SlideShare a Scribd company logo
1 of 26
MPU1013
Penghayatan Etika &
Peradaban
BAB 3: ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT
KEPELBAGAIAN
Fenomena migrasi dan kepelbagaian dalam alam Melayu, tidak dapat
dipisahkan dalam mengupas etika dan peradaban dalam masyarakat
kepelbagaian di Malaysia. Sebelum kedatangan Eropah ke Asia, pada era pra-
kolonial (PrK), telah wujud peradaban bertaraf dunia serta putaran migrasi di
wilayah Alam Melayu yang telah menemukan peradaban India, Cina, Timur
Tengah dan Alam Melayu masing-masing dengan sistem etikanya, melalui Selat
Melaka.
Kepelbagaian ini menjadi lebih kompleks dengan kedatangan manusia rakus
dan pengambil peluang dari Eropah (era kolonial), melalui perdagangan dan
penjajahan, yang membawa peradaban dan sistem etika serta nilai Eropah.
Tindan lapis setiap unsur etika dan peradaban yang pelbagai ini, Timur dan
Barat, akhirnya tersulam melalui asimilasi, akomodasi, akulturasi dan
amalgamasi, yang berlaku daripada paras rakyat jelata sehingga ke mercu
pemerintahan kesultanan. Melalui migrasi buruh paksaan wujudlah masyarakat
majmuk semasa penjajahan.
Abstrak/Sinopsis
Pada era pasca-kolonial (PcK) yang berlanjutan ke era globalisasi, sifat
kepelbagaian di Alam Melayu amnya, dan Malaysia khususnya, menjadi
semakin pekat dan ligat apatah lagi setelah platform digital terasas
membentuk kepelbagaian yang sungguh kompleks, yang dipanggil
sebagai superdiversity. Dalam setiap era PrK-Kol-PcK ini wajah, idea
dan amalan etika berevolusi bersama penyesuaian pada peradaban-
peradaban yang terlibat.
Isi
kandungan
PENGENALAN
PEMBENTUKAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT PELBAGAI
PERSEKITARAN GEO-FIZIKAL
MASYARAKAT DAN DEMOGRAFI
EKONOMI DAN PASARAN
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN
TAHAP-TAHAP PEMBENTUKAN KELOMPOK MASYARAKAT
•Amalgamasi
•Asimilasi
•Akulturasi
•Akomodasi
•Segregasi
PEMBENTUKAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT PELBAGAI
KESIMPULAN
Hasil pembelajaran & objektif
Menjelaskan proses
pembentukan etika dan
peradaban dalam masyarakat
kepelbagaian.
1
Menganalisis impak etika dan
peradaban dalam masyarakat
kepelbagaian.
2
Pembentukan Etika dan Peradaban
dalam Masyarakat Kepelbagaian
1. Pengaruh Utama Komponen Etika dan
Peradaban:
a) Persekitaran Geo-Fisikal
(Laut-Daratan-Gunung Ganang)
b)Masyarakat dan Demografi
(Tani-Pedagang-Industri)
c) Ekonomi dan Pasaran
(Sara Diri-Tukar Barang-
Perdagangan)
d)Falsafah dan Pemikiran
(Tradisional-Modeniti)
2. Selat Melaka Sebagai Gelanggang
Kepelbagaian Pembentukan Malaysia.
www.maisinggah.com
www.tourism.gov.my
PEMBENTUKAN ETIKA DAN PERADABAN
DALAM MASYARAKAT PELBAGAI
• Kamus Dewan merujuk etika sebagai ilmu yang berkaitan dengan prinsip-prinsip akhlak dan moral yang menjadi pegangan dan
pedoman seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat.
• Sidi (1973) menyatakan etika merupakan satu teori mengenai tingkah laku perbuatan manusia yang dipandang dari segi baik
dan buruk, yang dapat ditentukan oleh akal.
• H. Burhanudin Salam (2010 ) mengaitkan etika sebagai satu cabang falsafah yang membicarakan persoalan nilai dan norma
moral yang mampu membentuk perilaku manusia dalam kehidupannya.
• Sementara peradaban; kata pinjaman daripada bahasa Arab yang menjelaskan tentang maksud ketamadunan.
• Sebelum kedatangan Islam, perkataan yang digunakan untuk membawa maksud peradaban adalah budaya yang merujuk
kepada keluhuran nilai dan kehalusan budi pekerti manusiawi.
• Manakala istilah Melayu lain yang biasa digunakan untuk menjelaskan tentang peningkatan kualiti hidup masyarakat pula
adalah kemajuan atau pembangunan.
• Namun selepas kedatangan Islam, istilah Arab seperti tamadun dan peradaban mula digunakan dan diterima pakai secara
meluas.
• Intipati perbincangan dalam konsep peradaban atau tamadun ini melibatkan perkara seperti perkembangan intelektual, budaya,
dan material yang maju dalam masyarakat manusia.
• Selain itu, ia turut berkaita dengan kemajuan dalam seni dan sains, penggunaan penyimpanan rekod yang meluas termasuk
penulisan serta penampilan institusi politik dan sosial yang kompleks.
1. Persekitaran Geo-fizikal
• Lazimnya sesuatu etnik mempunyai
pertalian sejarah, tradisi dan budaya
dengan persekitaran kawasan geografi
tertentu.
• Geo-fizikal Tanah Melayu merupakan
sebuah semenanjung yang di kelilingi Laut
China Selatan (dahulunya dikenali sebagai
Laut Champa) dan Selat Melaka sebagai
laluan tempat pertemuan dan pergaulan
peradaban-peradaban besar dunia seperti
Arab, Mesir, China dan India, terutamanya
menerusi kegiatan perdagangan dan
kebudayaan.
• Sumber mineral dan produk pertanian
(rempah ratus) dari Alam Melayu menjadi
asas dagangan dengan peradaban lain.
Selain itu, Alam Melayu turut menjadi
penghubung Laluan Sutera menerusi laut.
• Peradaban Malaysia adalah penyulaman
www.budgetsabahrentcar.com
www.thestar.com.my www.snopes.com
MASYARAKAT DAN DEMOGRAFI
• Masyarakat merupakan sekumpulan manusia yang hidup bersama,
saling berhubungan dan bekerjasama, memiliki kesatuan sosial, serta
sentiasa membina kebudayaannya yang tersendiri.
• Masyarakat majmuk atau plural pula bermaksud masyarakat yang
bercampur antara satu sama lain tetapi tidak bersatu. Mereka hidup
berdekatan tetapi tidak terpisah dengan sistem politik yang sama serta
masing-masing berpegang kepada kebudayaan, agama, bahasa dan
pemikiran sendiri.
• Dalam konteks Malaysia kemajmukan masyarakatnya meliputi
kepelbagaian kaum dan budaya tersendiri seperti Melayu, Cina, India,
Iban dan Kadazan dan banyak lagi.
• Di dalam setiap masyarakat mempunyai individu, keluarga dan
kumpulan kecil yang membentuk jaringan erat sesama mereka melalui
kepelbagaian aktiviti sosial seperti mengadakan program gotong
royong, majlis rumah terbuka, kenduri-kendara dan lain-lain.
• Justeru hubungan yang harmoni antara pelbagai kelompok etnik ini
telah membina sebuah masyarakat yang teguh dan menjadi tonggak
kestabilan negara.
• Masyarakat majmuk adalah terdiri daripada pelbagai bangsa
yang membentuk satu kependudukan dari hidup sebagai
komuniti-komuniti yang berasingan dan di SemenanjungTanah
Melayu terdapat tiga etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India.
Manakala Melayu/Bumiputera Sabah dan Sarawak seperti
Kadazan-Dusun, Bajau, Iban, Melanau dan sebagainya yang
bukan sahaja terpisah kerana adat, makanan dan pakaian tetapi
juga daripada segi pekerjaan, pendidikan dan tempat tinggal.
• Kewujudan masyarakat majmuk ini diwarisi daripada polisi
‘pecah dan perintah’ penjajah British yang datang ke Tanah
Melayu, dan Sarawak pada masa dulu dengan membawa masuk
semua kaum tersebut kononnya untuk memenuhi peluang
pekerjaan di Tanah Melayu.
• J.S. Furnivall - Masyarakat majmuk adalah bercampur antara
sama lain tetapi tidak bersatu. Mereka hidup berdekatan tetapi
tidak terpisah dengan sistem politik yang sama serta masing-
masing berpegang kepada kebudayaan, agama, bahasa dan
pemikiran sendiri.
Masyarakat dalam konteks Malaysia
Kesultanan
Melayu
Melaka
1402-1511
Penjajaha
n Portugis
1511-1641
Penjajahan
Belanda
1641-1824
Penjajahan
British
1826-1941
1946-1957
Pendudukan
Jepun
1941-1945
Kemerdekaan
1957
Pembentukan
Malaysia
1963-kini
Susur Masa Pembentukan Masyarakat Malaysia
Peradaban majmuk Masyarakat majmuk Kepelbagaian
• Istilah masyarakat majmuk digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai
etnik di Tanah Melayu selepas kehadiran penjajah yang membawa masuk
pendatang dari China dan India untuk kepentingan ekonomi.
11
Budaya Majmuk
di Tanah Melayu merupakan hasil pertemuan
dan pertembungan budaya besar dunia yang
melahirkan fenomena sosial di Alam Melayu.
Peradaban Majmuk
bercirikan semula jadi,
tanpa paksaan dan
fleksibel.
Masyarakat Majmuk
bercirikan pemaksaan dan
perbezaan
Dari Kemajmukan ke Kepelbagaian
TAHAP-TAHAP PEMBENTUKAN
KELOMPOK MASYARAKAT
• Amalgamasi;
• Proses asimilasi tahap yang tertinggi dan paling kemuncak. Ia berlaku ekoran daripada percampuran budaya
atau ras lalu membentuk dan mewujudkan budaya serta ras yang baharu.
• Teori amalgamasi boleh diterjemahkan dengan formula A+B+C=D di mana A, B dan C mewakili kumpulan
etnik berlainan dan D mewakili amalgam yang merupakan satu kumpulan baharu hasil daripada penyatuan
A, B dan C tadi.
• Contoh mengamalkan perkahwinan campur lalu membentuk satu generasi baru atau budaya baru tanpa
menuruti budaya asal mereka.
• Segregasi;
• Pemisahan atau pengasingan antara sebuah kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam
sesebuah negara.
• Pengasingan ini boleh terjadi dalam beberapa keadaan antaranya dari aspek tempat tinggal, sistem
persekolahan, pengangkutan, kemudahan awam
• Segregasi boleh diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu de Jure (didasari undang-undang) seperti Dasar
Aparteid 1948-1994 dan de Facto (tidak didasari undang-undang) seperti Pengasingan tempat tinggal,
pengangkutan, kemudahan awam dan sebagainya.
• Dasar segregasi ini pernah berlaku dalam sejarah ketamadunan masyarakat di Tanah Melayu pada era
penjajahan kolonial yang memperkenalkan dasar “Divide and Rule”.
Sambungan
• Asimilasi;
• Proses penggabungan/percantuman kebudayaan menerusi masyarakat yang pelbagai lalu mewujudkan
sebuah kebudayaan dan identiti masyarakat yang baru.
• Ianya juga dikenali sebagai proses peleburan atau penghakisan di mana kaum minoriti biasanya telah pun
dikuasai oleh budaya kaum majoriti. Kesannya kaum minoriti akan kehilangan jati diri dan identiti bangsa
mereka kepada kaum yang majoriti.
• Formula konsep ini adalah A+B+C =A. Abjad A ini mewakili golongan dominan manakala B dan C
mewakili kumpulan minoriti.
• Di Malaysia, proses ini berlaku kepada masyarakat seperti Jawa, Siam Kelantan, Cina Kelantan, Baba dan
Nyonya namun tidak melibatkan perubahan dalam aspek kepercayaan atau agama.
• Akomodasi
• Penerimaan terhadap norma dan nilai etnik yang berbeza tetapi dalam masa yang sama tidak menggugat
malahan budaya masing-masing terus dipertahankan.
• Setiap etnik memainkan peranan masing-masing dalam menyesuaikan diri dalam kelompok yang pelbagai
supaya dapat mewujudkan suasana yang aman dan harmoni.
• Contoh formula A+B+C= A+B+C iaitu A, B dan C merujuk kepada budaya etnik masing-masing. Walaupun
wujud kepelbagaian kumpulan etnik, tetapi mereka hidup dalam suasana yang harmonis dan menghormati
antara satu sama lain.
Sambungan
• Akulturasi
• Proses penerimaan unsur budaya dari satu kelompok etnik kepada kelompok etnik
yang lain.
• Namun tahap penerimaan sesebuah masyarakat terhadap kebudayaan asing itu
bergantung kepada sejauh mana ianya memberi kelebihan dan manfaat kepadanya.
• Unsur-unsur yang mempunyai nilai tambah dalam sesebuah kelompok etnik dan
tidak bertentangan dengan adat setempat maka diterima dengan mudah dan cepat.
• Sebagai contoh pemakaian tali leher dan pemberian Ang Pau yang telah diterima
oleh semua kelompok etnik di Malaysia.
• Tidak dinafikan juga berlakunya penyerapan nilai-nilai negatif tetapi lazimnya
ditolak oleh majoriti masyarakat umum dan hanya diamalkan oleh segelintir ahli
masyarakat sahaja yang terpengaruh seperti budaya punk, skin head dan black
metal di kalangan anak muda.
• Berlakunya penolakan tersebut disebabkan oleh timbulnya perasaan bahawa
kebudayaan asing itu boleh membawa kepada kehancuran dan kemusnahan kepada
nilai serta norma kebudayaan asal mereka.
PEMBENTUKAN ETIKA DAN PERADABAN
DALAM MASYARAKAT PELBAGAI
• Keunikan masyarakat yang pelbagai ini telah menghasilkan etika dan
peradaban yang tersendiri yang menjadi asas kepada keharmonian kaum dan
kemakmuran negara Malaysia.
• Terdapat beberapa perkara yang telah mencetuskan etika dan peradaban
tersebut, antaranya sistem kepercayaan dan agama, penempatan masyarakat,
sistem organisasi dan institusi sosial yang teratur, sistem perundangan yang
teratur dengan pemilikan nilai dan moral, kelahiran dan perkembangan daya
kreativiti, kemampuan dalam daya reka cipta berkaitan peralatan teknologi dan
pembinaan, penggunaan bahasa yang serumpun dengan satu sistem tulisan yang
tersendiri, peningkatan kualiti kehidupan dan peningkatan jangka hayat.
• Kesemua perkara tersebut telah diadun dengan sangat baik oleh semua pihak
sama ada kerajaan mahupun rakyatnya.
Sambungan
• Penempatan masyarakat yang pelbagai juga turut menghasilkan etika dan
peradaban yang tersendiri.
• Ada yang tinggal di kawasan seperti perbandaran, pinggir bandar,
kampung dan ladang.
• Kesemua ini telah menghasilkan kepelbagaian etika dan peradaban
seperti dalam aspek budaya (makanan, pakaian, permainan tradisional) dan
sosial (bahasa, pergaulan).
• Justeru kesemua tempat tinggal ini mempunyai ciri etika dan peradaban
yang mewarnai hidup masyarakat pelbagai di Malaysia.
Sambungan
• Sistem organisasi dan institusi sosial yang teratur melibatkan susunan hiraki
dan pekerjaan sama ada pada zaman dahulu mahupun sekarang.
• Pada masa kini, sistem organisasi dan institusi sosial terbentuk dalam
masyarakat melibatkan semua aspek seperti politik, ekonomi, sosial, agama dan
lain-lain.
• Seterusnya perkembangan daya kreativiti, kemampuan dalam daya reka cipta
yang melibatkan penghasilan peralatan teknologi dan pembinaan turut dikaitkan
dengan ketinggian etika dan peradaban sesebuah masyarakat.
• Peningkatan kualiti kehidupan melibatkan peningkatan jangka hayat
sesebuah masyarakat merupakan antara ciri sesebuah negara yang menuju ke arah
kemodenan dan kemajuan yang mapan. Ianya turut menjadi cerminan sesebuah
masyarakat itu mempunyai etika dan peradaban yang baik.
Sambungan
• Begitu juga dng kepentingan membina keluarga bahagia turut
melambangkan kualiti hidup masyarakat yang baik.
• Hasil keluarga bahagia dapat elak perkara negatif seperti
penyalahgunaan dadah, penglibatan dalam gejala sosial dll yang boleh
membantutkan kemajuan sesebuah masyarakat.
• Peningkatan ilmu pengetahuan juga merupakan elemen penting ke
arah pengukuhan kualiti kehidupan dan jangka hayat kehidupan.
• Individu berilmu dapat mengangkat martabat diri, keluarga dan
meningkatkan taraf hidup dan mampu keluar daripada kepompong
kemiskinan.
Ringkasan Pembentukan Etika dan Peradaban
dalam Masyarakat Kepelbagaian
Penempata
n
masyarakat
Peningkata
n kualiti
kehidupan
dan
peningkata
n jangka
hayat
Sistem
perundang
an yang
teratur dan
sistem nilai
serta moral
Bahasa
yang
serumpun
dengan
satu sistem
tulisan yang
tersendiri
Kelahiran
dan
perkembang
an daya
kreativiti
Sistem
organisasi
dan
institusi
sosial yang
teratur
Daya reka
cipta dalam
penciptaan
teknologi
dan
pembinaan
Sistem
kepercayaa
n dan
agama
3. Ekonomi dan Pasaran
• Pada era pra-kolonial, masyarakat Melayu
mengamalkan kegiatan ekonomi sara diri
iaitu kegiatan ekonomi masyarakat yang
paling asas dan hanya cukup untuk
menampung keperluan diri dan keluarga.
• Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka,
kegiatan perdagangan menjadi kegiatan
terpenting dalam masyarakat disebabkan
keadaan kehidupan yang masih mundur dan
tradisional.
• Pada era kolonial, British dilihat terus
menguasai kegiatan ekonomi negeri-negeri
di Tanah Melayu dengan pembukaan
lombong bijih timah dan ladang getah serta
kemasukan tenaga buruh secara besar-
besaran dari China dan India.
• Pada era pasca kolonial, kerajaan telah
menjalankan strategi penyusunan semula
masyarakat untuk menyelesaikan kedudukan
yang tidak seimbang dari segi penguasaan
ekonomi dalam kalangan kaum dan
menggalakkan kemajuan ekonomi semua
golongan masyarakat agar jurang perbezaan
antara masyarakat dapat dihapuskan.
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
www.sentiasapanas.com
• DEB telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada
tahun 1970 hingga 1990.
• DEB berpegang kepada prinsip bahawa
ketidakseimbangan ekonomi perlu diperbaiki untuk
mengelakkan ketegangan dan konflik antara etnik
dan seterusnya mengukuhkan perpaduan dalam
kalangan masyarakat Malaysia.
• Objektif DEB ialah:
1. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum
2. Penyusunan semula masyarakat tanpa mengikut
fungsi ekonomi
4. Falsafah dan Pemikiran
Falsafah dan Pemikiran Tradisional:
- Perspektif ini berpandangan matlamat telah pun ditentukan dan ditetapkan, manakala
manusia hanya diberi ruang untuk memilih cara bagaimana untuk mengecapi matlamat
tersebut.
• Perkembangan peradaban dan etika sesebuah masyarakat seiring dengan
perkembangan bidang ilmu (pemikiran dan falsafah). Kemampuan peradaban awal, iaitu
Mesopotamia dan Babylon bermula menerusi perkembangan pesat ilmu pemikiran dan
falsafah dalam pelbagai bidang kehidupan.
• Ramai ilmuan moden seperti Ibn Khaldun berpendapat ilmu perlu diintegrasikan ilmu
agama dan ilmu alat. Menurut beliau, menuntut ilmu agama, logik, falsafah, matematik
dan bahasa Arab merupakan asas kepada kegemilangan peradaban dan
masyarakat/negara.
• Kejayaan beberapa kerajaan Melayu menjadi pusat perkembangan ilmu dan agama
dunia seperti Srivijaya (Buddha), Champa (Buddha dan Islam) dan Melaka (Islam)
membuktikan bahawa falsafah dan pemikiran berkembang seiring (malahan lebih
penting) dengan perkembangan peradaban.
Falsafah dan Pemikiran Moden:
- Perspektif ini berpandangan manusia berhak menentukan matlamat hidupnya dan
23
Selat Melaka Sebagai Gelanggang Kepelbagaian
• Kedudukan strategik Selat Melaka terutamanya daripada segi lokasi dan kesesuaian iklim
telah menjadikan Selat Melaka sebagai laluan utama perdagangan selama ratusan tahun.
Selain mengendalikan perdagangan rempah (Nusantara sebagai negara sumber utama
banyak jenis rempah ratus dan herba) dan sutera, Selat Melaka juga menjadi laluan
utama perdagangan bijih timah, besi, emas dan pelbagai lagi logam berharga serta
produk-produk pertanian lain.
• Kelebihan ini telah menarik minat pelbagai pihak dari seluruh dunia terutamanya oleh
pedagang, mubaligh (agama) dan kuasa politik.
• Proses interaksi kepelbagaian peradaban dan etnik bermula di Selat Melaka dengan
proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik
melalui aktiviti perdagangan, kebudayaan dan sosial.
• Melalui proses interaksi antara budaya, maka terbentuk interaksi peringkat peradaban
dan etika.
• Kewujudan beberapa kerajaan besar sekitar Selat Melaka seperti Beruas, Kedah Tua,
Majapahit, Srivijaya, Perlak, Palembang, Melaka dan sebagainya membuktikan bahawa
perkembangan peradaban dunia yang disumbang menerusi kepentingan strategik Selat
Melaka dimanfaatkan oleh orang Melayu bukan sahaja daripada segi ekonomi tetapi juga
daripada segi sosial dan politik.
Kesultanan Melayu Melaka –
Lambang Pertemuan Masyarakat Pelbagai Etnik
• Melaka di gelar The Venice of the East yang menjadi tempat pertemuan pedagang seluruh dunia
seperti dari Arab, Parsi, China, India dan sebagainya.
• Pelbagai aspek menyumbang kepada zaman keagungan Melaka.
24
Aspek Keterangan
Pemerintahan Perlembagaan Melaka berdasarkan ajaran Islam. Hukum Kanun Melaka & Undang-undang Laut
Melaka; pemerintahan secara diplomasi dan terbuka; mementingkan keharmonian kaum,
buktinya pegawai istana meliputi etnik Melayu dan India; amalan perkahwinan campur seperti
perkahwinan puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah.
Perdagangan Undang-undang Laut Melaka digunakan untuk tujuan menjaga keselamatan laut Melaka dari
ancaman perompak dan lanun; dan pemerintahan terbuka dan pentadbiran sistem pelabuhan
yang cekap oleh Laksamana Melaka.
Kependudukan Zaman Pluraliti akibat penghijrahan pedagang dari Arab, India, China dan negara lain tanpa
memerlukan pasport atau visa sebagai pengenalan diri untuk memasuki sesuatu kawasan, di
samping bebas berdagang dan berinteraksi menyebabkan berlakunya proses asimilasi dan
amalgamasi. Wujud masyarakat baru – Baba & Nyonya, Melayu Arab & Melayu India.
Kepelbagaian
Budaya
Melaka sebagai kota metropolitan dan kota multibudaya. Pluralisme budaya hasil daripada
interaksi pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah
[Portugis, Sepanyol, Belanda dan British] dengan budaya alam Melayu sejak abad 5 Masihi.
Warisan dan Pendigitalan Sejagat
• Teknologi maklumat dan media digital yang dikuasai oleh Barat adalah satu cabaran
besar kepada seluruh peradaban manusia dalam mempengaruhi nilai dan etika
masyarakat kepelbagaian.
• Aspek media samada media elektronik atau media cetak memainkan peranan
penting, secara langsung atau tidak langsung, dalam proses membina kesepaduan
antara etnik melalui peresapan ke dalam amalan dan gaya hidup masyarakat
Malaysia.
• Budaya Barat telah mempengaruhi perkembangan teknologi dan komunikasi dan
menyerap masuk dalam kehidupan peradaban bukan Barat melalui bentuk
penjajahan pemikiran dan budaya.
www.cdc.gov
• Impak media digital ke atas etika dan
peradaban dapat dilihat melalui
peningkatan jaringan komunikasi,
mendekatkan manusia dari seluruh dunia,
meningkatkan taraf hidup dan membuka
ruang kepada perkongsian ilmu tanpa
sempadan.
Kesimpulan
• Etika dan peradaban merupakan dua unsur penting yang
telah tersemat dalam kehidupan masyarakat dan berjaya
mewujudkan keharmonian kaum di Malaysia.
• Walaupun bersifat majmuk, Malaysia terus dihormati
kerana berjaya mengekalkan keamanan sehingga
mendapat tempat ke-16 dalam senarai Global Peace
Index pada tahun 2019.
• Kejayaan ini sangat bermakna kerana Malaysia
merupakan sebuah negara yang bukan homogen
(homogeneous).
• Semua pihak termasuk kerajaan dan rakyat mempunyai
peranan masing-masing dalam menjayakan konsep ini.
• Justeru pengalaman dan kejayaan ini perlu dipertahan dan
diteruskan oleh generasi berikutnya kerana natijahnya
telah memberi kesan positif kepada pembinaan negara
bangsa Malaysia.

More Related Content

Similar to Etika dan Peradaban semester 2 topik 3.pptx

Topik 2 potret he terkini
Topik 2 potret he terkiniTopik 2 potret he terkini
Topik 2 potret he terkiniDatoknye
 
Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnikBab 2 potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnikAnonymous
 
Topik 2 - Konsep Etika dan Peradaban.pptx
Topik 2 - Konsep Etika dan Peradaban.pptxTopik 2 - Konsep Etika dan Peradaban.pptx
Topik 2 - Konsep Etika dan Peradaban.pptxNursKitchen
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam MelayuCTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam MelayuMahyuddin Khalid
 
Topik 2 potret hubungan etnik
Topik 2 potret hubungan etnikTopik 2 potret hubungan etnik
Topik 2 potret hubungan etnikDatoknye
 
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnikBab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnikDhani Ahmad
 
Tamadun dan Tahap Perkembangan Sesebuah Tamadun
Tamadun dan Tahap Perkembangan Sesebuah TamadunTamadun dan Tahap Perkembangan Sesebuah Tamadun
Tamadun dan Tahap Perkembangan Sesebuah TamadunArifahAzlanShah2
 
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)Norisuwanah Jaffar
 
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)Jemindar Ab Kadir
 
Bab 2 potret he nota
Bab 2 potret he notaBab 2 potret he nota
Bab 2 potret he notaMissJam
 
Kuliah 1 konsep tamadun
Kuliah 1 konsep tamadunKuliah 1 konsep tamadun
Kuliah 1 konsep tamadunAzman Ariffin
 
Budaya dan tamadun
Budaya dan tamadun Budaya dan tamadun
Budaya dan tamadun Suriey Zack
 

Similar to Etika dan Peradaban semester 2 topik 3.pptx (20)

Konsep masyarakat
Konsep masyarakatKonsep masyarakat
Konsep masyarakat
 
Topik 2 potret he terkini
Topik 2 potret he terkiniTopik 2 potret he terkini
Topik 2 potret he terkini
 
Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2   potret hubungan etnikBab 2   potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnik
 
Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnikBab 2 potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnik
 
Topik 2 - Konsep Etika dan Peradaban.pptx
Topik 2 - Konsep Etika dan Peradaban.pptxTopik 2 - Konsep Etika dan Peradaban.pptx
Topik 2 - Konsep Etika dan Peradaban.pptx
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam MelayuCTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
 
Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2   potret hubungan etnikBab 2   potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnik
 
Topik 2 potret hubungan etnik
Topik 2 potret hubungan etnikTopik 2 potret hubungan etnik
Topik 2 potret hubungan etnik
 
Nota
NotaNota
Nota
 
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnikBab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnik
 
Tamadun dan Tahap Perkembangan Sesebuah Tamadun
Tamadun dan Tahap Perkembangan Sesebuah TamadunTamadun dan Tahap Perkembangan Sesebuah Tamadun
Tamadun dan Tahap Perkembangan Sesebuah Tamadun
 
Titas
TitasTitas
Titas
 
Estimologi multikulturalisme
Estimologi multikulturalismeEstimologi multikulturalisme
Estimologi multikulturalisme
 
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
 
Definisi Tamadun (TITAS)
Definisi Tamadun (TITAS)Definisi Tamadun (TITAS)
Definisi Tamadun (TITAS)
 
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
 
Bab 2 potret he nota
Bab 2 potret he notaBab 2 potret he nota
Bab 2 potret he nota
 
Kuliah 1 konsep tamadun
Kuliah 1 konsep tamadunKuliah 1 konsep tamadun
Kuliah 1 konsep tamadun
 
Budaya Melayu
Budaya MelayuBudaya Melayu
Budaya Melayu
 
Budaya dan tamadun
Budaya dan tamadun Budaya dan tamadun
Budaya dan tamadun
 

Recently uploaded

Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar MengajarVariasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar MengajarAureliaAflahAzZahra
 
Dokumentasi Penilaian Kinerja-Disiplin Positif-Aprilia.docx
Dokumentasi Penilaian Kinerja-Disiplin Positif-Aprilia.docxDokumentasi Penilaian Kinerja-Disiplin Positif-Aprilia.docx
Dokumentasi Penilaian Kinerja-Disiplin Positif-Aprilia.docxjayantilinda
 
FARMASI SOSIAL - Pengantar Farmasi Sosial
FARMASI SOSIAL - Pengantar Farmasi SosialFARMASI SOSIAL - Pengantar Farmasi Sosial
FARMASI SOSIAL - Pengantar Farmasi SosialParulianGultom2
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
PPt-Juknis-PPDB-2024 (TerbarU) kabupaten GIanyar.pptx
PPt-Juknis-PPDB-2024 (TerbarU) kabupaten GIanyar.pptxPPt-Juknis-PPDB-2024 (TerbarU) kabupaten GIanyar.pptx
PPt-Juknis-PPDB-2024 (TerbarU) kabupaten GIanyar.pptxiwidyastama85
 
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptxMATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptxrandikaakbar11
 
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...Kanaidi ken
 
ASPEK KIMIA TUBUH dalam ilmu kesehatan dan kebidanan
ASPEK KIMIA TUBUH dalam ilmu kesehatan dan kebidananASPEK KIMIA TUBUH dalam ilmu kesehatan dan kebidanan
ASPEK KIMIA TUBUH dalam ilmu kesehatan dan kebidananriniaandayani
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdfAndiCoc
 
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025Fikriawan Hasli
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxdedyfirgiawan
 
Pembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi Perapotekan
Pembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi PerapotekanPembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi Perapotekan
Pembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi PerapotekanNesha Mutiara
 
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxInformatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxMateriSMPTDarulFalah
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOMSISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOMhanyakaryawan1
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran IDM 2024 di kec Plumbon.pptx
Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran  IDM 2024 di kec Plumbon.pptxMateri Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran  IDM 2024 di kec Plumbon.pptx
Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran IDM 2024 di kec Plumbon.pptxAvivThea
 
Slide Kick Off for Public - Google Cloud Arcade Facilitator 2024.pptx
Slide Kick Off for Public - Google Cloud Arcade Facilitator 2024.pptxSlide Kick Off for Public - Google Cloud Arcade Facilitator 2024.pptx
Slide Kick Off for Public - Google Cloud Arcade Facilitator 2024.pptxtressa8
 

Recently uploaded (20)

Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar MengajarVariasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
 
Dokumentasi Penilaian Kinerja-Disiplin Positif-Aprilia.docx
Dokumentasi Penilaian Kinerja-Disiplin Positif-Aprilia.docxDokumentasi Penilaian Kinerja-Disiplin Positif-Aprilia.docx
Dokumentasi Penilaian Kinerja-Disiplin Positif-Aprilia.docx
 
FARMASI SOSIAL - Pengantar Farmasi Sosial
FARMASI SOSIAL - Pengantar Farmasi SosialFARMASI SOSIAL - Pengantar Farmasi Sosial
FARMASI SOSIAL - Pengantar Farmasi Sosial
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPt-Juknis-PPDB-2024 (TerbarU) kabupaten GIanyar.pptx
PPt-Juknis-PPDB-2024 (TerbarU) kabupaten GIanyar.pptxPPt-Juknis-PPDB-2024 (TerbarU) kabupaten GIanyar.pptx
PPt-Juknis-PPDB-2024 (TerbarU) kabupaten GIanyar.pptx
 
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptxMATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
 
ASPEK KIMIA TUBUH dalam ilmu kesehatan dan kebidanan
ASPEK KIMIA TUBUH dalam ilmu kesehatan dan kebidananASPEK KIMIA TUBUH dalam ilmu kesehatan dan kebidanan
ASPEK KIMIA TUBUH dalam ilmu kesehatan dan kebidanan
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
 
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
 
Pembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi Perapotekan
Pembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi PerapotekanPembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi Perapotekan
Pembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi Perapotekan
 
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxInformatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOMSISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran IDM 2024 di kec Plumbon.pptx
Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran  IDM 2024 di kec Plumbon.pptxMateri Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran  IDM 2024 di kec Plumbon.pptx
Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran IDM 2024 di kec Plumbon.pptx
 
Slide Kick Off for Public - Google Cloud Arcade Facilitator 2024.pptx
Slide Kick Off for Public - Google Cloud Arcade Facilitator 2024.pptxSlide Kick Off for Public - Google Cloud Arcade Facilitator 2024.pptx
Slide Kick Off for Public - Google Cloud Arcade Facilitator 2024.pptx
 

Etika dan Peradaban semester 2 topik 3.pptx

  • 1. MPU1013 Penghayatan Etika & Peradaban BAB 3: ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN
  • 2. Fenomena migrasi dan kepelbagaian dalam alam Melayu, tidak dapat dipisahkan dalam mengupas etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian di Malaysia. Sebelum kedatangan Eropah ke Asia, pada era pra- kolonial (PrK), telah wujud peradaban bertaraf dunia serta putaran migrasi di wilayah Alam Melayu yang telah menemukan peradaban India, Cina, Timur Tengah dan Alam Melayu masing-masing dengan sistem etikanya, melalui Selat Melaka. Kepelbagaian ini menjadi lebih kompleks dengan kedatangan manusia rakus dan pengambil peluang dari Eropah (era kolonial), melalui perdagangan dan penjajahan, yang membawa peradaban dan sistem etika serta nilai Eropah. Tindan lapis setiap unsur etika dan peradaban yang pelbagai ini, Timur dan Barat, akhirnya tersulam melalui asimilasi, akomodasi, akulturasi dan amalgamasi, yang berlaku daripada paras rakyat jelata sehingga ke mercu pemerintahan kesultanan. Melalui migrasi buruh paksaan wujudlah masyarakat majmuk semasa penjajahan. Abstrak/Sinopsis Pada era pasca-kolonial (PcK) yang berlanjutan ke era globalisasi, sifat kepelbagaian di Alam Melayu amnya, dan Malaysia khususnya, menjadi semakin pekat dan ligat apatah lagi setelah platform digital terasas membentuk kepelbagaian yang sungguh kompleks, yang dipanggil sebagai superdiversity. Dalam setiap era PrK-Kol-PcK ini wajah, idea dan amalan etika berevolusi bersama penyesuaian pada peradaban- peradaban yang terlibat.
  • 3. Isi kandungan PENGENALAN PEMBENTUKAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT PELBAGAI PERSEKITARAN GEO-FIZIKAL MASYARAKAT DAN DEMOGRAFI EKONOMI DAN PASARAN FALSAFAH DAN PEMIKIRAN TAHAP-TAHAP PEMBENTUKAN KELOMPOK MASYARAKAT •Amalgamasi •Asimilasi •Akulturasi •Akomodasi •Segregasi PEMBENTUKAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT PELBAGAI KESIMPULAN
  • 4. Hasil pembelajaran & objektif Menjelaskan proses pembentukan etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian. 1 Menganalisis impak etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian. 2
  • 5. Pembentukan Etika dan Peradaban dalam Masyarakat Kepelbagaian 1. Pengaruh Utama Komponen Etika dan Peradaban: a) Persekitaran Geo-Fisikal (Laut-Daratan-Gunung Ganang) b)Masyarakat dan Demografi (Tani-Pedagang-Industri) c) Ekonomi dan Pasaran (Sara Diri-Tukar Barang- Perdagangan) d)Falsafah dan Pemikiran (Tradisional-Modeniti) 2. Selat Melaka Sebagai Gelanggang Kepelbagaian Pembentukan Malaysia. www.maisinggah.com www.tourism.gov.my
  • 6. PEMBENTUKAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT PELBAGAI • Kamus Dewan merujuk etika sebagai ilmu yang berkaitan dengan prinsip-prinsip akhlak dan moral yang menjadi pegangan dan pedoman seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat. • Sidi (1973) menyatakan etika merupakan satu teori mengenai tingkah laku perbuatan manusia yang dipandang dari segi baik dan buruk, yang dapat ditentukan oleh akal. • H. Burhanudin Salam (2010 ) mengaitkan etika sebagai satu cabang falsafah yang membicarakan persoalan nilai dan norma moral yang mampu membentuk perilaku manusia dalam kehidupannya. • Sementara peradaban; kata pinjaman daripada bahasa Arab yang menjelaskan tentang maksud ketamadunan. • Sebelum kedatangan Islam, perkataan yang digunakan untuk membawa maksud peradaban adalah budaya yang merujuk kepada keluhuran nilai dan kehalusan budi pekerti manusiawi. • Manakala istilah Melayu lain yang biasa digunakan untuk menjelaskan tentang peningkatan kualiti hidup masyarakat pula adalah kemajuan atau pembangunan. • Namun selepas kedatangan Islam, istilah Arab seperti tamadun dan peradaban mula digunakan dan diterima pakai secara meluas. • Intipati perbincangan dalam konsep peradaban atau tamadun ini melibatkan perkara seperti perkembangan intelektual, budaya, dan material yang maju dalam masyarakat manusia. • Selain itu, ia turut berkaita dengan kemajuan dalam seni dan sains, penggunaan penyimpanan rekod yang meluas termasuk penulisan serta penampilan institusi politik dan sosial yang kompleks.
  • 7. 1. Persekitaran Geo-fizikal • Lazimnya sesuatu etnik mempunyai pertalian sejarah, tradisi dan budaya dengan persekitaran kawasan geografi tertentu. • Geo-fizikal Tanah Melayu merupakan sebuah semenanjung yang di kelilingi Laut China Selatan (dahulunya dikenali sebagai Laut Champa) dan Selat Melaka sebagai laluan tempat pertemuan dan pergaulan peradaban-peradaban besar dunia seperti Arab, Mesir, China dan India, terutamanya menerusi kegiatan perdagangan dan kebudayaan. • Sumber mineral dan produk pertanian (rempah ratus) dari Alam Melayu menjadi asas dagangan dengan peradaban lain. Selain itu, Alam Melayu turut menjadi penghubung Laluan Sutera menerusi laut. • Peradaban Malaysia adalah penyulaman www.budgetsabahrentcar.com www.thestar.com.my www.snopes.com
  • 8. MASYARAKAT DAN DEMOGRAFI • Masyarakat merupakan sekumpulan manusia yang hidup bersama, saling berhubungan dan bekerjasama, memiliki kesatuan sosial, serta sentiasa membina kebudayaannya yang tersendiri. • Masyarakat majmuk atau plural pula bermaksud masyarakat yang bercampur antara satu sama lain tetapi tidak bersatu. Mereka hidup berdekatan tetapi tidak terpisah dengan sistem politik yang sama serta masing-masing berpegang kepada kebudayaan, agama, bahasa dan pemikiran sendiri. • Dalam konteks Malaysia kemajmukan masyarakatnya meliputi kepelbagaian kaum dan budaya tersendiri seperti Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan dan banyak lagi. • Di dalam setiap masyarakat mempunyai individu, keluarga dan kumpulan kecil yang membentuk jaringan erat sesama mereka melalui kepelbagaian aktiviti sosial seperti mengadakan program gotong royong, majlis rumah terbuka, kenduri-kendara dan lain-lain. • Justeru hubungan yang harmoni antara pelbagai kelompok etnik ini telah membina sebuah masyarakat yang teguh dan menjadi tonggak kestabilan negara.
  • 9. • Masyarakat majmuk adalah terdiri daripada pelbagai bangsa yang membentuk satu kependudukan dari hidup sebagai komuniti-komuniti yang berasingan dan di SemenanjungTanah Melayu terdapat tiga etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India. Manakala Melayu/Bumiputera Sabah dan Sarawak seperti Kadazan-Dusun, Bajau, Iban, Melanau dan sebagainya yang bukan sahaja terpisah kerana adat, makanan dan pakaian tetapi juga daripada segi pekerjaan, pendidikan dan tempat tinggal. • Kewujudan masyarakat majmuk ini diwarisi daripada polisi ‘pecah dan perintah’ penjajah British yang datang ke Tanah Melayu, dan Sarawak pada masa dulu dengan membawa masuk semua kaum tersebut kononnya untuk memenuhi peluang pekerjaan di Tanah Melayu. • J.S. Furnivall - Masyarakat majmuk adalah bercampur antara sama lain tetapi tidak bersatu. Mereka hidup berdekatan tetapi tidak terpisah dengan sistem politik yang sama serta masing- masing berpegang kepada kebudayaan, agama, bahasa dan pemikiran sendiri. Masyarakat dalam konteks Malaysia
  • 11. • Istilah masyarakat majmuk digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai etnik di Tanah Melayu selepas kehadiran penjajah yang membawa masuk pendatang dari China dan India untuk kepentingan ekonomi. 11 Budaya Majmuk di Tanah Melayu merupakan hasil pertemuan dan pertembungan budaya besar dunia yang melahirkan fenomena sosial di Alam Melayu. Peradaban Majmuk bercirikan semula jadi, tanpa paksaan dan fleksibel. Masyarakat Majmuk bercirikan pemaksaan dan perbezaan Dari Kemajmukan ke Kepelbagaian
  • 12. TAHAP-TAHAP PEMBENTUKAN KELOMPOK MASYARAKAT • Amalgamasi; • Proses asimilasi tahap yang tertinggi dan paling kemuncak. Ia berlaku ekoran daripada percampuran budaya atau ras lalu membentuk dan mewujudkan budaya serta ras yang baharu. • Teori amalgamasi boleh diterjemahkan dengan formula A+B+C=D di mana A, B dan C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam yang merupakan satu kumpulan baharu hasil daripada penyatuan A, B dan C tadi. • Contoh mengamalkan perkahwinan campur lalu membentuk satu generasi baru atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka. • Segregasi; • Pemisahan atau pengasingan antara sebuah kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. • Pengasingan ini boleh terjadi dalam beberapa keadaan antaranya dari aspek tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan, kemudahan awam • Segregasi boleh diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu de Jure (didasari undang-undang) seperti Dasar Aparteid 1948-1994 dan de Facto (tidak didasari undang-undang) seperti Pengasingan tempat tinggal, pengangkutan, kemudahan awam dan sebagainya. • Dasar segregasi ini pernah berlaku dalam sejarah ketamadunan masyarakat di Tanah Melayu pada era penjajahan kolonial yang memperkenalkan dasar “Divide and Rule”.
  • 13. Sambungan • Asimilasi; • Proses penggabungan/percantuman kebudayaan menerusi masyarakat yang pelbagai lalu mewujudkan sebuah kebudayaan dan identiti masyarakat yang baru. • Ianya juga dikenali sebagai proses peleburan atau penghakisan di mana kaum minoriti biasanya telah pun dikuasai oleh budaya kaum majoriti. Kesannya kaum minoriti akan kehilangan jati diri dan identiti bangsa mereka kepada kaum yang majoriti. • Formula konsep ini adalah A+B+C =A. Abjad A ini mewakili golongan dominan manakala B dan C mewakili kumpulan minoriti. • Di Malaysia, proses ini berlaku kepada masyarakat seperti Jawa, Siam Kelantan, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya namun tidak melibatkan perubahan dalam aspek kepercayaan atau agama. • Akomodasi • Penerimaan terhadap norma dan nilai etnik yang berbeza tetapi dalam masa yang sama tidak menggugat malahan budaya masing-masing terus dipertahankan. • Setiap etnik memainkan peranan masing-masing dalam menyesuaikan diri dalam kelompok yang pelbagai supaya dapat mewujudkan suasana yang aman dan harmoni. • Contoh formula A+B+C= A+B+C iaitu A, B dan C merujuk kepada budaya etnik masing-masing. Walaupun wujud kepelbagaian kumpulan etnik, tetapi mereka hidup dalam suasana yang harmonis dan menghormati antara satu sama lain.
  • 14. Sambungan • Akulturasi • Proses penerimaan unsur budaya dari satu kelompok etnik kepada kelompok etnik yang lain. • Namun tahap penerimaan sesebuah masyarakat terhadap kebudayaan asing itu bergantung kepada sejauh mana ianya memberi kelebihan dan manfaat kepadanya. • Unsur-unsur yang mempunyai nilai tambah dalam sesebuah kelompok etnik dan tidak bertentangan dengan adat setempat maka diterima dengan mudah dan cepat. • Sebagai contoh pemakaian tali leher dan pemberian Ang Pau yang telah diterima oleh semua kelompok etnik di Malaysia. • Tidak dinafikan juga berlakunya penyerapan nilai-nilai negatif tetapi lazimnya ditolak oleh majoriti masyarakat umum dan hanya diamalkan oleh segelintir ahli masyarakat sahaja yang terpengaruh seperti budaya punk, skin head dan black metal di kalangan anak muda. • Berlakunya penolakan tersebut disebabkan oleh timbulnya perasaan bahawa kebudayaan asing itu boleh membawa kepada kehancuran dan kemusnahan kepada nilai serta norma kebudayaan asal mereka.
  • 15. PEMBENTUKAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT PELBAGAI • Keunikan masyarakat yang pelbagai ini telah menghasilkan etika dan peradaban yang tersendiri yang menjadi asas kepada keharmonian kaum dan kemakmuran negara Malaysia. • Terdapat beberapa perkara yang telah mencetuskan etika dan peradaban tersebut, antaranya sistem kepercayaan dan agama, penempatan masyarakat, sistem organisasi dan institusi sosial yang teratur, sistem perundangan yang teratur dengan pemilikan nilai dan moral, kelahiran dan perkembangan daya kreativiti, kemampuan dalam daya reka cipta berkaitan peralatan teknologi dan pembinaan, penggunaan bahasa yang serumpun dengan satu sistem tulisan yang tersendiri, peningkatan kualiti kehidupan dan peningkatan jangka hayat. • Kesemua perkara tersebut telah diadun dengan sangat baik oleh semua pihak sama ada kerajaan mahupun rakyatnya.
  • 16. Sambungan • Penempatan masyarakat yang pelbagai juga turut menghasilkan etika dan peradaban yang tersendiri. • Ada yang tinggal di kawasan seperti perbandaran, pinggir bandar, kampung dan ladang. • Kesemua ini telah menghasilkan kepelbagaian etika dan peradaban seperti dalam aspek budaya (makanan, pakaian, permainan tradisional) dan sosial (bahasa, pergaulan). • Justeru kesemua tempat tinggal ini mempunyai ciri etika dan peradaban yang mewarnai hidup masyarakat pelbagai di Malaysia.
  • 17. Sambungan • Sistem organisasi dan institusi sosial yang teratur melibatkan susunan hiraki dan pekerjaan sama ada pada zaman dahulu mahupun sekarang. • Pada masa kini, sistem organisasi dan institusi sosial terbentuk dalam masyarakat melibatkan semua aspek seperti politik, ekonomi, sosial, agama dan lain-lain. • Seterusnya perkembangan daya kreativiti, kemampuan dalam daya reka cipta yang melibatkan penghasilan peralatan teknologi dan pembinaan turut dikaitkan dengan ketinggian etika dan peradaban sesebuah masyarakat. • Peningkatan kualiti kehidupan melibatkan peningkatan jangka hayat sesebuah masyarakat merupakan antara ciri sesebuah negara yang menuju ke arah kemodenan dan kemajuan yang mapan. Ianya turut menjadi cerminan sesebuah masyarakat itu mempunyai etika dan peradaban yang baik.
  • 18. Sambungan • Begitu juga dng kepentingan membina keluarga bahagia turut melambangkan kualiti hidup masyarakat yang baik. • Hasil keluarga bahagia dapat elak perkara negatif seperti penyalahgunaan dadah, penglibatan dalam gejala sosial dll yang boleh membantutkan kemajuan sesebuah masyarakat. • Peningkatan ilmu pengetahuan juga merupakan elemen penting ke arah pengukuhan kualiti kehidupan dan jangka hayat kehidupan. • Individu berilmu dapat mengangkat martabat diri, keluarga dan meningkatkan taraf hidup dan mampu keluar daripada kepompong kemiskinan.
  • 19. Ringkasan Pembentukan Etika dan Peradaban dalam Masyarakat Kepelbagaian Penempata n masyarakat Peningkata n kualiti kehidupan dan peningkata n jangka hayat Sistem perundang an yang teratur dan sistem nilai serta moral Bahasa yang serumpun dengan satu sistem tulisan yang tersendiri Kelahiran dan perkembang an daya kreativiti Sistem organisasi dan institusi sosial yang teratur Daya reka cipta dalam penciptaan teknologi dan pembinaan Sistem kepercayaa n dan agama
  • 20. 3. Ekonomi dan Pasaran • Pada era pra-kolonial, masyarakat Melayu mengamalkan kegiatan ekonomi sara diri iaitu kegiatan ekonomi masyarakat yang paling asas dan hanya cukup untuk menampung keperluan diri dan keluarga. • Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, kegiatan perdagangan menjadi kegiatan terpenting dalam masyarakat disebabkan keadaan kehidupan yang masih mundur dan tradisional. • Pada era kolonial, British dilihat terus menguasai kegiatan ekonomi negeri-negeri di Tanah Melayu dengan pembukaan lombong bijih timah dan ladang getah serta kemasukan tenaga buruh secara besar- besaran dari China dan India. • Pada era pasca kolonial, kerajaan telah menjalankan strategi penyusunan semula masyarakat untuk menyelesaikan kedudukan yang tidak seimbang dari segi penguasaan ekonomi dalam kalangan kaum dan menggalakkan kemajuan ekonomi semua golongan masyarakat agar jurang perbezaan antara masyarakat dapat dihapuskan.
  • 21. Dasar Ekonomi Baru (DEB) www.sentiasapanas.com • DEB telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1970 hingga 1990. • DEB berpegang kepada prinsip bahawa ketidakseimbangan ekonomi perlu diperbaiki untuk mengelakkan ketegangan dan konflik antara etnik dan seterusnya mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. • Objektif DEB ialah: 1. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum 2. Penyusunan semula masyarakat tanpa mengikut fungsi ekonomi
  • 22. 4. Falsafah dan Pemikiran Falsafah dan Pemikiran Tradisional: - Perspektif ini berpandangan matlamat telah pun ditentukan dan ditetapkan, manakala manusia hanya diberi ruang untuk memilih cara bagaimana untuk mengecapi matlamat tersebut. • Perkembangan peradaban dan etika sesebuah masyarakat seiring dengan perkembangan bidang ilmu (pemikiran dan falsafah). Kemampuan peradaban awal, iaitu Mesopotamia dan Babylon bermula menerusi perkembangan pesat ilmu pemikiran dan falsafah dalam pelbagai bidang kehidupan. • Ramai ilmuan moden seperti Ibn Khaldun berpendapat ilmu perlu diintegrasikan ilmu agama dan ilmu alat. Menurut beliau, menuntut ilmu agama, logik, falsafah, matematik dan bahasa Arab merupakan asas kepada kegemilangan peradaban dan masyarakat/negara. • Kejayaan beberapa kerajaan Melayu menjadi pusat perkembangan ilmu dan agama dunia seperti Srivijaya (Buddha), Champa (Buddha dan Islam) dan Melaka (Islam) membuktikan bahawa falsafah dan pemikiran berkembang seiring (malahan lebih penting) dengan perkembangan peradaban. Falsafah dan Pemikiran Moden: - Perspektif ini berpandangan manusia berhak menentukan matlamat hidupnya dan
  • 23. 23 Selat Melaka Sebagai Gelanggang Kepelbagaian • Kedudukan strategik Selat Melaka terutamanya daripada segi lokasi dan kesesuaian iklim telah menjadikan Selat Melaka sebagai laluan utama perdagangan selama ratusan tahun. Selain mengendalikan perdagangan rempah (Nusantara sebagai negara sumber utama banyak jenis rempah ratus dan herba) dan sutera, Selat Melaka juga menjadi laluan utama perdagangan bijih timah, besi, emas dan pelbagai lagi logam berharga serta produk-produk pertanian lain. • Kelebihan ini telah menarik minat pelbagai pihak dari seluruh dunia terutamanya oleh pedagang, mubaligh (agama) dan kuasa politik. • Proses interaksi kepelbagaian peradaban dan etnik bermula di Selat Melaka dengan proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik melalui aktiviti perdagangan, kebudayaan dan sosial. • Melalui proses interaksi antara budaya, maka terbentuk interaksi peringkat peradaban dan etika. • Kewujudan beberapa kerajaan besar sekitar Selat Melaka seperti Beruas, Kedah Tua, Majapahit, Srivijaya, Perlak, Palembang, Melaka dan sebagainya membuktikan bahawa perkembangan peradaban dunia yang disumbang menerusi kepentingan strategik Selat Melaka dimanfaatkan oleh orang Melayu bukan sahaja daripada segi ekonomi tetapi juga daripada segi sosial dan politik.
  • 24. Kesultanan Melayu Melaka – Lambang Pertemuan Masyarakat Pelbagai Etnik • Melaka di gelar The Venice of the East yang menjadi tempat pertemuan pedagang seluruh dunia seperti dari Arab, Parsi, China, India dan sebagainya. • Pelbagai aspek menyumbang kepada zaman keagungan Melaka. 24 Aspek Keterangan Pemerintahan Perlembagaan Melaka berdasarkan ajaran Islam. Hukum Kanun Melaka & Undang-undang Laut Melaka; pemerintahan secara diplomasi dan terbuka; mementingkan keharmonian kaum, buktinya pegawai istana meliputi etnik Melayu dan India; amalan perkahwinan campur seperti perkahwinan puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah. Perdagangan Undang-undang Laut Melaka digunakan untuk tujuan menjaga keselamatan laut Melaka dari ancaman perompak dan lanun; dan pemerintahan terbuka dan pentadbiran sistem pelabuhan yang cekap oleh Laksamana Melaka. Kependudukan Zaman Pluraliti akibat penghijrahan pedagang dari Arab, India, China dan negara lain tanpa memerlukan pasport atau visa sebagai pengenalan diri untuk memasuki sesuatu kawasan, di samping bebas berdagang dan berinteraksi menyebabkan berlakunya proses asimilasi dan amalgamasi. Wujud masyarakat baru – Baba & Nyonya, Melayu Arab & Melayu India. Kepelbagaian Budaya Melaka sebagai kota metropolitan dan kota multibudaya. Pluralisme budaya hasil daripada interaksi pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah [Portugis, Sepanyol, Belanda dan British] dengan budaya alam Melayu sejak abad 5 Masihi.
  • 25. Warisan dan Pendigitalan Sejagat • Teknologi maklumat dan media digital yang dikuasai oleh Barat adalah satu cabaran besar kepada seluruh peradaban manusia dalam mempengaruhi nilai dan etika masyarakat kepelbagaian. • Aspek media samada media elektronik atau media cetak memainkan peranan penting, secara langsung atau tidak langsung, dalam proses membina kesepaduan antara etnik melalui peresapan ke dalam amalan dan gaya hidup masyarakat Malaysia. • Budaya Barat telah mempengaruhi perkembangan teknologi dan komunikasi dan menyerap masuk dalam kehidupan peradaban bukan Barat melalui bentuk penjajahan pemikiran dan budaya. www.cdc.gov • Impak media digital ke atas etika dan peradaban dapat dilihat melalui peningkatan jaringan komunikasi, mendekatkan manusia dari seluruh dunia, meningkatkan taraf hidup dan membuka ruang kepada perkongsian ilmu tanpa sempadan.
  • 26. Kesimpulan • Etika dan peradaban merupakan dua unsur penting yang telah tersemat dalam kehidupan masyarakat dan berjaya mewujudkan keharmonian kaum di Malaysia. • Walaupun bersifat majmuk, Malaysia terus dihormati kerana berjaya mengekalkan keamanan sehingga mendapat tempat ke-16 dalam senarai Global Peace Index pada tahun 2019. • Kejayaan ini sangat bermakna kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang bukan homogen (homogeneous). • Semua pihak termasuk kerajaan dan rakyat mempunyai peranan masing-masing dalam menjayakan konsep ini. • Justeru pengalaman dan kejayaan ini perlu dipertahan dan diteruskan oleh generasi berikutnya kerana natijahnya telah memberi kesan positif kepada pembinaan negara bangsa Malaysia.