SlideShare a Scribd company logo
Isu pendidikan di Negara kita sering kali menarik perhatian masyarakat ramai apatah
lagi apabila ia melibatkan persoalan nilai, moral dan salah laku dalam kalangan warganya
terutamanya guru. Paparan isu dan masalah tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru
sering kali dilaporkan tidak kira melalui media cetak atau media elektronik brbanding jasa dan
khidmatnya. Paparan isu ini sering kali dijadikan isu yang hangat dan menjadi topik
perbincangan masyarakat di seluruh Malaysia secara amnya dan di seluruh dunia secara
khususnya. Pelbagai masalah yang melibatkan etika perguruan sering dilaporkan melibatkan
beberapa kes tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru dalam segala hal seperti kes
rasuah, gangguan seksual, gangguan emosi terhadap murid, dera dan sebagainya.
Profesion perguruan merupakan profesion mulia dan mempunyai kehebatannya yang
tersendiri bagi melahirkan masyarakat yang agung. Sejarah telah membuktikan betapa
golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya
sesuatu bangsa dan negara. Tugas guru bukanlah sekadar mengajar subjek mata pelajaran
sahaja di dalam kelas, namun pada hakikatnya tugas guru merangkumi semua aspek
perkembangan murid iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Pekerjaan guru
merupakan sebuah pekerjaan yang profesional. Menurut Lieberman, 1956 sesuatu profesion
yang sebenar adalah suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran
intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati
autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusial
perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal
yang berkaitan dengan pendidikan. Sementara itu, menurut Kamus Dewan pula, ‘profesion’
adalah suatu bidang pekerjaan khas yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta
kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.
“ Guru Mencabul Emosi Murid “ merupakan satu ungkapan yang sangat popular buat
masa sekarang ini. Ungkapan “ guru mencabul emosi murid “ membawa maksud sebarang
tingkahlaku atau respon guru kepada murid yang akan menimbulkan kesan negatif terhadap
murid-murid sehingga meninggalkan kesan buruk terhadap pembelajarannya di dalam bilik
darjah. Kesan-kesan itu seperti kemurungan, menyembunyikan diri dari kawan-kawan sebaya
lain, tekanan dan mendiamkan diri sepanjang waktu. Menurut conle ( 1986 ), bahawa setiap
peringkat darjah, pelajar-pelajar pernah berpengalaman mengalami tekanan atau gangguan
emosi dari tingkahlaku guru dalam persekitaran bilik darjah. Kajian orang ramai mendapati 50
hingga 60 % pada sekurang-kurangnya sebuah sekolah menyatakan berpengalaman
mengalami masalah psikologi dan trauma ( Hyman & Snook, 1999 ) dan serangan emosi ini
berlaku disebabkan oleh diskriminasi, interaksi lisan dan bukan lisan, gred pemarkahan latihan,
dan layanan buruk dari guru.
Pencabulan emosi guru kepada murid tertumpu pada tiga perkara utama iaitu
melibatkan, fizikal, emosi dan seksual murid. Berasaskan tiga komponen inilah ramai pengkaji
membuat definisi terhadap pencabulan emosi secara umum dan spesifik. Menurut Kamus
Dewan, penderaan bermaksud perbuatan mendera. Penderaan ini boleh diklasifikasikan
kepada 3 jenis, antaranya ialah penderaan fizikal, penderaan emosi dan penderaan seksual.
Pencabulan atau penderaan fizikal ke atas murid bermaksud, tindakan guru ke atas murid yang
melibatkan perbuatan seperti memukul atau mendera murid. Tindakan ini menyebabkan murid-
murid akan berasa takut dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Murid
angkur dan patuh kepada guru bukan kerana minat belajar tetapi kerana takutkan guru yang
bengis dan suka memukul . Ini tidak meninggalkan kesan yang positif terhadap murid-murid itu.
Murid-murid juga tidak akan menghormati guru itu tetapi cuma sekadar takut pada guru itu.
Semua perbuatan yang dilakukan oleh murid seperti menyiapkan semua kerja rumah, dengar
arahan, rajin dan patuh adalah kerana takut semata-mata dan bukannya kerana ikhlas
menumpukan perhatian terhadap pelajaran atau menghormati guru itu. Tidak salah guru
memukul murid sebagai pengajaran tetapi terdapat segelintir guru seperti terikut-ikut dan suka
melakukan perbuatan memukul murid-murid tanpa sedikitpun rasa belas kasihan.
Ini dapat dibuktikan dengan pelbagai kes-kes yang menjadi bualan masyarakat kita
khasnya dan pernah mendapat perhatian dan litupan dari pihak media pada suatu masa dahulu.
Contohnya, kejadian 22 murid ditampar oleh guru besar Tuaran, Sabah serta tujuh pelajar lelaki
Sekolah Menengah Kebangsaan Long Lama di Baram, dipukul oleh warden dengan rotan
sebanyak 10 hingga 20 kali kerana mengotorkan kawasan asrama. Antara kes lain termasuklah
guru di Sarawak yang merendam 200 pelajar wanita di kolam ikan separas leher pada waktu
hujan dan kilat berikutan seorang daripada mereka enggan mengaku membuang tuala wanita
ke dalam mangkuk tandas di asrama. Dalam satu kes lain seorang guru Bahasa Inggeris yang
memukul tiga murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Sanai, Padang Terap, Kedah dengan
kasut tumit tinggi, dikenakan tindakan disiplin oleh Lembaga Tatatertib kerana tindakannya
dianggap melampau dan melanggar peraturan serta garis panduan menghukum pelajar yang
ditetapkan Kementerian Pelajaran.
Di Sik, Kedah, seorang bapa mendakwa anaknya, murid Tahun Enam Sekolah
Kebangsaan Lubuk Merbau ditendang oleh guru agamanya kerana bangun dari tempat duduk
untuk mengambil kotak pensil yang terjatuh. Menurut Abdul Rashid Hussain, 50, penoreh getah
dari Kampung Kuala Beris di sini, berkata perbuatan guru itu tidak boleh diterima kerana
menegur menggunakan kaki sehingga menyebabkan anaknya kesakitan. Beliau mendakwa
guru itu menendang anaknya dua kali di depan 40 orang murid ketika kelas agama Islam. Kes
lain, Di Dungun, seorang murid lelaki tahun dua di Jerangau mendakwa guru muzik
melondehkan seluarnya hingga ke paras lutut di depan rakan sekelasnya. Mohammad Hakkiem
Zulkifli, 8, berkata guru muzik itu bertindak demikian berkemungkinan sebagai hukuman dia
tidak membawa buku latihan. November 2010, kita sekali lagi dikejutkan dengan berita yang
berlaku di Pasir Mas, Kelantan apabila 11 pelajar didapati melecur akibat tindakan melampau
seorang guru menggunakan seterika panas bagi mengejutkan mereka supaya menunaikan
solat Subuh. Menurut Muhammad Al-Hakim, salah seorang mangsa, biasanya mereka akan
bangun pukul 6 pagi untuk bersiap menunaikan solat Subuh. Bagaimanapun, pada hari
tersebut, sebahagian besar pelajar di dalam dom asrama itu nyenyak tidur.
Kita semua ketahui dan memahami semua perbuatan guru-guru itu mungkin di luar
kawalan minda mereka ataupun niat guru tersebut itu adalah baik untuk memastikan kejayaan
murid-murid dalam pelajaran namun tindakannya adalah melampau dan tidak relevan. Terdapat
banyak lagi cara dan kaedah yang boleh dilakukanoleh guru-guru tersebut dan bukannya
bertindak ganas sebegitu. Tindakan-tindakan itu semua jelas merupakan sejenis penderaan
fizikal dan tidak wajar dilakukan oleh seorang guru yang mempunyai latihan ikhtisas.
Mengapakah guru-guru itu semua bertindak sebegitu ? Dimanakah hilangnya etika kesopanan
yang harus diamalkan oleh guru dalam mencerminkan profesionnya yang mulia?. Apakah
punca yang menyebabkan guru tergamak melakukan kesalahan mendera pelajar? Ini perlulah
difikirkan oleh semua pihak kerana mungkin juga tindakan yang diambil oleh guru itu betul
ataupun terjadi secara luar kawalan kerana masalah-masalah yang tertentu.
Emosi murid-murid juga boleh terganggu kerana disebabkan oleh penderaan emosi dari
guru terhadap mereka. Segelintir guru mungkin secara tidak sengaja bertindak tidak adil atau
pilih kasih di kalangan murid-murid mereka. Perbuatan sebegini akan menimbulkan rasa tidak
puas hati dikalangan murid-murid. Perasaan-perasaan yang tidak sihat seginilah yang
menimbulkan emosi yang tidak baik dikalangan murid-murid. Selain itu seseorang guru tidak
boleh dipisahkan dengan sifat penyayang dan pandai memujuk. Guru-guru yang sombong dan
bengis akan tidak disukai oleh murid-murid malahan akan dijauhi. Murid-murid tidak sukan
dengan guru-guru yang bersifat pasif sebegitu. Selain itu personaliti guru itu juga akan
membantu guru itu meraih perhatian dikalangan murid-murid. Murid-murid suka guru-guru yang
kemas dan segak ataupun guru-guru yang cantik dan juga menawan. Kalau semua itu tidak
dapat dijayai oleh guru-guru, sudah pasti murid-murid akan berasa bosan dan terganggu
emosinya serta tidak dapat menumpukan perhatian sebaiknya terhadap pelajarannya bersama
guru itu.
Penderaan yang ke tiga ialah penderaan seksual. Penderaan seksual juga boleh
menimbulkan gangguan emosi dikalangan murid-murid. Penderaan seksual merujuk segala
bentuk aktiviti seksual yang mempunyai tujuan memenuhi nafsu seks orang dewasa, melalui
pornografi, gambar, perakam suara, filem, perakam video atau mengeksplotasi bahagian sulit
kanak-kanak. Penderaan seksual melibatkan kanak-kanak adalah dengan cara mencabul
kehormatannya, dirogol dan dipaksa melacur. Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991
mentakrifkan bahawa seseorang yang terlibat dalam kes penderaan seksual kanak-kanak
adalah apabila dia mengambil bahagian sama ada sebagai peserta atau pemerhati dalam apa-
apa altiviti yang bersifat seks bagi maksud apa-apa bahan, fotograf, rakaman, filem, pita video
atau persembahan yang bersifat pornografi, lucah atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang
bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.
Manakala mengikut Riley (1991) dalam Khaidir Hj.Ismail el.al (2008),penderaan seksual
diertikan sebagai ekshibiosionisme iaitu memperlihatkan organ genital, voyeurisme yang
bermaksud mengintai aktiviti seksual dan kanak- kanak yang berbogel,fellatio yang bermaksud
rangsangan oral kepada zakar, liwat iaitu penerobosan zakar melalui anal dan yang terakhir
pederastry melibatkan pendera homoseksual dengan kanak- kanak.Jadi sudah jelas maksud
penderaan seksual itu. Apapun yang mendukacitakan perkara ini berlaku dalam masyarakat
kita pada hari ini. Sebagai contoh isu gangguan seksual iaitu guru disiplin cabul murid sebelum
rotan yang dilaporkan oleh Harian Metro yang bertarikh 4 Mac 2011 telah menjadikan isu ini
semakin hangat diperkatakan disegenap lapisan masyarakat. Berdasarkan isu gangguan
seksual yang dilakukan oleh guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah,
Ampang iaitu Megat Ismazi Ismail, 48 tahun. Guru tersebut telah didakwa mencabul
kehormatan dengan meletakkan tangannya di atas dada kesemua pelajar tersebut di dalam bilik
guru disiplin antara jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi pada 25 Februar 2011. Guru tersebut telah
melanggar kod etika perguruan dengan membuat gangguan seksual ke atas muridnya. Isu
gangguan seksual yang dilakukan oleh guru ini semakin berleluasan dari hari ke hari
Kalau kita fikirkan, mengapa ini semua terjadi. Kita tidak boleh memandang sinis dan
serong terhadap semua guru di Malaysia. Segelintir kecil sahaja yang melakukan semua
perbuatan terkutub ini. Oleh itu tidak wajar kalau semua pihak menunding jari dan meletakkan
kesalahan kepada semua guru. Kita perlu bincang punca kenapa semua ini terjadi dan barulah
dapat mencadangkan pendekatan yang sesuai bagi mewujudkan persekitaran yang positif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor utama yang menyebabkan berlakunya
perbuatan tidak wajar dari pihak guru-guru ialah kerana tekanan bebanan kerja yang berat.
Menurut Kamus Dewan (1999), tekanan membawa maksud sesuatu desakan atau
paksaan yang diterima seseorang. Manakala kamus Oxford Advanced Learner’s (1983)
mendefinisikan tekanan atau dalam bahasa inggerisnya stress sebagai pressure, condition
causing hardship, disquiet. Seyle (1964) adalah orang yang pertama mengunakan terma
‘tekanan’ mendefinisikannya sebagai satu set fizikal dan psikologikal yang bertindak balas
kepada keadaan dan pengaruh yang sebaliknya. Manakala Kyriacou & Sutcliffe (1978)
menyatakan bahawa tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai perasaan tidak selesa, emosi
negatif seperti marah, kebimbingan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek
kerjamereka sebagai seorang guru. Dalam hal ini, guru yang menghadapi tekananadalah guru
yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan
sahaja untuk member ilmu pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi modal
insane yang berguna kepada masyarakat.
Punca ke dua yang menyebabkan guru bertindak sebegitu adalah kerana kurang
kesedaran agama. Tiada kesedaran agama juga boleh menyebabkan guru melakukan pelbagai
gejala yang diperkatakan tadi. Kesedaran agama yang jahil menyukarkan guru untuk bertindak
dengan lunas yang betul. Guru-guru itu gagal dalam membezakan yang mana betul dan yang
mana salah. Contohnya ada satu kes penderaan melibatkan sekolah agama. Kalau difikirkan
guru itu sudah semestinya seorang yang mempunyai ilmu agama yang cukup. Jadi dari kes itu
menunjukkan guru itu sebagai seorang muslim yang tidak mengamalkan ajaran islam dengan
baik.
Seterusnya, guru-guru juga ada segelintirnya kurang memahami etika perguruan yang
sudah digariskan dengan baik. Sekiranya guru itu memahami etika itu dengan baik, ia
semestinya tidak tergamak untuk melakukan perkara sedemikian terhadap anak muridnya
sendiri. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat
(Laporan Aziz, 1971), mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan sebagai
panduan tugasan harian guru.
Antara faktor lain yang menyebabkan ini berlaku ialah kerana penglibatan guru dengan
najis dadah. Guru yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah akan hilang kawalan diri dan
tidak mampu untuk berfikiran dengan waras. Mereka ini telah hanyut dan lupa akan tugasan
mereka sebagai seorang pendidik. Apabila seseorang guru telah terlibat dengan
penyalahgunaan dadah mereka akan mudah dihimpit dengan pelbagai masalah lain. Sikap dan
penampilan guru itu akan turut berubah menjadi semakin teruk. Kesan dadah juga akan
menyebabkan perubahan sikap guru itu. Mereka akan menjadi panas baran oleh sebab kitaran
darah dalam badan mereka bergerak dengan cepat. Maka, tidak hairanlah sekiranya dikatakan
guru yang terlibatdengan penyalahgunaan dadah akan mudah melakukan penderaan terhadap
anak muridnya.
Sebagai seorag guru kita sepatutnya sedia maklum tentang perkara yang boleh
dilakukan dan yang tidak boleh dilakukan. Tetapi dalam kes ini yang terjadi adalah sebaliknya.
Guru lelaki tidak menjaga batas-batas pergaulan diantara guru lelaki dengan murid perempuan.
Masalah keluarga juga merupakan salah satupunca berlakunya tingkah laku negatif dikalangan
guru ini. Guru yang mengalami masalah keluarga contohnya penceraian dan kurang kasih
sayang akan mengalami tekanan dan emosi yang tidak stabil. Hal ini menyebabkan guru
tersebut mengambil jalan mudah dengan melakukan gangguan seksual kepada anak muridnya
sendiri bagi melepaskan tekanan yang dihadapi oleh mereka. Ini menunjukkan bahawa,
masalah rumah tangga seperti penceraian menyebabkan keperluan seksual tidak dapat
dipenuhi menyebabkan guru terbabit menjadikan murid sebagai tempat untuk melepaskan
tuntutan seksual mereka.Menurut teori seksualiti menjelaskan bahawa perkembangan hidup
dan tingkah laku manusia adalah didorong oleh kemahuan, kehendak dan kuasa seksualiti (Abd
Rahim, 2003). Disini jelas menunjukkan bahawa seks adalah satu keperluan asas kepada
orang dewasa dan cara manusia mencapai kehendak dan keperluan seksual.
Faktor lain yang menyebabkan masalah ini timbul ialah pengaruh negatif yang timbul
melalui media elektronik seperti penggunaan internet, telefon bimbit dan sebagainya. Mengikut
kajian yang dilakukan pengaruh media elektronik lebih banyak dari media massa kerana media
elektronik mudah didapati dengan meluas tanpa sekatan. Hal ini kerana, guru boleh
memperolehi bahan-bahan lucah dengan mudah dengan hanya melayari internet berbanding
medium yang lain. Ini menyebabkan guru tersebut mudah mendapatkan bahan bagi tujuan
sedemikian. Pengaruh ini akhirnya mendorong guru tersebut melakukan perkara seumpama ini
terhadap anak muridnya. Pengaruh media massa contohnya media cetak membolehkan guru
tersebut mendapatkan bahan lucah melalui buku, majalah dan sebagainya dengan mudah
seterusnya membuat gangguan seksual kepada anak muridnya
Setelah diteliti kepada punca-punca masalah itu tadi, jelaslah di sini satu plan tindakan
yang kemas dan sistematik perlu disusun bagi memastikan tiada lagi peristiwa hitam akan
melibatkan antara guru dan murid-muridnya nanti. Langkah pertama perlu diberikan kepada
guru-guru sebegini ialah dengan meningkatkan kesedaran agama dalam diri masing-masing.
Guru-guru perlu mendalami ilmu agama supaya setiap tingkah laku yang dilakukan adalah
berlandaskan kepada pegangan agama. Seseorang yang dapat atau berjaya mendalami ilmu
agama pasti akan sedar peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksana
dengan baik dan ikhlas. Menurut INTAN (1994), ikhlas merupakan salah satu etika yang perlu
diamalkan dalam setiap perkerjaan terutamanya penjawat awam. Guru yang rasional dan
beragama akan didukai oleh semua murid-muridnya secara langsung boleh menyebabkan
berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik.
Antara langkah lain yang boleh diambil bagi mangatasi masalah penderaan murid ini
ialah mengetatkan undang-undang dan memastikan hukuman yang diberikan adalah setimpal.
Kerajaan perlu menjalankan langkah ini bagi memastikan pesalah itu takut untuk melakukan
semua kesalahan itu. Jika dirujuk kepada satu rencana yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia
bertarikh 1 April 2001, Dr. Rais Yatim menyatakan bahawa undang-undang adalah peraturan
hidup yang berkata-kata. Undang-undang berkata-kata mela;ui bahasanya yang tersendiri. Jadi
dengan tindakan tegas ini sekurang-kurangnya akan menimbulkan rasa gerun dikalangan guru
dari melakukan kesalahan. Antara tindakan ynag boleh diambil seperti dilucutkan jawatan, di
denda atau dipenjarakn atau juga mungkin dikenakan hukuman sebatan. Harapan jika dengan
langkah ini dapat mengurangkan berlakunya kes penderaan dikalangan murid-murid sekolah.
Memberi khidmat kaunseling dan nasihat juga merupakan satu langkah yang baik bagi
membendung masalah penderaan murid-murid. Khidmat kaunseling itu dikhaskan kepada guru-
guru yang bermasalah itu tadi.Manakala sesi kaunseling pula haruslah dikelola oleh pakar-
pakar yang betul-betul mahir dan pakar dalam hal khidmat kaunseling dan bukannya sekadar
melantik guru-guru lain bagi menjalankan kaunseling. Apabila berhadapan dengan masalah
guru-guru ini akan mempunyai tempat untuk membuat rujukan dan tidak membiarkannya
bertindak sendiri sehingga di luar kawalan. Menurut Shertzer dan Stone (1981), menyatakan
bahawa bimbingan dan kaunseling merupakan perkhidmatan membimbing individu yang
memerlukannya untuk mencapai kesefahaman, pengetahuan dan kemahiran tertentu.
Pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan mereka dalam menjayakan hal ini.
Kerajaan perlulah melantik guru-guru yang betul-betul berkelayakan untuk menjawab profesion
sebagai seorang pendidik. Hal ini disebabkan guru yang berkelayakan telah diberikan latihan
yang secukupnya untuk menjadi seorang guru. Program-program dan kursus-kursus yang telah
dijalani oleh individu ini sedikit sebanyak membantu mereka memahami etika keguruan yang
telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia contohnya seperti Program Ijazah Muda
Pendidikan ( PISMP) di Institut Perguruan di seluruh negara.
Pihak sekolah pula perlulah memantau pergerakan guru-guru dalam melaksanakan
peraturan sekolah. Guru-guru tidak boleh melakukan sebarang tindakan yang keterlaluan.
Untuk itu, pihak sekolah sepatutnya mendengar dan mengambil tahu tentang masalah dan
aduan pelajar. Terdapat sesetengah sekolah yang tidak mengendahkan aduan pelajar dan
memenangkan pihak guru semata-mata. Hal ini tidak akan membantu pelajar dan guru yang
bermasalah tersebut. Pengetua mahupun guru besar di setiap sekolah perlulah peka dengan
kes-kes yang berlaku dan melakukan tindakan susulan. Malah, penglibatan pihak polis juga
dibolehkan sekiranya kes yang berlaku sangat besar. Menurut Presiden Persatuan Penguam
Muslim, Zaitoon Datuk Othman, terdapat beberapa peruntukan undang-undang Kanun
Keseksaan telah menyedia dan menetapkan prosedur dan tindakan terhadap mereka yang
mencederakan. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa terdapat peruntukan di
bawah Seksyen 350 iaitu kekerasan jenayah yang menetapkan bahawa barang siapa dengan
sengaja menggunakan kekerasan kepada seorang lain dengan tidak kerelaan, maka ia telah
melakukan atau dikatakan telah menggunakan kekerasan jenayah.
Sebagai kesimpulannya, Isu penderaan murid yang dilakukan oleh guru bukanlah suatu
masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. Kerjasama daripada pihak sekolah, murid dan ibu
bapa adalah amat penting terutamanya apabila melibatkan kes-kes terpencil yang tidak pernah
dilaporkan. Sememangnya kesalahan mendera ini adalah amat berat. Apatah lagi apabila ianya
menjadi sebuah sejarah hitam yang tidak mungkin dilupakan oleh pelajar yang terdiri daripada
peringkat perkembangan dan belum matang. Walaupun isu penderaan ini sedikit sebanyak
telah pun menjejaskan reputasi seorang guru, namun masyarakat seharusnya bijak menilai
bahawa tidak semua guru mempunyai sikap yang sama. Masih ramai lagi guru yang
bertungkus-lumus mendidik anak-anak bangsa kita dengan pengorbanan yang jujur dan ikhlas.
Masyarakat tidak seharusnya menghakimi mereka dengan gelaran-gelaran tertentu yang tidak
enak didengar.
Profesion Keguruan merupakan profesion yang mulia dan terpuji. Bangunnya bangsa
kerana adanya pendidikan. Bangunnya pendidikan dengan adanya bantuan guru-guru yang
berkaliber. Tanpa adanya guru-guru yang baik dan sanggup berkorban, negara kita akan
hancur dan musnah. Peranan guru amat disanjungi oleh agama Islam. Diantara hadis
Rasulullah SAW yang menceritakan tentang guru adalah seperti berikut:- “Bukan umatku
sesiapa yang tidak memuliakan orang yang lebih tua, tidak kasihan kepada orang yang lebih
muda dan tidak menunaikan hak guru-guru.” – Riwayat Ahmad, At-Thabrani dan Al-Hakim.
“Belajarlah ilmu, belajarlah ilmu untuk ilmu dan tunduk patuhlah kepada orang yang kamu
belajar ilmu dari mereka.” – Riwayat At-Thabrani. “Ada tiga golongan yang tidak boleh
dipandang ringan hak mereka, sesiapa yang meremehkannya adalah munafik; Orang tua yang
berpengalaman, guru-guru dan pemimpin yang adil.” - Riwayat At-Thabrani.
enghadiri kursus atau bengkel sepanjang minggu sambil terpaksa melakukan
penyesuaian terhadap kaedah pengajaran yang baru sehingga mengabaikan emosi dan
kehendak dalaman mereka. Oleh itu, kadangkala mereka akan bertindak diluar jangkaan
semata-mata untuk memuaskan kehendak dalaman mereka yang selama ini tidak dapat
dipenuhi berikutan bebanan kerja yang terlalu banyak.
BIBLIOGRAFI
BUKU
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, Asas Kepimpinan dan Perkembangan
Profesional Guru, 2010, Kuala Lumpur terbitan Oxford Fajar Sdn Bhd
Syed Ismail Bin Syed Mustafa, Ahmad Subki Bin Miskon, Asas Kepimpinan dan Perkembangan
Profesional Guru, 2010, Kuala Lumpur terbitan Multimedia Sdn Bhd.
MAJALAH
Hentikan Dera, Raih Penghormatan Murid, PENDIDIK keluaran April 2009
WEB
http://www.malaysiakini.com/news/147069
http://www.utusan-malaysia-online.com/tag/penderaan
http://pulautalang.blogspot.com/2010/10/smk-bunut-susu-pelajar-diseterika.html
http://pkmains.mmu.edu.my/artikel/kaunseling_kepimpinan.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Penderaan_kanak-kanak
http://sblm1053-hong.blogspot.com/p/faktor-faktor-penderaan-kanak-kanak.html
LAMPIRAN
Guru guna seterika kejut solat Subuh disiasat
10:00PM Nov 1 2010
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan pengarah pelajaran
Kelantan untuk menyiasat dengan terperinci dakwaan seorang guru di sebuah sekolah di
Pasir Mas menggunakan seterika untuk mengejutkan pelajar bersolat Subuh.
Sambil menegaskan bahawa insiden sedemikian tidak boleh dibiarkan sekiranya benar,
Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata tindakan setimpal perlu diambil terhadap
guru berkenaan sekiranya didapati bersalah.
"Pihak sekolah perlu mengambil berat dan memandang serius hal begini kerana kita ada
peraturan dan disiplin yang telah kita tetapkan dan pihak pengetua atau guru besar adalah
orang bertanggungjawab selain guru disiplin.
"Kalau apa yang disebutkan murid ini terbukti betul maka kita tidak boleh biarkan, tindakan
setimpal perlu diambil terhadap sesiapa sahaja yang lakukan hal sebegitu," katanya kepada
pemberita selepas merasmikan Pameran danvPersidangan BioMalaysia 2010 di ibunegara
hari ini.
beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes dera membabitkan dua
pelajar yang mendakwa diseterika oleh seorang warden, yang juga guru sekolah, sebagai
cara untuk mengejutkan pelajar menunaikan solat Subuh di Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Bunut Susu di Pasir Mas, Kelantan 12 Oktober lalu.
Muhyiddin berkata sekolah sepatutnya menjadi tempat yang selamat kepada para pelajar
agar mereka dapat menghayati pembelajaran dengan baik.
"Kita memang hendak pastikan sekolah kita ini sekolah yang jauh daripada perkara-perkara
yang boleh menyebabkan bahaya kepada pelajar-pelajar kita, kalau ia dilakukan oleh orang
yang kita pertanggungjawabkan walaupun jumlahnya kecil, ini tidak boleh dibiarkan,"
katanya.
Muhyiddin, yang turut ditanya mengenai penambahbaikan Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR), berkata cadangan penambahbaikan itu akan memastikan supaya
pembelajaran dibuat secara lebih interaktif dan menyeronokkan.
"Kita perlu tambah baik di mana ada penilaian sebanyak 60 peratus menerusi subjek-subjek
teras seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris yang dahulunya 100 peratus.
"Empat puluh peratus lagi daripada lain-lain yang dipanggil ko-kurikulum dan bidang-bidang
yang ada hubung kait dengan pembelajaran secara interaktif, persekitaran," katanya.
Beliau berkata butiran lanjut mengenai cadangan-cadangan penambaikan peperiksaan
berkenaan akan diumumkan kemudian.
- Bernama
Sumber http://www.malaysiakini.com/news/147069
LAMPIRAN
GURU BERDEPAN HUKUMAN SETIMPAL
Posted on the November 2nd, 2010 under Berita Tempatan by Pinvader
KUALA LUMPUR – Kementerian Pelajaran tidak akan teragak-agak untuk mengenakan
tindakan tegas terhadap seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bunut
Susu, Pasir Mas, Kelantan sekiranya dia terbukti melakukan penderaan menggunakan
seterika panas terhadap beberapa pelajarnya.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, tindakan
setimpal perlu dikenakan terhadap guru terbabit kerana penderaan tidak sepatutnya
berlaku di sekolah yang merupakan tempat paling selamat buat pelajar.
“Pihak sekolah perlu ambil berat dan pandang serius hal seperti itu kerana kita ada
peraturan disiplin yang ditetapkan. Pengetua, guru besar serta guru disiplin adalah
orang yang bertanggungjawab dalam hal itu.
“Kalau apa yang diperkatakan murid ini terbukti betul, maka kita tidak boleh biarkan dan
tindakan yang setimpal perlu diambil terhadap sesiapa saja yang melakukan hal
sebegitu,” katanya pada sidang akhbar majlis Pelancaran BioMalaysia 2010 di sini
semalam.
Sumber: http://www.utusan-malaysia-online.com/tag/penderaan

More Related Content

What's hot

Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
LuqmanZaaba
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3share with me
 
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulumDasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulumPPD HULU SELANGOR
 
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikPendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikMoon Joanne
 
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Noorezayu Mohd Said
 
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik DarjahPengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik DarjahFarah Elriani
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
Dasar kokurikulum di sekolah sekolah
Dasar kokurikulum di sekolah sekolahDasar kokurikulum di sekolah sekolah
Dasar kokurikulum di sekolah sekolah
1077imran
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahQamariah sabariah
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovNahzatul Akma
 
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUM
hudhud321
 
Topik 11 isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 11  isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 11  isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 11 isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran
Nik Ibrahim Nik Mat
 
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaimplikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Dhashink
 
Modul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppgModul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppg
Wan Suhaimi Wan Setapa
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekIentan Nazurana
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
NancyKuak
 
Model assure dan rph
Model assure dan rphModel assure dan rph
Model assure dan rphRyabbi Imp
 

What's hot (20)

Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulumDasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
 
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikPendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
 
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
 
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik DarjahPengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
Dasar kokurikulum di sekolah sekolah
Dasar kokurikulum di sekolah sekolahDasar kokurikulum di sekolah sekolah
Dasar kokurikulum di sekolah sekolah
 
Konsep 5p
Konsep 5pKonsep 5p
Konsep 5p
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
 
Pengayaan
PengayaanPengayaan
Pengayaan
 
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUM
 
Topik 11 isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 11  isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 11  isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 11 isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran
 
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaimplikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Modul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppgModul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppg
 
Kurikulum
KurikulumKurikulum
Kurikulum
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
Model assure dan rph
Model assure dan rphModel assure dan rph
Model assure dan rph
 

Viewers also liked

GPP 1063
GPP 1063GPP 1063
GPP 1063
Inbmy
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Ahmad NazRi
 
Pendemokrasian
PendemokrasianPendemokrasian
Pendemokrasian
siti rahman
 
Tugasan 6 (Individu)
Tugasan 6 (Individu)Tugasan 6 (Individu)
Tugasan 6 (Individu)
SYAZWANI IBRAHIM
 
Pendidikan kewarganegaraan di malaysia
Pendidikan kewarganegaraan di malaysiaPendidikan kewarganegaraan di malaysia
Pendidikan kewarganegaraan di malaysia
pendidikan pancasila dan kewarganegaraan
 
Pengertian perencanaan pendidikan
Pengertian perencanaan pendidikanPengertian perencanaan pendidikan
Pengertian perencanaan pendidikanLhya Baha
 
Globalisasi dan cabaran_pendidikan_di_ma
Globalisasi dan cabaran_pendidikan_di_maGlobalisasi dan cabaran_pendidikan_di_ma
Globalisasi dan cabaran_pendidikan_di_ma
mandina
 
CMMI
CMMICMMI
Softwarepaketierung und Continuous Integration bei Airbus Defence and Space
Softwarepaketierung und Continuous Integration bei Airbus Defence and SpaceSoftwarepaketierung und Continuous Integration bei Airbus Defence and Space
Softwarepaketierung und Continuous Integration bei Airbus Defence and Space
B1 Systems GmbH
 
Mercados
MercadosMercados
Mercados
digitalodgt
 
Openstack im unternehmerischen Einsatz
Openstack im unternehmerischen EinsatzOpenstack im unternehmerischen Einsatz
Openstack im unternehmerischen Einsatz
B1 Systems GmbH
 
Entwicklungsumgebungen mit Vagrant
Entwicklungsumgebungen mit VagrantEntwicklungsumgebungen mit Vagrant
Entwicklungsumgebungen mit Vagrant
B1 Systems GmbH
 
systemd im Alltag
systemd im Alltagsystemd im Alltag
systemd im Alltag
B1 Systems GmbH
 
Ubuntu-/Debian-Packaging
Ubuntu-/Debian-PackagingUbuntu-/Debian-Packaging
Ubuntu-/Debian-Packaging
B1 Systems GmbH
 
Salt - A Scalable Systems Management Solution for Datacenters
Salt - A Scalable Systems Management Solution for DatacentersSalt - A Scalable Systems Management Solution for Datacenters
Salt - A Scalable Systems Management Solution for Datacenters
B1 Systems GmbH
 
Configuración del directorio activo
Configuración del directorio activoConfiguración del directorio activo
Configuración del directorio activoYadira18
 
OpenStack und Heat - Standardisierte Test- und Entwicklungsumgebungen
OpenStack und Heat - Standardisierte Test- und EntwicklungsumgebungenOpenStack und Heat - Standardisierte Test- und Entwicklungsumgebungen
OpenStack und Heat - Standardisierte Test- und Entwicklungsumgebungen
B1 Systems GmbH
 
End of the Road - Facing Current Scaling Limits within OpenStack
End of the Road - Facing Current Scaling Limits within OpenStackEnd of the Road - Facing Current Scaling Limits within OpenStack
End of the Road - Facing Current Scaling Limits within OpenStack
B1 Systems GmbH
 

Viewers also liked (20)

Tugasan Afif
Tugasan AfifTugasan Afif
Tugasan Afif
 
GPP 1063
GPP 1063GPP 1063
GPP 1063
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
 
Pendemokrasian
PendemokrasianPendemokrasian
Pendemokrasian
 
Tugasan 6 (Individu)
Tugasan 6 (Individu)Tugasan 6 (Individu)
Tugasan 6 (Individu)
 
Pendidikan kewarganegaraan di malaysia
Pendidikan kewarganegaraan di malaysiaPendidikan kewarganegaraan di malaysia
Pendidikan kewarganegaraan di malaysia
 
Pengertian perencanaan pendidikan
Pengertian perencanaan pendidikanPengertian perencanaan pendidikan
Pengertian perencanaan pendidikan
 
Globalisasi dan cabaran_pendidikan_di_ma
Globalisasi dan cabaran_pendidikan_di_maGlobalisasi dan cabaran_pendidikan_di_ma
Globalisasi dan cabaran_pendidikan_di_ma
 
CMMI
CMMICMMI
CMMI
 
Softwarepaketierung und Continuous Integration bei Airbus Defence and Space
Softwarepaketierung und Continuous Integration bei Airbus Defence and SpaceSoftwarepaketierung und Continuous Integration bei Airbus Defence and Space
Softwarepaketierung und Continuous Integration bei Airbus Defence and Space
 
Mercados
MercadosMercados
Mercados
 
Openstack im unternehmerischen Einsatz
Openstack im unternehmerischen EinsatzOpenstack im unternehmerischen Einsatz
Openstack im unternehmerischen Einsatz
 
Entwicklungsumgebungen mit Vagrant
Entwicklungsumgebungen mit VagrantEntwicklungsumgebungen mit Vagrant
Entwicklungsumgebungen mit Vagrant
 
systemd im Alltag
systemd im Alltagsystemd im Alltag
systemd im Alltag
 
Ubuntu-/Debian-Packaging
Ubuntu-/Debian-PackagingUbuntu-/Debian-Packaging
Ubuntu-/Debian-Packaging
 
Bykowski poshuk20110526
Bykowski poshuk20110526Bykowski poshuk20110526
Bykowski poshuk20110526
 
Salt - A Scalable Systems Management Solution for Datacenters
Salt - A Scalable Systems Management Solution for DatacentersSalt - A Scalable Systems Management Solution for Datacenters
Salt - A Scalable Systems Management Solution for Datacenters
 
Configuración del directorio activo
Configuración del directorio activoConfiguración del directorio activo
Configuración del directorio activo
 
OpenStack und Heat - Standardisierte Test- und Entwicklungsumgebungen
OpenStack und Heat - Standardisierte Test- und EntwicklungsumgebungenOpenStack und Heat - Standardisierte Test- und Entwicklungsumgebungen
OpenStack und Heat - Standardisierte Test- und Entwicklungsumgebungen
 
End of the Road - Facing Current Scaling Limits within OpenStack
End of the Road - Facing Current Scaling Limits within OpenStackEnd of the Road - Facing Current Scaling Limits within OpenStack
End of the Road - Facing Current Scaling Limits within OpenStack
 

Similar to Guru mencabul emosi murid

Etika oumm3203
Etika oumm3203Etika oumm3203
Etika oumm3203
Airun Pureluv
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
FazHani Faz
 
Tugas artikel jurnal riani
Tugas artikel jurnal rianiTugas artikel jurnal riani
Tugas artikel jurnal riani
rosesani1
 
Makalah kekerasan sekolah presentasi yogo
Makalah kekerasan sekolah presentasi yogoMakalah kekerasan sekolah presentasi yogo
Makalah kekerasan sekolah presentasi yogoyogo arif prakoso
 
1537 4204-1-sm
1537 4204-1-sm1537 4204-1-sm
1537 4204-1-sm
egyd welyn
 
Makalah penanganan tawuran di kalangan Siswa
Makalah penanganan tawuran di kalangan Siswa Makalah penanganan tawuran di kalangan Siswa
Makalah penanganan tawuran di kalangan Siswa
SMPN 1 Cikidang
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
Santa Barbara
 
Guru Mesti Pelopor Anti Kekerasan
Guru  Mesti  Pelopor  Anti  KekerasanGuru  Mesti  Pelopor  Anti  Kekerasan
Guru Mesti Pelopor Anti Kekerasan
KHAIRIL ARI
 
Faktor faktor penyebab-masalah_disiplin_di_sekolah
Faktor faktor penyebab-masalah_disiplin_di_sekolahFaktor faktor penyebab-masalah_disiplin_di_sekolah
Faktor faktor penyebab-masalah_disiplin_di_sekolah
Yee Ivy
 
Makalah belum jadi
Makalah belum jadiMakalah belum jadi
Makalah belum jadi
Septian Muna Barakati
 
Makalah belum jadi
Makalah belum jadiMakalah belum jadi
Makalah belum jadiWarnet Raha
 
Buli
BuliBuli
Buli
mohdnurun
 

Similar to Guru mencabul emosi murid (20)

Tugasan afif
Tugasan afifTugasan afif
Tugasan afif
 
Isu 2
Isu 2Isu 2
Isu 2
 
Etika oumm3203
Etika oumm3203Etika oumm3203
Etika oumm3203
 
Tugasan azhari
Tugasan azhariTugasan azhari
Tugasan azhari
 
Tugasan azhari
Tugasan azhariTugasan azhari
Tugasan azhari
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
 
Tugas artikel jurnal riani
Tugas artikel jurnal rianiTugas artikel jurnal riani
Tugas artikel jurnal riani
 
Sahsiah guru
Sahsiah guruSahsiah guru
Sahsiah guru
 
Makalah kekerasan sekolah presentasi yogo
Makalah kekerasan sekolah presentasi yogoMakalah kekerasan sekolah presentasi yogo
Makalah kekerasan sekolah presentasi yogo
 
1537 4204-1-sm
1537 4204-1-sm1537 4204-1-sm
1537 4204-1-sm
 
Lkpp aisyah
Lkpp aisyahLkpp aisyah
Lkpp aisyah
 
Gengsterisme ppt
Gengsterisme pptGengsterisme ppt
Gengsterisme ppt
 
Makalah penanganan tawuran di kalangan Siswa
Makalah penanganan tawuran di kalangan Siswa Makalah penanganan tawuran di kalangan Siswa
Makalah penanganan tawuran di kalangan Siswa
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
 
Guru Mesti Pelopor Anti Kekerasan
Guru  Mesti  Pelopor  Anti  KekerasanGuru  Mesti  Pelopor  Anti  Kekerasan
Guru Mesti Pelopor Anti Kekerasan
 
Faktor faktor penyebab-masalah_disiplin_di_sekolah
Faktor faktor penyebab-masalah_disiplin_di_sekolahFaktor faktor penyebab-masalah_disiplin_di_sekolah
Faktor faktor penyebab-masalah_disiplin_di_sekolah
 
Makalah belum jadi
Makalah belum jadiMakalah belum jadi
Makalah belum jadi
 
Makalah belum jadi
Makalah belum jadiMakalah belum jadi
Makalah belum jadi
 
Makalah belum jadi
Makalah belum jadiMakalah belum jadi
Makalah belum jadi
 
Buli
BuliBuli
Buli
 

Recently uploaded

MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
ssuser289c2f1
 
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdfSapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
TarkaTarka
 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
widyakusuma99
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
agusmulyadi08
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
erlita3
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
EkoPutuKromo
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
UmyHasna1
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Galang Adi Kuncoro
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
PURWANTOSDNWATES2
 
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
RinawatiRinawati10
 
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           xKoneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
johan199969
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
UditGheozi2
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
bobobodo693
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
gloriosaesy
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
ferrydmn1999
 
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdfRHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
asyi1
 
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
agusmulyadi08
 
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
AgusRahmat39
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
SurosoSuroso19
 
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docxINSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
lindaagina84
 

Recently uploaded (20)

MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
 
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdfSapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
 
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
 
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           xKoneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
 
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdfRHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
 
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
 
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
 
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docxINSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
 

Guru mencabul emosi murid

  • 1. Isu pendidikan di Negara kita sering kali menarik perhatian masyarakat ramai apatah lagi apabila ia melibatkan persoalan nilai, moral dan salah laku dalam kalangan warganya terutamanya guru. Paparan isu dan masalah tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru sering kali dilaporkan tidak kira melalui media cetak atau media elektronik brbanding jasa dan khidmatnya. Paparan isu ini sering kali dijadikan isu yang hangat dan menjadi topik perbincangan masyarakat di seluruh Malaysia secara amnya dan di seluruh dunia secara khususnya. Pelbagai masalah yang melibatkan etika perguruan sering dilaporkan melibatkan beberapa kes tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru dalam segala hal seperti kes rasuah, gangguan seksual, gangguan emosi terhadap murid, dera dan sebagainya. Profesion perguruan merupakan profesion mulia dan mempunyai kehebatannya yang tersendiri bagi melahirkan masyarakat yang agung. Sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesuatu bangsa dan negara. Tugas guru bukanlah sekadar mengajar subjek mata pelajaran sahaja di dalam kelas, namun pada hakikatnya tugas guru merangkumi semua aspek perkembangan murid iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Pekerjaan guru merupakan sebuah pekerjaan yang profesional. Menurut Lieberman, 1956 sesuatu profesion yang sebenar adalah suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusial perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan. Sementara itu, menurut Kamus Dewan pula, ‘profesion’ adalah suatu bidang pekerjaan khas yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. “ Guru Mencabul Emosi Murid “ merupakan satu ungkapan yang sangat popular buat masa sekarang ini. Ungkapan “ guru mencabul emosi murid “ membawa maksud sebarang tingkahlaku atau respon guru kepada murid yang akan menimbulkan kesan negatif terhadap murid-murid sehingga meninggalkan kesan buruk terhadap pembelajarannya di dalam bilik darjah. Kesan-kesan itu seperti kemurungan, menyembunyikan diri dari kawan-kawan sebaya lain, tekanan dan mendiamkan diri sepanjang waktu. Menurut conle ( 1986 ), bahawa setiap peringkat darjah, pelajar-pelajar pernah berpengalaman mengalami tekanan atau gangguan emosi dari tingkahlaku guru dalam persekitaran bilik darjah. Kajian orang ramai mendapati 50 hingga 60 % pada sekurang-kurangnya sebuah sekolah menyatakan berpengalaman mengalami masalah psikologi dan trauma ( Hyman & Snook, 1999 ) dan serangan emosi ini
  • 2. berlaku disebabkan oleh diskriminasi, interaksi lisan dan bukan lisan, gred pemarkahan latihan, dan layanan buruk dari guru. Pencabulan emosi guru kepada murid tertumpu pada tiga perkara utama iaitu melibatkan, fizikal, emosi dan seksual murid. Berasaskan tiga komponen inilah ramai pengkaji membuat definisi terhadap pencabulan emosi secara umum dan spesifik. Menurut Kamus Dewan, penderaan bermaksud perbuatan mendera. Penderaan ini boleh diklasifikasikan kepada 3 jenis, antaranya ialah penderaan fizikal, penderaan emosi dan penderaan seksual. Pencabulan atau penderaan fizikal ke atas murid bermaksud, tindakan guru ke atas murid yang melibatkan perbuatan seperti memukul atau mendera murid. Tindakan ini menyebabkan murid- murid akan berasa takut dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Murid angkur dan patuh kepada guru bukan kerana minat belajar tetapi kerana takutkan guru yang bengis dan suka memukul . Ini tidak meninggalkan kesan yang positif terhadap murid-murid itu. Murid-murid juga tidak akan menghormati guru itu tetapi cuma sekadar takut pada guru itu. Semua perbuatan yang dilakukan oleh murid seperti menyiapkan semua kerja rumah, dengar arahan, rajin dan patuh adalah kerana takut semata-mata dan bukannya kerana ikhlas menumpukan perhatian terhadap pelajaran atau menghormati guru itu. Tidak salah guru memukul murid sebagai pengajaran tetapi terdapat segelintir guru seperti terikut-ikut dan suka melakukan perbuatan memukul murid-murid tanpa sedikitpun rasa belas kasihan. Ini dapat dibuktikan dengan pelbagai kes-kes yang menjadi bualan masyarakat kita khasnya dan pernah mendapat perhatian dan litupan dari pihak media pada suatu masa dahulu. Contohnya, kejadian 22 murid ditampar oleh guru besar Tuaran, Sabah serta tujuh pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Long Lama di Baram, dipukul oleh warden dengan rotan sebanyak 10 hingga 20 kali kerana mengotorkan kawasan asrama. Antara kes lain termasuklah guru di Sarawak yang merendam 200 pelajar wanita di kolam ikan separas leher pada waktu hujan dan kilat berikutan seorang daripada mereka enggan mengaku membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas di asrama. Dalam satu kes lain seorang guru Bahasa Inggeris yang memukul tiga murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Sanai, Padang Terap, Kedah dengan kasut tumit tinggi, dikenakan tindakan disiplin oleh Lembaga Tatatertib kerana tindakannya dianggap melampau dan melanggar peraturan serta garis panduan menghukum pelajar yang ditetapkan Kementerian Pelajaran. Di Sik, Kedah, seorang bapa mendakwa anaknya, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Lubuk Merbau ditendang oleh guru agamanya kerana bangun dari tempat duduk untuk mengambil kotak pensil yang terjatuh. Menurut Abdul Rashid Hussain, 50, penoreh getah
  • 3. dari Kampung Kuala Beris di sini, berkata perbuatan guru itu tidak boleh diterima kerana menegur menggunakan kaki sehingga menyebabkan anaknya kesakitan. Beliau mendakwa guru itu menendang anaknya dua kali di depan 40 orang murid ketika kelas agama Islam. Kes lain, Di Dungun, seorang murid lelaki tahun dua di Jerangau mendakwa guru muzik melondehkan seluarnya hingga ke paras lutut di depan rakan sekelasnya. Mohammad Hakkiem Zulkifli, 8, berkata guru muzik itu bertindak demikian berkemungkinan sebagai hukuman dia tidak membawa buku latihan. November 2010, kita sekali lagi dikejutkan dengan berita yang berlaku di Pasir Mas, Kelantan apabila 11 pelajar didapati melecur akibat tindakan melampau seorang guru menggunakan seterika panas bagi mengejutkan mereka supaya menunaikan solat Subuh. Menurut Muhammad Al-Hakim, salah seorang mangsa, biasanya mereka akan bangun pukul 6 pagi untuk bersiap menunaikan solat Subuh. Bagaimanapun, pada hari tersebut, sebahagian besar pelajar di dalam dom asrama itu nyenyak tidur. Kita semua ketahui dan memahami semua perbuatan guru-guru itu mungkin di luar kawalan minda mereka ataupun niat guru tersebut itu adalah baik untuk memastikan kejayaan murid-murid dalam pelajaran namun tindakannya adalah melampau dan tidak relevan. Terdapat banyak lagi cara dan kaedah yang boleh dilakukanoleh guru-guru tersebut dan bukannya bertindak ganas sebegitu. Tindakan-tindakan itu semua jelas merupakan sejenis penderaan fizikal dan tidak wajar dilakukan oleh seorang guru yang mempunyai latihan ikhtisas. Mengapakah guru-guru itu semua bertindak sebegitu ? Dimanakah hilangnya etika kesopanan yang harus diamalkan oleh guru dalam mencerminkan profesionnya yang mulia?. Apakah punca yang menyebabkan guru tergamak melakukan kesalahan mendera pelajar? Ini perlulah difikirkan oleh semua pihak kerana mungkin juga tindakan yang diambil oleh guru itu betul ataupun terjadi secara luar kawalan kerana masalah-masalah yang tertentu. Emosi murid-murid juga boleh terganggu kerana disebabkan oleh penderaan emosi dari guru terhadap mereka. Segelintir guru mungkin secara tidak sengaja bertindak tidak adil atau pilih kasih di kalangan murid-murid mereka. Perbuatan sebegini akan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan murid-murid. Perasaan-perasaan yang tidak sihat seginilah yang menimbulkan emosi yang tidak baik dikalangan murid-murid. Selain itu seseorang guru tidak boleh dipisahkan dengan sifat penyayang dan pandai memujuk. Guru-guru yang sombong dan bengis akan tidak disukai oleh murid-murid malahan akan dijauhi. Murid-murid tidak sukan dengan guru-guru yang bersifat pasif sebegitu. Selain itu personaliti guru itu juga akan membantu guru itu meraih perhatian dikalangan murid-murid. Murid-murid suka guru-guru yang
  • 4. kemas dan segak ataupun guru-guru yang cantik dan juga menawan. Kalau semua itu tidak dapat dijayai oleh guru-guru, sudah pasti murid-murid akan berasa bosan dan terganggu emosinya serta tidak dapat menumpukan perhatian sebaiknya terhadap pelajarannya bersama guru itu. Penderaan yang ke tiga ialah penderaan seksual. Penderaan seksual juga boleh menimbulkan gangguan emosi dikalangan murid-murid. Penderaan seksual merujuk segala bentuk aktiviti seksual yang mempunyai tujuan memenuhi nafsu seks orang dewasa, melalui pornografi, gambar, perakam suara, filem, perakam video atau mengeksplotasi bahagian sulit kanak-kanak. Penderaan seksual melibatkan kanak-kanak adalah dengan cara mencabul kehormatannya, dirogol dan dipaksa melacur. Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 mentakrifkan bahawa seseorang yang terlibat dalam kes penderaan seksual kanak-kanak adalah apabila dia mengambil bahagian sama ada sebagai peserta atau pemerhati dalam apa- apa altiviti yang bersifat seks bagi maksud apa-apa bahan, fotograf, rakaman, filem, pita video atau persembahan yang bersifat pornografi, lucah atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain. Manakala mengikut Riley (1991) dalam Khaidir Hj.Ismail el.al (2008),penderaan seksual diertikan sebagai ekshibiosionisme iaitu memperlihatkan organ genital, voyeurisme yang bermaksud mengintai aktiviti seksual dan kanak- kanak yang berbogel,fellatio yang bermaksud rangsangan oral kepada zakar, liwat iaitu penerobosan zakar melalui anal dan yang terakhir pederastry melibatkan pendera homoseksual dengan kanak- kanak.Jadi sudah jelas maksud penderaan seksual itu. Apapun yang mendukacitakan perkara ini berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Sebagai contoh isu gangguan seksual iaitu guru disiplin cabul murid sebelum rotan yang dilaporkan oleh Harian Metro yang bertarikh 4 Mac 2011 telah menjadikan isu ini semakin hangat diperkatakan disegenap lapisan masyarakat. Berdasarkan isu gangguan seksual yang dilakukan oleh guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah, Ampang iaitu Megat Ismazi Ismail, 48 tahun. Guru tersebut telah didakwa mencabul kehormatan dengan meletakkan tangannya di atas dada kesemua pelajar tersebut di dalam bilik guru disiplin antara jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi pada 25 Februar 2011. Guru tersebut telah melanggar kod etika perguruan dengan membuat gangguan seksual ke atas muridnya. Isu gangguan seksual yang dilakukan oleh guru ini semakin berleluasan dari hari ke hari
  • 5. Kalau kita fikirkan, mengapa ini semua terjadi. Kita tidak boleh memandang sinis dan serong terhadap semua guru di Malaysia. Segelintir kecil sahaja yang melakukan semua perbuatan terkutub ini. Oleh itu tidak wajar kalau semua pihak menunding jari dan meletakkan kesalahan kepada semua guru. Kita perlu bincang punca kenapa semua ini terjadi dan barulah dapat mencadangkan pendekatan yang sesuai bagi mewujudkan persekitaran yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor utama yang menyebabkan berlakunya perbuatan tidak wajar dari pihak guru-guru ialah kerana tekanan bebanan kerja yang berat. Menurut Kamus Dewan (1999), tekanan membawa maksud sesuatu desakan atau paksaan yang diterima seseorang. Manakala kamus Oxford Advanced Learner’s (1983) mendefinisikan tekanan atau dalam bahasa inggerisnya stress sebagai pressure, condition causing hardship, disquiet. Seyle (1964) adalah orang yang pertama mengunakan terma ‘tekanan’ mendefinisikannya sebagai satu set fizikal dan psikologikal yang bertindak balas kepada keadaan dan pengaruh yang sebaliknya. Manakala Kyriacou & Sutcliffe (1978) menyatakan bahawa tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbingan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek kerjamereka sebagai seorang guru. Dalam hal ini, guru yang menghadapi tekananadalah guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja untuk member ilmu pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi modal insane yang berguna kepada masyarakat. Punca ke dua yang menyebabkan guru bertindak sebegitu adalah kerana kurang kesedaran agama. Tiada kesedaran agama juga boleh menyebabkan guru melakukan pelbagai gejala yang diperkatakan tadi. Kesedaran agama yang jahil menyukarkan guru untuk bertindak dengan lunas yang betul. Guru-guru itu gagal dalam membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Contohnya ada satu kes penderaan melibatkan sekolah agama. Kalau difikirkan guru itu sudah semestinya seorang yang mempunyai ilmu agama yang cukup. Jadi dari kes itu menunjukkan guru itu sebagai seorang muslim yang tidak mengamalkan ajaran islam dengan baik. Seterusnya, guru-guru juga ada segelintirnya kurang memahami etika perguruan yang sudah digariskan dengan baik. Sekiranya guru itu memahami etika itu dengan baik, ia semestinya tidak tergamak untuk melakukan perkara sedemikian terhadap anak muridnya sendiri. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan sebagai panduan tugasan harian guru.
  • 6. Antara faktor lain yang menyebabkan ini berlaku ialah kerana penglibatan guru dengan najis dadah. Guru yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah akan hilang kawalan diri dan tidak mampu untuk berfikiran dengan waras. Mereka ini telah hanyut dan lupa akan tugasan mereka sebagai seorang pendidik. Apabila seseorang guru telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah mereka akan mudah dihimpit dengan pelbagai masalah lain. Sikap dan penampilan guru itu akan turut berubah menjadi semakin teruk. Kesan dadah juga akan menyebabkan perubahan sikap guru itu. Mereka akan menjadi panas baran oleh sebab kitaran darah dalam badan mereka bergerak dengan cepat. Maka, tidak hairanlah sekiranya dikatakan guru yang terlibatdengan penyalahgunaan dadah akan mudah melakukan penderaan terhadap anak muridnya. Sebagai seorag guru kita sepatutnya sedia maklum tentang perkara yang boleh dilakukan dan yang tidak boleh dilakukan. Tetapi dalam kes ini yang terjadi adalah sebaliknya. Guru lelaki tidak menjaga batas-batas pergaulan diantara guru lelaki dengan murid perempuan. Masalah keluarga juga merupakan salah satupunca berlakunya tingkah laku negatif dikalangan guru ini. Guru yang mengalami masalah keluarga contohnya penceraian dan kurang kasih sayang akan mengalami tekanan dan emosi yang tidak stabil. Hal ini menyebabkan guru tersebut mengambil jalan mudah dengan melakukan gangguan seksual kepada anak muridnya sendiri bagi melepaskan tekanan yang dihadapi oleh mereka. Ini menunjukkan bahawa, masalah rumah tangga seperti penceraian menyebabkan keperluan seksual tidak dapat dipenuhi menyebabkan guru terbabit menjadikan murid sebagai tempat untuk melepaskan tuntutan seksual mereka.Menurut teori seksualiti menjelaskan bahawa perkembangan hidup dan tingkah laku manusia adalah didorong oleh kemahuan, kehendak dan kuasa seksualiti (Abd Rahim, 2003). Disini jelas menunjukkan bahawa seks adalah satu keperluan asas kepada orang dewasa dan cara manusia mencapai kehendak dan keperluan seksual. Faktor lain yang menyebabkan masalah ini timbul ialah pengaruh negatif yang timbul melalui media elektronik seperti penggunaan internet, telefon bimbit dan sebagainya. Mengikut kajian yang dilakukan pengaruh media elektronik lebih banyak dari media massa kerana media elektronik mudah didapati dengan meluas tanpa sekatan. Hal ini kerana, guru boleh memperolehi bahan-bahan lucah dengan mudah dengan hanya melayari internet berbanding medium yang lain. Ini menyebabkan guru tersebut mudah mendapatkan bahan bagi tujuan sedemikian. Pengaruh ini akhirnya mendorong guru tersebut melakukan perkara seumpama ini terhadap anak muridnya. Pengaruh media massa contohnya media cetak membolehkan guru
  • 7. tersebut mendapatkan bahan lucah melalui buku, majalah dan sebagainya dengan mudah seterusnya membuat gangguan seksual kepada anak muridnya Setelah diteliti kepada punca-punca masalah itu tadi, jelaslah di sini satu plan tindakan yang kemas dan sistematik perlu disusun bagi memastikan tiada lagi peristiwa hitam akan melibatkan antara guru dan murid-muridnya nanti. Langkah pertama perlu diberikan kepada guru-guru sebegini ialah dengan meningkatkan kesedaran agama dalam diri masing-masing. Guru-guru perlu mendalami ilmu agama supaya setiap tingkah laku yang dilakukan adalah berlandaskan kepada pegangan agama. Seseorang yang dapat atau berjaya mendalami ilmu agama pasti akan sedar peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksana dengan baik dan ikhlas. Menurut INTAN (1994), ikhlas merupakan salah satu etika yang perlu diamalkan dalam setiap perkerjaan terutamanya penjawat awam. Guru yang rasional dan beragama akan didukai oleh semua murid-muridnya secara langsung boleh menyebabkan berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Antara langkah lain yang boleh diambil bagi mangatasi masalah penderaan murid ini ialah mengetatkan undang-undang dan memastikan hukuman yang diberikan adalah setimpal. Kerajaan perlu menjalankan langkah ini bagi memastikan pesalah itu takut untuk melakukan semua kesalahan itu. Jika dirujuk kepada satu rencana yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 1 April 2001, Dr. Rais Yatim menyatakan bahawa undang-undang adalah peraturan hidup yang berkata-kata. Undang-undang berkata-kata mela;ui bahasanya yang tersendiri. Jadi dengan tindakan tegas ini sekurang-kurangnya akan menimbulkan rasa gerun dikalangan guru dari melakukan kesalahan. Antara tindakan ynag boleh diambil seperti dilucutkan jawatan, di denda atau dipenjarakn atau juga mungkin dikenakan hukuman sebatan. Harapan jika dengan langkah ini dapat mengurangkan berlakunya kes penderaan dikalangan murid-murid sekolah. Memberi khidmat kaunseling dan nasihat juga merupakan satu langkah yang baik bagi membendung masalah penderaan murid-murid. Khidmat kaunseling itu dikhaskan kepada guru- guru yang bermasalah itu tadi.Manakala sesi kaunseling pula haruslah dikelola oleh pakar- pakar yang betul-betul mahir dan pakar dalam hal khidmat kaunseling dan bukannya sekadar melantik guru-guru lain bagi menjalankan kaunseling. Apabila berhadapan dengan masalah guru-guru ini akan mempunyai tempat untuk membuat rujukan dan tidak membiarkannya bertindak sendiri sehingga di luar kawalan. Menurut Shertzer dan Stone (1981), menyatakan bahawa bimbingan dan kaunseling merupakan perkhidmatan membimbing individu yang memerlukannya untuk mencapai kesefahaman, pengetahuan dan kemahiran tertentu.
  • 8. Pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan mereka dalam menjayakan hal ini. Kerajaan perlulah melantik guru-guru yang betul-betul berkelayakan untuk menjawab profesion sebagai seorang pendidik. Hal ini disebabkan guru yang berkelayakan telah diberikan latihan yang secukupnya untuk menjadi seorang guru. Program-program dan kursus-kursus yang telah dijalani oleh individu ini sedikit sebanyak membantu mereka memahami etika keguruan yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia contohnya seperti Program Ijazah Muda Pendidikan ( PISMP) di Institut Perguruan di seluruh negara. Pihak sekolah pula perlulah memantau pergerakan guru-guru dalam melaksanakan peraturan sekolah. Guru-guru tidak boleh melakukan sebarang tindakan yang keterlaluan. Untuk itu, pihak sekolah sepatutnya mendengar dan mengambil tahu tentang masalah dan aduan pelajar. Terdapat sesetengah sekolah yang tidak mengendahkan aduan pelajar dan memenangkan pihak guru semata-mata. Hal ini tidak akan membantu pelajar dan guru yang bermasalah tersebut. Pengetua mahupun guru besar di setiap sekolah perlulah peka dengan kes-kes yang berlaku dan melakukan tindakan susulan. Malah, penglibatan pihak polis juga dibolehkan sekiranya kes yang berlaku sangat besar. Menurut Presiden Persatuan Penguam Muslim, Zaitoon Datuk Othman, terdapat beberapa peruntukan undang-undang Kanun Keseksaan telah menyedia dan menetapkan prosedur dan tindakan terhadap mereka yang mencederakan. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa terdapat peruntukan di bawah Seksyen 350 iaitu kekerasan jenayah yang menetapkan bahawa barang siapa dengan sengaja menggunakan kekerasan kepada seorang lain dengan tidak kerelaan, maka ia telah melakukan atau dikatakan telah menggunakan kekerasan jenayah. Sebagai kesimpulannya, Isu penderaan murid yang dilakukan oleh guru bukanlah suatu masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. Kerjasama daripada pihak sekolah, murid dan ibu bapa adalah amat penting terutamanya apabila melibatkan kes-kes terpencil yang tidak pernah dilaporkan. Sememangnya kesalahan mendera ini adalah amat berat. Apatah lagi apabila ianya menjadi sebuah sejarah hitam yang tidak mungkin dilupakan oleh pelajar yang terdiri daripada peringkat perkembangan dan belum matang. Walaupun isu penderaan ini sedikit sebanyak telah pun menjejaskan reputasi seorang guru, namun masyarakat seharusnya bijak menilai bahawa tidak semua guru mempunyai sikap yang sama. Masih ramai lagi guru yang bertungkus-lumus mendidik anak-anak bangsa kita dengan pengorbanan yang jujur dan ikhlas. Masyarakat tidak seharusnya menghakimi mereka dengan gelaran-gelaran tertentu yang tidak enak didengar.
  • 9. Profesion Keguruan merupakan profesion yang mulia dan terpuji. Bangunnya bangsa kerana adanya pendidikan. Bangunnya pendidikan dengan adanya bantuan guru-guru yang berkaliber. Tanpa adanya guru-guru yang baik dan sanggup berkorban, negara kita akan hancur dan musnah. Peranan guru amat disanjungi oleh agama Islam. Diantara hadis Rasulullah SAW yang menceritakan tentang guru adalah seperti berikut:- “Bukan umatku sesiapa yang tidak memuliakan orang yang lebih tua, tidak kasihan kepada orang yang lebih muda dan tidak menunaikan hak guru-guru.” – Riwayat Ahmad, At-Thabrani dan Al-Hakim. “Belajarlah ilmu, belajarlah ilmu untuk ilmu dan tunduk patuhlah kepada orang yang kamu belajar ilmu dari mereka.” – Riwayat At-Thabrani. “Ada tiga golongan yang tidak boleh dipandang ringan hak mereka, sesiapa yang meremehkannya adalah munafik; Orang tua yang berpengalaman, guru-guru dan pemimpin yang adil.” - Riwayat At-Thabrani. enghadiri kursus atau bengkel sepanjang minggu sambil terpaksa melakukan penyesuaian terhadap kaedah pengajaran yang baru sehingga mengabaikan emosi dan kehendak dalaman mereka. Oleh itu, kadangkala mereka akan bertindak diluar jangkaan semata-mata untuk memuaskan kehendak dalaman mereka yang selama ini tidak dapat dipenuhi berikutan bebanan kerja yang terlalu banyak.
  • 10. BIBLIOGRAFI BUKU Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, 2010, Kuala Lumpur terbitan Oxford Fajar Sdn Bhd Syed Ismail Bin Syed Mustafa, Ahmad Subki Bin Miskon, Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, 2010, Kuala Lumpur terbitan Multimedia Sdn Bhd. MAJALAH Hentikan Dera, Raih Penghormatan Murid, PENDIDIK keluaran April 2009 WEB http://www.malaysiakini.com/news/147069 http://www.utusan-malaysia-online.com/tag/penderaan http://pulautalang.blogspot.com/2010/10/smk-bunut-susu-pelajar-diseterika.html http://pkmains.mmu.edu.my/artikel/kaunseling_kepimpinan.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Penderaan_kanak-kanak http://sblm1053-hong.blogspot.com/p/faktor-faktor-penderaan-kanak-kanak.html LAMPIRAN
  • 11. Guru guna seterika kejut solat Subuh disiasat 10:00PM Nov 1 2010 Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan pengarah pelajaran Kelantan untuk menyiasat dengan terperinci dakwaan seorang guru di sebuah sekolah di Pasir Mas menggunakan seterika untuk mengejutkan pelajar bersolat Subuh. Sambil menegaskan bahawa insiden sedemikian tidak boleh dibiarkan sekiranya benar, Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata tindakan setimpal perlu diambil terhadap guru berkenaan sekiranya didapati bersalah. "Pihak sekolah perlu mengambil berat dan memandang serius hal begini kerana kita ada peraturan dan disiplin yang telah kita tetapkan dan pihak pengetua atau guru besar adalah orang bertanggungjawab selain guru disiplin. "Kalau apa yang disebutkan murid ini terbukti betul maka kita tidak boleh biarkan, tindakan setimpal perlu diambil terhadap sesiapa sahaja yang lakukan hal sebegitu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran danvPersidangan BioMalaysia 2010 di ibunegara hari ini. beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes dera membabitkan dua pelajar yang mendakwa diseterika oleh seorang warden, yang juga guru sekolah, sebagai cara untuk mengejutkan pelajar menunaikan solat Subuh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bunut Susu di Pasir Mas, Kelantan 12 Oktober lalu. Muhyiddin berkata sekolah sepatutnya menjadi tempat yang selamat kepada para pelajar agar mereka dapat menghayati pembelajaran dengan baik. "Kita memang hendak pastikan sekolah kita ini sekolah yang jauh daripada perkara-perkara yang boleh menyebabkan bahaya kepada pelajar-pelajar kita, kalau ia dilakukan oleh orang yang kita pertanggungjawabkan walaupun jumlahnya kecil, ini tidak boleh dibiarkan," katanya. Muhyiddin, yang turut ditanya mengenai penambahbaikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), berkata cadangan penambahbaikan itu akan memastikan supaya pembelajaran dibuat secara lebih interaktif dan menyeronokkan. "Kita perlu tambah baik di mana ada penilaian sebanyak 60 peratus menerusi subjek-subjek teras seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris yang dahulunya 100 peratus. "Empat puluh peratus lagi daripada lain-lain yang dipanggil ko-kurikulum dan bidang-bidang yang ada hubung kait dengan pembelajaran secara interaktif, persekitaran," katanya. Beliau berkata butiran lanjut mengenai cadangan-cadangan penambaikan peperiksaan berkenaan akan diumumkan kemudian. - Bernama Sumber http://www.malaysiakini.com/news/147069 LAMPIRAN
  • 12. GURU BERDEPAN HUKUMAN SETIMPAL Posted on the November 2nd, 2010 under Berita Tempatan by Pinvader KUALA LUMPUR – Kementerian Pelajaran tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan tegas terhadap seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan sekiranya dia terbukti melakukan penderaan menggunakan seterika panas terhadap beberapa pelajarnya. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, tindakan setimpal perlu dikenakan terhadap guru terbabit kerana penderaan tidak sepatutnya berlaku di sekolah yang merupakan tempat paling selamat buat pelajar. “Pihak sekolah perlu ambil berat dan pandang serius hal seperti itu kerana kita ada peraturan disiplin yang ditetapkan. Pengetua, guru besar serta guru disiplin adalah orang yang bertanggungjawab dalam hal itu. “Kalau apa yang diperkatakan murid ini terbukti betul, maka kita tidak boleh biarkan dan tindakan yang setimpal perlu diambil terhadap sesiapa saja yang melakukan hal sebegitu,” katanya pada sidang akhbar majlis Pelancaran BioMalaysia 2010 di sini semalam. Sumber: http://www.utusan-malaysia-online.com/tag/penderaan