Modul ini mengajarkan murid cara menghasilkan dua slaid persembahan PowerPoint dengan menggunakan teks dan grafik dalam tempoh 60 minit. Ia membantu murid memenuhi standard pembelajaran seperti penggunaan perisian persembahan untuk menyampaikan idea dan maklumat secara kreatif.
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Maribelajarppt
1. Topik: Belajar MS PowerPoint
Pengenalan: Dalam modul ini, murid akan belajar menghasilkan dua slaid
persembahan MS PowerPoint. Mereka juga akan belajar cara
menaip teks dan menyisip grafik.
Tempoh Masa: 60 Minit
Standard Murid akan dapat:
Kandungan: 2.0 Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang
bersesuaian.
4.0 Menggunakan TMK untuk mendapatkan dan berkongsi
maklumat.
5.0 Menggunakan TMK untuk penyelesaian masalah dan
membuat keputusan
6.0 Menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan
pembelajaran
7.0 Menggunakan TMK untuk mengemukakan idea dan
maklumat secara kreatif dan inovatif.
Standard 2.1 Membuka dan menyimpan fail grafik, pemprosesan
Pembelajaran: perkataan dan perisian persembahan (Paint, MS Word dan
MS PowerPoint).
2.5 Menggunakan perisian persembahan (MS PowerPoint)
untuk menghasilkan dua slaid persembahan yang
menggunakan teks dan grafik.
2.7 Merekodkan suara dengan menggunakan perisisan sedia
ada.
4.1 Menyampaikan idea menggunakan pemprosesan perkataan
(MS Word) dan perisian persembahan (MS PowerPoint).
5.1 Menggunakan perisisan apklikasi dan sumber TMK yang
bersesuaian (MS Word, MS PowerPoint, Paint) untuk
menghasilkan tugasan yang diberi
6.1 Mengukuhkan persembahan multimedia (MS PowerPoint)
sedia ada seperti memasukan fail audio.
7.1 Menggunakan (MS Word) dan perisian persembahan (MS
PowerPoint).
Kreativiti: Murid menghasilkan dua slaid persembahan MS PowerPoint yang
kreatif dan mengandungi teks serta grafik.
Sumber: a. Modul Pembelajaran Mari Belajar MS PowerPoint.
b. Gambar kucing dan arnab hendaklah disediakan oleh guru di
komputer murid.
Nota Guru: 1. Guru diminta merujuk Modul Pembelajaran Mari Belajar MS
PowerPoint.
2. Guru hendaklah menyediakan satu folder yang mengandungi
grafik kucing dan arnab. Grafik ini diletakkan dalam folder My
Picture dalam komputer murid.
3. Untuk aktiviti mencetak, murid perlu belajar mengenai Print
Preview. Ini penting untuk mengelakkan masalah mencetak dan
pembaziran kertas.
Guru digalakkan mencetak hasil kerja murid mengikut kumpulan.
Mari Belajar MS PowerPoint Tahun 1
2. Standard
TMK
Aktiviti: 1. Guru menghidupkan semua komputer murid-
murid.
2. Guru menunjukkan cara memulakan aplikasi MS 2.1
PowerPoint seperti gambar rajah 1.
Langkah 1: Klik Start
Langkah 2: Klik All Programs
Langkah 3: Klik Microsoft Office
Langkah 4: Klik Microsoft PowerPoint
3. Guru menerangkan antara muka MS
PowerPoint.
4. Guru menerangkan cara menaip teks.
5. Guru menerangkan cara menyisip grafik.
6. Guru menerangkan cara menyisip slaid baru. 2.5
7. Guru menerangkan cara menayangkan
persembahan slaid seperti gambar rajah 23
hingga 27 yang terdapat dalam Modul
Pembelajaran Mari Belajar MS PowerPoint.
8. Guru menerangkan cara menyimpan hasil kerja
persembahan slaid dalam komputer seperti
gambar rajah 28 hingga 30 yang terdapat dalam
Modul Pembelajaran Mari Belajar MS
PowerPoint.
9. Guru menunjukkan cara keluar dari aplikasi MS
PowerPoint seperti gambar rajah 31.
10. Murid menggunakan Modul Pembelajaran Mari
Belajar MS PowerPoint.
Pentaksiran: 1. Murid tunjuk cara memulakan aplikasi MS
PowerPoint.
2. Murid tunjuk dan terangkan cara menaip teks
dalam aplikasi Microsoft PowerPoint.
3. Murid tunjuk dan terangkan cara menyisip grafik.
Pemulihan: Pembelajaran Melalui Rakan Sebaya dengan
bantuan murid yang telah menguasai kemahiran
kepada rakan yang belum menguasai kemahiran
tersebut.
Pengayaan: Murid menghasilkan dua slaid persembahan
Microsoft PowerPoint dengan menyisipkan gambar.
Mari Belajar MS PowerPoint Tahun 1