Teks tersebut memberikan panduan bagaimana merangsang pelbagai perasaan emosi kanak-kanak seperti gembira, marah, takut, sedih, geli, cemas, malu, bersalah dan bangga. Ia menjelaskan bagaimana setiap perasaan tersebut dapat membantu perkembangan kanak-kanak dengan membantu mereka berfikir bagaimana menghadapi cabaran, belajar kesabaran, mengawal tingkah laku dan mencapai apa yang di
1. 😄 Gembira
– Membantu kanak-kanak
atau remaja berfikir
bagaimana melahirkan rasa
seronok dan menggalakkan
mereka bercakap mengenai
sesuatu yang mereka sukai.
😡Marah
– Membantu mencari jalan
bagaimana menghadapi
halangan untuk mendapat
sesuatu yang dicitakan dan
mengenal erti kesabaran,
belajar melahirkan
perasaan geram dalam
bentuk yang bersesuaian
dan mencari
jalan penyelesaian.
2. 😨Takut
– Rasa terancam, suatu motivasi
ingin memastikan keselamatan
diri dari aspek fizikal dan
psikologi. Merangsang kanak-
kanak melahirkan fikiran dan
perasaan takutnya, mencari
jaminan mendapat ketenangan
dan ketenteraman.
😔Sedih
– Kehilangan, tidak mendapat
apa yang dikehendaki
menjadikan kanak-kanak
berusaha lebih mendapat apa
yang dicita, mencurah
perasaan dan berfikir
bagaimana mengatasi rasa
sedih.
3. 😖Geli
– Selalunya dikaitkan dengan
makanan, bau dan pandangan,
suatu yang semula jadi
menjadikan seseorang kanak-
kanak berhati-hati agar tidak
‘terkena’ apa yang yang beliau
geli. Perasaan ini perlu
dihormati dan bantu mereka
mencari sebab mengapa
mereka berperasaan begitu.
😰Cemas
– Asalkan tidak keterlaluan,
sebenarnya ia membantu
kanak-kanak berusaha
mengambil langkah mengelak
diri dari menghadapi masalah,
belajar menahan perasaan
bimbang dan bertindak
proaktif untuk menunjukkan
sesuatu yang terbaik.
4. 😌Malu
– Menjadikan kanak-kanak
menyedari kepentingan
perilaku yang baik dan
mengelak daripada melakukan
sesuatu yang dikatakan
memalukan. Ini membantu
mereka mengawal tingkah laku
mereka sendiri.
😑Rasa bersalah
– Wujud bila kanak-kanak
melakukan sesuatu yang dianggap
‘keluar’ dari ‘standard’ tingkah
laku yang baik. Si kecil akan
berusaha untuk tidak dianggap
bersalah dengan berakhlak sebaik
mungkin dan sekiranya kesalahan
tetap atau sudah dilakukan,
perasaan ini merangsang kanak-
kanak meluahkan perasaan dan
menyedari agar berusaha untuk
tidak mengulangi pada waktu yang
lain.
5. 😆Rasa bangga
– Tercetus bila seseorang kanak-
kanak terasa dihormati/dihargai
oleh orang lain atau bila ia
mencapai apa yang diharapkan
seperti merangsang mereka
meluahkan apa yang
membuatkan mereka merasa
bangga dan memberi peluang
berkongsi rasa bangga, puas dan
gembira.