenian
Antara kesan dan pengaruh Islam terhadap peradaban Melayu Nusantara ialah
terhadap kesenian. Pengaruh Islam dalam bidang kesenian meliputi pelbagai aspek,
seperti arkitektur, epigrafi, kaligrafi, seni ukir, seni logam dan sebagainya. Aspek
arkitektur atau seni bina dapat dilihat pada bangunan masjid, surau atau madrasah,
istana, rumah, kota dan sebagainya. Khusus tentang masjid yang merupakan pusat
ibadat umat Islam mempunyai beberapa ciri asasi pengaruh kesenian Islam seperti
bumbung kubah, mihrab dan mimbar, menara dan tulisan-tulisan khat yang menghiasi
dinding-dinding masjid. Dalam hal ini pengaruh India jelas kelihatan pada
penggunaan batu dan bata sebagai bahan utamanya kerana ia merupakan bahan yang
lebih kekal dan dianggap sesuai untuk membina rumah dewa dan dewi. Oleh sebab
itulah tugu agama yang dibina pada zaman purba masih dapat dikesan sehingga kini.
Pengaruh ini jelas dilihat pada ukiran seni pahat dinding patung dewa Logam yang
berupa arca. Selain itu terdapat patung Kuwera dan Hariti yang juga dipuja dalam
agama Buddha. Dalam bidang kesenian pengaruh Islam pula dapat dilihat dari aspek
epigrafi pada makam atau batu nisan, masjid dan perhiasan-perhiasannya. Batu nisan
merupakan karya seni Islam yang pertama sekali masuk ke nusantara. Contohnya
yang pernah ditemui ialah batu nisan Syeikh Abdul al-Qadir Husain Alam bertarikh
903 masihi yang dijumpai di Linggir Kedah. Pada permukaan makam-makam yang
dijumpai ini terdapat tulisan yang dipahat daripada ayat Al-Quran serta ajaran Islam
yang menekankan tentang hokum dan tasawuf. Misalnya pada prasasti di Pekan
Pahang, tertulis ayat AlQuran dengan gaya khat thuluth daripada surah Ali Imran ayat
185, surah Yunus ayat 62 serta nasihat bercorak kesufian. Dari segi corak batu nisan
tersebut, di samping menerima pengaruh asing ia juga memancarkan daya kreativiti
penduduk tempatan. Contohnya batu nisan Maulana Malik Ibrahim yang dibawa dari
G. Jeram mempunyai bentuk seperti kepala terbalik yang menunjukkan adanya
pengaruh Parsi. Salah satu kesenian Islam yang terpenting muncul selepas kedatangan
Islam ialah kaligrafi atau seni khat Islam. Seni khat dikatakan memainkan peranan
penting dalam memartabatkan masyarakat Alam Melayu kerana sebelum kemasukan
Islam masyarakat Melayu tiada mempunyai apa-apa kesenian khat.Seni khat Islam ini
dapat dilihat pada bangunan-bangunan masjid, makam, batu nisan atau batu bersurat,
di samping tertulis pada benda-benda lain seperti tembikar, mata wang, pakaian dan
lain-lainnya.Contohnya masjid terdapat ukiran khat pada mihra, mimbar, bingkai atau
lengkung tiang dan sebagainya. Dari segi ukiran, yang menjadi pola hiasan pada
dinding candi-candiatau kuil ialah makhluk ajaib dan tumbuh-tumbuhan, sesuai
dengan suasana Gunung Mahameru. Antara motif ukiran yang selalu digunakan ialah
seperti kepala Kala, daun-daunan, ranting-ranting dan bunga teratai. Adapun tentang
seni logam, antara jenis-jenisnya ialah mata wang dan senjata-senjata. Tentang mata
wang, ianya menonjolkan nilai Islam dalamnya, dengan menekankan sifat keadilan
kepada raja-raja. Demikan juga pada senjata keris, dari segi fungsi dan motif-motif
ragam hias khususnya daripada ayat-ayat al-Quran yang terukir pada hampir
keseluruhan senjata ini yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.
Pendidikan
Antara kesan dan pengaruh Islam terhadap peradaban Melayu Nusantara ialah
terhadap pendidikan. Mengenai sistem pendidikan dan ilmu pengetahuan ternyata
agama Islam telah membawa beberapa perubahan dan pembaharuan kepada
peradaban Melayu. Oleh sebab agama Islam menerima naungan daripada istana raja-
raja Melayu, maka istana telah dijadikan pusat kegiatan dan penyebaran ilmu
pengetahuan. Begitulah halnya yang berlaku di Melaka, bermula daripada sultannya
yang pertama sehingga sultan yang terakhir sebelum tahun 1511M mengambil berat
tentang perkembangan pelajaran dan pendidikan Islam. Pernah diceritakan Sultan
Mahmud Shah pernah mengunjungi rumah maulana Yusuf untuk mempelajari kitab
''Makluma'', di samping belajar dengan maulana Sadar Johan. Institusi-institusi
pendidikan sama ada rasmi atau tidak rasmi seperti pendidikan di peringkat madrasah,
pondok atau pesantren, masjid dan surau telah wujud. Ini menunjukkan semua lapisan
masyarakat tanpa mengira kedudukan sosial berpeluang untuk mendapat dan
mempelajari ilmu pengetahuan terutama mengenai ajaran Islam. Kesannya, ramailah
masyarakat Melayu yang celik huruf berbanding sebelum kedatangan Islam di mana
ilmu pengetahuan hanya dipelajari oleh golongan istana sahaja. Kesan lain ialah
muncullah golongan intelektual terutama alim ulama di beberapa pusat tamadun
Melayu Islam dengan karya-karya utama mereka terutama karya-karya berbentuk
keagamaan yang disampaikan dalam bentuk persuratan yang dinamakan sastera kitab.
Ulama dalam bidang agama ini tidak hanya berperanan sebagai guru agama,
pengarang kitab-kitab dan penasihat raja-raja malah turut berjihad sebagai pahlawan
di medan perang. Oleh itu, golongan ini sentiasa mendapat penghormatan yang tinggi
di kalangan masyarakat dan juga pemerintah. Dari segi bahasa, selepas kedatangan
Islam bahasa Arab mula mengambil alih bahasa Sanskrit. Huruf Arab telah digunakan
bagi menggantikan huruf Kawi dan Nagari. Bahasa Melayu telah mengalami
perubahan yang pesat dengan peniruan kata-kata Arab sehingga bahasa Melayu
menjadi media kepada ilmu pengetahuan seperti teologi, falsafah, etika dan
sebagainya.Selain itu, martabat bahasa Melayu turut diangkat sebagai salah satu
bahasa ilmu pengetahuan dan penyebaran dakwah di Alam Melayu dan dianggap
sebagai Lingua-Franca di rantau ini. Justeru itu, Islam dikatakan bertanggungjawab
mengasaskan sistem pendidikan yang terawal di Alam Melayu. Dengan kemasukan
Islam juga telah menjadikan bahasa Melayu daripada bahasa lisan kepada bahasa
persuratan, apabila tulisan jawi diperkenalkan, melalui pengajaran yang berasaskan
kepada al-Quran. Secara kebetulan huruf-huruf jawi yang diperkenalkan oleh tulisan
Arab amat sesuai sekali dengan cara bahasa Melayu dituturkan. Penglibatan pedagang
dan mubaligh Islam dari Arab dalam usaha menyebarkan Islam di Alam Melayu
secara tidak langsung turut mempengaruhi penggunaan istilah dan perkataan bahasa
Arab dalam bahasa Melayu. Penggunaan istilah dan perkataan tersebut bukan sahaja
dapat dilihat pada perkara yang berkaitan dengan akidah, syariah dan akhlak tetapi
juga merangkumi segala aspek kehidupan yang lain seperti perkataan sultan, ilmu,
kitab, masjid, hisab, alam, sedekah dan lain-lain yang dipinjam dari bahasa Arab. Hal
ini tentunya memperkayakan lagi perbendaharaan bahasa Melayu dan menjadi simbol
kekuatan Islam menerusi bahasa.
Sosial
Antara kesan dan pengaruh Islam terhadap peradaban Melayu Nusantara ialah
terhadap sosial. Berikutan dengan perkembangan Islam di Alam Melayu, ciri-ciri
sosial Islam juga telah bertapak secara beransur-ansur yang akhirnya berjaya
mengambil tempat ciri-ciri sosial Hindu yang menguasai masyarakat ketika itu.
Antara ciri-ciri sosial yang dibawa oleh Islam ialah persamaan taraf dan persaudaraan
Islam antara semua anggota masyarakatnya, sehingga tergugat kedudukan sistem
kasta dan perhambaan serta perbezaan taraf di kalangan mereka. Dengan terhapusnya
sistem kasta yang dipengaruhi oleh budaya dan tamadun Hindu itu, Islam telah
menggantikannya dengan memperkenalkan sistem atau konsep persamaan taraf dan
persaudaraan Islam, malah berjaya mewujudkan perpaduan, kemesraan dan semangat
bantu membantu antara satu sama lain. Konsep kasta ini secara khususnya terbahagi
kepada empat golongan iaitu Brahmin, Ksatria, Vaisya dan Sudra. Namun demikian,
secara umumnya ia terbahagi kepada dua kelompok iaitu golongan bangsawan atau
pemerintah (raja) dan golongan rakyat jelata (biasa) yang menjadi hamba kepada
golongan pemerintah atau bangsawan tersebut. Rakyat biasa bukan sahaja menjadi
hamba dalam aspek pemerintahan dan politik, malah juga dalam semua aspek seperti
nikah - kahwin. Setelah kedatangan Islam ke rantau ini, konsep kasta dilihattidak lagi
releven kerana Islam menegaskan bahawa manusia berasal dari Adam dan Hawa.
Kedudukan dan taraf manusia dinilai berdasarkan iman dan taqwanya, bukan pada
pangkat dan darjat kebangsawanan seperti yang diamalkan oleh tamadun Hindu
melalui sistem kasta tersebut. Islam juga mengarahkan manusia supaya hidup secara
aman dan harmoni serta mewujudkan perpaduan. Masyarakat dibentuk dengan sifat
dan rasa tanggungjawab serta saling bantu-membantu antara satu sama lain, sifat atau
akhlak yang mulia amat ditekankan oleh Islam. Mereka juga ditiupkan dengan
semangat kerjasama dan perpaduan dengan menganggap bahawa seluruh umat Islam
adalah satu anggota. Akibat daripada semangat tersebut, muncullah konsepsi bahawa
seluruh umat Islam di dunia ini adalah bersaudara. Dengan cara itu terbentuklah
masyarakat yang bersatu padu dan mempunyai hubungan yang erat, walaupun
masyarakat tersebut terdiri dari pelbagai bangsa dan keturunan. Secara tidak langsung,
apabila hubungan masyarakat sudah kukuh tali persaudaraannya, tentunya negara
mereka menjadi kuat dan stabil serta dapat mempertahankan diri daripada gangguan
dan ancaman anasir-anasir luar. Bagi mendidik masyarakat, Islam telah
memperkenalkan hukum-hukum dan peraturan berdasarkan al-Qur’an dan al-Hadith.
Ajaran agama Islam telah mengatur sistem perhubungan sosial dan kekeluargaan yang
cukup menarik kepada masyarakat. Contohnya dalam perhubungan antara anak-anak
dengan ibu bapa, suami dengan isteri, orang tua dengan orang muda, pemimpin
dengan rakyat dan sebagainya. Melalui hukum dan peraturan itu, akan terbentuklah
nilai akhlak yang mulia dan harmoni dalam perhubungan sosial antara individu dan
kumpulan masyarakatnya. Komunikasi antara kelompok manusia akan dapat berjalan
dengan sempurna, terjalin menerusi sifat hormat menghormati, bergotong-royong dan
bantu-membantu antara satu sama lain. Selain itu, institusi-institusi baru
kemasyarakatan juga turut muncul seperti masjid, surau, madrasah dan sebagainya
yang memainkan peranan utama dalam hubungan sosial harian. Tempat-tempat
seperti ini bukan sahaja berguna sebagai tempat beribadat tetapi juga sebagai tempat
pertemuan sosial. Masjid umpamanya menjadi tempat menimba ilmu, dewan
tempatbermesyuarat dan kelab untuk membincangkan pelbagai masalah dan urusan,
sama ada dalam perkara agama atau bagi menyelesaikan hal-hal kemasyarakatan yang
dihadapi.
Kesimpulan
Kesimpulan dari di atas, jelaslah bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu telah
memberi perubahan yang besar dan kesannya kita dapat melihat dalam semua aspek
kehidapan melalui <MAIN POINTS MENTIONED ABOVE>. Tidak dapat
dinafikan bahawa wujudnya pusat-pusat tamadun unggul di dunia dan di Asia
Tenggara khasnya adalah kesan daripada pengaruh Islam yang meresap masuk ke
dalam tamadun itu. Selain itu, kewujudan tamadun Islam di Nusantara telah
membentuk wajah baru dan memperkukuhkan identiti Melayu yang sebelumnya
dibayangi oleh unsur-unsur yang rupuh dan tidak kekal. Orang-orang Muslim
menyedari dan memahami nilai-nilai yang telah ditetapkan oleh Islam dan berusaha
menyesuaikan warisan tradisi budaya dan kehendak-kehendak Islam. Mereka
menekankan usaha memupuk nilai-nilai Islam sebagaimana yang dikehendaki dari
satu generasi kepada generasi seterusnya. Ini akan menyinarkan kembali
kegemilangan tamadun islam yang malap.

More Related Content

What's hot

Bab 1 Pengenalan
Bab 1   Pengenalan Bab 1   Pengenalan
Bab 1 Pengenalan wanarizwan
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanDamia Noraini
 
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikHubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikMahyuddin Khalid
 
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuBudaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuRibut Taufan
 
Pengaruh barat dari aspek politik
Pengaruh barat dari aspek politikPengaruh barat dari aspek politik
Pengaruh barat dari aspek politikMohammad Yaqin
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)Mohd Fadzil Ambok
 
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - PluralitiHubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - PluralitiMahyuddin Khalid
 
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaian
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaianTopik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaian
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaianSharifahNurAbu
 
Tajuk 8 Penyahjajahan Dekolonisasi
Tajuk 8 Penyahjajahan DekolonisasiTajuk 8 Penyahjajahan Dekolonisasi
Tajuk 8 Penyahjajahan DekolonisasiMahyuddin Khalid
 
Faktor perkembangan islam
Faktor perkembangan islamFaktor perkembangan islam
Faktor perkembangan islamfaiz_daniel
 
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalamApakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalamelya95
 
Bab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuBab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuEst
 
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuKesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuMisiah Bayani
 

What's hot (20)

Bab 1 Pengenalan
Bab 1   Pengenalan Bab 1   Pengenalan
Bab 1 Pengenalan
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
 
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikHubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
 
Pengaruh islam di alam melayu
Pengaruh islam di alam melayuPengaruh islam di alam melayu
Pengaruh islam di alam melayu
 
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuBudaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
 
Tajuk 7 Ideologi Semasa
Tajuk 7 Ideologi SemasaTajuk 7 Ideologi Semasa
Tajuk 7 Ideologi Semasa
 
Sekularisme
SekularismeSekularisme
Sekularisme
 
Pengaruh barat dari aspek politik
Pengaruh barat dari aspek politikPengaruh barat dari aspek politik
Pengaruh barat dari aspek politik
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
 
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - PluralitiHubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
 
Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsaPembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa
 
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaian
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaianTopik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaian
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaian
 
Tajuk 5 Metafizik
Tajuk 5 MetafizikTajuk 5 Metafizik
Tajuk 5 Metafizik
 
Tajuk 8 Penyahjajahan Dekolonisasi
Tajuk 8 Penyahjajahan DekolonisasiTajuk 8 Penyahjajahan Dekolonisasi
Tajuk 8 Penyahjajahan Dekolonisasi
 
Faktor perkembangan islam
Faktor perkembangan islamFaktor perkembangan islam
Faktor perkembangan islam
 
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalamApakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
 
Bab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuBab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayu
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
Definisi kebudayaan
Definisi kebudayaanDefinisi kebudayaan
Definisi kebudayaan
 
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuKesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
 

Similar to Huraikan lima kesan dan pengaruh islam terhadap peradaban melayu nusantara

kepelbagaian agama: mencari titi pertemuan
kepelbagaian agama: mencari titi pertemuankepelbagaian agama: mencari titi pertemuan
kepelbagaian agama: mencari titi pertemuanCt Muna
 
kepelbagaian agama
kepelbagaian agamakepelbagaian agama
kepelbagaian agamaCt Muna
 
Tajuk 6 ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU
Tajuk 6   ISLAM DALAM TAMADUN MELAYUTajuk 6   ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU
Tajuk 6 ISLAM DALAM TAMADUN MELAYUNuha
 
Hubungan agama dan manusia
Hubungan agama dan manusiaHubungan agama dan manusia
Hubungan agama dan manusiaafkarunia
 
Konsep tamadun
Konsep tamadunKonsep tamadun
Konsep tamadunajiex96
 
Sumber dan Karakteristik Islam
Sumber dan Karakteristik IslamSumber dan Karakteristik Islam
Sumber dan Karakteristik Islamhepiayunita
 
Islam sebagai way of life
Islam sebagai way of lifeIslam sebagai way of life
Islam sebagai way of lifeRidwan Hidayat
 
Sejarah Perkembangan Islam di Malaysia
Sejarah Perkembangan Islam di MalaysiaSejarah Perkembangan Islam di Malaysia
Sejarah Perkembangan Islam di Malaysiabulan purnama
 
Islam dan kebudayaan
Islam dan kebudayaanIslam dan kebudayaan
Islam dan kebudayaanzahfath06
 
Karakteristik Ajaran Islam (1).pptx
Karakteristik Ajaran Islam (1).pptxKarakteristik Ajaran Islam (1).pptx
Karakteristik Ajaran Islam (1).pptxsophia356221
 
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )Yanese Ayne
 

Similar to Huraikan lima kesan dan pengaruh islam terhadap peradaban melayu nusantara (20)

Agama di malaysia
Agama di malaysiaAgama di malaysia
Agama di malaysia
 
kepelbagaian agama: mencari titi pertemuan
kepelbagaian agama: mencari titi pertemuankepelbagaian agama: mencari titi pertemuan
kepelbagaian agama: mencari titi pertemuan
 
kepelbagaian agama
kepelbagaian agamakepelbagaian agama
kepelbagaian agama
 
Tajuk 6 ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU
Tajuk 6   ISLAM DALAM TAMADUN MELAYUTajuk 6   ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU
Tajuk 6 ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU
 
Pengaruh
Pengaruh Pengaruh
Pengaruh
 
Hubungan agama dan manusia
Hubungan agama dan manusiaHubungan agama dan manusia
Hubungan agama dan manusia
 
Konsep tamadun
Konsep tamadunKonsep tamadun
Konsep tamadun
 
Sumber dan Karakteristik Islam
Sumber dan Karakteristik IslamSumber dan Karakteristik Islam
Sumber dan Karakteristik Islam
 
PAI KELOMPOK 1.pptx
PAI KELOMPOK 1.pptxPAI KELOMPOK 1.pptx
PAI KELOMPOK 1.pptx
 
Islam sebagai way of life
Islam sebagai way of lifeIslam sebagai way of life
Islam sebagai way of life
 
Sejarah Perkembangan Islam di Malaysia
Sejarah Perkembangan Islam di MalaysiaSejarah Perkembangan Islam di Malaysia
Sejarah Perkembangan Islam di Malaysia
 
Tamadun islam
Tamadun islamTamadun islam
Tamadun islam
 
Islam dan kebudayaan
Islam dan kebudayaanIslam dan kebudayaan
Islam dan kebudayaan
 
Bab 6-mencari titik pertemuan
Bab 6-mencari titik pertemuanBab 6-mencari titik pertemuan
Bab 6-mencari titik pertemuan
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Agama
AgamaAgama
Agama
 
Karakteristik Ajaran Islam (1).pptx
Karakteristik Ajaran Islam (1).pptxKarakteristik Ajaran Islam (1).pptx
Karakteristik Ajaran Islam (1).pptx
 
Ulang Kaji Ujian TITAS
Ulang Kaji Ujian TITAS Ulang Kaji Ujian TITAS
Ulang Kaji Ujian TITAS
 
Bab 1 CTU 151
Bab 1 CTU 151Bab 1 CTU 151
Bab 1 CTU 151
 
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
 

Huraikan lima kesan dan pengaruh islam terhadap peradaban melayu nusantara

  • 1. Pengenalan Tamadun Islam adalah tamadun yang dituburkan oleh komuniti-komuniti Muslim dari abad ke 7 dan telah menjadi panduan kita hingga kini. Tamadun ini diasaskan oleh kepercayaan Islam, syariah dan akhlak ini membezakan tamadun Islam dari tamadun- tamadun yang lain. Penekanan dan pembinaan tamadun islam adalah mempunyai aspek rohani, kemajuan pembendaan dan intelektual. Ringkasnya, Tamadun islam merupakan satu tamadun yang bersifat multi-demensional. Pengaruhnya yang meluas meliputi seluruh penjuru dunia termasuklah di Nusantara. Sebelum agama Islam bertapak dan berkembang di Nusantara, penduduk-penduduknya menganut agama Hindu atau mempercayai fahaman anismisme yang di warisi dari datuk dan nenek mereka. Sebab utama Tamadun Islam bermuncul di Nusantara adalah kerana keperluan barangan yang membawa pedagang-pedagang Arab dari Parsi ke Nusantara. Diantara barang-barang yang dibawa oleh pedagang ialah: lada, rempah, kemenyan dan kapur barus, iaitu sesuatu bahan kristal yang berwarna putih. Minyak patinya berbau aromatik dan berasa pahit. Berasalnya Tamadun Islam di Nusantara telah memberi kesan-kesan kepada peradaban Islam di Nusantara. Teori lain mencadangkan Tamadun Islam datang ke Nusantara adalah apabila pedagang-pedagang Arab dan Parsi menjalankan aktiviti perdagangan dengan China. Pada umumnya pedagang- pedagang Arab menggunakan jalan lautan, melintasi pesisir India dan Asia Tenggara menurut musim angin, walaupun terdapatnya jalan darat melalui Oc-eo di Funan. Dalam kegiatan ini mereka menjadikan kawasan Nusantara sebagai tempat persinggahan. Huraikan lima kesan dan pengaruh islam terhadap Peradaban Melayu Nusantara
  • 2. Agama dan Kepercayaan Antara kesan dan pengaruh Islam terhadap peradaban Melayu Nusantara ialah terhadap akidah dan kepercayaan. Sebahagian masyarakat Melayu telah meninggalkan ajaran agama Hindu-Buddha dan mempercayai tahyul dan khurafat iaitu kepercayaan animisme, dinamisme, dan penyembahan nenek moyang atau hyang serta kepercayaan Hindu-Buddha digantikan dengan akidah tauhid. Islam juga telah hapuskan kepercayaan sinkritime Hindu-Buddha-Hyang. Mereka percaya kepada konsep ketuhanan, hormat-menghormati antara manusia dan menitikberatkan soal persamaan taraf. Cara kehidupan mereka juga telah berubah kepada cara hidup beragama dengan mengamalkan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan mereka.Kepercayaan dan agama merupakan dua aspek sosial yang agak sukar untuk dipisahkan kerana sebahagian besar daripada kepercayaan termasuk dalam agama. Masyarakat Melayu Nusantara mempercayai animisme pada peringkat permulaan. Dalam kepercayaan ini, mereka menganggap benda-benda mempunyai semangat dan kuasa ghaib. Sehubungan dengan itu, wujudnya pemujaan atau penyembahan kepada sungai-sungai, batu-batu, pokok-pokok dan fenomena alam yang lain. Kuasa ghaib itu disifatkan sebagai hantu, jembalang atau jin yang menjadi penunggu objek tersebut (Haron Daud, 1989 : 26).Islam mengubah pandangan dunia masyarakat Melayu Nusantara daripada mempercayai roh, semangat dan dewa-dewa kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa, percaya adanya nabi-nabi, rasul-rasul, malaikat dan kitab- kitab suci . Dalam kepercayaan rakyat di Nusantara terdapat anggapan bahawa roh orang yang telah mati boleh masuk ke dalam tubuh binatang, misalnya suku Nias. Di sebuah pulau yang terletak di barat Sumatera mempercayai seekor tikus yang keluar masuk rumah dianggap sebagai roh daripada orang yang telah mati beranak. Kadang- kadang roh itu memasuki tubuh babi atau harimau dan dipercayai binatang itu akan mengganggu orang yang menjadi musuh simati pada masa hidupnya. Jika roh itu baik, ia akan menjelma menjadi haiwan yang jinak dan sekiranya sebaliknya roh itu akan menjelma di dalam tubuh haiwan yang liar. Ini juga disebut sebagai penjelmaan dewa-dewa sama ada jahat atau baik. Islam mengubah pandangan dunia orang melayu nusantara daripada mempercayai dewa-dewa seperti yang mereka anuti pada zaman hindu kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa. Al Quran menjadi pegangan hidup dan sumber rujukan bagi umat
  • 3. Islam sama ada dalam hal-hal dunia dan akhirat. Segala aturcara sehari-harian adalah bergantung kepada ajaran Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Kepercayaan karut yang boleh merosakkan akidah umat Islam dan memecahbelahkan masyarakat lenyap beransur-ansur diganti dengan kepercayaan kepada Allah Yang Esa. Pegangan yang satu ini telah memulihkan semangat orang melayu nusantara bahawa tiada yang lain yang perlu ditakuti dan tiada kuasa lain yang lebih kuat melainkan Allah yang Maha Berkuasa.Keimanan mereka diikuti dengan amalibadat seperti sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan rukun haji.Masyarakat Melayu Nusantara juga merayakan hari-hari kebesaran Islam seperti mengadakan sambutan Maal Hijrah, sambutan Maulidur Rasul dan Nuzul al- Quran. Perubahan yang paling utama ialah daripada sudut kepercayaan yang mana masyarakat Melayu telah diperkenalkan dan diyakinkan dengan keyakinan yang berteraskan tauhid. Fahaman tauhid telah mengubah pandangan dunia orang Melayu daripada zaman Hindu-Buddha dengan metodologinya, penyembahan rajanya, ciri tertentu dan masyarakatnya, alam khayalannya, penyembahan berhalanya, kepada ajaran tauhid yang murni (Muhammad Uthman, 1977 : 185). Kefahaman tauhid yang menjadi asas akidah Islam berjaya meresap masuk ke dalam jiwa orang Melayu sehingga sukar untuk mengugat keislaman mereka.Sebab itu, cubaan untuk menyeberluas agama Kristian oleh penjajah ke atas orang Melayu Nusantara tidak memberi kesan. Malahan sampai kini, hubungan antara Melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan. Golongan yang memainkan peranan ini ialah ahli sufi dan para mubaligh. Sekarang, agama Islam menjadi agama rasmi. Kekuatan pegangan agama telah timbulkan semangat jihad menentang penjajah. Politik dan Pentadbiran Antara kesan dan pengaruh Islam terhadap peradaban Melayu Nusantara ialah terhadap politik. Pengislaman raja-raja membawa arus perubahan dalam sosio-politik. Dalam aspek politik, sistem dan konsep raja dalam agama Hindu telah bertukar kepada sistem dan konsep sultan di dalam Islam. Di dalam politik yang berteraskan agama Hindu, raja dianggap bayangan tuhan ataupun dewaraja, tetapi di dalam Islam raja adalah manusia biasa tetapi diberi kemuliaan kerana peranannya sebagai ketua
  • 4. agama dan pentadbir sebagaimana yang dijalankan di dalam sistem kekhalifahan pada masa dahulu. Raja dianggap suci kerana berasal dari keturunan dewa vishnu dan siva. Raja berhak sepenuhnya menentukan hukuman dan kedudukan lebih tinggi dari undang-undang. Rakyat tiada hak bersuara walaupun raja tidak berlaku adil dan kurang wajar. Siapa yang menentang akan ditimpa daulat. Seterusnya, kedatangan Islam secara langsung telah memperkenalkan sistem pentadbiran secara kesultanan di rantau ini. Sultan merupakan ketua tertinggi bagi melindungi agama dan adat tetapi tidaklah dianggap sebagai peribadi yang paling suci seperti zaman Hindu yang perlu disembah. Sultan bertanggungjawab menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi negara bagi mendapat berbagai-bagai keistimewaan dan kemudahan sama ada dari segi penyebaran, pentadbiran dan perlaksanaan hukum-hukumnya. Sultan juga bertanggungjawab memperkenalkan dan melaksanakan undang-undang berdasarkan hukum syariah Islam dalam pentadbirannya bagi menjamin keadilan dan kesaksamaan, walaupun di dalam beberapa perkara tidak begitu sempurna dan kurang memuaskan. Hukum Kanun Melaka dan Hukum Laut Melaka adalah antara contoh undang-undang Islam bertulis menggantikan undang-undang Melayu tempatan (Malay Local Law) yang mengandungi hukum syariah Islam yang dikuatkuasakan dan dilaksanakan di dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Di dalam undang-undang berkenaan telah dicatatkan beberapa peruntukkan undang-undang mengikut perundangan jenayah Islam seperti hukuman mencuri, membunuh, zina dan sebagainya. Selain itu, dimuatkan juga peruntukkan tentang soal nikah kahwin, pembahagian pusaka (faraid), hal yang berkaitan dengan muamalah seperti urusan jual beli dan sebagainya juga dilaksanakan menurut sistem Islam. Walaupun ini boleh dikatakan tidak banyak bezanya dengan sistem Kerajaan Hindu sebelumnya, tetapi banyak juga terdapat ciri- ciri yang tersendiri. Pemakaian sistem mufti atau alim ulama sebagai penasihat sutlan dalam hal-ehwal agama Islam menggantikan para sami sebelumnya menjadi penasihat Raja Hindu-Buddha. Malah secara khusus, sultan atau raja telah dianggap sebagai khalifah(pengganti Nabi), kadang-kadang sebagai bayang-bayang Tuhan. Tetapi pemakaian khalifah atau ketua agama jika dikaji secara teliti dari aspek konsep politik Islam, mempunyai banyak perbezaan dengan apa yang sebenarnya,urnpamanya dengan apa yang berlaku di dalam sejarah Nabi Muhammad dan Khalifah Empat (Khulafa Al-Rasyidin) di Madinah. Agama Islam telah menjadi agama rasmi kebanyakan negara dan undang-undang Islam telah dijadikan undang-undang negara. Bermula dari kerajaan Melaka,undang-undang Islam telah bertapak di Kedah,
  • 5. Tenengganu dan negeri-negeri lain.Walaupun begitu, pada peringkat awal cara pentadbiran Islam tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya meskipun asas undang- undang Islam telah digunakan. Begitu juga Islam telah membawa transformasi nilai dan etika pemerintahan kepada raja-raja contohnya terdapat karya ketatanegaraan yang menunjukkan dengan jelas pemikiran Islam dalam politik Islam di Alam Melayu seperti kitab Tajul Salatin karya Bukhari al-Jauhari. Kitab ini memperincikan tatasusila serta kod etika yang harus dipakai raja-raja seperti harus bersifat adil, amanah, dan sebagainya. Penubuhan kerajaan Melayu-Islam pertama di Alam Melayu Ta-Shih di Sumatera 674M. kemudian Perlak, Samudera-Pasai, Sribuza Islam, Champa, Melaka, Acheh, dan lain-lain. Kesenian Antara kesan dan pengaruh Islam terhadap peradaban Melayu Nusantara ialah terhadap kesenian. Pengaruh Islam dalam bidang kesenian meliputi pelbagai aspek, seperti arkitektur, epigrafi, kaligrafi, seni ukir, seni logam dan sebagainya. Aspek arkitektur atau seni bina dapat dilihat pada bangunan masjid, surau atau madrasah, istana, rumah, kota dan sebagainya. Khusus tentang masjid yang merupakan pusat ibadat umat Islam mempunyai beberapa ciri asasi pengaruh kesenian Islam seperti
  • 6. bumbung kubah, mihrab dan mimbar, menara dan tulisan-tulisan khat yang menghiasi dinding-dinding masjid. Dalam hal ini pengaruh India jelas kelihatan pada penggunaan batu dan bata sebagai bahan utamanya kerana ia merupakan bahan yang lebih kekal dan dianggap sesuai untuk membina rumah dewa dan dewi. Oleh sebab itulah tugu agama yang dibina pada zaman purba masih dapat dikesan sehingga kini. Pengaruh ini jelas dilihat pada ukiran seni pahat dinding patung dewa Logam yang berupa arca. Selain itu terdapat patung Kuwera dan Hariti yang juga dipuja dalam agama Buddha. Dalam bidang kesenian pengaruh Islam pula dapat dilihat dari aspek epigrafi pada makam atau batu nisan, masjid dan perhiasan-perhiasannya. Batu nisan merupakan karya seni Islam yang pertama sekali masuk ke nusantara. Contohnya yang pernah ditemui ialah batu nisan Syeikh Abdul al-Qadir Husain Alam bertarikh 903 masihi yang dijumpai di Linggir Kedah. Pada permukaan makam-makam yang dijumpai ini terdapat tulisan yang dipahat daripada ayat Al-Quran serta ajaran Islam yang menekankan tentang hokum dan tasawuf. Misalnya pada prasasti di Pekan Pahang, tertulis ayat AlQuran dengan gaya khat thuluth daripada surah Ali Imran ayat 185, surah Yunus ayat 62 serta nasihat bercorak kesufian. Dari segi corak batu nisan tersebut, di samping menerima pengaruh asing ia juga memancarkan daya kreativiti penduduk tempatan. Contohnya batu nisan Maulana Malik Ibrahim yang dibawa dari G. Jeram mempunyai bentuk seperti kepala terbalik yang menunjukkan adanya pengaruh Parsi. Salah satu kesenian Islam yang terpenting muncul selepas kedatangan Islam ialah kaligrafi atau seni khat Islam. Seni khat dikatakan memainkan peranan penting dalam memartabatkan masyarakat Alam Melayu kerana sebelum kemasukan Islam masyarakat Melayu tiada mempunyai apa-apa kesenian khat.Seni khat Islam ini dapat dilihat pada bangunan-bangunan masjid, makam, batu nisan atau batu bersurat, di samping tertulis pada benda-benda lain seperti tembikar, mata wang, pakaian dan lain-lainnya.Contohnya masjid terdapat ukiran khat pada mihra, mimbar, bingkai atau lengkung tiang dan sebagainya. Dari segi ukiran, yang menjadi pola hiasan pada dinding candi-candiatau kuil ialah makhluk ajaib dan tumbuh-tumbuhan, sesuai dengan suasana Gunung Mahameru. Antara motif ukiran yang selalu digunakan ialah seperti kepala Kala, daun-daunan, ranting-ranting dan bunga teratai. Adapun tentang seni logam, antara jenis-jenisnya ialah mata wang dan senjata-senjata. Tentang mata wang, ianya menonjolkan nilai Islam dalamnya, dengan menekankan sifat keadilan kepada raja-raja. Demikan juga pada senjata keris, dari segi fungsi dan motif-motif
  • 7. ragam hias khususnya daripada ayat-ayat al-Quran yang terukir pada hampir keseluruhan senjata ini yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Pendidikan Antara kesan dan pengaruh Islam terhadap peradaban Melayu Nusantara ialah terhadap pendidikan. Mengenai sistem pendidikan dan ilmu pengetahuan ternyata agama Islam telah membawa beberapa perubahan dan pembaharuan kepada peradaban Melayu. Oleh sebab agama Islam menerima naungan daripada istana raja- raja Melayu, maka istana telah dijadikan pusat kegiatan dan penyebaran ilmu
  • 8. pengetahuan. Begitulah halnya yang berlaku di Melaka, bermula daripada sultannya yang pertama sehingga sultan yang terakhir sebelum tahun 1511M mengambil berat tentang perkembangan pelajaran dan pendidikan Islam. Pernah diceritakan Sultan Mahmud Shah pernah mengunjungi rumah maulana Yusuf untuk mempelajari kitab ''Makluma'', di samping belajar dengan maulana Sadar Johan. Institusi-institusi pendidikan sama ada rasmi atau tidak rasmi seperti pendidikan di peringkat madrasah, pondok atau pesantren, masjid dan surau telah wujud. Ini menunjukkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kedudukan sosial berpeluang untuk mendapat dan mempelajari ilmu pengetahuan terutama mengenai ajaran Islam. Kesannya, ramailah masyarakat Melayu yang celik huruf berbanding sebelum kedatangan Islam di mana ilmu pengetahuan hanya dipelajari oleh golongan istana sahaja. Kesan lain ialah muncullah golongan intelektual terutama alim ulama di beberapa pusat tamadun Melayu Islam dengan karya-karya utama mereka terutama karya-karya berbentuk keagamaan yang disampaikan dalam bentuk persuratan yang dinamakan sastera kitab. Ulama dalam bidang agama ini tidak hanya berperanan sebagai guru agama, pengarang kitab-kitab dan penasihat raja-raja malah turut berjihad sebagai pahlawan di medan perang. Oleh itu, golongan ini sentiasa mendapat penghormatan yang tinggi di kalangan masyarakat dan juga pemerintah. Dari segi bahasa, selepas kedatangan Islam bahasa Arab mula mengambil alih bahasa Sanskrit. Huruf Arab telah digunakan bagi menggantikan huruf Kawi dan Nagari. Bahasa Melayu telah mengalami perubahan yang pesat dengan peniruan kata-kata Arab sehingga bahasa Melayu menjadi media kepada ilmu pengetahuan seperti teologi, falsafah, etika dan sebagainya.Selain itu, martabat bahasa Melayu turut diangkat sebagai salah satu bahasa ilmu pengetahuan dan penyebaran dakwah di Alam Melayu dan dianggap sebagai Lingua-Franca di rantau ini. Justeru itu, Islam dikatakan bertanggungjawab mengasaskan sistem pendidikan yang terawal di Alam Melayu. Dengan kemasukan Islam juga telah menjadikan bahasa Melayu daripada bahasa lisan kepada bahasa persuratan, apabila tulisan jawi diperkenalkan, melalui pengajaran yang berasaskan kepada al-Quran. Secara kebetulan huruf-huruf jawi yang diperkenalkan oleh tulisan Arab amat sesuai sekali dengan cara bahasa Melayu dituturkan. Penglibatan pedagang dan mubaligh Islam dari Arab dalam usaha menyebarkan Islam di Alam Melayu secara tidak langsung turut mempengaruhi penggunaan istilah dan perkataan bahasa Arab dalam bahasa Melayu. Penggunaan istilah dan perkataan tersebut bukan sahaja dapat dilihat pada perkara yang berkaitan dengan akidah, syariah dan akhlak tetapi
  • 9. juga merangkumi segala aspek kehidupan yang lain seperti perkataan sultan, ilmu, kitab, masjid, hisab, alam, sedekah dan lain-lain yang dipinjam dari bahasa Arab. Hal ini tentunya memperkayakan lagi perbendaharaan bahasa Melayu dan menjadi simbol kekuatan Islam menerusi bahasa. Sosial Antara kesan dan pengaruh Islam terhadap peradaban Melayu Nusantara ialah terhadap sosial. Berikutan dengan perkembangan Islam di Alam Melayu, ciri-ciri sosial Islam juga telah bertapak secara beransur-ansur yang akhirnya berjaya mengambil tempat ciri-ciri sosial Hindu yang menguasai masyarakat ketika itu.
  • 10. Antara ciri-ciri sosial yang dibawa oleh Islam ialah persamaan taraf dan persaudaraan Islam antara semua anggota masyarakatnya, sehingga tergugat kedudukan sistem kasta dan perhambaan serta perbezaan taraf di kalangan mereka. Dengan terhapusnya sistem kasta yang dipengaruhi oleh budaya dan tamadun Hindu itu, Islam telah menggantikannya dengan memperkenalkan sistem atau konsep persamaan taraf dan persaudaraan Islam, malah berjaya mewujudkan perpaduan, kemesraan dan semangat bantu membantu antara satu sama lain. Konsep kasta ini secara khususnya terbahagi kepada empat golongan iaitu Brahmin, Ksatria, Vaisya dan Sudra. Namun demikian, secara umumnya ia terbahagi kepada dua kelompok iaitu golongan bangsawan atau pemerintah (raja) dan golongan rakyat jelata (biasa) yang menjadi hamba kepada golongan pemerintah atau bangsawan tersebut. Rakyat biasa bukan sahaja menjadi hamba dalam aspek pemerintahan dan politik, malah juga dalam semua aspek seperti nikah - kahwin. Setelah kedatangan Islam ke rantau ini, konsep kasta dilihattidak lagi releven kerana Islam menegaskan bahawa manusia berasal dari Adam dan Hawa. Kedudukan dan taraf manusia dinilai berdasarkan iman dan taqwanya, bukan pada pangkat dan darjat kebangsawanan seperti yang diamalkan oleh tamadun Hindu melalui sistem kasta tersebut. Islam juga mengarahkan manusia supaya hidup secara aman dan harmoni serta mewujudkan perpaduan. Masyarakat dibentuk dengan sifat dan rasa tanggungjawab serta saling bantu-membantu antara satu sama lain, sifat atau akhlak yang mulia amat ditekankan oleh Islam. Mereka juga ditiupkan dengan semangat kerjasama dan perpaduan dengan menganggap bahawa seluruh umat Islam adalah satu anggota. Akibat daripada semangat tersebut, muncullah konsepsi bahawa seluruh umat Islam di dunia ini adalah bersaudara. Dengan cara itu terbentuklah masyarakat yang bersatu padu dan mempunyai hubungan yang erat, walaupun masyarakat tersebut terdiri dari pelbagai bangsa dan keturunan. Secara tidak langsung, apabila hubungan masyarakat sudah kukuh tali persaudaraannya, tentunya negara mereka menjadi kuat dan stabil serta dapat mempertahankan diri daripada gangguan dan ancaman anasir-anasir luar. Bagi mendidik masyarakat, Islam telah memperkenalkan hukum-hukum dan peraturan berdasarkan al-Qur’an dan al-Hadith. Ajaran agama Islam telah mengatur sistem perhubungan sosial dan kekeluargaan yang cukup menarik kepada masyarakat. Contohnya dalam perhubungan antara anak-anak dengan ibu bapa, suami dengan isteri, orang tua dengan orang muda, pemimpin dengan rakyat dan sebagainya. Melalui hukum dan peraturan itu, akan terbentuklah nilai akhlak yang mulia dan harmoni dalam perhubungan sosial antara individu dan
  • 11. kumpulan masyarakatnya. Komunikasi antara kelompok manusia akan dapat berjalan dengan sempurna, terjalin menerusi sifat hormat menghormati, bergotong-royong dan bantu-membantu antara satu sama lain. Selain itu, institusi-institusi baru kemasyarakatan juga turut muncul seperti masjid, surau, madrasah dan sebagainya yang memainkan peranan utama dalam hubungan sosial harian. Tempat-tempat seperti ini bukan sahaja berguna sebagai tempat beribadat tetapi juga sebagai tempat pertemuan sosial. Masjid umpamanya menjadi tempat menimba ilmu, dewan tempatbermesyuarat dan kelab untuk membincangkan pelbagai masalah dan urusan, sama ada dalam perkara agama atau bagi menyelesaikan hal-hal kemasyarakatan yang dihadapi. Kesimpulan Kesimpulan dari di atas, jelaslah bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memberi perubahan yang besar dan kesannya kita dapat melihat dalam semua aspek kehidapan melalui <MAIN POINTS MENTIONED ABOVE>. Tidak dapat dinafikan bahawa wujudnya pusat-pusat tamadun unggul di dunia dan di Asia
  • 12. Tenggara khasnya adalah kesan daripada pengaruh Islam yang meresap masuk ke dalam tamadun itu. Selain itu, kewujudan tamadun Islam di Nusantara telah membentuk wajah baru dan memperkukuhkan identiti Melayu yang sebelumnya dibayangi oleh unsur-unsur yang rupuh dan tidak kekal. Orang-orang Muslim menyedari dan memahami nilai-nilai yang telah ditetapkan oleh Islam dan berusaha menyesuaikan warisan tradisi budaya dan kehendak-kehendak Islam. Mereka menekankan usaha memupuk nilai-nilai Islam sebagaimana yang dikehendaki dari satu generasi kepada generasi seterusnya. Ini akan menyinarkan kembali kegemilangan tamadun islam yang malap.