SlideShare a Scribd company logo
i
IPG.KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
MODUL PENDIDIKAN MUZIK
KEMAHIRAN KEYBOARD 1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
JALAN MAKTAB, DURIAN DAUN,
75400 MELAKA
Disediakan oleh: Dr. Amran bin Aris
PROGRAM KURSUS KEYBOARD UNTUK
PENSYARAH-PENSYARAH KUIM
i
Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Notis Hak
Pengarang
i
Kandungan ii
Panduan Pelajar iii
Pengenalan vii
Agihan Tajuk dan Unit viii
UNIT 1 PENGENALAN KEYBOARD 1
UNIT 2 SKEL DALAM NADA C, G, F DAN D MAJOR 16
UNIT 3 SKEL DALAM NADA A, E, DAN D MINOR 20
UNIT 4 MELODI DALAM NADA MAJOR DAN MINOR 24
Bibliografi 37
Panel 38
Simbol 39
KANDUNGAN
MUKA SURAT
ii
PENGENALAN
Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai permainan keyboard terdiri daripada
pengenalan keyboard, permainan melodi mudah, permainan auto-one fingered chord,
permainan dan persembahan keyboard secara solo dan kumpulan dalam Pendidikan
Muzik untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
rendah.
Hasil Pembelajaran
1. Memainkan keyboard dalam skel major dan minor (5 not pertama) dengan teknik yang
betul.
2. Mengaplikasikan kemahiran memainkan melodi dan auto fingered chord dalam
permainan keyboard secara solo dan berkumpulan dengan seimbang
3. Memainkan keyboard dalam kumpulan yang dapat menunjukkan ekspresi muzik.
iii
AGIHAN TAJUK
Panduan Kepada Pengguna
Modul ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah pembelajaran secara
bersemuka diperuntukan 70% termasuk 10% daripadanya adalah pembelajaran dalam talian.
Manakala 30% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul.
TAJUK/ TOPIK
JUMLAH JAM
KESELU
-
RUHAN
45 JAM
KULIAH/
TUTORIAL/
AMALI
60%
26 JAM
MODUL
30%
14 JAM
DALAM
TALIAN
10%
5 JAM
1. Pengenalan Keyboard
• Kegunaan keyboard (M)
• Pengendalian keyboard
elektronik. (DT)
• Fungsi dan pengendalian butang
asas keyboard. (M)
• Penjagaan keyboard
• Teknik permainan keyboard (M)
- Penjarian
- Posisi kedua-dua belah
tangan
• Postur (M)
• Fungsi keyboard (K)
- Koleksi pelbagai bunyi
- Kualiti ton
- Rakaman
- Pengubahsuaian
voice
3 2 UNIT 1 2
2. Skel dalam nada C, G,
F dan D major
• Permainan skel C, G, F dan D
major (5 not pertama) dengan
tangan kanan (M)
• tangan kiri secara berasingan
dalam posisi 5 jari. (M)
3 1 UNIT 2
iv
TAJUK/ TOPIK
JUMLAH JAM
KESELU
-
RUHAN
45 JAM
KULIAH/
TUTORIAL/
AMALI
60%
26 JAM
MODUL
30%
14 JAM
DALAM
TALIAN
10%
5 JAM
3. Skel dalam nada A ,E dan
D minor
● Permainan skel A,
E dan D minor (5 not
pertama) dengan
tangan kanan dan
tangan kiri secara
berasingan dalam
posisi 5 jari (M)
3 1 UNIT 3 -
4. Melodi dalam nada major dan
minor
• Permainan melodi dalam posisi
5 jari dalam nada C, G, F dan D
major dengan tangan kanan (M)
• Permainan melodi mudah
dalam posisi 5 jari dalam nada
A, E dan D minor dengan
tangan kanan. (M)
18 9
UNIT 4
5. Permainan Auto - One Fingered
Chord dalam Nada C, G, F dan D
major
• Kedudukan kord I, IV, V, dan V7
menggunakan auto-one fingered
chord dengan tangan kiri. (K)
• Iringan melodi dengan auto –one
fingered chord dalam stail Mac,
Waltz dan 8beat / Foxtrot. (K)
6 3
6. Permainan Auto - One Fingered
Chord dalam Nada A, E dan D minor
• Kedudukan kord I, IV, V, dan V7
menggunakan auto one
fingered chord dengan tangan
kiri. (K)
● Iringan melodi dengan auto –
one fingered chord dalam stail
Mac, Waltz dan 8beat / Foxtrot.
(K)
6 3
v
TAJUK/ TOPIK
JUMLAH JAM
KESELU
-
RUHAN
45 JAM
KULIAH/
TUTORIAL/
AMALI
60%
26 JAM
MODUL
30%
14 JAM
DALAM
TALIAN
10%
5 JAM
7. Permainan melodi dan Auto - One
Fingered Chord
● Permainan melodi dengan tangan
kanan (K)
● Iringan dengan tangan kiri dalam
stail Mac, Waltz dan 8beat
/Foxtrot. (K)
● Permainan melodi dan iringan
dalam pelbagai voice dengan
rentak. (K)
● Lagu kanak-kanak sepanjang 8 - 16
bar. (K)
● Nada major dan minor (K)
● Secara berkumpulan dan solo. (K)
6 3
JUMLAH 45 JAM 21JAM 19 JAM 5 JAM
Nota:
K - Kuliah, T - Tutorial, A - Amali, M - Modul, DT - Dalam Talian
1
UNIT 1 PENGENALAN KEYBOARD
SINOPSIS
Dalam topik ini, anda dikehendaki mempelajari tentang permainan alat muzik keyboard yang
terdiri daripada pengenalan keyboard, kegunaan keyboard, pengendalian keyboard
elektronik, fungsi dan pengendalian butang asas keyboard, penjagaan keyboard dan teknik
permainan keyboard
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, pelajar dapat :
i. Memainkan keyboard dalam skel major dan minor (5 not pertama) dengan teknik
yang betul.
ii. Mengaplikasikan kemahiran memainkan melodi dan auto fingered chord dalam
permainan keyboard secara solo dan berkumpulan dengan seimbang.
iii. Memainkan keyboard dalam kumpulan yang dapat menunjukkan ekspresi muzik.
KERANGKA TAJUK
1.1 Pengenalan keyboard
1.2 Kegunaan keyboard
1.3 Pengendalian keyboard elektronik.
1.3.1 Fungsi dan pengendalian butang asas keyboard.
1.5 Penjagaan keyboard
1.6 Teknik permainan keyboard
1.6.1 Postur
1.7 Tugasan dalam talian
2
1.1 PENGENALAN KEYBOARD
Instrumen keyboard ini telah wujud sejak zaman kuno. Dalam tangga nada Barat yang
disebut diatonis dan tonal yang terbahagi dalam 12 nada. Terdapat nada penuh dan ada
nada semi-tone. Pada awal kemunculannya, bilah-bilah masih dalam ukuran sangat lebar.
Satu bilah mempunyai beberapa sentimeter lebarnya hingga tidak banyak nada harmoni
dapat dihasilkan. Konsep asal alat muzik Organ menggunakan tenaga salur paip angin
dimainkan di gereja-gereja di benua Eropah pada zaman Barok lagi pada awal abad ke 15.
Pada abad 15 juga telah tercipta instrumen muzik berdawai yang dibunyikan dengan cara
petikan seperti harpsichord.
Rajah 1.1: Alat muzik organ berpaip telah wujud di zaman Renaissance dan di awal Zaman
Barok
Pada abad ke-16, selepas 200 tahun terhasil bilah yang lebih lebar. Satu oktaf
sebanyak 12 bilah dibuat selebar 16.5 sentimeter. Ini membolehkan permainan menjadi
lebih mudah. Pada perkembangan ini juga inovasi kunci putih dan hitam diciptakan.
Harpsichord ini terus berkembang pada abad ke-17 dan ke-18. Keyboard elektronik baru
muncul pada abad ke-20. Dipasarkan pertama kali oleh Laurens Hammond di Amerika
Serikat 1935. Sejak dari itu, penciptaan keyboard terus berkembang seiring dengan
kemajuan teknologi.
Keyboard merupakan sejenis alat muzik berpic mirip organ dan piano tetapi
menggunakan kuasa elektrik untuk memainkannya. Keyboard atau keyboard dicipta dan
3
diubahsuai semula dengan perkakasan elektronik. Sistem alat muzik keyboard ‘Organ’
berfungsi dengan menggunakan tenaga udara yang disalurkan melalui silinder paip yang
tersusun mengikut tiap bilah papan nadanya. Keyboard memerlukan sumber tenaga secara
terus atau menggunakan bateri biasanya bateri kering bagi memainkannya. Keyboard juga
mempunyai susunan papan nada atau keys yang tertentu bilangan oktafnya mengikut jenis
dan model ciptanyanya sama seperti piano atau organ. Ada pelbagai jenis dan jenama
keyboard dari model yang lama hingga kepada yang baru mengikut perubahan dan
keperluan semasa. Antara jenama keyboard yang terdapat di pasaran ialah Yamaha, Casio,
Roland, Korg dan sebagainya.
Rajah 1.2: Sistem alat muzik keyboard
Pihak pengeluar keyboard berjenama sentiasa berlumba untuk menghasilkan
keyboard yang terbaik atau dengan lebih tepatnya alat-alat muzik yang terbaik. Dengan ini
terhasillah berbagai jenis keyboard dari yang sederhana kepada yang agak canggih
ciptaannya. Setiap pengeluar mengeluarkan berbagai-bagai model mengikut kemampuan
pengguna dan juga keupayaan pengguna itu sendiri. Jenis keyboard yang ringkas dan agak
sederhana buatannya hanya mampu menyediakan bilangan ton atau bunyi alat muzik serta
beberapa jenis rentak (Style & Rhythm). Selain daripada itu kemampuannya terhad untuk
diprogramkan atau dibuat rakaman main semula. Kelebihan utama keyboard ialah
keupayaannya berfungsi sebagai alat muzik ‘All in One’ dan menjadi begitu canggih serta
menakjubkan dunia muzik hari ini.
4
Keyboard merupakan sejenis alat muzik berpic mirip organ dan piano tetapi menggunakan
elektrik untuk memainkannya. Keyboard dicipta dan diubahsuai semula dengan perkakasan
elektronik. Keyboard mempunyai susunan papan nada dan key yang tertentu bilangan
oktafnya mengikut jenis dan model penciptaannya sama seperti piano dan organ. Susunan
kiri kanan untuk bass dan treble ini berlaku untuk segala jenis keyboard umumnya piano,
organ, harpsiscord. Keyboard memerlukan sumber tenaga elektrik secara terus atau boleh
juga menggunakan bateri untuk memainkannya. Keyboard tidak boleh berfungsi tanpa
tenaga elektrik yang mencukupi.
Keyboard terdapat dalam pelbagai jenis. Ia bergantung kepada ciptaannya, model
keyboard juga adalah mengikut jenama pengeluarnya. Pihak pengeluar keyboard berjenama
sentiasa berlumba untuk hasilkan sebuah keyboard yang terbaik yang ada dari sederhana
ke peringkat yang agak canggih ciptaannya. Setiap model mengeluarkan pelbagai model
mengikut kemampuan serta keupayaan pengguna. Kualiti keyboard bergantung kepada
tahap keupayaannya serta beroperasi dengan mudah. Selain itu juga kemampuan keyboard
terhad untuk diprogramkan.
Cara keyboard beroperasi adalah berbeza mengikut jenis penciptaannya. Terdapat
beberapa jenis keyboard yang terkenal seperti YAMAHA, CASIO, KORG dan TECHNICS.
Keseronokan bermain keyboard ialah seseorang itu dapat memainkan melodi serta iringan
iramanya serentak secara berterusan. Cara ini tidak terdapat dalam permainan piano atau
alat-alat lain yang bermelodi. Ada keyboard yang memerlukan pembesar suara dan ada juga
yang sudah dibina pada keyboard tersebut. Terdapat keyboard Arranger dan Synthesizer.
Papan kekunci membezakan kedua keyboard ini. Sekiranya terdapat papan kekunci Fill in,
Variasi, Main, Intro, Ending, itu adalah keyboard Arranger. Begitulah sebaliknya bagi
keyboard Synthesizer.
1.2 KEGUNAAN KEYBOARD
Keyboard merupakan alat muzik yang penting yang perlu ada di sekolah. Pengunaan
keyboard tidak hanya terbatas untuk pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
sahaja, malah boleh digunakan untuk sebarang persembahan di sekolah. Pengunaan
keyboard penting terutamanya bagi matapelajaran Pendidikan Muzik kerana setiap nyanyian
murid perlu ada iringan alat muzik. Ini kerana, murid tidak akan dapat menghayati dan
merasai pengalaman muzikal yang seberang tanpa iringan alat muzik. Keyboard juga tidak
semestinya dimainkan secara live, guru boleh merakam permainan mereka terlebih dahulu
5
kemudian memperdengarkan rakaman itu kepada murid. Ini akan membolehkan guru
membuat kawalan kelas dengan lebih baik dan dapat menghasilkan iringan yang lebih
bermutu.
Penggunaan keyboard juga menarik minat murid untuk belajar. Pengunaan keyboard
dalam pengajaran dan pembelajaran tidak semestinya dalam pendidikan muzik sahaja,
sekiranya digunakan dalam matapelajaran lain akan menimbulkan minat murid untuk
belajar. Ini akan memudahkan lagi tugas guru kerana murid akan lebih mudah dikawal
sekiranya mereka menumpukan perhatian dan berminat dengan pengajaran yang
disampaikan oleh guru. Murid yang berminat dengan pengajaran yang disampaikan oleh
guru akan memberi respon yang baik dan objektif pengajaran akan mudah dicapai.
Keyboard boleh juga digunakan untuk memberi arahan-arahan tertentu seperti
mengarahkan murid diam, duduk, berdiri, bergerak dan sebagainya. Ini merupakan altenatif
lain selain arahan secara lisan yang sering digunakan. Dengan arahan mengunakan
keyboard, murid akan lebih memberi perhatian kerana bunyi seperti piano, trumpet, perkusi
dan sebagainya yang terdapat dalam keyboard lebih menarik minat mereka berbanding
suara guru. Kaedah ini juga menjadikan murid lebih berdisiplin kerana setiap kali mereka
mendengar bunyi keyboard mereka akan lebih memberi perhatian dan bertindak mengikut
arahan berdasarkan bunyi yang telah ditetapkan oleh guru.
Pengunaan keyboard dalam bilik darjah penting kerana pelbagai konsep ataupun
elemen muzik dapat disampaikan dengan mudah. Contohnya, guru mengajar sesuatu lagu
sambil ingin menyampaikan konsep tempo cepat dan lambat. Oleh itu, guru berkenaan
boleh memainkan lagu yang sama dengan tempo yang berbeza iaitu tempo cepat dan
lambat. Guru tidak perlu mencari lagu yang menunjukkan konsep tempo cepat dan lambat.
Contoh yang kedua, guru mengajar sesuatu lagu sambil ingin menyampaikan konsep
dinamik piano (lembut) dan forte (kuat). Guru boleh menunjukkan dinamik piano dan forte
dengan permainan keyboard kuat dan lembut ketika menyanyikan sesuatu lagu.
Penyampaian dinamik yang ingin ditonjolkan lebih mudah didengar kerana permainan
keyboard dan nyanyian disampaikan secara live.
6
.
Rajah 1.3: Penggunaan Keyboard Dalam Bilik Darjah
1.3 PENGENDALIAN KEYBOARD ELEKTRONIK
Terdapat banyak ciri dan istilah yang biasa untuk alat muzik keyboard. Ini adalah asas-asas
yang harus diketahui sebelum terus ke ciri-ciri khusus setiap kategori keyboard.
Rajah 1.4 : Alat Muzik Keyboard
7
1.3.1 FUNGSI DAN PENGENDALIAN BUTANG ASAS KEYBOARD
• Operasi Asas Keyboard
Panel Hadapan PaparanSenarai Lagu Senarai Stail
Rajah 1.5: Panel Hadapan Kiri
Senarai Database Muzik Senarai Suara)
Panel Hadapan
8
Rajah 1.6: Panel Hadapan Kanan
Tekan butang untuk memilih fungsi asas: Suara, Gaya atau Lagu. Untuk menukar suara
instrument yang berbunyi ketika anda memainkan keyboard, tekan butang [VOICE]. Jika
anda mahu bermain bersama dengan iringan auto, tekan Butang [STYLE]. Jika anda mahu
mendengar lagu, tekan butang [SONG].
3 Memula fungsi keyboard 2 Pilih item 1 Pilih Asas
fungsi.
Rajah 1.7: Panel Hadapan
1.5 PENJAGAAN KEYBOARD
Keyboard akan berfungsi dengan baik sekiranya kita mementingkan penjagaan sesebuah
keyboard itu dengan baik dan betul. Sesebuah keyboard yang di jaga dengan baik dan betul
akan bertahan lebih lama tanpa sebarang masalah. Hampir keseluruhan bahagian keyboard
adalah komponen elektronik yang mudah rosak sekiranya tidak diselenggara dengan baik.
Oleh itu, penjagaan keyboard sangat penting dan perlu ditiitik beratkan oleh penguna
keyboard sama ada dirumah, sekolah mahupun studio rakaman. Setiap penguna keyboard
perlu mengetahui cara penjagaan keyboard sebelum, semasa dan selepas pengunaannya.
1.5.1 Sebelum Pengunaan.
Sebelum mengunakan keyboard, kita perlulah memastikan tiada air yang tertumpah di atas
keyboard. Ini kerana, air boleh menyebabkan komponen elektronik keyboard akan rosak.
Sekiranya ada air yang tertumpah, pengguna perlu membersihkannya terlebih dahulu dan
tunggu sehingga kering. Sebelum menghidupkan keyboard, pengguna perlu memastikan
“volume” pada keyboard ditutup. Semasa memasang adaptor keyboard pula, kita perlu
mengikut turutan yang betul. Pertama, pastikan suis dalam keadaan “off “ atau dimatikan.
9
Kedua, pasangkan adaptor di keyboard terlebih dahulu kemudian pasangkan adaptor di suis
dan tekan butang “on”. Selepas itu, tekan butang “on” di keyboard.
1.5.2 Semasa Penggunaan.
Semasa mengunakan keyboard, jangan letakkan sebarang air minuman atau sebarang
bahan cecair diatas atau berhampiran keyboard. Ini kerana, air atau bahan cecair tersebut
mungkin boleh tertumpah dan mengakibatkan keyboard rosak. Selain itu, kekunci keyboard
tidak boleh ditekan terlalu kuat atau diketuk kerana kebanyakkan kekunci keyboard
diperbuat dari plastik. “Volume” yang terlalu kuat juga berkemungkinan boleh merosakkan
pembesar suara (speaker) keyboard.
1.5.3 Selepas Pengunaan.
Selepas mengunakan keyboard, kita hendaklah memastikan “off” terlebih dahulu butang
“off/on” pada keyboard sebelum menekan butang “off” pada suis. Ini bagi memastikan
komponen elektronik di matikan dengan cara yang betul bagi mengelakkan sebarang
kerosakkan. Selepas itu, adaptor keyboard perlu disimpan dan keyboard diletakkan dlam
beg atau ditup dengan sebarang penutup seperti kain. Ini bagi mengelakkan keyboard
berhabuk.
1.6 TEKNIK PERMAINAN KEYBOARD
Sebelum seseorang itu mula bermain keyboard, mereka perlu mengetahui dan memahami
peranan serta fungsi setiap jari dalam permainan keyboard. Teknik asas dalam permainan
keyboard ialah permainan skel pada papan nada. Kemahiran permainan keyboard dan
nyanyian berkait rapat antara satu samalain unruk melakukan sesebuah persembahan yang
menarik. Pelbagai jenis teknik keyboard dan nyanyian boleh dipelajari. Di samping itu, skor
lengkap keyboard boleh menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran
permainan keyboard dan nyanyian.
10
Rajah 1.4: Papan Nada Keyboard
Rajah 1.5: Keperluan Untuk Bermain Keyboard
Teknik Permainan Keyboard
1. FINGERING
(hand and finger
forms, relaxation
of arms &
shoulders)
Fingering ditujukan supaya kedudukan jari dan tangan kita saat
bermain ada dalam posisi yang benar. Juga membentukkan jari-
jari kita saat bermain di atas keyboard ada dalam posisi
sempurna. Latihan jari ini merangkumi Tangga Nada
dan Cadence.
2. Touching (touch
of the notes,
legato-staccato,
phrasing,
Touching ditujukan supaya memahami tafsiran kita dalam bermain
music. Tidak sekadar kita cuma bermain muzik, tapi muzik yang
dimainkan harus keluar dari hati. Kita mengetahui di mana kita
harus main keras atau lembut. Bermain dengan tekanan atau
11
dynamics and
expression)
nyambung atau putus-putus dan atau dengan aksen yang
tepat. Ada dinamika, feeling dan ekspresi.
3. RHYTHM dan
TEMPO
Rhythm dan tempo ini ditujukan agar kita mengetahui harga
notes, ketukan & rhythm pattern. Kita perlu mengetahui tentang
tempo yang benar. Rhytmic dalam bermain music
(comping). Adasoul atau groove dalam bermusik. Harus ada
"nyawa" dalam kita bermain dalam 1 band. Kita juga harus tahu
tentang TIME SIGNATURE (lagu itu dimainkan dalam ketukan 2 /
4, ¾, 4 / 4, 3 / 8, 6 / 8 etc)
4. HARMONY
(chords
progression,
voicing and
accompaniment)
Harmony ditujukan supaya dapat lebih kaya dalam
mengembangkan pola chords yang kita pakai dalam sebuah lagu,
mengembangkan bunyi yang dihasilkan dari chords yang kita
mainkan, dan meluaskan cara kita bermain dalam konteks kita
mengiringi seorang penyanyi. Hal ini disebabkan dengan kita
bermain dalam harmonisasi yang bagus, maka akan tercipta
suatu kesatuan yang baik. Dengan mempunyai pengetahuan
harmoni yang baik, kita boleh membuat aranggement yang lebih
sedap didengar
5. READING Latihan ini lebih ditujukan untuk mereka yang belum dapat
membaca not balok. Diharapkan mereka di kemudian harinya bisa
untuk membaca partitur not balok ataucombo part. Mereka
mengenal Treble clef (kunci G) dan Bass clef (kunci F). Mereka
mengetahui tentang KEY SIGNATURE (ada berapa sharp (#)
atau flat (b) lagu itu dimainkan). Dengan kita melihat tanda-tanda
tersebut dengan sendirinya kita sudah tau kalau lagu itu
dimainkan di tangga nada apa. Jelas itu akan sangat
mempermudah semasa bermain muzik.
Jadual 1: Teknik Permainan Keyboard
1.6.1 Teknik Penjarian Asas
Setiap jari mempunyai fungsinya yang tertentu di atas papan nada. Walaupun begitu, tiap
jari juga menyokong antara satu sama lain dalam mengimbangi kedudukannya yang selalu
berubah – ubah. Pergerakan dan keselarasan bahagian lengan amat perlu bagi mana –
mana jari yang berubah tempat. Oleh itu, pergelangan tangan memainkan peranan dan
perlu direndahkan jika ibu jari menekan mana – mana papan nada.
Bagi pemain skel pula, ibu jari haruslah dielakkan dalam keadaan terlipat kedalam. Ibu
jari hendaklah sentiasa berada bersebelahan jari telunjuk. Kombinasi pergerakan lengan,
12
pergerakan tangan dan jari mampu mengelak rasa kekejangan, lenguh dan ketidak serasian
menggunakan kedudukan ibu jari. Apabila tangan berada dalam kedudukan bermain,
gerakkan sedikit bahagian lengan. Cara begini mampu mengurangkan rasa lenguh dan
kejang otot.
Bagi teknik bermain skel dan arpeggio pula, tekniknya adalah lebih kurang sama.
Cuma, permainan arpeggio memerlukan pergerakan lengan yang lebih sedikit. Aras
kedudukan lengan juga boleh dilaraskan untuk permainan papan nada hitam atau putih. Bila
ada perubahan tempo pula, kepada cepat, pergerakan – pergerakan besar haruslah
dikurangkan. Pada tempo lambat pula, jari – jari haruslah diletakkan tepat pada tempatnya.
Tiap pergerakan ibu jari perlu sentiasa kekal di luar tapak tangan dan tidak terbengkok hala
ke dalam tapak tangan.
Sebelum seseorang itu mula bermain kibod ianya perlu tahu dan memahami peranan
serta fungsi tiap jari yang digunakan. Pergerakan jari bermain kibod tidak sama seperti
mana cara dan teknik bermain piano. Walau bagaimana pun tatacara serta teknik asas
dalam permainan piano boleh diguna pakai dalam permainan kibod khususnya cara
mengaplikasikan jari-jari pada papan nada atau papan jari kibod (Rajah 3.5)
Rajah 1.6: Papan nada atau papan jari kosong
Sesebuah kibod biasanya mempunyai 3 hingga 6 oktaf papan nada. Ianya juga bergantung
kepada jenis model kibod itu sendiri. Saiz papan nada biasanya sesuai dengan lebar jari
orang dewasa (Rajah 3.6). Ada juga saiz papan nada kibod agak kecil bagi disesuaikan
dengan jari kanak-kanak.
13
Rajah 1.7: Saiz papan nada kibod bagi orang dewasa
Teknik bermain kibod diperingkat awal ialah dengan membuat latihan pergerakan bahagian
lengan, pergelangan tangan serta semua jari tangan. Otot-otot pada lengan berperanan
untuk mengimbangi pergerakan lengan, pergelangan tangan serta jari dalam permainan
kibod (Rajah 3.7 dan Rajah 3.8). Kelembutan dan ketepatan meletakkan jari-jari pada papan
nada adalah penting dalam tatacara permainan alat muzik kibod ini.
Rajah 1.8 : Rajah menunjukkan pusat sendi bagi mengawal pergerakan jari
Rajah 1.9 : Otot-otot lengan selari dengan jari ketiga dan jari kelima bagi tangan kiri ketika dibuat
14
peletakan jari-jari tersebut pada papan nada
Latihan Pergerakan Lengan, Pergelangan Tangan dan Jari
Untuk mendapat kemahiran sebenar dalam permainan kibod ini latihan asas pergerakan
lengan, pergelangan tangan serta jari-jari perlu dibuat bagi kedua belah tangan. Aras dan
arah serta liuk lentuk pergelangan tangan perlulah disesuaikan dan seimbang dengan
kedudukan serta postur bermain kibod. Rajah 3.9 menunjukkan cara aras, arah dan ubah
alih pergerakan tangan pada papan nada kibod.
Rajah 1.10: Posisi dan aras bawah pergelangan tangan pada kibod
Rajah 1.11: Postur dan pergerakan lengan, pergelangan tangan
Latihan Penjarian Pada Papan Nada
Di bawah ini ada beberapa tunjuk ajar dan garis panduan untuk penjarian 5 jari, permainan
skel dan arpeggio. Sebelum itu juga seseorang perlu mengenal serta memahami nama-
nama pic pada papan nada. Rajah 3.11 menunjukkan namanama tepat papan nada selari
dengan kedudukan notasinya pada baluk klef trebel klef bes.
15
Rajah 1.12: Garis panduan untuk penjarian 5 jari permainan skel dan appregio
Contoh papan nada 4 oktaf bermula dari A (bes) hingga C tinggi (trebel)
Latihan 5 penjarian tangan kiri boleh dimulakan di mana-mana nada papan putih. Kedudukan
dan paras pergelangan tangan dapat dilihat pada Rajah 1.12
Di angkat tinggi pergelangan tangan bagi jari 1 2,3 dan 4
Direndahkan pergelangan
tangan bagi penjarian ibu jari
Rajah 1.13: Pergerakan pergelangan tangan
Latihan yang serupa boleh dibuat untuk tangan kanan berulang-ulang kali dengan teknik
yang sama.
16
1.7 Tugasan dalam talian (Peruntukan : 2 jam)
KERANGKA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
1.1 Memastikan semua pelajar berada dalam talian (5 minit)
1.2 Pensyarah memberi sedikit penjelasan tentang tajuk yang akan dipelajari (10 minit)
1.3 Pensyarah meminta pelajar-pelajar memberi pandangan terhadap tajuk yang
dipelajari secara bergilir-gilir (pastikan semua memberi imput) (20 minit)
1.4 Pensyarah meminta pelajar mengemukakan persoalan (boleh dijawab oleh pensyarah
atau pelajar-pelajar yang lain) (20 minit)
1.5 Pensyarah membuat kesimpulan (5 minit)
1.6 Tamat
1.7 Pensyarah menyimpan dalam folder (sebagai bahan bukti pembelajaran)
Arahan tugasan :
Bincangkan masalah yang dihadapi semasa pengajaran teknik asas permainan
keyboard dalam kelas dan cara untuk menangani masalah tersebut berdasarkan
teknik yang telah difahami.
TUGASAN
16
SINOPSIS
Dalam topik ini, anda dikehendaki mempelajari teknik atau cara memainkan skel dalam nada
major (5 not pertama). Anda juga perlu menguasai kemahiran membaca not dengan lebih
cepat melalui repertoire lagu dalam beberapa jenis nada major yang telah anda pelajari.
Dalam proses pembelajaran di atas, anda akan dapat mengiringi aktiviti muzikal dalam bilik
darjah.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, pelajar dapat:
i. Memainkan keyboard dalam skel major dan minor (5 not pertama) dengan teknik
yang betul.
ii. Mengaplikasikan kemahiran memainkan melodi dan auto fingered chord dalam
permainan keyboard secara solo dan berkumpulan dengan seimbang
iii. Memainkan keyboard dalam kumpulan yang dapat menunjukkan ekspresi muzik.
KERANGKA TAJUK
2.1 Pengenalan kepada teknik permainan skel,
2.2 Latihan Untuk Skel
2.2.1 Skel C Major
2.2.2 Skel G Major
2.2.3 Skel F Major
2.2.4 Skel D Major
2.3 Rumusan Skel
TAJUK 2 SKEL DALAM NADA C, G, F DAN D MAJOR
17
2.1 Pengenalan kepada teknik permainan skel
SKEL merupakan not-not muzik yang disusun mengikut abjad. Sebuah skel mengandungi 8
not. Terdapat 3 jenis skel yang biasa digunakan iaitu skel major, skel minor harmonik dan
skel minor melodik. Dalam pelajaran ini, hanya skel major dan skel minor harmonik
diperkenalkan.
Dalam skel major, samada menaik, menurun atau menurun, menaik jarak di antara satu not
dengan satu not yang lain adalah satu ton kecuali di antara not ke 3 dan ke 4, serta not ke 7
dan ke 8 adalah separuh ton. Kedudukan separuh ton biasanya ditandakan dengan tanda
slur. Skel nada major yang akan dipelajari adalah skel C major, G major, D major dan F
major
2.2 Latihan untuk SKEL
Memainkan skel major menaik dan menurun (5 Not Pertama) dengan tangan kiri dan tangan
kanan secara berasingan.
Rajah 2.1: Papan Nada Kibod
Rajah 2.2: Kedudukan Penjarian Tangan Kiri Dan Kanan
18
2.2.1 Skel C Major
1 2 3 1 2 (Tangan kanan )
5 4 3 2 1 (Tangan kiri)
Menaik Menurun
Rajah 2.3: Skel C Major (5 Not Pertama) menaik dan menurun
2.2.2 Skel G Major
(Tangan kanan) 1 2 3 1 2
(Tangan kiri ) 5 4 3 2 1
Menaik Menurun
Rajah 2.4: menunjukkan skel G major (5 Not Pertama) menaik dan menurun
2.2.3 Skel D Major
1 2 3 1 2 (Tangan kanan)
5 4 3 2 1 (Tangan kiri)
Menaik Menurun
Rajah 2.5: Skel D major (5 Not Pertama) menaik dan menurun
19
2.2.4 Skel F Major
(Tangan kanan) 1 2 3 4 1
(Tangan kiri ) 5 4 3 2 1
Menaik Menurun
Rajah 2.6 : Skel F major (5 Not Pertama) menaik dan menurun
2.3 Rumusan Skel
Rumusan Not
Pertama
Not Ke
2
Not
Ke 3
Not
Ke 4
Not
Ke 5
Skel C Major C D E F G
Skel G Major G A B C D
Skel D Major D E F# G A
Skel F Major F G A Bb C
Rajah 2.7: Rumusan Skel
Dengan penyeliaan tutor, anda dikehendaki memainkan skel 5 not pertama dalam C major,
G major, D major dan F major mengikut penjarian yang betul dengan tangan kiri dan kanan.
LATIHAN PERMAINAN KEYBOARD
20
TAJUK 3 SKEL DALAM NADA A, E, DAN D MINOR
SINOPSIS
Dalam topik ini, anda dikehendaki mempelajari teknik atau cara memainkan skel dalam nada
minor (5 not pertama). Anda juga perlu menguasai kemahiran membaca not dengan lebih
cepat melalui repertoire lagu dalam beberapa jenis nada major yang telah anda pelajari.
Dalam proses pembelajaran di atas, anda akan dapat mengiringi aktiviti muzikal dalam bilik
darjah.
HASIL PEMBELAJARAN
i. Memainkan keyboard dalam skel major dan minor (5 not pertama) dengan teknik
yang betul.
ii. Mengaplikasikan kemahiran memainkan melodi dan auto fingered chord dalam
permainan keyboard secara solo dan berkumpulan dengan seimbang
iii. Memainkan keyboard dalam kumpulan yang dapat menunjukkan ekspresi muzik.
KERANGKA TAJUK
3.1 Pengenalan kepada teknik permainan skel,
3.2 Latihan Untuk Skel
3.2.1 Skel A Minor
3.2.2 Skel E Minor
3.2.3 Skel D Minor
3.3 Rumusan Skel
21
3.1 Pengenalan kepada teknik permainan skel
SKEL merupakan not-not muzik yang disusun mengikut abjad. Sebuah skel mengandungi 8
not. Terdapat 2 jenis skel minor yang biasa digunakan iaitu skel minor harmonik dan skel
minor melodik. Dalam pelajaran ini, hanya skel minor harmonik diperkenalkan.
Dalam skel minor harmonik, samada menaik, menurun atau menurun, menaik jarak di
antara satu not dengan satu not yang lain adalah satu ton iaitu di antara not pertama dengan
not kedua, not ketiga dengan not keempat., not keempat dengan not kelima. Jarak di antara
not kedua dengan not ketiga, not kelima dengan not keenam dan not ketujuh dengan not
kelapan adalah separuh ton. Jarak antara not keenam dengan not ketujuh adalah satu
setengah ton. Kedudukan separuh ton biasanya ditandakan dengan tanda slur.
Skel nada minor yang akan dipelajari adalah skel A minor, E minor, dan D minor
3.2 Latihan untuk SKEL
Memainkan skel minor 5 Not pertama menaik dan menurun dengan tangan kiri dan tangan
kanan secara berasingan
Rajah 3.1: Papan Nada Kibod
Rajah 3.2: Kedudukan Penjarian Tangan Kiri Dan Kanan
22
3.2.1 Skel A Minor
(Tangan kanan) 1 2 3 1 2
(Tangan kiri ) 5 4 3 2 1
Menaik Menurun
Rajah 3.3: Skel A minor menaik dan menurun tangan kanan dan kiri
3.2.2 Skel E minor menaik dan menurun dengan tangan kanan dan kiri
1 2 3 1 2 (Tangan kanan)
5 4 3 2 1 (Tangan kiri)
Menaik Menurun
Rajah 3.4: Skel E minor menaik dan menurun dengan tangan kanan dan kiri
23
3.2.3 Skel D Minor
1 2 3 1 2 (Tangan kanan)
5 4 3 2 1 (Tangan kiri)
Menaik Menurun
Rajah 3.5: Skel D minor menaik dan menurun dengan tangan kanan dan kiri
3.3 Rumusan Skel
Rumusan Not Pertama Not Ke 2 Not Ke 3 Not Ke 4 Not Ke 5
Skel A Minor A B C D E
Skel E Minor E F# G A B
Skel D Minor D E F G A
Rajah 3.6: Rumusan Skel
Dengan penyeliaan tutor, anda dikehendaki memainkan skel 5 not pertama dalam A minor,
E minor dan D minor mengikut penjarian yang betul dengan tangan kiri dan kanan.
LATIHAN PERMAINAN KEYBOARD
24
TAJUK 4 MELODI DALAM NADA MAJOR DAN MINOR
SINOPSIS
Dalam topik ini, anda dikehendaki mempelajari teknik atau cara memainkan melodi dalam
posisi 5 jari dalam nada C, G, F dan D major dengan tangan kanan. Anda juga dikehendaki
mempelajari teknik atau cara memainkan melodi melodi mudah dalam posisi 5 jari dalam
nada A, E dan D minor dengan tangan kanan. Dalam proses pembelajaran di atas, anda
akan dapat melodi dengan teknik yang tepat
HASIL PEMBELAJARAN
i. Memainkan keyboard dalam skel major dan minor (5 not pertama) dengan teknik
yang betul.
ii. Mengaplikasikan kemahiran memainkan melodi dan auto fingered chord dalam
permainan keyboard secara solo dan berkumpulan dengan seimbang
iii. Memainkan keyboard dalam kumpulan yang dapat menunjukkan ekspresi muzik.
KERANGKA TAJUK
4.1 Memainkan melodi dalam nada Major
4.1.1 Memainkan Melodi C Major dengan tangan kanan
4.1.2 Memainkan Melodi G Major dengan tangan kanan
4.1.3 Memainkan Melodi F Major dengan tangan kanan
4.1.4 Memainkan Melodi D Major dengan tangan kanan
4.2 Repertoire Lagu Dalam Major
4.3 Memainkan melodi dalam nada Minor
4.3.1 Memainkan Melodi A Minor dengan tangan kanan
4.3.2 Memainkan Melodi E Minor dengan tangan kanan
4.3.3 Memainkan Melodi D Minor dengan tangan kanan
4.4 Repertoire Lagu Dalam Minor
Permainan melodi dalam posisi 5 jari dalam nada C, G, F dan D major dengan tangan
kanan
•Permainan melodi mudah dalam posisi 5 jari dalam nada A, E dan D minor dengan
tangan kanan.
25
4.1 Memainkan melodi dalam nada Major
Rajah 4.1: Papan Nada Keyboard
Rajah 4.2: Nombor Penjarian
Nilai Not & Tanda Rehat
4
3
2
1
Rajah 4.3: Nilai Not Dan Tanda Rehat
26
4.1.1 Memainkan Melodi C Major dengan tangan kanan
Arahan: Pelajar dikehendaki menganalisis skor pada Rajah 4.4 di bawah ini sebelum
memulakan permainan melodi. Pastikan penjarian yang digunakan untuk memainkan melodi
mengikut seperti nombor penjarian yang dicadangkan.
Rajah 4.4: Lagu Telefonku (Nada C Major)
4.1.2 Memainkan Melodi G Major dengan tangan kanan
Arahan: Pelajar dikehendaki menganalisis skor pada Rajah 4.4 di bawah ini sebelum
memulakan permainan melodi. Pastikan penjarian yang digunakan untuk memainkan melodi
mengikut seperti nombor penjarian yang dicadangkan.
Rajah 4.5: Lagu Telefonku (Nada G Major)
27
4.1.3 Memainkan Melodi F Major dengan tangan kanan
Arahan: Pelajar dikehendaki menganalisis skor pada Rajah 4.4 di bawah ini sebelum
memulakan permainan melodi. Pastikan penjarian yang digunakan untuk memainkan melodi
mengikut seperti nombor penjarian yang dicadangkan.
Rajah 4.6: Lagu Telefonku (Nada G Major)
4.1.3 Memainkan Melodi D Major dengan tangan kanan
Arahan: Pelajar dikehendaki menganalisis skor pada Rajah 4.4 di bawah ini sebelum
memulakan permainan melodi. Pastikan penjarian yang digunakan untuk memainkan melodi
mengikut seperti nombor penjarian yang dicadangkan.
Rajah 4.5: Lagu Telefonku (Nada D Major)
28
4.2 REPERTOIRE LAGU
Memainkan repertoire melodi dalam nada C, G, D, dan F major
Langkah-langkah untuk mengadakan latihan permainan lagu-lagu repertoire dan lagu-lagu
KSSR :
1. Perhatikan tandanada lagu...
2. Perhatikan meter lagu..
3. Perhatikan tempo lagu.
4. Perhatikan kord-kord yang disertakan. Pastikan kord-kord yang disertakan boleh
dimainkan..
5. Perhatikan posisi notasi lagu. Semak samada not-not yang susah dan not-not yang
mempunyai tanda kromat..
6. Perhatikan melodi lagu. Jika boleh, cuba menyanyi melodi dengan semerta.sekali
sebelum bermain lagu tersebut.
7. Bermain melodi lagu beberapa kali sehingga anda rasa mempunyai keyakinan untuk
bermainnya.
.
Rajah 4.6: Lagu Dalam Nada C Major
29
Rajah 4.7: Lagu dalam nada G major
Rajah 4.8: Lagu dalam nada D major
Rumahku
Rajah 4.9 Lagu dalam nada D major
Rajah 4.9 Lagu dalam nada F major
30
Rajah 4.10 Lagu dalam nada F major
Rajah 4.11 Lagu dalam nada F major
31
4.1 Memainkan melodi dalam nada Minor
Rajah 4.12: Papan Nada Keyboard
Rajah 4.13: Nombor Penjarian
Nilai Not & Tanda Rehat
4
3
2
1
Rajah 4.14: Nilai Not Dan Tanda Rehat
32
4.3.1 Memainkan Melodi A Minor dengan tangan kanan
Arahan: Pelajar dikehendaki menganalisis skor pada Rajah 4.15 di bawah ini sebelum
memulakan permainan melodi. Pastikan penjarian yang digunakan untuk memainkan melodi
mengikut seperti nombor penjarian yang dicadangkan.
Ingin Menjadi Seperti Burung
Rajah 4.15: Skor Lagu Dalam Nada A Minor
4.3.2 Memainkan Melodi E Minor dengan tangan kanan
Arahan: Pelajar dikehendaki menganalisis skor pada Rajah 4.16 di bawah ini sebelum
memulakan permainan melodi. Pastikan penjarian yang digunakan untuk memainkan melodi
mengikut seperti nombor penjarian yang dicadangkan.
Ingin Menjadi Seperti Burung
Rajah 4.16: Skor Lagu Dalam Nada E Minor
33
4.3.3 Memainkan Melodi D Minor dengan tangan kanan
Arahan: Pelajar dikehendaki menganalisis skor pada Rajah 4.17 di bawah ini sebelum
memulakan permainan melodi. Pastikan penjarian yang digunakan untuk memainkan melodi
mengikut seperti nombor penjarian yang dicadangkan.
Ingin Menjadi Seperti Burung
Rajah 4.17: Skor Lagu Dalam Nada E Minor
4.4 Repertoire Lagu
Memainkan repertoire melodi dalam A, E, dan D minor.
Langkah - langkah untuk mengadakan latihan permainan lagu-lagu repertoire dan lagu-lagu
KSSR :
1. Perhatikan tandanada lagu...
2. Perhatikan meter lagu..
3. Perhatikan tempo lagu.
4. Perhatikan kord-kord yang disertakan. Pastikan kord-kord yang disertakan boleh
dimainkan..
5. Perhatikan posisi notasi lagu. Semak samada not-not yang susah dan not-not yang
mempunyai tanda kromat..
6. Perhatikan melodi lagu. Jika boleh, cuba menyanyi melodi dengan semerta.sekali
sebelum bermain lagu tersebut.
7. Bermain melodi lagu beberapa kali sehingga anda rasa mempunyai keyakinan untuk
bermainnya.
34
Rajah 4.18: Skor Lagu Dalam Nada A Minor
Rajah 4.19: Skor Lagu Dalam Nada A Minor
35
Rajah 4.20: Skor Lagu Dalam Nada E Minor
Rajah 4.21: Skor Lagu Dalam Nada E Minor
36
Rajah 4.22: Skor Lagu Dalam Nada D Minor
Rajah 4.23: Skor Lagu Dalam Nada D Minor
Dengan penyeliaan tutor, anda dikehendaki memainkan lagu-lagu yang dicadangkan dalam
modul ini.
LATIHAN PERMAINAN KEYBOARD
37
BIBLIOGRAFI
Abu Hassan, A. (2001) Pendidikan Muzik KBSR Tahap 2 (Jilid Empat). Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Caramia, E. & Lyke. (1989). Keyboard muscianship group piano for adults, Book 1. Illinois:
Stipes Publishing.
Hackett, P. (2006). The musical classroom: Backgrounds, models and skills for elementary
teaching. New Jersey: Prentice-Hall.
Hilley, M & Olson, L.F. (1998). Piano for the developing musician. Belmont: Wadsworth
Publising Company.
Kline, T.F. (2001). Music today and every day: Ready-to-use music lessons & activities for
the elementary grades. New Jersey: Prentice-Hall.
Mclain, S.M. (2000). Class Piano. Illinois: Indiana University Press.
Progris, J. (1986). Modern method for keyboard – volume 1: Music Education
supplement.:Berklee Press Publications.
Rezips, J. (2006). Source material for keyboard skills. Illinois: indiana University Press.
Shahril, A.R. (2011). Modul Pengajaran dan Pembelajaran Aural dan Nyanyian Semerta.
Kuala Lumpur: Bright Impression Network
Victor, D. & Quah, S.C. (1990) Nota dan Latihan Muzik Tahun 6. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Robert, T.K. (2001). Arpeggio Fingering Chart.
http://www.robertkelleyphd.com/arpfing.htm
38
PANEL PENGGUBAL
KEMAHIRAN KEYBOARD 1
Bil. Nama Kelayakan Akademik
1
Amran Bin Aris
PhD (Pendidikan Muzik), UPSI
Sarjana (Pend. Muzik), UPSI
Sarjana Muda (Kepujian), Pend. Muzik, UPSI
Sijil Perguruan Khas, IPG. Kampus Ilmu Khas
Sijil Perguruan Asas, IPG. Kampus Ilmu Khas
39

More Related Content

What's hot

Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Elemen muzik dalam p&p
Elemen muzik dalam p&pElemen muzik dalam p&p
Elemen muzik dalam p&pnoreenrudy
 
Topik 2.2 seni muzik
Topik 2.2 seni muzikTopik 2.2 seni muzik
Topik 2.2 seni muzik
mamadanial
 
Pemindahan Tenaga RBT1044
Pemindahan Tenaga RBT1044Pemindahan Tenaga RBT1044
Pemindahan Tenaga RBT1044
MuhdKamarulharith
 
Unit 1 asas teori muzik
Unit 1 asas teori muzikUnit 1 asas teori muzik
Unit 1 asas teori muzikSanty Humvee
 
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKANKONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
noor izieyana
 
Teknik Vokal dalam KSSR tahun 1
Teknik Vokal dalam KSSR tahun 1Teknik Vokal dalam KSSR tahun 1
Teknik Vokal dalam KSSR tahun 1
Maszuraidah Razali
 
Muzik Dan Pergerakan
Muzik Dan PergerakanMuzik Dan Pergerakan
Muzik Dan Pergerakanguest4b329ff
 
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Amran Aris
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
Rafiza Diy
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Antasha Kamaruzzaman
 
Koir dan pemilihan repertoire
Koir dan pemilihan repertoireKoir dan pemilihan repertoire
Koir dan pemilihan repertoire
Haziq Iqbal
 
Kemahiran Asas kibod
Kemahiran Asas kibodKemahiran Asas kibod
Kemahiran Asas kibod
Amran Aris
 
3.model pengurusan kelompok kounin
3.model pengurusan kelompok kounin3.model pengurusan kelompok kounin
3.model pengurusan kelompok kounin
NURAIN RABANIA HASBI
 
Muzik KBSM_Tekstur
Muzik KBSM_TeksturMuzik KBSM_Tekstur
Muzik KBSM_Tekstur
Wan Mazni W.A.H
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
Yuvarani Subramaniam
 

What's hot (20)

Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
 
Elemen muzik dalam p&p
Elemen muzik dalam p&pElemen muzik dalam p&p
Elemen muzik dalam p&p
 
Topik 2.2 seni muzik
Topik 2.2 seni muzikTopik 2.2 seni muzik
Topik 2.2 seni muzik
 
Pemindahan Tenaga RBT1044
Pemindahan Tenaga RBT1044Pemindahan Tenaga RBT1044
Pemindahan Tenaga RBT1044
 
Unit 1 asas teori muzik
Unit 1 asas teori muzikUnit 1 asas teori muzik
Unit 1 asas teori muzik
 
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKANKONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
 
Teknik Vokal dalam KSSR tahun 1
Teknik Vokal dalam KSSR tahun 1Teknik Vokal dalam KSSR tahun 1
Teknik Vokal dalam KSSR tahun 1
 
Muzik Dan Pergerakan
Muzik Dan PergerakanMuzik Dan Pergerakan
Muzik Dan Pergerakan
 
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
 
Teknik Bermain Rekoder
Teknik Bermain RekoderTeknik Bermain Rekoder
Teknik Bermain Rekoder
 
Perkembangan bahasa,2
Perkembangan bahasa,2Perkembangan bahasa,2
Perkembangan bahasa,2
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
 
Asas pengetahuan muzik
Asas pengetahuan muzikAsas pengetahuan muzik
Asas pengetahuan muzik
 
Koir dan pemilihan repertoire
Koir dan pemilihan repertoireKoir dan pemilihan repertoire
Koir dan pemilihan repertoire
 
Kemahiran Asas kibod
Kemahiran Asas kibodKemahiran Asas kibod
Kemahiran Asas kibod
 
Tekstur & orkestra
Tekstur & orkestraTekstur & orkestra
Tekstur & orkestra
 
3.model pengurusan kelompok kounin
3.model pengurusan kelompok kounin3.model pengurusan kelompok kounin
3.model pengurusan kelompok kounin
 
Muzik KBSM_Tekstur
Muzik KBSM_TeksturMuzik KBSM_Tekstur
Muzik KBSM_Tekstur
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
 

More from Amran Aris

MODUL DIDIK HIBUR
MODUL DIDIK HIBURMODUL DIDIK HIBUR
MODUL DIDIK HIBUR
Amran Aris
 
Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1
Amran Aris
 
Gamelan MUZK3253 Apresiasi Muzik
Gamelan MUZK3253 Apresiasi MuzikGamelan MUZK3253 Apresiasi Muzik
Gamelan MUZK3253 Apresiasi Muzik
Amran Aris
 
Kuliah Minggu 2 Gamelan
Kuliah Minggu 2 GamelanKuliah Minggu 2 Gamelan
Kuliah Minggu 2 Gamelan
Amran Aris
 
Minggu 1 Apresiasi Muzik
Minggu 1 Apresiasi MuzikMinggu 1 Apresiasi Muzik
Minggu 1 Apresiasi Muzik
Amran Aris
 
Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1
Amran Aris
 
Kemahiran kibod
Kemahiran kibodKemahiran kibod
Kemahiran kibod
Amran Aris
 
KULIAH 2, PRM3043
KULIAH 2, PRM3043KULIAH 2, PRM3043
KULIAH 2, PRM3043
Amran Aris
 
KULIAH 1, PRM3043
KULIAH 1, PRM3043KULIAH 1, PRM3043
KULIAH 1, PRM3043
Amran Aris
 
Dondang sayang
Dondang sayangDondang sayang
Dondang sayang
Amran Aris
 
Tarian Ngajat
Tarian NgajatTarian Ngajat
Tarian Ngajat
Amran Aris
 
Mak yong riau
Mak yong riauMak yong riau
Mak yong riau
Amran Aris
 
Warisan mak yong
Warisan mak yongWarisan mak yong
Warisan mak yong
Amran Aris
 
MAKYONG
MAKYONGMAKYONG
MAKYONG
Amran Aris
 
WAYANG KULIT
WAYANG KULITWAYANG KULIT
WAYANG KULIT
Amran Aris
 
Cara mendaftar aplikasi schoology
Cara mendaftar aplikasi schoologyCara mendaftar aplikasi schoology
Cara mendaftar aplikasi schoology
Amran Aris
 
Orkestra Klasik India
Orkestra Klasik IndiaOrkestra Klasik India
Orkestra Klasik India
Amran Aris
 
MENORA
MENORAMENORA
MENORA
Amran Aris
 
Orkestra Cina Moden
Orkestra Cina ModenOrkestra Cina Moden
Orkestra Cina Moden
Amran Aris
 
DIKIR BARAT
DIKIR BARATDIKIR BARAT
DIKIR BARAT
Amran Aris
 

More from Amran Aris (20)

MODUL DIDIK HIBUR
MODUL DIDIK HIBURMODUL DIDIK HIBUR
MODUL DIDIK HIBUR
 
Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1
 
Gamelan MUZK3253 Apresiasi Muzik
Gamelan MUZK3253 Apresiasi MuzikGamelan MUZK3253 Apresiasi Muzik
Gamelan MUZK3253 Apresiasi Muzik
 
Kuliah Minggu 2 Gamelan
Kuliah Minggu 2 GamelanKuliah Minggu 2 Gamelan
Kuliah Minggu 2 Gamelan
 
Minggu 1 Apresiasi Muzik
Minggu 1 Apresiasi MuzikMinggu 1 Apresiasi Muzik
Minggu 1 Apresiasi Muzik
 
Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1
 
Kemahiran kibod
Kemahiran kibodKemahiran kibod
Kemahiran kibod
 
KULIAH 2, PRM3043
KULIAH 2, PRM3043KULIAH 2, PRM3043
KULIAH 2, PRM3043
 
KULIAH 1, PRM3043
KULIAH 1, PRM3043KULIAH 1, PRM3043
KULIAH 1, PRM3043
 
Dondang sayang
Dondang sayangDondang sayang
Dondang sayang
 
Tarian Ngajat
Tarian NgajatTarian Ngajat
Tarian Ngajat
 
Mak yong riau
Mak yong riauMak yong riau
Mak yong riau
 
Warisan mak yong
Warisan mak yongWarisan mak yong
Warisan mak yong
 
MAKYONG
MAKYONGMAKYONG
MAKYONG
 
WAYANG KULIT
WAYANG KULITWAYANG KULIT
WAYANG KULIT
 
Cara mendaftar aplikasi schoology
Cara mendaftar aplikasi schoologyCara mendaftar aplikasi schoology
Cara mendaftar aplikasi schoology
 
Orkestra Klasik India
Orkestra Klasik IndiaOrkestra Klasik India
Orkestra Klasik India
 
MENORA
MENORAMENORA
MENORA
 
Orkestra Cina Moden
Orkestra Cina ModenOrkestra Cina Moden
Orkestra Cina Moden
 
DIKIR BARAT
DIKIR BARATDIKIR BARAT
DIKIR BARAT
 

Recently uploaded

Novel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptx
Novel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptxNovel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptx
Novel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptx
NirmalaJane
 
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptxPembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
Sosdiklihparmassdm
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan Regulasi Terbaru P...
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan  Regulasi  Terbaru P...PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan  Regulasi  Terbaru P...
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan Regulasi Terbaru P...
Kanaidi ken
 
Tugas_Rasianto-Refleksi - Pembelajaran Diferensiasi dalam PJOK.pdf
Tugas_Rasianto-Refleksi - Pembelajaran Diferensiasi dalam PJOK.pdfTugas_Rasianto-Refleksi - Pembelajaran Diferensiasi dalam PJOK.pdf
Tugas_Rasianto-Refleksi - Pembelajaran Diferensiasi dalam PJOK.pdf
nurfaridah271
 
RPH BAHASA MELAYU TAHUN 6 SJKC 2024.pptx
RPH BAHASA MELAYU TAHUN 6 SJKC 2024.pptxRPH BAHASA MELAYU TAHUN 6 SJKC 2024.pptx
RPH BAHASA MELAYU TAHUN 6 SJKC 2024.pptx
YongYongYong1
 
Tugas CGP Mulai dari diri - Modul 2.1.pdf
Tugas CGP Mulai dari diri - Modul 2.1.pdfTugas CGP Mulai dari diri - Modul 2.1.pdf
Tugas CGP Mulai dari diri - Modul 2.1.pdf
Thahir9
 
Rangkuman Kehadiran Guru di Kelas- www.kherysuryawan.id.pdf
Rangkuman Kehadiran Guru di Kelas- www.kherysuryawan.id.pdfRangkuman Kehadiran Guru di Kelas- www.kherysuryawan.id.pdf
Rangkuman Kehadiran Guru di Kelas- www.kherysuryawan.id.pdf
mad ros
 
Modul Ajar Informatika Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar Informatika Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Fisiologi Fonasi dan Saluran Napas Atas.pptx
Fisiologi Fonasi dan Saluran Napas Atas.pptxFisiologi Fonasi dan Saluran Napas Atas.pptx
Fisiologi Fonasi dan Saluran Napas Atas.pptx
arielardinda2
 
Modul Ajar Kimia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Kimia Kelas 10 Fase E Kurikulum MerdekaModul Ajar Kimia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Kimia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
LAPORAN PRAKTIKUM EKOLOGI UMUM TENTANG MENGUKUR KEANEKARAGAMAN JENIS FLORA D...
LAPORAN PRAKTIKUM EKOLOGI UMUM TENTANG  MENGUKUR KEANEKARAGAMAN JENIS FLORA D...LAPORAN PRAKTIKUM EKOLOGI UMUM TENTANG  MENGUKUR KEANEKARAGAMAN JENIS FLORA D...
LAPORAN PRAKTIKUM EKOLOGI UMUM TENTANG MENGUKUR KEANEKARAGAMAN JENIS FLORA D...
HengkiRisman
 
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
SABDA
 
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdfMODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
YuristaAndriyani1
 
Modul Ajar Statistika Data Fase F kelas
Modul Ajar Statistika Data Fase F  kelasModul Ajar Statistika Data Fase F  kelas
Modul Ajar Statistika Data Fase F kelas
ananda238570
 
Media Pembelajaran kelas 3 SD Materi konsep 8 arah mata angin
Media Pembelajaran kelas 3 SD Materi konsep 8 arah mata anginMedia Pembelajaran kelas 3 SD Materi konsep 8 arah mata angin
Media Pembelajaran kelas 3 SD Materi konsep 8 arah mata angin
margagurifma2023
 
5. Rangkuman Kehadiran Guru di Kelas_SDN 8n Kranji.docx
5. Rangkuman Kehadiran Guru di Kelas_SDN 8n Kranji.docx5. Rangkuman Kehadiran Guru di Kelas_SDN 8n Kranji.docx
5. Rangkuman Kehadiran Guru di Kelas_SDN 8n Kranji.docx
StevanusOkiRudySusan
 
Biografi Presiden Republik Indonesia.pdf
Biografi Presiden Republik Indonesia.pdfBiografi Presiden Republik Indonesia.pdf
Biografi Presiden Republik Indonesia.pdf
pristayulianabila
 
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdfJuknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
HendraSagita2
 
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF_Baedlawi.pdf
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF_Baedlawi.pdfAKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF_Baedlawi.pdf
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF_Baedlawi.pdf
opkcibungbulang
 

Recently uploaded (20)

Novel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptx
Novel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptxNovel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptx
Novel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptx
 
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptxPembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan Regulasi Terbaru P...
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan  Regulasi  Terbaru P...PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan  Regulasi  Terbaru P...
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan Regulasi Terbaru P...
 
Tugas_Rasianto-Refleksi - Pembelajaran Diferensiasi dalam PJOK.pdf
Tugas_Rasianto-Refleksi - Pembelajaran Diferensiasi dalam PJOK.pdfTugas_Rasianto-Refleksi - Pembelajaran Diferensiasi dalam PJOK.pdf
Tugas_Rasianto-Refleksi - Pembelajaran Diferensiasi dalam PJOK.pdf
 
RPH BAHASA MELAYU TAHUN 6 SJKC 2024.pptx
RPH BAHASA MELAYU TAHUN 6 SJKC 2024.pptxRPH BAHASA MELAYU TAHUN 6 SJKC 2024.pptx
RPH BAHASA MELAYU TAHUN 6 SJKC 2024.pptx
 
Tugas CGP Mulai dari diri - Modul 2.1.pdf
Tugas CGP Mulai dari diri - Modul 2.1.pdfTugas CGP Mulai dari diri - Modul 2.1.pdf
Tugas CGP Mulai dari diri - Modul 2.1.pdf
 
Rangkuman Kehadiran Guru di Kelas- www.kherysuryawan.id.pdf
Rangkuman Kehadiran Guru di Kelas- www.kherysuryawan.id.pdfRangkuman Kehadiran Guru di Kelas- www.kherysuryawan.id.pdf
Rangkuman Kehadiran Guru di Kelas- www.kherysuryawan.id.pdf
 
Modul Ajar Informatika Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar Informatika Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
 
Fisiologi Fonasi dan Saluran Napas Atas.pptx
Fisiologi Fonasi dan Saluran Napas Atas.pptxFisiologi Fonasi dan Saluran Napas Atas.pptx
Fisiologi Fonasi dan Saluran Napas Atas.pptx
 
Modul Ajar Kimia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Kimia Kelas 10 Fase E Kurikulum MerdekaModul Ajar Kimia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Kimia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
 
LAPORAN PRAKTIKUM EKOLOGI UMUM TENTANG MENGUKUR KEANEKARAGAMAN JENIS FLORA D...
LAPORAN PRAKTIKUM EKOLOGI UMUM TENTANG  MENGUKUR KEANEKARAGAMAN JENIS FLORA D...LAPORAN PRAKTIKUM EKOLOGI UMUM TENTANG  MENGUKUR KEANEKARAGAMAN JENIS FLORA D...
LAPORAN PRAKTIKUM EKOLOGI UMUM TENTANG MENGUKUR KEANEKARAGAMAN JENIS FLORA D...
 
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
 
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdfMODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
 
Modul Ajar Statistika Data Fase F kelas
Modul Ajar Statistika Data Fase F  kelasModul Ajar Statistika Data Fase F  kelas
Modul Ajar Statistika Data Fase F kelas
 
Media Pembelajaran kelas 3 SD Materi konsep 8 arah mata angin
Media Pembelajaran kelas 3 SD Materi konsep 8 arah mata anginMedia Pembelajaran kelas 3 SD Materi konsep 8 arah mata angin
Media Pembelajaran kelas 3 SD Materi konsep 8 arah mata angin
 
5. Rangkuman Kehadiran Guru di Kelas_SDN 8n Kranji.docx
5. Rangkuman Kehadiran Guru di Kelas_SDN 8n Kranji.docx5. Rangkuman Kehadiran Guru di Kelas_SDN 8n Kranji.docx
5. Rangkuman Kehadiran Guru di Kelas_SDN 8n Kranji.docx
 
Biografi Presiden Republik Indonesia.pdf
Biografi Presiden Republik Indonesia.pdfBiografi Presiden Republik Indonesia.pdf
Biografi Presiden Republik Indonesia.pdf
 
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdfJuknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
 
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF_Baedlawi.pdf
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF_Baedlawi.pdfAKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF_Baedlawi.pdf
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF_Baedlawi.pdf
 

Modul keyboard kuim

  • 1. i IPG.KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MODUL PENDIDIKAN MUZIK KEMAHIRAN KEYBOARD 1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA JALAN MAKTAB, DURIAN DAUN, 75400 MELAKA Disediakan oleh: Dr. Amran bin Aris PROGRAM KURSUS KEYBOARD UNTUK PENSYARAH-PENSYARAH KUIM
  • 2. i Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Notis Hak Pengarang i Kandungan ii Panduan Pelajar iii Pengenalan vii Agihan Tajuk dan Unit viii UNIT 1 PENGENALAN KEYBOARD 1 UNIT 2 SKEL DALAM NADA C, G, F DAN D MAJOR 16 UNIT 3 SKEL DALAM NADA A, E, DAN D MINOR 20 UNIT 4 MELODI DALAM NADA MAJOR DAN MINOR 24 Bibliografi 37 Panel 38 Simbol 39 KANDUNGAN MUKA SURAT
  • 3. ii PENGENALAN Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai permainan keyboard terdiri daripada pengenalan keyboard, permainan melodi mudah, permainan auto-one fingered chord, permainan dan persembahan keyboard secara solo dan kumpulan dalam Pendidikan Muzik untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Hasil Pembelajaran 1. Memainkan keyboard dalam skel major dan minor (5 not pertama) dengan teknik yang betul. 2. Mengaplikasikan kemahiran memainkan melodi dan auto fingered chord dalam permainan keyboard secara solo dan berkumpulan dengan seimbang 3. Memainkan keyboard dalam kumpulan yang dapat menunjukkan ekspresi muzik.
  • 4. iii AGIHAN TAJUK Panduan Kepada Pengguna Modul ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 70% termasuk 10% daripadanya adalah pembelajaran dalam talian. Manakala 30% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul. TAJUK/ TOPIK JUMLAH JAM KESELU - RUHAN 45 JAM KULIAH/ TUTORIAL/ AMALI 60% 26 JAM MODUL 30% 14 JAM DALAM TALIAN 10% 5 JAM 1. Pengenalan Keyboard • Kegunaan keyboard (M) • Pengendalian keyboard elektronik. (DT) • Fungsi dan pengendalian butang asas keyboard. (M) • Penjagaan keyboard • Teknik permainan keyboard (M) - Penjarian - Posisi kedua-dua belah tangan • Postur (M) • Fungsi keyboard (K) - Koleksi pelbagai bunyi - Kualiti ton - Rakaman - Pengubahsuaian voice 3 2 UNIT 1 2 2. Skel dalam nada C, G, F dan D major • Permainan skel C, G, F dan D major (5 not pertama) dengan tangan kanan (M) • tangan kiri secara berasingan dalam posisi 5 jari. (M) 3 1 UNIT 2
  • 5. iv TAJUK/ TOPIK JUMLAH JAM KESELU - RUHAN 45 JAM KULIAH/ TUTORIAL/ AMALI 60% 26 JAM MODUL 30% 14 JAM DALAM TALIAN 10% 5 JAM 3. Skel dalam nada A ,E dan D minor ● Permainan skel A, E dan D minor (5 not pertama) dengan tangan kanan dan tangan kiri secara berasingan dalam posisi 5 jari (M) 3 1 UNIT 3 - 4. Melodi dalam nada major dan minor • Permainan melodi dalam posisi 5 jari dalam nada C, G, F dan D major dengan tangan kanan (M) • Permainan melodi mudah dalam posisi 5 jari dalam nada A, E dan D minor dengan tangan kanan. (M) 18 9 UNIT 4 5. Permainan Auto - One Fingered Chord dalam Nada C, G, F dan D major • Kedudukan kord I, IV, V, dan V7 menggunakan auto-one fingered chord dengan tangan kiri. (K) • Iringan melodi dengan auto –one fingered chord dalam stail Mac, Waltz dan 8beat / Foxtrot. (K) 6 3 6. Permainan Auto - One Fingered Chord dalam Nada A, E dan D minor • Kedudukan kord I, IV, V, dan V7 menggunakan auto one fingered chord dengan tangan kiri. (K) ● Iringan melodi dengan auto – one fingered chord dalam stail Mac, Waltz dan 8beat / Foxtrot. (K) 6 3
  • 6. v TAJUK/ TOPIK JUMLAH JAM KESELU - RUHAN 45 JAM KULIAH/ TUTORIAL/ AMALI 60% 26 JAM MODUL 30% 14 JAM DALAM TALIAN 10% 5 JAM 7. Permainan melodi dan Auto - One Fingered Chord ● Permainan melodi dengan tangan kanan (K) ● Iringan dengan tangan kiri dalam stail Mac, Waltz dan 8beat /Foxtrot. (K) ● Permainan melodi dan iringan dalam pelbagai voice dengan rentak. (K) ● Lagu kanak-kanak sepanjang 8 - 16 bar. (K) ● Nada major dan minor (K) ● Secara berkumpulan dan solo. (K) 6 3 JUMLAH 45 JAM 21JAM 19 JAM 5 JAM Nota: K - Kuliah, T - Tutorial, A - Amali, M - Modul, DT - Dalam Talian
  • 7. 1 UNIT 1 PENGENALAN KEYBOARD SINOPSIS Dalam topik ini, anda dikehendaki mempelajari tentang permainan alat muzik keyboard yang terdiri daripada pengenalan keyboard, kegunaan keyboard, pengendalian keyboard elektronik, fungsi dan pengendalian butang asas keyboard, penjagaan keyboard dan teknik permainan keyboard HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, pelajar dapat : i. Memainkan keyboard dalam skel major dan minor (5 not pertama) dengan teknik yang betul. ii. Mengaplikasikan kemahiran memainkan melodi dan auto fingered chord dalam permainan keyboard secara solo dan berkumpulan dengan seimbang. iii. Memainkan keyboard dalam kumpulan yang dapat menunjukkan ekspresi muzik. KERANGKA TAJUK 1.1 Pengenalan keyboard 1.2 Kegunaan keyboard 1.3 Pengendalian keyboard elektronik. 1.3.1 Fungsi dan pengendalian butang asas keyboard. 1.5 Penjagaan keyboard 1.6 Teknik permainan keyboard 1.6.1 Postur 1.7 Tugasan dalam talian
  • 8. 2 1.1 PENGENALAN KEYBOARD Instrumen keyboard ini telah wujud sejak zaman kuno. Dalam tangga nada Barat yang disebut diatonis dan tonal yang terbahagi dalam 12 nada. Terdapat nada penuh dan ada nada semi-tone. Pada awal kemunculannya, bilah-bilah masih dalam ukuran sangat lebar. Satu bilah mempunyai beberapa sentimeter lebarnya hingga tidak banyak nada harmoni dapat dihasilkan. Konsep asal alat muzik Organ menggunakan tenaga salur paip angin dimainkan di gereja-gereja di benua Eropah pada zaman Barok lagi pada awal abad ke 15. Pada abad 15 juga telah tercipta instrumen muzik berdawai yang dibunyikan dengan cara petikan seperti harpsichord. Rajah 1.1: Alat muzik organ berpaip telah wujud di zaman Renaissance dan di awal Zaman Barok Pada abad ke-16, selepas 200 tahun terhasil bilah yang lebih lebar. Satu oktaf sebanyak 12 bilah dibuat selebar 16.5 sentimeter. Ini membolehkan permainan menjadi lebih mudah. Pada perkembangan ini juga inovasi kunci putih dan hitam diciptakan. Harpsichord ini terus berkembang pada abad ke-17 dan ke-18. Keyboard elektronik baru muncul pada abad ke-20. Dipasarkan pertama kali oleh Laurens Hammond di Amerika Serikat 1935. Sejak dari itu, penciptaan keyboard terus berkembang seiring dengan kemajuan teknologi. Keyboard merupakan sejenis alat muzik berpic mirip organ dan piano tetapi menggunakan kuasa elektrik untuk memainkannya. Keyboard atau keyboard dicipta dan
  • 9. 3 diubahsuai semula dengan perkakasan elektronik. Sistem alat muzik keyboard ‘Organ’ berfungsi dengan menggunakan tenaga udara yang disalurkan melalui silinder paip yang tersusun mengikut tiap bilah papan nadanya. Keyboard memerlukan sumber tenaga secara terus atau menggunakan bateri biasanya bateri kering bagi memainkannya. Keyboard juga mempunyai susunan papan nada atau keys yang tertentu bilangan oktafnya mengikut jenis dan model ciptanyanya sama seperti piano atau organ. Ada pelbagai jenis dan jenama keyboard dari model yang lama hingga kepada yang baru mengikut perubahan dan keperluan semasa. Antara jenama keyboard yang terdapat di pasaran ialah Yamaha, Casio, Roland, Korg dan sebagainya. Rajah 1.2: Sistem alat muzik keyboard Pihak pengeluar keyboard berjenama sentiasa berlumba untuk menghasilkan keyboard yang terbaik atau dengan lebih tepatnya alat-alat muzik yang terbaik. Dengan ini terhasillah berbagai jenis keyboard dari yang sederhana kepada yang agak canggih ciptaannya. Setiap pengeluar mengeluarkan berbagai-bagai model mengikut kemampuan pengguna dan juga keupayaan pengguna itu sendiri. Jenis keyboard yang ringkas dan agak sederhana buatannya hanya mampu menyediakan bilangan ton atau bunyi alat muzik serta beberapa jenis rentak (Style & Rhythm). Selain daripada itu kemampuannya terhad untuk diprogramkan atau dibuat rakaman main semula. Kelebihan utama keyboard ialah keupayaannya berfungsi sebagai alat muzik ‘All in One’ dan menjadi begitu canggih serta menakjubkan dunia muzik hari ini.
  • 10. 4 Keyboard merupakan sejenis alat muzik berpic mirip organ dan piano tetapi menggunakan elektrik untuk memainkannya. Keyboard dicipta dan diubahsuai semula dengan perkakasan elektronik. Keyboard mempunyai susunan papan nada dan key yang tertentu bilangan oktafnya mengikut jenis dan model penciptaannya sama seperti piano dan organ. Susunan kiri kanan untuk bass dan treble ini berlaku untuk segala jenis keyboard umumnya piano, organ, harpsiscord. Keyboard memerlukan sumber tenaga elektrik secara terus atau boleh juga menggunakan bateri untuk memainkannya. Keyboard tidak boleh berfungsi tanpa tenaga elektrik yang mencukupi. Keyboard terdapat dalam pelbagai jenis. Ia bergantung kepada ciptaannya, model keyboard juga adalah mengikut jenama pengeluarnya. Pihak pengeluar keyboard berjenama sentiasa berlumba untuk hasilkan sebuah keyboard yang terbaik yang ada dari sederhana ke peringkat yang agak canggih ciptaannya. Setiap model mengeluarkan pelbagai model mengikut kemampuan serta keupayaan pengguna. Kualiti keyboard bergantung kepada tahap keupayaannya serta beroperasi dengan mudah. Selain itu juga kemampuan keyboard terhad untuk diprogramkan. Cara keyboard beroperasi adalah berbeza mengikut jenis penciptaannya. Terdapat beberapa jenis keyboard yang terkenal seperti YAMAHA, CASIO, KORG dan TECHNICS. Keseronokan bermain keyboard ialah seseorang itu dapat memainkan melodi serta iringan iramanya serentak secara berterusan. Cara ini tidak terdapat dalam permainan piano atau alat-alat lain yang bermelodi. Ada keyboard yang memerlukan pembesar suara dan ada juga yang sudah dibina pada keyboard tersebut. Terdapat keyboard Arranger dan Synthesizer. Papan kekunci membezakan kedua keyboard ini. Sekiranya terdapat papan kekunci Fill in, Variasi, Main, Intro, Ending, itu adalah keyboard Arranger. Begitulah sebaliknya bagi keyboard Synthesizer. 1.2 KEGUNAAN KEYBOARD Keyboard merupakan alat muzik yang penting yang perlu ada di sekolah. Pengunaan keyboard tidak hanya terbatas untuk pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sahaja, malah boleh digunakan untuk sebarang persembahan di sekolah. Pengunaan keyboard penting terutamanya bagi matapelajaran Pendidikan Muzik kerana setiap nyanyian murid perlu ada iringan alat muzik. Ini kerana, murid tidak akan dapat menghayati dan merasai pengalaman muzikal yang seberang tanpa iringan alat muzik. Keyboard juga tidak semestinya dimainkan secara live, guru boleh merakam permainan mereka terlebih dahulu
  • 11. 5 kemudian memperdengarkan rakaman itu kepada murid. Ini akan membolehkan guru membuat kawalan kelas dengan lebih baik dan dapat menghasilkan iringan yang lebih bermutu. Penggunaan keyboard juga menarik minat murid untuk belajar. Pengunaan keyboard dalam pengajaran dan pembelajaran tidak semestinya dalam pendidikan muzik sahaja, sekiranya digunakan dalam matapelajaran lain akan menimbulkan minat murid untuk belajar. Ini akan memudahkan lagi tugas guru kerana murid akan lebih mudah dikawal sekiranya mereka menumpukan perhatian dan berminat dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru. Murid yang berminat dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru akan memberi respon yang baik dan objektif pengajaran akan mudah dicapai. Keyboard boleh juga digunakan untuk memberi arahan-arahan tertentu seperti mengarahkan murid diam, duduk, berdiri, bergerak dan sebagainya. Ini merupakan altenatif lain selain arahan secara lisan yang sering digunakan. Dengan arahan mengunakan keyboard, murid akan lebih memberi perhatian kerana bunyi seperti piano, trumpet, perkusi dan sebagainya yang terdapat dalam keyboard lebih menarik minat mereka berbanding suara guru. Kaedah ini juga menjadikan murid lebih berdisiplin kerana setiap kali mereka mendengar bunyi keyboard mereka akan lebih memberi perhatian dan bertindak mengikut arahan berdasarkan bunyi yang telah ditetapkan oleh guru. Pengunaan keyboard dalam bilik darjah penting kerana pelbagai konsep ataupun elemen muzik dapat disampaikan dengan mudah. Contohnya, guru mengajar sesuatu lagu sambil ingin menyampaikan konsep tempo cepat dan lambat. Oleh itu, guru berkenaan boleh memainkan lagu yang sama dengan tempo yang berbeza iaitu tempo cepat dan lambat. Guru tidak perlu mencari lagu yang menunjukkan konsep tempo cepat dan lambat. Contoh yang kedua, guru mengajar sesuatu lagu sambil ingin menyampaikan konsep dinamik piano (lembut) dan forte (kuat). Guru boleh menunjukkan dinamik piano dan forte dengan permainan keyboard kuat dan lembut ketika menyanyikan sesuatu lagu. Penyampaian dinamik yang ingin ditonjolkan lebih mudah didengar kerana permainan keyboard dan nyanyian disampaikan secara live.
  • 12. 6 . Rajah 1.3: Penggunaan Keyboard Dalam Bilik Darjah 1.3 PENGENDALIAN KEYBOARD ELEKTRONIK Terdapat banyak ciri dan istilah yang biasa untuk alat muzik keyboard. Ini adalah asas-asas yang harus diketahui sebelum terus ke ciri-ciri khusus setiap kategori keyboard. Rajah 1.4 : Alat Muzik Keyboard
  • 13. 7 1.3.1 FUNGSI DAN PENGENDALIAN BUTANG ASAS KEYBOARD • Operasi Asas Keyboard Panel Hadapan PaparanSenarai Lagu Senarai Stail Rajah 1.5: Panel Hadapan Kiri Senarai Database Muzik Senarai Suara) Panel Hadapan
  • 14. 8 Rajah 1.6: Panel Hadapan Kanan Tekan butang untuk memilih fungsi asas: Suara, Gaya atau Lagu. Untuk menukar suara instrument yang berbunyi ketika anda memainkan keyboard, tekan butang [VOICE]. Jika anda mahu bermain bersama dengan iringan auto, tekan Butang [STYLE]. Jika anda mahu mendengar lagu, tekan butang [SONG]. 3 Memula fungsi keyboard 2 Pilih item 1 Pilih Asas fungsi. Rajah 1.7: Panel Hadapan 1.5 PENJAGAAN KEYBOARD Keyboard akan berfungsi dengan baik sekiranya kita mementingkan penjagaan sesebuah keyboard itu dengan baik dan betul. Sesebuah keyboard yang di jaga dengan baik dan betul akan bertahan lebih lama tanpa sebarang masalah. Hampir keseluruhan bahagian keyboard adalah komponen elektronik yang mudah rosak sekiranya tidak diselenggara dengan baik. Oleh itu, penjagaan keyboard sangat penting dan perlu ditiitik beratkan oleh penguna keyboard sama ada dirumah, sekolah mahupun studio rakaman. Setiap penguna keyboard perlu mengetahui cara penjagaan keyboard sebelum, semasa dan selepas pengunaannya. 1.5.1 Sebelum Pengunaan. Sebelum mengunakan keyboard, kita perlulah memastikan tiada air yang tertumpah di atas keyboard. Ini kerana, air boleh menyebabkan komponen elektronik keyboard akan rosak. Sekiranya ada air yang tertumpah, pengguna perlu membersihkannya terlebih dahulu dan tunggu sehingga kering. Sebelum menghidupkan keyboard, pengguna perlu memastikan “volume” pada keyboard ditutup. Semasa memasang adaptor keyboard pula, kita perlu mengikut turutan yang betul. Pertama, pastikan suis dalam keadaan “off “ atau dimatikan.
  • 15. 9 Kedua, pasangkan adaptor di keyboard terlebih dahulu kemudian pasangkan adaptor di suis dan tekan butang “on”. Selepas itu, tekan butang “on” di keyboard. 1.5.2 Semasa Penggunaan. Semasa mengunakan keyboard, jangan letakkan sebarang air minuman atau sebarang bahan cecair diatas atau berhampiran keyboard. Ini kerana, air atau bahan cecair tersebut mungkin boleh tertumpah dan mengakibatkan keyboard rosak. Selain itu, kekunci keyboard tidak boleh ditekan terlalu kuat atau diketuk kerana kebanyakkan kekunci keyboard diperbuat dari plastik. “Volume” yang terlalu kuat juga berkemungkinan boleh merosakkan pembesar suara (speaker) keyboard. 1.5.3 Selepas Pengunaan. Selepas mengunakan keyboard, kita hendaklah memastikan “off” terlebih dahulu butang “off/on” pada keyboard sebelum menekan butang “off” pada suis. Ini bagi memastikan komponen elektronik di matikan dengan cara yang betul bagi mengelakkan sebarang kerosakkan. Selepas itu, adaptor keyboard perlu disimpan dan keyboard diletakkan dlam beg atau ditup dengan sebarang penutup seperti kain. Ini bagi mengelakkan keyboard berhabuk. 1.6 TEKNIK PERMAINAN KEYBOARD Sebelum seseorang itu mula bermain keyboard, mereka perlu mengetahui dan memahami peranan serta fungsi setiap jari dalam permainan keyboard. Teknik asas dalam permainan keyboard ialah permainan skel pada papan nada. Kemahiran permainan keyboard dan nyanyian berkait rapat antara satu samalain unruk melakukan sesebuah persembahan yang menarik. Pelbagai jenis teknik keyboard dan nyanyian boleh dipelajari. Di samping itu, skor lengkap keyboard boleh menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran permainan keyboard dan nyanyian.
  • 16. 10 Rajah 1.4: Papan Nada Keyboard Rajah 1.5: Keperluan Untuk Bermain Keyboard Teknik Permainan Keyboard 1. FINGERING (hand and finger forms, relaxation of arms & shoulders) Fingering ditujukan supaya kedudukan jari dan tangan kita saat bermain ada dalam posisi yang benar. Juga membentukkan jari- jari kita saat bermain di atas keyboard ada dalam posisi sempurna. Latihan jari ini merangkumi Tangga Nada dan Cadence. 2. Touching (touch of the notes, legato-staccato, phrasing, Touching ditujukan supaya memahami tafsiran kita dalam bermain music. Tidak sekadar kita cuma bermain muzik, tapi muzik yang dimainkan harus keluar dari hati. Kita mengetahui di mana kita harus main keras atau lembut. Bermain dengan tekanan atau
  • 17. 11 dynamics and expression) nyambung atau putus-putus dan atau dengan aksen yang tepat. Ada dinamika, feeling dan ekspresi. 3. RHYTHM dan TEMPO Rhythm dan tempo ini ditujukan agar kita mengetahui harga notes, ketukan & rhythm pattern. Kita perlu mengetahui tentang tempo yang benar. Rhytmic dalam bermain music (comping). Adasoul atau groove dalam bermusik. Harus ada "nyawa" dalam kita bermain dalam 1 band. Kita juga harus tahu tentang TIME SIGNATURE (lagu itu dimainkan dalam ketukan 2 / 4, ¾, 4 / 4, 3 / 8, 6 / 8 etc) 4. HARMONY (chords progression, voicing and accompaniment) Harmony ditujukan supaya dapat lebih kaya dalam mengembangkan pola chords yang kita pakai dalam sebuah lagu, mengembangkan bunyi yang dihasilkan dari chords yang kita mainkan, dan meluaskan cara kita bermain dalam konteks kita mengiringi seorang penyanyi. Hal ini disebabkan dengan kita bermain dalam harmonisasi yang bagus, maka akan tercipta suatu kesatuan yang baik. Dengan mempunyai pengetahuan harmoni yang baik, kita boleh membuat aranggement yang lebih sedap didengar 5. READING Latihan ini lebih ditujukan untuk mereka yang belum dapat membaca not balok. Diharapkan mereka di kemudian harinya bisa untuk membaca partitur not balok ataucombo part. Mereka mengenal Treble clef (kunci G) dan Bass clef (kunci F). Mereka mengetahui tentang KEY SIGNATURE (ada berapa sharp (#) atau flat (b) lagu itu dimainkan). Dengan kita melihat tanda-tanda tersebut dengan sendirinya kita sudah tau kalau lagu itu dimainkan di tangga nada apa. Jelas itu akan sangat mempermudah semasa bermain muzik. Jadual 1: Teknik Permainan Keyboard 1.6.1 Teknik Penjarian Asas Setiap jari mempunyai fungsinya yang tertentu di atas papan nada. Walaupun begitu, tiap jari juga menyokong antara satu sama lain dalam mengimbangi kedudukannya yang selalu berubah – ubah. Pergerakan dan keselarasan bahagian lengan amat perlu bagi mana – mana jari yang berubah tempat. Oleh itu, pergelangan tangan memainkan peranan dan perlu direndahkan jika ibu jari menekan mana – mana papan nada. Bagi pemain skel pula, ibu jari haruslah dielakkan dalam keadaan terlipat kedalam. Ibu jari hendaklah sentiasa berada bersebelahan jari telunjuk. Kombinasi pergerakan lengan,
  • 18. 12 pergerakan tangan dan jari mampu mengelak rasa kekejangan, lenguh dan ketidak serasian menggunakan kedudukan ibu jari. Apabila tangan berada dalam kedudukan bermain, gerakkan sedikit bahagian lengan. Cara begini mampu mengurangkan rasa lenguh dan kejang otot. Bagi teknik bermain skel dan arpeggio pula, tekniknya adalah lebih kurang sama. Cuma, permainan arpeggio memerlukan pergerakan lengan yang lebih sedikit. Aras kedudukan lengan juga boleh dilaraskan untuk permainan papan nada hitam atau putih. Bila ada perubahan tempo pula, kepada cepat, pergerakan – pergerakan besar haruslah dikurangkan. Pada tempo lambat pula, jari – jari haruslah diletakkan tepat pada tempatnya. Tiap pergerakan ibu jari perlu sentiasa kekal di luar tapak tangan dan tidak terbengkok hala ke dalam tapak tangan. Sebelum seseorang itu mula bermain kibod ianya perlu tahu dan memahami peranan serta fungsi tiap jari yang digunakan. Pergerakan jari bermain kibod tidak sama seperti mana cara dan teknik bermain piano. Walau bagaimana pun tatacara serta teknik asas dalam permainan piano boleh diguna pakai dalam permainan kibod khususnya cara mengaplikasikan jari-jari pada papan nada atau papan jari kibod (Rajah 3.5) Rajah 1.6: Papan nada atau papan jari kosong Sesebuah kibod biasanya mempunyai 3 hingga 6 oktaf papan nada. Ianya juga bergantung kepada jenis model kibod itu sendiri. Saiz papan nada biasanya sesuai dengan lebar jari orang dewasa (Rajah 3.6). Ada juga saiz papan nada kibod agak kecil bagi disesuaikan dengan jari kanak-kanak.
  • 19. 13 Rajah 1.7: Saiz papan nada kibod bagi orang dewasa Teknik bermain kibod diperingkat awal ialah dengan membuat latihan pergerakan bahagian lengan, pergelangan tangan serta semua jari tangan. Otot-otot pada lengan berperanan untuk mengimbangi pergerakan lengan, pergelangan tangan serta jari dalam permainan kibod (Rajah 3.7 dan Rajah 3.8). Kelembutan dan ketepatan meletakkan jari-jari pada papan nada adalah penting dalam tatacara permainan alat muzik kibod ini. Rajah 1.8 : Rajah menunjukkan pusat sendi bagi mengawal pergerakan jari Rajah 1.9 : Otot-otot lengan selari dengan jari ketiga dan jari kelima bagi tangan kiri ketika dibuat
  • 20. 14 peletakan jari-jari tersebut pada papan nada Latihan Pergerakan Lengan, Pergelangan Tangan dan Jari Untuk mendapat kemahiran sebenar dalam permainan kibod ini latihan asas pergerakan lengan, pergelangan tangan serta jari-jari perlu dibuat bagi kedua belah tangan. Aras dan arah serta liuk lentuk pergelangan tangan perlulah disesuaikan dan seimbang dengan kedudukan serta postur bermain kibod. Rajah 3.9 menunjukkan cara aras, arah dan ubah alih pergerakan tangan pada papan nada kibod. Rajah 1.10: Posisi dan aras bawah pergelangan tangan pada kibod Rajah 1.11: Postur dan pergerakan lengan, pergelangan tangan Latihan Penjarian Pada Papan Nada Di bawah ini ada beberapa tunjuk ajar dan garis panduan untuk penjarian 5 jari, permainan skel dan arpeggio. Sebelum itu juga seseorang perlu mengenal serta memahami nama- nama pic pada papan nada. Rajah 3.11 menunjukkan namanama tepat papan nada selari dengan kedudukan notasinya pada baluk klef trebel klef bes.
  • 21. 15 Rajah 1.12: Garis panduan untuk penjarian 5 jari permainan skel dan appregio Contoh papan nada 4 oktaf bermula dari A (bes) hingga C tinggi (trebel) Latihan 5 penjarian tangan kiri boleh dimulakan di mana-mana nada papan putih. Kedudukan dan paras pergelangan tangan dapat dilihat pada Rajah 1.12 Di angkat tinggi pergelangan tangan bagi jari 1 2,3 dan 4 Direndahkan pergelangan tangan bagi penjarian ibu jari Rajah 1.13: Pergerakan pergelangan tangan Latihan yang serupa boleh dibuat untuk tangan kanan berulang-ulang kali dengan teknik yang sama.
  • 22. 16 1.7 Tugasan dalam talian (Peruntukan : 2 jam) KERANGKA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN 1.1 Memastikan semua pelajar berada dalam talian (5 minit) 1.2 Pensyarah memberi sedikit penjelasan tentang tajuk yang akan dipelajari (10 minit) 1.3 Pensyarah meminta pelajar-pelajar memberi pandangan terhadap tajuk yang dipelajari secara bergilir-gilir (pastikan semua memberi imput) (20 minit) 1.4 Pensyarah meminta pelajar mengemukakan persoalan (boleh dijawab oleh pensyarah atau pelajar-pelajar yang lain) (20 minit) 1.5 Pensyarah membuat kesimpulan (5 minit) 1.6 Tamat 1.7 Pensyarah menyimpan dalam folder (sebagai bahan bukti pembelajaran) Arahan tugasan : Bincangkan masalah yang dihadapi semasa pengajaran teknik asas permainan keyboard dalam kelas dan cara untuk menangani masalah tersebut berdasarkan teknik yang telah difahami. TUGASAN
  • 23. 16 SINOPSIS Dalam topik ini, anda dikehendaki mempelajari teknik atau cara memainkan skel dalam nada major (5 not pertama). Anda juga perlu menguasai kemahiran membaca not dengan lebih cepat melalui repertoire lagu dalam beberapa jenis nada major yang telah anda pelajari. Dalam proses pembelajaran di atas, anda akan dapat mengiringi aktiviti muzikal dalam bilik darjah. HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, pelajar dapat: i. Memainkan keyboard dalam skel major dan minor (5 not pertama) dengan teknik yang betul. ii. Mengaplikasikan kemahiran memainkan melodi dan auto fingered chord dalam permainan keyboard secara solo dan berkumpulan dengan seimbang iii. Memainkan keyboard dalam kumpulan yang dapat menunjukkan ekspresi muzik. KERANGKA TAJUK 2.1 Pengenalan kepada teknik permainan skel, 2.2 Latihan Untuk Skel 2.2.1 Skel C Major 2.2.2 Skel G Major 2.2.3 Skel F Major 2.2.4 Skel D Major 2.3 Rumusan Skel TAJUK 2 SKEL DALAM NADA C, G, F DAN D MAJOR
  • 24. 17 2.1 Pengenalan kepada teknik permainan skel SKEL merupakan not-not muzik yang disusun mengikut abjad. Sebuah skel mengandungi 8 not. Terdapat 3 jenis skel yang biasa digunakan iaitu skel major, skel minor harmonik dan skel minor melodik. Dalam pelajaran ini, hanya skel major dan skel minor harmonik diperkenalkan. Dalam skel major, samada menaik, menurun atau menurun, menaik jarak di antara satu not dengan satu not yang lain adalah satu ton kecuali di antara not ke 3 dan ke 4, serta not ke 7 dan ke 8 adalah separuh ton. Kedudukan separuh ton biasanya ditandakan dengan tanda slur. Skel nada major yang akan dipelajari adalah skel C major, G major, D major dan F major 2.2 Latihan untuk SKEL Memainkan skel major menaik dan menurun (5 Not Pertama) dengan tangan kiri dan tangan kanan secara berasingan. Rajah 2.1: Papan Nada Kibod Rajah 2.2: Kedudukan Penjarian Tangan Kiri Dan Kanan
  • 25. 18 2.2.1 Skel C Major 1 2 3 1 2 (Tangan kanan ) 5 4 3 2 1 (Tangan kiri) Menaik Menurun Rajah 2.3: Skel C Major (5 Not Pertama) menaik dan menurun 2.2.2 Skel G Major (Tangan kanan) 1 2 3 1 2 (Tangan kiri ) 5 4 3 2 1 Menaik Menurun Rajah 2.4: menunjukkan skel G major (5 Not Pertama) menaik dan menurun 2.2.3 Skel D Major 1 2 3 1 2 (Tangan kanan) 5 4 3 2 1 (Tangan kiri) Menaik Menurun Rajah 2.5: Skel D major (5 Not Pertama) menaik dan menurun
  • 26. 19 2.2.4 Skel F Major (Tangan kanan) 1 2 3 4 1 (Tangan kiri ) 5 4 3 2 1 Menaik Menurun Rajah 2.6 : Skel F major (5 Not Pertama) menaik dan menurun 2.3 Rumusan Skel Rumusan Not Pertama Not Ke 2 Not Ke 3 Not Ke 4 Not Ke 5 Skel C Major C D E F G Skel G Major G A B C D Skel D Major D E F# G A Skel F Major F G A Bb C Rajah 2.7: Rumusan Skel Dengan penyeliaan tutor, anda dikehendaki memainkan skel 5 not pertama dalam C major, G major, D major dan F major mengikut penjarian yang betul dengan tangan kiri dan kanan. LATIHAN PERMAINAN KEYBOARD
  • 27. 20 TAJUK 3 SKEL DALAM NADA A, E, DAN D MINOR SINOPSIS Dalam topik ini, anda dikehendaki mempelajari teknik atau cara memainkan skel dalam nada minor (5 not pertama). Anda juga perlu menguasai kemahiran membaca not dengan lebih cepat melalui repertoire lagu dalam beberapa jenis nada major yang telah anda pelajari. Dalam proses pembelajaran di atas, anda akan dapat mengiringi aktiviti muzikal dalam bilik darjah. HASIL PEMBELAJARAN i. Memainkan keyboard dalam skel major dan minor (5 not pertama) dengan teknik yang betul. ii. Mengaplikasikan kemahiran memainkan melodi dan auto fingered chord dalam permainan keyboard secara solo dan berkumpulan dengan seimbang iii. Memainkan keyboard dalam kumpulan yang dapat menunjukkan ekspresi muzik. KERANGKA TAJUK 3.1 Pengenalan kepada teknik permainan skel, 3.2 Latihan Untuk Skel 3.2.1 Skel A Minor 3.2.2 Skel E Minor 3.2.3 Skel D Minor 3.3 Rumusan Skel
  • 28. 21 3.1 Pengenalan kepada teknik permainan skel SKEL merupakan not-not muzik yang disusun mengikut abjad. Sebuah skel mengandungi 8 not. Terdapat 2 jenis skel minor yang biasa digunakan iaitu skel minor harmonik dan skel minor melodik. Dalam pelajaran ini, hanya skel minor harmonik diperkenalkan. Dalam skel minor harmonik, samada menaik, menurun atau menurun, menaik jarak di antara satu not dengan satu not yang lain adalah satu ton iaitu di antara not pertama dengan not kedua, not ketiga dengan not keempat., not keempat dengan not kelima. Jarak di antara not kedua dengan not ketiga, not kelima dengan not keenam dan not ketujuh dengan not kelapan adalah separuh ton. Jarak antara not keenam dengan not ketujuh adalah satu setengah ton. Kedudukan separuh ton biasanya ditandakan dengan tanda slur. Skel nada minor yang akan dipelajari adalah skel A minor, E minor, dan D minor 3.2 Latihan untuk SKEL Memainkan skel minor 5 Not pertama menaik dan menurun dengan tangan kiri dan tangan kanan secara berasingan Rajah 3.1: Papan Nada Kibod Rajah 3.2: Kedudukan Penjarian Tangan Kiri Dan Kanan
  • 29. 22 3.2.1 Skel A Minor (Tangan kanan) 1 2 3 1 2 (Tangan kiri ) 5 4 3 2 1 Menaik Menurun Rajah 3.3: Skel A minor menaik dan menurun tangan kanan dan kiri 3.2.2 Skel E minor menaik dan menurun dengan tangan kanan dan kiri 1 2 3 1 2 (Tangan kanan) 5 4 3 2 1 (Tangan kiri) Menaik Menurun Rajah 3.4: Skel E minor menaik dan menurun dengan tangan kanan dan kiri
  • 30. 23 3.2.3 Skel D Minor 1 2 3 1 2 (Tangan kanan) 5 4 3 2 1 (Tangan kiri) Menaik Menurun Rajah 3.5: Skel D minor menaik dan menurun dengan tangan kanan dan kiri 3.3 Rumusan Skel Rumusan Not Pertama Not Ke 2 Not Ke 3 Not Ke 4 Not Ke 5 Skel A Minor A B C D E Skel E Minor E F# G A B Skel D Minor D E F G A Rajah 3.6: Rumusan Skel Dengan penyeliaan tutor, anda dikehendaki memainkan skel 5 not pertama dalam A minor, E minor dan D minor mengikut penjarian yang betul dengan tangan kiri dan kanan. LATIHAN PERMAINAN KEYBOARD
  • 31. 24 TAJUK 4 MELODI DALAM NADA MAJOR DAN MINOR SINOPSIS Dalam topik ini, anda dikehendaki mempelajari teknik atau cara memainkan melodi dalam posisi 5 jari dalam nada C, G, F dan D major dengan tangan kanan. Anda juga dikehendaki mempelajari teknik atau cara memainkan melodi melodi mudah dalam posisi 5 jari dalam nada A, E dan D minor dengan tangan kanan. Dalam proses pembelajaran di atas, anda akan dapat melodi dengan teknik yang tepat HASIL PEMBELAJARAN i. Memainkan keyboard dalam skel major dan minor (5 not pertama) dengan teknik yang betul. ii. Mengaplikasikan kemahiran memainkan melodi dan auto fingered chord dalam permainan keyboard secara solo dan berkumpulan dengan seimbang iii. Memainkan keyboard dalam kumpulan yang dapat menunjukkan ekspresi muzik. KERANGKA TAJUK 4.1 Memainkan melodi dalam nada Major 4.1.1 Memainkan Melodi C Major dengan tangan kanan 4.1.2 Memainkan Melodi G Major dengan tangan kanan 4.1.3 Memainkan Melodi F Major dengan tangan kanan 4.1.4 Memainkan Melodi D Major dengan tangan kanan 4.2 Repertoire Lagu Dalam Major 4.3 Memainkan melodi dalam nada Minor 4.3.1 Memainkan Melodi A Minor dengan tangan kanan 4.3.2 Memainkan Melodi E Minor dengan tangan kanan 4.3.3 Memainkan Melodi D Minor dengan tangan kanan 4.4 Repertoire Lagu Dalam Minor Permainan melodi dalam posisi 5 jari dalam nada C, G, F dan D major dengan tangan kanan •Permainan melodi mudah dalam posisi 5 jari dalam nada A, E dan D minor dengan tangan kanan.
  • 32. 25 4.1 Memainkan melodi dalam nada Major Rajah 4.1: Papan Nada Keyboard Rajah 4.2: Nombor Penjarian Nilai Not & Tanda Rehat 4 3 2 1 Rajah 4.3: Nilai Not Dan Tanda Rehat
  • 33. 26 4.1.1 Memainkan Melodi C Major dengan tangan kanan Arahan: Pelajar dikehendaki menganalisis skor pada Rajah 4.4 di bawah ini sebelum memulakan permainan melodi. Pastikan penjarian yang digunakan untuk memainkan melodi mengikut seperti nombor penjarian yang dicadangkan. Rajah 4.4: Lagu Telefonku (Nada C Major) 4.1.2 Memainkan Melodi G Major dengan tangan kanan Arahan: Pelajar dikehendaki menganalisis skor pada Rajah 4.4 di bawah ini sebelum memulakan permainan melodi. Pastikan penjarian yang digunakan untuk memainkan melodi mengikut seperti nombor penjarian yang dicadangkan. Rajah 4.5: Lagu Telefonku (Nada G Major)
  • 34. 27 4.1.3 Memainkan Melodi F Major dengan tangan kanan Arahan: Pelajar dikehendaki menganalisis skor pada Rajah 4.4 di bawah ini sebelum memulakan permainan melodi. Pastikan penjarian yang digunakan untuk memainkan melodi mengikut seperti nombor penjarian yang dicadangkan. Rajah 4.6: Lagu Telefonku (Nada G Major) 4.1.3 Memainkan Melodi D Major dengan tangan kanan Arahan: Pelajar dikehendaki menganalisis skor pada Rajah 4.4 di bawah ini sebelum memulakan permainan melodi. Pastikan penjarian yang digunakan untuk memainkan melodi mengikut seperti nombor penjarian yang dicadangkan. Rajah 4.5: Lagu Telefonku (Nada D Major)
  • 35. 28 4.2 REPERTOIRE LAGU Memainkan repertoire melodi dalam nada C, G, D, dan F major Langkah-langkah untuk mengadakan latihan permainan lagu-lagu repertoire dan lagu-lagu KSSR : 1. Perhatikan tandanada lagu... 2. Perhatikan meter lagu.. 3. Perhatikan tempo lagu. 4. Perhatikan kord-kord yang disertakan. Pastikan kord-kord yang disertakan boleh dimainkan.. 5. Perhatikan posisi notasi lagu. Semak samada not-not yang susah dan not-not yang mempunyai tanda kromat.. 6. Perhatikan melodi lagu. Jika boleh, cuba menyanyi melodi dengan semerta.sekali sebelum bermain lagu tersebut. 7. Bermain melodi lagu beberapa kali sehingga anda rasa mempunyai keyakinan untuk bermainnya. . Rajah 4.6: Lagu Dalam Nada C Major
  • 36. 29 Rajah 4.7: Lagu dalam nada G major Rajah 4.8: Lagu dalam nada D major Rumahku Rajah 4.9 Lagu dalam nada D major Rajah 4.9 Lagu dalam nada F major
  • 37. 30 Rajah 4.10 Lagu dalam nada F major Rajah 4.11 Lagu dalam nada F major
  • 38. 31 4.1 Memainkan melodi dalam nada Minor Rajah 4.12: Papan Nada Keyboard Rajah 4.13: Nombor Penjarian Nilai Not & Tanda Rehat 4 3 2 1 Rajah 4.14: Nilai Not Dan Tanda Rehat
  • 39. 32 4.3.1 Memainkan Melodi A Minor dengan tangan kanan Arahan: Pelajar dikehendaki menganalisis skor pada Rajah 4.15 di bawah ini sebelum memulakan permainan melodi. Pastikan penjarian yang digunakan untuk memainkan melodi mengikut seperti nombor penjarian yang dicadangkan. Ingin Menjadi Seperti Burung Rajah 4.15: Skor Lagu Dalam Nada A Minor 4.3.2 Memainkan Melodi E Minor dengan tangan kanan Arahan: Pelajar dikehendaki menganalisis skor pada Rajah 4.16 di bawah ini sebelum memulakan permainan melodi. Pastikan penjarian yang digunakan untuk memainkan melodi mengikut seperti nombor penjarian yang dicadangkan. Ingin Menjadi Seperti Burung Rajah 4.16: Skor Lagu Dalam Nada E Minor
  • 40. 33 4.3.3 Memainkan Melodi D Minor dengan tangan kanan Arahan: Pelajar dikehendaki menganalisis skor pada Rajah 4.17 di bawah ini sebelum memulakan permainan melodi. Pastikan penjarian yang digunakan untuk memainkan melodi mengikut seperti nombor penjarian yang dicadangkan. Ingin Menjadi Seperti Burung Rajah 4.17: Skor Lagu Dalam Nada E Minor 4.4 Repertoire Lagu Memainkan repertoire melodi dalam A, E, dan D minor. Langkah - langkah untuk mengadakan latihan permainan lagu-lagu repertoire dan lagu-lagu KSSR : 1. Perhatikan tandanada lagu... 2. Perhatikan meter lagu.. 3. Perhatikan tempo lagu. 4. Perhatikan kord-kord yang disertakan. Pastikan kord-kord yang disertakan boleh dimainkan.. 5. Perhatikan posisi notasi lagu. Semak samada not-not yang susah dan not-not yang mempunyai tanda kromat.. 6. Perhatikan melodi lagu. Jika boleh, cuba menyanyi melodi dengan semerta.sekali sebelum bermain lagu tersebut. 7. Bermain melodi lagu beberapa kali sehingga anda rasa mempunyai keyakinan untuk bermainnya.
  • 41. 34 Rajah 4.18: Skor Lagu Dalam Nada A Minor Rajah 4.19: Skor Lagu Dalam Nada A Minor
  • 42. 35 Rajah 4.20: Skor Lagu Dalam Nada E Minor Rajah 4.21: Skor Lagu Dalam Nada E Minor
  • 43. 36 Rajah 4.22: Skor Lagu Dalam Nada D Minor Rajah 4.23: Skor Lagu Dalam Nada D Minor Dengan penyeliaan tutor, anda dikehendaki memainkan lagu-lagu yang dicadangkan dalam modul ini. LATIHAN PERMAINAN KEYBOARD
  • 44. 37 BIBLIOGRAFI Abu Hassan, A. (2001) Pendidikan Muzik KBSR Tahap 2 (Jilid Empat). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Caramia, E. & Lyke. (1989). Keyboard muscianship group piano for adults, Book 1. Illinois: Stipes Publishing. Hackett, P. (2006). The musical classroom: Backgrounds, models and skills for elementary teaching. New Jersey: Prentice-Hall. Hilley, M & Olson, L.F. (1998). Piano for the developing musician. Belmont: Wadsworth Publising Company. Kline, T.F. (2001). Music today and every day: Ready-to-use music lessons & activities for the elementary grades. New Jersey: Prentice-Hall. Mclain, S.M. (2000). Class Piano. Illinois: Indiana University Press. Progris, J. (1986). Modern method for keyboard – volume 1: Music Education supplement.:Berklee Press Publications. Rezips, J. (2006). Source material for keyboard skills. Illinois: indiana University Press. Shahril, A.R. (2011). Modul Pengajaran dan Pembelajaran Aural dan Nyanyian Semerta. Kuala Lumpur: Bright Impression Network Victor, D. & Quah, S.C. (1990) Nota dan Latihan Muzik Tahun 6. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Robert, T.K. (2001). Arpeggio Fingering Chart. http://www.robertkelleyphd.com/arpfing.htm
  • 45. 38 PANEL PENGGUBAL KEMAHIRAN KEYBOARD 1 Bil. Nama Kelayakan Akademik 1 Amran Bin Aris PhD (Pendidikan Muzik), UPSI Sarjana (Pend. Muzik), UPSI Sarjana Muda (Kepujian), Pend. Muzik, UPSI Sijil Perguruan Khas, IPG. Kampus Ilmu Khas Sijil Perguruan Asas, IPG. Kampus Ilmu Khas
  • 46. 39