SlideShare a Scribd company logo
BMM 3109 MORFOLOGI
1
1.0 PENGENALAN MORFOLOGI
Menurut Nik Safiah Binti Haji Abdul Karim, dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga
(2010), Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk
dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau
lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk pula ialah rupa unit
tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,
pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan
berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya. Perkataan-perkataan
yang mempunyai keserupaan yang demikian digolongkan dalam golongan kata yang sama.
Di samping itu, unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut sebagai morfem.
Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau yang
menjalankan tugas nahu. Untuk perkataan pula, hal ini dapatlah jua diertikan sebagai bentuk
bahasa yang terkecil juga, akan tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri
sendiri dalam sesuatu ayat.
Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Perkataan tulis misalnya
terdiri daripada satu morfem. Tetapi perkataan menulis pula mengandungi dua morfem, iaitu
me- dan tulis bila digabungkan terbentuklah sebuah perkataan baharu yakni menulis yang
merujuk kepada kata kerja. Pada waktu yang sama, morfem boleh bersifat bebas dan terikat.
Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud atau berdiri sendiri dengan maknanya.
Contohnya perkataan ialah sekolah dan laut merupakan morfem bebas. Tetapi imbuhan ber-
dalam perkataan bersekolah dan imbuhan akhiran –an dalam perkataan lautan ialah morfem
terikat. Hal ini demikian kerana, unit-unit itu tidak dapat berdiri dengan sendirinya tanpa kata
dasar.
Lantaran itu, daripada contoh tadi jelaslah bahawa terdapat perbezaan antara morfem dan
perkataan. Perbezaan antara perkataan dan morfem terletak pada sifat bebasnya. Hal ini
demikian kerana, morfem mempunyai dua bentuk sama ada morfem terikat dan bebas. Namun
untuk perkataan pula, semua perkataan bersifat bebas yakni dapat berdiri dengan sendiri. Oleh
hal yang demikian, jelaslah bahasa semua perkataan terdiri daripada morfem namun demikian,
tidak semua morfem itu perkataan.
BMM 3109 MORFOLOGI
2
2.0 BAHAGIAN A. PROSES PEMBENTUKAN KATA
2.1 Proses pengimbuhan
2.2 Proses penggandaan
IMBUHAN :
Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada kata dasar, iaitu
bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan atau bentuk terbitan, iaitu bentuk
yang dihasilkan daripada proses memperluas kata dasar tadi melalui berbagai-bagai cara
pembentukan kata. Imbuhan dimaksudkan sebagai unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan
pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Selain itu, imbuhan
ialah bentuk terikat yang ditambah pada sesuatu kata. Sesuatu kata yang diberikan imbuhan
dikenali sebagai kata terbitan. Terdapat lima bentuk imbuhan. Antaranya adalah seperti yang
berikut :
I. Awalan : Imbuhan yang terletak di awal kata atau perkataan.
II. Awalan rangkap : Imbuhan yang letaknya di awal kata juga tetapi terjadi daripada dua
awalan yang dirangkapkan menjadi satu.
III. Akhiran : Imbuhan yang letaknya di akhir kata atau perkataan.
IV. Apitan : Imbuhan yang letaknya di awal dan di akhir kata.
V. Sisipan : imbuhan yang letaknya di tengah-tengah kata.
Yang berikut merupakan beberapa contoh imbuhan awalan , awalan rangkap, akhiran, sisipan
dan apitan:
IMBUHAN CONTOH
Awalan ber-, me-, di-, kau-, ku-, ter-, ke-, se-, per-, pe-, juru-
Awalan rangkap memper-, diper-, dan teper-
Apitan ber..an, ber..kan, me..kan, me..i, di..kan, di..i, ter..kan, ter..i, memper..kan,
memper..i, diper..kan, diper..i, ke..an, per..an, pe..an, dan se..nya.
Sisipan -el, -em, -er
Akhiran -an, -man, -wati, -wan, -kan, -lah, -tah, -ku, -mu dan -nya
BMM 3109 MORFOLOGI
3
Pada waktu yang sama juga, imbuhan dapat bertugas untuk mengubah atau
menetapkan kelas pelbagai kata seperti kata nama. kata bilangan, kata sendi, kata adjektif, kata
kerja, kata hubung dan kata keterangan. Imbuhan bukan sahaja dapat mengubah bentuk dan
tugas sesuatu kata yang disertainya, akan tetapi dapat juga mengubah makna kata-kata itu.
Asraf Haji Wahab,(1982). Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa imbuhan yang diletakkan
pada kata dasar maka akan berlakulah proses pembentukan kata yakni pembentukan kata
terbitan yang mempunyai pelbagai maknanya.
2.1.1 Proses pengimbuhan
Imbuhan Awalan Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif.
Awalan
Yang berikut merupakan contoh penggunaan imbuhan awalan untuk kata nama:
Awalan + Kata Dasar = Kata Terbitan
pe + kebun = pekebun
ke + tua = ketua
juru + terbang = juru terbang
maha + siswa = mahasiswa
pem + besar = pembesar
pen + curi = pencuri
peng + hantar = penghantar
penge + cat = pengecat
tata + bahasa = tatabahasa
pra + kata = prakata
dwi + bahasa = dwibahasa
eka + warna = ekawarna
Yang berikut merupakan contoh penggunaan penggunaan awalan untuk kata kerja:
Awalan + Kata Dasar = Kata Terbitan
meng + ambil = mengambil
ber + lari = berlari
BMM 3109 MORFOLOGI
4
memper + lebar = memperlebar
mem + baca = membaca
ter + makan = termakan
be + rasa = berasa
men + dayung = mendayung
diper + lihat = diperlihat
me + lawat = melawat
menge + cat = mengecat
Yang berikut merupakan contoh penggunaan penggunaan awalan untuk kata adjektif:
Awalan + Kata Dasar = Kata Terbitan
ter + kecil = terkecil
se + hodoh = sehodoh
pe + murah = pemurah
se + nipis = senipis
Imbuhan Apitan Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif.
Apitan
Apitan ialah imbuhan yang ditambahkan serentak pada hadapan dan belakang kata
dasar. Contohnya apitan ke-..an untuk perkataan kata dasar duduk. Namun demikian, apabila
ditambah dengan apitan ke-..an tadi maka terjadilah perkataan kedudukan yang memberikan
makna yang berbeza daripada perkataan duduk. Hal ini demikian kerana, perkataan duduk
dalam Bahasa Melayu pada kata dasarnya membawa erti perilaku meletakkan badan bertumpu
pada punggung sama ada duduk bersila, bersimpuh atau pun duduk di atas kerusi. Lain pula
halnya untuk perkataan kedudukan yang membawa maksud mendiami atau terus berada pada
sesuatu kedudukan. Hal ini telah pun terbukti dengan penambahan imbuhan pada sesuatu kata
dasar telah pun menunjukkan semantik yang berbeza dalam sesuatu perkataan tersebut.
BMM 3109 MORFOLOGI
5
Yang berikut merupakan contoh penggunaan imbuhan apitan untuk kata nama :
Apitan + Kata Dasar = Kata Terbitan
ke-..an + daulat = kelaulatan
pe-..an + laksana = pelaksanaan
pem-..an + buat = pembuatan
pen-..an + dapat = pendapatan
peng-..an + khayal = pengkhayalan
penge-..an + sah = pengesahan
pel-..an + ajar = pelajaran
pe-..an + sisir = pesisiran
per-..an + kata = perkataan
Yang berikut merupakan contoh penggunaan imbuhan apitan untuk kata kerja :
Apitan + Kata Dasar = Kata Terbit an
me-..kan + main = memainkan
men-..kan + derma = mendermakan
mem-..kan + baik = membaikkan
meng-..kan + hirau = menghiraukan
menge-..kan + cam = mengecamkan
ber-..kan + alas = beralaskan
ber-..an + lanjut = berlanjutan
di-..kan + guna = digunakan
me-..i + masuk = memasuki
men-..i + curiga = mencurigai
mem-..i + baharu = membaharui
meng-..i + gaul = menggauli
di-..i + mula = dimulai
diper-..i + ingat = diperingati
diper-..kan + dengar = diperdengarkan
memper-..kan + lihat = memperlihatkan
memper-..i + ingat = memperingati
BMM 3109 MORFOLOGI
6
Yang berikut merupakan contoh penggunaan imbuhan apitan untuk kata adjektif :
Apitan + Kata Dasar = Kata Terbitan
ke-..an + akrab = keakraban
ke-..an + inggeris = keinggerisan
ke-..an + cina = kecinaan
Imbuhan Sisipan Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif.
Sisipan
Sisipan ialah imbuhan yang diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar. Sisipan hanya
terdiri daripada tiga bahagian iaitu –em-, -el-, dan –er-. Dalam bahasa Melayu terdapat kata-
kata terbitan yang terjadi dengan adanya bentuk-bentuk yang berikut; contohnya; telunjuk,
gemuruh dan gerigi. Namun demikian, bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam pembentukan
kata terbitan. Hal ini bermaksud, kata terbitan baharu tidak lagi dibentuk dengan sisipan.
bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir
dalam perkataan-perkataan yang lain kecuali dalam beberapa istilah yang baharu dicipta.
Bentuk-bentuk sisipan ini bertugas untuk mengubah atau menetapkan kelas kata. Oleh
hal yang demikian, hal ini bermakna, kata-kata yang bersisipan dalam Bahasa Melayu tidak
banyak dan tidak lagi seperti kata terbitan daripada kata dasarnya . Oleh itu, makna yang
diberikan dalam kamus untuk tiap-tiap kata bersisipan itu tidak semestinya didasarkan pada
kata dasar atau pada sisipan itu sendiri.
Yang berikut merupakan contoh penggunaan imbuhan sisipan untuk kata nama:
Sisipan Contoh kata
-el- telunjuk, kelabut, kelengkeng.
-er- keruping, gerigi, serabut,
seruling.
BMM 3109 MORFOLOGI
7
Yang berikut merupakan contoh penggunaan imbuhan sisipan untuk kata kerja:
Sisipan Contoh kata
-el- jelajah, gelegak
Yang berikut merupakan contoh penggunaan imbuhan sisipan untuk kata adjektif:
Sisipan Contoh kata
-el- selerak, gelembung
-er- gerodak
-em- semerbak, gemilang,
gemerlap
-in- sinambung
Imbuhan Akhiran Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif.
Akhiran
Akhiran ialah imbuhan yang ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar. Akhiran
terdiri daripada -an, -man, -wati, -wan, -kan, -lah, -tah, -ku, -mu dan –nya.
Yang berikut merupakan contoh imbuhan akhiran untuk kata nama:
Akhiran + Kata dasar = Kata Terbitan
-an + pecah = pecahan
-man + seni = seniman
-wati + seni = seniwati
-ku + adik = adikku
-lah + dia = dialah
-tah + siapa = siapatah
-mu + untuk = untukmu
-nya + buku = bukunya
-wan + angkasa = angkasawan
BMM 3109 MORFOLOGI
8
Yang berikut merupakan contoh imbuhan akhiran untuk kata kerja:
Akhiran + Kata dasar = Kata Terbitan
-i + lalu = lalui
-kan + baca = bacakan
Yang berikut merupakan contoh imbuhan akhiran untuk kata adjektif:
Akhiran + Kata dasar = Kata Terbitan
-an + asin, bulat,
datar,kotor,manis,
lapang
= asinan, bulatan
dataran,kotoran,manisan,lapangan
2.2.1 Proses Penggandaan
Menurut Asraf Haji Wahab,(1982). Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata
yang diulang atau digandakan sebahagian atau seluruhnya. Di samping itu, Menurut Hashim
Bin Musa, (1994). Proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang melibatkan
penggandaan kata dasar. Dalam proses yang demikian,kata dasar boleh mengalami
penggandaan penuh, atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara
berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.
Dengan berdasarkan ini, terdapat tiga jenis penggandaan iaitu;
I. Pengandaan penuh
II. penggandaan separa
III. penggandaan berentak atau bersajak
BMM 3109 MORFOLOGI
9
2.2.1.1 Penggandaan Penuh atau Penggandaan seluruh
Kata ganda seluruh terbentuk daripada kata dasar yang diulang atau digandakan
seluruhnya serta diberi tanda sempang seperti (-). Dengan erti kata lain, penggandaan penuh
ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengadungi
imbuhan atau pun tidak. Contohnya seperti yang berikut:
a. Penggandaan penuh kata tunggal:
- meja-meja
- rumah-rumah
- budak-budak
- ayat-ayat
b. Penggandaan penuh kata berimbuhan :
- kekasih-kekasih (awalan)
- amalan-amalan (akhiran)
- persatuan-persatuan (sisipan)
Kata ganda seluruh mempunyai beberapa tugas seperti yang berikut:
1. Mengubah kelas kata dasar. Contohnya:
Kata Dasar dan Kelasnya Kata Ganda Seluruh dan Kelasnya
hari (kata nama) hari-hari (kata keterangan)
pagi (kata nama) pagi-pagi (kata keterangan)
apa (kata ganti tanya) apa-apa (kata ganti tak tentu)
mana (kata ganti tanya) mana-mana (kata ganti tak tentu)
awal (kata abjektif) awal-awal (kata keterangan)
masak (kata adjektif) masak-masak (kata keterangan)
jemput (kata kerja terikat) jemput-jemput (kata nama)
layang (kata kerja terikat) layang-layang (kata nama)
diam (kata kerja asal) diam-diam (kata keterangan)
habis (kata kerja asal) habis-habis (kata keterangan)
BMM 3109 MORFOLOGI
10
2. Menetapkan kelas kata dasar. Contohnya:
Kata Dasar dan Kelasnya Kata Ganda Seluruh dan Kelasnya
kotak (kata nama) kotak-kotak (kata nama)
orang (kata nama) orang-orang (kata nama)
besar (kata adjektif) besar-besar (kata abjektif)
cantik (kata adjektif) cantik-cantik (kata adjektif)
baring (kata kerja) baring-baring (kata kerja)
duduk (kata kerja) duduk-duduk (kata kerja)
3. Mengubah makna kata dasar tanpa mengubah kelasnya yakni sama ada tergolong kata
nama, kata kerja dan kata adjektif.
Kata Dasar dan Kelasnya Kata Ganda Seluruh dan Kelasnya
api api-api (kata nama)
baik baik-baik (kata adjektif)
tidur tidur-tidur (kata kerja)
2.2.1.2 Penggandaan Separa
Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja.
kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau pun kata terbitan. Dengan erti kata lain, kata
ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata
asalnya. Selain itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang
dilambangkan dengan huruf ‘e’. Contohnya seperti yang berikut:
Penggandaan separa kata tunggal untuk kata nama
Daun Dadaun Dedaun
BMM 3109 MORFOLOGI
11
Yang berikut merupakan contoh kata ganda separa untuk kata nama :
Kata Dasar Kata Ganda Separa
jari jejari
daun dedaun
labu lelabu
laki lelaki
Yang berikut merupakan contoh kata ganda separa untuk kata kerja berimbuhan awalan ber-,
ter-, di-, meN- :
Kata Dasar Kata Ganda Separa
lari berlari-lari
senyum tersenyum-senyum
risik dirisik-risik
cari mencari-cari
Yang berikut merupakan contoh kata ganda separa untuk kata adjektif berimbuhan awalan se- :
Kata Dasar Kata Ganda Separa
pandai, baik,tinggi sepandai-pandai, sebaik-baik, setinggi-tinggi
Yang berikut merupakan contoh kata ganda separa untuk kata nama, kata kerja dan kata
adjektif berimbuhan dengan akhiran –an, -kan, -i :
Kata Dasar Kata Ganda Separa
sayur (kata nama) sayur-sayuran
risik (kata kerja) risik-risikan
selidik (kata kerja) selidik-selidiki
rindu rindu-rinduan
BMM 3109 MORFOLOGI
12
Yang berikut merupakan contoh kata ganda separa untuk kata kerja dan kata adjektif dengan
imbuhan apitan ber-..an, meN-.kan, meN-..i, di-..kan, di-..i, ke-..an :
Kata Dasar Kata Ganda Separa
salam (kata kerja) bersalam-salaman
buruk (kata kerja) memburuk-burukkan
awas (kata kerja) mengawas-awasi
agung (kata kerja) diagung-agungkan
marah (kata kerja) dimarah-marahi
kuning (kata adjektif) kekuning-kuningan
2.2.1.3 Penggandaan Berentak atau Penggandaan Bersajak
Penggandaan berentak atau penggandaan bersajak ialah proses yang menggandakan
kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak,
seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Dengan erti kata
lain, penggandaan berentak ialah kata ganda yang mengalami persesuaian bunyi atau
perubahan bunyi dengan penambahan kata yang berbeza daripada kata dasarnya. sama ada
mengalami persamaan bunyi di hujung, di pangkal dan di tengah. Berdasarkan perubahan dan
pengulangan bunyi-bunyi demikian, maka penggandaan berentak dapatlah dibahagikan kepada
tiga jenis, iaitu:
 Penggandaan berentak pengulangan vokal. = Penggandaan yang
mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal tertentu. contohnya; Sayur-
mayur, Kuih-muih, Lauk-pauk.
 Penggandaan berentak pengulangan konsonan.= Penggandaan yang
mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi konsonan tertentu. Contoh; Batu-
batan, kayu-kayan, suku-sakat, gunung-ganang.
 Penggandaan berentak pengulangan bebas.= penggandaan yang tidak
mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan.
Contohnya; anak-pinak, saudara-mara, sedu-sedan.
BMM 3109 MORFOLOGI
13
3.0 BAHAGIAN B. PENGANALISISAN PENGGUNAAN KATA
Bil Kata Golongan
Kata
Kata Dasar Proses Pengimbuhan
1 Menjadi Kata kerja Jadi
Kata dasar untuk perkataan ‘menjadi’ ialah ‘jadi’ yang
berasal daripada golongan kata kerja. Perkataan
tersebut menerima imbuhan awalan ‘meN-‘ maka,
perkataan ‘jadi’ + awalan ‘meN-‘ maka terbentuklah
perkataan baharu iaitu ‘menjadi’ yang tergolong
dalam golongan kata kerja.
2 Pekerjaan Kata nama Kerja
Kata dasar untuk perkataan ‘pekerjaan’ ialah ‘kerja’
yang tergolong dalam golongan kata nama.Setelah
menerima proses imbuhan apitan ‘pe..-an’ maka
terbentuklah kata terbitan yang berbeza maknanya
iaitu ‘pekerjaan’ yang tergolong dalam golongan kata
nama.
3 Dibekalkan Kata kerja Bekal
Kata dasar untuk perkataan ‘dibekalkan’ ialah ‘bekal’.
Perkataan tersebut tergolong dalam golongan kata
nama. Setelah menerima imbuhan apitan ‘di..-kan’
maka, terbentuklah kata terbitan yang baharu iaitu
‘dibekalkan’ dan seterusnya membentuk kata kerja.
4 Mencipta Kata kerja Cipta
Kata dasar untuk perkataan ‘mencipta’ ialah ‘cipta’
yang tergolong dalam golongan kata kerja. Setelah
menerima imbuhan awalan ‘meN-’ + ‘cipta’ maka,
terbentuklah kata terbitan yang tergolong juga dalam
kata kerja iaitu ‘mencipta’.
5 Pelajar Kata nama Ajar
Kata dasar untuk perkataan ‘pelajar’ ialah ‘ajar’.
Perkataan tersebut tergolong dalam golongan kata
kerja. Setelah menerima imbuhan awalan ‘pel-‘ yakni
‘pel’+ ‘ajar’ maka, terbentuklah kata nama iaitu
‘pelajar’.
BMM 3109 MORFOLOGI
14
6 Bersedia Kata kerja Sedia
Kata dasar perkataan ‘bersedia’ ialah ‘sedia’. Hal ini
tergolong dalam golongan kata kerja. Namun, setelah
menerima imbuhan awalan ‘ber-‘ yakni, ‘ber-‘ + ‘sedia’
maka, terbentuklah golongan kata kerja iaitu
‘bersedia’.
8 Bersiap Kata kerja Siap
Kata dasar untuk perkataan ‘bersiap’ ialah ‘siap’.
Perkataan tersebut tergolong dalam golongan kata
kerja. Setelah menerima imbuhan awalan ‘ber-‘ maka
perkataan tersebut membentuk kata kerja iaitu
‘bersiap’.
9 Menghadapi Kata kerja Hadap
Kata dasar untuk perkataan ‘menghadapi’ ialah
‘hadap’. Perkataan tersebut tergolong dalam kata
kerja. Apabila perkataan ‘hadap’ itu menerima
imbuhan apitan ‘meng..i’ maka, terbentuklah
perkataan baharu iaitu ‘menghadapi’ yang tergolong
dalam golongan kata kerja.
10 Penghujung Kata nama Hujung
Kata dasar untuk kata ‘penghujung’ ialah ‘hujung’
yang tergolong dalam golongan kata nama. Setelah
menerima awalan ‘peN-’ maka, perkataan tersebut
membentuk perkataan baharu iaitu ‘penghujung’ yang
tergolong juga dalam kata nama.
11 Pelajaran Kata nama Ajar
Kata dasar untuk perkataan ‘pelajaran’ ialah ‘ajar’.
Perkataan tersebut tergolong dalam golongan kata
kerja. Setelah menerima imbuhan apitan ‘pel-..an’
maka, terhasillah perkataan baharu yang tergolong
dalam golongan kata nama iaitu ‘pelajaran’.
12 Kehidupan Kata nama Hidup
Perkataan ‘hidup’ merupakan kata dasar untuk
perkataan ‘kehidupan’ yang tergolong dalam
golongan kata nama. Perkataan tersebut telah
menerima imbuhan apitan ‘ke-..an’ seterusnya
membentuk kata baharu iaitu ‘kehidupan’ yang
tergolong juga dalam golongan kata nama.
BMM 3109 MORFOLOGI
15
13 Sebahagian Kata tugas
atau kata
bilangan
Bahagi
Kata dasar untuk perkataan ‘sebahagian’ ialah
‘bahagi’ yang tergolong dalam golongan kata kerja.
Setelah menerima imbuhan apitan ‘se..-an’ maka
golongan kata perkataaan tersebut berubah kepada
golongan kata tugas. Iaitu perkataan ‘sebahagian’.
14 Terhadap Kata tugas hadap
Kata dasar untuk perkataan ‘tehadap’ ialah ‘hadap’
yang tergolong dalam golongan kata kerja. Setelah
menerima imbuhan ‘ter-’ perkataan tersebut berubah
kepada golongan kata tugas yang tergolongan dalam
golongan kata prafrasa yakni tergolong dalam kata
sendi nama.
15 Menghormati Kata kerja Hormat
Kata dasar untuk perkataan ‘menghormati’ ialah
‘hormat’. Hal ini tergolong dalam golongan kata kerja.
Setelah menerima apitan ‘meng-..i’ maka, perkataan
baharu yang tergolong juga dalam golongan kata
kerja terbentuk, iaitu ‘menghormati’.
16 Diciptakan Kata kerja Cipta
Kata dasar untuk perkataan ‘diciptakan’ ialah ‘cipta’
yang tergolong dalam golongan kata kerja. Setelah
menerima imbuhan apitan ‘di-..kan’ + ‘cipta’ maka,
terbentuklah kata terbitan yang tergolong juga dalam
kata kerja iaitu ‘diciptakan’.
17 Kecemerlangan Kata nama Cemerlang
Kata dasar untuk perkataan ‘kecemerlangan’ ialah
‘cemerlang’. Golongan kata tersebut tergolong dalam
kata nama. Setelah menerima imbuhan apitan ‘ke-
..an’ maka kata tersebut berubah kepada
‘kecemerlangan’ yang tergolong juga dalam kata
nama.
18 Menjamin Kata kerja Jamin
Kata dasar untuk perkataan ‘menjamin’ ialah ‘jamin’.
Hal ini tergolong dalam kata kerja. Setelah menerima
imbuhan awalan ‘meN-’ maka, perkataan tersebut
berubah kepada ‘menjamin’ yang tergolong juga
dalam kata kerja.
BMM 3109 MORFOLOGI
16
19 Termasuk Kata kerja masuk
Kata dasar untuk perkataan ‘termasuk’ ialah ‘masuk’.
Hal ini tergolong dalam golongan kata kerja. Apabila
menerima imbuhan awalan ‘ter-’ maka perkataan
tersebut berubah kepada ‘termasuk’. Hal ini juga
termasuk dalam golongan kata kerja.
20 Berkeyakinan Kata adjektif Yakin
Kata dasar untuk perkataan ‘berkeyakinan’ ialah
‘yakin’. Hal tersebut tergolong dalam golongan kata
tugas dalam kata praklausa. Setelah menerima
imbuhan awalan ‘ber-’ perkataan tersebut berubah
menjadi ‘berkeyakinan sekaligus mengubah maksud
asalnya. Hal ini tergolong dalam golongan kata
adjektif perasaan.
21 Memikul Kata kerja Pikul
Kata dasar perkataan untuk perkataan ‘memikul’ ialah
‘pikul’. Kata tersebut tergolong dalam kata kerja.
Setelah menerima imbuhan awalan ‘me-‘ + ‘pikul’
maka, perkataan tersebut berubah kepada ‘memikul’.
Perkataan tersebut tergolong juga dalam kata kerja.
22 Menyiapkan Kata kerja Siap
Kata dasar untuk perkataan ‘menyiapkan’ ialah ‘siap’.
Perkataan tersebut tergolong dalam golongan kata
kerja. Setelah menerima imbuhan apitan ‘Men-..kan‘
maka perkataan tersebut membentuk sebuah kata
kerja iaitu ‘Menyiapkan’.
23 Memberikan Kata kerja Beri
Kata dasar untuk perkataan ‘memberikan’ ialah ‘beri’.
Hal ini tergolong dalam golongan kata kerja. Setelah
menerima imbuhan apitan ‘meN-..kan’ maka
perkataan tersebut berubah menjadi ‘memberikan’.
Hal ini juga tergolong dalam kata kerja.
24 Persekolahan Kata nama Sekolah
Kata dasar untuk kata ‘persekolahan’ ialah ‘sekolah’
dan hal ini tergolong dalam kata nama. Setelah
menerima imbuhan ‘peN-..an’ maka, perkataan
tersebut berubah menjadi ‘persekolahan’ dan turut
juga tergolong dalam kata nama.
BMM 3109 MORFOLOGI
17
25 Mengulang Kata kerja Ulang
Kata dasar untuk perkataan ‘mengulang’ ialah ‘ulang’.
Hal ini tergolong dalam golongan kata kerja. Apabila
perkataan tersebut menerima imbuhan awalan ‘meN-‘
+ ‘ulang’ maka terbentuklah perkataan baharu iaitu
‘mengulang’. Hal ini juga tergolong dalam kata kerja.
26 Memastikan Kata kerja Pasti
Kata dasar untuk perkataan ‘memastikan’ ialah ‘pasti’.
Perkataan tersebut tergolong dalam kata tugas yakni
kata praklausa yang yang tergolong dalam kata
pembenar yang membawa erti ‘tidak salah lagi’ .
Setelah perkataan tersebut menerima imbuhan apitan
‘me-..kan’ maka golongan kata tersebut berubah
kepada golongan kata kerja, iaitu ‘memastikan’.
27 Mendapatkan Kata kerja Dapat
Kata dasar untuk perkataan ‘mendapatkan’ ialah
‘dapat’. Hal ini tergolong dalam golongan kata kerja.
Setelah menerima imbuhan apitan ‘meN-..kan’ maka
perkataan tersebut berubah kepada ‘mendapatkan’.
Hal ini juga tergolong dalam kata kerja.
28 Pengurusan Kata kerja Urus
Kata dasar untuk perkataan ‘pengurusan’ ialah ‘urus’.
Hal ini tergolong dalam kata kerja. Apabila perkataan
tersebut menerima imbuhan apitan ‘peN-..an’ maka,
perkataan tersebut berubah menjadi ‘pengurusan’.
Hal ini turut tergolong dalam golongan kata kerja.
29 Mendisiplinkan Kata kerja Disiplin
kata dasar untuk perkataan ‘mendisiplinkan’ ialah
‘disiplin’ yang tergolong dalam kata nama. Setelah
menerima imbuhan apitan ‘meN-..kan’ maka,
perkataan tersebut berubah kepada ‘mendisiplinkan’
dan seterusnya tergolong dalam golongan kata kerja.
30. Disenangi Kata kerja Senang Kata dasar untuk perkataan ‘disenangi’ ialah ‘senang’
yang mana tergolong sebagai kata kerja. Apabila
menerima imbuhan apitan ‘di-..i’ + senangmaka,
perkataan tersebut berubah kepada ‘disenangi’ dan
tergolong juga sebagai kata kerja.
BMM 3109 MORFOLOGI
18
4.0 REFLEKSI
Terlebih dahulu saya ingin merafatkan kesyukuran kepada Malikulmanan kerana
dengan izin-Nya tugasan ini dapatlah jua saya siapkan dengan baik. Melaksanakan tugasan
projek BMM 3109 ini memberikan banyak menfaat buat diri saya selaku guru pelatih yang
mengambil pengkhususan major bahasa Melayu. Antaranya termasuklah menjelaskan dan
menghuraikan proses pembentukan kata bahasa Melayu terutamanya dalam aspek golongan
dan pembentukan kata.
Di samping itu juga, membanding beza serta mengklasifikasikan golongan kata dan
bentuk perkataan bahasa Melayu. Dalam hal ini banyak input yang saya fahami dan pelajari
yang perlu saya aplikasikan dalam kehidupan seharian agar bahasa Melayu dapat diujarkan
dengan sebetulnya. Contohnya penggunaan kata tugas seperti kata pemeri iaitu perkataan
‘ialah’ dan ‘adalah’. Semasa membuat tugasan ini barulah saya tahu penggunaannya dalam
bahasa Melayu. Tamsilnya, penggunaan kata pemeri ‘ialah’ harus digunakan dengan disertai
kata nama. Manakala, perkataan ‘adalah’ harus digunakan atau diselangi dengan kata sendi.
Lihatlah betapa pentingnya ilmu nahu ini yang seterusnya dapat diaplikasikan dan seterusnya
memartabatkan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan.
Kata orang, jika kita hendak melihat apa-apa yang akan berlaku pada masa hadapan,
lihatlah generasi pada masa sekarang. Hal ini bermakna sistem pendidikan merupakan
landasan terbaik untuk membentuk generasi kita bagi merealisasikan aspirasi Negara. Dalam
hal ini, sekolah dan institusi pendidikan diumpamakan seperti tapak tempat menyemai benih
generasi pada masa hadapan. Manakala, kurikulum sekolah pula merupakan inti pati yang akan
disuntik ke dalam minda serta jiwa mereka. Lantaran itu, jika hendak menyemai apa-apa
aspirasi Negara dan membentuk generasi pada masa hadapan mengikut acuan kita sendiri, di
sinilah tempatnya. Begitu juga dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu.
Dalam hal ini, jika kita meninjau saranan Profesor Dr Awang Sariyan dalam Majlis
Bicarawara Bahasa di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka yang lalu
ada benarnya. Menurut beliau, Pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan perlu
dimantapkan semula iaitu bermula daripada prasekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi.
Menurut beliau lagi, penegasan perlu diberikan kepada usaha pembudayaan bahasa sebagai
asas peneguhan tamadun bangsa Melayu dalam dua aspek,
BMM 3109 MORFOLOGI
19
antaranya termasuklah; pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama
dalam proses pemerolehan dan pengembangan ilmu, selaras dengan perancangan
Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang diperkukuh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran
Rahman Talib 1960 dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961 serta Akta Pendidikan 1996.
Seterusnya, pembudayaan bahasa yang baik, teratur, santun dan mewakili budaya tinggi
melalui kegiatan kokurikulum sehingga ragam bahasa tidak rasmi seperti bahasa slanga atau
pijin tidak sampai menggugat bahasa yang mewakili budaya teras.
Pada hematnya, saranan beliau tersebut bukanlah satu idea yang baharu dan mungkin
telah direncanakan dalam sistem pendidikan kita. Namun, dari segi pelaksanaan dan
penguatkuasaan masih belum mencapai matlamatnya. Meskipun telah lima puluh tahun lebih
Negara kita merdeka. Oleh itu, adalah wajar untuk pihak-pihak tertentu melihat semula
kandungan yang ada dalam sistem pendidikan kita dalam usaha memartabatkan bahasa
Melayu dan bandingkan saranan beliau dengan usaha tersebut. Jika belum ada, adakan. Jika
sebaliknya, mantapkanlah dan tingkatkan pelaksanaan serta penguatkuasaan. Lantaran itu, kita
haruslah sedar, jika bukan kita, siapa lagi yang akan kita harapkan untuk menggalas
tanggungjawab ini. Sekadar membicarakan dasar dan mengubal akta sahaja tidak mencukupi.
Gerakkan dan kuatkuasakan pelaksanaannya. Tepuk dada tanyalah selera.
Oleh itu, jelaslah bahawasanya ilmu tatabahasa ini haruslah dikuasai dahulu dalam
kalangan guru sebelum dikongsikan dalam kalangan pelajar. Tanpa ini, mana mungkin
matlamat untuk menggunakan bahasa Melayu dengan betul dapat dicapai tanpa ada ilmu
tatabahasa yang mantap. Justeru, Guru amatlah memainkan peranan yang sangat penting
dalam memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dengan betul dalam kalangan masyarakat
sesebuah negara.
BMM 3109 MORFOLOGI
20
5.0 BIBLIOGRAFI
Asraf Haji Wahab, (1982). Petunjuk Tatabahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd
Awang Sariyan, (1984). Isu-isu Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar, (2014). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Bin Musa, (1994). Pengantar Falsafah Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kamus Dewan Edisi keempat. (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Pelajar Edisi kedua. (2008). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Bt Hj Abdul Karim, (2010). Tatabahasa Dewan Edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
BMM 3109 MORFOLOGI
21
Laman Sesawang :
Laman tersebut telah dilayari pada 1 Mac 2014 sehingga 12 Mac 2014;
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_kerja
http://www.slideshare.net/redhotsambal71/kata-kerja-tak-transitif-28876507
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_adjektif
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_tugas
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_nama
BMM 3109 MORFOLOGI
22
6.0 LAMPIRAN

More Related Content

What's hot

Imbuhan PEN~
Imbuhan PEN~Imbuhan PEN~
1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata
Asri Mohad
 
Imbuhan awalan
Imbuhan awalanImbuhan awalan
Imbuhan awalan
Sekolah Rendah Park View
 
Kata tunggal bahasa
Kata tunggal bahasa Kata tunggal bahasa
Kata tunggal bahasa
Kaizen Kohana
 
Topik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-i
Topik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-iTopik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-i
Topik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-i
Botol Budu
 
Mofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYUMofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYU
@f!Q@H @F!N@
 
Imbuhan Ter
Imbuhan TerImbuhan Ter
Frasa Adjektif
Frasa AdjektifFrasa Adjektif
Frasa Adjektif
uchot
 
Kata Kerja Pasif
Kata Kerja PasifKata Kerja Pasif
Kata Kerja Pasif
aina_athirah
 
KESALAHAN TATABAHASA BM
KESALAHAN TATABAHASA BMKESALAHAN TATABAHASA BM
KESALAHAN TATABAHASA BMChinlee Ho
 
Nota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNoor Syazwanni
 
Imbuhan pinjaman
Imbuhan pinjamanImbuhan pinjaman
Imbuhan pinjaman
Sonny Bill Hasan
 
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)firo HAR
 
Analisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohonAnalisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohon
hasila300978
 

What's hot (20)

Imbuhan PEN~
Imbuhan PEN~Imbuhan PEN~
Imbuhan PEN~
 
Akronim
AkronimAkronim
Akronim
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata
 
Imbuhan awalan
Imbuhan awalanImbuhan awalan
Imbuhan awalan
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 
Apitan kata nama
Apitan kata namaApitan kata nama
Apitan kata nama
 
Kata tunggal bahasa
Kata tunggal bahasa Kata tunggal bahasa
Kata tunggal bahasa
 
Topik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-i
Topik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-iTopik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-i
Topik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-i
 
Mofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYUMofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYU
 
Imbuhan Ter
Imbuhan TerImbuhan Ter
Imbuhan Ter
 
Frasa Adjektif
Frasa AdjektifFrasa Adjektif
Frasa Adjektif
 
Kata Kerja Pasif
Kata Kerja PasifKata Kerja Pasif
Kata Kerja Pasif
 
Vokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa MelayuVokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa Melayu
 
KESALAHAN TATABAHASA BM
KESALAHAN TATABAHASA BMKESALAHAN TATABAHASA BM
KESALAHAN TATABAHASA BM
 
Nota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksis
 
Imbuhan pinjaman
Imbuhan pinjamanImbuhan pinjaman
Imbuhan pinjaman
 
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
 
Kata Ganda
Kata GandaKata Ganda
Kata Ganda
 
Analisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohonAnalisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohon
 

Viewers also liked

Rpt bm tahun 5 skbertakwim
Rpt bm tahun 5 skbertakwimRpt bm tahun 5 skbertakwim
Rpt bm tahun 5 skbertakwim
sofie
 
Definisi morfologi
Definisi morfologiDefinisi morfologi
Definisi morfologiepoicikgu
 
09 bahan-bacaan
09 bahan-bacaan09 bahan-bacaan
09 bahan-bacaanPark Long
 
Ayat dan pola_ayat_latest_
Ayat dan pola_ayat_latest_Ayat dan pola_ayat_latest_
Ayat dan pola_ayat_latest_
Mys Soleh
 
Shanmugam bahagian tatabahasa
Shanmugam bahagian tatabahasaShanmugam bahagian tatabahasa
Shanmugam bahagian tatabahasa
Shanmugam Thiagoo
 
Aktif pasif
Aktif pasifAktif pasif
Aktif pasif
lee cheah liang
 
Penggolongan kata
Penggolongan kataPenggolongan kata
Penggolongan kataghazali76
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Sharmilah Mimi
 
Menterjemah fungsi ayat
Menterjemah fungsi ayatMenterjemah fungsi ayat
Menterjemah fungsi ayatMaheram Ahmad
 
Kempen berbudi bahasa dan nilai murni
Kempen berbudi bahasa dan nilai murniKempen berbudi bahasa dan nilai murni
Kempen berbudi bahasa dan nilai murnifardzli71
 
RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
RAGAM AYAT (AYAT PASIF) RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
cg.Teha Amran
 
Ayat Songsang Aktif dan Pasif
Ayat Songsang Aktif dan PasifAyat Songsang Aktif dan Pasif
Ayat Songsang Aktif dan PasifRahim Affandi
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
HanaFitrah
 
Kesantunan Masyarakat Malaysia
Kesantunan Masyarakat MalaysiaKesantunan Masyarakat Malaysia
Kesantunan Masyarakat Malaysia
velter jailih
 
Budi bahasa
Budi bahasaBudi bahasa
Budi bahasa
Inbmy
 
Isu budi bahasa
Isu budi bahasaIsu budi bahasa
Isu budi bahasa
Haniza Abdul Rahim
 
AYAT PASIF SONGSANG
AYAT PASIF SONGSANGAYAT PASIF SONGSANG
AYAT PASIF SONGSANG
Normarjana Ibrahim
 

Viewers also liked (20)

Rpt bm tahun 5 skbertakwim
Rpt bm tahun 5 skbertakwimRpt bm tahun 5 skbertakwim
Rpt bm tahun 5 skbertakwim
 
Definisi morfologi
Definisi morfologiDefinisi morfologi
Definisi morfologi
 
Imbuhan
ImbuhanImbuhan
Imbuhan
 
09 bahan-bacaan
09 bahan-bacaan09 bahan-bacaan
09 bahan-bacaan
 
Ayat dan pola_ayat_latest_
Ayat dan pola_ayat_latest_Ayat dan pola_ayat_latest_
Ayat dan pola_ayat_latest_
 
Shanmugam bahagian tatabahasa
Shanmugam bahagian tatabahasaShanmugam bahagian tatabahasa
Shanmugam bahagian tatabahasa
 
Aktif pasif
Aktif pasifAktif pasif
Aktif pasif
 
Penggolongan kata
Penggolongan kataPenggolongan kata
Penggolongan kata
 
Bm rph
Bm rphBm rph
Bm rph
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
 
Menterjemah fungsi ayat
Menterjemah fungsi ayatMenterjemah fungsi ayat
Menterjemah fungsi ayat
 
Kempen berbudi bahasa dan nilai murni
Kempen berbudi bahasa dan nilai murniKempen berbudi bahasa dan nilai murni
Kempen berbudi bahasa dan nilai murni
 
Kata nama
Kata namaKata nama
Kata nama
 
RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
RAGAM AYAT (AYAT PASIF) RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
 
Ayat Songsang Aktif dan Pasif
Ayat Songsang Aktif dan PasifAyat Songsang Aktif dan Pasif
Ayat Songsang Aktif dan Pasif
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
 
Kesantunan Masyarakat Malaysia
Kesantunan Masyarakat MalaysiaKesantunan Masyarakat Malaysia
Kesantunan Masyarakat Malaysia
 
Budi bahasa
Budi bahasaBudi bahasa
Budi bahasa
 
Isu budi bahasa
Isu budi bahasaIsu budi bahasa
Isu budi bahasa
 
AYAT PASIF SONGSANG
AYAT PASIF SONGSANGAYAT PASIF SONGSANG
AYAT PASIF SONGSANG
 

Similar to Morfologi

Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataShizuka Jijie (SBP)
 
WEEK_4_-_TATABAHASA.pptx
WEEK_4_-_TATABAHASA.pptxWEEK_4_-_TATABAHASA.pptx
WEEK_4_-_TATABAHASA.pptx
Ewei Voon
 
Pengantar Bahasa Melayu-Morfologi
Pengantar Bahasa Melayu-MorfologiPengantar Bahasa Melayu-Morfologi
Pengantar Bahasa Melayu-Morfologi
evhyunnie
 
Bab 3 (2)
Bab 3 (2)Bab 3 (2)
Bab 3 (2)
wanarizwan
 
Morforlogi (pembentukan kata)
Morforlogi (pembentukan kata)Morforlogi (pembentukan kata)
Morforlogi (pembentukan kata)
Hazyzyizuan Hassa
 
Konsep morfologi bahasa melayu
Konsep morfologi bahasa melayuKonsep morfologi bahasa melayu
Konsep morfologi bahasa melayu
Rekha Mariappan
 
Morfologi bahasa melayu
Morfologi bahasa melayuMorfologi bahasa melayu
Morfologi bahasa melayu
AnuaBinHarisIPGKSM
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullprincess Sakura
 
Penggolongan kata linguistik bahasa melayu
Penggolongan kata linguistik bahasa melayuPenggolongan kata linguistik bahasa melayu
Penggolongan kata linguistik bahasa melayu
ly infinitryx
 

Similar to Morfologi (20)

Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Esemen full morfologi (1)
Esemen full morfologi (1)Esemen full morfologi (1)
Esemen full morfologi (1)
 
09 bahan-bacaan
09 bahan-bacaan09 bahan-bacaan
09 bahan-bacaan
 
09 bahan-bacaan
09 bahan-bacaan09 bahan-bacaan
09 bahan-bacaan
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kata
 
WEEK_4_-_TATABAHASA.pptx
WEEK_4_-_TATABAHASA.pptxWEEK_4_-_TATABAHASA.pptx
WEEK_4_-_TATABAHASA.pptx
 
Pengantar Bahasa Melayu-Morfologi
Pengantar Bahasa Melayu-MorfologiPengantar Bahasa Melayu-Morfologi
Pengantar Bahasa Melayu-Morfologi
 
Pengenalan sintaksis
Pengenalan sintaksisPengenalan sintaksis
Pengenalan sintaksis
 
BAB 5 - MORFOLOGI
BAB 5 - MORFOLOGIBAB 5 - MORFOLOGI
BAB 5 - MORFOLOGI
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Bab 3 (2)
Bab 3 (2)Bab 3 (2)
Bab 3 (2)
 
K.k sintaksis
K.k sintaksisK.k sintaksis
K.k sintaksis
 
Morforlogi (pembentukan kata)
Morforlogi (pembentukan kata)Morforlogi (pembentukan kata)
Morforlogi (pembentukan kata)
 
Bahan
BahanBahan
Bahan
 
Konsep morfologi bahasa melayu
Konsep morfologi bahasa melayuKonsep morfologi bahasa melayu
Konsep morfologi bahasa melayu
 
Morfologi bahasa melayu
Morfologi bahasa melayuMorfologi bahasa melayu
Morfologi bahasa melayu
 
Frasa klausa ayat
Frasa klausa ayatFrasa klausa ayat
Frasa klausa ayat
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide full
 
Penggolongan kata linguistik bahasa melayu
Penggolongan kata linguistik bahasa melayuPenggolongan kata linguistik bahasa melayu
Penggolongan kata linguistik bahasa melayu
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 

Morfologi

  • 1. BMM 3109 MORFOLOGI 1 1.0 PENGENALAN MORFOLOGI Menurut Nik Safiah Binti Haji Abdul Karim, dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2010), Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya. Perkataan-perkataan yang mempunyai keserupaan yang demikian digolongkan dalam golongan kata yang sama. Di samping itu, unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut sebagai morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Untuk perkataan pula, hal ini dapatlah jua diertikan sebagai bentuk bahasa yang terkecil juga, akan tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam sesuatu ayat. Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Perkataan tulis misalnya terdiri daripada satu morfem. Tetapi perkataan menulis pula mengandungi dua morfem, iaitu me- dan tulis bila digabungkan terbentuklah sebuah perkataan baharu yakni menulis yang merujuk kepada kata kerja. Pada waktu yang sama, morfem boleh bersifat bebas dan terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud atau berdiri sendiri dengan maknanya. Contohnya perkataan ialah sekolah dan laut merupakan morfem bebas. Tetapi imbuhan ber- dalam perkataan bersekolah dan imbuhan akhiran –an dalam perkataan lautan ialah morfem terikat. Hal ini demikian kerana, unit-unit itu tidak dapat berdiri dengan sendirinya tanpa kata dasar. Lantaran itu, daripada contoh tadi jelaslah bahawa terdapat perbezaan antara morfem dan perkataan. Perbezaan antara perkataan dan morfem terletak pada sifat bebasnya. Hal ini demikian kerana, morfem mempunyai dua bentuk sama ada morfem terikat dan bebas. Namun untuk perkataan pula, semua perkataan bersifat bebas yakni dapat berdiri dengan sendiri. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahasa semua perkataan terdiri daripada morfem namun demikian, tidak semua morfem itu perkataan.
  • 2. BMM 3109 MORFOLOGI 2 2.0 BAHAGIAN A. PROSES PEMBENTUKAN KATA 2.1 Proses pengimbuhan 2.2 Proses penggandaan IMBUHAN : Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada kata dasar, iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan atau bentuk terbitan, iaitu bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas kata dasar tadi melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata. Imbuhan dimaksudkan sebagai unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Selain itu, imbuhan ialah bentuk terikat yang ditambah pada sesuatu kata. Sesuatu kata yang diberikan imbuhan dikenali sebagai kata terbitan. Terdapat lima bentuk imbuhan. Antaranya adalah seperti yang berikut : I. Awalan : Imbuhan yang terletak di awal kata atau perkataan. II. Awalan rangkap : Imbuhan yang letaknya di awal kata juga tetapi terjadi daripada dua awalan yang dirangkapkan menjadi satu. III. Akhiran : Imbuhan yang letaknya di akhir kata atau perkataan. IV. Apitan : Imbuhan yang letaknya di awal dan di akhir kata. V. Sisipan : imbuhan yang letaknya di tengah-tengah kata. Yang berikut merupakan beberapa contoh imbuhan awalan , awalan rangkap, akhiran, sisipan dan apitan: IMBUHAN CONTOH Awalan ber-, me-, di-, kau-, ku-, ter-, ke-, se-, per-, pe-, juru- Awalan rangkap memper-, diper-, dan teper- Apitan ber..an, ber..kan, me..kan, me..i, di..kan, di..i, ter..kan, ter..i, memper..kan, memper..i, diper..kan, diper..i, ke..an, per..an, pe..an, dan se..nya. Sisipan -el, -em, -er Akhiran -an, -man, -wati, -wan, -kan, -lah, -tah, -ku, -mu dan -nya
  • 3. BMM 3109 MORFOLOGI 3 Pada waktu yang sama juga, imbuhan dapat bertugas untuk mengubah atau menetapkan kelas pelbagai kata seperti kata nama. kata bilangan, kata sendi, kata adjektif, kata kerja, kata hubung dan kata keterangan. Imbuhan bukan sahaja dapat mengubah bentuk dan tugas sesuatu kata yang disertainya, akan tetapi dapat juga mengubah makna kata-kata itu. Asraf Haji Wahab,(1982). Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa imbuhan yang diletakkan pada kata dasar maka akan berlakulah proses pembentukan kata yakni pembentukan kata terbitan yang mempunyai pelbagai maknanya. 2.1.1 Proses pengimbuhan Imbuhan Awalan Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif. Awalan Yang berikut merupakan contoh penggunaan imbuhan awalan untuk kata nama: Awalan + Kata Dasar = Kata Terbitan pe + kebun = pekebun ke + tua = ketua juru + terbang = juru terbang maha + siswa = mahasiswa pem + besar = pembesar pen + curi = pencuri peng + hantar = penghantar penge + cat = pengecat tata + bahasa = tatabahasa pra + kata = prakata dwi + bahasa = dwibahasa eka + warna = ekawarna Yang berikut merupakan contoh penggunaan penggunaan awalan untuk kata kerja: Awalan + Kata Dasar = Kata Terbitan meng + ambil = mengambil ber + lari = berlari
  • 4. BMM 3109 MORFOLOGI 4 memper + lebar = memperlebar mem + baca = membaca ter + makan = termakan be + rasa = berasa men + dayung = mendayung diper + lihat = diperlihat me + lawat = melawat menge + cat = mengecat Yang berikut merupakan contoh penggunaan penggunaan awalan untuk kata adjektif: Awalan + Kata Dasar = Kata Terbitan ter + kecil = terkecil se + hodoh = sehodoh pe + murah = pemurah se + nipis = senipis Imbuhan Apitan Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif. Apitan Apitan ialah imbuhan yang ditambahkan serentak pada hadapan dan belakang kata dasar. Contohnya apitan ke-..an untuk perkataan kata dasar duduk. Namun demikian, apabila ditambah dengan apitan ke-..an tadi maka terjadilah perkataan kedudukan yang memberikan makna yang berbeza daripada perkataan duduk. Hal ini demikian kerana, perkataan duduk dalam Bahasa Melayu pada kata dasarnya membawa erti perilaku meletakkan badan bertumpu pada punggung sama ada duduk bersila, bersimpuh atau pun duduk di atas kerusi. Lain pula halnya untuk perkataan kedudukan yang membawa maksud mendiami atau terus berada pada sesuatu kedudukan. Hal ini telah pun terbukti dengan penambahan imbuhan pada sesuatu kata dasar telah pun menunjukkan semantik yang berbeza dalam sesuatu perkataan tersebut.
  • 5. BMM 3109 MORFOLOGI 5 Yang berikut merupakan contoh penggunaan imbuhan apitan untuk kata nama : Apitan + Kata Dasar = Kata Terbitan ke-..an + daulat = kelaulatan pe-..an + laksana = pelaksanaan pem-..an + buat = pembuatan pen-..an + dapat = pendapatan peng-..an + khayal = pengkhayalan penge-..an + sah = pengesahan pel-..an + ajar = pelajaran pe-..an + sisir = pesisiran per-..an + kata = perkataan Yang berikut merupakan contoh penggunaan imbuhan apitan untuk kata kerja : Apitan + Kata Dasar = Kata Terbit an me-..kan + main = memainkan men-..kan + derma = mendermakan mem-..kan + baik = membaikkan meng-..kan + hirau = menghiraukan menge-..kan + cam = mengecamkan ber-..kan + alas = beralaskan ber-..an + lanjut = berlanjutan di-..kan + guna = digunakan me-..i + masuk = memasuki men-..i + curiga = mencurigai mem-..i + baharu = membaharui meng-..i + gaul = menggauli di-..i + mula = dimulai diper-..i + ingat = diperingati diper-..kan + dengar = diperdengarkan memper-..kan + lihat = memperlihatkan memper-..i + ingat = memperingati
  • 6. BMM 3109 MORFOLOGI 6 Yang berikut merupakan contoh penggunaan imbuhan apitan untuk kata adjektif : Apitan + Kata Dasar = Kata Terbitan ke-..an + akrab = keakraban ke-..an + inggeris = keinggerisan ke-..an + cina = kecinaan Imbuhan Sisipan Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif. Sisipan Sisipan ialah imbuhan yang diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar. Sisipan hanya terdiri daripada tiga bahagian iaitu –em-, -el-, dan –er-. Dalam bahasa Melayu terdapat kata- kata terbitan yang terjadi dengan adanya bentuk-bentuk yang berikut; contohnya; telunjuk, gemuruh dan gerigi. Namun demikian, bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan. Hal ini bermaksud, kata terbitan baharu tidak lagi dibentuk dengan sisipan. bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan-perkataan yang lain kecuali dalam beberapa istilah yang baharu dicipta. Bentuk-bentuk sisipan ini bertugas untuk mengubah atau menetapkan kelas kata. Oleh hal yang demikian, hal ini bermakna, kata-kata yang bersisipan dalam Bahasa Melayu tidak banyak dan tidak lagi seperti kata terbitan daripada kata dasarnya . Oleh itu, makna yang diberikan dalam kamus untuk tiap-tiap kata bersisipan itu tidak semestinya didasarkan pada kata dasar atau pada sisipan itu sendiri. Yang berikut merupakan contoh penggunaan imbuhan sisipan untuk kata nama: Sisipan Contoh kata -el- telunjuk, kelabut, kelengkeng. -er- keruping, gerigi, serabut, seruling.
  • 7. BMM 3109 MORFOLOGI 7 Yang berikut merupakan contoh penggunaan imbuhan sisipan untuk kata kerja: Sisipan Contoh kata -el- jelajah, gelegak Yang berikut merupakan contoh penggunaan imbuhan sisipan untuk kata adjektif: Sisipan Contoh kata -el- selerak, gelembung -er- gerodak -em- semerbak, gemilang, gemerlap -in- sinambung Imbuhan Akhiran Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif. Akhiran Akhiran ialah imbuhan yang ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar. Akhiran terdiri daripada -an, -man, -wati, -wan, -kan, -lah, -tah, -ku, -mu dan –nya. Yang berikut merupakan contoh imbuhan akhiran untuk kata nama: Akhiran + Kata dasar = Kata Terbitan -an + pecah = pecahan -man + seni = seniman -wati + seni = seniwati -ku + adik = adikku -lah + dia = dialah -tah + siapa = siapatah -mu + untuk = untukmu -nya + buku = bukunya -wan + angkasa = angkasawan
  • 8. BMM 3109 MORFOLOGI 8 Yang berikut merupakan contoh imbuhan akhiran untuk kata kerja: Akhiran + Kata dasar = Kata Terbitan -i + lalu = lalui -kan + baca = bacakan Yang berikut merupakan contoh imbuhan akhiran untuk kata adjektif: Akhiran + Kata dasar = Kata Terbitan -an + asin, bulat, datar,kotor,manis, lapang = asinan, bulatan dataran,kotoran,manisan,lapangan 2.2.1 Proses Penggandaan Menurut Asraf Haji Wahab,(1982). Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang diulang atau digandakan sebahagian atau seluruhnya. Di samping itu, Menurut Hashim Bin Musa, (1994). Proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang melibatkan penggandaan kata dasar. Dalam proses yang demikian,kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh, atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dengan berdasarkan ini, terdapat tiga jenis penggandaan iaitu; I. Pengandaan penuh II. penggandaan separa III. penggandaan berentak atau bersajak
  • 9. BMM 3109 MORFOLOGI 9 2.2.1.1 Penggandaan Penuh atau Penggandaan seluruh Kata ganda seluruh terbentuk daripada kata dasar yang diulang atau digandakan seluruhnya serta diberi tanda sempang seperti (-). Dengan erti kata lain, penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengadungi imbuhan atau pun tidak. Contohnya seperti yang berikut: a. Penggandaan penuh kata tunggal: - meja-meja - rumah-rumah - budak-budak - ayat-ayat b. Penggandaan penuh kata berimbuhan : - kekasih-kekasih (awalan) - amalan-amalan (akhiran) - persatuan-persatuan (sisipan) Kata ganda seluruh mempunyai beberapa tugas seperti yang berikut: 1. Mengubah kelas kata dasar. Contohnya: Kata Dasar dan Kelasnya Kata Ganda Seluruh dan Kelasnya hari (kata nama) hari-hari (kata keterangan) pagi (kata nama) pagi-pagi (kata keterangan) apa (kata ganti tanya) apa-apa (kata ganti tak tentu) mana (kata ganti tanya) mana-mana (kata ganti tak tentu) awal (kata abjektif) awal-awal (kata keterangan) masak (kata adjektif) masak-masak (kata keterangan) jemput (kata kerja terikat) jemput-jemput (kata nama) layang (kata kerja terikat) layang-layang (kata nama) diam (kata kerja asal) diam-diam (kata keterangan) habis (kata kerja asal) habis-habis (kata keterangan)
  • 10. BMM 3109 MORFOLOGI 10 2. Menetapkan kelas kata dasar. Contohnya: Kata Dasar dan Kelasnya Kata Ganda Seluruh dan Kelasnya kotak (kata nama) kotak-kotak (kata nama) orang (kata nama) orang-orang (kata nama) besar (kata adjektif) besar-besar (kata abjektif) cantik (kata adjektif) cantik-cantik (kata adjektif) baring (kata kerja) baring-baring (kata kerja) duduk (kata kerja) duduk-duduk (kata kerja) 3. Mengubah makna kata dasar tanpa mengubah kelasnya yakni sama ada tergolong kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Kata Dasar dan Kelasnya Kata Ganda Seluruh dan Kelasnya api api-api (kata nama) baik baik-baik (kata adjektif) tidur tidur-tidur (kata kerja) 2.2.1.2 Penggandaan Separa Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau pun kata terbitan. Dengan erti kata lain, kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya. Selain itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘e’. Contohnya seperti yang berikut: Penggandaan separa kata tunggal untuk kata nama Daun Dadaun Dedaun
  • 11. BMM 3109 MORFOLOGI 11 Yang berikut merupakan contoh kata ganda separa untuk kata nama : Kata Dasar Kata Ganda Separa jari jejari daun dedaun labu lelabu laki lelaki Yang berikut merupakan contoh kata ganda separa untuk kata kerja berimbuhan awalan ber-, ter-, di-, meN- : Kata Dasar Kata Ganda Separa lari berlari-lari senyum tersenyum-senyum risik dirisik-risik cari mencari-cari Yang berikut merupakan contoh kata ganda separa untuk kata adjektif berimbuhan awalan se- : Kata Dasar Kata Ganda Separa pandai, baik,tinggi sepandai-pandai, sebaik-baik, setinggi-tinggi Yang berikut merupakan contoh kata ganda separa untuk kata nama, kata kerja dan kata adjektif berimbuhan dengan akhiran –an, -kan, -i : Kata Dasar Kata Ganda Separa sayur (kata nama) sayur-sayuran risik (kata kerja) risik-risikan selidik (kata kerja) selidik-selidiki rindu rindu-rinduan
  • 12. BMM 3109 MORFOLOGI 12 Yang berikut merupakan contoh kata ganda separa untuk kata kerja dan kata adjektif dengan imbuhan apitan ber-..an, meN-.kan, meN-..i, di-..kan, di-..i, ke-..an : Kata Dasar Kata Ganda Separa salam (kata kerja) bersalam-salaman buruk (kata kerja) memburuk-burukkan awas (kata kerja) mengawas-awasi agung (kata kerja) diagung-agungkan marah (kata kerja) dimarah-marahi kuning (kata adjektif) kekuning-kuningan 2.2.1.3 Penggandaan Berentak atau Penggandaan Bersajak Penggandaan berentak atau penggandaan bersajak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Dengan erti kata lain, penggandaan berentak ialah kata ganda yang mengalami persesuaian bunyi atau perubahan bunyi dengan penambahan kata yang berbeza daripada kata dasarnya. sama ada mengalami persamaan bunyi di hujung, di pangkal dan di tengah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi-bunyi demikian, maka penggandaan berentak dapatlah dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:  Penggandaan berentak pengulangan vokal. = Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal tertentu. contohnya; Sayur- mayur, Kuih-muih, Lauk-pauk.  Penggandaan berentak pengulangan konsonan.= Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi konsonan tertentu. Contoh; Batu- batan, kayu-kayan, suku-sakat, gunung-ganang.  Penggandaan berentak pengulangan bebas.= penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Contohnya; anak-pinak, saudara-mara, sedu-sedan.
  • 13. BMM 3109 MORFOLOGI 13 3.0 BAHAGIAN B. PENGANALISISAN PENGGUNAAN KATA Bil Kata Golongan Kata Kata Dasar Proses Pengimbuhan 1 Menjadi Kata kerja Jadi Kata dasar untuk perkataan ‘menjadi’ ialah ‘jadi’ yang berasal daripada golongan kata kerja. Perkataan tersebut menerima imbuhan awalan ‘meN-‘ maka, perkataan ‘jadi’ + awalan ‘meN-‘ maka terbentuklah perkataan baharu iaitu ‘menjadi’ yang tergolong dalam golongan kata kerja. 2 Pekerjaan Kata nama Kerja Kata dasar untuk perkataan ‘pekerjaan’ ialah ‘kerja’ yang tergolong dalam golongan kata nama.Setelah menerima proses imbuhan apitan ‘pe..-an’ maka terbentuklah kata terbitan yang berbeza maknanya iaitu ‘pekerjaan’ yang tergolong dalam golongan kata nama. 3 Dibekalkan Kata kerja Bekal Kata dasar untuk perkataan ‘dibekalkan’ ialah ‘bekal’. Perkataan tersebut tergolong dalam golongan kata nama. Setelah menerima imbuhan apitan ‘di..-kan’ maka, terbentuklah kata terbitan yang baharu iaitu ‘dibekalkan’ dan seterusnya membentuk kata kerja. 4 Mencipta Kata kerja Cipta Kata dasar untuk perkataan ‘mencipta’ ialah ‘cipta’ yang tergolong dalam golongan kata kerja. Setelah menerima imbuhan awalan ‘meN-’ + ‘cipta’ maka, terbentuklah kata terbitan yang tergolong juga dalam kata kerja iaitu ‘mencipta’. 5 Pelajar Kata nama Ajar Kata dasar untuk perkataan ‘pelajar’ ialah ‘ajar’. Perkataan tersebut tergolong dalam golongan kata kerja. Setelah menerima imbuhan awalan ‘pel-‘ yakni ‘pel’+ ‘ajar’ maka, terbentuklah kata nama iaitu ‘pelajar’.
  • 14. BMM 3109 MORFOLOGI 14 6 Bersedia Kata kerja Sedia Kata dasar perkataan ‘bersedia’ ialah ‘sedia’. Hal ini tergolong dalam golongan kata kerja. Namun, setelah menerima imbuhan awalan ‘ber-‘ yakni, ‘ber-‘ + ‘sedia’ maka, terbentuklah golongan kata kerja iaitu ‘bersedia’. 8 Bersiap Kata kerja Siap Kata dasar untuk perkataan ‘bersiap’ ialah ‘siap’. Perkataan tersebut tergolong dalam golongan kata kerja. Setelah menerima imbuhan awalan ‘ber-‘ maka perkataan tersebut membentuk kata kerja iaitu ‘bersiap’. 9 Menghadapi Kata kerja Hadap Kata dasar untuk perkataan ‘menghadapi’ ialah ‘hadap’. Perkataan tersebut tergolong dalam kata kerja. Apabila perkataan ‘hadap’ itu menerima imbuhan apitan ‘meng..i’ maka, terbentuklah perkataan baharu iaitu ‘menghadapi’ yang tergolong dalam golongan kata kerja. 10 Penghujung Kata nama Hujung Kata dasar untuk kata ‘penghujung’ ialah ‘hujung’ yang tergolong dalam golongan kata nama. Setelah menerima awalan ‘peN-’ maka, perkataan tersebut membentuk perkataan baharu iaitu ‘penghujung’ yang tergolong juga dalam kata nama. 11 Pelajaran Kata nama Ajar Kata dasar untuk perkataan ‘pelajaran’ ialah ‘ajar’. Perkataan tersebut tergolong dalam golongan kata kerja. Setelah menerima imbuhan apitan ‘pel-..an’ maka, terhasillah perkataan baharu yang tergolong dalam golongan kata nama iaitu ‘pelajaran’. 12 Kehidupan Kata nama Hidup Perkataan ‘hidup’ merupakan kata dasar untuk perkataan ‘kehidupan’ yang tergolong dalam golongan kata nama. Perkataan tersebut telah menerima imbuhan apitan ‘ke-..an’ seterusnya membentuk kata baharu iaitu ‘kehidupan’ yang tergolong juga dalam golongan kata nama.
  • 15. BMM 3109 MORFOLOGI 15 13 Sebahagian Kata tugas atau kata bilangan Bahagi Kata dasar untuk perkataan ‘sebahagian’ ialah ‘bahagi’ yang tergolong dalam golongan kata kerja. Setelah menerima imbuhan apitan ‘se..-an’ maka golongan kata perkataaan tersebut berubah kepada golongan kata tugas. Iaitu perkataan ‘sebahagian’. 14 Terhadap Kata tugas hadap Kata dasar untuk perkataan ‘tehadap’ ialah ‘hadap’ yang tergolong dalam golongan kata kerja. Setelah menerima imbuhan ‘ter-’ perkataan tersebut berubah kepada golongan kata tugas yang tergolongan dalam golongan kata prafrasa yakni tergolong dalam kata sendi nama. 15 Menghormati Kata kerja Hormat Kata dasar untuk perkataan ‘menghormati’ ialah ‘hormat’. Hal ini tergolong dalam golongan kata kerja. Setelah menerima apitan ‘meng-..i’ maka, perkataan baharu yang tergolong juga dalam golongan kata kerja terbentuk, iaitu ‘menghormati’. 16 Diciptakan Kata kerja Cipta Kata dasar untuk perkataan ‘diciptakan’ ialah ‘cipta’ yang tergolong dalam golongan kata kerja. Setelah menerima imbuhan apitan ‘di-..kan’ + ‘cipta’ maka, terbentuklah kata terbitan yang tergolong juga dalam kata kerja iaitu ‘diciptakan’. 17 Kecemerlangan Kata nama Cemerlang Kata dasar untuk perkataan ‘kecemerlangan’ ialah ‘cemerlang’. Golongan kata tersebut tergolong dalam kata nama. Setelah menerima imbuhan apitan ‘ke- ..an’ maka kata tersebut berubah kepada ‘kecemerlangan’ yang tergolong juga dalam kata nama. 18 Menjamin Kata kerja Jamin Kata dasar untuk perkataan ‘menjamin’ ialah ‘jamin’. Hal ini tergolong dalam kata kerja. Setelah menerima imbuhan awalan ‘meN-’ maka, perkataan tersebut berubah kepada ‘menjamin’ yang tergolong juga dalam kata kerja.
  • 16. BMM 3109 MORFOLOGI 16 19 Termasuk Kata kerja masuk Kata dasar untuk perkataan ‘termasuk’ ialah ‘masuk’. Hal ini tergolong dalam golongan kata kerja. Apabila menerima imbuhan awalan ‘ter-’ maka perkataan tersebut berubah kepada ‘termasuk’. Hal ini juga termasuk dalam golongan kata kerja. 20 Berkeyakinan Kata adjektif Yakin Kata dasar untuk perkataan ‘berkeyakinan’ ialah ‘yakin’. Hal tersebut tergolong dalam golongan kata tugas dalam kata praklausa. Setelah menerima imbuhan awalan ‘ber-’ perkataan tersebut berubah menjadi ‘berkeyakinan sekaligus mengubah maksud asalnya. Hal ini tergolong dalam golongan kata adjektif perasaan. 21 Memikul Kata kerja Pikul Kata dasar perkataan untuk perkataan ‘memikul’ ialah ‘pikul’. Kata tersebut tergolong dalam kata kerja. Setelah menerima imbuhan awalan ‘me-‘ + ‘pikul’ maka, perkataan tersebut berubah kepada ‘memikul’. Perkataan tersebut tergolong juga dalam kata kerja. 22 Menyiapkan Kata kerja Siap Kata dasar untuk perkataan ‘menyiapkan’ ialah ‘siap’. Perkataan tersebut tergolong dalam golongan kata kerja. Setelah menerima imbuhan apitan ‘Men-..kan‘ maka perkataan tersebut membentuk sebuah kata kerja iaitu ‘Menyiapkan’. 23 Memberikan Kata kerja Beri Kata dasar untuk perkataan ‘memberikan’ ialah ‘beri’. Hal ini tergolong dalam golongan kata kerja. Setelah menerima imbuhan apitan ‘meN-..kan’ maka perkataan tersebut berubah menjadi ‘memberikan’. Hal ini juga tergolong dalam kata kerja. 24 Persekolahan Kata nama Sekolah Kata dasar untuk kata ‘persekolahan’ ialah ‘sekolah’ dan hal ini tergolong dalam kata nama. Setelah menerima imbuhan ‘peN-..an’ maka, perkataan tersebut berubah menjadi ‘persekolahan’ dan turut juga tergolong dalam kata nama.
  • 17. BMM 3109 MORFOLOGI 17 25 Mengulang Kata kerja Ulang Kata dasar untuk perkataan ‘mengulang’ ialah ‘ulang’. Hal ini tergolong dalam golongan kata kerja. Apabila perkataan tersebut menerima imbuhan awalan ‘meN-‘ + ‘ulang’ maka terbentuklah perkataan baharu iaitu ‘mengulang’. Hal ini juga tergolong dalam kata kerja. 26 Memastikan Kata kerja Pasti Kata dasar untuk perkataan ‘memastikan’ ialah ‘pasti’. Perkataan tersebut tergolong dalam kata tugas yakni kata praklausa yang yang tergolong dalam kata pembenar yang membawa erti ‘tidak salah lagi’ . Setelah perkataan tersebut menerima imbuhan apitan ‘me-..kan’ maka golongan kata tersebut berubah kepada golongan kata kerja, iaitu ‘memastikan’. 27 Mendapatkan Kata kerja Dapat Kata dasar untuk perkataan ‘mendapatkan’ ialah ‘dapat’. Hal ini tergolong dalam golongan kata kerja. Setelah menerima imbuhan apitan ‘meN-..kan’ maka perkataan tersebut berubah kepada ‘mendapatkan’. Hal ini juga tergolong dalam kata kerja. 28 Pengurusan Kata kerja Urus Kata dasar untuk perkataan ‘pengurusan’ ialah ‘urus’. Hal ini tergolong dalam kata kerja. Apabila perkataan tersebut menerima imbuhan apitan ‘peN-..an’ maka, perkataan tersebut berubah menjadi ‘pengurusan’. Hal ini turut tergolong dalam golongan kata kerja. 29 Mendisiplinkan Kata kerja Disiplin kata dasar untuk perkataan ‘mendisiplinkan’ ialah ‘disiplin’ yang tergolong dalam kata nama. Setelah menerima imbuhan apitan ‘meN-..kan’ maka, perkataan tersebut berubah kepada ‘mendisiplinkan’ dan seterusnya tergolong dalam golongan kata kerja. 30. Disenangi Kata kerja Senang Kata dasar untuk perkataan ‘disenangi’ ialah ‘senang’ yang mana tergolong sebagai kata kerja. Apabila menerima imbuhan apitan ‘di-..i’ + senangmaka, perkataan tersebut berubah kepada ‘disenangi’ dan tergolong juga sebagai kata kerja.
  • 18. BMM 3109 MORFOLOGI 18 4.0 REFLEKSI Terlebih dahulu saya ingin merafatkan kesyukuran kepada Malikulmanan kerana dengan izin-Nya tugasan ini dapatlah jua saya siapkan dengan baik. Melaksanakan tugasan projek BMM 3109 ini memberikan banyak menfaat buat diri saya selaku guru pelatih yang mengambil pengkhususan major bahasa Melayu. Antaranya termasuklah menjelaskan dan menghuraikan proses pembentukan kata bahasa Melayu terutamanya dalam aspek golongan dan pembentukan kata. Di samping itu juga, membanding beza serta mengklasifikasikan golongan kata dan bentuk perkataan bahasa Melayu. Dalam hal ini banyak input yang saya fahami dan pelajari yang perlu saya aplikasikan dalam kehidupan seharian agar bahasa Melayu dapat diujarkan dengan sebetulnya. Contohnya penggunaan kata tugas seperti kata pemeri iaitu perkataan ‘ialah’ dan ‘adalah’. Semasa membuat tugasan ini barulah saya tahu penggunaannya dalam bahasa Melayu. Tamsilnya, penggunaan kata pemeri ‘ialah’ harus digunakan dengan disertai kata nama. Manakala, perkataan ‘adalah’ harus digunakan atau diselangi dengan kata sendi. Lihatlah betapa pentingnya ilmu nahu ini yang seterusnya dapat diaplikasikan dan seterusnya memartabatkan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan. Kata orang, jika kita hendak melihat apa-apa yang akan berlaku pada masa hadapan, lihatlah generasi pada masa sekarang. Hal ini bermakna sistem pendidikan merupakan landasan terbaik untuk membentuk generasi kita bagi merealisasikan aspirasi Negara. Dalam hal ini, sekolah dan institusi pendidikan diumpamakan seperti tapak tempat menyemai benih generasi pada masa hadapan. Manakala, kurikulum sekolah pula merupakan inti pati yang akan disuntik ke dalam minda serta jiwa mereka. Lantaran itu, jika hendak menyemai apa-apa aspirasi Negara dan membentuk generasi pada masa hadapan mengikut acuan kita sendiri, di sinilah tempatnya. Begitu juga dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Dalam hal ini, jika kita meninjau saranan Profesor Dr Awang Sariyan dalam Majlis Bicarawara Bahasa di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka yang lalu ada benarnya. Menurut beliau, Pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan perlu dimantapkan semula iaitu bermula daripada prasekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Menurut beliau lagi, penegasan perlu diberikan kepada usaha pembudayaan bahasa sebagai asas peneguhan tamadun bangsa Melayu dalam dua aspek,
  • 19. BMM 3109 MORFOLOGI 19 antaranya termasuklah; pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam proses pemerolehan dan pengembangan ilmu, selaras dengan perancangan Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang diperkukuh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961 serta Akta Pendidikan 1996. Seterusnya, pembudayaan bahasa yang baik, teratur, santun dan mewakili budaya tinggi melalui kegiatan kokurikulum sehingga ragam bahasa tidak rasmi seperti bahasa slanga atau pijin tidak sampai menggugat bahasa yang mewakili budaya teras. Pada hematnya, saranan beliau tersebut bukanlah satu idea yang baharu dan mungkin telah direncanakan dalam sistem pendidikan kita. Namun, dari segi pelaksanaan dan penguatkuasaan masih belum mencapai matlamatnya. Meskipun telah lima puluh tahun lebih Negara kita merdeka. Oleh itu, adalah wajar untuk pihak-pihak tertentu melihat semula kandungan yang ada dalam sistem pendidikan kita dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu dan bandingkan saranan beliau dengan usaha tersebut. Jika belum ada, adakan. Jika sebaliknya, mantapkanlah dan tingkatkan pelaksanaan serta penguatkuasaan. Lantaran itu, kita haruslah sedar, jika bukan kita, siapa lagi yang akan kita harapkan untuk menggalas tanggungjawab ini. Sekadar membicarakan dasar dan mengubal akta sahaja tidak mencukupi. Gerakkan dan kuatkuasakan pelaksanaannya. Tepuk dada tanyalah selera. Oleh itu, jelaslah bahawasanya ilmu tatabahasa ini haruslah dikuasai dahulu dalam kalangan guru sebelum dikongsikan dalam kalangan pelajar. Tanpa ini, mana mungkin matlamat untuk menggunakan bahasa Melayu dengan betul dapat dicapai tanpa ada ilmu tatabahasa yang mantap. Justeru, Guru amatlah memainkan peranan yang sangat penting dalam memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dengan betul dalam kalangan masyarakat sesebuah negara.
  • 20. BMM 3109 MORFOLOGI 20 5.0 BIBLIOGRAFI Asraf Haji Wahab, (1982). Petunjuk Tatabahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd Awang Sariyan, (1984). Isu-isu Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar, (2014). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Bin Musa, (1994). Pengantar Falsafah Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi keempat. (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Pelajar Edisi kedua. (2008). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Bt Hj Abdul Karim, (2010). Tatabahasa Dewan Edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • 21. BMM 3109 MORFOLOGI 21 Laman Sesawang : Laman tersebut telah dilayari pada 1 Mac 2014 sehingga 12 Mac 2014; http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_kerja http://www.slideshare.net/redhotsambal71/kata-kerja-tak-transitif-28876507 http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_adjektif http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_tugas http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_nama