Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalangan Murid
1. MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT, MENGESAN DAN
MENULIS ULASAN NILAI MURNI DI KALANGAN MURID TAHUN
ENAM
Oleh
MOHD RUSLEE BIN MOHD SALLEH
011-17915430/011-9958547
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Bahasa Melayu Pendidikan
Sekolah Rendah)
Telah dibentang dan dinilai di Sudara Beach Resort, Bachok, Kelantan
pada 2-3 Disember 2012
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS KOTA BHARU
DISEMBER 2012
1
2. PENDAHULUAN
Pengenalan
Nilai murni merupakan perkara yang penting untuk dipupuk di dalam jiwa setiap
orang. Penerapan nilai-nilai murni perlu diterapkan di peringkat awal lagi di
kalangan kanak-kanak untuk memastikan mereka memiliki budi pekerti yang luhur
dewasa nanti demi kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia. Kementerian
Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan nilai murni sejak tahun 2005 sewaktu
perubahan format UPSR dilakukan. Perubahan format ini menyaksikan Kertas 2
Bahasa Melayu Penulisan dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu melibatkan
bahagian A (membina lima ayat berdasarkan gambar), Bahagian B (menulis
karangan) dan bahagian C (menulis ulasan nilai murni). Menulis ulasan nilai murni
merupakan salah satu daripada tiga kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid
bagi Pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2. Kemahiran ini yang terdapat di bahagian C
memerlukan murid membaca petikan yang diberikan, mengesan nilai murni dan
seterusnya menulis sebuah ulasan yang lengkap dalam satu perenggan. Markah yang
diperuntukkan bagi bahagian ini ialah sebanyak 20 markah. Oleh yang demikian,
murid-murid perlu dibimbing oleh guru dengan secukupnya untuk memastikan
murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis ulasan dengan baik. Melalui kajian
tindakan ini, saya telah menjalankan tiga jenis kaedah mengajar untuk memastikan
murid-murid yang kurang mahir ini dapat meningkatkan kemahiran mereka melalui
aktiviti yang akan dijalankan nanti.
2
3. Kamaruddin Hj. Husin (1988), tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan
lambang-lambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan semua ia dikatakan bahasa.
Tulisan ialah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang
tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Menulis ialah proses
memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa dalam menyusun
perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang mengikut
peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan pelahiran idea yang
jelas tersusun.
Menurut Raminah Hj. Sabran (1985), penulisan ialah proses pelahiran
perasaan, fikiran, dan idea ke dalam bentuk grafik (disusun sehingga melambangkan
bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya).
Yahya Othman(2005) berpendapat, penulis itu dapat memberikan kefahaman
kepada pembaca apabila penulis itu dapat menguasai kemahiran menulis secara
mendalam dalam bidang penulisan. Penulisan tentang sesuatu yang disampaikan itu
juga dapat menyatakan pandangan atau idea dalam bentuk penulisan supaya
memberikan kefahaman kepada pembaca.
Juriah Long dan rakan-rakan (1990), menulis adalah suatu proses untuk
menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada
khalayak atau pembaca dengan menggunakan bentuk grafik. Ini bermakna, bahan-
bahan yang ditulis adalah suatu idea yang tersirat dan tersurat apabila dijelaskan
dalam bentuk penulisan.
3
4. Keunikan dan kayanya Bahasa Melayu ialah kerana bahasanya bersifat dinamik
dan boleh dikembangkan. Bahasa Melayu juga mempunyai nilainya yang tersendiri
dan kajian yang mendalam perlu dilakukan untuk menguasainya. Rentetan daripada
itu, makan kertas dua Ujian Pencapaian sekolah rendah (UPSR) telah dipecahkan
daripada satu bahagian kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Oleh itu
kajian tindakan yang saya jalankan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid
untuk mengesan dan menulis nilai murni di dalam bahagian C tersebut yang menjadi
masalah terhadap sebilangan murid. Saya sedar bahawa ada murid-murid yang
mengalami kesukaran untuk mencari dan menulis nilai murni atau pengajaran
berdasarkan petikan teks yang diberikan. Kajian tindakan dilakukan terhadap murid-
murid untuk mencari dan membuktikan kaedah yang berkesan supaya murid-murid
berasa lebih mudah untuk mencari nilai-nilai murni daripada petikan yang diberikan
kepada mereka. Melalui kajian ini, saya akan dapat membantu murid-murid
meningkatkan kemahiran mereka di dalam bahagian C yang agak sukar untuk
dijawab.
Kajian ini merupakan satu kajian yang dijalankan ke atas murid-murid tahun
Enam Nilam di Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi. Berdasarkan markah ujian-ujian
yang lepas termasuk ketika berada di tahun 4 dan tahun 5, didapati ramai murid tidak
berupaya mendapat markah yang tinggi untuk Bahasa Melayu Kertas 2. Mereka
didapati mendapat markah yang rendah apabila menjawab soalan Bahasa Melayu
Kertas 2 Bahagian C. Markah yang diperolehi oleh mereka di dalam bahagian C
penulisan hanya di dalam lingkungan 6 – 12 sahaja. Ini menunjukkan bahawa mereka
tidak dapat menguasai kemahiran membuat ulasan apabila petikan nilai murni
4
5. diberikan kepada mereka. Perkara ini berlaku kemungkinan berpunca daripada
kurangnya pendedahan diberikan kepada mereka ketika berada di tahun empat lagi.
Memandangkan soalan yang berkaitan dengan nilai murni ini baru diperkenalkan
ketika berada di tahun empat ,maka sudah tentu ada murid yang tidak dapat benar-
benar menguasai kemahiran ini. Perkara ini perlu diperbetulkan dengan segera
supaya murid-murid dapat mengusai semula kemahiran ini sebelum UPSR.
5
6. Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu
Berdasarkan pemerhatian saya terhadap murid-murid di dalam kelas
Tahun 6 Nilam, didapati bahawa cara belajar mereka adalah pelbagai. Bagi yang
rajin belajar, guru yang mengajar tidak menghadapi apa-apa masalah kerana semua
tugasan yang diberi akan disiapkan oleh mereka. Namun yang menjadi masalahnya
ialah bagi murid yang bersikap pemalas dan tidak berdisiplin.
Murid-murid yang bersikap pemalas ini didapati tidak menyiapkan
tugasan yang diberi oleh guru. Mereka malas hendak membaca berulangkali petikan
yang diberi oleh guru. Rata-rata murid-murid hanya membaca sekali sahaja petikan
dan tidak berusaha untuk membaca sehingga benar-benar faham. Perkara ini
menyebabkan mereka kerap termenung ketika menulis semua nilai-nilai murni yang
diperlukan.
Selain itu, terdapat juga segelintir murid yang suka ponteng sekolah tanpa
sebab-sebab yang munasabah. Setiap minggu didapati mereka tidak hadir ke sekolah
untuk satu atau dua hari. Sikap ini menyebabkan mereka kerap ketinggalan kerana
guru Bahasa Melayu akan mengajar akan mengajar tentang tajuk membuat ulasan ini
setiap hari Rabu. Jadi murid-murid yang tidak hadir akan menghadapi masalah besar
ketika mereka menjawab soalan ujian nanti.
Terdapat juga tiga orang murid yang nakal di dalam kelas ini. Mereka ini
didapati selalu menimbulkan masalah disiplin di dalam kelas. Murid-murid ini selalu
mengganggu rakan yang hendak belajar, membuat bising ketika guru mengajar, tidak
6
7. menyiapkan tugasan yang diberi, tidak memberikan tumpuan terhadap pengajaran
guru.
Berdasarkan pemerhatian saya, terdapat juga kumpulan murid di dalam
kelas ini yang tidak mahu menyiapkan latihan yang diberi oleh guru. Latihan yang
diberi oleh guru yang sepatutnya disiapkan di rumah didapati tidak disiapkan.
Malahan mereka hanya akan bertindak meniru sahaja jawapan yang dibuat oleh
murid-murid lain pada waktu pagi sebelum masuk kelas.
Ada juga murid yang suka keluar kelas ketika guru lambat masuk ataupun
guru ada tugasan di pejabat. Mereka ini akan pergi ke tandas, masuk ke dalam kelas
lain yang tiada guru, berkejar-kejaran di kaki lima kelas ataupun masuk ke bilik-bilik
yang tertentu. Sikap inilah yang menyebabkan mereka kurang masa untuk
mengulangkaji pelajaran di dalam kelas ketika ketiadaan guru.
Disebabkan murid-murid tahun enam ini akan menduduki UPSR, saya
juga menghadapi masalah untuk membuat kajian secara mendalam terhadap mereka.
Kadang-kadang latihan yang saya beri tidak disiapkan oleh mereka. Alasan mereka
ialah mereka berasa sangat letih kerana terpaksa menghadiri kelas tambahan
sehingga jam 4.00 petang disamping kelas malam yang tamat pada jam 9.45 malam.
Saya juga cuba melihat beberapa buku latihan murid terutamanya yang
melibatkan Bahasa Melayu Penulisan. Bahasa Melayu Penulisan yang terbahagi
kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A (membina ayat berdasarkan gambar),
Bahagian B (menulis karangan) dan Bahagian C (membuat ulasan nilai-nilai murni).
7
8. Saya dapati ramai murid yang masih rendah tahap pencapaiannya di dalam ketiga-
tiga bidang ini dan paling ketara sekali pada Bahagian C. Oleh yang demikian, saya
membuat keputusan untuk menjadikan kegagalan murid membuat ulasan nilai-nilai
sebagai pilihan kajian saya dengan tujuan untuk meningkatkan markah pencapaian
mereka khasnya di bahagian C penulisan.
8
9. FOKUS KAJIAN
Menulis ulasan merupakan salah satu kemahiran dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu yang perlu dikuasai oleh murid-murid di peringkat sekolah rendah bermula
tahap dua. Murid-murid perlu mengingati dan berkemampuan untuk menyenaraikan
40 nilai murni sebagaimana yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
melalui Pusat Perkembangan Kurikulum. Menulis ulasan memerlukan kemahiran
khusus yang perlu didedahkan oleh guru ketika mengajar Bahasa Melayu di dalam
kelas.
Tinjauan saya mendapati bahawa terdapat ramai di antara murid tahun Enam
Nilam di Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi yang masih belum menguasai
kemahiran menulis ulasan. Mereka didapati masih tidak ingat nilai-nilai murni dan
tidak boleh membina ayat-ayat dengan betul ketika menulis ulasan. Selain itu murid-
murid juga didapati tidak mahir menulis ayat. Ayat yang ditulis didapati tidak
mempunyai kaitan dengan petikan yang diberi.
Oleh yang demikian, saya berpendapat satu kajian tindakan perlu dijalankan
untuk memastikan empat belas yang dipilih sebagai sampel dapat menguasai semula
kemahiran tersebut. Hasil kajian ini nanti akan dapat digunakan oleh guru-guru lain
untuk melihat sejauh mana tindakan yang dilakukan boleh membantu murid-murid
meningkatkan kemahiran menulis nilai murni dan seterusnya akan meningkatkan
pencapaian murid dalam ujian atau peperiksaan yang akan dijalankan nanti.
9
10. Objektif Kajian
Kajian tindakan saya mempunyai objektif seperti berikut:
i. Meningkatkan kemahiran mengingat, mengesan dan menulis ulasan nilai
murni di kalangan murid Tahun Enam.
ii. Mengenalpasti kaedah mengajar yang berkesan boleh digunakan untuk
meningkatkan kemahiran murid.
iii. Mengesan perubahan tingkahlaku positif murid ketika menulis ulasan
nilai murni setelah kajian selesai dilaksanakan.
Soalan kajian
i. Adakah murid dapat meningkatkan kemahiran mengingat, mengesan dan
menulis ulasan nilai murni ?
ii. Apakah kaedah mengajar paling berkesan boleh digunakan untuk
meningkatkan kemahiran murid-murid mengingat, mengesan menulis
ulasan nilai-nilai murni ?
iii. Adakah terdapat perubahan tingkahlaku positif murid ketika menulis
ulasan nilai murni setelah kajian ini selesai dijalankan?
10
11. Isu Kajian
Fokus kajian saya ialah membantu murid-murid Tahun 6 mengukuhkan
penguasaan mereka dalam kemahiran mengesan nilai murni yang tersirat daripada
maklumat yang tersurat daripada petikan yang diberikan. Berdasarkan pemerhatian
saya , didapati murid-murid menghadapi masalah untuk mencari dan menyatakan
nilai-nilai murni bagi kertas penulisan bahagian C. Murid juga sukar untuk
menghuraikan nilai-nilai murni tersebut supaya menjadi ayat yang ringkas, tepat dan
sesuai dengan menggunakan ayat sendiri. Keperihatinan saya ialah murid perlu
mencari dan menghuraikan nilai-nilai murni tersebut dengan ringkas, tepat dan
sesuai serta penulisan mereka tidak melanggar arahan yang telah ditetapkan iaitu
ulasan tidak melebihi 50 patah perkataan.
Mengajar murid untuk mencari dan mengesan nilai murni seringkali memberikan
masalah kepada guru. Dalam bahagian C penulisan ini, murid perlu mencari,
mengesan dan mengulas nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan yang
diberikan. Pelbagai strategi yang digunakan oleh guru untuk memastikan murid-
murid boleh menulis ulasan tersebut dengan betul. Walaupun saya mengesan banyak
masalah yang dihadapi oleh murid tetapi saya hanya memfokuskan aspek berkenaan
sebagai bahan kajian saya. Kajian ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah dan
membantu murid mencari dan mengesan nilai-nilai murni atau pengajaran yang
terdapat di dalam petikan teks serta mengulas hasil carian nilai murni tersebut
dengan ayat yang ringkas, padat dan sesuai.
11
12. Kertas peperiksaan Bahasa Melayu penulisan terbahagi kepada tiga bahagian
iaitu bahagian A, B dan C. Namun begitu, kajian yang ingin difokuskan ialah pada
bahagian C iaitu bahagian membuat ulasan nilai murni berdasarkan petikan teks.
Berdasarkan pemerhatian saya dalam Ujian Bersepadu Berkala (UBB) Februari
lepas, ramai murid mendapat markah yang rendah dalam bahagian ini. Analisis pada
kertas soalan UBB mendapati beberapa faktor murid tidak mendapat markah yang
tinggi pada bahagian ini . Murid didapati keliru dengan nilai murni yang terdapat
dalam petikan teks. Murid tidak dapat mengesan dan menyatakan nilai murni yang
terdapat di dalam petikan. Murid juga tidak dapat membuat ulasan dalam satu
perenggan dengan menggunakan ayat yang ringkas, padat dan bermakna.
Berdasarkan pemerhatian dalam pengajaran dan pembelajaran saya di dalam
kelas, saya telah mengenal pasti beberapa faktor yang menyebabkan murid tidak
dapat mengesan dan menyatakan nilai-nilai murni yang diperlukan. Mereka tidak
mempunyai kesungguhan dalam menulis nilai murni. Murid-murid didapati tidak
mahu membaca berulang kali dalam usaha untuk mengesan nilai murni yang terdapat
di dalam petikan yang diberi kepada mereka. Petikan yang dianalisis terlalu mudah
dan murid kekurangan idea untuk mengembangkannya. Saya juga mendapati ada
murid yang hanya menyalin semula petikan yang diberi kepada mereka dengan
harapan guru akan memberi markah kasihan.
Terdapat juga murid yang hanya menulis semula nilai murni yang dijumpai di
dalam petikan dalam bentuk urutan nombor. Namun begitu, apa yang pastinya ialah
kegagalan murid menulis ulasan nilai murni juga merupakan kegagalan seorang guru
yang mengajar.Jika guru Bahasa Melayu mengajar menggunakan kaedah yang betul,
12
13. saya berpendapat murid-murid tidak akan menghadapi masalah besar untuk
menjawab soalan bahagian ini. Dengan demikian, saya berasa terpanggil untuk
mempertingkatkan kemahiran murid ketika membuat ulasan nilai-nilai murni agar
mereka tidak menghadapi kesukaran di bahagian ini di dalam UPSR nanti.
Oleh itu, pengumpulan data lebih awal telah dilaksanakan melalui
pemerhatian dalam pengajaran dan pembelajaran serta perbincangan bersama guru-
guru yang mengajar murid di kelas lain. Satu perbincangan telah dibuat bagi
mengetahui masalah yang dihadapi murid dalam bahagian C ini. Latar belakang
murid termasuklah maklumat diri dan pencapaian mereka sebelum ini juga disemak
melalui rekod yang disimpan oleh guru kelas. Selain itu, satu ujian diagnostik telah
dijalankan bagi mengesan kelemahan murid dalam mencari, mengesan dan mengulas
nilai murni ini. Murid-murid yang telah dikenalpasti melalui ujian diagnostik ini
telah dijadikan sampel dalam kajian saya.
Namun begitu, saya yakin bahawa masalah ini akan dapat diselesaikan jika
saya menggunakan kaedah yang betul ketika mengajar murid menjawab bahagian C
ini. Apa yang paling penting ialah kepakaran guru yang mengajar. Ini adalah kerana
terdapat murid yang boleh menjawab dengan cemerlang , baik, sederhana dan lemah.
Guru perlulah menggunakan kaedah-kaedah yang berkesan untuk membantu murid-
muridnya. Pendedahan perlu diberi diberi kepada murid pada tahun empat lagi untuk
membolehkan mereka benar-benar mahir menjawab soalan yang melibatkan
bahagian C ini. Pencapaian murid akan memberi kesan yang besar kepada prestasi
sekolah kerana kajian ini melibatkan kemahiran yang diuji di dalam peperiksaan.
Kajian ini dijalan berdasarkan beberapa pendekatan lain atau dengan
13
14. menggabungkan pelbagai kaedah dan teknik supaya dapat meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Definisi Istilah
Nila-nilai Murni
Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang
supaya segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang
dikehendaki dalam masyarakat. Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan insan
yang unggul demi merealisikan misi nasional negara. Sejajar dengan itu, subjek
Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam telah diajar di sekolah-sekolah untuk
membentuk generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan mereka. Selain itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk
memastikan wujudnya nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka.
Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang
berakhlak mulia. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya,
peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kini, bilangan pelajar di
negara kita sejumlah 5 juta orang, jika tidak diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak
di bangku sekolah maka mereka akan menjadi generasi yang akan merugikan negara
pada masa kelak. Hal ini kerana, nilai-nilai murni akan mencerminkan suasana
kehidupan yang harmoni di Malaysia.
14
15. Selain itu, perlu adanya nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah untuk
membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan
kepada agama dapat membentuk insan mulia yang sentiasa patuh kepada Tuhan dan
setia kepada negara. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni yang
terdapat dalam doktrin agama masing-masing ke dalam jiwa anak-anak. Tambahan
pula, nilai-nilai murni yang berasaskan agama penting untuk membentuk masyarakat
yang bersatu padu.
Di peringkat sekolah pula, didikan moral yang positif dan nilai murni yang
diterapkan oleh guru, akan dapat mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam
pelbagai pengaruh negatif luar yang tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat.
Bekas Perdana Menteri, Tun Sri Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan subjek
Pendidikan Moral di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah adalah
bertujuan memupuk nilai-nilai murni remaja sejak di bangku sekolah. Hal ini
demikian kerana negara memerlukan generasi yang berpengetahuan, berwibawa dan
berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi, dedikasi, berfikiran luas serta positif.
Guru-guru dan keadaan sekolah yang kondusif boleh membantu para pelajar
untuk mewujudkan nilai murni dalam diri mereka. Kewujudan nilai-nilai murni ini
dapat melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik,
tetapi juga bidang kokurikulum. Sebagai contohnya, guru-guru yang menunjukkan
sikap positif boleh menjadi role model kepada para pelajar. Tambahan pula, keadaan
sekolah yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan pembelajaran dapat
memudahkan para pelajar belajar dan seterusnya dapat memupuk sikap posif dalam
15
16. diri mereka. Begitulah caranya sekolah dapat membantu para pelajarnya menjadi
seorang yang memiliki nila-nilai murni dalam diri mereka.
Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat pada hari ini terlalu materialistik
dan mementingkan kemewahan. Oleh itu, tanggapan sesetengah pihak yang
menganggap kononnya nilai kasih sayang yang boleh ditukar ganti dengan harta
benda merupakan satu kesilapan besar. Sebenarnya, gejala sosial yang semakin
berleluasa ini berpunca daripada kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa mereka.
Ibu bapa terlalu sibuk dan tiada masa untuk menerapkan nilai-nilai murni
kekeluargaan seperti kesopanan, adab dan kelakuan yang baik kepada anak-anak.
Oleh itu, dalam usaha memupuk nilai murni dalam diri anak-anak, ibu bapa perlu
sentiasa bersikap prihatin terhadap anak mereka bagi membina sebuah keluarga yang
harmoni.
Kesimpulannya, saya selaku penyelidik kajian tindakan ini berpendapat
bahawa pemantapan terhadap nilai-nilai murni seperti yang disenaraikan oleh KPM
perlu dihayati sepenuhnya oleh seluruh rakyat Malaysia. Penghayatan ini penting
untuk membolehkan kita hidup secara harmoni dan aman damai di negara ini dan
mengelakkan suasana tegang sesama rakyat yang berbilang kaum. Oleh itu langkah
penerapan nilai-nilai murni di tahap awal iaitu ketika murid-murid berada di sekolah
rendah adalah adalah amat sesuai dilaksanakan.
16
17. Jadual 1 Carta 40 nilai murni
SOROTAN KAJIAN
Tinjauan Literatur
Tinjauan ini adalah berdasarkan hasil dapatan sumber-sumber yang diperolehi
oleh pengkaji yang terdahulu. Kajian ini pernah dijalankan oleh Puan Fatimah
Embong(2008) daripada pada tahun 2008. Penyelidik telah menjalankan
penyelidikan yang bertajuk “Cara Mengulas Nilai Murni atau Pengajaran Daripada
Petikan (Bahagian C Penulisan)” di Sekolah Kebangsaan Sri Langat . Dalam
penyelidikannya , beliau telah memfokuskan untuk menghadkan ulasan murid
supaya tidak terlalu panjang. Setidak-tidaknya, bilangan perkataan tidak boleh
melebihi 80 patah perkataan. Beliau telah mengenalpasti kelemahan murid-muridnya
dalam bahagian ini iaitu murid sukar mengesan nilai murni yang tersirat. Contoh
yang diberi tidak ada kaitan dengan petikan yang diberi dalam petikan. Dalam kajian
17
18. ini, penyelidik telah mengenal pasti kumpulan sasarannya iaitu 10 orang murid
Tahun 6.
Berdasarkan kajian-kajian lain, antaranya yang telah dijalankan oleh Mohd
Alfaizal Che Alui (2006), mengenai kajiannya yang mengenai “Pengamalan Nilai-
nilai Murni Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah
Kebangsaan taman Universiti (2) yang diamalkan dalam kehidupan seharian”.
Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui pengamalan nilai-nilai murni dalam
kalangan pelajar yang diamalkan dalam kehidupan harian. Penyelidek ingin melihat
adakah pelajar-pelajar mengamalkan nilai murni yang diperolehi sepanjang
pembelajaran dalam amalan harian, nilai murni dominan diamalkan serta mengetahui
adakah pengamalan nilai-nilai murni melalui pembelajaran memberi kesan positif
terhadap diri pelajar. Kajian ini dilakukan terhadap 120 responden yang terdiri
daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Taman Universiti (2).
Sampel kajian dipilih secara rawak mudah berdasarkan kepada Jadual
Penentu Saiz oleh Krejcie dan Morgan (1970). Menggunakan soal selidik sebagai
instumen kajian yangdibahagikan kepada Bahagian A iaitu soalan berkaitan latar
belakang responden dan Bahagian B mengandungi item-item nilai-nilai murni. Hasil
kajian menunjukkan 16 aspek nilai murni yang dicadang penerapannya oleh Falsafah
Pendidikan Negara dalam kumpulan pendidikan diterap oleh pelajaruntuk diamalkan
di dalam kehidupan harian. Nilai muni “kesyukuran” adalah nilai murni yang paling
dominan dihayati oleh setiap pelajar. Implikasi kepada kajian ini akan dapat
melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek.
18
19. Kajian lain yang boleh dilihat ialah “Penerapan Nilai-nilai Murni KBSM
Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan guru-guru Sains Di
Lapan Buah Sekolah Buah Sekolah Menengah Di Jitra sekolah” yang dijalankan oleh
Munirah Ahmad Marzuki (2004). Penyelidik telah mengambil seramai 70 orang
guru Sains yang merupakan responden dalam kajian ini. Penerapan nilai-nilai murni
KBSM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru Sains itu
dikaji dari aspek kognitif, tingkah laku dan emosi. Hasil kajian ini dapat membantu
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, guru-guru, pihak
sekolah, ibu bapa dan masyrakat bagi meningkatkan penerapan nilai-nilai murni
dalam kehidupan seharian.
Tinjauan berikutnya ialah “Amalan Nilai Murni Dalam Kalangan
pelajar”merupakan satu kajian di Terengganu oleh Abdul Rahman Mahmud bersama
Amidin Zin (1998) dari Jabatan Pendidikan Maktab Perguruan Kuala Terengganu.
Penyelidik mengkaji kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar yang sering
menjadi topik perbualan dan disiarkan di akhbar-akhbar. Pelajar-pelajar kini,
khasnya di peringkat sekolah menengah kurang mengamalkan nilai-nilai murni
dalam kehidupan seharian. Jika masalah ini gagal diatasi, ia akan menjadi satu
sindrom yang serius dan menjejaskan kehidupan bermasyarakat di negara kita. Sejak
kebelakangan ini, muncul beberapa kumpulan seperti “Black Metal”, “Punk”, “Mat
Rempit”, “Bohsia” dan sebagainya lagi yang boleh meruntuhnya akhlak pelajar. Oleh
itu, penyelidik cuba melihat setakat manakah amalan nilai-nilai murni di kalangan
pelajar-pelajar tigkatan 4 dari 12 buah sekolah menengah di Negeri Terengganu
sebagai mewakili kumpulan pelajar di sekolah menengah.
19
20. Sorotan yang terakhir ialah „Penerapan Nilai Dalam Pengajaran Guru Matematik
Sekolah Menengah‟ oleh Mohd Uzi Dolah (2007). Penyelidik menjalankan kajian
kualtitatif ini bertujuan untuk menjelajahi nilai pengajaran matematik di bilik darjah
oleh tiga orang guru matematik sekolah menengah. Terdapat tiga kategori utama
nilai, iaitu nilai pendidikan umum, nilai matematik dan nilai pendidikan matematik.
Guru Matematik tingkatan empat daripada dua buah sekolah menengah dari Daerah
Kuala Kubu Baru terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
ketiga-tiga peserta tidak menjadikan penerapan nilai sebagai suatu perkara yang
perlu dinyatakan secara tersurat dalam rancangan pengajaran. Kesemua peserta
menyatakan nilai yang diterapkan dalam pengajaran dalam bilik darjah hanya setelah
ditanya oleh saya sebelum atau selepas pemerhatian. Penerapan nilai terlaksana
dalam pengajaran samada secara tersirat atau tersurat. Kebanyakan nilai yang
disedari penerapan oleh peserta ialah nilai pendidikan umum, khususnya nilai yang
berkait dengan pembangunan diri seperti nilai berterima kasih, hormat dan yakin.
Semua peserta tidak menyedari berlaku penerapan nilai matematik dalam pengajaran,
walaupun terdapat dua nilai matematik, iaitu bersifat objektif dan keterbukaan,
terlaksana secara tersirat dalam pengajaran matematik. Penerapan nilai pendidikan
matematik secara tersirat tanpa disedari oleh peserta kajian membabitkan nilai
formalistik, instrumental, relevan, teoretikal , kebolehcapaian dan penilaian.
20
21. METODOLOGI KAJIAN
Pengenalan
Kajian yang saya jalankan adalah diadaptasikan daripada Model Kajian Kemmis &
Mc Taggard (1988). Berpandukan model ini yang mempunyai empat kitaran, saya
telah membuat perancangan awal dengan menjalankan ujian diagnostik untuk
mengesan daerah kelemahan murid, melaksana tindakan melalui beberapa kaedah
pengajaran, membuat pemerhatian terhadap tingkahlaku dan pencapaian murid ketika
tindakan dijalankan. Berdasarkan dapatan yang diperolehi, saya membuat analisis
untuk menilai keberkesanan terhadap tindakan yang telah dijalankan.
Melalui pendekatan kajian tindakan ini, bahan kajian dikumpulkan melalui
beberapa cara antaranya ialah ujian, pemerhatian, soal selidik dan senarai semak.
Secara umumnya kajian tindakan ini menggunakan pendekatan analisis deskriptif
kuantitatif dan kualitatif.
Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian merupakan satu strategi atau rancangan bagaimana untuk
menjalankan sesuatu kajian yang melibatkan pemilihan dan pembahagian sampel.
Kaedah kualitatif digunakan untuk mendapat maklumat peribadi murid-murid Tahun
6 Nilam dan kaedah kuantitatif digunakan untuk mendapatkan maklumat pencapaian
dan permasalahan murid-murid dalam kemahiran mencari dan menulis ulasan nilai
murni untuk kertas dua Pelajaran Bahasa Melayu . Reka bentuk kajian ini juga
21
22. menerangkan apakah data dan bagaimana data dikutip. Kajian ini berfokuskan
kaedah “Mari Hafal Nilai Murni” (MAHANIMU) menggunakaan teknik latih tubi.
Jenis kajian yang akan saya jalankan ialah untuk meningkatkan kemahiran
mencari dan menulis ulasan nilai murni yang terdapat di dalam petikan.Kajian ini
berbentuk kualitatif dengan menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti yang
dilihat, didengar dan dibaca. Data berbentuk kuantitatif juga digunakan dalam kajian
ini. Satu kerangka teoris harus dipilih dan ditetapkan. Saya telah memilih model
Kemmis dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah
merancang tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang
dikemukakan oleh model Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa
kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat
tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk
merancang dan bertindak. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 2.
22
23. REFLEKSI
Kenalpasti isu
Analisis isu
Refleksi isu
PERANCANGAN
PENILAIAN Merancang kaedah
tindakan
Membuat analisis dapatan
Mencadangkan penambahbaikan Prosedur pelaksanaan
Kajian lanjutan Masa
Sumber
PELAKSANAAN TINDAKAN
Menjalankan plan tindakan yang
dirancang
Ujian diagnostik ujian pra &
pasca
Pemerhatian
Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggard
Model ini telah dijadikan panduan dalam menjalankan kajian. Kerangka
konsep model ini mengandungi empat peringkat iaitu peringkat tinjauan,
merancang tindakan, melaksana tindakan dan memerhati dan langkah terakhir
merupakan mereflek. Pada peringkat tinjauan ,pengumpulan data dijalankan untuk
mengenal pasti masalah yang wujud. Saya telah menjalankan pemerhatian di bilik
darjah, menyemak buku latihan murid , melihat markah pencapaian murid di
dalam rekod ujian bulanan dan temu bual dengan guru bahasa Melayu. Pada
peringkat ini juga, saya telah menjalankan ujian diagnostik untuk mendapatkan
23
24. data-data awal bagi mendapatkan gambaran awal tentang masalah yang dihadapi
oleh murid-murid tahun Enam Nilam..
Pada peringkat kedua ialah merancang tindakan. Saya telah merancang pelan
tindakan untuk mengatasi masalah yang telah dikenal pasti. Oleh itu, teknik
menghafal semua nilai murni menggunakan kad nilai murni, peneguhan terhadap
konsep nilai-nilai murni dan latihan terancang menulis ulasan telah disediakan oleh
saya untuk meningkatkan kemahiran para sampel kajian. Pada peringkat ketiga ialah
pelaksanaan di mana saya akan melaksanakan pelan tindakan yang telah dirancang.
Di dalam pelan tindakan ini saya telah menyediakan pelbagai jenis aktiviti yang
mudah dan menarik untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran menulis
ulasan nilai murni. Di dalam setiap perlaksanaan tindakan ini, saya akan
menjalankan ujian pra dan ujian pos untuk memerhati kesan tindakan yang
dilaksanakan. Ujian ini bertujuan melihat perbezaan prestasi yang berlaku kepada
sampel. Pengumpulan data dilakukan bagi melihat pencapaian murid melalui
perbandingan ujian pra dan pos.
Pada peringkat keempat iaitu peringkat mereflek. Di peringkat akhir ini , saya
akan menilai keberkesanan tindakan yang dijalankan. Mereflek akan melibatkan
analisis data-data yang diperolehi melalui ujian pra dan pos. Melalui analisis data ini,
saya akan dapat mengetahui adakah tindakan yang saya jalankan itu berjaya atau
sebaliknya.Gelungan kedua perlu dilaksanakan jika tindakan yang pertama tidak
berhasil. Kerangka konsep ini akan dijadikan panduan untuk membolehkan saya
menjalankan kajian tindakan ini sehingga selesai.
Kumpulan Sasaran
24
25. Sampel yang dipilih merupakan murid Tahun Enam Nilam di Sekolah
Kebangsaan Tebing Tinggi. Kelas 6 Nilam merupakan kelas pertama daripada dua
kelas tahun enam. Mereka kebanyakannya terdiri daripada masyarakat kelas biasa
yang terdiri daripada penduduk kampung. Murid-murid di dalam kelas ini
mempunyai kemahiran membaca dan menulis dengan baik. Mereka kelihatan aktif,
minat belajar dan mempunyai peluang untuk meningkat maju di dalam pelajaran.
Kesungguhan seorang guru yang mengajar akan dapat membantu murid-murid ini
berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan. Kelas ini mempunyai 13 orang
murid lelaki dan 18 orang murid perempuan. Tahap kebolehan mereka adalah
berbeza. Terdapat murid yang mempunyai pencapaian cemerlang, baik, sederhana
dan lemah. Jadi, guru yang mengajar mereka terpaksa menggunakan teknik yang
bersesuai dan boleh menarik minat mereka. Berikut ini merupakan maklumat murid
kelas 6 Nilam yang berjaya direkodkan oleh saya ketika menjalankan kajian tindakan
di sekolah ini.
Jadual 2: Senarai nama murid Tahun 6 Nilam
Bil Nama Murid Jantina
1. AMIR SYAFIQ BIN AHMAD L
2 MUHAMMAD ADHA BIN FAUZI L
3 MUHD AFIQ AIMAN BIN RAMLI L
4 MUHD AMIR BIN AZALI L
5 MUHD DZULKAMARI BIN MOKHTAR L
6 MUHD FAKRURAZI BIN MOHAMAD L
7 MUHD FAZRI IKHMAL BIN ARIFFIN L
8 MUHD HAFIZUL HARISS BIN AZMI L
9 MUHD SUFIAN BIN AZMI L
10 MUHD YUSHAIRIL BIN ABAS L
11 MUHD ZAIM BIN RAHIM L
12 MUHD NABIL MUZAKKIR BIN PADLI L
13 SHAIKH IKMAL BIN ANUAR L
14 ANIS NULYANA BT MOHD ZAMRI P
15 FITRI SHAHIRAH BT KAMALUDDIN P
25
26. 16 NIK NURAINI BT NIK KOB P
17 NIK SITI NADIRAH BT NIK ISKANDAR P
18 NIK ZAHITIL AZIRA BT NIK ZAMRI P
19 NOORASMA BT MOHD YUSOFF P
20 NORSIKIN BT ZAKARIA P
21 NURATIKAH BT MOHD TARMIZI P
22 NUR ELIANA BT AZMIN P
23 NUR FARMIZA BT RAZALI P
24 NUR FATIHAH EZATI BT HANUZI P
25 NUR SHARIRA BT SHAARI P
26 NUR ZAITUL ADHA BT MOHD IBRA P
27 NURHUSNA MAISARAH BT ZAMRI P
28 NURUL ILYANA NATASHA BT MOHD ZAID P
29 NURUL SYAMIRAH BT ABD MANAS P
30 SITI SYAHIRAH BT ABD RAHMAN P
31 SUMAYYAH BT ABU SAMAH P
Ujian Diagnostik
Satu sesi pengesanan atau dengan lebih mudah dikenali dengan ujian
diagnostik dijalankan bagi mengesah daerah kelemahaan murid setelah masalah
mereka dikenalpasti melalui pemerhatian yang telah dilakukan sebelum ini. Saya
telah menjalankan satu sesi ujian diagnostik di dalam Kelas 6 Nilam yang
mempunyai murid seramai 31 orang murid. Kelas ini terdiri daripada 13 orang murid
lelaki dan 18 orang murid perempuan. Dalam ujian diagnostik ini terdapat tiga
bahagian soalan iaitu Bahagian A (membina ayat), Bahagian B (menulis karangan)
dan Bahagian C (menulis nilai murni). Murid diminta menjawab semua soalan yang
disediakan seperti yang dilampirkan.
Selepas ujian diagnostik dijalankan di dalam kelas itu, saya telah menyemak
kertas jawapan murid. Setelah semakan dilakukan terhadap jawapan murid di ujian
pra, saya dapati kebanyakan murid gagal mendapat markah yang tinggi di bahagian
C iaitu bahagian yang melibatkan menyenarai dan menulis ulasan nilai-nilai murni.
26
27. Saya dapati mereka tidak angat nilai murni, tidak pandai membina ayat dan tidak
dapat mengaitkan ayat yang dibaca dengan nilai murni.
Jadual 3: Keputusan ujian diagnostik
BAHAGIAN
BIL NAMA MURID A B C Peratus
1 AMIR SYAFIQ BIN AHMAD 8 20 16 73
2 MUHAMMAD ADHA BIN FAUZI 7 20 7 47
3 MUHD AFIQ AIMAN BIN RAMLI 7 20 8 53
4 MUHD AMIR BIN AZALI 8 22 5 58
5 MUHD KAMARI BIN MOKHTAR 7 18 6 52
6 MUHD FAKRU BIN MOHAMAD 9 18 9 60
7 MUHD FAZRI BIN ARIFFIN 8 18 12 63
8 MUHD HAFIZUL BIN AZMI 7 18 6 52
9 MUHD SUFIAN BIN AZMI 8 20 13 68
10 MUHD YUSHAIRIL BIN ABAS 6 18 12 60
11 MUHD ZAIM BIN RAHIM 8 22 15 75
12 MUHD NABIL BIN PADLI 8 22 14 73
13 SHAIKH IKMAL BIN ANUAR 6 14 6 43
14 ANIS NULYANA BT MOHD ZAMRI 8 24 14 77
15 FITRI SHAHIRAH BT KAMAL 8 24 15 77
16 NIK NURAINI BT NIK KOB 8 26 14 80
17 NIK NADIRAH BT NIK ISKANDAR 10 26 16 87
18 NIK ZAHITIL AZIRA BT ZAMRI 7 18 6 52
19 NOORASMA BT MOHD YUSOFF 8 22 7 62
20 NORSIKIN BT ZAKARIA 7 16 6 48
21 NURATIKAH BT MOHD TARMIZI 7 22 7 60
22 NUR ELIANA BT AZMIN 8 20 12 62
23 NUR FARMIZA BT RAZALI 8 22 12 70
24 NUR FATIHAH EZATI BT HANUZI 5 13 7 42
25 NUR SHARIRA BT SHAARI 8 24 12 73
26 NUR ZAITUL BT MOHD IBRA 8 26 12 77
27 NURHUSNA MAISARAH BT ZAMRI 8 24 12 73
28 NURUL ILYANA BT ZAID 8 22 12 72
29 NURUL SYAMIRAH BT MANAS 8 24 12 73
30 SITI SYAHIRAH BT ABD RAHMAN 7 18 4 43
31 SUMAYYAH BT ABU SAMAH 8 22 10 67
Pencapaian Tahap Bilangan Murid Peratus
27
28. 0-20 Sangat Lemah - -
21-39 Lemah - -
40-59 Sederhana 10 32.3
60-79 Baik 19 61.3
80-100 Cemerlang 2 6.4
Rajah 3 di atas menunjukkan tahap pencapaian murid setelah ujian diagnostik
dijalankan. Didapati hanya dua orang murid berada di tahap pencapaian cemerlang,
19 orang di tahap baik, 11 orang di tahap sederhana manakala 2 orang lagi masih di
tahap lemah. Pencapaian ini menunjukkan murid-murid menghadapi masalah untuk
menjawap soalan yang dikemukakan di bahagian C kertas penulisan Bahasa Melayu.
Saya juga telah membuat penelitian terhadap markah yang didapati melalui
ujian diagnostik ini. Berdasarkan penelitian, saya dapati seramai 14 orang murid
Tahun Enam Nilam menghadapi masalah untuk menjawab soalan di bahagian C yang
memerlukan mereka mengesan dan menulis ulasan dalam satu perenggan.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui ujian diagnostik ini, maka saya telah
memilih seramai 14 orang murid untuk dijadikan sampel kajian saya. Mereka selepas
ini akan disebut sebagai sampel kajian yang akan digunakan oleh saya untuk
mengikuti beberapa tindakan lanjutan yang akan dilaksanakan nanti.
Jadual 4: Senarai murid yang dipilih untuk sampel kajian
BIL NAMA MARKAH
BAHAGIAN C
1 MUHAMMAD ADHA BIN FAUZI 7
2 MUHD AFIQ AIMAN BIN RAMLI 8
3 MUHD AMIR BIN AZALI 5
4 MUHD DZULKAMARI 6
28
29. 5 MUHD FAKRURAZI BIN MOHAMAD 9
6 MUHD HAFIZUL HARISS BIN AZMI 6
7 SHAIKH IKMAL BIN ANUAR 6
8 NIK ZAHITIL AZIRA BT NIK ZAMRI 6
9 NOORASMA BT MOHD YUSOFF 7
10 NORSIKIN BT ZAKARIA 6
11 NURATIKAH BT MOHD TARMIZI 7
12 NUR FATIHAH EZATI BT HANUZI 7
13 SITI SYAHIRAH BT ABD RAHMAN 4
14 SUMAYYAH BT ABU SAMAH 10
20
20
18
16
14
12 10
10 9
8
8 7 7 7 7
6 6 6 6 6
6 5
4
4
2
0
Latar Belakang Sekolah
Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi merupakan sekolah gred A. Sekolah ini
adalah sekolah kategori luar bandar. Sekolah ini terletak 8 kilometer daripada Bandar
Tanah Merah. Sekolah ini terletak di tepi Sungai Kelantan. Jumlah guru di sekolah
29
30. ini adalah seramai 32 orang manakala jumlah murid 291 orang yang terdiri daripada
260 orang murid lelaki dan 131 orang murid perempuan.
Sekolah ini terdiri daripada 2 blok bangunan baharu dan 1 blok bangunan lama 3
tingkat. Semua bilik khas terdapat di sekolah ini seperti pusat sumber,makmal sains,
bilik kemahiran hidup, bilik sukan, bilik komputer, bilik kesihatan, bilik muzik dan
sebagainya lagi. Oleh yang demikian, kemudahan di sekolah ini didapati setaraf
dengan sekolah-sekolah yang terdapat di bandar.
Gambar 1: Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, Tanah Merah.
Latar Belakang Murid
Murid-murid yang belajar di sekolah ini kebanyakannya adalah berasal daripada
keluarga berpendapatan rendah dan tinggal di kampung di sekitar sekolah ini. Hanya
sedikit sahaja murid-murid di sekolah ini yang berlatar belakang dari keluarga
pertengahan iaitu yang terdiri daripada anak-anak guru yang mengajar di sini dan
30
31. anak kakitangan kerajaan.Oleh yang demikian, saya dapati pencapaian mereka di
bidang pelajaran adalah agak rendah. Buktinya ialah berdasarkan rekod pencapaian
di dalam UPSR pada tahun-tahun lepas. Pada tahun lepas hanya 2 orang murid yang
berjaya mendapat 5A di dalam UPSR. Pencapaian yang rendah ini adalah disebabkan
latar belakang murid yang berada di kampung. Namun begitu, berdasarkan
pemerhatian saya, didapati ramai juga murid di sekolah ini yang mempunyai potensi
untuk meningkat maju. Mereka boleh dilatih dengan lebih giat lagi untuk
meningkatkan pencapaian pada masa-masa yang akan datang. Apa yang penting
sekali ialah guru perlulah lebih bersikap dedikasi ketika menjalankan tugas mengajar
di sekolah ini. Jika guru bijak mengajar, murid pun akan turut menjadi bijak di dalam
pelajaran.
Pelaksanaan Tindakan
Ujian Pra
Ujian pra ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan sebelum kajian dijalankan. Tujuannya adalah untuk
melihat tahap penguasaan sedia ada sampel yang diuji di bahagian C kertas 2 Bahasa
Melayu. Berikut merupakan data yang diperolehi oleh saya setelah ujian ini
dijalankan. Soalan yang digunakan oleh saya untuk menjalankan ujian pra ini adalah
seperti ditujukkan di LAMPIRAN B.
31
32. 60
50
45
50 40 40
40 45 40
35 30
35 35 30
40 35
20
30
20
10
0
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 S11 S12 S13 S14
Berdasarkan keputusan yang diperolehi ini, saya dapati ramai di antara sampel kajian
saya tidak dapat mengingati nilai-nilai murni. Perkara inilah yang menyebabkan
mereka tidak berjaya mengesan dan menulis ulasan nilai murni dengan baik di dalam
bahagian C. Oleh yang demikian, maka saya telah merancang tiga plan tindakan
untuk membantu sampel kajian saya meningkatkan kemahiran mereka.
Tindakan Yang Dijalankan
Tindakan 1
Kaedah “MAHANIMU”
Melalui aktiviti ini, saya telah menyediakan sekeping carta nilai murni kepada
setiap responden. Di dalam carta tersebut telah disenaraikan 40 nilai murni yang
perlu dihafal oleh sampel. Sampel telah diberi masa selama dua minggu untuk
menghafal kesemua nilai murni yang terdapat di dalam carta berkenaan. Carta ini
32
33. mesti dibawa setiap hari ke sekolah untuk dibaca oleh sampel . Dalam tempoh ini ,
sampel kajian seramai 14 orang ini juga dikehendaki menjalani aktiviti menghafal ,
menyalin dan menyebut nilai murni secara berterusan untuk mengukuhkan daya
ingatan mereka terhadap 40 nilai murni.
Aktiviti Yang Dijalankan:
(i) Menghafal dan mengingat 40 nilai murni di dalam carta.
(ii) Menyalin semula nilai murni.
(iii) Menyebut dan menulis semula nilai murni yang berjaya dihafal.
(iv) Ujian bertulis.
Contoh Bahan
33
34. Soalan Ujian Tindakan 1
Tindakan 1 ini dijalankan selama dua minggu untuk memastikan semua
sampel dapat menghafal semua nilai murni. Untuk menggalakkan mereka menghafal,
saya turut menyediakan hadiah kepada sampel yang yang paling banyak mengingati
nilai-nilai murni. Di akhir tindakan 1, para sampel menjalani satu sesi ujian bertulis
untuk melihat sejauh mana mereka dapat mengingati nilai-nilai murni. Berikut adalah
keputusan ujian yang dijalankan.
Keputusan Ujian Tindakan 1:
34
35. Bil Sampel Ingat Nilai Peratus
Murni
1 1 30 75.0
2 2 31 77.5
3 3 28 70
4 4 30 75
5 5 33 82.5
6 6 28 70
7 7 26 65
8 8 32 80
9 9 34 85
10 10 25 62.5
11 11 28 70
12 12 29 72.5
13 13 28 70
14 14 32 80
Markah/Purata 405/560 72.3
90
80
70
60
50
40 82.5 80 85 80
75 77.5 75 72.5
70 70 65 70 70
30 62.5
20
10
0
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 S11 S12 S13 S14
Rajah 5 : Graf pencapaian sampel dalam Ujian Tindakan 1
Dapatan dalam ujian tindakan 1 menunjukkan bahawa terdapat empat sampel telah
berjaya mencapai tahap cemerlang dengan pencapaian markah 80 peratus ke atas.
35
36. Mereka didapati telah berjaya mengingati 32 daripada 40 nilai murni yang terdapat di
dalam carta. Sampel 5 mendapat 82.5 peratus, Sampel 8 mendapat 80 peratus,
Sampel 9 mendapat 85 peratus dan Sampel 14 mendapat 80 peratus. Ini
menunjukkan bahawa ke empat-empat sampel ini telah berjaya mengingati nilai-nilai
murni yang mereka hafal.
Seterusnya dapatan dalam ujian ini juga menunjukkan sepuluh sampel telah
mencapai tahap baik. Mereka didapati telah berjaya menghafal di antara 26 hingga
31 nilai murni yang terdapat di dalam carta. Pencapaian sampel yang
memberangsangkan ini membuktikan bahawa tindakan 1 saya yang menggunakan
kaedah hafal dan ingat telah berjaya dilaksanakan untuk memastikan sampel boleh
menyenaraikan nilai murni apabila diminta. Oleh yang demikian, objektif kajian saya
yang pertama iaitu meningkatkan kemahiran mengingat, mengesan dan menulis
ulasan nilai murni di kalangan murid telah berjaya dicapai.
Tindakan 2
“Faham Konsep Anda Selamat”
Melaui tindakan ini, sampel diberi pendedahan lengkap huraian tentang nilai-nilai
murni yang telah dipelajari dalam dalam langkah pertama. Untuk terus menarik
minat murid, saya telah menggunakan TMK (perisian power points). Penggunaan
perisian power points didapati dapat merangsang minat dan motivasi sampel untuk
terus belajar. Sampel berpeluang melihat, menyebut, membaca dan memberikan
pendapat ketika aktiviti pengajaran ini berlangsung di dalam bilik ICT. Selain itu,
36
37. sampel juga turut disediakan nota lengkap tentang huraian setiap nilai murni yang
telah dihafal. Untuk tujuan pengukuhan, sampel juga dikehendaki melakukan aktiviti
bertulis yang telah disediakan oleh saya.Tindakan 2 ini telah dilaksanakan pada 10
Julai 2012 hingga 24 Julai 2012. Teknik ini dilaksanakan selama lima sesi .
Aktiviti 1 : Penjelasan konsep nilai murni dan huraiannya.
Untuk melaksanakan aktiviti ini, saya telah menyediakan senarai lengkap nilai murni
dan huraiannya kepada setiap sampel. Sampel diberi penjelasan tentang konsep ini
melalui penggunaan ICT (“powerpoint”). Selain itu sampel juga disediakan senarai
lengkap yang ditampal di dalam buku log mereka. Senarai itu perlu dibaca setiap hari
untuk membolehkan mereka mentafsir maklumat yang terdapat di dalam petikan
nanti. Melalui cara ini, sampel akan dapat memahami sepenuhnya konsep nilai murni
yang perlu difahami sebelum dapat menulis ulasan yang berkualiti. Berikut adalah
senarai nilai murni dan huraian lengkap yang telah disediakan oleh saya di dalam
aktiviti 1 ini.
NILAI PERBUATAN / AKTIVITI / TINDAKAN /
FRASA
RAJIN Mengulang kaji pelajaran/mengemas rumah/buat
kerja rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan
kerja sekolah/buat latihan
TOLONG-MENOLONG Membantu ibu pergi ke kedai/membasuh
pinggan/mengajar rakan/memberi derma/ tolong
guru di sekolah/
37
38. BEKERJASAMA bergotong-royong / bermain dgn. bersungguh-
sungguh/ bermuafakat/berbincang/berganding
bahu bahu/berpadu tenaga/bersama-sama/bergilir-
gilir/bersepakat
BAIK HATI Memaafkan kesalahan/menolong
orang/menghulurkan derma/belanja kawan
makan/tidak berdendam
PEMURAH/ Memberi hadiah/menghulurkan derma/belanja
kawan makan/menolong/membantu/berkongsi…
MURAH HATI
bercakap benar/mengakui kesalahan/tidak
mengambil harta benda
JUJUR orang/memulangkan/menyerahkan/mengembalikan
melakukan tugas yang diberi oleh guru/ ibu
bapa/menyimpan rahsia/wang yang diamanahkan.
AMANAH
Menawarkan diri untuk melakukan sesuatu
perkara/ secara sukarela
RELA/SANGGUP
BERKORBAN
MENGHARGAI MASA Bangun awal/ membaca buku/mengulang kaji
pelajaran /mengemas rumah/buat kerja rumah/buat
jadual waktu belajar/menyiapkan kerja
sekolah/buat latihan
MENGHARGAI / Mengucapkan terima kasih/memuji kebaikan/
MEMBALAS JASA
memberikan hadiah/memberikan ganjaran/duit
PRIHATIN Menolong orang/menghulurkan
bantuan/menderma
/menyumbang/mengutipsampah di atas
lantai/menegur
BERDISIPLIN Mengenal diri dengan cara menerima dan
mematuhi peraturan dan undang-undang.
MENJAGA KEBERSIHAN Menjaga kebersihan
diri/rumah/sekolah/alam sekitar/menebas
rumput/membakar sampah
38
39. MENJAGA KESIHATAN Makan makanan berkhasiat/ makanan
seimbang/bersukan/berjoging/bermain
badminton
MENJAGA KESELAMATAN Berhati-hati/memeriksa
kenderaan/memandang ke kiri dan
kanan/memakai topi keledar
SEMANGAT PATRIOTIK Berdiri apabila mendengar lagu Negaraku/
melawat Tugu Negara/tempat bersejarah
TABAH/SABAR/ Tidak kecewa dengan
kematian/kesusahan/dugaan/diejek/dihina/di
CEKAL buli
PERAMAH/MUDAH MESRA Bertanya khabar/menyapa kawan
IKHLAS Menolak ganjaran/pemberian/melakukan
sesuatu tanpa mengharapkan balasan
KASIH SAYANG/ SIMPATI Memeluk anak/cucu kerana lama tak jumpa/
menghulurkan derma kepada orang miskin
RASIONAL Melakukan sesuatu setelah memikirkan
kebaikannya
TAAT / PATUH Mengikut arahan/nasihat ibu
bapa/guruMengikut peraturan
SEMANGAT Gotong-royong kenduri / ziarah jiran
BERMASYARAKAT/ sakitZiarah kematian – ucap takziahBeri
KEJIRANAN makanan kepada jiran / tolong jiran
BERTANGGUNGJAWAB Memulangkan harta benda orang /
melaksanakan tugas / menegur perbuatan
negatif
BERDIKARI Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa
mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh
kasut
KEBEBASAN Mengeluarkan pendapat dalam
perbincangan, mencadangkan sesuatu…
Merendah diri/tidak sombong/tidak
bermegah-megah/berkongsi kejayaan
BERSIKAP SEDERHANA
39
40. dengan ibu bapa/guru
BIJAKSANA /BIJAK BERFIKIR Bertindak dengan bijak / melakukan sesuatu
/BIJAK MEMBUAT setelah berfikir.
KEPUTUSAN
BERWAWASAN / BERCITA- Ingin berjaya dalam hidup / ingin mengubah
CITA TINGGI / BERJIWA nasib keluarga / melanjutkan pelajaran ke
BESAR menara gading/ ingin menjadi doctor
Berminat dan rela mengorbankan masa dan
tenaga dalam melakukan sesuatu yang
DEDIKASI berfaedah / bekerja dengan bersunggguh-
sungguh
Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa
mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh
BERDIKARI kasut
BERTOLERANSI / BERTOLAK Memaafkan kesalahan orang / bagi pinjam
ANSUR pensel kepada kawan/ tidak berasa marah
atas tindakan rakan / tidak mengambil hati
MEMPUNYAI JATI DIRI Tahan lasak / cekal hati / tabah menghadapi
cubaan/rintangan/kesusahan
BERANI Menyatakan kebenaran / tolong orang lemas
/ berlawan dengan penjahat / penjenayah
/ mempertahankan diri
HORMAT / MENGHORMATI Memberi salam / ucapan selamat/ menyapa
seseorang dengan baik / bangun apabila guru
masuk ke dalam kelas.
Aktiviti 2
Di dalam aktiviti ini, saya telah membimbing sampel tentang cara-cara hendak
menulis ulasan berdasarkan nilai-nilai murni yang disenaraikan. Sampel dibimbing
cara-cara menulis ayat yang betul. Penggunaan “kita mesti”, “kita hendaklah”, “kita
seharusnya” dan “kita perlu” didedahkan kepada sampel untuk membolehkan
mereka menulis ayat-ayat yang betul ketika membuat ulasan lengkap. Selain diberi
pendedahan, saya juga menyuruh sampel membina ayat-ayat berdasarkan nilai murni
40
41. yang saya berikan kepada mereka. Berikut adalah contoh-contoh ayat yang perlu
ditulis oleh sampel ketika membuat ulasan nilai murni. Saya telah membimbing
sampel menulis ayat-ayat yang sesuai berdasarkan petikan yang dibaca untuk
mengelakkan ulasan yang terpesong. Saya telah memberikan banyak latihan
membina ayat berdasarkan nilai murni yang didapati di dalam petikan.
Bil Nilai Murni Cara menulis Ayat
1. Hormat-menghormati Kita mesti hormat dan taat kepada ibu bapa /
guru / orang yang lebih tua.
2. Tolong-menolong / bantu- Kita perlu membantu ibu bapa meringankan
membantu beban rnereka.
Kita perlu membantu murid-murid / adik yang
lemah dalam pelajaran.
Kita perlu membantu orang yang menghadapi
kesusahan/ bermasalah
3. Bertanggungjawab Kita mesti bertanggungjawab menjaga
kebersihan kelas/ rumah / alam sekitar kita.
Kita mesti bertanggungjawab menyiapkan
kerja rumah yang diberikan.
Kita mesti menjadi seorang anak / murid yang
bertanggungjawab.
4. Menjaga kebersihan Kita mesti sentiasa menjaga kebersihan rumah
/ sekolah / tempat tinggal / diri sendiri
5 Menjaga kesihatan Kita mesti sentiasa menjaga kesihatan diri
dengan makan makanan berkhasiat
6 Mendengar nasihat Kita mesti mendengar nasihat guru / ibu bapa /
orang lain.
7 Hemah tinggi Kita mesti bergaul mesra dengan semua orang.
Kita mesti berbudi bahasa dalam pergaulan.
Kita mesti mengakui kesalahan diri serta
sanggup berubah.
8 Kasih sayang Kita mesti bersikap sayangkan diri sendiri /
orang lain.
Kita mesti bangga dan taat setia kepada negara.
9 Baik hati Kita mesti bersikap belas kasihan terhadap
kesusahan orang lain.
Kita mesti bertimbang rasa terhadap kesusahan
orang lain.
Kita mesti bermurah hati memberi bantuan
kepada orang lain.
41
42. Kita sanggup meminta dan memberi maaf
kepada orang lain.
10. Kita mesti bersikap adil membuat sesuatu
Keadilan perkara.
11. Bersopan santun Kita perlu bersopan santun kepada guru / ibu
bapa / rakan/ orang yang lebih tua.
12. Menghargai masa Kita mesti menghargai masa dengan
melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
13. Berjimat-cermat Kita perlu berjimat-cermat dengan wang /
bekalan air / bekalan elektrik.
14 rajin Kita perlu rajin membaca untuk lulus dengan
cemerlang.
15 Jujur Kita perlu bersikap jujur melakukan sesuatu
dengan tidak bercakap bohong.
16 Berhati-hati Kita merti berhati-hati pada setiap masa / di
jalan raya / semasa bekerja.
17 Kesyukuran Kita perlu bersyukur dapat hidup dengan aman.
Kita perlu mengenang jasa ibu bapa / guru kita.
18 Bertolak ansur Kita perlu bertolak ansur antara satu dengan
yang lain.
19 Berterima kasih Kita perlu mengucapkan terima kasih atas
bantuan yang diberikan.
20 Kejiranan Kita perlu bersikap kejiranan terhadap jiran
tetangga.
21 Kesederhanaan Kita perlu bersikap kesederhanaan pada setiap
masa.
22 Berdisiplin Kita mesti berdisiplin pada setiap masa.
23 Semangat patriotik Kita perlu cinta akan negara dan bersyukur
kerana negara kita aman damai.
Kita hendaklah berdiri tegak ketika
menyanyikan lagu “Negaraku”.
24 Berani Kita perlu bersikap berani menghadapi
cabaran/ masalah.
25 Mematuhi peraturan Kita mesti mematuhi peraturan pada setiap
masa.
26 Bekerjasama Kita perlu sentiasa bekerjasama melakukan
sesuatu kerja.
Aktiviti 3
42
43. Di dalam aktiviti 3, saya telah menyediakan latihan bertulis yang perlu dijawab oleh
sampel. Sampel dikehendaki menyatakan nilai murni berdasarkan ayat yaang telah
disediakan oleh saya. Didapati kebanyakan sampel kajian saya telah berjaya
menyenaraikan nilai-nilai murni berdasarkan ayat-ayat yang saya sediakan di dalam
lembaran kerja. Saya telah menggunakan pencapaian sampel di dalam aktiviti 3 ini
untuk melihat hasil dapatan tindakan 2.
Contoh latihan 1
Bil Penyataan Nilai murni
1 Setiap hari Ali membasuh sendiri pakaian
sekolahnya.
2 Setelah tiada kereta yang lalu barulah Abu
melintas jalan raya.
3 Mamat mengucapkan terima kasih kepada
pemuda yang menolongnya.
4 Samad menyerahkan dompet yang dijumpai di
tepi jalan kepada gurunya.
5 Azaha bangun tidur setelah jam locengnya
berbunyi.
6 Kasim menolong jirannya yang baru berpindah
rumah.
7 Setiap malam Ramli mengulangkaji pelajarannya
sehingga jam 11.00 malam.
8 Zuki berdiri tegak ketika menyanyikan lagu
“Negaraku”.
9 Asmara tidak memarahi adik lelakinya yang
selaku bersikap nakal itu.
10 Shamsudin berkongsi bekalan dengan rakannya
yang terlupa membawa wang ke sekolah.
Contoh Soalan Ujian
43
44. Keputusan Ujian Tindakan 2
Berikut merupakan keputusan pencapaian sampel kajian berdasarkan ujian yang
diadakan di akhir tindakan 2.
Bil Sampel Jawapan Peratus
Betul
1 1 16 80
2 2 14 70
3 3 16 80
4 4 20 100
5 5 20 100
6 6 16 80
7 7 18 90
8 8 20 100
9 9 16 80
10 10 20 100
11 11 14 70
12 12 20 100
13 13 16 80
44
45. 14 14 20 100
Markah/Purata 246/280 87.8
GRED
0
2
12
120
100
80
60
100 100 100 100 100 100
40 90
80 80 80 80 80
70 70
20
0
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 S11 S12 S13 S14
Rajah 6: Analisa Pencapaian Sampel Dalam Ujian Tindakan 2
Keputusan ujian tindakan 2 menunjukkan bahawa terdapat seramai dua belas
(85.7%) sampel telah berjaya mencapai tahap pencapaian cemerlang manakala dua
(14.3%) sampel lagi mencapai tahap baik. Seramai enam sampel kajian saya iaitu
sampel 4, sampel 5, sampel 8, sampel 10, sampel 12 dan sampel 14 telah berjaya
45
46. mendapat markah 100%. Ini menunjukkan tahap pemahaman mereka terhadap nilai
murni telah berada di tahap yang terbaik hasil tindakan yang telah dilakukan oleh
saya. Sampel berkenaan didapati telah memahami huraian tentang tentang konsep
nilai-nilai murni. Sampel 2 dan sampel 11 pula hanya berjaya mendapat masing-
masing 70%. Sampel ini didapati masih belum dapat memahami sepenuhnya konsep
nilai murni apabila disoal oleh saya. Saya akan terus menjalankan usaha-usaha
seterusnya untuk memastikan dua sampel ini dapat menguasai kemahiran ini.
Purata keseluruhan markah yang berjaya dicapai bagi ujian tindakan 2 adalah
87.8%. Purata ini merupakan peningkatan sebanyak 13.9% berbanding ujian
tindakan 1 yang diadakan sebelum ini. Peningkatan ini membuktikan bahawa
penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran saya telah berjaya. Sampel
kelihatan berasa lebih seronok ketika sesi pengajaran dilaksanakaan. Dapatan ujian
tindakan 2 ini membuktikan bahawa kaedah pengajaran menggunakan TMK adalah
kaedah yang paling berkesan untuk membantu meningkatkan kemahiran murid-
murid untuk mengesan dan menulis ulasan nilai-nilai murni.
Tindakan 3
“Kerap Jangan Tak Kerap”
Aktiviti ini melibatkan latih tubi menulis nilai murni dan telah dilaksanakan pada 29
Julai 2012 hingga 13 Ogos 2012. Teknik ini telah dijalankan selama 7 sesi sepanjang
tempoh dua minggu dan dilaksanakan selepas waktu sekolah.Melalui tindakan ketiga
ini, saya telah menyediakan beberapa set soalan yang berkaitan dengan latihan
menulis ulasan. Terdapat tiga langkah dalam tindakan 3 ini.
46
47. Dalam langkah pertama, sampel diminta membaca beberapa contoh ulasan
yang telah siap. Sebanyak lima set contoh jawapan telah disediakan untuk dibaca
oleh sampel. Dalam langkah kedua pula, sampel didedahkan dengan teknik
menggaris ayat-ayat yang mempunyai nilai murni, mengenalpasti nilai murni dan
seterusnya mencatat lima nilai murni di tepi petikan. Saya menggunakan tiga sesi
pengajaran untuk melatih sampel supaya menjadi mahir mengesan nilai murni yang
terdapat di dalam petikan yang dibaca.Akhir sekali, dalam langkah ketiga barulah
sampel dibimbing untuk menulis ulasan berdasarkan nilai-nilai murni yang telah
mereka senaraikan di dalam langkah kedua tadi. Sampel dibimbing langkah demi
langkah menulis ulasan sehinggalah selesai. Selain itu sampel juga dilatih menulis
ulasan berpandukan ayat yang tidak lengkap. Untuk tujuan pengukuhan, saya elah
menyediakan tujuh set petikan yang berbeza untuk membolehkan sampel membuat
latihan lanjutan bagi tujuan peneguhan kemahiran menulis ulasan.
47
49. 90
80
70
60
50
40 75 80 75 80
65 65 65 70 65 70
30 60 55 60 60
20
10
0
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 S11 S12 S13 S14
Rajah 6: Analisa Pencapaian Sampel Dalam Ujian Tindakan 3
Berdasarkan data di dalam jadual dan rajah di atas, didapati markah purata yang
berjaya dicapai oleh sampel kajian hanya 67.5 peratus sahaja. Pencapaian sampel
dalam ujian tindakan 3 didapati merosot. Ini adalah kerana sampel dikehendaki
menulis sendiri ulasan berdasarkan petikan yang disediakan. Seramai dua belas
sampel didapati tidak dapat menyenaraikan lima nilai murni yang terdapat di dalam
petikan. Namun begitu, sampel 5 dan sampel 14 yang masing-masing mendapat
markah 80 peratus didapati boleh menulis ulasan dengan baik.
Hasil dapatan daripada ujian tindakan 3 ini menunjukkan bahawa kebanyakan
sampel masih belum dapat menguasai sepenuhnya kemahiran mengesan dan menulis
ulasan nilai-nilai murni. Sebagai contohnya sampel 6 hanya berjaya menyenaraikan
tiga nilai murni sahaja ketika ujian tindakan 3 ini dijalankan. Lain-lain nilai murni
yang dinyatakan oleh sampel 6 didapati tidak betul. Sampel 6 perlu dibimbing
dengan lebih giat lagi untuk membolehkannya mengesan nilai murni yang tepat
selepas ini. Di samping itu juga saya dapati sampel 6 kerap tidak masuk ke kelas
kajian saya. Selain itu, sampel 6 juga ada beberapa kali tidak menyiapkan latihan
yang diberikan oleh saya. Situasi ini berbeza jika dibandingkan dengan semangat
49
50. yang ditunjukkan oleh sampel 4, sampel 5, sampel 9, sampel 12 ,sampel 13 dan
sampel 14. Keenam-enam sampel ini telah menunjukkan minat yang tinggi ketika
disuruh membuat latihan yang saya berikan. Sebab itulah enam sampel ini telah
berjaya mencapai markah yang tinggi dan hampir tinggi ketika sesi Tindakan 3 ini
dujalanka. Oleh yang demikian, saya akan terus menjalankan usaha-usaha untuk
memastikan sampel kajian yang lemah ini dapat terus dibimbing untuk meningkatkan
pencapaian mereka.
Kaedah Pengumpulan Data
Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan
untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan
alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal
selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, saya dapat mengamati sesuatu tingkah
laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti.
Saqya berperanan sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku,
mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.
Dengan menggunakan kaedah ini, saya perlu memerhati sampel-sampel dalam
tempoh masa yang tententu. Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya
apabila penyelidik mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial,
misalnya mengkaji perkembangan tingkah laku kanak-kanak, kesan kesesakan
terhadap kecenderungan pemberontakan, kesan kebisingan terhadap tingkah laku
50
51. agresif dan kebimbangan di kalangan individu yang menghadiri temuduga. Kaedah
pemerhatian juga sering digunakan dalam penyeliaan praktikum kaunseling dan
latihan mengajar di kalangan kaunselor dan guru pelatih.
Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang
baik dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan
secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul.
Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai. Menurut Kerlinger
(1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu kategori tingkah laku, unit
tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta
pensampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri
tingkah laku yang perlu diperhati dan direkodkan. Tingkah laku saling berkaitan
antara satu sama lain. Tingkah laku yang berkait dan berlaku berterusan ini perlu
dikategorikan ke dalam golongan yang eksklusif. Dengan kata lain, semua
kemungkinan tingkah laku yang berlaku seharusnya upaya dikenal pasti dan tidak
bertindan antara satu sama lain. Sistem pengkodan kategori tingkah laku oleh
Flanders (1974) adalah satu contoh kaedah merekod maklumat yang melalui kaedah
ini proses merekod maklumat dapat dilakukan dengan mudah dan tepat.
Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod pemerhatian, semakin
senang tingkah laku tersebut diperhati dan direkodkan. Penggunaan unit tingkah laku
yang kecil akan meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pemerhatian. Selain
itu, paras tafsiran pemerhati juga akan mempengaruhi ketepatan maklumat mengenai
tingkah laku yang diperhatikan. Kesukaran mengadakan piawaian dalam paras
tafsiran pemerhati sering menjejaskan ketepatan dan kesempurnaan data yang
diperoleh.
51
52. Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu tingkah
laku kerana sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk penyelidikan tertentu
sahaja, sementara sesetengah yang lain boleh digunakan dalam pelbagai
penyelidikan. Selain isu mengenai generalisasi ini, isu yang lain ialah pensampelan
tingkah laku. Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan
agak mustahil penyelidik dapat memerhati tingkah laku tersebut secara berterusan.
Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik mestilah membuat pensampelan sama
ada pensampelan tingkah laku atau pun pensampelan masa. Persampelan tingkah
laku merujuk kepada jenis kejadian yang hendak dijadikan sampel, sementara
pensampelan masa pula merujuk kepada perwakilan masa yang dapat mewakili masa
berlakunya tingkah laku yang diperhati.
Temu bual
Temu bual adalah lagi satu kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam
penyelidikan kualitatif termasuk penyelidikan tindakan. Bagaimana pun, perlu
ditegaskan bahawa teknik temu bual juga digunakan dalam pengutipan data dalam
penyelidikan kuantitatif. Contohnya, guru menemu bual murid-murid yang didapati
kerap tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi.Teknik temu bual boleh dijalankan
di dalam bilik darjah. Temu bual melibatkan perbualan antara penyelidik dengan
guru atau murid bagi tujuan mendapatkan maklumat yang relevan dengan kajian.
Dalam penyelidikan tindakan guru selaku penyelidik, akan menemu bual murid
tentang sikap, minat, perasaan, konsepsi, pengetahuan, pendapat atau pemahaman
mereka tentang pengajaran yang dilalui. Guru mungkin menemu bual mereka
52
53. sebelum, semasa atau di akhir pengajaran atau mana-mana kombinasi yang didapati
sesuai.
Melalui temu bual, data yang diperoleh daripada pemerhatian dapat
diperkukuh dan diperlengkapkan. Ini dimaksudkan sebagai “triangulasi” yang
bertujuan untuk mengesah data atau maklumat yang diperoleh.
Data-data yang dikumpulkan di dalam kajian tindakan ini adalah
berdasarkan markah-markah yang didapati di dalam beberapa siri ujian yang
dijalankan oleh saya melalui ujian diagnostik, ujian pra dan ujian pos. Data-data
yang didapati ini dianalisis dari setiap aspek untuk mengesan sebarang peningkatan
pencapaian sampel yang dijadikan bahan kajian ini. Data-data yang didapati di
dalam ujian berkenaan akan dibuat perbandingan berdasarkan angka-angka dengan
prestasi sebenar sampel.
Data yang berjaya saya kumpulkan itu dipersembahkan dalam bentuk
jadual dan rajah. Berdasarkan data-data yang berjaya dikumpulkan itu saya membuat
analisis secara terperinci bagi setiap sampel yang menjadi bahan kajian saya. Data-
data yang dianalisis itu boleh dijadikan ukuran adakah tindakan yang saya lakukan
terhadap sampel itu berjaya atau sebaliknya.
DAPATAN DAN REFLEKSI
53
54. ANALISIS DATA
Perbandingan Pencapaian Dalam Ujian Tindakan 1, Tindakan 2 dan Tindakan 3.
Jadual 7: Rekod pencapaian ujian tindakan 1,2 dan 3.
BIL SAMPLE T1 T2 T3 PURATA
1 S1 75 80 65 73.3
2 S2 77.5 70 60 69.2
3 S3 70 80 65 71.6
4 S4 75 100 75 83.3
5 S5 82.5 100 80 83.3
6 S6 70 80 55 68.3
7 S7 65 90 60 71.6
8 S8 80 100 65 81.6
9 S9 85 80 70 78.3
10 S10 62.5 100 60 74.2
11 S11 70 70 65 71.6
12 S12 72.5 100 75 85.8
13 S13 70 80 70 78.3
14 S14 80 100 80 86.6
PERATUS 73.9% 87.8% 67.5% 76.4%
KESELURUHAN
120
100
80
60
40
20
0
Tindakan 1
Tindakan 2
Tindakan 3
54
55. 100 87.8
73.9 76.4
80 67.5
60
40
20
0
TINDAKAN 1 TINDAKAN 2 TINDAKAN 3 PURATA
Rajah 5: Purata markah dalam ujian Tindakan 1, Tindakan 2 dan Tindakan 3.
Jadual 7 menunjukkan data-data yang dikumpul daripada keputusan Ujian
Tindakan 1, Ujian Tindakan 2 dan Ujian Tindakan 3. Didapati semua sampel telah
mengalami peningkatan di dalam ujian yang saya jalankan itu. Dalam Ujian
Tindakan 1, saya dapati semua sampel telah mengalami peningkatan pencapaian di
mana tiada lagi sampel yang berada di tahap pencapaian lemah sebagaimana ketika
menduduki ujian diagnostik dahulu. Ketika Ujian Tindakan 1 diadakan, markah
purata yang berjaya dicapai oleh sampel kajian saya ialah 73.9 peratus.Semua sampel
telah berada pencapaian memuaskan. Markah-markah yang diperolehi oleh mereka
adalah di antara 6 hingga 10 . Peningkatan ini sungguh membanggakan saya kerana
saya dapati para sampel telah mula mengingati nilai-nilai murni yang sepatutnya
dihafal oleh setiap murid sekolah rendah. Berdasarkan pemeriksaan kertas jawapan
ujian tindakan 1, saya dapati kebanyakan sampel boleh menyenaraikan di antara 10
hingga 15 nilai murni yang perlu dituliskan pada kertas jawapan. Oleh yang
demikian, saya akan meneruskan strategi untuk memastikan sampel menghafal nilai-
nilai murni sepenuhnya.
Peratus pencapaian markah keseluruhan sampel bagi ketiga-tiga ujian ialah 76.4
peratus. Pencapaian ini menunjukkan bahawa objektif pertama saya iaitu
55
56. meningkatkan kemahiran murid mengingat , mengesan dan menulis ulasan nilai-nilai
murni di kalangan murid tahun enam telah berjaya dicapai. Namun begitu saya masih
perlu menggiatkan usaha-usaha lain untuk memastikan sampel kajian saya benar-
benar menguasai kemahiran mengingat, mengesan dan menulis ulasan nilai murni.
Saya perlu meminta sampel menghafal semula senarai nilai murni yang perlu diingat
oleh setiap murid di sekolah rendah khasnya untuk murid tahap dua. Saya
berpendapat selagi senarai nilai murni gagal diingat sepenuhnya, selagi itulah murid-
murid gagal menjawab dengan cemerlang soalan bahagian C ini.
UJIAN POS
Ujian pos telah dijalankan oleh saya pada 18 Oktober 2012. Ujian pos
merupakan ujian akhir untuk menilai pencapaian akhir sampel kajian saya.
Keputusan ujian pos ini akan digunakan oleh saya untuk menilai keberkesanan
kaedah pengajaran yang digunakan oleh saya ketika menjalankan penyelidikan
tindakan ini. Kesemua sampel telah diuji menggunakan soalan yang diambil
daripada ujian akhir tahun. Para sampel telah diasingkan daripada murid-murid lain
untuk mengelakkan sebarang gangguan ketika mereka menjawab soalan ujian pos
ini. Saya meminta para sampel menjawab soalan sebaik mungkin untuk
56
57. membolehkan mereka mendapat markah yang setinggi mungkin. Di dalam ujian ini
didapati sampel telah berusaha menjawab soalan yang diberikan dengan penuh teliti.
Saya sungguh berpuashati dengan kerjasama yang diberikan oleh para sampel.
Gambar 4: Sampel sedang menjalani ujian pos.
Jadual 8: Markah dan peratus pencapaian ujian pos
BIL NAMA MARKAH PERATUS GRED
1 S1 12 60 B
2 S2 14 70 B
3 S3 14 70 B
4 S4 16 80 A
5 S5 16 80 A
6 S6 12 60 B
7 S7 11 55 C
8 S8 13 65 B
9 S9 13 65 B
10 S10 13 65 B
11 S11 14 70 B
12 S12 16 80 A
13 S13 13 65 B
14 S14 16 80 A
PURATA PENCAPAIAN 68.9%
KESELURUHAN
57
58. 90 80 80 80 80
80
70 70 65 70 65
70 60 65 65
60 55
60
50
40
30
20
10
0
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 S11 S12 S13 S14
Rajah 7 : Peratus Pencapaian sampel dalam ujian pos
Rajah 7 di atas menunjukkan markah pencapaian sampel dalam ujian pos yang
dijalankan dijalankan oleh saya untuk melihat pencapaian akhir sampel setelah tiga
jenis tindakan selesai dijalankan. Berdasarkan keputusan ujian pos didapati peratusan
keseluruhan markah pencapaian sampel adalah 68.9 peratus. Purata markah bagi
ujian pos didapati telah meningkat berbanding Ujian Tindakan 3 tetapi lebih rendah
berbanding Ujian Tindakan 2. Ketika ujian pos dijalankan, saya menggunakan soalan
percubaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2012.
Seramai empat sampel iaitu sampel 4, sampel 5, sampel 12 dan sampel 14
telah berjaya mendapat markah 80 peratus. Keempat-empat sampel ini didapati telah
berjaya menyenaraikan lima nilai murni yang terdapat di dalam petikan. Mereka
juga boleh menulis ulasan dengan cemerlang.
Sampel 2, sampel 3 dan sampel 11 pula berjaya mendapat markah 70 peratus.
Ketiga-tiga sampel ini hanya berjaya menyenaraikan empat nilai murni yang didapati
di dalam petikan. Ayat-ayat yang dibina pula dalam tahap pencapaian baik.
Terdapat juga sampel yang mendapat markah di antara 60 hingga 65 peratus.
Sampel-sampel berkenaan ialah sampel 1, sampel 6, sampel 8, sampel 9, sampel 10
dan sampel 13. Saya dapati sampel-sampel berkenaan berjaya menyenaraikan nilai
murni tetapi ulasan yang ditulis kurang tepat dengan perkara yang terdapat di dalam
58
59. petikan. Oleh yang demikian mereka gagal mendapat markah yang tinggi. Manakala
sampel 7 pula mempunyai masalah tidak dapat mengesan nilai murni. Dia hanya
dapat menyenarai 2 nilai murni sahaja ketika menulis ulasan. Nilai-nilai murni lain
yang diberi didapati kurang tepat. Sampel ini juga didapati masih tidak dapat ingat
sepenuhnya 40 nilai murni yang terdapat didalam carta nilai murni.
Analisa Perbandingan Pencapaian Ujian Pos dan Ujian Pra
Jadual 9: Perbandingan markah ujian pra dan ujian pos
BIL NAMA PRA 3 UJIAN POS PENINGKATAN
MARKAH % MARKAH % PENCAPAIAN
MARKAH
1 S1 14 70 17 85 15
2 S2 13 65 17 85 20
3 S3 14 70 16 80 10
4 S4 14 70 16 80 10
5 S5 14 70 15 75 5
6 S6 13 65 17 85 20
7 S7 13 65 15 75 10
8 S8 13 65 17 85 20
9 S9 12 60 13 65 5
10 S10 14 70 16 75 5
11 S11 12 60 14 70 10
12 S12 13 65 15 75 10
13 S13 14 70 17 85 15
14 S14 15 75 16 80 5
JUMLAH MARKAH 188 221 33
59
60. 230
221
220
210
188
200
190
180
170
UJIAN PRA UJIAN POS
Rajah 9 :Perbezaan jumlah markah di antara dua ujian
Jadual 9 dan Rajah 10 menunjukkan perbezaan markah pencapaian
sample dalam ujian pra dan ujian pos. Markah keseluruhan sampel yang berjaya
dikumpul di dalam ujian pra ialah 188. Ketika ujian pos dijalankan, telah berlaku
peningkatan markah keseluruhan kepada 221. Peningkatan markah yang berlaku
adalah sebanyak 33 markah. Peningkatan ini merupakan satu keputusan positif di
dalam kajian tindakan yang saya jalankan ini. Saya dapati sampel telah benar-benar
faham tentang cara-cara menulis nilai murni.
60
61. 90 85 85 85 85 85
80 80 80 80
80 75 75 75 75
70 70 70 70 70 70 70
70 65 65 65 65 65 65
60 60
60
50
40
30
20
10
0 Ujian pra
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 S11 S12 S13 S14
Rajah 10: Perbandingan markah ujian pra dan ujian pos
Kajian yang saya jalankan ini menunjukkan peningkatan yang
memberangsangkan. Hasil dari segi pelaksanaan yang telah saya jalankan didapati
sample telah menguasai kemahiran mengesan nilai murni di dalam teks yang dibaca
dengan baik. Buktinya, pencapaian sampel dalam ujian pos juga menunjukkan
peningkatan yang amat ketara.
Berdasarkan ketiga-tiga strategi yang dujalankan, strategi “Mari Hafal Nilai
Murni” telah dikuasai oleh sampel . Hal ini kerana, aktiviti kumpulan yang
dijalankan dapat menarik minat sampel untuk melaksanakan aktiviti dengan
bersungguh-sungguh. Tambahan pula aktiviti ini dilakukan dengan pelaksanaan
ganjaran di mana saya memberikan hadiah kepada sample yang paling banyak dapat
menyenaraikan nilai-nilai murni dalam tempoh yang ditetapkan.
61
62. Perbandingan Kesesuaian Kaedah Pengajaran
100
87.8
90
80 73.9
67.5
70
60
50
40
30
20
10
0
TINDAKAN 1 TINDAKAN 2 TINDAKAN 3
Rajah 7: Purata markah pencapaian mengikut kaedah pengajaran
Rajah 7 di atas merupakan purata markah pencapaian sampel di dalam tiga ujian
yang dijalankan dalam tindakan 1, tindakan 2 dan tindakan 3. Saya telah
menjalankan kaedah yang berbeza di setiap tindakan. Saya menggunakan kaedah
menghafal di dalam tindakan 1. Didapati pencapaian keseluruhan dalam ujian
tindakan 1 ialah 73.9 peratus. Ketika melaksanakan tindakan 2, saya telah
menggunakan kaedah pengajaran berasaskan TMK. Purata markah pencapaian
sampel telah meningkat kepada 87.8 peratus. Pencapaian ini menunjukkan kaedah
yang sesuai digunakan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam mengingat,
mengesan dan menulis nilai murni ialah kaedah pengajaran berasaskan TMK. Ini
adalah kerana murid didapati lebih aktif, seronok dan bermotivasi ketika belajar.
Oleh yang demikian, maka kaedah ini wajar selalu digunakan oleh semua guru untuk
meningkatkan pencapaian murid masing-masing.
62
63. KESIMPULAN
Implikasi Kajian
Kajian yang dijalankan ini menunjukkan bahawa telah berlaku peningkatan
pencapaian yang memberangsangkan.Peningkatan pencapaian tersebut dapat dilihat
melalui dapatan kajian yang dilakukan. Peningkatan pencapaian yang berlaku adalah
hasil kreativiti yang saya lakukan dala setiap tindakan.
Berdasarkan kepada ketiga-tiga tindakan yang dijalankan, tindakan kedua
iaitu “MAHANIMU” didapati berkesan kerana kaedah ini telah membantu sampel
kajian saya lebih mengingati nilai-nilai murni. Setelah senarai nilai murni dihafal
barulah murid boleh mengesan dan menyenaraikannya berdasarkan petikan yang
dibaca. Oleh yang demikian, para guru perlulah menyuruh murid-murid di dalam
kelasnya menghafal 40 nilai murni ini ketika murid berada di tahun empat lagi untuk
memastikan mereka boleh menjawab soalan di bahagian C dengan cemerlang.
Pelaksanaan tindakan yang kedua iaitu “Faham Konsep Anda OK” telah
memberi kefahaman yang lebih kepada sampel kerana sampel telah boleh
mengaitkan ayat dengan nilai-nilai murni yang terdapat di dalam ayat. Kaedah yang
dijalankan oleh saya menggunakan TMK didapati telah menyebabkab sampel kajian
mudah faham tentang konsep nilai murni berbanding cara biasa yang digunakan oleh
guru. Oleh itu para pendidik perlu menggunakan ICT untuk membantu mereka
mengajar dengan lebih berkesan dan disukai oleh murid.
63
64. “Kerap Jangan Tak Kerap” yang merupakan tindakan ketiga saya berbentuk
latih tubi terancang pula didapati telah memberi peluang kepada sampel tentang
teknik yang betul menulis ulasan lengkap. Melalui kaedah ini, sampel telah dilatih
membaca dahulu petikan sehingga faham, menggaris ayat yang mempunyai kaitan
dengan nilai murni, menyenarai lima nilai murni dan seterusnya barulah mula
menulis ulasan lengkap dalam satu perenggan. Sampel yang dilatih menggunakan
beberapa set contoh petikan berkaitan nilai-nilai murni didapati semakin mahir
menulis ulasan apabila latihan diberi kepada mereka. Oleh itu para guru perlu
menggunakan kaedah latih tubi untuk memahirkan murid-murid melakukan sesuatu.
Cadangan Penambahbaikan
Cadangan yang saya jalankan telah berjaya dilaksanakan dan setiap tindakan yang
digunakan telah membantu sampel untuk menangani masalah mengesan nilai murni
di dalam petikan dan menulis ulasan.Namun demikian, terdapat cadangan
penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pengkaji seterusnya berkaitan dengan
masalah pembinaan ayat berdasarkan gambar ini.
Model yang saya gunakan sewaktu menjalankan kajian ini ialah Model
Kajian Kemmis & Mc Taggard (1988). Saya dapati penggunaan satu gelung kajian
sahaja telah memadai untuk meningkatkan keupayaan sampel dalam mengesan dan
menulis ulasan nilai murni.Namun demikian, pengkaji boleh meneruskan kajian
mereka dengan mengambil tindakan susulan iaitu gelungan kedua jika dapatan yang
diperolehi tidak memuaskan atau tidak berjaya.
64
65. Sementara itu, para pengkaji boleh menggunakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) seperti video, audio,internet, laman sesawang dan pelbagai lagi
pelaksanaan tindakan yang dirancang. Melalui kajian yang dijalankan, hanya
bahanbahan maujud dijadikan sebagai Bahan Bantu Mengajar(BBM). Penggunaan
BBM yang maujud ini bukan bermaksud tidak berkesan dalam pengajaran, namun
dengan penggunaan medium TMK dalam kajian, satu inovasi dalam pendidikan akan
berjaya dilaksanakan.
Saya telah menggunakan kaedah pengajaran beramai-ramai. Kaedah
pengajaran ini sememangnya memudahkan guru. Namun begitu, faktor tahap
kognitif sampel yang berbeza-beza menyebabkan isi pengajaran dan pembelajaran
agak terganggu. Sampel yang lemah telah mengganggu konstrentasi sampel lain
untuk belajar. Pada masa akan datang, para pengkaji boleh menggunakan kaedah
pembelajaran secara berpasangan. Sampel yang lemah akan dibimbing oleh guru dan
seorang lagi sampel yang agak cemerlang.
Cadangan Kajian Lanjutan
Kajian lanjut yang dicadangkan ialah agar pengkaji seterusnya dapat menggunakan
responden dalam jumlah yang lebih besar serta datang dari pelbagai jenis kelas yang
memilki kognitif yang berbeza. Hal ini akan memberikan hasil dapatan yang lebih
menyeluruh serta dapat mewakili pelbagai latar belakang sampel sama ada dari segi
kelas sosial atau tahap pencapaian murid.
65