SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
ULASAN JURNAL




                                         Tajuk jurnal:


  Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web-
   WebQuest bagi Mata Pelajaran ICT. (Development and Evaluation of WebQuest for
                  Information and Communication Technology Subject)




                                         Penyelidik:

                                  Norazah Mohd. Nordin


                                       Ngau Chai Hong




                                       Disediakan oleh:

                           Suhaimi bin Zulkipli (M20092000858)



Pengenalan


Jurnal ini ditulis oleh Norazah Mohd. Nordin dan Ngau Chai Hong yang diterbitkan dalam Jurnal
Pendidikan Malaysia 34(1)(2009)111-129.       Jurnal ini melaporkan tentang kajian proses
pembangunan dan penilaian bahan pengajaran berasaskan web bagi mata pelajaran ICT
Tingkatan Empat, iaitu WebQuest serta mengulas perihal pentingnya usaha untuk
menggalakkan guru-guru mengintergrasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. WebQuest merupakan aktiviti inkuiri yang mengarahkan sebahagian atau kesemua
maklumat yang diperoleh daripada internet oleh pelajar. WebQuest berfungsi sebagai rangka
kerja yang boleh digunakan oleh guru untuk pembinaan bahan pembelajaran yang berpusatkan
pelajar dengan menggunakan internet.
Objektif Kajian
                                                                                            1
Objektif kajian tersebut adalah untuk membangunkan suatu bahan pengajaran berasaskan web,
WebQuest, bagi mata pelajaran ICT Tingkatan Empat, serta menilai persepsi pelajar terhadap
bahan pengajaran yang dibangunkan dari aspek Antara Muka (interface), Isi Kandungan dan
Struktur Pengajaran dan Pembelaran (P&P) yang menggunakan WebQuest.


Metodologi Kajian


Kajian dijalankan dalam dua fasa, iaitu Fasa Pembangunan Sistem P&P berasaskan web-
WebQuest dan Fasa Penilaian WebQuest yang telah dibangunkan. Kaedah yang digunakan
adalah kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik . Kajian dijalankan di dua
buah sekolah yang menawarkan mata pelajaran ICT, iaitu SMK Tinggi Melaka dan SMK Tinggi
Perempuan Melaka. Sampel kajian adalah terdiri daripada semua pelajar sekolah tersebut
yang sedang mengambil mata pelajaran ICT di Tingkatan Empat, iaitu seramai 21 orang.
Kesemua mereka adalah homogenous dari aspek umur, kemudahan prasarana sekolah, tenaga
pengajar yang terlatih dan kedua-dua sekolah merupakan sekolah kawalan di mana pelajar-
pelajar Tingkatan Empat di kedua-dua buah sekolah tersebut sekurang-kurangnya mempunyai
3A dalam keputusan PMR. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik yang
mengukur persepsi pelajar terhadap WebQuest yang dibangunkan berasaskan tiga aspek, iaitu
Antara Muka, Isi Kandungan dan Struktur P&P. Kaedah pengukuran yang digunakan adalah
dengan menggunakan Skala Likert. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan program
SPSS versi 11.5. Kajian ini menggunakan statistik diskriptif untuk melihat taburan kekerapan,
peratus, min dan sisihan piawai bagi menerangkan demografi dan persoalan kajian yang
dikemukakan.


Dapatan Kajian


Melalui penganalisaan data dan nilai min yang diperolehi, persepsi pelajar terhadap WebQuest
yang dibangunkan adalah tinggi.    Responden dalam kajian ini menyatakan bahawa secara
keseluruhannya WebQuest ini sesuai dan menarik perhatian pengguna. Rekabentuk Antara
Muka pengguna yang konsisten memudahkan pengguna menggunakan sistem P&P
berasaskan web-WebQuest.       Pelajar berasa seronok sepanjang proses P&P disebabkan
terdapatnya unsur-unsur hipermedia seperti animasi, grafik, bunyi, hiperteks dan warna yang


                                                                                            2
menjadikan persembahan sistem lebih menarik.       Di samping itu, masalah teknikal semasa
penggunaan sistem ini juga adalah di tahap minimum.


Kesimpulan


Pada pandangan saya, para guru perlu bersifat lebih proaktif dalam memperlengkapkan diri
mereka dengan ilmu yang mencukupi bagi mengikuti perubahan ICT yang dinamik, terutama
sekali bagi guru-guru yang mengajar mata pelajaran ICT. Guru perlu kreatif dan inovatif dalam
mengaplikasikan ICT sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan pelajar-
pelajar berupaya untuk berfikir secara kritis, mampu belajar daripada pelbagai sumber dan
berasa lebih berasa seronok semasa mengikuti sesi pembelajaran harian.      Penggunaan ICT
dalam pendidikan di peringkat sekolah sememangnya memberikan pelbagai manfaat kepada
pelajar dan guru dalam pelbagai aspek. Saya bersetuju dengan pendapat penyelidik bahawa
bagi menjayakan penggunaan ICT dalam pendidikan, semua pihak yang terlibat, sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam sektor pendidikan negara perlu memainkan
peranan masing-masing bagi menjayakan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan dengan
lebih efektif dan komprehensif.




                                                                                            3

More Related Content

What's hot (20)

Tugasan 1 KPT6044
Tugasan 1 KPT6044Tugasan 1 KPT6044
Tugasan 1 KPT6044
 
Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuh
 
ULASAN JURNAL
ULASAN JURNAL ULASAN JURNAL
ULASAN JURNAL
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
 
Presentation ulasan jurnal
Presentation ulasan jurnalPresentation ulasan jurnal
Presentation ulasan jurnal
 
Artikel Mini KT
Artikel Mini KTArtikel Mini KT
Artikel Mini KT
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict 3
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Teknologi Maklumat Untuk P&P
Teknologi Maklumat Untuk P&PTeknologi Maklumat Untuk P&P
Teknologi Maklumat Untuk P&P
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
Yusri m20141000731 gruopa(m142)
Yusri m20141000731 gruopa(m142)Yusri m20141000731 gruopa(m142)
Yusri m20141000731 gruopa(m142)
 
P Point Web
P Point WebP Point Web
P Point Web
 
Pembentangan Ulasan Artikel
Pembentangan Ulasan ArtikelPembentangan Ulasan Artikel
Pembentangan Ulasan Artikel
 
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 final
 
Tugasan 1
Tugasan 1Tugasan 1
Tugasan 1
 
Kpt6044 web
Kpt6044 webKpt6044 web
Kpt6044 web
 
Analisis jurnal
Analisis jurnalAnalisis jurnal
Analisis jurnal
 
Frog vle
Frog vleFrog vle
Frog vle
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 

Similar to Ulasan jurnal bagi tugasan 1 kpt 6043

Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalshamsuhaila85
 
Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...
Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...
Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...cikgutika
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internetTee Teh
 
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...fazudli
 
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...shah_idah86
 
Inisiatif ict kpm bestari
Inisiatif ict kpm  bestariInisiatif ict kpm  bestari
Inisiatif ict kpm bestariAxie
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)juelieyza
 
Ulasan jurnal KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
Ulasan jurnal KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan WebUlasan jurnal KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
Ulasan jurnal KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Websuhailarahman26
 
Final tugasan 1 ulasan
Final tugasan 1  ulasanFinal tugasan 1  ulasan
Final tugasan 1 ulasanEna Ros
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5NurAlias91
 

Similar to Ulasan jurnal bagi tugasan 1 kpt 6043 (20)

Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksional
 
Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...
Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...
Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
 
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
 
Inisiatif ict kpm bestari
Inisiatif ict kpm  bestariInisiatif ict kpm  bestari
Inisiatif ict kpm bestari
 
Jurnal ict 1
Jurnal ict 1Jurnal ict 1
Jurnal ict 1
 
Kpt6044 web
Kpt6044 webKpt6044 web
Kpt6044 web
 
KUMPULAN BAHAGIAN B.docx
KUMPULAN BAHAGIAN B.docxKUMPULAN BAHAGIAN B.docx
KUMPULAN BAHAGIAN B.docx
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
 
Ulasan jurnal KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
Ulasan jurnal KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan WebUlasan jurnal KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
Ulasan jurnal KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
 
Final tugasan 1 ulasan
Final tugasan 1  ulasanFinal tugasan 1  ulasan
Final tugasan 1 ulasan
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5
 

More from suhaimi zulkipli

Panduan Penilaian Prestasi Kakitangan Awam
Panduan Penilaian Prestasi Kakitangan AwamPanduan Penilaian Prestasi Kakitangan Awam
Panduan Penilaian Prestasi Kakitangan Awamsuhaimi zulkipli
 
2009 kawasaki er 6 f (ex650c9f d9f) service manual
2009 kawasaki er 6 f (ex650c9f d9f) service manual2009 kawasaki er 6 f (ex650c9f d9f) service manual
2009 kawasaki er 6 f (ex650c9f d9f) service manualsuhaimi zulkipli
 
Interaksi 9: Model ASSURE dalam membina RPH
Interaksi 9: Model ASSURE dalam membina RPHInteraksi 9: Model ASSURE dalam membina RPH
Interaksi 9: Model ASSURE dalam membina RPHsuhaimi zulkipli
 
Interaksi 7: Dapatan dari jurnal berkaiatan e-learning
Interaksi 7: Dapatan dari jurnal berkaiatan e-learningInteraksi 7: Dapatan dari jurnal berkaiatan e-learning
Interaksi 7: Dapatan dari jurnal berkaiatan e-learningsuhaimi zulkipli
 
Tugasan 4: Penilaian Kendiri Melalu Teks
Tugasan 4: Penilaian Kendiri Melalu TeksTugasan 4: Penilaian Kendiri Melalu Teks
Tugasan 4: Penilaian Kendiri Melalu Tekssuhaimi zulkipli
 
Tugasan 3: Kajian Tinjauan
Tugasan 3: Kajian TinjauanTugasan 3: Kajian Tinjauan
Tugasan 3: Kajian Tinjauansuhaimi zulkipli
 

More from suhaimi zulkipli (8)

Panduan Penilaian Prestasi Kakitangan Awam
Panduan Penilaian Prestasi Kakitangan AwamPanduan Penilaian Prestasi Kakitangan Awam
Panduan Penilaian Prestasi Kakitangan Awam
 
2009 kawasaki er 6 f (ex650c9f d9f) service manual
2009 kawasaki er 6 f (ex650c9f d9f) service manual2009 kawasaki er 6 f (ex650c9f d9f) service manual
2009 kawasaki er 6 f (ex650c9f d9f) service manual
 
Interaksi 10
Interaksi 10 Interaksi 10
Interaksi 10
 
Interaksi 9: Model ASSURE dalam membina RPH
Interaksi 9: Model ASSURE dalam membina RPHInteraksi 9: Model ASSURE dalam membina RPH
Interaksi 9: Model ASSURE dalam membina RPH
 
Jurnal untuk Interaksi 7
Jurnal untuk Interaksi 7Jurnal untuk Interaksi 7
Jurnal untuk Interaksi 7
 
Interaksi 7: Dapatan dari jurnal berkaiatan e-learning
Interaksi 7: Dapatan dari jurnal berkaiatan e-learningInteraksi 7: Dapatan dari jurnal berkaiatan e-learning
Interaksi 7: Dapatan dari jurnal berkaiatan e-learning
 
Tugasan 4: Penilaian Kendiri Melalu Teks
Tugasan 4: Penilaian Kendiri Melalu TeksTugasan 4: Penilaian Kendiri Melalu Teks
Tugasan 4: Penilaian Kendiri Melalu Teks
 
Tugasan 3: Kajian Tinjauan
Tugasan 3: Kajian TinjauanTugasan 3: Kajian Tinjauan
Tugasan 3: Kajian Tinjauan
 

Ulasan jurnal bagi tugasan 1 kpt 6043

  • 1. ULASAN JURNAL Tajuk jurnal: Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web- WebQuest bagi Mata Pelajaran ICT. (Development and Evaluation of WebQuest for Information and Communication Technology Subject) Penyelidik: Norazah Mohd. Nordin Ngau Chai Hong Disediakan oleh: Suhaimi bin Zulkipli (M20092000858) Pengenalan Jurnal ini ditulis oleh Norazah Mohd. Nordin dan Ngau Chai Hong yang diterbitkan dalam Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009)111-129. Jurnal ini melaporkan tentang kajian proses pembangunan dan penilaian bahan pengajaran berasaskan web bagi mata pelajaran ICT Tingkatan Empat, iaitu WebQuest serta mengulas perihal pentingnya usaha untuk menggalakkan guru-guru mengintergrasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. WebQuest merupakan aktiviti inkuiri yang mengarahkan sebahagian atau kesemua maklumat yang diperoleh daripada internet oleh pelajar. WebQuest berfungsi sebagai rangka kerja yang boleh digunakan oleh guru untuk pembinaan bahan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan menggunakan internet. Objektif Kajian 1
  • 2. Objektif kajian tersebut adalah untuk membangunkan suatu bahan pengajaran berasaskan web, WebQuest, bagi mata pelajaran ICT Tingkatan Empat, serta menilai persepsi pelajar terhadap bahan pengajaran yang dibangunkan dari aspek Antara Muka (interface), Isi Kandungan dan Struktur Pengajaran dan Pembelaran (P&P) yang menggunakan WebQuest. Metodologi Kajian Kajian dijalankan dalam dua fasa, iaitu Fasa Pembangunan Sistem P&P berasaskan web- WebQuest dan Fasa Penilaian WebQuest yang telah dibangunkan. Kaedah yang digunakan adalah kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik . Kajian dijalankan di dua buah sekolah yang menawarkan mata pelajaran ICT, iaitu SMK Tinggi Melaka dan SMK Tinggi Perempuan Melaka. Sampel kajian adalah terdiri daripada semua pelajar sekolah tersebut yang sedang mengambil mata pelajaran ICT di Tingkatan Empat, iaitu seramai 21 orang. Kesemua mereka adalah homogenous dari aspek umur, kemudahan prasarana sekolah, tenaga pengajar yang terlatih dan kedua-dua sekolah merupakan sekolah kawalan di mana pelajar- pelajar Tingkatan Empat di kedua-dua buah sekolah tersebut sekurang-kurangnya mempunyai 3A dalam keputusan PMR. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik yang mengukur persepsi pelajar terhadap WebQuest yang dibangunkan berasaskan tiga aspek, iaitu Antara Muka, Isi Kandungan dan Struktur P&P. Kaedah pengukuran yang digunakan adalah dengan menggunakan Skala Likert. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan program SPSS versi 11.5. Kajian ini menggunakan statistik diskriptif untuk melihat taburan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai bagi menerangkan demografi dan persoalan kajian yang dikemukakan. Dapatan Kajian Melalui penganalisaan data dan nilai min yang diperolehi, persepsi pelajar terhadap WebQuest yang dibangunkan adalah tinggi. Responden dalam kajian ini menyatakan bahawa secara keseluruhannya WebQuest ini sesuai dan menarik perhatian pengguna. Rekabentuk Antara Muka pengguna yang konsisten memudahkan pengguna menggunakan sistem P&P berasaskan web-WebQuest. Pelajar berasa seronok sepanjang proses P&P disebabkan terdapatnya unsur-unsur hipermedia seperti animasi, grafik, bunyi, hiperteks dan warna yang 2
  • 3. menjadikan persembahan sistem lebih menarik. Di samping itu, masalah teknikal semasa penggunaan sistem ini juga adalah di tahap minimum. Kesimpulan Pada pandangan saya, para guru perlu bersifat lebih proaktif dalam memperlengkapkan diri mereka dengan ilmu yang mencukupi bagi mengikuti perubahan ICT yang dinamik, terutama sekali bagi guru-guru yang mengajar mata pelajaran ICT. Guru perlu kreatif dan inovatif dalam mengaplikasikan ICT sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan pelajar- pelajar berupaya untuk berfikir secara kritis, mampu belajar daripada pelbagai sumber dan berasa lebih berasa seronok semasa mengikuti sesi pembelajaran harian. Penggunaan ICT dalam pendidikan di peringkat sekolah sememangnya memberikan pelbagai manfaat kepada pelajar dan guru dalam pelbagai aspek. Saya bersetuju dengan pendapat penyelidik bahawa bagi menjayakan penggunaan ICT dalam pendidikan, semua pihak yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam sektor pendidikan negara perlu memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan dengan lebih efektif dan komprehensif. 3