SINTAKSIS: RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
Kumpulan 3
Linda Rajun
Nurfatehah Amran
Noor Aziza Rosma Sudirman
•Satu perkataan atau
•Serangkai perkataan yang merupakan
kesatuan yang membawa maksud sesuatu
APA ITU RAGAM AYAT?
Sumber: Kamus Dewan edisi
keempat
• Laku
• Jenis
• Tingkah
Ragam
Ayat
• Menurut Nik Safiah Karim et al. (2006), ayat ialah unit
pengucapa yang paling tinggi letaknya dalam susunan
tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat
boleh terbentuk daripada satu atau beberapa perkataan
yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan
kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna.
Ayat
Ayat aktif
Ayat
pasif
Ayat aktif Ayat pasif
Ayat yang mengandungi kata kerja
yang mengutamakan subjek asal
sebagai judul atau unsur yang
diterangkan
Ayat yang mengandungi kata kerja
yang mengandungi objek asal
sebagai judul atau unsur yang
diterangkan
AYAT PASIF
 Maksud bagi ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja
yang mengutamakan objek asal sebagai judul/unsur yang
diterangkan.
 Maksud lainnya, ayat ini lebih menekankan objek dan
perbuatannya berbanding ayat aktif yang menekankan si pelaku
atau subjek asal.
 Dalam ayat pasif ini, ia terbahagi kepada tiga pembahagian;
a) Ayat Pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.
b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti
nama diri kedua.
c) Ayat pasif dengan perkataan “kena” yang hadir sebelum kata
kerja.
A)Ayat Pasif
Dengan
Imbuhan Kata
Kerja Pasif.
 Dalam ayat pasif imbuhan kata kerja pasif, ia dapat dibentuk lagi
kepada tiga bahagian :
i) Ayat pasif boleh terbentuk dengan kata kerja yang berimbuhan
ber- dan ke-...-an.
 Contoh ayat adalah;
- Baju saya telah berlipat.
- Surat anaknya belum berjawab.
- Kain pelakat itu berjahit dengan benang sutera.
- Seluruh kampong kegemparan.
- Budak itu kelaparan.
• Daripada contoh ayat-ayat di atas, bahagian oleh + frasa nama
biasanya tidak diperlukan lagi.
ii) Ayat pasif jenis ini mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-
 Contoh penggunaan dalam ayat :
a. Buku itu belum dibaca oleh Izan.
b. Makanan itu dimasak oleh emak sebentar tadi.
c.Tembok itu telah terlanggar oleh lori sampah.
d. Fizah terserempak dengan Soufi di hadapan rumahnya.
 Untuk ayat pasif yang menggunakan imbuhan kata kerja pasif di- seperti
di atas, kata sendi nama oleh yang mengikuti kata kerja pasif itu secara
langsung boleh digugurkan tanpa menjejaskan maksud ayat.Contohnya
dalam ayat b ;
- Makanan itu dimasak emak sebentar tadi.
iii) Ayat pasif dengan kata kerja pasif berimbuhan apitan ke-…-an +
pelengkap .
 Contoh ayatnya adalah :
- Lelaki itu ketinggalan bas.
 Perkataan bagi “ketinggalan” adalah kata kerja pasif yang
memerlukan pelengkap bagi melengkapkan makna bagi
perkataan tersebut.
 Dengan itu, perkataan “bas” merupakan pelengkap bagi kata kerja
pasif “ketinggalan”.
B)Ayat Pasif
Dengan Kata
Ganti Nama Diri
Pertama, Kata
Ganti Nama Diri
Kedua dan
Ketiga
 Dalam ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti
nama diri kedua ini adalah dengan menggunakan kata ganti nama diri
seperti saya, aku, ku, engkau, kau, anda, kami dan kita yang diikuti
secara langsung oleh kata kerja dasar.
 Hal ini kerana, kata ganti diri nama diri pertama dan kedua tidak boleh
menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di- .
 Kata ganti nama diri pertama dan kedua ini hadir di hadapan kata kerja
dasar boleh membentuk kata penuh ataupun kata ringkas.
 Contoh ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama ialah ;
- Bunga itu akan aku petik.
- Jadual itu sudah kami susun.
 Contoh ayat pasif dengan kata ganti nama diri kedua ialah ;
- Surat itu mesti awak serahkan.
- Duitnya patut engkau pulangkan.
 Dalam ayat pasif ganti nama diri ketiga adalah ayat yang kata
kerjanya berawalan di-, diikuti kata sendi oleh bersama.
 Kata ganti diri ketiga adalah seperti ia, dia, beliau, baginda, dan
sebagainya.
 Contoh ayat pasif dengan kata ganti nama diri ketiga ialah ;
- Bangunan dicat oleh mereka.
- Kereta itu dibeli oleh abang.
C)Ayat Pasif
Dengan
Perkataan
“Kena”Yang
HadirSebelum
Kata Kerja
 Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata
kerja dasar yang tidak menerima awalan.
 Binaan oleh + frasa nama dalam ayat sedemikian juga boleh secara
pilihan atau digugurkan.
 Ayat pasif yang menggunakan kata kena ini juga adalah sebagai ganti
untuk awalan "di" yang lebih banyak digunakan oleh seseorang dalam
pertuturannya.
 Bagaimanapun, bentuk pasif ini boleh juga digunakan untuk gaya
bahasa sebagai pilihan lain. Misalnya seperti jadual di bawah :
Penggunaan "Kena" Penggunaan "Di"
Pemandu itu kena saman. Pemandu itu disaman.
Budak nakal itu kena
pukul.
Budak nakal itu dipukul.
Pencuri itu kena tangkap. Pencuri itu ditangkap.
RUJUKAN
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & et al. (2014).
Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I (Edisi Kedua). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa an Pustaka.
Di akses pada 25 Februari 2016 daripada laman web:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Ayat_pasif_(bahasa_Melayu)
Di akses pada 25 Februari 2016 daripada laman web:
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/aktifpasif.htm .

RAGAM AYAT (AYAT PASIF)

  • 1.
    SINTAKSIS: RAGAM AYAT(AYAT PASIF) Kumpulan 3 Linda Rajun Nurfatehah Amran Noor Aziza Rosma Sudirman
  • 2.
    •Satu perkataan atau •Serangkaiperkataan yang merupakan kesatuan yang membawa maksud sesuatu APA ITU RAGAM AYAT? Sumber: Kamus Dewan edisi keempat • Laku • Jenis • Tingkah Ragam Ayat • Menurut Nik Safiah Karim et al. (2006), ayat ialah unit pengucapa yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu atau beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. Ayat
  • 3.
    Ayat aktif Ayat pasif Ayat aktifAyat pasif Ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan Ayat yang mengandungi kata kerja yang mengandungi objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan
  • 4.
    AYAT PASIF  Maksudbagi ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul/unsur yang diterangkan.  Maksud lainnya, ayat ini lebih menekankan objek dan perbuatannya berbanding ayat aktif yang menekankan si pelaku atau subjek asal.  Dalam ayat pasif ini, ia terbahagi kepada tiga pembahagian; a) Ayat Pasif dengan imbuhan kata kerja pasif. b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua. c) Ayat pasif dengan perkataan “kena” yang hadir sebelum kata kerja.
  • 5.
    A)Ayat Pasif Dengan Imbuhan Kata KerjaPasif.  Dalam ayat pasif imbuhan kata kerja pasif, ia dapat dibentuk lagi kepada tiga bahagian : i) Ayat pasif boleh terbentuk dengan kata kerja yang berimbuhan ber- dan ke-...-an.  Contoh ayat adalah; - Baju saya telah berlipat. - Surat anaknya belum berjawab. - Kain pelakat itu berjahit dengan benang sutera. - Seluruh kampong kegemparan. - Budak itu kelaparan. • Daripada contoh ayat-ayat di atas, bahagian oleh + frasa nama biasanya tidak diperlukan lagi.
  • 6.
    ii) Ayat pasifjenis ini mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-  Contoh penggunaan dalam ayat : a. Buku itu belum dibaca oleh Izan. b. Makanan itu dimasak oleh emak sebentar tadi. c.Tembok itu telah terlanggar oleh lori sampah. d. Fizah terserempak dengan Soufi di hadapan rumahnya.  Untuk ayat pasif yang menggunakan imbuhan kata kerja pasif di- seperti di atas, kata sendi nama oleh yang mengikuti kata kerja pasif itu secara langsung boleh digugurkan tanpa menjejaskan maksud ayat.Contohnya dalam ayat b ; - Makanan itu dimasak emak sebentar tadi.
  • 7.
    iii) Ayat pasifdengan kata kerja pasif berimbuhan apitan ke-…-an + pelengkap .  Contoh ayatnya adalah : - Lelaki itu ketinggalan bas.  Perkataan bagi “ketinggalan” adalah kata kerja pasif yang memerlukan pelengkap bagi melengkapkan makna bagi perkataan tersebut.  Dengan itu, perkataan “bas” merupakan pelengkap bagi kata kerja pasif “ketinggalan”.
  • 8.
    B)Ayat Pasif Dengan Kata GantiNama Diri Pertama, Kata Ganti Nama Diri Kedua dan Ketiga  Dalam ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua ini adalah dengan menggunakan kata ganti nama diri seperti saya, aku, ku, engkau, kau, anda, kami dan kita yang diikuti secara langsung oleh kata kerja dasar.  Hal ini kerana, kata ganti diri nama diri pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di- .  Kata ganti nama diri pertama dan kedua ini hadir di hadapan kata kerja dasar boleh membentuk kata penuh ataupun kata ringkas.  Contoh ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama ialah ; - Bunga itu akan aku petik. - Jadual itu sudah kami susun.  Contoh ayat pasif dengan kata ganti nama diri kedua ialah ; - Surat itu mesti awak serahkan. - Duitnya patut engkau pulangkan.
  • 9.
     Dalam ayatpasif ganti nama diri ketiga adalah ayat yang kata kerjanya berawalan di-, diikuti kata sendi oleh bersama.  Kata ganti diri ketiga adalah seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.  Contoh ayat pasif dengan kata ganti nama diri ketiga ialah ; - Bangunan dicat oleh mereka. - Kereta itu dibeli oleh abang.
  • 10.
    C)Ayat Pasif Dengan Perkataan “Kena”Yang HadirSebelum Kata Kerja Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan.  Binaan oleh + frasa nama dalam ayat sedemikian juga boleh secara pilihan atau digugurkan.  Ayat pasif yang menggunakan kata kena ini juga adalah sebagai ganti untuk awalan "di" yang lebih banyak digunakan oleh seseorang dalam pertuturannya.  Bagaimanapun, bentuk pasif ini boleh juga digunakan untuk gaya bahasa sebagai pilihan lain. Misalnya seperti jadual di bawah : Penggunaan "Kena" Penggunaan "Di" Pemandu itu kena saman. Pemandu itu disaman. Budak nakal itu kena pukul. Budak nakal itu dipukul. Pencuri itu kena tangkap. Pencuri itu ditangkap.
  • 11.
    RUJUKAN Nik Safiah Karim,Farid M. Onn, Hashim Musa & et al. (2014). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa an Pustaka. Di akses pada 25 Februari 2016 daripada laman web: https://ms.wikipedia.org/wiki/Ayat_pasif_(bahasa_Melayu) Di akses pada 25 Februari 2016 daripada laman web: http://tatabahasabm.tripod.com/tata/aktifpasif.htm .