SlideShare a Scribd company logo
PANDUAN MENGURUS PEGAWAI
TIDAK HADIR BERTUGAS
Panduan Mengurus Pegawai Tidak Hadir Bertugas
Cetakan Pertama Ogos 2010
© Hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh
dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali atau disiarkan dalam
apa-apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman
atau lain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian
Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi:
Sektor Pembangunan Dasar Tatatertib Dan Keutuhan
Bahagian Perkhidmatan
Jabatan Perkhidmatan Awam
Aras 6, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya
Tel: 03-8885 3000
Faks: 03-8881 1370
www.jpa.gov.my
Prakata
Kesalahan tidak hadir bertugas pegawai awam merupakan di
antara kesalahan yang sering dikesan dan kerap berlaku. Oleh itu,
“Panduan Mengurus Pegawai Tidak Hadir Bertugas” dihasilkan
dengan harapan murni bagi menjadikannya satu rujukan mudah
dan segera untuk membantu Ketua-ketua Jabatan di kementerian,
jabatan dan agensi Kerajaan dalam menguruskan kes tidak hadir
bertugas dengan lebih kemas, pantas dan berkesan. Tindakan
yang efektif oleh Ketua Jabatan diharap dapat memberi kesan
segera kepada salah laku ketidakhadiran bertugas dan seterusnya
membendung masalah ini. Panduan ini juga memuatkan carta alir,
tempoh pelaksanaan, senarai dokumen yang diperlukan, contoh
laporan serta proses kerja yang mudah difahami dan praktikal.
Diharapkan “Panduan Mengurus Pegawai Tidak Hadir
Bertugas” ini dapat dimanfaatkan bagi memantapkan usaha
pengawalan tatakelakuan dan memperteguhkan integriti pegawai
awam.
Selamat menjalankan tugas.
Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia
Ogos 2010
i
KANDUNGAN
PRAKATA i
KANDUNGAN ii
PENDAHULUAN 1
PERANAN KETUA JABATAN 2
KATEGORI TIDAK HADIR BERTUGAS 2
1. Tidak Hadir Bertugas Dan Dapat Dikesan 3
2. Tidak Hadir Bertugas 7 Hari Bekerja Berturut-Turut
Dan Tidak Dapat Dikesan 4
3. Tidak Hadir Bertugas: Meminda Sijil Cuti Sakit 5
Atau Mengemukakan Sijil Cuti Sakit Palsu
4. Tidak Hadir Bertugas Pada Masa Dan Tempat 6
Yang Ditetapkan (Ponteng Kerja)
PENUTUP 6
LAMPIRAN
LAMPIRAN A Carta Alir: Tidak Hadir Bertugas Dan Dapat Dikesan 7
LAMPIRAN B Carta Alir: Tidak Hadir Bertugas 7 Hari Bekerja 8
Berturut-Turut Dan Tidak Dapat Dikesan
LAMPIRAN C Carta Alir: Tidak Hadir Bertugas: Meminda Sijil Cuti 9
Sakit Atau Mengemukakan Sijil Cuti Sakit Palsu
LAMPIRAN D Carta Alir: Tidak Hadir Bertugas Pada Masa Dan 10
Tempat Yang Ditetapkan (Ponteng Kerja)
LAMPIRAN E Contoh Format: Laporan Kes Tidak Hadir Bertugas Dan 11
Dapat Dikesan
LAMPIRAN F Contoh Format: Laporan Kes Tidak Hadir Bertugas Dan 12
Dikesan Tidak Dapat
LAMPIRAN G Contoh Format: Surat Arahan Lapor Diri Serta Merta 13
LAMPIRAN H Contoh Format: Surat Arahan Pemotongan Gaji 14
Pegawai
ii
PENDAHULUAN
Ketidakhadiran bertugas merupakan kesalahan tatatertib yang
sering dilakukan oleh pegawai awam. Ia berdasarkan statistik kes-
kes tatatertib (tahun 2002 hingga 2010) yang dilaporkan oleh
Ketua Jabatan dan jumlah kesalahan tidak hadir bertugas ini
menyumbang sebanyak 50 peratus daripada keseluruhan kes-kes
tatatertib pegawai awam setiap tahun.
Pegawai yang tidak hadir bertugas boleh dikenakan tindakan
tatatertib selaras dengan Peraturan 24, Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,
[P.U.(A)395/1993] dan mereka yang bersalah boleh dikenakan
hukuman sehingga buang kerja.
Kerajaan amat serius dalam menangani kes pegawai tidak
hadir bertugas dan satu panduan khusus disediakan bagi
memastikan Ketua Jabatan mengambil tindakan kawalan dan
pengawasan tatatertib terhadap pegawai bawahannya supaya kes
tidak berulang. Pendekatan ini bagi memudahkan tindakan
pencegahan (preventive) membendung gejala ini. Panduan ini
juga turut dilengkapi dengan peranan Ketua Jabatan/penyelia,
kategori tidak hadir bertugas, senarai dokumen yang diperlukan
dan carta alir tindakan berserta tempoh masa tindakan perlu
diambil.
Di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993, tidak hadir bertugas
bermaksud tidak hadir bagi apa-apa tempoh masa
pada masa dan di tempat di mana pegawai itu
dikehendaki hadir bertugas serta tidak hadir bertugas
tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat
kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah.
1
Ketua Jabatan/Penyelia hendaklah bertanggungjawab
sepenuhnya dalam melaksanakan tindakan kawalan dan
pengawasan tatatertib terhadap pegawai bawahannya. Kuasa ini
diperuntukkan dalam Peraturan 3C, Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,
[P.U.(A)395/1993] dan kegagalan melaksanakan tanggungjawab
ini boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Tindakan awal perlu diambil oleh Ketua Jabatan atau
penyelia dengan memantau pegawai bawahan masing-masing
dan menegur atau memberi nasihat supaya pegawai sentiasa
mematuhi waktu bekerja. Jika teguran dan nasihat telah diberi oleh
Ketua Jabatan/Penyelia, namun pegawai masih mengulangi
kesalahan yang sama maka tindakan melaporkan dengan kadar
segera kepada pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan mengikut
kategori yang bersesuaian sebagaimana panduan ini.
PERANAN KETUA JABATAN
2
Di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993, seseorang pegawai
yang gagal menjalankan kawalan ke atas pegawai
bawahannya, atau untuk mengambil tindakan
terhadap pegawai bawahannya yang melanggar
mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini
hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakannya
tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh
dikenakan tindakan tatatertib.
Pegawai-pegawai awam yang tidak hadir bertugas boleh
dikategorikan seperti berikut:
KATEGORI TIDAK HADIR BERTUGAS
TIDAK HADIR BERTUGAS
Tidak Hadir
Bertugas
Dan Dapat
Dikesan
Tidak Hadir
7 Hari Bekerja
Berturut-turut
Dan Tidak
Dapat Dikesan
Tidak Hadir
Bertugas:
Meminda Sijil
Cuti Sakit Atau
Mengemukakan
Sijil Cuti Sakit
Palsu
Tidak Hadir
Pada Masa dan
Tempat Yang
Ditetapkan
(Ponteng
Kerja)
3
Pegawai tidak hadir sekurang-kurangnya 1 hari bekerja atau lebih
secara berturut-turut atau berselang-seli. Ketua Jabatan perlu
menyediakan dokumen yang berkaitan dan melaporkan segera
kepada Pihak Berkuasa Tatatertib.
Tindakan Penyelia seperti berikut:
C
Carta alir bagi proses tindakan kepada pegawai yang tidak hadir
bertugas dan dapat dikesan seperti di Lampiran A.
1. Mendapatkan penjelasan secara bertulis/lisan.
2. Menimbang penjelasan yang dikemukakan oleh
pegawai.
3. a) Mengarahkan pegawai memohon cuti rehat
jika penjelasan pegawai diterima dengan asas-
asas yang kukuh dan disokong oleh
keterangan berkaitan (contoh: surat kematian
saudara terdekat, surat pengesahan atau
laporan polis), kecuali jika pegawai
mempunyai Sijil Cuti Sakit.
atau
b) Melaporkan kepada Ketua Jabatan mengenai
ketidakhadiran pegawai, jika penjelasan
pegawai ditolak.
Tindakan Ketua Jabatan seperti berikut:
4. Membuat laporan kepada:
a) Bahagian Kewangan untuk pemotongan gaji di
bawah Perintah Am 14A, Bab C (Contoh
Format seperti di Lampiran H); dan
b) Melaporkan ke Lembaga Tatatertib (Contoh
Format seperti di Lampiran E).
4
1. TIDAK HADIR BERTUGAS DAN DAPAT DIKESAN
Pegawai tidak hadir bertugas 7 hari bekerja berturut-turut dan
usaha-usaha sewajarnya untuk mencari serta mengesan pegawai
telah dilakukan tetapi masih gagal. Ketua Jabatan perlu
menyediakan dokumen yang berkaitan dan melaporkan segera
kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang ada kuasa buang kerja
dan turun pangkat serta memaklumkan ketidakhadiran pegawai
kepada Bahagian Kewangan untuk potong gaji.
Tindakan Ketua Jabatan seperti berikut:
1. Mengeluarkan surat arahan kembali bertugas
melalui Surat Berdaftar Akuan Terima (A.R.
Register) / serahan tangan kepada pegawai di
alamat akhir diketahui. (Contoh Format seperti di
Lampiran G).
2. Mengemukakan laporan berhubung ketidakhadiran
pegawai kepada Lembaga Tatatertib. (Contoh
Format seperti di Lampiran F).
3. Menyiarkan notis dalam sekurang-kurangnya
sebuah akhbar berbahasa kebangsaan dan
edaran seluruh negara sebagaimana yang
diputuskan oleh Lembaga Tatatertib. Notis
tersebut hendaklah mengandungi fakta
ketidakhadiran pegawai dan arahan kembali
bertugas dalam tempoh 7 hari dari tarikh
penyiaran.
4. Mewartakan pembuangan kerja pegawai mulai dari
tarikh pegawai tidak hadir bertugas, jika pegawai
tidak hadir selepas tempoh 7 hari dalam notis.
Carta alir bagi proses tindakan tidak hadir bertugas 7 hari bekerja
berturut-turut dan tidak dapat dikesan seperti di Lampiran B.
5
2. TIDAK HADIR BERTUGAS 7 HARI BEKERJA
BERTURUT-TURUT DAN TIDAK DAPAT DIKESAN
Penyelia/Ketua Jabatan meragui dan mengesyaki kesahihan Sijil
Cuti Sakit swasta atau Kerajaan yang dikemukakan oleh pegawai.
Ketua Jabatan perlu menyiasat dan melaporkan jika didapati
berlaku pelanggaran dengan menyertakan dokumen berkaitan.
Tindakan Penyelia/Ketua Jabatan seperti berikut:
1. Menyiasat kesahihan Sijil Cuti Sakit pegawai.
2. Dalam kes pemalsuan/pindaan Sijil Cuti Sakit,
Ketua Jabatan membuat laporan kepada:
a) Bahagian Kewangan untuk pemotongan gaji
di bawah Perintah Am 14A, Bab C (Contoh
Format seperti di Lampiran H); dan
b) Lembaga Tatatertib untuk tindakan tatatertib
(Contoh Format seperti di Lampiran E).
3. Membuat laporan polis jika didapati wujud unsur-
unsur pemalsuan Sijil Cuti Sakit oleh sindiket.
Carta alir bagi proses tindakan tidak hadir bertugas: meminda Sijil
Cuti Sakit atau mengemukakan Sijil Cuti Sakit palsu seperti di
Lampiran C.
6
3. TIDAK HADIR BERTUGAS : MEMINDA SIJIL CUTI
SAKIT ATAU MENGEMUKAKAN SIJIL CUTI SAKIT
PALSU
Pegawai tidak hadir atau tidak berada pada tarikh, masa dan
tempat yang ditetapkan atau di arahkan dari semasa ke semasa
atau ponteng kerja. Ketua Jabatan perlu memantau pegawai dan
melaporkan ke Pihak Berkuasa Tatatertib.
Tindakan Penyelia/Ketua Jabatan seperti berikut:
1. Memantau kehadiran pegawai melalui
pemerhatian/buku log/CCTV atau apa-apa
kaedah yang difikirkan sesuai.
2. Mendapatkan penjelasan berhubung
ketidakhadiran pegawai (ponteng kerja) secara
bertulis/lisan.
3. Melaporkan kepada Lembaga Tatatertib jika
penjelasan tidak berasas. (Contoh Format seperti
di Lampiran E)
Carta alir proses tindakan tidak hadir bertugas pada masa dan
tempat yang ditetapkan (ponteng kerja) seperti di Lampiran D.
4. TIDAK HADIR BERTUGAS PADA MASA DAN
TEMPAT YANG DITETAPKAN (PONTENG KERJA)
7
Panduan ini diharap dapat membantu Pihak Berkuasa Tatatertib, Ketua
Jabatan dan Penyelia dalam mengurus permasalahan ketidakhadiran di
kalangan anggota perkhidmatan awam. Secara tidak langsung ia juga
diharap dapat meningkatkan disiplin serta integriti pegawai awam
keseluruhannya.
PENUTUP
8
Ketidakhadiran Pegawai Tanpa Cuti/Tanpa Kebenaran/Tanpa Sebab Yang Munasabah
Pada Waktu Pegawai Dikehendaki Bertugas Tidak Boleh Ditolak Dari Cuti Rehat Pegawai
Tempoh Tindakan
DitolakDiterima - Pegawai
mohon cuti rehat
Lapor ke Bahagian
Kewangan untuk
pemotongan gaji
pegawai dan kepada
Lembaga Tatatertib
Penjelasan Pegawai
Pertimbangan
Penyelia
Pegawai
Pegawai Tidak Hadir
1 hari
1 hari
1 hari
Jumlah 5 hari
1 hari
TIDAK HADIR BERTUGAS DAN
DAPAT DIKESAN
Penyelia mendapatkan penjelasan
* Sijil cuti sakit,
surat kematian
saudara
terdekat, surat
pengesahan,
laporan polis, dll
Tidak dapat
dikesan
A
Lampiran B
Tindakan
mengesan oleh
Ketua Jabatan
1 hari
LAMPIRAN A
9
LAMPIRAN B
Tempoh Masa
Surat Arahan Kembali Bertugas dikeluarkan
melalui Surat Berdaftar Akuan Terima
(A.R.Register) / Serahan Tangan
Surat
Dikembalikan
Tidak Terserah
A
Jumlah 11 hari
TIDAK HADIR BERTUGAS 7 HARI BEKERJA
BERTURUT-TURUT DAN TIDAK DAPAT DIKESAN
Penyerahan
Surat
3 hari
5 hari
1 hari
1 hariPenyiaran Notis Akhbar
Hadir
Hadir
Laporan
ke Lembaga Tatatertib
Kehadiran
Pegawai
Tidak Hadir
Laporan ke
Lembaga Tatatertib
Pewartaan
pembuangan kerja
Surat Terserah
(Pegawai dapat dikesan-
sama ada hadir atau
tidak)
Laporan
ke Lembaga Tatatertib
1 hari
Ketidakhadiran Pegawai Tanpa Cuti/Tanpa Kebenaran/Tanpa Sebab Yang Munasabah
Pada Waktu Pegawai Dikehendaki Bertugas Tidak Boleh Ditolak Dari Cuti Rehat Pegawai
10
Laporan Polis
(Jika terdapat unsur-
unsur pemalsuan
oleh sindiket)
Tempoh Tindakan
Timbul keraguan / syak oleh Ketua Jabatan
Siasatan kesahihan sijil cuti sakit
PenemuanSijil Cuti Sakit dipinda/palsu
5 hari
1 hari
1 hari
Jumlah 7 hari
TIDAK HADIR BERTUGAS:
MEMINDA SIJIL CUTI SAKIT / MENGEMUKAKAN
SIJIL CUTI SAKIT PALSU
Sijil Cuti Sakit Sah
dan diterima
Lapor ke Bahagian
Kewangan untuk
pemotongan gaji
pegawai dan
kepada Lembaga
Tatatertib
Laporan Ketua Jabatan
Ketidakhadiran Pegawai Tanpa Cuti/ Kebenaran/ Sebab Yang Munasabah Pada
Waktu Pegawai Dikehendaki Bertugas Tidak Boleh Ditolak Dari Cuti Rehat Pegawai
LAMPIRAN C
11
Tempoh Tindakan
Pemantauan
Ke atas Pegawai
terlibat
Pegawai Ponteng Kerja
Ketidakhadiran Pegawai Tanpa Cuti/ Kebenaran/ Sebab Yang Munasabah Pada
Waktu Pegawai Dikehendaki Bertugas Tidak Boleh Ditolak Dari Cuti Rehat Pegawai
3 hari
1 hari
1 hari
Ada Kes
Tiada Kes
Ditolak
Lapor ke kepada
Lembaga
Tatatertib
Penjelasan Pegawai
Pertimbangan
Penyelia Pegawai
Diterima
Jumlah 5 hari
TIDAK HADIR PADA MASA DAN TEMPAT YANG
DITETAPKAN (PONTENG KERJA)
LAMPIRAN D
12
Rujukan:
Tarikh:
Kepada:
(LEMBAGA TATATERTIB)
Tuan,
LAPORAN MENGENAI KETIDAKHADIRAN BERTUGAS (Nama Pegawai, Skim
Perkhidmatan dan Gred, Gelaran Jawatan Dan Jabatan Tempat Bertugas)
Saya dengan segala hormatnya menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Encik (Nama Pegawai, Skim Perkhidmatan dan
Gred, Gelaran Jawatan Dan Jabatan Tempat Bertugas) didapati tidak hadir
bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa
sebab yang munasabah pada (nyatakan tarikh mulai …. hingga…..) atau:
Bulan Tarikh Bilangan Hari
*Jika pegawai tidak hadir berselang seli.
3. Pegawai berkenaan telah diarahkan kembali bertugas dengan segera melalui
surat berdaftar akuan terima (nyatakan bil. surat dan tarikh) dan beliau telah
menerima surat tersebut pada (nyatakan tarikh). Walau bagaimanapun pegawai
gagal mematuhi arahan tersebut. Dengan ini pegawai boleh dikenakan tindakan
tatatertib selaras dengan Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan
4(2)(g), Peraturan yang sama iaitu tidak bertanggungjawab.
4. Bersama-sama ini dikemukakan (nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan
pegawai tidak hadir bertugas seperti kad perakam waktu) dan Kenyataan
Perkhidmatan pegawai yang dikemaskini. Dikemukakan laporan ini untuk
pertimbangan tuan selanjutnya.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
………(Tandatangan)……..
(NAMA KETUA JABATAN PEGAWAI)
Jawatan
Jabatan
CONTOH: LAPORAN KES TIDAK HADIR BERTUGAS
DAN DAPAT DIKESAN
LAMPIRAN E
13
Rujukan:
Tarikh:
Kepada:
(LEMBAGA TATATERTIB)
Tuan,
LAPORAN MENGENAI KETIDAKHADIRAN BERTUGAS (Nama Pegawai, Skim
Perkhidmatan dan Gred, Gelaran Jawatan Dan Jabatan Tempat Bertugas)
Saya dengan segala hormatnya menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Encik (Nama Pegawai, Skim Perkhidmatan dan
Gred, Gelaran Jawatan Dan Jabatan Tempat Bertugas) didapati tidak hadir
bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa
sebab yang munasabah pada (nyatakan tarikh mulai …. hingga…..)
3. Pegawai berkenaan telah diarahkan kembali bertugas dengan segera melalui
surat berdaftar akuan terima (nyatakan bil. surat dan tarikh). Walau
bagaimanapun, surat arahan kembali bertugas tersebut dikembalikan tidak
terserah/pegawai berkenaan tidak lagi menetap di alamat terakhir yang
diketahui. Usaha-usaha telah dibuat untuk mengesan pegawai iaitu (nyatakan
usaha-usaha yang dibuat untuk mengesan pegawai) walau bagaimanapun pegawai
masih tidak dapat dikesan. Pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras
dengan Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 [P.U(A)395/1993] dan melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan
4(2)(g), Peraturan yang sama iaitu tidak bertanggungjawab.
4. Bagi maksud penyiaran notis akhbar di bawah peraturan 26, Peraturan yang
sama, bersama-sama ini dikemukakan (nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan
pegawai tidak hadir bertugas seperti kad perakam waktu) dan Kenyataan
Perkhidmatan pegawai yang terkini untuk pertimbangan pihak tuan selanjutnya.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
………(Tandatangan)……..
(NAMA KETUA JABATAN PEGAWAI)
Jawatan
Jabatan
CONTOH: LAPORAN KES TIDAK HADIR BERTUGAS
DAN TIDAK DAPAT DIKESAN
LAMPIRAN F
14
Rujukan:
Tarikh:
Kepada:
(NAMA DAN ALAMAT PEGAWAI)
Tuan,
ARAHAN HADIR BERTUGAS DENGAN SERTA MERTA
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Berdasarkan rekod kad perakam waktu, tuan (Nama Pegawai dan No. Kad
Pengenalan) didapati tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat
kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah pada (nyatakan
tarikh mulai …. hingga…..) atau:
Bulan Tarikh Bilangan Hari
*Jika pegawai tidak hadir berselang seli.
3. Ketidakhadiran tuan pada tarikh tersebut boleh dikenakan tindakan tatatertib
selaras dengan Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 dan melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(g), Peraturan
yang sama. Dengan ini tuan dikehendaki hadir bertugas serta merta.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
………(Tandatangan)……..
(NAMA KETUA JABATAN PEGAWAI)
Jawatan
Jabatan
CONTOH: SURAT ARAHAN LAPOR DIRI SERTA MERTA
LAMPIRAN G
15
Rujukan:
Tarikh:
Kepada:
(UNIT KEWANGAN)
Tuan,
ARAHAN PEMOTONGAN GAJI PEGAWAI (Nama Pegawai, Skim Perkhidmatan
dan Gred, Gelaran Jawatan Dan Jabatan Tempat Bertugas)
Saya dengan segala hormatnya menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Encik (Nama Pegawai, Skim Perkhidmatan dan
Gred, Gelaran Jawatan Dan Jabatan Tempat Bertugas) didapati tidak hadir
bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa
sebab yang munasabah pada (nyatakan tarikh mulai …. hingga…..) atau:
Bulan Tarikh Bilangan Hari
*Jika pegawai tidak hadir berselang seli.
3. Sehubungan itu, pihak tuan diharap dapat membuat pemotongan gaji
pegawai pada tarikh yang dinyatakan di atas selaras dengan Perintah Am 14A,
Perintah Am Bab C. Kerjasama pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
………(Tandatangan)……..
(NAMA KETUA JABATAN PEGAWAI)
Jawatan
Jabatan
CONTOH: SURAT ARAHAN PEMOTONGAN GAJI
PEGAWAI
LAMPIRAN H
16
PENGHARGAAN
Setinggi tinggi
penghargaan
kepada semua pihak
yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan
penerbitan panduan ini

More Related Content

What's hot

PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaan
PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaanPERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaan
PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaan
Norain Binti Jaafar
 
PERINTAH AM Bab B :Elaun-elaun dalam perkhidmatan
PERINTAH AM Bab B :Elaun-elaun dalam perkhidmatanPERINTAH AM Bab B :Elaun-elaun dalam perkhidmatan
PERINTAH AM Bab B :Elaun-elaun dalam perkhidmatan
Norain Binti Jaafar
 
Peraturan keluar pejabat waktu bekerja
Peraturan keluar pejabat waktu bekerjaPeraturan keluar pejabat waktu bekerja
Peraturan keluar pejabat waktu bekerja
Lee Oi Wah
 
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan TatatertibPERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
Norain Binti Jaafar
 
Bab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidma
Bab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmaBab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidma
Bab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidma
Norain Binti Jaafar
 
Examples of structured interviews
Examples of structured interviewsExamples of structured interviews
Examples of structured interviewsctnurhani
 
Pengurusan Laporan Tatatertib.pptx
Pengurusan Laporan Tatatertib.pptxPengurusan Laporan Tatatertib.pptx
Pengurusan Laporan Tatatertib.pptx
INTAN Bukit Kiara
 
Pengurusan Kad Perakam Waktu (Baru)
Pengurusan Kad Perakam Waktu (Baru)Pengurusan Kad Perakam Waktu (Baru)
Pengurusan Kad Perakam Waktu (Baru)
INTAN Bukit Kiara
 
Cuti ahsan
Cuti   ahsanCuti   ahsan
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018
Chon Seong Hoo
 
Taklimat kenaikan gaji
Taklimat kenaikan gajiTaklimat kenaikan gaji
Taklimat kenaikan gaji
Ekhwan Sitam
 
13.4.2015 taklimat pengurusan cuti
13.4.2015 taklimat pengurusan cuti13.4.2015 taklimat pengurusan cuti
13.4.2015 taklimat pengurusan cuti
jkngalapayu
 
Cuti_Sebab_Perubatan.pdf
Cuti_Sebab_Perubatan.pdfCuti_Sebab_Perubatan.pdf
Cuti_Sebab_Perubatan.pdf
eidh83
 
155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam
155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam
155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awamsyed ruslan
 
Panduan Penilaian Prestasi Kakitangan Awam
Panduan Penilaian Prestasi Kakitangan AwamPanduan Penilaian Prestasi Kakitangan Awam
Panduan Penilaian Prestasi Kakitangan Awam
suhaimi zulkipli
 
Panduan pengurusan pejabat
Panduan pengurusan pejabatPanduan pengurusan pejabat
Panduan pengurusan pejabatAlice Chin
 
Panduan pengendalian fail
Panduan pengendalian failPanduan pengendalian fail
Panduan pengendalian failWan Adriana
 
slide HRMIS.pptx
slide HRMIS.pptxslide HRMIS.pptx
slide HRMIS.pptx
ErickKumbisa
 
Manual Prosedur Kerja (MPK) & Fail Meja (FM)
Manual Prosedur Kerja (MPK) & Fail Meja (FM)Manual Prosedur Kerja (MPK) & Fail Meja (FM)
Manual Prosedur Kerja (MPK) & Fail Meja (FM)
Nurul Fahizha Fahimi
 
What's hot (20)

PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaan
PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaanPERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaan
PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaan
 
PERINTAH AM Bab B :Elaun-elaun dalam perkhidmatan
PERINTAH AM Bab B :Elaun-elaun dalam perkhidmatanPERINTAH AM Bab B :Elaun-elaun dalam perkhidmatan
PERINTAH AM Bab B :Elaun-elaun dalam perkhidmatan
 
Bab c cuti
Bab c   cutiBab c   cuti
Bab c cuti
 
Peraturan keluar pejabat waktu bekerja
Peraturan keluar pejabat waktu bekerjaPeraturan keluar pejabat waktu bekerja
Peraturan keluar pejabat waktu bekerja
 
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan TatatertibPERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
 
Bab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidma
Bab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmaBab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidma
Bab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidma
 
Examples of structured interviews
Examples of structured interviewsExamples of structured interviews
Examples of structured interviews
 
Pengurusan Laporan Tatatertib.pptx
Pengurusan Laporan Tatatertib.pptxPengurusan Laporan Tatatertib.pptx
Pengurusan Laporan Tatatertib.pptx
 
Pengurusan Kad Perakam Waktu (Baru)
Pengurusan Kad Perakam Waktu (Baru)Pengurusan Kad Perakam Waktu (Baru)
Pengurusan Kad Perakam Waktu (Baru)
 
Cuti ahsan
Cuti   ahsanCuti   ahsan
Cuti ahsan
 
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018
 
Taklimat kenaikan gaji
Taklimat kenaikan gajiTaklimat kenaikan gaji
Taklimat kenaikan gaji
 
13.4.2015 taklimat pengurusan cuti
13.4.2015 taklimat pengurusan cuti13.4.2015 taklimat pengurusan cuti
13.4.2015 taklimat pengurusan cuti
 
Cuti_Sebab_Perubatan.pdf
Cuti_Sebab_Perubatan.pdfCuti_Sebab_Perubatan.pdf
Cuti_Sebab_Perubatan.pdf
 
155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam
155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam
155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam
 
Panduan Penilaian Prestasi Kakitangan Awam
Panduan Penilaian Prestasi Kakitangan AwamPanduan Penilaian Prestasi Kakitangan Awam
Panduan Penilaian Prestasi Kakitangan Awam
 
Panduan pengurusan pejabat
Panduan pengurusan pejabatPanduan pengurusan pejabat
Panduan pengurusan pejabat
 
Panduan pengendalian fail
Panduan pengendalian failPanduan pengendalian fail
Panduan pengendalian fail
 
slide HRMIS.pptx
slide HRMIS.pptxslide HRMIS.pptx
slide HRMIS.pptx
 
Manual Prosedur Kerja (MPK) & Fail Meja (FM)
Manual Prosedur Kerja (MPK) & Fail Meja (FM)Manual Prosedur Kerja (MPK) & Fail Meja (FM)
Manual Prosedur Kerja (MPK) & Fail Meja (FM)
 
Similar to Panduan Mengurus Pegawai Tidak Hadir Bertugas

Panduan tatatertib ketidakhadiran bertugas
Panduan tatatertib ketidakhadiran bertugasPanduan tatatertib ketidakhadiran bertugas
Panduan tatatertib ketidakhadiran bertugas
Jamal Ahmad
 
Pengurusan laporan tatatertib
Pengurusan laporan tatatertibPengurusan laporan tatatertib
Pengurusan laporan tatatertib
INTAN Bukit Kiara
 
Bahan SOP kalteng 2016
Bahan SOP kalteng 2016Bahan SOP kalteng 2016
Bahan SOP kalteng 2016
Bidang ANDROIDA-Puslatbang KDOD LAN
 
Penambahbaikan gaji 2013
Penambahbaikan gaji 2013Penambahbaikan gaji 2013
Penambahbaikan gaji 2013
Nosrekoj Ubmej Jelani
 
5 Review Materi Bendahara Pengeluaran_2019.pptx
5 Review Materi Bendahara Pengeluaran_2019.pptx5 Review Materi Bendahara Pengeluaran_2019.pptx
5 Review Materi Bendahara Pengeluaran_2019.pptx
ARIF KUSMAN
 
114342500 pengadministrasi-kepegawaian
114342500 pengadministrasi-kepegawaian114342500 pengadministrasi-kepegawaian
114342500 pengadministrasi-kepegawaian
EdiMaskur
 
PERKHIDMATAN AWAM.pptx
PERKHIDMATAN AWAM.pptxPERKHIDMATAN AWAM.pptx
PERKHIDMATAN AWAM.pptx
AzizanNordin4
 
Bahan sop berau
Bahan sop berauBahan sop berau
Bahan sop berau
stiemberau2
 
Sosialisasi Reformasi Birokrasi Juli 2018
Sosialisasi Reformasi Birokrasi Juli 2018Sosialisasi Reformasi Birokrasi Juli 2018
Sosialisasi Reformasi Birokrasi Juli 2018
Adi Pujakesuma
 
2. Bp. Suwardi-MATERI RAKOR DITJEN PLANOLOGI DAN TL.pptx
2. Bp. Suwardi-MATERI RAKOR DITJEN PLANOLOGI DAN TL.pptx2. Bp. Suwardi-MATERI RAKOR DITJEN PLANOLOGI DAN TL.pptx
2. Bp. Suwardi-MATERI RAKOR DITJEN PLANOLOGI DAN TL.pptx
RahmanTaufiq4
 
11.12.2022 - TATAKELAKUAN & TATATERTIB - PPD PONTIAN.pptx
11.12.2022 - TATAKELAKUAN & TATATERTIB - PPD PONTIAN.pptx11.12.2022 - TATAKELAKUAN & TATATERTIB - PPD PONTIAN.pptx
11.12.2022 - TATAKELAKUAN & TATATERTIB - PPD PONTIAN.pptx
NurAzahRahmat1
 
Pedoman audit bendahara edisi i 2018 Rakornas 28092018
Pedoman audit bendahara edisi i 2018 Rakornas 28092018Pedoman audit bendahara edisi i 2018 Rakornas 28092018
Pedoman audit bendahara edisi i 2018 Rakornas 28092018
Dr. Zar Rdj
 
Panduan peletakan jawatan
Panduan peletakan jawatanPanduan peletakan jawatan
Panduan peletakan jawatanZam Scar
 
Pengelolaan Keuangan.ppt
Pengelolaan Keuangan.pptPengelolaan Keuangan.ppt
Pengelolaan Keuangan.ppt
HMToha1
 
pekeliling borang keluar.pdf
pekeliling borang keluar.pdfpekeliling borang keluar.pdf
pekeliling borang keluar.pdf
AbasAmin1
 
Surat pekeliling am bil.11 tahun 1981 perakam waktu
Surat pekeliling am bil.11 tahun 1981 perakam waktuSurat pekeliling am bil.11 tahun 1981 perakam waktu
Surat pekeliling am bil.11 tahun 1981 perakam waktu
Saab Abd
 
Similar to Panduan Mengurus Pegawai Tidak Hadir Bertugas (18)

Panduan tatatertib ketidakhadiran bertugas
Panduan tatatertib ketidakhadiran bertugasPanduan tatatertib ketidakhadiran bertugas
Panduan tatatertib ketidakhadiran bertugas
 
Pengurusan laporan tatatertib
Pengurusan laporan tatatertibPengurusan laporan tatatertib
Pengurusan laporan tatatertib
 
Bahan SOP kalteng 2016
Bahan SOP kalteng 2016Bahan SOP kalteng 2016
Bahan SOP kalteng 2016
 
Urgensi dan Teknik Penyusunan SOP AP-Kota Balikpapan 2013
Urgensi dan Teknik Penyusunan SOP AP-Kota Balikpapan 2013Urgensi dan Teknik Penyusunan SOP AP-Kota Balikpapan 2013
Urgensi dan Teknik Penyusunan SOP AP-Kota Balikpapan 2013
 
Penambahbaikan gaji 2013
Penambahbaikan gaji 2013Penambahbaikan gaji 2013
Penambahbaikan gaji 2013
 
5 Review Materi Bendahara Pengeluaran_2019.pptx
5 Review Materi Bendahara Pengeluaran_2019.pptx5 Review Materi Bendahara Pengeluaran_2019.pptx
5 Review Materi Bendahara Pengeluaran_2019.pptx
 
114342500 pengadministrasi-kepegawaian
114342500 pengadministrasi-kepegawaian114342500 pengadministrasi-kepegawaian
114342500 pengadministrasi-kepegawaian
 
PERKHIDMATAN AWAM.pptx
PERKHIDMATAN AWAM.pptxPERKHIDMATAN AWAM.pptx
PERKHIDMATAN AWAM.pptx
 
Bahan sop berau
Bahan sop berauBahan sop berau
Bahan sop berau
 
Sosialisasi Reformasi Birokrasi Juli 2018
Sosialisasi Reformasi Birokrasi Juli 2018Sosialisasi Reformasi Birokrasi Juli 2018
Sosialisasi Reformasi Birokrasi Juli 2018
 
2. Bp. Suwardi-MATERI RAKOR DITJEN PLANOLOGI DAN TL.pptx
2. Bp. Suwardi-MATERI RAKOR DITJEN PLANOLOGI DAN TL.pptx2. Bp. Suwardi-MATERI RAKOR DITJEN PLANOLOGI DAN TL.pptx
2. Bp. Suwardi-MATERI RAKOR DITJEN PLANOLOGI DAN TL.pptx
 
11.12.2022 - TATAKELAKUAN & TATATERTIB - PPD PONTIAN.pptx
11.12.2022 - TATAKELAKUAN & TATATERTIB - PPD PONTIAN.pptx11.12.2022 - TATAKELAKUAN & TATATERTIB - PPD PONTIAN.pptx
11.12.2022 - TATAKELAKUAN & TATATERTIB - PPD PONTIAN.pptx
 
Pedoman audit bendahara edisi i 2018 Rakornas 28092018
Pedoman audit bendahara edisi i 2018 Rakornas 28092018Pedoman audit bendahara edisi i 2018 Rakornas 28092018
Pedoman audit bendahara edisi i 2018 Rakornas 28092018
 
Panduan peletakan jawatan
Panduan peletakan jawatanPanduan peletakan jawatan
Panduan peletakan jawatan
 
Pengelolaan Keuangan.ppt
Pengelolaan Keuangan.pptPengelolaan Keuangan.ppt
Pengelolaan Keuangan.ppt
 
pekeliling borang keluar.pdf
pekeliling borang keluar.pdfpekeliling borang keluar.pdf
pekeliling borang keluar.pdf
 
Keluar waktu bekerja
Keluar waktu bekerjaKeluar waktu bekerja
Keluar waktu bekerja
 
Surat pekeliling am bil.11 tahun 1981 perakam waktu
Surat pekeliling am bil.11 tahun 1981 perakam waktuSurat pekeliling am bil.11 tahun 1981 perakam waktu
Surat pekeliling am bil.11 tahun 1981 perakam waktu
 
Recently uploaded

Berita Resmi Statistik materi-brs-2023-10-16.pdf
Berita Resmi Statistik materi-brs-2023-10-16.pdfBerita Resmi Statistik materi-brs-2023-10-16.pdf
Berita Resmi Statistik materi-brs-2023-10-16.pdf
DenniPratama2
 
CERITA REMEH TEMEH DESA ANKOR JAWA TENGAH.pdf
CERITA REMEH TEMEH DESA ANKOR JAWA TENGAH.pdfCERITA REMEH TEMEH DESA ANKOR JAWA TENGAH.pdf
CERITA REMEH TEMEH DESA ANKOR JAWA TENGAH.pdf
Zainul Ulum
 
slip gaji karyawan contoh slip gaji karyawan contoh
slip gaji karyawan contoh slip gaji karyawan contohslip gaji karyawan contoh slip gaji karyawan contoh
slip gaji karyawan contoh slip gaji karyawan contoh
projecttomarss
 
Rencana Moderasi Lokakarya dua prgram guru penggerakk
Rencana Moderasi Lokakarya dua prgram guru penggerakkRencana Moderasi Lokakarya dua prgram guru penggerakk
Rencana Moderasi Lokakarya dua prgram guru penggerakk
DwiSuprianto2
 
Hari Lanjut Usia Nasional Kota Bandung 2024.pptx
Hari Lanjut Usia Nasional Kota Bandung 2024.pptxHari Lanjut Usia Nasional Kota Bandung 2024.pptx
Hari Lanjut Usia Nasional Kota Bandung 2024.pptx
UIN Sunan Kalijaga Yogyakarta
 
PPT SOSIALISASI DBHCHT Gempur Rokok Ilegal.pdf
PPT SOSIALISASI DBHCHT Gempur Rokok Ilegal.pdfPPT SOSIALISASI DBHCHT Gempur Rokok Ilegal.pdf
PPT SOSIALISASI DBHCHT Gempur Rokok Ilegal.pdf
adminguntur
 
Rapat koordinasi penguatan kolaborasi_7 Juni 2024sent.pptx
Rapat koordinasi penguatan kolaborasi_7 Juni 2024sent.pptxRapat koordinasi penguatan kolaborasi_7 Juni 2024sent.pptx
Rapat koordinasi penguatan kolaborasi_7 Juni 2024sent.pptx
ApriyandiIyan1
 
Recently uploaded (7)

  • 1.
  • 2. PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS Panduan Mengurus Pegawai Tidak Hadir Bertugas Cetakan Pertama Ogos 2010 © Hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali atau disiarkan dalam apa-apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi: Sektor Pembangunan Dasar Tatatertib Dan Keutuhan Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Aras 6, Blok C2, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 Putrajaya Tel: 03-8885 3000 Faks: 03-8881 1370 www.jpa.gov.my
  • 3. Prakata Kesalahan tidak hadir bertugas pegawai awam merupakan di antara kesalahan yang sering dikesan dan kerap berlaku. Oleh itu, “Panduan Mengurus Pegawai Tidak Hadir Bertugas” dihasilkan dengan harapan murni bagi menjadikannya satu rujukan mudah dan segera untuk membantu Ketua-ketua Jabatan di kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan dalam menguruskan kes tidak hadir bertugas dengan lebih kemas, pantas dan berkesan. Tindakan yang efektif oleh Ketua Jabatan diharap dapat memberi kesan segera kepada salah laku ketidakhadiran bertugas dan seterusnya membendung masalah ini. Panduan ini juga memuatkan carta alir, tempoh pelaksanaan, senarai dokumen yang diperlukan, contoh laporan serta proses kerja yang mudah difahami dan praktikal. Diharapkan “Panduan Mengurus Pegawai Tidak Hadir Bertugas” ini dapat dimanfaatkan bagi memantapkan usaha pengawalan tatakelakuan dan memperteguhkan integriti pegawai awam. Selamat menjalankan tugas. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Ogos 2010 i
  • 4. KANDUNGAN PRAKATA i KANDUNGAN ii PENDAHULUAN 1 PERANAN KETUA JABATAN 2 KATEGORI TIDAK HADIR BERTUGAS 2 1. Tidak Hadir Bertugas Dan Dapat Dikesan 3 2. Tidak Hadir Bertugas 7 Hari Bekerja Berturut-Turut Dan Tidak Dapat Dikesan 4 3. Tidak Hadir Bertugas: Meminda Sijil Cuti Sakit 5 Atau Mengemukakan Sijil Cuti Sakit Palsu 4. Tidak Hadir Bertugas Pada Masa Dan Tempat 6 Yang Ditetapkan (Ponteng Kerja) PENUTUP 6 LAMPIRAN LAMPIRAN A Carta Alir: Tidak Hadir Bertugas Dan Dapat Dikesan 7 LAMPIRAN B Carta Alir: Tidak Hadir Bertugas 7 Hari Bekerja 8 Berturut-Turut Dan Tidak Dapat Dikesan LAMPIRAN C Carta Alir: Tidak Hadir Bertugas: Meminda Sijil Cuti 9 Sakit Atau Mengemukakan Sijil Cuti Sakit Palsu LAMPIRAN D Carta Alir: Tidak Hadir Bertugas Pada Masa Dan 10 Tempat Yang Ditetapkan (Ponteng Kerja) LAMPIRAN E Contoh Format: Laporan Kes Tidak Hadir Bertugas Dan 11 Dapat Dikesan LAMPIRAN F Contoh Format: Laporan Kes Tidak Hadir Bertugas Dan 12 Dikesan Tidak Dapat LAMPIRAN G Contoh Format: Surat Arahan Lapor Diri Serta Merta 13 LAMPIRAN H Contoh Format: Surat Arahan Pemotongan Gaji 14 Pegawai ii
  • 5. PENDAHULUAN Ketidakhadiran bertugas merupakan kesalahan tatatertib yang sering dilakukan oleh pegawai awam. Ia berdasarkan statistik kes- kes tatatertib (tahun 2002 hingga 2010) yang dilaporkan oleh Ketua Jabatan dan jumlah kesalahan tidak hadir bertugas ini menyumbang sebanyak 50 peratus daripada keseluruhan kes-kes tatatertib pegawai awam setiap tahun. Pegawai yang tidak hadir bertugas boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, [P.U.(A)395/1993] dan mereka yang bersalah boleh dikenakan hukuman sehingga buang kerja. Kerajaan amat serius dalam menangani kes pegawai tidak hadir bertugas dan satu panduan khusus disediakan bagi memastikan Ketua Jabatan mengambil tindakan kawalan dan pengawasan tatatertib terhadap pegawai bawahannya supaya kes tidak berulang. Pendekatan ini bagi memudahkan tindakan pencegahan (preventive) membendung gejala ini. Panduan ini juga turut dilengkapi dengan peranan Ketua Jabatan/penyelia, kategori tidak hadir bertugas, senarai dokumen yang diperlukan dan carta alir tindakan berserta tempoh masa tindakan perlu diambil. Di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, tidak hadir bertugas bermaksud tidak hadir bagi apa-apa tempoh masa pada masa dan di tempat di mana pegawai itu dikehendaki hadir bertugas serta tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah. 1
  • 6. Ketua Jabatan/Penyelia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya dalam melaksanakan tindakan kawalan dan pengawasan tatatertib terhadap pegawai bawahannya. Kuasa ini diperuntukkan dalam Peraturan 3C, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, [P.U.(A)395/1993] dan kegagalan melaksanakan tanggungjawab ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. Tindakan awal perlu diambil oleh Ketua Jabatan atau penyelia dengan memantau pegawai bawahan masing-masing dan menegur atau memberi nasihat supaya pegawai sentiasa mematuhi waktu bekerja. Jika teguran dan nasihat telah diberi oleh Ketua Jabatan/Penyelia, namun pegawai masih mengulangi kesalahan yang sama maka tindakan melaporkan dengan kadar segera kepada pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan mengikut kategori yang bersesuaian sebagaimana panduan ini. PERANAN KETUA JABATAN 2 Di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, seseorang pegawai yang gagal menjalankan kawalan ke atas pegawai bawahannya, atau untuk mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakannya tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.
  • 7. Pegawai-pegawai awam yang tidak hadir bertugas boleh dikategorikan seperti berikut: KATEGORI TIDAK HADIR BERTUGAS TIDAK HADIR BERTUGAS Tidak Hadir Bertugas Dan Dapat Dikesan Tidak Hadir 7 Hari Bekerja Berturut-turut Dan Tidak Dapat Dikesan Tidak Hadir Bertugas: Meminda Sijil Cuti Sakit Atau Mengemukakan Sijil Cuti Sakit Palsu Tidak Hadir Pada Masa dan Tempat Yang Ditetapkan (Ponteng Kerja) 3
  • 8. Pegawai tidak hadir sekurang-kurangnya 1 hari bekerja atau lebih secara berturut-turut atau berselang-seli. Ketua Jabatan perlu menyediakan dokumen yang berkaitan dan melaporkan segera kepada Pihak Berkuasa Tatatertib. Tindakan Penyelia seperti berikut: C Carta alir bagi proses tindakan kepada pegawai yang tidak hadir bertugas dan dapat dikesan seperti di Lampiran A. 1. Mendapatkan penjelasan secara bertulis/lisan. 2. Menimbang penjelasan yang dikemukakan oleh pegawai. 3. a) Mengarahkan pegawai memohon cuti rehat jika penjelasan pegawai diterima dengan asas- asas yang kukuh dan disokong oleh keterangan berkaitan (contoh: surat kematian saudara terdekat, surat pengesahan atau laporan polis), kecuali jika pegawai mempunyai Sijil Cuti Sakit. atau b) Melaporkan kepada Ketua Jabatan mengenai ketidakhadiran pegawai, jika penjelasan pegawai ditolak. Tindakan Ketua Jabatan seperti berikut: 4. Membuat laporan kepada: a) Bahagian Kewangan untuk pemotongan gaji di bawah Perintah Am 14A, Bab C (Contoh Format seperti di Lampiran H); dan b) Melaporkan ke Lembaga Tatatertib (Contoh Format seperti di Lampiran E). 4 1. TIDAK HADIR BERTUGAS DAN DAPAT DIKESAN
  • 9. Pegawai tidak hadir bertugas 7 hari bekerja berturut-turut dan usaha-usaha sewajarnya untuk mencari serta mengesan pegawai telah dilakukan tetapi masih gagal. Ketua Jabatan perlu menyediakan dokumen yang berkaitan dan melaporkan segera kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang ada kuasa buang kerja dan turun pangkat serta memaklumkan ketidakhadiran pegawai kepada Bahagian Kewangan untuk potong gaji. Tindakan Ketua Jabatan seperti berikut: 1. Mengeluarkan surat arahan kembali bertugas melalui Surat Berdaftar Akuan Terima (A.R. Register) / serahan tangan kepada pegawai di alamat akhir diketahui. (Contoh Format seperti di Lampiran G). 2. Mengemukakan laporan berhubung ketidakhadiran pegawai kepada Lembaga Tatatertib. (Contoh Format seperti di Lampiran F). 3. Menyiarkan notis dalam sekurang-kurangnya sebuah akhbar berbahasa kebangsaan dan edaran seluruh negara sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga Tatatertib. Notis tersebut hendaklah mengandungi fakta ketidakhadiran pegawai dan arahan kembali bertugas dalam tempoh 7 hari dari tarikh penyiaran. 4. Mewartakan pembuangan kerja pegawai mulai dari tarikh pegawai tidak hadir bertugas, jika pegawai tidak hadir selepas tempoh 7 hari dalam notis. Carta alir bagi proses tindakan tidak hadir bertugas 7 hari bekerja berturut-turut dan tidak dapat dikesan seperti di Lampiran B. 5 2. TIDAK HADIR BERTUGAS 7 HARI BEKERJA BERTURUT-TURUT DAN TIDAK DAPAT DIKESAN
  • 10. Penyelia/Ketua Jabatan meragui dan mengesyaki kesahihan Sijil Cuti Sakit swasta atau Kerajaan yang dikemukakan oleh pegawai. Ketua Jabatan perlu menyiasat dan melaporkan jika didapati berlaku pelanggaran dengan menyertakan dokumen berkaitan. Tindakan Penyelia/Ketua Jabatan seperti berikut: 1. Menyiasat kesahihan Sijil Cuti Sakit pegawai. 2. Dalam kes pemalsuan/pindaan Sijil Cuti Sakit, Ketua Jabatan membuat laporan kepada: a) Bahagian Kewangan untuk pemotongan gaji di bawah Perintah Am 14A, Bab C (Contoh Format seperti di Lampiran H); dan b) Lembaga Tatatertib untuk tindakan tatatertib (Contoh Format seperti di Lampiran E). 3. Membuat laporan polis jika didapati wujud unsur- unsur pemalsuan Sijil Cuti Sakit oleh sindiket. Carta alir bagi proses tindakan tidak hadir bertugas: meminda Sijil Cuti Sakit atau mengemukakan Sijil Cuti Sakit palsu seperti di Lampiran C. 6 3. TIDAK HADIR BERTUGAS : MEMINDA SIJIL CUTI SAKIT ATAU MENGEMUKAKAN SIJIL CUTI SAKIT PALSU
  • 11. Pegawai tidak hadir atau tidak berada pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan atau di arahkan dari semasa ke semasa atau ponteng kerja. Ketua Jabatan perlu memantau pegawai dan melaporkan ke Pihak Berkuasa Tatatertib. Tindakan Penyelia/Ketua Jabatan seperti berikut: 1. Memantau kehadiran pegawai melalui pemerhatian/buku log/CCTV atau apa-apa kaedah yang difikirkan sesuai. 2. Mendapatkan penjelasan berhubung ketidakhadiran pegawai (ponteng kerja) secara bertulis/lisan. 3. Melaporkan kepada Lembaga Tatatertib jika penjelasan tidak berasas. (Contoh Format seperti di Lampiran E) Carta alir proses tindakan tidak hadir bertugas pada masa dan tempat yang ditetapkan (ponteng kerja) seperti di Lampiran D. 4. TIDAK HADIR BERTUGAS PADA MASA DAN TEMPAT YANG DITETAPKAN (PONTENG KERJA) 7
  • 12. Panduan ini diharap dapat membantu Pihak Berkuasa Tatatertib, Ketua Jabatan dan Penyelia dalam mengurus permasalahan ketidakhadiran di kalangan anggota perkhidmatan awam. Secara tidak langsung ia juga diharap dapat meningkatkan disiplin serta integriti pegawai awam keseluruhannya. PENUTUP 8
  • 13. Ketidakhadiran Pegawai Tanpa Cuti/Tanpa Kebenaran/Tanpa Sebab Yang Munasabah Pada Waktu Pegawai Dikehendaki Bertugas Tidak Boleh Ditolak Dari Cuti Rehat Pegawai Tempoh Tindakan DitolakDiterima - Pegawai mohon cuti rehat Lapor ke Bahagian Kewangan untuk pemotongan gaji pegawai dan kepada Lembaga Tatatertib Penjelasan Pegawai Pertimbangan Penyelia Pegawai Pegawai Tidak Hadir 1 hari 1 hari 1 hari Jumlah 5 hari 1 hari TIDAK HADIR BERTUGAS DAN DAPAT DIKESAN Penyelia mendapatkan penjelasan * Sijil cuti sakit, surat kematian saudara terdekat, surat pengesahan, laporan polis, dll Tidak dapat dikesan A Lampiran B Tindakan mengesan oleh Ketua Jabatan 1 hari LAMPIRAN A 9
  • 14. LAMPIRAN B Tempoh Masa Surat Arahan Kembali Bertugas dikeluarkan melalui Surat Berdaftar Akuan Terima (A.R.Register) / Serahan Tangan Surat Dikembalikan Tidak Terserah A Jumlah 11 hari TIDAK HADIR BERTUGAS 7 HARI BEKERJA BERTURUT-TURUT DAN TIDAK DAPAT DIKESAN Penyerahan Surat 3 hari 5 hari 1 hari 1 hariPenyiaran Notis Akhbar Hadir Hadir Laporan ke Lembaga Tatatertib Kehadiran Pegawai Tidak Hadir Laporan ke Lembaga Tatatertib Pewartaan pembuangan kerja Surat Terserah (Pegawai dapat dikesan- sama ada hadir atau tidak) Laporan ke Lembaga Tatatertib 1 hari Ketidakhadiran Pegawai Tanpa Cuti/Tanpa Kebenaran/Tanpa Sebab Yang Munasabah Pada Waktu Pegawai Dikehendaki Bertugas Tidak Boleh Ditolak Dari Cuti Rehat Pegawai 10
  • 15. Laporan Polis (Jika terdapat unsur- unsur pemalsuan oleh sindiket) Tempoh Tindakan Timbul keraguan / syak oleh Ketua Jabatan Siasatan kesahihan sijil cuti sakit PenemuanSijil Cuti Sakit dipinda/palsu 5 hari 1 hari 1 hari Jumlah 7 hari TIDAK HADIR BERTUGAS: MEMINDA SIJIL CUTI SAKIT / MENGEMUKAKAN SIJIL CUTI SAKIT PALSU Sijil Cuti Sakit Sah dan diterima Lapor ke Bahagian Kewangan untuk pemotongan gaji pegawai dan kepada Lembaga Tatatertib Laporan Ketua Jabatan Ketidakhadiran Pegawai Tanpa Cuti/ Kebenaran/ Sebab Yang Munasabah Pada Waktu Pegawai Dikehendaki Bertugas Tidak Boleh Ditolak Dari Cuti Rehat Pegawai LAMPIRAN C 11
  • 16. Tempoh Tindakan Pemantauan Ke atas Pegawai terlibat Pegawai Ponteng Kerja Ketidakhadiran Pegawai Tanpa Cuti/ Kebenaran/ Sebab Yang Munasabah Pada Waktu Pegawai Dikehendaki Bertugas Tidak Boleh Ditolak Dari Cuti Rehat Pegawai 3 hari 1 hari 1 hari Ada Kes Tiada Kes Ditolak Lapor ke kepada Lembaga Tatatertib Penjelasan Pegawai Pertimbangan Penyelia Pegawai Diterima Jumlah 5 hari TIDAK HADIR PADA MASA DAN TEMPAT YANG DITETAPKAN (PONTENG KERJA) LAMPIRAN D 12
  • 17. Rujukan: Tarikh: Kepada: (LEMBAGA TATATERTIB) Tuan, LAPORAN MENGENAI KETIDAKHADIRAN BERTUGAS (Nama Pegawai, Skim Perkhidmatan dan Gred, Gelaran Jawatan Dan Jabatan Tempat Bertugas) Saya dengan segala hormatnya menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa Encik (Nama Pegawai, Skim Perkhidmatan dan Gred, Gelaran Jawatan Dan Jabatan Tempat Bertugas) didapati tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah pada (nyatakan tarikh mulai …. hingga…..) atau: Bulan Tarikh Bilangan Hari *Jika pegawai tidak hadir berselang seli. 3. Pegawai berkenaan telah diarahkan kembali bertugas dengan segera melalui surat berdaftar akuan terima (nyatakan bil. surat dan tarikh) dan beliau telah menerima surat tersebut pada (nyatakan tarikh). Walau bagaimanapun pegawai gagal mematuhi arahan tersebut. Dengan ini pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(g), Peraturan yang sama iaitu tidak bertanggungjawab. 4. Bersama-sama ini dikemukakan (nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan pegawai tidak hadir bertugas seperti kad perakam waktu) dan Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang dikemaskini. Dikemukakan laporan ini untuk pertimbangan tuan selanjutnya. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ………(Tandatangan)…….. (NAMA KETUA JABATAN PEGAWAI) Jawatan Jabatan CONTOH: LAPORAN KES TIDAK HADIR BERTUGAS DAN DAPAT DIKESAN LAMPIRAN E 13
  • 18. Rujukan: Tarikh: Kepada: (LEMBAGA TATATERTIB) Tuan, LAPORAN MENGENAI KETIDAKHADIRAN BERTUGAS (Nama Pegawai, Skim Perkhidmatan dan Gred, Gelaran Jawatan Dan Jabatan Tempat Bertugas) Saya dengan segala hormatnya menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa Encik (Nama Pegawai, Skim Perkhidmatan dan Gred, Gelaran Jawatan Dan Jabatan Tempat Bertugas) didapati tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah pada (nyatakan tarikh mulai …. hingga…..) 3. Pegawai berkenaan telah diarahkan kembali bertugas dengan segera melalui surat berdaftar akuan terima (nyatakan bil. surat dan tarikh). Walau bagaimanapun, surat arahan kembali bertugas tersebut dikembalikan tidak terserah/pegawai berkenaan tidak lagi menetap di alamat terakhir yang diketahui. Usaha-usaha telah dibuat untuk mengesan pegawai iaitu (nyatakan usaha-usaha yang dibuat untuk mengesan pegawai) walau bagaimanapun pegawai masih tidak dapat dikesan. Pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U(A)395/1993] dan melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(g), Peraturan yang sama iaitu tidak bertanggungjawab. 4. Bagi maksud penyiaran notis akhbar di bawah peraturan 26, Peraturan yang sama, bersama-sama ini dikemukakan (nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan pegawai tidak hadir bertugas seperti kad perakam waktu) dan Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang terkini untuk pertimbangan pihak tuan selanjutnya. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ………(Tandatangan)…….. (NAMA KETUA JABATAN PEGAWAI) Jawatan Jabatan CONTOH: LAPORAN KES TIDAK HADIR BERTUGAS DAN TIDAK DAPAT DIKESAN LAMPIRAN F 14
  • 19. Rujukan: Tarikh: Kepada: (NAMA DAN ALAMAT PEGAWAI) Tuan, ARAHAN HADIR BERTUGAS DENGAN SERTA MERTA Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Berdasarkan rekod kad perakam waktu, tuan (Nama Pegawai dan No. Kad Pengenalan) didapati tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah pada (nyatakan tarikh mulai …. hingga…..) atau: Bulan Tarikh Bilangan Hari *Jika pegawai tidak hadir berselang seli. 3. Ketidakhadiran tuan pada tarikh tersebut boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(g), Peraturan yang sama. Dengan ini tuan dikehendaki hadir bertugas serta merta. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ………(Tandatangan)…….. (NAMA KETUA JABATAN PEGAWAI) Jawatan Jabatan CONTOH: SURAT ARAHAN LAPOR DIRI SERTA MERTA LAMPIRAN G 15
  • 20. Rujukan: Tarikh: Kepada: (UNIT KEWANGAN) Tuan, ARAHAN PEMOTONGAN GAJI PEGAWAI (Nama Pegawai, Skim Perkhidmatan dan Gred, Gelaran Jawatan Dan Jabatan Tempat Bertugas) Saya dengan segala hormatnya menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa Encik (Nama Pegawai, Skim Perkhidmatan dan Gred, Gelaran Jawatan Dan Jabatan Tempat Bertugas) didapati tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah pada (nyatakan tarikh mulai …. hingga…..) atau: Bulan Tarikh Bilangan Hari *Jika pegawai tidak hadir berselang seli. 3. Sehubungan itu, pihak tuan diharap dapat membuat pemotongan gaji pegawai pada tarikh yang dinyatakan di atas selaras dengan Perintah Am 14A, Perintah Am Bab C. Kerjasama pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ………(Tandatangan)…….. (NAMA KETUA JABATAN PEGAWAI) Jawatan Jabatan CONTOH: SURAT ARAHAN PEMOTONGAN GAJI PEGAWAI LAMPIRAN H 16
  • 21. PENGHARGAAN Setinggi tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penerbitan panduan ini