2. OBJEKTIF
PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan penentuan keadaan
persekitaran ternakan
2. Mengenalpasti sifat abnormal ternakan
3. Mengetahui tahap kematian ternakan
4. Mengenalpasti simptom penyakit ternakan
2
3. PENYAKIT IKAN SERING
BERPUNCA DARI
TERGANGGUNYA
KEHARMONIAN SALING
INTERAKSI DI ANTARA 3
KOMPONEN PENTING IAITU:
A. IKAN
B. PATOGEN
C. PERSEKITARAN.
5. MENENTUKAN KEADAAN
PERSEKITARAN TEMPAT
TERNAKAN
Selain daripada jangkitan penyakit yang dibawa oleh patogen
(parasit, bakteria, virus, fungus) kematian ikan juga boleh
berlaku akibat daripada KESAN PERSEKITARAN.
Faktor persekitaran terbahagi kepada tiga iaitu:
5
Fizikal Kimia Pengurusan
7. a. Perubahan Suhu
Ikan mempunyai tahap toleransi yang
maksimum dan minimum terhadap
perubahan suhu. Perubahan suhu
melebihi 50C secara mendadak menjejas
keseimbangan regulasi sistem saraf dan
hormonal badan ikan seterusnya
menyebabkan gangguan kepada sistem
imunisasi.
b. Suhu Tinggi Berlarutan
Suhu tinggi mengurangkan keterlarutan
oksigen dan meningkatnya mikroorganisma
dalam sistem akuatik. ‘Heat stress’
menyebabkan kadar metabolisme badan
ikan meningkat dan ikan hilang selera
makan. Badan yang lemah mengurangkan
daya tahan melawan penyakit justeru ikan
mudah terkena serangan penyakit.
7
c. Perubahan Cahaya
Cahaya perlu untuk proses fotosintesis
yang membantu meningkatkan
keterlarutan oksigen di dalam sistem
akuatik. Sebarang faktor yang merencat
proses fotosintesis akan menyebabkan
kejatuhan paras oksigen dalam air.
d. Keterlarutan Oksigen
Tahap ideal oksigen terlarut untuk ikan
adalah antara 5-10ppm. Ikan boleh hidup
di bawah 4ppm tetapi paras oksigen
rendah menjejas kadar tumbesaran ikan
secara keseluruhan. Paras oksigen tinggi
menyebabkan gas emobolism pada ikan.
9. a. Kualiti Air Merosot
Setiap spesis mempunyai tahap toleransi
optima daari segi kualiti air. Ikan akan
mengalami tekanan apabila paras kualiti
air berada di luar julat normal. Beberapa
faktor tekanan yang dialami serantak akan
melemahkan sistem imunisasi badan ikan
dan mendedahkan ikan kepada serangan
penyakit.
b. Sisa Metabolik Berlebihan
Proses nitrifikasi bahan organik seperti
tumbuhan dan hidupan akuatik
menghasilkan ammonia sebagai salah
satu bahan kumuhan. Salah satu punca
meningkatnya paras ammonia di dalam
sistem ternakan akuatik ialah lebihan
makanan dan bahan buangan akuakultur
seperti najis ikan.
9
c. Pencemaran Organik
Berpunca dari kemasukan bahan reput, tumbuhan atau bahan organik lain seperti makanan berlebihan, bahan
buangan domestik, perindustrian, baja, aliran darat yang dibawa oleh hujan dan sebagainya. Proses ini juga
menggalakkan peningkatan populasi bakteria disamping meningkatkan kandungan nutrien sistem akuatik. Nutrien
yang tinggi menggalakkan ‘algal bloom’ .
Algal bloom menurunkan kandungan oksigen, meningkatkan karbon dioksida dan pH air melalui proses
pereputan. Alga juga akan meliputi permukaan air dan menghalang penembusan cahaya. Masalah kekurangan
oksigen biasanya berlaku pada waktu malam atau awal pagi apabila cuaca mendung dan hujan lebat.
13. a. Kadar Pelepasan Yang Tinggi
Ruang sempit menyebabkan ikan berlaga
sesama sendiri., badan mudah tercedera
dan jangkitan penyakit mudah berlaku
serta merebak dengan cepat.
b. Makanan Berlebihan
Perlu dielakkan kerana makanan yang
berlebihan menjadi tempat pertumbuhan
bakteria & proses pereputan yang berlaku
menyebabkan persaingan dalam
penggunaan oksigen.
13
c. Pengendalian
Pengendalian ikan yang kasar semasa
persampelan boleh menyebabkan
kecederaan. Ikan yang cedera mudah
dijangkiti bakteria & fungus.
d. Pengawasan
Patogen selalunya dibawa masuk ke
dalam sistem ternakan menerusi ikan liar
yang ditangkap, stok baru yang tidak
dikuarantin, tumbuhan yang dibawa
masuk ke dalam sistem ternakan, burung
yang berkeliaran di kawasan penternakan,
binatang atau musuh ternakan seperti
biawak dan memerang.
15. 15
Ikan Sakit Ikan Sihat
Aktiviti
Berenang dengan perlahan dan
menunjukkan tanda malas ketika makan.
Berenang dengan aktif dan
bertindak balas dengan
cepat terutama ketika
makan.
Warna
badan Pucat, gelap Terang dan berkilat
Permukaan
badan Terdapat tanda tompok putih Tidak terjejas
Bentuk
badan Kurus Saiz normal
Pengambila
n makanan Kurang selera makan Selera baik
Organ Penyakit yang berbeza menyebabkan
kerosakan kepada organ yang berbeza
Organ dalaman dalam
keadaan sihat dan normal.
Jadual 1 : Perbezaan antara ikan sakit dan ikan sihat
16. 16
Keadaan Parameter Air Perubahan Patologi dan Tanda Klinikal
1. Keracunan ammonia
kematian akut, ‘hyperexcitability’ - melompat-lompat dipermukaan
air, kurang makan, tumbesaran terbantut dan insang rosak (kes
kronik).
2. Keracunan nitrit
Dyspnea (tercungap-cungap di permukaan air).), lemah dan berada
dipermukaan air. Darah berwarna coklat (methaemoglobinaemia),
insang pucat dan berwarna coklat.
3. Karbon dioksida tinggi
pengasidan air (pH rendah), dyspnea (tercungap-cungap di
permukaan air).
4. Kekurangan oksigen
ikan tidak aktif, ikan berkumpul berdekatan punca air masuk atau
saluran paip aeration, anorexia atau kurang makan, tercungap-
cungap d ipermukaan air dengan operkulum terbuka.
5. Kekeruhan tinggi
menghalang penembusan cahaya untuk fotosintensis,
mengurangkan kandungan oksigen didalam air.
6. Suhu tinggi
berpanjangan
ikan kurang selera makan, FCR rendah, tidak tentu arah (restless),
tumbesaran terbantut.
Jadual 2 : Kesan kejatuhan mutu air ke atas ikan.
17. 17
Jadual 3 : Perbezaan Simptom Penyakit Berpunca
Masalah Persekitaran Yang Berlainan
Simptom Pencemaran Racun Kekurangan Oksigen
Kelakuan Berenang tak tentu arah;
kematian akut
Tercungap-cungap di
permukaan
Waktu kematian Bila-bila masa Malam; subuh
Warna air Biasa; tidak berbau Coklat kehitaman
pH air 7.5 - 9.0 6.0 - 7.5
Oksigen terlarut 5 - 7 ppm 1 -2 ppm
Saiz ikan Semua saiz terlibat Saiz besar mati dahulu
19. 19
Masalah
Persekitaran
Parasit Bakteria Virus
Kematian
serta- merta
dalam
kuantiti yang
banyak.
Tidak
menunjukkan
sebarang
tanda-tanda
penyakit
fizikal.
Kematian
berperingkat-
peringkat.
2-10 ekor
sehari.
Badan
diselaputi
lendir dengan
banyak
Kematian
berperingkat-
peringkat
2-20 ekor
sehari
Terdapat luka,
kudis,
kemerahan
dan
sebagainya
Kadar
kematian
akibat virus
tinggi
Kematian
selalunya
melibatkan
peringkat
spesies ikan
tertentu
Terdapat
tanda klinikal
dan luka
patologi
Jadual 4 : Perbezaan simptom yang ditunjukkan akibat
masalah patogen dan persekitaran
21. PERINGKAT PERTAMA:
PANTAU PERLAKUAN
IKAN
21
Pengambilan makanan
Pengurangan pengambilan makanan adalah tanda
pertama bagi kebanyakan ikan berpenyakit.
Penternak perlu membuat rekod pemberian
makanan harian untuk memastikan maklumat yang
mencukupi untuk membuat perbandingan dengan
kadar biasa.
Corak renang yang
abnormal
Contohnya seperti ikan berenang mengiring,
menggosok badan pada dinding, melompat keluar dari
air, berpusing sekeliling atau hilang keseimbangan.
22. PERINGKAT KEDUA:
PEMERIKSAAN KESIHATAN
LEBIH TERPERINCI
22
• Periksa Permukaan Badan Dan Sirip
Permukaan badan dan sirip yang luka adalah tanda yang jelas menunjukkan tanda jangkitan.
Simptom biasa pada badan ikan berpenyakit adalah:
ULSER/LUKA
PENDARAHAN
WARNA BADAN YANG GELAP
TUMOR
EKOR REPUT
SISIK TANGGAL
ABDOMEN MEMBESAR
MATA BENGKAK
EDEMA
23. 23
• Periksa Insang Ikan
jika terdapat lendiran insang berwarna putih atau
menunjukkan ulser dengan tompokan merah pekat
,ataupun terdapat parasit, mukus berlebihan atau bahan
yang melekat padanya; ikan mungkin telah dijangkiti dan
melemahkan fungsi insang