Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Cover ulasan jurna lpenuh

1,320 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Cover ulasan jurna lpenuh

  1. 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TANJONG MALIM PERAK KPT 6044PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB SEMESTER 1-2012/2013 PENSYARAH: PROF. MADYA DR ABD LATIF B HAJI GAPOR TUGASAN 1: ULASAN JURNAL.Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web – Webquest bagi Mata Pelajaran ICT DISEDIAKAN OLEH: VINCENT RAJ A/L L ANDRAIAH (M20111000173)
  2. 2. PengenalanTeknologi instruksional (Ti) adalah teori dan amalan dalam rekabentuk,pengembangan , penggunaan , pengurusan dan penilaian proses dan sumber untukpembelajaran. Pada tahun 20 an Ti tumpu kepada penggunaan media instruksionalseperti peralatan dan bahan media seperti gambar, model, carta , peta ,slaid, danstereograf. Pada awal tahun 50 an Ti tukar kepada penggunaan media pandang dandengar seperti rakaman audio dan radio dan filem. Di negara Malaysia pada tahun20 an hingga 50 an ini Ti memainkan peranan sebagai penggunaan bahan pandangseperti kad gambar, carta, peta, model dan bahan terbuang kemudian alat pandangdengar (Nurudin Jamin, 1978), (Sumber : Kitab pedoman guru, Dussek dan MohdHashim Talib, 1929, Kitab pertolongan ilmu mengajar, terjemahan Abd Aziz Bin Din,1948). Pada 60 an hingga 70 an melihat Ti sebagai salah satu cara untukmenyelesai masalah (Finn, 1960). Ia juga dilihat sebagai aplikasi Sains (Lumsdaine,1964), Ti adalah mereka bentuk dan penggunaan mesej dalam mengawal prosespembelajaran (Davi, 1963). Pada 70 an alat atau bahan media telah direka ekorandaripada revolusi komunikasi. Lebih dari alat Ti dilihat sebagai satu proses sistematikmereka bentuk, melaksana dan menilai seluruh proses pembelajaran danpengajaran mengikut objektif spesifik, berpandukan kajian terhadap pambelajaranmanusia dan komunikasi dan menggabungkan sumber manusia dan bukan manusiabagi menghasilkan instruksi yang lebih berkesan (Tickton, To improve learning,1970). Kajian menunjukkan bahawa bahan yang dihasilkan mengikut reka bentuksistem. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa bahan yang dihasilkanmengikut reka bentuk sistem instuksional akan membantu proses pembelajaran(Euis Mariani, 2005, Chan Chang Tik, 1996; Ismail Md. Zain, 1996; Jeyanti, 1997).
  3. 3. Berikut adalah ulasan jurnal .Jurnal pertamaPembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan PembelajaranBerasaskan Web – Webquest bagi Mata Pelajaran ICT(Development and Evaluation of Webquest for Informationand Communication Technology Subject)NORAZAH MOHD. NORDINNGAU CHAI HONGJurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 111 - 129PengenalanPengajaran dan Pembelajaran (P&P) berasaskan web adalah konsep yangmengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi (Information andCommunication Technology (ICT)) dalam sistem pendidikan. Dalam memperkasakanprofesion perguruan agar semua guru sentiasa bersaing dengan teknologi maklumatterkini, para guru digalakkan untuk mengintegrasikan ICT dalam proses P&P. Selaindaripada penglibatan aktif pelajar dalam proses pembelajaran melalui medium webyang dapat menghasilkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, ia juga dapatmempertingkatkan tahap pembelajaran di kalangan pelajar (Chang 2001). MenurutKementerian Pelajaran Malaysia (2006) program pendidikan di negara ini, khususnyabagi peringkat sekolah digubal berlandaskan kepada Falsafah PendidikanKebangsaan (FPK) yang menggambarkan bahawa pembangunan insan itu perlulahseimbang dan menyeluruh perkembangannya dari segi intelek, rohani, emosi danjasmani. Bagi memberi sumbangan kepada kaedah alternatif dalam prosespengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran ICT ini, satu kajian mengenaipembangunan dan penilaian bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan webtelah dijalankan. Menurut Norazah (2006), P&P berasaskan web yang bertujuanuntuk memberikan kemudahan kepada para pendidik menguruskan bahanpengajaran, menghasilkan persekitaran pembelajaran yang efektif, serta melibatkanpenyertaan aktif di kalangan pelajar dalam proses P&P adalah sangat sesuaidijadikan kaedah alternatif dalam proses pengajaran ICT. Kertas kajian inimelaporkan tentang proses pembangunan dan penilaian bahan pengajaranberasaskan web bagi mata pelajaran ICT Tingkatan 4, iaitu Webquest (Dodge 1995).
  4. 4. TeoriTerdapat dua pendekatan yang dilaksanakan dalam P&P mata pelajaran ICT bagitujuan menyampaikan ilmu tentang ICT, iaitu “belajar tentang ICT”, dan “belajardengan ICT” (KPM 2001). Pendekatan “belajar tentang ICT” digunakan dengantujuan menyediakan pengetahuan dan kemahiran asas ICT. Pelajar menjadipengguna ICT yang berkesan. Manakala pendekatan “belajar dengan ICT” pulamenggunakan teknologi untuk menyelesaikan masalah dengan tujuan menyediakanpelajar dengan ilmu yang membolehkan mereka menyumbang kepadapembangunan teknologi. Kedua-dua pendekatan P&P adalah bersifat hands-on danminds-on. Proses yang terlibat dalam P&P mata pelajaran ICT juga adalahberasaskan interaksi yang berterusan di antara pelajar dan bahan, pelajar dan guru,serta pelajar dan ICT. Proses interaksi ini berpusatkan kepada pelajar sekali gusmeminimumkan pemusatan pelajar kepada guru. Dalam konteks ini pelajar adalah“autonomous” dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tujuproses pembelajaran.Salah satu model mengintegrasikan penggunaan web dalam aktiviti bilik darjah ialahpendekatan WebQuest (Dodge 1995). WebQuest merupakan aktiviti inkuiri yangmengarahkan sebahagian atau kesemua maklumat yang diperoleh daripada internetoleh pelajar. Pada asasnya, WebQuest mempunyai enam komponen iaituPengenalan, Tugasan, Maklumat, Proses, Penilaian, dan Kesimpulan. ModelWebQuest ini direka bentuk oleh Dodge dan rakan sekerjanya March (1998), yangberfungsi sebagai rangka kerja yang boleh digunakan oleh guru untuk pembinaanbahan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan menggunakan internet.PersoalanSecara khususnya, dua perkara utama yang telah dilaporkan ialah aktiviti:a. Membangunkan suatu bahan pengajaran berasaskan web, WebQuest bagimata pelajaran ICT Tingkatan Empat.b. Menilai persepsi pelajar terhadap bahan pengajaran Berasaskan Web- WebQuestyang bertajuk Computer System: System Concept dari aspek:i. antara muka WebQuest,
  5. 5. ii. isi kandungan WebQuestiii. struktur P&P WebQuest.Latar belakangData dikumpul daripada dua buah sekolah yang menawarkan mata pelajaran ICT.Pemilihan responden terdiri daripada semua pelajar Tingkatan Empat yangmengambil mata pelajaran ICT seperti yang di senarai dalam Jadual 1. Pemilihansampel dibuat berdasarkan ciri-ciri yang sama (Majid Konting, 1994) iaitu semuapelajar di sekolah tersebut sedang mempelajari mata pelajaran ICT di TingkatanEmpat serta homogenous dari aspek umur, kemudahan prasarana sekolah, tenagapengajar yang terlatih dan kedua-dua sekolah merupakan sekolah kawalan di manapelajar-pelajar Tingkatan Empat di kedua-dua buah sekolah tersebut sekurang-kurangnya mempunyai 3A dalam keputusan PMR. Borang soal selidik diedarkankepada responden-responden. Soal selidik yang digunakan adalah adaptasidaripada kajian Suraini (2000), Noraini (2001), Dodge (2001) dan Au (2002).Instrumen ini mengukur persepsi pelajar terhadap WebQuest yang dibangunkanberasaskan tiga aspek, iaitu Antara Muka, Isi Kandungan dan Struktur Pengajarandan Pembelajaran. Setiap item dalam soal selidik adalah berdasarkan skala Likertlima mata dengan skor 1, 2, 3, 4, dan 5.Jadual 1. Sampel Kajian: Pelajar tingkatan 4 yang mengambil matapelajaran ICT Bil pelajar tingkatanBil Nama sekolah 4 yang mengambil Bil sampel pelajaran ICT1 SMK Tinggi Melaka 14 142 SMK Tinggi Perempuan Melaka 7 7 Jumlah 21 21Kaedah
  6. 6. Kajian ini dijalankan dalam dua fasa, iaitu Fasa Pembangunan Sistem P&Pberasaskan Web – WebQuest dan Fasa Penilaian Webquest yang telahdibangunkan. Bahagian pembangunan sistem menghuraikan proses pembangunansistem P&P berasaskan Web-WebQuest. Fasa pembangunan ini melibatkanprosedur yang bermula dengan Fasa Analisis, Fasa Reka Bentuk, FasaPembangunan, Fasa Implementasi dan Fasa Penilaian.Setelah WebQuest dibangunkan, bahan pengajaran berasaskan web ini diimplemendi sekolah yang menawarkan mata pelajaran ICT untuk tujuan penilaian. Bahan inidinilai dari aspek persepsi pelajar terhadap komponen berikut:i. antara muka WebQuestii. isi kandungan WebQuestiii. struktur P&P WebQuestDapatanDalam kajian ini, persepsi pelajar Tingkatan Empat terhadap WebQuest yangdibangunkan adalah tinggi (dengan min keseluruhan untuk bahagian ini ialah 4.37dengan sisihan piawai 0.51). Min keseluruhan paparan antara muka WebQuest ialah4.24 dengan sisihan piawai 0.49. Responden dalam kajian ini menyatakan bahawasecara keseluruhannya WebQuest ini sesuai dan menarik perhatian pengguna.Manakala min keseluruhan isi kandungan WebQuest ialah 4.38 dengan sisihanpiawai 0.59, di mana responden dalam kajian ini menyatakan bahawa WebQuestmenyediakan kemudahan pengaksesan e-pembelajaran. Kenyataan ini memangbertepatan dengan prinsip pembelajaran mata pelajaran ICT dalam KementerianPelajaran Malaysia(2006) iaitu WebQuest bersifat terarah kendiri dan anjal. Minkeseluruhan struktur P&P WebQuest ialah 4.46 dengan sisihan piawai 0.53. Soalselidik dalam bahagian ini ada menyatakan WebQuest menarik minat untukmendapatkan maklumat tambahan dengan menggunakan pautan-pautan yangdisediakan.
  7. 7. KesimpulanWebQuest berfungsi sebagai rangka kerja yang boleh digunakan oleh guru untukpembinaan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan menggunakan internet.Para guru, khususnya yang mengajar mata pelajaran ICT perlu mempersiapkan diriuntuk mengikut perubahan arus ICT yang dinamik. Mereka perlu sentiasa bersikapinovatif dan kreatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran untukmempertingkatkan kemahiran profesionalisme perguruan mereka. Secara amnya,untuk menjayakan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan, semua pihak yangterlibat secara langsung seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, JabatanPendidikan, Pentadbir Sekolah dan Guru, mahupun yang terlibat secara tidaklangsung seperti pihak ibu bapa haruslah bekerjasama dan berusaha dengan gigihuntuk mengatasi halangan-halangan yang timbul dalam usaha-usaha untukmenjayakan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan .
  8. 8. RujukanNorazah Mohd. Nordin, Ngau Chai Hong. (2009). Pembangunan dan Penilaian bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan Web-webquest bagi mata pelajaran ICT Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1): 111 - 129 . Retrieved March 19, 2012,from http://journalarticle.ukm.my/207/

×