Tajuk 3 media pengajaran

6,316 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
6,316
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
13
Actions
Shares
0
Downloads
256
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tajuk 3 media pengajaran

  1. 1. EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ TAJUK 3 MEDIA PENGAJARAN SINOPSIS Tajuk ini mengandungi menjelaskan konsep media dan media pengajaran yang merupakan salah satu domain dalam teknologi pengajaran. Tajuk ini juga menghuraikan pengkelasan, kelebihan serta fungsi untuk menentukan pemilihan, pembinaan dan penggunaan media pengajaran sebagai saluran komunikasi. HASIL PEMBELAJARAN Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan dapat: i. menjelaskan konsep media dan media pengajaran. ii. merumuskan fungsi media pengajaran. iii. menyatakan pengkelasan media pengajaran. iv. menyata dan menghuraikan langkah penyediaan media pengajaran. KERANGKA TAJUK 3.1 Konsep Media Pengajaran 3.2 Fungsi Media Pengajaran 3.3Jenis-jenis dan Klasifikasi Media 3.4Penyediaan Media Pengajaran` 1
  2. 2. EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ 3.1 Konsep Media Pengajaran Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, bolehlah dikatakan media pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan. Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud perantara. Ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima. Contoh media termasuklah filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar. Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian murid dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran. Fikirkan Apakah kelebihan menggunakan media dalam pengajaran? Apakah jenis media yang akan anda gunakan untuk mengajar topik berikut? (a) Sains mengenai rupa atom; (b) Matematik mengenai set, subset dan tindanan 3.2 Fungsi Media Pengajaran Kesan menggunakan media yang terdiri daripada pelbagai jenis itu didapati berbeza antara satu dengan yang lain. Ada yang sesuai pada perkara yang mempunyai unsur abstrak ikonik dan enaktif. Ini dapat dilihat kon pengalaman pembelajaran yang pernah diketengahkan oleh Edgar Dale (Wah Wan Ali et al.2008) sebagaimana yang terdapat dalam rajah. 2
  3. 3. EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ Rajah 1: Kon Pengalaman Dale Media terdiri daripada pelbagai jenis boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah: a) Media menjadi sumber yang dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran berikut: • Memainkan peranan sebagai papan hitam. • Menjadi alat yang boleh mengawal disiplin murid semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. • Boleh mengurangkan kebosanan murid di mana menggunakan pelbagai multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3
  4. 4. EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ b) Media dapat membantu guru menyakinkan diri dan mengurangkan darah gemuruh (podium fright) semasa penyampaian pengajaran. c) Media dapat membantu guru menyampaikan mesej dalam pengajaran, memberi maklumat yang tepat dan jelas, motivasi murid dalam pembelajaran dan memberi hiburan (entertainment). d) Melalui media keterangan seribu perkataan dapat diperjelaskan dengan sekeping gambar. Di samping itu juga media dapat: • mengurangkan masa penerangan. • murid dapat belajar lebih. • murid dapat mengekakalkan kefahaman. • murid dapat meyakinkan kemahiran dan prestasinya pada subjek yang dipelajarinya. e) Penggunaan alat bantu memudahkan kita mewujudkan pengalaman konkrit. Menurut kajian, kadar murid ingat berbeza-beza jika mereka membuat kerja seperti berikut: Jika, • membaca mereka memperolehi 10% dari apa yang dibacanya • mendengar mereka memperolehi 20% dari apa yang didengar • mendengar dan melihat mereka 30% dari apa yang didengar dan memperolehi dilihat • memyebut mereka memperolehi 70% dari apa yang didengar, dilihat dn disebut • membuat, menyebut mereka 90% dari apa yang didengar, dilihat memperolehi dan disebut 3.3 Jenis-Jenis dan Klasifikasi Media Media pengajaran terbahagi kepada dua: i. Media cetak ii. Media bukan cetak 4
  5. 5. EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ 5
  6. 6. EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ 3.3.1 Media Cetak Media cetak merupakan bahan-bahan maklumat yang dicetak di atas kertas. Ia berbentuk buku teks, buku kerja,buku rujukan, majalah, risalah, surat khabar, nota- nota, prosiding seminar, surat-surat berita, laporan tahunan dan sebagainya. Tujuan bahan-bahan ini dicetak adalah untuk: i. Memberikan panduan. ii. Menyampaikan maklumat. iii. Mempertingkatkan tumpuan atau fokus perhatian pada bidang yang dicetak. 3.3.1.1. Jenis Media Cetak Secara umumnya media cetak boleh diklasifikasikan kepada empat fungsi sebagaimana yang dinyatakan seperti berikut: a. Alat bantu mengajar b. Bahan untuk latihan c. Bahan maklumat d. Bahan untuk peningkatan ilmu Surat khabar Rajah 2: Contoh Media Cetak Media Sebagai Alat Bantu Mengajar Bahan cetak yang berperanan sebagai alat bantu belajar merupakan bahan-bahan yang mempunyai instruksi atau panduan sumber belajar. Lazimnya instruksi yang terdapat dalam bahan bantu mengajar itu dibentuk tahap demi tahap atau langkah demi langkah untuk memudahkan murid mengguna dan memahamkan pelajaran dengan mudah. Ia berbentuk ’guide sheet’, ’jobs aids’ dan sebagai satu gambar 6
  7. 7. EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ bersiri. Maklumat dalam ”guide sheet” akan menampilkan kata-kata atau arahan secara keseluruhan sedangkan ”jobs aids” selain dari kata-kata atau arahan tadi terdapat juga beberapa ilustrasi atau gambar bersama-sama arahan tadi, manakala ”picture series” merupakan maklumat yang disampaikan dalam gambar bersiri. Media Sebagai Bahan Untuk Latihan Bahan yang berperanan sebagai bahan untuk latihan lazimnya ia berbentuk intruksi. Di sini pembaca akan disugukkan dengan pelbagai maklumat atau petunjuk yang berkaitan dengan pelajaran yang diajar. Bahan untuk latihan ini adalah berbentuk ”manual” , ”handout” dan ada yang berbentuk Panduan Pembelajaran(study guides). Manual Manual adalah petunjuk yang praktikal bagi sesuatu kerja yang perlu dilaksanakan. Biasanya pelatih-pelatih akan menggunakan manual ini untuk melaksanakan sesuatu kerja atau projek mengikut langkah-langkah yang instruktornya telah rancang dan catatkan di manual yang diedarkan itu. Handout Rajah 3: Contoh handout Nota atau catatan yang dibuat oleh guru atau tenaga pengajar yang diedarkan kepada murid. Lazimnya catatan itu berkaitan dengan isi pelajaran. Maklumat yang terdapat dalam bahan edaran itu antara lainya adalah jadual pelajaran, sinopsis pelajaran dan objektif yang ingin dicapai, tugas-tugas yang perlu disempurnakan, sumber-sumber bahan untuk rujukan. 7
  8. 8. EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ 8
  9. 9. EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ Panduan Pembelajaran (Study Guides) Secara kasarnya ” study guides” ini mempunyai ciri seakan-akan serupa dengan ”handout” dari aspek penggunaannya. Kedua-dua bahan ini bertujuan untuk murid dan poeserta membuat latihan. Perbezaan yang nyata terhadap ”handout” dengan ”study guides” adalah dari aspek penjelasan isi bagi sesuatu topik pengajaran. Pada ”handout” penjelasan yang dapat kita lihat adalah ringkas terhadap sesuatu topik manakala ”study guides” maklumat yang diterangkan itu didapati terperinci. Media Sebagai Bahan Maklumat Media cetak berperanan sebagai bahan maklumat foreka dengan tujuan untuk memberi mahlumat dan mitibasi. Ia dapat menarik perhatian seseorang dengan menampilkan sesuatu yang dimiliki oleh sesebuah organisasi; Lazimnya, ia berbentuk risalah (brochure) surat khabar, laporan tahunan dan sebagainya. Media Sebagai bahan Peningkatan Ilmu Media cetak berbentuk buku boleh berperanan sebagai alat yang dapat meningkatkan ilmu seseorang dengan lebih mendalam. Jenis bahan berbentuk buku dan bukan buku ini boleh diklasifikasikan pada bahan rujukan, fiksyen dan bukan fiksyen yang Dewey klasifikasikan kepada 10 kod yang bermula dari kod 000 hingga ke kod 999 dan Library Congress menggunakan notasi bercampur seperti berikut: Sistem Perpuluhan Dewey (DDC) iaitu kod ringkasan pertama 000 Karya Am 100 Falsafah 200 Agama 300 Sains Sosial 400 Bahasa 500 Sains Tulin 600 Teknologi/Sains Gunaan 700 Kesenian 800 Kesusasteraan 9
  10. 10. EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ 900 Geografi, Biografi dan Sejarah Kod Library Congress pula menggunakan kod pengklasannya seperti berikut untuk mengkelaskan bahan pendidikan di pusat pendidikan terutama di institut pengajian tinggi di Malaysia. Simbol-simbol pada kod Library Congress adalah: A, AS, AG, Ae, AY Karya Am B, BH, BJ BF Falsafah Bl, BX, BP, BZ Agama H, HA, HJ HM, HX Sains Sosial L, LH, LA, LC, LD, LG, LJ,LB Pendidikan P, PE, PN, PR, PZ Bahasa Q, Qa, QB, QC, QD, QE,QH Sains Tulin TA, TE, TG, TH, TK, TP,TT,TE, TX Teknologi K Undang-Undang G,C, F Geografi Am dan Biografi 3.3.1.2. Kebaikan Media Bercetak Media cetak sebagaimana yang tersenarai di atas jika dibandingkan dengan media lain, ia mempunyai beberapa kebaikan seperti berikut: i. Bentuk media cetak didapati mudah dibawa dan mudah juga digunakan di mana sahaja. ii. Media cetak didapati lebih ekonomi, mudah disebar, mudah dipindah- pindahkan dari seorang pengguna kepada pengguna yang lain. iii. Pembaca boleh mengambil masa yang lama untuk mencerna isi maklumat yang terkandung di dalamnya dan boleh diulang-ulang mengikut keperluan pengguna. iv. Media cetak mampu menyimpan maklumat yang konsisten dan tepat dan dapat menghasilkan kesamaan pengertian maklumat untuk hari ini dan juga untuk sedekad yang akan datang. v. Bahan cetak digunakan begitu meluas kerana terdapat beberapa ciri yang positif seperti berikut: 10
  11. 11. EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ a. Digunakan begitu meluas. b. Mudah disedia dan diterbitkan. c. Digunakan sebagai alat pengajaran utama. d. Tidak menggunakan alat lain semasa menggunakannya. e. Mudah dikemas kini. f. Murid dapat mengawal masa, tempat dan tempoh pembelajaran mereka. g. Bahan bercetak mempunyai latihan di akhir modulnya, mempunyai pengajaran yang sudah dirancang dengan penerangannya dilengkapkan dengan gambar, carta, jadual dan gambar-gambar kartun. 3.3.1.3 Kelemahan Media Cetak Media cetak apabila dibandingkan dengan media lain seperti audio, video terdapat beberapa kelemahan seperti berikut: i. Media cetak tidak dapat menampilkan gambar bergerak dan bersuara yang dapat memberikan pengalaman murid bersifat konkrit. ii. Keberkesanan media cetak banyak bergantung pada kebolehan individu menguasai bacaan. Jika kebolehan membaca lemah maka pembaca akan menghadapi masalah untuk memahami isi maklumat. iii. Maklum balas tidak dapat disampaikan serta merta kecuali menggunakan kemudahan telefon atau internet. 3.3.2 Media Bukan Bercetak Kumpulan bahan pengajaran yang kedua adalah bahan yang berbentuk bukan bercetak yang boleh diklasifikasikan pada jenis perkakasan (hardware) dan jenis perisian (software) dan bahan kos rendah dan papan peragaan. 3.3.2.1 Bahan Jenis Perkakasan (Hardware) • Kamera filem 35mm • Kamera video • Perakam audio • Radio 11
  12. 12. EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ • Televisyen • Projektor filem • Projektor OHP • Projektor slaid • Projektor LCD • Projektor legap Rajah 4: Projektor slaid Projektor slaid Bahan Jenis Perisian (software) • Filem • Transparensi • Kaset audio • Slaid • Perisian komputer • Mikro filem Mikro filem Rajah 5: Mikro filem Kesemua media yang berbentuk perkakasan dan perisian tersebut pada umumnya boleh diklasifikasikan juga mengikut fungsinya seperti berikut: 3.3.2.2 Media Tayang Bahan yang memerlukan projektor untuk menayangkan imej, gambar, fakta dan teks untuk ditonton. Projektor bagi bahan seperti berikut slaid Projektor berbeza antara satu dengan yang lain. Ada yang memerlukan OHP, filem ptojektor, LCD, slaid projektor dan mikro filem. • Slaid • Filem • Transparensi • Multimedia • Video • Produk komputer • Mikro filem Multimedia Rajah 6: Multimedia 12 Projektor slaid
  13. 13. EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ 13
  14. 14. EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ 3.3.2.3 Bahan Kos Rendah Bahan kos rendah boleh dikategorikan kepada bahan 2 dimensi (2D) dan bahan 3 dimensi (3D). Bahan 2D terdiri daripada bahan seperti carta, bahan bercetak,graf, lukisan, fotograf, poster, kartun,brosur dan akhbaryang guru boleh gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan 3D adalah bahan sebenar (realia) ataupun bahan buatan manusia yang menyerupai bahan sebenar. Bahan 3D boleh dikategorikan kepada kategori berikut: i. Bahan berbentuk model ii. Bahan realia iii. Bahan berbentuk diorama iv. Bahan berbentuk panel animasi dan si mulasi v. Boneka-Boneka sarung tangan, boneka lidi, boneka wayang kulit dan boneka bertali. vi. Bahan mudahalih (mobile) Aktiviti1 Jawab soalan-soalan berikut: 1. Apakah media pengajaran? 2. Bagaimana media boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran? 3. Bagaimana media boleh diklasifikasikan? 4. Apakah fungsi media pengajaran? 5. Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memilih media pengajaran? 6. Apakah langkah-langkah yang perlu dalam menyediakan bahan media pengajaran? 14
  15. 15. EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ Aktiviti2 Berikan seberapa banyak contoh untuk setiap jenis media berikut: Bil Klasifikasi media Contoh media 1 Media tayang kaku 2 Media tayang bergerak 3 Bahan grafik 4 Gambar pegun 5 Bahan 2 Dimensi 6 Bahan 3 Dimensi 7 Papan Peragaan 8 Media audio 9 Media cetak 3.4 Pemilihan Media Pengajaran Media boleh digunakan dalam pelbagai cara dan bentuk dengan tujuan untuk membantu seseorang dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui pengalaman yang lepas penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan berhemah untuk pemilihan kesesuaian media dengan pengajaran. Terdapat enam panduan yang boleh dilakukan untuk kita membuat pilihan media untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. i. Sebelum membuat pemilihan media, pastikan perkara berikut sudah diketahui, a. Ciri murid yang akan menggunakan media dan kaedah pembelajaran yang telah dialaminya. b. Bilangan murid dan tempat atau suasana yang kita akan gunakan media tersebut. c. Matlamat dan objektif pengajaran tersebut. 15
  16. 16. EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ d. Tajuk dan kandungan isi pelajaran yang hendak disampaikan. e. Pastikan bentuk aktiviti yang akan dilaksanakan nanti. f. Alat kawalan media yang akan digunakan. g. Strategi penyampaian guru (cara, mana satu yang akan didahulukan). ii. Tentukan jenis media seperti bahan-bahan cetak, slaid, OHP, pita video, pita audio, mikrokomputer dan kemudahan virtual yang hendak digunakan itu ada dan boleh digunakan. iii. Tentukan sumber sokongan yang boleh digunakan, terutamanya kakitangan sokongan, kemudahan yang berkaitan dengan media, masa persiapan juga kemahiran teknikal tentang penggunaan media pengajaran tersebut semasa pengajaran. iv. Kenal pasti media dan kelengkapan yang murid boleh gunakan. Hal ini perlu diketahui kerana sebahagian murid kita sudah melihat, mengalami dan menggunakan beberapa alat di rumah dan di persekitaran hidup kita. Dari kemahiran yang murid miliki ini, guru boleh bekerjasama dan melibatkan murid yang mahir dalam pengajarannya. v. Tentukan cara penyampaian yang hendah digunakan, sama ada komunikasi sehala atau dua hala dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu nanti. vi. Pastikan tempat dan suasana fizikal yang guru hendak gunakan media itu sesuai dan boleh memberi kesan yang baik dan objektifnya tercapai. RUMUSAN Media pengajaran yang baru boleh digunakan terdiri dari pelbagai bentuk. Ada yang berbentuk tayang dan ada yang berbentuk bukan tayang. Setiap bahan dan alat ini berperanan sebagai alat yang boleh membantu guru dan murid memahami sesuatu ilmu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Fungsi setiap alat dan bahan ini berbeza mengikut keperluan pengguna. Dengan ini amat wajar bagi setiap guru perlu membuat pemilihan terlebih dahulu sebelum digunakannya di bilik darjah. 16
  17. 17. EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ 17
  18. 18. EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ Latihan 3 Jawab semua soalan berikut: 1. Tujuan media cetak digunakan adalah untuk A. meningkatkan kemampuan pembaca B. memotivasikan tingkat pemerhatian dan perilaku seseorang C. menjelaskan kembali kepada orang lain mengenai maklumat yang ada D. menyamakan persepsi pembaca 2. Study Guides merupakan salah satu bentuk media untuk menyampaikan maklumat, dan digunakan sebagai A. instruksi B. bimbingan C. latihan D. praktik 3. Antara yang berikut, yang manakah media cetak yang berperanan sebagai sebaran maklumat A. handout B. manual C. study guides D. brochure 4. Huraikan empat kelebihan menggunakan bahan bercetak dalam pengajaran dan pembelajaran. 5. Senaraikan empat contoh bahan bukan bercetak. 6. Apakah perbezaan antara media cetak dengan media bukan cetak? 7. Bagaimana media mampu membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah? 18
  19. 19. EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ BIBLIOGRAFI Mohd Jizat Abdol, Abdul Razak Idris & Jessnor Elmy (2006). Teknologi pengajaran dan pembelajaran. UTM. Ngui Kuan Sang.(1989).Teknologi pendidikan: penggunaannya dalam pengajaran Geografi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain.(2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia. Noriati A.Rashid, et. al. (2009).Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar. Prcival, H.T., Ellington, H.I. dan Race,P., (1993). Handbook of Educational Technology. edisi ke-3. London: Kogan Page. Smaldino, S.E., Russell, J., Heinnich, R. & Molenda, M. (2005). Instructional technology and media for learning. Edisi ke 8. New Jersey: Prentice Hall. Wah Wan Ali et al. (2008). HBEM3103. Prinsip teknologi pengajaran. Kuala Lumpur: OUM. 19

×