Slide Kick Off for Public - Google Cloud Arcade Facilitator 2024.pptx
contoh penulisan rph pendidikan kesihatan.pdf
1. RPH PJK
Jabatan Pendidikan Jasmani Kesihatan 2024
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
TEMPLATE
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PK 2024 (RPH)
Mata pelajaran Pendidikan Kesihatan
Hari /Tarikh Isnin / 11/9/2024
Kelas / Bilangan murid 3 Merah / 30 (15L, 15 P)
Masa 11:00 am – 11:45 am
Tajuk/Tema/Topik Pendidikan Kesihatan Reproduktif Dan Sosial (PEERS)
Standard Kandungan 3.1 Kemahiran mengurus mental dan emosi dalam kehidupan harian. Cara
meningkatkan: Keyakinan diri
Standard Pembelajaran 3.1.1 Menjelaskan maksud keyakinan diri.
3.1.2 Mengaplikasikan cara meningkatkan keyakinan diri dalam kehidupan harian.
Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat:
Kognitif
i) Menyatakan maksud keyakinan diri.
ii) Menjelaskan cara meningkatkan keyakinan diri dalam kehidupan harian.
Afektif
i) Bekerjasama dengan rakan sekumpulan untuk merancang persembahan.
ii) Berani mencabar diri dengan melakukan persembahan di hadapan rakan sekelas.
Psikomotor
i) Menyatakan slogan “Saya Boleh” sambil melakukan pergerakan yang sesuai.
ii) Melakukan persembahan di hadapan kelas secara berkumpulan.
Pengetahuan Sedia Ada Murid i) Murid pernah melihat situasi yakin kepada diri sendiri.
ii) Murid pernah mendengar perkara mengenai yakin kepada diri sendiri.
Penerapan Nilai Keberanian, Yakin kepada diri sendiri, Bekerjasama, Bertanggungjawab, Hormat-
menghormati
2. RPH PJK
Jabatan Pendidikan Jasmani Kesihatan 2024
EMK/Penggabung jalinan Kemahiran /Penyerapan isi
pelajaran
Kesihatan mental, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Bahasa Melayu, Kreatif & kritis
Strategi Strategi pemusatan murid, Strategi pemusatan bahan
Pendekatan Pendekatan spesifik kepada abstrak, Pendekatan dekat ke jauh
Kaedah Menyanyi, Berlakon, Bercerita, Soal Jawab, Menari
Teknik Suara yang cukup jelas ditambah dengan pergerakan yang mudah diikuti (menyanyi),
kecindan (berlakon), jalan cerita yang dirancang dan tersusun (bercerita), arahan
atau soalan yang jelas dan ringkas (soal jawab), pergerakan yang cantik (menari)
KBAT Meningkatkan soalan aras tinggi dalam soal jawab semasa kelas, Pelbagaikan teknik
dan cara menyoal, Pembelajaran berasaskan projek
KBKK Banding bezakan ciri-ciri antara seseorang yang berkeyakinan diri dan kurang
keyakinan diri.
MASA/
LANGKAH
ISI PELAJARAN/TEMA/TAJUK AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ORGANISASI KELAS CATATAN/ABM
Set Induksi
(+- 8 minit)
Menyanyi lagu “Fikirkan Boleh”
Lirik lagu:
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu....
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
...
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
1. Murid mendengar dan nyanyi lagu
“Fikirkan Boleh”.
2. Sesi soal jawab antara guru dan murid.
1. Speaker
2. Komputer
3. Kertas lirik
4. LCD
3. RPH PJK
Jabatan Pendidikan Jasmani Kesihatan 2024
...
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
1) Soal jawab
• Apakah perkataan yang
paling kerap wujud dalam
lirik lagu?
Jawapan: Boleh
• Berikan pendapat anda
tentang keyakinan diri?
Jawapan: Berani
bercakap di hadapan
orang ramai, tidak malu.
• Pernahkah anda melihat
situasi seperti yang
dinyatakan sebelum ini?
Bila?
Jawapan: Mana-mana
jawapan yang
munasabah.
Pengenalan
Topik
(7 minit)
1) Definisi keyakinan diri.
-Slogan “Saya Boleh”
Keyakinan diri ialah berfikiran
positif dan tidak mudah berputus
asa.
1. Murid didedahkan kepada definisi
keyakinan dengan slogan “Saya Boleh”.
2. Murid diajar pergerakan:
• Saya: Tunjuk pada diri sendiri.
• Boleh: Tunjuk “Thumbs Up”.
4. RPH PJK
Jabatan Pendidikan Jasmani Kesihatan 2024
Perkembangan1
(15 minit)
1) Cara meningkatkan
keyakinan diri dalam
kehidupan harian.
Aktiviti: Persembahan
1. Murid akan duduk dalam bentuk
kumpulan yang telah dibahagikan di atas
lantai.
2. Murid diberikan pilihan untuk melalukan
persembahan di hadapan kelas:
• Berlakon
• Bercerita
3. Murid diberi masa selama 4 minit untuk
membuat perbincangan.
4. Setiap kumpulan diberikan masa 3-4
minit untuk membuat persembahan.
Pembahagian kumpulan: 3
kumpulan
1. Murid mengira angka
1 hingga 10.
2. Murid yang selepas
nombor 10 ulang
semula kiraan dari 1
hingga 10.
3. Murid yang
mendapat nombor
yang sama akan
berada dalam satu
kumpulan.
Perkembangan
2
(10 minit)
1) Cara meningkatkan
keyakinan diri dalam
kehidupan harian.
Aktiviti: Persembahan
1. Murid kekal duduk dalam kumpulan tadi.
2. Murid pula akan diberikan pilihan lagi
untuk melalukan persembahan di
hadapan kelas:
• Menyanyi
• Menari
3. Murid diberikan masa selama 2 minit
untuk membuat perbincangan tentang
persembahan yang ingin dilakukan.
Murid kekal dalam kumpulan
sebelun ini.
5. RPH PJK
Jabatan Pendidikan Jasmani Kesihatan 2024
4. Setiap kumpulan diberikan masa 2 minit
untuk membuat persembahan.
5. Murid dikehendakai kembali ke tempat
duduk masing-masing.
6. Kemudian, murid dibimbing untuk
menyatakan perkataan yang paling
penting dalam meningkatkan keyakinan
diri iaitu “berani” dan hubungkait dengan
persembahan tadi.
Penutup
(5 minit)
1) Imbas kembali isi
pelajaran.
2) Sesi soal jawab
• Apakah tajuk yang telah
anda semua belajar pada
hari ini?
Jawapan:Keyakinan diri
• Apakah itu keyakinan
diri?
Jawapan: Saya boleh
• Nyatakan cara
meningkatkan keyakinan
diri.
Jawapan: Berani melakukan
persembahan di hadapan
rakan sekelas
1. Murid kembali ke kedudukan asal.
2. Sesi soal jawab antara guru dan murid.