2. Gigi yang cantik pastinya
menyerlahkan senyuman yang
menawan. Oleh itu, kita haruslah
menjaga gigi dengan sempurna.
Makanan yang dimakan boleh
menyebabkan kerosakan gigi. Apabila
makan, cebisan makanan akan
tertinggal di celah-celah gigi. Sisa-sisa
makanan ini menghasilkan lapisan yang
dipanggil plak. Plak merupakan punca
kerosakan gigi dan penyakit gusi.
3. Cara untuk menghalang kerosakan
gigi adalah dengan memberus gigi
ataupun berkumur. Memberus gigi
selepas makan dapat menanggalkan
plak pada gigi.
Mempunyai gigi yang bersih dan sihat
adalah menjadi idaman semua orang.
Oleh itu kita perlulah menjaga gigi setiap
hari.