SlideShare a Scribd company logo
1
1.0 PENGENALAN SINTAKSIS
Sintaksis berasal daripada bahasa Yunani suntattein iaitu sun bermaksud dengan
dan tattein bermakna menempatkan (menempatkan kata menjadi kelompok kata atau
ayat.) Dalam bahasa Inggeris disebut syntax dan dalam bahasa Belanda disebut
syntaxis. Pengkajian sintaksis lebih ideal jika digunakan pendekatan struktural, formal
dan fungsi. Ketiga-tiga pendekatan ini akan menentukan ketepatan sintaksis.
Menurut daripada Abdul Hamid Mahmood (2010), Sintaksis ditakrifkan sebagai bidang
ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, binaan atau konstruksi ayat. Kita juga dapat
memahami bidang sintaksis sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang
mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk
membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Dengan erti kata lain, Sintaksis bukan sahaja mengkaji
proses pembinaan ayat tetapi melibatkan hukum-hukum yang menentukan bagaimana
perkataan disusun dalam ayat.
Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau
konstruksi. Sesuatu binaan ayat bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang
sewenang-wenang dan tidak tersusun, tetapi sebaliknya terbentuk daripada susunan beberapa
unit kecil rangkai kata yang, dalam ilmu bahasa, dikenali sebagai unsur atau konstituen
Pada umumnya ayat terdiri daripada perkataan-perkataan yang disusun dalam
kelompok tertentu. Kelompok perkataan yang disusun dengan lengkap mempunyai makna
dan mengandungi sekurang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Ayat pula
terdiri daripada empat unsur iaitu: ayat, klausa, frasa dan perkataan. Ayat ialah unit
tatabahasa yang terbesar yang mempunyai subjek dan predikat. Klausa ialah ayat dalam ayat,
Hal ini juga mempunyai subjek dan predikat. Frasa ialah unsur yang wujud dalam ayat atau
klausa. Perkataan pula ialah unsur dalam frasa binaan setiap unsur tersebut.
Dalam sintaksis, dua bahagian yang paling penting ialah subjek dan predikat. Apabila
kita membina sebuah ayat dalam bahasa Melayu, Kita membentuk dua kelompok perkataan.
Kelompok pertama menyatakan sesuatu hal dan Kelompok kedua menceritakan tentang hal itu.
Hal bahagian yang menjadi hal dipanggil subjek manakala bahagian yang menjadi perihal
dipanggil predikat.
2
Conthnya : Pola Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
SUBJEK PREDIKAT
Hafiz guru bahasa Melayu di sekolah itu.
Berdasarkan jadual tersebut, kita dapat lihat, Hafiz bertugas subjek, manakala guru
bahasa Melayu di sekolah itu bertugas sebagai predikat ayat. Subjek ialah perkara yang
diceritakan, iaitu terdiri daripada orang, benda, tempat atau perkara. Predikat pula, ialah
bahagian ayat yang menceritakan perkara mengenai orang, benda, tempat atau perkara
yang dinyatakan dalam subjek.
BAHAGIAN A
2.0 PROSES PEMBENTUKAN FRASA DAN KLAUSA SERTA TUGAS-TUGASNYA
2.1. Proses Pembentukan Frasa
2.1.1 Pola Frasa Nama + Frasa Nama
Frasa nama (FN) ialah binaan yang,dari sudut nahu, boleh terdiri daripada satu
perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan
ayat. Dalam pola ayat FN + FN, frasa nama berfungsi sebagai subjek dan Predikat.
Contohnya dalam jadual dibawah:
SUBJEK (FN) PREDIKAT (FN)
Hafiz guru.
Orang itu petani.
Mereka ini guru pelatih.
ketiga-tiga ekor binatang itu kucing.
Dalam frasa nama, kata nama menjadi inti frasa nama dan wajib hadir dalam
binaan frasa nama. Inti boleh terdiri daripada satu atau dua kata nama. Binaan frasa
nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan. Jika
dibentuk oleh sederetan perkataan, maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan
3
itu. Jenis pertama ialah jenis yang terdiri daripada satu perkataan yang merupakan inti
bagi seluruh frasa nama itu manakala jenis yang kedua ialah jenis yang terdiri daripada
dua unsur inti di dalamnya. Dalam pembinaan frasa nama, Peraturan D – M (Hukum D-M)
digunakan untuk mengatur susunan kedudukan konstituen-konstituen frasa nama. D
bermaksud diterangkan dan M ialah menerangkan . Dalam peraturan ini, unsur yang
diterangkan merupakan inti yang hadir pertama dan unsur menerangkan merupakan
unsur yang hadir kedua.
2.1.2 Pola Frasa Nama + Pola Frasa Kerja
Pola ayat bagi FN+FK ialah sesuatu ayat yang terdiri Frasa nama sebagai subjek dan frasa
kerja sebagai predikat. Frasa kerja ialah binaan kata intinya kata kerja yang boleh terdiri
daripada satu perkataan atau lebih. Terdapat lima jenis frasa kerja dalam pola ayat FN +
FK ini, iaitu :
a) Frasa nama + Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap
Contohnya budak itu menangis
Subjek ; budak itu (FN) Predikat : menangis (FK)
b) Frasa nama + Frasa kerja tak transitif berpelengkap
Contohnya : Ekonomi negara kita bertambah kukuh
Subjek : Ekonomi negara kita (FN) Predikat : bertambah kukuh (FK)
c) Frasa nama + Frasa kerja transitif dengan objek
Contohnya : Nur Hidayah hanya membeli buah-buahan.
Subjek : Nur Hidayah (FN) Predikat : membeli buah-buahan (FK)
d) Frasa nama + Frasa kerja dengan keterangan
Contohnya ; Sungai Paitan mengalir dengan tenangnya
Subjek : Sungai Paitan Predikat : mengalir dengan tenangnya
Frasa kerja merupakan satu binaan yang kompleks. Hal ini demikian kerana, unsur-
unsur kata kerja transitif dan tak transitif boleh bercampur dengan satu atau lebih objek,
ada yang berpelengkap dan tidak serta mengandungi unsur kata bantu dan keterangan.
4
2.1.3 Pola Frasa Nama + Frasa Adjektif
FN + FA adalah sejenis pola ayat yang terdapat dalam sintaksis. Frasa adjektif ialah
susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang
mengandungi kata adjektif atau kata sifat sebagai kata intinya. Frasa adjektif yang
dibincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dalam
predikat.
Contoh frasa adjektif sebagai predikat
 Adiknya sangat pandai
Subjek : adiknya (FN) Predikat: sangat pandai (FA)
 baju ini buruk
Subjek: baju ini (FN) Predikat; buruk (FA )
Contoh frasa adjektif sebagai unsur keterangan dalam predikat
 Duta besar itu paling lama di Malaysia
Subjek :Duta besar itu (FN) Predikat :paling lama di Malaysia ( FA )
 Laksamana Sunan terlalu gagah berani
 Subjek :Laksamana Sunan (FN) Predikat :terlalu gagah berani (FA )
Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja atau deretan perkataan
yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan kata penguat sama ada di hadapan,
belakang dan bebas (terletak dimana sahaja). Ada kata bantu tertentu yang boleh hadir
sebelum atau sesudah penguat, misalnya perkataan; masih, amat, paling, sangat, terlalu, agak
dan sebagainya. Pada waktu yang sama, kata adjektif boleh juga disertai dengan kata bantu
seperti (akan, belum, masih, sedang, sudah) Contohnya seperti yang berikut :
SUBJEK (FN) PREDIKAT (FA)
Shahrul (agak) gemuk
Dia ini (terlalu) cermat
Buah Tarap ini (sudah terlalu) masak.
pakaian itu istimewa (sungguh)
5
2.1.4 Pola Frasa Nama + Frasa Sendi
Pola FN + FS ialah frasa nama dan frasa sendi nama. Definisi frasa sendi nama ialah
satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang
menjadi pelengkap kepada sendi nama itu. Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata
yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam
bahasa Melayu termasuklah; di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk dan sebagainya. Frasa
sendi nama didahului oleh kata bantu. Frasa sendi nama boleh berfungsi sebagai predikat ayat
apabila kata kerja yang menjadi inti predikat ini digugurkan. dengar erti kata lain, frasa sendi
dapat berdiri dengan sendiri untuk bertugas sebagai predikat ayat. Oleh sebab itu, tidaklah
benar anggapan bahawa frasa kerja mesti disisipkan sebelum frasa sendi. Baik disertai frasa
kerja atau tidak, bentuk ayat itu tetap betul apabila ada subjeknya dan ada predikatnya. Oleh
hal yang demikian, Apabila frasa kerja disisipkan sebelum frasa sendi, maka frasa sendi itu
tidak lagi menjadi predikat utama tetapi menjadi predikat tambahan yang bertugas sebagai
keterangan. Contohnya:
 Mohd Hafiz (datang dari) Sandakan Sabah.
Subjek ; Mohd Hafiz (FN) Predikat : datang dari Sandakan Sabah. (FS)
 Tembikar ini (dibuat) daripada tanah liat
Subjek : Tembikar ini (FN) Predikat ; daripada tanah liat (FS)
 Tabung simpanan itu (adalah) untuk masjid
Subjek ; Tabung simpanan itu (FN) Predikat : untuk masjid (FS)
Sebenarnya, pola ini mengandungi frasa predikat yang janggal. Hal ini menunjukkan
ada kata kerja yang digugurkan. Semua ayat dalam pola ini dapat diperlengkap dengan
memasukkan kembali kata kerja yang digugurkan itu tanpa kecuali.
Frasa sendi nama boleh terbentuk daripada salah satu binaan yang berikut:
i- Kata Sendi Nama + Frasa Nama
Contoh: Di Sekolah
6
ii- Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama
Contoh ayat: Di belakang rumah.
iii- Kata Sendi Nama + Frasa Nama + Frasa Keterangan
Contoh ayat: Dalam perlawanan di sekolah kami.
iv- Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan
Contoh ayat: Di atas pangkuan ibu saban hari
2.2 Proses Pembentukan Klausa
Klausa ialah unit di atas frasa dan di bawah ayat. Dengan erti kata lain, klausa terdiri
daripada frasa dan merupakan unsur ayat. Lain daripada itu, Klausa ialah satu unit
rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada
ayat. Klausa merupakan ayat yang membentuk ayat majmuk. Dari segi strukturnya, klausa
selaras dengan ayat kena baik klausa mahupun ayat, kedua-duanya mempunyai subjek dan
predikat. Dari segi fungsinya klausa sama dengan frasa kerana berfungsi pada sesuatu ayat. Di
samping itu, klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klusa utama dan klausa subordinat.
Pembahagian ini didasarkan pada fungsi masing-masing dalam ayat. Klausa utama ialah
klausa yang tidak memerlukan wujudnya klausa yang lain untuk berfungsi sebagai ayat. Jika
intonasi ayat dikenakan kepada klausa ini, maka hasilnya ialah ayat yang sempurna. Dengan
demikian dapatlah disimpulkan bahawa perbezaan antara klausa utama dengan ayat selapis
terletak pada ada atau tiadanya intonasi ayat. Lihat contoh-contoh di bawah ini:
I. dia makan nasi
II. Dia makan nasi.
Contoh (i) merupakan klausa, kerana tidak nyata wujudnya itu antara dua kesenyapan, dan
tidak ada wujudnya intonasi. Contoh (ii) pula, adalah ayat yang sempurna kerana terdapatnya
kesenyapan. Iaitu noktah pada akhir tutur adalah lambang kesenyapan dan wujudnya intonasi
yang dilambangkan pada contoh ayat tersebut.
Yang dimaksudkan pula dengan klausa subordinat ialah klausa yang wujudnya itu
mengandaikan atau memerlukan klausa yang lain. Klausa yang seperti itu hanya wujud dalam
ayat kompleks atau dalam wacana yang menunjukkan ada kaitannya dengan kluasa yang lain.
Contoh klausa subordinat dalam ayat kompleks adalah seperti yang berikut:
7
I. Dia tidak datang kerana adiknya sakit.
II. Saya tidak tahu mengapa dia bersikap sedemikian rupa.
Berdasarkan contoh (i) ‘Dia tak datang kerana adiknya sakit’ , untuk ayat ‘Dia tak
datang’ merupakan klausa utama yang tergolong dalam klausa tak bebas. Manakala ayat‘
kerana adiknya sakit’ merupakan klausa subordinat dan hal ini juga tergolong dalam klausa tak
bebas. hal ini demikian kerana kedua-dua ayat tersebut masing-masing tidak ditandai oleh
intonasi yang lengkap. ‘Dia tak datang’ merupakan tutur yang tergantung jika dikeluarkan dari
keseluruhan tutur itu, kerana intonasinya tergantung. Untuk klausa subordinat ‘kerana adiknya
sakit’ pula, tutur ini tidak ada pangkalnya.
Sesuatu klausa itu akan dikatakan bebas jika klausa itu dapat berdiri dengan
sendiri sebagai ayat. Dengan erti kata lain, klausa bebas adalah klausa yang
dilengkapkan dengan intonasi ayat atau klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri
dengan sendiri dan apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Manakala,
Klausa tak bebas pula ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri dan dalam ayat
majmuk, klausa tak bebas ini dipancangkan ke dalam klausa bebas atau klausa utama.
Contoh:
I. Ahmad menari. (klausa bebas/klausa utama)
II. Dia lulus dalam ujian kerana belajar bersungguh-sungguh (klausa tak
bebas)
Berdasarkan contoh (i) dikatakan sebagai klausa bebas kerana hal tersebut
maknanya dapat berdiri dengan sendiri. Manakala untuk contoh (ii) ‘Dia lulus dalam
ujian’ merupakan klausa utama atau klausa bebas dan ‘kerana belajar bersungguh-
sungguh’ merupakan klausa tak bebas kerana jika dituturkan tidak dapat mendukung
maknyanya yang tersendiri dan hal tersebut dikenali sebagai klausa bawahan yakni
klausa terikat.
8
2.2.1 Klausa sebagai Subjek dan Predikat
Klausa bertugas sebagai predikat :
No. Subjek (Frasa Nama) Predikat (Klausa)
Predikat Subjek
1 Barang ini murah harganya.
2 Ikan Tamban banyak sekali tulangnya.
3 Penyakit ini ada ubatnya.
4 Orang itu siapa namanya.
5 Dr Supian di mana rumahnya?
Berdasarkan jadual di atas, ayat satu hingga lima ialah frasa nama, tetapi yang
predikatnya ialah klausa dalam bentuk songsang, yakni predikatnya di hadapan
manakala subjeknya di belakang. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa klausa
tersebut bertugas sebagai predikat.
Klausa bertugas sebagai subjek :
Ayat-ayat di bawah merupakan ayat pasif yang menunjukkan subjeknya terdiri
daripada klausa dan predikatnya terdiri daripada frasa kerja pasif.
No Subjek (Klausa) Predikat ( Frasa kerja pasif)
1 Bagaimana indahnya istana itu tidak dapat saya ceritakan.
2 Apakah hukumnya masih belum diketahui oleh masyarakat.
3 Dari mana dia datang tidak pernah saya persoalkan.
Subjek dalam ayat nombor 1-3 terdiri daripada klausa dalam bentuk ayat tanya. Dua
contoh di bawah ini juga dapat menunjukkan bahawa klausa boleh bertugas sebagai subjek.
No Predikat (Frasa) Subjek (Klausa)
1 Memang benar bahawa orang itu guru.
2 Tidak dapat dipercayaai bahawa Shahrul memukul kucing itu.
9
Klausa bertugas sebagai penerang :
Contoh klausa yang bertugas sebagai penerang dapat dilihat seperti ayat yang berikut :
“Rafidah menerima berita bahawa orang tua itu sudah meninggal dunia.”
Klausa bawahan yakni klausa terikat dalam ayat tersebut ialah “bahawa orang tua itu
sudah meninggal dunia.” Letak klausa bawahan ini ialah sesudah frasa nama berita. Oleh
sebab keududukannya itu sesudah frasa nama berita, maka klausa bawahan “bahawa orang
tua itu sudah meninggal dunia” bertugas sebagai penerang, yakni penerang kepada frasa nama
khabar.
Klausa bertugas sebagai Pelengkap :
Ayat contoh yang menunjukkan tugas klausa bawahan yang berpelengkap seperti yang berikut :
I. Hafiz berkata bahawa kakinya sakit
II. Aku yakin bahawa aku boleh lulus peperiksaan pada akhir tahun ini.
Berdasarkan contoh ayat di atas, contoh ayat (i), klausa bawahannya ialah “bahawa kakinya
sakit” manakala untuk contoh ayat (ii) klausa bawahannya ialah “bahawa aku boleh lulus
peperiksaan pada akhir tahun ini”. Letaknya klausa bawahan untuk contoh ayat (i) ialah
sesudah kata kerja tak transitif ‘berkata’. Manakala, letaknya klausa bawahan untuk contoh ayat
(ii) sesudah kata adjektif ‘yakin’. Berdasarkan letak klausa bawahan ini, jelaslah bahawa tugas
kedua-dua klausa bawahan itu ialah pelengkap, iaitu pelengkap kepada kata kerja tak transitif
‘berkata’ dalam contoh ayat (i) dan kata adjektif ‘yakin’ dalam contoh ayat (ii). Hal ini demikian
kerana, pelengkap hanya wujud selepas kata kerja tak transitif tetapi tidak untuk kta kerja
transitif dan seterusnya pelengkap juga wujud selepas kata adjektif.
Klausa bertugas sebagai objek :
Ayat yang berikut menunjukkan tugas klausa bawahan sebagai objek:
“Saya tidak dapat menerangkan bahawa bagaimana indahnya istana Melaka itu.”
Klausa bawahan dalam ayat tersebut ialah “bahawa bagaimana indahnya istana Melaka
itu”. Kata bahawa ialah kata hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan
klausa utama “saya tidak dapat menerangkan”. Letak klausa bawahan itu sesudah kata kerja
transitif menerangkan. Kata kerja transitif mestilah diikuti oleh objek. Oleh itu, klausa bawahan
10
“bahawa bagaimana indahnya istana Melaka itu” bertugas sebagai objek kepada kata kerja
transitif menerangkan.
Klausa bertugas sebagai keterangan :
Untuk klausa yang bertugas sebagai keterangan, perkara tersebut hanya akan berlaku
sekiranya ada ayat pancangan (ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu
klausa (ayat kecil) dan adanya kata hubungan pancangan. Sebagai contoh:
“Sebelum aku pergi ke Sandakan, aku ingin menemuimu.”
Klausa “sebelum aku pergi ke Sandakan” bertugas sebagai keterangan. Kata sebelum
ialah kata hubungan pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama.
Klausa “sebelum ke Sandakan” menyatakan makna waktu. Oleh sebab itu, klausa tersebut
dikenali sebagai klausa keterangan waktu.
11
BAHAGIAN B
3.0 Analisis Ayat
(1). Bulan depan daerah kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut.
Ayat tersebut mempunyai satu subjek dan dua predikat. Subjeknya terdiri daripada frasa
nama daerah kami. Frasa nama daerah kami terbina daripada kata nama daerah yang
menjadi inti frasa, sementara kami menjadi kata nama sebagai penerang.
Walau bagaimanapun, subjek ayat ini tidak terletak pada awal ayat. Hal ini demikian
kerana, sebahagian predikat ayat diletakkan pada awal ayat dan sebahagian lagi diletakkan
pada akhir ayat. Subjek ayat tersebut terletak di tengah-tengah. Oleh hal yang demikian,
susunan kata seperti ini dikenal sebagai susunan ayat songsang terbahagi.
Predikat ayat yang terletak pada awal ayat terdiri daripada kata bilangan himpunan iaitu
bulan dan kata keterangan waktu iaitu depan dan bertugas sebagai predikat tambahan ayat.
Seterusnya, bahagian predikat yang terletak pada akhir ayat tersebut terdiri daripada
frasa sendi yang berasal daripada kata sendi akan kemudian diikuti kata kerja pasif dikunjungi
dan diikuti frasa nama iaitu konstituen pemimpin parti tersebut dan bertugas sebagai predikat
utama ayat.
Ayat tersebut merupakan ayat transformasi daripada ayat susunan biasa yang berikut,
iaitu:
“Pemimpin parti tersebut akan mengunjungi daerah kami pada bulan depan.”
12
(2). Hasil padinya berguni-guni di dalam kepuk itu.
Ayat tersebut mempunyai satu subjek dan satu predikat. Subjeknya terdiri daripada
frasa nama hasil padinya. Frasa nama tersebut terbina daripada kata nama hasil yang
menjadi inti frasa sementara padinya menjadi kata nama sebagai penerang.
Di samping itu, subjek ayat ini terletak pada awal ayat dan predikatnya terletak pada
akhir ayat. Predikat ayat tersebut terdiri daripada frasa kerja tak transitif yang terdiri daripada
kata kerja tak transitif berguni-guni diikuti dengan kata sendi di, kata nama kepuk, dan kata
penentu itu.
Oleh sebab subjeknya terletak di awal ayat dan predikatnya terletak di akhir ayat, maka
susunan kata seperti ayat ini dikenal sebagai susunan ayat biasa tanpa transformasi.
13
(3). Dengan segeranya kami laksanakan perintah yang kami terima itu.
Ayat tersebut mempunyai satu subjek dan dua predikat. Subjeknya terdiri daripada frasa
nama perintah yang kami terima itu. Frasa tersebut terbina daripada kata nama perintah
yang menjadi inti frasa sementara yang kami terima itu bertugas sebagai penerang ayat.
Walau bagaimanapun, Subjek ayat ini tidak terletak pada awal ayat. Hal ini demikian
kerana, kedua-dua predikat ayat tersebut terletak pada awal ayat. Susunan kata seperti ini
dikenal sebagai susunan ayat songsang sepenuhnya.
Predikat ayat yang diletakkan pada awal ayat terdiri daripada frasa kerja pasif iaitu
konstituen kata dengan segeranya yang terdiri daripada kata sendi dengan dan kata nama
segeranya dan bertugas sebagai predikat tambahan dalam ayat.
Manakala, predikat utama ayat tersebut ialah konstituen kata kami laksanakan yang
terdiri daripada kata nama kami dan frasa kerja pasif iaitu kata kerja pasif laksanakan.
Oleh yang demikian, ayat tersebut ialah ayat transformasi daripada ayat susunan biasa
yang berikut, iaitu :
“Perintah yang kami terima itu dengan segeranya kami laksanakan”
14
(4). Di seluruh negara orang sibuk memperkatakan kenaikan harga barangan.
Ayat tersebut mempunyai satu subjek dan dua predikat. Subjeknya terdiri daripada frasa
nama orang. Frasa nama orang terbina daripada kata nama orang yang menjadi inti kepada
frasa sementara sibuk merupakan kata bantu yang bertugas sebagai penerang.
Walau bagaimanapun, subjek ayat ini tidak terletak pada awal ayat. Hal ini demikian
kerana sebahagian predikat ayat diletakkan pada awal ayat sementara sebahagian yang lain
diletakkan pada akhir ayat dan subjeknya pula wujud di tengah-tengah. Susunan kata seperti ini
dikenal sebagai susunan ayat songsang terbahagi.
Predikat ayat yang diletakkan pada awal ayat terdiri daripada frasa sendi iaitu konstituen
kata sendi nama di dengan kata bilangan tak tentu seluruh dan diikuti dengan kata nama
negara.
Seterusnya, bahagian predikat ayat yang terletak pada akhir ayat tersebut terdiri
daripada frasa kerja transitif yang berasal daripada kata kerja transitif memperkatakan dan
disertai oleh frasa nama iaitu konstituen kepada kenaikan harga barangan.
Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa ayat tersebut ialah ayat transformasi daripada
ayat susunan biasa yang berikut; iaitu :
“Orang sibuk memperkatakan kenaikan harga barangan di seluruh negara.”
15
(5). Ke mana-mana sahaja pengedar dadah itu terus diburu polis.
Ayat tersebut mempunyai satu subjek dan dua predikat. Subjeknya terdiri daripada frasa
nama pengedar dadah itu. Frasa nama pengedar dadah itu terbina daripada kata nama
pengedar yang menjadi inti frasa sementara dadah menjadi kata nama dan diikuti kata
penentu itu yang berfungsi sebagai penerang.
Walau bagaimanapun, subjek ayat ini tidak terletak pada awal ayat. Hal ini demikian
kerana, sebahagian predikat terletak pada awal ayat dan akhir ayat. Dan, subjek ayat tersebut
terletak di tengah-tengah ayat. Oleh hal yang demikian, Susunan kata seperti ini dikenal
sebagai susunan ayat songsang terbahagi.
Predikat ayat yang terletak pada awal ayat terdiri daripada frasa sendi iaitu konstituen
ke mana-mana sahaja.
Seterusnya, bahagian predikat ayat yang letakknya pada akhir ayat tersebut terdiri
daripada frasa kerja pasif yang berasal daripada kata bantu terus dan kata kerja pasif diburu
dan diikuti kata nama polis.
Oleh hal yang demikian, ayat tersebut ialah ayat transformasi daripada ayat susunan
biasa yang berikut; iaitu:
“Pengedar dadah itu terus diburu polis ke mana-mana sahaja.”
16
(6). Saya jelaskan kepadanya bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya.
Ayat tersebut mempunyai lebih daripada satu subjek. Oleh sebab itu, ayat tersebut
tergolong dalam jenis ayat majmuk. Subjek utama untuk ayat tersebut terdiri daripada frasa
nama iaitu pemimpin itu yang diikuti kata nama pemimpin dan kata penentu itu.
Manakala predikat utama untuk ayat tersebut ialah terdiri daripada frasa adjektif dan
frasa sendi nama iaitu tidak amanah terhadap rakyatnya. Predikat tambahan bagi ayat
tersebut ialah yang terdiri daripada frasa kerja pasif diri pertama iaitu saya jelaskan
kepadanya yang berfungsi sebagai keterangan.
Ayat ini sebenarnya berasal daripada dua ayat tunggal yang berikut:
I. Saya jelaskan kepadanya (sesuatu)
II. Pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya.
Kedua-dua ayat tersebut digabungkan dengan menggunakan kata hubung bahawa
sementara kata sesuatu digugurkan kerana kata sesuatu sudah merujuk kepada pemimpin itu
tidak amanah terhadap rakyatnya.
Konstituen bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya dikenal sebagai
klausa bebas kerana dapat berdiri dengan sendiri sebagai ayat yang lengkap dan berfungsi
sebagai klausa subjek. Hal ini demikian kerana, klausa tersebut terdiri daripada sekelompok
kata yang ada subjek dan predikat ayat. Oleh itu, jelaslah bahawa klausa tersebut dikenal
sebagai klausa subjek.
17
(7) Kawasan kediamannya itu bagaimana keadaannya.
Ayat tersebut hanya mempunyai satu subjek dan satu predikat. Oleh sebab itu, ayat
tersebut bukanlah tergolong dalam ayat majmuk.
Subjek utama ayat tersebut terdiri daripada frasa nama yang diikuti kata nama dan kata
penentu, iaitu konstituen kawasan kediamannya itu.
Manakala, predikat ayat ini ialah bagaimana keadaannya. Dan, di dalam predikat
tersebut mempunyai subjek dan predikat tersendiri dalam predikat ayat tersebut. Subjek ayat
dalam ayat predikat bagaimana keadaannya ialah terdiri daripada frasa nama keadaannya
dan predikatnya pula terdiri daripada kata tanya iaitu bagaimana. Oleh hal yang demikian, hal
ini dkenal sebagai sebuah klausa iaitu klausa predikat.
Kawasan kediamannya itu bagaimana keadaannya disebut sebagai klausa kerana
terdiri daripada sekelompok kata yang ada subjek dan predikat ayat dalam ayat tersebut.
Berdasarkan ayat bagaimana keadaannya, klausanya ialah berbentuk songsang yakni
predikatnya di hadapan manakala subjeknya dibelakang.
Dan, seperti yang telah diterangkan, ayat Kawasan kediamannya itu bagaimana
keadaannya, bagaimana keadaannya merupakan predikat utama ayat dan predikat tersebut
dikenal sebagai klausa dan bertugas sebagai klausa predikat.
18
(8). Penduduk di situ berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamat.
Ayat tersebut mempunyai lebih daripada satu subjek. Oleh sebab itu, ayat tersebut
tergolong dalam jenis ayat majmuk.
Subjek utama untuk ayat tersebut ialah terdiri daripada frasa nama iaitu konstituen
penduduk di situ.
Predikat ayat ini ialah terdiri daripada frasa kerja tak transitif berpendapat dan diikuti
oleh klausa yang berfungsi sebagai pelengkap, iaitu bahawa kediaman mereka tidak selamat.
Ayat ini sebenarnya berasal daripada ayat tunggal yang berikut:
I. Penduduk di situ berpendapat (sesuatu)
II. Kediaman mereka tidak selamat.
Kedua-dua ayat tersebut digabungkan dengan menggunakan kata hubung bahawa
sementara kata sesuatu digugurkan kerana kata sesuatu sudah merujuk kepada kediaman
mereka tidak selamat.
Konstituen bahawa kediaman mereka tidak selamat dikenal sebagai klausa tak bebas
kerana ayat tersebut tidak dapat berdiri dengan sendiri sebagai ayat yang lengkap tetapi
berfungsi sebagai pelengkap kepada kata kerja tak transitif berpendapat.
bahawa kediaman mereka tidak selamat disebut sebagai klausa kerana kerana terdiri
daripada sekelompok kata yang ada subjek dan predikat ayat. Subjek ayat bagi klausa tersebut
ialah kediaman mereka sementara predikatnya ialah tidak selamat yang bertugas sebagai
keterangan. Oleh sebab klausa ini wujud selepas kata kerja tak transitif berpendapat, maka
klausa ini dikenal sebagai klausa yang bertugas sebagai pelengkap ataupun dikenal sebagai
klausa pelengkap.
19
(9). Pihak Polis menerangkan bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri.
Ayat tersebut mempunyai lebih daripada satu subjek. Oleh sebab itu, ayat tersebut
tergolong dalam golongan ayat majmuk.
Subjek utama ayat untuk tersebut terdiri daripada frasa nama iaitu konstituen Pihak
Polis.
Predikat ayat ini ialah yang terdiri daripada frasa kerja transitif iaitu menerangkan dan
diikuti oleh klausa yang berfungsi sebagai objek, iaitu bahawa pendatang asing itu telah
melarikan diri.
Di samping itu, ayat ini berasal daripada dua ayat tunggal seperti yang berikut:
I. Pihak Polis menerangkan (sesuatu)
II. Pendatang asing itu telah melarikan diri.
Kedua-dua ayat tersebut digabungkan dengan menggunakan kata hubung bahawa
sementara kata sesuatu digugurkan kerana kata sesuatu sudah merujuk kepada pendatang
asing itu telah melarikan diri.
Konstituen bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri dikenal sebagai klausa tak
bebas kerana tidak dapat berdiri dengan sendiri sebagai ayat yang lengkap tetapi berfungsi
sebagai objek kepada kata kerja transitif menerangkan.
Bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri disebut sebagai klausa kerana terdiri
daripada sekelompok kata yang ada subjek dan predikat ayat. Subjek ayat bagi klausa tersebut
ialah frasa nama pendatang asing itu sementara predikatnya ialah frasa kerja transitif yang
terdiri daripada kata tugas telah dan kata kerja transitif melarikan serta diikuti kata nama diri
sebagai objek. Oleh sebab klausa ini wujud selepas kata kerja transitif menerangkan, maka
klausa ini dikenal sebagai klausa objek.
20
(10). Kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukan orang
tempatan.
Ayat tersebut mempunyai lebih daripada satu subjek. Oleh sebab itu, ayat tersebut
tergolong dalam jenis ayat majmuk.
Subjek utama ayat tersebut ialah terdiri daripada frasa nama iaitu konstituen kakitangan
pejabat itu. kakitangan ialah kata nama sebagai inti frasa dan pejabat sebagai kata nama
yang bertugas sebagai penerang disertai oleh kata penentu itu.
Predikat ayat ini ialah frasa nama yang terdiri daripada kata nama pengesahan dan
diikuti oleh klausa yang berfungsi sebagai penerang iaitu bahawa pengarah baharu itu bukan
orang tempatan.
Ayat ini sebenarnya berasal daripada dua ayat tunggal yang berikut iaitu:
I. Kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan (sesuatu)
II. Pengarah baharu itu bukan orang tempatan.
Kedua-dua ayat tersebut digabungkan dengan menggunakan kata hubung bahawa
sementara kata sesuatu digugurkan kerana kata tersebut telah merujuk kepada pengarah
baharu itu bukan orang tempatan.
Konstituen bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan merupakan klausa
tak bebas kerana tidak dapat berdiri dengan sendiri sebagai ayat yang lengkap tetapi berfungsi
sebagai penerang kepada kata nama pengesahan. Bahawa pengarah baharu itu bukan
orang tempatan disebut sebagai klausa kerana terdiri daripada sekelompok kata yang ada
subjek dan predikat ayat. Subjek ayat untuk klausa tersebut ialah pengarah baharu itu
sementara predikat ayat untuk klausa tersebut ialah bukan orang tempatan yang terdiri
daripada kata nafi bukan dan frasa nama orang tempatan yang berfungsi sebagai penerang.
Oleh sebab klausa ini wujud selepas kata nama pengesahan, maka klausa ini dikenal sebagai
klausa penerang.
21
4.0 REFLEKSI
Terlebih dahulu saya ingin merafatkan kesyukuran kepada Malikulmanan kerana
dengan izin-Nya tugasan ini dapatlah jua saya siapkan dengan baik. Melaksanakan tugasan
projek BMM 3110 ini memberikan banyak menfaat buat diri saya selaku guru pelatih yang
mengambil pengkhususan major bahasa Melayu. Antaranya termasuklah menjelaskan dan
menghuraikan proses pembentukan frasa bahasa Melayu iaitu pembentukan pola frasa nama,
frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi dan seterusnya pembentukan klausa dalam ayat.
Dalam hal ini banyak input yang saya fahami dan pelajari yang perlu saya aplikasikan
dalam kehidupan seharian agar bahasa Melayu dapat digunakan dengan sebetulnya.
Contohnya penggunaan ayat sama ada ayat berbentuk pasif atau aktif, kedua-dua ayat tersebut
mempunyai makna yang sama tapi mempunyai bentuk yang berbeza. Dan, daripada ayat
tersebut itu jugalah saya dapat mengetahui dan pelajari sama ada ayat tersebut merupakan
klausa atau ayat tunggal. Dalam sintaksis, dua bahagian yang paling penting ialah subjek dan
predikat. Apabila kita membina sebuah ayat dalam bahasa Melayu, Kita membentuk dua
kelompok perkataan. Kelompok pertama menyatakan sesuatu hal dan Kelompok kedua
menceritakan tentang hal itu. Hal bahagian yang menjadi hal dipanggil subjek manakala
bahagian yang menjadi perihal dipanggil predikat. Lihatlah betapa pentingnya ilmu nahu dan
sintaksis ini yang seterusnya dapat diaplikasikan dan seterusnya memartabatkan bahasa
Melayu melalui sistem pendidikan.
Kata orang, jika kita hendak melihat apa-apa yang akan berlaku pada masa hadapan,
lihatlah generasi pada masa sekarang. Hal ini bermakna sistem pendidikan merupakan
landasan terbaik untuk membentuk generasi kita bagi merealisasikan aspirasi Negara. Dalam
hal ini, sekolah dan institusi pendidikan diumpamakan seperti tapak tempat menyemai benih
generasi pada masa hadapan. Manakala, kurikulum sekolah pula merupakan inti pati yang akan
disuntik ke dalam minda serta jiwa mereka. Lantaran itu, jika hendak menyemai apa-apa
aspirasi Negara dan membentuk generasi pada masa hadapan mengikut acuan kita sendiri, di
sinilah tempatnya. Begitu juga dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu.
Dalam hal ini, jika kita meninjau saranan Profesor Dr Awang Sariyan dalam Majlis
Bicarawara Bahasa di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka yang lalu
ada benarnya. Menurut beliau, Pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan perlu
dimantapkan semula iaitu bermula daripada prasekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi.
22
Menurut beliau lagi, penegasan perlu diberikan kepada usaha pembudayaan bahasa sebagai
asas peneguhan tamadun bangsa Melayu dalam dua aspek,
antaranya termasuklah; pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
utama dalam proses pemerolehan dan pengembangan ilmu, selaras dengan perancangan
Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang diperkukuh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran
Rahman Talib 1960 dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961 serta Akta Pendidikan 1996.
Seterusnya, pembudayaan bahasa yang baik, teratur, santun dan mewakili budaya tinggi
melalui kegiatan kokurikulum sehingga ragam bahasa tidak rasmi seperti bahasa slanga atau
pijin tidak sampai menggugat bahasa yang mewakili budaya teras.
Pada hematnya, saranan beliau tersebut bukanlah satu idea yang baharu dan mungkin
telah direncanakan dalam sistem pendidikan kita. Namun, dari segi pelaksanaan dan
penguatkuasaan masih belum mencapai matlamatnya. Meskipun telah lima puluh tahun lebih
Negara kita merdeka. Oleh itu, adalah wajar untuk pihak-pihak tertentu melihat semula
kandungan yang ada dalam sistem pendidikan kita dalam usaha memartabatkan bahasa
Melayu dan bandingkan saranan beliau dengan usaha tersebut. Jika belum ada, adakan. Jika
sebaliknya, mantapkanlah dan tingkatkan pelaksanaan serta penguatkuasaan. Lantaran itu, kita
haruslah sedar, jika bukan kita, siapa lagi yang akan kita harapkan untuk menggalas
tanggungjawab ini. Sekadar membicarakan dasar dan mengubal akta sahaja tidak mencukupi.
Gerakkan dan kuatkuasakan pelaksanaannya. Tepuk dada tanyalah selera.
Oleh itu, jelaslah bahawasanya ilmu tatabahasa dan sintaksis ini haruslah dikuasai
dahulu dalam kalangan guru sebelum dikongsikan dalam kalangan pelajar. Tanpa ini, mana
mungkin matlamat untuk menggunakan bahasa Melayu dengan betul dapat dicapai tanpa ada
ilmu tatabahasa yang mantap. Justeru, Guru amatlah memainkan peranan yang sangat penting
dalam memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dengan betul dalam kalangan masyarakat
sesebuah negara.
23
5.0 BIBLIOGRAFI
Asraf Haji Wahab, (1982). Petunjuk Tatabahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd
Awang Sariyan, (1984). Isu-isu Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar, (2014). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Bin Musa, (1994). Pengantar Falsafah Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kamus Dewan Edisi keempat. (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Pelajar Edisi kedua. (2008). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Bt Hj Abdul Karim, (2010). Tatabahasa Dewan Edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
24
Laman Sesawang :
Laman tersebut telah dilayari pada 1 Mac 2014 sehingga 12 Mac 2014;
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_kerja
http://www.slideshare.net/redhotsambal71/kata-kerja-tak-transitif-28876507
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_adjektif
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_tugas
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_nama

More Related Content

What's hot

Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)Jessyca Ungat
 
Makna leksikal
Makna leksikalMakna leksikal
Makna leksikal
Nordin Yusof
 
RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
RAGAM AYAT (AYAT PASIF) RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
cg.Teha Amran
 
Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksis
murni mohamat
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Antasha Kamaruzzaman
 
Ayat majmuk pancangan ii
Ayat majmuk pancangan iiAyat majmuk pancangan ii
Ayat majmuk pancangan iifiro HAR
 
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
 Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
Ahmad NazRi
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataShizuka Jijie (SBP)
 
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksisFonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksisfahmi_naka
 
Frasa Adjektif
Frasa AdjektifFrasa Adjektif
Frasa Adjektif
uchot
 
Kata majmuk
Kata majmuk Kata majmuk
Kata majmuk firo HAR
 
Seloka
SelokaSeloka
Seloka
lauchen32
 
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
murni mohamat
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologi
nelson fredoline
 
Proses penerbitan ayat
Proses penerbitan ayatProses penerbitan ayat
Proses penerbitan ayat
Asri Mohad
 
Analisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohonAnalisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohon
hasila300978
 

What's hot (20)

Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)
 
2 sistem ejaan
2 sistem ejaan2 sistem ejaan
2 sistem ejaan
 
Makna leksikal
Makna leksikalMakna leksikal
Makna leksikal
 
RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
RAGAM AYAT (AYAT PASIF) RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
 
Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksis
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Ayat majmuk pancangan ii
Ayat majmuk pancangan iiAyat majmuk pancangan ii
Ayat majmuk pancangan ii
 
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
 Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kata
 
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksisFonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
 
Frasa Adjektif
Frasa AdjektifFrasa Adjektif
Frasa Adjektif
 
Kata majmuk
Kata majmuk Kata majmuk
Kata majmuk
 
Seloka
SelokaSeloka
Seloka
 
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
 
Frasa adjektif
Frasa adjektifFrasa adjektif
Frasa adjektif
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologi
 
Vokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa MelayuVokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa Melayu
 
Frasa sendi nama
Frasa sendi namaFrasa sendi nama
Frasa sendi nama
 
Proses penerbitan ayat
Proses penerbitan ayatProses penerbitan ayat
Proses penerbitan ayat
 
Analisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohonAnalisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohon
 

Viewers also liked

Assighment sintaksis
Assighment sintaksisAssighment sintaksis
Assighment sintaksisShila Daly
 
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuAliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuCaroline Nyandau
 
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
Maizurah Rosle
 

Viewers also liked (6)

Assighment sintaksis
Assighment sintaksisAssighment sintaksis
Assighment sintaksis
 
Pola Ayat
Pola AyatPola Ayat
Pola Ayat
 
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuAliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
 
Pengenalan sintaksis
Pengenalan sintaksisPengenalan sintaksis
Pengenalan sintaksis
 
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
 
Ayat
AyatAyat
Ayat
 

Similar to K.k sintaksis

Analisis struktur ayat (copy)
Analisis struktur ayat (copy)Analisis struktur ayat (copy)
Analisis struktur ayat (copy)
harisanua
 
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptxWEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
Ewei Voon
 
Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1
FakhaiMD
 
Persoalan tentang ayat dasar
Persoalan tentang ayat dasarPersoalan tentang ayat dasar
Persoalan tentang ayat dasarAbdmumin Hassan
 
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)Ujang Abu
 
08 isi-pelajaran-bmm3110
08 isi-pelajaran-bmm311008 isi-pelajaran-bmm3110
08 isi-pelajaran-bmm3110nissahana92
 
1.sintaksis mbm4 m mei 2012
1.sintaksis mbm4 m mei 20121.sintaksis mbm4 m mei 2012
1.sintaksis mbm4 m mei 2012cs_sherlock
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
amryee
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
amryee
 
Sintaksis ayat juara
Sintaksis ayat juaraSintaksis ayat juara
Sintaksis ayat juaraAzyda Aziz
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa namafiro HAR
 
Pola Ayat Dasar dan Frasa
Pola Ayat Dasar dan FrasaPola Ayat Dasar dan Frasa
Pola Ayat Dasar dan Frasa
Roslinah Apin
 
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayuPengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayuRama Danty
 
Nota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNoor Syazwanni
 

Similar to K.k sintaksis (20)

Analisis struktur ayat (copy)
Analisis struktur ayat (copy)Analisis struktur ayat (copy)
Analisis struktur ayat (copy)
 
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptxWEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
 
Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1
 
Persoalan tentang ayat dasar
Persoalan tentang ayat dasarPersoalan tentang ayat dasar
Persoalan tentang ayat dasar
 
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
 
Bm sintaksis
Bm sintaksisBm sintaksis
Bm sintaksis
 
08 isi-pelajaran-bmm3110
08 isi-pelajaran-bmm311008 isi-pelajaran-bmm3110
08 isi-pelajaran-bmm3110
 
1.sintaksis mbm4 m mei 2012
1.sintaksis mbm4 m mei 20121.sintaksis mbm4 m mei 2012
1.sintaksis mbm4 m mei 2012
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
 
Sintaksis ayat juara
Sintaksis ayat juaraSintaksis ayat juara
Sintaksis ayat juara
 
BAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSISBAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSIS
 
Bahan assg bm sept 2012
Bahan assg bm sept 2012Bahan assg bm sept 2012
Bahan assg bm sept 2012
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Frasa klausa ayat
Frasa klausa ayatFrasa klausa ayat
Frasa klausa ayat
 
Pola Ayat Dasar dan Frasa
Pola Ayat Dasar dan FrasaPola Ayat Dasar dan Frasa
Pola Ayat Dasar dan Frasa
 
Bml3063
Bml3063Bml3063
Bml3063
 
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayuPengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
 
Nota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksis
 

Recently uploaded

SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
Fatimah Abdul Khalid
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
VNITTIYAAPRVEERASING
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
JuraiMurai
 

Recently uploaded (6)

SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
 

K.k sintaksis

  • 1. 1 1.0 PENGENALAN SINTAKSIS Sintaksis berasal daripada bahasa Yunani suntattein iaitu sun bermaksud dengan dan tattein bermakna menempatkan (menempatkan kata menjadi kelompok kata atau ayat.) Dalam bahasa Inggeris disebut syntax dan dalam bahasa Belanda disebut syntaxis. Pengkajian sintaksis lebih ideal jika digunakan pendekatan struktural, formal dan fungsi. Ketiga-tiga pendekatan ini akan menentukan ketepatan sintaksis. Menurut daripada Abdul Hamid Mahmood (2010), Sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, binaan atau konstruksi ayat. Kita juga dapat memahami bidang sintaksis sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Dengan erti kata lain, Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi melibatkan hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi. Sesuatu binaan ayat bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang sewenang-wenang dan tidak tersusun, tetapi sebaliknya terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai kata yang, dalam ilmu bahasa, dikenali sebagai unsur atau konstituen Pada umumnya ayat terdiri daripada perkataan-perkataan yang disusun dalam kelompok tertentu. Kelompok perkataan yang disusun dengan lengkap mempunyai makna dan mengandungi sekurang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Ayat pula terdiri daripada empat unsur iaitu: ayat, klausa, frasa dan perkataan. Ayat ialah unit tatabahasa yang terbesar yang mempunyai subjek dan predikat. Klausa ialah ayat dalam ayat, Hal ini juga mempunyai subjek dan predikat. Frasa ialah unsur yang wujud dalam ayat atau klausa. Perkataan pula ialah unsur dalam frasa binaan setiap unsur tersebut. Dalam sintaksis, dua bahagian yang paling penting ialah subjek dan predikat. Apabila kita membina sebuah ayat dalam bahasa Melayu, Kita membentuk dua kelompok perkataan. Kelompok pertama menyatakan sesuatu hal dan Kelompok kedua menceritakan tentang hal itu. Hal bahagian yang menjadi hal dipanggil subjek manakala bahagian yang menjadi perihal dipanggil predikat.
  • 2. 2 Conthnya : Pola Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN) SUBJEK PREDIKAT Hafiz guru bahasa Melayu di sekolah itu. Berdasarkan jadual tersebut, kita dapat lihat, Hafiz bertugas subjek, manakala guru bahasa Melayu di sekolah itu bertugas sebagai predikat ayat. Subjek ialah perkara yang diceritakan, iaitu terdiri daripada orang, benda, tempat atau perkara. Predikat pula, ialah bahagian ayat yang menceritakan perkara mengenai orang, benda, tempat atau perkara yang dinyatakan dalam subjek. BAHAGIAN A 2.0 PROSES PEMBENTUKAN FRASA DAN KLAUSA SERTA TUGAS-TUGASNYA 2.1. Proses Pembentukan Frasa 2.1.1 Pola Frasa Nama + Frasa Nama Frasa nama (FN) ialah binaan yang,dari sudut nahu, boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Dalam pola ayat FN + FN, frasa nama berfungsi sebagai subjek dan Predikat. Contohnya dalam jadual dibawah: SUBJEK (FN) PREDIKAT (FN) Hafiz guru. Orang itu petani. Mereka ini guru pelatih. ketiga-tiga ekor binatang itu kucing. Dalam frasa nama, kata nama menjadi inti frasa nama dan wajib hadir dalam binaan frasa nama. Inti boleh terdiri daripada satu atau dua kata nama. Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan. Jika dibentuk oleh sederetan perkataan, maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan
  • 3. 3 itu. Jenis pertama ialah jenis yang terdiri daripada satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama itu manakala jenis yang kedua ialah jenis yang terdiri daripada dua unsur inti di dalamnya. Dalam pembinaan frasa nama, Peraturan D – M (Hukum D-M) digunakan untuk mengatur susunan kedudukan konstituen-konstituen frasa nama. D bermaksud diterangkan dan M ialah menerangkan . Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan merupakan inti yang hadir pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur yang hadir kedua. 2.1.2 Pola Frasa Nama + Pola Frasa Kerja Pola ayat bagi FN+FK ialah sesuatu ayat yang terdiri Frasa nama sebagai subjek dan frasa kerja sebagai predikat. Frasa kerja ialah binaan kata intinya kata kerja yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih. Terdapat lima jenis frasa kerja dalam pola ayat FN + FK ini, iaitu : a) Frasa nama + Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap Contohnya budak itu menangis Subjek ; budak itu (FN) Predikat : menangis (FK) b) Frasa nama + Frasa kerja tak transitif berpelengkap Contohnya : Ekonomi negara kita bertambah kukuh Subjek : Ekonomi negara kita (FN) Predikat : bertambah kukuh (FK) c) Frasa nama + Frasa kerja transitif dengan objek Contohnya : Nur Hidayah hanya membeli buah-buahan. Subjek : Nur Hidayah (FN) Predikat : membeli buah-buahan (FK) d) Frasa nama + Frasa kerja dengan keterangan Contohnya ; Sungai Paitan mengalir dengan tenangnya Subjek : Sungai Paitan Predikat : mengalir dengan tenangnya Frasa kerja merupakan satu binaan yang kompleks. Hal ini demikian kerana, unsur- unsur kata kerja transitif dan tak transitif boleh bercampur dengan satu atau lebih objek, ada yang berpelengkap dan tidak serta mengandungi unsur kata bantu dan keterangan.
  • 4. 4 2.1.3 Pola Frasa Nama + Frasa Adjektif FN + FA adalah sejenis pola ayat yang terdapat dalam sintaksis. Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif atau kata sifat sebagai kata intinya. Frasa adjektif yang dibincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dalam predikat. Contoh frasa adjektif sebagai predikat  Adiknya sangat pandai Subjek : adiknya (FN) Predikat: sangat pandai (FA)  baju ini buruk Subjek: baju ini (FN) Predikat; buruk (FA ) Contoh frasa adjektif sebagai unsur keterangan dalam predikat  Duta besar itu paling lama di Malaysia Subjek :Duta besar itu (FN) Predikat :paling lama di Malaysia ( FA )  Laksamana Sunan terlalu gagah berani  Subjek :Laksamana Sunan (FN) Predikat :terlalu gagah berani (FA ) Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan kata penguat sama ada di hadapan, belakang dan bebas (terletak dimana sahaja). Ada kata bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau sesudah penguat, misalnya perkataan; masih, amat, paling, sangat, terlalu, agak dan sebagainya. Pada waktu yang sama, kata adjektif boleh juga disertai dengan kata bantu seperti (akan, belum, masih, sedang, sudah) Contohnya seperti yang berikut : SUBJEK (FN) PREDIKAT (FA) Shahrul (agak) gemuk Dia ini (terlalu) cermat Buah Tarap ini (sudah terlalu) masak. pakaian itu istimewa (sungguh)
  • 5. 5 2.1.4 Pola Frasa Nama + Frasa Sendi Pola FN + FS ialah frasa nama dan frasa sendi nama. Definisi frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada sendi nama itu. Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu termasuklah; di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk dan sebagainya. Frasa sendi nama didahului oleh kata bantu. Frasa sendi nama boleh berfungsi sebagai predikat ayat apabila kata kerja yang menjadi inti predikat ini digugurkan. dengar erti kata lain, frasa sendi dapat berdiri dengan sendiri untuk bertugas sebagai predikat ayat. Oleh sebab itu, tidaklah benar anggapan bahawa frasa kerja mesti disisipkan sebelum frasa sendi. Baik disertai frasa kerja atau tidak, bentuk ayat itu tetap betul apabila ada subjeknya dan ada predikatnya. Oleh hal yang demikian, Apabila frasa kerja disisipkan sebelum frasa sendi, maka frasa sendi itu tidak lagi menjadi predikat utama tetapi menjadi predikat tambahan yang bertugas sebagai keterangan. Contohnya:  Mohd Hafiz (datang dari) Sandakan Sabah. Subjek ; Mohd Hafiz (FN) Predikat : datang dari Sandakan Sabah. (FS)  Tembikar ini (dibuat) daripada tanah liat Subjek : Tembikar ini (FN) Predikat ; daripada tanah liat (FS)  Tabung simpanan itu (adalah) untuk masjid Subjek ; Tabung simpanan itu (FN) Predikat : untuk masjid (FS) Sebenarnya, pola ini mengandungi frasa predikat yang janggal. Hal ini menunjukkan ada kata kerja yang digugurkan. Semua ayat dalam pola ini dapat diperlengkap dengan memasukkan kembali kata kerja yang digugurkan itu tanpa kecuali. Frasa sendi nama boleh terbentuk daripada salah satu binaan yang berikut: i- Kata Sendi Nama + Frasa Nama Contoh: Di Sekolah
  • 6. 6 ii- Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama Contoh ayat: Di belakang rumah. iii- Kata Sendi Nama + Frasa Nama + Frasa Keterangan Contoh ayat: Dalam perlawanan di sekolah kami. iv- Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan Contoh ayat: Di atas pangkuan ibu saban hari 2.2 Proses Pembentukan Klausa Klausa ialah unit di atas frasa dan di bawah ayat. Dengan erti kata lain, klausa terdiri daripada frasa dan merupakan unsur ayat. Lain daripada itu, Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa merupakan ayat yang membentuk ayat majmuk. Dari segi strukturnya, klausa selaras dengan ayat kena baik klausa mahupun ayat, kedua-duanya mempunyai subjek dan predikat. Dari segi fungsinya klausa sama dengan frasa kerana berfungsi pada sesuatu ayat. Di samping itu, klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klusa utama dan klausa subordinat. Pembahagian ini didasarkan pada fungsi masing-masing dalam ayat. Klausa utama ialah klausa yang tidak memerlukan wujudnya klausa yang lain untuk berfungsi sebagai ayat. Jika intonasi ayat dikenakan kepada klausa ini, maka hasilnya ialah ayat yang sempurna. Dengan demikian dapatlah disimpulkan bahawa perbezaan antara klausa utama dengan ayat selapis terletak pada ada atau tiadanya intonasi ayat. Lihat contoh-contoh di bawah ini: I. dia makan nasi II. Dia makan nasi. Contoh (i) merupakan klausa, kerana tidak nyata wujudnya itu antara dua kesenyapan, dan tidak ada wujudnya intonasi. Contoh (ii) pula, adalah ayat yang sempurna kerana terdapatnya kesenyapan. Iaitu noktah pada akhir tutur adalah lambang kesenyapan dan wujudnya intonasi yang dilambangkan pada contoh ayat tersebut. Yang dimaksudkan pula dengan klausa subordinat ialah klausa yang wujudnya itu mengandaikan atau memerlukan klausa yang lain. Klausa yang seperti itu hanya wujud dalam ayat kompleks atau dalam wacana yang menunjukkan ada kaitannya dengan kluasa yang lain. Contoh klausa subordinat dalam ayat kompleks adalah seperti yang berikut:
  • 7. 7 I. Dia tidak datang kerana adiknya sakit. II. Saya tidak tahu mengapa dia bersikap sedemikian rupa. Berdasarkan contoh (i) ‘Dia tak datang kerana adiknya sakit’ , untuk ayat ‘Dia tak datang’ merupakan klausa utama yang tergolong dalam klausa tak bebas. Manakala ayat‘ kerana adiknya sakit’ merupakan klausa subordinat dan hal ini juga tergolong dalam klausa tak bebas. hal ini demikian kerana kedua-dua ayat tersebut masing-masing tidak ditandai oleh intonasi yang lengkap. ‘Dia tak datang’ merupakan tutur yang tergantung jika dikeluarkan dari keseluruhan tutur itu, kerana intonasinya tergantung. Untuk klausa subordinat ‘kerana adiknya sakit’ pula, tutur ini tidak ada pangkalnya. Sesuatu klausa itu akan dikatakan bebas jika klausa itu dapat berdiri dengan sendiri sebagai ayat. Dengan erti kata lain, klausa bebas adalah klausa yang dilengkapkan dengan intonasi ayat atau klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri dengan sendiri dan apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Manakala, Klausa tak bebas pula ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri dan dalam ayat majmuk, klausa tak bebas ini dipancangkan ke dalam klausa bebas atau klausa utama. Contoh: I. Ahmad menari. (klausa bebas/klausa utama) II. Dia lulus dalam ujian kerana belajar bersungguh-sungguh (klausa tak bebas) Berdasarkan contoh (i) dikatakan sebagai klausa bebas kerana hal tersebut maknanya dapat berdiri dengan sendiri. Manakala untuk contoh (ii) ‘Dia lulus dalam ujian’ merupakan klausa utama atau klausa bebas dan ‘kerana belajar bersungguh- sungguh’ merupakan klausa tak bebas kerana jika dituturkan tidak dapat mendukung maknyanya yang tersendiri dan hal tersebut dikenali sebagai klausa bawahan yakni klausa terikat.
  • 8. 8 2.2.1 Klausa sebagai Subjek dan Predikat Klausa bertugas sebagai predikat : No. Subjek (Frasa Nama) Predikat (Klausa) Predikat Subjek 1 Barang ini murah harganya. 2 Ikan Tamban banyak sekali tulangnya. 3 Penyakit ini ada ubatnya. 4 Orang itu siapa namanya. 5 Dr Supian di mana rumahnya? Berdasarkan jadual di atas, ayat satu hingga lima ialah frasa nama, tetapi yang predikatnya ialah klausa dalam bentuk songsang, yakni predikatnya di hadapan manakala subjeknya di belakang. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa klausa tersebut bertugas sebagai predikat. Klausa bertugas sebagai subjek : Ayat-ayat di bawah merupakan ayat pasif yang menunjukkan subjeknya terdiri daripada klausa dan predikatnya terdiri daripada frasa kerja pasif. No Subjek (Klausa) Predikat ( Frasa kerja pasif) 1 Bagaimana indahnya istana itu tidak dapat saya ceritakan. 2 Apakah hukumnya masih belum diketahui oleh masyarakat. 3 Dari mana dia datang tidak pernah saya persoalkan. Subjek dalam ayat nombor 1-3 terdiri daripada klausa dalam bentuk ayat tanya. Dua contoh di bawah ini juga dapat menunjukkan bahawa klausa boleh bertugas sebagai subjek. No Predikat (Frasa) Subjek (Klausa) 1 Memang benar bahawa orang itu guru. 2 Tidak dapat dipercayaai bahawa Shahrul memukul kucing itu.
  • 9. 9 Klausa bertugas sebagai penerang : Contoh klausa yang bertugas sebagai penerang dapat dilihat seperti ayat yang berikut : “Rafidah menerima berita bahawa orang tua itu sudah meninggal dunia.” Klausa bawahan yakni klausa terikat dalam ayat tersebut ialah “bahawa orang tua itu sudah meninggal dunia.” Letak klausa bawahan ini ialah sesudah frasa nama berita. Oleh sebab keududukannya itu sesudah frasa nama berita, maka klausa bawahan “bahawa orang tua itu sudah meninggal dunia” bertugas sebagai penerang, yakni penerang kepada frasa nama khabar. Klausa bertugas sebagai Pelengkap : Ayat contoh yang menunjukkan tugas klausa bawahan yang berpelengkap seperti yang berikut : I. Hafiz berkata bahawa kakinya sakit II. Aku yakin bahawa aku boleh lulus peperiksaan pada akhir tahun ini. Berdasarkan contoh ayat di atas, contoh ayat (i), klausa bawahannya ialah “bahawa kakinya sakit” manakala untuk contoh ayat (ii) klausa bawahannya ialah “bahawa aku boleh lulus peperiksaan pada akhir tahun ini”. Letaknya klausa bawahan untuk contoh ayat (i) ialah sesudah kata kerja tak transitif ‘berkata’. Manakala, letaknya klausa bawahan untuk contoh ayat (ii) sesudah kata adjektif ‘yakin’. Berdasarkan letak klausa bawahan ini, jelaslah bahawa tugas kedua-dua klausa bawahan itu ialah pelengkap, iaitu pelengkap kepada kata kerja tak transitif ‘berkata’ dalam contoh ayat (i) dan kata adjektif ‘yakin’ dalam contoh ayat (ii). Hal ini demikian kerana, pelengkap hanya wujud selepas kata kerja tak transitif tetapi tidak untuk kta kerja transitif dan seterusnya pelengkap juga wujud selepas kata adjektif. Klausa bertugas sebagai objek : Ayat yang berikut menunjukkan tugas klausa bawahan sebagai objek: “Saya tidak dapat menerangkan bahawa bagaimana indahnya istana Melaka itu.” Klausa bawahan dalam ayat tersebut ialah “bahawa bagaimana indahnya istana Melaka itu”. Kata bahawa ialah kata hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama “saya tidak dapat menerangkan”. Letak klausa bawahan itu sesudah kata kerja transitif menerangkan. Kata kerja transitif mestilah diikuti oleh objek. Oleh itu, klausa bawahan
  • 10. 10 “bahawa bagaimana indahnya istana Melaka itu” bertugas sebagai objek kepada kata kerja transitif menerangkan. Klausa bertugas sebagai keterangan : Untuk klausa yang bertugas sebagai keterangan, perkara tersebut hanya akan berlaku sekiranya ada ayat pancangan (ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu klausa (ayat kecil) dan adanya kata hubungan pancangan. Sebagai contoh: “Sebelum aku pergi ke Sandakan, aku ingin menemuimu.” Klausa “sebelum aku pergi ke Sandakan” bertugas sebagai keterangan. Kata sebelum ialah kata hubungan pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama. Klausa “sebelum ke Sandakan” menyatakan makna waktu. Oleh sebab itu, klausa tersebut dikenali sebagai klausa keterangan waktu.
  • 11. 11 BAHAGIAN B 3.0 Analisis Ayat (1). Bulan depan daerah kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut. Ayat tersebut mempunyai satu subjek dan dua predikat. Subjeknya terdiri daripada frasa nama daerah kami. Frasa nama daerah kami terbina daripada kata nama daerah yang menjadi inti frasa, sementara kami menjadi kata nama sebagai penerang. Walau bagaimanapun, subjek ayat ini tidak terletak pada awal ayat. Hal ini demikian kerana, sebahagian predikat ayat diletakkan pada awal ayat dan sebahagian lagi diletakkan pada akhir ayat. Subjek ayat tersebut terletak di tengah-tengah. Oleh hal yang demikian, susunan kata seperti ini dikenal sebagai susunan ayat songsang terbahagi. Predikat ayat yang terletak pada awal ayat terdiri daripada kata bilangan himpunan iaitu bulan dan kata keterangan waktu iaitu depan dan bertugas sebagai predikat tambahan ayat. Seterusnya, bahagian predikat yang terletak pada akhir ayat tersebut terdiri daripada frasa sendi yang berasal daripada kata sendi akan kemudian diikuti kata kerja pasif dikunjungi dan diikuti frasa nama iaitu konstituen pemimpin parti tersebut dan bertugas sebagai predikat utama ayat. Ayat tersebut merupakan ayat transformasi daripada ayat susunan biasa yang berikut, iaitu: “Pemimpin parti tersebut akan mengunjungi daerah kami pada bulan depan.”
  • 12. 12 (2). Hasil padinya berguni-guni di dalam kepuk itu. Ayat tersebut mempunyai satu subjek dan satu predikat. Subjeknya terdiri daripada frasa nama hasil padinya. Frasa nama tersebut terbina daripada kata nama hasil yang menjadi inti frasa sementara padinya menjadi kata nama sebagai penerang. Di samping itu, subjek ayat ini terletak pada awal ayat dan predikatnya terletak pada akhir ayat. Predikat ayat tersebut terdiri daripada frasa kerja tak transitif yang terdiri daripada kata kerja tak transitif berguni-guni diikuti dengan kata sendi di, kata nama kepuk, dan kata penentu itu. Oleh sebab subjeknya terletak di awal ayat dan predikatnya terletak di akhir ayat, maka susunan kata seperti ayat ini dikenal sebagai susunan ayat biasa tanpa transformasi.
  • 13. 13 (3). Dengan segeranya kami laksanakan perintah yang kami terima itu. Ayat tersebut mempunyai satu subjek dan dua predikat. Subjeknya terdiri daripada frasa nama perintah yang kami terima itu. Frasa tersebut terbina daripada kata nama perintah yang menjadi inti frasa sementara yang kami terima itu bertugas sebagai penerang ayat. Walau bagaimanapun, Subjek ayat ini tidak terletak pada awal ayat. Hal ini demikian kerana, kedua-dua predikat ayat tersebut terletak pada awal ayat. Susunan kata seperti ini dikenal sebagai susunan ayat songsang sepenuhnya. Predikat ayat yang diletakkan pada awal ayat terdiri daripada frasa kerja pasif iaitu konstituen kata dengan segeranya yang terdiri daripada kata sendi dengan dan kata nama segeranya dan bertugas sebagai predikat tambahan dalam ayat. Manakala, predikat utama ayat tersebut ialah konstituen kata kami laksanakan yang terdiri daripada kata nama kami dan frasa kerja pasif iaitu kata kerja pasif laksanakan. Oleh yang demikian, ayat tersebut ialah ayat transformasi daripada ayat susunan biasa yang berikut, iaitu : “Perintah yang kami terima itu dengan segeranya kami laksanakan”
  • 14. 14 (4). Di seluruh negara orang sibuk memperkatakan kenaikan harga barangan. Ayat tersebut mempunyai satu subjek dan dua predikat. Subjeknya terdiri daripada frasa nama orang. Frasa nama orang terbina daripada kata nama orang yang menjadi inti kepada frasa sementara sibuk merupakan kata bantu yang bertugas sebagai penerang. Walau bagaimanapun, subjek ayat ini tidak terletak pada awal ayat. Hal ini demikian kerana sebahagian predikat ayat diletakkan pada awal ayat sementara sebahagian yang lain diletakkan pada akhir ayat dan subjeknya pula wujud di tengah-tengah. Susunan kata seperti ini dikenal sebagai susunan ayat songsang terbahagi. Predikat ayat yang diletakkan pada awal ayat terdiri daripada frasa sendi iaitu konstituen kata sendi nama di dengan kata bilangan tak tentu seluruh dan diikuti dengan kata nama negara. Seterusnya, bahagian predikat ayat yang terletak pada akhir ayat tersebut terdiri daripada frasa kerja transitif yang berasal daripada kata kerja transitif memperkatakan dan disertai oleh frasa nama iaitu konstituen kepada kenaikan harga barangan. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa ayat tersebut ialah ayat transformasi daripada ayat susunan biasa yang berikut; iaitu : “Orang sibuk memperkatakan kenaikan harga barangan di seluruh negara.”
  • 15. 15 (5). Ke mana-mana sahaja pengedar dadah itu terus diburu polis. Ayat tersebut mempunyai satu subjek dan dua predikat. Subjeknya terdiri daripada frasa nama pengedar dadah itu. Frasa nama pengedar dadah itu terbina daripada kata nama pengedar yang menjadi inti frasa sementara dadah menjadi kata nama dan diikuti kata penentu itu yang berfungsi sebagai penerang. Walau bagaimanapun, subjek ayat ini tidak terletak pada awal ayat. Hal ini demikian kerana, sebahagian predikat terletak pada awal ayat dan akhir ayat. Dan, subjek ayat tersebut terletak di tengah-tengah ayat. Oleh hal yang demikian, Susunan kata seperti ini dikenal sebagai susunan ayat songsang terbahagi. Predikat ayat yang terletak pada awal ayat terdiri daripada frasa sendi iaitu konstituen ke mana-mana sahaja. Seterusnya, bahagian predikat ayat yang letakknya pada akhir ayat tersebut terdiri daripada frasa kerja pasif yang berasal daripada kata bantu terus dan kata kerja pasif diburu dan diikuti kata nama polis. Oleh hal yang demikian, ayat tersebut ialah ayat transformasi daripada ayat susunan biasa yang berikut; iaitu: “Pengedar dadah itu terus diburu polis ke mana-mana sahaja.”
  • 16. 16 (6). Saya jelaskan kepadanya bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya. Ayat tersebut mempunyai lebih daripada satu subjek. Oleh sebab itu, ayat tersebut tergolong dalam jenis ayat majmuk. Subjek utama untuk ayat tersebut terdiri daripada frasa nama iaitu pemimpin itu yang diikuti kata nama pemimpin dan kata penentu itu. Manakala predikat utama untuk ayat tersebut ialah terdiri daripada frasa adjektif dan frasa sendi nama iaitu tidak amanah terhadap rakyatnya. Predikat tambahan bagi ayat tersebut ialah yang terdiri daripada frasa kerja pasif diri pertama iaitu saya jelaskan kepadanya yang berfungsi sebagai keterangan. Ayat ini sebenarnya berasal daripada dua ayat tunggal yang berikut: I. Saya jelaskan kepadanya (sesuatu) II. Pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya. Kedua-dua ayat tersebut digabungkan dengan menggunakan kata hubung bahawa sementara kata sesuatu digugurkan kerana kata sesuatu sudah merujuk kepada pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya. Konstituen bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya dikenal sebagai klausa bebas kerana dapat berdiri dengan sendiri sebagai ayat yang lengkap dan berfungsi sebagai klausa subjek. Hal ini demikian kerana, klausa tersebut terdiri daripada sekelompok kata yang ada subjek dan predikat ayat. Oleh itu, jelaslah bahawa klausa tersebut dikenal sebagai klausa subjek.
  • 17. 17 (7) Kawasan kediamannya itu bagaimana keadaannya. Ayat tersebut hanya mempunyai satu subjek dan satu predikat. Oleh sebab itu, ayat tersebut bukanlah tergolong dalam ayat majmuk. Subjek utama ayat tersebut terdiri daripada frasa nama yang diikuti kata nama dan kata penentu, iaitu konstituen kawasan kediamannya itu. Manakala, predikat ayat ini ialah bagaimana keadaannya. Dan, di dalam predikat tersebut mempunyai subjek dan predikat tersendiri dalam predikat ayat tersebut. Subjek ayat dalam ayat predikat bagaimana keadaannya ialah terdiri daripada frasa nama keadaannya dan predikatnya pula terdiri daripada kata tanya iaitu bagaimana. Oleh hal yang demikian, hal ini dkenal sebagai sebuah klausa iaitu klausa predikat. Kawasan kediamannya itu bagaimana keadaannya disebut sebagai klausa kerana terdiri daripada sekelompok kata yang ada subjek dan predikat ayat dalam ayat tersebut. Berdasarkan ayat bagaimana keadaannya, klausanya ialah berbentuk songsang yakni predikatnya di hadapan manakala subjeknya dibelakang. Dan, seperti yang telah diterangkan, ayat Kawasan kediamannya itu bagaimana keadaannya, bagaimana keadaannya merupakan predikat utama ayat dan predikat tersebut dikenal sebagai klausa dan bertugas sebagai klausa predikat.
  • 18. 18 (8). Penduduk di situ berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamat. Ayat tersebut mempunyai lebih daripada satu subjek. Oleh sebab itu, ayat tersebut tergolong dalam jenis ayat majmuk. Subjek utama untuk ayat tersebut ialah terdiri daripada frasa nama iaitu konstituen penduduk di situ. Predikat ayat ini ialah terdiri daripada frasa kerja tak transitif berpendapat dan diikuti oleh klausa yang berfungsi sebagai pelengkap, iaitu bahawa kediaman mereka tidak selamat. Ayat ini sebenarnya berasal daripada ayat tunggal yang berikut: I. Penduduk di situ berpendapat (sesuatu) II. Kediaman mereka tidak selamat. Kedua-dua ayat tersebut digabungkan dengan menggunakan kata hubung bahawa sementara kata sesuatu digugurkan kerana kata sesuatu sudah merujuk kepada kediaman mereka tidak selamat. Konstituen bahawa kediaman mereka tidak selamat dikenal sebagai klausa tak bebas kerana ayat tersebut tidak dapat berdiri dengan sendiri sebagai ayat yang lengkap tetapi berfungsi sebagai pelengkap kepada kata kerja tak transitif berpendapat. bahawa kediaman mereka tidak selamat disebut sebagai klausa kerana kerana terdiri daripada sekelompok kata yang ada subjek dan predikat ayat. Subjek ayat bagi klausa tersebut ialah kediaman mereka sementara predikatnya ialah tidak selamat yang bertugas sebagai keterangan. Oleh sebab klausa ini wujud selepas kata kerja tak transitif berpendapat, maka klausa ini dikenal sebagai klausa yang bertugas sebagai pelengkap ataupun dikenal sebagai klausa pelengkap.
  • 19. 19 (9). Pihak Polis menerangkan bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri. Ayat tersebut mempunyai lebih daripada satu subjek. Oleh sebab itu, ayat tersebut tergolong dalam golongan ayat majmuk. Subjek utama ayat untuk tersebut terdiri daripada frasa nama iaitu konstituen Pihak Polis. Predikat ayat ini ialah yang terdiri daripada frasa kerja transitif iaitu menerangkan dan diikuti oleh klausa yang berfungsi sebagai objek, iaitu bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri. Di samping itu, ayat ini berasal daripada dua ayat tunggal seperti yang berikut: I. Pihak Polis menerangkan (sesuatu) II. Pendatang asing itu telah melarikan diri. Kedua-dua ayat tersebut digabungkan dengan menggunakan kata hubung bahawa sementara kata sesuatu digugurkan kerana kata sesuatu sudah merujuk kepada pendatang asing itu telah melarikan diri. Konstituen bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri dikenal sebagai klausa tak bebas kerana tidak dapat berdiri dengan sendiri sebagai ayat yang lengkap tetapi berfungsi sebagai objek kepada kata kerja transitif menerangkan. Bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri disebut sebagai klausa kerana terdiri daripada sekelompok kata yang ada subjek dan predikat ayat. Subjek ayat bagi klausa tersebut ialah frasa nama pendatang asing itu sementara predikatnya ialah frasa kerja transitif yang terdiri daripada kata tugas telah dan kata kerja transitif melarikan serta diikuti kata nama diri sebagai objek. Oleh sebab klausa ini wujud selepas kata kerja transitif menerangkan, maka klausa ini dikenal sebagai klausa objek.
  • 20. 20 (10). Kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan. Ayat tersebut mempunyai lebih daripada satu subjek. Oleh sebab itu, ayat tersebut tergolong dalam jenis ayat majmuk. Subjek utama ayat tersebut ialah terdiri daripada frasa nama iaitu konstituen kakitangan pejabat itu. kakitangan ialah kata nama sebagai inti frasa dan pejabat sebagai kata nama yang bertugas sebagai penerang disertai oleh kata penentu itu. Predikat ayat ini ialah frasa nama yang terdiri daripada kata nama pengesahan dan diikuti oleh klausa yang berfungsi sebagai penerang iaitu bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan. Ayat ini sebenarnya berasal daripada dua ayat tunggal yang berikut iaitu: I. Kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan (sesuatu) II. Pengarah baharu itu bukan orang tempatan. Kedua-dua ayat tersebut digabungkan dengan menggunakan kata hubung bahawa sementara kata sesuatu digugurkan kerana kata tersebut telah merujuk kepada pengarah baharu itu bukan orang tempatan. Konstituen bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan merupakan klausa tak bebas kerana tidak dapat berdiri dengan sendiri sebagai ayat yang lengkap tetapi berfungsi sebagai penerang kepada kata nama pengesahan. Bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan disebut sebagai klausa kerana terdiri daripada sekelompok kata yang ada subjek dan predikat ayat. Subjek ayat untuk klausa tersebut ialah pengarah baharu itu sementara predikat ayat untuk klausa tersebut ialah bukan orang tempatan yang terdiri daripada kata nafi bukan dan frasa nama orang tempatan yang berfungsi sebagai penerang. Oleh sebab klausa ini wujud selepas kata nama pengesahan, maka klausa ini dikenal sebagai klausa penerang.
  • 21. 21 4.0 REFLEKSI Terlebih dahulu saya ingin merafatkan kesyukuran kepada Malikulmanan kerana dengan izin-Nya tugasan ini dapatlah jua saya siapkan dengan baik. Melaksanakan tugasan projek BMM 3110 ini memberikan banyak menfaat buat diri saya selaku guru pelatih yang mengambil pengkhususan major bahasa Melayu. Antaranya termasuklah menjelaskan dan menghuraikan proses pembentukan frasa bahasa Melayu iaitu pembentukan pola frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi dan seterusnya pembentukan klausa dalam ayat. Dalam hal ini banyak input yang saya fahami dan pelajari yang perlu saya aplikasikan dalam kehidupan seharian agar bahasa Melayu dapat digunakan dengan sebetulnya. Contohnya penggunaan ayat sama ada ayat berbentuk pasif atau aktif, kedua-dua ayat tersebut mempunyai makna yang sama tapi mempunyai bentuk yang berbeza. Dan, daripada ayat tersebut itu jugalah saya dapat mengetahui dan pelajari sama ada ayat tersebut merupakan klausa atau ayat tunggal. Dalam sintaksis, dua bahagian yang paling penting ialah subjek dan predikat. Apabila kita membina sebuah ayat dalam bahasa Melayu, Kita membentuk dua kelompok perkataan. Kelompok pertama menyatakan sesuatu hal dan Kelompok kedua menceritakan tentang hal itu. Hal bahagian yang menjadi hal dipanggil subjek manakala bahagian yang menjadi perihal dipanggil predikat. Lihatlah betapa pentingnya ilmu nahu dan sintaksis ini yang seterusnya dapat diaplikasikan dan seterusnya memartabatkan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan. Kata orang, jika kita hendak melihat apa-apa yang akan berlaku pada masa hadapan, lihatlah generasi pada masa sekarang. Hal ini bermakna sistem pendidikan merupakan landasan terbaik untuk membentuk generasi kita bagi merealisasikan aspirasi Negara. Dalam hal ini, sekolah dan institusi pendidikan diumpamakan seperti tapak tempat menyemai benih generasi pada masa hadapan. Manakala, kurikulum sekolah pula merupakan inti pati yang akan disuntik ke dalam minda serta jiwa mereka. Lantaran itu, jika hendak menyemai apa-apa aspirasi Negara dan membentuk generasi pada masa hadapan mengikut acuan kita sendiri, di sinilah tempatnya. Begitu juga dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Dalam hal ini, jika kita meninjau saranan Profesor Dr Awang Sariyan dalam Majlis Bicarawara Bahasa di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka yang lalu ada benarnya. Menurut beliau, Pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan perlu dimantapkan semula iaitu bermula daripada prasekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi.
  • 22. 22 Menurut beliau lagi, penegasan perlu diberikan kepada usaha pembudayaan bahasa sebagai asas peneguhan tamadun bangsa Melayu dalam dua aspek, antaranya termasuklah; pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam proses pemerolehan dan pengembangan ilmu, selaras dengan perancangan Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang diperkukuh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961 serta Akta Pendidikan 1996. Seterusnya, pembudayaan bahasa yang baik, teratur, santun dan mewakili budaya tinggi melalui kegiatan kokurikulum sehingga ragam bahasa tidak rasmi seperti bahasa slanga atau pijin tidak sampai menggugat bahasa yang mewakili budaya teras. Pada hematnya, saranan beliau tersebut bukanlah satu idea yang baharu dan mungkin telah direncanakan dalam sistem pendidikan kita. Namun, dari segi pelaksanaan dan penguatkuasaan masih belum mencapai matlamatnya. Meskipun telah lima puluh tahun lebih Negara kita merdeka. Oleh itu, adalah wajar untuk pihak-pihak tertentu melihat semula kandungan yang ada dalam sistem pendidikan kita dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu dan bandingkan saranan beliau dengan usaha tersebut. Jika belum ada, adakan. Jika sebaliknya, mantapkanlah dan tingkatkan pelaksanaan serta penguatkuasaan. Lantaran itu, kita haruslah sedar, jika bukan kita, siapa lagi yang akan kita harapkan untuk menggalas tanggungjawab ini. Sekadar membicarakan dasar dan mengubal akta sahaja tidak mencukupi. Gerakkan dan kuatkuasakan pelaksanaannya. Tepuk dada tanyalah selera. Oleh itu, jelaslah bahawasanya ilmu tatabahasa dan sintaksis ini haruslah dikuasai dahulu dalam kalangan guru sebelum dikongsikan dalam kalangan pelajar. Tanpa ini, mana mungkin matlamat untuk menggunakan bahasa Melayu dengan betul dapat dicapai tanpa ada ilmu tatabahasa yang mantap. Justeru, Guru amatlah memainkan peranan yang sangat penting dalam memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dengan betul dalam kalangan masyarakat sesebuah negara.
  • 23. 23 5.0 BIBLIOGRAFI Asraf Haji Wahab, (1982). Petunjuk Tatabahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd Awang Sariyan, (1984). Isu-isu Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar, (2014). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Bin Musa, (1994). Pengantar Falsafah Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi keempat. (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Pelajar Edisi kedua. (2008). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Bt Hj Abdul Karim, (2010). Tatabahasa Dewan Edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • 24. 24 Laman Sesawang : Laman tersebut telah dilayari pada 1 Mac 2014 sehingga 12 Mac 2014; http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_kerja http://www.slideshare.net/redhotsambal71/kata-kerja-tak-transitif-28876507 http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_adjektif http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_tugas http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_nama